Harga minyak petrol RON 97 mengalami kenaikan 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai tengah malam ini.
“Ya, harga minyak petrol RON 97 naik mulai esok (tengah malam ini),” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Bagaimanapun harga minyak RON 95 tidak mengalami perubahan.
Laporan Reuters pula menyebut kenyataan rasmi mengenai perubahan harga ini dijangka dikeluarkan kemudian.
Ia kenaikan kali kedua sejak kerajaan membuat pelarasan subsidi dan memutuskan untuk mengapungkan harganya dari semasa ke semasa.
Pada 1 November lalu, petrol gred RON 97 naik sebanyak 5 sen kepada RM2.15 seliter.
Bagaimanapun kenaikan harga itu tidak diumumkan manakala Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bukan satu isu yang patut dimanipulasi pihak tertentu kerana harganya sudah diapungkan mengikut pasaran minyak dunia.
Ismail Sabri berkata, penetapan harga itu tidak lagi dilakukan oleh kerajaan dan ia tidak memerlukan sebarang pengumuman.
“Pembangkang kata kerajaan naikkan harga. Bukan kerajaan naikkan harga tetapi (kenaikan) berlaku mengikut harga pasaran. Ini berbeza dengan harga petrol RON 95 dan diesel yang masih diberi subsidi dan dikawal kerajaan,” katanya.
Kata beliau, rakyat juga tidak perlu rasa panik kerana lebih 90 peratus penggunaan minyak di negara ini menggunakan RON 95 selain menjangkakan tidak ada kenaikan sehingga penghujung tahun ini.
30 November 2010
Harga petrol RON97 naik 15 sen
Kecoh Di Sidang Kartun Perak
Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk R Ganesan mengarahkan ADUN Hutan Melintang, S Kesavan keluar dari dewan sehingga tamat sidang hari ini kerana didakwa berkelakuan tidak sopan dan mengharu-birukan dewan dengan menuntut jawapan berhubung soalan yang dikemukakannya.
NONEPada jam 11.15 pagi, selepas sesi soalan berakhir, Kesavan bangkit dan menuntut soalannya berhubung pemindahan tanah di kawasannya dijawab oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Meskipun Ganesan memberi amaran supaya tidak meneruskan soalannya, Kesavan berkeras berkata beliau adalah perwaklian rakyat Hutan Melintang, dan menjadi tanggungjawabnya menyuarakan 'masalah rakyat'.
Ganesan kemudian menggantung Kesavan mengikut Artikel 44(2) Peraturan Dewan selama sehari.
Apabila beliau enggan meninggalkan dewan, Mohammad Zahir Abdul Khalid (BN-Kamunting) pula bangkit dan memohon Artikel 44(3) dan 44(5) Pearturan Dewan digunakan bagi menggantungnya terus daripada menghadiri sidang DUN Perak.
Usul itu diluluskan dengan suara majoriti.
Tindakan itu menyaksikan ADUN pembangkang yang diketuai oleh menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (bawah, kanan) meninggalkan dewan.
Mereka kemudiannya mengadakan sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Chang Lih Kang (Teja), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Abdul Yunus Jamahri (Kuala Kurau) dan Tai Sing Ng (Kuala Sepetang).
Pada sidang media itu, Kesavan menafikan beliau berlaku biadap kepada speaker dan mendakwa beliau meninggikan suaranya kerana pembesar suaranya telah dipadamkan.
Katanya, beberapa surat telah dihantar ke pihak yang bertanggungjawab, termasuk pejabat Zambry berhubung isu tanah itu, namun semuanya tidak dijawab.
Lupakan keturunan jika ingin 1Malaysia berjaya
Konsep 1Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hanya akan berjaya jika rakyat membelakangkan bangsa dan keturunan masing-masing dan mengasimilasikan diri menjadi satu, kata mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.Katanya, konsep Najib hampir sama dengan prinsip Wawasan 2020 yang diterajuinya dalam percubaan mewujudkan bangsa Malaysia bagi mencapai perpaduan kebangsaan.
"Apabila kita berbicara mengenai perpaduan kebangsaan kita mesti lupakan sejarah kita, keturunan dan menganggap diri kita sebagai rakyat Malaysia. Kita bercakap dalam satu bahasa dan tidak minta keistimewaan hanya kerana kita bumiputerab ataupun bukan bumiputera,” kata Dr Mahathir.
Beliau menjawab soalan daripada hadirin ketika sesi dialog pada forum ketiga dialog Malaysia-Eropah (MEF) di Kuala Lumpur.
Dr Mahathir juga membidas kumpulan yang menyokong 'prinsip 1Malaysia' tetapi masih mempertahankan diri mereka daripada kumpulan yang berasal daripada latar belakang sesuatu keturunan.
"Kita tidak boleh lagi anggap diri kita rakyat Malaysia yang berketurunan Melayu, Cina ataupun India,” katanya sambil menambah jika rakyat boleh melupakan perkara itu, 1Malaysia akan mempunyai pengertian sebenar.
Penduduk Kg. Baru Kena Kencing
Kg Baru ditandakan zon komersial sepenuhnya
Kampung Baru di Kuala Lumpur telah ditandakan sebagai kawasan komersial sepenuhnya mengikut pindaan Draf Rancangan Pembangunan Kuala Lumpur 2020.Menurut perancangan itu, yang kini dipamerkan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sehingga Rabu ini, semua kawasan seluas 250 ekar tanah di Kampung Baru akan dimasukkan sebagai satu daripada tiga Pusat Komersial Bandaraya (CCC).
Dua lagi CCC itu adalah kawasan sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan kawasan sekitar KL Sentral di Brickfields.
CCC, seperti ditakrif dalam draf itu tidak perlu mempunyai unit kediaman dan boleh mempunyai 100 peratus kawasan komersial.
Ini menimbulkan tandatanya sama ada rumah-rumah kediaman di Kampung Baru, termasuk rumah tradisional Melayu terpaksa dirobohkan untuk pembinaan bagunan komersial.
Namun plan draf itu menyatakan pembangunan masa depan tidak akan menghakis imej Kampung Baru sebagai tapak warisan Melayu tetapi sebaliknya berkata akan 'memperkuatkan lagi identiti Melayu daripada pelbagai aspek”.
Ia bagaimanapun tidak memberi butiran tersebut kecuali berkata konsep seni bina Melayu akan diterapkan.Seorang pegawai DBKL yang mengendalikan 'booth' di sana memberi jaminan bahawa rancangan pembangunan Kampung Baru akan memastikan tanda mercu seperti Masjid Jamek dan Kelab Sultan Sulaiman tidak akan diusik.
“Malah, masjid akan diperbesarkan,” katanya yang memohon namanya tidak disiarkan.
Ditanya mengenai nasib yang bakal dialami oleh kira-kira 39,000 penduduk Kampung Baru, pegawai itu memberi jaminan mereka tidak akan diusir keluar.
Apabila diajukan bagaimana ini akan dilakukan, beliau berkata pembangunan akan dijalankan secara berperingkat tetapi tidak mahu mengulas lanjut.
Sidang Dun Kartun
Kerajaan bacul Perak halang PAS hadir sidang Dun
Betapa tak sedar dirinya kerajaan bacul Perak pimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang berlagak hebat apabila menghalang PAS daripada memghadiri sidang Dun yang hari ini.
Udah la dapat jadi kerajaan pun melalui ‘rampasan kuasa’ yang tidak bermaruah dan bukannya melalui cara yang adil iaitu demokrasi pilihanraya. Dengan maksud yang lain, kerajaan Perak sekarang ini bukanlah pilihan rakyat seperti di negeri-negeri lain.
Kerajaan pimpinan Zambry hanyalah kerajaan kudeta yang terbentuk hasil daripada lompatan beberapa ‘katak’ yang tidak amanah dengan undi rakyat terhadap mereka.
Namun puak-puak kudeta ni belum juga mengerti erti kemaluan apabila secara tidak demokratik dan fikiran tertutup pemimpin Umno-BN Perak telah pun menghalang PAS Perak daripada menghadiri persidangan Dun hari ini sebagai pemerhati.
Dalam laporan Harakahdaily, Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Misbahul Munir Masduki telah mengesahkan kerajaan kudeta Perak yang tidak membenarkan PAS negeri untuk hadir sidang Dun sebagai pemerhati.
Ia sekaligus menafikan hak kepada PAS Perak untuk menjadi pemerhati ke persidangan Dun berkenaan, kata Misbahul.
Menurut beliau, PAS Perak telah memohon kepada setiausaha dewan untuk menghantar wakil sebagai pemerhati tetapi belum lagi mendapat jawapan daripada pihak Speaker.
Selain dari PAS negeri, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan PAS kawasan-kawasan difahamkan telah menghantar surat memohon mendapat kebenaran mengikuti sidang Dun hari ini.
"Kita sungguh kesal dengan tindakan ini, sedangkan sewaktu Pakatan Rakyat menerintah negeri ini, semua pihak diberikan kebebaran untuk mengikuti sidang Dun.
"Ini menunjukkan kerajaan BN sekarang tidak mahu maklumat tentang sidang Dun diketahui umum, sekaligus menyekat kebebasan rakyat untuk mendapatkan maklumat," katanya.
Apa yang depa nak takut? PAS Perak datang bukannya mahu berdebat atau berceramah tapi sebagai pemerhati sahaja. Kalau PAS datang untuk berdebat dengan Umno-BN, penulis tidaklah rasa pelik dan janggal kerana sejarah membuktikan yang Umno-BN memanglah parti pemerintah yang pengecut dan bacul bila nak berhadapan dengan PAS. Mereka hanya berani bila berselindung di belakang polis dan jentera-jentera kerajaan yang lain.
Itulah kedudukan kerajaan yang dikatakan kuat dan kukuh oleh Zambry sehingga jelas menunjukkan mereka teramat takut dengan bayang-bayang sendiri. Sungguh memalukan dan memualkan. - Warkahdaily
Ideologi PKR mirip konsep Malayan Union
Read more
Tak salah bukan Islam petik ayat al-Quran
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata orang bukan Islam dibolehkan untuk memetik ayat-ayat al-Quran untuk merujuk sesuatu perkara sebagaimana disaksikan di Kongres Nasional PKR yang berakhir semalam.
Bagaimanapun, beliau berkata berdasarkan pengalamannya berceramah bersama seorang pemimpin DAP dahulu, pemimpin itu merujuk kepada beliau ayat yang hendak digunakan terlebih dahulu sebelum berucap.
Pada Kongres Nasional PKR Ketujuh selama tiga hari yang berakhir di Petaling Jaya semalam, seorang perwakilan S Kesavan memetik makna Surah Ali Imran semasa membahaskan satu usul.
Mengulas isu itu, laporan Bernama menyebut, Parti Keadilan Rakyat (PKR) memohon maaf jika tindakan seorang perwakilannya bukan beragama Islam tersilap makna pada satu ayat al-Quran yang dibaca dalam perbahasannya di Kongres Nasional PKR semalam.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tindakan Kesavan itu menunjukkan semua pihak akan membuat rujukan kepada al-Quran tetapi kalau beliau tersilap makna ayat al-Quran itu, PKR memohon maaf.
“Dia hanya untuk menceritakan bagaimana al-Quran itu memberi kewajipan kepada manusia untuk menjalankan tugas dengan baik. Saya pun tak berapa pakar tentang ini tetapi dia mencuba tapi saya tak menghalang dia mencuba kalau dia silap kita akan betulkan, itu tanggungjawab saya... saya tak tahu itu kesilapan,” kata Abdul Khalid.
29 November 2010
Raja Melayu perlu awasi 'Si Kitol'
Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini memberi peringatan kepada Raja-Raja Melayu supaya berhati-hati dengan "Si Kitoll" yang dikhuatiri akan kembali mempergunakan institusi berkenaan demi kepentingan politik.Beliau berkata demikian dengan melihat kepada perkembangan sejak tahun lalu yang menyaksikan golongan berkenaan kembali "bermuka-muka" untuk mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu.
Khalid (atas, kiri) memberi alasan, Krisis Perlembagaan 1983 yang berlaku akibat tindakan para pemimpin negara ketika itu "melakukan beberapa tindakan diluar Peruntukan Perlembagaan, dalam lain perkataan membelakangi Raja-Raja."
Insiden itu juga berlarutan pada tahun 1992 dan 1993, kata Khalid lagi.
"Tiba-tiba, sejak awal tahun 2009, setelah 17 tahun berlalu, kini pihak yang berusaha dan berjaya 'menghapuskan kekebalan dan beberapa hak istimewa Raja-Raja Melayu', kembali bermuka-muka dengan seruan supaya orang Melayu menghormati Raja dan Sultan serta mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu," katanya.Jelasnya, pada masa krisis perlembagaan berlangsung, "para pemimpin utama" negara pada ketika itu "melakukan beberapa tindakan secara rahsia" dengan membuat pindaan ke atas Perkara 66(5) dalam Perlembagaan.
Tindakan itu dilakukan tanpa mendapat perkenaan Majlis Raja-Raja, kata Khalid lagi.
"Peruntukan asal berbunyi 'Rang undang-undang akan dikuatkuasakan apabila yang di-Pertuan Agong menandatangani'.
Pindaan ke atas peruntukan itu kemudiannya, antara lainnya, menyebut bahawa sesebuah Rang Undang-undang itu dianggap telah ditandatangani selepas dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh 15 hari."Contoh kedua, pindaan ialah pada Perkara 10(1), di mana kalau Perdana Menteri mendapati darurat patut diisytiharkan di mana-mana juga di negara ini maka perdana menteri boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Agong mesti menerima nasihat tersebut," kata Khalid lagi.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis perasmian wacana 'Kedaulatan Raja-Raja: Institusi Yang Mesti Dipertahankan' di Shah Alam hari ini yang turut dihadiri Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. - mkini
Pakatan Jangan Syok Sendiri
Usah sangka kemenangan PRU 2008 berulang mudah, MB Kedah nasihat Pakatan
Ketua Menteri dan Menteri-menteri Besar kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) mengadakan pertemuan di sini hari ini dengan Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberi amaran pemimpin-pemimpin perikatan tiga parti itu agar tidak mengharapkan kemenangan 2008 akan berulang dengan mudah.
“Pakatan tidak boleh terlalu yakin bahawa mereka akan kekal berkuasa,” kata Menteri Besar Kedah (gambar) itu.
“Jadikan pilihan raya umum 2004 sebagai contoh, di mana PAS kehilangan Terengganu dan menang tipis di Kelantan,” kata beliau seolah-olah senada dengan pandangan Penasihat DAP Lim Ki Siang ketika merasmikan Konvensyen DAP Selangor semalam.
Pada 8 Mac 2008, BN kehilangan empat lagi negeri selepas Kelantan dikuasai PAS sejak 1990 manakala di Parlimen pula ia hilang penguasaan majoriti dua pertiga.
Bagaimana Azizan menekankan bahawa pengundi-pengundi Kedah sudah mula menyesuaikan diri dengan pentadbirannya, yang menyaksikan peningkatan dalam hasil pulangan pembalakan.
“Pengundi-pengundi Kedah sudah selesa dengan kerajaan negeri Pakatan Kedah yang mengamalkan ketelusan dan dengan jayanya menambah hasil negeri daripada pembalakan,” kata Azizan.
Semalam, Lim memberi DAP Selangor amaran bahawa PR kemungkinan akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang jika mereka tidak bersatu padu sambil mengingatkan konvensyen kepimpinan negeri agar belajar daripada pengalaman Terengganu pada 2004.
Penasihat DAP itu juga meminta perwakilan barisan menyokong kepimpinan negeri yang menganggotai kerajaan negeri Selangor sebagai tanda perpaduan.
“Bolehkah Umno dan Barisan Nasional (BN) menang balik Selangor dalam pilihan raya umum akan datang? Adakah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak boleh ditembusi dan tidak dapat dikalahkan?” kata Lim ketika berucap membuka Konvensyen DAP Selangor.
“Saya tahu ada orang yang percaya bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh hilangan kawalan dan kuasa di Selangor dalam pilihan raya umum akan datang,” kata Ahli Parlimen Ipoh Timur ini.
Beliau mengingatkan para perwakilan konvensyen bahawa PAS tidak menjangkakan ia akan kehilangan Terengganu dalam pilihan raya umum 2004 selepas memperoleh kemenangan tidak disangkakan sama sekali pada 1999.
“Pada pilihan raya umum 1999, PAS tidak pernah menjangkakan kuasa menang di Terengganu tetapi menyapu bersih 28-4 di Dewan Undangan Negeri,” kata Lim.
“Pada pilihan raya umum 2004, PAS tidak menjangkakan akan kehilangan kuasa di Terengganu tetapi tewas dengan keputusan terbalik 4-28, disapu oleh Umno dan BN,” kata beliau.
Lim juga berkata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan BN akan menang balik Selangor memandangkan PR berada dalam keadaan tunggang-langgang.
Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan-kerajaan negeri PR telah berjaya mengatasi serangan bertubi-tubi dilemparkan terhadap pentadbiran mereka.
“Negeri-negeri Pakatan Rakyat telah berhadapan dengan pelbagai cabaran sepanjang tiga tahun pentadbiran, tetapi dengan jayanya telah mengatasi kesemua percubaan mereka yang mahu mengganggu usaha memperbaharui pentadbiran negeri-negeri (yang terletak di bawah mereka),” kata Khalid.
“Saya berharap persidangan kali ini akan menjadi platform untuk berkongsi pengalaman kita dan untuk memperbaiki perkhidmatan-perkhidmatan kami bagi memperkukuhkan pentadbiran menghadapi pilihan raya umum ke-13,” kata beliau lagi.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula menasihatkan negeri-negeri PR agar bersatu menghadapi media arus perdana yang cuba mencetuskan sentimen rakyat terhadap perikatan itu.
“Negeri-negeri Pakatan Rakyat mesti berlawan menghadapi serangan media arus perdana yang terus-menerus memutarbelitkan fakta bagi mengelirukan orang ramai,” kata beliau yang juga Mursyidul Am PAS.
Persidangan hari ini dihadiri oleh Khalid, Nik Aziz, Azizan dan Lim Guan Eng serta Exco Kerajaan Negeri dan waki daripada subsidiari negeri.
Ketuanan Melayu Kepala Hotak ..
PERKASA: Dr Wan Azizah, Azmin "pelacur politik"Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini melabelkan presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai "pelacur politik" kerana mencadangkan konsep "ketuanan Melayu" wajar ditinggalkan.
Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah juga berkata Dr Wan Azizah adalah pengkhianat sedangkan beliau dan juga timbalan presiden PKR yang baru dilantik, Azmin Ali adalah hasil yang diwujudkan dari konsep "ketuanan Melayu".
"Dr Azizah dan Azmin adalah hasil yang diwujudkan akibat kejayaan konsep itu yang juga telah banyak membantu orang Melayu,” katanya.
"Mereka seperti kacang lupakan kulit. Mereka ini seperti pelacur politik yang sanggup berbuat apa-apa sahaja demi mendapatkan sokongan orang India dan Cina,” katanya.Arman juga menggesa Raja-raja Melayu supaya membuang daerah terhadap mana-mana pemimpin Melayu yang menyokong atau mencadangkan konsep ketuanan Melayu digantikan.
Ketuanan Melayu, katanya juga bermakna menjamin kedaulatan Raja-raja Melayu dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Wan Azizah menjatuhkan martabat raka-raja.
Arman juga memperbetulkan persepsi bahawa ketuanan Melayu tidak bermakna bangsa-bangsa lain menjadi subjek kepada orang Melayu.
“Apa yang kita mahu ialah supaya kontrak sosial dihormati dan tahu sejarah negara ini,” katanya.
Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan dasar presiden dalam Kongres PKR, Sabtu lalu berkata konsep ketuanan Melayu wajib ditinggalkan kerana ia didakwa hanya slogan untuk memperdaya bangsa itu sendiri.
"Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri.
"Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi," katanya.
Alamak!! Betul Ke Mahathir Yang Cakap Nie??
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi amaran bahawa rancangan kerajaan bagi membina bangunan 100 tingkat Warisan Merdeka akan menyaksikan lebihan hartanah dan ruang npejabat yang kini sudahpun melanda Lembah Klang.“Jika anda bertanya saya, kita tak perlukan menara 100 tingkat itu,” kata Mahathir ketika menjawap soalan daripada hadirin pada persidangan 'Mengimbas Semula Wawasan 2020' di Kuala Lumpur.
"Saya lihat banyak papan tanda 'untuk dijual' dan 'untuk disewa' apabila saya bersiar-siar. Ini bermakna kita telah mempunyai bangunan yang mencukupi.
Sebelum ini, Mahathir menggesa kerajaan merujuk dengan rakyat berhubung projek Warisan Merdeka dan secara tidak langsung menyokongnya kerana berpendapat ia akan memberi kesan ekonomi yang positif.
Dalam nada yang sama, Mahathir berkata beliau mungkin mempunyai pandangan yang berat sebelah kerana Menara Berkembar Petronas adalah projek semasa pemerintahnnya dan beliau tidak mahu melihat rekodnya sebagai bangunan tertinggi di negara ini diatasi.
"Mereka boleh bina, tetapi bukan sekarang, mungkin kemudian... apabila saya tiada lagi,” katanya dalam nada bergurau.
They can build it, maybe not now but later... when I am no longer around," he said in jest.
28 November 2010
Bodohnya Husam Musa
Sanggup menghabiskan wang sendiri sebanyak RM20 juta untuk membiayai ekspo ini? Lembu mana yang akan percaya Husam ada wang sebanyak itu? Hanya LEMBU UMNO saja yang akan percaya. Hahaha..
Ekspo Cheng Ho Guna Wang Gelap ?Ekspo Cheng Ho yang diadakan di Kota Bharu sekarang adalah projek naungan Husam Musa.Ianya diadakan semata-mata untuk memulihkan imej Husam yang tercalar balar sejak dua tahun kebelakangan ini.
Maklumat dalaman yang diterima oleh TGM memaklumkan pada peringkat awal sebenarnya tiada syarikat dari China yang sanggup datang untuk menyertai eskpo tersebut. Kemudian Husam terpaksa beberapa kali berulang alik ke China bagi memujuk mereka menyertainya.
Walaupun dipujuk mereka tidak mahu menyertainya, kecuali ekspo tersebut diadakan di peringkat nasional bukannya di peringkat negeri. Husam mati akal kerana beliau telah beberapa kali terpaksa menangguhkannya akibat tiada penyertaan.
Jalan terakhir yang digunakan oleh Husam ialah 'main pitih'. Kami difahamkan setiap syarikat dibayar RM 50 ribu untuk menyertai ekspo tersebut. Jangan tersilap, bukannya syarikat yang nak menyertai ekspo perlu bayar RM 50 ribu kepada penganjur, tetapi setiap syarikat yang menyertai eskpo dibayar RM 50 ribu oleh penganjur (husam musa) beserta kemudahan lain termasuk hotel dan pengangkutan.
Mengikut laporan harakah daily lebih dari 200 syarikat dari China yang menyertai ekspo tersebut. Jika satu syarikat dibayar RM 50 ribu, bermakna RM 10 juta belanja yang perlu dikeluarkan untuk membayar kepada syarikat-syarikat yang hadir.
Itu belum diambil kira dengan kos-kos yang lain seperti penginapan, makan minum, pengangkutan serta kos untuk persiapan ekspo serta kakitangan bertugas. Rumusan kasar yang boleh dibuat, lebih kurang RM 20 juta perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk penganjuran ekspo berkenaan semata-mata Husam nak tunjuk dia hebat.
Soal nak tunjuk hebat atau tidak hebat adalah perkara kedua, soal utamanya dari mana Husam datang duit sebanyak itu untuk menganjurkan ekspo berkenaan sedangkan kerajaan negeri hanya memberi peruntukan sebanyak RM 100-200 ribu ?
Kami telah pun mendapat jawapannya. Kami difahamkan ianya menggunakan wang gelap hasil dari kegiatan haram Husam Musa sepanjang menjadi exco. Kami akan dedahkan satu persatu kelak.
Usaha kita untuk menawan Kota Darulnaim masih mempunyai punyai masa lagi Kita tidak boleh menggunakan segala peluru yang ada dimasa sekarang. Apabila sampai masanya kita akan keluarkan segala jenis peluru , bom, dan sebagainya.
Apa yang boleh kami katakan ialah, Ekspo Cheng Ho sebahagian dari titik tolak kejatuhan politik manusia durjana yang bernama Husam Musa.
Jika benar segala dakwaan yang kami terima ini, patutlah negeri Kelantan tak boleh maju dan masih ketinggalan. Seorang exco ada wang gelap berpuluh juta, cuba bayangkan jika sembilan exco lain pun begitu juga. Itu belum dicampur lagi dengan MB, pengerusi anak-anak syarikat kerajaan negeri dan anak beranak MB. Habis harta negeri dirompak oleh mereka,rakyat pula terus hidup merana.
Dari blog pencacai Team Gelombang Merah
Calon Kalah Tidak Akan Dipinggir - Anwar
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa calon-calon yang kalah dalam pemilihan PKR termasuk naib presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub tidak akan diketepikan oleh parti.
Sebaliknya mereka akan diberikan peranan tertentu dalam dalam kepimpinan parti sebagai usaha memperkuatkan PKR.
"Mengapa beliau (Mustaffa Kamil) harus diketepikan. Beliau adalah orang yang teruji... Kita akan panggil semula rapatkan kepimpinan," katanya ketika menyampaikan ucapan dalam kongres PKR di Petaling Jaya.
Katanya, selain Mustaffa, beliau juga akan memanggil calon yang kalah antaranya, calon Ketua Pemuda PKR Badrul Hisham Shaharin dan ahli parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas.
Mustaffa berkata beliau akan berbincang dengan kepimpinan baru yang dilantik untuk memberi kepada pihak yang tewas dalam pemilihan baru-baru ini.
Dalam ucapan juga, Anwar menjanjikan peranan yang penting kepada pemimpin daripada Sabah dan Sarawak dalam memperkuatkan barisan kepimpinan parti itu.
Mengulas tentang aduan kelemahan pengurusan pemilihan, Anwar berkata perkara itu akan diperbaiki termasuk memberi jaminan bahawa partinya akan menjawab segala aduan yang dikemukakan.
Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sewaktu menyampaikan ucapan penangguhan berpesan kepada perwakilan supaya tidak rasa tergugat dengan serangan yang dilemparkan kepada Anwar dan PKR.
Sambil mengungkap kembali apa yang dihadapinya sejak suaminya dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri, beliau menegaskan tidak rasa tergugat dengan semua itu.
"Saya pergi kemana-mana, ada orang pandang hina kepada saya. Saya tidak terasa apa-apa, sebab saya percaya kepada keadilan. Peduli apa orang kata," katanya.
27 November 2010
26 November 2010
Semoga Pimpinan PKR Faham Pepatah Biduk Lalu Kiambang Bertaut
Fariz rayu 'kedudukan baik' untuk Chegubard
Timbalan ketua Pemuda PKR (AMK) sesi lalu Fariz Musa berharap kepimpinan baru sayap kanan parti itu tidak mengetepikan calon ketuanya Badrul Hisham Shaharin setelah mendapat mandat baru dalam sesi kali ini.
"Saya minta kawan-kawan kita daripada (kem) Badrul, saya syor Badrul diundang dalam AMK dan diberikan kedudukan baik supaya kedua gabungan tenaga ini berada dalam AMK.
"Kita mesti bekerja kerana fokus utama selepas ini untuk kita tawan Putrajaya," katanya ketika berucap kali terakhir kongres sayap itu di Petaling Jaya hari ini.
Bercakap ketika menyampaikan ucapan penggulangannnya, Fariz yang tidak mempertahankan kerusinya kerana 'lebih umur' malah berkata, beliau merayu perkara itu dengan nama Allah.
"Tolong hentikan, saya merayu dengan nama Allah, saya rayu dan harap hentikan sengketa (sesama kita). Selesaikanlah," katanya.
Nada yang hampir sama disuarakan oleh naib ketuanya sesi lalu Amiruddin Shari yang tidak mempertahankan jawatannya ekoran regunya Rafizi Ramli tidak meneruskan hasrat bertanding sebelum ini.
"Yang sudah, sudahlah. Yang lepas, lepaslah. Yang menang, menanglah. Yang tewas-tewaslah.
"Yang pasti selepas ini kita harus beri keadilan dan bebeasan pada rakyat," katanya sambil menegaskan cabaran besarnya untuk mendepani 4.6 juta pengundi baru.
Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, Shamsul Iskandar ketika ditanya berhubung kesediannya melantik Badrul Hisham ke dalam barisan kabinet barunya kelihatan tidak menyatakan 'kesanggupan' yang benar-benar pasti.
"Kita menerima sesiapa sahaja. Saya tak nampak ada masalah besar (melantik Badrul)," katanya.
Terdapat lima kerusi lantikan untuk exco.
Manakala Badrul Hisham pula ketika ditemui di luar Dewan Sivik MBPJ - tempat persidangan berlangsung - berkata tidak timbul perkara itu kerana "sesiapa saja yang memperjuangkan keadilan adalah kawan".
Beliau juga menafikan terlibat dalam demonstrasi "baju hitam" yang menyokongnya petang ini.
"Saya gemuk, hendak nampak kurus," katanya sambil ketawa ketika ditanya kenapa beliau sendiri memakai jaket hitam.
Dalam keputusan rasmi pemilihan AMK yang diumumkan lewat petang ini, Shamsul Iskandar mempertahankan jawatannya mengalahkan Badrul Hisham.
Jumlah undi yang diterima mereka tidak diumumkan.
'Selamatkan Keadilan' Tak Menjadi
PETALING JAYA: Hasrat sekumpulan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang merancang untuk mengadakan protes dan menyebarkan risalah 'Selamatkan Keadilan' semasa Kongres PKR yang bermula hari ini nampaknya tidak menjadi. Mereka sebaliknya dilihat masuk menyertai kongres sebagai perwakilan.
Kumpulan yang menamakan diri sebagai Suara Anak Muda itu pada mulanya dilihat berlegar di perkarangan luar Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) pada awal perasmian Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) sejak awal pagi.
Memakai baju serba hitam, kira-kira sepuluh ahli PKR yang dipercayai daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK) mula mengedarkan 'armband' dan 'headband' berkain hitam yang tertera tulisan 'Selamatkan Keadilan" kepada orang ramai.
Namun, pada penghujung ucapan perasmian Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali, kumpulan itu mula masuk ke dalam Dewan menyertai Kongres sebagai perwakilan AMK.
Salah seorang penyokong Suara Anak Muda yang mahu dikenali sebagai Norazizi berkata, pihaknya membatalkan hasrat untuk meneruskan 'Kempen Selamatkan Keadilan' kerana pihaknya masih belum menerima 'lampu hijau' daripada pemimpin untuk meneruskan kempen ini.
"Tambahan pula kami sudah pun diberi peringatan daripada penganjur majlis supaya tidak buat 'kacau' sepanjang kongres berlangsung.
"Kami tidak ada niat nak buat kacau, cuma mahu buat beberapa usaha untuk tarik perhatian pemimpin tertinggi dan JPP supaya buka mata dengar masalah dan kepincangan yang berlaku sepanjang proses pemilihan.
Ezam Sesumpah Diangkat Ketua Penerangan Umno
Umno S'gor: Noh ketua, Ezam ketua penerangan?
Penyusunan semula kepemimpinan Umno Selangor dijangka akan menyaksikan Datuk Seri Noh Omar dilantik sebagai pengerusi perhubungan negeri.Jawatan timbalan pengerusi perhubungan yang dikosongkan Noh pula akan diisi oleh Abdul Shukor Idrus (kini merupakan ketua penerangan Umno negeri itu), menurut tulisan ringkas yang disiarkan semalam di sebuah laman pro-Umno.
Laman parpukari.blogspot.com itu dilihat hampir dengan kepemimpinan Umno negeri dan dan sering dipetik oleh akhbar arus perdana.
Menurut laman itu lagi, Senator Ezam Mohd Nor yang menyertai Umno pada Jun 2008 pula akan mengisi jawatan ketua penerangan Umno negeri yang dikosongkan oleh Abdul Shukor,
Ketika diminta mengulas desas-desus yang disiarkan blog berkenaan, Abdul Shukor berkata perkara itu masih belum disahkan lagi.
Jelasnya, perkara itu itu hanya akan disahkan dalam mesyuarat majlis tertinggi parti itu yang dijadualkan pada petang ini.Mesyuarat berkenaan bagaimanapun ditunda sebagai menghormati majlis pengebumian bekas ketua menteri Pulau Pinang Tun Dr Lim Chong Eu.
"Saya tidak ada maklumat lanjut sebab belum ada pengumuman lagi," kata Abdul Shukor lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Najib dalam ucapannya di perhimpunan agung Umno pada Oktober lalu mengumumkan untuk membuat perubahan kepemimpinan parti itu dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Perubahan itu diumumkan berikutan beberapa teguran yang ditimbulkan oleh para perwakilan dalam persidangan berkenaan.
"Tak pa...Dato' bagi semua saya spin (putar) berita ini."
MB Kedah: "Saya bekas MD Harakah; mereka silap kalau nak kenakan saya"
Oleh AZAMIN AMIN (Ketua Biro Harakah Kedah)
ALOR SETAR: Sebaik sahaja banjir di negeri ini surut, Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah pun membuka tirainya selama tiga hari bermula tanggal 14 November yang dirasmikan oleh KDYMM Sultan Kedah.
Semuanya berjalan dengan lancar dan tenang bahkan berlangsung secara aman' walaupun tanpa 'kehadiran' dua media elektronik arus perdana yang dianggap pembohong sewaktu membuat liputan banjir, membabitkan bantuan kerajaan negeri yang dituduh 'lepas tangan.'
Bukan sahaja rakyat mahupun para petugas, kakitangan kerajaan negeri, sukarelawan, agensi penyelamat dan semua yang terlibat dalam operasi banjir merasa kecewa dengan tuduhan tidak berasas itu, tetapi turut menarik perhatian Tuanku Sultan Kedah yang dukacita dengan perkhabaran itu.
Dalam titah ucapannya sewaktu merasmikan pembukaan siadang DUN Kedah, baginda melahirkan rasa dukacita dengan suara-suara sumbang yang tidak menghargai sumbangan serta pengorbanan Kerajaan Negeri dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir di negeri ini.
"Beta dukacita kerana ada suara sumnbang yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan Kerajaan Beta serta semua pihak yang terlibat di dalam membantu mangsa banjir," titah KDYMM Tuanku Sultan pada majlis Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Penggal Ketiga Mesyuarat Bajet.
Sehubungan itu baginda merakamkan penghargaan kepada semua kakitangan Jabatan Negeri dan Persekutuan yang terlibat termasuklah badan-badan sukarela dan lain-lain pihak yang saling membantu dan bekerjasama tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan fahaman politik ketika negeri ini dilanda bencana banjir.
Titah baginda, kerjasama serta pengorbanan dan bantuan yang dihulurkan amatlah disanjungi dan ini jelas menggambarkan semangat persaudaraan dan perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat negeri ini yang berbilang kaum dalam menghadapi bencana banjir.
Perasmian berakhir dan bersurai dengan baik, namun di luar pagar Wisma Darul Aman, kumpulan media eletronik terdiri daripada RTM dan Tv3 yang tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri yang 'tidak menjemput' mereka membuat liputan sidang DUN, cuba mendapatkan komen-komen negatif daripada pemimpin Barisan Nasional (BN) berhubung kebebasan media yang disekat.
Antara yang tampil menjawab soalan provokasi media terbabit ialah pemuda Gerakan dan Adun-Adun BN seperti Ketua Pembangkang Dato' Mahadzir Khalid, Adun Kuala Nerang Dato Syed Sobri, Adun Belantek, Tajuddin dan lain-lain lagi.
Wartawan RTM cuba mengemukakan soalan "adakah hak Sultan dinafikan?" berikutan sekatan media kepada Adun-Adun BN namun sebilangan cuba mengelak daripada menjawab isu Sultan dan tidak mahu terperangkap dengan soalan-soalan yang tidak berasas itu.
Selesai 'sidang media' luar pagar itu, kedengaran suara wartawan RTM berkata kepada para Adun-adun BN dengan jelas:"Tak pa...Dato' bagi semua saya spin (putar) berita ini."
Hakikatnya media terbabit terasa 'terhina' berikutan larangan tersebut sedangkan 13 agensi media yang dianggap bertanggungjawab dan beretika telah dijemput melalui surat pekeliling Setiausaha Akhbar Menteri Besar terdiri daripada The Star, Sinar Harian, Bernama, 6 akhbar Cina, 2 akhbar India dan Harakah.
Pada sebelah petangnya, Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan Razak membentangkan bajet 2011 bermula jam 3.00 petang dan berakhir kira-kira setengah jam kemudian. Pembentangan bajet itu, disampaikan secara ringkas dan padat tanpa sebarang gangguan.
Selesai ucapannya, di luar Dewan, Syed Sobri berjabat tangan dengan Ustaz Azizan dan mengucapkan tahniah di atas bajet yang dibentangkan.
Desas-desus pada awalnya, membayangkan kononnya ada usul tergempar ingin dibawa oleh Adun-adun BN untuk menghangatkan suasana dewan ekoran larangan dan sekatan ke atas RTM dan TV3 melaporkan perjalanan sidang DUN, namun telahan itu meleset kerana tidak ada sesiapa pun berani untuk 'membela' media yang diragui kewibawaannya itu.
Sungguhpun begitu, pada hari berikut perbahasan dijalankan, beberapa Adun BN membangkitkan persoalan kebebasan media, namun dibidas oleh kalangan Adun Pakatan Rakyat antaranya Adun Kubang Rotan Nasir Mustafa.
Kata Nasir, sikap tidak bertanggungjawab media pembohong telah mencetuskan suasana resah di kalangan rakyat yang ketika itu dilanda musibah banjir yang teruk. Sepatutnya media terbabit sama-sama 'menenangkan' keadaan dan melaporakn berita benar supaya semua pihak berada dalam kedaan yang tidak stabil, katanya.
Dalam masa yang sama beliau bangkit mempertikaikan tindakan media yang melaporkan cerita seorang mangsa banjir yang kononnya tidak mendapat makanan di pusat penempatan banjir tetapi pada keesokannya, mangsa menyesal dengan kenyataannya itu yang dilaporkan sebuah akhbar tabloid.
Nasir juga membidas Adun Bakar Bata Dato' Ahmad Bashah yang dalam perbahasannya mendakwa ada pihak menghalau mangsa banjir kerana berbeza fahaman politik.
"Dato' sila bertanggungjawab. Sila nyatakan tempat, siapa dan di mana kejadian itu berlaku supaya boleh disiasat. Jangan buat dakwaan tidak berasas," kata Nasir kepada Ahmad yang kemudian kelam kabut seraya menjawab ringkas:" Saya dengar orang kata ja..."
Sementara itu di sidang yang sama , Adun Alor Mengkudu Dr Ismail menangkis tohmahan yang dibuat oleh blog yang menfitnah beliau 'mengangkat' balik sumbangan kepada mangsa banjir atas isu politik.
"Kawasan khemah itu kosong dan bukan pusat penempatan banjir, setelah bincang dengan jawatankuasa kampung itu, saya pindahkan barang-barang sumbangan ke suarau berdekatan.
"Bila masa saya tarik balik...sedangkan belum ada sesiapa pun yang menerima sumbangan itu. Ini jelas nak menjatuh nama baik saya...," jelas Dr Ismail tegas.
Dalam pada itu Sidang DUN sekali lagi dipersembahkan isu rasional kenaikan tarif air yang kemudian diperjelas secara panjang lebar oleh Exco berkaitan Dato' Amiruddin Hamzah kepada Adun-adun BN yang seolah-olah keliru dan tidak mahu memahami keadaan.
Amiruddin sempat mendedahkan sikap kerajaan Bn terdahulu yang menswastakan air sehingga menyebabkan kerajaan negeri kini menanggung kerugian dan hutang yang banyak di samping kos rawatan dan penambahbaikan saliran air yang semakin meningkat malah kenaikan berlaku setelah 17 tahun pada kadar negeri kedua terendah di Malaysia.
Dalam keseriusan, ada juga gurau senda dan gelak ketawa di dalam sidang DUN Kedah. Lazimnya dua Adun bebas iaitu Tan Wei Shu (Bakar Arang) dan Radzi (Lunas) dianggap sebagai 'pelawak' dalam sidang DUN dengan idea-idea yang mencuit hati pemerhati dan adun-adun.
Apa tidaknya, Radzi yang mendengar perbahasan berkaitan pusat penyembelihan babi, bangkit mencadangkan Kedah Agro, anak syarikat kerajaan negeri yang terlibat dengan produk pertanian dan ternakan di negeri ini agar menguruskan pula hal berkaitan penyembelihan dan pengedaran daging babi.Pecah perut satu dewan mendengar saranan bernasnya itu!
Exco baru dilantik, Tan Chow Kang disifatkan antara yang pandai menarik perhatian dalam ucapannya penggulungannya dengan keletah dan bahasanya yang bersahaja.
"Kalau nak tunggu bintang jatuh, sampai tunggu air laut keringlah..." katanya membidas kata-kata adun BN tentang usaha dipihaknya yang belum menampakkan hasilnya.
Chow Kang terus mencetuskan ketawa Dewan apabila memuji adun-adun BN:"Saya pujilah , sidang DUN kali ini soalan-soalan pembangkang nampaknya sudah matang. Saya banyak happylah!"
Ketegasan dan suasana sedikit tegang, tatkala Exco berkaitan perumahan Dato' Ir Pharolrazi mempertahankan isu kuota tanah dan pemilikan rumah yang dibangkit oleh seorang Adun BN yang dilihat cuba mengheret sentiman perkauman.
"Selepas ini, saya tak mahu lagi dengar isu ini dimainkan sebagai sentimen perkauman.
"Saya bukan wakil rakyat daripada politik kaum Melayu, yang dilihat mempertahankan hak melayu. Saya adalah wakil rakyat parti Islam yang memberi keadilan kepada semua kaum," kata Pharolrazi tegas.
Ketika, umat Islam khususnya di Kedah pada sebalah petangnya sedang berpusu-pusu pulang untuk berhari raya pada Selasa 16 November, di Dewan Undangan Negeri semua adun kerajaan dan pembangkang masih setia pegun, khusyuk dan fokus kepada agenda terakhir sidang iaitu sesi penggulungan perbahasan oleh Ustaz Azizan.
Mukadimah yang bersahaja, Ustaz Azizan kemudian memulakan buah kilas dan libasan tajamnya kepada media yang memutarkan belitkan cerita.
"Mereka silap kalau nak kenakan saya. Saya pernah jadi Pengarah Urusan Harakah selama lima tahun dan saya pun tahu jenis soalan wartawan.
"Harakah pun dulu dan sekarang pun disekat. Ada tempat yang kita tidak dibenarkan membuat liputan, tapi saya tak pernah komen.
"Tapi saya nak ucapkan terima kasih kepada media tersebut kerana tayangan itu, menyebabkan saya mendapat publisiti yang meluas. Saya harap gambar-gambar saya itu ditayangkan sehingga pilihan raya akan datang...bukan senang muka saya nak masuk tv...
"Cuma saya ni lama dah bersabar...jangan jadi pembohong. Saya bukan ular senduk yang naik kembang tapi jenis ular kapak yang jika terpijak ekor terus patuk!" katanya yang merupakan Adun Sg Limau, Adun yang paling lama dan 'senior' dalam DUN Kedah.
Laksana pahlawan, beliau kemudiannya mengepak, mengunci dan mencantas soalan-soalan yang dikemukakan oleh adun-adun BN dengan penjelasan mudahnya. Sungguhpun sesekali, beberapa adun mencelah, Ustaz Azizan tetap tenang mengahadapinya.
Tidak ada latah atau raut emosi beliau memarahi soalan-soalan provokasi, bahkan mengucapkan terima kasih di atas saranan dan kritikan yang diberikan disamping berjanji akan berusaha memperbaiki dan memantapkan lagi pentadbirannya.
Ketika menjawab persoalan Adun Kuala Ketil tentang kewajaran menurunkan harga hantaran kahwin, bagi memudahkan perkahwinan,Ustaz Azizan dengan nada perlahan berseloroh:
"Kalau harga hantaran kahwin dapat turun sikit, dapatlah yang lain-lain tumpang sama," katanya disambut gelak ketawa kedua-dua belah pihak.
Dengan nada yang rendah dan bersifat ramah kepada rakan dan lawan, Ustaz Azizan mencuri tumpuan kerana mampu 'mengawal' dewan daripada sebarang terjahan mahupun pencak silat pembangkang. Sesekali ayat-ayat jenaka dan pemanisnya mengubat keadaan.
"Terima kasih atas cadangan dan kritikan yang diberikan. Marilah sama-sama kita mengembleng tenaga untuk memastikan rakyat dan negeri ini kekal sejahtera," katanya mengakhiri penggulungannya kira-kira jam 5.30 petang.
Secara purata, pemerhati dan penganalisis memuji Bajet 2011 kali yang amat mengutamakan kesejahteraan rakyat khususnya untuk meningkatkan pendapatan dan membantu bagi golongan yang memerlukan.
Selain itu perjalanan sidang DUN selama tiga hari yang begitu lancar, malah dilihat proses demokrasi di sini berada dalam suasana yang begitu harmoni antara kedua-dua belah pihak, sungguhpun berlainan fahaman politik.
Seperti titah Sultan Kedah yang memuji pentadbiran kerajaan negeri dibawah pimpinan Ustaz Azizan kerana berjaya menerajui Kedah secara adil, amanah dan proaktif.
Baginda bertitah, rakyat negeri ini diberi layanan yang adil malah hubungan antara kaum semakin erat menerusi pelbagai aktiviti.
"Beta merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Besar yang berjaya menerajui kerajaan dengan baik. Beta dapati Kerajaan Negeri memberi sepenuh usaha dan kerjasama dengan semua pihak bagi memajukan negeri ini," titah baginda yang menjadi pemangkin semangat buat semua khususnya rakyat negeri Kedah.
Jom Serah Memorandum Kepada Agong
Rakyat Selangor Dijemput Iringi MB Serah Memo Pada YDP AgongRakyat Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya dijemput mengiringi Menteri Besar Selangor dan pimpinan Pakatan Rakyat untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong bagi membantah kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) pada 5 Disember ini.
Exco Selangor, Dr Halimah Ali dalam satu sesi dialog berkenaan isu air bersama guru-guru besar di seluruh Selangor hari ini menyeru rakyat Selangor untuk
bangkit berjuang bersama-sama pimpinan kerajaan negeri demi mempertahankan hak mereka.
"Maka kerajaan negeri Selangor menjemput rakyat, menyuarakan hak rakyat ini kepada mereka yang tidak faham-faham.
"Jadi kita semua dijemput bersama-sama dengan Menteri Besar(Tan Sri Khalid Ibrahim) pada jam 12 tengahari di Masjid Negara, kita jalan ramai-ramai, kita selawat," ujarnya.
Kira-kira 25 ribu penduduk Seksyen 24, Shah Alam dijangka menandatangani memorandum yang bakal diserahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong bagi membantah kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus oleh SYABAS yang dianggap membebankan rakyat di negeri ini.
Sesi dialog di SUK ini, Halimah mengingatkan bahawa kerajaan negeri mempunyai matlamat jelas dalam membantu rakyat Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya untuk mempertahankan hak mereka.
Katanya kerajaan negeri sedaya upaya mengadakan rundingan bersama syarikat konsesi air di Selangor dalam memastikan rakyat menikamati keperluan asas itu dengan harga yang sewajarnya.
"Kerajaan Selangor tidak berminat untuk berpolitik mengenai isu air, tidak berminat untuk menghabiskan masa untuk perkara asas.
"Kerajaan negeri tidak berminat untuk mendapat untung dari air ini tetapi kerajaan negeri berminat untuk memberikan air percuma supaya rakyat di negeri Selangor ini mendapat air yang bersih supaya rakyatnya sihat dan kuat," katanya.
Kerajaan Selangor sebelum ini menegaskan lesen pembekalan air yang diberi kepada SYABAS akan ditarik balik jika didapati mengutip balik kos 20 meter padu air yang disubsidikan kerajaan negeri kepada rakyat menerusi Tabung Budi yang dilancarkannya pada Ogos lalu.
Rakyat Selangor Dijemput Iringi MB Serah Memo Pada YDP Agong
25/11/2010 Share
SHAH ALAM 25 NOV : Rakyat Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya dijemput mengiringi Menteri Besar Selangor dan pimpinan Pakatan Rakyat untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong bagi membantah kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) pada 5 Disember ini.
Exco Selangor, Dr Halimah Ali dalam satu sesi dialog berkenaan isu air bersama guru-guru besar di seluruh Selangor hari ini menyeru rakyat Selangor untuk
bangkit berjuang bersama-sama pimpinan kerajaan negeri demi mempertahankan hak mereka.
"Maka kerajaan negeri Selangor menjemput rakyat, menyuarakan hak rakyat ini kepada mereka yang tidak faham-faham.
"Jadi kita semua dijemput bersama-sama dengan Menteri Besar(Tan Sri Khalid Ibrahim) pada jam 12 tengahari di Masjid Negara, kita jalan ramai-ramai, kita selawat," ujarnya.
Kira-kira 25 ribu penduduk Seksyen 24, Shah Alam dijangka menandatangani memorandum yang bakal diserahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong bagi membantah kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus oleh SYABAS yang dianggap membebankan rakyat di negeri ini.
Sesi dialog di SUK ini, Halimah mengingatkan bahawa kerajaan negeri mempunyai matlamat jelas dalam membantu rakyat Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya untuk mempertahankan hak mereka.
Katanya kerajaan negeri sedaya upaya mengadakan rundingan bersama syarikat konsesi air di Selangor dalam memastikan rakyat menikamati keperluan asas itu dengan harga yang sewajarnya.
"Kerajaan Selangor tidak berminat untuk berpolitik mengenai isu air, tidak berminat untuk menghabiskan masa untuk perkara asas.
"Kerajaan negeri tidak berminat untuk mendapat untung dari air ini tetapi kerajaan negeri berminat untuk memberikan air percuma supaya rakyat di negeri Selangor ini mendapat air yang bersih supaya rakyatnya sihat dan kuat," katanya.
Kerajaan Selangor sebelum ini menegaskan lesen pembekalan air yang diberi kepada SYABAS akan ditarik balik jika didapati mengutip balik kos 20 meter padu air yang disubsidikan kerajaan negeri kepada rakyat menerusi Tabung Budi yang dilancarkannya pada Ogos lalu.
Apa Kaitan Noh Omar Dan Pegawai Khasnya Dalam Kes Ini?
SPRM didesak siasat firma padi mencurigakanGEMPAR! SOHAIMI SHAHDAN BERCITA-CITA NAK JADI MB SELANGOR! MESTI BACA!
Menurut Mahfuz, Selasa lalu, beliau telah membangkitkan perkara itu sewaktu berbahas di peringkat jawatankuasa di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
"Dalam jawapannya dia (Noh) mengakui salah satu syarikat individu itu ada kaitan dengan petani di kawasan parlimennya di Tanjung Karang tetapi dia elak menjawap soalan saya sama ada dia mempunyai kepentingan dalam syarikat itu,” kata Mahfuz. - Mkini
Sanggah Tok Janggut atau penulis Aimam JR turut mendedahkan Sohaimi didakwa menyeleweng kuasa untuk mengaut perolehan tender pembekalan baja Kementeriaan.
25 November 2010
Makan Duit Haram Otak Semakin Bodoh Dan Bebal
YB Toe Nie Ching wajib pakai tudung jika berceramah di hadapn penyokong Pas dan di atas pentas Pas. Kalau tak pakai tudung hukumnya haram.. Kah kah kah..
Baca kebodohan blogger tersebut kat sini
Azmin Ali Akan Mula Mengganas?
Chegu Bard bakal berhadapan tindakan?
Chegu Bard tidak menolak kemungkinan beliau bakal menghadapi satu lagi krisis dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila khabar angin mula bertiup dikalangan ahli parti beliau bakal dikenakan tindakan disiplin.
"Saya juga ada mendengarnya dari teman-teman termasuk daripada mereka yang menganggotai Biro Politik. Beberapa media turut bertanyakan kepada saya, tapi buat masa ini saya lebih senang mengambil sikap tidak mengambil tahu tentang rancangan mereka," kata beliau kepada FMT.
Beliau turut mengulangi peringatan yang dibuatnya sebelum ini terhadap Jawatankuasa Dispilin Parti agar tidak gentar dengan mana- mana pemimpin untuk bertindak adil terhadap segala salah laku ahli-ahlinya tanpa memilih bulu.
"Jawatankuasa Disiplin Parti hendaklah tidak memilih bulu untuk siasat dan ambil tindakan. Kewibawaan mereka semakin lemah dan banyak yang rosak sebab takut kepada pemimpin tertentu dalam parti.
"Kalau mereka hendak ambil tindakan ke atas saya, pastikan punya asas yang kukuh. Apa kesalahan saya dan apa saya buat yang telah melanggar prinsip keadilan?
Berjuang untuk mendapat keadilan
"Adakah kerana menegur kelemahan parti, berjuang untuk mendapatkan keadilan itu dianggap satu kesalahan dalam parti?
"Tetapi bagaimana pula status aduan-aduan lain yang saya dan calon lain laporkan di sepanjang pemilihan? Senyap begitu sahajakah?," soal beliau.
Beliau turut menegaskan bahawa beliau akan terus menentang kepincangan dalam parti tidak mengira samada ketika musim pemilihan berjalan atau sebaliknya.
"Dalam apa keadaan sekali pun, bila-bila masa pun saya tetap menentang penipuan dan penyelewengan kuasa dalam parti termasuk sikap memilih bulu dalam siasatan ini jika ada," tegas beliau lagi.
Selain itu, beliau turut meluahkan pendapat bahawa pemimpin dalam PKR termasuk Jawatankuasa Disiplinnya harus mempunyai jiwa besar untuk mengakui kesilapan dan kelemahan diri. - GB
Umno Tanjung Bagai Cacing Kepanasan
PAS tahu siapa pasang banner tak nak wang judiNampak gayanya, ada pihak tertentu bagaikan cacing kepanasan dan hilang arah apabila menaikkan beberapa kain rentang 'Kami tak nak wang judi' berlambangkan PAS dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di beberapa lokasi.
Walhal isu berkenaan telah pun senyap setelah Umno yang membangkitkan itu tersebut kena tumbukan 'KO' oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Ustaz Saleh Man yang memperjelaskan tohmahan yang sengaja dikait dengan Kelab Lumba Kuda.
Bukan beliau sahaja yang menghuraikan isu berkenaan malahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah berulang kali mengeluarkan kenyataan bahawa semua itu fitnah.
Setiausaha Dun Permatang Pasir, Saiful Lizan Mohd Yusof ketika menghubungi menyifatkan, Umno sendiri telah mati akal setelah penjelasan diberikan dalam persidangan Dun baru-baru ini apabila semua hujah yang dilemparkan menerusi suara Adun pembangkang dan media dipatahkan.
Tetapi, katanya entah kenapa tiba-tiba isu itu hendak dibangkitkan semula dengan kain rentang tersebut.
"Ada pihak terasa pedih dengan tindakan Adun PAS membantu patahkan hujah berbentuk dengki yang sering terpampang di dada akhbar. Nak buat macam mana, " tegas Saiful yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Bukit Bendera.
Beliau sendiri melihat kain rentang berukuran 4 kaki x 6 kaki di Jalan P. Ramlee dan terus memotongnya kerana rasa bertanggungjawab berbuat demikian.
Begitu juga Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang, Rosli Hasan apabila terserempak dengan banner tersebut berdekatan simpang Permatang Sireh ketika dalam perjalanan ke Kepala Batas.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Rosidi Husein berkata, PAS tidak bertanggungjawab terhadap banner itu dan ia merupakan propaganda untuk menimbulkan keraguan rakyat yang telah mula memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat.
Ia juga membuktikan Umno 'terhegeh-heget' kononnya mahu membela nasib orang Melayu sedangkan semasa parti itu berkuasa langsung tidak memikirkan soal kebajikan rakyat.
"Kita tahu ada parti yang geram dengan peranan PAS menyokong tindakan Ketua Menteri untuk meneruskan pemberian wang penghargaan kepada warga emas.
“Namun begitu, PAS telah mengenal pasti siapa yang bertanggungjawab dan syarikat mana yang mencetakan banner berkenaan," ujarnya.
Kena Gasak Karpal Hakim Terus Demam
Liwat II: Bicara mohon hakim undur diri ditangguh
Perbicaraan kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terpaksa ditangguhkan apabila pihak pendakwaan memohon lebih banyak masa berhubung permohonan pihak pembelaan yang mahu hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar kes berkenaan.Peguam Cara Negara II, yang mengetuai pasukan pendakwaan, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin (kiri) tidak hadir hari ini kerana demam dan diganti oleh Timbalan Pendakwaraya, Mohd Hanafiah Zakaria.
Hanafiah berkata pihaknya memerlukan masa bagi menjawap hujah yang dikemukakan oleh pihak pembelaan pagi tadi.
"Datuk Yusof tidak sihat dan kita perlu masa untuk buat persiapan,” kata Hanafiah.
Berikutan itu, Mohamad Zabidin bersetuju menangguhkan perbicaraan sehingga pagi esok.
Pagi tadi, makamah pagi ini mendengar permohonan peguambela utama - Karpal Singh yang mengemukakan hujah mengapa hakim, Mohamad Zabidin perlu mengundurkan dirinya.Dalam hujahnya Karpal (kanan) berkata hakim berlaku berat sebelah serta mengabaikan keputusan Mahkamah Agung dengan tidak membenarkan pihak pembelaan dibekalkan dengan laporan klinikal pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Katanya, dalam kes tertentu, hakim dengan rela menarik diri setelah mendapati berlakunya keadaan berat sebelah dan prejudis terhadap tertuduh.
Karpal kemudiann memberikan contoh apabila bekas hakim Mahkamah Tinggi, Datuk KC Vohrah yang menarik diri secara sukarela apabila menyedari tidak dapat memberi keadilan.
Sambil merujuk kepada Kod Etika Hakim, Karpal berkata hakim tidak boleh meletakkan diri dalam situasi berat sebelah atau prejudis. Namun sekiranya mereka didapati menjurus ke arah itu maka hakim boleh dikenakan tindakan disiplin."Saya beri amaran sekiranya hakim tetap ingin meneruskan perbuatan bias, bersiap sedia hadapi kemungkinan," katanya.
Karpal juga mengingatkan mahkamah bahawa mengikut Artikel 5(1) dalam Perlembagaan Persekutuan, semua rakyat negara ini berhak mendapat pengadilan di mahkamah terbuka.
Menurut peguam veteran itu lagi, Mohamad Zabidin (kiri) juga perlu merenung semula ugutan menghina mahkamah yang dibuatnya semalam ke atas dirinya (Karpal) yang juga memberi kesan kepada anak guamnya (Anwar).
“Justeru, adalah perlu bagi Yang Arif, tarik diri. Terdapat bahaya berlaku berat sebelah (berikutan ugutan hina mahkamah oleh hakim),” kata Karpal semasa menggulung hujahnya.
Bahaya Radiasi Dari WiFi Internet
Pokok Mati Kerana WiFiGAMBAR menunjukkan pokok ash.
Satu kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Wageningen, Belanda mendapati radiasi daripada rangkaian gelombang tanpa wayar (Wifi) mungkin boleh menyebabkan pokok yang terdapat berdekatan dengan peranti penghala Internet tanpa wayar mati, lapor sebuah akhbar semalam.
Para saintis itu memperoleh hasil kajian tersebut selepas melakukan kajian ke atas 20 batang pokok ash yang daunnya menjadi kuning.
Hasil kajian itu menimbulkan kebimbangan bahawa radiasi Wifi boleh memberi kesan terhadap tubuh manusia.
Ia turut menyebabkan ibu bapa dan guru-guru berkempen agar peranti Wifi tidak dipasang di sekolah.
Bandar Alphen aan den Rijn yang terletak di barat Belanda mengarahkan kajian itu dilakukan sejak lima tahun lalu selepas mendapati pokok-pokok di kawasan itu mengalami situasi yang tidak normal.
Kajian itu mendapati pokok yang diletakkan paling hampir dengan radio Wifi mempunyai daun berwarna kuning berikutan lapisan kulit luar pokok mulai mati.
Para penyelidik juga mendapati radiasi Wifi boleh menyebabkan pertumbuhan jagung menjadi perlahan.
Sumbe: Agensi
24 November 2010
Chong Eu, bekas ketua menteri Pulau Pinang meninggal dunia
Bekas ketua menteri Pulau Pinang Tun Dr Lim Chong Eu meninggal dunia pukul 9 malam ini setelah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang sejak hampir sebulan akibat serangan angin ahmar.
Dr Lim (gambar) menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Tanjong Bungah di sini setelah dibawa balik dari hospital itu petang tadi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon ketika dihubungi Bernama mengesahkan berita mengenai kematian Dr Lim itu.
Satu makluman rasmi akan diumumkan, kata Koh.
Mendiang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang sejak 28 hari lalu.
Dr Lim dimasukkan ke ICU pada 26 Oktober selepas beliau dipercayai mengalami strok.
Beliau ketua menteri kedua Pulau Pinang dan memegang jawatan itu selama 21 tahun dari Mei 1969 hingga Oktober 1990.
Mendiang adalah presiden MCA sebelum meninggalkan parti itu, dan presiden Gerakan selama sembilan tahun dari 1971.
Di bawah kepimpinannya, Gerakan menyertai Barisan Nasional pada 1972.
Mahathir Punca Perpecahan Melayu
Melayu berpecah: PKR mahu Mahathir taubat, usah salahkan Anwar
PKR menasihatkan adalah lebih wajar Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri melakukan taubat nasuha kerana beliau sebenarnya menjadi punca perpecahan bahkan kemunduran orang Melayu, dan jangan menyalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Komponen Pakatan Rakyat itu mendakwa mutakhir ini bekas perdana menteri menjadi penyebab maraknya api perkauman di kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
“Pada usia senja adalah lebih baik untuk mantan perdana menteri banyak melakukan ibadah khusus kepada Allah SWT sebagai persiapan menemuiNya walaupun penentuan umur adalah di tangan Allah s.w.t.,” kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Dr Muhammad Nur Manuty.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Muhammad berkata, Dr Mahathir bertanggungjawab memecat dan mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, mantan timbalan perdana menteri dengan dakwaan fitnah liwat yang ternyata tidak benar.
“Beliau mengaibkan Datuk Seri Anwar dan keluarga di khalayak ramai. Perbuatan mantan Perdana Menteri mengaibkan Datuk Seri Anwar dan seisi keluarga adalah sangat bertentangan dengan prinsip dan hukum agama dan tindakan tersebut bertentangan denga norma dan tatasusila masyarakat bertamadun.
“Justeru, Datuk Seri Anwar mempunyai hak di sisi syariat Islam mempertahankan maruah diri dan keluarga daripada fitnah. Kiranya tindakan Datuk Seri Anwar mempertahankan maruah diri menimbulkan perpecahan, maka perpecahan itu adalah hasil daripada pertembungan antara hak dan batil,” kata Muhammad.
Semalam, Mahathir berkata pihak luar semakin tidak percaya kepada Anwar dan dengan itu kerajaan tidak perlu bimbang dan menghalangnya daripada pergi ke luar negara bagi mengelak ketua pembangkang itu daripada terus menghina Malaysia.
Lagipun, kata bekas perdana menteri, jika Anwar dihalang ke luar negara, ini akan menimbulkan kemarahan terhadap kerajaan, dan kerajaan akan berdepan dengan pelbagai tuduhan.
Dr Mahathir berkata semakin kerap Anwar keluar negara untuk memburukkan negara sendiri, secara sendirinya penasihat PKR itu mendapat imej yang negatif.
Hello Brader Anwar.. Bila Masa Pulak Hakim Tu Pernah Bertindak Adil?
Anwar dakwa hakim intimidasi Karpal, mahu tarik diri dengar kes liwatKetua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa hakim yang mendengar kes liwatnya telah “intimidasi” peguam utamanya, Karpal Singh dalam usaha mereka mahu melucutkan beliau daripada mendengar kesnya.
Dalam afidavit bertulis difailkan petang ini bersama notis usul mahu hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dilucutkan, Anwar (gambar) berkata hakim itu telah “mengugut” Karpal semalam apabila peguam itu memberikan notis hasrat pembela untuk memfailkan satu permohonan mahu melucutkan Mohd Zabidin.
“Peguam saya, ketika itu ada memberikan notis kepada hakim bahawa dia telah diarahkan oleh anak guamannya (saya) untuk meminta hakim berkenaan menarik diri daripada mendengar kes.
“Sebabnya kerana hakim tidak menghormati keputusan Mahkamah Agung dalam kes United Asian Bank Berhad lwn Tai Soon Heng Constructiion Sdn Bhd (1993).
“Hakim kemudian mengatakan bahawa bahawa apa yang dikatakan oleh peguam saya boleh dianggap sebagai menghina mahkamah. Peguam saya menjawab dengan berkata isu menghina mahkamah tak timbul dan saya tidak diberikan perbicaraan yang adil,” kata Anwar dalam afidavitnya.
Menurut nota perbicaraan kes semalam, Karpal telah mendakwa Mohd Zabidin telah menggunakan ugutan, oleh itu telah intimidasi peguamnya.
Anwar berkata walaupun hakim telah menarik balik kenyataan-kenyataan “hina mahkamah” tetapi bersetuju bahawa “tidak wajar” beliau mengatakan demikian ke atas Karpal, tindakan “intimidasi” itu menunjukkan ada asas bias bahaya yang sebenar, yang akan menghalang Anwar daripada menerima perbicaraan adil.
Anwar juga menekankan permohonan untuk menggugurkan hakim adalah semata-mata bersandarkan pada tindakan Mohd Zabidin dan bukan kerana sebab lain.
Terdahulu di mahkamah, Karpal memaklumkan hakim bahawa notis bersama permohonan Anwar telah difailkan dan perbicaraan tidak boleh diteruskan sehingga Mohd Zabidin mendengar permohonannya.
Mohd Zabidin kemudian menetapkan pagi esok untuk mendengar permohonan pembela itu.
Kesian Blogger Nie.., Kena Liwat Dengan Anwar
Anwar dibenar perolehi laporan protokol perubatan
Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan borang laporan protokol perubatan Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Borang yang dikenali sebagai 'pro-forma' adalah dokumen standard yang digunakan semasa menangani kes penganiayaan seks. Ia dikatakan mempunyai butiran pemeriksaan perubatan yang dijalankan ke atas pengadu.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata beliau membenarkan permohonan itu kerana dokumen berkenaan sudah dirujuk saksi ketiga pendakwaan - Dr Siew Sheue Feng dari Hospital Kuala Lumpur ketika mahkamah berhenti rehat.
Beliau bagaimanapun, menolak permohonan pembelaan supaya saksi itu dikenakan perintah menghina mahkamah atas tindakannya itu.
Dunia Nak Kiamat Kot Bila Umno Ambil Kisah Mata Leban Anwar
Mata lebam Anwar: Kabinet arah dua menteri soal Peguam NegaraPentadbiran Najib telah mengarahkan dua menteri Kabinet agar menyoal Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung dakwaan peranan beliau dalam insiden mata lebam melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengejutkan negara 12 tahun lalu.
The Malaysian Insider difahamkan Kabinet memutuskan langkah itu selepas seorang bekas pegawai polis Datuk Mat Zain Ibrahim mendakwa mempunyai maklumat terbaru berkaitan insiden itu, yang menurutnya turut melibatkan peranan Gani.
“Sekarang saya telah diarahkan (oleh Kabinet), Datuk Rais dan saya sendiri agar bercakap dengan Peguam Negara. Kami menunggu beliau pulang dari Mekah,” kata Nazri kepada The Malaysian Insider.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memberitahu The Malaysian Insider, Kabinet mahu mendengar sendiri daripada Gani sendiri mengenai dakwaan terbaru Mat Zain dalam satu lagi surat terbukanya kelmarin sebelum mengambil tindakan susulan.
“Kami mahu mendengar daripada Peguam Negara sendiri (mengenai surat terbuka).
“Ini perkara yang serius. Jika beliau (Mat Zain) bercakap benar, kita kena mendapatkan maklumat lanjut... tetapi sehingga itu, tiada apa-apa keputusan,” kata Nazri.
Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar kelmarin, Mat Zain, yang merujuk kepada usul memotong gaji Peguam Negara RM10 yang dibawa Lim Kit Siang di Parlimen pada 9 November lalu, mengesahkan telah menghantar e-mel kepada Ahli Parlimen Ipoh Timur itu pada 14 April lalu.
“Sebagai membalas komen beliau terhadap PDRM berkaitan siasatan kes mata lebam, yang sedikit tersasar. Saya turut megesahkan bahawa kenyataan-kenyataan yang beliau petik daripada surat saya bertarikh 15 April 2009 kepada Lembaga Penasihat SPRM dan surat terbuka kepada YBhg Datin Kalsom Taib bertarikh 8 Oktober 2010 (surat terbuka pertama), yang salinannya saya e-mel kepada Tan Sri, adalah betul setakat yang terkandung dalam salinan-salinan asal surat-surat berkenaan.
“Saya akan merujuk kepada kandungan surat-surat tersebut apabila, atau jika berkenaan,” kata Mat Zain.
Ekoran isu dibangkitkan oleh Lim di Parlimen, Nazri telah memaklumkan bahawa akan membawa isu itu ke Kabinet yang bermesyuarat 12 November lalu.
Beliau turut mengumumkan penjelasan akan diminta daripada Gani bagi memberinya peluang untuk menjelaskan diri beliau yang merupakan hak beliau kepada pendengaran yang adil.
“Saya menyokong sepenuhnya Tan Sri Gani diberikan hak sedemikian oleh kerana hak kesamarataan dari sudut undang-undang dan hak pendengaran yang adil adalah merupakan hak asasi individu yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia dan wajar dihormati oleh semua pihak.
“Bagaimanapun apa yang menjadi kemusykilan saya kini ialah apabila penjelasan diberi oleh Tan Sri Gani, seorang Peguam Negara, dalam bentuk apa sekalipun, sama ada secara lisan atau kenyataan akhbar atau representasi dan lain-lainnya, pihak berkuasa manakah yang layak dan berhak serta mempunyai kuasa untuk memberikan pendengaran adil kepada semua pihak terlibat dalam persoalan ini.
“Dan, tidak hanya adil kepada Tan Sri Gani seorang sahaja. Sesuai untuk saya nyatakan di sini bahawa pihak-pihak yang terlibat, bukan setakat empat individu yang dinamakan dalam laporan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Tan Sri Gani, Tan Sri Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara), Dr Abdul Rahman Yusof dan saya sendiri,” katanya,
Mat Zain juga berkata, Jabatan Peguam Negara, polis dan Kementerian Kesihatan juga merupakan pihak yang mempunyai kepentingan dalam perkara ini.
Malah dalam surat terbuka itu, Mat Zain menggesa kerajaan mendedahkan secara terperinci insiden itu bagi mempertahankan imej dan kredibiliti pasukan polis.
Dalam kenyatannya semalam, Lim yang juga Penasihat DAP berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Nazri berhubung isu yang dibangkitkan oleh bekas pegawai kanan polis itu.
Pada Julai 2008, Anwar membuat laporan polis mendakwa Gani, Mat Zain, Musa yang ketika itu pegawai penyiasat dan Dr Abdul Rahman telah memalsukan satu laporan perubatan mengenai kejadian mata lebam itu.
Tan Sri Rahim Nor, ketika kejadian merupakan Ketua Polis Negara, telah mengaku kepada suruhanjaya diraja siasatan bahawa telah memukul Anwar ketika ditahan di Bukit Aman.
Kejadian itu berlaku selepas Anwar dipecat daripada kerajaan dan Umno.
23 November 2010
Syabas diberi 14 hari hentikan Tabung Budi
“Perang” antara kerajaan negeri Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) mula memuncak dengan agensi itu diberi notis 14 hari supaya menghentikan program Tabung Budi atas alasan ia melanggar syarat perjanjian konsesi air.
Notis bertarikh 23 November – hari ini – dikeluarkan oleh Pengarah Kawal Selia Air Selangor Nor Azmi Diron di bawah Subseksyen 12(2) Akta Pembekalan Air 1997.
“Selain menghentikan program tersebut dalam masa 14 hari, Syabas juga dikehendaki memaklumkan kepada kerajaan Selangor berkenaan pembatalan Tabung Budi.
“Pembatalan tersebut juga perlu diiklankan di dalam akhbar-akhbar utama di Malaysia,” kata Pejabat Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Kata kenyataan itu, mengikut notis itu, Lesen Pembekalan Air yang diberikan kepada Syabas mengikut Subseksyen 12 (3) Akta Pembekalan Air 1997 akan dibatalkan jika Syabas gagal mematuhi arahan pembatalan program itu.
Notis tersebut juga telah mengingatkan Syabas bahawa selaku pemegang lesen, syarikat itu hanya boleh mengutip dan menyimpan caj yang masih berhutang (caj tertunggak) oleh pengguna dalam kawasan pembekalan air.
Syabas tidak boleh mengutip sumbangan daripada orang ramai bagi tujuan membayar caj bekalan air tertunggak seperti yang dilakukannya melalui Tabung Budi, katanya.
(Terkini) Korea Utara Tembak Artileri ke Korea Selatan, Seorang Maut
Seoul – Korea Utara menembak peluru artileri ke sebuah pulau di Korea Selatan. Sejumlah bangunan terbakar dan seorang tentera maut.
Saksi di Pulau Yeonpyeong, Korea Selatan, mengatakan penduduk dipindahkan ketika pulau itu dihujani artileri Korea Utara. Tentera kedua negara saling bertukar tembakan artileri selama satu jam dan tiba-tiba berhenti.
Pihak militer Korea Selatan seperti dilapur Reuters, Selasa (23/11/2010) mengatakan, seorang tentera laut terbunuh dan tiga lainnya cedera parah. Pulau Yeonpyeong hanya berjarak 3 km di selatan perbatasan Korea Utara.
Televisyen YTN menayangkan keterangan saksi yang melihat 60-70 rumah dimakan api setelah serangan artileri. Foto-foto yang beredar menunjukkan kepulan asap hitam membumbung di atas pulau itu. Jet tempur Korea Selatan langsung diterbangkan setelah serangan artileri itu.
"Rumah-rumah dan gunung terbakar dan penduduk dipindahkan. Tidak terlihat jelas sebab banyaknya asap. Orang-orang ketakutan setengah mati," kata seorang saksi kepada YTN.
Serangan artileri ini terjadi setelah utusan AS datang, menyusul terungkapnya rancangan Korea Utara untuk memperkaya uranium. Korea Utara mengatakan ingin melanjutkan perundingan enam pihak yang terbengkalai selama 2 tahun. Namun, Seoul dan Washington meminta Korea Utara untuk memberitahukan program nuklearnya.
"Berita hari ini membuktikan kalau Korea Utara, dalam keadaan tidak diprovokasi, menembak pulau di Korea Selatan. Ini provokasi sembrono. Mereka ingin memaksa rundingan sesuai keinginan mereka. Ini taktik lama," kata profesor bidang hubungan antarabangsa di Universiti Beijing, Zhu Feng.
-(fay/nrl)
Khir Toyo Mamai
Tuduh Khalid Amal Kroni: Khir 'Umpama Berdialog Dengan Cermin'Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menyifatkan tindakan mantan Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa pentadbiran pakatan rakyat Selangor mengamalkan budaya kronisme dalam pengagihan bantuan kebajikan kepada rakyatnya di ibaratkan 'Umpama berdialog dengan cermin'.
Faekah berkata, tiada gunanya kerajaan negeri mengunapakai dasar "Merakyatkan Ekonomi Selangor" atau MES dan menetapkan tema belanjawan 2011 dengan "Hasil Negeri Untuk Rakyat" jika mengamalkan budaya kronisme.
"Kalau kita mengamalkan budaya kronisme dalam agihan bantuan kepada rakyat miskin dan mengutamakan ahli PKR dan PAS, kita tidak akan menamakan ia sebagai 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' dan 'Hasil Negeri Untuk Rakyat'."
Menurut Faekah, dakwaan itu juga sebenarnya mencerminkan dirinya sendiri ketika beliau memerintah Negeri Selangor.
"Kita memberi bantuan dengan melihat kepada keperluan dan keutamaan kepada rakyat dan saya tidak mahu mencabar Khir Toyo untuk membuktikannya, kerana rakyat semua sudah tahu," katanya.
Sebelum ini, Khir mendakwa kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat bersikap memilih bulu dalam melaksanakan pengagihan bantuan dengan memberi keutamaan kepada ahli PKR dan sekutu mereka iaitu PAS dan DAP.
Faekah berkata, dengan mandat yang diberikan rakyat, kerajaan negeri akan sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan sistem pentadbiran kerajaan terdahulu dengan menamatkan episod pemberian bantuan 'memilih bulu'.
"Sepanjang perjuangan kita, kita berazam mahu menamatkan politik sempit dan bantuan mengikut bulu, kaum dan kronisme," jelasnya.
Tambah Faekah, sebaliknya kerajaan negeri tidak pernah membeza-bezakan fahaman politik ketika mengagihkan bantuan kepada setiap penerima yang layak mendapatkan pertolongan dan ini sekaligus menafikan dakwaan Khir bahawa kepimpinan Khalid pilih bulu.
Malah ada antara orang umno yang saya jumpa di kampung malu menerima bantuan dan saya katakan makcik layak menerima bantuan ini, ujarnya.
Kes bunuh Aminulrasyid: Polis akui siasatannya cuai
Seorang saksi dalam perbicaraan kes pembunuhan Aminulrasyid Hamzah hari ini mengakui bahawa beliau bertindak cuai dalam penyiasatannya.Cif Insp Mazli Jusoh mengakui demikian ketika ditanya peguam Salim Bashir dalam perbicaraan hari ini.
Katanya, beliau telahpun mengetahui bahawa kes tersebut melibatkan tembakan senjata api ketika tiba di lokasi jenayah di Seksyen 11, Shah Alam.
Ketika ditanya, Mazli mengakui bahawa beliau tidak menemuramah anggota polis yang berada di tempat kejadian.
Ditanya lanjut, beliau juga bersetuju bahawa kenderaan polis yang mengejar mangsa merupakan bahan bukti sekunder dalam penyiasatannya.
Dalam jawapannya, Mazli berkata beliau pada masa itu telahpun mengetahui bahawa sebanyak tiga buah kereta peronda terlibat mengejar mangsa.Mazli juga tidak bertindak merampas apa-apa senjata api yang digunakan oleh anggota polis berkenaan, mahupun pakaian mereka untuk mengesan individu yang bertanggunjawab melepaskan tembakan.
Mazli berkata, beliau tidak menyiasat lanjut kerana tidak menerima arahan daripada pegawai penyiasat.
Ditanya lanjut, Mazli berkata beliau juga tidak merakam gambar mayat mangsa ketika mangsa masih di dalam kereta berkenaan.
Mazli menjelaskan, beliau hanya mengarahkan jurugambarnya untuk merakamkan mayat mangsa itu setelah beliau mengalihkannya ke atas rumput di luar kereta berkenaan.
"Itu kesilapan saya tidak arahkan jurugambar untuk ambil gambar pada masa itu," katanya.Tambahnya, beliau juga tidak memperincikan tindakannya mengalihkan mayat mangsa berkenaan di dalam laporannya.
Mazli yang tiba di tempat kejadian pada kira-kira jam 3.10 pagi itu juga berkata, beliau hanya mengutip satu kelongsong peluru dalam penyiasatannya ketika itu.
Tambahnya, kelongsong peluru selebihnya dikutip dalam penyiasatannya di lokasi berkenaan, dua hari kemudian.
Pada SPRM Nilai RM300 Ribu Lebih Besar Dari RM1.7 Juta
SPRM tahan reman pegawai kanan Yayasan S'gor Bagaimanapun Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mencabar Noh membuktikan kos yang didakwanya itu. Namun sehingga hari ini, timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor itu gagal menyahut cabaran itu ataupun membuktikan dakwaan yang dibuatnya.
Seorang pegawai kanan Yayasan Selangor ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini, bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu perbelanjaan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-40 yayasan itu yang dikatakan melebihi RM300,000.
Menurut Bernama, perintah tahanan reman sehingga 29 Nov itu dikeluarkan oleh penolong kanan pendaftar Mahkamah Tinggi Khairul Nizam Abu Bakar.Pegawai berusia 40-an itu ditahan pagi semalam oleh SPRM berikutan pembabitannya sebagai pengerusi pengelola untuk majlis tersebut.
Sambutan ulang tahun yayasan berkenaan mendapat perhatian apabila Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat baginda berangkat ke majlis itu kerana dukacita dengan kosnya yang dikatakan amat tinggi.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar sebelum ini mendakwa kos majlis berkenaan menjangkau lebih RM800,000 dan sebahagian daripada jumlah itu sudah dibayar kepada syarikat yang diberi kontrak menganjurkannya.Khalid juga sebelum itu mengarahkan agar majlis itu dibatalkan dan mengalu-alukan siasatan oleh SPRM.
Yayasan Selangor semasa pemerintahan kerajaan BN tidak pernah diaudit selama lima tahun bermula dari tahun 2005.
ROS Kencing Pakatan Rakyat
"Pendaftar Pertubuhan (ROS) mencadangkan nama Pakatan Rakyat ditambah perkataan 'Malaysia' menjadi Pakatan Rakyat Malaysia sebagai nama rasmi gabungan pembangkang bagi mencerminkan imej nasional.Saifuddin Nasution SU PKR berkata, syor itu dinyatakan ROS semasa pertemuan beberapa bulan lalu bagi membincangkan cadangan permohonan pakatan pembangkang PKR-PAS-DAP.
Nampaknya PR dimainkan ROS. Semalam Ketua Pengarah ROS, Datuk Md Alias Kalil berkata, pihaknya belum menerima permohonan PR untuk mendaftarkan lambang parti pakatan itu.
ROS dibawah pemerintah BN dan Umno sebagai tuannya. ROS akan sedaya-upaya menolong tuannya. Kalau dapat melengah-lengahkan permohonan PR, dikira itu pertolongan untuk tuannya. Tuannya tetap bersyukur kalau ia dilambatkan atau kalau tak jadi PR di bawah satu lambang, tuannya akan lebih bersyukur. Itulah sebabnya kita lebih mempercayai Saifuddin dari Md Alias Kalil. Ia akan menjadi lebih banyak 'songel'nya.
Tuannya nampak kesukaran sekiranya PKR-PAS-DAP berada di bawah satu parti dan satu lambang. Kalau menggeletarnya sebelum ini boleh menggetarkan gigi, kali ini menggeletarnya boleh sampai ke tulang sumsum. Jadi ada baiknya PR tidak menjadi satu. Nampaknya ROS lebih berminat menjadikan PR sebagai Pakatan Rakyat 1Malaysia.
Itulah yang terdaya ROS lakukan untuk tuannya... sesekali salakannya boleh menjauhkan pencuri mendekati rumah tuannya. Baik tuan!!!
laniismaa
"Kau tidak tahu mengenai undang-undang."
Tegang di mahkamah, polis dikerah kawal keadaan Anwar keluar dari mahkamah masuk beberapa kemudian sambil memberi petunjuk kepasda polis bahawa beliau akan bertenang. Tak ingat Pagi tadi, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sekali lagi menolak permohonan pihak peguambela bagi mendapatkan nota perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam perbicaraan kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Keputusan mahkamah agung "Ini keputusan Mahkamah Agung.”
Ketegangan tercetus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila Peguam Cara Negara II, Tegang di mahkamah, polis dikerah kawal keadaan
Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin bertikam lidah dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa individu di galeri awam.
Semuanya gara-gara peguam utama pembela, Karpal Singh yang gagal dalam usahanya cuba mengasak saksi hari ini, Dr Siew Sheue Feng supaya merujuk kepada nota perubatan asal.
"Saksi-saksi ini sudah diprogram sebagai robot,” bidas Karpal.
Anwar juga dilihat hilang sabarnya hari ini kerana telah berulang-kali dinafikan hak mendapatkan nota perubataan asal yang dibuat oleh doktor-doktor di Hospital Kuala Lumpur.
"Ini sudah melampau kerana awak semua (pendakwa) cuba menyaring semua bukti,” kata Anwar.
Yusof menjawab: "Kau tidak tahu mengenai undang-undang."
Ia kemudian mencetuskan pertikaman lidah pula antara Yusof dengan beberapa individu di galeri awam.
Anggota polis yang berjumlah empat hingga lima orang, termasuk seorang yang berpangkat ASP kemudiannya dikerah bagi mengawal keadaan.
Karpal kemudian berkata pihak pembelaan akan mengemukakan permohonan bagi melucutkan kelayakan hakim membicarakan kes itu kerana Zabidin didakwa gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
"Kita akan failkan permohonan pagi esok.”
Sebelum itu, Karpal bertanya kepada Dr Siew berhubung apa yang diisi dalam borang perubatan.
Nama pesakit - saksi menjawab, "Mohd Saiful Bin Bukhari."
No IC - Dr Siew berkata dia tidak ingat.
Tarikh lahir - sekali lagi doktor itu berkata dia tidak ingat.
Pekerjaan - “pembantu peribadi”
Status - "bujang"
Dr Siew juga berkata dia tidak ingat nombor laporan polis berkenaan.
Karpal kemudian meminta Dr Siew merujuk kepada laporan perubatan. “ Bukankah awak ingin menyegarkan semula ingatan awak berdasarkan nota itu?”
Saksi berkata dia hanya merujuk kepada maklumat dalam laporan perubatan terakhir dan bukan nota perubatan yang asal.
"Saya ada laporan yang lengkap,” katanya.
Katanya, mahkamah tidak boleh memaksa dokumen itu dikemukakan.
Sebelum itu berlaku pertikaman lidah antara peguam utama pihak pembelaan Karpal Singh yang berhujah bahawa hakim gagal memahami Seksyen 45, Akta Keterangan 1950 yang mensyaratkan seseorang pakar perlu mengemukakan semua dokumen bagi menyokong semua hujah yang dikemukakan di mahkamah.
Hakim Mohamad Zabidin berkata: "Bagaiaman jika dia (saksi) tidak mahu melihatnya (dokumen)?”
“Apa yang mungkin Yang Arif catatkan adalah tidak berguna kecuali ia disokong oleh data dan ia tidak berguna dengan tulisan di atas kertas itu.”"Kenapa mesti Yang Arif duduk dan terdedah kepada tidak tentu arah?” soal Karpal.
Katanya, tindakan itu bagi membantu mahkamah mendapatkan gambaran dari sudut sains.
Justeru, menurut Karpal, adalah tidak adil kepada pihak peguambela jika data yang disertakan tidak menyokong kenyataan lisan dan bercanggah dengan sistem perundangan.
"Fungsi pakar (saksi) adalah mengemukakan kepada mahkamah setiap maklumat bagi menyokong keterangan dalam terma sains agar mahkamah tidak tersilap arah," kata Karpal.
Bagaimanapun Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin mencelah mengatakan saksi layak menjawab secara lisan selain tiada desakan untuk saksi mengemukakan data.
Katanya tugas pakar patologi HKL, Dr Siew hanya untuk mengambil sampel dan mengenalpasti kecederaan dan bukan mengenalpasti data.



