BlogList Malaysia

24 November 2010

Mahathir Punca Perpecahan Melayu

Melayu berpecah: PKR mahu Mahathir taubat, usah salahkan Anwar

PKR menasihatkan adalah lebih wajar Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri melakukan taubat nasuha kerana beliau sebenarnya menjadi punca perpecahan bahkan kemunduran orang Melayu, dan jangan menyalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Komponen Pakatan Rakyat itu mendakwa mutakhir ini bekas perdana menteri menjadi penyebab maraknya api perkauman di kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

“Pada usia senja adalah lebih baik untuk mantan perdana menteri banyak melakukan ibadah khusus kepada Allah SWT sebagai persiapan menemuiNya walaupun penentuan umur adalah di tangan Allah s.w.t.,” kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Dr Muhammad Nur Manuty.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Muhammad berkata, Dr Mahathir bertanggungjawab memecat dan mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, mantan timbalan perdana menteri dengan dakwaan fitnah liwat yang ternyata tidak benar.


“Beliau mengaibkan Datuk Seri Anwar dan keluarga di khalayak ramai. Perbuatan mantan Perdana Menteri mengaibkan Datuk Seri Anwar dan seisi keluarga adalah sangat bertentangan dengan prinsip dan hukum agama dan tindakan tersebut bertentangan denga norma dan tatasusila masyarakat bertamadun.

“Justeru, Datuk Seri Anwar mempunyai hak di sisi syariat Islam mempertahankan maruah diri dan keluarga daripada fitnah. Kiranya tindakan Datuk Seri Anwar mempertahankan maruah diri menimbulkan perpecahan, maka perpecahan itu adalah hasil daripada pertembungan antara hak dan batil,” kata Muhammad.

Semalam, Mahathir berkata pihak luar semakin tidak percaya kepada Anwar dan dengan itu kerajaan tidak perlu bimbang dan menghalangnya daripada pergi ke luar negara bagi mengelak ketua pembangkang itu daripada terus menghina Malaysia.

Lagipun, kata bekas perdana menteri, jika Anwar dihalang ke luar negara, ini akan menimbulkan kemarahan terhadap kerajaan, dan kerajaan akan berdepan dengan pelbagai tuduhan.

Dr Mahathir berkata semakin kerap Anwar keluar negara untuk memburukkan negara sendiri, secara sendirinya penasihat PKR itu mendapat imej yang negatif.

3 Komen :

Anonymous ,  November 24, 2010 at 10:00 PM  

orng tua ni tak kn insaf smpai mampus... dia paling sempurna sperti mana kaum yahudi dkwa mereka kaum terpilih yg sempurna... kalau tak masa kan orng tua ni pernah hina ulamak hina nabi.. bunuh orng islam yg dia jangka blh menggugat nya pd ketika itu...pecat ketua hakim.. pecat ketua audit.. pecat timbalan ..pecat sapa saja yng bercakap benar dn d fikir blh menjejas cengkaman kuku besi nya...
org tua ni patut dah lama mampus...

Anonymous ,  November 24, 2010 at 10:00 PM  

orng tua ni tak kn insaf smpai mampus... dia paling sempurna sperti mana kaum yahudi dkwa mereka kaum terpilih yg sempurna... kalau tak masa kan orng tua ni pernah hina ulamak hina nabi.. bunuh orng islam yg dia jangka blh menggugat nya pd ketika itu...pecat ketua hakim.. pecat ketua audit.. pecat timbalan ..pecat sapa saja yng bercakap benar dn d fikir blh menjejas cengkaman kuku besi nya...
org tua ni patut dah lama mampus...

puakPAS ,  November 24, 2010 at 10:51 PM  

macamana beliau tidak pecah belahkan melayu, kerana melayu yang lemah adalah sebab untuk mamak madey al-Kutty terus menjajah melayu.
Tak percaya, tanya aje Mohammad Nor yaccob yang jaga duit negara.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas