Seperti biasa setiap kali berakhirnya satu-satu perhimpunan rakyat anjuran parti pembangkang, maka sudah pasti media arus perdana terutamanya Utusan Malaysa, Berita Harian, TV3 dan RTM akan memainkan peranan untuk merosakkan fikiran rakyat dengan laporan yang menyimpang dari situasi sebenarnya yang berlaku.
Tanpa menginsafi kantung media arus perdana itu kini semakin merudum, maka mereka tidak habis-habis akan terus menjadi pencacai murahan untuk mempertahankan sebuah kerajaan yang semakin "mereput" seperti UMNO Barisan Nasional sekarang ini. Kerajaan yang secara majoritinya telah ditolak rakyat terus dipertahankan bermati-matian demi survival politik masing-masing.
Jika yang mempertahankan itu ialah pemimpin yang rakus merompak harta rakyat demi memperkayakan kroni serta suku sakat mereka, mungkin ada asasnya. Namun, yang menghairankan kita, ialah golongan bawahan peringkat akar umbi yang tidak punyai apa-apa dan sekadar menyaksikan orang atas mengaut kekayaan dan kemewahan semata-mata pun terhegeh-hegeh untuk mempertahankan "parti hidup Melayu" agar terus berkuasa hingga kiamat.
Inilah yang menghairankan kita. Media arus perdana pula terus berperanan untuk merosakkan minda mereka dengan laporan yang jelas sekali amat memalukan. Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini jelas sekali keliru dan mengelirukan rakyat apabila mendakwa "Himpunan Kebangkitan Rakyat" itu adalah "Himpunan Shamsidar".
Entah dari mana wartawan mereka mendapat maklumat sedemikian, namun apa yang pasti inilah dia lambang kebodohan Utusan Malaysia yang kononnya "Penyebar Fikiran Rakyat" itu sebenarnya.
Tidak ada seorang pun pemimpin atau peserta himpunan yang melaungkan "Hidup Shamsidar" atau sepanduk yang menyokong Shamsidar, tetapi utusan dengan bangganya meaporkan sedemikian.
Motifnya satu bagi memperbodohkan rakyat sama seperti "lembu-lembu Shahrizat" agaknya. Jika rakyat bodoh maka senangnya untuk mereka terus merompak serta menfaraid harta kekayaan negara ini kepada kaum kerabat mereka. Inilah dia matlamat dan hala tuju puak-puak ini sejak sekian lama.
Mereka mahu rakyat bodoh supaya senang untuk ditipu!. Mereka mahu generasi akan datang terus diperbodohkan seperti ibubapa mereka yang menjadi "bengong" untuk terus mengundi UMNO BN buat selamanya.
PahangDaily
Read More...
Summary only...
Cuba anda lihat muka pembaca berita dalam video di bawah ini baik-baik. Apa agaknya perasaan mereka ketika membaca berita bodoh, sedangkan mereka tahu dan sedar ia merupakan berita bodoh?
8 Tuntutan Himpunan Shamsidar Rakyat:
Menuntut Pilihanraya Adil & Bersih
Bebaskan Tahanan ISA
Memartabatkan bahasa ibunda
Menuntut Pendidikan Percuma
Selamatkan Kg Warisan & Tradisi
Selamatkan Alam Sekitar
Pulangkan Royalti Minyak
Selamatkan Felda
Read More...
Summary only...
TV3 terus mengamalkan tradisi tak bertelur mereka dengan mengajak ilmuan syok sendiri beramai-ramai berkokok digelanggang sendiri...
Tajuk program punya GEMPAQ bukan main, AMANAT HADI... Tapi sekoq pun tak berani nak bersuara untuk jemput Haji Hadi hadir secara berdepan...
Kahkahkah...
Read More...
Summary only...
Berikut adalah prinscreen dari video berita tersebut
SAJ = Syarikat Bekalan Air Selangor
Rakaman visual krisis air di Johor di'recycle' untuk menunjukkan Selangor menghadapi krisis air tahap gaban! Kah kah kaaaaaaaaaaaaahh!! Sebutnya lori SYABAS tapi tulisan SAJ..
TV3suku dasar pengampu UMNO-BN.. Cuba kira bape bijik lori dari johor nk anto air ke selangor? Brape meter padu yg dihantar ke Selangor? Tu la orang kata bodo, puak pencacai murahan UMNO marah... rase bijak sangat.. Dah namanya xd air, hantar lori banyak banyak pun nak watpe? Kecuali sedut air dari Negeri lain bawak sini.. Tu la bangang namanya.. Yang rosak pump, perlukan jurutera untuk membaiki tapi SYABAS hantar lori, siap provoke guna lori SAJ..
Tempat nama Desa Lembah Permai tapi TV3 sebut Desa Lembah Pantai.. Makcik duk Johor tapi keluar TV kata dia duk KL.. Kah kah kaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahh.. Rendahnya rumah flet tu ye, 1 tingkat je??
video penipuan TV3 di http://www.facebook.com/
Read More...
Summary only...
Seramai kira-kira 300 penunggang motosikal berkuasa tinggi hari ini berkumpul di hadapan Sri Pentas- Media Prima Berhad (MPB) untuk menyerahkan memorandum mendesak pengacara Mazidul Akmal Sidek memohon maaf secara terbuka.
Kumpulan tersebut, antaranya daripada Motor Corner dan ARC Selangor, turut mendesak program Majalah 3 membuat permohonan maaf secara terbuka dan terperinci.
Kumpulan motosikal itu tiba di perkarangan Sri Pentas kira-kira jam 12 tengah hari. Kelihatan kira-kira 30 anggota polis di kawasan sekitar Sri Pentas.
Sebelum menyerahkan memorandum, kumpulan itu berhimpun di pintu masuk Sri Pentas dan melaungkan "Kami bukan bukan pelesit", "Get out Mazidul" dan "Kami sayang TV3".
Memorandum telah diserahkan oleh wakil kumpulan motosikal, Mohd Shahid Tasiran kepada Pengurus Kanan Perkhidmatan Pengurusan MPB, Alwi Husni Yahya.
Read More...
Summary only...
Sila lihat dulu video dibawah.
Yang sebenarnya ini ialah aksi lakon semula. Ini pengakuan dari geng2 riders sendiri beb. Dorang terlibat dalam rakaman ini tue pasal dorang bengkek dan sakit ahti sebab difitnah secara terang2an di tv3.
Sekali tengok dokumentari itu kita akan bersetuju dengan apa yang dipaparkan, semuanya nampak seperti satu kebetulan. tapi..apakah aksi-aksi yang dirakamkan itu benar? atau sebenarnya telah dirancang terlebih dahulu.
Sekali tengok dokumentari itu kita akan bersetuju dengan apa yang dipaparkan, semuanya nampak seperti satu kebetulan, tapi..apakah aksi-aksi yang dirakamkan itu benar? atau sebenarnya telah dirancang terlebih dahulu, dan merupakan satu lakonan?
Ini satu pendedahan panas, isu yang dipaparkan TV3 ini membuatkan ramai biker jadi marah. kenapa?
Bikers-biker ini berpendapat TV3 melalui pengacara sensasi yang kelihatan dari dulu sangat anti kepada motosikal cuba memberi gambaran salah .. biker-biker ini berkata mazidul cuba dengan sengaja menjatuhkan imej penunggang motosikal.
Mengapa?.
Sebenarnya aksi 2 biji motosikal yang dipandu itu bukan diambil secara spontan, sebenarnya ianya cuma satu lakonan, 2 orang penunggang motosikal laju dan agak "pelesit" itu adalah penunggang upahan. gambar bawah adalah buktinya.

Adakah anda perasan apa yang dipaparkan diatas?, 2 biji motosikal kuasa tinggi dan sebuah helikopter, mazidul dan jurukamera naik helikopter untuk rakamkan aksi merbahaya yang akan dilakukan oleh 2 penunggang upahan ini.
Ini bermaksud Tv3 telah merancang terlebih dahulu aksi yang akan dipaparkan, aksi yang dirakamkan bukan spontan, tetapi menggunakan penunggang upahan.
Sepatutnya menurut ramai biker aksi ini harus dilabelkan sebagai "lakonan" supaya tidak timbul salah faham dan tanggapan negatif masyarakat kepada mereka.
Nah, sekarang terbuktilah TV3 mereka cipta cerita sehingga mengelirukan, aksi yang dilakonkan dirancang dan ditayangkan seolah-olah aksi yang dirakam secara spontan. mengapa jadi begitu.
Sekarang sedang panas isu AES, mungkin dengan cara ini, walaupun aksi tersebut satu lakonan, rakyat boleh tertipu dan berfikir wajar AES dipasang kerana menyangkakan aksi yang dipaparkan itu bukan satu lakonan yang sengaja dirancang.
TV3 mengelirukan rakyat, apakah kita masih mahu bulat-bulat percaya apa yang dipaparkan?.
Sumber - Amenoworld & MediaPerak
Read More...
Summary only...
TV3 sedang merudum ‘rating’nya. TV3 yang termasyur sebagai lidah UMNO dan BN kini sudah mula tidak mendapat sambutan ramai. Sebelum 2010, TV3 telah mendapat ‘rating’ yang tertinggi sehingga mendapat 3.5 juta penonton sehari dan kini jumlah tontonan dari rakyat telah jatuh sehingga 1.2 juta sehari. Kejatuhan bilangan penonton lebih dari 60 peratus ini tentu bersebab dan sebabnya boleh diagak oleh kita semua.
Kejatuhan ini akan akhirnya membawa padah kepada pendapatan syarikat dan menjejaskan prestasi kewangan syarikat televisyen itu.
Selalunya kejatuhan penonton sesebuah syarikat penyiaran seperti TV3 itu adalah kerana kejatuhan keyakinan penonton terhadap kredibiliti saluran itu. Dalam sejarah banyak syarikat penyiaran dan saluran TVnya telah jatuh kerana tidak mendapat sokongan ramai. Keadaan ini tidak mengecualikan TV3 yang kini sudah menampakkan keadaan seperti itu akan berlaku ke atas syarikat televisyen itu.
Kejatuhan penonton yang dialaminya sekarang sudah mula menampakkan apa yang dialami oleh banyak syarikat TV yang terpaksa ditutup di negara-negara yang lain itu akan berlaku keatas TV3 jika saluran televisyen itu tidak menjaga kredibilitinya di mata penonton yang sedia ada sekarang.
Ramai di antara pengiklan-pengiklan barangan dan perkhidmatan telah mula memikirkan untuk mengiklankan barangan dan perkhidmatan mereka di saluran-saluran yang lain kerana TV3 tidak menjadi saluran sukaramai rakyat lagi. Kejatuhan jumlah penonton untuk saluran ini masih menurun dan di jangkakan yang ia akan melewati bawah dari 1 juta penonton setiap hari.
Keadaan ini berlaku bukan kerana apa….tetapi kerana TV3 sudah menjadi alat pembohongan BN dan UMNO dan rakyat yang berfikiran ‘professional’ tidak menganggap saluran TV3 ini sebagai saluran untuk rakyat. Sikap ‘tidak professional’ TV3 ini menjadi persoalan ramai kerana orang ramai tidak gemar dengan sikap condong yang keterlaluan terhadap sesuatu pihak dalam politik ini adalah tindakan yang dianggap tidak jujur.
TV3 tidak yakin terhadap professionisma kewartawanan dan berita. Ia sudah menjadi seperti pentarama jabatan penerangan dan propaganda kerajaan di zaman peperangan melawan komunis dahulu. Rakyat sudah jemu dengan tingkah laku TV3 ini kerana menjadi penghasut bagi membenci setengah pihak dalam masyarakat secara keterlaluan dan ia amat menjijikkan ramai rakyat yang mahukan berita-berita yang seimbang dan professional dalam penyibaran maklumat kepada rakyat.
Saya sudah tidak membuka saluran ini sejak tujuh atau lapan tahun dahulu. Saya sendiri sudah tidak melanggan dan membaca Utusan Malaysia sejak sepuluh tahun dahulu kerana sebab yang sama. Hanya beberapa orang yang rapat dengan saya memberikan apa-apa keratan tulisan Utusan itu jika ia bersangkut dengan isu-isu panas yang dicetak oleh akhbar lidah rasmi UMNO itu.
Sebenarnya rakyat memahami yang mana-mana saluran TV dan akhbar itu mempunyai ‘inclination’ masing-masing terhadap sesuatu pihak. Tetapi apa yang dilakukan oleh TV3 dan Utusan itu adalah keterlaluan sehinggakan membelakangkan professionalisma kewartawanan. Tidak bergunalah belajar bidang kewartawanan sehingga ke peringkat yang tinggi tetapi mentaliti dan sikap tidak professional itu ditunjukkan dengan terlalu jelas kepada rakyat yang sudah pandai berfikir ini.
Kerana tindakan TV3 ini maka mereka yang tidak menyebelahi mana-mana pihak terpanggil untuk memberikan sokongan kepada pihak yang dianiayai oleh saluran TV itu. Sesungguhnya apa yang disiarkan oleh TV3 ini merupakan satu yang ‘counter productive’ terhadap kerajaan itu sendiri dan pemantau-pemantau berkaitan dengan berita dari JPM itu tidak dapat merasakan rasa menyampah dan bosan penonton yang ramai-ramai balik ke rumah untuk bersantai dengan keluarga dipaparkan berita-berita yang berbentuk hasutan oleh media massa seperti saluran TV ini.
Bagi pembangkang yang menjadi korban fitnah ini, mereka sepatutnya berterima kasih kepada TV3 dan Utusan kerana kedua-dua saluran berita ini memberikan impak buruk terhadap BN dan tentulah PR yang mendapat keuntungan dari tindakan mereka itu. Sebahagian besar dari tanggungjawab pihak pembangkang untuk berkempen itu sudah pun di sempurnakan oleh Utusan dan TV3 ini. Seorang yang benci kepada saluran ini menambah seorang yang menyokong kepada pihak pembangkang. Matematiknya senang.
Sikap memecah belahkan rakyat oleh TV3 ini bertanggungjawab terhadap pembinaan kebencian rakyat kepada pihak yang berkuasa dan tidak adil jika dipersalahkan rakyat memberikan sokongan kepada pihak pembangkang kerana rakyat sentiasa berharap untuk hidup tenang di rumah setelah seharian bekerja kuat untuk keluarga masing-masing.
Apabila sampai di rumah rakyat mahu relaks dengan isteri dan anak-anak dan mereka tidak mahu berhadapan dengan hasutan pihak saluran TV3 sentiasa memaparkan keburukan pihak lain. Rakyat sudah merasakan yang ‘intensity’ pembohongan dan fitnah yang dilakukan oleh TV3 ini membuatkan ramai yang secara automatik membenci saluran itu dan seterusnya kepada pihak yang disokong oleh saluran itu.
Saya telah berjumpa dan bercakap dengan beberapa ketua syarikat yang saya kenali dan mereka memberitahu saya yang mereka sedang menimbang untuk memberhentikan pengiklanan barangan mereka melalui saluran ini jika saluran penyiaran ini meneruskan sikap buruk mereka itu. Jika hilang sokongan dari pihak industri ini TV3 akan hilang pendapatan syarikat yang berkurangan dan segala ‘glamour’ yang di alami oleh saluran TV3 yang terkenal itu.
Jika itu berlaku ia merupakan pengalaman yang sedang di alami oleh Utusan Malaysia yang tidak lagi mendapat sokongan dari pengiklanan yang besar-besar dan itu pun sebabnya Kumpulan Utusan Melayu itu telah kerugian sejak beberapa tahun yang lalu. Jangan terkejut jika TV3 akan menghadapi tindakan rakyat untuk memboikot saluran ini secara menyeluruh. Di zaman dunia tidak bersempadan ini rakyat boleh memilih saluran TV lain yang tidak membina kebencian di antara rakyat di negara ini.
Kita cuba untuk tidak menonton TV3 buat dua tiga hari ini... Saya yakin anda akan biasa dengan pemboikotan itu dan jiwa akan lebih tenteram dan aman tanpanya. Menjaga ketenteraman hati dan jiwa kita itu adalah satu ibadah kerana kita wajib menjauhi musuh-musuh secara baik, tanpa melakukan perkara-perkara yang ganas yang juga ditegah oleh agama dan juga adat kita.
http://wargamarhaen.blogspot.com
Read More...
Summary only...
Pengacara jelita TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain menjelaskan bahawa isu Bintulu yang disifatkannya sebagai 'daif' dalam satu laporan lintas langsung stesen tersebut perlu difahami dalam konteks sebenar laporan itu dibuat.
Menurutnya, perkataan 'daif' digunakan untuk menggambarkan Bintulu sebagai lokasi sambutan Hari Malaysia yang kini bertukar wajah kerana manfaat pelan transformasi.
Beliau bagaimana pun meminta maaf kepada mereka yang tersinggung dengan kenyataannya.
"Sebagai anak jati Malaysia, saya tidak akan mengkritik tanah air saya sendiri atau mana-mana daerahnya.
"Kepada yang tersinggung, saya minta maaf, dan kepada mereka yang cuba menyemai kebencian dan fitnah, Tuhan sahajalah pengadil sebaiknya buat anda," tulis Nurul Syuhada pada laman Facebook beliau.
TV3 dalam laporan di Buletin Utama semalam turut membuat permohonan maaf yang sama.
Pemuda PAS Sarawak dan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebelum ini dilaporkan terguris dengan kenyataan Nurul Syuhada itu dan menggesanya meminta maaf secara terbuka bagi meredakan kemarahan penduduk Bintulu.
Mereka beranggapan Nurul Syuhada kurang arif dengan kedudukan Bintulu sebagai antara penyumbang utama pendapatan negara dengan hasil gas dan minyaknya.
Read More...
Summary only...
KUALA LUMPUR: Pengacara terkenal, Azwan Ali mengecam keras perbuatan media kawalan kerajaan, TV3 yang memperalat ibunya untuk kepentingan politik kotor Umno.
Beliau kesal kerana ibunya diheret dalam kancah politik ketika umat Islam merai sambutan Aidilfitri, semata-mata untuk mengkritik abangnya, Mohamed
Azmin Ali.
“Hari baik bulan baik? TV3 terus memporak peranda kisah famili Azwan Ali. Masya-Allah. Musahabah diri.
“Kesian sungguh nasib seorang ibu yang sanggup jadi bahan TV3 untuk rating,” tulisnya dalam twitter, malam semalam.
Beliau merujuk laporan Buletin Utama TV3 yang memaparkan ibunya, kononnya kecewa terhadap Azmin selepas menonton slot itu secara tidak sengaja.
Azwan percaya, ibunya diperalat Ummi Hafida yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN.
“Kesian juga aku tengok.. tapi rasa kesian tu hilang tiba-tiba bila si Ummi Hafilda turut kelihatan berada di sebelahnya,” tulis Azwan merujuk adik perempuannya itu.
Namun, beliau bersyukur kerana ramai peminatnya memberi sokongan kepadanya dan Azmin, malah mengutuk laporan berkenaan yang disifatkan mereka sebagai ‘jijik’.
“Slm. Syukur ramai akui betapa jijik nya usaha @buletintv3! Maha kaya Tuhan kecuali those Lembu Lembu kaki Suapan ya! Amin,” tulisnya. Ini bukan pertama kali pengacara yang terkenal dengan ungkapan ‘ Ada aku kisah?’ dan ‘Amboi amboi amboi…’, menyelar Ummi Hafilda kerana mengheret ibu mereka ke kancah politik.
Read More...
Summary only...
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan saman fitnah kepada dua media pro Umno iaitu Utusan Malaysia dan TV3 berhubung isu bidaan plat kenderaan WWW1.
Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta Kuala Lumpur, pagi tadi.
Menurutnya, pihak Utusan dan TV3 tidak memberi respons untuk memohon maaf dalam tempoh yang telah diberikan.
"Saya bersama peguam hari ini memfailkan saman masing-masing RM50 juta kepada Utusan dan TV3 selepas enggan memohon maaf kepada saya dalam tempoh 7 hari yang telah diberikan," katanya ketika ditemui Harakahdaily di pekarangan mahkamah.
Beliau hadir bersama barisan peguamnya yang diketuai Zamri Ibrahim yang juga Pengarah Juham Pemuda PAS Perak.
Mengulas lanjut, mantan Menteri Besar Perak itu berkata, TV3 dalam Buletin Utama pada 30 Mei lalu mendakwa beliau telah mendakwa Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk membida plat WWW1 yang berharga RM520 ribu melalui laman Twitternya.
Utusan Malaysia pula dalam keluaran 31 Mei lalu juga mendakwa perkara yang sama.
"Kenyataan saya seperti yang kita boleh lihat, ianya langsung tidak menyebut nama Sultan Johor sebaliknya ianya diputarbelitkan untuk menjatuhkan kredibiliti saya," jelasnya.
Ujarnya, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada barisan peguamnya untuk tindakan lanjut dan berharap ianya dapat diselesaikan segera agar rakyat mengetahui perkara sebenar.
Read More...
Summary only...
KUALA LUMPUR- Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin membuat laporan polis terhadap Utusan Malaysia dan TV3 berhubung isu plat kenderaan WWW 1, hari ini.
Laporan polis tersebut dibuat di IPD Dang Wangi, bersama-sama barisan peguam Pemuda PAS Perak.
Menurut beliau, laporan itu dibuat kerana kedua-dua media pro Umno itu telah menyiarkan berita yang disifatkannya sebagai fitnah ke atas kredibiliti beliau.
"Mereka telah memfitnah saya dengan memutarbelitkan kenyataan saya di twitter dengan mengatakan saya menuduh Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk bidaan WWW1. Sedangkan, saya tidak menyatakan sedemikian," tegas beliau yang ditemui Harakahdaily.
Dalam pada itu, kata beliau peguamnya turut menghantar notis kepada TV3 dan Utusan Malaysia untuk menarik balik dan meminta maaf secara terbuka berkaitan penyiaran berita tersebut.
Sekiranya, TV3 dan Utusan Malaysia tidak berbuat demikian, tambah Nizar pihaknya akan mengemukakan saman malu terhadap kedua-dua media tersebut.
Ditanya tentang tempoh yang diberi pihaknya kepada TV3 dan Utusan Malaysia itu, Nizar berkata pihaknya memberi tempoh sehingga tujuh hari bermula hari ini untuk berbuat demikian (tarik balik dan mohon maaf).
Nizar, sebelum ini dalam twitnya mempersoalkan bidaan nombor pendaftaran yang dimenangi Sultan Ibrahim itu dengan bayaran RM520,000 dengan kesusahan rakyat Johor.
Ekoran kenyataannya itu, pelbagai reaksi positif dan negatif dibangkitkan, dan turut disiasat di bawah Akta Hasutan, malah pejabatnya turut digeledah pihak polis bagi membantu siasatan.
Nizar bagaimanapun bertindak memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Ibrahim beberapa hari selepas itu.
-harakahdaily
Read More...
Summary only...
Berang dengan isu yang disiarkan oleh Buletin Utama pada malam ini mengenai ibu kepada Umie Hafilda, Azmin Ali dan juga ibunya sendiri, Azwan Ali berperang sekali lagi di laman twitternya.
Ummi Hafilda anak dara tua yang sebelum ini sering menimbulkan isu memburukkan Azmin ali sekali lagi tampil dengan mengheret Ibunya bagi memburukkan Azmin Ali dibuletin utama malam tadi.
Walaupun Azwan Ali seringkali ‘meroyan’ dalam laman twitter miliknya, kali ini ia berbeza sedikit apabila beliau melenting isu ibunya diheret serta memalukan nama baik ibunya dan keluarga Haji Ali.
Dipetik dari - http://laksamanabukitbintang.blogspot.com/2012/05/azwan-ali-bengang-ummi-heret-ibu-dalam.html
Read More...
Summary only...
TV3 Promosi fitnah gambar lucah

Kalau dulu semasa ikon fitnah 1Malaysia, Papagomo menyiarkan video lucah seorang lelaki yang difitnahnya sebagai Anwar Ibrahim, TV3 turut menjalankan gerakan bagi mempromosikan video lucah tersebut.
Tanpa mempedulikan samada anak-anak di bawah umur turut menonton siaran berita mereka diwaktu perdana itu, mereka menyiarkan beberapa adengan dari video lucah tersebut. Biarpun tindakan tersebut tidak wajar namun untuk menjatuhkan maruah Anwar Ibrahim ianya tidak mengapa dan tidak menjadi kesalahan..
Semalam sekali lagi TV3 mempromosikan gambar-gambar yang kononnya sebahagian daripada sedutan rakaman aksi seks lelaki menyerupai pemimpin parti pembangkang dalam aksi lucah di dalam tandas yang disiarkan oleh Papagomo. Jadi.. korang faham-faham sendirilah.. kalau Papagomo dah siarkan kemudiannya TV3 pula menjadikannya sebagai tajuk berita.. ini angkara siapa..
Seperti juga video lucah seorang lelaki yang menyerupai Anwar tetapi difitnah sebagai Anwar, gambar dan juga dijangkakan ada rakaman CCTV lelaki menyerupai pemimpin parti pembangkang dalam aksi lucah di dalam sudah pasti mendapat restu pihak yang mengawal media…
Sumber : anak sungai derhaka
Read More...
Summary only...
Betul la tu.. Yang banyak tu cuma bayang-bayang saja.. Seorang peserta ada 6-7 bayang-bayang sebab matahari kat Kuantan ada 7 biji semuanya.. hahaha..

Sedangkan menurut satu laporan yang disahkan oleh portal berita Malaysiakini, lebih 15 RIBU yang hadir berdasarkan kepada kapsiti padang dan kiraan matematik yang dilakukan oleh seorang pembaca.
Kiraan matematiknya adalah seperti berikut:
1) 40 baris dari pentas, orang ramai duduk rapat dengan anggaran kira-kira 8 kaki persegi bagi setiap orang.
2) Lebih jauh dari pentas utama, kiraannya adalah sedikit longgar, mungkin 12 kaki persegi bagi setiap orang.
3) Peserta himpunan memenuhi kira-kira seperti 130% lebih besar daripada padang bola sepak.
4) Saiz standard bagi sebuah padang bola sepak adalah kira-kira 90m kali 120m atau kira-kira 116,424 kaki persegi.
5) Dengan menambah 30% lagi keluasan akan menjadi 151,351 kaki persegi.
6) Mengambil orang ramai yang longgar pada kiraan 12 kaki persegi bagi setiap orang, kita akan mendapat 12612 orang.
JALAN PULANG
Read More...
Summary only...
Penyokong Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyerahkan memorandum mencabar syarikat televisyen swasta TV3 memberi ruang eksklusif kepada tokoh itu muncul secara eksklusif bagi menjawab "laporan tidak adil dan berat sebelah" mengenai isu Israel.
Kelab Anwar Ibrahim (AIC) mendakwa Media Prima Berhad - yang memiliki TV3 dan syarikat media lain - cuba melakukan "membunuh karektor" Anwar melalui anak syarikat itu tanpa memberi ruang kepada ketua pembangkang itu untuk mempertahankan dirinya.
"AIC juga mencabar Media Prima Berhad melalui rangkaian Buletin Utama khususnya untuk memberi ruang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul secara eksklusif dalam masa terdekat, agar beliau mempunyai medium untuk menjawab serangan berat sebelah yang dilancarkan terhadap beliau saban hari," kata Presiden AIC, Saifuddin Shafi Muhammad dalam memorandum tersebut.
Saifuddin menyerahkan memorandum itu kepada Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Korporat Mastura Adnan di Sri Pentas pagi ini. Mastura mewakili Pengerusi Media Prima Berhad Datuk Johan Jaafar.
http://razali01.blogspot.com/2012/02/tv3-dicabar-beri-ruang-anwar-jawab-isu.html
Read More...
Summary only...
KUALA LUMPUR, 8 Jan: Pembaca berita TV3, Nur Jamalina Jamali atau Jay memohon maaf kerana tersilap menyebut nama Datuk Seri Anwar sebagai merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia ketika menyampaikan berita Buletin Utama, malam tadi.
"Saya ingin memohon maaf tersasul ketika Buletin Utama sebentar tadi. Tidak disengajakan," kata Jay menerusi mesej Twitter malam tadi.
Ketika membaca berita malam tadi Jay tersasul apabila berkata "Di Johannesburg, wartawan Lukman Hamidi melaporkan, lawatan Datuk Seri Anwar... Datuk Seri Mohd Najib itu dijangka..."
Berita itu merujuk kepada lawatan Najib ke Afrika Selatan bermula semalam.
Kesilapan itu kemudiannya menjadi topik hangat di laman Facebook dan Twiter malam tadi.
Ia kerana nama Ketua Pembangkang itu sedang menjadi buah mulut banyak pihak ekoran menjelang hari penentuan kes liwat beliau esok.
Video rakaman kesilapan itu juga turut dimuat naik di Youtube.
Read More...
Summary only...
PETALING JAYA, 7 Nov ― Datuk Paduka Marina Mahathir hari ini menyelar laporan-laporan media yang menggambarkan Seksualiti Merdeka seolah-olah sebagai festival seks bebas dan mengancam untuk menyaman jika perkara itu tidak diperjelaskan dan diputarbelitkan.
Pada sidang media yang diadakan petang ini, anak bekas perdana menteri itu berkata, tiada perkataan yang dapat digunakan untuk menggambarkan perasaan marah beliau apabila program tersebut difitnah, yang jelas menerusi TV3 malam tadi, dan memberi amaran kepada pemberita dari stesen tersebut akan kesannya jika kenyataannya hari ini disalah petik.
“Saya melihat pada wajah anda dan kami tahu siapa anda,” kata Marina di ibu pejabat Tenaganita di sini.
Marina muncul di pejabat pertubuhan bukan kerajaan itu di Jalan Gasing di sini untuk memberi sokongan kepada empat rakannya yang dipanggil polis hari ini berhubung program itu, yang diadakan setiap tahun sejak 2008 tetapi menjadi kontroversi tahun ini dan diharamkan berkuat kuasa Khamis lalu.
Mereka yang dipanggil polis hari ini ialah pengasas program Seksualiti Merdeka Pang Khee Teik, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan, Pengarah Tenaganita Irene Fernandez dan ahli jawatankuasa Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.
“Saya berada di sini sebagai seorang penyokong sebab dua tahun lalu saya telah merasmikan Seksualiti Merdeka tanpa sebarang insiden,” katanya.
Marina menjelaskan program itu bukan bertujuan menggalakkan seks bebas tetapi untuk membantu kumpulan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan traansgender) yang dipinggirkan memahami hak mereka dalam lingkungan undang-undang.
“Ia adalah satu acara untuk menjelaskan dan mendidik tentang hak mereka dalam lingkungan perundangan, dan bukannya di luar lingkungan.
“Saya sangat marah, sangat marah, tiada perkara untuk menggambarkan ke atas sesetengah pihak yang menganggap ini sebagai festival seks bebas. Anda tiada perkara lebih baik untuk dilakukan? Seks bebas memang tidak dibenarkan di sini... adakah anda gila (sehingga) boleh menggambarkan perkara ini?” kata beliau.
Dalam pada itu, menurut Ambiga, kes itu disoal siasat di bawah Seksyen 298 dan 109 Kanun Keseksaan, dan juga di bawah Akta Polis berhubung kesalahan menyinggung sentimen agama seseorang.
Ketika muncul selepas pertemuan selama 45 minit dengan polis, Ambiga mendakwa media membuat fitnah mengenai festival itu dan merujuk kepada TV3 atas kesilapan yang dilakukan.
Bekas presiden Majlis Peguam itu kemudian mencabar stesen swasta itu agar menyiarkan kenyataan beliau hari ini dan tiga rakannya secara verbatim, dan jika tidak akan mengambil tindakan perundangan.
“Saya mencabar TV3 agar melaporkan dengan penuh apa yang diperkatakan oleh Datuk Paduka Marina Mahathir. Saya juga mencabar anda menyiarkan segala apa yang saya katakan sekarang.
“Anda mengelirukan publik. Anda memanggil yang ini sebagai festival seks bebas. Saya mencabar anda membawa setiap yang saya katakan atau tidak saya boleh menjamin anda, anda akan mendengar daripada peguam-peguam saya dalam isu ini,” kata beliau.
“Jaga-jaga, TV3.”
Khamis lalu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata Polis Diraja Malaysia mengharamkan sebarang majlis yang dilakukan mana-mana penganjur berkaitan dengan program Seksualiti Merdeka demi ketenteraman awam.
Pengharaman berkuat kuasa Khamis lalu.
Katanya, polis telah mengenal pasti dan akan memanggil kesemua mereka yang terlibat dalam penganjuran program itu termasuk Ambiga untuk dirakam keterangan mereka.
“Polis akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 27 A (1) (C) dan juga 298 A Akta Polis untuk menghalang sebarang penganjuran majlis itu,” katanya.
Beliau berkata undang-undang di negara ini tidak mengiktiraf kegiatan songsang yang boleh menghancurkan kehidupan beragama di negara ini.
Merdeka Seksualiti 2011, program yang bermula 1 November lalu dan sepatutnya berlaruran sehingga 13 November antara lain mendesak hak sama rata untuk golongan homoseksual dan transeksual seperti gay, lesbian, biseksual, interseks serta transgender.
Bagi mengelak suasana tidak diingini berlaku, beliau berkata polis meminta orang awam supaya tidak menyertai program itu kerana ia boleh mengganggu ketenteraman awam.
Read More...
Summary only...