BlogList Malaysia

29 November 2010

Alamak!! Betul Ke Mahathir Yang Cakap Nie??

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi amaran bahawa rancangan kerajaan bagi membina bangunan 100 tingkat Warisan Merdeka akan menyaksikan lebihan hartanah dan ruang npejabat yang kini sudahpun melanda Lembah Klang.

NONE“Jika anda bertanya saya, kita tak perlukan menara 100 tingkat itu,” kata Mahathir ketika menjawap soalan daripada hadirin pada persidangan 'Mengimbas Semula Wawasan 2020' di Kuala Lumpur.

"Saya lihat banyak papan tanda 'untuk dijual' dan 'untuk disewa' apabila saya bersiar-siar. Ini bermakna kita telah mempunyai bangunan yang mencukupi.


Sebelum ini, Mahathir menggesa kerajaan merujuk dengan rakyat berhubung projek Warisan Merdeka dan secara tidak langsung menyokongnya kerana berpendapat ia akan memberi kesan ekonomi yang positif.

Dalam nada yang sama, Mahathir berkata beliau mungkin mempunyai pandangan yang berat sebelah kerana Menara Berkembar Petronas adalah projek semasa pemerintahnnya dan beliau tidak mahu melihat rekodnya sebagai bangunan tertinggi di negara ini diatasi.

"Mereka boleh bina, tetapi bukan sekarang, mungkin kemudian... apabila saya tiada lagi,” katanya dalam nada bergurau.

They can build it, maybe not now but later... when I am no longer around," he said in jest.

1 Komen :

Neutronboy November 29, 2010 at 8:02 PM  

Tuh la pasal, hutang negara berlambak, ada hati nak bina bangunan tinggi2 lagi. Tak belajar ke kat negara mana, yang bina bangunan apa, tetapi hutang negara berlambak. Tahu la kut negara mana...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas