KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan cara pelaksanaan hukum hudud yang dicadangkan oleh Pas tidak mampu dilaksanakan dengan adil.
Beliau berkata, ini adalah kerana ia tidak mengikut tuntutan Islam berikutan tidak mengenakan hukuman yang sama bagi kesalahan yang sama bagi semua pihak.
"Secara terbuka dia (Pas) buat kenyataan kata orang Islam sahaja yang akan kena (hukum hudud), orang bukan Islam tak kena...kerana takut orang bukan Islam marah dan tak undi mereka.
"Bila hukum, hukumlah dengan adil. Yang ditekankan dalam al-Quran berkali-kali, adalah jangan kita zalim. Jadi bila hukum disebabkan kepentingan
politik, duniawi, itu bukan Islam. Sebab itu kita tolak hukum mereka, kita pegang hukum Allah," katanya semasa berucap pada Majlis Bersama Negarawan Ulung anjuran Felda di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.
Dr Mahathir berkata Malaysia selama ini cuba bersikap adil dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam menjatuhkan hukuman, dan tidak menuduh secara
membuta tuli.
"Kita pegang kepada hukum hudud Islam tetapi laksanakan secara adil supaya sesiapa saja yang buat jenayah yang sama, kita kena hukum yang sama. Tak boleh lain," katanya.
Beliau menegaskan, selain saksi, Islam juga membenarkan bukti-bukti lain dikemukakan untuk menyokong pertuduhan yang dibuat.
"Kalau tiada saksi yang cukup, adakah kita nak kata bahawa seseorang itu tak kena rogol? Padahal kita tahu apa terjadi pada dia. Tak boleh," tegasnya.
Mahathir berkata, atas sifat tidak adil yang diamalkan Pas itulah menyebabkan mereka dengan mudah melabel mana-mana pihak sebagai kafir tanpa bukti yang sewajarnya. - Bernama
19 February 2013
Mahathir: Pas tak mampu laksana hudud dengan adil
18 February 2013
Mahathir Butakan Mata Dengan Pembohongan Media Umno
Ego Mahathir belum berkurang dan masih syok sendiri menuduh media alternatif sebagai bahaya kerana melakukan pembohongan, pemanipulasian, fitnah dan sebagainya. Mahathir nampak akan keburukan dan kehuduhan media alternatif internet. Matanya menjadi cerah dan hatinya sensitif kepada fitnah ataupun pengsensasian media alternatif.
Anihnya beliau tidak nampak dan matanya menjadi 'bole' dengan apa yang dilakukan oleh media PB yang hakikatnya jauh lebih teruk dan buruk dari media alternatif. Media PB sifat atau kerja pembohongannya lebih besar dan dahsyat daripada media alternatif. Mahathir memberi alasan media alternatif menggunakan bahasa kesat, bersifat rasis dan tidak dikawal kerana ia tidak ada editor atau penyunting. Dir... tidak ada guna kalau bahasa yang indah dan mengikut standard DBP tetapi ia berunsur fitnah.
Dalam hal ini malang Mahathir tidak nampak kepada apa dilakukan oleh akhbar Utusan, Berita Harian, TV3 dan sebagainya, di mana penampilannya dan kecomotan moralnya lebih teruk lagi media alternatif. Ini bermakna penyunting dan editor atau pengawal tidak memberi aa-apa makna. Di sini sifat muanfik Mahathir dan double standard dalam membuat kritikan.
Sepatutnya sebelum beliau menghentam media alternatif, beliau mencerminkan, melihat apa dilakukan oleh media-media PB itu. Apakah dia sedar yang Utusan Malaysia melakukan pembohongan, fitnah setiap hari lebih dahysat daripada media alternatif? Kekalahan akhbar milik Umno itu dalam menghadapi saman malu ahli politik pembangkang menjelas dan membuktikan akan apa yang berlaku.
Mungkin Mahathir tidak pernah membaca laporan media alternatif mengenai kekalahan Utusan itu, atau sebagai ahli Umno nombor satu terlupa untuk semak akaun Utusan hari ini yang hampir kering. akhbar itu tidak laku disebabkan kredibilitinya sebagai media unggul sudah musnah.
Adalah silap kalau seorang yang diiktiraf sebagai negarawan tidak membaca dan menghayati secara adil dan saksama ke atas apa yang berlaku dalam negaranya. Sekarang ini bukan masa lagi Mahathir untuk mempertahankan Umno kerana beliau tidak lagi bertanggungjawab ke atas parti berkenaan. Beliau harus melihat kepada semua sesuai dengan statusnya sebagai negarawan. Selagi beliau masih obses untuk mempertahankan Umno dengan kaedah Yahudinya lama kelamaan orang akan lupa bahawa Mahathir pernah menjadi PM selama 22 tahun di negara ini. Orang akan ingat beliau adalah Mahathir seperti di tahun 1969 yang mengkhinati Tunku Abdul Rahman dan seorang penderhaka.
Bersama kecaman terhadap media alternatif itu juga beliau masih melakukan spin mengenai video yang mendedahkan tindakan orang Cina Pulau Pinang menolak Najib secara berdepanan. Katanya, pekerja media alternatif sengaja membawa kumpulan tertentu untuk mengkritik Najib kemudian mereka rakam disebarkan. Aduh begitu jauh dan berbelit sekali spin (pusingan dan politan lidah) Mahathir ini.
Untuk pengetahuan beliau, masyarakat hari ini sudah celik maklumat dan mempunyai pengetahuan yang luas. Mereka tidak lagi berada di bawah tempurung dan sedia mendengar apa saja cerita dan bari disampaikan olehnya. Zaman orang hanya menjadi pandir mendengar cerita Mahathir kemudian akan jatuh berlebak ke bumi seperti Mat jenin sudah tidak ada lagi. Mahathir boleh terus bersandiwara dan membawa kisah-kisah indahnya kepada orang sejenis dan sewaktu dengan seorang individu di Pasir Mas. Orang ini bukan setakat mencium tangan cium punggung pun dia sanggup.
Harapnya selepas ini Mahathir tidak lagi aktif dengan tugasnya sebagai Mr Spin kerana apa dilakukannya secara sukarelawan demi melihat anaknya menjadi perdana menteri itu sudah tidak berapa berkesan lagi. Mahathir tidak tahu kenapa Najib memberi ruang luas untuk beliau bercakap dan berceloteh dalam membela Umno, ia adalah disebabkan Najib sudah letih mencari idea bagaimana hendak selamatkan Umno. Sebenarnya Najib sudah surender dan kehabisan idea untuk memastikan Umno menang sebab itu dia serahkan kepada Mahathir.
Mahathir tidak kabar keadaan ini, bahawa dia sekarang ini adalah tukang karang yang tidak ada awak-awak di belakang melainkan ianya di blow-up kan media PB saja.
Mahathir tidak sedar dirinya hari ini adalah rekod klasik yang terpaksa diputar kerana ingin mengenangkan masa lampau yang sudah jauh meninggalkan realiti dirinya. Mahathir terus bermimpi dan mengigau dan beperasaan dia masih ada harga diri.
Dipetik dari msomelayu.blogspot.com
Mahathir Makin Gelabah.. Mahu Media Maya Disekat Agak Rakyat Terus Diperbodohkan.
Mahathir: Bahaya jika kebebasan media alternatif tidak dikawal
KUALA LUMPUR - Kebebasan yang ditawar media alternatif menerusi Internet telah menimbulkan beberapa situasi yang menyaksikan pembohongan boleh dilihat sebagai kebenaran dan sebaliknya, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, menerusi media alternatif, sesiapa sahaja boleh memuat naik sebarang kenyataan yang mereka suka secara langsung di Internet, tanpa sebarang kawalan kerana tidak ada pengurus, editor atau penyunting untuk mengubah isi kandungannya.
"Bahasa kesat dan berbaur perkauman juga menyebabkan ketegangan semakin meningkat di kalangan masyarakat. Segala jenis tuduhan dibuat tanpa sebarang asas. Ketika ini, kita boleh melihat klip video yang telah diubah, dimuat naik dalam YouTube," kata beliau dalam entri terbaharu blognya.
Dr Mahathir merujuk klip video yang menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyoal khalayak di Pulau Pinang baru-baru ini sama ada mereka bersedia untuk Barisan Nasional (BN), yang seolah-olah dijawab dengan perkataan 'tidak'.
"Kini didapati perkara itu dilakukan dengan membawa satu kumpulan yang dilengkapi kamera video dan mikrofon ke dalam khalayak. Apabila PM menyoal 'Adakah anda bersedia untuk BN', kumpulan ini menjeritkan 'tidak' sebagai respons.
"Ia kelihatan seolah-olah keseluruhan khalayak menjeritkan perkataan 'Tidak'. Walhal hanya satu kumpulan ini yang menjeritkan 'Tidak' kepada mikrofon mereka. Perkataan 'Ya' daripada sekumpulan besar khalayak lagi tidak dirakam dan dimasukkan dalam klip video yang dimuat naik di YouTube.
"Rakaman ini segera dimuat naik ke YouTube dan merebak ke blog lain. Meskipun terdapat video lain, yang menunjukkan khalayak mengangkat tangan dan menjeritkan perkataan 'Ya', dimuat naik dalam YouTube selepas itu, kebanyakan orang tidak mempedulikannya. Mereka terus mempercayai klip video palsu ini," katanya.
Menyedari perkara ini adalah hasil langsung kebebasan yang ditawar media alternatif, Dr Mahathir berkata, "Kebebasannya hampir mutlak."
Dr Mahathir berkata, meskipun media alternatif memberi kebebasan kepada semua orang untuk menghebahkan apa sahaja yang mereka suka, penggodam dan yang lain juga boleh menyekat entri sesiapa yang mereka pilih.
"Setakat ini, saya sendiri terpaksa menukar lima laman untuk blog saya kerana entah bagaimana ia diusik sehingga menyebabkan orang ramai tidak boleh mengakses blog saya, dan saya berjaya disenyapkan.
"... Namun saya tidak boleh berbuat apa-apa untuk menghentikan orang yang mungkin ingin menghalang kebebasan saya menerusi media alternatif," katanya. - Bernama
15 February 2013
Surat Terbuka Deepak Buat Mahathir
Tun,
Saya merujuk kepada kenyataan Tun yang juga merupakan nasihat kepada DS Najib & DS Rosmah iaitu “Abaikan Deepak”, dan juga saya tertarik dengan nasihat Tun agar saya tidak menggunakan saluran politik sebaliknya terus ke mahkamah untuk menuntut hak saya.
Tun,
Untuk makluman Tun, semenjak 2 tahun lepas iaitu dari tahun 2010, itulah yang telah saya lakukan di mana keputusan mahkamah telahpun memihak kepada saya.
Walaubagaimanapun, pentadbiran Najib telah menidakkan keputusan mahkamah ini dan segala bukti yang dikemukakan di mahkamah yang mempunyai perkaitan dengan DS Rosmah telah dinafikan kewujudannya atau sememangnya jabatan kerajaan tidak bercadang untuk menjawab pertuduhan mahkamah, yang dengan ini, saya memerlukan nasihat daripada Tun.
Apakah tindakan Tun sendiri akan lakukan jika Tun berada di tempat saya? Berlatarbelakangkan kami berdua juga pernah dituduh sebagai ”orang pakistan” namun kami sama sama ”anak Malaysia” yang berhati nasionalis, saya pasti apa yang saya tulis di dalam surat ini tidak banyak berbeza dengan apa yang Tun akan lakukan jika Tun berada di tempat yang sama atau berdasarkan pada apa yang pernah berlaku, Tun sendiri pernah menulis ”Surat Sejarah 17 Jun 1969” yang juga merupakan surat terbuka kepada Tunku Abdul Rahman.
Tun,
Saya telah diserbu oleh pihak Bank Negara Malaysia pada tahun 2010 kerana pertukaran matawang asing melalui pengurup wang dengan jumlah yang tinggi di dalam Dollar Singapura dan US. Siasatan telah berlangsung selama enam minggu dan saya telah dedahkan bahawa kesemua wang tersebut telah diserahkan kepada DS Najib dan DS Rosmah sebagai bayaran untuk berbagai tawaran di mana saya bertindak sebagai saluran mereka untuk bayaran Bangunan Angkasa Raya, Tanah Bukit Raja dan Glomac Tower (kini dikenali sebagai Wisma Prestige). Perkara ini walaubagaimanapun terhenti begitu sahaja.
Saya juga diminta oleh pihak SPRM untuk membantu siasatan bagi jualan sebuah bangunan di KLCC kepada syarikat perbankan Islam antarabangsa, di mana kami telah mengemukakan bukti bayaran melalui slip, kenyataan video dan testimonial bertulis di mana saya telah bertindak sebagai saluran bagi DS Najib dan DS Rosmah, dan wang telah diserahkan ke tangan mereka dalam berbagai bentuk dan suasana dalam tempoh dua (2) tahun, Pengarah Kanan SPRM yang mengetuai penyiasatan itu ialah Datuk Jamidan, yang juga terlibat dalam kes Sime Darby.
Mengapa setelah begitu banyak bukti yang dikemukakan secara terang-terangan dan mengikut saluran, sehingga kini masih tiada siasatan yang dibuat terhadap DS Rosmah, DS Najib or Datuk Nazim? Adakah keadaan ini melibatkan “dakwaan untuk individu terpilih” atau siasatan di peringkat yang berbeza untuk orang yang berlainan taraf? Macam mana lagi Tun hendak saya buat untuk mendapatkan keadilan? Kini mari kita berbicara tentang pengalaman saya di mahkamah pula.
Tun,
Saya telah membeli 200 ekar bidang tanah daripada Raja Ropiah pada tahun 2007, kini beliau adalah Ketua Wanita Umno Selangor dan Ketua Wanita BN. Kami telah membayarnya secara tunai sebanyak RM13,000,000.00 dan bond tanah (Waranti Bank) sebanyak RM72,500,000.00 telah dikeluarkan bagi tujuan bayaran. Selepas menerima wang tersebut, Raja Ropiah secara sengaja telah melewatkan pengeluaran geran tanah buat kami dengan cara mengabaikan tanggungjawabnya untuk menyerahkan geran itu dan sebaliknya telah membuat janji dengan CBT untuk menjual tanah tersebut kepada syarikat lain dengan harga yang lebih tinggi dan juga telah mengumpul sejumlah wang tunai hampir kepada RM90,000,000.00 dan Waranti Bank daripada mereka.
Ini juga terjadi ketika bon tanah kami masih sah digunakan dan meminta sejumlah RM13,000,000.00 daripada kami dalam bentuk tunai. Kami juga telah membayar secara tertutup di mahkamah terbuka sebanyak RM8,000,000.00 kepada keluarga DS Najib. Saya telah membuat laporan polis dan sehingga kini masih tiada tindakan terhadap Raja Ropiah dan keluarga D. Najib.
Sebaliknya saya perlu melalui pengalaman memeritkan dan menerima notis disita daripada Bank yang bergelar “16 D”, yang tidak lain tidak bukan daripada firma guaman milik adik DS Najib, Datuk Johari Razak, Shearn Delamore, tepat 24 jam selepas sidang media memaklumkan rasuah dan tindakan tidak bermoral pasangan ini. Tun, jika tidak keberatan, harap dapat maklum pada saya, bank manakah yang membuat sitaan tanpa melalui peringkat undang-undang yang betul?
Sitaan mereka berjumlah RM30,000,000.00 dan secara kebetulan Boustead Holding tiba-tiba muncul hendak membeli syarikat kami yang memiliki tanah sejumlah 200 ekar di atas kertas ini, di atas nama Asta Canggih Sdn Bhd dengan jumlah jualan RM30,000,000.00!! Sangat ajaib bukan?? Yang lebih menariknya, syarikat Boustead juga telah membayar pendahuluan sebelum menandatangani perjanjian pembelian, dengan syarat kami menarik-balik kes dari mahkamah serta-merta, memandangkan tarikh untuk kes dibaca dalam mahkamah terbuka adalah dalam minggu yang sama. Sekarang Tun, tolong nasihatkan saya, apakah yang akan Tun sendiri lakukan dalam situasi begini? Apa yang menarik sekali, Raja Ropiah turut dibayar sebanyak RM29,000,000.00 sebagai ’hukuman’ dia untuk CBT.
Tun,
Kami telah menjual sebuah bangunan kepada sebuah badan bank Islam antarabangsa pada tahun 2008 dan mereka gagal untuk membayar kepada kami pada tahun 2010 apabila pemegang saham yang baru menyertai mereka. Kini kami telah memenangi kes ini di mahkamah melalui pengadilan pada 7 November 2012 dan Mahkamah mendapati Bank Islam Antarabangsa:-
a) menggunakan tindakan yang melanggar undang-undang untuk membuat konspirasi terhadap kami secara sengaja
b) melanggar perjanjian Surat Pengambilalihan yang dikeluarkan terhadap kami
c) terlibat dalam pengeluaran dan pelepasan surat salah laku untuk memusnahkan kami dan perniagaan kami
Bank tersebut juga telah didedahkan di mahkamah terbuka bahawa:
i) telah menipu apabila bertindak sebagai pendeposit dengan membeli asset menggunakan syarikat bersama di mana mereka mengakui mempunyai hak milik sebanyak 19% padahal sebenarnya ia adalah milik mereka 100%, melalui Deklarasi Pengakuan Amanah, di mana mereka kemudiannya dipaksa mengaku di mahkamah terbuka dengan kemunculan Deklarasi Pengakuan Amanah tersebut
ii) telah menipu berbagai organisasi seperti Bank Negara Malaysia, SC, FIC dan juga ROC dengan menggunakan nama-nama pemegang saham Malaysia untuk mengelak deklarasi pemilikan asing dalam mendapatkan kelulusan
iii) menipu Bank Negara Malaysia, dengan menunjukkan pinjaman melebihi modal berbayar pada ketika yang sama sebagai pinjaman pihak ketiga Syarikat di mana pada sebenarnya ia adalah pinjaman untuk anak syarikatnya sendiri.
Tun,
Kami telah menulis kepada Bank Negara Malaysia untuk mengambil tindakan yang dirasakan patut buat Bank Islam Antarabangsa ini mengikut undang-undang perbankan:-
a) Tukar CEO serta-merta
b) Hadkan atau menahan lessen bank untuk mengelak bank daripada menerima pendeposit
c) Pihak Bank perlu membuat pengumuman mengenai konspirasi ini dan memberitahu kepada pendeposit dan pemegang sahamnya di Malaysia dan Timur Tengah di mana ia adalah sebuah syarikat yang disenarai di Bursa Saham dan ditadbir oleh Badan Amanah.
Tun,
Saya telah banyak kali menulis surat buat Tan Sri Zeti dan Ahli Lembaga Bank Negara Malaysia sehingga kini tetapi masih belum dibalas, mengapa? Kerana bank Negara maklum bahawa DS Rosmah dan D Nazim terlibat dalam penjualan bangunan itu? Mengapa? Kerana surat dan kenyataan video kami kepada SPRM pada tahun 2011 telah membuktikan bahawa kedua mereka terlibat di dalam transkrip termasuk bukti-bukti bayaran yang telah dibuat?
Oleh itu Tun, mempunyai institusi keadilan yang suci seperti Mahkamah di Malaysia ini tidak mencukupi jika institusi Bank Negara Malaysia turut mendendangkan irama DS Rosmah dan tidak lagi lagu ‘I did it my way’.
Izinkan saya bertanya kepada Tun, adakah Tun mahu melihat Barisan Nasional dan Malaysia ini dirosakkan oleh pasangan rasuah yang tidak bermaruah ini? Saya inginkan pandangan Tun, apakah yang saya dapat jika saya ke mahkamah dan memenangi kes ini? Kesemua institusi di Negara ini adalah di bawah kawalan pasangan Bonnie & Clyde ini. Ke mana kami pergi selepas ini? Ke Mahkamah Antarabangsa? Media? Atau pembangkang? Harap Tun dapat nasihatkan saya dengan kebijaksaan yang Tun miliki itu kerana saya sendiri sudah jijik dengan apa yang berlaku di Malaysia sejak 11 tahun yang lagi di dalam kerajaan ini.
Saya sangat sedih dan kecewa dengan kenyataan media Tun yang meminta agar saya tidak dipedulikan. Bagaimana untuk tidak mempedulikan saya jika sebenarnya saya kini sedang mempertahankan maruah dan integriti Negara? Mungkin Tun telah mendengar di pihak yang salah jika mereka mengatakan saya bekerja dengan pihak pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan. Tun, saya adalah seorang negarawan, saya tidak akan menjatuhkan maruah Negara saya, TIDAK.
Tun,
Tun sendiri pernah berkata, Najib sangat lemah, di mana ia merupakan satu reality. Kaum Cina tahu rasuah ini tidak akan berakhir dan kaum Melayu juga tahu, hanya mereka yang kaya sahaja akan lebih kaya, manakala yang lain akan sentiasa bergantung kepada biasiswa, KR1M, BR1M dab DR1M, di mana kami semua menjadi seperti pengemis atau hamba, dan menyebabkan jumlah hutang kita mencecah kepada RM1 trillion pada 2014. Semua orang juga tahu bahawa PM yang sebenar ialah Rosmah dan Najib hanyalah seorang PM Santa Claus yang gembira dengan tugasnya.
Apa yang saya risaukan bukan sahaja Negara ini akan mogok ketika atau selepas pilihanraya tetapi juga pihak tentera yang akan bertindak mengawal semua keributan akibat daripada pilihanraya yang kotor. Dengan mengambil risiko sendiri, saya meminta Tun M mencadangkan kepada Najib agar beliau meletakkan jawatan dan membiarkan timbalannya mengambil alih BN mengetuai pilihan raya akan datang di mana perlu berlaku dalam tempoh 60 hari akan datang.
Tun,
Saya harap surat ini diterima Tun dengan penuh ikhlas tidak kira bagaimana pahitnya kebenaran itu, ia tetap yang benar dan sentiasa mendahului setiap penipuan dan penafian daripada perampas dan pembunuh.
Ikhlas,
DEEPAK J TEKWANI
12 February 2013
Dr M dikritik kerana berpura-pura lupa terlibat dalam Projek IC
KUALA LUMPUR, — Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad berpura-pura lupa apabila menafikan penglibatannya dalam “Projek IC” yang membawa pendatang tanpa izin di Sabah.
“Saya rasa Dr Mahathir boleh kata beliau tidak bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukan.
“Saya rasa dia sudah nyanyuk. Dia hanya ingat perkara baik seperti KLCC,” kata ahli jawatankuasa eksekutif pusat DAP Anthony Loke kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada Menara Berkembar Petronas, projek mega di bawah pentadbiran Dr Mahathir.
Bekas perdana menteri yang berulang kali dituduh mengetuai “Projek IC”, inisiatif yang dijalankan pada 1980an di mana kewarganegaraan Malaysia didakwa ditukar dengan undi kepada Barisan Nasional, dan beliau menafikan perkara demikian dilakukan, sebaliknya berkata ianya mengikut proses undang-undang.
Beliau mendakwa pemberian kewarganegaraan di Malaysia mempunyai tempoh yang tertentu, selain syarat-syarat lain.
“Saya bersetuju kita boleh beri kewarganegaraan kepada mereka yang tinggal di negara ini dalam tempoh tertentu dan layak menjadi warganegara,” kata beliau apabila ditanya wartawan semasa melancarkan buku di Universiti Malaya.
Namun Dr Mahathir berkata sekiranya ini benar, beliau tidak mengawal sepenuhnya apa yang dilaksanakan semasa beliau menjadi perdana menteri.
“Apa yang terjadi di sana, saya tidak boleh dipersalahkan,” katanya lagi. “Arahan diberi kepada mereka untuk memberi kewarganegaraan kepada mereka yang layak.”
Loke berkata mustahil bagi Dr Mahathir selaku perdana menteri tidak menyedari operasi ini.
Pengakuan di dalam inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) menunjukkan bahawa pemimpin peringkat atasan terlibat dengan “Projek IC”, termasuk orang kanan Dr Mahathir, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.
Namun begitu, sungguhpun pendedahan projek tersebut dibuat, Dr Mahathir, yang pernah menjadi perdana menteri Malaysia selama 22 tahun, terus menafikan tuduhan tersebut. Beliau kemudian menuduh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahum yang menjadi timbalan beliau ketika itu
Anwar juga menafikan pembabitan beliau dalam “Projek IC”.
“Apa kredibiliti beliau selaku perdana menteri mengatakan beliau tidak mengetahui projek tersebut?
“Saya bolehlah menggelarkan beliau sebagai perdana menteri yang tidur, seperti penggantinya Abdullah?” kata naib presiden PAS Salahuddin Ayub, merujuk kepada pengganti Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
“Beliau seharusnya bertanggungjawab,” kata ahli parlimen Kubang Kerian itu.
Menurut satu pendedahan , sebanyak 100,000 kad pengenalan biru dikeluarkan kepada pendatang di Sabah pada tahun 1993. Selain itu, mereka juga menerima resit dari JPN yang berupa dokumen sementara membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya negeri 1994.
Minggu lalu, pegawai Cawangan Khas (SB) DSP Badaruddin Ismail memberi keterangan bahawa bekas pengarah JPN menjual 16,000 resit bernilai lebih RM1 juta untuk membenarkan pendatang di Sabah mengundi.
Namun bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri tersebut dari 1976 hingga 1985 antara mereka yang terawal menghadapi inkuiri, menolak kewujudan “Projek IC”.
Sabah mempunyai hampir sejuta pemilih yang berdaftar — 926,638 secara tepatnya, dalam laporan pada Jun oleh akhbar berbahasa Inggeris The Star.
Naib presiden PKR, Chua Tian Chang berkata sama ada Dr Mahathir terlibat atau tidak akan ditentukan oleh pengundi Sabah pada pilihan raya akan datang.
“Saya ingat sejarah akan mencatatkan apa penemuan yang RCI cari, Mahathir salah atau tidak, akan dicatat dalam sejarah.
“Apa yang berlaku di Sabah adalah satu realiti, sama ada beliau nak bertanggungjawab atau tidak, kita semua akan menjawabnya dalam pilihan raya kelak,” katanya lagi.
Pemerhati berpendapat RCI mungkin mengubah keadaan di Sabah dengan berpihak kepada pembangkang dalam usaha BN memastikan kubu kuat gabungan pemerintah tersebut bertahan dari pengaruh PR.
Kedua-dua Sabah dan Sarawak adalah kunci BN dapat mempertahankan Putrajaya pada pilihan raya 2008 dengan keputusan pilihan raya hanya menang dengan majoriti mudah.
03 February 2013
Hadi bidas Dr M, dakwa Umno punca penganut agama keliru
KUALA LUMPUR, 3 Feb — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak tuduhan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan parti tersebut menggunakan agama dan kalimah “Allah” untuk memancing undi, sebaliknya mendakwa Umno yang bertanggungjawab mewujudkan kekeliruan dikalangan penganut agama di Malaysia.
Dalam laporan akhbar berbahasa Melayu Mingguan Malaysia hari ini, Dr Mahathir menekankan Malaysia berbeza dengan negara lain yang mempunyai dua kefahaman Islam kerana negara ini hanya mengamalkan mahzab Ahli Sunnah Wal Jamaah dikalangan penganut Muslim.
“Isu agama ini dipermainkan oleh Umno sejak dahulu lagi,” kata Abdul Hadi dalam ucapannya di Ampang pagi ini sempena Himpunan Perdana PAS Bersama Ummah.
“Malahan mereka juga sanggup mempermainkan kalimah Allah dan memutar-belitkan keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura bulan lalu.
“Kalimah Allah ini bukan hanya untuk penganut Muslim sahaja, malahan dinegara arab penganut agama selain Islam juga menggunakan kalimah suci tersebut.
“Cuma yang tidak boleh ialah menterjemahkan ia sebagai rujukan kepada tuhan lain dan disalahguna untuk tujuan tidak baik,” tambah beliau lagi.
Menurut pemimpin utama PAS itu lagi, sikap Umno yang mempolitikkan isu penggunaan kalimah “Allah” tersebut hanya bertujuan untuk memancing pengundi dan mereka telah melakukannya sejak dahulu lagi sehinggakan ia mengelirukan penganut agama Islam di Malaysia.
“Umno yang menyebabkan kekeliruan dikalangan penganut agama di Malaysia ini,” tegas Abdul Hadi lagi.
Abdul Hadi berucap kepada mereka yang hadir di Himpunan Perdana PAS Bersama Ummah.
Dalam ucapannya lagi, Abdul Hadi juga menegaskan PAS tidak akan berkompromi dengan cadangan untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan dengan Umno memandangkan pernah ditipu pada suatu ketika dahulu dan ahli-ahli parti Islam tersebut diingatkan untuk mengambil sejarah lalu sebagai iktibar.
Dalam artikel Dr Mahathir hari ini, beliau menuduh PAS mempolitikkan agama dan menggunakan kalimah “Allah” sebagai umpan mendapatkan undi dalam pilihan raya tahun ini serta memberi amaran ketegangan antara agama walaupun penganut Islam di Malaysia majoritinya bermazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Mantan perdana menteri itu berkata tidak seperti penganut Islam lain di dunia yang terpecah kepada dua mahzab, umat Islam di Malaysia hanya mengikut doktrin Sunnai, pada masa sama menekankan terdapat parti-parti politik tertentu mengeksploitasi agama demi kepentingan sekular.
“Kalimah ‘Allah’ sudah digunakan untuk pancing undi. Kerana ingin dapat undi pihak tertentu dalam pilihan raya, dinyatakan kalimah Allah boleh digunakan oleh siapa sahaja,” tulis Dr Mahathir dalam kolum di akhbar Mingguan Malaysia hari ini.
“Kemudian apabila takut tak dapat undi pihak yang lain, dengan mudah dinyatakan kalimah Allah tidak boleh diguna selain dalam agama Islam. Bila ditanya kenapa dahulu kata boleh, jawabnya itu karut. Mursyidul Am Pas mengaku ia mengarut,” kata beliau lagi.
Baru-baru ini, isu perebutan penggunaan kalimah “Allah” kembali mendapat perhatian umat Islam di Malaysia apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang dalam perutusan Hari Natalnya menyeru Putrajaya membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil berbahasa Melayu.
Lanjutan perdebatan isu tersebut, presiden badan bukan kerajaan (NGO) Perkasa Datuk Ibrahim Ali mencetuskan lagi bahang ketegangan dengan menggugut untuk membakar kitab Injil berbahasa Melayu semasa berucap pada satu himpunan NGO tersebut di Pulau Pinang.
Selain itu, khutbah Jumaat yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) baru-baru ini juga menimbulkan ketakpuashatian banyak pihak memandangkan ia menwujudkan kebencian agama bagi umat Islam dengan menggelar bukan Islam yang mahu menggunakan kalimah “Allah” bagi merujuk kepada tuhan mereka sebagai “musuh Islam”.
Bekas Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin walaubagaimanapun mengatakan penganut agama Yahudi dan Kristian sudah menggunakan kalimah “Allah” jauh lebih lama sebelum kedatangan Nabi Muhammad dalam sebuah kuliah yang disiarkan di laman sosial YouTube. - TMI
02 February 2013
Dari dulu hingga sekarang UMNO dipecah-belahkan oleh Mahathir
Dr Mahathir semalam berkata nasib Najib bergantung kepada kehendak UMNO jika BN tidak dapat kejayaan lebih dari apa yang diperolehi oleh Abdullah Badawi dalam pilihanraya yang lalu. Beliau memberi pandangan peribadi beliau yang Najib sepatutnya memberikan laluan kepada Muhyiddin Yassin jika prestasi BN lebih lemah dari pilihanraya ke12 dahulu.
“Hanya nasib Najib tidak berapa baik kerana beliau mewarisi kerajaan lemah Abdullah Badawi dahulu” kata Mahathir lagi. Walau bagaimanapun Mahathir berpendapat perkara itu terpulanglah kepada UMNO untuk menentukannya. Kenyataan Mahathir ini merupakan satu kenyataan yang membawa makna seperti yang diduga oleh banyak pihak. Menggalakkan Najib untuk mengambil alih Abdullah dahulu merupakan tindakan sementara sahaja.
Najib merupakan pemimpin yang paling sesuai untuk dijadikan ‘stop-gap Prime Minister’ kerana dari awal lagi semua pihak tahu yang Najib tidak boleh kekal kerana mempunyai ‘baggage’ peribadi yang terlalu besar. Keadaan Najib tidak membolehkan beliau kekal lama sebagai Perdana Menteri. Sesungguhnya Dr Mahathir mahukan Muhyiddin untuk mengambilalih kepimpinan negara dari Najib dalam tempoh yang singkat sahaja. Maka isu yang dipergunakan untuk menaikan Muhyiddin secara ‘expedient’ ialah isu dan masalah peribadi Najib itu sendiri.
Dalam pada itu Dr Mahathir pun tidak mempunyai keyakinan yang penuh tentang kemampuan Muhyiddin itu. Seperti biasa beliau sedaya upaya mahukan Muhyiddin mengambilalih untuk membuat persediaan untuk seorang ahli keluarganya untuk menggantikan Muhyiddin pula. Jika alasan Muhyiddin adalah orang terbaik untuk menggantikan Najib, ia merupakan alasan yang meleset. Waktu akan menentukan yang Muhyiddin akan menghadapi masalah yang sama apabila Mahathir mahu menurunkan beliau (Muhyiddin) untuk memberikan laluan untuk keluarga beliau mengambil alih kepimpinan negara suatu masa yang tidak berapa lama lagi.
Pendeknya Mahathir tidak pernah mahukan dan menyayangi sesiapa pun di dalam politik ini. Hanya mereka yang lemah tetapi bercita-cita tinggi dalam UMNO itu mengambil kesempatan untuk menjadi pemimpin sementara Mahathir menunggu orang yang sebenar-benarnya menjadi pucuk pimpinan negara itu menjadi kenyataan. Apabila sampai keadaan itu barulah negara mempunyai kepimpinan yang terbaik dalam sejarah kemerdekaan negara kepada Dr Mahathir.
Itulah politik Dr Mahathir. Bagi Mahathir yang paling utama ialah peribadi dan keluarga. Selepas itu untuk parti kerana parti itu boleh menaikan keluarga dan kehendak beliau kerana parti hanyalah alat untuk memudahkan mendapatkan kehendak dan kemahuan beliau. Selepas itu barulah untuk negara. Negara merupakan isu yang paling akhir dan tidak mempunyai prioriti langsung bagi Dr Mahathir.
Semasa beliau mengambilalih kepimpinan kerajaan dengan pengorbanan rakan-rakan seperjuangan Mahathir merupakan seorang PM yang tidak mempunyai ‘grassroot’ yang kuat. Mahathir memulakan kepimpinan negara dengan menyisihkan pemimpin sebarisan dengan beliau secara sistematik. Jika dikaji dan dipandang dari apa sudut sekali pun Tengku Razaleigh lah yang sepatutnya menjadi pemimpin selepas beliau. Tetapi beliau tidak mahukan Tengku Razaleigh kerana beliau tidak mahu dibayangi oleh TR yang semasa itu menjadi ikon kepimpinan dalam UMNO. Jika TR menjadi Timbalan beliau niat beliau untuk menjadi Perdana Menteri berdekad-dekad lamanya itu tidak akan tercapai.
Seperti beliau gunakan Muhyiddin sekarang ini semasa itu beliau menggunakan Musa Hitam yang kebetulan juga seorang yang bercita-cita tinggi tetapi tidak dapat menyaingi kepopularitian TR. Mahathir memilih Musa untuk menyaingi TR dengan menggunakan pengaruh beliau (Mahathir) dengan merancang pertandingan Timbalan Presiden pada tahun 1981 dahulu. Padahal beliau tidak juga menyukai Musa. Musa hanya di perguna untuk melemahkan TR secara sistematik. Akhirnya Musa sendiri terpaksa meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana Mahathir meletakkan mereka yang tidak sebulu dengan Musa seperti Daim dan Anwar Ibrahim yang baru menyertai UMNO semasa itu.
Begitulah cara Mahathir bermain politik. Beliau tidak memberikan tumpuan untuk membentuk kepimpinan, sebaliknya semua pemimpin didikan Tun Razak itu dilaga-lagakannya untuk meletakkan beliau duduk dengan aman dalam jangkamasa yang amat lama. Ghaffar Baba mengambilalih dan selepas itu Ghaffar di jadikannya mangsa dengan merancang Anwar untuk menandingi Ghaffar sehinggakan Ghaffar lari dan meletakkan jawatan sebelum pertandingan parti di adakan pada 4hb November tahun 1993 dahulu.
Selepas itu terjadi pula perpecahan beliau dengan Anwar yang membawa kepada UMNO sehingga hari ini dan menggantikan pula dengan Abdullah yang begitu lemah dalam memimpin negara. Abdullah yang sedang mengantuk di sorongkan bantal semata-mata untuk menggantikan Anwar dan semasa itu beliau sudah mentadbir negara selama 22 tahun mengikut sistem beliau yang membawa perpecahan itu. Beliau tahu Abdullah bukannya ‘material’ sebagai seorang PM tetapi beliau merancang untuk menjadi de facto Perdana Menteri menggunakan Abdullah yang beliau sangkakan boleh dipusing kepala dari luar.
Malangnya Abdullah yang lembut itu rupa-rupanya seorang yang degil dan tidak mahu mengikut telunjuk dan kemahuan beliau maka Abdullah di hinanya dan bertindak mahu menjatuhkan Abdullah dan beliau sanggup meninggalkan UMNO sebentar sementara Abdullah di buang atau meletakkan jawatan.
Beliau tahu Najib juga bukan material sebagai seorang PM yang baik tetapi beliau gunakan Najib untuk menolak Abdullah dan sekarang permainan yang sama sedang berlaku dan menggunakan kelemahan Najib yang beliau tahu dari awal lagi. Niat Mahathir sekarang ialah untuk membawa Muhyiddin pula kepucuk kepimpinan negara. Beliau akan terus melakukannya jika beliau berupaya untuk melakukannya. Akhirnya Muhyiddin sendiri akan diketepikan dengan menggunakan kelemahan Muhyiddin yang tidak kurang teruknya jika dibandingkan dengan Najib.
Apabila berlaku satu di antara dua kejadian sahaja yang akan memberhentikan Mahathir melakukan kerja mengadu-domba ini. Yang pertamanya jika beliau tiada lagi dalam dunia ini dan keduanya jika Mukhriz berjaya mencecah pucuk pimpinan negara kita ini.
Sementara menunggu niatnya itu terkabul kita semua akan jahanam dan politik negara tidak akan dapat dikenali oleh sesiapa lagi.
Itulah sebabnya rakyat perlu melakukan perkara yang sangat penting untuk dilakukan…iaitu kita tolak sahaja UMNO dan BN dalam pilihanraya ini sebelum nasi menjadi bubur untuk negara kita ini.
Kita hanya mempunyai masa dua bulan sahaja untuk melakukan kerja yang baik untuk masa depan negara. Rakyat harus berpakat-pakat untuk membetulkan kembali landasan perjuangan rakyat dalam negara kita yang sepatutnya sebuah negara demokrasi ini.
Jangan segan silu untuk bertindak dan jangan merasa takut untuk melakukannya. Lagi kita merasa takut lagi mereka (UMNO) ini akan menekan pemikiran rakyat sehingga tidak ada lagi rakyat yang boleh berfikir dan mempertahankan nilai kemanusiaan yang di berikan akal dan fikiran oleh Allah swt.
http://aspanaliasnet.blogspot.com/2013/02/dari-dulu-sehingga-sekarang-umno.html
01 February 2013
RCI Perlu Siasat Abdullah, Najib Kerana Teruskan Legasi Mahathir
PETALING JAYA, 1 FEB: Datuk Seri Najib Razak dan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi perlu memberikan keterangan terhadap siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja(RCI) berhubung ‘Projek IC’ di Sabah.
Ini kerana, menurut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berkuasa Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memberi kad pengenalan kepada pendatang asing di Sabah bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya negeri ketika itu.
Anwar juga mengulangi kesediaan untuk disiasat berhubung perkara ini.
Tambahnyan,semasa beliau menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, tidak pernah ada satu minit mesyuarat yang menunjukkan beliau hadir dan menerima laporan berkenaan.
“Tidak pernah ada sama sekali rekod yang berkenaan kerana itu adalah operasi khas Jawatankuasa yang dikendalikan oleh Perdana Menteri dan pada masa itu diserahkan kepada (Tan Sri) Aziz Samsudin dan (Tan Sri)Megat Junid.
“Yang penting kita tahu ialah bahawa jawatankuasa khas itu adalah berterusan. Sepatutnya kita tanya juga Tun Abdullah Badawi dan Datuk Seri Najib.
“Najib sebagai Perdana Menteri masih meneruskan dan mengendalikan jawatankuasa khas itu dibawah Perdana Menteri sehinggalah mungkin hujung tahun lalu.
“Apakah dia (Mahathir) boleh menafikan dia bertanggungjawab? Dia mengasaskan jawatankuasa khas, dia yang melantik Aziz Samsuddin dan Megat Junid dan semua laporan tersebut diberikan dan dalam pengetahuan beliau. Ini yang patut dijawab,” katanya dalam reaksi terhadap kenyataan Mahathir.
Media pada semalam melaporkan kenyataan Tun Mahathir yang mendakwa bahawa Anwar terlibat di dalam pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah.
Dalam pada itu Anwar mendesak kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan kerjasama kepada kerajaan Filipina berhubung dakwaan penglibatan individu yang dikehendaki polis Filipina, Manuel Karingal Amalilio dalam kes penipuan terhadap lebih 15,000 orang dan membabitkan wang bernilai hampir RM900 juta (12 bilion peso).
Tegasnya, kerjasama ini penting dalam usaha memulihkan semula nama negara serta hubungan deplomatik yang terjalin selama ini memandangkan kes ini mendapat liputan meluas media tempatan Filipina meskipun individu berkenaan mempunyai hubungan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman.
“Yang penting kalau ada kes sepatutnya polis, Kementerian Dalam Negeri ambil tahu kes ini dan nampak ada asas terus bekerjasama dengan kerajaan Filipina untuk meneruskan siasatan dan pendakwaan.
“(Keadaan ini) tidak baik dalam menjaga hubungan antara dua negara bila kita cuba melindungi penjenayah,” ujarnya lagi.
http://www.selangorku.com/?p=22407
Mahathir Terus Meracau.. Ibrahim Ali Pulak Dibelasah..
KUALA LUMPUR, 1 Feb — Datuk Ibrahim Ali boleh jadi menyokong Umno akan tetapi beliau bukanlah jurucakap parti tersebut, kata penaung Perkasa Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha untuk meredakan ketegangan agama menjelang Pilihan Raya 2013.
Ibrahim yang lantang itu adalah pengasas Perkasa dan presiden yang tercetus akibat ancaman pembakaran bible, terbaru dalam kontroversi “Allah”.
Ibrahim, ahli parlimen sayap kanan Melayu itu, mencetuskan kekecohan minggu lalu apabila beliau dilaporkan menggesa umat Islam agar membakar kitab suci penganut Kristian dalam bahasa Melayu jika menggunakan “Allah” sebagai tujukan kepada tuhan mereka.
“Allah” itu perkataan Arab yang ramai orang Islam di sini percaya hanya eksklusif kepada komuniti mereka.
“Adalah malang Ibrahim Ali perlu mencadangkan membakar bible yang baru dicetak,” tulis Dr Mahathir dalam blog chedet.cc malam tadi. “Itu boleh menjadi cara kita menjauhkan diri dari penerbitan yang tidak diingini. Ia tidak boleh dilakukan kepada Bible sepertimana ia tidak boleh dilakukan kepada Al-Quran.
“Tetapi apa yang Ibrahim katakan tidak mencerminkan pandangan Umno. Malangnya, beberapa ahli politik ingin menjadikannya begitu dalam usaha untuk mendapat keuntungan politik,” bekas perdana menteri itu menambah.
Dr Mahathir, yang masih mempunyai pengaruh besar dalam Umno, dengan cepat menegaskan parti tunjang pemerintah Barisan Nasional (BN) itu percaya “Allah” adalah eksklusif kepada Islam tetapi “ia tidak menyokong pembakaran bible berbahasa Melayu yang menggunakan perkataan ini”.
“Saya menganggap cubaan untuk mengaitkan sokongan Ibrahim kepada Umno bersamaan dengan apa yang beliau katakan adalah pendirian Umno sebagai nakal,” kata bekas presiden parti itu.
“Ibrahim bukan ahli Umno. Beliau boleh menyokong Umno tetapi beliau bukan seorang jurucakap Umno.”
Dr Mahathir di acara sebagai penaung Perkasa. Mahathir yang pada 2011 menasihatkan Umno supaya tidak bermusuh dengan Perkasa jika mahu memenangi kembali undi Melayu yang hilang pada Pilihan Raya 2008, dilihat menjauhkan diri dengan pendirian keras kumpulan tersebut.
“Walaupun kita boleh mempunyai perbezaan politik, kita tidak perlu mengambil jalan keluar dengan menggunakan perbezaan agama untuk memenangi pilihan raya. Ia adalah pedang bermata dua dan orang-orang yang hidup dengan pedang akan mati oleh pedang.
“Biarkan kontroversi ini diselesaikan secara tertutup oleh orang-orang yang bertanggungjawab. Jangan benarkan pelampau mengambil alih dan mengeksploitasi isu-isu agama,” katanya dan merayu kepada semua pihak untuk menghentikan “penyalahgunaan” mereka dalam isu sensitif ini.
Perdana menteri paling lama berkhidmat selama 22 tahun itu mengingatkan bahawa kontroversi “Allah” telah telah diselesaikan tahun lalu “melalui penerimaan bahawa Kristian Sabah dan Sarawak boleh terus untuk menggunakan perkataan Allah dalam bible bahasa Melayu mereka dan dalam pengajaran tetapi tidak boleh digunakan di seluruh negara”.
Pemimpin berumur 87 tahun itu memainkan peranan penting dalam potensi krisis keimanan daripada meletus apabila pertikaian kalimah “Allah” mula-mula timbul pada awal 1980an — sejurus selepas beliau mengambil alih jawatan perdana menteri.
Umat Islam dan pemimpin Kristian telah bertelagah dalam isu penggunaan kalimah “Allah” walaupun penghakiman Mahkamah Tinggi 2009 memutuskan umat Islam tidak mempunyai hak eksklusif kepada perkataan Arab itu.
Umat Islam adalah kumpulan agama terbesar di Malaysia sebanyak 60 peratus, manakala minoriti Kristian hanya di bawah 10 peratus daripada 28 juta rakyat Malaysia.
Perdebatan timbul semula bulan lalu selepas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang dalam perutusannya sempena Hari Natal mendesak kerajaan persekutuan agar menarik semula pengharaman terhadap penggunaan kalimah Allah dalam bible berbahasa Melayu.
Kumpulan gereja Sabah juga telah mendakwa kebebasan beragama Bumiputera Kristian diserang sambil menegaskan kebanyakan penganutnya datang daripada Malaysia Timur dan menggunakan bahasa Melayu.
Kumpulan penganut agama Buddha telah menggesa Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk campur tangan menyelesaikan pertikaian tentang penggunaan kalimah “Allah” daripada terus berlarutan.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga mengecewakan pemimpin gereja dengan khutbah Jumaat lepas, di mana ia memberi amaran kepada umat Islam di seluruh negara “musuh-musuh Islam” akan cuba untuk mengelirukan mereka supaya mempercayai semua agama berkongsi tuhan yang sama.
Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib telah mendesak kerajaan agar tidak berlengah-lengah mengambil tindakan terhadap Ibrahim diatas gesaannya agar bible dibakar, dengan mengatakan jika tindakan terus ditangguh terhadap ahli politik veteran itu, memberikan kesan kepada imej kerajaan menjelang Pilihan Raya 2013.
- the malaysian insider
31 January 2013
Pembangkang Akan Tangkap Saya, Kata Mahathir
Pakatan pembangkang akan bertindak terhadap pesaing politiknya sebaik sahaja ia berkuasa, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, mereka akan mengambil tindakan terhadap orang yang tidak baik dengan mereka atau yang mereka rasa tidak baik dengan mereka.
Berucap di Kuala Lumpur hari ini, Dr Mahathir berkata, terdapat desas-desus bahawa kerajaan persekutuan yang dikuasai Pakatan, akan menangkap orang seperti itu, termasuk dirinya sendiri.
Bekas perdana menteri itu berkata, ada yang mengatakan beliau harus meninggalkan Malaysia sebelum keputusan pilihan raya diumumkan.
"Itu perkara pertama yang mereka (Pakatan) akan lakukan (apabila berkuasa) ialah menutup semua lapangan terbang supaya tidak ada pesawat persendirian boleh berlepas.
"Tetapi saya tidak fikir mereka akan berbuat demikian. Pembangkang adalah orang baik. Mereka mungkin menangkap orang dan mendakwa mereka."
Mahathir secara berseloroh berkata, beliau gembira Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak lagi wujud dan bahawa Pakatan, yang menentang undang-undang tersebut, tidak boleh sebarangan menyumbat orang ke dalam penjara jika ia berkuasa.
"Tanpa ISA, saya berasa lebih selesa," katanya.
IC Palsu - Mahathir Makin Meracau..
Anwar terlibat secara langsung dalam Projek IC, dakwa Dr M
"Beliau biasanya mengambil inisiatif dan kadang-kadang melakukan (lebih daripada yang diperlukan)," kata Dr Mahathir dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Dr Mahathir berkata, apa yang berlaku di bawah sering berbeza daripada arahan (dari atas).
Beliau berkata, Anwar dan pegawai pelaksana di Sabah pada masa itu bertindak sendiri dan tidak semestinya mengikut arahan.
Bekas perdana menteri itu berkata kerajaan telah mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai yang terlibat.
Dr Mahathir diminta mengulas sama ada beliau pernah mengarahkan Anwar, pada masa itu timbalannya, untuk mengeluarkan IC kepada pendatang yang tidak berkelayakan di Sabah.
Katanya, beliau mungkin tidak mempunyai bukti yang boleh dikemukakan di mahkamah, tetapi beliau "mempunyai pengetahuan" mengenai kemungkinan salahlaku Anwar.
Katanya, beliau akan memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah jika dipanggil.
23 January 2013
IC Palsu - Usaha Nak Pedajal Anwar Gagal..
KUALA LUMPUR 23 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia beri keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pemberian kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah jika dipanggil.
Anwar menegaskan, sepanjang menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau tidak pernah terlibat secara langsung dalam projek tersebut.
Menurut beliau, bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu adalah peneraju utama projek tersebut.
“Ia (kewarganegaraan untuk warga asing) disebabkan penglibatan Abdul Aziz Shamsuddin dan Megat Junid Megat Ayub, dengan sokongan Perdana Menteri pada masa itu (Mahathir),” katanya pada sidang media di Ibu pejabat KEADILAN di sini hari ini.
“Saya sedia beri keterangan jika dipanggil. Saya yakin saya tidak terlibat dalam apa-apa perkara dan tidak mempunyai kaitan langsung,” katanya.
Menurut Anwar, projek IC tersebut tidak melalui Kabinet kerana ia adalah satu ‘task force’ di bawah Mahathir selaku Perdana Menteri pada ketika itu.
“Bahkan semasa saya memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan itu, saya tidak menerima sebarang laporan apa-apa mengenai projek IC ini,” kata Anwar.
Beliau turut menegur Datuk Seri Najib Razak kerana membiarkan proses pemberian kewarganegaraan diteruskan semasa pentadbiran Perdana Menteri itu.
22 January 2013
Pemberian IC - Semua Komponen BN Serang Mahathir
KUALA LUMPUR: Semua pihak dalam BN samada Umno, MIC dan hari ini MCA melahirkan rasa tidak senang mereka dengan cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membuat suruhanjaya diraja mengenai kerakyatan sebelum merdeka.
Hari ini, MCA tidak bersetuju dengan cadangan Mahathir untuk menubuhkan sebuah panel Suruhanjaya Di Raja (RCI) istimewa bagi mengkaji kewarganegaraan sebelum Merdeka, sambil menegaskan ia telah disepakati antara nenek moyang pada ketika itu.
Namun, presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meragui Dr Mahathir benar-benar serius semasa membuat cadangan tersebut, memandangkan bekas perdana menteri tersebut cuba menyatakan kerajaan hanya memberi kerakyatan kepada mereka yang berhak menerimanya mengikut undang-undang.
Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata dakwaan bekas perdana menteri itu berhubung isu pemberian kerakyatan kepada warga asing sebelum merdeka tidak perlu diberi tumpuan.
Katanya, tumpuan sebaliknya perlu diberikan ke atas perjalanan siasatan suruhanjaya diraja (RCI) dalam isu pemberian kerakyatan kepada warga asing di Sabah yang kini sedang berlangsung.
Sebelum ini, anak mantan Presiden MIC, S Vell Paari telah mengecam dan menyelar Tun Mahathir akan hasutan yang dihamburkannya tentang kaum India dan Cina bersabitan kerakyatan semasa era kemerdekaan dahulu.
Vell Paari adalah Pengarah Strategik MIC.
Kenyataan Mahathir itu turut mendapat perhatian pakar perlembagaan, Prof Abdul Aziz Bari yang berkata, cadangan Dr Mahathir agar dikaji balik kerakayatan sebelum merdeka itu akan menjejaskan kontrak sosial antara kaum.
Jelasnya, cadangan itu disifatkan demikian kerana ia menganggap pemberian kewarganegaraan kepada orang Cina dan India yang dibuat perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, dilakukan secara tidak sah.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/16255-umno-mca-dan-mic-serang-tun-dr-mahathir?utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter
21 January 2013
Umno Tergugat Angkara Mahathir
Pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari mempersoalkan cadangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya satu suruhanjaya diraja dibentuk untuk menyiasat pemberian kerakyatan kepada pendatang asing ketika pentadbiran perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman.
Katanya, parti BN dan Majlis Raja-Raja perlu meminta penjelasan Mahathir kerana cadangan tersebut bermaksud bahawa golongan terbabit menerima kerakyatan itu dengan cara tidak sah.
"Lucu sekali, Mahathir, dalam cubaannya untuk menyelamatkan diri bagaimanapun menyusahkan Umno.
"Bila dia kata Tunku melakukan jenayah yang sama, dia sebenarnya menjejaskan konsep kontrak sosial yang antara lainnya termasuk penerimaan kedudukan istimewa orang Melayu untuk status kerakyatan orang Cina dan India.
“Umno, MCA dan MIC tidak harus berdiam diri. Mereka perlu nyatakan pendirian. Mahathir secara tidak langsung menyatakan bahawa orang Cina dan India mendapat kerakyatan secara tidak bermoral dan tidak sah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bekas profesor undang-undang itu juga menyebut, wujud perbezaan ketara di antara apa yang dilakukan Tunku dan Mahathir.
Maka, tiada keperluan untuk menubuhkan RCI seperti yang dicadangkan Mahathir kerana "berbanding Tunku, apa yang dilakukan Mahathir pada 1994 kelihatan seperti jenayah, dan lebih teruk, pengkhianatan kepada negara".
Jelasnya, Tunku hanya mengikut syor dalam laporan Suruhanjaya Reid, yang kemudiannya dimasukkan ke dalam Bahagian III dalam perlembagaan persekutuan.
20 January 2013
Siasat Tunku Abdul Rahman - Mahathir Semakin Biadap Dan Mengarut
Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing, menerima kecaman pelbagai pihak termasuk pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.
Menyifatkan kenyataan itu biadap dan mengarut, Aziz berkata, kewarganegaraan yang diberi oleh bapa kemerdekaan itu berbeza ketika Mahathir berkuasa sebagai perdana menteri.
“Tunku beri kewarganegaraan bukan dengan tujuan menipu pilihan raya. Apa yang Tunku buat sebahagian tuntutan dan persetujuan kemerdekaan. Ada syarat tertentu yang diakui undang-undang sebagaimana negara-negara lain,”
“Mereka tidak datang ke sini sebagaimana Pendatang Tanpa Izin (PATI) sekarang, tetapi kesan pentadbiran British. Faktor menipu dalam pilihan raya, tidak ada dalam kes Tunku,”
“Tunku mengenakan syarat tertentu yang sebahagiannya dimasukkan dalam peruntukan perlembagaan. Ia dilakukan secara terbuka, bukan mencuri-curi dan berselindung sebagaimana Mahathir,”
“Mahathir bukan sahaja biadab dan buta sejarah, tetapi mempersoalkan kedudukan orang Cina dan India yang diakui oleh perlembagaan,” tambah beliau.
Menurut pakar undang-undang ini, berbeza di zaman Tunku, kerakyatan diberi berasaskan kontrak sosial, dan syarat kewarganegaraan pula menjamin kedudukan istimewa orang Melayu.
“Kedudukan dan kuasa Majlis Raja-Raja juga diperkuatkan oleh isu tersebut. Ertinya, tolak ansur antara Melayu dan bangsa lain ketika kemerdekaan dirundingkan.
“Ia diperincikan dengan jelas oleh Bahagian III Perlembagaan Persekutuan dan jadual yang berkenaan. Perkara ini juga perlu dipantau oleh Majlis Raja-Raja,” tambah bekas Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) ini.
Ketika ditanya sama ada kerakyatan diberi Tunku selepas merdeka sah mengikut perlembagaan, beliau berkata “Soal lama atau baru tak timbul; ia boleh diberi kepada sesiapa pun. Yang penting ia mengikut prosedur ditetapkan perlembagaan.
“Tidak timbul ia diberi selepas merdeka asalkan ia mengikut prosedur berkenaan dan telus. Almarhum Prof Ahmad Ibrahim (seorang ahli politik Singapura) sendiri pun jadi warga Malaysia selepas merdeka. Beliau orang Singapura. Perkara ini berlaku di seluruh dunia,” tegas Aziz.
“Namun apa yang menjadi masalah dengan Mahathir adalah kewarganegaraan diberi secara borong, ribuan dan secara sembunyi.
“Seperti yang kita tahu dia sendiri nafikan sebelum ini. Baru sekarang setelah semua orang bercakap dan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan, baru lah Mahathir mengaku. Tetapi seperti biasa, dia akan seret orang lain seperti Tunku,” ujarnya yang turut menyentuh isu itu dalam bukunya, Malaysian Constitution: A Critical Introduction.
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2013/01/mahathir-biadap-mengarut-dan-buta.html
19 January 2013
Projek IC: Dr M mencemarkan nama Tunku untuk melepaskan tengkuknya
Kenyataan terkini oleh Tun Dr Mahathir Mohammad untuk membersihkan dirinya daripada segala salahlaku dalam pemberian kad pengenalan haram yang sedang dalam siasatan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja menggambarkan dirinya sebagai angkuh, tidak menyesal dan manipulator sejarah yang tidak bertanggung jawab.
Percubaan Dr. Mahathir untuk mengheret Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman, dalam kekotoran ini adalah keji dan hina. Beliau cuba untuk mengaburi pandangan rakyat dengan menyamakan penipuan kad pengenalan yang dikendalikan dalam keadaan sembunyi semasa beliau memegang tampuk kuasa Perdana Menteri dengan pemberian kewarganegaraan di semenanjung Malaysia semasa era Tunku.
Beliau berterusan menghina akal kita dengan menganggap bahawa rakyat tidak berupaya untuk membezakan antara operasi gelap yang diselubungi rahsia yang sememangnya suatu jenayah dengan perkara yang berlaku dengan keputusan secara kolektif semasa pembentukan sejarah kemerdekaan kita. Maka, yang kedua itu bukanlah subjek siasatan sepertimana projek kad pengenalan tersebut. Oleh itu Dr. Mahathir harus hentikan sikap berdolak-dalih beliau yang mengalih tumpuan kita terhadap isu utama.
Dua minggu sebelum PRU 1994
Projek haram ini berlaku hanya dua minggu sebelum Plihan Raya Umum 1994 dan Dr Mahathir harus berhenti berpura-pura yang beliau tidak mampu melihat kaitannya dengan konklusi yang jelas bahawa wujud skim kewarganegaraan untuk undi.
Saya tetap terkejut apabila mendapati bahawa pesalah-pesalah dalam penipuan tersebut telah menginap di rumah Aziz Shamsuddin dan membuat manfaat daripadanya sebagai pusat operasi untuk mengeluarkan kad pengenalan palsu tersebut. Tidak lebih mengejutkan apabila ada keterangan bahawa Megat Junid Megat Ayub pernah mengarahkan pegawai atasan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengeluarkan resit penerimaan kad pengenalan itu.
Aziz Shamsuddin dan Megat Junid tidak mungkin mampun melaksanakan penipuan yang sebegitu rapi tanpa arahan atau persetujuan daripada orang atasan mereka, yang tentunya ketika itu adalah Dr. Mahathir.
Saya tetap dengan seruan saya bahawa Dr. Mahathir harus disiasat atas dakwaan mengkhianati rakyat dan Negara dengan menjual kedaulatan kita dengan mengizinkan skim keji ini hanya untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional kekal di Sabah.
Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden, Parti Keadilan Rakyat
17 January 2013
Mahathir Akhirnya Mengaku Beri IC Kepada Pendatang Asing
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bapa kemerdekaan Tunku Abdul Rahman melakukan perkara "lebih teruk" dalam tindakan memberi kad pengenalan kepada warga asing.
Mahathir ketika ditanya pemberita, mengakui bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing semasa pentadbirannya.
Namun beliau mendakwa tindakan berkenaan dijalankan mengikut undang-undang.
"Kita patut tengok balik dan ingat. Tunku Abdul Rahman lebih teruk daripada saya. Dia beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia (Tunku Abdul Rahman) buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah?
"Ya saya memang buat (beri kad pengenalan), tetapi mengikut undang-undang," katanya dalam sidang media selepas program Bicara Minda Tun Mahathir di Shah Alam hari ini.
Ditanya sama ada pemberian kad pengenalan itu bertujuan untuk pilihan raya kerana ia dijalankan dua minggu sebelum pilihan raya Sabah, Mahathir berkena beliau "tidak tahu".
Bekas perdana menteri – yang menjawat jawatan itu selama 22 tahun – itu berkata, perkara itu mungkin berlaku secara kebetulan tetapi menegaskan sekali lagi bahawa ianya mengikut undang-undang.
"Saya buat sebelum pilihan raya. Mungkin kebetulan. Saya tak tahu. Tapi ia mengikut undang-undang. Perkara itu berlaku sebelum pilihan raya tak bermakna melanggar undang-undang," katanya lagi.
Ditanya lagi sama ada pemberian kad pengenalan itu bertujuan untuk membolehkan Umno merampas kuasa di Sabah, Mahathir berkata penerima kad pengenalan itu bebas untuk mengundi mana-mana parti selepas menjadi warganegara.
"Itu hak mereka. Bila dah jadi warganegara, mereka nak sokong Umno, BN atau apa-apa itu mereka punya hak," katanya.
Semalam, dua bekas orang kanan Mahathir dikaitkan oleh saksi yang memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung dakwaan pemberian kewarganegaraan untuk jadi pengundi di Sabah.
Bekas ketua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tamparuli, Yakup Damsah semalam memberi keterangan bahawa dia dan beberapa orang lain menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, yang merupakan setiausaha politik kepada Dr Mahathir pada masa itu untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing.
Seorang lagi saksi, bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin mendakwa menerima arahan dari timbalan menteri dalam negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub untuk mengeluarkan resit kad pengenalan sementara (resit JPN) dengan tarikh luput kepada warga asing, semata-mata untuk tujuan pilihan raya.
Turut hadir dalam program di Shah Alam hari ini ialah bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
http://www.malaysiakini.com/news/219254
PKR dakwa RCI buktikan Mahathir 'pengkhianat'
Timbalan presiden PKR Azmin Ali mendakwa perkembangan terbaru siasatan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang asing di Sabah membuktikan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seorang "pengkhianat negara".
Azmin memberi alasan, semua agensi dan institusi kerajaan yang didakwa memberi kewarganegaraan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi pada masa itu berada di bawah pentadbiran Mahathir.
"Kita sedang meneliti perkembangan dan keterangan saksi, beberapa kejutan telah berlaku, (beberapa) nama-nama disebut, (dan perkara ini) tidak mengejutkan kita.
"Memang kita fahami ini satu usaha terancang yang diketuai mantan PM dan bagi saya beliau pengkhianat negara kerana bagi kad pengenalan kepada warga asing untuk kekalkan kuasa politik Umno," dakwanya.
Beliau mendakwa demikian dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
Semalam, dua bekas orang kanan Mahathir dikaitkan oleh saksi yang memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung dakwaan pemberian kewarganegaraan untuk jadi pengundi di Sabah.
Bekas ketua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tamparuli, Yakup Damsah memberi keterangan bahawa dia dan beberapa orang lain menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, yang merupakan setiausaha politik kepada Dr Mahathir pada masa itu untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing.
Seorang lagi saksi, bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin mendakwa menerima arahan dari timbalan menteri dalam negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub untuk mengeluarkan resit kad pengenalan sementara (resit JPN) dengan tarikh luput kepada warga asing, semata-mata untuk tujuan pilihan raya.
15 January 2013
Apabila teringat Mahathir, teringat pula kelindan lori
UMNO begitu gusar dengan apa yang berlaku di Stadium Merdeka pada Sabtu lepas. HKR112 sangat berjaya dan kejayaan perhimpunan itu bukannya kejayaan menghimpunkan seramai ratusan ribu umat semata-mata, tetapi kejayaan rakyat yang mahukan perubahan menunjukkan manifestasi mereka hendak mengalih dan menganjak kepimpinan negara dengan pimpinan dari parti pilihan mereka. Kalau kita ikut hukum akal UMNO telah pun merudum jika pilihanraya ke-13 di adakan setahun sebelum HKR112 itu atau bila-bila selepas perhimpunan bersejarah itu.
Tetapi ada seorang bekas pemimpin kita yang lebih gusar dari pucuk pimpinan yang rakyat hendak ambil alih ini. Nama pemimpin itu ialah Dr Mahathir Mohammad dan beliau secara deras telah memberikan reaksi beliau tentang HKR112 itu. Beliau menyamakan himpunan itu sebagai bukti yang parti-parti pembangkang sedang membina gerakan untuk menumbangkan kerajaan BN seperti yang berlaku dalam siri Arab Spring di negara-negara Timur Tengah.
Komen Dr Mahathir itu tidak melambangkan beliau sebagai seorang pemimpin yang berpuas hati setelah begitu lama menjadi Perdana Menteri negara ini. Walaupun masyarakat dunia telah menganggap beliau sebagai bekas pemimpin yang kedua terkaya di dunia ini, nampaknya masih ada yang merunsingkan bekas PM yang ‘famous’ ini.. Semua tindakan dan pemikiran beliau amat mudah dibaca oleh sesiapa yang berkemampuan untuk berfikir. Rakyat sudah mahir membaca Dr Mahathir dan rakyat faham apa yang mencelarukan pemikiran beliau.
Kata perpatah, rakyat ‘sudah dapat menyelam air dalam tunggak’. Apa yang terselindung dalam hati dan benak beliau itu difahami oleh rakyat yang ramai dengan mudah. Otak beliau nampaknya belum bersara lagi walaupun tubuh dan fizik beliau sudah bersara. Pemikiran beliau lebih kencang berfikir dari semasa beliau dalam jawatan lagi. Sesungguhnya Mahathir sememangnya sudah terlalu susah untuk bersara seperti PM-PM lain yang telah tamat perkhidmatannya.
Tetapi itu semua bukannya dilakukan oleh pembangkang yang bakal mengambilalih pimpinan kerajaan ini, tetapi itu adalah hasil dari tingkah laku politik beliau sendiri. Bukan tidak pernah rakyat khususnya ahli-ahli UMNO sendiri pernah berusaha untuk menyelamatkan beliau menghadapi apa yang beliau sedang hadapi sekarang. Partinya sendiri pernah cuba untuk merehatkan beliau untuk mengelakkan beliau terus-terusan untuk merosakkan diri beliau sendiri dengan cara memberhentikan beliau.
Beliau tidak mahu akur dengan kehendak sebilangan besar ahli-ahli partinya sendiri dan sebaliknya beliau telah membunuh partinya itu semata-mata untuk beliau melakukan kerosakan bukan sahaja kepada negara tetapi terbukti beliau merosakkan pemikiran dan kehidupan beliau sendiri.
Kekalahan UMNO itu merupakan igauan beliau kerana beliau telalu takut dengan perbuatan beliau sendiri. Menganggapkan himpunan Sabtu lepas sama seperti Arab Spring yang telah menjatuhkan banyak Ketua Kerajaan di Timur Tengah adalah tidak bermoral. Rakyat keluar untuk ke Stadium bagi menunjukkan sikap mahu berubah dengan pihak kerajaan membetulkan sistem pilihanraya kita yang terlalu ‘out moded’ yang berat sebelah itu. Kita hendak merubah melalui pilihanraya dan kita hendakkan pilihanraya terlaksana dengan telus dan adil.
Perarakan ke Stadium Merdeka itu adalah untuk berkumpul dan tidak boleh menganggap perjalanan ramai-ramai ke stadium itu sebagai demonstrasi jalanan. Kita telah berarak dengan aman kerana tiada provokasi dari pihak FRU seperti yang berlaku semasa perhimpunan-perhimpunan sebelum ini.
Dr Mahathir terlalu banyak agenda. Selain dari agenda mempertahankan UMNO untuk mempertahankan diri beliau, beliau juga mempunyai agenda tersendiri di dalam UMNO itu sendiri. Beliau sedang bertindak untuk menjatuhkan seorang pimpinan UMNO dan diambil alih pimpinan itu oleh seorang yang lain. Mahathir telah sentiasa bermain politik ‘intra-parti’ sejak dari dulu sampailah sekarang.
Tetapi sekarang Mahathir berhadapan dengan masalah kerana permainan politik intra-parti beliau tidak pasti menjadi kerana UMNO itu sendiri dijangka akan gugur dalam pilihanraya itu nanti. Justeru kekuatan PR yang bertambah-tambah itu sangat menggusarkan Mahathir kerana keadaan itu merupakan ‘spoiler’ kepada rancangan beliau untuk menaik dan menurunkan pimpinan UMNO sebelum pilihanraya kali ini.
Beliau ini tidak ubah seperti seorang kelindan lori yang menaikkan dan menurunkan barangan dari lori yang beliau naiki itu. Itulah kerja beliau selama ini. Justeru adalah penting bagi rakyat melakukan sesuatu yang baru dalam politik negara khususnya dalam pilihanraya nanti .
- http://aspanaliasnet.blogspot.com/
06 January 2013
Mahathir dakwa Nik Aziz sanggup dibantu syaitan
Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat "sanggup menerima pertolongan syaitan untuk kerajaan Islamnya".
Mahathir mendakwa demikian dalam tulisannya yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia hari ini sewaktu menjelaskan pepatah berbahasa Inggeris yang digunakannya dalam satu kenyataan sebelum ini.
Mahathir sebelum ini mencetus kontroversi melalui apabila kenyataannya itu difahami oleh timbalan mursyidul am PAS Datuk Dr Haron Din sebagai bermaksud beliau sanggup bersama syaitan.
Mahathir menjelaskan, pepatah bahasa Inggeris yang berbunyi "better the devil you know than the angel you don't" itu sepatutnya bermaksud "lebih baik orang yang dikenali daripada orang yang tidak dikenali".
"Mungkin kerana Haron Din tidak mahir dengan loghat pepatah Inggeris maka ia fikir ini bermakna saya sanggup bersama syaitan.
"Tetapi pada 24 Januari 1999, Nik Aziz berkata dengan jelas dalam bahasa Melayu yang saya yakin Haron Din tentu faham ia berbunyi seperti berikut:
'Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA atau MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong Pas saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun saya terima.'
"Amat jelas Nik Aziz sanggup terima pertolongan syaitan pun untuk kerajaan Islamnya.
"Apakah jenis kerajaan Islam hasil pertolongan syaitan, sama-samalah kita fikir," kata Mahathir dalam rencana yang disiarkan akhbar milik Umno itu.
Menurut Mahathir, umat Islam di negara ini bernasib baik kerana semuanya bersatu apabila berpegang kepada mazhab Sunni dengan berimamkan Imam Shafie.
Namun katanya, perpaduan itu tamat apabila PAS ditubuhkan sebagai sebuah parti.
"Dalam keghairahan PAS untuk mendapat undi orang Melayu di Malaysia, mereka sengaja menyalah tafsir agama Islam dan membuat dakwaan bahawa mereka sahaja yang Islam sehingga orang Melayu berpecah dan bermusuh sesama mereka," katanya.
Tambahnya, PAS sepatutnya menyedari hakikat bahawa "perlembagaan penjajah" yang disebutkan Hadi dalam amanatnya itu juga adalah perlembagaan sama yang memberikan PAS kebebasan bersuara, berparti, dan berpolitik.
Dalam tulisan yang sama, Mahathir memuji mereka yang meninggalkan PAS "untuk berjuang untuk agama Islam".
"Mereka yang keluar dari PAS ini berpeluang untuk benar-benar berjuang untuk agama Islam, berjuang untuk mengembangkan agama Islam yang sebenar, terutamanya untuk persaudaraan dalam Islam, tentang berpegang kepada tali Allah dan jangan bercerai-berai," tulisnya.



