BlogList Malaysia
Showing posts with label konspirasi. Show all posts
Showing posts with label konspirasi. Show all posts

24 October 2012

Agenda Sulit DAP & MCA - Hasan Ali Buat Lawak Lagi..

Hasan Ali syaki MCA, DAP berpakat tarik sokongan Cina

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Hasan Ali mengesyaki terdapat semacam wujudnya persefahaman di antara MCA dan DAP, khususnya untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Hasan mendakwa, MCA sebuah parti yang didokong masyarakat Cina dikatakan hanya mampu meraih undi nominal di kalangan masyarakat tersebut dan mungkin merasakan lebih logikal untuk membawa keseluruhan sokongan masyarakat Cina kepada DAP.


Beliau mengesyaki ianya dilakukan bagi menentukan DAP menjadi wakil mutlak masyarakat Cina dalam memperjuangkan tuntutan-tuntutan yang sekian lama dibuat oleh masyarakat Cina

"Hati kecil saya juga membisikkan bahawa masyarakat Cina seolah-olah mempunyai satu “grand design” merentasi fahaman dan aliran politik.

"Fahaman dan aliran politik yang kelihatan berbeza dan bertentangan secara luaran tidak lebih daripada wayang lakonan sahaja," kata Hasan yang juga presiden NGO Jalur Tiga (JATI) dalam satu kenyataan malam ini.

"Mereka mempunyai agenda besar. Sebahagian daripada agenda besar DAP sekali lagi ditimbulkan baru-baru ini. Inti agenda besar DAP itu bukan merupakan satu rahsia lagi," katanya yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor.

Dalam dua tiga hari ini, tegas Hasan, timbul semula isu Negara Islam dan pelaksanaan hudud.

Isu ini, tambah Hasan, seperti biasa menyemarakkan semula suasana politik bertepatan dengan bertambah hampirnya PRU13.

Dalam episod terbaru ini, Hasan mendakwa, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek dengan secara tiba-tiba menjadi orang pertama yang menekan butang jentera menentang pelaksanaan Negara Islam dan hudud di negara ini.

Menurutnya, penentangannya terhadap Negara Islam dan hudud menerima tindakbalas yang sengit daripada pimpinan Pakatan Rakyat, DAP, PKR dan PAS.

"Secara jujurnya saya tidak melihat ada perkara yang baru dari segi hujah-hujah yang dikemukakan sama ada dari pihak MCA, DAP dan juga dua lagi parti komponen Pakatan Rakyat itu.

NONE"Hanya hati kecil saya sahaja tampil membisikkan bahawa terdapat beberapa andaian yang boleh digunakan untuk mengatakan bahawa buat sekian kalinya MCA dan DAP membuat pementasan lakonan politik," katanya sambil menambah bahawa isu yang selama ini dimainkan oleh MCA dan DAP menimbulkan kemarahan masyarakat Melayu-Islam.

"Isu ini juga menarik sokongan masyarakat Cina kepada MCA dan DAP disebabkan apa yang dilontarkan selari dengan kehendak, kemahuan dan tuntutan masyarakat keturunan Cina," tegasnya.

Sehubungan itu, Hasan bertanya, kalau masyarakat keturunan Cina mempunyai agenda besar, maka bagaimana pula masyarakat Melayu-Islam yang menjadi warga peribumi negara ini.

"Setakat yang saya ketahui serta pengalaman berada di barisan tertinggi pimpinan parti PAS khasnya, hubungan di antara parti-parti politik Melayu Islam hampir berada di tahap berkerat rotan berpatah arang," katanya.

Hasan mendakwa, kenyataan yang selama ini keluar dari mulut pimpinan PAS dan PKR, terutamanya yang menyentuh persoalan penyatuan masyarakat Melayu Islam, menceritakan segala-galanya.

"Saya ingin membawa bisikan hati kecil saya ini kepada pengetahuan barisan pimpinan masyarakat Melayu-Islam. Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik berdendam kesumat?

"Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik berkerat rotan berpatah arang? Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik yang didorong oleh sifat sombong, angkuh dan bongkak?

"Akhirnya, wajarkah kita terus berpolitik dengan politik yang menggerhanakan nasib umat dan generasi pengganti yang akan datang?" tambahnya.



Read More...

03 August 2012

Timbalan menteri tawar untuk 'selesaikan' kes Bala

Seorang timbalan menteri yang masih berkhidmat telah menawarkan untuk mengakhiri kehidupan penyiasat persendirian P Balasubramaniam dalam buangan di India jika dia bersedia untuk didakwa dan mengaku bersalah memalsukan akuan sumpahnya (SD) yang pertama.

Balasubramaniam mendakwa timbalan menteri berkenaan, yang secara rahsia menemuinya sebanyak dua kali tahun lalu - sekali "di Singapura dan kali kedua di Kuala Lumpur - telah menjanjikan dia (Balasubramaniam) dikenakan denda seminima mungkin dan bersetuju untuk menyelamatkannya daripada hukuman penjara jika dia bekerjasama.


"Mungkin dia merasakan BN tidak selamat dan sekurang-kurangnya dia (perlu) memperbetulkan keadaan... (dan) menutup kes saya," kata Balasubramaniam kepada Malaysiakini dalam satu temubual awal bulan lepas.

Tawaran itu dibuat beberapa bulan selepas percubaan kedua untuk merasuahnya supaya memburuk-burukkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas.

Balasubramaniam, individu penting dalam kontroversi yang menyelubungi pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu, terpaksa melarikan diri ke India bersama keluarganya tidak lama sejurus selepas dia membuat dua akuan bersumpah yang bercanggah.

Dia kemudian mendakwa bahawa dia telah diancam dan dibayar untuk menandatangani akuan bersumpah kedua, untuk mengatakan yang akuan bersumpah pertamanya dibuat "kerana ugutan ".

Akuan bersumpah pertamanya yang dibuat pada 2008 mengandungi dakwaan yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya.

Najib telah menafikan dakwaan Balasubramaniam yang beliau mempunyai hubungan dengan wanita Mongolia itu dan tidak dipanggil untuk memberi keterangan apabila orang kepercayaannya, Abdul Razak Baginda, didakwa bersubahat dalam pembunuhan Altantuya.

Abdul Razak dibebaskan daripada tuduhan tersebut tetapi dua anggota Unit Tindakan Khas yang berkhidmat sebagai pengawal peribadi Najib, telah disabitkan atas tuduhan membunuh Altantuya.

http://www.malaysiakini.com/news/205341


Read More...

19 March 2012

Konspirasi Anwar - Mat Zain Ibrahim dedah hubungan tiga Tan Sri

KUALA LUMPUR: Pegawai penyiasat polis dalam kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mat Zain Ibrahim mendedahkan laporan salahguna kuasa yang dilakukan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik yang cuba ditutupi dua Tan Sri, Ghani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan.

Menurut beliau, di antara 9 Julai hingga 20 Ogos 1999, Anwar telah membuat empat laporan polis mendedahkan perbuatan rasuah pemimpin politik dalam kerajaan. Laporan-laporan itu turut menamakan Tun Mahathir, peguam negara Allahyarham Mokhtar Abdullah dan Ghani Patail yang ketika itu merupakan Timbalan Pendakwa raya.


Mat Zain berkata, pertembungan antara Rahim dan Anwar dilihat jelas dalam laporan bertarikh 20 Ogos 1999 yang mendakwa ketiga individu itu menyalahguna kuasa, melindungi perbuatan rasuah, menutup siasatan dan tidak mengenakan sebarang pendakwaan terhadap rasuah membabitkan Rahim.

“Bersekali dengan report tersebut, Anwar telah menyertakan satu set salinan laporan siasatan Badan Pencegah Rasuah(BPR)terhadap Rahim yang disahkan oleh Bahagian Pendakwaan,Jabatan Peguam Negara dan ditanda tangani oleh Gani Patail yang mengkelaskan dokumen tersebut sebagai RAHSIA,” ujar beliau dalam satu surat yang dialamatkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Mat Zain yang pada masa itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) berkata, beliau menangani ke empat laporan itu melibatkan rasuah berjumlah RM40 juta atau bersamaan RM39,782,772.60 yang disahkan Ghani.

Katanya, terdapat perbezaan antara KJSJ dengan Jabatan Peguam negara dalam menangani laporan itu-.

Peguam Negara mahu ia diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi sementara KJSJ pula mahu ia disiasat di bawah Seksyen 2(1)Emergency(Essential Powers) Ordinance 2,1970 berkaitan kesalahan salahguna kuasa, di mana siasatan dijangka membabitkan rakaman keterangan daripada Mahathir, Allahyarham Mokhtar Abdullah dan Gani Patail sendiri serta lain-lain kenamaan.

Bagaimanapun katanya, pada 28 Ogos 1999, beliau menerima surat daripada Jabatan Peguam Negara memaklumkan laporan yang dibuat Anwar terhadap Rahim, akan disiasat oleh Musa Hassan setelah kononnya Gani Patail membuat laporan terhadap Anwar pula kerana kesalahan di-bawah Akta Rahsia Rasmi.

“Apa yang berlaku ialah, Gani Patail dengan kemudahan yang diberi oleh Musa Hassan telah menterbalikkan kedudukan laporan Anwar yang melibatkan Rahim untuk menyebabkan Anwar pula disiasat dibawah Akta Rahsia Rasmi.

“Lebih mudah untuk saya menyatakan laporan melibatkan Rahim itu telah di”hijacked” oleh Musa Hassan daripada tangan KJSJ Kuala Lumpur,” jelas Mat Zain dalam surat berkenaan.

“Perbandingan yang boleh dibuat disini ialah apabila menangani siasatan terhadap Anwar, Gani Patail dan Musa Hassan sanggup melakukan apa sahaja antaranya memaksa pakar Kerajaan membuat beberapa laporan palsu, mengujudkan keterangan DNA palsu,menipu dan melakukan tindakan-tindakan melampaui batasan undang-undang dan lojik untuk mensabitkan kesalahan terhadap Anwar.

“Sebaliknya apabila menangani siasatan berkaitan Rahim pula, Ghani Patail dan Musa Hassan, sanggup melakukan apa sahaja antaranya, menterbalikkan fakta dan memutarbelitkan keterangan untuk membersihkan Rahim daripada sebarang salah laku jenayah sambil meletakkan kesalahan terhadap pengadunya pula.

Walaupun Musa Hassan telah bersara namun Gani Patail masih berkuasa sebagai Peguam Negara.

“Apabila siasatan mengenai video lucah ini sampai ketangan Jabatan Peguam Negara kelak, kita boleh menjangka pendirian Gani Patail, lebih-lebih lagi apabila mengambil kira isu video lucah ini juga adalah pertembungan antara Rahim dan Anwar.

“Isu yang sering saya bawa sehingga ke peringkat YAB Perdana Menteri secara persendirian, ialah berkenaan dengan salahlaku jenayah Gani Patail dan Musa Hassan yang bukan sahaja telah menjejaskan maruah PDRM dan saya secara peribadi malahan mereka mengkucar-kacirkan Sistem Keadilan Jenayah kita.

“Saya tidak ralat mendedahkannya memandangkan saya telah menasihatkan mereka berdua tahun 1998 bahawa sebarang pemalsuan dan penganiayaan akan terbongkar suatu hari nanti,” jelas surat berkenaan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10014


Read More...

16 November 2011

Kami tiada pilihan melainkan lawan

KUALA LUMPUR, 16 Nov ― Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Barisan Nasional (BN) mendalangi siasatan terbaru ke atas beliau berhubung isu Datuk T mempertontonkan video seks Mac lalu sambil mendakwa pesaing politiknya mahu menghidupkan misteri si lelaki dalam rakaman itu.

Ketua Pembangkang itu memberitahu pemberita bahawa beliau tidak akan tunduk kepada tekanan sedemikian, sebaliknya akan melawan dakwaan-dakwaan yang dibawa ke atas dirinya.

“Ini yang mereka lakukan. Insya-Allah, kami tiada pilihan tetapi akan terus melawan, lawan mereka dalam pilihan raya.

“Mereka gementar untuk berhadapan dengan kita dan jadi, ini taktik kotor dan jahat yang mereka gunakan,” katanya lagi.


Anwar bercakap kepada pemberita di pekarangan balai polis Kepong.

Beliau diminta memberi kenyataan ekoran laporan polis bahawa telah memberi maklumat palsu berhubung siasatan awal ke atas kes rakaman video seks yang dipertontonkan oleh Datuk T.

Anwar tiba di balai polis Kepong kira-kira pukul 3.15 petang dengan ditemani isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden PKR sebelum memberi keterangan kepada polis selama sejam.

Anwar dipanggil memberi keterangan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu diminta hadir memberi keterangan kerana ada laporan oleh DSP Shanmugam terhadapnya.

Akhir Mac lalu, Anwar membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi berhubung rakaman video aksi seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara, dan dalam laporan itu, Anwar menafikan bahawa beliau adalah lelaki dalam video tersebut.

Read More...

22 September 2011

Liwat 2 - Pakar Tulang Jerman Akan Sahkan Kekuatan Anwar Merobek Lubang Dubur Saiful

KUALA LUMPUR: Pakar tulang dari Jerman yang pernah merawat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi keterangan dalam perbicaraan kes fitnah II.
Perkara itu dinyatakan peguam Anwar, Sankara Nair yang ditemui selepas perbicaraan tersebut selesai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Dr Thomas Hoogland pernah merawat kecederaan tulang belakang yang dialami Anwar pada 2004 selepas dibelasah oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor ketika dalam tahanan polis pada 1998.

Beliau akan memberi keterangan pada 6 Oktober depan apabila perbicaraan kes itu bersambung semula 3 sehingga 7 Oktober depan.


Justeru itu, pakar berkenaan dijangka akan mengesahkan tentang tahap kesihatan dan keupayaan fizikal Anwar, 64.

Bercakap lanjut, Sankara memberitahu Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, Dr Lim Kong Boon akan hadir untuk memberi keterangan pada 3 Oktober depan.

Lim Kong Boon adalah watak sama yang pernah terlibat dalam kes Fitnah 1998 sebagai pegawai kimia yang juga merupakan saksi pendakwa pada masa itu.

Beliau juga sebelum ini dalam keterangan Nor Aidora Saedon bertanggungjawab memberikan arahan khas kepada Aidora untuk melakukan analisa segera ke atas sampel dari putik kapas yang diperolehi daripada pegawai penyiasat, Jude Pereira.

Dalam perkembangan sama, permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Rosmah Mansor untuk mengenepikan perintah sapina ke atas mereka akan didengar pada 29 September ini.

Jika permohonan sapina mereka ditolak, mereka juga dijangka memberi keterangan minggu depan, kata Sankara.

Dalam permohonan Najib itu, kedua-dua pasukan peguam Anwar dan juga pasukan pendakwa raya akan bertindak sebagai defendan.



Read More...

21 September 2011

Pakar: DNA bukan dari sperma jika tidak ‘dicuci’

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini kembali bersidang mendengar perbicaraan Fitnah II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perbicaraan kini memasuki peringkat pembelaan dan saksi keempat pemguam bela, Dr Brian McDonald dijangka menyambung keterangannya untuk disoal balas Pendakwa Raya.

Semalam, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden cuba menimbulkan keraguan terhadap kepakaran Dr Brian.

Berikut kronologi perbicaraan pada hari ini.

9.20 pagi: Mahkamah masih belum mula bersidang. Kelihatan banyak lagi tempat kosong di galeri awam.


9.33 pagi: Anwar di luar mahkamah berbaju kot coklat berbual-bual dengan peguamnya: Karpal Singh, Sankara Nair dan Param Cumaraswamy.

9.41 pagi: Anwar dan peguamnya masuk ke mahkamah dan mengambil tempat masing-masing.

9.47 pagi: Turut kelihatan di galeri awam adalah Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail.

9.58 pagi: Mahkamah mula bersidang.

9.59 pagi: Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden bertanya kepada Dr Brian samada beliau pernah melakukan prosedur ‘differential extraction’.

Dr Brian bertanya kepada Yusof dan kelihatan tidak dapat menangkap dengan jelas perkara yang diucapkan Yusoff.

Peguam Anwar, Sankara berdiri dan memberitahu Hakim bahawaa Dr Brian sebelum ini pernah memberitahunya yang beliau kadangkala sedikit sukar memahami Yusof kerana telor (accent) bahasa Inggeris beliau.

10.01 pagi: Yusof bertanya samada Dr Brian sendiri pernah menjalankan differential extraction?

Dr Brian berkata baru-baru ini beliau tidak menjalankan sebarang proses differential extraction tetapi beliau faham dan tahu prinsip-prinsipnya.

10.03 pagi: “Awak mengkelaskan eksperimen Dr Seah cacat kerana beliau tidak ‘membasuh’ sel epitelium?” tanya Yusoff.

“Saya beri keterangan berdasarkan apa-apa yang diberitahu Dr Seah. Dia kata dia tidak melakukannya,” kata Dr Brian.

Dalam perbicaraan sebelum ini, Dr Brian berjaya menimbulkan keraguan bahawa DNA lelaki Y mungkin berasal daripada sel bukan sperma kerana Dr Seah tidak ‘membersihkan’ sampel yang diperiksanya.

Ia mungkin mengandungi sel epitelium (sel kulit).

10.13 pagi: Yusof menunjukkan satu dokumen yang menyatakan ‘pencucian’ sel epitelium tidak ‘perlu’ dilakukan tetapi ‘dicadangkan’ sahaja untuk dilakukan.

10.18 pagi: Dr Brian berkata jika ia tidak ‘dicuci’ untuk membuang sel-sel bukan sperma terdapat kemungkinan DNA yang diperolehi bukan berasal dari sperma.

10.31 pagi: Yusof mempertikaikan kenyataan Dr Brian sebelum ini yang slaid perlu disediakan selepas proses differential extraction dibuat.

“Di manakah terdapat cadangan bahawa slaid perlu disediakan selepas differential extraction disediakan?” tanya Yusof.

10.36 pagi: Pertengkaran kecil berlaku di antara Yusof dan Dr Brian berkenaan penyediaan slaid.

Yusof mendakwa bahawa slaid tidak perlu disediakan jika sel sperma dan sel bukn sperma berjaya dipisahkan daripada sel sperma di bawah proses differential extraction.

Brian pula berkata slaid itu masih perlu disediakan untuk memastikan sel sperma dan bukan sperma sudah berjaya dipisahkan.



Read More...

16 September 2011

Tuduhan liwat dan kaitannya dengan 16 September

ISU 16 September 2008 masih banyak diperkatakan. Ada yang percaya, ada yang tidak percaya. Barangkali ramai juga yang keliru mengenainya.

16 September bukan isu politik antara Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional semata-mata. Ia lebih besar dari itu. Ia merupakan hari ulang tahun pembentukan Malaysia yang mencakupi Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Manakala 31 Ogos adalah hari ulang tahun kemerdekaan Semenanjung daripada penjajahan British.

Namun 16 September tidak pernah dijadikan cuti umum berbanding 31 Ogos. Hanya selepas diperjuangkan Pakatan Rakyat, barulah diisytihar tarikh tersebut sebagai cuti umum. Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak harus berterima kasih kepada Pakatan Rakyat kerana lebih dahulu mengiktiraf mereka berbanding Umno-BN.


Sudah tentu apabila menyentuh isu 16 September, subjek utama yang diperkatakan adalah Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ada rakan bertanya, mengapa hendak dibangkitkan perkara yang sudah tidak jadi. Tidak kurang juga ada pihak yang menghentam dan mengkritik Anwar, termasuk kalangan pemimpin BN yang mempermain-mainkan isu 16 Septemder.

Pada hemat penulis, ianya wajar ditulis semula sebagai satu bahan rujukan penting dalam menganalisis kecenderungan ahli-ahli politik Malaysia, khususnya Ahli Parlimen (MP). Persoalan utama yang harus difikirkan adalah, apakah Anwar yang mencari MP BN ini aau mereka yang datang mencari Anwar?

Apakah Anwar yang didakwa kemaruk dan gila kuasa ataupun mereka yang takut segala jawatan, kuasa, harta dan sebagainya akan lenyap jika Pakatan Rakyat menerajui negara.

Selepas hampir tiga tahun sejak Pilihan Raya Umum 2008, laman Wikileaks mula mendedahkan fakta-fakta mengenai mengenai kecenderungan besar MP BN untuk menyertai Pakatan Rakyat bagi menubuhkan kerajaan baru pada 16 September 2008.

Isu ini timbul kembali apabila Wikileaks mendedahkan, ia mempunyai maklumat yang sahih mengenai rundingan beberapa pihak dalam BN, khususnya dari Sabah dan Sarawak untuk keluar BN, masuk Pakatan Rakyat.

Dalam satu laporan, ia memetik kata bekas Ketua Menteri Sabah, Dato' Salleh Tun Said Keruak, memberitahu pegawai kerajaan kedutaan Amerika Syarikat bahawa lebih dari separuh dari 25 Ahli Parlimen BN Sabah, sedia untuk meninggalkan BN.

Malah kabel tersebut memperkukuhkan bukti, dalam banyak pertemuan pemimpin-pemimpin Umno-BN Sabah, antaranya pada 18 hingga 20 Jun 2008, yang menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak menyokong Perdana Menteri ketika itu, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun Salleh yang kini Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah mendakwa laporan Wikileaks tersebut tidak berasas. Namun Salleh menyatakan, beliau ketika itu masih ingat pihak tertentu berusaha keras untuk memujuk MP Sabah, tetapi mereka gagal.

Pada waktu itu (selepas PRU Mac 2008), semua orang kelam kabut dan terkejut. Pakatan Rakyat terkejut kerana tidak menjangkakan akan mendapat sokongan besar rakyat, manakala BN kelam kabut dan hampir meroyan apabila hilang majoriti dua pertiga di Parlimen serta hilang kuasa di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor (selain Kelantan yang BN hilang kuasa sejak 1990).

Habis semua tersentak. Terutamanya MP BN yang faham 'pencak silat' politik. Mereka tahu dan sangat-sangat sedar bahawa Pakatan Rakyat adalah suatu force yang amat besar. Mereka memahami soal ini, sekaligus dengan beberapa petunjuk politik yang jelas menunjukkan kerajaan BN sudah hampir dipenghujung hayat.

Justeru selaku ahli-ahli politik yang sedar, mereka tidak ada pilihan lain. Mereka tahu jika mahu terus berpolitik, Pakatan Rakyat adalah future platform, bukannya BN.

BN hanya tinggal 140 kerusi, manakala Pakatan Rakyat menang 82 kerusi. Pakatan Rakyat hanya perlu 30 kerusi untuk mendapatkan simple majority. Jika Wikileaks mendedahkan separuh dari 25 MP BN Sabah sudah sedia untuk menyeberang, selebihnya dari mana?

Saya percaya, Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Razak dan juak-juak di sekelilingnya tahu apa yang saya maksudkan. Selain Sabah, wakil-wakil BN dari Sarawak, komponen BN di Semenanjung, malah MP Umno juga turut sama berminat untuk menyeberang.

Jika fakta ini betul, soalnya berapa orang yang hendak menyeberang ke Pakatan Rakyat? Siapa yang hendak defect? Ataupun harus juga dipersoalkan mengapa mereka tidak menyeberang?

Sebelum Wikileaks membuat pendedahan lebih menggemparkan, elok juga dianalisis isu 16 September ini dengan lebih mendalam.

Persoalan pertama adalah jumlah. Daripada pengamatan saya, lebih 40 orang MP BN yang cenderung kepada Pakatan Rakyat. Hal ini disedari dan pernah diperkatakan oleh mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu majlis di London, semasa isu ini hangat diperkatakan.

Nama mereka tidak perlu didedahkan. Mereka daripada Sabah, Sarawak, Semenanjung. Terdiri daripada kalangan pemimpin utama dan bekas pemimpin utama parti komponen BN. Lebih mengejutkan ada kalangan mereka Menteri, Timbalan Menteri dan MP biasa.

Mereka-mereka ini mengadakan perundingan dengan Anwar di beberapa tempat. Dalam dan luar negara. Antaranya di Singapura, Hong Kong, Bangkok dan beberapa tempat lain. Malah ada yang berani berjumpa secara terbuka di beberapa tempat dalam negara.

Saya teringat kata seorang Timbalan Menteri kepada seorang pemimpin utama Pakatan Rakyat di Parlimen. Beliau mengatakan, "Jika Pakatan Rakyat sudah mempunyai 29 orang MP, you masukkan nama I untuk cukupkan 30 orang."

Pada ketika itu Pakatan Rakyat sudah boleh menubuhkan kerajaan. Tetapi disekatn dengan serangan siang malam terhadap Anwar dan tuduhan liwat kedua yang dihadapkan kepada beliau oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dakwaan liwat terhadap Anwar dibuat pada 28 Jun 2008. Tetapi plot untuk mengenakan beliau sudah dirancang lebih awal.
Plot ini diberitahu oleh seorang bekas Menteri yang paling berpengaruh kepada Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa sekitar April 2008.

Kata beliau kepada Husam ketika itu,"Tidak ada jalan lain untuk menyekat kemaraan Anwar. Jika Umno-BN mahu kekal berkuasa, Anwar harus dikenakan tuduhan liwat (kali kedua) dan Anwar harus disumbat dalam penjara."

Jelas daripada kata-kata pemimpin ini. Plot atau konspirasi untuk mengenakan Anwar sudah dirancang berbulan lebih awal daripada dakwaan dibuat oleh Saiful?

Soalnya Mengapa Saiful terbabit? Saya tidak mahu mengulas lanjut hal perbicaraan dalam mahkamah. Tetapi yang jelas, apabila tuduhan seorang itu meliwat seseorang, ia harus dibuktikan secara klinikal. Secara klinikal, kes ini tidak harus wujud, kerana doktor pertama yang memeriksa Saiful selepas dakwaan meliwat dibuat, secara konsisten mengatakan, tiada kesan tusukan di dubur Saiful.

Logiknya, jika dubur Saiful tidak ditusuk, mana mungkin kejadian liwat berlaku. Kes ini tidak seharusnya wujud, tiada bukti kukuh dan kes ini harus dibuang.

Berbalik kepada Saiful. Mengapa beliau terlibat dan apa pembabitannya dengan 16 September? Mengapa Najib menemuinya pada 24 Jun 2008, dua hari sebelum kejadian liwat didakwa berlaku atau empat hari sebelum laporan polis terhadap Anwar dibuat?

Hakikatnya ialah ,Saiful bertugas mengikuti majikannya (Anwar) dan merekod banyak pertemuan Anwar dengan pemimpin-pemimpin Umno-BN di banyak tempat. Dalam dan luar negara. Secara tidak langsungnya, nama, lokasi dan butiran pertemuan diadakan, ada dalam pengetahuan Saiful.

Oleh itu Najib tidak boleh kata (pada 24 Jun), bahawa beliau tahu Anwar akan meliwat Saiful pada 26 Jun, kerana pada tarikh beliau menemui Saiful, kejadian belum lagi berlaku.

Najib harus tahu dan sepatutnya sudah diberitahu Saiful tentang butiran pertemuan Anwar dengan MP-MP Umno-BN. Walaupun mungkin semua perundingan tidak diketahui Saiful, tetapi dipercayai sebahagian daripada nama-nama pemimpin berkenaan, ada pada pengetahuan Saiful.

Justeru, jika hendak diperincikan lebih ramai yang berhasrat hendak meninggalkan BN. Tetapi hasrat dan usaha mereka tersekat apabila Anwar dikenakan pertuduhan kedua.

Dalam keadaan kuasa penuh menguasai polis dan kehakiman ada pada tangan PM, maka kedudukan Anwar pada ketika itu tidak kukuh jika mereka hendak berhijrah ke Pakatan Rakyat. Lagipun kebanyakan MP ini banyak kepentingan yang hendak mereka lindungi. Mereka tidak sanggup mengambil risiko. Mereka tidak mahu gamble.

Umno-BN tiada pilihan lain untuk terus berkuasa selain terpaksa 'memenjarakan' Anwar. Jika Anwar masuk ke 'dalam' Umno-BN berharap, Pakatan Rakyat akan berpecah.

Walaupun rencana 16 Septembert 2008 gagal diteruskan. Ia tidak berjaya memperkukuhkan BN, jauh sekali untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat.

Hasrat 16 September akan tetap diteruskan. Bukan semata-mata untuk menantikan penghijrahan MP BN, tetapi ia akan dirayakan dalam erti kata kemerdekaan yang sebenar bersama seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, tanpa ada perasaan rasis dan diskriminasi.

Dipetik dari Harakahdaily



Read More...

14 September 2011

‘Mahathir ‘mastermind’ jatuhkan Najib’

Tun Mahathir memberi mesej bahawa Najib Tun Razak juga bukan merupakan 'calon boleh menang' dan secara tidak langsung merupakan liabiliti kepada Umno-BN.

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Dato’ Mahfuz Omar menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘mastermind’ yang berperanan untuk menjatuhkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau merujuk kepada kenyataan mantan perdana menteri itu semalam yang menasihati Najib agar pilihan raya umum (PRU) ke-13 dilewatkan bagi meneliti semula senarai ‘calon-calon yang boleh menang’.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata nasihat Mahathir itu memberi mesej bahawa Najib juga bukan merupakan ‘calon boleh menang’ dan secara tidak langsung merupakan liabiliti kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).


“Umno-BN berhadapan isu calon dan parti…..malah semalam Mahathir bagi mesej jelas bahawa Najib juga bukan calon yang dilihat boleh menang apabila menasihatkan Perdana Menteri itu untuk melewatkan PRU ke-13.

“Najib liabiliti bagi BN. Ini diakui golongan dalaman Umno yang cuba memberi tekanan kepada Najib untuk berundur sebelum PRU.

“Mahathir ‘mastermind’ Umno. Saya bimbang ada kumpulan yang menjadi telunjuk Mahathir ini seperti gerakan yang dilakukan ke atas Tun Abdullah Ahmad Badawi dulu,” katanya dalam sidang media di Ibu pejabat PAS di sini hari ini.

Panel bebas

Dalam perkembangan lain, Mahfuz turut mencadangkan penubuhan sebuah panel bebas untuk mengkaji semula sejarah. Ini berikutan tercetusnya kekeliruan berhubung pandangan mengenai sejarah Malaya baru-baru ini.

Beliau berpendapat mana-mana pihak perlu bersikap terbuka berhubung kenyataan daripada Majlis Profesor Negara (MPN) bahawa Malaya tidak pernah dijajah.

“Saya tidak kata MPN itu benar tapi mungkin mereka ada fakta tertentu untuk menyokong hujah bahawa Malaya tidak pernah dijajah British.

“Mungkin betul, mungkin tidak…..maka kita perlu kembali kepada saranan Menteri Pengajian Tinggi (Datuk Seri Khaled Nordin) agar melihat kembali sejarah.

“Kita boleh panggil Mat Sabu (Mohamad Sabu) untuk kemukakan fakta sejarah dan bukannya timbulkan perdebatan politik untuk fitnah orang,” jelasnya.

Sementara itu, menyentuh mengenai cukai perkhidmatan yang dikenakan ke atas rakyat, Mahfuz mahu dasar percukaian kerajaan perlu diperbetulkan dan menurutnya, cukai dari lima peratus kepada enam peratus itu tidak wajar.

“Kenaikan cukai perkhidmatan itu merupakan isu besar yang menyebabkan pengguna menjadi tunggang langgang dan kerajaan perlu mengkaji semula fakta-fakta percukaian tersebut yang membebankan rakyat,” katanya.

Dipetik dari Free Malaysia Today



Read More...

27 August 2011

Pendedahan Harussani Bukti Tuduhan Terhadap Anwar Fitnah

Pendedahan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bahawa Melayu-Islam berpecah kerana kerajaan yang lemah, tidak amanah dan rasuah dengan sendirinya menolak dakwaan ia berpunca daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, kata PKR.

Sebaliknya, Ketua penerangannya Dr Muhammad Nur Manuty mendakwa perpecahan Melayu-Islam hari ini adalah berpunca daripada "politik kotor" pemimpin Umno sendiri.

Malah, ia didakwa bermula daripada zaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad lagi.


"Dengan pendedahan yang dibuat ini, rakyat perlulah membuka mata dan menyatakan sikap menolak dengan tegas fitnah yang dilemparkan ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim," kata Dr Muhammad Nur dalam kenyataan hari ini.


"Malah, semua yang cintakan keadilan perlulah bersama-sama bertanggungjawab dan bertindak untuk membela beliau dari segala kezaliman dan pembohongan berterusan sejak lebih satu dekad yang lalu,"katanya.

Dalam Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti kelmarin, Harussani berkata, perpecahan Melayu yang berlaku disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah.

Harussani juga berkata, orang Melayu berpecah selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998.

Ditanya kembali mengenai pendedahan itu, Harussani berkata perpecahan Melayu berlaku disebabkan tiga faktor itu.

“Najib tanya kepada saya mengapa jadi macam ini (perpecahan Melayu), saya kata ia berlaku sebab kerajaan sekarang cukup lemah, tidak amanah dan rasuah.

“Sebab itu saya minta Najib perbetulkan, cari jalan... bukan hanya Najib, kerajaan dan rakyat juga perlu cari jalan untuk bersatu,” katanya.

Justeru beliau meminta Najib supaya mencari jalan untuk menyatukan semula perpaduan orang Melayu yang semakin parah.

Malah, langkahnya itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk dari dalam Umno sendiri.

Dalam pada itu, Manuty menyeru pemimpin UMNO supaya memuhasabah diri sekali gus menghentikan kezaliman ke atas Anwar demi perpaduan ummah dan seluruh masyarakat Malaysia amnya.

Tambahnya, beliau yakin selagi kezaliman terhadap Anwar tidak dihentikan, isu perpaduan Melayu-Islam tidak akan dapat diselesaikan secara tuntas.-Tvsnews


Read More...

24 August 2011

TERKINI LIWAT 2 - Pakar terpegun ditanya kemungkinan sperma sengaja dimasukkan

Pendakwa dalam perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membangkitkan Kemungkinan sperma sengaja dimasukkan ke dalam dubur pengadu, dan oleh itu berkemungkinan ada orang ketiga yang mempunyai akses kepada sperma tertuduh.

Peguamcara 11, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidan bertanyakan soalan tersebut kepada saksi ketiga pihak pembela, Dr David Wells - pakar patologi forensik Australia - mengenai kemungkinan tersebut.

Kemungkinan itu ditimbulkan oleh Yusof ekoran dakwaan pihak peguambela Datuk Seri Anwar bahawa berlaku pencemaran dan gangguan keterangan mengenai bagaimana sperma itu boleh masuk ke dalam dubur pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.


Yusof: Jika seseorang memasukkan sperma itu, dia mesti ada sperma orang berkenaan?

Wells: (berfikir seketika) Perkara ini saya serahkan kepada pakar DNA.

Ahli kimia, Dr Seah Lay Hong, dalam keterangannya sebelum ini berkata, beliau menemui sperma dari sampel air mani yang diambil dari dubur Saiful.

Seorang lagi ahli kimia, Dr Nor Aidora kemudiannya mendakwa beliau membandingkan DNA tersebut dan mendapati ia milik Anwar.

Wells juga ditanya mengenai jangka hayat sperma, dan menurutnya ia boleh bertahan antara 36 dan 48 jam.

"Saya tidak selesa jika mengambil sampel selepas 36 jam," katanya.

Dalam kes Saiful, sampel tersebut diambil dalam sampel dalam 56 jam - iaitu dua hari - selepas kejadian liwat itu didakwa berlaku apabila dia pergi ke Hospital Kuala Lumpur.


Read More...

23 August 2011

Panas: Pakar Dedah, "Spesimen DNA" Meragukan Serta Persoal Tindakan Pegawai Polis Dan Doktor !

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Pakar forensik dan patalogis Australia, Dr David Wells menyifatkan integriti spesimen yang diambil daripada pengadu Saiful Bukhari Azlan dalam kes fitnah liwat II ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat kritikal. Hal ini jelasnya kerana, sampel DNA yang sudah diletakkan di dalam balang kedap udara hendaklah diserahkan kepada jabatan kimia serta merta ataupun disimpan di dalam peti sejuk.

Tiada mana-mana pihak baik polis dibenarkan untuk membuka dan menandakan spesimen DNA tersebut tanpa pemantauan daripada ahli kimia, ujar beliau lagi. Pegawai penyiasat (IO) DSP Jude Blacious Periera dalam kenyataannya kepada mahkamah sebelum ini mengakui bahawa beliau memotong bahagian luar plastik spesimen DNA untuk tujuan penandaan. Malah Jude turut memberitahu bahawa beliau menyimpan spesimen tersebut di dalam almari tidak berhawa dingin lebih daripada 40 jam.

"Saya rasa polis itu sepatutnya cari kerja lain. Integriti spesimen amat penting. Beliau (Jude) sepatutnya memaklumkan kepada makmal," kata David ketika disoal peguam Sankara Nair.


David menyifatkan sekiranya bekas menyimpan spesimen telah terdedah kepada udara maka kualiti DNA tersebut tidak mampu bertahan. Sankara kemudian bertanya pendapat pakar forensik itu tentang laporan perubatan dan borang 'proforma' yang dijadikan rujukan mahkamah.

"Saya perlu akui sejarah, proforma, laporan, saya tidak yakin mereka (doktor) tahu apa yang mereka buat. "Anda boleh bayangkan orang ini kurang pengalaman dan mungkin baru," kata beliau.

[Dalam pada Sankara yang ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkata, pasukan peguambela hari ini berjaya menimbulkan kesangsian tentang cara pengendalian sampel DNA yang diambil oleh doktor dari HKL ke atas Saiful. Katanya Jude sendiri telah melanggar prosedur analisis kimia dengan memotong bekas plastik yang mengandungi sampel DNA pengadu. "Pakar mengatakan IO telah potong beg. Ini memberi peluang kepada kontaminasi dan perkara ini memang berlaku. Kononya untuk buat penandaan baru dan pakar cakap prosedur ini tidak betul. Itu menujukkan kejayaan pihak pembela hari ini," katanya].

Dipetik dari Pahangdaily


Read More...

22 August 2011

Konspirasi Najib untuk penjarakan saya - Anwar

KUALA LUMPUR, 22 Ogos: "Semua proses ini tiada apa-apa melainkan satu konspirasi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyekat aktiviti politik saya dengan sekali lagi cuba memenjarakan saya.

"Oleh itu, saya mengisytiharkan tidak ada kepercayaan langsung terhadap apa saja keputusan mahkamah ini walaupun usaha terbaik telah dibuat oleh para peguam saya."

Inilah kesimpulan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar dalam kenyataannya di mahkamah tinggi Kuala Lumpur hari ini bagi membela diri beliau.


Anwar menegaskan sekali lagi, ini bukannya perbicaraan jenayah.

"Ini adalah pentas kuasa oleh pihak berkuasa yang dikenakan ke atas saya untuk mengekalkan kuasanya," tegas Anwar lagi.

Kenyataan ini, kata Anwar dibuat berdasarkan pengalaman beliau dalam kes ini berdasar-kan bukti-bukti yang beliau ada dan cara pihak pendakwa mengendalikan kes ini.
Pihak pembelaan akan menyampaikan sepina kepada tujuh saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Turut akan disepina adalah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof.

Sebelum ini semasa sesi perjumpaan dengan peguam Anwar, minggu lalu, keempat-kempat mereka tidak mahu ditemubual.

Najib dan Rosmah juga memberitahu peguam yang mewakili ketua pembangkang itu bahawa mereka tidak mahu menjadi saksi pembela.
Bela diri dari kandang tertuduh
Anwar hari ini memilih untuk memberi keterangan membela diri dari kandang tertuduh dengan kenyataannya tidak boleh diperiksa balas oleh pihak pendakwaan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah sebelum itu memberitahu Anwar, beliau mempunyai tiga pilihan dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Tiga pilihan itu adalah pihak pendakwaan boleh menyoal balas beliau; memberi keterangan di kandang tertuduh di mana pihak pendakwaan tidak boleh menyoal balas tertuduh tetapi semasa membuat keputusan mahkamah boleh mengambil kira fakta yang pihak pendakwaan tidak memeriksa balas tertuduh; atau memilih untuk berdiam diri, iaitu tidak memberi sebarang keterangan.

Walaupun Anwar memilih memberi keterangan dari kandang tertuduh, dia masih duduk di atas bangku peguam yang mempunyai kelengkapan sebuah mikrofon, lapor Malaysiakini.

Menurut Hakim Zabidin walaupun tertuduh duduk di kalangan peguamnya, tindakan itu masih dianggap sebagai kenyataan daripada kandang (dok).

Jika Anwar memilih memberi keterangan dari kandang saksi, beliau boleh disoal-balas oleh pihak pendakwaan dan keterangan itu dianggap lebih berwibawa.

Pada kes perbicaraan kes salah guna kuasa dan liwat pertama yang dihadapinya 10 tahun lalu, Anwar membela diri dari kandang saksi.

Pada 16 Mei lalu, Anwar diperintah membela diri selepas, Hakim Zabidin memutuskan Mohd Saiful, pengadu dalam kes liwat itu, adalah bercakap benar dan seorang saksi berwibawa.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

Dipetik dari RAKYAT MARHAEN


Read More...

Saiful Terkantoi Lagi Di Mahkamah

Mengenai dakwaan dia takut kerana boleh dicederakan, Anwar berkata, ia satu imaginasi untuk mengesyorkan bahawa beliau akan menyebabkan kecederaan fizikal ke atasnya.

Anwar seterusnya berkata ketika disoal balas, Saiful ada mengakui bahawa dia telah membeli bahan pelincir dan secara sukarela telah mengenakannya serta mendakwa hubungan seks telah berlaku dan ia “sesuatu yang menyakitkan.”

“Bagaimanapun, sangat jelas tiada bukti perubatan wujudnya kesan penembusan atau koyakan. Selepas hubungan (seks) yang didakwa berlaku, dia minum dan berbual dengan mesra dengan saya.


“Pengadu tidak cuba mendapatkan pemeriksaan perubatan dengan segera. Sebakliknya, dia menghadiri satu majlis PKR pada keesokan hari. Pada sebelah petang, dia mengambil bahagian dalam satu mesyuarat Kelab Anwar Ibrahim di rumah saya tanpa menunjukkan sebarang tanda emosi atau ketidakselesaan fizikal, malah trauma,” kata Anwar lagi.

“Sikapnya secara total tidak konsisten dengan dakwaan bahawa dia telah dikasari,” tambah beliau.

Malah kata Anwar, sedangkan dia tidak membuat laporan polis ataupun mendapatkan rawatan perubatan dengan segera, Saiful telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor selain bercakap dengan Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara ketika itu dan mengadakan pertemuan dengan Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof, bekas ketua polis Melaka, di sebuah hotel dua hari sebelum kejadian didakwa berlaku.

Najib merupakan timbalan perdana menteri ketika itu.

“Oleh itu adalah jelas daripada bukti itu bahawa pengadu telah berbohong meskipun Yang Arif (Hakim) memutuskan bahawa dia seorang saksi yang benar,” katanya.


Read More...

Liwat II: Najib, Rosmah, Musa akan disepina

Kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim membela dirinya akan menyaksikan pihak pembelaan menyampaikan sepina kepada tujuh saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datuin Seri Rosmah Mansor.

Turut akan disepina adalah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof.

Sebelum ini semasa sesi perjumpaan dengan peguam Anwar, minggu lalu, keempat-kempat mereka tidak mahu ditemubual.


Najib dan Rosmah juga memberitahu peguam yang mewakili ketua pembangkang itu bahawa mereka tidak mahu menjadi saksi pembela.

Sebelum ini, pasangan itu dilaporkan pernah bertemu dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di kediaman rasmi mereka ketika Najib menjadi timbalan perdana menteri.

Mereka bertemu Mohd Saiful dua hari sebelum dakwaan berlakunya insiden liwat.

Sejak hari pertama lagi, Anwar bertegaskan mendakwa wujud konspirasi politik ekoran laporan bahawa mereka bertiga mengadakan pertemuan sebelum insiden liwat didakwa berlaku.

Pada 16 Mei lalu, Anwar diperintah membela diri selepas, Hakim Zabidin memutuskan Mohd Saiful, pengadu dalam kes liwat itu, adalah bercakap benar dan seorang saksi berwibawa.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.


Read More...

Anwar beri keterangan dari kandang tertuduh

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memilih untuk memberi keterangan membela diri dari kandang tertuduh dengan kenyataannya tidak boleh diperiksa balas oleh pihak pendakwaan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah sebelum itu memberitahu Anwar, beliau mempunyai tiga pilihan dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Tiga pilihan itu adalah pihak pendakwaan boleh menyoal balas beliau; memberi keterangan di kandang tertuduh di mana pihak pendakwaan tidak boleh menyoal balas tertuduh tetapi semasa membuat keputusan mahkamah boleh mengambil kira fakta yang pihak pendakwaan tidak memeriksa balas tertuduh; atau memilih untuk berdiam diri, iaitu tidak memberi sebarang keterangan.


Walaupun Anwar memilih memberi keterangan dari kandang tertuduh, dia masih duduk di atas bangku peguam yang mempunyai kelengkapan sebuah mikrofon.

Menurut Hakim Zabidin walaupun tertuduh duduk di kalangan peguamnya, tindakan itu masih dianggap sebagai kenyataan daripada kandang (dok).

Jika Anwar memilih memberi keterangan dari kandang saksi, beliau boleh disoal-balas oleh pihak pendakwaan dan keterangan itu dianggap lebih berwibawa.

Pada kes perbicaraan kes salah guna kuasa dan liwat pertama yang dihadapinya 10 tahun lalu, Anwar membela diri dari kandang saksi.

Pada 16 Mei lalu, Anwar diperintah membela diri selepas, Hakim Zabidin memutuskan Mohd Saiful, pengadu dalam kes liwat itu, adalah bercakap benar dan seorang saksi berwibawa.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.


Read More...

28 July 2011

Najib Perlu Nilai Tindakan Polis

SEBUAH protal berita hari ini melaporkan polis telah menangkap sekumpulan lelaki berbaju kuning di Setesen Pusat Keretaapi (KL Centeral) di Kuala Lumpur atas laporan kononnya kumpulan lelaki jantan itu hendak membuat kacau.

Menurut laporan itu polis membuat tangkapan kerana ada laporan kononnya kumpulan lelaki jantan itu hendak membuat kacau semasa perdana menteri dan rombongan tiba di setesen pusat keretapi itu dengan Ekspres Link dari Putrajaya untuk merasmikan satu upacara kibar bendera Malaysia sempena Medeka.

Pihak lain pula memberi tahu tujuan kedatangan lelaki jantan berbaju kuning itu adalah untuk menyerahkan memorandum Bersih yang menuntut lapan perkara kepada perdana menteri.

Saya kira ramai yang jadi keliru dengan tindakan polis ini kerana ianya semacam bertentangan dengan hasrat perdana menteri yang melaungkan slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Apakah hendak serah memorandum pun tidak boleh dan menjadi kesalahan?


Rasanya Najib perlu membuat tegruan atas tindakan polis ini yang telah melakukan kesilapan dengan tindakan melampau dalam usaha untuk menjaga kedudukan dan kekuasaannya. Bagi saya tindakan polis yang berlebih atau terlebih aji ni moto ini tidak banyak memberi kebaikan dan membantu Najib. Tindakan menghalang rakyat - tidak kira dari fraksi mana untuk menyerahkan apa-apa demokumen kepada PM sebagai satu halangan yang tidak tamadun.

Apa salahnya kalau lepaskan kumpulan lelaki jantan itu. Biarlah dia nak serah memorandum kepada perdana menteri mereka. Najib adalah perdana menteri semua lapisan rakyat negara ini. Terlalu prejudis sangat pun tidak boleh. Tindakan polis itu menyebabkan orang menganggap Najib semacam hak polis saja. Pemilikan secara sendiri berhad oleh polis terhadap Najib tidak patut berlaku.

Saya tidak fikir ia mendatangkan mudarat apa-apa kalau Najib terima memorandum itu. Proses penyerahan itu juga tidak akan memakan masa sampai setegah jam. Lepas serah tentu kumpulan lelaki jantan itu akan beredar dan kekecohan pun tidak berlaku. Sudah sampai polis menggunakan kebijaksanaan dan bukan menggunakan kusa istimewa yang ada kepada mereka.

Apakah penangkapan itu kerana soal keselamatan atau pun soal keaiban? Selama ini kita dengar kerajaan melaungkan yang negara ini dalam keadaan selamat. Tidak ada pengganas dan kekacauan yang berlaku. Semua wujud disebabkan berkat pemerintahan BN. Tetapi anihnya bila hanya 10 lelaki jantan nak serah memorandum kita sudah mula gelabah dan menafikan hak mereka.

Sejak tindakan polis menyelesaikan himpunan Bersih lagi saya sudah sangsi dengan polis. Ada semacam tindakan polis sengaja untuk menyusahkan kerajaan khasnya memberi malu kepada Najib. Seperti mana saya kata kalau polis tidak begitu dikejar bayangan ketakutan mungkin 'rusuhan' dan 'kekecuhan' yang berlaku tempoh hari tidak terjadi. Bersih tidak mengelombang menjadi isu yang menyebabkan Najib dan UBN tidak nyenyak tidur.

Misalnya kalau polis membenarkan penggunaan Stadium Merdeka himpunan akan berlaku dengan aman. Perserta himpunan akan jadi agresif atau besemangat bila mana hasrat merka dihalang. Kereta polis, Fru, blatan atau pun trak water cannon yang diatur di tengah jalan lebih membakar semangat mereka. Sebenarnya psywar polis itulah menjadikan orang ramai lebih bersemangat.

Keadaan inilah menyebabkan saya tefikir mungkin ada unsur-unsur cuba hendak memburuk atau sebotaj Najib yang turut dilakukan oleh polis. Tetapi orang akan bekata dan bertanya bagaimana dengan Hishamuddin Hussein yang jadi menteri jaga polis. Bukankah dia juga sepulu Najib? Mana bisa?

Itu tidak pelik dan ganjil kerana sebelum polis bertindak demikian sudah pasti Hishamuddin dipusing terlebih dahulu. Kita juga tahu sejauh mana tahap intelegent Hishamuddin.

Berbalik kepada peristiwa di setesen pusat keretapi tadi, Najib hendak berhati-hati dan tidak sangat medengar kepada nasihat polis. Walaupun semua itu dilakukan bagi menjamin keselamatannya, tetapi Najib kena fikir dan analisa juga apakah pengawalan keselamatan berlebihan untuk dirinya seperti itu tidak menjejaskan maruah dan prospek politiknya.

Mungkin ramai yang tidak mahu tengok Najib menjadi PM terpendek negara ini. Mat Maslan sudah mula bercakap hai ini komen mengenai sistem biometeri. [wm.kl.8:11 pm 27/07/11

mso.

Read More...

01 June 2011

Liwat II: Anwar mohon lucutkan hakim lagi

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang diarahkan membela diri bagi kes liwatnya memohon supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dilucutkan kelayakan beliau bagi mendengar perbicaraan itu, buat kali kedua.

“(Kami memohon untuk melucutkannya) daripada membicarakan kes itu pada peringkat pendakwaan lagi,” kata peguam Anwar, Sankara Nair dalam kenyataan ringkas kepada media hari ini.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Read More...

27 May 2011

Polis didakwa sekongkol dengan sindiket curi kereta

Beberapa anggota polis didakwa bersekongkol dengan kumpulan mencuri kereta di seluruh negara dakwa ahli parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng, sambil menggesa Bukit Aman supaya segera menyelesaikan isu itu.

Lim yang membuat laporan polis di balai Jinjang hari ini mendakwa kereta yang dilaporkan dicuri telah berjaya dijumpai oleh polis tetapi dikitar semula dan diserahkan kepada sindiket yang menjualnya pula kepada pemilik kereta terpakai atau pembeli persendirian.

"Saya menerima lebih 15 aduan sejak Disember tahun lalu daripada peniaga kereta terpakai yang sehingga sekarang belum selesai. 60 kereta dirampas daripada mereka kerana dipercayai kenderaan curi, setakat ini hanya 20 kereta yang telah dipulangkan,” katanya.


Lim berkata laporan polis hanya dibuat hari ini berhubung perkara berkenaan kerana baru-baru beliau menjumpai dalil kukuh bagi membuktikan berlakunya penyelewengan kuasa.

Beliau juga merujuk kepada satu laporan polis di mana mangsa membuat laporan bahawa kereta Mercedes C200 Compressor miliknya telah dicuri pada 13 Mac, 2009 dan telah membuat tuntutan insuran.

Dalam satu surat yang tidak bertarikh daripada Jabatan Siasatan Jenayah, ibu pejabat polis Ampang yang ditandatangani seorang pegawai yang dikenali sebagai Saiful Irwan Abdul Hamid, ia menyatakan bahawa kereta itu telah dijumpai dan dipulangkan kepada pemiliknya. Namun menurut Lim, pemiliknya tidak pernah mengambil semula keretanya itu.

Sebaliknya, kereta yang sama dengan nombor pendaftaran yang lain didakwa dibeli oleh seorang peniaga kereta terpakai, Pang Koo Tak, dari Setiawan, Perak.

Pang bagaimanapun menurut Lim, terkejut apabila keretanya dirampas pada 19 Januari lalu oleh seorang anggota polis bernama Razlam Ab Hamid dari Jabatan Disiplin Bukit Aman bagi siasatan lanjut kerana nombor chasis kereta itu bersamaan dengan nombor kenderaan yang dicuri itu.

Lim berkata Pang kemudiannya berjumpa dengannya dan meminta bantuan bagi mendapatkan semula keretanya kerana kereta itu dibeli menerusi pinjaman bank dan beliau masih berhutang. - mkini

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Read More...

19 May 2011

Saya tahu siapa lelaki dalam video seks, kata Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mungkin mengenalisi pelaku dalam rakaman video seks yang dikaitkan dengan dirinya apabila ditanya mengenai skandal itu dalam sesi perbualan bersama Yahoo! News.

“Saya ada beberapa orang untuk disyaki! perut buncit dan dada jatuh, ha ha,” katanya ketika ditanya jika mengenali identiti lelaki dalam video 21 minit yang didedahkan 21 Mac lalu.

Dalam perbualan selama 75 minit itu, yang dihoskan Yahoo! Malaysia, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berulang kali menafikan penglibatannya dalam aksi seks didakwa “Datuk T”.


Bekas timbalan perdana menteri itu bagaimanapun kelihatan mempertahankan diri dan kebanyakan soalan yang ditanya dijawab dengn penafian sambil menuduh ia komplot Barisan Nasional (BN).

Apabila ditanya sama ada beliau bersalah, Anwar bagaimanapun kelihatan marah terhadap seorang pengikut Yahoo yang merujuk kepada ketulenan rakaman video itu, hasil analisi pakar-pakar dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS).

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Read More...

17 May 2011

Nama Dr Dzulkefly Akhirnya Dimasukkan Dalam Senarai Pemilihan PAS Pusat

Setelah GB membongkar isu ketiadaan nama YB Dzulkefli Ahmad di dalam senarai 82 orang calon AJK PAS Pusat, akhirnya, pada jam 10.40 malam, nama beliau disenaraikan di dalam lamanweb harakahdaily.

Jumlah AJK yang tercatat akhirnya berubah menjadi 83 orang daripada cetakan asal senarainya 82 orang.

Kesemua media eletronik & internet sebelum ini juga melaporkan 82 orang. Justeru harakahdaily tidak boleh berdalih untuk menyatakan bahawa mereka tidak mengubah senarai tersebut.

Malah stesyen-stesyen TV pada malam ini juga menyebutkan 82 orang.


Dan amat dikesalkan tiada sebarang kenyataan permohonan maaf samada dari Jawatankuasa Pemilihan atau Harakahdaily sebagai media rasmi yang melaporkan mengenai "kesilapan" berkenaan.

Sikap yang tidak beretika itu melambangkan sikap bodoh sombong dan tidak profesyenal yang tidak sepatutnya ada di kalangan pimpinan PAS dan wartawan/penulis media PAS.

Akhirnya Allah juga yang mendedahkan sepertimana doa kita sebelum ini

Kami akan tetap berdoa kepada Allah s.w.t. untuk mendedahkan setiap konspirasi (jika ada) di dalam pemilihan yang berlansung kerana banyak hal yang terselindung dan tidak telus mengenai pemilihan pimpinan kali ini.

Berikut dilampirkan video dari TVS yang juga melaporkan senarai awal AJK yang bertanding iaitu cuma 82 orang bukan 83 mengikut senarai yang terbaru.


Sumber - Greenboc




SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas