ADEGAN LAWAK -FEKAH MALUKAN NOH OMAR
Kenapa penulis letak lawak dalam isu Fekah Husin S/U Politik MB Selangor ni dengan Menteri Pertanian - DS Noh Omar, nanti anda saksikan sendiri komen yang akhirnya makan DIRI ........
Bernama melaporkan kenyataan DS Noh Omar dan dibalas Twit oleh Fekah yang anda dapat lihat dibawah yang akhirnya menjadikan isu ni semakin panas triba triba isu debat pula yang timbul ...errr...suka lari tajuk ni memang kegemaran mereka kot
Perhatikan apa yang dijawab oleh Fekah pada twit SENAK......kesian si SENAK...terus senak perut tak dapat jawab miahahahahahaha.
Ini pula adegan isu surat dihantar yang dijawab oleh Fekah dan Noh Omar.....
Ok .....nampaknya Noh Omar macam terasa dengan kenyataan Fekah dalam DEBAT sesama sendiri, jadi diulas seperti dibawah ini
Setelah diklik link yang Noh Omar jawab tu yang berada dalam FB BELIAU...inilah yang TERJADI.......
Perang pun bermula....yang peliknya kenapa NOH OMAR diam jeeee
http://www.jomgelakfm.my/2013/02/adegan-lawak-fekah-malukan-noh-omar.html
14 February 2013
Faekah Malukan Noh Omar Lagi..
18 January 2013
Penyelaras BN Selangor 'Kena Tampar' Dengan Perempuan
Faekah tempelak Mohd Zin, 'Tepuk air percik muka sendiri'
Sebaliknya, kata Faekah, usaha kerajaan Selangor untuk mengambilalih perkhidmatan air dengan niat semata-mata mahu menjaga kebajikan pengguna yang selama ini tidak mendapat pembelaan kerana kerajaan sebelum ini yang didakwanya "hanya mementingkan tembolok dan kroni sendiri."
Faekah (kiri) mendakwa, rakyat dipaksa menggunakan perkhidmatan syarikat konsesi yang didakwanya langsung tiada kepakaran dalam industri air menyebabkan mereka mendapat perkhidmatan tidak memuaskan seperti gangguan bekalan air serta kadar tarif yang tidak munasabah.
"Malangnya, selepas empat tahun berunding usaha pengambilalihan ini masih gagal kerana kerajaan Pusat tidak menyokong usaha ini lantaran lebih mementingkan syarikat konsesi daripada kebajikan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bukan sekadar itu, katanya, syarikat konsesi tersebut mendapat sokongan kuat pemimpin Umno yang turut melemparkan tuduhan tidak berasas mengenai isu air dan menghentam usaha Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambilalih perkhidmatan air.
"Jadi, siapa sebenarnya yang bermain politik dalam isu air ini? Jika sememangnya kerajaan Persekutuan tidak setuju perkhidmatan air diambilalih kerajaan negeri, mengapa mereka meluluskan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang membenarkan kerajaan negeri mengambilalih perkhidmatan air dari syarikat konsesi?" katanya.
Sehubungan itu, Faekah bertanya mengapa penstrukturan air boleh dilaksanakan di Terengganu, Perak dan Melaka, tetapi tidak Selangor.
Beliau mendakwa, ini kerana BN percaya jika kerajaan Selangor dibenar mengambilalih perkhidmatan air maka peluang mereka untuk kembali menang di Selangor akan terus terkubur.
Di samping itu, katanya, sukar untuk mempercayai Mohd Zin (kanan) boleh mengeluarkan hujah kononnya kerajaan negeri berkuasa sepenuhnya ke atas Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) kerana SYABAS adalah anak syarikat kerajaan negeri.
"Jika SYABAS anak syarikat kerajaan Selangor, kita tidak akan berdepan dengan masalah sebegini," tegas Faekah .
Sebaliknya, kata beliau, seperti yang dijelaskan menteri besar Selangor bahawa kerajaan negeri hanya mempunyai saham 30 peratus dalam SYABAS manakala pemegang saham terbesar adalah Puncak Niaga dan Kementerian Kewangan Diperbadankan pemegang saham emas.
Saham emas itu, katanya, memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan untuk membuat keputusan sebagaimana termaktub di dalam WSIA.
"Jika Mohd Zin mahu menjadi jaguh dalam isu air ini, seeloknya beliau membuat kajian dan penyelidikan yang lebih mendalam agar sekurang-kurangnya mempunyai sedikit kredibiliti ketika membuat tuduhan terhadap Pakatan Rakyat," tambahnya.
03 January 2013
Kerajaan Selangor Sedia Pelan Bantuan Gangguan Air
SHAH ALAM, 2 JAN : Kerajaan Negeri menyediakan pelan bantuan dengan meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor bersiap sedia bagi mengatasi gangguan bekalan air dibeberapa kawasan di negeri ini.
Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin, Kerajaan Negeri meminta Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk menghantar lori-lori tangki air ke kawasan terlibat di Bandar Tun Razak, Hulu Langat dan Ampang.
Sehingga kini, sebanyak tujuh lori tangki air dihantar oleh PBT-PBT di Selangor ke Wilayah Persekutuan khusus ke kawasan yang terjejas teruk akibat kegagalan Syabas menyelenggara rumah pam air dan membuat pemeriksaan berkala.
“Menteri Besar juga meminta Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Selangor untuk memantau pembekalan air di seluruh negeri dan Wilayah Persekutan Kuala Lumpur serta Putrajaya.
“Pelan bantuan juga disediakan termasuk menghantar lori-lori tangki air ke kawasan yang bermasalah,” katanya.
Gangguan bekalan air ini juga menurut Faekah membuktikan bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) tidak mampu untuk menguruskan pembekalan air kepada seluruh negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.
“Ini juga akibat projek penswastaan industri air yang tidak dilakukan secara berhemah oleh kerajaan BN Selangor.
“Konsesi air bukan diberikan kepada syarikat yang mampu dari segi pengalaman mengurus dan kemampuan kewangan tetapi atas dasar mahu mengkayakan kroni.
“Rakyat yang akhirnya menanggung beban, beban membayar harga yang tinggi dan risiko catuan air yang tidak menentu,” kata Faekah dalam kenyataan medianya.
Ujar beliau, ini menguatkan azam Kerajaan Negeri untuk terus mendesak Kerajaan Pusat melaksanakan tanggungjawab mereka di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).
Setakat ini, Kerajaan Pusat sengaja melambat-lambatkan proses penstrukturan semula industri air yang dicadangkan Kerajaan Negeri.
Jelas Faekah, gangguan bekalan air dijangka berlarutan dan menjejaskan lebih 100,000 akaun pengguna.
29 November 2012
CHUA TEE YONG DICABAR KETUAI KERTAS PUTIH SKANDAL NFC
KENYATAAN AKHBAR
28 NOV 2012
CHUA TEE YONG DICABAR KETUAI KERTAS PUTIH SKANDAL NFC
Ketua Biro Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong membuktikan dirinya seorang pemimpin muda MCA yang tidak profesional kerana memperlekehkan Kertas Putih Talam yang dikeluarkan oleh Kerajaan Selangor dan menganggapnya sebagai kertas kelabu. Sikap Tee Yong yang celupar ini sekaligus menghina kedaulatan Dewan Negeri Selangor.
Tee Yong tidak ada locus untuk menghina Kertas Putih Talam yang dibentangkan di Dewan Negeri Selangor. Selain beliau bukan ADUN ataupun Ahli Parlimen dari Selangor beliau juga telah gagal menjalankan tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Belum ada satu hasil dan jasa yang beliau berikan kepada rakyat Malaysia khususnya rakyat di Selangor semenjak beliau menjawat jawatan Timbalan Menteri. Apa yang nyata pelantikan beliau hanya semata-mata kompromi antara bapanya; Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dengan pimpinan BN bukan atas dasar kemampuan dan kebolehan.
Jika beliau seorang yang berpendirian dan bertanggungjawab, sekurang-kurangnya Tee Yong berani menyebut kepada rakyat bahawa hutang-hutang lapuk ini terjadi kerana Talam adalah syarikat kroni MCA dan tanah-tanah milik kerajaan diserahkan dengan begitu mudah tanpa mengira kepentingan rakyat Selangor ketika pemerintahan BN.
Tee Yong tidak pernah sekali pun menyebut bagaimana hutang-hutang ini berlaku tetapi tanpa rasa malu, lantang pula mengkritik kejayaan kerajaan Selangor mengutip hutang RM392 juta ini. Tee Yong umpama ayam yang gah berkokok tetapi ekornya bergelumang dengan najis.
Sikap double standard dan “menikus” yang diamalkan Tee Yong dalam isu NFC amat menjengkelkan meskipun itulah sebenarnya bidang kuasa beliau. Tee Yong hanya layak bersuara mengenai Talam jika beliau mengeluarkan kertas putih NFC bersama laporan audit PriceWaterHouse Coopers.
Memandangkan beliau pernah mendabik dada bahawa beliau adalah seorang akauntan bertauliah, maka kita cabar Tee Yong untuk mengetuai kertas putih NFC tersebut. Rakyat mahu melihat bagaimana Tee Yong mengendalikan isu tersohor tersebut dan membandingkan dengan makanisme yang dilakukan oleh kerajaan Selangor dalam isu Talam. Selagi beliau gagal membawa kertas putih NFC ke Parlimen maka beliau terhalang dari segi moral untuk mengkritik Kertas Putih Talam.
Jangan berikan alasan dangkal untuk menyelamatkan diri, kononnya tidak perlu bawa kertas putih NFC kerana sedang dalam tindakan mahkamah. Tee Yong kena belajar menjadi matang dan bersikap sebagai seorang Timbalan Menteri dan jangan hanya tahu berselindung di sebalik bapanya dan media perdana serta mahkamah.
Tee Yong bukan sahaja bersikap double standard tetapi beliau juga gagal untuk membaca dan memahami isi kandungan kertas tersebut. Jika tidak, masakan beliau tidak tahu membezakan penilaian bagi transaksi komersil dan penilaian dalam proses pengambilan tanah.
Kertas Putih jelas menunjukkan penilaian yang dilakukan oleh Jabatan Pernilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) ke atas tanah di Bukit Beruntung adalah berdasarkan status tanah pertanian manakala penilaian oleh penilai swasta, Sulaiman& Co berasaskan status tanah pembangunan. Sudah pasti dua kategori berbeza menunjukkan nilaian yang berbeza.
Kalau aspek mudah begini pun sukar difahami oleh Tee Yong maka tidak hairanlah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang menjadi antara kementerian terpenting tidak menunjukkan sebarang kemajuan. Malah isu bekalan benih padi yang dikuasai syarikat kroni pun masih belum selesai.
FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK
KEPADA DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
21 June 2012
PKR Selangor Sengaja Cari Penyakit
Di tengah-tengah kehangatan isu penolakan dalaman terhadap Faekah Husin, tiga aktivis NGO hari ini tampil mengadakan sidang media menyatakan sokongan mereka terhadap pegawai kanan menteri besar Selangor.
Individu tidak berapa dikenali daripada Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat (Pro-Rakyat) itu menolak kempen mendesak Faekah meletakkan jawatan yang giat berjalan, terutamanya di Internet.
"Kami menyokong sepenuhnya Cik Faekah sebagai setiausaha (politik) MB dan kami menolak sebarang usaha untuk menyingkirkan beliau.
"Beliau amat berdedikasi walaupun umum mengetahui beliau juga tegas," kata Setiausaha Pro-Rakyat Mohd Naquib Carmeil yang mengaku bercakap atas kapasiti individu.
Bagaimanapun, ketiga-tiga individu berkenaan menyatakan yang
mereka tetap menyokong kepimpinan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Namun, motif sebenar ketiga-tiga individu itu mengadakan sidang media itu bagaimanapun tidak diketahui.
Malaysiakini difahamkan mereka mempunyai hubungan dekat dengan exco negeri Yaakob Sapari yang dilihat sebagai 'orang' Azmin.
Langkah itu juga menimbulkan tanda tanya sama ada mereka dihantar Azmin untuk meredakan ketegangan itu atau sekadar mengambil langkah sendiri selepas 'bertukar kem'.
Dalam sidang media di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam itu, kumpulan 'rakyat prihatin' itu turut disertai Ketua Penerangan Pro-Rakyat Ahmad Tarmizi Sulaiman dan ahli exco Abdul Halim Abdullah.
Sidang media itu sebelum ini menjadi perhatian media apabila dijangka menambahkan lagi kehangatan isu yang disifatkan media sebagai "ribut pejabat MB" itu.
Kempen menggunakan tag #pecatfaekah dan #kamisayangselangor di Twitter itu memaksa Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie menggesa ketua umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan.
09 June 2012
Malu Rasanya Bila Pompuan Nie Belasah Tiga Menteri Yang Perangai Macam Budak-Budak
Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor Faekah Hussin berkata kenyataan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berhubung pinjaman untuk siswa di universiti bawah kerajaan negeri itu bukan sahaja penuh "emosi politik" tetapi juga "kurang cerdik."
Katanya, dakwaan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mampu memberi bantuan kewangan juga menunjukkan bahawa pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamaed Said "diperangkap oleh pemimpin tertinggi Umno-BN."
"Malang bagi Pengerusi PTPTN (Datuk Ismail Mohamaed Said) selepas menurut perintah menteri kini terpaksa menjilat semula keputusan itu dan membuat kenyataan berbohong kononnya kerajaan Selangor tidak mampu memberi pendidikan percuma kepada pelajar.
"Kenyataan beliau bukan sahaja penuh emosi politik tetapi kurang cerdik memandangkan kerajaan negeri telahpun mengumumkan skim bantuan khas untuk pelajar yang teraniaya oleh pembekuan tersebut," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau mengulas tindakan PTPTN membekukan pinjaman kepada siswa di sua buah institut pengajian tinggi bawah kerajaan negeri itu - Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor.
Tidak sampai 24 jam, PTPTN semalam bagaimanapun menarik semula tindakan membekukan pinjaman kepada siswa baru Unisel selepas menerima bantahan keras termasuk daripada pemimpin BN seperti ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Langkah itu pada awalnya disokong kuat oleh timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri pendidikan tinggi Datuk Seri Khaled Nordin dan menteri pertanian Datuk Seri Noh Omar.
Mengulas lanjut, Faekah berkata penjawat awam seperti pentadbir PTPTN perlu melihat perjalanan isu berkenaan sebagai satu amaran kepada mereka "agar tidak dengan membabi buta menurut arahan ahli politik."
"Selaku penjawat awam, mereka sepatutnya mempunyai integriti dalam memastikan kepentingan rakyat, dalam kes ini para pelajar, diutamakan. Mereka tidak harus membenarkan pentadbiran di jabatan mereka ditadbir oleh ahli politik.
"Justeru, jika mana-mana ahli politik atau menteri yang emosi, kebudak-budakkan dan tidak cerdik dalam pendekatan mereka, penjawat awam selaku golongan profesional perlu berani menyatakan pandangan.
"Ini termasuk mengajar dan mengingatkan para menteri yang tidak faham akan prinsip doktrin pengasingan kuasa - di antara eksekutif dan legislatif," katanya.
Tambahnya, menteri Umno berkenaan juga perlu menghentikan amalan "bersembunyi di celah kain seorang kakitangan awam" seperti dalam tindakan mereka dalam isu pembekuan pinjaman itu.
Menteri berkenaan tidak harus berperangai seperti ahli politik jalanan tetapi sebaliknya perlu bersikap sebagai negarawan demi khidmat untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama mahupun ideologi politik, katanya lagi.
Malaysiakini
08 April 2012
Faekah Bancuh Khir Toyo Jangan Jadi Bodoh Sombong..
Shah Alam, 8 April: Tindakan Mantan Menteri Besar Selangor, Khir Toyo menuduh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berbohong berhubung perlaksanaan Geran Selangorku mendapat reaksi Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin.
Berikut adalah petikan penuh kenyataan Faekah.
Tindakan Khir Toyo yang menuduh Tan Sri Khalid berbohong benar-benar tidak melambangkan sifat seorang mantan Menteri Besar. Beliau yang mengulas berkenaan pelaksanaan Geran Selangorku kononnya beliau hairan mengapa geran digunakan untuk projek infrastruktur bukan bantuan kepada peniaga kecil.
Khir Toyo sepatutnya menjadi orang terakhir yang boleh komen pasal Geran Selangorku. Dua sebab saya katakan sedemikian;
Geran Selangorku adalah wang yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat hasil dari kutipan hutang yang gagal beliau kutip semasa pentadbirannya. Hutang Talam yang kesemuanya lebih 400 juta berjaya dikutip kerajaan hari ini melalui pembayaran tunai dan perolehan aset.
Wang itu jugalah yang kita salurkan semula kepada rakyat melalui 17 program utama. Kegagalan Khir yang dengan sengaja tidak mengutip hutang tersebut sepatutnya menjadikan beliau malu untuk menyebut apa-apa yang berkenaan Geran ini, apatah lagi mencela pelaksanaannya.
Sebab kedua ialah kerana Khir gagal menghadirkan diri semasa Dewan bersidang. Malah upacara pembukaan Dewan oleh DYMM Tuanku juga sanggup di kesampingkannya. Khir Toyo tidak ubah umpama orang buta takutkan tongkat. Lebih tepat lagi, bodoh sombong.
Lain kali elok bertanya jika rasa ragu bukan sekonyong-konyong menuduh orang lain menipu. Sikap Khir yang suka ponteng Dewan, menjadikannya begitu naif dengan program-program yang berada dalam ruang lingkup Geran Selangorku.
Sepanjang yang saya lihat hanya separuh hari sahaja Khir datang ke Dewan itupun bagi menutup malu kerana ditempelak Adun Sekinchan beliau memohon cuti sakit tetapi aktif mengeluarkan kenyataan di blog; laman sosialnya.
Meskipun hebat di dalam Blog namun semasa hadir selama separuh hari tersebut, tidak ada satu patah perkataanpun yang dikeluarkannya di dalam Dewan, jauh sekali untuk berbahas ataupun memberi pandangan bernas. Malang sekali rakyat Sungai Panjang bila Adunnya hanya mampu bermonolog di blog.
Untuk pengetahuan Khir, infrastruktur adalah sebahagian dari program Geran Selangorku dan hanya melibatkan 50 juta, selebihnya adalah untuk belia, wanita termasuklah program keusahawanan.
Kalau Khir boleh memaparkan carta geran, ini bermakna Khir boleh mendapat maklumat tepat tentang Geran. Nampaknya Khir sengaja menulis di blog sekadar untuk mengadu domba dan berniat jahat.
Geran Selangorku mempunyai Jawatan Kuasa Pemandu yang terdiri daripada pegawai kerajaan dan golongan professional termasuk Timbalan Pengarah JKR, Jurutera JKR dan QS JKR. Mengatakan ianya diterajui pegawai MB memang tersimpang sekali. Apatah lagi, Datoí Menteri Besar langsung tidak terlibat di dalam pemilihan projek mahupun pemilihan kontraktor.
Perlaksanaan geran ini pula dikendalikan oleh Pejabat Tanah Dan Daerah dan PBT yang menjalankan proses tender. Tidak ada satupun projek yang dilakukan secara runding terus. Sekali lagi Khir cuba memperlekeh kewibawaan pegawai kerajaan yang cuba menjalankan tugas dengan telus.
Nampaknya Khir sukar mempercayainya dan begitu janggal sekali. Masakan tidak, semasa pentadbirannya ratusan juta projek dilaksanakan secara runding terus dan lebih hebat lagi projek diberikan kepada pemaju dan kontraktor yang sama. Inilah yang dikatakan orang, jika seseorang itu biasa mencuri, maka dia selalu menyangka orang lain juga akan mencuri sepertinya.
Khir juga sanggup berbohong apabila berkata semasa menjadi MB, tiada projek kerajaan yang tidak melibatkan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan.
Baru 4 tahun tidak menjadi MB, beliau lupa bahawa projek di bawah ICU langsung tiada jawatankuasa. Semua projek dilaksana setelah mendapat unjuran dari Adun melalui Pengarah Pembangunan Negeri untuk disampaikan kepada ICU untuk dipilih dan pengeluaran waran peruntukan. Ianya langsung tidak melibatkan Pegawai Kewangan mahupun Setiausaha Kerajaan Negeri.
Kerajaan Selangor terpaksa menyediakan Geran untuk infra kerana setelah PR mengambil alih negeri, banyak peruntukan untuk infra tidak disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan. Malah tuntutan Jabatan Pengairan dan Saliran ( JPS ) bagi Rancangan Malaysia Ke-10, sejumlah 1 bilion juga tidak diutamakan.
Apabila banjir berlaku semua pemimpin UMNO-BN Selangor bertempik kononnya pegawai kerajaan tidak cekap mengawal banjir. Bagaimana JPS mahu melaksanakan tugas mereka dengan berkesan jika wang peruntukan penyelenggaraan sungai dan tebatan banjir tidak disalurkan?
Butiran Geran Selangorku telah dibentang pada Exco dan semua data diberikan kepada ADUN semasa Dewan. Hanya ADUN yang benar-benar prihatin kepada kebajikan rakyat akan ambil pusing perkara ini. Bagi ADUN yang suka ponteng, pasti tiada maklumat. Barang pasti golongan ini akan malu bertanya tetapi mahu menunjuk pandai. Golongan inilah yang dikatakan sebagai bodoh sombong, umpama si buta bencikan tongkat.
Faekah Husin.
Setiausaha Politik
Menteri Besar Selangor
16 January 2012
Tangisan Najib Umpama Airmata Buaya
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melawat bandaraya Shah Alam baharu-baharu ini tidak ubah seperti hero filem Tamil tahun 60an masuk kampung menyelamatkan gadis dalam kesusahan.
Faekah berkata, gelagat lucu dipamerkan oleh Pengerusi Perhubungan Umno Selangor itu apabila bertemu penyewa-penyewa tapak perniagaan di Kompleks PKNS, Shah Alam yang keresahan susulan keputusan tindakan PKNS menaikkan kadar sewa.
Jumaat lalu, Najib semasa program bertemu peniaga dan penyewa Kompleks PKNS mencadangkan supaya Kerajaan Pusat mengambil alih kompleks itu bagi mengelakkan kenaikan kadar sewa antara 70 hingga 100 peratus.
Laporan media sebelum ini mengatakan Najib berkata beliau mahu menitis air mata mendengar keluhan peniaga-peniaga di kompleks itu.
"Tidakkah Najib tahu bahawa 70 peratus penyewa terbabit setuju dengan kenaikan ini? Tidakkah beliau tahu bahawa penyewa-penyewa ini telah menikmati kadar sewa 70 peratus lebih murah berbanding pasaran semasa di Shah Alam?," kata Faekah dalam satu kenyataan media kepada TVSelangor.
"Saya tidak fikir hanya saya yang beranggapan tindakan lagak hero Najib ini sebagai pelik. Tambah pula, lakonan beliau sehingga kononnya akan mengeluarkan airmata telah memualkan banyak pihak.
"Kerajaan BN telah merompak kekayaan Selangor sejak 50 tahun dan perbuataan ini terhenti apabila hero sebenar iaitu Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor," kata Faekah.
Mengulas lanjut, Faekah mempersoalkan kewajaran tindakan Najib "menitiskan air mata" yang sepatutnya dizahirkan apabila melihat pemimpin Umno Selangor sebelum ini yang mengkhianati janji dan kebajikan kaum Melayu.
Tangisan itu juga kata Faekah, seharusnya dizahirkan apabila melihat pemimpin Pakatan Selangor hari ini memberi baucer RM100 kepada warga emas Umno menerusi program "Jom Shopping".
"Sebaliknya, Najib sepatutnya menitiskan air mata apabila bekas Menteri Besar, Dr Mohamaed Khir Toyo menggunakan hampir RM2 juta duit rakyat untuk lawatan ke Disneyland.
"Najib juga sepatutnya menangis apabila seorang wakil rakyat Melayu menjual tanah rezab Melayu kepada tauke Cina dan tanah yang diwartakan untuk pembinaan surau dijual bagi memberi laluan kepada projek pembangunan,"katanya.
http://www.tvsnews.net/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wka5NkZw==
14 January 2012
Gelagat Najib Tidak Ubah Hero Filem Tamil
Gelagat Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak ketika melawat Shah Alam semalam mengingatkan saya kepada hero filem Tamil tahun 60an yang masuk ke sebuah kampung untuk menyelamatkan gadis dalam kesusahan.
Gadis di sini merujuk kepada segelintir penyewa-penyewa di Kompleks PKNS yang keresahan susulan keputusan PKNS untuk menaikkan kadar sewa.
Tidakkah Najib tahu bahawa 70 peratus penyewa terbabit setuju dengan kenaikan ini? Tidakkah beliau tahu bahawa penyewa-penyewa ini telah menikmati kadar sewa 70 peratus lebih murah berbanding pasaran semasa di Shah Alam?
Adakah Najib tahu bahawa mereka yang menentang kenaikan kadar sewa ini adalah golongan rentir bukannya penyewa lot-lot kedai di kompleks itu? Ini jelas menunjukkan golongan rentir inilah yang dalam kesusahan. Sedarkah Najib bahawa di rumah mereka berderetan kereta mewah hasil dari aktiviti sebegini?
Saya tidak fikir hanya saya yang beranggapan tindakan lagak hero Najib ini sebagai pelik. Tambah pula, lakonan beliau sehingga kononnya akan mengeluarkan airmata telah memualkan banyak pihak. Kerajaan BN telah merompak kekayaan Selangor sejak 50 tahun lalu dan perbuataan ini terhenti apabila hero sebenar iaitu Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor.
Najib berkata beliau mahu menitis air mata mendengar keluhan peniaga-peniaga di Kompleks PKNS tetapi saya berkata Najib tidak ada hak untuk menangis. Sebaliknya, Najib sepatutnya menitiskan air mata apabila bekas Menteri Besar, Dr Khir Toyo menggunakan hampir RM 2 juta duit rakyat untuk lawatan ke Disneyland.
Najib sepatutnya menitiskan air mata apabila melihat pemimpin UMNO yang tamak haloba dengan tersenarainya nama mereka dalam senarai pemiliki tanah Felda dan felcra yang sepatutnya menjadi milik peneroka. Najib juga sepatutnya menangis apabila seorang wakil rakyat Melayu menjual tanah rezab Melayu kepada tauke Cina dan tanah yang diwartakan untuk pembinaan surau dijual bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.
Najib seharusnya melihat tangisan kegembiraan pakcik dan makcik UMNO menerima baucer RM100 untuk menyertai program Jom Shopping dan melihat seorang pakcik Cina menerima geran tanah bagi pihak isterinya yang meninggal dunia yang telah memohon geran tanah sejak 10 tahun lalu.
Apa apapun kita tiada halangan jika Najib mahu terus menangis...
FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA
YAB DATO' MENTERI BESAR SELANGOR
02 January 2012
RAJA PETRA PERLU BERI MAKLUMAT LANJUT DAKWAAN RASUAH
KENYATAAN AKHBAR
Saya terpanggil untuk memberi komen selepas membaca temubual eksklusif bekas rakan reformasi yang juga Penulis Blog, Raja Petra Kamarudin (RPK) bersama akhbar-akhbar milik UMNO yang disiarkan semalam.
Meskipun saya menghormati hak RPK melakukan analisa politiknya namun saya berasa mushkil dan sesungguhnya hanya beliau seorang sahaja yang mengetahui logik sebenar kenyataan tersebut.
Pada masa yang sama saya percaya rakyat boleh menilai sendiri kenyataan dan dakwaan yang dibuat oleh RPK seperti disiarkan The Sunday Times dan Berita Minggu - dua akhbar yang dulunya pernah mengkritik dan mengutuk RPK secara keras kerana menentang Kerajaan Barisan Nasional.
Walau apapun sebab yang membawa kepada tindakan akhbar-akhbar tersebut bertukar selera serta ghairah memberi keistimewaan kepada RPK, yang pasti RPK harus bertanggungjawab ke atas apa yang beliau telah katakan.
Tuduhan beliau bahawa wujud amalan rasuah di Selangor; duit kopi yang melibatkan para usahawan berbangsa Cina, adalah tuduhan serius. Kami menuntut RPK untuk tampil memberikan butiran lanjut kepada Kerajaan Negeri dan pihak berwajib agar penyiasatan terperinci dapat dilakukan.
Kerajaan Negeri bersedia membayar kos perjalanan RPK ke Pejabat Pentadbiran Kerajaan kerana untuk makluman RPK Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sejumlah RM15 juta untuk membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa di Negara ini khususnya di Selangor. Jumlah tersebut termasuk di dalam Geran Selangorku yang diumumkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar ketika pembentangan Belanjawan 2012 yang lalu.
Sesungguhnya inilah sekecil-kecil jasa yang beliau boleh lakukan untuk membantu kerajaan yang benar-benar mahu membenteras rasuah; apatah lagi beliau sendiri dari darah bangsawan negeri Selangor. RPK tidak seharusnya melemparkan dakwaan liar hanya semata-mata mahu memperlekeh usaha Kerajaan Negeri untuk mewujudkan sebuah pentadbiran yang baik, bersih dan penuh pertanggungjawaban.
Kami sesungguhnya simpati dan amat memahami kekecewaan beliau yang terpaksa hidup dalam buangan di tengah-tengah permasalahan peribadi yang beliau hadapi, tetapi dengan melemparkan dakwaan liar sebegini tidak akan membantu membawanya pulang ke negara ini. Sebaliknya ianya hanya akan mencemarkan lagi imejnya yang sudah sediakala tercalar.
Rata-rata teman reformasi yang sempat dihubungi serta rakyat biasa, telahpun membuat kesimpulan bahawa RPK begitu terdesak serta mengharapkan kebebasan dan dibenarkan pulang ke negara ini. Insuransnya mudah; tohmahan dan fitnah terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Penasihat Ekonomi Negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai serangan awal menghadapi pilihan raya umum.
FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA
YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
10 October 2011
Jawapan Faekah Kepada Penjilat Umno Selangor
Dakwaan dan cubaan untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor adalah cara Umno bagi mengekang lonjakan populariti pemimpin itu yang mutakhir ini begitu memberangsangkan, kata setiausaha politiknya, Faekah Husin.
Dalam satu kenyataan media, Faekah berkata usaha-usaha itu bertujuan menjejaskan populariti dan kredibiliti Khalid yang kini mengatasi pimpinan Umno mahupun pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.
“Blog (AntaraPos.com) yang diterajui bekas Pengurus Besar CCSB (anak syarikat kerajaan negeri) yang ditamatkan kontrak Jun lalu digunakan untuk melaksanakan perbuatan hina ini.
“Dari maklumat yang kita terima laman web tunggangan Umno ini juga ditubuhkan khas untuk mempertahankan Datuk Seri Najib (Razak) yang kini dikatakan mendapat tentangan terang-terangan dari timbalannya Tan Sri Muhyidin (Yassin),” kata Faekah.
CCSB adalah syarikat yang mengendalikan TV Selangor buletin negeri Selangorkini yang diterbitkan setiap bulanan.
Faekah mengulas dakwaan yang dibuat dalam blog itu berhubung beberapa wakil rakyat PKR yang mahu Khalid dipecat.
Faekah bagaimanapun mengakui terdapat sesetengah pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang tidak biasa dengan cara Khalid mentadbir negeri Selangor seperti menguruskan sebuah syarikat korporat
“Golongan ini sangat kecil jumlahnya namun bersuara agak lantang mungkin kerana kedudukan mereka di dalam parti dan mungkin juga di dalam masyarakat,” katanya.
Menurut beliau, rakyat mahukan pentadbiran yang berlandaskan ketelusan, kebertanggungjawab, bebas rasuah dan adil yang tidak pernah dipraktikkan BN sepanjang memerintah Selangor.
Faekah juga berkata beliau ada mendengar mengenai memorandum yang disebarkan dengan tujuan mengugat kedudukan Khalid.
Katanya, sebagai setiausaha poltik, sudah pasti beliau akan mempertahankan kedudukan menteri besar jika Khalid diserang oleh mana-mana pihak; lawan mahupun kawan. Beliau juga menyifatkan Khalid sebagai seorang pemimpin yang baik, bersih, telus serta komited terhadap kehendak rakyat adalah ibadah.
Malaysiakini
24 September 2011
Betul Cakap Muhyiddin.. Rakyat Selangor Hidup Tertekan.. Hahaha
Umno Puchong didakwa cuba menjual sebidang tanah rezab Melayu di kawasan itu namun ia berjaya dihalang oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Berdasarkan maklumat yang didedahkan di dalam portal Malaysia Waves, tanah rezab Melayu itu cuba dijual kepada sebuah syarikat Lagi Gemilang Development Sdn Bhd yang mana pemiliknya adalah 75 peratus bukan bumiputra.
Menteri Besar menerima permohonan berkenaan daripada pejabat Pengarah Tanah dan Galian Selangor pada tahun lalu. Dalam surat berkenaan juga dinyatakan syor Pentadbir Tanah Daerah Petaling yang menolak permohonan berkenaan atas alasan mengekalkan kouta bumiputera.
Manakala syor daripada Pejabat Tanah dan Galian pula menyatakan tidak disokong kerana pindah milik di antara pertubuhan bumiputera kepada syarikat bukan bumiputera.
Keputusan ini membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor masih menjaga perkara berkenaan hak-hak orang Melayu di negeri ini, sekali gus menolak dakwaan Umno selama ini bahawa KEADILAN dan PAS tunduk kepada DAP.
Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin ketika diminta mengulas perkara ini menggesa Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Satim Diman memberi penjelasan berkenaan cubaan menggadai tanah rezab Melayu yang berada di atas nama Bahagian Umno Puchong.
Katanya, ini membuktikan kegagalan mereka dalam memperjuangkan tanah-tanah simpanan Melayu di negeri ini.
“Dalam soal ini, mereka yang memperjuangkan hak Melayu, memperjuangkan hak simpanan tanah Melayu itu sudah jauh ketinggalan, sebab yang jelas, ribuan ekar tanah hak rakyat Selangor, gagal mereka pertahankan,” katanya.
Tambah Faekah lagi, sejak Pakatan mengambil alih Selangor, sudah banyak pendedahan yang dilakukan berkaitan soal tanah penganugerahan tanah yang tidak telus.
“Pada kita (kerajaan Selangor) sudah buktikan bahawa sebelum Pakatan mengambil alih pentadbiran, bahawa banyak tanah-tanah di negeri Selangor telah diberi sama ada secara pukal atau secara racik-racik kepada orang yang tidak memerlukan dan tidak sepatutnya dapat.
“Isu yang lebih besar tentang tanah ialah bagaimana ketika dahulu tanah-tanah diberikan kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri, selepas itu anak-anak syarikat pula mengagih-agihkan kepada syarikat lain.
"Itu modus operandi yang sangat ketara dan kalau saya sebut satu per satu, rakyat Selangor akan terkejut sebab saya sendiri terkejut perkara itu berlaku secara berleluasa,” jelas Faekah.
Hanya Seorang Mampu Bodohkan Muhyiddin
Muhyiddin ke sekolah, ke SMK Meru, Klang. Katanya tak boleh berpolitik di sekolah tetapi bagi Muhyiddin dia jadikan sekolah medan berpolitik, kan dah nampak sama lidah biawak.
Muhyiddin ke sekolah membawa cerita "terseksa" tinggal di Selangor di bawah Pakatan Rakyat. Beliau diberitahu demikian oleh seseorang ketika tiba di majlis penutup program permukiman wakil rakyat BN di sekolah tersebut.
"(Orang tersebut kata) saya nak cepat-cepat pilihan raya nak pergi mengundi sokong BN, sebab rasa terseksa duduk bawah Pakatan di Selangor", ucap Muhyiddin diperbodohkan seseorang.
Takkan TPM, Menteri Pelajaran boleh bercerita tentang terseksa kerana diberitahu seseorang. Hanya seorang, lainlah kalau satu negeri!! Bodohkan Muhyiddin, mungkin ya...kerana boleh mempercayai entah cerita dari mana itu dikutip. Muhyiddin kenalah bercerita standard sedikit.
Patutlah dia kutip cerita tepi jalan kerana yang mendengarnya 170 budak hitam bengap dalam program permukiman wakil rakyat!!
-ekeleh
19 March 2011
Menteri Umno Perlu Kursus Perakaunan
SHAH ALAM 19 MAC : Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menyarankan kerajaan pusat supaya menghantar barisan menterinya, termasuk Datuk Seri Noh Omar menjalani kursus perakaunan agar lebih memahami selok belok urus tadbir kewangan.
Faekah berkata demikian berikutan kegagalan barisan kepimpinan Umno dalam memanfaatkan laporan audit Yayasan Selangor yang dibentangkan kerajaan negeri baru-baru ini.
“Rata-rata nampaknya pemimpin UMNO walaupun telah menjadi Menteri tidak mempunyai pengetahuan dalam perakaunan. Justeru mereka gagal memanfaatkan laporan audit yang kita bentang. Mereka gagal memahami apa yang dikatakan belanjawan, keuntungan dan kerugian serta aliran tunai dalam satu-satu akaun.
“Kita suka mencadangkan agar kerajaan pusat menghantar mereka menjalani kursus perakaunan agar lebih memahami akan selok belok akaun dan tadbir urus kewangan,” ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Faekah berkata demikian bagi mengulas reaksi beberapa pemimpin Umno, termasuk Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri Selangor yang mendakwa kos majlis makan malam yang ditanggung Yayasan Selangor, berjumlah RM800,000 pada sambutan ke 40 tahun yayasan itu 15 November lalu.
Menurut Faekah, kos sebenar majlis makan malam berkenaan hanyalah RM300, 000 dan kos yang disebut Noh Omar adalah jumlah kos keseluruhan program sambutan 40 tahun yayasan itu.
Katanya lagi, defisit yang berlaku dalam kewangan YS bukan berlaku dalam tempoh setahun atau sekelip mata sebaliknya akibat pengurusan dan pemantauan buruk ketika pentadbiran kerajaan negeri Umno-Barisan Nasional.
“Pakatan Rakyat berdepan tugas berat dalam memperbaiki kesilapan yang terkumpul sejak 52 tahun lalu untuk memastikan semua syarikat kerajaan termasuk Yayasan Selangor diurus dengan baik,” katanya lagi.
Tambah beliau, pimpinan Umno Selangor seharusnya kagum dengan kejayaan kerajaan negeri yang berani mendedahkan laporan kewangan Yayasan Selangor yang tidak diaudit selama lima tahun di bawah Umno-BN.
“Kita cabar Kerajaan Pusat agar memulakan tindakan tersebut kerana bukan sahaja gagal membentangkan belanjawan yang seimbang sejak 12 tahun yang lalu malah terdapat terlalu banyak kepincangan yang disumbat di bawah kapet.
“Mendesak Tan Sri Dato’ Seri Khalid Ibrahim, mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatan, mereka berkata seolah-olah mereka tidak mempunyai cermin,” sinis beliau. - tvs
13 March 2011
SPRM perlu siasat dana Umno Selangor, YKE biayai pelajar balik Mesir
Kerajaan negeri Selangor menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat punca Umno Selangor dan Yayasan Kelana Ehsan (YKE) memperoleh dana, dipercayai lebih sejuta ringgit, yang digunakan sebagai wang sumbangan kepada pelajar-pelajar yang balik ke Mesir.
Pelajar-pelajar Malaysia yang dibawa pulang dari Mesir menerusi Ops Piramid mula balik ke negara itu sejak minggu lalu untuk meneruskan pengajian, dengan sebahagian mereka menerima sumbangan wang sagu hati.
Kerajaan-kerajaan negeri, agensi kerajaan dan parti politik juga menyumbangkan wang kepada pelajar-pelajar terbabit.
Sambil mempersoalkan kedudukan kewangan Umno Selangor, Setiasuaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin berkata, kerajaan negeri mahu SPRM menyiasat perkara tersebut jika benar suruhanjaya itu bertindak mempertahankan amalan telus dan kebertanggungjawaban.
“Jangan ‘double standard’ hingga akhirnya meletakkan institusi tersebut begitu rendah kredibilitinya,” kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Kata Faekah, kerajaan Pakatan Rakyat menyediakan pelbagai kemudahan kepada hampir 1,200 pelajar dari Selangor termasuk membelanjakan lebih RM2 juta untuk membiayai kos menghantar pulang pelajar ini menggunakan pesawat yang ditempah khas.
“Tidak mahu ketinggalan, Umno juga mahu berjasa dalam isu ini; Yayasan Kelana Ehsan dikatakan turut menyumbangkan wang tunai RM500 kepada pelajar bagi pihak Umno.
“Tindakan Umno Selangor ini menimbulkan kehairanan. Bagaimana sebuah parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan seperti Yayasan Kelana Ehsan mampu menyediakan dana lebih setengah juta ringgit untuk menyalurkan sumbangan ini,” katanya lagi.
Faekah berkata perkara itu menimbulkan tanda tanya memandangkan Umno Shah Alam masih mempunyai hutang tertunggak melebihi RM236,000 dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sejak lebih setahun lalu.
Oleh itu katanya, jika Umno Selangor berkobar-kobar membelanjakan lebih setengah juta untuk sumbangan itu, mengapa tidak pula bersungguh-sungguh untuk melunaskan hutang dengan MBSA.
“Kerajaan Selangor akan meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menyenaraikan semua hutang Umno kepada PBT dan melakukan tuntutan dalam tempoh dua minggu,” kata beliau.
Faekah menambah, selama ini pemimpin-pemimpin Umno ghairah mengkritik, malah sanggup membuat laporan kepada SPRM dengan menuduh kerajaan negeri membelanjakan duit rakyat.
“Mutakhir, menuduh kerajaan negeri menerusi Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) membelanjakan duit rakyat untuk meraikan tetamu-tetamu kerajaan negeri dari Sabah dan Sarawak dalam usaha kerajaan melaksanakan tanggungjawab sosial.
“SPRM pula begitu akur dan bersemangat menjalankan tanggung jawab mereka,” kata beliau.
Sehubungan itu kata beliau, pihak mahu bertanyakan isu yang sama kepada Umno Selangor dari mana mereka dan YKE memperoleh begitu banyak dana untuk membiayai sumbangan ini.
“Apakah aset dan perniagaan yang dijalankan oleh YKE sehingga mampu untuk bekerjasama dengan Umno Selangor menghulurkan sumbangan?” katanya.
19 February 2011
Faekah Husin Menyegat Lagi
Guna wang MBI: Selangor kata biasa, tak janggalTindakan Selangor membelanjakan wang anak syarikatnya Perbadanan Menteri Besar (MBI) bagi tujuan penginapan tetamu merupakan amalan biasa dan bukan sesuatu yang janggal, kata setiausaha politik kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
Faekah Husin berkata, dakwaan Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar itu jelas merujuk kepada tetamu kerajaan dari Sabah dan Sarawak yang mengadakan kunjungan rasmi dan perjumpaan dengan Khalid.
"Memandangkan Noh telah membangkitkan perkara ini kita menggesa beliau mengemukakan bukti bahawa telah wujud penyalahgunaan wang kerajaan dan rakyat.
"Sedikit pun kita tidak berasa gusar kerana kerajaan Selangor khususnya MBI bersikap terbuka dalam hal ini dan sedia disemak oleh Bahagian Audit Dalaman, hatta disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "
Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor didakwa membiayai penginapan kira-kira 500 perwakilan pada Kongres PKR tahun lalu sebanyak RM80,500.
Sambil mendakwa mempunyai bukti invois dan resit, menteri pertanian dan insdustri asas tani itu berkata, ia dikeluarkan oleh MBI bagi membayar tempahan 100 bilik di sebuah hotel di Petaling Jaya ketika kongres tersebut diadakan.
'Hisham politikkan isu polis bantuan'
Noh berkata, Pemuda BN akan membuat laporan kepada SPRM dalam masa terdekat.
Dalam kenyataan pagi ini, Faekah sebaliknya berkata banyak tuduhan yang cuba dilemparkan oleh Noh berkenaan pentadbiran negeri "jelas menunjukkan bahawa beliau terdesak untuk membuktikan dirinya masih relevan di Selangor."
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Faekah menyatakan kekesalannya terhadap sikap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang didakwa mempolitikkan isu permohonan polis bantuan oleh kerajaan negeri.
"Beliau katakan kerajaan negeri tidak pernah menolong membanteras jenayah tetapi dengan masa yang sama menolak pula tawaran kami untuk menyediakan pasukan polis bantuan yang telah dicadangkan sejak Julai 2010.
"nilah akibatnya apabila pemimpin-pemimpin mengutamakan kepentingan politik sebelum kepentingan rakyat.
"Amat menyedihkan apabila tawaran kami yang dibuat berkali-kali ditolak dengan alasan yang lemah dan jelas menunjukkan bahawa keputusan itu dibuat demi menjaga air muka pemimpin BN," katanya.
27 January 2011
Muhyiddin Dan Noh Omar Dangkal - Faekah
Kedua-dua Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Noh Omar didakwa memperlihatkan “kedangkalan ilmu” apabila meminta Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan jawatan menteri besar hanya kerana usaha meminda perlembagaan negeri gagal memperoleh undi dua pertiga Isnin lalu.
“Kenyataan yang dilakukan tanpa berpandukan kepada fakta dan undang-undang menampakkan kedangkalan ilmu seseorang.
“Malang sekali ia dikeluarkan oleh seorang yang masing-masing bergelar timbalan perdana menteri dan menteri kanan persekutuan,” kata Setiausaha Politik kepada Khalid Faekah Husin dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Khalid telah menolak keras gesaan Muhyiddin, timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno, agar beliau meletakkan jawatan Menteri Besar Selangor ekoran kegagalan kerajaan negeri meminda perlembagaan negeri.
Noh juga melahirkan pendirian yang sama sebelum ini.
“Beliau (Muhyiddin) tidak baca undang-undang Parlimen,” kata Khalid menjawab kenyataan sehari sebelum itu di Brunei bahawa seseorang menteri besar yang gagal mendapat sokongan majoriti dalam sidang Dewan Undangan Negeri patut meletak jawatan.
Mengulas lanjut kenyataan Muhyiddin dan Noh, Faekah menyindir, pelajar undang-undang pun maklum bahawa mengikut perlembagaan hanya satu sebab yang memberi alasan untuk memaksa seorang ketua kerajaan meletakkan jawatan.
Noh juga merupakan timbalan pengerusi Umno Selangor.
“Ini disebut dalam Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan yang mana apabila ketua kerajaan berkenaanhilang sokongan majoriti dalam Dewan. Peruntukan yang sama diulang oleh semua undang-undang tubuh negeri di Malaysia,” katanya.
Oleh itu kata Faekah, adalah jelas di Dewan Negeri Selangor pada 24 Januari lalu, Khalid masih mempunyai sokongan majoriti Adun.
Katanya, ia bukan sekadar majoriti mudah atau majoriti biasa walaupun ia bukan majoriti dua pertiga.
“Sokongan yang miliki Tan Sri Khalid Ibrahim ialah 34 daripada 55 ahli Dewan.
“Kita tidak hairan apabila kedua-dua menteri tersebut sanggup merendahkan tahap pengetahuan kerana Umno mahu lari dari isu pokok yang sepatutnya menjadi asas perbincangan,” katanya.
Faekah menambah, rakyat jelas melihat bagaimana Umno sanggup lari daripada tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negeri dan Raja-raja Melayu.
“Malu dengan tindakan biadab mereka tersebut lantas cuba memesongkan dan mengalihkan isu sebenar dengan meminta sesuatu yang sememangnya mereka tidak mempunyai hak.
“Pada mereka semuanya adalah politik kampungan sedang kita begitu serius dalam agenda mempertahankan maruah negeri yang mendapat dokongan rakyat,” katanya.
Faekah juga berkata kerajaan negeri bersedia menyelesaikan kerenah persekutuan sejak 1993 yang gagal dikesan oleh Umno Selangor sejak sekian lama.
Jelasnya, pindaan perlembagaan yang dicadangkan oleh kerajaan negeri gagal kerana Umno-BN enggan menyokong. Kami bersangka baik yang mereka komited dengan cita-cita mempertahankan kedudukan dan peranan Raja-raja.
“Rupa-rupanya Umno-BN hanya menanam tebu di bibir.
“Mereka hipokrit; bertopengkan (slogan) rakyat didahulukan dan ‘Daulat Tuanku’, namun membenarkan kedaulatan negeri dirobek persekutuan,” katanya.
Bagaimanapun ujar Faekah, meskipun kerajaan negeri gagal meminda perlembagaan, namun masih melihatnya sebagai satu hikmah.
“Rakyat dapat melihat dengan jelas kepura-puraan Umno selama ini.
“Apatah lagi perilaku Ketua Pembangkang Umno pada hari tersebut tidak ubah seperti badut sarkas yang membuat lawak di sepanjang sidang Dewan. Bukan sahaja amat memalukan dengan kehadiran tetamu luar termasuk daripihak istana, lebih menjolok mata lagi ia telah merendahkan martabat institusi Dewan, institusi tertinggi negeri Selangor. Umno akan selamanya terhalang dari segi moral untuk memperkatakan soal mempertahan maruah negeri dan rakyat Selangor apatah lagi kedaulatan Raja-raja Melayu,” katanya.
Beliau juga berkata, hakikatnya meskipun Pakatan Rakyat sedih kerana gagal mengembalikan hak negeri dan Sultan, namun Umno jauh “lebih mengecewakan” apabila wakil-wakil rakyat mereka telah menunjukkan mutu pemikiran dan hujahyang sangat rendah.
“Apatah lagi bukan sahaja rakyat Selangor yang melihatnya tetapi seluruh dunia kerana sidang mesyuarat tersebut disiar secara langsung ke seluruh dunia,” katanya. - MI
19 January 2011
Pelik Bila Peguam Negara Suruh Khir Diam
Dr Khir: Peguam negara arah saya diam
Dr Mohd Khir Toyo enggan menjawab sebarang dakwaan mengenai dakwaan pemberian projek bernilai RM273 juta secara runding terus kepada sebuah syarikat ketika beliau menjadi menteri besar Selangor sebelum ini."Saya telah diarah oleh AG (peguam negara) untuk diam (berhubung dakwaan itu)," katanya melalui SMS kepada Malaysiakini hari ini.
Semalam, setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin mendakwa beberapa syarikat milik seorang tertuduh dalam kes melibatkan tuduhan rasuah ke Dr Khir didakwa menerima projek lebih RM273 juta dalam tempoh pentadbiran BN.
Pendedahan mengejutkan itu melibatkan lima kontrak yang didakwa telah diberikan secara rundingan terus kepada syarikat-syarikat milik Shamsudin Hayroni.
Sementara itu, menulis di blognya hari ini, Dr Mohd Khir berkata, buat masa ini beliau tidak akan menjawab kenyataan Faekah kerana ia boleh menjadi subjudis kepada kesnya yang akan dibicarakan Jun nanti.
"Ini merupakan kali pertama saya tidak menjawab sebarang tuduhan yang dilemparkan kepada saya kerana telah terikat dengan kes mahkamah dan mengelakkan sebarang keadaan yang boleh menjejaskan pembelaan saya," katanya.Dr Mohd Khir juga mempersoalkan keikhlasan kerajaan negeri untuk membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), seperti yang didakwa Faekah.
"Jika mahu mencari kebenaran mereka sepatutnya mendedahkan berbulan yang lalu agar saya dapat menjawabnya bukannya sekarang ketika mana mereka tahu saya terpaksa mendiamkan diri," katanya.
"Ini merupakan tindakan bacul dan tidak bermaruah kerajaan negeri Selangor."
Sehubungan itu, ADUN Sungai Panjang itu menyifatkan "serangan" daripada pejabat menteri besar padanya saya kali ini "tidak lebih cuba menunjuk jaguh kepada orang buta."
"Itu sahajalah kemampuan kerajaan yang penuh dengan kacau bilau, pembohongan dan pendustaan," sindirnya lagi dalam artikel berjudul 'Menyerang Si Buta yang Tidak Bertongkat'.
18 January 2011
Khir Toyo beri projek RM244 juta kepada tertuduh bersama kes rasuahnya
Selangor mendakwa Dr Mohd Khir Toyo pernah menganugerahkan lima tender secara langsung bernilai RM244 juta kepada pengarah Ditamas Shamsuddin Haryoni ketika beliau masih menerajui kerajaan negeri.
Kedua-dua Dr Khir (gambar) dan Shamsuddin merupakan defendan dalam kes rasuah menerima dua lot tanah daripada Shamsuddin pada harga RM3.5 juta sedangkan ia bernilai RM6 juta pada 2007.
Setiausaha politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, butiran tender langsung ini didedahkan kepada umum bagi mengelakkan spekulasi dan andaian negatif terhadap kerajaan negeri semasa apabila perbicaraan Dr Khir berlangsung Jun ini.
“Kerajaan negeri percaya bahawa maklumat ini akan membantu pihak berkuasa dalam siasatan mereka,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini.
Faekah menambah, pentadbiran Dr Khir juga ada menganugerahkan dua projek kepada syarikat dimiliki Shamsuddin, masing-masing bernilai RM30 dan RM14 juta, yang telah dibatalkan oleh kerajaan negeri tahun lalu.
Beliau berkata pendedahan maklumat itu adalah penting bagi memastikan kerajaan Selangor dan kakitangannya tidak dikaitkan kan dengan perbicaraan Dr Khir kelak.
Awal bulan lalu, Dr Khir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan mendapatkan dua lot tanah di Seksyen 7 Shah Alam pada harga yang lebih rendah daripada nilai pasaran.
Dr Khir, 45, didakwa mendapatkan tanah tersebut bagi dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di alamat No 8 & 10, Jalan Suara 7/1L di sini daripada Shamsuddin yang diketahui ada hubungan dengan kerja rasminya pada harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah tersebut telah dibeli oleh syarikat tersebut pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu pada 29 Mei 2007, di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.
Dalam kenyataan hari ini, Faekah juga berkata kerajaan negeri Selangor yang kini ditadbir Pakatan Rakyat tidak terlibat dengan pemberian projek secara runding terus kepada syarikat-syarikat dimiliki Shamsudin.
Katanya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 16 Disember lalu telah membuat keputusan supaya maklumat tentang jenis projek dan nilai projek yang diberikan kepada syarikat milik Shamsuddin didedahkan untuk pengetahuan umum.
“Sebanyak lima projek runding terus telah diberikan kepada Majulia Sdn Bhd dengan nilai projek berbeza,” katanya lagi.
Projek-projek itu ialah pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 Fasa 1 dengan nilai RM22,880,000, kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 fasa 2 dengan nilai RM61 juta, cadangan mereka bentuk, membina dan menyaipkan bangunan Perpustakaan Selangor Maju bernilai RM71,080,000, membina dan menyiapkan jalan dari Simpang B15/B11 Lama Daerah Sepang bernilai RM73,750,871.53 dan cadangan projek pembangunan sebuah stadium terbuka, sebuah pencawang elektrik, dua kebuk dan satu unit loji kumbahan atas sebahagian tapak Kompleks Sukan atas tanah kerajaan mukim Dengkil bernilai RM14,999,000.
“Sementara itu, dua lagi syarikat milik Shamsuddin iaitu Getrahome Sdn Bhd dan Kanasutra Sdn Bhd telah diberikan projek secara penswastaan,” jelas beliau.
Getrahome Sdn Bhd mendapat projek pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah seluas 134.57 ekar mukim Dengkil, Daerah Sepang bernilai RM16 juta pada 2000 dan Kanasutra Sdn Bhd pula diberikan projek cadangan pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah kerajaan lot 5395 dan 5396 Mukim Dengkil pada 2005 bernilai RM14 juta.
“Bagaimanapun, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 27 Januari 2010 telah membatal dan menarik balik projek berkenaan,” katanya.
Jelas beliau, langkah itu juga sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban pentadbiran yang didokong oleh Pakatan Rakyat yang sama sekali menolak sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin dan ahli politik demi kepentingan peribadi.
08 January 2011
Awang Selamat Yang Biadab Dan Berniat Jahat
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menempelak sikap wartawan akhbar Utusan Malaysia, Awang Selamat yang mengulas isu perlantikan SUK Selangor.
Katanya, seorang yang berfikiran waras akan memahami soal perlantikan SUK tidak langsung timbul isu penderhakaan terhadap Sultan Selangor seperti yang cuba digambarkan Awang Selamat.
Ianya hanya membabitkan masalah pentadbiran antara kerajaan Selangor dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) apabila KSN tidak bertindak profesional dengan membelakangkan Menteri Besar selaku ketua eksekutif.
Isu tersebut jelasnya bertambah rumit apabila pilihan terbaik menurut meritokrasi, kemampuan, pengalaman dan kekananan dalam jawatan diketepikan begitu sahaja.
"Tulisan Awang Selamat atas tema 'biadab', sungguh tidak bertanggungjawab dan berniat jahat.
"Jelas ia bertujuan melaga-lagakan pihak Istana dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor,"katanya dalam satu kenyataan.
Beliau mengulas tulisan wartawan Utusan itu dalam keluaran akhbar itu Ahad lalu.
Tambahnya lagi, Awang Selamat juga sepatutnya ingat bahawa DYMM Sultan Selangor sedia mengambil maklum bahawa kerajaan Umno BN lah yang telah menghakis kekuasaan Raja-raja Melayu sejak krisis Perlembagaan 1993.
Beliau juga mahu wartawan akhbar pro Umno itu membaca kembali laporan Berita Harian, pada 19 Januari 1993, menyiarkan berita seorang ahli parlimen dari Perak yang mengingatkan raja-raja supaya mengambil kira suara rakyat jika mahu kekal lama.
"Bagi mengingatkan Awang, akhbar yang sama pada 16 Januari 1993 turut melaporkan seorang Menteri Besar pernah mendesak para ulama dan ilmuan Islam menasihati raja-raja Melayu tentang keperluan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk memansuhkan kekebalan raja-raja.
"Ahli Parlimen dari Pahang pula dengan tega memberi tempoh 30 hari kepada raja-raja bagi memikirkan semula pendirian mereka berhubung pindaan tersebut," katanya memberi peringatan.
Membidas sikap Awang Selamat yang didakwa 'tidak ubah sebagai pecacai Umno', beliau memberitahu Pakatan Rakyat sentiasa menjunjung penuh kedaulatan DYMM Sultan Selangor yang menjadi tempat rakyat berlindung dan mencari keadilan.
Titah Tuanku Sultan Selangor ketika Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran kepada DY Teramat Mulia Raja Muda pada 6hb Januari juga katanya sangat mengujakan.
"Tuanku dengan jelas menjawab Awang dan pihak-pihak yang cuba menangguk di air keruh bahawa tohmahan mereka salah.
"Baginda bertitah bahawa baginda begitu akrab dan mesra dengan Datuk Menteri Besar Selangor, nasihat-menasihati antara satu sama lain, bertukar-tukar fikiran dalam banyak hal dan perkara," katanya lagi.
Selain utusan, turut ditempelak adalah NGO Gaps dan Perkasa dan beliau mahu kesemua mereka menghentikan taktik 'kotor' tersebut.
"Amat menghairankan di mana hilangnya ketegasan Menteri Dalam Negeri dalam situasi bahaya ini. Mengapa Awang Selamat dibiarkan merapu dan berkeliaran umpama maling gila merosak keamanan?" soalnya.



