BlogList Malaysia
Showing posts with label azizan razak. Show all posts
Showing posts with label azizan razak. Show all posts

08 February 2013

Azizan bakal senasib Nasharudin?

ALOR SETAR - Kehadiran Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada majlis pelancaran program My Beautiful Malaysia peringkat Kedah, yang dilancarkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, di Taman Rekreasi Gunung Keriang, kelmarin mengundang pelbagai reaksi.

Difahamkan, terdapat segelintir pemimpin Pas tidak senang dengan tindakan Azizan yang dilihat ‘mesra’ dengan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) pada majlis itu.


Malah beberapa blog tempatan ‘menyerang’ Azizan sehingga menimbulkan spekulasi konon Azizan bakal menjadi mangsa selepas bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, gara-gara tindakan Pas Pusat yang dilihat mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpin parti yang menjalin hubungan mesra dengan pemimpin BN.

Kemesraan Azizan dengan Chee Heung serta Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dipolitikkan pihak tertentu, sehingga wujud persepsi konon hayat politik Azizan akan menerima nasib sama seperti Nasharuddin.

Azizan ketika dihubungi bagaimanapun tidak melatah, sebaliknya menyifatkan perkara itu tidak wajar dipolitikkan kerana ia isu sejagat.

“Itu pemikiran cetek, saya sokong program gotong-royong itu, bukan sokong perjuangan parti politik selaku penganjur program itu,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menyambut baik program anjuran kerajaan pusat itu kerana amalan gotong royong perdana seperti itu sudah lama diamalkan di Kedah.

“Polisi kerajaan negeri itu sama dengan agenda program anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ia bukan satu kesalahan. Lagi pun saya hadir sebagai ketua kerajaan setelah dijemput oleh penganjur,” katanya.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sudah mendahului kerajaan BN (Pusat) dalam memperkenalkan program seumpama itu kerana program gotong-royong adalah sebahagian dasar kerajaan yang diperkenalkan pada 2008.

“Saya sekadar mahu menggalakkan belia dan masyarakat sertai program gotong royong kerana banyak manfaatnya. Saya cuma menggalakkan usaha baik seperti itu di Kedah,” katanya.

Menurutnya, ia bukan suatu isu dan kehadiran beliau ke program terbabit tidak wajar dipolitikkan.

“Ini isu alam sekitar bersifat universal melangkaui sempadan politik, tidak timbul isu dan tak wajar dijadikan isu,” katanya.

- SinarHarian


Read More...

29 October 2012

Bapak Beruk Mengamuk..

Mahdzir Khalid menyelar kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang menyifatkan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang seperti beruk atas pokok cermai."

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) itu berkata, sebagai Menteri Besar, Azizan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Dia (Azizan) kata Ketua Pemuda Gerakan ‘beruk atas pokok cermai’, mana boleh kata macam tu.


“Jangan cakap orang seperti itu sebab dia tu seorang ulamak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Semalam, Sinar Harian melaporkan bahawa Azizan mengibaratkan Ketua Pemuda Gerakan ibarat "beruk atas pokok cermai."

Laporan itu menyebut, Azizan menyifatkan tindakan Keng Liang yang berterusan mendesaknya membuat penjelasan mengenai perkara yang dibangkitkan sebagai politik tidak matang.

Azizan secara berseloroh menggadaikan situasi Keng Liang yang sering mendesak beliau umpama pepatah Melayu ‘jangan usik beruk atas pokok cermai’.

“Beruk atas pokok cermai, dia tengok kita dan usik kita, jika kita pun sama layan dia, dia lagi syok goncang pokok sampai habis jatuh buah dan daun cermai. Jadi tak payahlah layan, jika kita layan sampai bila pun tak habis,” katanya.


Read More...

MB Kedah dicabar akui kerugian

PEDU - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dicabar mengakui kerugian projek pembalakan di Papua New Guinea.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Azizan perlu mengakui projek pembalakan yang bernilai jutaan ringgit di Papua New Guinea adalah merugikan berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dikeluarkan baru-baru ini.

“Kalau dah rugi berniaga pembalakan sampai berjuta-juta ringgit, mengaku sajalah.


“Dia sebagai MB mana boleh kata saya tak tahu. Ketika itu Kedah Corporation Berhad (KCB) adalah di bawah kelolaan MB. MB kena bertanggungjawab kepada projek perniagaan itu,” katanya kepada Sinar Harian selepas menyempurnakan majlis korban perdana di Masjid Felda Lubuk Merbau di sini, semalam.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah berkata, Azizan tidak seharusnya mencari kesalahan orang lain apabila diri sendiri melakukan kesalahan.

“Hari ini (semalam) dalam surat khabar dia kata nak dedah projek BN yang sakit. Projek itu ada, tapi dia langsung tak ada, tapi rugi berjuta-juta ringgit

“Maknanya dia patut bertanggungjawab. Saya cabar dia mengakulah projek itu rugi,” katanya.

Mengenai projek padang golf di Langkawi, Mahdzir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pedu berkata, sepatutnya projek itu diteruskan oleh Kerajaan Negeri setelah BN tewas dalam pilihan raya umum ke-12 (PRU-12) pada 2008.

“Projek itu sebenarnya sedang berjalan tapi sampai 2008 kita kalah, dia menang. Sepatutnya dia sambung projek itu, tapi dia tak sambung.

“Dia tak nak sambung sebab dalam itu ada tanah Melayu Islam Kedah (MIK) dan tanah Kerajaan Negeri yang perlu digabungkan untuk buat padang golf. Tapi dia tak sambung,” katanya.

Katanya, niat BN pada ketika itu adalah untuk membangunkan sebuah padang golf bertaraf antarabangsa agar orang ramai boleh mengadakan pertandingan di situ.

“Tapi hari ini (semalam), dia kata projek ini tak berjaya. Sebenarnya bukan tak berjaya, tapi sebab kita kalah dalam PRU12 pada tahun 2008, kita tak dapat sambung sebab dia dah jadi kerajaan,” katanya.

Kelmarin akhbar ini melaporkan, Kerajaan Negeri terpaksa menanggung hutang yang ditinggalkan BN sejak mengambil alih pemerintahan.

Laporan itu menyebut, Azizan mengambil pendekatan ‘menyerang balik’ pemimpin BN yang sejak kebelakangan ini sering menyalahkan Kerajaan Negeri, terutama dirinya berhubung dakwaan penyelewengan berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Beliau yang sebelum ini mengambil sikap berdiam diri, kini mendedahkan empat projek bawah kerajaan BN yang gagal sehingga menyebabkan Kerajaan Negeri menanggung hutang.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/mb-kedah-dicabar-akui-kerugian-1.98532


Read More...

28 October 2012

Azizan Razak Dah Kena Guna-Guna Ke Nasi Kangkang?

MB Kedah pertahan tindakan SUK Kedah

SUK Datuk Rasli Basir

ALOR SETAR - Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Rasli Basir tidak mengamalkan nepotisme berkaitan projek di Pulau Bumbun Besar, Langkawi.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, ia bukan bermaksud mempertahan Rasli, sebaliknya maklumat yang tidak tepat disebarkan hingga menjadi bualan panas dalam blog tempatan kebelakangan ini.

“Tak betul, saya bukan nak bela dia dalam perkara ini, tetapi ramai yang mendapat maklumat salah. Tambahan pula, Rasli tiada kuasa untuk luluskan perkara itu kerana ia perlu dibuat melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen),” katanya.


Beliau berkata, permohonan kelulusan tanah dan membangunkan projek di pulau itu dibuat oleh sebuah syarikat milik penuh Bumiputera beribu pejabat di Kuala Lumpur.

“Setiap pelabur di Kedah yang ingin membuat pelaburan hendaklah membuat permohonan melalui Upen, yang seterusnya membawa cadangan itu ke State Planning Comittee (SPC), di mana saya adalah pengerusinya,” katanya.

Menurutnya, secara kebetulan salah seorang anak saudara Rasli bekerja di syarikat terbabit menyebabkan tuduhan dilemparkan kononnya dia mengamalkan nepotisme.

“Jika begitu susahlah, ada sahaja pertalian saudara, dianggap amal nepotisme. Contohnya saya dengan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Puat Mohd Ali, dia adik sepupu saya, takkan dia perlu berhenti kerja kerana dia naik pangkat sebelum saya jadi Menteri Besar lagi. Itu tanggapan yang tidak adil,” katanya.

Azizan berkata, semua pihak perlu bersikap adil dalam perkara ini dan beliau sudah pun membuat penjelasan kepada Ahli Majlis (Pas) berhubung perkara itu.

Isu mengenai Pulau Bumbun Besar mula diperkatakan apabila blogger tempatan mendedahkan penglibatan saudara Rasli dalam cadangan projek pembangunan Pusat Peranginan dan Rekreasi Antarabangsa terkemuka di Asia.

Berdasarkan dakwaan itu, Rasli berhasrat memiliki pulau itu bagi membangunkan projek mega bernilai RM1.2 bilion, melibatkan pengambilan tanah (syarat pertanian) milik Kerajaan Negeri berkeluasan 64 hektar.

Bagaimana pun, difahamkan projek itu tidak menjadi kenyataan apabila permohonan ditolak Kerajaan Negeri. Ini menyebabkan pihak berkepentingan kecewa dan marah, khususnya terhadap Azizan sehingga timbul isu mengaitkan Rasli dan kroninya membuat onar dalam pentadbiran sebagai membalas dendam.

Laporan dari Pejabat Tanah Langkawi mendapati, sebelum permohonan syarikat terbabit, sudah ada pihak lain berminat ke atas tanah di pulau itu sejak 1991.

Pihak terbabit turut membuat permohonan rasmi untuk mendapat kelulusan Pejabat Tanah Langkawi namun tidak diproses kecuali diluluskan sebidang tanah (geran individu) berkeluasan antara 6.7-6.8 hektar di tengah-tengah pulau itu.

Mengulas kemungkinan satu lagi demonstrasi aman diadakan dalam masa terdekat bagi mendesak Rasli meletak jawatan, Azizan berkata, itu hak masing-masing untuk menyatakan pandangan mereka.

“Itu hak mereka, saya tak boleh halang. Masing-masing ada hujah tersendiri, saya bukan mahu pertahan Rasli tapi kedua-dua pihak ada alasan masing-masing kenapa mereka bertindak begitu,” katanya.


Read More...

25 October 2012

Azizan Razak Bongkar Penyelewengan Umno Kedah

Akhirnya, Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak mengambil pendekatan ‘menyerang balik’ pemimpin Barisan Nasional (BN) yang sejak kebelakangan ini sering menyalahkan Kerajaan Negeri, terutama dirinya berhubung dakwaan penyelewengan, berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Beliau yang sebelum ini mengambil sikap berdiam diri, kini tampil mendedahkan empat projek di bawah kerajaan BN yang gagal sehingga menyebabkan Kerajaan Negeri menanggung beban hutang yang banyak.

“Saya dan pegawai Kerajaan Negeri asyik diserang konon seleweng projek, kali ini saya dedahkan empat projek besar yang ada kaitan dengan penyelewengan kerajaan terdahulu. Adakah kali ini mereka akan nafi? Saya sudah letih tanggung beban (hutang) atas kesilapan kerajaan BN sebelum ini,” katanya.


Menurutnya, projek yang dimaksudkan itu ialah projek 99 East Langkawi, ternakan udang di Kerpan, Yayasan Islam Negeri Kedah dan Projek Jerai Internasional Park.

Azizan berkata, projek 99 East Langkawi bermula sejak 2007 dengan "joint venture agreement" dan "shareholders agreement" ditandatangani antara Kedah Corporation Berhad (KCB) dengan Terra Monda Development Pte Ltd pada Februari 2007, bagi membangunkan Bukit Malut membabitkan 144 hektar tanah Permodalan Kedah Berhad (PKB).

“Komposisi pegangan dalam usahasama ini adalah 80-20 peratus dengan Terra Monda (51 peratus dimiliki pelabur Swiss) dan 20 peratus KCB untuk membentuk syarikat yang dinamakan 99 East Langkawi Sdn Bhd.

“Melalui perjanjian itu, KCB perlu sediakan tanah dan seterusnya pindahkan tanah itu kepada 99 East Langkawi Sdn Bhd dan Terra Monda selaku pelabur akan biayai kos dan pelaksanaan pembangunan,” katanya.

Bagaimana pun, terma perjanjian itu didapati berat sebelah dengan nisbah keuntungan tidak seimbang, tambahan pula KCB menjanjikan tanah yang bukan miliknya.

“Pengurusan Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) enggan memberi Power of Attorney kepada 99 East Langkawi demi untuk menjaga kepentingan Kerajaan Negeri. Itu kesilapan besar kerajaan BN sebab janji nak bagi tanah bukan miliknya, sebab itu kita tidak benar penyerahan tanah itu,” katanya.

Azizan berkata, projek ini ada kaitan dengan orang kanan politik BN ketika memegang jawatan Pengerusi KCB ketika Kedah diterajui Mahdzir Khalid.

“Sebahagian wang sudah dibayar kepada pengurusan dahulu, dan setelah dinilai semula ia tidak rasional untuk diteruskan. Kita sedang berunding dengan Terra Monda dari semasa ke semasa bagi menamatkan perjanjian secara amicable,” katanya.

Projek ternakan udang di Kerpan juga menemui kegagalan, di mana perjanjian pengurusan projek pada Disember 2007 dibuat antara Kedah Agro Industries Marketing Bhd (KAIMB) dan Kedah Aquaculture Sdn Bhd (KASB - 2012 diambil alih oleh SKS Reality Sdn Bhd ).

“Pada Jun 2012, KASB menang saman RM2.16 juta ke atas KAIMB, babitkan kos dan keuntungan bersih KASB layak terima daripada jumlah hasil jualan udang RM6 juta (2007), tetapi tidak dimasukkan dalam akaun projek itu,” katanya.

Azizan mempersoal ke mana hilangnya keuntungan terbabit yang sepatutnya diagihkan 60-40 peratus tetapi Kerajaan Negeri tidak pernah menerima duit itu.

“Keuntungan 40 peratus itu kita tak pernah terima, ini suatu penyelewengan. Sekarang Kementerian Kewangan mahu saman RM2 juta sebab agihan tidak dibuat, sedangkan kita pun tak terima. Saya harap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat kes ini termasuk kerajaan BN terdahulu,” katanya.

Menurutnya, pihaknya mahu tahu ke mana hilangnya keuntungan itu di mana syarikat terbabit dikendalikan oleh individu yang rapat dengan bekas Menteri Besar sebelum ini.

“Peguam telah failkan rayuan pada Julai 2012 namun tarikh belum ditetapkan. KAIMB juga belum bayar apa-apa kepada KASB,” katanya.

Azizan turut kesal apabila kerajaan PR kini terpaksa membayar hutang RM11 juta kepada syarikat Long Island, ekoran kegagalan usahasama Yayasan Islam Negeri Kedah.

“Saya tidak terlibat dalam usahasama ini, tetapi sebagai Menteri Besar sekarang, saya perlu lunaskan tuntutan sayarikat itu. Kita terpaksa tebang balak untuk bayar hutang kerajaan BN sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, kes ini membabitkan usahasama dengan syarikat Cayman Development, atas tanah 200 ekar di Tandop untuk bangunkan kawasan industri dan perumahan.

“Cayman gagal laksana dan ketika itu Syed Razak arahkan projek diserah kepada pemaju lain iaitu Long Island untuk tebus tanah dari bank. Ada 15 lot industri tak terlibat akhirnya dibuat perumahan dan Long Island saman kita sebab tanah itu masih hak dia,” katanya.

Azizan berkata, apabila disiasat, pegawai berkenaan mengatakan mereka diarah pemimpin politik ketika itu menyebabkan tanah berkenaan tidak diubah syarat di mana dua geran untuk satu tapak.

Projek lain yang turut menimbulkan keraguan ialah Projek Jerai Internasional Park di Tupah atas tanah 1145 ekar, usahasama antara syarikat dari Qatar dengan PKB.

“Berdasarkan perjanjian 40-60 (PKB/Qatar), tetapi PKB tak lantik perunding untuk tindakan lanjut menyebabkan mereka tuntut RM2.2 juta kerana tidak patuhi perjanjian. Kes ini masih dalam rundingan,” katanya.


Read More...

04 September 2012

Azizan Rak Bakal Disingkirkan Dari Kerusi Menteri Besar Kedah

Laporan penuh Sinar Harian hari ini :-

Spekulasi Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bakal digantikan kembali diperkatakan kebelakangan ini ekoran masalah kesihatan yang dialaminya.

Memetik laporan sebuah portal berita, Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar yang juga Ahli Jawatankuasa Pemandu mengesahkan,o kemungkinan Azizan digantikan sekiranya ada calon yang sesuai dikenalpasti.

Difahamkan, pemimpin Pas Pusat sudah mengadakan beberapa perbincangan untuk mencari calon sesuai menggantikan Azizan.


Sebuah laman blog (Kedah Ke KL) pula mendakwa, masalah kesihatan Azizan dijadikan alasan oleh pemimpin Pas yang berpengaruh untuk menyingkirkan Azizan daripada jawatan Menteri Besar, manakala sebuah blog (Unit Media Kedah) melaporkan Azizan kini dikelilingi pemimpin yang mahukan jawatan beliau termasuk Exco Kerajaan Negeri.

Mengulas perkara itu, pemimpin Pas kanan yang juga Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul menafikan spekulasi itu, selain menyifatkan ianya hanya khabar angin.

"Tidak ada perbincangan dibuat oleh pemimpin Pas Kedah mahupun Pusat untuk gantikan Azizan dengan pemimpin lain. Saya juga tidak dimaklumkan oleh mana-mana pemimpin Pusat berkenaan perkara itu,” katanya.

Menurutnya, keyakinan yang ditunjukkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika mengunjungi Azizan di hospital baru-baru ini, menepis spekulasi terbabit, di mana Azizan dikatakan masih mampu menerajui Kedah.

“Mustafa sendiri akui Azizan mampu mempengerusikan mesyuarat penting walaupun diadakan di hospital. Ini bermakna Azizan masih mampu terajui Kedah walaupun masih dalam proses rawatan,” katanya.

Mohamed Taulan berkata, Azizan perlu mendapat rehat secukupnya tanpa gangguan. Keadaan ini perlu bagi membolehkan beliau pulih dengan cepat dan kembali bertugas secara rasmi.

“Keadaan Azizan semakin baik, beliau bukan sahaja hadir pada Rumah Terbuka Pas Kedah Sabtu lalu, malah dijadualkan mempengerusikan mesyuarat Exco esok, (Rabu, 5 September) ini,” katanya.

Menurutnya, walaupun keadaan Azizan semakin positif, namun hanya saudara terdekat dan pegawai kanan Azizan dibenarkan berjumpa dengannya.

“Saya sendiri belum berjumpa Azizan sejak beliau dimasukkan ke Kedah Medical Centre (KMC),” katanya.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Mohamad Helmi Mohd Khalid ketika dihubungi, mengesahkan mesyuarat Exco yang dijadualkan esok akan menjadi perjumpaan rasmi pertama dengan barisan Exco sejak beliau mengalami masalah kesihatan.

“Sejak dimasukkan ke KMC, Azizan tidak dibenarkan menerima kunjungan pelawat bagi membolehkan beliau rehat secukupnya,” katanya.

Azizan dilaporkan berada di KMC sejak 22 Ogos lalu.


Read More...

18 July 2012

MB Kedah arah jual saham Felda Global dibeli PKNK

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) menjual saham milik perbadanan itu dalam Felda Global Ventures Holdings (FGVH), yang dibeli tanpa pengetahuan beliau sehingga menimbulkan isu seolah-olah pendirian Kerajaan Negeri berhubung penyenaraian syarikat Felda itu di bursa saham bertentangan dengan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang lain.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi meredakan salah faham dalam kalangan penyokong pembangkang seolah-olah Kerajaan Kedah tidak sensitif dengan isu berkenaan.


"Jika ada mana-mana pihak yang anggap begitu (tidak sensitif) sebenarnya tidak betul. Walaupun MB (Azizan) Pengerusi PKNK, namun dalam isu pembelian saham FGVH, beliau tidak dimaklum langsung. Keputusan itu dibuat oleh pengurusan PKNK sendiri. MB hanya dimaklumkan selepas pembelian dibuat dan beliau terus mengarahkan supaya saham-saham itu dijual kerana menyedari ia boleh menimbulkan salah faham terhadap Kerajaan PR Kedah," katanya.

Menurut Muhammad Sanusi, pendirian Azizan dalam isu berkenaan adalah selari dengan kepimpinan Pas yang lain iaitu menentang penyenaraian syarikat Felda di bursa saham.

"Ini terbukti apabila beliau menolak cadangan Permodalan Kedah Berhad (PKB) yang juga mahu membeli saham FGVH," katanya.

Namun kata Muhammad Sanusi, situasinya berbeza apabila setiap keputusan yang membabitkan kewangan PKB perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Menteri Besar tetapi tidak begitu dalam peraturan operasi PKNK.

Menteri Besar adalah pengerusi dalam kedua-dua syarikat milik kerajaan negeri itu.

"PKNK dalam pembentangan belanjawannya sebelum ini memang ada menyatakan cadangan mahu membeli saham tetapi tidak dinyatakan saham apa dan cadangan itu diluluskan oleh lembaga pengarahnya,"katanya.

Muhammad Sanusi berkata, pihaknya tidak bermaksud mahu menyalahkan pengurusan PKNK ataupun menjadikan pihak berkenaan sebagai 'kambing hitam'.

- Sinar Harian


Read More...

14 May 2012

PANAS - Pemuda Tolak Azizan Razak.. Pas Kedah Akan Kalah..

    PANASSS MENDIDIH BEB!!!... KEDAH AKAN JATUH KETANGAN UMNO/BN SELEPAS PRU 13 SEPERTI DIJANGKAKAN OLEH PARA PEMIMPIN MEREKA.....PAS KEDAH LANGSUNG TIADA PASUKAN YANG MENGGERAKKAN KERJA PARTI NANTI!!!!.. PEMUDA PAS BOIKOT MB KEDAH YAB DS AZIZAN RAZAK!!!!

Pergolakkan dalam saf kepimpinan PAS Kedah yang dihebohkan baru-baru ini betul-betul mengancam peluang PAS/PR mengekalkan kedudukan parti itu pada PRU 13 nanti....

Pemuda PAS yang secara jelas dan terang dan menjadi rahsia umum kurang menyokong kepimpinan DS Azizan Razak....ini dibuktikan apabila satu himpunan Pemuda PAS sebagai mempersiapkan jentera parti menghadapi PRU 13 nanti di Stadium Guar Cempedak yang dirasmikan Menteri Besar Kedah, YAB Datuk Seri Azizan Razak telah diboikot oleh sayap parti itu....

Tak caya?....sila lihat foto-foto sebagai bukti bukan cakap pakai air liur basi....






Nampaknya kasyaf para pemimpin UMNO yang Kedah akan jatuh ketangan UMNO akan menjadi kenyataan...

PSST... WAHAI JUAK-JUAK UMNO.. OK TAK AYAT-AYAT BODEK SAYA INI...


Read More...

19 March 2012

PAS Kedah Masih Bergolak??

Sanusi diam tapi Phahrolrazi kata konspirasi 'pihak ketiga' wujud

Di sebalik usul Pemuda PAS Kedah mahu merombak semua ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Negeri menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Usul tergempar itu dikatakan untuk menyingkir Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah I Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh (Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah II) dari jawatan masing-masing.

Walaupun Menteri Besar Kedah merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Seri Azizan Razak telahpun menolak usul tersebut sekarang, tindakan itu lebih dilihat sebagai tindakan "psikologi balikan" untuk memulihkan imej peribadinya sahaja.


Ini kerana, pentadbiran Azizan yang dikatakan "mesra Umno" serta bersifat kurang demokratik sebelum ini oleh khalayak telah mendesak campurtangan PAS Pusat hatta ditubuhkan Jawatankuasa Pemandu di negeri berkenaan.

Usul kontroversi itu bagaimanapun masih belum mendapat reaksi Ketua Pemuda PAS Kedah Ahmad Yahaya serta timbalannya Mohammad Sanusi Md Noor.

Sanusi yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah mungkin tahu siapakah dalang sebenar yang cuba ingkar dengan keputusan Jawatankuasa PAS Pusat mahu dua Exco (Phahrolrazi dan Dr Ismail) kekal dalam kepemimpinan kerajaan negeri dan PAS negeri.

Beliau juga mungkin tahu siapakah dalang di sebalik kenyataan "psikologi balikan" yang begitu menyerlah pada tindakan Azizan semalam.

Hakikat mengenai perenan Pemuda PAS Kedah sebagai pihak ketiga di sebalik konspirasi ini turut mendapat reaksi spontan serta seakan diakui Phahrolrazi sendiri.

"Saya fikir Dewan Pemuda PAS tidak memahami apa yang berlaku dalam isu ini dan saya juga berasakan tidak semua pemimpin kawasan benar-benar faham.

"Usul ini dibawa hasil perancangan pihak ketiga yang mahu ia berlaku," ujarnya.

Pun begitu, Phahrolrazi tetap menyuarakan pendapat yang positif mengenai Azizan demi memulihara imej Islam, parti dan kerajaan negeri. -END

http://faqar.blogspot.com/2012/03/sanusi-diam-tapi-phahrolrazi-kata.html


Read More...

06 March 2012

Selama Ini Azizan Razak Tadbir Kedah Secara Tak Betul Ke? Banyak Penyelewengan??

Jawatankuasa Pemandu ditubuh pantau Azizan tadbir, urus negeri

KUALA LUMPUR: Krisis dalaman kerajaan Kedah berikutan penolakan dua EXCO terhadap pentadbiran Datuk Seri Azizan Abdul Razak memaksa PAS menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu yang akan bertanggungjawab memantau Menteri Besar mentadbir dan menguruskan negeri, sekali gus mengehadkan kuasanya.

Walaupun kemelut itu dilihat selesai selepas dua EXCO terbabit, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh bersetuju menyertai semula barisan EXCO negeri, jawatankuasa berkenaan antara lain berfungsi memberi pandangan mengenai apa yang dirasakan perlu oleh PAS Pusat dalam tugas Azizan mengurus dan mentadbir Kedah.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini, semalam selepas diputuskan oleh mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Alor Star, pada Sabtu lalu.


Bagaimanapun, Phahrolrazi ketika mengumumkan keputusan beliau dan Dr Ismail menyertai barisan EXCO negeri di Alor Star petang semalam, berkata jawatankuasa itu akan berfungsi sebagai kuasa pemutus tertinggi, sekali gus membolehkan sebarang percanggahan pendapat di kalangan EXCO, termasuk dengan Menteri Besar diselesaikan di peringkat jawatankuasa itu.

Namun, Mustafa ketika ditanya mengenai peranan jawatankuasa itu menjelaskan ia tidak akan mencampuri urusan pentadbiran Menteri Besar secara terus tetapi akan memberikan pandangan dalam beberapa perkara yang dirasakan perlu oleh PAS Pusat.

"Kita tidak campur pentadbiran secara ‘per se’ (secara khusus). Tidak boleh campur, tetapi kita boleh berikan pandangan mengenai perjalanan (pentadbiran) negeri itu. Kerajaan yang kita (PAS) pimpin itu atau yang kita terbabit secara langsung (bertanggungjawab) maklumkan program yang dijalankan dan kita boleh beri pandangan kita," katanya pada sidang media yang turut dihadiri dua Naib Presiden PAS, iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.
Beliau berkata, keanggotaan jawatankuasa berkenaan akan diputuskan dalam mesyuarat parti pada 12 Mac ini.

Kemelut dalam pentadbiran PAS Kedah bermula dua minggu lalu apabila Phahrolrazi, yang juga EXCO kanan bersama Dr Ismail menolak untuk dilantik semula ke jawatan itu beberapa hari sebelum majlis angkat sumpah jawatan berlangsung di Istana Anak Bukit.

Berikutan itu, pelbagai usaha memujuk mereka menerima semula pelantikan tetapi Phahrolrazi dan Dr Ismail bertindak berani apabila menetapkan syarat kepada Menteri Besar untuk dilantik semula ke jawatan itu.

Keengganan mereka menyertai barisan EXCO Azizan dikatakan ada kaitan dengan desakan daripada penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PAS atau kumpulan Anwarinas yang tidak setuju dengan pemimpin tertentu, termasuk Azizan bagi memastikan kelangsungan agenda politik mereka.

Mustafa berkata, jawatankuasa sama pernah diwujudkan selepas pilihan raya umum pada 2008 untuk memberikan pandangan berkaitan soal pengurusan, kelicinan dan pentadbiran negeri itu.

Mengenai laporan yang menyatakan Phahrolrazi ada menetapkan syarat supaya beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah, Mustafa berkata, perkara itu tidak berbangkit kerana semua keputusan dibuat dalam mesyuarat yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Inilah hasilnya, inilah keputusan yang dibuat dan kita yakin ia boleh diselesaikan. Semua yang terbabit sebelum ini menyerahkan kepada PAS Pusat untuk membuat keputusan dan ia sudah pun diputuskan," katanya.

Ditanya sama ada isu itu akan menjejaskan peluang PAS Kedah untuk kekal berkuasa di negeri itu, Mustafa berkata, ia sama sekali tidak berbangkit malah yakin Kedah akan kekal di bawah PAS.- Berita Harian



Read More...

03 March 2012

Dewan Ulama Kedah & Pusat Sokong Kepimpinan Azizan Razak

Kenyataan Bersama Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat dan Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah

1. Dewan Ulamak PAS Kedah dengan ini menyokong penuh dialog antara Menteri Besar Kedah, YAB Datuk Seri Diraja Ustaz Azizan Razak dan Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri Kedah, Wakil-Wakil Rakyat PAS Kedah dan Ahli Badan Perhubungan PAS Kedah untuk mendapatkan penjelasan bagi apa sahaja isu yang dibangkitkan akhir-akhir ini. Hal ini berlandaskan arahan Allah Taala bermaksud: "Dan segala urusan mereka berlaku dengan perbincangan sesama mereka." (Surah al-Syura ayat 38)

2. Dewan Ulamak PAS Kedah menegaskan sama sekali tidak menyokong sebarang usaha untuk menjatuhkan Kerajaan PAS Negeri Kedah.


3. Dewan Ulamak PAS Kedah sentiasa istiqamah untuk mempertahankan Kerajaan PAS Negeri Kedah bersama-sama dengan ahli dan kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia.

4. Dewan Ulamak PAS Kedah menyokong penuh sebarang usaha menggantikan mana-mana pemimpin yang sabit penyelewengannya.

YB Datuk Tuan Guru Harun Taib,

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

Tuan Guru Syeikh Mohamad Abdullah,

Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah.

Jumaat, 2 Mac 2012 bersamaan 8 Rabi'ulAkhir 1433H, 5.30 petang

Madrasah Makarimul Akhlak, Pondok Hj Abdullah Kecil, Langgar, Alor Star, Kedah Darul Aman.

http://ulamak.pas.org.my


Read More...

28 February 2012

Klon Hasan Ali Telah Muncul Di Kedah?

ALOR SETAR - Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata beliau enggan dilantik semula sebagai Exco kerajaan negeri Kedah kerana mempunyai perbezaan pendapat yang "kritikal" dengan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam soal pentadbiran kerajaan negeri.

Bagaimanapun, katanya, jika pimpinan Pas Pusat mahu beliau kembali menjadi Exco, beliau bersedia mempertimbangkannya tetapi dengan syarat-syarat tertentu dan pendapatnya diambil kira.

Beliau yang menyifatkan masalah beliau dengan Azizan, yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, sebagai masalah peribadi berkata beliau berhak untuk tidak terus menjadi Exco kerana sebagai Exco beliau perlu taat kepada ketua dan jika tidak beliau perlu "keluar".


"Dalam organisasi kita hendaklah setuju dengan pemimpin kita. Kalau ada banyak perkara yang tak setuju kita tak boleh duduk dalam organisasi itu. Sebagai kerajaan kita ada tanggungjawab bersama, kalau tak setuju kena ada cara untuk kita tak susahkan mereka (ketua). Menteri Besar ada pendapat dia sendiri. Pendapat itu perlu dihormati.

"Perbezaan pendapat itu memang biasa. Kalau dalam 10 perkara, perbezaan pendapat hanya satu, dua tak apa tapi kalau dah enam, tujuh, ia tak wajar. Tindakan seperti ini perlu (tidak sambung untuk jadi Exco) adalah supaya organisasi lebih tenang," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, hari ini.

Phahrolrazi adalah seorang daripada dua Exco yang menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan mereka dilantik semula ke jawatan itu. Seorang lagi adalah Datuk Dr Ismail Salleh yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri.

Hari ini, hanya lapan anggota exco kerajaan negeri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini. Kelazimannya kerajaan negeri Kedah mempunyai 10 exco.

Phahrolrazi berkata keputusan beliau untuk tidak dilantik semula menjadi exco dan sebabnya ada dimaklumkan kepada Exco yang lain dan empat lagi Exco mempunyai pandangan yang sama dengan beliau.

"Tapi bila hantar surat kepada Menteri Besar (untuk tidak sambung menjadi Exco), hanya saya dan Dr Ismail yang berbuat demikian. Secara peribadi saya merasakan ia tidak serius. Saya ada alasan saya, begitu juga Dr Ismail. Saya telah menjelaskan perkara itu kepada Dewan Ulama Pas Kedah dan mereka bersetuju untuk saya tak sambung. Saya juga sudah memberi penjelasan kepada pimpinan Pas Pusat daripada Presiden sampai ke bawah," katanya.

Mengenai andaian beliau mahu menjatuhkan Menteri Besar, katanya, jika beliau mahu berbuat demikian beliau tidak sepatutnya berhenti menjadi Exco kerana ia lebih mudah.Ditanya sama ada dia masih ada masa untuk menerima pelantikan semula kerana tempoh pelantikannya masih ada sehingga 7 Mac depan, beliau berkata pimpinan Pas Pusat yang melihat perkara itu sebagai serius perlu campur tangan.

Bagaimanapun, Phahrolrazi yang masih bercuti sehingga 1 Mac ini berkata beliau dimaklumkan Menteri Besar telah mempersembahkan senarai nama 10 Exco yang tidak termasuk namanya dan Dr Ismail kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Yang di-Pertuan Agong.

" Di Kedah ni lain, Exco dilantik setiap tahun. Menteri Besar angkat sumpah sekali je (sahaja) lepas pilihan raya," katanya.

Ditanya sama ada masalah beliau dengan Azizan itu boleh diselesaikan melalui perbincangan dengan Menteri Besar itu, beliau berkata perbincangan telah diadakan tetapi masalah perbezaan pendapat itu masih berlaku dan kerana itu memerlukan campur tangan pusat.

Pada sidang media itu, Phahrolrazi turut menafikan masalah itu ada kaitan dengan kumpulan "Erdogan" atau "Anwarinas", serta pertembungan antara kumpulan profesional dan ulama dalam Pas.

"(Dalam hal ini) saya merujuk kepada Dewan Ulama. Tak berlaku pertembungan. Di Kedah sebenarnya tak berlaku perkara itu. Di peringkat nasional mungkin," katanya.

Ditanya adakah tindakan beliau dan Dr Ismail ini akan memberi kesan kepada Pas dan kerajaan negeri memandangkan keputusan itu dibuat ketika pilihan raya umum semakin hampir, katanya, beliau tidak meletakkan jawatan sebelum ini kerana kerajaan negeri belum stabil dan beliau yakin itu tidak menjejaskan Pas.

"Menteri Besar dah cakap kerajaan Kedah teguh dan mendapat sokongan yang baik. Dia boleh lantik orang lain sebagai Exco," kataya.

Mengenai jawatan dalam parti, Phahrolrazi berkata beliau akan memikirkan semula mengenai jawatannya sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah.

- Bernama


Read More...

Impian Umno Berkecai.. Kedah Terus Sejahtera

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (lima dari kiri) bersalaman dengan Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul sambil di perhatikan tujuh lagi Exco baru selepas majlis mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, Alor Setar, hari ini.


ALOR SETAR, 28 Feb: Lapan orang Exco Kedah mengangkat sumpah jawatan masing-masing hari ini di depan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah. Gambar: Bernama

Dua lagi exco dijangka akan mengangkat sumpah jawatan mereka selepas ini.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Pemangku Sultan Kedah apabila Tuanku Sultan Kedah kini menjadi Yang Dipertuan Agung.

Azizan dalam sidang media sebelum ini berkata, hanya lapan Exco akan mengangkat sumpah jawatan hari ini manakala dua lagi dijangka mengangkat sumpah jawatan dalam majlis kedua, memandangkan tempoh lantikan bagi penggal 2011 hanya akan berakhir 7 Mac ini.

Azizan berkata, beliau sedia melantik semula semua exco Kedah yang ada sebagaimana yang diarahkan oleh PAS Pusat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya semalam memaklumkan, Presiden PAS telah mengarahkan agar kesemua 10 Exco Kedah dipilih dan dilantik semula.

Lapan yang mengangkat sumpah jawatan hari ini ialah Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul (Agama, Pelajaran dan Koperasi), Datuk Ir Amiruddin Hamzah (Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan).

Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib (Belia dan Sukan, Kesenian, Warisan dan Kebudayaan), Datuk Siti Ashah Ghazali (Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat) dan Abd Ghani Ahmad (Penerangan dan Pembangunan Usahawan).

Tiga Exco dari PKR, Datuk S Manikumar (Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam), Lim Soo Nee (Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia) dan Tan Chow Kang (Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan). -HD


Read More...

Ada Puak Nak Buat Naya Kat Azizan Razak..

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengecam pihak yang cuba menyingkirnya daripada jawatan itu dengan menggunakan pemimpin dalaman PAS.

Katanya, pendirian dua exco, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh yang tidak mahu dipilih semula tidak harus dieksploitasi pihak terbabit untuk memaksa beliau turun daripada kerusinya.

“Apa dosa saya? Saya tidak ada skandal perempuan. Tidak sapu projek.Tidak ambil balak. Rakyat Kedah gembira dengan apa yang ada sekarang.


“Orang yang cuba menjatuhkan saya tidak datang berdepan dengan saya.

“Jika mereka menggunakan orang dalaman untuk tujuan itu, saya minta maaf, saya memang tidak tahu. Kalau hendak tukar saya pun, rakyat yang akan tentukan dalam pilihan raya. Bukan melalui cara politik macam ini,” katanya dipetik akhbar Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika meluahkan apa yang terbuku di hatinya bagi menjelaskan mengenai gerakan pihak tertentu yang cuba menjatuhkannya selepas empat tahun mentadbir kerajaan negeri sejak pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008.

Akhbar berkaitan Umno itu juga memetik pesuruhjaya PAS Kedah berusia 72 tahun itu berkata, beliau tidak menyangka ada pihak tertentu yang tidak senang dengan kepimpinannya, tetapi mengakui bersifat tegas ketika memimpin pentadbiran kerajaan negeri dan parti.

Secara senyap

Menteri Besar itu juga dilaporkan Berita Harian sebagai berkata, sebelum ini tiada sesiapa sama ada dalam PAS, PKR atau DAP hadir secara berhadapan dengannya untuk memaksa beliau meletak jawatan.

Bagaimanapun, katanya, jika ada pihak tertentu bergerak secara senyap untuk tujuan itu, beliau meminta mereka menghormati sistem pemilihan ketua kerajaan melalui pilihan raya.

“Kita serahkan kepada rakyat Kedah untuk menentukannya. Hanya pilihan raya yang boleh mengubah pemimpin,” katanya lagi.

Sementara itu, akhbar Utusan Malaysia pula melaporkan Azizan bersedia memaafkan dua exco yang enggan dilantik semula memegang jawatan itu kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan beliau.

Beliau dipetik sebagai berkata, dirinya tidak mempunyai sebarang masalah dengan kedua-dua exco tersebut dan boleh menerima mereka semula.

"Saya tak ada masalah dengan depa (mereka). Kalau ada orang nak pujuk, depa mau, saya terima. Saya juga tak kisah depa nak terima atau tidak tawaran sebab ada orang lain mau (mahu) jawatan ini," katanya.

Exco kanan itu ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi (atas, kanan) dan Datuk Dr Ismail Salleh.

Semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang akhbarnya berkata PAS Pusat telah mengarahkan naib presidennya, Salahuddin Ayub ke Kedah sebagai perantara bagi membantu menyelesaikan kemelut yang melanda Azizan dan dua exco tersebut.

Beliau turut menafikan berlaku cubaan menggulingkan Menteri Besar, namun tidak menolak berlaku perbezaan pendapat bagi menangani isu-isu tertentu dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah dan diburukkan lagi dengan media arus perdana, milik BN dan Umno yang cuba melaga-lagakan mereka.

Sementara itu, akhbar Sinar Harian turut melaporkan Azizan sedia akur dengan sebarang 'formula penyelesaian' daripada PAS Pusat berhubung isu berkenaan.

Terpulang kepada mereka

Namun kata menteri besar itu, keputusan sama ada untuk kekal atau tidak dalam barisan exco terpulang kepada mereka sendiri.

"Kalau PAS Pusat kata mahu semua barisan exco dikekalkan, saya akan akur tetapi adakah mereka mahu," katanya dipetik akhbar itu.

Azizan pada sidang media sebelum ini berkata, hanya lapan exco akan mengangkat sumpah jawatan hari ini manakala dua lagi dijangka mengangkat sumpah jawatan pada majlis kedua, memandangkan tempoh lantikan bagi penggal 2011 hanya akan berakhir 7 Mac ini.

Sementara itu, lapan nama yang dijadual mengangkat sumpah jawatan hari ini ialah Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul (Agama, Pelajaran dan Koperasi), Datuk Amiruddin Hamzah (Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan), Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib (Belia dan Sukan, Kesenian, Warisan dan Kebudayaan), Datuk Siti Ashah Ghazali (Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat) dan Abd Ghani Ahmad (Penerangan dan Pembangunan Usahawan).

Tiga exco dari PKR Datuk S Manikumar (Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam), Lim Soo Nee (Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia) dan Tan Chow Kang (Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan) turut berada dalam senarai.


Read More...

27 February 2012

PAS yakin isu Kedah mampu diselesaikan dengan aman

PAS yakin isu kepimpinan kerajaan negeri kedah yang diterajui parti itu mampu diatasi secara harmoni melalui ukhuwah Islamiah dan musyawarah.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, melalui beberapa pertemuan dan perbincangan dengan pihak-pihak yang tidak sehaluan, parti itu mendapati isu di Kedah lebih menjurus kepada maklumat yang kurang jelas.

"Dan ada jalan penyelesaian kepada kemelut yang berlaku. Sehubungan itu, ahli dan pimpinan di semua peringkat diseru mendapatkan maklumat dari saluran rasmi parti bagi mengetahui perkembangan yang berlaku," katanya.

Dalam kenyataannya yang disiarkan oleh Harakahdaily pagi ini, Tuan Ibrahim juga berkata pelbagai usaha giat dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang menguntungkan parti secara keseluruhannya.

"PAS yakin perkara ini dapat ditangani dengan baik, demi kepentingan parti, dan tambahan pula di saat seluruh jentera parti bertungkus lumus membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Sehubungan itu, semua pihak mestilah bertindak dengan tepat, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Ketepikan emosi, dan fikirlah dari sudut parti dan bukan sudut peribadi," kata beliau yang juga pesuruhjaya PAS Pahang.

Semalam, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dilaporkan memberitahu wartawan, hanya lapan exco kerajaan Kedah akan mengangkat sumpah di Istana Anak Bukit, esok berbanding 10 sebelum ini.

Sidang media khas pagi ini

Exco yang disebut-sebut tidak akan dilantik semula itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga Datuk Phahrolrazi Zawawi yang merupakan timbalan pesuruhjaya I PAS Kedah.

Manakala seorang lagi Pengerusi Kesihatan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi negeri Datuk Dr Ismail Salleh yang juga adalah timbalan pesuruhjaya II PAS Kedah.

Mereka dipercayai berbuat demikian kerana kecewa dengan sikap serta kepimpinan Azizan yang juga pesuruhjaya PAS negeri, berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini.

Mengulas perkembangan itu, Tuan Ibrahim juga berkata dalam cabaran media baru tanpa kawalan ini, penyebaran maklumat yang tidak sahih serta andaian peribadi tanpa asas jemaah yang kukuh, tidak membantu mengeratkan hubungan dan memperkasakan parti.

"Perbezaan pandangan tidak seharusnya merosakkan asas ikatan jemaah. Sebarang tindakan mestilah berada dalam ruang lingkup pemikiran jemaah," katanya lagi.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub turut meminta semua ahli mendapatkan maklumat dari sumber parti yang sah tentang apa yang sedang berlaku di negeri itu.

Media dan blog pro-BN dilapor menyebarkan pelbagai laporan tidak tepat berhubung apa yang berlaku di Kedah sekarang, termasuk melaga-lagakan pimpinan PAS.

Dalam perkembangan berkaitan, Salahudin dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dijadual mengadakan sidang media khas di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur pagi ini bagi menjawab kekusutan di sebalik isu tersebut.


Read More...

26 February 2012

2 timbalan p'jaya PAS Kedah digugur

Hanya lapan ahli exco kerajaan negeri Kedah bagi 2012 akan mengangkat sumpah di Istana Anak Bukit pada Selasa ini, berbanding 10 sebelum ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata, lapan individu terbabit bukan muka baru.

Bercakap kepada pemberita di alor Setar hari ini, Azizan bagaimanapun berkata, dua lagi jawatan exco akan diisi kemudian dan mungkin melibatkan pelantikan baru.


"Saya sudah muktamadkan (tentang pelantikan exco), cuma ada sedikit masalah teknikal dari segi undang-undang sebab semua exco akan tamat tempoh pada 7 Mac ini.

"Jadi tak boleh nak angkat sumpah 10 orang exco pada 28 Feb ini sebab akan jadi 12 exco lah nanti sebab tarikh tamat tempoh tak sampai lagi... exco tak cukup tak apa, jangan lebih (ikut undang-undang tubuh Kedah),” katanya.

Azizan berkata setiap anggota exco yang dilantik mempunyai hak untuk menolak pelantikan itu dan pihaknya tidak ada masalah untuk melantik individu lain kerana ramai yang menawarkan diri untuk jawatan terbabit.

"Mereka boleh tolak (jika dilantik), saya lantik orang yang tak tolak. Senarai semua nama sudah dihantar kepada Tuanku (Sultan Kedah)," katanya.

Sebelum ini wujud khabar angin dua exco Kedah menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu yang dijadual diumum Selasa ini.

Dua exco yang disebut-sebut berbuat demikian ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga Datuk Phahrolrazi Zawawi yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kedah, dan Pengerusi Kesihatan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi negeri Datuk Dr Ismail Salleh yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kedah.

Mereka dipercayai berbuat demikian kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini.

- Bernama


Read More...

25 February 2012

Azizan Razak Tegas Pertahan Hak Sebagai Menteri Besar

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pemilihan exco kerajaan negeri adalah hak beliau tanpa perlu merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Azizan (kanan) berkata beliau telah menyerahkan senarai nama exco kerajaan negeri bagi 2012 kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang juga Yang di-Pertuan Agong, dua hari lepas di Istana Negara.

"Walaupun Sultan Kedah menjadi Yang di-Pertuan Agong, segala pelantikan exco kerajaan negeri masih dalam bidangkuasa baginda, dan saya tak akan buat sebelum dapat perkenan baginda kerana ia tradisi kerajaan negeri.


"Biasanya, Tuanku Sultan akan perkenan, (terpulang kepada) baginda tolak yang tu (exco lama), dan bagi yang ni (exco baru), dan bila dapat surat, baru boleh bagi tau," katanya kepada pemberita malam tadi.

Beliau berkata senarai exco dari Pejabat Sultan Kedah dijangka diterima Ahad ini.

Azizan juga berkata sebenarnya tidak timbul soal menolak pelantikan semula oleh dua exco seperti yang dilaporkan kerana beliau belum mengeluarkan surat tawaran kepada mereka.

"Pasai apa dia nak hantar surat, saya tak buat tawaran lagi, kalau hantar surat, baru boleh tolak, surat tak hantar, tawaran nak tolak macam mana. Spekulasi ni ada benda betul, dan ada tak betul," katanya.

Beliau mengulas khabar angin dua exco Kedah menghantar surat kepada beliau bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu, yang dijadual diumumkan Selasa ini.

Dua exco yang disebut-sebut berbuat demikian ialah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi (kiri) dan Timbalan Pesuruhjaya II Datuk Dr Ismail Salleh, yang dipercayai kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan, yang juga pesuruhjaya PAS negeri, berhubung pelbagai isu kebelakangan ini.

Kedua-dua exco itu tidak mengesah atau menafikan khabar angin itu, dan menyerahkan perkara tersebut kepada Azizan.

Majlis pelantikan anggota exco kerajaan negeri Kedah bagi tahun 2012 akan diadakan di Istana Anak Bukit, Alor Setar.

- Bernama


Read More...

24 February 2012

Pas Kedah Retak Mananti Lingkup??


Isu ini panas di perkatakan oleh orang2 pas,orang umno dan rakyat kedah, di sebalik spekulasi ini pandangan umno lain,pandangan orang2 pas lain dan pandangan rakyat berbeda sama sekali,
yg sebenarnya perjuangan pas tidak sama dgn perjuangan umno, dalam umno perebutan jawatan menjadi satu tradisi yg sudah tidak dapat di pertikai lagi.

Dalam isu 2 exco Ir Phahrolrazi dan Dr Ismail adalah perkara yg biasa dalam pas, mereka tidak mahu sambung menjadi exco bukan letak jawatan sebagai exco..ini titik notah..? mungkin Dr Ismail sibuk dgn urusan pusat hemolisis darah dan kelinik dan phahrolrazi sibuk dengan kejuruteraan, tidak salah mereka tidak mahu sambung menjadi exco,kesibukan mereka ada alasan yg munasabah.


Mereka rasakan mereka tidak manpu untuk meneruskan jawatan sebagai exco mungkin juga mereka mahu menumpukan sepenuhnya sebagai wakil rakyat di tempat mereka , ada yg megatakan mereka tidak bersetuju dengan pendapat ust Azizan tapi bukan bergaduh, bagi pemimpin2 pas lari dalam perjuangan bukan satu matlamat tetapi jika mereka rasa tidak sesuai mereka akan mengundur sebab faktor keadaan mereka.

Kepada pemimpin2 pas usah di besar-besarkan isu yg sekecil ini banyak lagi tugas yg harus kita hadapai, sebagai YDP kawasan, wakil rakyat dan tumpuan kepada rakyat adalah isu utama, mungkin kita rasa tertekan dengan desakkan pengundi2 di tempat yg kita hadapai mentelah lagi PRU13 sudah hampir .

jangan sekali kita terlepas pandang yg kita sedang menghadapi musuh utama kita yaitu umno. Umno sedang mencari di mana kelemahan pas dan mereka akan menyerang pas di sudut ini,kita tahu musuh dalaman pas terlalu banyak baik dalam pakatan atau luar pakatan,phahrolrazi dan Dr ismail menpertahankan pendapat mereka dlm mesyuarat exco dan ust azizan juga menpertahankan pendapat nya , masing-masing ada pendapat dan jika kita pendapat kita tidak di terima kita kena akur walau susah nak di telan, tetapi bukan ketika ini persoalan ini harus di timbulkan.

Inilah yg di katakan perjuangan ,kita ada jamaah dan kita ada pendapat...bertanyalah pendapat itu jika kita rasa ia boleh di ketengahkan tetapi bukan ketika ini,mungkin rakyat tertanya-tanya megapa dan kenapa ? ia sebagai orang2 pas mungkin tidak mahu perkara begini berlaku, ini kali ke 2 isu dimana mendesak ust azizan meletak jawatan..?? bukan orang2 pas sahaja yg mahu ust azizan meletak jawatan tetapi dalam pakatan rakyat seperti keadilan cukup lantang mendesak ust azizan melepaskan jawatan..?

Mengapa persoalan ini harus di bangkitkan dan kenapa keadilan yg beriya- iya mahu ust azizan melapskan jawatan..? contohnya tulisan dari nik nazmi keadilan setiap hari mendesak ust azizan melatak jawatan ..? apa agenda beliau.? bagi pemimpin2 pas seluruh kedah ramai yg sukakan pentadbiran ust azizan.

Biarlah 2 exco yg tak mahu menyambung sebagai exco ini beri tumpuan kepada perjalanan parti di kawasan masing-masing dan bagi rakyat yg sayangkan pas apa yg ada sekarang sudah baik bila di bandingkan zaman pentadbiran umno.

Kita tahu apa puncanya tetapi itu adalah benda yg kecil, bukan isu penyelewengan dan tamak kuasa tetapi isu tidak kesesuai bersama itu yg terjadi orang2 pas tertanya2 mengapa dan kenapa.?

Ini semua bukan isu perebutan kuasa dan bukan isu penyelewengan tetapi isu ini sekitar isu ketidak puas hati kerja buat ust azizan kerana menberi muka .(menpercayai kepada org yg tak sepatutnya di beri kepercayaan) contohnya kebanyakan isu di dalangi oleh KCS yg tidak mahu berkeja sama dan merujuk kepada exco, mereka ini semua masih berqiblatkan umno dan di sebabkan inilah exco-exco mendesak ust azizan jangan terlalu megikut kehendak KCS yg berqiblatkan umno di wisma....???

yg pasti 28 ni semua akan angkat sumpah sebagai exco semula.....insyallah

Berkaitan :

Betoi ka..Azizan nak kena golek....?
Kedah semakin panas... mai selamatkan cepat...
Ok laa tu tolak jawatan...jangan gila jawatan macam depa dah laa...

http://www.kedahlanie.info/


Read More...

02 February 2012

Anwar Dan Azizan Razak Patut Puasa Sunat

DS Anwar Ibrahim dan Ustaz Azizan Razak perlu mengamalkan puasa suanat Isnin dan Khamis untuk mengelakkan sering bercakap yang boleh menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya.

“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.“

Sementara itu Ustaz Azizan tetap mempertahankan tindakan KUIN atas isu penggantungan lima orang pelajarnya.



Antara Ustaz Azizan dan DS Anwar ,gamaknya siapa yang tersasul dalam mengemukakan pendapat masing-masing.Mengurangkan kesilapan kecil boleh membantu Pakatan Rakyat mudah ke Putrajaya. Aduhai pemimpin, orang bawah sudah bekerja,...kita pula buat silap....???

http://sisibukit.blogspot.com/2012/02/ds-anwar-dan-ustaz-azizan-perlu-puasa.html


Read More...

01 February 2012

Azizan Dakwa Sokongan Terhadapnya Semakin Kuat

MB dakwa sokongan makin kuat, sedia beri penjelasan

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak sedia memberi penjelasan terperinci mengenai isu penggantungan pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kepada pemimpin PAS jika diminta berbuat demikian.

‘‘Saya bersedia memberi penjelasan terperinci mengenai isu itu pada mesyuarat politik bulanan PAS jika diminta berbuat demikian,” kata Azizan dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Azizan yang juga pesuruhjaya PAS Kedah berkata walaupun keputusannya untuk menggantung lima pelajar KUIN mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan rakan-rakan Pakatan, namun ia tidak menggugat kedudukannya sebagai menteri besar.


Sebaliknya, Azizan mendakwa kedudukan beliau semakin kukuh dengan sokongan daripada ahli-ahli PAS di peringkat pusat dan negeri.

“Siapa yang betul, saya atau depa (mereka), sekarang depa merasa malu sebab dah tersilap,” katanya lagi petik akbar milik Umno itu.

PAS dijadual mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat pada 12 Februari depan.

Dalam perkembangan berkaitan, The New Straits Times pula memetik Azizan membidas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dan pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad kerana cepat menyalahkan beliau sebelum memeriksa fakta kes.


Dakwanya, kelima-lima pelajar yang digantung itu adalah mengikut Akta Institut Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) dan bukannya di bawah Akta Unversiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang mahu dihapuskan oleh Pakatan Rakyat jika berkuasa, seperti yang dilaporkan.

Mohamad Sabu sebelum ini dilaporkan berkata, PAS Pusat perlu mendengar penjelasan daripada Azizan sebelum mengambil sebarang keputusan kerana apa yang dilaporkan oleh media berbeza dengan apa yang berlaku.

Nik Nazmi pula meminta supaya Pakatan bertindak terhadap Azizan kerana tindakan terhadap lima pelajar itu bercanggah dengan kandungan Buku Jingga yang mahu menghapuskan AUKU.

Berkaitan : KUIN: ‘Azizan ada kuasa guna AUKU,’ kata Umno Kedah


Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas