Bantu Shuhaimi: Guna sumber Pakatan, bukan duit rakyatKerajaan negeri harus menarik balik hasrat menggunakan duit rakyat Selangor untuk membiayai kos guaman ADUN Sri Muda Shuhami Shafiei supaya "amalan buruk" itu tidak mempengaruhi negeri-negeri Pakatan Rakyat lain, gesa Pemuda GERAKAN Kedah.
Ketuanya Tan Keng Liang (gambar bawah) berkata, sekiranya tetap ingin membantu Shuhami, Pakatan boleh membiayai kos itu menggunakan duit dan sumber mereka sendiri.
"Walaupun ADUN Sri Muda tersebut merupakan ahli PKR, ini tidak memberi hak kepada mana-mana negeri yang ditadbir oleh Pakatan untuk menggunakan duit rakyat untuk membiayai kos guaman bagi apa-apa kes peribadi ahli Pakatan," katanya.
Pada 4 Februari lalu, kerajaan negeri dilaporkan tidak akan membiarkan Shuhaimi berseorangan menghadapi tuduhan itu dan akan membantu membiayai kos perundangan untuk "menyokong usahanya menegakkan keadilan".
Dalam satu kenyataan hari ini, Teng berkata, kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat tidak harus "mengambilalih fungsi badan kehakiman" atau mengeluarkan kenyataan yang bertujuan memberi kesan atau subjudis terhadap kes mahkamah.
"Ini terutamanya bagi kes-kes yang melibatan ahli-ahli Pakatan, di mana Pakatan mempunyai kepentingan politik tertentu," katanya lagi.
07 February 2011
Jawapan Untuk Cina Bemuka Tikus
Terkini, ikat jamin RM8K keatas Shuhaimi Shafie !!
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerbitkan satu artikel menghasut berhubung pelantikan setiausaha kerajaan negeri selangor di laman blog www.srimuda.blogspot.com pada pada 30 Disember tahun lalu.
Shuhaimi mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Latifah Mohd. Tahar, dikenakan ikat jamin RM22,000.00..... dapat kurang kepada RM8,000.00. Perbicaraan akan bersambung pada 28 Mac 2011
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda Shuhaimi Shafie dipercayai bakal didakwa atas Akta Hasutan di Mahkamah Seksyen tiba kira-kira jam 9.20pagi di Bangunan Mahkamah Sultan salahuddin Abdul Aziz Shah.
Sebelum itu ramai pemimpin PKR, DAP dan PAS yang hadir dan berada di Lobi Mahkamah. Antara yang paling awal sampai ialah Ahli Parlimen Kota Raja YB Dr Hajjah Siti Mariah Mahmud.
Sementara dari PKR dan DAP yang saya terpandang ialah YB Azmin Ali, YB Nurul Izzah, YB Manikavasagam, YB HJ Yaacob SapariYB Teresa Kok, YB Ronnie Liu dan lain-lain (maaf tak dapat nak tulis)
Sumber - Zakri Ali
Terkini Dari Mahkamah - Adun Seri Muda Mengaku Tidak Bersalah Hina Raja
SHAH ALAM, 7 Feb — Adun Sri Muda dari PKR Shuhaimi Shafiei mengaku tidak bersalah atas tuduhan hasutan yang dibawa terhadapnya pagi ini.
MENYUSUL LAGI
06 February 2011
GAPS Sakit Hati Kerajaan Selangor Biaya Kos Guaman Adun Seri Muda
Tindakan kerajaan Selangor membiayai kos perundangan ADUN Seri Muda Muda Shuhaimi Shafiei - yang akan dihadapkan ke mahkamah esok ekoran tulisan berkaitan Sultan Selangor - disifatkan sebagai "pembaziran dan penyelewengan wang rakyat".
Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) Hamidzun Khairuddin mendakwa, perkara itu tentunya satu lagi "salah laku kewangan, penyelewengan dan rasuah" kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
"Kalau seorang penguasa penjenayah derhaka akan dibiayai oleh kerajaan negeri dengan ratusan ribu ringgit, maka rakyat marhaen yang terkena dengan sebarang tuduhan undang-undang di mahkamah juga berhak untuk menerima bantuan kewangan yang sama dari kerajaan negeri.
"Atau sebenarnya kerajaan negeri Selangor hanya berminat untuk mempertahankan pemimpin yang sama kasta dengan mereka sahaja, manakala rakyat berkasta marhaen akan terus teraniaya," kata Hamidzun (kiri).
Kelmarin, kerajaan negeri negeri dilaporkan tidak akan membiarkan Shuhaimi berseorangan menghadapi tuduhan itu dan akan membantu membiayai kos perundangan untuk "menyokong usahanya menegakkan keadilan".
Dalam satu kenyataan hari ini, Hamidzun mendakwa, rakyat berpandangan pembiayaan itu juga adalah bukti sahih bagaimana pentadbiran Khalid bersubahat menderhaka kepada Sultan Selangor dengan "bersekongkol" bersama Shuhaimi yang disifatkannya sebagai "ADUN derhaka".
Semalam, Shuhaimi memberitahu Malaysiakini, beliau akan dihadapkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi Isnin (esok) berhubung tulisan dalam blognya Disember lalu yang didakwa menghina Sultan Selangor.
Katanya, beliau tidak pasti bentuk dakwaan terhadapnya tetapi dimaklumkan ia mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan yang meliputi kesalahan "mencetak, menerbitkan, menjual, menawarkan untuk dijual, mengedar atau mengeluarkan semula sebarang penerbitan berunsur hasutan.
05 February 2011
Krisis Mesir: Najib Digesa Tunjuk Bukti, Tidak Dakwa ADUN Sri Muda
Datuk Seri Najib Razak digesa tidak mengenakan tuduhan hasutan ke atas ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafie jika pentadbirannya benar-benar mengutamakan kepentingan rakyat dan belajar daripada krisis Mesir, kata penasihat DAP Lim Kit Siang dalam satu kenyataan medianya hari ini.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib memberikan rakyat Malaysia jaminan bahawa pentadbirannya akan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat terlebih dahulu, dengan merujuk kepada perkembangan di Mesir sebagai pengajaran.
"Beliau berkata dalam sistem demokrasi kita harus memberi keutamaan kepada rakyat, yang diperkayakan menerusi proses globalisasi dan ICT," katanya.
Katanya, Najib yang juga presiden Umno dan Menteri Kewangan seharusnya membuktikan pentadbirannya cukup berupaya untuk belajar daripada krisis Mesir dengan mengetepikan penindasan politik di negara ini.
"... ini boleh dilakukan dengan menarik balik tuduhan hasutan ke atas Shuhaimi, yang akan dikenakan dakwaan Isnin ini," kata beliau lagi.
Lim berkata satu pengajaran penting Najib harus belajar daripada krisis Mesir ialah memberi keutamaaan ke atas usaha memulihkan keyakinan rakyat terhadap keberkesanan, bebas, berkecuali dan profesionalisme institusi-institusi utama negara ini.
Katanya, tindakan ke atas Shuhaimi adalah gambaran terbaru Jabatan Peguam Negara terus bertindak sebagai alat politik Putrajaya, bukannya demi kepentingan jangka panjang rakyat Malaysia.
"Peguam Negara terbukti bertindak cepat dalam aduan polis yang dibuat terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat seperti dalam kes Karpal Singh yang dibebaskan Jun lalu tetapi masih berhadapan dengan rayuan Jabatan Peguam Negara tetapi tidak mempedulikan laporan ke atas personaliti-personaliti BN," kata Lim.
Oleh itu kata beliau, jika pentadbiran Najib mahu belajar daripada krisis Mesir ada banyak perkara yang perlu dilakukan oleh pihaknya.
"Tetapi biar ia bermula dengan menarik balik tuduhan hasutan ke atas Shuhaimi bagi membuktikan pentadbirannya mahu belajar daripada krisis Mesir," katanya. - tvs
26 November 2010
Apa Kaitan Noh Omar Dan Pegawai Khasnya Dalam Kes Ini?
SPRM didesak siasat firma padi mencurigakanGEMPAR! SOHAIMI SHAHDAN BERCITA-CITA NAK JADI MB SELANGOR! MESTI BACA!
Menurut Mahfuz, Selasa lalu, beliau telah membangkitkan perkara itu sewaktu berbahas di peringkat jawatankuasa di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
"Dalam jawapannya dia (Noh) mengakui salah satu syarikat individu itu ada kaitan dengan petani di kawasan parlimennya di Tanjung Karang tetapi dia elak menjawap soalan saya sama ada dia mempunyai kepentingan dalam syarikat itu,” kata Mahfuz. - Mkini
Sanggah Tok Janggut atau penulis Aimam JR turut mendedahkan Sohaimi didakwa menyeleweng kuasa untuk mengaut perolehan tender pembekalan baja Kementeriaan.


