KEMPAS– Kira-kira jam 9:00 pagi tadi kejadian pertengkaran telah berlaku membabitkan penyokong PAS dan penyokong UMNO di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai Kempas Johor.
Penyokong PAS yang merupakan sekumpulan penduduk setempat telah merasa marah apabila tindakan provokasi penyokong UMNO yang juga penduduk setempat melakukan perbuatan kurang profesional dengan menanggal, menggoyak, membuang dan paling menyedihkan bendera tersebut telah dibakar hangus.
Laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Kempas dengan menamakan Saifuddin bin Ismail (petugas UMNO yang taksub) sebagai tertuduh melakukan perbuatan yang cuba mencetuskan kekecohan di kalangan orang awam itu.
Pertengakaran bermula apabila tertuduh telah menanggalkan bendera yang telah dipasang dan membakar secara terang-terangan di hadapan umum. Tindakan tertuduh itu dilihat seperti sengaja dilakukan.
Kejadian tersebut disedari oleh penduduk tempatan lantas memaklumkan kepada petugas PAS yang juga penduduk tempatan di situ. Justeru halangan dari petugas PAS telah dilakukan hingga membawa kepada pertengkaran yang hampir membawa kepada pergaduhan.
Menurut Ketua Pemuda PAS Negeri Johor saudara Suhaizan Kaiat berkata, “politik yang berlaku pada hari ini adalah politik baru yang memfokuskan perlawanan idea bukan provokasi yang jumud. Pemasangan bendera yang sedang berlangsung dengan meriah ini adalah sebagai menyambut saranan demokrasi yang diwar-warkan oleh kerajaan Malaysia.”
“Jika pemasangan bendera ini dicemari dengan pergaduhan, ia dilihat seperti tidak menarik dan kemeriahan itu akan pudar. Tindakan tertuduh itu ditafsir sebagai tindakan khianat kepada harta milik parti PAS. Justeru pihak polis harus mengambil tindakan yang setimpal kepada tertuduh dan pihak pemimpin politik khususnya dari UMNO harus menasihati ahli mereka agar lebih terbuka.”
Kejadian tersebut boleh dijadikan iktibar kepada kawasan-kawasan yang lain agar bertindak dengan lebih terbuka supaya sesebuah parti yang tertubuh di Malaysia ini agar lebih terbuka. Janganlah menjadi seperti sebuah parti yang tidak bertamadun serta ketinggalan dalam menyambut pendemokrasian yang ada di negara ini.
http://www.nusajayakini.com/2013/02/bendera-pas-dibakar-di-kempas.html
19 February 2013
Bendera Pas Dibakar Penyokong Umno
Jom Bodoh Bersama Umno
UMNO dilaporkan telah mengedarkan risalah 'Memperbodohkan Melayu' di kebanyakan Felda di pantai timur...
Dari apa yang tercetak pada risalah ini.. jelas ianya hanya memperbodohkan Melayu yang kurang mahir dalam mencari berita alternatif di internet..
- ASD
16 February 2013
Umno Makin Sawan.. Ini Buktinya..
Dikhabarkan 10 ribu banner gila talak UMNO untuk bersatu dengan PAS agar PAS keluar daripada Pakatan sedang giat dicetak di kilang sekitar Ampang & Pandan. Aikss!!! Bukan ke UMNO kata PAS 'parti ajaran sesat' ?? UMNO sudah jadi gila babi! heh heh..
Hari ini facebooker mendedahkan gambar banner yang menyatakan hasrat UMNO bersatu dengan PAS berbunyi "Bersatu itu indah." dengan memaparkan bendera UMNO di sebelah kiri dan bendera PAS di sebelah kanan. Tulisan "BERSATU ITU INDAH" pula terletak di antara kedua-dua bendera tersebut.
UMNO telah berusaha keras untuk memujuk PAS bersatu dengan mereka. Pelbagai individu dan kumpulan dihantar untuk berunding dengan TGNA. Namun segalanya sia-sia apabila PAS menolak semua cadangan itu.
Apabila semua usaha memujuk PAS untuk bersatu gagal. Umno terus menekan PAS dengan pelbagai cara. Umno menggunakan agama untuk menarik keyakinan orang-orang Islam dengan memburukkan PAS dengan pelbagai kata nista, PAS parti ajaran sesat, syiah, wahabi, yahudi dan sebagainya.
Kekalutan isu nama ALLAH yang diperbesar oleh media adalah satu cerita bodoh di pihak UMNO kerana isu itu memakan diri mereka sendiri. Hanya pencacai bangang sahaja yang terus memainkan isu tersebut. Bagi yang terang hati isu itu selesai apabila Majlis Syura PAS menyatakan pendirian PAS.
Kebodohan pencacai terserlah apabila bukti-bukti dilampirkan penyokong PR menunjukkan kalimah Allah telah lama diluluskan untuk digunakan oleh orang-orang kristian. Surat kebenaran menerbitkan injil berbahasa melayu yang ditandatangani Najib juga disebar untuk menjelaskan situasi sebenar.
Rata-rata blog dan media sosial milik penyokong umno masih memainkan isu ini seolah-olah mereka di pihak yang benar. Jelas sekali mereka ini jenis putar belit yang sukar mendapat hidayah. Setelah bersalah mereka terus mengakkan kesalahan itu sebagai satu kebenaran dengan melempar pelbagai tuduhan kepada PAS.
Ada juga blogger pro umno yang terus terang mengharapkan PAS bersatu dengan UMNO atas nama melayu. demi masa depan melayu. hak istimewa orang-orang melayu dan sebagainya. Blogger ini lebih bermaruah...
Selagi TGNA berkeras dengan syarat yang ditentukannya maka impian UMNO tidak akan kesampaian.
- wasukalu.com
13 February 2013
11 February 2013
Foto Panas - Ketua Penerangan Umno Diulit Gadis Thai
Inilah dia perangai sebenar seorang pemimpin UMNO bertaraf Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pandan merangkap Ahli Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Syed Saifuddin b Syed Harman.
Kalau bercakap tak kering air liur kutuk, caci, maki hamun para pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya DSAI, TGNA.TGHA, LKS,LGE, Karpal Singh, DSWA, Nurul Izzah sebagai pemimpin yang memiliki moral yang amat rendah kononnya.
Sedangkan realitinya, moral sendiri jauh lebih rendah!!!!!
Sebab itu para pemimpin UMNO tidak layak berbicara pasal moral!!!!!
Ketua Bahagian UMNO Pandan kena penjara 8 tahun dan denda hampir RM1juta kerana melakukan jenayah rasuah semasa menjadi Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Ketua Penerangannya pula asyik pergi saloon kecantikan.
http://omakkau.blogspot.com/2013/02/edisi-kantoi-meletupmisi-tawan-selangor.html
06 February 2013
Guru Sokong PR Disaran Letak Jawatan, Sokong Umno Ok.. - Pengarah Bahalol
Guru yang mahu aktif dalam politik disaran meletak jawatan bagi mengelak fokus mereka terganggu sewaktu sesi pembelajaran, kata Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) Zakaria Husin.
Beliau berkata JPNT tidak pernah menghalang mana-mana guru yang mahu meletak jawatan kerana berhasrat menceburi politik secara serius kerana tindakan itu lebih sesuai untuk kepentingan pelajar dan sektor pendidikan negeri ini.
Bagaimanapun, katanya, secara umumnya di Terengganu tidak ramai guru yang mahu aktif dalam politik dan kalau ada pun sekadar memegang jawatan biasa di peringkat cawangan.
“Sehingga kini, JPNT ada menerima kurang 10 permohonan rasmi daripada guru yang meminta kebenaran untuk memegang jawatan dalam parti politik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Refleksi Pendidikan bersama 500 guru di sini hari ini.
Beliau turut mengingatkan semua guru di Terengganu agar sentiasa menyokong dasar kerajaan dan tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mahu meraih undi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.
“Tidak sesuai jika kita sebagai penjawat awam tetapi menyokong pembangkang yang sentiasa tidak berpuas hati dengan apa sahaja usaha dilakukan kerajaan,” katanya. -TMI-
05 February 2013
Kerana Gangguan Samseng Umno, Ceramah Dihenti Demi Keselamatan
UALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kecewa terhadap pihak polis yang tidak menghalang gangguan sekumpulan samseng dalam program ceramah malam tadi. Presidennya, Mazlan Aliman berkata, pihak polis hanya memerhati tanpa melakukan apa-apa sewaktu kira-kira 100 orang dipercayai ahli Umno dan Perkasa mengganggu ceramahnya di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor malam tadi.
“Saya kecewa polis hanya berdiri di tepi dan membiarkan samseng ini membaling kerusi dan merempuh benteng pasukan Unit Amal. Waktu itu saya baru sahaja naik ke pentas dan memberi salam.
“Polis kata ceramah itu program politik dan mereka tak mahu campur,” kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Mazlan berkata, akibat gangguan melampau itu, pihak penganjur membuat keputusan menghentikan ceramah serta merta bagi menjamin keselamatan orang ramai yang hadir.
“Pihak penganjur terpaksa menghentikan program sebab kami risau keselamatan orang hadir. Ada yang bawa keluarga termasuk anak-anak,” katanya.
Ekoran kejadian itu, pihak penganjur membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor jam empat pagi tadi.
Menurut Mazlan lagi, sekatan jalan raya sudah dibuat bermula petang semalam bagi menghalang kenderaan luar masuk ke kawasan Felda.
“Mereka dah mula sekat laluan sejak petang sehingga maghrib dan apabila malam, seramai ramai samseng datang buat kacau,” katanya.
Tak sampai 10 jam adu polis
Sementara itu, Mazlan juga kesal kerana peristiwa itu berlaku dalam masa tidak sampai 10 jam selepas perbincangan dengan pihak polis Bukit Aman petang semalam.
Memorandum turut diserahkan kepada Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf yang menyatakan bantahan terhadap sekatan dan halangan masuk ke dalam kawasan Felda untuk sebarang aktiviti termasuk ceramah dan ‘Kembara Oren’.
“Tak sampai 10 jam kami adu dan minta kerjasama polis, gangguan ini berlaku lagi. Sedangkan kami dah maklumkan kepada polis setiap program yang akan dilakukan,” katanya.
http://www.kl-today.com/2013/02/ceramah-dihenti-untuk-keselamatan/
02 February 2013
28 January 2013
PANAS - Empat Buah Pusat Judi Depan Rumah Exco Agama
ROMPIN: Kecewa dan marah dengan aktiviti judi yang berleluasa di kawasan mereka, seramai 200 penduduk sekitar gugusan Keratong berhimpun membantah selepas Solat Jumaat di masjid Felda Keratong 2 di sini kelmarin.
Mereka kesal dan merasa tercabar, kerana empat pusat judi itu terus dibiarkan beroperasi sejak lebih setahun lalu walaupun laporan polis telah dibuat, memorandum kepada Jabatan Agama Islam Daerah telah dihantar serta pendedahan media telah tersiar.
Lebih mengecewakan, salah satu pusat judi berkenaan hanya terletak sekitar satu kilometer dari rumah keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Ibam Datuk Mohamad Sahfri Ab. Aziz yang juga merupakan Exco Agama kerajaan negeri.
Perhimpunan aman sekitar setengah jam itu diisi dengan pidato penduduk, bacaan doa oleh imam masjid dan pelbagai sepanduk ditunjukkan oleh penduduk.Seorang penduduk Keratong 2, Muhamad Mohd Yasin, 66,ketika ditemui berkata, letih mereka mendidik anak-anak menjadi baik tetapi musnah apabila wujudnya pusat judi.
"Kami dengar dulu pusat judi hanya ada di bandar, tapi sekarang dah ada kat kampung kami, bukan satu malah ada empat. Pelanggannya 100 peratus Melayu, Islam termasuk anak-anak kami dan peneroka sendiri.“Sudahlah judi itu haram, perniagaan itu juga haram kerana premis tak berlesen pula. Anak-anak muda ramai dah rosak akhlak sekali gus mengancam keselamatan penduduk akibat meningkatnya gejala sosial seperti kecurian,” katanya.
Beliau turut kesal kerana pihak pentadbiran Felda seolah-olah buat-buat tidak nampak sedangkan ada yang terletak di dalam kewasan rizab Felda.Anak peneroka Felda Keratong 2, Mohd Nordin Saad, 32, terkilan kerana kedai judi aktif dalam kawasan Melayu itu sudah buat laporan polis, hantar memorandum ke pejabat agama dan sudah didedahkan akhbar, tetapi bukannya ditutup malah ditambah dua lagi.
"Kedai dimiliki orang tempatan, disewa kepada bukan Melayu untuk menjalankan kerja terkutuk itu dengan berselindung di sebalik cafe siber untuk mengaburi pihak berkuasa. Beroperasi dari pukul 10 malam hingga lima pagi.“Memang tak hormati kesucian Islam langsung, malam maulid rasul baru inipun mereka beroperasi seperti biasa,” ujarnya.
Tambahnya, seolah-olah ada ‘kuasa yang kuat’ mempertahankan mereka sehingga tidak berani diusik. Justeru Mohd Nordin, sebagai generasi kedua Felda berharap semua pihak tidak ‘bermain wayang’ dan berharap diambil tindakan segera.Din Abu Bakar Muhammad, 50, dari Keratong 5, pula bimbang jika isu judi yang makin membiak ini tidak diambil serius, akan mendapat kutukan dan bala Allah.“Apa lagi ramai yang bercerita pusat-pusat judi itu mendapat perlindungan pihak tertentu supaya tidak diganggu.
"Saya seru semua pihak seperti polis, Felda, JKKR dan Exco perlu tegas tangani pusat judi ini. Ini perhimpunan kali pertama, kalau lepas ini tak tutup juga kami penduduk berhasrat untuk berhimpun di hadapan pejabat wakil rakyat. “Adun kami Exco agama, anak peneroka sini.
Salah satu pusat judi itu hanya satu kilometer saja dari rumah keluarganya. Jadi wakil rakyat tidak boleh memekakkan telinga apa lagi beliau merupakan Exco agama,” tegasnya. Sementara itu Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin, Shukri Ahmad, yang turut berucap dalam perhimpunan berkenaan, berkata bahana judi menjadi ancaman besar kepada penduduk Keratong dan sekitarnya dan wajar dinyahkan dari kawasan itu dengan apa cara sekalipun.
"Atas desakan penduduk PAS sudah beberapa kali membuat laporan di Balai Polis Bandar Tun Razak kerana wujud kebimbangan di kalangan penduduk di mana sejak judi beroperasi telah meningkat gejala sosial curi motosikal, lembu, buah sawit dan juga pecah rumah.“Gejala sosial ini tidak boleh dipandang sebelah mata kerana menjadi barah memusnahkan masyarakat Islam dan memecahkan istitusi keluarga.
Orang main judi tak pernah kaya, yang kaya taukenya yang bukan Islam itu,” ujarnya.Justeru beliau menyeru semua pihak tanpa mengira fahaman politik, bersatu membanteras larangan Allah itu.
~harakahdaily
27 January 2013
Ciri-ciri sebagai pembangkang sudah terbentuk dalam UMNO
Strategi terakhir UMNO dan BN untuk memenangi pilihanraya kali ini ialah dengan memisahkan PAS dengan DAP dan telah saya sebut dalam posting saya yang lepas. BN menggunakan isu agama, siapa yang mengudakan dan dikudakan di antara PAS dengan DAP dan juga isu kononnya kaum Cina akan menguasai kerajaan jika PAS dan DAP mendapat mandat bersama Parti Keadilan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang.
Tetapi cara ini tidak berkesan lagi kerana kali ini. Buat pertama kalinya hampir keseluruhan rakyat bercakap dan mentelaah tentang politik. Rakyat tahu yang tuduhan orang Cina dan DAP akan menguasai politik dan kerajaan itu ialah untuk menakutkan orang Melayu untuk bersama DAP dalam memperjuangkan kerajaan yang bersih dan matlamat PAS yang mahukan sebuah kerajaan yang mampu untuk mengaddinkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya.
Matlamat BN untuk memecahkan DAP dangan PAS itu adalah satu tektik yang berkesan dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu tetapi isu itu tidak lagi diterima oleh rakyat sekarang kini. PAS pula telah membuktikan bahawa parti itu mampu untuk menjadi pilihan yang menggantikan UMNO sebagai parti Islam yang dikuasai oleh orang Melayu.
DAP pula merupakan parti yang diminati oleh orang Cina dan kaum-kaum lain kerana sifatnya sebagai parti berbilang kaum dan bangsa. Lagi pun jika DAP memenangi semua kerusi pun ia tidak akan mampu untuk membentuk kerajaan sendirian seperti yang dimomokkan oleh BN dalam siri kempennya keseluruh negara. DAP tetap mengakui bahawa orang Melayu merupakan kaum yang terbesar dan perlu mendapatkan sokongan kaum Melayu untuk menjadi parti yang berkesan di dalam kerajaan setelah Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya nanti.
Itulah sebabnya urusan untuk mendapatkan pembaharuan politik hanya boleh dilakukan oleh kedua parti ini dengan sokongan Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat ini merupakan premis terbaik bagi rakyat bersatu dengan kuat kerana kegagalan UMNO membina budaya hidup bersama dalam sebuah negara yang majmuk seperti negara ini. BN telah gagal kerana sifat parti-parti di dalamnya yang merupakan parti-parti yang berdasarkan kepada keahlian mereka mengikut kaum dan bangsa.
Masa berubah dan pemikiran rakyat turut berubah mengikut masa dan zamannya. Pemikiran yang betul tidak datang dengan cepat tetapi apa yang berlaku dalam BN hari ini membuatkan rakyat berfikir dan melakukan tehakik yang jelas diantara rakyat untuk memberikan persepsi buruk yang sedang di alami oleh BN sekarang ini. BN sebenarnya bermusuhan dengan rakyat yang berfikir. BN lebih suka kepada rakyat yang tumpul pemikiran mereka kerana ketumpulan pemikiran itu memudahkan UMNO untuk mengelirukan pemikiran rakyat dan itulah sebenarnya cara BN selamat selama ini.
Dalam usaha lain, BN khususnya Perdana Menteri berkata yang BN akan memperbetulkan apa yang telah salah dilakukan oleh BN serta semua kelemahan BN semasa mentadbir negara kita. Tetapi mereka lupa yang BN telah diberikan mandat itu setiap pilihanraya sebalum ini. Kenapa tidak juga berlaku apa yang mereka janjikan sekarang ini. Sedar kah atau tidak janji BN sekarang ini merupakan janji-janji yang telah di buat sejak puluhan tahun dahulu. Jika selama ini BN tidak berjaya melakukannya malahan menjadi penyebab pula kepada masalah yang kita hadapi hari ini, apa yang boleh meyakinkan kita yang BN tidak akan gagal seperti dahulu lagi?
Sesungguhnya UMNO dan pimpinannya tidak akan dapat lagi menghilangkan persepsi rasuah sebagai isu yang terbesar dalam pilihanraya kali ini. Isu ini sememangnya isu dan stigma yang melekat kuat terhadap UMNO dan rasuah itu merupakan isu sinonim dengan UMNO. Rakyat tahu rasuah itu adalah faktor terbesar yang menyebabkan rakyat terutamanya yang masih berada diatas pagar dalam pilihanraya kali ini.
Itulah sebabnya segala usaha BN untuk mendapatkan dukungan rakyat itu sentiasa gagal. Selagi persepsi rakyat yang UMNO itu rasuah tidak dapat di buang dari pemikiran rakyat kegagalan itu tetap berterusan sehingga BN benar-benar berada dipetak pembangkang di dalam dewan-dewan legislatif persekutuan dan negeri-negeri dalam persekutuan ini.
Pendeknya UMNO dan BN perlu menerima hakikat yang setiap parti politik dalam sebuah demokrasi itu tetap akan melalui proses turun naik itu. Bagi BN, ia telah mendapat mandat yang berterusan sejak merdeka dan kali ini ia tetap akan melalui proses yang biasa dalam sesuatu demokrasi itu, iaitu giliran untuk menjadi pembangkang pula.
Lagi pun sikap dan sifat UMNO akhir-akhir ini sudah menunjukkan ‘attribute’ sebagai parti pembangkang dengan jelas. Oleh kerana sudah terbentuk ‘attribute’ sebagai pembangkang maka tidaklah susah lagi UMNO untuk menjadi pembangkang yang diharapkan sebagai pembangkang yang baik selepas pilihanraya nanti.
UMNO akan lebih baik sebagai pembangkang kerana parti itu akan membentuk pemimpin yang berfikir setelah menjadi pembangkang. Selama ini pimpinan parti itu melakukan kerja tanpa berfikir dan hanya bertindak mengikut nafsu dan kemahuan individu pemimpin mereka sahaja, bukannya mengikut kemahuan rakyat yang ramai.
Sumber: aspanaliasnet.blogspot.com
25 January 2013
Calon PRU13 - 4 Pemimpin Besar Umno Kantoi Saringan SPRM
SHAH ALAM – Beberapa parti politik dijangka terpaksa menggugurkan nama-nama besar daripada menjadi calon mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mempunyai masalah dengan undang-undang.
Antara nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti.
Difahamkan, perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang PRU13 selesai, baru-baru ini.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada SPRM dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar telah gagal saringan.
Berdasarkan hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka.
Maklumat yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit.
Ketika dihubungi Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.
Beliau sekadar menegaskan bahawa Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM masih membuat tapisan ke atas senarai calon yang dihantar parti-parti politik.
Katanya, parti-parti yang akan meletakkan calon dalam PRU13 masih terus menghantar nama-nama calon masing-masing untuk tapisan dan ada yang akan terus menghantar senarai tersebut walaupun selepas Parlimen dibubarkan nanti.
23 January 2013
Nasharudin Bersama Rombongan Najib Ke Gaza
Tindakan Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Nasharudin Mat Isa yang mengikuti lawatan kemanusiaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Palestin adalah di luar pengetahuan PAS.Menurut beberapa pimpinan tertinggi PAS, tindakan kedua Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok itu mengikuti rombongan Najib ke luar negara turut tidak dimaklumkan kepada parti itu.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, beliau langsung tidak mengetahui tentang pemergian bekas timbalan presiden PAS itu sebagai salah seorang delegasi Malaysia.
“Saya tak tau pun, saya tak dapat apa-apa maklumat dia ke Palestin. Memang saya tak tau apa-apa,” katanya kepada mStar Online di sini, Rabu
Sementara itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut memberikan reaksi yang sama ketika ditanya tentang tindakan Nasharudin.
“Saya pun tak pasti, tak ada apa-apa maklumat dia ikut PM (Perdana Menteri) ke sana,” katanya ringkas.
Media pada Rabu menyiarkan gambar yang memaparkan Nasharudin berdiri di sebelah Najib ketika deligasi Malaysia bersama Perdana Menteri Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh mengaminkan doa sambil melihat sebuah kereta yang dibom tentera Israel di Bandar Gaza.
Pada Selasa, Najib mencatatkan sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama mengadakan lawatan ke bumi Palestin bagi menawarkan bantuan Malaysia untuk menjayakan pelan perdamaian antara Hamas dan Fatah.
Pada Ogos tahun lalu Nasharudin turut dipertikaikan oleh beberapa pimpinan PAS apabila akhbar memaparkan gambar beliau menyertai Perdana Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.
21 January 2013
Video Panas - Umno Buat Ceramah Depan Budak Sekolah..
Mat Sabu cuba kelirukan rakyat dan salahguna kuasa mahkamah
SHAH ALAM – Pemimpin Umno menyifatkan tindakan Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112), Mohamad Sabu yang mahu mengadakan perhimpunan lebih besar, jika ada unsur penipuan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagai tidak waras.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Idris Haron berkata, jika benar berlaku penipuan dalam PRU12 pada 2008, BN tidak akan hilang dua pertiga majoriti.
Katanya, PRU lalu menyaksikan pembangkang menang secara adil dan berjaya menguasai lima negeri.
“Mat Sabu cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai provokasi dan sengaja memutar belitkan fakta. Secara peribadi, saya merasakan pembangkang sudah tiada isu yang mahu dimainkan menjelang PRU13,” katanya.
Menurut Idris, sekiranya perhimpunan lebih besar itu diteruskan juga setelah BN memegang tampuk pemerintahan kerajaan, mereka turut akan berhimpun.
Katanya, perhimpunan tersebut bagi mendedahkan penyalahgunaan kuasa mahkamah oleh Mat Sabu untuk memenangi kes melibatkan beliau, sebelum ini.
“Rakyat sudah bijak dan mereka boleh menilai perkara benar atau salah. Mat Sabu dinasihatkan agar tidak melakukan tindakan yang boleh mencemarkan imej parti Pas,” katanya. - SinarHarian
14 January 2013
'Bawa anak ke himpunan langgar Akta Kanak-Kanak'.. - Khark Ptui...
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Noriah Kasnon kesal kerana kanak-kanak dibawa menyertai perhimpunan Shamsidar anjuran parti pembangkang Sabtu lepas.
Ibu bapa sepatutnya bertindak sebagai pelindung anak-anak, bukannya mendedahkan mereka kepada bahaya dengan membawa mereka ke perhimpunan seperti itu kerana situasi boleh menjadi tidak terkawal, katanya.
"Ia menyalahi Akta Kanak-Kanak 2001...kalau kita tengok anak dalam stroller, umur tak sampai setahun pun mereka bawa. Lagi satu anak-anak itu juga dipakaikan lilit kepala dan baju dengan lambang-lambang tertentu seperti menggunakan anak-anak sebagai alat untuk kepentingan peribadi mereka," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bas kepada Persatuan Rumah Kebajikan Rita, di Putrajaya hari ini.
Dalam perkembangan lain, Noriah berkata sebanyak RM400 juta diperuntuk tahun ini untuk program 1AZAM yang bertujuan menyediakan peluang pendapatan kepada rakyat berpendapatan rendah melalui pertanian, perniagaan kecil-kecilan dan pekerjaan.
Beliau berkata sejak diperkenalkan pada 2010 sehingga akhir tahun lalu, seramai 100,934 peserta menyertai program itu melalui empat saluran iaitu AZAM Kerja, AZAM Tani, AZAM Niaga dan AZAM Khidmat.
Pemberian bas bernilai RM150,000 itu merupakan projek di bawah inisiatif Anjung Damai iaitu bagi menaik taraf, membaik pulih serta mempertingkat perkhidmatan rumah perlindungan.
Persatuan Orang Buta Kuala Selangor dan Bengkel Seri Sembilan, Negeri Sembilan masing-masing turut menerima van manakala Rumah Kanak-Kanak Taiping, Perak menerima bantuan baik pulih bangunan pada majlis itu.
- Bernama
13 January 2013
Umpan beras tapi Himpunan bersama Najib gagal saingi HKR
KUALA LUMPUR 13 JANUARI: Program disertai Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang cuba menyaingi Himpunan Kebangkitan Rakyat, terbukti gagal walaupun menawarkan pelbagai umpan dan dibantu media arus perdana.
Barisan Nasional terpaksa menggunakan beras dan barangan keperluan harian untuk mengumpan penduduk hadir ke Majlis Himpunan Rakyat Bersama Perdana Menteri di Dataran Tesco Bandar Rinching, Semenyih, semalam.
Laman web, blog dan facebook pro-BN sendiri menyiarkan gambar pengunjung diangkut dengan bas ke tapak himpunan dan diupah dengan beras dan tepung.
Malah, ada yang pengsan kerana berebut habuan yang diagih dari dua treler dalam program anjuran parti komponen BN, Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF).
Kehadiran warganegara asing yang memakai baju berlogo BN dan 1Malaysia dikesan dalam pelbagai media sosial dalam program berkenaan.
Laman web klpos.com yang pro-Umno melapor hanya 40,000 hadir program itu manakala manakala Berita Harian Online melapor 15,000 orang.
Sementara itu, Majlis Perhimpunan Rakyat 1Malaysia yang dihadiri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kononnya mahu mengumpulkan puluhan ribu rakyat di Pekan, Pahang semalam tidak dibuktikan di mana-mana media arus perdana.
Sehingga kini langsung tiada laporan di mana-mana media arus perdana secara terbuka mengenai jumlah kehadiran sekali gus memberi gambaran acara itu tidak mendapat sambutan rakyat.
Bernama – sebuah agensi berita nasional hanya melapor pertemuan Muhyiddin dengan semua pengerusi parti komponen dan 70 ketua bahagian Umno BN Pahang dan langsung tidak menyebut jumlah kehadiran.
Kebanyakan media terutama akhbar Cina melapor kehadiran 500,000 ke Himpunan Kebangkitan Rakyat manakala Pensyarah Matematik Tulen dan Falsafah Matematik di Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Alinor Abd Kadir menyatakan, jumlah kehadiran ialah 700,000 orang.
- keadilandaily.com/
10 January 2013
01 January 2013
Bekas Ketua Umno Di Pentas Pas..
Bekas Ketua Pemuda UMNO Kelantan Dr Zaiyadi Awang Noh akan berceramah di pentas PAS pada hari Khamis, 10hb Januari 2013 Jam 9.00 malam di Kg Beris Lalang.
Dr.Zaiyadi Awang Noh adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan dan pernah bertanding di Parlimen Bachok atas tiket BN tapi kalah kepada calon PAS, Ustaz Nasharuddin Isa, mantan Timbalan Presiden PAS.
Kini dilantik oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengerusi AMANAH Negeri Kelantan, dalam satu majlis anjuran UTTV Cakna UT di Kelantan Trade Center KTC pada tahun 10 April 2012 lalu.



















