Liwat II: Bicara mohon hakim undur diri ditangguh
Perbicaraan kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terpaksa ditangguhkan apabila pihak pendakwaan memohon lebih banyak masa berhubung permohonan pihak pembelaan yang mahu hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar kes berkenaan.
Peguam Cara Negara II, yang mengetuai pasukan pendakwaan, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin (kiri) tidak hadir hari ini kerana demam dan diganti oleh Timbalan Pendakwaraya, Mohd Hanafiah Zakaria.
Hanafiah berkata pihaknya memerlukan masa bagi menjawap hujah yang dikemukakan oleh pihak pembelaan pagi tadi.
"Datuk Yusof tidak sihat dan kita perlu masa untuk buat persiapan,” kata Hanafiah.
Berikutan itu, Mohamad Zabidin bersetuju menangguhkan perbicaraan sehingga pagi esok.
Pagi tadi, makamah pagi ini mendengar permohonan peguambela utama - Karpal Singh yang mengemukakan hujah mengapa hakim, Mohamad Zabidin perlu mengundurkan dirinya.
Dalam hujahnya Karpal (kanan) berkata hakim berlaku berat sebelah serta mengabaikan keputusan Mahkamah Agung dengan tidak membenarkan pihak pembelaan dibekalkan dengan laporan klinikal pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Katanya, dalam kes tertentu, hakim dengan rela menarik diri setelah mendapati berlakunya keadaan berat sebelah dan prejudis terhadap tertuduh.
Karpal kemudiann memberikan contoh apabila bekas hakim Mahkamah Tinggi, Datuk KC Vohrah yang menarik diri secara sukarela apabila menyedari tidak dapat memberi keadilan.
Sambil merujuk kepada Kod Etika Hakim, Karpal berkata hakim tidak boleh meletakkan diri dalam situasi berat sebelah atau prejudis. Namun sekiranya mereka didapati menjurus ke arah itu maka hakim boleh dikenakan tindakan disiplin.
"Saya beri amaran sekiranya hakim tetap ingin meneruskan perbuatan bias, bersiap sedia hadapi kemungkinan," katanya.
Karpal juga mengingatkan mahkamah bahawa mengikut Artikel 5(1) dalam Perlembagaan Persekutuan, semua rakyat negara ini berhak mendapat pengadilan di mahkamah terbuka.
Menurut peguam veteran itu lagi, Mohamad Zabidin (kiri) juga perlu merenung semula ugutan menghina mahkamah yang dibuatnya semalam ke atas dirinya (Karpal) yang juga memberi kesan kepada anak guamnya (Anwar).
“Justeru, adalah perlu bagi Yang Arif, tarik diri. Terdapat bahaya berlaku berat sebelah (berikutan ugutan hina mahkamah oleh hakim),” kata Karpal semasa menggulung hujahnya.
Kedah: Tiga termasuk suami isteri maut kemalangan
29 minutes ago
2 Komen :
Demam ke nak pergi minta nasihat dari V.K. Lingam.
Hebat IMALAYSIA-APCO sampai kena demam!
Post a Comment