BANDAR TUN RAZAK, 16 FEB: Langkah Kerajaan Pusat menetapkan kadar nisbah hutang negara Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada angka 53 peratus merupakan satu tindakan yang berani tetapi membahayakan ekonomi negara, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurutnya, kadar nisbah tersebut tidak boleh melebihi pada kadar 53 peratus itu ditetapkan oleh Menteri Kabinet BN sendiri sekaligus menunjukkan kerajaan sendiri menyedari kadar peningkatan hutang negara yang semakin membimbangkan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata demikian ketika sidang media Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Wilayah Persekutuan tengahari tadi.
Jelasnya, penetapan kadar nisbah sama juga dibuat ketika mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia.
“Saya rasa angka itu ditetapkan oleh Kabinet BN yang mengatakan tidak boleh lebih 53 peratus, menunjukkan BN sendiri rasa lebih pada itu adalah dalam keadaan yang bahaya.
“Ini menunjukan kadar 53 peratus itu BN berani dalam keadaan yang bahaya dan saya rasa masa Tun Dr Mahathir pun menetapkan angka tersebut.
“(Sekarang) untuk beliau(Mahathir) mengatakan ini adalah angka yang tidak betul, saya ingat dia sudah lupa dengan keputusan yang dia sudah buat,” kata Abdul Khalid yang sebelum itu disahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang dimenangi pada 2008 itu.
Dr Mahathir dalam satu kenyataannya kepada media sebelum ini mengatakan nisbah hutang negara kepada KDNK pada tahap 53 peratus yang dialami negara pada masa ini masih menunjukkan ekonomi yang sihat.
Terdahulu, dalam Majlis Sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan di sini seramai hampir 5,000 hadirin membanjiri padang bola sepak Taman Bukit Anggerik Cheras.
Turut kelihatan dalam majlis tersebut, dramatis terkenal tanah air, Abu Bakar Juah yang sempat mendapatkan autograf Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim di poster kalendar tahun 1999 koleksi miliknya yang memaparkan peristiwa tercetusnya gelombang reformasi tahun sebelumnya.
Selain itu turut memeriah majlis tersebut ialah Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Mohamad.
http://www.selangorku.com/?p=23021
16 February 2013
Ekonomi Negara Dalam Bahaya, Hutang KDNK 53%
13 February 2013
Antara DAP dan UMNO - Khalid jawab Fathul Bari
Isu ini adalah isu terakhir yang ditimbulkan Fathul Bari yang akan saya jawab. Sembilan isu telah beliau kemukakan dan kesemuanya saya telah hurai dengan panjang lebar. Saya tahu beliau akan tetap di atas pendiriannya kerana paksi kepada segala hujjahnya ialah bersandarkan bahawa beliau mesti bersama dengan pemerintah walau sejahat mana sekalipun pemerintah tersebut.
Namun dalam mempertahankan pemerintah, beliau sanggup memutar-belitkan fakta dan ini amat sangat mendukacitakan.
Di antara fakta yang diputar-belit ialah kedudukan DAP dan bagaimana PAS lebih rela bersama DAP berbanding dengan UMNO. Kenyataan ini dikeluarkan dengan tujuan memperlekehkan pendirian PAS untuk menyertai PR sedangkan hakikatnya tiada pilihan yang sebegitu perlu dilakukan.
Ini adalah kerana pilihan sebenar adalah di antara PAS atau UMNO bagi ummat Islam dan DAP atau MCA/MIC/Gerakan bagi yang bukan Islam. PAS ingin menggantikan UMNO sebagai peneraju politik Melayu dan Islam. PKR juga mempunyai cita-cita yang sama walaupun mereka adalah parti berbilang kaum. PAS berkerjasama dengan DAP kerana PAS memerlukan rakan untuk mendapat sokongan bukan Islam sepertimana juga UMNO apabila bersama MCA/MIC/Gerakan. Bagi pandangan PAS, DAP adalah parti yang lebih mulia berbanding MCA/MIC/Gerakan kerana DAP mempunyai prinsip perjuangan yang berpaksikan konsep keadilan sosial. MCA/MIC/Gerakan telah sebati dengan kronisma dan rasuah sepertimana rakan kongsi mereka iaitu UMNO.
Dalam usaha menggantikan UMNO, adalah pelik sekiranya PAS berganding pula dengan UMNO! Hakikatnya, dari perspektif PAS, UMNO adalah penghalang kepada kebangkitan ummat kerana mereka menawarkan kepada orang Islam kaedah politik yang selain dari Islam. Pada masa yang sama mereka menghalang kemaraan PAS dalam usaha memperbetulkan minda Muslim dengan menutup segala saluran dakwah yang mampu ditutup mereka.
Bagi UMNO kefahaman yang jelas berhubung politik Islam adalah ancaman kepada politik perkauman UMNO. Oleh itu mereka berusaha sedaya upaya untuk menghalang peningkatan kefahaman ummat Islam. Dan inilah sebabnya UMNO adalah musuh Islam yang sebenar. Oleh itu tidak masuk akal untuk PAS berkerjasama dengan UMNO.
Ini adalah kerana PAS ingin kefahaman terhadap politik Islam ditingkatkan sambil UMNO mahu ianya semakin disekat! Adakah mungkin berganding bersama? Satu ingin tambah dan satu lagi ingin kurang!
DAP sebaliknya bukan merupakan saingan terhadap PAS. Ini adalah kerana PAS dan DAP tidak merebut ‘market’ yang sama. DAP inginkan yang bukan Islam berpegang kepada corak politik berprinsip, walaupun bukan prinsip Islam, namun ada banyak persamaan dengan Islam. Persoalan keadilan sosial, keadilan, ketelusan, kecekapan semuanya adalah prinsip yang selari dengan ajaran Islam. Berbanding MCA/MIC/Gerakan mereka merupakan rakan yang lebih mulia.
Maka jelas PAS tidak boleh menerima UMNO sebagai rakan kerana ingin menggantikan UMNO. Pada masa yang sama, adalah amat lojik bagi PAS untuk berkerjasama dengan DAP kerana perlukan rakan bukan Islam untuk menghadapi hakikat masyarakat majmuk. Fathul dalam menyentuh persoalan ini hanya menyentuhnya dari sudut emosi perkauman dan ‘keislaman’ yang songsang. Iaitu DAP bukan Islam sambil UMNO Islam. Persoalannya, adakah kita sebagai ummat Islam wajar berkerjasama dengan orang Islam yang ingin mengongkong kefahaman Islam itu sendiri?
Sudah pasti tidak! Maka biarlah PAS bersaing dengan UMNO demi membebaskan ummat Islam dan agama Islam itu sendiri dari terus dikongkong UMNO!
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
11 February 2013
Isu Air - Khalid Ibrahim Sedia Debat Dengan Calon MB Selangor
KUALA SELANGOR, 11 FEB: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersedia untuk berdebat mengenai isu air Selangor dengan mana-mana calon Menteri Besar Selangor daripada Umno-BN.
Menurut Abdul Khalid, dengan mengadakan debat, masyarakat Selangor akan mendapat manfaat dengan membuat penilaian dan perbandingan di antara cara pengurusan perkhidmatan air Selangor oleh Pakatan Rakyat Selangor and Umno-BN.
“Baguslah kalau (Datuk Seri) Noh Omar mahu berdebat, kalau dia bakal Menteri Besar, kita boleh berdebat,” ujar beliau dalam sidang media di Kampung Bukit Badong di Bestari Jaya pagi tadi.
Pengurusan perkhidmatan air di Selangor adalah antara isu utama yang akan menentukan gagasan mana akan berjaya memerintah negeri pada pilihanraya akan datang.
Dalam lima tahun pentadbiran, 92 peratus pengguna domestik di Selangor telah mendapat faedah daripada skim air percuma 20 metre padu.
Di samping itu, kenaikan tarif tarif air sebanyak 52 peratus yang diminta oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam tempoh itu, telah berjaya disekat oleh pentadbiran Abdul Khalid.
MP Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar dilaporkan mencabar Abdul Khalid untuk berdebat dengan beliau dalam isu air Selangor.
Perebutan jawatan Menteri Besar di kalangan pemimpin Umno-BN Selangor terus hangat apabila beberapa nama disebut bakal menyandang kerusi itu sekiranya Umno-BN berjaya merampas semula pentadbiran Selangor dari Pakatan Rakyat.
Selain Noh yang kini Timbalan Ketua Umno Selangor, nama lain yang turut disebut adalah Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, Adun Permatang, Sulaiman Abdul Razak dan Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman.
10 February 2013
Kenyataan Dr Mahathir Tidak Gambarkan Ciri Seorang Negarawan
KUALA LUMPUR, 10 FEB: Kenyataan terbaru Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tentang kuasa melucutkan kerakyatan seseorang yang lantang mengkritik pentadbiran Umno-BN tidak mengambarkan seorang negarawan.
Seorang pemimpin yang pernah dianggap tokoh dunia ketiga, Sepatutnya bersikap lebih terbuka dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan terhadap orang yang berlainan pendapat, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurut Abdul Khalid, Dr Mahathir wajar membuat sedikit kajian sebelum beliau mengeluarkan sesuatu kenyataan.
MB ramah mesra KLSCAH Koh Tsu Koon 04“Saya pernah kerja di bawah beliau, saya fikir Tun boleh keluar kenyataan yang lebih baik dari itu,” kata beliau apabila ditemui di majlis ramah mesra Tahun Baru Cina di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor hari ini.
Dalam ceramahnya tentang keselamatan dan perlembagaan semalam, Dr Mahathir berkata kerakayatan pengkritik Kerajaan Umno-BN seperti Pengerusi Bersama Pergerakan BERSIH, Datuk S Ambiga wajar dilucutkan.
Dr Mahathir menggesa orang ramai agar memberikan kemenangan majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat kepada Umno-BN dalam pilihan raya akan datang supaya perlembagaan negara berkaitan perlucutan kerakyatan seseorang dapat dipinda.
Dilaporkan bahawa pada masa ini, dalam Perkara 24 Perlembagaan Persekutuan, kerakyatan hanya boleh dilucutkan apabila seseorang itu mendapat kerakyatan dari negara lain.
MB ramah mesra KLSCAH Koh Tsu Koon 02Atau seseorang itu melaksanakan hak eksklusif warganegara negara lain selain Malaysia, seperti mengundi atau menggunakan dokumen perjalanan negara lain.
Dalam isu lain, Abdul Khalid memberitahu Kerajaan Selangor hari ini mendahului kerajaan negeri lain dalam memberikan sumbangan kepada sekolah Persendirian Cina, Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Tamil.
“Kepada sekolah Cina sahaja, Kerajaan Negeri memberi sumbangan sebanyak RM 6 juta setiap tahun.
“Kerajaan Selangor berpendapat negara kita perlu mengamalkan kebebasan untuk rakyat belajar sebab itu di Selangor kami terima kelulusan ijazah dari Taiwan, China, Indonesia dan Timur Tengah,” kata Abdul Khalid.
Majlis Pertemuan Mesra Tahun Baru Cina yang diadakan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor hari ini berlangsung meriah dengan kehadiran beberapa pemimpin politik dari Pakatan Rakyat dan BN.
MB ramah mesra KLSCAH Koh Tsu Koon 03Selain Abdul Khalid, pemimpin PR lain termasuk, Presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu, Naib Presiden PKR, Datuk Seri Chua Jui Meng dan Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu dan Teresa Kok.
Turut kelihatan dalam anjuran majlis anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor itu, Senator Tan Sri Koh Tsu Koon dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Turut hadir Timbalan Menteri Keewangan Senator Datuk Donald Lim Siang Chai dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Heng Seai Kie.
http://www.selangorku.com/?p=22848
28 January 2013
MB Selangor 'Luku Kepala' Muhyiddin..
Kenyataan Muhyiddin Berkenaan Langat 2 Kelirukan Rakyat
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan Muhyiddin yang membelakangkan kuasa Kerajaan Negeri Selangor berhubung kelulusan projek Langat 2 jelas menyalahi undang-undang.
Menurutnya, ia sekaligus memberi gambaran bahawa Kerajaan Pusat yang ditadbir oleh Umno-BN bebas melakukan apa sahaja yang bertentangan dengan Perlembagaan Negara.
“Muhyiddin ialah seorang Menteri yang dilantik di bawah Perlembagaan Negara, dia tidak boleh melanggar Perlembagaan. Beliau tidak boleh membuli rakyat Selangor, kena ikut undang-undang. Kalau dia tidak ikut undang-undang, macam mana rakyat mahu ikut?
“Beliau kena berhati-hati dalam membuat kenyataan ini terutama jika kita menjawat jawatan tinggi. Malah, dia akan diketawakan oleh pemerhati antarabangsa kerana Malaysia merupakan satu-satunya negara yang tidak mahu mematuhi undang-undang dan bebas melakukan apa sahaja,” katanya ketika mengadakan lawatan kerja di Parlimen Bandar Tun Razak.
Sebelum ini, Muhyiddin dalam satu kenyataan menegaskan bahawa Kerajaan Pusat akan tetap meneruskan projek pembinaan Langat 2 dalam masa terdekat walaupun tanpa persetujuan Kerajaan Negeri Selangor.
Beliau berkata buat masa sekarang bagi menampung permintaan air yang semakin meningkat di kalangan rakyat, beberapa buah loji rawatan air di negeri itu terpaksa meningkatkan tahap pengeluaran sehingga 100 peratus.
Dakwanya, Projek Langat 2 dan sistem agihannya mengalami kelewatan sebanyak 40.55 peratus iaitu kira-kira 29 bulan disebabkan keengganan Kerajaan Negeri memberikan kelulusan yang diperlukan.
Sebelum ini, Abdul Khalid memaklumkan Syabas gagal dalam pengurusan bekalan air Selangor sudah dijangka Kerajaan Negeri sejak dua tahun lalu.
Berikutan itu, beliau berkata, rancangan penstrukturan semula operasi air dikemukakan kepada Kerajaan Pusat bagi menyelesaikan masalah itu, namun skim berkenaan ditolak.
-selangorku
24 January 2013
PANAS - Kerajaan Selangor Batal Projek Besar Kroni Umno
KENYATAAN AKHBAR
24 JAN 2013
KERAJAAN SELANGOR BATAL PROJEK KONDOMINIUM DI BATU CAVES
Jawankuasa Bebas bagi mengkaji dan menilai pembangunan di Batu Caves dan kawasan sekitarnya telah mengadakan mesyuarat yang pertama pada Selasa lalu.
Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana kesediaan untuk membantu kerajaan negeri mencari jalan penyelesaian jangka panjang terhadap isu pembangunan di Batu Caves dan sekitarnya.
Dalam mesyuarat itu, Jabatan Perancang Bandar dan Desa telah membentangkan secara terperinci status pembinaan struktur dan bangunan di Batu Caves serta tahap keselamatannya.
Selepas mendengar penjelasan itu, saya membuat keputusan supaya Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membatalkan kebenaran merancang yang telah diberikan kepada Dolomite Properties Sdn Bhd untuk pembinaan kondominium Dolomite Park Avenue setinggi 26 tingkat.
Keputusan ini dibuat demi menjaga keselamatan orang ramai dan memelihara alam sekitar.
Saya amat berharap keputusan ini diterima positif oleh semua pihak kerana ia melibatkan keselamatan orang ramai. Kerajaan Selangor tidak berkompromi dengan mana-mana projek pembangunan yang boleh mengancam keselamatan rakyat.
Kerajaan Selangor menyokong sebarang projek pembangunan untuk kesejahteraan rakyat tetapi ia perlu dirancang dengan teliti, mengikut peraturan dan tidak membahayakan keselamatan rakyat.
YAB TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR
22 January 2013
Krisis Air : SYABAS Jawab 15 Tuduhan MB Selangor.
Berikut merupakan kenyataan rasmi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS) berkaitan Krisis Air yang berlaku di Kuala Lumpur dan Gombak baru-baru ini :-
Masalah gangguan bekalan air tidak berjadual di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak ekoran kegagalan rumah pam Wangsa Maju yang berlaku pada 29 Disember 2012, SYABAS telah dilemparkan dengan berbagai dakwaan dan tuduhan khususnya oleh Kerajaan Negeri Selangor sepanjang berlakunya gangguan bekalan air ini.
DAKWAAN 1
Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi kenyataan pada 9 Januari 2013 mendakwa SYABAS tidak menyelenggara sistem Variable Speed Drive (VSD) di rumah pam Wangsa Maju secara berkala (periodically preventive maintenance) kerana mendapati SYABAS tidak mempunyai sebarang kontrak penyelenggaraan berkala dengan pembekal VSD.
Dakwaan ini adalah tidak benar kerana, kerja-kerja penyelenggaraan di rumah pam ini dibuat secara berkala (sebulan sekali) yang dilakukan sendiri kakitangan SYABAS. Dalam hal ini, jika semasa kerja penyelenggaraan berkala dan kakitangan SYABAS mendapati terdapat keperluan mendapatkan khidmat pakar termasuk alat ganti, SYABAS akan melantik pihak pembuat dan pembekal VSD tersebut iaitu ABB Malaysia Sdn. Bhd. berdasarkan keperluan (case to case). Malah jadual penyelenggaraan ini juga dihantar kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
DAKWAAN 2
YAB Menteri Besar Selangor turut menyebut bahawa insiden pump tripped bukan disebabkan kegagalan VSD kerana ianya merupakan sistem pintar yang menerima maklumat dari luar seperti keadaan motor, pam, getaran, suhu dan lain-lain.
Dakwaan ini juga tidak benar kerana sistem VSD merupakan sebahagian daripada komponen penting di dalam sistem rumah pam ini, justeru insiden pump tripped juga mempunyai kaitan dengan operasi VSD. Sekiranya mana-mana komponen sistem mengalami kerosakan akibat sistem yang beroperasi melepasi kapasiti (overload), VSD tidak boleh dihidupkan.
DAKWAAN 3
YAB Menteri Besar Selangor turut menyatakan alat gantian pada sistem pam berkenaan boleh didapati dari China dengan menggunakan perkhidmatan courier dan bukan hanya dari Finland seperti yang didakwa SYABAS.
Ingin dinyatakan bahawa SYABAS telah dimaklumkan secara lisan oleh pembekal berkenaan bahawa alat ganti didapati dari Finland. Walaupun begitu isunya adalah berapa lama alat ganti dapat diterima setelah dipesan. Dalam kes ini, ada satu di antara alat pengganti mengambil masa 2 ½ bulan untuk diterima.
DAKWAAN 4
YAB Menteri Besar Selangor turut mendakwa SYABAS gagal mengenalpasti kerosakan pam-pam yang terdapat di rumah pam berkenaan termasuk mendakwa siasatan mereka mendapati pam Nombor 2 telah rosak melebihi setahun dan tidak pernah dibaiki.
Punca sebenar kegagalan rumah pam adalah disebabkan ianya beroperasi dalam keadaan overload dalam tempoh yang lama. Kerosakan sebenar yang berlaku pada sistem rumah pam disebabkan kerosakan pada komponen elektrik dan elektronik. SYABAS mempunyai bukti di mana terdapat dokumen yang merekodkan segala aktiviti di rumah pam, termasuklah kerja-kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan.
Salinan dokumen ini telah diserahkan kepada SPAN yang telah menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menjalankan pengauditan terhadap kerja penyelenggaraan rumah pam tersebut. Sementara itu, Pam No. 2 di rumah pam Wangsa Maju sering mengalami kerosakan pada sistem VSD.
Setiap kali berlaku kerosakan, kerja-kerja pembaikan dibuat oleh pihak ABB selaku pembuat/pembekal VSD ini kerana kerja-kerja ini hanya boleh dilakukan oleh jurutera pakar dari syarikat tersebut. Namun begitu, ia tidak dapat bertahan lama apabila kerosakan berulang dan sistem pam tidak berada dalam keadaan stabil kerana beroperasi dalam keadaan overload.
Proses pembaikan yang berulang ini telah kerapkali berlaku dan telah mengambil masa yang lama. Bagaimanapun, dalam tempoh tersebut, rumah pam tersebut masih mengeluarkan air melebihi seperti biasa bagi menampung permintaan pengguna.
DAKWAAN 5
YAB Menteri Besar Selangor mendakwa bahawa sepanjang tahun 2012, hanya 18 hari sahaja pam pam ini beroperasi melebihi 200 juta liter sehari (JLH).
SYABAS menafikan dakwaan ini kerana SYABAS mempunyai rekod dan statistik yang menunjukkan bahawa pam-pam di Wangsa Maju telah beroperasi melepasi 200 JLH sebanyak 2,023 kali sepanjang tahun 2012 dan bukan 18 hari seperti didakwa menteri besar.
DAKWAAN 6
YAB Menteri Besar Selangor juga mendakwa bahawa kerajaan negeri sudah mengetahui masalah kerosakan rumah pam Wangsa Maju dan pernah menegur SYABAS lebih awal, namun tindakan tidak dibuat.
Dakwaan ini juga tidak benar kerana kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang teguran atau yang seumpamanya kepada SYABAS, sama ada bertulis ataupun lisan.
DAKWAAN 7
YAB Menteri Besar Selangor juga mendakwa bahawa permohonan SYABAS membangunkan sistem pengepaman tambahan baru di Wangsa Maju dibuat pada November tahun lepas dan disokong pada awal tahun ini.
Dakwaan ini tidak benar kerana cadangan pembangunan sistem pengepaman tambahan di Wangsa Maju telah dimajukan kepada Kerajaan Persekutuan pada bulan Jun 2009 diikuti dengan cadangan yang sama kepada Pejabat Menteri Besar Selangor pada Januari 2010, namun tiada respon atau maklumbalas diterima sehingga bulan Mac 2012 apabila Kerajaan Persekutuan mengambil keputusan untuk meluluskan cadangan ini dan memberikan pinjaman kepada kerajaan negeri bagi membiayai projek pembinaan rumah pam tambahan ini yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.
Dari bulan Mac 2012 sehingga hari ini, pembangunan sistem pam tambahan ini oleh Kerajaan Negeri Selangor masih di tahap reka bentuk.
DAKWAAN 8
YAB Menteri Besar Selangor juga mendakwa SYABAS memberi alasan tidak cukup duit untuk membaiki pam itu kerana tarif air tidak naik tetapi rakyat Selangor tidak mahu kenaikan tarif air. Kerajaan negeri menurutnya, bersedia membaiki kerosakan rumah pam jika SYABAS tiada wang dan keupayaan.
SYABAS tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang menyebut bahawa SYABAS tidak mempunyai wang untuk membaiki pam itu kerana tarif air tidak naik. Ini adalah rekaan menteri besar sendiri. Sekiranya kerajaan negeri selaku pemegang saham 30% dalam SYABAS ingin membantu dengan menyediakan dana untuk penyelenggaraan alat-alat di rumah-rumah pam SYABAS, kami amat mengalu-alukannya.
DAKWAAN 9
Exco Selangor, YB Dr Xavier Jayakumar dalam kenyataannya di Sinar Harian mengatakan bahawa kerajaan negeri mengganggap kelalaian SYABAS merupakan pure negligence dan criminal in nature dan menganggap gangguan bekalan air merupakan tindakan sabotaj dan rekacipta oleh SYABAS bagi memburukkan imej Kerajaan Selangor. Menurutnya, SYABAS tidak mampu membekalkan air kepada rakyat dan berpaksi semata-mata atas keuntungan dengan menaikkan tarif dari semasa ke semasa.
Sementara itu Adun Teratai, YB Janice Lee, mendakwa isu air dimainkan media kawalan Barisan Nasional (BN) bagi memburukkan Kerajaan Selangor sedangkan ianya adalah kegagalan SYABAS. Gangguan bekalan air menurutnya adalah antara sabotaj UMNO-BN terhadap Kerajaan Negeri Selangor.
SYABAS menyangkal semua dakwaan di atas kerana -
= Kerosakan pada pam disebabkan rumah pam Wangsa Maju terpaksa beroperasi melebihi kapasiti rekabentuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi memenuhi permintaan bekalan air. Kerosakan ini boleh berlaku dan telah berlaku walaupun ianya disenggara secara berjadual sepanjang masa.
= Isu kekurangan bekalan air terawat telah sekian lama dimaklumkan kepada kerajaan negeri dan diketahui umum serta menjadi tajuk perbincangan dalam beberapa tahun ini. Kerajaan negeri sendiri telah memperakui kesahihan perkara ini dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas Pemantauan Bekalan Air yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Khushrin Munawi sejak bulan Julai 2012 dan juga cadangan membina loji air dengan teknologi membran dan mengoperasikan semula loji air Bukit Jelutong. Tidak timbul isu gangguan bekalan air ini adalah sabotaj dan rekacipta SYABAS.
= Isu kenaikan tarif yang diperuntukan dalam Perjanjian Konsesi SYABAS (walaupun sehingga kini kenaikan tarif masih ditangguhkan oleh kerajaan negeri) merupakan isu berasingan yang tidak berkaitan dengan kekurangan bekalan air terawat yang perlu ditangani oleh kerajaan negeri dengan menambah kapasiti loji rawatan air. SYABAS hanya pengagih bekalan air yang dibekalkan oleh operator-operator loji rawatan air yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.
= Isu SYABAS sengaja merekacipta krisis ini tidak timbul kerana tidak ada seorang pun yang waras akan tergamak melakukannya, lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan kepentingan orang ramai. Ia juga tidak logik kerana SYABAS terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi bagi menguruskan bekalan air alternatif kepada pengguna.
SYABAS juga mempunyai rekod dan statistik yang menyokong kenyataan SYABAS tentang kekurangan bekalan air terawat. SYABAS telah menghantar maklumat tersebut kepada kerajaan negeri menerusi audit yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan juga kepada wakil-wakil kerajaan negeri dalam Lembaga Pengarah SYABAS.
DAKWAAN 10
YB Xavier juga mengatakan bahawa pembekalan dan agihan air adalah merupakan tanggungjawab SYABAS dan bukan kerajaan negeri seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Konsesi dan kerajaan negeri sedia jadi saksi kepada pengguna memfailkan tuntutan terhadap SYABAS.
SYABAS menyangkal dakwaan ini dan menegaskan bahawa:
= Peranan dan tanggungjawab hakiki SYABAS yang diperuntukkan dalam Perjanjian Konsesi adalah mengagihkan air terawat kepada pengguna dan mengutip caj bekalan air daripada pengguna berdasarkan tarif digazetkan kerajaan.
= Air terawat ini dijual dan dibekalkan oleh operator loji yang telah dilantik sendiri oleh kerjaan negeri untuk merawat air termasuk SPLASH, Konsortium Abass dan Konsortium Air Selangor yang mana kerajaan negeri mempunyai saham di dalamnya. Oleh yang demikian, SYABAS tidak bertanggungjawab dalam menentukan atau meningkatkan kapasiti loji rawatan air.
= Dari aspek penambahbaikan, menaiktaraf, mengganti dan pembangunan baru sistem infrastruktur agihan air yang dikategorikan sebagai program CAPEX tertakluk kepada kelulusan SPAN yang merujuk kepada kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Seperti telah diketahui umum, kelulusan sebahagian besar dari program CAPEX ini telah dibekukan oleh SPAN atas arahan kerajaan negeri sejak tahun 2008. Ini bermakna kerajaan negeri telah menghalang SYABAS daripada membuat kerja kerja penambahbaikan, menaiktaraf, mengganti, atau pembangunan projek-projek baru sistem infrastruktur agihan air ini.
= Bagi memastikan operasi berjalan seperti ditetapkan dalam perjanjian konsesi, kenaikan tarif air perlu diselaraskan berdasarkan kepada perjanjian konsesi namun perkara ini telah ditangguhkan oleh kerajaan negeri. SYABAS bagaimanapun kekal mengurus operasi tanpa kompromi terhadap kualiti perkhidmatan dan penyenggaraan infrastruktur sistem agihan air. Kekangan yang dihadapi dari pelarasan tarif hanya menyebabkan SYABAS terpaksa menangguhkan sebahagian pembayaran kos belian air dari operator loji.
= Adalah tidak wajar bagi kerajaan negeri yang memegang 30% ekuiti dan mempunyai wakil dalam Lembaga Pengarah SYABAS memberikan galakan kepada pengguna untuk memfailkan saman terhadap SYABAS sedangkan ketidakupayaan dan kekangan yang dihadapi oleh SYABAS disebabkan oleh halangan kerajaan negeri dari meluluskan projek-projek di bawah program penambahbaikan, menaiktaraf, mengganti ataupembangunan baru (Program CAPEX) seperti dicadangkan oleh SYABAS.
DAKWAAN 11
YB Xavier juga mendakwa bahawa isu air berlaku disebabkan keangkuhan SYABAS dan SYABAS tidak menghubungi Setiausaha Kerajaan Negeri bagi mendapatkan bantuan lori tangki dari PBT tetapi SYABAS meminta bantuan dari syarikat bekalan air daripada luar.
= SYABAS ingin menegaskan bahawa dalam mesyuarat harian Jawatankuasa Khas Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri dan dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri atau wakilnya, perkara ini telah dibincang dan dibentangkan. Oleh yang demikian, tidak timbul isu di mana SYABAS tidak meminta bantuan atau tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri. Kenyataan tersebut adalah tidak benar.
= Walaupun dalam mesyuarat yang diadakan setiap hari, SYABAS telah maklumkan kepada kerajaan negeri tentang bantuan yang diperlukan bagi meringankan masalah yang ditanggung pengguna, namun bantuan yang diterima tidak seperti yang diharapkan. Kerajaan negeri menerusi pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), memulakan penghantaran bantuan 4 buah lori tangki hanya mulai 5 Januari 2013 iaitu selepas 6 hari kejadian berlaku.
Berikutnya pada 7 Januari 2013, 3 buah lori, 8 Januari 4 buah, 9 Januari 4 buah, 10 Januari 2 buah, 11 Januari 10 buah, 12 Januari 13 buah, 13 Januari 10 buah dan 14 Januari 2 buah lori. Penghantaran lori-lori tangki ini tidak tetap kerana ada hari-hari yang tiada lori dihantar.
Selain daripada itu, bantuan yang dihantar oleh kerajaan negeri juga tidak menyeluruh kerana tidak menyediakan sukarelawan dan petugas petugas untuk membantu mengangkat air ke rumah-rumah pengguna. Sebagai sebuah negeri yang besar seperti Selangor, sepatutnya lebih ramai petugas sukarelawan dan bantuan lori-lori tangki dapat disediakan.
Malahan sebahagian lori-lori yang digunakan juga didapati tidak menepati piawaian kualiti air yang ditetapkan dan tidak sesuai digunakan untuk membekalkan air. Oleh itu, lori-lori tersebut terpaksa dihantar semula untuk proses cucian dan selepas diuji, barulah air tersebut boleh digunakan.
DAKWAAN 12
Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraidah Kamaruddin, mendakwa SYABAS tidak mengambilkira perancangan jangka panjang dalam aspek penyenggaraan, sistem naiktaraf, pemantauan berkala, sistem sokongan lebih efektif dan pengurusan berwibawa.
SYABAS menafikan dakwaan ini dan ianya tidak benar kerana program penyenggaraan berkala rumah pam ini adalah sebahagian daripada program penyenggaraan tahunan peralatan infrastruktur sistem agihan air terawat yang dimajukan pada awal tahun setiap tahun kepada SPAN untuk kelulusan seperti termaktub di dalam Perjanjian Konsesi SYABAS.
Manakala laporan status kerja-kerja penyenggaraan dimajukan sekali dalam tempoh enam bulan kepada SPAN untuk pemantauannya. Bagi kerja kerja menaiktaraf, membaik pulih, mengganti dan pembangunan baru infrastruktur sistem agihan yang melibatkan program perbelanjaan modal (CAPEX), SYABAS telah dihalang daripada melaksanakannya apabila ianya dibekukan oleh SPAN atas arahan kerajaan negeri sejak bulan Julai 2008. SYABAS hanya dibenarkan untuk menjalankan kerja kerja kritikal sahaja serta penyelenggaraan rutin, itupun selepas mendapat kelulusan SPAN.
Dalam keadaan keadaan seperti ini, SYABAS seolah olah 'terikat tangannya' dan tidak banyak yang mampu dilakukan akibat daripada arahan pembekuan ini. Oleh itu, mendakwa SYABAS tidak mengambil kira perancangan jangka panjang adalah tuduhan yang tidak berasas dan tidak adil sama sekali.
DAKWAAN 13
YAB Menteri Besar Selangor turut mendakwa bahawa gangguan bekalan air membuktikan kegagalan projek penswastaan air kepada syarikat yang tidak berkelayakan dan kompeten SYABAS menyangkal dakwaan ini dan bertegas bahawa gangguan bekalan air adalah disebabkan kegagalan rumah pam yang telah beroperasi secara overload dalam tempoh yang panjang disebabkan permintaan yang meningkat berterusan.
Kegagalan rumah pam berfungsi adalah berkait dengan permintaan yang meningkat sehingga menyebabkan rumah pam terpaksa beroperasi melebihi kadar kebiasaannya sementara menunggu bekalan air terawat tambahan yang belum disediakan oleh kerajaan negeri.
Kerajaan negeri atas alasannya sendiri tidak mahu menerima hakikat yang disokong oleh fakta-fakta bahawa Selangor mengalami kekurangan dalam pengeluaran air terawat berbanding permintaan yang meningkat.
DAKWAAN 14
Dalam keadaan yang sama, Adun Teratai, YB Janice Lee mendakwa bahawa isu masalah air menunjukkan ketidakupayaan Puncak Niaga dan SYABAS mengendalikan pengurusan air kerana krisis ini bukanlah yang pertama kali berlaku di Selangor.
SYABAS menyangkal dakwaan ini dan menegaskan bahawa menteri besar dan kerajaan negeri telah dimaklumkan semenjak tahun 2005 lagi bahawa permintaan air terawat di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya meningkat iaitu pada kadar 3.5% setiap tahun dan pengeluaran air dari kapasiti loji-loji yang sedia ada telah tidak mencukupi.
Sememangnya ada di antara 34 loji sedia ada telah beroperasi melepasi kapasiti rekabentuk. Keadaan bertambah buruk apabila rezab bekalan air yang tinggal pada masa ini adalah lebih kurang 1% sahaja. Kerajaan negeri bertanggungjawab menambah kapasiti rawatan air manakala di bawah Perjanjian Konsesi, SYABAS hanya dipertanggungjawabkan ke atas pengagihan air terawat kepada pengguna berdasarkan kuantiti dibekalkan oleh operator loji, syarikat konsesi dilantik kerajaan negeri bagi merawat dan membekal air kepada SYABAS.
Kerosakan pam disebabkan rumah pam Wangsa Maju terpaksa beroperasi melebihi kapasiti rekabentuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi memastikan pengguna mendapat bekalan air. Kerosakan ini boleh berlaku dan telah berlaku walaupun ianya diselenggara secara berjadual sepanjang masa.
Keengganan kerajaan negeri meluluskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan kelewatan membangunkan sistem pam tambahan yang hanya diluluskan pada bulan Mac 2012 menyebabkan SYABAS terpaksa menguruskan rumah pam ini pada tahap overload untuk memenuhi permintaan yang tinggi.
Selain itu, dakwaan terhadap Puncak Niaga adalah tidak adil kerana Puncak Niaga tidak terlibat dalam isu ini, disebaliknya membantu dalam mengoperasikan loji Sungai Langat pada tahap overload sehingga 520 JLH daripada biasa 470 JLH.
DAKWAAN 15
YB Zuraidah seperti disiarkan di Sinar Harian mendakwa bahawa SYABAS gagal menyediakan back-up bekalan air yang mencukupi kepada penduduk dan tidak mempunyai pelan kecemasan untuk mengatasi masalah ini.
Dakwaan tersebut adalah tidak berasas kerana back-up bekalan air wujud dengan adanya kapasiti rezab bekalan air terawat yang mencukupi. Pada masa ini, rezab kapasiti bekalan hanya sekitar 1%, jauh lebih rendah daripada paras selesa industri bekalan air (20%).
Tanggungjawab bagi menyediakan rezab kapasiti bekalan air terawat yang mencukupi adalah kerajaan negeri, bukannya SYABAS. Situasi di kawasan Gombak dan Kuala Lumpur boleh di elakkan jika bekalan air terawat mempunyai rezab kapasiti yang mencukupi.
SYABAS telah menjalankan tanggungjawabnya seperti yang terkandung dalam Perjanjian Konsesi. Namun dalam keadaan keadaan tertentu, SYABAS tidak dapat mengelak daripada berlaku masalah yang mengakibatkan SYABAS tidak dapat menjalankan obligasinya dengan berkesan jika terdapat pihak lain tidak menjalankan tanggungjawabnya.
Misalnya jika berlaku pencemaran sungai akibat tumpahan minyak dan loji loji rawatan terpaksa berhenti operasinya, SYABAS tidak dapat menyalurkan air kepada pengguna. Sebagai memenuhi tanggungjawabnya SYABAS membekalkan air menerusi lori lori tangki bagi memastikan bekalan air sampai kepada pengguna. Namun demikian bukanlah tanggungjawab SYABAS membersihkan sungai dari tumpahan minyak atau memastikan sungai tidak tercemar. Ianya adalah tanggungjawab kerajaan negeri.
Sangat tidak adil meletakkan kesalahan ini kepada SYABAS kerana krisis air berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri menjalankan tanggungjawabnya. Apatah lagi kerana kerajaan negeri memiliki 30% saham di dalam SYABAS tetapi membiarkan SYABAS berhadapan dengan segala kekangan tanpa menghulurkan sebarang bantuan, sebaliknya mencari kesalahan dan kelemahan SYABAS semata mata.
Semasa krisis ini berlaku, Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning telah diaktifkan SYABAS pada 29 Disember 2012 jam 8:00 pagi. Pelan ERP ini yang beroperasi 24 x7 adalah sekretariat bertindak setempat bagi memantau dan mengurus bekalan bantuan air kepada pengguna yang menghadapi gangguan bekalan air.
Bekalan air dihantar kepada pengguna bagi kawasan gangguan kali ini diberikan melalui lori-lori tangki (86 buah) dengan jumlah penghantaran sebanyak 2,891 trips (sehingga 12 tengah hari 12 Januari 2013) dan 287 tangki statik. Bagaimanapun, keupayaan pelan Tindakan Kecemasan adalah terhad kerana mana-mana bekalan air tidak dirancang, direkabentuk dan dibina untuk kegagalan (designed not to fail).
KESIMPULAN
Belum pernah terjadi sebuah kerajaan negeri menghalang kerja-kerja penambahbaikan perkhidmatan yang memberi manfaat kepada rakyat. Kerajaan negeri perlu memikirkan soal kesejahteraan rakyat, kebajikan rakyat dan meluluskan program-program yang dicadangkan SYABAS untuk kebaikan rakyat.
Sikap menyalahkan SYABAS yang memberikan perkhidmatan kepada rakyat tanpa memberikan bantuan yang sewajarnya umpama ‘baling batu sembunyi tangan’. Tindakan kerajaan negeri menghalang program-program menaiktaraf, membaik pulih, mengganti dan menjalankan projek-projek baru sistem agihan bekalan air menerusi pembekuan Perbelanjaan Modal (CAPEX) sangat tidak wajar.
SYABAS berharap kerajaan negeri yang mempunyai tanggungjawab di bawah undang-undang untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah berkaitan menambah kapasiti bekalan air terawat dapat melihat perkara ini dengan lebih serius dan mengambil tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan isu ini.
SYABAS hanya menguruskan perkhidmatan pengagihan air terawat yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat operator loji rawatan air yang dilantik oleh kerajaan negeri sendiri.
http://klpos.com/politik/37611-krisis-air-syabas-jawab-15-tuduhan-mb-selangor
21 January 2013
Edar Bible Kepada Pelajar Islam - Perkara Pelik Dan Ajaib Terjadi
Edar Kitab Injil : Hasutan Perkauman Terbaru Alihkan Perhatian Rakyat
![]() |
| Kalau Betul Mereka Edar Bible, Kenapa Tak Tangkap? |
Khalid berkata rakyat jangan terpengaruh dengan hasutan perkauman yang kini cuba ditiup oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.
Khalid menegaskan perkara itu tidak masuk akal dan merupakan fitnah jahat yang dilakukan bagi mencetuskan kemarahan umat Islam selepas isu penggunaan Kalimah Allah.
“Jika betul perkara itu berlaku, mengapa hanya mengambil video dan tidak menangkap perlaku itu? “Tangkap saja sebab pelaku itu sudah menyalahi undang-undang dan perlembagaan. Kenapa tidak serahkan kepada pihak polis? Kenapa hanya dimuat naik di Youtube dan Facebook?
“Sebagai rakyat, jangan mudah diperbodohkan Umno-BN. Mereka sudah terdesak dan tersempit oleh itu mereka lakukan pelbagai perkara,” katanya dalam ucapannya di Program Merdeka Rakyat, di Seksyen 17, di sini semalam.
Tambahnya, Umno-BN sengaja membangkitkan isu perkauman yang lain selepas isu kalimah Allah dan amanat Haji Hadi tidak berkesan.
Baru-baru ini, terdapat dakwaan bahawa kita Injil diedarkan kepada pelajar Islam, dipercayai oleh dua lelaki di hadapan sebuah sekolah menengah di Jelutong, Pulau Pinang.
Mereka yang berpakaian kemas didapati mengedarkan kitab tersebut kepada kira-kira 50 pelajar termasuk pelajar Islam yang sedang masuk dan keluar sekolah ketika waktu pertukaran sesi persekolahan pagi dan petang itu.
10 January 2013
PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DALAM LAGU NEGERI TIDAK PERLU DIJADIKAN ISU
KENYATAAN AKHBAR
9 JAN 2013
PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DALAM LAGU NEGERI TIDAK PERLU DIJADIKAN ISU
Penggunaan kalimah Allah hanya menjadi kesalahan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan dan penyalahgunaan seperti menghasut umat Islam untuk bertukar agama yang boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata ini sejajar dengan fatwa di bawah Seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003(Pindaan 2010).
“wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan”
“Enakmen ini perlu dibaca dan difahami secara menyeluruh untuk mengelak sebarang kekeliruan,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, hari ini.
Beliau berkata, DYMM Sultan Selangor adalah Ketua Agama Islam bagi Negeri Selangor dan kerajaan negeri sentiasa menghormati kuasa tersebut.
Dikeluarkan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
07 January 2013
PANAS - Blogger Pencacai MIM Terpaksa Rayu Khalid Samad Selesai Kes Luar Mahkamah..
GEORGE TOWN - Nasib blogger mesra UMNO, Minda Intelek Melayu (MIM) atau nama sebenarnya Dr Novandri yang didakwa memfitnah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam blognya akan ditentukan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada pagi ini.
Khalid yang juga anggota Lajnah Politik Pas Pusat semasa dihubungi awal pagi tadi mengaku bahawa blogger berkenaan merayu untuk menyelesaikan tulisan berunsur fitnah ke atas peribadinya itu di luar kamar mahkamah.
"Dia nak minta maaf atau tidak berhubung fitnah ke atas diri saya itu biar dalam mahkamah supaya jadi pengajaran bagi blogger Umno yang lain," ujar beliau menerusi telefon.
Khalid diwakili oleh peguam Hanipa Maidin, manakala, Dr Novandri sejak awal bicara kes fitnah itu pada tahun lepas gagal mengemukakan peguam bela sehingga dikritik oleh Hakim sendiri.
Bicara akhir kes Dr Novandri didakwa memfitnah Khalid bermula jam 9 pagi ini.
Berita lanjut, menyusul kemudian.
http://www.facebook.com/zainulfaqar.yaacob13/posts/489008537808784
05 January 2013
Tiada pembangunan dibenar di tanah Boustead
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tiada pembangunan akan diluluskan atas tanah yang dijual oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan juga kepada Boustead Holdings di kawasan perindustrian Bukit Raja.
"Kerajaan Selangor tidak akan meluluskan sebarang permohonan pembangunan di atas tanah yang telah diserah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di kawasan Perindustrian Bukit Raja, Klang," katanya.
“Kita tidak akan membenarkan sebarang pembangunan di atas tanah itu kecuali bagi pembinaan kem latihan tentera seperti yang ditetapkan, itu pun selepas mendapat kebenaran Mesyuarat kerajaan Negeri Selangor (MMKN) dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES)," kata menteri besar.
"Jika ada apa-apa pembangunan dan urusniaga dilakukan ke atas tanah tersebut, maka ianya dilakukan tanpa pengetahuan kerajaan negeri dan Kerajaan Negeri tidak mengiktirafnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat MTES yang dipengerusikan Abdul Khalid selepas mendengar taklimat Pengarah Tanah dan Galian Negeri dan tiga pegawai daerah, semalam.
Dalam mesyuarat MTES itu, menteri besar telah dimaklumkan bahawa semua tanah yang diserah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dikhususkan untuk pembinaan kem latihan tentera dan tanah tersebut masih lagi di bawah nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan tidak dipindahmilik kepada mana-mana syarikat atau individu.
Menteri Besar berkata keputusan ini sejajar dengan prinsip kerajaan negeri yang telus, bertanggungjawab dan menolak sama sekali amalan rasuah serta salah guna kuasa untuk kepentingan peribadi dan politik yang akhirnya rakyat menangung beban.
Krisis Air Selangor - MB Beri Kata Dua Kepada Syabas
KUALA SELANGOR - Kerajaan Negeri bersedia mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sekiranya syarikat konsesi air itu masih memberi alasan tiada wang dan keupayaan membaiki pam yang rosak.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri bersedia membaiki kerosakan pam yang didakwa menyebabkan krisis air melanda kawasan Gombak dan Kuala Lumpur sejak kebelakangan ini.
“Kita bersedia untuk membaikinya jika Syabas tiada wang dan keupayaan untuk menyelesaikan kerosakan itu dan Syabas tidak perlu melibatkan campur tangan Kerajaan Persekutuan dalam perkara ini.
“Meskipun saya difahamkan pam terbabit kini sudah dibaiki, namun masalah krisis air masih belum dapat diselesaikan kerana ia mengambil tempoh seminggu untuk memenuhi paras air sebelum dapat beroperasi seperti biasa.
“Mungkin Syabas takut Kerajaan Negeri mahu mengambil alih, jadi mereka cepat-cepat baikinya,” katanya dengan nada seloroh ketika sidang media di Taman Pancaran, Bestari Jaya semalam.
Abdul Khalid yang juga Adun Ijok itu menjelaskan, sebelum ini Kerajaan Negeri sudah mewujudkan pasukan khas untuk memantau dan mengenal pasti punca krisis air yang berlaku di negeri ini sejak Jun tahun lalu.
“Pasukan khas itu ditubuhkan selepas berlakunya krisis air di beberapa kawasan sejak setahun lalu dan memaklumkan masalah terbabit kepada pihak Syabas.
“Seperti kes kerosakan pam Rumah Pam Wangsa Maju, Kerajaan Negeri sudah mengetahui masalah kerosakan itu dan pernah menegur Syabas untuk membaiki kerosakan dua pam rizab lebih awal, namun tindakan tidak dibuat.
“Kerajaan Negeri turut menyifatkan Syabas gagal melaksanakan penyelenggaraan ke atas aset dan fasiliti bekalan air di bawah pengendaliannya dan mengenal pasti kerosakan pam di rumah pam berkenaan.
“Syabas juga gagal menyelesaikan masalah kerosakan pam terbabit dan menggunakan isu ketidakcukupan air sekali gus menyalahkan Kerajaan Negeri kerana tidak meneruskan Projek Langat 2.
“Apabila Kerajaan Negeri membangkitkan perkara ini, Syabas masih memberi alasan tiada wang dan tiada keupayaan untuk membaiki kerosakan itu dan mahu menaikkan tarif air bagi tujuan itu.
“Kerajaan Negeri terpaksa membantah tindakan Syabas yang mahu menaikkan tarif air kerana tahu rakyat Selangor pastinya tidak bersetuju,” katanya.
04 December 2012
Perbahasan Twitter Dengan Fathul Bari
Sejarah Latarbelakang Kenyataan Karpal “Langkah Mayat Saya Dulu”
Setelah dibentangkan hujjah berhubung 2 isu utama perbahasan saya dengan Fathul Bari, saya dapati dia masih belum mampu memberi jawapan balas. Walaubagaimanapun, saya difahamkan ini bukanlah sesuatu yang menghairankan bagi dirinya. Oleh itu saya akan teruskan dengan hujjah saya untuk menangkis tuduhan-tuduhannya sebelum ini. Isu ketiga yang ingin saya jelaskan ialah latar belakang kenyataan Karpal.
Dalam kita menilai sejauh mana seriusnya kenyataan Karpal dewasa ini, perlu kita mengambil kira keadaan dan suasana apabila Karpal mengeluarkan kata-kata “over my dead body” tersebut. Ianya berlaku pada tahun 1990 sebelum adanya sebarang interaksi serius di antara DAP dan PAS.
Sepertimana yang diketahui, PAS telah bersama Keadilan dan DAP dalam Barisan Alternatif (BA) sebelum adanya PR hanya pada tahun 1998. Dalam PRU 1999, undi DAP jauh merosot dan ini, mengikut analisa mereka, adalah disebabkan hubungan DAP dengan PAS melalui BA. Oleh itu DAP pada tahun 2002 menuntut supaya PAS menggugurkan agenda Islamnya atau DAP akan keluar dari BA. PAS menolak permintaan tersebut dan DAP keluar.
Pada tahun 2008, PAS bersama PKR sebagai BA telah membuat ‘election pact’ atau persetujuan semasa pilihan raya bersama DAP. Persetujuannya adalah untuk mengelak berlakunya pertandingan 3 penjuru. Dalam ertikata yang lain, di mana ada calon PR menentang calon BN, DAP tidak bertanding dan begitu juga sebaliknya.
Setelah mengetahui keputusan PRU ke 12, didapati BA bersama DAP boleh membentuk kerajaan di beberapa Negeri. Pada masa itu baru PR dibentuk. Dalam PR ianya dipersetujui, setiap parti berhak berpegang dan mengusahakan agenda parti sendiri di atas nama parti masing-masing tetapi apa yang diterima sebagai agenda PR mesti dipersetujui ketiga-tiga parti.
Ini bermakna PAS bebas mengusahakan agenda PAS di atas platform PAS tapi bukan atas platform PR. Begitu juga dengan DAP dan PKR. Dalam keadaan ini diamalkan dasar ‘agree to disagree’ atau ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ yang pada hakikatnya merupakan sebahagian dari prinsip demokrasi yang diamalkan dalam politik gabungan atau ‘coalition politics’. Dalam keadaan ini, PAS tidak lagi dituntut untuk menggugurkan agenda Islamnya sebelum DAP turut bersama dalam PR.
Maka, walaupun pendirian Karpal secara peribadi tidak banyak berubah, namun dia tidak lagi mengeluarkan pendirian yang sekeras itu terhadap apa yang diusahakan PAS. Ketidak-setujuan beliau dijelaskan melalui hujjah dan saya pun telah memberi respon saya sebelum ini di dalam tulisan saya; Hudud: Di Antara Karpal dan UMNO. Yang penting, walaupun beliau tidak setuju dengan agenda yang ingin dibawa PAS, beliau mengakui hak PAS untuk memperjuangkan dasar dan keyakinan PAS sendiri.
Sikap ‘demokratik’ yang sebegini tidak ditunjukkan sama sekali oleh MCA dan CSL. Dimana secara jelas MCA dan CSL telah memberi kata dua kepada UMNO bahawa sekiranya UMNO ingin membawa agenda Islam, khususnya perundangan hudud, maka MCA akan keluar dari BN.
Bersambung...
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
01 December 2012
ISU TALAM DAN AIR BUKTI KOMITMEN KERAJAAN SELANGOR MENJAGA KEPENTINGAN RAKYAT
KENYATAAN AKHBAR
30 NOV 2012
ISU TALAM DAN AIR BUKTI KOMITMEN KERAJAAN SELANGOR MENJAGA KEPENTINGAN RAKYAT
Saya mengucapkan terima kasih kepada Dewan Negeri Selangor dan Speaker, Datuk Teng Chang Khim kerana telah mengendalikan persidangan Dewan penggal kelima dengan baik dan lancar.
Saya berpuas hati dengan perjalanan persidangkan Dewan kali ini yang mana kita bukan sahaja membentangkan belanjawan berimbang untuk lima tahun berturut-turut tetapi juga berjaya menyerahkan kertas putih pelunasan hutang Talam dan dua laporan status berkenaan penstrukturan semula industri perkhidmatan air serta pengundi yang meragukan menerusi Projek Pendemokrasian.
Saya mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Dewan yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan. Saya terima cadangan, kritikan serta hujah-hujah yang boleh memberi penambahbaikan untuk kerajaan Selangor.
Dalam penggulungan, saya ada menyentuh isu Talam yang mana rakyat Selangor boleh melihat kaedah kutipan dibuat dengan tertib, mengikut peraturan dan tidak merugikan kerajaan negeri serta rakyat. Keputusan kerajaan Selangor mendapatkan semula hutang lapuk ini menerusi Perjanjian Penyelesaian Menyeluruh (Global Settlement Agreement) adalah keputusan yang bijak kerana penilaian adalah berdasarkan kepada penilaian pendapatan masa hadapan.
Kita telah mengeluarkan dokumen-dokumen perjanjian penyelesaian hutang ini dan orang ramai boleh menyemak dokumen ini tertakluk di bawah Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI).
Dalam isu air, kita berpendirian bahawa Langat 2 dan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negeri Selangor hendaklah dibincangkan bersekali supaya Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mencapai persefahaman di dalam memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di bawah Model Holistik.
Tanpa penstrukturan semula sebagaimana yang dicadangkan, perkhidmatan air semasa yang tidak holistik akan terus menyumbang kepada pengurusan bekalan air yang tidak cekap dan membebankan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Kita juga mendapati Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) tidak lagi berupaya mengendalikan pengagihan air kerana menanggung defisit kewangan dan berhutang dengan operator rawatan air melebihi RM400 juta serta gagal membayar royalti air mentah kepada kerajaan negeri sebanyak RM3 juta.
Kita berharap rakyat Selangor akan terus menyokong usaha penstrukturan semula industi perkhidmatan air untuk memastikan bekalan air lebih cekap pada harga munasabah. Ini adalah komitmen kerajaan Selangor untuk menjaga dan memelihara kepentingan rakyat menerusi pentadbiran yang cekap, berhemah telus dan bertanggungjawab.
TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
24 October 2012
Penapis air: Muhyiddin tidak dapat makumat tepat
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ternyata tidak diberi penjelasan dan maklumat yang tepat mengenai teknologi penapis air membran apabila mendakwa teknologi ini tidak praktikal kerana mahal dan tidak mampu menambah bekalan air.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, mungkin tujuh tahun lalu teknologi penapis air membran ini mahal kerana baharu diperkenalkan tetapi sekarang tidak lagi.
Jelasnya, teknologi itu sangat kompetitf dan sekarang digunakan untuk memproses air laut menjadi air mentah di beberapa negara di Timur Tengah.
“Kerajaan Selangor telah memanggil perunding daripada Kanada yang telah pun memberikan taklimat terperinci mengenai penggunaan teknologi ini yang kita anggap lebih praktikal dan menjimatkan berbanding menembuk banjaran Titiwangsa untuk membina terowong bawah tanah dan memusnahkan alam sekitar untuk pembinaan empangan di Pahang,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Menerusi teknologi itu, jelasnya Negeri Selangor akan mempunyai bekalan air yang mencukupi tanpa perlu membeli air daripada Pahang.
“Kita mampu meningkatkan kapasiti air dengan hanya membina teknologi penapis air membran di loji pembersihan air sedia ada,” katanya lagi.
Beliau menambah, penggunaan teknologi penapis air membran ini mampu menambahkan satu juta meter padu air sehari dengan hanya menggunakan 1/3 dari kos pembinaan Langat 2
Menurutnya, purata keperluan air di Selangor dan Lembah Klang adalah sekitar empat juta meter padu sehari tetapi bekalan yang sampai kepada pengguna hanyalah tiga juta meter padu kerana satu juta meter padu ‘hilang’ atau Non Revenue Water (NRW).
Justeru, ujarnya teknologi ini mampu menampung tambahan keperluan satu juta meter padu setiap hari.
“Sekiranya Timbalan Perdana Menteri tidak faham mengenai teknologi ini, kita sedia memanggil perunding daripada Kanada untuk memberikan taklimat kepada beliau dan pegawai-pegawai di Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta pakar-pakar air di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,” katanya.
Khalid juga menjelaskan, Kerajaan Selangor mengulangi pendirian bahawa kerajaan negeri tidak menentang Langat 2 tetapi perlu disertakan sebagai pakej penyusunan semula industri perkhidmatan air yang terbantut kerana tiada kerjasama dari kerajaan Pusat dan syarikat konsesi.
Katanya, penyusunan semula perkhidmatan air di Selangor adalah penyelesaian menyeluruh yang membolehkan pengguna di Selangor dan Lembah Klang menerima perkhidmatan bekalan air lebih efisen pada harga munasabah.
SELANGOR TIDAK PERNAH LULUS PEMBINAAN KABEL BERVOLTAN TINGGI
KENYATAAN AKHBAR
KERAJAAN SELANGOR TIDAK PERNAH LULUS PEMBINAAN KABEL BERVOLTAN TINGGI (275KV) OLEH TNB
Kerajaan Selangor Pakatan Rakyat tidak pernah memberi kelulusan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk meneruskan Projek Pembinaan Kabel berkuasa tinggi sehingga hari ini.
Projek ini sebenarnya telah diluluskan oleh Kerajaan Selangor Barisan Nasional pada 2007.
“Oleh itu,MCA tidak berkelayakan untuk mengadu sekarang.Kenapa mereka tidak menyuarakan semasa mereka memegang kuasa masa itu?”
Sebaik saja menerima bantahan dan aduan daripada penduduk setempat tentang pembinaan ini pada tahun 2010, saya telah mengarahkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) agar tidak memberi apa-apa kelulusan pembinaan kepada TNB sehingga pihak TNB memberikan cadangan lain.
Tetapi malangnya, TNB baru-baru ini telah mula meneruskan kembali pembinaan bertumpu hanya di kawasan Taman Connaught, Kuala Lumpur di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) manakala di Selangor pembinaan tidak diteruskan.
Justeru, tuduhan MCA Bandar Tun Razak pada 17 Oktober yang mendakwa bahawa saya dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) memberi kelulusan kepada TNB untuk membina kabel ini merentasi beberapa kawasan di Cheras di Negeri Selangor dan Taman Connaught di Kuala Lumpur, adalah tidak benar.
Saya akan mencadangkan TNB dan DBKL untuk bertemu dengan penduduk Bandar Tun Razak dalam tempoh 2 minggu ini untuk mencari jalan bagi menyelesaikan perkara ini untuk kebaikan semua pihak.
Selaku Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, saya menyokong penuh projek-projek pembangunan untuk keselesaan rakyat pada masa hadapan tetapi ia perlu dilakukan secara berhemat dengan mengambil kira pandangan dan ketidakselesaan rakyat yang bimbang keselamatan dan kesihatan mereka terjejas akibat projek ini.
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
AHLI PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK
17 October 2012
Putrajaya perlu rasa ‘malu’ rakyat bina lebuhraya atas inisiatif sendiri..
KUALA LUMPUR, 17 Okt — Tindakan Kementerian Kerja Raya memberikan jawapan berbolak-balik berkenaan isu Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu ke Kuala Krai, menyebabkan pemimpin PAS tampil menempelak kerajaan yang menurut mereka harus berasa malu kerana rakyat bakal membina lebuh raya itu atas inisiatif mereka sendiri.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini menegaskan kerajaan yang bermaruah seharusnya rasa terpukul dengan tindakan kerajaan negeri Kelantan untuk membina lebuh raya tersebut menggunakan derma dan waqaf untuk rakyat dinegeri pimpinan PAS itu.
"Kerajaan yang bermaruah seharusnya perlu rasa malu, rasa terhina, dan terpukul kerana rakyat dah bosan dengan kerajaan Pusat.
"Rakyat sebaliknya atas inisiatif sendiri mengguna sistem waqaf, untuk memenuhi hak keperluan rakyat Kelantan membina lebuh raya berkenaan...... - TMI
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor hari ini menjelaskan kementeriannya tidak pernah menerima sebarang permohonan rasmi daripada kerajaan negeri Kelantan berhubung pembinaan Lebuh Raya Rakyat dari Kota Bharu ke Kuala Krai.
Shaziman ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 bagi kementeriannya bagaimanapun berkata hanya menerima panggilan telefon daripada salah seorang exco negeri pimpinan PAS itu mengenai pelancaran majlis pecah tanah projek berkenaan.
Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar juga turut menegaskan kenyataan Shaziman di Dewan Rakyat itu adalah cubaan untuk menutup janji kerajaan untuk membina lebuh raya tersebut yang telah dibuat pada Rancangan Malaysia Ke-8 (RMKe-8.
"Kami amat tidak berpuas dengan jawapan menteri, beliau cuba menutup janji yang telah dibuat pada 1996 untuk membina Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai," katanya pada sidang media sama.
"Oleh kerana kerajaan PAS sedar, keperluan lebuh raya itu amat mendesak, Kelantan telah memulakan inisiatif untuk membina lebuh raya tersebut," katanya, dan menambah kenyataan Shaziman itu sangat negatif.
Beliau turut menjelaskan, Kelantan telah mengadakan rundingan aktif dengan syarikat yang telah dikenalpasti untuk pembinaan lebuh raya tersebut.
"Saya difahamkan, Kelantan telah mengadakan rundingan aktif dengan syarikat swasta yang dikenal pasti untuk membina lebuh raya tersebut.
"Setakat ini kami telah berjaya mengutip RM4 juta daripada RM1.8 bilion yang diperlukan untuk pembinaan lebuh raya tersebut," tegasnya menjelaskan status terkini pembinaan lebuh raya dua lorong tanpa tol sepanjang 73 kilometer itu.
Kamarudin turut menambah,"perbelanjaan besar yang diuruskan oleh kerajaan negeri dalam pembinaan lebuh raya tersebut mungkin dapat mencapai matlamat.
04 October 2012
MB Khalid - Azmin Tak Perlu Minta Maaf
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tidak perlu memohon maaf berikutan kenyataannya yang dianggap sebagai satu salah faham.
Malah, Abdul Khalid yang juga Menteri Besar Selangor dan Anggota Parlimen Bandar Tun Razak menganggap kenyataan Azmin adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili pendirian pakatan pembangkang.
"Bagi saya, Azmin tidak perlu minta maaf. Kita tidak boleh salahkan Azmin kerana ada baiknya kenyataan beliau itu, maknanya orang boleh terima saya kerja di peringkat negeri dan Pusat.
"Saya tidak ada masalah kalau kedua-dua (peringkat), saya tidak dapat pun tiada masalah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Azmin yang juga Anggota Parlimen Gombak, dilaporkan berkata Selangor akan mendapat Menteri Besar baru bagi menggantikan Abdul Khalid sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Azmin berkata Abdul Khalid lebih diperlukan di peringkat Pusat sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas memenangi pilihan raya umum itu.
Ditanya mengenai kabinet bayangan pakatan pembangkang, Abdul Khalid berkata kabinet bayangan itu tidak perlu ditetapkan sehingga selepas PRU ke-13 bagi membolehkan ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang dapat menumpukan usaha menawan Putrajaya.
Terdahulu, ketika perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013, Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin menempelak 'kabinet bayangan' pakatan pembangkang yang disifatkan mengamalkan kronisme.
Malah, beliau berkata ada dalam kalangan anggota parlimen khususnya dari Sabah tercicir daripada tersenarai dalam kabinet bayangan itu.
"Mereka bercakap soal kronisme tapi apa yang saya lihat ini adalah kabinet kroni. Bapa, emak dan anak semua diangkat dalam kabinet bayangan. Tapi malangnya wakil Sabah seorang pun tidak diiktiraf.
"Sebab itu orang Sabah jangan tertipu, mereka boleh menjanjikan impian melangit tapi akhirnya ia hanya tinggal sekadar janji. Berbeza dengan BN yang beri empat wakil Sabah sebagai menteri dalam kabinet hari ini," katanya.
- Bernama
16 August 2012
Sebab Sebenar Kenapa Nasharuddin Marah sangat Dengan Pas
SHAH ALAM, 16 Ogos — Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, hari ini berkata, kenyataan yang dikeluarkan Nasharuddin Mat Isa berhubung PAS perlu keluar Pakatan Rakyat (PR) jika DAP terus menentang pelaksanaan hukum hudud adalah disebabkan rasa kecewa beliau yang gagal melihat parti Islam itu bergabung dengan Umno.
Menurut Khalid, bekas timbalan presiden PAS itu berkemungkinan mengharapkan impak yang besar daripada cadangan penggabungan PAS-Umno kerana beliau mungkin akan beroleh jawatan yang tinggi sekiranya penggabungan itu berjaya.
“Nasharuddin ini mungkin kecewa kerana PAS tidak mahu bergabung dengan Umno. Kalau penggabungan itu berjaya mungkin dia mengharapkan akan dapat menjawat jawatan tinggi, mungkin jawatan di Kabinet,” kata Khalid.
Tambah Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor itu lagi, kenyataan Nasharuddin itu dilihat berkisar berkenaan hudud, dan beliau turut menggesa Nasha agar melihat kembali kepada kenyataan Umno yang turut menolak hudud sebelum ini.
“Dia kata PAS perlu keluar PR kerana DAP tak terima hudud, adakah Umno menerima hudud?” soal Khalid lagi.
“Nasharuddin sengaja menimbulkan isu ... dan mungkin itulah dia lihat (peluang) terlepas dan pada masa yang sama dia pun kecewa kerana dia kalah dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden.
“Dan ini menyebabkan dia tidak seperti dulu dan dia memang nampak semakin rapat dengan pimpinan umno walaupun di parlimen,” jelas Khalid lagi.
Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Mursyidul Am parti komponen PR itu, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Ketika Muktamar Agung PAS tahun lepas, Nasharuddin juga gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden dan tewas kepada Mohamad Sabu.
Nik Aziz juga sebelum ini berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti.
Jelas Khalid lagi, keputusan sama ada nasib Nasharuddin bakal menjadi seperti Adun Gombak Setia Datuk Dr Hasan Ali juga tidak berasas, kerana dalam PAS, keputusan itu adalah hak individu.
“PAS bukan parti yang akan menentukan nasib sama ada nak pecat, lucut jawatan ahlinya, terpulang kepada mereka sendiri,” tambah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu lagi.
Dr Hasan Ali sebelum ini telah dipecat keanggotaan daripada PAS kerana dikatakan mempunyai matlamat yang berbeza dengan perjuangan parti.
06 August 2012
SYABAS akui tiada krisis air di S'gor
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pegawai Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) mempersetujui bahawa Selangor tidak mengalami krisis air dengan rizab kritikal dua peratus seperti yang didakwa syarikat itu sebelum ini.
Dalam satu wawancara dengan Malaysiakini, Abdul Khalid berkata pegawai tersebut mempersetujui demikian dalam satu taklimat kepada satu jawatankuasa menyemak yang bari dibentuk kerajaan negeri.
Abdul Khalid berkata, laporan awal jawatankuasa itu menyatakan bahawa 35 loji rawatan air di Selangor berkapasiti untuk mengeluarkan 4,960 juta liter air sehari (MLD), lebih 14 peratus atau 598 MLD daripada bekalan SYABAS setiap hari.
"Ya (mereka bersetuju dengan jumlah tersebut). Mereka berada di dalam bilik dalam mesyuarat yang sama.
“Hanya dua orang yang tidak hadir (dalam mesyuarat) – orang yang kita bayar RM400,000 sebulan dan ketua pegawai eksekutif Ruslan Hassan. Semua profesional tertinggi hadir," katanya yang merujuk dengan sinis kepada pengerusi eksekutif SYABAS Tan Sri Rozali Ismail.





