BlogList Malaysia
Showing posts with label tembak. Show all posts
Showing posts with label tembak. Show all posts

12 September 2012

“Helo bro, sampai Johor aku tunggu kau dengan pistol”

Ahmad Fauzi Mahpab, 39, Ketua Pengawal Peribadi kepada Anwar Ibrahim hari ini memberitahu, beliau menerima panggilan ugutan daripada seorang lelaki yang tidak dikenali semalam.

“Saya menerima panggilan dari seorang lelaki Melayu yang berkata: “Helo bro, sampai Johor aku tunggu kau dengan pistol”, dan selepas itu talian terus diputuskan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini diringi Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Ekoran itu, beliau membuat laporan polis pagi tadi di Balai Polis Damansara.

Ugutan itu dipercayai berkait rapat dengan program Jelajah Merdeka Rakyat yang dijadual akan meneruskan siri jelajahnya ke Johor Jumaat ini.


Menurut Ahmad Fauzi, panggilan itu diterima kira-kira jam 4.24 petang semalam ketika beliau berada di rumahnya di Cheras.

Mengecam tindakan tersebut, Nik Nazmi mendesak polis mengambil tindakan serius terhadap ugutan itu.

“Kita harap polis Johor dapat tingkatkan kawalan keselamatan menjelang jelajah Ketua Pembangkang ke sana. Seperti di negara lain, isu keselamatan tidak ada pilih kasih, tak kira Perdana Menteri mahupun parti pembangkang,” tegas Nik Nazmi.

“Kita tak minta layanan khas, cuma nak pastikan keselamatan mereka yang mengikuti jelajah itu,” tegas beliau.

“Bagaimanapun, kita akan teruskan jelajah seperti sebelum ini walaupun menerima pelbagai ancaman,” katanya lagi.

Dalam sidang media itu, Nik Nazmi turut mendedahkan maklumat samseng yang bertanggungjawab menyimbah cat merah ke atas bas Merdeka Rakyat di Jasin, Melaka, Sabtu lalu.

“Namanya Sharidan bin Shahidan, merupakan seorang kakitangan sambilan Umno dan Ketua Wira Perkasa Bahagian Jasin, jadi Umno tak perlulah berdolak dalik mengatakan serangan itu tiada kaitan dengan mereka,” katanya.

“Justeru saya berharap, kejadian yang berlaku di Melaka tidak berulang di Johor nanti,” katanya lagi.

Samseng Umno dan Perkasa dilihat semakin berani sejak kebelakangan ini dengan bertindak mengganggu setiap jelajah yang disertai Anwar.

http://jalanpulang1978.blogspot.com/2012/09/pengawal-peribadi-anwar-terima-ugutan.html


Read More...

23 January 2012

Drama Tebusan - Kanak-Kanak 10 Tahun Berjaya Diselamatkan

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Kampung Baru di sini, yang dijadikan tebusan oleh lelaki bogel lebih lima jam dengan memasuki rumahnya, berjaya diselamatkan kira-kira jam 4.09 petang tadi.

Mangsa dapat diselamatkan setelah polis melepaskan tembakan mengenai lelaki itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, polis terpaksa melepaskan empat das tembakan, yang mengenai rusuk kiri lelaki berkenaan untuk menyelamatkan mangsa.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, polis terpaksa melepaskan empat das tembakan, yang mengenai rusuk kiri lelaki berkenaan untuk menyelamatkan mangsa.

"Kami terpaksa mengambil tindakan itu kerana lelaki itu bertindak agresif, mangsa selamat dan dihantar ke HKL (Hospital Kuala Lumpur) untuk rawatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, polis berhadapan dengan sitiuasi sukar apabila lelaki itu berada dengan mangsa di dalam bilik serta bersenjatakan pisau.

"Lelaki berusia 34 tahun itu tidak menuntut wang tetapi mahu dadah dan jaminan dia selamat. Pakar psikiatri turut membantu dalam kejadian ini, lelaki itu tiada rekod masalah mental," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi tadi, suspek masuk ke dalam rumah mangsa lalu bertindak mengambil sebilah pisau dari bahagian dapur lalu meletakkannya di leher mangsa dan mengugut ahli keluarganya supaya tidak melawan. Rumah mangsa yang terletak di Jalan Raja Mahmud mempunyai tiga bilik.

Dia kemudian membawa kanak-kanak itu masuk ke dalam bilik utama.

Sehingga jam 3 petang tadi, pasukan keselamatan mendapatkan bantuan beberapa pakar dari HKL untuk memujuk lelaki berkenaan.

Kanak-kanak perempuan itu dijadikan tebusan oleh lelaki berkenaan yang menyerbu masuk ke rumahnya ketika dia bersama sekeluarganya sedang menonton televisyen.

Pasukan keselamatan turut membawa teman wanita lelaki berkenaan ke lokasi kejadian untuk memujuk dan membebaskan mangsa.

Menurut bapa mangsa, Syafrudin, 47, yang juga seorang OKU, ketika kejadian dia berada dalam bilik dan lima ahli keluarga lain berada di ruang tamu.

Katanya, dia terkejut apabila suspek tiba-tiba masuk ke dalam rumah dan menarik salah seorang anaknya.

"Isteri, seorang lagi anak dan anak buah saya sempat berlari keluar.

"Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana keadaan saya dan suspek ketika itu sudah mengacukan pisau di leher anak saya serta mengugut akan mencederakan anak saya jika kami datang dekat," katanya.

Dia bagaimanapun dibawa keluar oleh anggota polis dan suspek ketika itu sudah membawa mangsa ke dalam bilik.

Menurut polis, lelaki itu dipercayai bukan penduduk di sini, tetapi berasal dari Sabah serta mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan samun dan pernah ditangkap sebelum ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 3A Akta Culik 1961. -SH


Read More...

29 October 2011

Ugutan bunuh: Sidang media Aziz Bari esok

KUALA LUMPUR, 29 Okt: Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Abdul Aziz Bari akan mengadakan sidang media petang ekoran menerima ugutan bunuh, pagi tadi.

Nota ugutan bunuh yang disertai peluru kosong dihantar ke rumahnya di Bandar Baru Selayang kira-kira jam 11.45 pagi tadi.

“Saya menerima sampul surat dengan sebutir peluru, dengan nota berkata ‘jangan kurang ajar dengan Sultan, maut nanti’,” kata Aziz kepada portal berita, The Malaysian Insider.

Aziz berkata beliau akan berhubung dengan peguamnya untuk tindakan susulan termasuk membuat laporan polis.


“Saya ada majlis di Ipoh, saya akan membuat laporan polis nanti... anda boleh menghubungi peguam saya untuk maklumat lanjut,” kata beliau yang disiasat oleh pengurusan UIA, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kenyataannya tentangt titah Sultan Selangor awal bulan ini.

Read More...

Ugut Dan Hantar Peluru Kepada Prof Aziz Bari Saheh Kerja Puak PAS!! Hahaha

Prof Aziz Bari terima peluru, nota ugutan bunuh

KUALA LUMPUR, 29 Okt — Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari yang sedang disiasat oleh tiga pihak berhubung kenyataannya tentang titah Sultan Selangor menerima peluru dengan ugutan bunuh hari ini.

Aziz menerima sebutir peluru yang dihantar menerusi sampul surat ke rumahnya di Bandar Baru Selayang dekat sini kira-kira 11.45 pagi tadi.

“Saya menerima sampil surat dengan sebutir peluru, dengan nota berkata ‘jangan kurang ajar dengan Sultan, maut nanti’,” kata Aziz kepada The Malaysian Insider.

Aziz berkata beliau akan berhubung dengan peguamnya untuk tindakan susulan termasuk membuat laporan polis.


“Saya ada majlis di Ipoh, saya akan membuat laporan polis nanti... anda boleh menghubungi peguam saya untuk maklumat lanjut,” kata beliau yang disiasat oleh pengurusan UIA, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kenyataannya tentangt titah Sultan Selangor awal bulan ini.

Read More...

21 October 2011

Mayat Muamar Gaddafi diheret dan dikasari

Rakaman televisyen menunjukkan mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang berlumuran darah diheret dan dikasari pasukan tentera anti Gaddafi.

Menurut Reuters, dalam rakaman yang disiarkan stesen Al Arabiya, muka Gaddafi berlumuran darah dan tentera anti-kerajaan mengheret mayat bekas pemimpin itu di atas tanah manakala terdapat kesan luka di kepalanya.

Rangkaian televisyen Al Jazeera pula menyiarkan rakaman mayat Gaddafi yang hampir bogel sehingga paras pinggang diletakkan di atas tanah.


Al Jazeera turut menyiarkan gambar mayat Gaddafi di belakang ambulans dan mukanya tidak berlumuran darah.

Pemimpin yang memerintah negara itu selama 42 tahun itu dilaporkan merayu: "Jangan bunuh saya, anak saya."

Beliau dilaporkan masih hidup ketika ditangkap tetapi meninggal dunia sejam kemudian.

Rakyat Libya yang berang menarik rambut bekas pemimpin itu sebelum berarak membawa Gaddafi yang sudah berlumuran darah di belakang sebuah kenderaan.

Dalam pada itu, AFP pula melaporkan pemimpin kerajaan sementara Libya, Mustafa Abdel Jalil akan mengisytiharkan pembebasan Libya dan memberi maklumat terperinci mengenai kematian Muammar Gaddafi, kata perdana menteri kerajaan sementara, Mahmud Jibril kepada pemberita.

“Abdel Jalil akan muncul hari ini atau selewat-lewatnya esok untuk mengisytiharkan pembebasan negara ini dan mengumumkan maklumat terperinci mengenai kematian Gaddafi,” kata orang nombor dua Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC) itu.

“Dengan pengumuman itu semua mereka yang jahat, termasuk Gaddafi telah dihapuskan dari negara tercinta ini ... ini adalah masa bagi Libya untuk memulakan negara baru, sebuah Libya yang bersatu, satu rakyat dan satu masa depan,” katanya.

Anak juga terbunuh

Gaddafi, 69, terbunuh dalam serangan tentera kerajaan sementara Libya dibantu oleh tentera udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berhampiran bandar Sirte, petang semalam.

Turut terbunuh dalam serangan itu ialah Mutassim, anak kelima Gaddafi.

Kematiannya menamatkan pemburuannya selama dua bulan sejak beliau melarikan diri setelah kejatuhan Tripoli ke tangan tentera pemberontak pada Ogos lalu.

Pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Abdel Majid Mlegata, sebelum itu melaporkan Gaddafi berjaya ditangkap ketika cuba melarikan diri secara berkonvoi dalam satu serangan itu.

Bekas pemimpin itu mengalami cedera parah di kedua-dua belah kakinya.

“Ketika ditangkap, dia (Gaddafi) turut dikasari dan dipukul di kepala (oleh tentera kerajaan sementara Libya),” kata Mlegata.

Gambar-gambar merakamkan keadaan pakaiannya berlumuran darah tersebar di Internet.

Seorang pegawai NTC, Mohamed Abdel Kafi berkata, jenazah Gaddafi dibawa ke satu lokasi rahsia atas faktor keselamatan.

‘‘Jenazahnya dibawa ke lokasi yang dirahsiakan menggunakan sebuah kenderaan NTC,” kata Mohamed.

Bekas Menteri Pertahanan ketika pemerintahan Gaddafi, Abu Bakr Younis turut terbunuh dalam serangan tersebut.

Gaddafi menghadapi penentangan daripada rakyatnya sejak Februari lalu sebelum melarikan diri dari Tripoli setelah ibu negara Libya itu jatuh ke tangan pemberontak dengan bantuan NATO pada Ogos lalu.

Sejak kejatuhan Tripoli, Gaddafi melarikan dan meneruskan perjuangan untuk kembali berkuasa, manakala sebahagian ahli keluarganya termasuk isteri dan anak perempuannya telah melarikan diri ke Algeria.

Sebelum ini, anak lelakinya, Khamis, 28, terbunuh dalam pertempuran di Tarhouna, selatan Tripoli, Libya pada 29 Ogos lalu.

Khamis merupakan komander Briged Elit ke-32 tentera yang dikatakan berjaya menumpaskan pemberontak di timur Benghazi pada Februari lalu.

Pada 30 April lalu, seorang lagi anak Gaddafi, Saif al-Arab dan tiga cucunya terbunuh dalam pertempuran dengan tentera NATO di Bab al-Aziziya, Tripoli.

Read More...

Muammar Gaddafi mati terkena peluru selepas ditangkap


Muammar Gaddafi yang cedera dibawa keluar dari trak pejuang NTC selepas ditangkap di Sirte. — Foto Reuters

TRIPOLI, 21 Okt — Perdana Menteri Mahmoud Jibril, dengan merujuk kepada laporan forensik berkata Muammar Gaddafi terbunuh ekoran terkena peluru di bahagian kepala dalam kejadian berbalas tembakan antara pejuang kerajaan dan penyokong-penyokong bekas pemimpin Libya itu selepas beliau ditangkap Sirte semalam.

Laporan-laporan yang bercanggah mula muncul bagaimana Muammar, yang memerintah Libya selama 42 tahun, mati sebaik ditangkap selepas satu serangan udara Nato terkena konvoinya ketika cuba melepaskan diri daripada kawasan persembunyian yang menjadi sasaran serangan.

Sirte merupakan kawasan perkampungan asal Muammar.


Kejadian itu berlaku awal pagi semalam waktu tempatan.

“Saya hendak membacakan kepada anda satu laporan doktor forensik yang telah memeriksa Muammar,” kata Mahmoud pada sidang media di sini semalam.

“Ia berkata ‘Muammar dibawa keluar dari paip saluran najis . . . beliau tidak beri tentangan. Apabila kami mula memindahkan beliau, satu peluru terkena bahagian lengan kanan dan apabila kami meletakkan beliau di trak, beliau tidak mengalami sebarang kecederaan lain’,” kata Mahmoud.

“‘Apabila kereta bergerak, tercetus pertempuran antara anggota revolusi dan pasukan Muammar, yang mana satu peluru terkena pada kepalanya’,” kata Mahmoud.

Mahmoud menambah, doktor forensik tidak dapat memberitahu sama ada peluru itu berpunca daripada pasukan anggota revolusi ataupun tentera Muammar sendiri.

Muammar masih hidup ketika dibawa keluar dari Sirte tetapi mati beberapa minit ketika mendekati hospital, kata perdana menteri.

Majlis Peralihan Nasional Libya sedang berhubung dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa, yang mahu membicarakan Muamamr berhubung jenayah kemanusiaan, kata Mahmoud.

Mahkamah itu mahu satu pasukan pakar forensik memeriksa mayat Muammar sebelum dikebumikan, katanya.

Bagaimanapun katanya, selepas melihat laporan majlis itu, mahkamah bersetuju bahawa pemeriksaan susulan tidak diperlukan.

Salah seorang anak Muammar, Mo’tassim, juga terbunuh semalam. — Reuters


Read More...

06 September 2011

'Misi dikawal tentera, bukan pasukan upahan' - Azeez Mamak

Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, keselamatan misi bantuan kemanusiaan ke Somalia, yang mengorbankan seorang petugas media Malaysia pada Jumaat lalu, dikawal sepenuhnya oleh pasukan bersenjata negara berkenaan.

Pasukan berkenaan merupakan anggota polis dan tentera Somalia dan bukan pasukan bersenjata upahan, katanya ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini.

"Pasukan keselematan adalah kerajaan dia. Ada 60 orang menjaga kami, tentera dan polisnya. Itu sebab kita tidak pernah mendapat sebarang ancaman atau ugutan malah mereka raikan lagi kedatangan kami.


"Di hotel ada lagi 30 (orang anggota bersenjata), sekeliling hotel, menjaga kami di luar dan di dalam hotel," katanya lagi.

Abdul Azeez, (kanan) yang mengetuai misi berkenaan, menjelaskan bahawa beliau juga telah mematuhi sepenuhnya arahan serta prosedur operasi standard yang ditetapkan Somalia.

Beliau juga mematuhi nasihat yang diberikan pasukan berkenaan bahawa anggota misi berkenaan tidak perlu memakai jaket kalis peluru.

"Saya tanya beberapa kali berkenaan baju kalis peluru dengan kepimpinan mereka. Mereka kata tidak perlu," katanya lagi dalam satu majlis bagi meraikan petugas yang menyertai misi berkenaan di Kuala Lumpur.

Jelasnya, anggota daripada misi yang disertai VIP serta NGO beberapa negara Arab lain termasuk Turki, Qatar dan Sudan juga tidak memakai baju kalis peluru.

"Ada juga media daripada negara mereka datang buat liputan. Tak ditembak pun. Tapi ini takdir Ilahi," katanya lagi.

Selain itu, anggota misi berkenaan ditetapkan supaya sering menukar kenderaan dan tidak meletakkan sebarang tanda di kenderaan berkenaan supaya tidak dikenalpasti sebagai sasaran serangan, kata Abdul Azeez lagi.

Beliau juga tegas menafikan bahawa kawalan pasukan bersenjata berkenaan menyebabkan konvoi tersebut menjadi sasaran.

Ketika ditanya, Abdul Azeez berkata misi bantuan oleh pasukan lain, termasuk Mercy Malaysia juga dikawal pasukan bersenjata.

Abdul Azeez turut tetap mempertahankan kenyataannya bahawa konvoi berkenaan tidak diserang manakala petugas media berkenaan, Noramfaizul Mohd Nor (kiri) terkorban akibat "peluru sesat."

"Saya percaya kita bukan sasaran. Ini insiden yang tidak disangka. Ini peluru sesat yang saya boleh kata sebagai ketua misi ini.

"Kereta yang dinaiki arwah Noramfaizul juga kali ketiga (ditukar). Mereka tidak mensasarkan kita atau menembak kita. Tidak ada perkara seperti itu," katanya lagi.

Noramfaizul, 41, terbunuh akibat peluru yang menembusi paru-parunya ketika berada dalam kenderaan pacuan empat roda di Mogadishu.

Dilaporkan, tembakan berkenaan dilepaskan oleh pasukan pengaman Kesatuan Afrika dalam satu kejadian tembak menembak. Namun sebab tembakan itu dilepaskan setakat ini belum diperolehi.

Turut tercedera dalam insiden tembakan itu ialah seorang wartawan TV3, Aji Saregar Mazlan.

Ditanya mengenai tempoh masa yang singkat untuk membuat persediaan sebelum pasukan misi itu berlepas pada 28 Ogos lalu, Abdul Azeez berkata perkara itu merupakan satu perkara biasa.

"Itu agak normal. Begitulah cara kita buat kerja. Bila kita hendak pergi, barulah kita beritahu kepada media," katanya.

Tambahnya, tindakan perlu dilakukan dengan cepat kerana bantuan makanan dan perubatan perlu disegerakan ke kawasan yang dilanda kebuluran itu.

Persoalan berhubung tempoh untuk membuat persediaan itu ditimbulkan oleh beberapa orang wartawan yang terselamat dalam insiden berkenaan, termasuk seorang daripada stesen TV3.

Selain persediaan keselamatan, persoalan berkaitan latihan kepada wartawan yang perlu membuat liputan di zon bergolak juga ditimbulkan.

Misi ke Somalia disertai 55 orang, termasuk 18 orang wartawan yang dijadualkan berada di Mogadishu selama 11 hari bagi mengedarkan sejumlah 550 tan makanan untuk 55,000 keluarga yang terjejas.

Abdul Azeez berkata, beliau bagaimanapun membuat keputusan supaya misi berkenaan dipendekkan dan seterusnya pulang bersama jenazah Noramfaizul pada 4 September.

Katanya lagi, satu laporan akan diserahkan kepada presiden Yayasan Keamanan Global Perdana, Tun Dr Mahathir dan juga Datin Seri Rosmah Mansor yang mengetuai badan amal BAKTI.

Setakat ini, 23 orang petugas media terbunuh sejak 2007 di Somalia, yang diklasifikasi sebagai negara paling berbahaya kepada wartawan, menurut kumpulan pemerhati Reporters without Borders


Read More...

05 September 2011

Azeez: Kami diberi jaminan misi Malaysia akan selamat di Somalia

KUALA LUMPUR, 5 Sept — Misi kemanusiaan Malaysia ke Somalia diberi jaminan oleh polis dan tentera tempatan bahawa pasukan itu akan selamat di negara berkonflik itu, kata ketua Kelab Putera 1 Malaysia pagi ini di sebalik kritikan pelbagai pihak berhubung tragedi yang meragut nyawa jurukamera Bernama TV.

Datuk Azeez Abdul Rahim, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, kematian Noramfaizul Mohd Nor Jumaat lalu adalah satu takdir kerana beliau mahu menyertai misi itu meskipun awalnya tidak disenaraikan oleh Bernama sebagai anggota pasukan.

Ketua Putera Umno itu, yang muncul pada program Selamat Pagi Malaysia RTM pagi ini, mempertahankan tindakan kelab tersebut daripada kritikan dan gesaan agar bertanggungjawab atas kematian Noramfaizul.


Azeez berkata Noramfaizul dimasukkan sebagai anggota misi dua hari sebelum pasukan Malaysia berlepas ke Somalia.

“Dia memberitahu kami bahawa dia wajar (diterima) pergi kerana ada pengalaman membuat liputan misi kami di Gaza dan Pakistan.

“Saya memberitahu mereka di Bernama, saya selesa dengan dia dan mereka bersetuju untuk menghantarnya,” kata Azeez.

Semalam, Kementerian Luar berkata pihaknya telah menghantar Duta Besar Malaysia ke Libya Datuk Zulkifli Yaacob ke Somalia untuk meninjau langkah-langkah keselamatan di negara itu sebelum misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia ke sana.

Menterinya Datuk Seri Anifah Aman berkata Zukifli ke Somalia bagi membuat kerja-kerja lapangan dan penilaian yang diperlukan untuk misi berkenaan.

Azeez juga berkata, pertubuhan bukan kerajaan itu juga ada menghantar sebuah pasukan tinjauan, yang terdiri daripada seorang bekas duta dan bekas kolonel tentera darat, ke Somalia sebagai sebahagian daripada langkah persiapan.

“Apabila mereka tiba di sana, kami diberitahu oleh polis dan tentera di sana.... mereka memberi jaminan kepada kami bahawa adalah selamat... semuanya berjalan dengan baik. Kami berhati-hati,” katanya lagi.

Azeez juga berkata pasukan Malaysia dilindungi oleh askar tempatan dan itu sebabnya askar Malaysia tidak mengiringi mereka.

Bagaimanapun kata beliau, kesemua mereka yang menyertai dalam misi itu melakukannya secara sukarela dan mereka telah dimaklumkan mengenai risiko bakal dilalui.

Azeez berkata kesemua peserta termasuk mereka dari media telah menandatangani borang perlindungan tanggungjawab dan telah diberitahu hak mereka bahawa boleh menarik diri daripada misi jika mahu sebelum pasukan meninggalkan tanah air.

Justeru katanya, meskipun para peserta telah menandatangani borang perlindungan tanggungjawab itu, kelabnya masih mengambil insurans khas bagi anggota misi.

Azeez berkata, beliau dimaklumkan oleh syarikat insurans bahawa RM200,000 akan dibayar kepada keluarga Noramfaizul.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Norazrina Jaafar, 37, dan dua anak lelaki Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3.

Semalam, beberapa saudara terdekat mahu penganjur memikul tanggungjawab atas nasib yang menimpa jurukamera itu.


Read More...

BENDERA MALAYSIA PUNCA JURUKAMERA DITEMBAK..


Mogadishu - Kerajaan Somalia hari ini mengeluarkan laporan lengkap mengenai kematian jurugambar warga Malaysia yang diserang hendap.

Antara yang berada dalam laporan tersebut ialah kekeliruan kumpulan2 pejuang membezakan bendera Malaysia dengan Amerika Syarikat


"Kumpulan2 pejuang di Somalia tidak pernah dengar nama Malaysia. Dan sentimen anti Amerika (Syarikat), sangat tinggi di sini. Kami (kerajaan Somalia) sudah mengeluarkan garis panduan dan amaran mengenai sentimen anti Amerika Syarikat.

Tetapi pihak Malaysia berkeras mahu mempamerkan bendera Malaysia kerana misi ini adalah misi publisiti politik negara mereka." Jelas jurucakap kerajaan Somalia.


Al-Fatihah buat arwah..

Dipetik dari UmmiAnni


Read More...

Peluru tentera AU bunuh jurukamera BernamaTV

Tembakan yang membunuh jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor dan mencederakan seorang lagi jurukamera TV3 telah dilepaskan oleh tentera pengaman Kesatuan Afrika, lapor beberapa media Barat dan Afrika.

"Fakta sekarang agak kabur, saya telah bercakap secara peribadi dengan presiden Somalia mengenai kejadian itu dan saya secara ikhlas memberi jaminan bahawa siasatan penuh akan dijalankan. Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana askar yang didapati telah bertindak secara melulu, " lapor akhbar New York Times yang komander tentera pengaman Australia Mejar Jeneral Fred Mugisha.


Maklumat ini, bagaimanapun belum disampaikan dalam kenyataan kepada kerajaan Malaysia yang masih berusaha menentukan punca serangan dan dalang yang harus dipertanggungjawabkan di sebalik kejadian yang berlaku Jumaat lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah menghubungi kerajaan Somalia mengenai isu itu dan telah dijanjikan laporan penuh insiden berkenaan oleh Presiden Somalia Sheikh Sharif Sheikh Ahmed, sebaik sahaja sisatan selesai.

Pihak pembangkang, ahli keluarga dan badan-badan bukan kerajaan, sebelum ini mengecam penganjur misi bantuan kemanusiaan kelab Putera 1Malaysia ke Somalia, yang mana Najib adalah penaungnya.

Ini kerana mereka didakwa gagal memberi perlindungan dan latihan yang mencukupi kepada kumpulan waratwan yang dibawa ke Somalia bagi membuat liputan berkenaan.

Wartawan yang membuat liputan itu telah memaklumkan bahawa mereka tidak dibekalkan dengan jaket kalis peluru, mahupun diberi latihan khusus tentang apa yang perlu dilakukan bagi menghadapi bahaya zon pertempuran.

Najib pula pada sidang akhbarnya, semalam berkata bukan masanya untuk menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak berhubung kematian jurukamera BernamaTV yang terkena tembakan peluru sesat Jumaat lalu.

"Ini merupakan sebahagian (daripada bidang kewartawanan). Kamu boleh mengambil langkah keselamatan tapi tiada jaminan sepenuhnya (mengenai keselamatan) sebaik anda berada di kawasan konflik," katanya.


Read More...

03 September 2011

Najib singkatkan cuti di Perth bagi sambut jenazah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini di Perth, Australia akan memendekkan lawatannya itu dan akan pulang ke Kuala Lumpur malam ini bagi membolehkan beliau berada di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang esok.

Tindakan itu bagi menyambut ketibaan jenazah jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor dari Mogadishu, yang terbunuh akibat terkena tembakan curi di Somalia pada Jumaat lalu.

Bercakap kepada Bernama, Najib berkata Noramfaizul adalah seorang wira Malaysia sebenar yang mewakili peranan kita untuk membantu di mana sahaja bantuan diperlukan".


"Kita telah kehilangan seorang rakyat Malaysia sangat mulia dan benar-benar berdedikasi.

"Beliau bersedia mengambil risiko untuk memberikan liputan meluas mengenai misi kita membantu orang lain di banyak tempat di dunia," kata perdana menteri sambil melahirkan rasa sedih berhubung apa yang berlaku.

Noramfaizul (kanan), 39, meninggal dunia selepas terkena tembakan curi semasa dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan bersama beberapa petugas media Malaysia lain.

Mereka berada di Mogadishu bagi mengikuti Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia untuk membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia.


Allahyarham telah mengikuti beberapa misi kemanusiaan Malaysia di seberang laut yang bertujuan untuk menolong mereka yang amat memerlukan bantuan.

"Beliau seorang yang berdedikasi dan individu yang tidak mementingkan diri yang bersedia untuk bertugas di kawasan persekitaran yang mencabar dan ganas seperti di Gaza dan Pakistan," kata Najib.

Beliau berkata malahan jurukamera BernamaTV itu bersedia untuk pergi ke Somalia selepas beliau menyedari ia mungkin merupakan misi berbahaya.

"Sudah tentu beliau mahu berada di tempat itu bagi merekodkan satu misi kemanusiaan. Anda boleh kata bahawa kematiannya akibat kebinasaan lingkungan.

"Bagaimanapun, kita telah kehilangan seorang yang sangat baik, rakyat Malaysia yang sebenar, seorang wira yang mewakili peranan kita untuk membantu di mana sahaja bantuan diperlukan," katanya dipetik Bernama dari Perth.

Malaysiakini


Read More...

Noramfaizul, Seorang Profesional Tulen, Kata Pengerusi Bernama

IBU Jurukamera BERNAMATV, Noramfaizul Mohd Nor (gambar kecil), Naemah Abdul Majid ditenangkan ahli keluarga selepas mengetahui anaknya meninggal dunia terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia di rumahnya di Taman Serdang Jaya di Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor, 39, yang terbunuh dalam insiden tembakan di Mogadishu, ibu negara Somalia, disifatkan sebagai seorang profesional tulen yang tidak mementingkan diri dan sanggup melakukan pengorbanan berani dalam melaksanakan tugas.

Pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman berkata: "Pemergiannya akan dicatat dalam sejarah Bernama sebagai seorang profesional yang tulen dalam memenuhi tugas dan memperjuangkan nilai-nilai kemanusiaan tulen.


Sambil menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham, katanya, Bernama akan menghulurkan segala bantuan yang mungkin untuk meringankan kesedihan yang dialami oleh keluarganya.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Norazrina Jaafar, 37, dan dua orang anak lelaki Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3.

Allahyarham merupakan sebahagian daripada 55 anggota sukarelawan yeng mengikuti misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dalam membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia.

Sementara itu, Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong berkata Bernama kehilangan rakan sekerja yang rajin dan tidak pernah mengabaikan tugasnya.

"Ini adalah satu kehilangan besar kepada Bernama kerana Faizul (Noramfaizul) adalah seorang yang komited dan tidak pernah mengabaikan tugasnya, beliau juga menunjukkan sikap profesional ketika bertugas.

"Saya selalu kerap bertemu dengan Allahyarham di lobi pejabat, dan sering bertegur sapa dan beliau saya lihat ada seorang yang peramah," katanya semasa ditemui ketika menziarah keluarga Allahyarham di Taman Serdang Raya, dekat sini, Jumaat malam.

Yong berkata pihaknya sedang berbincang dengan Jabatan Perdana Menteri dan Wisma Putra mengenai prosedur membawa balik jenazah Allahyarham.

Bernama juga akan memberikan semua bantuan yang diperlukan oleh keluarga Allahyarham selepas ini," katanya.

-- BERNAMA



Read More...

09 June 2011

Ganas, Zalim, Kejam Dan Tidak Berhati Perut

PKR: Dua daripada tiga remaja ditembak mati polis dalam keadaan melutut

KUALA LUMPUR, 9 Jun — Peguam hak asasi N Surendran yang mewakili Lawyers For Liberty hari ini mendedahkan dua daripada tiga remaja yang ditembak mati polis di Glenmarie, Shah Alam, tahun lalu disebabkan tembakan dari arah dekat.

Surendran berkata, berdasarkan laporan bedah yang diterima beliau dua hari lepas membuktikan kedua-dua remaja itu Mohd Shamil Hafiz Shafie, 16, dan Mohd Khairul Nizam Tuah ditembak ketika berada dalam keadaan melutut.

Bagaimanapun laporan bedah siasatan seorang lagi mangsa Muhamad Hanafi Omar,22, masih belum diterima.


Ketiga-tiga remaja itu mati ditembak polis di Jalan Kerjaya Glenmarie kira-kira pukul 4.15 pagi selepas menyamun sebuah stesen minyak 13 Disember lalu.

Menurut laporan media sebelum ini ketiga-tiga remaja ini disyaki sebagai ahli Geng Minyak dan mati ditembak kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

“Kejadian ini berlaku di Glenmarie dan Timbalan Ketua Polis Selangor (Datuk A Thaiveegan) mengatakan ketiga-tiga remaja ini adalah penjenayah dengan parang dan ditembak ketika cuba menyerang polis.

“Namun berdasarkan kepada keterangan saintifik dan laporan bedah siasat versi yang dikatakan polis itu adalah palsu dan saya ada bukti mengatakan ketiga-tiga remaja ini telah dibunuh oleh pihak polis dengan sengaja.

“Polis kata mereka ditembak kerana cuba menyerang polis dengan parang tapi kalau benar mereka menyerang polis tapi kenapa luka tembakan Mohd Shamil dan Mohd Khairul Nizam berada di dahi dan sisi dahi... kalau mereka menyerang sudah tentu luka tembakan itu dari depan bukan dari tepi kecuali kalau peluru itu boleh melencong,” kata Surendran pada sidang media di sini.

Turut hadir dalam sidang media itu keluarga ketiga-tiga remaja malang iaitu Hamidah Kadar, 51, iaitu ibu Mohd Khairul Nizam, Norhafizah Mad Razali, 37, yang merupakan ibu Mohd Shamil dan bapa Mohamad Hanafi, Omar Abu Bakar, 58.

Thaiveegan sebelum ini berkata ketiga-tiga remaja itu yang memandu kereta jenis Proton Waja enggan berhenti lalu dikejar sehingga mereka terlanggar kenderaan polis sebelum terbabas ke kiri jalan.

Ketiga-tiga suspek yang bersenjatakan parang kemudian keluar dan cuba menyerang polis, menyebabkan anggota polis tiada pilihan selain melepaskan beberapa das tembakan.

Surendran yang juga Naib Presiden PKR menegaskan, berdasarkan laporan bedah siasat itu, kedua-dua remaja berkenaan ditembak arah dekat.

“Mohd Shamil ditembak dari kedudukan 45 darjah di kepala dan saya percaya ketika itu dia berada dalam kedudukan lebih rendah iaitu melutut ketika ditembak.

“Polis kata mereka ini menyerang tapi bagaimana mungkin ditembak dari sudut 45 darjah di kepala? Selain itu percikan serbuk tembakan juga berada di pakaian mereka, setahu saya kalau tembak dari jarak yang dekat baru kesan ini akan ada,” katanya.

Dalam laporan bedah siasatan yang diedarkan kepada media, Mohd Shamil meninggal dunia kerana kecedaraan di kepala akibat luka tembakan senjata api.

Remaja malang itu mengalami dua luka yang selaras dengan luka tembakan senjata api iaitu tanda kecederaan di bahagian dahi dan di dada kanan, kedua-dua luka itu tembus keluar di bahagian tengkuk dan sisi kanan belakang badan.

Laporan itu juga menunjukkan tiada luka mempertahankan diri.

Sementara itu, laporan bedah siasat Mohd Khairul Nizam pula menunjukkan dia ditembak dua kali iaitu di bahagian sisi kepala dan bahagian sisi dada.

Punca kematian adalah kecederaan di kepala dan dada.

Bagaimanapun dalam laporan bedah siasatan Mohd Khairul Nizam menyatakan tiada bukti dia ditembak dari jarak dekat.

Ketiga-tiga keluarga remaja malang itu menuntut agar kematian anak-anak mereka dibela dan keadilan perlu diperoleh demi membersihkan semula nama selepas dilabelkan sebagai penjenayah.

“Saya berasa cukup sedih, anda tidak tahu bagaimana sedih hati seorang ibu . . . saya mahu mereka yang bertanggungjawab ini dibawa ke muka pengadilan dan dijatuhkan hukuman yang setimpal.

“Anak saya bukan penjenayah, kenapa dia harus dibunuh . . . apa salah anak saya?” soal Norhafizah sambil menangis teresak-esak.

“Kenapa polis tembak anak saya? Saya tidak puas hati . . . saya mahu mereka yang terlibat dikenakan tindakan,” kata Omar.

Hamidah bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen, namun kelihatan masih bersedih.

Ketiga-tiga keluarga ini menuntut agar polis melakukan siasatan segera bagi menyiasat individu yang “membunuh” anak-anak mereka dan mahu Jabatan Peguam Negara mendakwa pegawai polis itu.

Tambah Surendran, tidak bukti mengatakan ketiga-tiga remaja itu memiliki parang untuk menyerang polis.

“Polis tidak tunjukkan parang sebagai bukti, ini adalah satu pembunuhan dan kita mahu mereka yang terlibat dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Malaysian Insider



SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Read More...

15 April 2011

Polis siasat insiden tembakan libatkan calon BN

Polis Daerah Sri Aman hari ini mengesahkan menerima laporan satu insiden melibatkan tembakan senjata api yang dilepaskan oleh seorang calon BN.

Calon BN bagi DUN Bukit Begunan itu, Mong Dagang didakwa melepaskan tembakan yang mengenai seorang individu, dipercayai seorang pegawainya.

Bagaimanapun, setakat ini masih belum jelas sama ada tembakan yang dilepaskan itu dibuat dengan sengaja ataupun tidak kerana siasatan polis masih berjalan.

"Kita siasat bawah Akta Senjata Api. Lepas siasat, kita akan serah laporan pada pihak atasan," kata Ketua Polis Daerah Sri Aman ASP Mat Jusoh Muhamad kepada Malaysiakini.

Apple iPod touch 32 GB (4th Generation) NEWEST MODEL
"Jika dibuat secara sengaja, ada unsur jenayahlah. Tetapi perkara ini masih dalam siasatan dan saksi-saksi akan dipanggil (membantu siasatan)."

Menurut Mat Jusoh, pihaknya menerima aduan berhubung insiden tersebut yang berlaku pada minggu lalu.

Usaha Malaysiakini menghubungi Mong setakat ini belum berhasil.

Pagi ini, wakil rakyat DAP Jeff Oii menghebahkan perkara itu melalui Twitter dan meminta pengesahan daripada pengikutnya di laman sosial itu.

"Dengar-dengar calon BN (bagi kerusi) N26 Bukit Begunan lepaskan tembakan dan cederakan setiausahanya. Boleh sahkan perkara ini? (Ada) risiko dikeluarkan kelayakan (bertanding)," tulisan anggota parlimen Jelotong itu dipetik.

Kempen: Ada laporan, 'bukan serius'

Ketika ditanya kenapa DAP mahu menjadikan perkara itu isu dalam tempoh berkempen, Jeff menjelaskan, oleh kerana ia didakwa melibatkan pihak bertanding dalam pilihan raya, rakyat mestilah dimaklumkan.

"Calon mestilah bebas daripada sebarang dakwaan jenayah. Polis mestilah mengesahkan sama tembakan yang dilepaskan itu bebas daripada unsur jenayah kerana ia melibatkan pihak yang bertanding (dalam pilihan raya).

"SPR juga mesti dimaklumkan secepat mungkin dan perkara ini mesti dihebahkan kepada pemilih sebelum hari pengundian. Jika beliau didapati bersih, ia mesti diumumkan," katanya kepada Malaysiakini.

Bukit Begunan, kawasan majoriti Iban antara kubu kuat BN dalam pilihan raya negeri kali ini. Mong sebagai penyandang menghadapi persaingan tiga penjuru dengan calon PKR dan SNAP.

Sementara itu, mengulas tentang perjalanan kempen yang tinggal tidak sampai 24 jam lagi, Mat Jusoh berkata ia masih berjalan dengan aman tanpa sebarang insiden.

Ditanya tentang laporan yang diterimanya setakat ini, beliau mengakui ada menerima beberapa laporan tetapi bukan melibatkan perkara yang serius. - mkini

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Read More...

23 November 2010

Kes bunuh Aminulrasyid: Polis akui siasatannya cuai

Seorang saksi dalam perbicaraan kes pembunuhan Aminulrasyid Hamzah hari ini mengakui bahawa beliau bertindak cuai dalam penyiasatannya.

NONECif Insp Mazli Jusoh mengakui demikian ketika ditanya peguam Salim Bashir dalam perbicaraan hari ini.

Katanya, beliau telahpun mengetahui bahawa kes tersebut melibatkan tembakan senjata api ketika tiba di lokasi jenayah di Seksyen 11, Shah Alam.

Ketika ditanya, Mazli mengakui bahawa beliau tidak menemuramah anggota polis yang berada di tempat kejadian.

Ditanya lanjut, beliau juga bersetuju bahawa kenderaan polis yang mengejar mangsa merupakan bahan bukti sekunder dalam penyiasatannya.

Dalam jawapannya, Mazli berkata beliau pada masa itu telahpun mengetahui bahawa sebanyak tiga buah kereta peronda terlibat mengejar mangsa.


NONEMazli juga tidak bertindak merampas apa-apa senjata api yang digunakan oleh anggota polis berkenaan, mahupun pakaian mereka untuk mengesan individu yang bertanggunjawab melepaskan tembakan.

Mazli berkata, beliau tidak menyiasat lanjut kerana tidak menerima arahan daripada pegawai penyiasat.

Ditanya lanjut, Mazli berkata beliau juga tidak merakam gambar mayat mangsa ketika mangsa masih di dalam kereta berkenaan.

Mazli menjelaskan, beliau hanya mengarahkan jurugambarnya untuk merakamkan mayat mangsa itu setelah beliau mengalihkannya ke atas rumput di luar kereta berkenaan.

"Itu kesilapan saya tidak arahkan jurugambar untuk ambil gambar pada masa itu," katanya.

NONETambahnya, beliau juga tidak memperincikan tindakannya mengalihkan mayat mangsa berkenaan di dalam laporannya.

Mazli yang tiba di tempat kejadian pada kira-kira jam 3.10 pagi itu juga berkata, beliau hanya mengutip satu kelongsong peluru dalam penyiasatannya ketika itu.

Tambahnya, kelongsong peluru selebihnya dikutip dalam penyiasatannya di lokasi berkenaan, dua hari kemudian.

Read More...

20 November 2010

Polis didakwa menembak mati remaja

ibu Shamil Hafiz menangis ketika ditemui di pekarangan ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya hari ini. – Foto Bernama

PETALING JAYA, 20 Nov — Polis didakwa menembak mati dua remaja — menggunakan alasan merompak sebuah stesen minyak di Shah Alam Sabtu lalu dan ia menimbulkan banyak keraguan, kata peguam keluarga mereka N. Surendran hari ini.

Mohd Shamil Hafiz Shapiei, 15, Hairul Nizam Tuah, 20, dan Mohd Hanafi Omar, 22, dilaporkan ditembak mati oleh polis selepas kejadian mengejar awal pagi 13 November lalu di Glenmarie.

Sambil melahirkan kesangsian dengan kematian mereka, beliau menggambarkan ia sebagai tindakan membunuh seseorang cara “bumi kumpulan geng.”

“Kami sudah mengumpulkan cukup bukti,” kata peguam ini yang mewakili keluarga Shamil dan Hairul pada sidang media di ibu pejabat polis Petaling Jaya hari ini.

Kata beliau, kejadian terbaru ini menunjukkan pentingnya satu suruhanjaya diraja siasatan dibentuk ekoran kejadian menembak mati remaja berusia 14 tahun Aminulrasyid Amzah di Shah Alam pada 26 April lalu.

Kes mahkamah membabitkan anggota polis yang terlibat dalam kejadian Aminulrasyid sedang berlangsung di mahkamah.


“Tiada budak yang (nampaknya) selamat di jalan-jalan kita. Mana-mana budak yang keluar awal lagi terdedah kepada kejadian ditembak oleh polis,” kata Surendran.

“Kita memerlukan suruhanjaya diraja (siasatan),” kata beliau. Pada awal pagi Sabtu lalu, tiga orang yang dilabelkan sebagai penjenayah, dipercayai anggota “Geng Minyak”, ditembak mati oleh polis di Jalan Kerjaya, Glenmarie.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata ketiga-tiga lelaki itu yang baru sahaja selesai merompak sebuah stesen minyak di Jalan U1/1 kira-kira 4.15 pagi bertembung dengan sepasukan polis yang sedang melakukan rondaan mencegah jenayah di kawasan itu.

Katanya, mereka cuba melarikan diri dengan sebuah kenderaan sebelum terbabas di bahu kiri jalan kira-kira dua kilometer dari stesen minyak yang disamun.

“Ketiga-tiga suspek yang bersenjatakan parang kemudian keluar dan cuba menyerang polis menyebabkan anggota saya tiada pilihan selain melepaskan beberapa das tembakan menyebabkan kesemua mereka tersungkur di tempat kejadian,” katanya.

Thaiveegan berkata kesemua suspek terbabit dipercayai berasal dari Cheras, Selangor dan dalam tempoh sebulan lepas, geng itu disyaki terbabit dalam kejadian samun stesen minyak di Monteres dan Bukit Subang, di sini dan terbaru di Glenmarie.

Anggota forensik memeriksa kereta Proton Waja yang ditembak mati polis di Glenmarie, Shah Alam 13 November lalu. – Foto Bernama

Katanya, seorang daripada suspek itu berumur 20 tahun, seorang lagi remaja lelaki bawah umur berusia 16 tahun manakala seorang lagi tiada pengenalan diri ditemui padanya.

Kesemua mayat itu kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat.

Bagaimanapun Surendran menolak dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai pembohongan. “Ini pembohongan oleh pihak polis,” kata peguam hak asasi manusia.

Kata beliau, berdasarkan penemuan keluarga pada badan mangsa, Shamil, Hairul dan Hanafi masing-masing mempunyai dua kesan tembakan iaitu di kepala dan dada.

Kata beliau, kesemua tembakan dilepaskan pada bahagian kepala dan dada manakala peluru-peluru pula keluar rendah.

“Ia menunjukkan bahawa tembakan dilepaskan dari jarak dekat, yang mana ia tidak konsisten (dengan dakwaan polis) bahawa tembakan dilepaskan untuk mempertahankan diri,” kata beliau.

Malah kata beliau, trajektori peluru pada badan Hairul juga menunjukkan penembak mangsa itu melepaskan peluru dari kedudukan yang tinggi.

“Ini menunjukkan bahawa mangsa-mangsa melutut. Badan Hairul juga mempunyai tanda hitam di bahagian mata,” kata Surendran.

“Tembakan Shamil adalah terus pada dahinya dan (peluru) itu keluar,” kata beliau. Surendran menambah, keluarga mangsa akan mendapatkan pandangan patologi forensik berhubung kejadian itu.

“Kami akan mendapatkan temu janji dengan patologi forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang,” kata beliau lagi.

Selain itu katanya, keluarga Shamil dan Hairul juga mendesak agar anggota-anggota polis yang terlibat dalam kematian mangsa digantung dan dikenakan tuduhan membunuh.

“Ini satu pembunuhan oleh polis,” kata Surendran yang turut memberitahu bahawa mereka mahukan permohonan maaf daripada polis yang menyifatkan mereka sebagai penjenayah.

Kedua-dua keluara itu membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya hari ini. “Esok adalah hari jadi Shamil,” kata ibunya, Nor Hafizah Mad Razali dengan menitiskan air mata.

Dalam laporan polis, ahli perniagaan berusia 36 tahun itu berkata anaknya tiada sebarang rekod jenayah dan tidak tahu memandu kereta.

“Anak saya seorang budak yang baik, yang menghadiri kelas agama,” katanya. Dalam pada itu,

Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa menggesa agar diadakan siasatan bebas berhubung kematian mangsa dan mahu anggota polis berkenaan didakwa.

“Kami akan meminta kerajaan menubuhkan satu siasatan diraja siasatan. Saya akan membawa perkara ini ke Parlimen,” kata Naib Presiden PKR ini.

http://abushahid.wordpress.com/2010/11/14/geng-minyak-serang-polis/

Read More...

08 September 2010

Layanan dingin ke atas keluarga kes ditembak polis

Wakil keluarga yang mendakwa pihak polis bertindak kejam ke atas ahli keluarga mereka sekali lagi diberi layanan dingin dan terpaksa berdepan dengan karenah birokrasi apabila cuba menyerahkan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.

Mereka yang ditemani sepuluh peguam dari kumpulan NGO, Lawyers for Liberty berharap dapat berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein atau sekurang-kurangnya, ketua setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam.

Mereka sebaliknya dihalang daripada memasuki bangunan kementerian itu di Putrajaya dan terpaksa menuggu 40 minit sebelum seorang pegawai datang dan menerima memorandum itu bagi pihak Hishamuddin.


Wakil keluarga enam kes ditembak polis dan mati ketika dalam tahanan itu termasuk kes Aminulrasyid Amzah, 15, yang meninggal dunia akibat ditembak polis di Shah Alam, Selangor April lalu, dan temannya, Azzamudin Omar, 15, yang cedera ditembak dalam kes sama.

Kes-kes lain adalah Mohd. Afham Arin, 18, dari Johor yang meninggal dunia akibat ditembak pada Oktober tahun lalu; Norizan Salleh, 30, dari Kuala Lumpur yang terkena lima tembakan juga pada Oktober tahun lalu; Shahril Azlan, 26, dari Selangor yang cedera ditembak pada April tahun lalu dan dan A Kugan, 22, yang mati dalam tahanan polis Januari tahun lalu.

Read More...

19 May 2010

Pengawal Istana Kelantan Yang Ditembak Meninggal Dunia

Pengawal Istana Kelantan Ramli Mohamad, 50, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Bharu hari ini, 19 hari selepas menerima rawatan akibat ditembak oleh individu tidak dikenali.

Menurut seorang anggota keluarganya, Ramli meninggal dunia kira-kira pukul 3.30 pagi ini selepas berada dalam keadaan kritikal sejak semalam apabila organ utamanya dijangkiti kuman.

"Arwah kini dibawa ke bilik mayat untuk urusan jenazah," katanya kepada Bernama.

Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad berada di Hospital awal pagi ini bersama beberapa pegawai Istana untuk menziarahi jenazah Allahyarham.


Semalam Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra menghulur sumbangan RM100,000 kepada Ramli sebagai bantuan untuk mengurangkan beban keluarga pengawal istana itu.

Ramli meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak.

Dalam kejadian 1 Mei lalu, Ramli yang sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah, ditembak oleh seorang suspek yang tidak dikenali di Kampung Kok Keli, Tumpat.

Beliau mengalami kecederaan parah akibat terkena empat das tembakan dari jarak dekat.

Berikutan kejadian itu Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra menitahkan supaya kawalan keselamatan ke atas Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra ditingkatkan.

- Bernama

Read More...

10 May 2010

Mengapa Hanya Seorang Anggota Polis Sahaja Didakwa

Pakatan rakyat hari ini mempertikai mengapa tiga lagi anggota polis yang terlibat dalam kes Aminulrashid Amzah, remaja berusia 15 tahun yang mati ditembak polis 26 April lalu, tidak diheret ke mahkamah.

Lantaran itu, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mempersoal kegagalan pejabat peguam negara mendakwa tiga anggota berkenaan dan bimbang kegagalan berbuat demikian mungkin sebagai cubaan bagi menutup keseluruhan peristiwa sebenar.

Hanya seorang anggota polis, Koperal Jenain Subi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana menyebabkan kematian Aminulrashid manakala tiga lagi rakannya yang dilapor berada dalam kereta peronda tidak didakwa.


Jenain dituduh mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Aminulrashid pada 26 April antara jam 1.10 pagi hingga 2.00 pagi di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 Shah Alam membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Bercakap kepada TV Selangor, Khalid Samad bimbang situasi ini tidak memberi gambaran sebenar kerana semua aspek, dari siasatan hingga pendakwaan dijalankan polis semata-mata sedangkan orang yang kena tuduh adalah anggota polis.

"Yang mendakwa atau yang menyiasat adalah polis dan polis atas dasar siasatan mereka melaporkan bahawa seorang saja yang menembak. Semua bukti-bukti ada di pihak polis dan peguam negara bertindak atas dasar laporan itu, mungkin mereka pun terlibat juga merangka cas-cas dakwaan yang berhubung dengan kes ini," katanya.

Pendakwaan hanya seorang anggota polis ini menimbulkan keraguan kerana ia memberi gambaran tiga lagi rakan tertuduh langsung tidak ada peranan dalam kejadian tragis ini.

"Secara umumnya kita memang tidak puas hati berhubung ketelusan itu tidak ada. Kita difahamkan banyak kelongsong peluru telah dikutip dan kita tak tahu kelongsong peluru itu dari pistol yang satu yang sama. Semua laporan forensik semua ada di pihak polis semata-mata.

"Kita rasa tidak mungkin hanya seorang daripada empat yang terlibat mungkin ada yang lain tetapi atas sebab tertentu untuk hendak menutup jalan cerita yang sebenarnya mungkin hanya satu saja yang dikambing hitamkkan,” katanya.

Read More...

Koperal Yang Menembak Aminulrasyid Didakwa Di Mahkamah

Seorang anggota polis, Koperal Jenain Subi hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana menyebabkan kematian Aminulrashid Amzah, remaja berusia 15 tahun yang mati ditembak pada 26 April lalu.

Jenain dituduh mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Aminulrashid pada 26 April antara jam 1.10 pagi hingga 2.00 pagi di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 Shah Alam membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

"Bahawa kamu pada 26 April jam antara 1.10 pagi dan 2.00 pagi di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 dalam Bandaraya Shah Alam di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah melakukan perbuatan ynag menyebabkan kematian Aminulrasyid bin Amzah (NO KP 950815-10-6869) dengan niat hendak menyebabkan kematian dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahab mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh dan boleh dihukum di bawah seksyen 304(a) Kanun Keseksaan. Jika didapati bersalah, kamu boleh dihukum dengan penjara hingga tempoh tiga puluh tahun dan bolehlah juga dikenakan denda.”

Tertuduh berasal dari Sabah, adalah anak sulung daripada 7 beradik dan mula menyertai PDRM sejak 1985.


Dia dibawa ke perkarangan kompleks mahkamah ini kira-kira jam 11 pagi dengan diiringi sepasukan anggota polis

Kes ini mendapat tumpuan ramai berikutan mangsa baru berusia 15 tahun dan kematiannya yang disebabkan tembakan oleh anggota polis, mendapat kecaman pelbagai pihak yang bersimpati kepada keluarga mangsa.

Dalam kamar mahkamah, Timbalan Pendakwa raya, Mohammad Dusuki Mokhtar mencadangkan jumlah jamnan 35 ribu dengan seorang penjamin tetapi dibantah peguam bela, Salim Bashir yang meminta jumlahnya dikurangkan kepada RM7,000 atau RM8,000.

Menyatakan gaji anak guamnya dengan pangkat koperal sekitar RM3,000, Salim Bashir memberi alasan, tertuduh tidak berkemampuan kerana menanggung seorang isteri dan empat anak yang masih kecil.

Hakim M Gunalan kemudian memutuskan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan kes berkenaan disebut semula 10 Jun ini.

Aminulrasyid, remaja berusia 15 tahun mati ditembak pada 26 April lalu ketika dikejar peronda polis yang kemudian melepaskan empat tembakan dan satu daripadanya mengenai kepala mangsa.

Rakannya, Azamuddin Omar yang sebaya dengannya, terselamat apabila sempat melarikan diri dan kini menjadi saksi utama kes yang mendapat tumpuan dan kecaman segenap lapisan masyarakat.

Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas