PERKASA: Dr Wan Azizah, Azmin "pelacur politik"
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini melabelkan presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai "pelacur politik" kerana mencadangkan konsep "ketuanan Melayu" wajar ditinggalkan.
Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah juga berkata Dr Wan Azizah adalah pengkhianat sedangkan beliau dan juga timbalan presiden PKR yang baru dilantik, Azmin Ali adalah hasil yang diwujudkan dari konsep "ketuanan Melayu".
"Dr Azizah dan Azmin adalah hasil yang diwujudkan akibat kejayaan konsep itu yang juga telah banyak membantu orang Melayu,” katanya.
"Mereka seperti kacang lupakan kulit. Mereka ini seperti pelacur politik yang sanggup berbuat apa-apa sahaja demi mendapatkan sokongan orang India dan Cina,” katanya.
Arman juga menggesa Raja-raja Melayu supaya membuang daerah terhadap mana-mana pemimpin Melayu yang menyokong atau mencadangkan konsep ketuanan Melayu digantikan.
Ketuanan Melayu, katanya juga bermakna menjamin kedaulatan Raja-raja Melayu dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Wan Azizah menjatuhkan martabat raka-raja.
Arman juga memperbetulkan persepsi bahawa ketuanan Melayu tidak bermakna bangsa-bangsa lain menjadi subjek kepada orang Melayu.
“Apa yang kita mahu ialah supaya kontrak sosial dihormati dan tahu sejarah negara ini,” katanya.
Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan dasar presiden dalam Kongres PKR, Sabtu lalu berkata konsep ketuanan Melayu wajib ditinggalkan kerana ia didakwa hanya slogan untuk memperdaya bangsa itu sendiri.
"Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri.
"Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi," katanya.
29 November 2010
Ketuanan Melayu Kepala Hotak ..
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
perkasa
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
3 Komen :
apa pasal mamat tu bising2.kita perlu berubah untuk demi negara yang kita cintai.masa dah sampai ketuanan melayu adalah temberang umno/perkasa aje.ketuanan rakyat akan buktikan di PRU13.
Selagi wujudnya raja2 di Malaysia, selagi itu tidak akan wujudnya Ketuanan Rakyat. Selama mana kami hidup dibawah DYMM, akan kami pertahankan kedaulatan Melayu dan Agama Islam dengan jiwa raga kami. Ingatlah satu ayat ni daripada saya "Akan datang satu masa terhadap Bumi Bertuah ini, akan runtuhnya pemmerintahan rakyat sekarang ini dan bangkitnya sistem raja dan khalifah di Semenanjung Emas ini!"
ape pula ketuanan melayu ni, hantu ke atau pelesit?. adakah perkataan "ketuanan melayu" terdapat dalam perlembangaan malaysia?.
semua kesah mengenai ketuanan melayu dipopular oleh geng mamak eeeee penang, dgn tujuan nak menipu melayu. setelah melayu penang papa kedana dijarah geng mamak ini, sekarang nak tipu semua melayu pula.
Post a Comment