BlogList Malaysia
Showing posts with label syabas. Show all posts
Showing posts with label syabas. Show all posts

04 February 2013

Punca Gagal Bekal Air: Syabas Cuma Bayar 45 % Kepada Operator Loji

SHAH ALAM, 4 FEB: Tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang hanya membayar sekitar 40 hingga 45 peratus kepada syarikat operator loji rawatan air menyebabkan syarikat terlibat tidak mampu mengeluarkan air dalam kapasiti yang optimum.

Syarikat operator rawatan air, Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash) terpaksa bertindak demikian bagi mengurangkan kos pengeluaran dan mengelakkan menanggung kerugian.


Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad keadaan ini hanya dapat diselesaikan apabila Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih operasi pengeluaran air di negeri itu.

“Bayaran Syabas kepada syarikat operator loji ini sangat menekan aliran tunai mereka,” kata Dr Dzulkefly kepada TV Selangor hari ini.

Selain itu, Dr Dzulkefly turut mendedahkan bahawa Syabas juga tidak memberikan layanan yang adil dan saksama kepada syarikat-syarikat kontraktor mereka.

“Kontraktor Syabas ini ada banyak, tetapi saya dapat tahu cuma beberapa syarikat yang Tan Sri Rozali Ismail ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung dapat keistimewaan seperti anak emas oleh Syabas.

“Projek yang diberikan juga biasanya projek yang beri keuntungan lebih besar berbanding kerja yang diperolehi syarikat lain, ini tak adil kepada syarikat kontraktor lain walaupun mereka punyai keupayaan jalankan projek,” ujarnya lagi.

Antara syarikat yang disebutkan sebagai anak emas Syabas oleh Dr Dzulkefly termasuklah Mewah Kota Sdn Bhd, Damini Sdn Bhd, Yakin Rantau Sdn Bhd, Kembara Sdn Bhd dan Semarak Niaga Sdn Bhd.

“Sekiranya Kerajaan Negeri ambil alih, kontrak dan bayaran akan dibuat dengan adil dan lebih baik sebab rekod yang ada saya percaya Kerajaan Negeri merupakan ‘pay master’ yang bagus,” kata Dr Dzulkefly yang mengaku dibekalkan maklumat dari sumber dalaman salah sebuah syarikat anak emas terbabit.

http://www.selangorku.com/?p=22557



Read More...

03 February 2013

MB Sahkan Kerajaan Pusat Punca Masalah Air Selangor

PETALING JAYA : Syarikat Bekalan Air Selangor(Syabas) memaklumkan Kerajaan Pusat sebenarnya yang tidak membenarkan proses pengambilalihan konsesi air oleh Kerajaan Negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu pihaknya sudah berbincang dengan Syabas mengenai pengambilalihan itu bagaimanapun, Syabas memaklumkan Kerajaan Pusat sebagai pemegang ‘golden share’ tidak membenarkan perkara itu dilakukan.


“Kita sudah terangkan salah satu daripada pemilik saham yang terpenting ialah kementerian kewangan, dia ada golden share, kalau kita bincang dan tidak berbincang dengan pihak kementerian iaitu Kerajaan Pusat, maknanya usaha kita terbantut itu sebab yang lepas apabila berjumpa dengan Syabas untuk mereka terima tawaran kita syabas cakap, Kerajaan Pusat tidak bagi kelulusan.

“Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui seharusnya kena terima dan jelaskan kepada saya dalam surat bahawa Kerajaan Pusat bersetuju dengan penstrukturan ini.

“Kalau tidak ia tidak akan berlaku, tujuan kita nak susun semula air ini ialah bukan nak naikan harga air tapi nak air diuruskan dengan baik supaya rakyat tidak akan terbeban dengan kenaikan harga air,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan asrama anak pekerja ladang di Bangunan Peladang, di sini.

Hadir sama, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar ; Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Adun Kota Damansara, Dr Nasir Hashim.

Semalam, Chin memaklumkan Kerajaan Persekutuan tidak akan menghalang Kerajaan Negeri daripada mengawal industri perkhidmatan air negeri itu, jika semua pihak bersetuju.

Chin mengulas mengenai kenyataan oleh Menteri Besar yang berkata Kerajaan Negeri sudah memaklumkan kepada kementerian bahawa ia akan mengambil alih industri perkhidmatan air negeri, jika kementerian tidak memberi maklum balas kepada surat yang dihantar semalam dalam tempoh 14 hari.

Sementara itu, Charles berkata kenyataan Peter Chin yang memaklumkan harga air yang murah punca kepada krisis bekalan air terputus berlaku di negeri Selangor baru-baru ini sebagai satu pandangan yang lemah.

Katanya, jika mengikut konsesi yang ditandatangani oleh Syabas dan Kerajaan Negeri sebelum ini, akan menjadikan harga air naik dan lebih tinggi daripada harga minyak seterusnya akan membebankan rakyat.

“Oleh itu, kita mahu Kerajaan Negeri ambil alih industri air. Begitu juga dengan kenyataan beliau (Peter) yang dikatakan tidak menghalang pengambilalihan air, Peter sebenarnya tidak ikhlas, beliau hanya bermain politik kerana takut dengan Umno.

Beliau menambah, pihaknya menghantar surat kepada Peter dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) minggu lalu untuk menyediakan satu rangka kerja dan pelan bagi mengatasi masalah air ketika Tahun Baru Cina ini.

“Sebab sebelum ini, Syabas ada beritahu masalah air akan dipanjangkan semasa Tahun Baru Cina ini, jadi kita tidak mahu susahkan rakyat, namun sehingga kini, tiada maklum balas,” katanya.


Read More...

22 January 2013

Krisis Air : SYABAS Jawab 15 Tuduhan MB Selangor.

Berikut merupakan kenyataan rasmi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS) berkaitan Krisis Air yang berlaku di Kuala Lumpur dan Gombak baru-baru ini :-

Masalah gangguan bekalan air tidak berjadual di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak ekoran kegagalan rumah pam Wangsa Maju yang berlaku pada 29 Disember 2012, SYABAS telah dilemparkan dengan berbagai dakwaan dan tuduhan khususnya oleh Kerajaan Negeri Selangor sepanjang berlakunya gangguan bekalan air ini.


DAKWAAN 1

Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi kenyataan pada 9 Januari 2013 mendakwa SYABAS tidak menyelenggara sistem Variable Speed Drive (VSD) di rumah pam Wangsa Maju secara berkala (periodically preventive maintenance) kerana mendapati SYABAS tidak mempunyai sebarang kontrak penyelenggaraan berkala dengan pembekal VSD.

Dakwaan ini adalah tidak benar kerana, kerja-kerja penyelenggaraan di rumah pam ini dibuat secara berkala (sebulan sekali) yang dilakukan sendiri kakitangan SYABAS. Dalam hal ini, jika semasa kerja penyelenggaraan berkala dan kakitangan SYABAS mendapati terdapat keperluan mendapatkan khidmat pakar termasuk alat ganti, SYABAS akan melantik pihak pembuat dan pembekal VSD tersebut iaitu ABB Malaysia Sdn. Bhd. berdasarkan keperluan (case to case). Malah jadual penyelenggaraan ini juga dihantar kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

DAKWAAN 2

YAB Menteri Besar Selangor turut menyebut bahawa insiden pump tripped bukan disebabkan kegagalan VSD kerana ianya merupakan sistem pintar yang menerima maklumat dari luar seperti keadaan motor, pam, getaran, suhu dan lain-lain.

Dakwaan ini juga tidak benar kerana sistem VSD merupakan sebahagian daripada komponen penting di dalam sistem rumah pam ini, justeru insiden pump tripped juga mempunyai kaitan dengan operasi VSD. Sekiranya mana-mana komponen sistem mengalami kerosakan akibat sistem yang beroperasi melepasi kapasiti (overload), VSD tidak boleh dihidupkan.

DAKWAAN 3

YAB Menteri Besar Selangor turut menyatakan alat gantian pada sistem pam berkenaan boleh didapati dari China dengan menggunakan perkhidmatan courier dan bukan hanya dari Finland seperti yang didakwa SYABAS.

Ingin dinyatakan bahawa SYABAS telah dimaklumkan secara lisan oleh pembekal berkenaan bahawa alat ganti didapati dari Finland. Walaupun begitu isunya adalah berapa lama alat ganti dapat diterima setelah dipesan. Dalam kes ini, ada satu di antara alat pengganti mengambil masa 2 ½ bulan untuk diterima.

DAKWAAN 4

YAB Menteri Besar Selangor turut mendakwa SYABAS gagal mengenalpasti kerosakan pam-pam yang terdapat di rumah pam berkenaan termasuk mendakwa siasatan mereka mendapati pam Nombor 2 telah rosak melebihi setahun dan tidak pernah dibaiki.

Punca sebenar kegagalan rumah pam adalah disebabkan ianya beroperasi dalam keadaan overload dalam tempoh yang lama. Kerosakan sebenar yang berlaku pada sistem rumah pam disebabkan kerosakan pada komponen elektrik dan elektronik. SYABAS mempunyai bukti di mana terdapat dokumen yang merekodkan segala aktiviti di rumah pam, termasuklah kerja-kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan.

Salinan dokumen ini telah diserahkan kepada SPAN yang telah menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menjalankan pengauditan terhadap kerja penyelenggaraan rumah pam tersebut. Sementara itu, Pam No. 2 di rumah pam Wangsa Maju sering mengalami kerosakan pada sistem VSD.

Setiap kali berlaku kerosakan, kerja-kerja pembaikan dibuat oleh pihak ABB selaku pembuat/pembekal VSD ini kerana kerja-kerja ini hanya boleh dilakukan oleh jurutera pakar dari syarikat tersebut. Namun begitu, ia tidak dapat bertahan lama apabila kerosakan berulang dan sistem pam tidak berada dalam keadaan stabil kerana beroperasi dalam keadaan overload.

Proses pembaikan yang berulang ini telah kerapkali berlaku dan telah mengambil masa yang lama. Bagaimanapun, dalam tempoh tersebut, rumah pam tersebut masih mengeluarkan air melebihi seperti biasa bagi menampung permintaan pengguna.

DAKWAAN 5

YAB Menteri Besar Selangor mendakwa bahawa sepanjang tahun 2012, hanya 18 hari sahaja pam pam ini beroperasi melebihi 200 juta liter sehari (JLH).

SYABAS menafikan dakwaan ini kerana SYABAS mempunyai rekod dan statistik yang menunjukkan bahawa pam-pam di Wangsa Maju telah beroperasi melepasi 200 JLH sebanyak 2,023 kali sepanjang tahun 2012 dan bukan 18 hari seperti didakwa menteri besar.

DAKWAAN 6

YAB Menteri Besar Selangor juga mendakwa bahawa kerajaan negeri sudah mengetahui masalah kerosakan rumah pam Wangsa Maju dan pernah menegur SYABAS lebih awal, namun tindakan tidak dibuat.

Dakwaan ini juga tidak benar kerana kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang teguran atau yang seumpamanya kepada SYABAS, sama ada bertulis ataupun lisan.

DAKWAAN 7

YAB Menteri Besar Selangor juga mendakwa bahawa permohonan SYABAS membangunkan sistem pengepaman tambahan baru di Wangsa Maju dibuat pada November tahun lepas dan disokong pada awal tahun ini.

Dakwaan ini tidak benar kerana cadangan pembangunan sistem pengepaman tambahan di Wangsa Maju telah dimajukan kepada Kerajaan Persekutuan pada bulan Jun 2009 diikuti dengan cadangan yang sama kepada Pejabat Menteri Besar Selangor pada Januari 2010, namun tiada respon atau maklumbalas diterima sehingga bulan Mac 2012 apabila Kerajaan Persekutuan mengambil keputusan untuk meluluskan cadangan ini dan memberikan pinjaman kepada kerajaan negeri bagi membiayai projek pembinaan rumah pam tambahan ini yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Dari bulan Mac 2012 sehingga hari ini, pembangunan sistem pam tambahan ini oleh Kerajaan Negeri Selangor masih di tahap reka bentuk.

DAKWAAN 8

YAB Menteri Besar Selangor juga mendakwa SYABAS memberi alasan tidak cukup duit untuk membaiki pam itu kerana tarif air tidak naik tetapi rakyat Selangor tidak mahu kenaikan tarif air. Kerajaan negeri menurutnya, bersedia membaiki kerosakan rumah pam jika SYABAS tiada wang dan keupayaan.

SYABAS tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang menyebut bahawa SYABAS tidak mempunyai wang untuk membaiki pam itu kerana tarif air tidak naik. Ini adalah rekaan menteri besar sendiri. Sekiranya kerajaan negeri selaku pemegang saham 30% dalam SYABAS ingin membantu dengan menyediakan dana untuk penyelenggaraan alat-alat di rumah-rumah pam SYABAS, kami amat mengalu-alukannya.

DAKWAAN 9

Exco Selangor, YB Dr Xavier Jayakumar dalam kenyataannya di Sinar Harian mengatakan bahawa kerajaan negeri mengganggap kelalaian SYABAS merupakan pure negligence dan criminal in nature dan menganggap gangguan bekalan air merupakan tindakan sabotaj dan rekacipta oleh SYABAS bagi memburukkan imej Kerajaan Selangor. Menurutnya, SYABAS tidak mampu membekalkan air kepada rakyat dan berpaksi semata-mata atas keuntungan dengan menaikkan tarif dari semasa ke semasa.

Sementara itu Adun Teratai, YB Janice Lee, mendakwa isu air dimainkan media kawalan Barisan Nasional (BN) bagi memburukkan Kerajaan Selangor sedangkan ianya adalah kegagalan SYABAS. Gangguan bekalan air menurutnya adalah antara sabotaj UMNO-BN terhadap Kerajaan Negeri Selangor.

SYABAS menyangkal semua dakwaan di atas kerana -


= Kerosakan pada pam disebabkan rumah pam Wangsa Maju terpaksa beroperasi melebihi kapasiti rekabentuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi memenuhi permintaan bekalan air. Kerosakan ini boleh berlaku dan telah berlaku walaupun ianya disenggara secara berjadual sepanjang masa.

= Isu kekurangan bekalan air terawat telah sekian lama dimaklumkan kepada kerajaan negeri dan diketahui umum serta menjadi tajuk perbincangan dalam beberapa tahun ini. Kerajaan negeri sendiri telah memperakui kesahihan perkara ini dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas Pemantauan Bekalan Air yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Khushrin Munawi sejak bulan Julai 2012 dan juga cadangan membina loji air dengan teknologi membran dan mengoperasikan semula loji air Bukit Jelutong. Tidak timbul isu gangguan bekalan air ini adalah sabotaj dan rekacipta SYABAS.

= Isu kenaikan tarif yang diperuntukan dalam Perjanjian Konsesi SYABAS (walaupun sehingga kini kenaikan tarif masih ditangguhkan oleh kerajaan negeri) merupakan isu berasingan yang tidak berkaitan dengan kekurangan bekalan air terawat yang perlu ditangani oleh kerajaan negeri dengan menambah kapasiti loji rawatan air. SYABAS hanya pengagih bekalan air yang dibekalkan oleh operator-operator loji rawatan air yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.

= Isu SYABAS sengaja merekacipta krisis ini tidak timbul kerana tidak ada seorang pun yang waras akan tergamak melakukannya, lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan kepentingan orang ramai. Ia juga tidak logik kerana SYABAS terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi bagi menguruskan bekalan air alternatif kepada pengguna.

SYABAS juga mempunyai rekod dan statistik yang menyokong kenyataan SYABAS tentang kekurangan bekalan air terawat. SYABAS telah menghantar maklumat tersebut kepada kerajaan negeri menerusi audit yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan juga kepada wakil-wakil kerajaan negeri dalam Lembaga Pengarah SYABAS.

DAKWAAN 10

YB Xavier juga mengatakan bahawa pembekalan dan agihan air adalah merupakan tanggungjawab SYABAS dan bukan kerajaan negeri seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Konsesi dan kerajaan negeri sedia jadi saksi kepada pengguna memfailkan tuntutan terhadap SYABAS.

SYABAS menyangkal dakwaan ini dan menegaskan bahawa:

= Peranan dan tanggungjawab hakiki SYABAS yang diperuntukkan dalam Perjanjian Konsesi adalah mengagihkan air terawat kepada pengguna dan mengutip caj bekalan air daripada pengguna berdasarkan tarif digazetkan kerajaan.

= Air terawat ini dijual dan dibekalkan oleh operator loji yang telah dilantik sendiri oleh kerjaan negeri untuk merawat air termasuk SPLASH, Konsortium Abass dan Konsortium Air Selangor yang mana kerajaan negeri mempunyai saham di dalamnya. Oleh yang demikian, SYABAS tidak bertanggungjawab dalam menentukan atau meningkatkan kapasiti loji rawatan air.

= Dari aspek penambahbaikan, menaiktaraf, mengganti dan pembangunan baru sistem infrastruktur agihan air yang dikategorikan sebagai program CAPEX tertakluk kepada kelulusan SPAN yang merujuk kepada kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Seperti telah diketahui umum, kelulusan sebahagian besar dari program CAPEX ini telah dibekukan oleh SPAN atas arahan kerajaan negeri sejak tahun 2008. Ini bermakna kerajaan negeri telah menghalang SYABAS daripada membuat kerja kerja penambahbaikan, menaiktaraf, mengganti, atau pembangunan projek-projek baru sistem infrastruktur agihan air ini.

= Bagi memastikan operasi berjalan seperti ditetapkan dalam perjanjian konsesi, kenaikan tarif air perlu diselaraskan berdasarkan kepada perjanjian konsesi namun perkara ini telah ditangguhkan oleh kerajaan negeri. SYABAS bagaimanapun kekal mengurus operasi tanpa kompromi terhadap kualiti perkhidmatan dan penyenggaraan infrastruktur sistem agihan air. Kekangan yang dihadapi dari pelarasan tarif hanya menyebabkan SYABAS terpaksa menangguhkan sebahagian pembayaran kos belian air dari operator loji.

= Adalah tidak wajar bagi kerajaan negeri yang memegang 30% ekuiti dan mempunyai wakil dalam Lembaga Pengarah SYABAS memberikan galakan kepada pengguna untuk memfailkan saman terhadap SYABAS sedangkan ketidakupayaan dan kekangan yang dihadapi oleh SYABAS disebabkan oleh halangan kerajaan negeri dari meluluskan projek-projek di bawah program penambahbaikan, menaiktaraf, mengganti ataupembangunan baru (Program CAPEX) seperti dicadangkan oleh SYABAS.

DAKWAAN 11

YB Xavier juga mendakwa bahawa isu air berlaku disebabkan keangkuhan SYABAS dan SYABAS tidak menghubungi Setiausaha Kerajaan Negeri bagi mendapatkan bantuan lori tangki dari PBT tetapi SYABAS meminta bantuan dari syarikat bekalan air daripada luar.

= SYABAS ingin menegaskan bahawa dalam mesyuarat harian Jawatankuasa Khas Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri dan dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri atau wakilnya, perkara ini telah dibincang dan dibentangkan. Oleh yang demikian, tidak timbul isu di mana SYABAS tidak meminta bantuan atau tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri. Kenyataan tersebut adalah tidak benar.

= Walaupun dalam mesyuarat yang diadakan setiap hari, SYABAS telah maklumkan kepada kerajaan negeri tentang bantuan yang diperlukan bagi meringankan masalah yang ditanggung pengguna, namun bantuan yang diterima tidak seperti yang diharapkan. Kerajaan negeri menerusi pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), memulakan penghantaran bantuan 4 buah lori tangki hanya mulai 5 Januari 2013 iaitu selepas 6 hari kejadian berlaku.

Berikutnya pada 7 Januari 2013, 3 buah lori, 8 Januari 4 buah, 9 Januari 4 buah, 10 Januari 2 buah, 11 Januari 10 buah, 12 Januari 13 buah, 13 Januari 10 buah dan 14 Januari 2 buah lori. Penghantaran lori-lori tangki ini tidak tetap kerana ada hari-hari yang tiada lori dihantar.

Selain daripada itu, bantuan yang dihantar oleh kerajaan negeri juga tidak menyeluruh kerana tidak menyediakan sukarelawan dan petugas petugas untuk membantu mengangkat air ke rumah-rumah pengguna. Sebagai sebuah negeri yang besar seperti Selangor, sepatutnya lebih ramai petugas sukarelawan dan bantuan lori-lori tangki dapat disediakan.

Malahan sebahagian lori-lori yang digunakan juga didapati tidak menepati piawaian kualiti air yang ditetapkan dan tidak sesuai digunakan untuk membekalkan air. Oleh itu, lori-lori tersebut terpaksa dihantar semula untuk proses cucian dan selepas diuji, barulah air tersebut boleh digunakan.

DAKWAAN 12

Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraidah Kamaruddin, mendakwa SYABAS tidak mengambilkira perancangan jangka panjang dalam aspek penyenggaraan, sistem naiktaraf, pemantauan berkala, sistem sokongan lebih efektif dan pengurusan berwibawa.

SYABAS menafikan dakwaan ini dan ianya tidak benar kerana program penyenggaraan berkala rumah pam ini adalah sebahagian daripada program penyenggaraan tahunan peralatan infrastruktur sistem agihan air terawat yang dimajukan pada awal tahun setiap tahun kepada SPAN untuk kelulusan seperti termaktub di dalam Perjanjian Konsesi SYABAS.

Manakala laporan status kerja-kerja penyenggaraan dimajukan sekali dalam tempoh enam bulan kepada SPAN untuk pemantauannya. Bagi kerja kerja menaiktaraf, membaik pulih, mengganti dan pembangunan baru infrastruktur sistem agihan yang melibatkan program perbelanjaan modal (CAPEX), SYABAS telah dihalang daripada melaksanakannya apabila ianya dibekukan oleh SPAN atas arahan kerajaan negeri sejak bulan Julai 2008. SYABAS hanya dibenarkan untuk menjalankan kerja kerja kritikal sahaja serta penyelenggaraan rutin, itupun selepas mendapat kelulusan SPAN.

Dalam keadaan keadaan seperti ini, SYABAS seolah olah 'terikat tangannya' dan tidak banyak yang mampu dilakukan akibat daripada arahan pembekuan ini. Oleh itu, mendakwa SYABAS tidak mengambil kira perancangan jangka panjang adalah tuduhan yang tidak berasas dan tidak adil sama sekali.

DAKWAAN 13

YAB Menteri Besar Selangor turut mendakwa bahawa gangguan bekalan air membuktikan kegagalan projek penswastaan air kepada syarikat yang tidak berkelayakan dan kompeten SYABAS menyangkal dakwaan ini dan bertegas bahawa gangguan bekalan air adalah disebabkan kegagalan rumah pam yang telah beroperasi secara overload dalam tempoh yang panjang disebabkan permintaan yang meningkat berterusan.

Kegagalan rumah pam berfungsi adalah berkait dengan permintaan yang meningkat sehingga menyebabkan rumah pam terpaksa beroperasi melebihi kadar kebiasaannya sementara menunggu bekalan air terawat tambahan yang belum disediakan oleh kerajaan negeri.

Kerajaan negeri atas alasannya sendiri tidak mahu menerima hakikat yang disokong oleh fakta-fakta bahawa Selangor mengalami kekurangan dalam pengeluaran air terawat berbanding permintaan yang meningkat.

DAKWAAN 14

Dalam keadaan yang sama, Adun Teratai, YB Janice Lee mendakwa bahawa isu masalah air menunjukkan ketidakupayaan Puncak Niaga dan SYABAS mengendalikan pengurusan air kerana krisis ini bukanlah yang pertama kali berlaku di Selangor.

SYABAS menyangkal dakwaan ini dan menegaskan bahawa menteri besar dan kerajaan negeri telah dimaklumkan semenjak tahun 2005 lagi bahawa permintaan air terawat di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya meningkat iaitu pada kadar 3.5% setiap tahun dan pengeluaran air dari kapasiti loji-loji yang sedia ada telah tidak mencukupi.

Sememangnya ada di antara 34 loji sedia ada telah beroperasi melepasi kapasiti rekabentuk. Keadaan bertambah buruk apabila rezab bekalan air yang tinggal pada masa ini adalah lebih kurang 1% sahaja. Kerajaan negeri bertanggungjawab menambah kapasiti rawatan air manakala di bawah Perjanjian Konsesi, SYABAS hanya dipertanggungjawabkan ke atas pengagihan air terawat kepada pengguna berdasarkan kuantiti dibekalkan oleh operator loji, syarikat konsesi dilantik kerajaan negeri bagi merawat dan membekal air kepada SYABAS.

Kerosakan pam disebabkan rumah pam Wangsa Maju terpaksa beroperasi melebihi kapasiti rekabentuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi memastikan pengguna mendapat bekalan air. Kerosakan ini boleh berlaku dan telah berlaku walaupun ianya diselenggara secara berjadual sepanjang masa.

Keengganan kerajaan negeri meluluskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan kelewatan membangunkan sistem pam tambahan yang hanya diluluskan pada bulan Mac 2012 menyebabkan SYABAS terpaksa menguruskan rumah pam ini pada tahap overload untuk memenuhi permintaan yang tinggi.

Selain itu, dakwaan terhadap Puncak Niaga adalah tidak adil kerana Puncak Niaga tidak terlibat dalam isu ini, disebaliknya membantu dalam mengoperasikan loji Sungai Langat pada tahap overload sehingga 520 JLH daripada biasa 470 JLH.

DAKWAAN 15

YB Zuraidah seperti disiarkan di Sinar Harian mendakwa bahawa SYABAS gagal menyediakan back-up bekalan air yang mencukupi kepada penduduk dan tidak mempunyai pelan kecemasan untuk mengatasi masalah ini.

Dakwaan tersebut adalah tidak berasas kerana back-up bekalan air wujud dengan adanya kapasiti rezab bekalan air terawat yang mencukupi. Pada masa ini, rezab kapasiti bekalan hanya sekitar 1%, jauh lebih rendah daripada paras selesa industri bekalan air (20%).

Tanggungjawab bagi menyediakan rezab kapasiti bekalan air terawat yang mencukupi adalah kerajaan negeri, bukannya SYABAS. Situasi di kawasan Gombak dan Kuala Lumpur boleh di elakkan jika bekalan air terawat mempunyai rezab kapasiti yang mencukupi.

SYABAS telah menjalankan tanggungjawabnya seperti yang terkandung dalam Perjanjian Konsesi. Namun dalam keadaan keadaan tertentu, SYABAS tidak dapat mengelak daripada berlaku masalah yang mengakibatkan SYABAS tidak dapat menjalankan obligasinya dengan berkesan jika terdapat pihak lain tidak menjalankan tanggungjawabnya.

Misalnya jika berlaku pencemaran sungai akibat tumpahan minyak dan loji loji rawatan terpaksa berhenti operasinya, SYABAS tidak dapat menyalurkan air kepada pengguna. Sebagai memenuhi tanggungjawabnya SYABAS membekalkan air menerusi lori lori tangki bagi memastikan bekalan air sampai kepada pengguna. Namun demikian bukanlah tanggungjawab SYABAS membersihkan sungai dari tumpahan minyak atau memastikan sungai tidak tercemar. Ianya adalah tanggungjawab kerajaan negeri.

Sangat tidak adil meletakkan kesalahan ini kepada SYABAS kerana krisis air berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri menjalankan tanggungjawabnya. Apatah lagi kerana kerajaan negeri memiliki 30% saham di dalam SYABAS tetapi membiarkan SYABAS berhadapan dengan segala kekangan tanpa menghulurkan sebarang bantuan, sebaliknya mencari kesalahan dan kelemahan SYABAS semata mata.

Semasa krisis ini berlaku, Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning telah diaktifkan SYABAS pada 29 Disember 2012 jam 8:00 pagi. Pelan ERP ini yang beroperasi 24 x7 adalah sekretariat bertindak setempat bagi memantau dan mengurus bekalan bantuan air kepada pengguna yang menghadapi gangguan bekalan air.

Bekalan air dihantar kepada pengguna bagi kawasan gangguan kali ini diberikan melalui lori-lori tangki (86 buah) dengan jumlah penghantaran sebanyak 2,891 trips (sehingga 12 tengah hari 12 Januari 2013) dan 287 tangki statik. Bagaimanapun, keupayaan pelan Tindakan Kecemasan adalah terhad kerana mana-mana bekalan air tidak dirancang, direkabentuk dan dibina untuk kegagalan (designed not to fail).

KESIMPULAN

Belum pernah terjadi sebuah kerajaan negeri menghalang kerja-kerja penambahbaikan perkhidmatan yang memberi manfaat kepada rakyat. Kerajaan negeri perlu memikirkan soal kesejahteraan rakyat, kebajikan rakyat dan meluluskan program-program yang dicadangkan SYABAS untuk kebaikan rakyat.

Sikap menyalahkan SYABAS yang memberikan perkhidmatan kepada rakyat tanpa memberikan bantuan yang sewajarnya umpama ‘baling batu sembunyi tangan’. Tindakan kerajaan negeri menghalang program-program menaiktaraf, membaik pulih, mengganti dan menjalankan projek-projek baru sistem agihan bekalan air menerusi pembekuan Perbelanjaan Modal (CAPEX) sangat tidak wajar.

SYABAS berharap kerajaan negeri yang mempunyai tanggungjawab di bawah undang-undang untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah berkaitan menambah kapasiti bekalan air terawat dapat melihat perkara ini dengan lebih serius dan mengambil tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan isu ini.

SYABAS hanya menguruskan perkhidmatan pengagihan air terawat yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat operator loji rawatan air yang dilantik oleh kerajaan negeri sendiri.

http://klpos.com/politik/37611-krisis-air-syabas-jawab-15-tuduhan-mb-selangor


Read More...

15 January 2013

Amaran Kepada Rozali - Jangan Susahkan Rakyat Dan Kami Akan Dedahkan Gaya Hidup Mewah Anda

DIKEMASKINI Pemimpin PKR menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi lampu hijau kepada SYABAS syarikat air untuk "mensabotaj" bekalan air di Selangor dalam usaha terakhir untuk merampas kembali negeri ini oleh parti Umno.

Mereka memberi amaran bahawa jika Rozali Ismail, Selangor bekas bendahari Umno dan pengerusi eksekutif di SYABAS sekarang, terus menyalahgunakan kuasanya untuk memuaskan hati "tuan politiknya" dengan membiarkan rakyat menderita, mereka akan mendedahkan gaya hidup mewahnya dan memotongkan gaji lumayannya yang bernilai RM17.25 juta setahun supaya dipotong sebanyak RM10 juta dan jumlah ini diagihkan kepada rakyat yang terjejas oleh masalah air sebagai pampasan.


"Kami tidak pernah terfikir ia pergi ke tahap ini - satu bulan tanpa air (bagi penduduk Wangsa Maju) Ia jelas merupakan rancangan untuk mewujudkan satu situasi krisis dan membuat orang benci kepada Pakatan Rakyat bagi saya, Syabas bertanggungjawab kerana cuba mengelirukan rakyat dengan fakta-fakta yang diputar belit. Ini merupakan masalah politik dan jawapan politik wajib diberikan. SYABAS tidak patut menjadikan rakyat sebagai tebusan kepada kerajaan negeri seperti ini, "pengarah strategi PKR Rafizi Ramli memberitahu sidang akhbar pada hari Jumaat.

"Kelangsungan politik Najib bergantung pada kepada Selangor (pada pilihan raya umum akan datang). Tanpa Selangor, ia adalah hampir pasti bahawa Umno akan menolak dia keluar. Tetapi, Rozali Ismail, ketua SYABAS sudah ada. Rozali tidak faham apa itu berunding. Dia hanya memahami cakap-cakap politik. Jadi kita perlu menjelaskan kepada orang ramai apa yang sedang berlaku. Apabila tuan politik SYABAS menyedari betapa kecewa dan bermasalahlah rakyat akibat mainan politik mereka, mereka akan berundur dan SYABAS juga akan berundur. Jika tidak, ia tidak akan berakhir. "

Selangor kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Najib telah secara terbuka berikrar untuk mengambil kembali negeri ini dengan “apa jua cara sekalipun".

Orang yang digunakan dalam mainan politik kotor Najib untuk mendapatkan S’gor kembali

Rafizi merujuk kepada laporan membimbangkan baru-baru ini di mana Rozali telah memberi amaran bahawa kekurangan air di beberapa bahagian di Selangor boleh berterusan sehingga Tahun Baru Cina bulan depan.

4 pam air yang rosak di kawasan Wangsa Maju yang padat, dengan SYABAS yang berdiam diri sama ada ia merancang untuk mengganti atau membaiki pam juga membimbangkan pemimpin-pemimpin PKR.

Wangsa Maju adalah sebahagian dari kawasan MP PKR Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin manakala rakan partinya Khalid Ibrahim merupakan ketua menteri Selangor.

"Kami telah melakukan dan membuat apa yang diperlukan. Kami juga akan mempertimbangkan untuk membeli pam sendiri. Tetapi kita tidak boleh menerima penjelasan karut dan ancaman Rozali itu lagi. Rakyat yang menderita setiap hari manakala SYABAS hanya melambatkan kerja dan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan untuk membuang masa," Zuraida memberitahu Malaysia Chronicle pada persidangan itu.

"Kami memutuskan untuk mendedahkan perkara sebenarnya kepada rakyat. Biar rakyat tahu mereka sedang digunakan sebagai bidak dalam permainan politik UMNO. Biarkan mereka tahu siapa yang menggunakan taktik kotor untuk kepentingan politik."

Dedahkan gaya hidup mewah dan potong gaji Rozali

Sementara itu, Rafizi melancarkan kempen ‘Potong Gaji Rozali Ismail', yang katanya merupakan satu-satunya cara untuk mengajar Rozali kerana tidak melakukan tugasnya dan sengaja"bermain politik".

"PKR akan menuntut untuk memotong RM10 juta daripada gajinya dan memasukkannya ke dalam dana untuk memberi bantuan segera kepada penduduk yang terlibat. Mengapa Rozali layak mendapat M17.25 juta apabila dia tidak dapat menyelesaikan satupun masalah yang mudah (berkenaan 4 pam di Wangsa Maju), "kata Rozali.

Menurut Puncak Niga Holdings Bhd laporan tahunan yang dikemukakan oleh Rozali telah menyatakan bahawa Rozali memperoleh gaji sebanyak RM8.255 juta, bonus bernilai RM2.39 juta, faedah-faedah lain sebanyak RM405, 646, KWSP bernilai RM1.777 juta, elaun percutian RM663, 582 dan perbelanjaan lain pula sebanyak RM3.754mil. Ini berjumlah RM17.25mil bagi tahun berakhir 31 Disember, 2011.

Puncak Niaga merupakan syarikat holding SYABAS yang juga punca perniagaan bagi Rozali.

Rafizi juga berjanji untuk mendedahkan gaya hidup Rozali yang mewah pada "perhatian umum".

"Biar rakyat tahu bagaimana orang besar Umno menikmati hidup manakala mereka bersusah payah untuk mengangkut air setiap hari. Lihatlah kereta-kereta sports, rumah-rumahnya dan majlis-majlis perkahwinan anak-anaknya. Ia akan membuka mata rakyat ," kata Rafizi.

Pemimpin PKR yang namanya melonjak naik dan memainkan peranan penting dalam mendedahkan skandal NFC yang melibatkan wang sejumlah RM250 juta dan sekarang kes penipuan tanah Deepak-Ropiaah-LTAT menambah bahawa tugasannya untuk mendedahkan Rozali merupakan keutamaan baginya sekarang.

Malaysia Chronicle



Read More...

09 January 2013

PANAS - Pengawal Bersenjata Kawal Rumah Pam Syabas



Situasi yang berlaku semasa rombongan mangsa-mangsa gangguan air ke rumah Pam Wangsa Maju. Lihat bagaimana ramainya polis berkawal seolah ada sesuatu yang mereka cuba sembunyikan.

Semasa orang ramai berkeras menyerbu nak masuk melihat apa yang terjadi. Salah seorang anggota pengawal mereka (gambar ke-2) mengangkat senjata Pump Gun dan menggugut untuk menembak.

Apa yang cuba disembunyikan oleh Syabas kepada orang ramai. Dan kenapa beria-ia benar anggota polis ditempatkan di rumah pam tersebut sedangkan sebelum ini kita sendiri lihat rumah pam ibarat seperti rumah hantu yang yang berkawal pun tidak seramai ini.

Adakah gangguan air ini adalah salah satu usaha-sama Kerajaan BN dengan kerjasama polis dan tukang buat kerja sabotaj Syabas berpakat untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, semata-mata kerana mereka mahukan Projek Langat 2 dilakukan untuk menampung poket kroni2 mereka,dan seboleh-bolehnya sebelum PRU supaya mereka boleh menberikan dana Pilihanraya kepada UMNO/BN yang sedang ketandusan duit.

Natijahnya rakyat yang tidak tahu apa-apa akan dipaksa membayar bil air yang mahal setelah Projek langat 2 berjaya mereka usahakan kelak. Inilah apabila sesebuah kerajaan terlalu menyanyangi Syarikat swasta milik Kroni dari mementingkan hak rakyat.

Sebab itu sejak dulu lagi kita patut bangun menentang penswastaan dalam negara kerana ini yang akan berlaku apabila Syarikat2 Swasta besar kepala dan buat sesukahati mereka kerana ada sokongan Kerajaan BN dibelakangnya..

KO UMNO.. KO BN.. Hampir 2 Minggu tempat aku takde air.. Orang ramai majoriti semuanya menyampah dan meluat serta tak sabar nak tumbangkan BN.

Sumber — http://www.facebook.com/photo.php?fbid=538192912867066&set=a.101419959877699.3061.100000290870221&type=1&theater


Read More...

05 January 2013

Krisis Air Selangor - MB Beri Kata Dua Kepada Syabas

KUALA SELANGOR - Kerajaan Negeri bersedia mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sekiranya syarikat konsesi air itu masih memberi alasan tiada wang dan keupayaan membaiki pam yang rosak.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri bersedia membaiki kerosakan pam yang didakwa menyebabkan krisis air melanda kawasan Gombak dan Kuala Lumpur sejak kebelakangan ini.

“Kita bersedia untuk membaikinya jika Syabas tiada wang dan keupayaan untuk menyelesaikan kerosakan itu dan Syabas tidak perlu melibatkan campur tangan Kerajaan Persekutuan dalam perkara ini.


“Meskipun saya difahamkan pam terbabit kini sudah dibaiki, namun masalah krisis air masih belum dapat diselesaikan kerana ia mengambil tempoh seminggu untuk memenuhi paras air sebelum dapat beroperasi seperti biasa.

“Mungkin Syabas takut Kerajaan Negeri mahu mengambil alih, jadi mereka cepat-cepat baikinya,” katanya dengan nada seloroh ketika sidang media di Taman Pancaran, Bestari Jaya semalam.

Abdul Khalid yang juga Adun Ijok itu menjelaskan, sebelum ini Kerajaan Negeri sudah mewujudkan pasukan khas untuk memantau dan mengenal pasti punca krisis air yang berlaku di negeri ini sejak Jun tahun lalu.

“Pasukan khas itu ditubuhkan selepas berlakunya krisis air di beberapa kawasan sejak setahun lalu dan memaklumkan masalah terbabit kepada pihak Syabas.

“Seperti kes kerosakan pam Rumah Pam Wangsa Maju, Kerajaan Negeri sudah mengetahui masalah kerosakan itu dan pernah menegur Syabas untuk membaiki kerosakan dua pam rizab lebih awal, namun tindakan tidak dibuat.

“Kerajaan Negeri turut menyifatkan Syabas gagal melaksanakan penyelenggaraan ke atas aset dan fasiliti bekalan air di bawah pengendaliannya dan mengenal pasti kerosakan pam di rumah pam berkenaan.

“Syabas juga gagal menyelesaikan masalah kerosakan pam terbabit dan menggunakan isu ketidakcukupan air sekali gus menyalahkan Kerajaan Negeri kerana tidak meneruskan Projek Langat 2.

“Apabila Kerajaan Negeri membangkitkan perkara ini, Syabas masih memberi alasan tiada wang dan tiada keupayaan untuk membaiki kerosakan itu dan mahu menaikkan tarif air bagi tujuan itu.

“Kerajaan Negeri terpaksa membantah tindakan Syabas yang mahu menaikkan tarif air kerana tahu rakyat Selangor pastinya tidak bersetuju,” katanya.


Read More...

04 January 2013

Pengguna Air Selangor & W. Persekutuan Disaran Saman SYABAS

Pengguna air Selangor, Wilayah Persekutuan disaran fail tuntutan terhadap SYABAS ― Dr Xavier Jayakumar

4 JAN ― Kerajaan Negeri mengesa pengguna-pengguna di Kuala Lumpur, Gombak dan Ampang yang terlibat ekoran kerosakan pam air di Rumah Pam Wangsamaju dan Pudu Hulu Baru segera menfailkan tuntutan ekoran kepayahan rutin harian mereka disebabkan gangguan air beberapa hari yang lalu.

Diberitakan bahawa lebih 100,000 akaun pengguna berhadapan dengan gangguan bekalan air sejak 6 hari yang lalu yang dijangka berterusan seminggu lagi.

Ini berikut kegagalan dan kecuaian SYABAS menyelenggara 5 unit pam di rumah pam tersebut.


Rakyat harus diberikan penjelasan bahawa pembekalan dan agihan air adalah merupakan tanggungjawab SYABAS dan bukannya kerajaan Negeri seperti termaktub dalam perjanjian konsesi air.

Kerajaan Negeri bersedia menjadi saksi kepada Pengguna bagi menfailkan tuntutan terhadap SYABAS dengan membekalkan beberapa dokumen laporan siasatan terhadap kecuaian SYABAS menyelenggarakan unit pam pam serta peralatan berkaitan.

Semakan menunjukkan bahawa tidak berlaku sebarang situasi kekurangan air di kawasan yang terbabit kerana Rumah Pam Wangsa Maju menerima dan mengagih air terawat dari Loji Rawatan Air Wangsa Maju (kapasiti 41 Juta Liter Sehari (JLS), Loji SSP1 (950 JLD) dan Loji SSP3 (800 JLS). Jumlah keseluruhan ialah 1,791 Juta Liter Sehari pada hari-hari biasa adalah jauh lebih mencukupi untuk kegunaan kawasan terbabit.

Kerajaan Negeri berharap dengan menfailkan tuntutan tersebut, SYABAS akan sedar dan bertanggungjawab terhadap penjagaan peralatan di fasiliti-fasilitinya demi menjamin bekalan air yang sempurna dan berterusan kepada pengguna di masa-masa akan datang.
SYABAS tidak sepatutnya menjadikan rakyat sebagai “tebusan” dalam agenda “mereka cipta” krisis air di Selangor ekoran keengganan Kerajaan Negeri memberikan kelulusan projek pembinaan Loji Langat 2.

Kerajaan Negeri ingin tegaskan bahawa kegagalan pam beroperasi di rumah-rumah Pam dibawah kendalian seratus peratus SYABAS tidak ada kena mengena dengan pembinaan Loji Langat 2 seperti yang digembar gemburkan oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN.


Read More...

03 January 2013

Kerajaan Selangor Sedia Pelan Bantuan Gangguan Air

SHAH ALAM, 2 JAN : Kerajaan Negeri menyediakan pelan bantuan dengan meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor bersiap sedia bagi mengatasi gangguan bekalan air dibeberapa kawasan di negeri ini.

Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin, Kerajaan Negeri meminta Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk menghantar lori-lori tangki air ke kawasan terlibat di Bandar Tun Razak, Hulu Langat dan Ampang.


Sehingga kini, sebanyak tujuh lori tangki air dihantar oleh PBT-PBT di Selangor ke Wilayah Persekutuan khusus ke kawasan yang terjejas teruk akibat kegagalan Syabas menyelenggara rumah pam air dan membuat pemeriksaan berkala.

“Menteri Besar juga meminta Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Selangor untuk memantau pembekalan air di seluruh negeri dan Wilayah Persekutan Kuala Lumpur serta Putrajaya.

“Pelan bantuan juga disediakan termasuk menghantar lori-lori tangki air ke kawasan yang bermasalah,” katanya.

Gangguan bekalan air ini juga menurut Faekah membuktikan bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) tidak mampu untuk menguruskan pembekalan air kepada seluruh negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.

“Ini juga akibat projek penswastaan industri air yang tidak dilakukan secara berhemah oleh kerajaan BN Selangor.

“Konsesi air bukan diberikan kepada syarikat yang mampu dari segi pengalaman mengurus dan kemampuan kewangan tetapi atas dasar mahu mengkayakan kroni.

“Rakyat yang akhirnya menanggung beban, beban membayar harga yang tinggi dan risiko catuan air yang tidak menentu,” kata Faekah dalam kenyataan medianya.

Ujar beliau, ini menguatkan azam Kerajaan Negeri untuk terus mendesak Kerajaan Pusat melaksanakan tanggungjawab mereka di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).

Setakat ini, Kerajaan Pusat sengaja melambat-lambatkan proses penstrukturan semula industri air yang dicadangkan Kerajaan Negeri.

Jelas Faekah, gangguan bekalan air dijangka berlarutan dan menjejaskan lebih 100,000 akaun pengguna.


Read More...

08 August 2012

Rozali minta kerajaan Selangor hentikan fitnah terhadapnya..

PETALING JAYA - Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Tan Sri Rozali Ismail hari ini meminta kerajaan negeri Selangor menghentikan fitnah dan menuding jari kepada pihak lain termasuk dirinya, dalam isu air di negeri ini.

Katanya, kerajaan Selangor sepatutnya duduk semeja dengan kerajaan Persekutuan atau mana-mana pihak bagi menyelesaikan isu air di negeri ini demi kepentingan rakyat.


Syabas sedia duduk semeja dengan kerajaan negeri Selangor, kerajaan Persekutuan atau mana-mana pihak bagi memastikan isu air dapat diselesaikan.

"Syabas sentiasa mengambil berat terhadap rakyat Selangor dan sentiasa berusaha memastikan rakyat mendapat bekalan air secukupnya dengan menghantar air kepada penduduk yang terjejas, kita harap masalah ini dapat diselesaikan segera," katanya.

Rozali yang juga Presiden Majlis Perundingan Ekonomi Melayu (Mapem) dan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Selangor (DPMMS) berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Mapem dan DPMMS di sini, malam ini.

Rozali juga berharap orang ramai tidak terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan pihak yang tidak bertanggungjawab terhadapnya tanpa menyiasat dengan terperinci terlebih dahulu mengenai isu yang dibangkitkan.

"Saya harap semua pihak tidak 'menangguk di air keruh' tentang gaji saya yang dibayar Syabas kerana mahkamah sendiri telah tentukan Jun lepas bahawa itu semua fitnah kepada saya, juga Syabas.

"Pada bulan Ramadan ini, hentikanlah kata buruk. Penting bagi kesemua pihak tepikan sentimen politik mereka dan memikirkan tentang rakyat yang sedang terbeban dengan krisis air yang semakin meruncing," katanya.

Pada 6 Jun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee membayar RM200,000 kepada Syabas berhubung kenyataan memfitnah.- Bernama


Read More...

06 August 2012

Krisis Air Selangor - Muhyiddin Perlu Pilih Antara Rakyat Atau Kroni

KUALA LUMPUR 6 Ogos: Kerajaan Selangor memberi kata dua kepada kerajaan Persekutuan sama ada mahu menjaga kroni atau rakyat dalam isu air yang dijadikan modal Umno Barisan Nasional (BN) memburukkan negeri Pakatan Rakyat (PR).

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, usaha kerajaan untuk melaksanakan penyusunan semula industri air Selangor adalah sejajar dengan peraturan yang termaktub dalam Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA).

“Kalau Timbalan Perdana Menteri (TPM), Muhyiddin Yassin ingin rakyat Selangor mendapat kebaikan daripada penyusunan semula air, dia mesti meninggalkan rakannya iaitu Tan Sri Rozali dari Puncak Niaga.


“Ini pilihan yang ada kepada kerajaan Persekutuan. Sama ada bersama Pengerusi Puncak Niaga ataupun memilih bersama rakyat Selangor,” katanya kepada Keadilan Daily pada majlis berbuka puasa bersama media di Hotel Holiday Villa, Subang Jumaat lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok menegaskan, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Isu-isu Air Selangor, Muhyiddin pasti jelas mengenai penyusunan semula yang dipersetujui sejak 2008 antara kerajaan Pusat dan Syabas.

“Maklumat-maklumat itu kita dah ada. Saya sudah siap menyediakan surat kepada Timbalan Perdana Menteri untuk menunjukan proses perbincangan mengenai perkara ini.

“Saya rasa jawatankuasa yang baru ditubuhkan dan dipengerusikan Muhyiddin bersama Menteri Air (Peter Chin) dan Noh Omar tahu proses-proses ini,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=34040


Read More...

SYABAS akui tiada krisis air di S'gor

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pegawai Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) mempersetujui bahawa Selangor tidak mengalami krisis air dengan rizab kritikal dua peratus seperti yang didakwa syarikat itu sebelum ini.

Dalam satu wawancara dengan Malaysiakini, Abdul Khalid berkata pegawai tersebut mempersetujui demikian dalam satu taklimat kepada satu jawatankuasa menyemak yang bari dibentuk kerajaan negeri.

Abdul Khalid berkata, laporan awal jawatankuasa itu menyatakan bahawa 35 loji rawatan air di Selangor berkapasiti untuk mengeluarkan 4,960 juta liter air sehari (MLD), lebih 14 peratus atau 598 MLD daripada bekalan SYABAS setiap hari.


"Ya (mereka bersetuju dengan jumlah tersebut). Mereka berada di dalam bilik dalam mesyuarat yang sama.

“Hanya dua orang yang tidak hadir (dalam mesyuarat) – orang yang kita bayar RM400,000 sebulan dan ketua pegawai eksekutif Ruslan Hassan. Semua profesional tertinggi hadir," katanya yang merujuk dengan sinis kepada pengerusi eksekutif SYABAS Tan Sri Rozali Ismail.


Read More...

04 August 2012

Selangor Bakal Ambil Alih Semula 33 Loji Rawatan Air Dari Syabas

KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor dijangka bakal “mengambil alih semula” 33 daripada 34 loji rawatan air yang dimilikinya dan kini dikendalikan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Keputusan itu dibuat demi menjaga kepentingan rakyat Selangor memandangkan kegagalan Syabas dan Puncak Niaga menguruskan loji-loji berkenaan bagi membekalkan air yang mencukupi kepada rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Kerajaan negeri mengambil keputusan untuk ‘mengambil alih semula’ aset-aset tersebut bagi menjaga kepentingan rakyat Selangor kerana merasakan bahawa loji-loji yang dikendalikan oleh Syabas dan Puncak Niaga didapati tidak beroperasi secara memuaskan bagi membekalkan air secukupnya kepada rakyat Selangor, KL dan Putrajaya,” kata exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar, dalam satu kenyataan hari ini.


Jelas Adun Sri Andalas itu lagi, pendedahan yang dibuat oleh Adun Pandamaran, Ronnie Liu, bahawa Syabas tidak menyelenggara rumah pam dan kelengkapan tangki air menjadi bukti kukuh punca berlakunya krisis bekalan air berlaku di sesetengah kawasan di Selangor.

“Lawatan exco kerajaan negeri Ronnie Liu, baru-baru ini mendedahkan bahawa Syabas gagal menyelenggara dengan baik pam-pam air, peralatan dan kelengkapan serta tahap kawalan keselamatan aset tangki air dan loji rawatan air milik kerajaan negeri yang menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air di beberapa tempat,” tambahnya.

Selain itu, Jayakumar turut mempersoalkan tindakan Pusat yang berkeras untuk meneruskan pembinaan Loji Langat 2.

“Kita kurang pasti bagaimana Kerajaan Pusat berkeras untuk meneruskan pembinaan loji Langat 2 dan dilaporkan akan memanggil tender terbuka bulan depan.

Xavier Jayakumar: Peguam Negara “campurtangan” dalam isu ini. — Foto fail Saw Siow Feng
“Kita difahamkan bahawa Peguam Negara (AG) turut diseret untuk ‘campurtangan’ dalam isu ini, dan kurang pasti samada pemimpin-pemimpin Pusat memahami dan menghayati konsep dan moral sistem ‘Federalisme’ yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan,” tambahnya lagi.

Beliau turut menjelaskan, “hak terhadap sumber air, hutan, batuan dan galian dan hal ehwal melibatkan tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri”.

“Rakyat akan melihat bahawa sebarang ‘pengambilan tanah milik sesebuah negeri dalam Persekutuan secara paksaan’ akan dianggap ‘menceroboh dan menakluki’ hakmilik kedaulatan kerajaan Kebawah Duli Tuanku Sultan Selangor Darul Ehsan.

“Rasanya rakyat Selangor tidak akan berdiam diri,” tegasnya lagi.

Syabas dan syarikat utamanya Puncak Niaga menimbulkan persoalan sama ada krisis air ini telah “direka” untuk mempercepatkan projek pembinaan loji rawatan Langat 2 yang bernilai RM3.6 bilion di mana Puncak Niaga dikatakan akan beroperasi di situ.

Sementara itu, kerajaan negeri, syarikat konsesi air dan juga kerajaan Persekutuan terus-terusan menuduh antara satu sama lain berkenaan isu bekalan air, dan perang mulut ini menyebabkan rakyat Selangor dan Kuala Lumpur semakin risau tentang bekalan air mereka yang menyebabkan isu ini boleh dijadikan isu pilihan raya tentang siapa yang bertanggungjawab jika sekiranya berlaku kekurangan bekalan air.

Pada 16 Julai, Selangor mengumumkan ia akan mengambil alih operasi Syabas untuk mengelakkan kejadian krisis air yang direka dan telah diterangkan oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai “mencurigakan”.

Khalid juga berkata laporan awal audit mengatakan Syabas tidak menguruskan kewangan mereka dengan baik.

Khalid berkata, tindakan mahkamah mungkin diambil sekiranya Putrajaya enggan membenarkan pemintaan kerajaan negeri kerana enggan menyelesaikan masalah bekalan air.

Pada 14 Julai, Syabas membentangkan kepada Suruhanjaya Pembekalan Air Nasional (SPAN) cadangan untuk mencatu air, dan pelan ini berlaku di Lembah Kelang, khususnya Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang.

Dalam laporan yang terdapat dalam laman webnya, Syabas merekodkan pada 5 Julai, permintaan purata air ialah 4,324.79 juta air sehari (MLD) dengan air bersih yang disimpan sekadar 46.21 MLD atau 1.6 peratus – jauh dari paras yang dimahukan iaitu 20 peratus.

Syarikat bekalan air juga itu berkata catuan air diperlukan kerana kekurangan air, pencemaran sungai serta kerja pembaikan di loji-loji syarikat.


Read More...

27 July 2012

SUK Selangor: Dakwaan Krisis Air TIDAK BENAR

SHAH ALAM – Masalah kekurangan bekalan air bersih di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak berlaku seperti yang digambarkan beberapa pihak sebelum ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi berkata, hasil pemantauan Jawatankuasa Pemantauan Air mendapati hanya beberapa kawasan di Cheras manakala tempat lain tidak mengalami gangguan bekalan air.


“Makluman daripada empat mesyuarat yang dijalankan bersama Syabas dan semua pihak terlibat, daripada maklumat, jumlah dan data yang diperoleh daripada Syabas dan semakan di loji-loji berkenaan kita dapati masalah yang dikatakan sebenarnya tidak berlaku sebagaimana yang didakwa.

“Cuma kami dapati hanya beberapa tempat di Cheras yang menerima bekalan air dari Loji Sungai Langat mengalami masalah kekurangan bekalan air,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, semalam.


Read More...

25 July 2012

Air terawat: Fakta Syabas tidak tepat

Menurut laporan Jawatankuasa Pemantauan Air, kapasiti rizab pengeluaran sebenar air terawat adalah pada paras 11 peratus.

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor mendapati fakta peratusan rizab air terawat sebanyak dua peratus yang dilaporkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) adalah tidak tepat.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, menurut laporan Jawatankuasa Pemantauan Air, kapasiti rizab pengeluaran sebenar air terawat adalah pada paras 11 peratus.


Malah katanya kapasiti rizab pengeluaran air terawat itu akan meningkat kepada 18 peratus selepas Mac 2013 apabila projek mitigasi siap sepenuhnya.

“Ekoran penemuan Jawatankuasa Pemantauan Air bermula 18 Julai lalu itu turut mendapati keupayaan pengeluaran kesemua 34 loji ialah 4,807 juta liter sehari berbanding keupayaan agihan Syabas 4,371 juta liter sehari, lebihan sebanyak 436 juta liter sehari.

“Ini bermakna Syabas beroperasi di bawah keupayaan sebenar dan bukan pada tahap optimum,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini hari ini.

Projek mitigasi I

“Projek Mitigasi I yang dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2013 akan meningkatkan kapasiti pengeluaran air terawat kepada 5,139 juta liter sehari, penambahan sebanyak 332 juta liter sehari atau 768 juta liter sehari berbanding keupayaan agihan Syabas.

“Oleh sebab kegagalan Syabas itu, kerajaan Selangor kini telah selesai dalam persediaan dokumen untuk tujuan pengambilalihan pengurusan syarikat konsesi air itu,” kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok.

Dalam pada itu kerajaan Selangor turut memutuskan agar sebarang urusan berkaitan projek pembinaan loji air Langat 2 perlu di bawa terus kepada pejabat Menteri Besar.

“Ini termasuk agensi-agensi kerajaan negeri yang berkaitan. Tender untuk projek Langat 2 boleh dibuat tapi ia perlu melalui saya untuk kelulusan,” ujar Abdul Khalid.

Agensi-agensi kerajaan negeri dimaksudkan termasuklah Pejabat Tanah dan Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Perhutanan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Lembaga Urus Air Selangor dan Jabatan Alam Sekitar.

Ketika ditanya berhubung kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa kerajaan pusat akan meneruskan projek Langat 2, beliau berkata perkara itu belum dimuktamadkan oleh Pusat.

“Oleh itu, kita akan bergerak setapak demi setapak dengan usaha untuk mengambil alih pengurusan Syabas,” ujar beliau.

freemalaysiatoday.com/


Read More...

George Kent juga akan bida untuk projek Langat 2?

George Kent Bhd, syarikat yang dikaitkan dengan projek sambungan LRT Ampang, mungkin akan menyertai bidaan untuk projek rawatan air loji Langat 2 bersama kumpulan pembina infrastruktur terkemuka Gamuda Bhd dan Loh & Loh Corporation Bhd.

George Kent, menurut Star Biz, mempunyai pengalaman untuk menjalankan projek saluran air mentah Pahang-Selangor.

Laporan yang memetik sumber itu berkata, Gamuda telah menyatakan minat untuk membida projek tersebut, tetapi mungkin tidak akan berbuat demikian kerana telah mendapat projek My Rapid Transit dan turut mensasarkan projek pembinaan MRT2 dan MRT3.


Sumber berkenaan berpendapatan bahawa loji rawatan Langat 2 perlu dibina serentak dengan infrastruktu saluran air mentah Pahang-Selangor, untuk membolehkan penyaluran air sebaik struktur itu disiapkan.

Star Biz juga melihat isu tanah mungkin menjadi masalah kepada Langat 2 memandangkan kerajaan Pakatan Rakyat Seangor boleh menggunakan tanah bagi projek tersebut untuk menangguhkan arahan pembangunan.

http://www.malaysiakini.com/news/204583


Read More...

24 July 2012

Kos Projek Langat 2 Terlalu Mahal Untuk Ditanggung Rakyat Selangor

Tiada air percuma jika laksana Langat 2

SHAH ALAM: Exco kerajaan negeri Selangor mendakwa, rakyat Selangor bakal hilang hak air percuma sekiranya projek Langat 2 diteruskan.

Ini kerana kos pembinaannya terlalu tinggi dan bakal dibebankan kepada pengguna selepas ini, kata Dr Dr. Xavier Jayakumar (gambar) dalam kenyataannya.

Dr. Xavier memberikan tujuh sebab penting mengenai projek Langat 2 iaitu:-


1) Kos penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor dan Pembinaan Loji Langat 2 adalah bernilai RM8.65 Bilion.

2) Walaupun dana keseluruhannya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan tetapi sumber dana tersebut diperolehi dari pinjaman dari Japan International Cooperation Agency (J.I.C.A) dari Negara Jepun.

3) Bagi membayar bagi kos projek, kerajaan Pusat (melalui pembekal dan pengedar air tunggalnya, iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) tiada pilihan lagi melainkan mengenakan kadar tariff (harga air) yang tinggi kepada pengguna iaitu rakyat Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.
(Kita menjangkakan bahawa harga akan akan meningkat sehingga 70% selepas Loji Langat 2 siap sepenuhnya dijangka pada tahun 2014)

4) Sekiranya kenaikan air tersebut berlaku dimana rasionalnya untuk memberikan 20 meter padu Air Percuma kepada rakyat Selangor dan pengguna-pengguna yang lain.

5) Harus juga diingat bahawa Syabas adalah sebuah syarikat korporat swasta yang berorientasi ‘keuntungan’ (Profit making company) dan kita tidak nampak Syabas mampu mengorbankan keuntungannya bagi tujuan tersebut.

6) Syabas juga dilaporkan menanggung hutang bernilai RM2.8 bilion kepada operator loji rawatan air dan dalam keadaan kewangannya yang meruncing ini maka adalah sukar untuk Syabas memberikan Air Percuma.

7) Harus diingat bahawa rekod kami menunjukkan bahawa kerajaan Negeri membelanjakan RM144 juta setahun bagi pemberian 20 meter padu Air Percuma kepada Rakyat Selangor .

Beliau mengulas kenyataan Datuk Noh Omar, Menteri Pertanian Asas Tani merangkap Timbalan Pengerusi UMNO Selangor yang mengatakan bahawa rakyat Selangor akan terus diberikan air percuma sekiranya Barisan Nasional berjaya merampas Selangor dalam PRU 13 yang akan datang.

"Saya ingin menegaskan bahawa kenyataan Noh Omar itu tidak berasas dan merupakan retorik politik," katanya.

Berdasarkan fakta-fakta di atas, katanya, jelaslah Noh Omar hanya bercakap kosong, sekadar menabur gula-gula politik bagi mengaburi mata rakyat Selangor

- Harakahdaily


Read More...

23 July 2012

Krisis Air Selangor - Ada Pemimpin Pas Yang Jadi Gunting Dalam Lipatan?

Kalau Syabas terus tindas rakyat, tak mustahil rakyat akan berhimpun seperti perhimpunan Bersih. Pada waktu itu, mahukah beberapa pemimpin PAS yg mendapat habuan dari Tan Sri Rozali Ismail sama2 dgn rakyat berdemonstrasi menentang penindasan Syabas?

https://www.facebook.com/penarikbeca15

Read More...

Krisis Air Selangor - Catu Air Adalah Perbuatan Yang Amat Zalim

Apakah Sufian Makinuddin tidak menjumpai 'anasir jahat' dalam isu mencatu air yang mencukupi di Selangor?

Perlu diketahui bahawa air adalah survival rakyat. Ia sangat penting demi untuk hidup dan mati rakyat. Menjadikan air keperluan rakyat sebagai mainan politik murahan untuk menghasut rakyat menyusahkan kerajaan pilihan rakyat demi kepentingan keuntungan peribadi dan kroni parti pemerintah adalah perbuatan zalim.

Lebih zalim dan kejam malah penipuan yang tidak wajar dimaafkan apabila pihak yang diamanahkah menyediakan air terawat bertindak mencatu keperluan air yang terbukti cukup dan banyak. Keperluan air terbukti mencukupi apabila Timbalan Perdana Menteri mengumumkan keperluan air tidak perlu dicatu di Selangor, WP dan Putrajaya. Penipu ini membahayakan keselamatan negara!


Perbuatan zalim ini (mencatu air yang sebenarnya cukup) sangat mengancam keselamatan negara. Maka itu, tidakkah perangai zalim yang cuba menyusahkan hidup rakyat ini adalah akibat daripada mungkin 'diresapi' perangai komunis atau pengganas?

Siapakah sebenarnya yang diresapi perangai jahat komunis atau pengganas sekarang?

Inilah yang sebenarnya antara yang perlu disiasat dan didedahkan oleh Sufian Makinuddin kepada umum bukan merapu dan merepek tanpa bukti macam pak pandir!

http://garamlada.blogspot.com/2012/07/apakah-sufian-makinuddin-tidak.html



Read More...

Projek Langat 2 Adalah Projek Tipu - Ronnie Liu

Mengulas mengenai loji Langat 2 yang giat dilobi oleh kerajaan persekutuan pula, Liu berkata projek itu tidak munasabah memandangkan kesemua 33 loji rawatan air di Selangor mempunyai bekalan air yang mencukupi.

Katanya, sehingga 2015, tambahan air boleh dilakukan sehingga 621 mld.

''Jangan risau mengenai air kerana air sudah cukup. Projek Langat itu tipu. Tak perlu. Apa guna Langat bagi air yang mentah dari Pahang.


"Kita sudah cukup air. Ini (Langat 2) adalah skim untuk mendapatkan dana politik. Tak ada kekurangan air mentah. Mana-mana empangan yang kita pergi, penuh. Ini belum lagi kita pergi air yang berada di bawah tanah," katanya lagi.

Jumlah RM225 juta itu adalah daripada nilai tender yang akan dibuka untuk Projek Mitigasi 2 yang bertujuan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran air terawat di Selangor.
Keputusan tersebut adalah hasil penelitian dan penyiasatan selama tiga hari yang dibuat oleh Jawatankuasa Pemantau SYABAS.

Kerajaan Selangor sebelum ini juga mengemukakan cadangan kepada lembaga pengarah SYABAS supaya memecat Rozali dan Ruslan, antara lainnya kerana didakwa tidak hadir memberikan penjelasan kepada jawatakuasa pemantauan tersebut.

http://www.malaysiakini.com/news/204412


Read More...

22 July 2012

AMK Akan Anjur Demo Bantah Syabas

SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor merancang mengadakan demonstrasi membantah kegagalan konsesi air negeri ini, Isnin depan.

Ketuanya, Azmizam Zaman Huri berkata, mereka akan menyerahkan memorandum membantah cadangan pencatuan air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan mendesak Kerajaan Negeri mengambil alih operasinya.

Demonstrasi itu akan diadakan di Wisma Rozali, Seksyen 13 pada jam 12 tengah hari

sinarharian

Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas