Hakim penyiasatan Perancis yang mendengar kes Scorpene di Paris telah memutuskan bahawa pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu ada berkait rapat dengan penglibatan kerajaan Malaysia dalam pembelian dua kapal selam dari DCNS. Mereka mahu menyiasat penglibatannya dalam perkara ini dalam usaha mendapatkan maklumat mengenai dakwaan rasuah yang dibangkitkan terhadap DCNS.
Hakim penyiasatan Perancis telah meminta rekod perbicaraan pembunuhan Altantuya dan mungkin akan datang ke Malaysia, di mana dia telah dibunuh, jika mereka menganggapnya perlu untuk berbuat demikian, jelas Apoline Cagnat, salah seorang peguam Perancis yang bertindak bagi pihak kumpulan aktivis Malaysia SUARAM.
Cagnat mendedahkan maklumat ini kepada Ahli Parlimen Malaysia pada hari Selasa dalam taklimat yang terpaksa diadakan di Singapura. Pasukan undang-undang SUARAM telah dijemput oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi taklimat di Parlimen Malaysia tetapi mereka tidak dibenarkan berbuat demikian oleh pentadbiran Najib.
Ironi
Pemimpin Malaysia yang berusia 59 tahun dan isterinya Rosmah Mansor telah dituduh terlibat dalam pembunuhan Altantuya, di mana 2 bekas pengawal peribadi

mereka telah dihukum gantung kerana membunuh. Selain daripada itu, dakwaan menerima sejumlah 115 juta euro (RM570 juta) dalam bentuk sogokan haram dari DCNS bagi bersetuju untuk membeli kapal selam adalah sebab utama SUARAM membawa DCNS ke muka pengadilan.
"Kami mendapati taklimat itu sangat berguna dan ia benar-benar menangkis propaganda yang cuba disebarkan oleh Umno dan Najib - bahawa perbicaraan
Scorpene di Paris adalah satu rekaan yang kompleks oleh pihak pembangkang," kata Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah memberitahu Malaysia Chronicle.
"Malah, maklumat terkini yang diberikan oleh peguam Perancis semalam menunjukkan bahawa Najib kini dalam keadaan yang sangat tidak menentu. Pertama, dia berada di atas senarai saksi utama dan jika dia enggan bekerjasama, dia boleh ditangkap jika berada di Eropah. Kedua, dan merupakan perkembangan yang terpenting adalah keputusan terbaru hakim siasatan atas kes Altantuya. Mereka tidak akan menyiasat pembunuhannya itu secara langsung tetapi ironinya ia mungkin bakal memberi jawapan kepada persoalan yang berada diminda semua rakyat Malaysia iaitu siapakah yang mengarahkan pengawal peribadi untuk membunuh Altantuya - akhirnya ia bakal terjawab di mahkamah Paris dan bukannya di Malaysia ".
3 kali pembayaran
Cagnat juga memberitahu penggubal undang-undang Malaysia bahawa hakim penyiasatan telah meneliti 3 pembayaran. Yang pertama adalah bayaran sebanyak 115 juta euro kepada Perimekar, sebuah firma yang dikawal oleh Razak Baginda teman akrab Najib yang juga berada dalam senarai saksi utama; kedua, pembayaran sebanyak 2.5 juta euro yang dipercayai menjadi "wang yang digubah" di Malta; dan ketiga, pembayaran sejumlah 36 juta euro kepada Terasasi, sebuah firma yang diterajui bapa Baginda.
Altantuya merupakan seorang wanita Mongolia cantik yang berusia 28 tahun. Dia datang ke Malaysia pada tahun 2006 untuk menuntut haknya daripada sejumlah komisyen yang diberi DCNS. Dia tidak pernah meninggalkan negara kita dan rekod imigresen Malaysia terhadapnya dengan misterinya telah dipadam, menunjukkan campurtangan di peringkat tertinggi.
Walau bagaimanapun, desas-desus mengatakan bahawa dia merupakan kekasih Najib dan kedua-dua Najib dan Baginda pernah pergi ke luar negara untuk berunding dengan DCNS. Dia dipercayai telah dibunuh kerana mengugut untuk mendedahkan mereka serta membongkar kegiatan rasuah dalam pembelian Scorpene.
Dua bekas pengawal peribadi Najib, Azilah Hadri dan Sirul Umar telah dihukum gantung pada tahun 2009 kerana membunuh selepas perbicaraan yang dibocorkan pegawai kedutaan AS dalam WikiLeaks mengambarkan ia sebagai perbicaraan yang meragukan. Kedua-duanya kini menunggu hukuman dijalankan, dengan rayuan mereka berkali-kali ditangguhkan oleh pihak berkuasa.
Mahkamah Malaysia tidak peduli dakwaan memeranjatkan Sirul
Baginda, yang telah mengaku sebagai kekasih Altantuya, telah dibebaskan deng
an kontroversinya dan sejak itu melarikan diri ke luar negara dari perhatian media. Najib dan Rosmah telah berulangkali menafikan bahawa mereka kenal akan Altantuya. Menteri Pertahanan sekarang, Zahid Hamidi juga telah menafikan pembunuhan Altantuya ada kaitan dengan pembelian Scorpene.
Walau bagaimanapun, salah seorang pengawal peribadi itu, Sirul, telah berkata dalam satu kenyataan bahawa dia dibayar RM100,000 untuk membunuh Altantuya. Walau bagaimanapun, dakwaan mengejutkan ini telah diabaikan oleh mahkamah Malaysia, yang enggan memerintahkan polis untuk memeriksa dengan lebih lanjut dakwaan Sirul.
SUARAM telah beberapa tahun cuba untuk mendedahkan perjanjian Scorpene, dengan mendakwa ia jauh melebihi harga sepatutnya dan merupakan sesuatu yang tidak perlu. Dakwaan rasuah terhadap Najib telah diabaikan oleh pihak berkuasa, memaksa organisasi hak asasi manusia itu untuk memfailkan aduan di Paris pada tahun 2010 terhadap DCNS. Ia adalah menyalahi undang-undang di Perancis untuk membayar sogokan haram bagi mendapatkan kontrak dan jika didapati bersalah, DCNS mungkin perlu membayar pampasan kepada rakyat Malaysia. Melalui perbicaraan di Paris, SUARAM juga berharap ia sebagai desakan kepada pihak berkuasa Malaysia untuk akhirnya mengadakan siasatan yang telus ke atas skandal itu.
Dipetik dari - Malaysia Chronicle
Read More...
Summary only...
SINGAPURA 27 NOV: Kes pembunuhan Altantuya Shariibuu yang diletup menggunakan bahan letupan C4 pada 2006 hampir pasti diteliti oleh Hakim Siasatan di Mahkamah Perancis bagi merungkai skandal Scorpene.
Apoline Cagnat, peguam Perancis yang juga rakan sejawat kepada William Bourdon, berkata Hakim Siasatan pasti tidak akan meninggalkan bahagian sepenting itu kerana ia mungkin ‘kunci’ kepada kes Scorpene di Malaysia.
“Mungkin itu kuncinya. Ia pastinya agak sukar kerana dua orang sudah dijatuhi hukuman mati melalui sistem kehakiman di Malaysia. Tapi, ia bahagian penting, tentu rekod itu akan disiasat,” katanya.
Bagaimanapun, Apoline kemudian menyatakan, penelitian itu bukan untuk menyiasat kejadian pembunuhan sebaliknya meneliti peranan Altantuya dan pihak lain dalam skandal Scorpene.
Beliau berkata demikian pada memberi taklimat kepada sekumpulan ahli parlimen Malaysia dari Pakatan Rakyat dan pengamal media di Hotel Changi, Singapura tengah hari ini.
Taklimat berkenaan sepatutnya dijalankan di Parlimen Malaysia tetapi dihalang Speaker Dewan Rakyat tanpa sebarang alasan munasabah.

Apoline terlibat dalam siasatan kes skandal Scorpene di Karachi, Pakistan yang dikaitkan dengan beberapa pembunuhan jurutera Perancis.
Sementara itu, Keadilan Daily mendapati Apoline menyebut ‘Najib Razak’ sebanyak dua kali termasuk menyatakan Perdana Menteri itu adalah antara nama yang diberi tumpuan dalam tujuh senarai saksi yang diberi Suaram.
Najib adalah antara tujuh individu yang dicadang Suaram sebagai saksi dalam kes berkenaan, selain Razak Baginda.
Menjawab soalan media, Apoline berkata, beberapa saksi akan disapina dalam masa terdekat.
(Laporan lanjut menyusul)
Dipetik dari : http://www.keadilandaily.com/
Read More...
Summary only...
KUALA LUMPUR 27 November: Taklimat Scorpene oleh peguam Perancis sedang berlangsung sekarang di sebuah hotel di Singapura.
Taklimat yang bermula 12 tengahari tadi dimulakan dengan penerangan awal oleh Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel.
Taklimat itu disampaikan kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan peguam Suaram.
Antara Ahli Parlimen yang hadir adalah Tian Chua (KEADILAN-Batu), Mohd Hatta Ramli (PAS- Kuala Krai) Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara).
Apoline Cagnate, rakan kongsi dari firma peguam Perancis, William Bourdon itu dijangka memberi taklimat sebentar lagi.
Taklimat yang sepatutnya diadakan di Parlimen Malaysia Khamis lalu tetapi ditunda ekoran masalah kebenaran memasuki Malaysia.
Ia terpaksa diubah ke Singapura berikutan halangan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Mengikut jadual asal, William dan seorang lagi peguam Perancis, Joseph Breham yang sepatutnya memberi maklumat terperinci mengenai perbicaraan Scorpene di Mahkamah Perancis.
Pada Julai 2011, kerajaan bertindak menghantar pulang William ketika tiba di KLIA untuk memberi taklimat pada majlis makan malam Suaram di Petaling Jaya.
Kapal selam Scorpene yang dibeli dari DCNS di Perancis – melibatkan komisen lebih RM500 juta dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, syarikat milik rakan baik Perdana Menteri – Abdul Razak Baginda.
Skandal ini dikatakan turut berhubung kait dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang dibunuh mengguna bom C4 pada 2006.
Hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire kini sedang meneruskan siasatan terhadap kes berkenaan di Mahkamah Tribunal deGrande Instance Perancis.
Tujuh saksi dinamakan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, Abdul Razak Baginda, isteri Razak, Mazlinda Makhzan, pembantu kanan beliau, Jasbir Singh Chahl serta Ahli Perniagaan, Lodin Wok Kamaruddin.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40165
Read More...
Summary only...
KUALA LUMPUR 26 November: Taklimat Scorpene yang dijadual berlangsung di Parlimen Malaysia ditukar di Singapura esok, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.
Katanya, keputusan itu dibuat berikutan permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan taklimat tersebut ditolak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Ekoran itu, sesi taklimat tersebut akan diadakan di Hotel Changi Village selama dua jam bermula 12 tengahari oleh Apoline Cagnate, rakan kongsi dari firma peguam Perancis, William Bourdon.
“Hari ini pejabat Ketua Pembangkang terima surat rasmi dari Speaker yang beri jawapan negatif (berhubung permohonan taklimat).
“Antara sebab yang diberi Speaker adalah bantahan dari Ahli Parlimen BN dengan alasan menjaga kedaulatan dan nama baik institusi Parlimen,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
“Surat rasmi yang dihantar kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein bagi meminta jaminan peguam boleh masuk ke Malaysia juga sampai hari ini tidak dijawab,” kesalnya.
Justeru, beliau menjemput semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat termasuk dari BN serta pihak media untuk hadir sama.
“Bagi yang tak dapat hadir, boleh tanya soalan melalui laman twitter dan facebook. Kami juga akan usahakan supaya taklimat boleh disiarkan secara langsung melalui internet,” kata Ahli Parlimen Batu itu.
Turut hadir sidang media, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Perkara tersebut turut disahkan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel.
“Ya, taklimat tersebut akan diadakan di Singapura esok,” katanya kepada Keadilan Daily.
Mengikut jadual, William dan seorang lagi peguam Perancis, Joseph Breham akan memberi maklumat terperinci mengenai perbicaraan Scorpene di Mahkamah Perancis.
Khamis lalu, Sivarasa memberitahu, taklimat yang sepatutnya diadakan pada Khamis lalu ditunda dan dijadual berlangsung di bilik taklimat, bangunan Parlimen esok.
Surat jemputan rasmi kepada mereka diserahkan Anwar pada 7 November lalu.
Sebelum ini, Hishammuddin menyatakan peguam terbabit akan ditahan jika hadir ke Malaysia dan meminta mana-mana pihak tidak mempolitikkan ‘keputusan yang dibuat’.
Pada Julai tahun lalu, kerajaan bertindak menghantar pulang William ketika tiba di KLIA untuk memberi taklimat pada majlis makan malam Suaram di Petaling Jaya.
Kapal selam Scorpene yang dibeli dari DCNS di Perancis – melibatkan komisen lebih RM500 juta dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, syarikat milik rakan baik Perdana Menteri – Abdul Razak Baginda.
Skandal ini dikatakan turut berhubung kait dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang dibunuh mengguna bom C4 dari Kementerian Pertahanan pada 2006.
Hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire kini sedang meneruskan siasatan terhadap kes berkenaan di Mahkamah Tribunal deGrande Instance Perancis.
Tujuh saksi dinamakan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, Abdul Razak Baginda, isteri Razak, Mazlinda Makhzan, pembantu kanan beliau, Jasbir Singh Chahl serta Ahli Perniagaan, Lodin Wok Kamaruddin.
Dipetik dari - http://www.keadilandaily.com/peguam-perancis-beri-taklimat-scorpene-di-singapura-esok/
Read More...
Summary only...
KUALA LUMPUR 22 November: Taklimat Scorpene yang dijadual berlangsung di Dewan Rakyat hari ini ditunda ke minggu depan berikutan permintaan oleh kedua-dua peguam Perancis – William Bourdan dan Joseph Breham.
Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah berkata, penangguhan itu dibuat kerana alasan peribadi peguam terbabit.
“Kita akan umumkan tarikh dan masa tersebut pada Isnin depan. Bagaimanapun taklimat itu tetap akan diteruskan di Parlimen minggu depan,” katanya kepada Keadilan Daily.
Jelas Ahli Parlimen Subang itu, pihaknya masih berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri berhubung status kemasukan mereka.
“Surat rasmi mengenai perkara itu sudah dihantar kepada Menteri Dalam Negeri bagi meminta sekatan tidak dilakukan terhadap kedua-dua peguam itu.
“Buat masa ini, belum ada jawapan secara bertulis sama ada kerajaan membenarkan kemasukan peguam tersebut atau sebaliknya dan kita masih tunggu,” katanya.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan peguam terbabit akan ditahan jika hadir ke Malaysia dan meminta mana-mana pihak tidak mempolitikkan ‘keputusan yang dibuat’.
Beliau juga menyerahkan kepada pihak Imigresen sama ada membenarkan atau tidak kemasukan peguam terbabit.
William dan Breham dijadual memberi maklumat terperinci mengenai perbicaraan Scorpene di Mahkamah Perancis di hadapan Ahli Parlimen Malaysia.
Surat jemputan rasmi kepada mereka diserahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 November 2012.
Pada Julai 2011, kerajaan bertindak menghantar pulang William ketika tiba di KLIA untuk memberi taklimat pada majlis makan malam Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di Petaling Jaya.
Kapal selam Scorpene yang dibeli dari DCNS di Perancis – melibatkan komisen lebih RM500 juta dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, syarikat milik rakan baik Perdana Menteri – Abdul Razak Baginda.
Skandal ini dikatakan turut berhubung kait dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang dibunuh mengguna bom C4 dari Kementerian Pertahanan pada 2006.
Kedua-dua hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire kini sedang meneruskan siasatan terhadap kes berkenaan di Mahkamah Tribunal deGrande Instance Perancis.
Tujuh saksi dinamakan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, Abdul Razak Baginda, isteri Razak, Mazlinda Makhzan, pembantu kanan beliau, Jasbir Singh Chahl serta Ahli Perniagaan, Lodin Wok Kamaruddin.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=39911
Read More...
Summary only...
'Rendah martabat Parlimen jika jemput peguam Suaram'
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Latiff Ahmad berkata tindakan menjemput peguam yang mewakili NGO hak asasi Suaram untuk memberi taklimat kepada MP "menjatuhkan maruah" Parlimen.
Katanya, dua peguam yang mewakili Suaram itu juga cuba menjadi hero dan mahu martabat mereka diangkat di Parlimen Malaysia.
"Rendah martabat Parlimen kalau kita jemput mereka... Siapa mereka?," soalnya yang menjelaskan bahawa Malaysia terbuka sekiranya taklimat dijalankan di antara kerajaan dengan kerajaan dan bukannya daripada peguam Suaram.
Beliau turut menggelarkan salah seorang peguam tersebut dengan nama "William Bodoh" – merujuk kepada peguam William Bourdon. Seorang lagi peguam Perancis itu ialah Joseph Breham.
Dalam ucapannya ketika menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa untuk belanjawan kementerian itu, Abdul Latiff juga berkata Malaysia terbuka sekiranya majistret Perancis melawat Malaysia.
Namun, majistret berkenaan tidak mempunyai locus standi dan perlu bekerjasama dengan jabatan kehakiman, katanya lagi.
Ahmad Latiff menjawab soalan yang dikemukakan Tian Chua (PKR-Batu) yang bertanya sekiranya kerajaan akan membenarkan peguam Suaram memberi taklimat kepada MP dan juga untuk memberi penjelasan bagi pihak Putrajaya.
Peguam berkenaan dijadualkan untuk memberi taklimat MP berhubung isu berkenaan semalam, namun acara itu dibatalkan memandangkan Kementerian Dalam Negeri tidak dapat memberi jaminan berhubung kunjungan mereka ke negara ini.
Bourdon diusir daripada Malaysia pada tahun lalu, atas dakwaan menyalahgunakan pas lawatannya dengan berucap di satu majlis anjuran Suaram.
Timbalan menteri itu berkata, mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab, termasuk Perancis, akan mengusir mereka kerana mendedahkan segala rahsia siasatan.
Read More...
Summary only...
Rakyat perlu diberikan sepenuh pengetahuan dan fakta tentang isu pembelian kapal selam Scorpene yang tidak habis-habis diperkatakan sekarang ini. Isu ini wajar diberikan perhatian oleh kerajaan dan ‘law-makers’ negara kerana ini merupakan satu skandal yang teramat besar yang melibatkan wang rakyat. Ia juga hampir sama besar dengan skandal PKFZ yang melibatkan pimpinan BN dan berkaitan dengan beberapa Menteri dalam pentadbiran Dr Mahathir dan Abdullah Badawi.
Ia berkaitan dengan pemimpin-pemimpin kerajaan dan oleh kerana ia melibatkan pihak yang berkuasa, ia amat susah untuk ditampilkan dengan setelus-telusnya kepada penghakiman rakyat. Saya mengajak seluruh rakyat yang berbilang kaum di negara ini untuk memberikan perhatian serius dan mengamati dengan sesungguh-sungguhnya isu-isu ini kerana rakyat sudah tidak tertanggung lagi kelakuan pihak-pihak yang begitu jahil dan tidak menganggap mengambil rasuah sebagai satu jenayah yang terlalu besar ini.
Mesti ada pihak yang terlibat. Ia tidak boleh dinafikan dengan alasan tiada bukti kukuh dan sebagainya. Kita juga mahukan bukti yang wang itu tidak dibelanjakan seperti yang dituduh jika alasan tiada bukti itu menjadi alasan untuk menutup kes-kes seperti ini. Kita tidak mahu berlaku seperti kes PKFZ yang sedang dalam penghakiman mahkamah dengan alasan tiada kes penipuan seperti yang disebut oleh Dr Mahathir tetapi pihak defendant (kerajaan) wajar juga membuktikan yang wang sejumlah yang disebut dalam isu ini tidak dibelanjakan. Kita tidak mahu mendengar dan menerima yang tiada kes seperti yang dituduh tetapi wang yang begitu besar telah dibelanjakan.
Pada 22hb Nov ini, dua orang peguam Perancis akan tiba di Parlimen Malaysia untuk memberikan taklimat kepada Parlimen Malaysia di atas jemputan Ketua Pembangkang Malaysia, Saudara Anwar Ibrahim. Ahli Parlimen Subang, Sivarasa, telah mengesahkan yang William Bourdon dan Joseph Breman akan datang ke Malaysia untuk memberikan taklimat kepada Parlimen Malaysia.
Rakyat mesti memberikan perhatian tentang isu sebesar ini. Kita berharap tidak akan ada halangan-halangan yang akan dibuat oleh pihak berkuasa kerajaan dan Parlimen kerana jika tidak ada elemen-elemen rasuah seperti yang dituduh oleh sesetengah pihak itu, tidak ada sebab ada pihak yang takut dan cuba menghalang kedua-dua peguam ini untuk datang dan memberikan taklimat kepada rakyat Malaysia melalui wakil-wakil mereka di Parlimen.
Kalau pihak yang dikaitkan dengan isu ini benar-benar tidak bersalah, tidak ada sebab taklimat dua peguam ini kepada rakyat Malaysia ditolak dan dihalang untuk memberikan taklimat ini dengan semudah-mudahnya. Malahan pihak berkuasa, seperti Najib sendiri, mesti memberi segala kerjasama kerana beliau boleh memberikan keyakinan kepada pihak-pihak yang menuduh beliau terlibat itu mendapat kebenaran yang beliau adalah sebersih-bersih pemimpin yang tidak langsung terbabit dengan isu rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene ini.
Kita akan lihat, jika ada usaha pihak Parlimen dan kerajaan untuk menghalang kehadiran kedua-dua peguam ini maka sekali gus rakyat akan yakin yang Najib serta mereka yang menuduh itu ada kebenarannya.
Ketua pembangkang telah menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri, Hishamudin untuk meminta kepastian yang kemasukan kedua-dua peguam ini ke Malaysia tidak dihalang dan Hisham sepatutnya memberikan jawapan ‘ya’ dengan secepat mungkin.
Kita semua ingin tahu pandangan dan penyiasatan yang dilakukan oleh kedua-dua peguam Perancis ini kerana ia melibatkan wang rakyat dan moral kepimpinan negara. Jika ada halangan dari pihak Kementerian Dalam Negeri, maka jangan disalahkan rakyat ramai mengekalkan persepsi mereka pucuk pimpinan kita benar-benar terlibat dengan kes Scorpene ini.
Jika perkara ini tidak diselesaikan, bagaimana Najib hendak menunaikan janji untuk mentadbir negara dengan sebaik mungkin sedangkan persepsi rakyat dan masyarakat antarabangsa memandang serong terhadap beliau? Lagipun bagaimana Najib hendak meyakinkan rakyat yang jika PR memerintah negara, negara akan bangkrap seperti yang beliau kata di mana-mana dalam siri kempen beliau di seluruh negara?
Jika pimpinan BN lebih cenderung untuk menunjukkan kepada kami rakyat di bawah ini yang mereka tidak jujur dengan menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya, bukankah pihak BN itu yang mempunyai lebih kebarangkalian untuk menjadikan negara ini sebuah negara yang bangkrap?
http://aspanaliasnet.blogspot.com
Read More...
Summary only...
Kenyataan Media
SAMM Kebangsaan
9 November 2012
Elak Peguam Scorpene Hadir Parlimen, Rakyat Sendiri Dihalau Dari Parlimen
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) merasa amat terkilan dengan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang hanya membenarkan Ahli-Ahli Parlimen sahaja untuk membuat Sidang Media di lobi Parlimen.
Ini merupakan satu bentuk arahan yang menyerlahkan keangkuhan dan ketakutan rejim UMNO/BN dalam menghadapi kebangkitan rakyat dan juga pemimpin-pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau masyarakat sivil dalam mendedahkan kecurangan dan penyelewengan yang dilakukan mereka.
Adakah ini merupakan satu lagi cara rejim Pemerintah untuk menyelamatkan pemimpin-pemimpin mereka daripada terus dibongkar segala jenis kecurangan yang selama ini ingin disorok? Atau adakah ini merupakan cubaan Rejim menghalang kehadiran dan sidang media Peguam Peranchis yang bakal hadir ke Parlimen bagi mendedahkan sisi gelap pembelian kapal selam Scorpene?
Parlimen Malaysia adalah satu-satunya institusi tertinggi demokrasi berperlembagaan. Di sinilah tempat Wakil-Wakil yang telah dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi pilihanraya berbahas dan meluluskan rang undang-undang demi kemaslahatan rakyat. Sekiranya rakyat ataupun pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili masyarakat sivil tidak lagi dibenarkan hadir membuat sidang media bersama wakil-wakil rakyat di Parlimen, ia merupakan satu tragedi besar kepada lanskap demokrasi negara.
Parlimen adalah milik rakyat bukannya eksklusif kepada beberapa kerat Ahli-ahli Parlimen. Rakyat harus menghantar mesej jelas kepada mereka yang terus menerus angkuh dengan kuasa yang dipegang. Parlimen yang dikunci membuktikan pemerintah manipulasi kuasa yang ada untuk menghalang kebobrokan mereka dari dibogelkan.
Rakyat perlu bersama kali ini untuk memberi peringatan kepada semua yang berada di koridor kuasa, jangan berselindung di sebalik kuasa yang anda ada hari ini kerana kami, sekalian rakyat Malaysia yang telah mengangkat kamu ke sana dan kami jugalah yang mampu memastikan kamu akan diheret keluar dari kerusi empuk Parlimen Malaysia.
SAMM tidak menolak sekiranya arahan diberikan bagi kemudahan rakan-rakan pengamal media. SAMM tidak menolak malah menyokong sama sekali sekiranya penggiliran dan had masa sidang media dikenakan, sidang media tidak diadakan semasa waktu rehat, sidang media yang ingin diadakan mesti diiringi Ahli Parlimen sebagai wakil untuk membawakan isu-isu berbangkit tersebut ke dalam Dewan dan lain-lain arahan yang sesuai untuk pengamal media. Namun, bukannya arahan yang tidak membenarkan selain Ahli Parlimen untuk membuat sidang media di Parlimen. SAMM turut melihat bahawa sidang media yang diadakan di Parlimen mempunyai nilai berita atau “News Value” yang tinggi berbanding sidang media di lokasi lain.
Sehubungan itu, SAMM dan sekutu-sekutu akan melancarkan memorandum “Berani Langgar” bagi membantah arahan tidak masuk akal Yang Dipertua Dewan Rakyat dan mendesak arahan ini ditarik balik sebaik sahaja sidang mesyuarat Dewan Rakyat bersambung selepas cuti perayaan minggu depan. Ini merupakan mesej jelas dan keras anak muda Malaysia dalam berhadapan dengan keangkuhan Rejim Penguasa.
Juga, ia bukan termaktub untuk penggal ini sahaja malah termasuk pasca PRU-13, dan ia pasti memudahkan Barisan Nasional yang ketika itu sebagai pembangkang.
“Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata”
Ahmad Anwar Asyraf
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor
Read More...
Summary only...
Satu kenyataan yang dikeluarkan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bagi pihak peguam mereka di Perancis, William Bourdon lewat malam tadi (Isnin) menepis dakwaan laporan yang dipetik agensi berita nasional Malaysia (Bernama) yang menjadi 'jurucakap' kepada bekas pendakwa kerajaan negara tersebut, Yves Charpenel.
Beberapa jam sebelum itu, Charpenel yang dipetik laporan Bernama mengatakan bahawa beliau menafikan laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat negara itu berhubung pembelian dua kapal selam kelas Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002.
Tambah Charpenel lagi, kununnya proses perbicaraan yag sedang berlangsung sebenarnya hanyalah proses perbicaraan di media semata-mata dan bukannya perbicaraan sebenar.
Justeru katanya, media mesti dapat membezakan antara khabar angin dan fakta serta kes sesuatu perbicaraan bagi mengelakkan berlaku salah faham oleh masyarakat.
Tidak lama selepas berita tersebut dikeluarkan, maka seperti biasa berlumba-lumbalah media pencacai Umno seperti The New Straits Times (NST), mStar dan Utusan Meloya menyiarkan kenyataan tersebut (termasuk portal pro-Pakatan Rakyat, Malaysiakini) seolah-olah Charpenel menjadi jurucakap pihak pendakwaan Perancis.
Bagaimanapun, William Bourdon dalam kenyataan balasnya menyatakan bahawa adalah tidak benar sama sekali kenyataan yang dikeluarkan Charpenel yang hanya bergelar "bekas pendakwa" dengan hujahnya merujuk kepada prosiding siasatan mahkamah yang sedang berlangsung, termasuk mengeluarkan sepina pertama ke atas saksi pertama daripada tujuh yang dimohon Suaram.
Jelasnya lagi, kenyataan Charpenel bertentangan dengan fakta bahawa tribunal The deGrande Instance telah menerima permohonan Suaram bagi menyiasat skandal tersebut setelah Bourdon dan seorang lagi peguam, Joseph Breham berhujah di hadapan hakim penyiasat selama lebih tiga jam pada Mac lalu di Paris.
"Apabila selesai siasatan itu hakim penyiasat akan membuat keputusan sama ada kes itu akan pergi kepada perbicaraan penuh. Iaitu hakim penyiasat yang membuat keputusan dan bukan pihak pendakwa".
Sepanjang pengetahuannya, pihak pendakwa semasa meneliti kes itu tidak membuat apa-apa kenyataan seperti yang dinyatakan oleh Charpenel.
Dua orang hakim penyiasat tersebut ialah Roger Le Loire dan Serge Tournaire yang memutuskan untuk meneruskan siasatan mereka mengenai skandal Scorpene.
Dipercayai Bernama sengaja mengelirukan cara pemberitaannya bagi menguatkan ceritanya dengan tujuan meyakinkan pembaca walaupun diletakkan dalam perenggan berbeza seperti yang dipetik di bawah:
Seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal menafikan laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002.

Yves Charpenel berkata media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin dan fakta dan antara siasatan dan perbicaraan.military malaysia navy french built submarine scorpene class"Saya sedar mengenai semua kekecohan yang dibangkitkan media tertentu (organisasi) di Malaysia berhubung perkara ini tapi apa yang saya boleh kata ini adalah tidak lebih daripada satu perbicaraan oleh media," katanya kepada Bernama di ibu negara, hari ini.
Charpenel, yang juga bekas ketua pendakwaan di Perancis dan kini seorang pendakwa negeri dan anggota eksekutif Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA), berada di sini untuk menghadiri persidangan dan mesyuarat agung tahunan IAACA yang berakhir semalam.
Read More...
Summary only...
Kalau Zahid Hamidi yakin bahawa tidak ada penyelewengan dan rasuah dalam pemnbelian kapal selam Scorpone kenapa beliau perlu takut dengan penjelasan peguam Perancis, William Bourdon dan perlu menghalangnya dari datang ke negara ini? Sebagai menteri yang kelihatan mempunyai integriti Zahid seharusnya mengalu-alukan kedatangan peguam berkenaan bukan cuba mempertikaikannya.
Tidak perlu Zahid memutar kata dengan menganggap kedatangan Bourdon itu sebagai campur tangan atau demi kepentingan politik pembangkang. Apa yang penting rakyat mahu tahu penjelasan apa-apa dapatan atau analisa peguam itu terhadap skandal berkenaan kerana ia hak rakyat dan umum mengetahuinya.
Sekiranya Zahid Hamidi merasakan tidak ada penyelewengan dan menteri pertahanan sebelum ini, ketika kapal selam itu dibeli bersih dan putih, kenapa perlu bimbang dan walang, biarlah peguam itu memberi penjelasan ataupun menteri pertahanan itu dipanggil ke mahkamah.
Kita sama-sama penjelasan berkenaan, kita ada otak boleh menilai sendiri apakah penjelasan itu rekaan atau satu hakikat.
Apa juga kemungkaran dan kejahatan tidak boleh disembunyikan. Betapa ia disusuk akhirnya ia akan menanah dan berdarah juga dari dalam kemudian akan pecah. Begitu juga dengan kebenaran itu akan menjelma juga satu hari nanti kalaupun tidak hari ini tetapi esok, lusa dan beberapa tahun akan datang akan diketahui juga. Memang fitrah begitu kemungkaran itu akan ditenggelami oleh kebenaran.
Cara Zahid memberi pandangan berhubung jemputan Bourdon oleh pihak tertentu itu seakan beliau cuba ingin melindungi bosnya saja. Bagaimana pun pelik sedikit, dalam masa sama beliau menjelaskan skandal itu berlaku bukan di zamannya menjadi menteri pertahanan. Apakah motif pernyataan itu?
Khatib ingin mengingati Zahid dan diri khatib sendiri, bukan sesuatu yang baik melindungi seorang penjenayah walaupun dia kawan sekalipun. Islam tidak mengajar demikian.
Apabila Nabi Muhammad s.a.w. mengatakan sekiranya Fatimah mencuri akan ku potong tangannya menunjukkan bahawa Islam tidak ada tolak ansur di dalam soal sesiapa berbuat salah. Rasanya sebagai seorang pelajar kolej Islam, rasanya Zahid arif mengenai patah-patah kata Rasulullah itu.
Menuduh Anwar Ibrahim ada kepentingan politik atas pelawaan Bourdon itu, kata-kata itu membidas ke atas batang hidung Zahid sendiri. Apabila Zahid juga mempertahankan seseorang yang mungkin dianggap bosnya, apakah itu bukan dibuat atas kepentingan politik (dirinya)?
Kita tidak nampak kedatangan peguam itu untuk memburukkan negara dan imej PM seperti tanggapan Zahid. Walhal penjelasan itu nanti demi menjaga maruah negara dan imej perdana menteri sendiri. Selagi isu itu tidak dijelas dunia akan menganggap Malaysia mempunyai skandal rasuah terbesar dan perdana menterinya kini, Najib Razak berada di bawah belenggu skandal dan jenayah paling huduh.
Kepada Zahid bertindaklah dengan waras dan jangan sesekali mengulangi beberapa kali, beberapa tindakan politik anda yang kelas budak-budak Keadilan yang menghidap kudis di atas tengkok.
MSO
Read More...
Summary only...
KUALA LUMPUR 22 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi akan disapina agar datang ke Mahkamah Perancis untuk memberikan keterangan.
Fadiah (tengah) bersama Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel di hadapan Mahkamah Perancis.
Peguam Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang baru pulang dari Perancis, Fadiah Nadwa Fikri berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada mahkamah Perancis tentang saksi-saksi yang akan dipanggil itu.
Turut disenaraikan sebagai saksi adalah bekas penasihat Najib, Abdul Razak Baginda dan isterinya, Mazlinda.
Mahkamah Perancis sedang menyiasat dakwaan rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpene yang dibuat oleh syarikat Perancis.
“Bila kami berjumpa dengan hakim pada 16 Mac lalu, kami telah serahkan senarai saksi yang perlu disapina agar datang ke mahkamah.
“Kami memberikan nama Najib Razak, Zahid Hamidi and Razak Baginda,” kata Fadiah dengan dalam ceramahnya di Third Mile Bazaar, Kuching, Ahad lepas, lapor Free Malaysia Today.
Apabila kesnya difailkan di Perancis, Zahid berkata, beliau akan memberikan kerjasama penuh.
Namun, baru-baru ini, selepas namanya disebutkan sebagai saksi, Zahid berkata, beliau keberatan untuk pergi ke sana kerana tidak ada dana yang cukup untuknya.
“Siapa akan membayar kos penerbangan dan hotel saya di Perancis,” soal Zahid.
Fadiah dalam ceramahnya berkata, rakyat Malaysia sedia membayar kos penerbangan dan hotel Zahid di Perancis asalkan beliau sedia memberikan keterangan.
Menurut beliau, jika mereka enggan datang menjadi saksi selepas sapina dikeluarkan, mahkamah akan mengeluarkan notis sekali lagi.
Jika gagal hadir juga, mahkamah akan mengeluarkan waran tangkap untuk memaksa mereka hadir.
“Dan jika mereka gagal lagi, Interpol (International Police) boleh mengeluarkan amaran dan boleh ditangkap dan dibawa ke Mahkamah Perancis,” kata Fadiah dipetik.
Sumber - http://www.keadilandaily.com/perbicaraan-scorpene-jika-enggan-interpol-boleh-tangkap-saksi-peguam/
Read More...
Summary only...
Menteri Pertahanan Datuk Zahid Hamidi tidak patut menjadikan alasan pembiayaan untuk mengelakkan diri daripada menghadiri inkuiri berhubung pembelian kapal selam Scorpene di Paris, kata NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram).
Anggota sekretariatnya Cynthia Gabriel berkata, Zahid sepatutnya mengutamakan soal akauntabiliti dan ketelusan kerana perbelanjaan ketenteraan datang daripada wang pembayar cukai rakyat Malaysia.
"Iltizam kepada kebenaran sepatutnya menjadi alasan pertama dan paling penting untuk menjadi saksi dalam kes ini, bukan wang," kata Gabriel kepada Malaysiakini.
"Tambahan pula, beliau memungkiri kata-katanya sendiri. Sebelum ini, beliau berkata sanggup memberi keterangan, kemudian beliau tukar fikiran. Kami mahu tahu apa yang telah berlaku yang menyebabkannya bertukar nada."
Gabriel berkata, paling banyak, peruntukan yang diperlukan sebanyak RM10,000 semalam, meliputi tiket pergi balik bukan Malaysia Airlines (RM5,500), tempat tinggal (RM600 semalam) dan makan di restoran (RM200).
Zahid sebelum ini dilaporkan tidak akan hadir atau menghantar wakil ke perbicaraan di mahkamah Perancis berhubung kes bayaran komisen tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan kapal selam pada 2002.
Katanya, tiada sebab untuk beliau hadir kerana bukan menjadi saksi dan beliau tidak akan menggunakan wang kerajaan atau duit poket sendiri bagi membiayai kehadiran ke sana, lapor Sin Chew.
http://www.malaysiakini.com/news/195982
Read More...
Summary only...
Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi tidak akan hadir atau menghantar wakil ke perbicaraan di mahkamah Perancis berhubung kes bayaran komisen tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan kapal selam pada 2002.
Katanya, tiada sebab untuk beliau hadir kerana bukan menjadi saksi dan beliau tidak akan menggunakan wang kerajaan atau duit poket sendiri bagi membiayai kehadiran ke sana, lapor Sin Chew.
"Mereka boleh buat perbicaraan, tetapi Kementerian Pertahanan tidak akan hantar wakil ke Perancis, tetapi saya percaya duta Malaysia di sana akan mengikuti kes ini," beliau dipetik sebagai berkata kepada harian berbahasa Cina itu.
Ditanya tentang Najib yang disenaraikan sebagai saksi, Zahid berkata, terpulang kepada Suaram jika mereka ingin menjadikan perundangan di Perancis untuk tujuan peribadi mereka.
NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) semalam berjaya dalam hujahnya di depan hakim Roger Le Loire di tribunal Grande Instance Paris supaya kenyataan saksinya diterima.
Anggota sekretariat Suaram Cynthia Gabriel memberitahu Malaysiakini, hakim menerima cadangan senarai saksi berpotensi yang dikemukakan mereka, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Zahid.
Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam, Zahid juga mendakwa Suaram tidak bertindak untuk tujuan undang-undang tetapi mempunyai agenda politik untuk memburukkan kerajaan Malaysia.
"Kementerian sentiasa telus dan mengikuti undang-undang, kita sudah beri jawapan, tetapi mereka masih mencipta isu. Jika kita hendak memuaskan hari semua orang, takkan ada penghujungnya," katanya.
Suaram pada 2010 memfailkan kes terhadap gergasi pertahanan Perancis DCNS atas dakwaan membayar komisen secara tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan dua kapal semalam Scorpene kepada kerajaan Malaysia sepuluh tahun lalu. - Malaysiakini
* Rakyat biasa sebut rasuah, orang atasan panggil komisen...
Dipetik dari - http://lagiberita.blogspot.com/2012/04/menteri-enggan-hadir-ke-mahkamah.html
Read More...
Summary only...
Bolehkan warganegara Mongolia mendapatkan visa untuk memasuki Perancis ketika berada di Malaysia?
Jawapannya tidak, kata pegawai kementerian luar Mongolia, yang hairan bagaimana penterjemah Altantuya Shaariibuu mendapatkan visa itu ketika berada di Malaysia - kira-kira satu atau dua tahun sebelum beliau dibunuh.
Pegawai itu, yang berada di Malaysia bersama bapanya Setev Shaariibuu (kiri) berkata, setiap warganegara Mongolia mesti memohon dan mendapatkan visa asing di negaranya sendiri.
Tiada cara untuk sesiapa pun daripada kami mendapatkan visa ketika berada di negara lain.
"Kami akan diberitahu supaya kembali ke negara kami untuk memohon mendapatkannya," kata pegawai yang enggan namanya disebut itu kepada Malaysiakini.
Dalam pertemuan dengan kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Setev meluahkan kebingungan tentang bagaimana visa memasuki Perancis oleh anak gadisnya itu dikeluarkan di Malaysia.
Dipetik dari - http://karatijau.blogspot.com/2012/04/soalan-shaaribuu-ini-mengkantoikan-puak.html
Read More...
Summary only...
Situasi kali ini telah meletakkan Najib dalam keadaan sukar apabila perbicaraan ini dijalankan dalam sistem perundangan yang berada di luar kawalan beliau.
(FMT) - Setelah sepuluh tahun menunggu, akhirnya kes komisyen pembelian kapal selam Scorpene disahkan akan dibicarakan di Mahkamah Pengadilan Tinggi Perancis (Tribunal de Grande Instance).
Di Malaysia pula, meskipun jelas wujud percubaan dari media arus perdana untuk meminggirkan perkembangan terbaru ini namun ia dipercayai tidak akan mampu bertahan lama sebelum terburai nanti.
Lebih-lebih lagi apabila perbicaraan tersebut bermula dan menjadi fokus media-media utama seluruh dunia.
Meskipun kes ini telah lama dilondehkan di alam siber dengan pelbagai fakta dan teori, perbicaraan yang berlangsung itu nanti pasti tetap mengundang kejutan-kejutan terbaru.
Sekurang-kurangnya dalam perbicaraan itu nanti, beberapa elemen sudah pasti akan menjadi fokus utama masyarakat tempatan negara ini dan juga antarabangsa.
Antaranya, persoalan benarkah wujud kaitan kes komisyen pembelian ini dengan kes pembunuhan mendiang Altantuya Shaariibu seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Altantuya kekasih Razak Baginda
Selain menjadi orang kepercayaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Altantuya juga merupakan kekasih gelap kepada Razak seperti yang diakui Razak sendiri dalam perbicaraan kes pembunuhan model Mongolia itu.
Benarkah wujud penglibatan Najib selaku Menteri Pertahanan Malaysia ketika itu, dalam soal pemberian komisyen berjumlah RM540 juta kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dimiliki orang kepercayaannya, Abd Razak Baginda.
Ramai juga akan tertanya-tanya adakah akan tampil seekor lagi kambing hitam untuk dipersalahkan di dalam perbicaraan ini nanti.
Di samping itu, rakyat negara ini juga ada yang mula cuba mencula sejauh manakah perbicaraan ini memberi kesan terhadap reputasi Najib sebagai PM dan parti Barisan Nasional yang diterajuinya.
Menarik juga untuk difikirkan, adakah perkembangan muttakhir kes komisyen kapal selam ini akan mempengaruhi ‘ilham’ Najib dalam menentukan tarikh Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.
Adakah Najib mula berkira-kira untuk menyegerakan pembubaran parlimen sebelum perbicaraan ini memasuki fasa pendedahan demi pendedahan atau adakah beliau mengambil risiko menunda jauh ke hadapan di mana kedua-dua keputusan tersebut tetap mempunyai risiko masing-masing.
Tidak kira apa pun keputusan Najib nanti, cepat mahupun lambat, perbicaraan Scorpene pasti akan mencalarkan imej Najib di kaca masyarakat tempatan mahupun antarabangsa.
Jelasnya, tidak kira walau apa pun jawapan terhadap semua persoalan di atas, reputasi Najib sudah hampir pasti terjejas.
Kera sumbang
Jika tidak dalam pilihan raya akan datang pun, sekurang-kurangnya perbicaraan ini akan menjadikan Najib kera sumbang di peringkat antarabangsa.
Kes ini dibicarakan setelah kumpulan hak asasi manusia dari Malaysia Suaram memfailkan saman sivil terhadap firma gergasi pertahanan tentera laut Perancis DCNS kerana didakwa membayar komisyen kepada pemimpin di Malaysia.
Berbeza dengan amalan perundangan di Malaysia, Suaram turut diberi akses kepada kertas siasatan pendakwaraya dalam dua minggu lagi.
Situasi kali ini telah meletakkan Najib dalam keadaan sukar apabila perbicaraan ini dijalankan dalam sistem perundangan yang berada di luar kawalan beliau.
Perbicaraan pembayaran komisyen Scorpene ini bukan sahaja setakat mampu mencalarkan imej Najib, silap hari bulan, Scorpene akan turut menenggelamkan karier politik Najib.
Dipetik dari - http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/beritakomentar/48141-scorpene-mampu-tenggelam-karier-politik-najib?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter
Read More...
Summary only...
KUALA LUMPUR, 24 Dis - Ketua parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim (foto) mendedahkan butiran pembelian enam kapal peronda tentera oleh kerajaan yang didakwa dibuat melalui orang tengah yang mengaut jutaan ringgit daripada urusniaga tersebut.
Menurut Zaid, tiga ejen berkenaan dibayar sejumlah RM11.36 juta untuk "bantuan teknikal" berhubung pembelian kapal tentera berkenaan daripada firma Perancis, DCNS.
"Mengapa tentera laut tidak dapat menentukan apa yang diperlukan oleh mereka, dan bukannya perunding ini? Lainlah ianya perlu untuk menyalurkan wang rasuah," katanya ketika ditemui di Tropicana, Damansara semalam.
Zaid yang enggan mendedahkan sumber maklumat itu mendakwa, firma perunding itu menerima bayaran dalam matawang euro melalui akaun di Singapura daripada 2010 hingga April 2011. Menurut satu invois bertarikh 25 Oktober 2010, salah satu daripada firma berkenaan didakwa menerima 935,000 euro sebagai bayaran "perkhidmatan teknikal."
Dokumen itu menyenaraikan perkhidmatan berkenaan, termasuk konfigurasi infrastruktur, kejuruteraan dan penilaian sistem serta rundingan komersil untuk projek "Second Generation Patrol Vessel."
Invois daripada sebuah syarikat yang didakwa berpengkalan di Paris itu dialamatkan kepada syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd, yang memenangi kontrak bagi enam kapal berkenaan. Bayaran berkenaan didakwa telah dibuat dalam dua bahagian, masing-masing pada 28 Oktober dan 1 November tahun lalu.
Berdasarkan dokumen tersebut, syarikat yang sama didakwa telah mengeluarkan invois untuk perkhidmatan sama pada 3 November 2010 untuk jumlah 986,000 euro dan dibayar pada bulan tersebut. Satu lagi syarikat, Setaria Holdings Limited, didakwa turut menghantar invois berjumlah 850,000 euro kepada Boustead Naval Shipyard.
Syarikat yang dikatakan b erpengkalan di Brussels itu juga didakwa mengeluarkan dua lagi invois kepada Boustead Naval Shipyard untuk bayaran berjumlah 832,000 euro dan 725,000 euro.
Dipetik dari Pahangdaily
Read More...
Summary only...
Ambiga terima anugerah tertinggi Perancis
Ambiga (kiri) menerima pingat beliau daripada Barety di Kediaman Duta Perancis di Kuala Lumpur, 23 September 2011. — Foto oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 23 Sept — Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan hari ini menerima anugerah tertinggi Perancis Chevalier de Legion d’Honneur, sekali gus menyertai kelab eksklusif sekitar 20 penerima pingat itu sebelum ini.
Duta Perancis ke Malaysia, Marc Barety berkata anugerah itu disampaikan demi menghargai dedikasi Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam, memperjuangkan hak asasi manusia dan usaha memelihara keluhuran undang-undang di Malaysia.
Barety sendiri menyampaikan anugerah itu di sini hari ini, pada satu majlis kecil tetapi bermakna yang dihadiri sekitar 20 kawan rapatnya.
Sebelum ini anugerah itu pernah diterima oleh Yang di-Pertuan Agong, tokoh industri penerbangan Tan Sri Tony Fernandes dan aktres Hollywood kelahiran Ipoh Datuk Michelle Yeoh.
Ambiga berkata penganugerahan pingat hari ini oleh kerajaan Perancis menggambarkan semangat perjuangan masyarakat madani Malaysia.
“Ia sebenarnya menggambarkan sejauh mana pentingnya masyarakat madani, mereka merupakan mata dan telinga rakyat,” kata beliau sambil menegaskan mahu terus berjuang memperbaiki keluruhan undang-undang.
Read More...
Summary only...
William Bourdon, peguam hak asasi Perancis yang diusir dari Kuala Lumpur minggu lalu tidak memandang ringan dakwaan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kononnya beliau “dipergunakan dan dijadikan mangsa” oleh NGO hak asasi - Suaram.
Menurut Bourdon, beliau hanya bertindak sebagai peguam untuk NGO berkenaan dan tidak melihat bagaimana Suaram mengambil kesempatan ke atas dirinya.
Malah katanya, hak anak guamnya untuk mendapatkan perwakilan perundangan dinafikan apabila pegawai imigresen menahannya di pesawatnya ketika mendarat di Lapangan Terbaang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pagi Jumaat lalu.
"Penjelasan rasional yang dapat saya rumuskan berhubung kenyataan pihak berkuasa ialah mereka cuba menjadikan Suaram sebagai 'hantu' dalam usaha memberi justifikasi arahan yang tidak dapat dijelaskan bagi mengusir saya,” katanya kepada Malaysiakini dari Paris.
Sebelum ini, Jabatan Imigresen mendakwa tindakan itu diambil kerana peguam berkenaan mencabuli syarat pas lawatan sosialnya ke Malaysia.
Dalam responnya ke atas pengusiran Bourdon, Ahmad Zahid pada Ahad lalu berkata jika peguam Perancis itu mahu meneruskan kes itu, beliau sepatutnya berbuat demikian di Perancis dan bukannya di Malaysia.
Tegasnya urusniaga pembelian dua kapal selam oleh Malaysia itu adalah sesuatu yang telus sebagaimana yang telah dinyatakannya di Parlimen dan berkata beliau sanggup memberi keterangan di mahkamah.
Beliau turut memberi amaran terhadap pihak yang didakwanya mempunyai niat jahat di sebalik perkara itu dengan memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang pada ketika itu menjadi menteri pertahanan.
Kes kapal selam Scorpene telah difailkan oleh Suaram pada tahun lalu melalui Bourdon dan pasukannya.
Mereka mendakwa firma pertahanan Perancis DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada syarikat Perimekar dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.
Bayaran komisyen kepada pegawai dan pemimpin kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.
Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamanya adalah isteri Abdul Razak Baginda.
Abdul Razak pula adalah rakan rapat Najib dan pembantunya itu didakwa terbabit dengan pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan oleh mahkamah.
Kedatangan Bourdon Khamis lalu ke Malaysia selain bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam itu adalah juga untuk mengutip dana bagi tujuan membiayai kos perundangan di Perancis - Malaysiakini
Read More...
Summary only...
HANTAR PULANG PEGUAM PERANCHIS TIADA KAITAN POLITIK, KATA HISHAM
Putrajaya menegaskan keputusan menghantar pulang seorang peguam Perancis William Bourdon sehari selepas dia berucap di Pulau Pinang berhubung kontroversi pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM7 bilion bukan satu tindakan berbaur politik.
Hishammuddin Hussein berkata Bourdon yang sedang menguruskan kes berkaitan dengan dakwaan sogokan kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Najib Razak, telah dihantar pulang ke Paris kerana melanggar peraturan visa pelancong.
“Dia telah melanggar syarat-syarat visanya. Oleh kerana ia kes berprofil tinggi, orang ramai memilih untuk mengatakan ia berbaur politik. Ramai yang dihantar balik setiap hari,” katanya.
Ketika ditanya dia dihantar pulang kerana ucapannya yang dia sepatutnya bercakap pada dua majlis mengutip dana hujung minggu lalu, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata, “saya tidak tahu apa itu, tetapi yang pasti dia tidak boleh ucapan.”
Sabtu lalu, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menyifatkan tindakan Putrajaya menghantar balik peguam Bourdon sebagai tindakan berkaitan politik.
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berkata, tindakan menghantar pulang peguam itu menunjukkan pentadbiran Najib masih mahu menyembunyikan fakta mengenai urusan pembelian kapal selam. - TMI
Read More...
Summary only...
KUALA LUMPUR : Majlis Peguam Malaysia menggesa kerajaan memberikan alasan yang munasabah dan terbuka ekoran tindakan menghantar pulang peguam dari Perancis, Wiliam Bourdon.
“Majlis Peguam Malaysia menuntut kerajaan Malaysia memberikan alasan yang munasabah secara terbuka ekoran tindakan menghantar pulang peguam Perancis itu untuk menghilangkan keraguan terhadap kes penangkapan dan penghantaran pulang ini.
“Kejadian ini memberikan satu lagi kesan negatif kepada nama Malaysia dalam hak asasi manusia yang melibatkan rakyat asing,” kata presidennya Lim Chee Wee dalam satu kenyataan hari ini.
Chee Wee berkata, alasan jabatan imigresen kononnya Bourdon melanggar peraturan lawatan ke Malaysia tidak boleh diterima dan tidak mencukupi.
Tindakan kerajaan itu, katanya, menyebabkan rakyat membuat kesimpulan bahawa ia dilakukan ekoran ucapan Bourdon di Pulau Pinang sebelum itu, berkaitan dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam dari syarikat Perancis.
Bourdon pada Jumaat lalu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dsetibanya dari Pulau Pinang selepas memberikan ucapan pada majlis makan malam anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pada malam sebelumnya.
Sewaktu kejadian, Bourdon diiringi pegawai Suaram, Cythia Gibrel, dan isterinya bagi menghadiri majlis yang sama diadakan di Petaling Jaya.
Majlis makan malam anjuran Suaram itu bagi tujuan kutipan dana untuk membiayai tindakannya membuka satu kes penyiasatan ekoran dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene di Mahkamah Perancis.
Bourdon adalah salah seorang peguam yang mewakili Suaram sepatutnya memberikan ucapan di Dewan Sivik MPPJ dan Ipoh keesokan harinya.
Beliau ditahan dan disiasat di pusat tahanan imigresen KLIA selama lima jam sebelum dihantar pulang ke Perancis.
http://www.keadilandaily.com/
Read More...
Summary only...