BlogList Malaysia
Showing posts with label tamu. Show all posts
Showing posts with label tamu. Show all posts

04 October 2010

Aku Paling Benci Dengan Muka Ini

Ramai yang mungkin terhibur dengan posting Dato' Mohd Ariff Sabri Hj Abdul Aziz bertajuk "Masa depan orang Umno". Tambahan pula bila bekas Adun Pulau Manis dalam kawasan Parlimen Pekan tu kata, "Jenama Umno sudah jadi jenama yang jijik". Beberapa blogger yang tak suka Umno saya lihat dah macam tergedik-gedik seronok sangat dengan apa yang ditulis oleh Ariff.

Dari satu segi, memang benar. Saya sendiri merasa sangat jijik dengan parti Umno. Tambah-tambah pulak kalau keluar muka macam di sebelah dalam media. Kalau akhbar, saya terus selak halaman lain. Kalau TV, saya tukar channel lain. Bila melihat dia, perasaan saya sama dengan perasaan yang saya alami bila melihat Datin Seri Rosmah Mansor.

Meskipun begitu, sama seperti saya tak terhibur dengan hasil kajian bahawa edaran Utusan Malaysia merosot, saya juga tak terhibur dengan dendangan Ariff itu.


Bagi saya, Ariff tidak mendendangkan apa-apa kepada kita yang tak nak Umno. Apa yang beliau lakukan hakikatnya adalah proses muhasabah untuk menguatkan lagi Umno bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Saya tidak yakin Umno kini lemah. Angka tunjuk saya ialah undi orang-orang Melayu yang diperolehi oleh Umno dalam pilihan raya Bukit Gantang, Manek Urai, Bagan Pinang dan Hulu Selangor.

Memang saya tak mahu sama sekali mempercayakan kepada Umno masa depan anak cucu saya yang saya yakin akan tetap tinggal dalam negara ini. Tetapi, pada masa yang sama, parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak pula kelihatan bersungguh-sungguh untuk meraih kepercayaan saya sebagai rakyat.

Hari ini, ramai pula yang bercakap tentang third force. Bagi saya, ia tak ubah seperti a far-fetched dream. Kalaupun third force boleh diwujudkan, ia hanya mampu berjalan seperti siput sebelum mampu meyakinkan rakyat dan menggondol kepercayaan mereka - saya sengaja pilih perkataan menggondol, ikut sukalah nak tafsir lagu mana pun.

Bermimpi memang sedap dan lazat. Tetapi, dalam jangka waktu terdekat, saya nampak third force hanya boleh jadi tukang buat bising. Bertanding pilihan raya silap-silap hilang deposit.

Di pihak PAS, tanggungjawab terbesar untuk meyakinkan rakyat saya lihat terletak kepada anak-anak muda dan orang-orang lama parti itu yang dilihat bersih dari pelbagai buruk kelaku seperti gila nak menggatal dengan Umno, melantak balak, makan duit tauke balak dan lain-lain buruk kelaku. Rakyat bukan sahaja nak orang yang bersih dan dilihat bersih, rakyat juga nak orang yang cerdik dan dilihat cerdik.

Pemuda PAS mempunyai tanggungjawab besar untuk membebaskan diri mereka dari imej bodoh. Mungkin mereka tak bodoh, tetapi imej bodoh itu seolah-olah seperti tak boleh tertanggal lagi dari Pemuda PAS kini. Ia juga dilihat "ada serupa tiada". Nasib baik orang-orang Umno sendiri memusuhi Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. Jika tidak, Pemuda PAS mungkin lebih buruk dari keadaan "ada serupa tiada" yang dialaminya sekarang.

Penarik Beca

Read More...

23 July 2010

Kena Bankrap Dulu Baru Boleh Maju

Mula2 teman bingung jugak memikirkan rasional ni. Mana boleh nak capai Wawasan 2020 sedangkan setahun sebelum tu negara kita dah jadi bankrap, macam yang Idris Jala cakap tu. Tetapi bila memikirkan bahawa kajian2 yang dibuat PEMANDU tu bukanlah bertaraf sembang kedai kopi, teman tak jadilah nak sanggah.

Hal2 subsidi ini kerajaan dah buat kajian lama dah. Ia dibuat dalam makmal. Bukan makmal yang bedah tikus macam kat sekolah2 tu. Makmal Rasionalisasi Subsidi. Kalau kajian pasal ekonomi pun pakai makmal, dah tentu kajian ni kajian yang saintifik dan bersifat empirikal. Hang pa penyokong Pekatan Rakyat tau ke makna empirikal ni? Pi tanya kat orang2 UMNO. Depa paham. Hang pa tau apa, tau buat ceramah, maki hamun, fitnah bole la.

Kalau tengok kenyataan kerajaan, RM750juta dapat diselamatkan hasil pelarasan harga 5 sen untuk petrol, 10sen sekg LPG, 25 sen sekg gula. Tentulah mana cukup nak tampung defisit perbelanjaan negara. Kalau nak bina Istana Negara baru kat Putrajaya tu sajer dah lebih RM800juta, berapa sangat nak boleh cover. Tu belum campur Sime Darby rugi RM900 juta lebih. Tak pasal-pasal kerajaan terpaksa bagi pampasan RM700 juta kat syarikat ni. Pos Malaysia pun rugi jugak RM227 juta. Tak tau la kot lepas harga stem dah naik 100% tahun depan boleh untung balik.


Pendek cerita, RM750 juta tu memang tak cukup. Itu pasal lah hang pa jangan terkejut beruk, meroyan tak tentu pasal. Baru naik 5 sen dah kecoh. Cuba tengok sikap penyokong2 UMNO dalam hal ini. Depa rasional. Cool jer. Macam kata Idris Jala, pakej naik 5 sen ni hanya sebahagian jer dari Program Merasionalisasi Subsidi, ia adalah sebahagian dari MEB. Jadi kalau lepas ni subsidi diselaraskan lagi atau kerajaan buat GST hang pa jangan berlakon buat2 terkejut pulak. Sekali lagi contohi lah sikap penyokong Umno. Depa tetap sabar dan istiqamah menyokong kerajaan.

Apa yang teman nak kongsi, fenomena duit susut sebelum negara menjadi jadi maju bukan luar biasa. Rasionalnya, kerajaan ambik duit tu untuk melabur dalam bentuk aset2 dan cabang2 perniagaan lain. Contohnya Felda. Duit tunai yang susut dekat RM3 bilion tu bukan membazir. Kerajaan pakai balik buat program tanam semula. Adapun RM600 juta yang buat pinjaman untuk peneroka2 membaiki rumah2 bukan kena faedah pun. Cuma 2.5% buat kos pengurusan dan proses aje.

Felda zaman sekarang jangan nak disamakan dengan Felda zaman arwah Tun Razak baru buat dulu. Zaman berubah, kita kena ikut peredaran masa la, kalau tak mahu ketinggalan. Tengok macam mana walaupun Felda ada tanah di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, tanah saja RM220 juta. Tanah tu sengaja tak dibangunkan dulu. Biar nilainya meningkat. Sebaliknya Felda buat menara baru kat kawasan Segitiga Emas, dekat dengan KLCC. Baru tinggi nilainya. Itu pun Felda tak mau berhutang, bayar cash RM662 juta kat Naza TTDI pasal tak mahu menyusahkan generasi akan datang (PM Najib kata RM642 juta kat Parlimen 2008 dulu, teman tak pasti mana satu betul).

Dulu tanggungjawab Felda bantu warga Melayu miskin, bagi depa tanah untuk diusahakan.Sekarang atas nama korporat depa dah boleh tolong kerajaan Sabah RM250 juta, buat MRSM RM120 juta, bantu kerajaan Pahang naik taraf bekalan air RM200 juta. Maklum la sekarang dah ada Felda Global Ventures, boleh melabur projek ternak kerbau kat India atau buat minyak bunga matahari kat US dan Kanada. Tak banyak, guna modal RM800 juta saje. Mula2 memang la nampak susut duit tu, tapi kalu untung nanti, siapa yang akan dapat nikmat? Bukan penyokong2 Umno sahaja, hang pa la dulu sibuk nak jadi ahli lembaga pengarah GLC.

Baru2 ni kecoh pasal saman ekor. Dah buat salah lalu lintas kena saman bayar aje la. Orang Umno tak kecoh pun. Dah la kerajaan nak buat judi bola hang pa tak bagi. Tu semua sumber duit tu. Betul la kata orang2 Umno, hang pa ni tau mengutuk ajer.

Tu pun jangan, nak tawan Putrajaya. Baru perintah 4 negeri dah tak tau nak jaga. Benda kecik macam pasir pun tak tau nak urus.

Dulu masa Khir Toyo perintah Selangor dulu kerajaan negeri untung berjuta2. Tak pecaya? Carilah dalam arkib2 Utusan ke Berita Harian. Tu pun kerajaan negeri masa tu buat tak berapa pandang. Pasal perolehan kerajaan negeri berlambak2. Kayanya kerajaan negeri Selangor tu melimpah ruah, sampai penduduk2 Sabak Bernam pakai gigi gemas. Kebetulannya Khir Toyo tu memang doktor gigi, tu yang boleh buat mahligai RM24 juta tuh. Bininyer boleh ajak kawan pi jalan2 kat Disneyland. Nak harap duit gaji Menteri Besar aje mana cukup yobbb....

Maaf le kalau teman melalut sampai cerita doktor gigi pulak. Pendek ceritanya, walau pun nampak negara kita macam nak bankrap, tapi tak usah la kita nak gelabah puyuh. Sebelum senang, kenalah bersusah dulu. Tengok Jerman atau Jepun. Negara depa lingkup kesan Perang Dunia II, tapi boleh bangkit balik jadi kuasa besar ekonomi dunia. Korea Selatan pernah berperang dengan saudaranya di Utara tapi boleh maju daripada kita jugak. Yang penting ialah menunjukkan kesetiaan kita kepada negara dan kerajaan kita.

Jadilah warga negara yang patuh. Jangan la diikut sangat dengan pembangkang2 ni. Anwar Ibrahim tu, macam2 agen dia jadi. Dari muda sampai ke tua. Agen Muammar Ghadafi, ejen Barat, ejen Cina, ejen Yahudi, ejen CIA.

Jangan la diikut kata bidalan Melayu zaman bahari, ikut rasmi Pak Kaduk menang sorak kampung tergadai. Sebab hang pa berbaik2 dengan bangsa lain, bangsa Melayu jugak yang rugi nanti. Memang la masa tu dia tak sebut DAP, India, Cina ni. Cerdiknya orang Melayu masa tu, dia tak cakap terang2. Pak Kaduk bukan gadai kampungnya kerana berjudi. Hang pa dah kena tipu dengan DAP, PAS, PKR dan Anwar Ibrahim. Inilah propaganda halus Yahudi. Dia kan ajen Yahudi!!!!??? HIDUP MELAYU!!!

Teratai Liar

Read More...

24 June 2010

MEMAHAMI KANG KONG UUM MELALUI SEMIOTIK


MUSTAFA MAHU UUM DIJULANG - melayau

PROFESOR Dr. Mohamed Mustafa Ishak bukanlah satu nama asing dalam bidang akademik negara ini. Mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam bidang ini menjadikan beliau sangat layak dan tepat untuk dilantik menjadi Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) yang baru bagi menggantikan Nordin Kardi. Menggalas tanggungjawab sebagai orang terpenting dalam sesebuah universiti, beliau berkongsi pandangan dan impian beliau untuk menjadikan UUM sebagai sebuah universiti pengurusan terkemuka di negara ini.


nota ilmu semiotik:
berita telah tersebar bahawa anak anak kecil bermain api
telah padam. anak anak kecil sudah besar sudah
pandai berdemo dan tak main api lagi.

lalu diganti dengan saekor lagi kang kong.
ini kang kong pure hasil terbitan sintok mintok.

mari kita lihat dan kaji dari ilmu semiotik siapa kang kong ini.


perhatikan imej itu betul betul. baju berbelang belang ini
langsung tidak melambangkan keilmuan – baju sedemikian
sering dipakai oleh mat bangla – hendak menunjuk-nunjuk yang dia telah
berjaya - ketika hedak pulang ke dacca atau ketika berhari raya di klcc.
kenapa kang kong ini memilih baju mat bangla ini?
jawapan tidak mungkin kita ketahui. apa yang dapat kita baca
ialah kang kong yang menyupai mat bangla ini tidak memiliki nilai estetika yang
tinggi. pilihan warna baju yang cipu miput. terbukti kang kong
ini tidak terdidik dalam seni untuk melihat apa yang indah
dan apa yang haprak. ( seratus peratus kalau pergi ke rumah kang kong
ini akan di hidangkan dengan kueh karipap potong dua ).

INI PURE ASLI KELUARAN SINTOK MINTOK



aliha kan mata - perhatikan jari manis kiri. kelihatan batu cincin timbul.
ini dinamakan cicin gerombolan. perhatikan dengan rapi
setiap ketua cawangan pasti mereka akan memakai
cicin berbatu besar. ini feshen a la mode gerombolan. justeru
besar kemungkinan kang kong ini juga ketua cawangan.

perhatikan kang kong ini memandang juru kamera.
kelihatan jelas keinginan kang kong ini di potret untuk
diwar war sebagai chif kang kong di sintok. inilah mimpi
si kang kong untuk dapat masuk dalam akhbar untusan melayau.
artikle ini akan di gunting dan akan dimasukkan ke dlam cermin
dan dijadikan hiasan di bilik naib canselor.

sayangnya imej ini telah memperlihatakan ke kang kongan yang
maha jelas. apabila disedari makna dan tanda imej ini maka
si kang kong akan cuba memusnahkan imej ini.

kenapa?

perhatikan meja si kangkong ini – kemas?
adakah ini meja seorang yang berilmu?
jawabnya pasti tidak. langsung tidak kelihatan buku
di atas meja. stau buku pun tidak kelihatan.

alih kan mata dan perhatikan rak buku di belakang.
kosong. satu buku pun tidak nampak. sekali lagi imej ni
betul betul memperlihatkan ke kang kongan malaon ini.

nota:
ilmu kajian dan pemahaman semiotik ini
wajib di perluaskan. dengan mehahami
makna dan tanda imej maka kita tidak akan tertipu.

nota:
kepada pelajar sintok selamat menerima kang kong baru
kang kong yang tak sangkut paut dengan buku
selamat memakai tali leher
kerana inilah sahaja tanda ilmu yang sanggup
di munculkan dari sintok mintok.


NOTA:
lihat slogan yang di war war kan : UUM DIJULANG
kah kah kah... nak julang ke mana?
penerbitan akademik pun tak ada kah kah kah

Tukar Tiub

Read More...

21 June 2010

Parlimen Batu - Teori FIRAUN BANGANG Dari Kulim

YB ZUL Kulim, MP Bebas yang dipecat dari PKR mahu mengulas tentang isu MP Batu, Tian Chua berkenaan kerusi Parlimennya yang kini kontroversi akibat keputusan mahkamah baru-baru ini. Ulasan YB Zul yang terdapat di dalam blognya boleh dibaca di sini. Nampaknya, YB Zul telah `menilik' mengapa Karpal Singh mengulas tentang kerusi MP Batu itu yang mana Karpal Singh menyebut YB Tian Chua terpaksa kosongkan kerusi berkenaan.

YB Zul yang sinonim dengan `Firaun besar dan kecil' itu membayangkan Karpal Singh sememangnya suka kerusi MP Batu dikosongkan kerana mahu diisi oleh Dato' Zaid Ibrahim, katanya. Tambah YB Zul lagi, ini adalah kerana DAP mahu letakkan Dato' Zaid sebagai pengganti kepada DS Anwar yang YB Zul juga telah `menilik' mungkin DS Anwar akan terpenjara lebih lama lagi selepas kes liwat ini dibicarakan. YB Zul secara tidak langsung `sukacita' sekiranya DS Anwar terpenjara.


YB Zul mengagak bahawa DAP lebih suka Dato' Zaid mengganti DS Anwar daripada pemimpin PAS menjadi pengganti untuk mengetuai Pakatan Rakyat sekiranya DS Anwar terpenjara. Itulah hebatnya YB Zul yang boleh meneka fikiran DAP dan juga PAS, sepertimana juga beliau boleh meneka dan percaya bahawa majoriti pengundi di kawasannya masih menyokongnya sekarang. Sebab itulah YB Zul tidak mahu meletakkan jawatannya sebagai MP di Kulim Bandar Bharu.

Kita semua tahu YB Zul kuat kelentong. Semasa era reformasi dulu, kaki kelentong ini sanggup buat apa saja cerita untuk menunjukkan betapa beliau mempertahankan DS Anwar. Orang yang kuat kelentong selalunya takut untuk berdepan atau berdebat. Buktinya sehingga kini cabaran MP Shah Alam YB Khalid untuk berdebat dengan beliau tidak mendapat sambutan darinya. YB Zul suka publisiti murahan apatah lagi sejak kebelakangan ini media pencacai Umno begitu berminat dengan apa jua yang keluar dari mulut beliau.

Sebenarnya hati kecil YB Zul cukup bimbang jika diadakan pilihanraya kecil di Parlimen Batu. Memang benar, YB Zul bukan ahli Umno atau dari mana-mana komponen Bn, tetapi jiwanya condong ke sana. Beliau tentu tidak mahu melihat Umno atau Bn akan dimalukan lagi selepas Sibu. Apatah lagi yang berjaya memalukan Umno/Bn nanti adalah dari PKR parti yang telah menghumbankannya ke tepi longkang. Jika Umno/Bn malu, beliau pun turut malu kerana selama ini beliau berkokok mengatakan PR kini telah mula kehilangan sokongan rakyat.

Apa jua ulasan dari YB Zul memperlihatkan betapa beliau amat takut jika diadakan pilihanraya kecil di Parlimen Batu. Sebab itu beliau kaitkan dengan teori yang bodoh seperti itu. Buat beliau, kita ingin menyebut bahawa beliau tidak perlu bimbang kerana kerusi Parlimen Batu pasti tidak dikosongkan. Ini adalah kerana Umno/Bn tidak lagi mampu untuk di`telanjangkan' lagi selepas Sibu. Lihatlah nanti kalau tidak percaya./wfauzdin.blogspot.com

Read More...

05 June 2010

Insiden Mavi Marmara : Konflik Palestin - Israel bukan Soal Politik?

Deklarasi Balfour

Surat daripada Arthur James Balfour kepada Lord Rothschild, 2 November 1917:

I have much pleasure in conveyving to you, on behalf of His Majesty's Goverment, the following declaration of sympathy with the Jewish zionist aspirations which has been submitted to and approved bu the cabinet : His Majesty's Goverment view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious rights of the existing non-Jewish communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country. I should be grateful if you would bring this declaration to the knowledge of the Zionist federation.

Yours sincerely,

Arthur Balfour


Arthur Balfour adalah Setiausaha Luar Kerajaan British pada masa surat ini ditulis. Lord Rothschild pula adalah hartawan Yahudi yang juga penaja dan tokoh gerakan Jews Zionist. Surat ini akhirnya dikenali sebagai Deklarasi Balfour. Ia menjadi legitimasi awal kepada usaha penghantaran ratusan ribu pendatang Yahudi ke bumi Palestin.


Jawatankuasa Khas Palestin (UNSCOP) dan Resolusi 181 PBB 1947

UNSCOP ditubuhkan oleh PBB untuk membuat tinjauan dan pandangan dari Agensi Yahudi dan Liga Arab berhubung Palestine.Ia lahir dari inisiatif Britain tetapi ditolak oleh Majlis Tertinggi Palestine. Terdiri dari 11 negara-negara yang dianggap berkecuali.

7 daripada negara ini mencadangkan supaya Palestine dipecahkan kepada negara Arab, negara Yahudi dan Baitul Maqdis pula diletak di bawah pentadbiran antarabangsa. 43% tanah diiktiraf sebagai negara Palestine. Yahudi pula menerima 53% dari keluasan 10 ribu batu persegi. Liga Arab menolak cadangan UNSCOP dan mengancam untuk melancarkan peperangan jika ia diterima oleh PBB.

Selepas pembentangan di Perhimpunan Agung PBB 1947, pindaan dibuat dengan tambahan lagi 2% untuk tanah Palestine menjadi 45% antaranya Jaffa yang terkenal dengan kesuburan tanah dan limau sitrusnya. Kesan resolusi ini antaranya, menamatkan mandat British dibumi Palestin (baca-cuci tangan)dan pembentukan negara Yahudi di bumi Palestin.

Implikasi ini berakhir dengan konflik. Pada awal tahun 1948, Tentera Pembebasan Arab yang mendapat sokongan Syria mula masuk ke Palestin, sebagai respon kepada bantuan dan bekalan senjata yang diterima oleh Haganah, pasukan bersenjata Yahudi. Haifa jatuh kepada Haganah pada April 1948,diikuti Jaffa dan sebahagian Galilee pada bulan berikutnya.

Petang 15 Mei 1948, David Ben Gurion mengisytiharkan kelahiran Israel.

Bumi Palestine bukan lagi 45%. Dan Zionist tetap tidak berpuas hati, dan ini bukan penjajahan terakhir yang mereka lakukan.

Dunia, seluruh umat Islam dan seluruh pecinta keadilan sejagat berterusan ditipu wayang Zionist, Britain, Amerika Syarikat dan PBB.


teratai liar/
nuraffendya@yahoo.com

Read More...

13 May 2010

Surat Terbuka buat Pengasas Pondok Geting (Abdullah Sa'amah)

Assalamualaikum Abdullah Sa'amah,

Ingin saya dengan ikhlasnya menasihati anda supaya anda banyak-banyak memuhasabah diri. Anda fikir andakah pihak yang benar berbanding dengan TG Nik Aziz? Huh! Jauh panggang dari api! Hisab-hisablah diri anda mengapa anda membenci sangat akan TG Nik Aziz. Anda dengki terhadapnya? Anda hanya mencari dosa kering memusuhi TG Nik Aziz. Apa yang anda mahu, sebenarnya?Wahai Abdullah Sa'amah! Sedarkah anda bahawa 'fatwa' anda boleh menjadikan anda tok guru sesat. Seorang tok guru sesat boleh pula menyesatkan murid dan pengikutnya. Maka menjadilah anda tok guru sesat yang menyesatkan.

Terbaru, anda ada mengeluarkan satu 'fatwa' bahawa politik kepartian seperti yang diamalkan ketika ini tidak ada sedikit pun hubung kait dengan agama.(Utusan Online, 8 Mei 2010). 'Fatwa' anda ini jelas membuktikan bahawa anda memisah dan mengasingkan aspek politik daripada Islam. Bagi anda, agaknya, oleh sebab politik kepartian tidak ada sedikit pun hubung kait dengan agama (Islam), maka pemain politik kepartian bebas melakukan apa saja kejahatan; dia tidak berdosa dan dia tidak akan menerima hukuman, kerana dia tiada hubung kait dengan agama. Begitu?

Atau adakah 'fatwa' anda ini sekadar hendak dijadikan hujah untuk merasionalkan pendapat anda bahawa PAS juga parti sekular seperti UMNO?


Alangkan silapnya anda, wahai Abdullah Sa'amah, pengasas Pondok Geting. Mustahil anda tidak tahu bahawa setiap perbuatan, gerak-geri, tingkah laku, tutur kata dan bahkan diam seseorang itu pun dikira dosa pahalanya oleh Allah SWT. Tidak ada 'apa' pun dalam dunia ini yang 'terkeluar' atau 'terkecuali' daripada Islam, sedangkan politik pemerintahan negara merupakan aspek terbesar dalam amanah Allah SWT yang dipertanggungjawabkan kepada manusia sebagai khalifah-Nya di muka bumi-Nya ini.

Bagaimana mungkin anda hendak memisah dan mengasingkan politik kepartian daripada Islam, sedangkan politik kepartian itu merupakan sebahagian daripada sistem politik yang diamalkan sekarang. Kita sedia maklum bahawa Allah SWT mencipta manusia dengan dua tujuan. Pertama, untuk menjadi hamba yang senantiasa beribadat kepada-Nya. Kedua, untuk menjadi khalifah atau pemimpin demi memakmurkan bumi-Nya.

Dengan kata lain, khalifah sebagai pemimpin politik pada zaman ini dalam konteks negara Malaysia kita wajib mematuhi Titah Perintah Allah SWT dengan menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai Perlembagaan Negara, sebagaimana yang dihasratkan oleh PAS.

Sekian, wassalam. Tolong maafkan saya. Saya ikhlas.


-- Yangretibase --

Read More...

03 April 2010

Rokok Bagi Tapi Api Tak Bagi..

Kadang-kadang nak tergelak melihat orang politik apabila mereka serius, sebenarnya lucu dan lawak. Kadang-kadang mereka lawak, tak gelak pun. Tapi ada yang lucu dia serius dan dia sirius tapi dilucukan sedikit sebagai pendekatan hikmah.

Datuk Sri Azizan Abdul Razak ketika perasmian menamatkan Pelancaran Gerakkerja Pilihanraya Pas di Komplek Batu 9 pada 6 Mac yang lalu dia memberitahu : “Dulu aku nak buat rumah, takut Pas tak menang. Sampai sekarang dah 15 tahun, rumah tak siap. Menumpang tinggal di Pejabat Pas Batu 16. Sewa rumah bini. Nak buat rumah baru, nanti orang kata aku rasuah. Kereta Mercedis lama, aku cat balik. Tapi kerana Menteri Besar pakai, orang kata elok.”
“Mereka macam ikan haruan dalam raga kurung batang. Punya kelupur sampai habis sisik keluar!” katanya lagi kepada golongan yang suka hentam kerajaan Pas Kedah.

2. Perihal keluar parti dan tak mau lompat pula satu hal. Tertanya juga kita, kenapa dalam Pas, orangnya taklah bijak macam mana pun, tapi tak keluar dan tak lompat. Dulu Kelantan majoriti satu, tak juga lompat atau keluar.

Tapi sekarang macam PKR, ada yang alim, kopiah putih sewaktu buat sudang akhbar, dari kalangan peguam, tiba-tiba keluar lohoi begitu. Heee, tak malu ke? Cuba tenguk lucu mereka;

2.1. YB Bagan Serai yang keluar PKR kata, dia keluar PKR kerana Pakatan gagal memperjuangkan Islam. Kerana isu kalimah Allah.

Haa…haa…haaa. Plup-plap, kukik-kukik…blaa..blaa…Teks yang dibaca itu, ditulis sendiri atau orang tolong tulis sebab, baca pun tersangkut ketika buat kenyataan dalam TV. Saya baru pertama kali lihat wajah YB PKR Bagan Serai dalam TV. Menurut cerita kawan-kawan, YB itu tak lena tiga hari tiga malam kerana wajahnya masuk TV.

Kahhh..kahhh…kah…

2.2. Seorang lagi orang PKR yang nak tunjuk orang agama. Dia keluar PKR kerana PKR bagi bantuan kepada kuil tidak mendsirikan masjid.

Kahhh...kahhh....plup-plup...hwaaa-hwaaa-hwaaa....siasat punya siasat dia sendiri pun tak pernah pergi masjid.


2.3. Ada pula politikus yang jadi YB PKR, yang katanya dia tak akan merayu apabila Lembaga Disiplin memecatnya. Baguslah, kita tabek prinsip itu. Tiba-tiba esok keluar pula kenyataannya,dia kata pihak Lembaga Disiplin tak beri peluang dia bela diri.

Huaa….huuaa…huuaaaa….inilah kualti orang PKR yang nak berjuang tentang agama, kalimah Allah sedangkan tiga empat pejabat Pusat Khidmat pun tak bayar sewa sampai tutup macam ‘lau ayam’ saja. Yang lucunya, dia kedekung kedekang, pong-pang, pong-pang sana sini bukan pasal partinya tapi pasal parti orang lain. Sedangkan kawasannya tak pernah dijaga.

Aparrraaaaa!

2.4. Ada pula keluar PKR kerana parti yang dikomponennya dulu Cauvanis, perkauman. Hua…huaaa…huaaa, yang dia cakap nak bela Melayu tu apa pula?

Demikianlah adanya…

Seorang kawan bernama Zaini, buat cerita lawak kepada saya selepas subuh satu hari. Saya terpikir panjang, apakah cerita ini boleh dijadikan tamsil, boleh dibias dan dipadankan kepada orang politik anu..anuuu, sini…sini?

Ada tiga orang politik berlainan parti, berjalan di terngah padang pasir pada musim kemarau keang. Sambil berjalan mereka berbincang cari jalan macam mana nak bersatu. Formula apa yang bagus untuk nak membangsakan etnik dan asobiah yang mereka semai dulu hanya kerana kepentingan politik juga.

Yang seorang memang handal politiknya tapi gila perempuan. Yang seorang lagi handal juga politiknya tapi kuat minum. Yang seorang lagi sama handal dengan dua di atas, tapi perokok tegar.

Sedang berjalan itu mereka terjerembab dengan Jin Aladin. Bila diusap lampu minyak itu, keluarlah Jin ,menawar diri; mintalah apa saja dia boleh tunaikan. Kemudahan akan diberi selama sebulan.

Maka berfikirlah tiga ahli politik ini. Oleh kerana kebiasaan mereka, segala bantuan dan subsidi, peruntukan, rasuah, merekalah yang makan dulu, maka mereka pun minta kemudahan yang bersifat pribadi jugalah.

Politikus Pertama: Kalau sekadar sebulan, kau berikan aku perempuan cantik. Maka Jin itu pun menunaikanlah permintaan itu. Politikus itu dikurung dalam satu banglo mewah dengan puluhan perempuan cantik.

Politikus Kedua: Kalau sekadar sebulan, kau berikan aku segala macam minuman yang mahal dan terbaik. Aku nak minum selama sebulan, katanya kepada Jin itu. Maka Jin itu pun memberikannya sebuah istana minum-minuman.

Politikus Ketiga: Kau berikan aku segaja jenis jenama rokok, luar negeri atau dalam negeri. Kalau boleh cerut yang dihisap oleh kawan aku, sebatang RM250. Akan Jin itu pun menunaikan permintaan itu. Dikurungnya politikus itu dalam sebuah bangunan selama sebulan juga bersama segala macam jenis rokok.

Jin itu memberi syarat, dalam tempoh sebulan, tak dibenarkan keluar.

Apabila cukup sebulan, Jin itu pun membenarkan mereka keluar. Politikus Pertama keluar melelong-lelong kerana sudah tidak ada tenaga lagi.. Tidak berapa lama, akhirnya politikus itu rebah kerana minyak lutut habis lalu mati.

Politikus Kedua pula keluar dari istana mewahnya. Mulutnya mericau-ricau kerana mabuknya masih ada saki baki. Dia sungguh terasa nikmat dapat minum.

Tapi akhirnya dia juga rebah dan meninggal dunia kerana jantungnya terbakar.

Jin Aladin mengeleng kepala. Sampai begitu mereka kemaruk.

Tiba-tiba keluar pula Politikus Ketiga. Dia keluar dengan muka merah padam. Bercekak pinggang. Di tendangnya apa saja yang ada di kiri kanan.

“Bagus?” Tanya Jin. “Bagus kepala bapak engkau,” katanya dengan marah. “Aikkkk, sebulan duduk di dalam bangunan dengan segala macam jenama rokok, tak bagus lagi?” kata Jin.

“Itulah…kau bagi rokok, tapi tak bagi petik api! Aku ketagih mampueh!” katanya. Jin itu ketawa: huaaa…huuaa….kukik-kukik…oopppp! - Kedahlanie - Azizi Hj Abdullah

Read More...

08 February 2010

Apalah Nak Jadi Dengan Parti Aku Ni?


Badan terasa lemah dan letih. Otak terasa sebu dan tepu. Mulut seperti tidak berupaya berbicara lagi. Pandangan menjadi separuh kelam. Bebanan terasa tidak tertanggung lagi.

Apabila terpacul pelawaan ‘dialog’ dengan Umno daripada mulut Tok Guru Nik Aziz, dunia seperti berhenti berputar. ‘Dialog’ itu telah dialih bahasa menjadi ‘muzakarah’ oleh media.

Apa pun penjelasan Tok Guru selepas itu, apa pun tudingan kepada media selepas itu, ia seolah-olah menjadi tidak bermakna lagi. Itu semua seperti melontar seketul ais sebesar penumbuk ke dalam sekolah air.

Air tidak sejuk, ais pun habis.


Samada ‘dialog’ atau apa sahaja yang seerti dengannya tidak perlu ditimbulkan langsung, oleh sesiapa pun. Tidak perlu dan tidak berfaedah. Atas apa tujuan sekali pun.

Dileretkan lagi oleh media, Mahfuz pula berkata, mesyuarat bulanan PAS Pusat terhampir mungkin akan turut meneliti kenyataan Tok Guru itu. Maklumat lanjut akan diperolehi daripada Tok Guru dalam mesyuarat tersebut.

Ini hasilnya. Sesuatu yang tidak perlu akhirnya telah mengambil tempat dalam otak pimpinan PAS. Sedangkan sepatutnya bahagian otak itu ditempati oleh persoalan lain yang lebih besar dan mustahak.

Nampaknya kita masih rasa geli juga apabila digeletek oleh Umno dalam isu ini. Bila agaknya geli itu akan hilang?

Bila pula agaknya kita akan berhenti menyatakan pendirian mengenai isu ini?

Dikirim Oleh Zolkharnain Abidin

Read More...

06 February 2010

Angkara Siapakah Semua Ini ?

Masa BN dulu berapa ramai Melayu telah lari ke Tanah Besar . Siapa punya kerja, siapa jadi pemerintah masa tu kalau bukan BN , Gerakan dan UMNO. Apakah masa tu DAP atau Pakatan yang menjadi punca Melayu lari dari pulau ke Kulim , Sungai Petani dan lain lagi. Masa masa BN/ Gerakan/ UMNO perintah Penang dulu berapa ramai orang Melayu dapat melalui open tender, atau berapa kroni dapat given tender.

Ana lihat hari ini siapa yang jadi kepala demo dan bakar gambar KM Pulau Pinang tuh, apakah orang tu ada persamaan dengan demo dan bakar tayar di Kota Bharu pada tahun 1978 dulu. Siapa yang bakar semangat buat demo pada 1978 dulu ada persamaan dengan yang buat demo di Pulau Pinang semalam.?

Siapa yang menjadi punca sehingga berlakunya MAGERAN sehingga PAS kalah pada 1978 selepas orang itu jadi pembakar semangat sehingga menjadi huru hara menyebabkan terjadinya peralihan kuasa tersebut.

Rakyat Kelantan yang Melayunya 99 % telah dinafikan royaltinya oleh Kerajaan BN Pusat bukan oleh Petronas , apakah orang itu ada demo atau jadi pembakar semangat sehingga rakyat Kelantan dapat balik bayaran royalty 5% dari petronas tersebut dalam bentuk cash kepada KERAJAAN KELANTAN mengikut perjanjian akta industry petroleum 1974.

Kalau jadi rakyat membangkang dinegeri PAKATAN , polis Malaysia memang cukup adil memberikan permit untuk buat demo hingga bakar dan pijak gambar ketua menteri pun tak apa, hanya lihat saja, kalau pijak kepala lembu juga tak apa,lihat saja juga, tetapi kalau berkumpul di mahkamah tinggi Jalan Duta tanpa buat demo dan pijak gambar sapa-sapa pun , polis cukup baik hantar FRU dan lori bawa air mandi dan air asid. Adilnya polis Malaysia.

Cuba lihat siapakah yang paling aktif didalam mengusung tilam dan mendakwa serta membawa cebisan tilam pada 1998 , siapakah pula yang tampil didalam sodomi 2 tahun 2010 ini.

Dimana pelakon katif tersebut pada 1998 dan dimana pula pelakon aktif kini pada tahun 2010 ini, tentu taraf sudah dan dan pangkat sudah tinggi, tapi minda masih lagi terjajah, pegawai yang terjajah minda mereka dek orang politik, macam mana pelabur tak lari, sebab itu apa yang menteri MITI kata pelaburan turun 50 % tu memang tepat dan benar cuma dia tak bagi alasan yang menyebabkan penurunan tersebut.


Apakah cerita penglipur lara yang anak tadika asyik tanya bila lihat berita dalam TV ada beza pada tahun 1998 dan 2010 ini. Tentu ada yang mudah lupa tetapi ramai Melayu yang tak akan lupa , kecuali bila dah berusia 83 dan sudah nyanyuk.

Rakyat sudah tahu siapa penulis skrip dan siapa perancangnya. Mulanya aibkan, jauhkan dari politik, salahkan , buat provokasi, huru hara, mageran, buat pilihanraya, aku masih disokong rakyat, lepas tu enjin hilang ke, PKFZ berulang ke, mati jatuh bangunan atau kena C4 ke, aku apa peduli. Dapat kuasa sudah, naik cukai itu dan ini apa susah, aku dah menang.

Enjin hilang ke, M16 hilang macam di Sauk dulu ke, sapa nak peduli, bila mai PRU beri kain batik dan wang sikit, selesai kerja . Dengar kata lepas ni jururawat dan doktor kena undi pos pula dan tentera dapat pula my ID untuk senang nak isi minyak kereta, apakah ini akan pula menjadi myID nak mengundi sebagai pengundi awam bagi tentera selain dari kelayakan mereka yang sudahpun mengundi sebagai pengundi POS.

Rakyat sudah tahu siapa penulis skrip dan siapa perancangnya.

Mulanya aibkan, jauhkan dari politik, salahkan , buat provokasi, huru hara, mageran, buat pilihanraya, aku masih disokong rakyat, lepas tu enjin hilang ke, PKFZ berulang ke, mati jatuh bangunan atau C4 ke, aku apa peduli. Dapat kuasa sudah, naik cukai itu dan ini apa susah, aku dah menang.

Di bawah ini beberapa fakta untuk tatapan Melayu Umno Pulau Pinang.

1) Pada 2007, katanya, Kerajaan BN mensasarkan Belanjawan 2008 mengalami defisit RM35 juta tetapi sebaik sahaja kerajaan bertukar kepada PR, belanjawan itu mengalami lebihan RM88 juta, iaitu lebihan paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang.

2) Belanjawan 2009 pula, anggaran defisit dibuat sebanyak RM40 juta tetapi pemerintahan Pakatan sekali lagi memberikan hasil dengan lebihan RM77 juta.

3) Pada 2008 peruntukan untuk hal ehwal Islam yang dibuat oleh kerajaan BN dalam belanjawan tahun sebelumnya hanya bernilai RM12.5 juta, namun pada pembentangan belanjawan tahun 2008, Kerajaan Pakatan telah menambah kepada RM20.5 juta untuk peruntukan 2009.

4) Pada pembentangan Belanjawan 2009 peruntukan meningkat lagi kepada RM24.3 juta untuk 2010. Jumlah ini adalah peruntukan tertinggi yang pernah dinikmati oleh intistusi Islam di Pulau Pinang selama ini.

5) Kerajaan Pakatan juga memberi pengiktirafan kepada para huffaz dengan memberikan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

6) Dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang yang dikuasai Umno bahawa Melayu dipinggirkan dalam agihan projek dinegeri itu adalah tidak benar. Ini kerana pada 2008, 78 kontraktor Melayu, berbanding 35 kontraktor bukan Melayu telah menerima projek melalui sebut harga, atu kontraktor Melayu dan satu kontraktor bukan Melayu masing-masing telah menerima projek melalui tender terbuka.

7) Pada 2009 pula, 89 kontraktor Melayu diterima untuk projek melalui sebut harga dan bilangan kontraktor bukan Melayu yang diterima berkurangan kepada 19 syarikat sahaja.

8) Pada tahun 2009 juga, projek yang diberi kepada kontraktor Melayu melalui tender terbuka bertambah kepada 45 syarikat dan bukan Melayu enam Syarikat.

Sebenarnya orang Umno dengki dan susah hati kerana mereka sudah tidak mendapat kontrak dan projek sebagaimana zaman pemerintahan BN. Mereka gagal mendapat projek kerana sememangnya mereka tidak berkemampuan untuk melaksanakan sesuatu projek yang diberikan. Mungkin sebutharga mereka mungkin tinggi, pengalaman dan kepakaran tiada dan sebagainya.

Selama ini mereka mendapat projek kerana tender rundingan dan mereka mendapat projek atas dasar kroni BN dan Umno. Jadi mereka sekarang berada dalam keadaan tenat kerana hendak beri rasuah kerajaan PR tidak makan rasuah, hendak bodek kerajaan PR 'tidak makan' bodek.

Oleh DR HJ MOHD HAYATI HJ OTHMAN
http://mppendang.blogspot.com/

Read More...

25 January 2010

Aduka Taruna Serah Diri Sebagai Anak Jantan

Aduka Taruna (AT) memang berani - seberani gaya penulisannya. Dan dengan langkah berani itulah yang membawa kaki AT untuk menyerah diri di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Kota Bharu pada jam 4.40 petang tadi. Dia tidak seperti sebahagian mereka sama ada dari BN atau PR yang akan bersembunyi di dalam lubang cacing atau lari keluar negara bila sudah masuk dalam senarai wanted polis. Dia betul-betul bertindak seperti anak jantan.

Malaysiakini melaporkan seorang anggota balai polis Kota Bharu mengesahkan kesnya dikendalikan oleh Bukit Aman. Ketika menyerah diri hari ini Aduka Taruna dikatakan ditemani beberapa rakan penulis blog daripada negeri Kelantan.

Setakat jam 6.45 petang tadi, masih belum pasti sama ada polis akan memohon perintah reman terhadap penulis berkenaan. Butiran lain penahanan, termasuk di bawah seksyen mana dia disiasat juga belum jelas.

Apapun, tahniah kepada AT yang menyerah diri seperti anak jantan. Ketelanjurannya yang menghina al-marhum Sultan, biarlah undang-undang yang mengadilinya. Semoga kes ini diselesaikan dengan cara baik.

Walaupun sekali-kali tidak menyokong gaya penulisan AT, tapi perlu disedari dalam dunia yang penuh dengan manusia munafik yang gila kuasa dan kejam ini, kita memerlukan seseorang yang segila dan secelupar AT bagi menghadapi kecelaruan hidup ini.


~ pendikar gunung kriang

Read More...

15 January 2010

Terima kasih Polis sebab menemani saya di Lokap!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, saya baru dilepaskan dari tahanan Polis di IPD Putrajaya, setelah lebih tiga jam disiasat.

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah, kerana memilih saya untuk ditangkap polis.

Dengan penangkapan ini, membuka peluang saya menjelaskan tentang ‘Hikmah Membenarkan Orang Bukan Islam Menggunakan Nama Allah’ sepanjang menunggu siasatan selesai.

Beberapa pegawai penyiasat (IO) yang mendengar perkongsian saya terus memberikan nombor telefon mereka kepada saya. Saya yakin, itu ukhwah…

Terima kasih kepada abang-abang Polis yang simpati atas tangkapan saya. Saya sama sekali tidak berkecil hati dengan keterpaksaan abang-abang Polis yang terpaksa menurut perintah pihak atasan.

Seingat saya, tidak ada mana-mana abang Polis yang mengkasari saya. Mereka begitu profesional dan hormati hak-hak asasi saya.

Yang lebih penting, mereka berminat dengan kepemimpinan Islam yang ada pada Pas – toleransi dengan rakyat, khususnya para pegawai Polis sendiri.

Ada dalam kalangan mereka begitu berminat Khalid Samad kerana Ahli Parlimen Shah Alam itu berani memperkatakan ‘keadilan hak’ menurut Islam.

Ada juga dalam kalangan mereka yang berasa segan dengan 2 Naib Presiden Pas – Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub kerana kedua-dua MP itu tidak pernah putus asa memperjuangkan elaun dan bonus untuk Polis di Parlimen.


Kata seorang dari kalangan mereka, dalam Polis ramai yang tidak setuju apabila mendengar berita ‘belantan FRU’ hinggap di tubuh para pemimpin PAS.

Saya yakin, Polis di Putrajaya banyak yang berminat dengan Islam. Saya yakin, jauh dalam hati mereka tidak mahu bermusuh dengan keikhlasan perjuangan Pas.

Melihat pada diri polis sendiri mengingatkan saya pada sunnatuLlah yang terjadi ke atas Mathitah di dalam istana Firaun; dan Rasulullah s.a.w sendiri di rumah Abu Talib.

Tunjukkanlah akhlak yang baik kepada orang-orang yang lemah seperti saya, kerana itu juga adalah dakwah atas nama Islam.

Saya berdoa mereka yang sudi duduk dan mendengar penjelasan isu kalimah ‘Allah’ yang saya jelaskan tadi, semakin berjinak-jinak bersama Pas.

Semoga Allah merahmati kehidupanku dan abang-abang Polis sekalian. Wasalam!

KEFAHAMAN ASAS PERUBAHAN

Zainulfaqar Yaacob
IPD Putrajaya | 7.01 malam

Read More...

04 December 2009

Rekod cemerlang pengurusan kewangan Negeri Pakatan Rakyat diiktiraf.



Benar, wang bukan segala-galanya. Perjuangan Pakatan Rakyat bukan untuk merebut wang, tambahan pula parti seperti PAS yang lebih berhasrat membina masyarakat yang adil, bermoral dan mengutamakan sahsiah berbanding pandangan materialistik semata-mata.

Namun begitu, sejurus sahaja menerima amanat rakyat untuk mentadbir di 5 buah negeri Pakatan Rakyat(PR), parti-parti PR mesti memikul obligasi mengurus kewangan dan ketelusan agensi kerajaan negeri untuk menerbitkan momentum ke arah negeri yang adil, bermoral serta menyenangkan rakyat.

Justeru, ekonomi merupakan nadi kuat untuk memastikan rakyat berada dalam keadaan sejahtera.

Allah mengajar kita,

“ Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu makan harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya) kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka...” ( Surat al-Nisa’, ayat 29)

"Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai-bagai jalan) penghidupan." (al-A'raf: 168)

Kuasa (sultoh) adalah kegunaan untuk mentadbir dan mengurus (as siyasah). Kuasa ini dinyatakan dalam Islam sebagai punca keharmonian hidup. M. Quraish Shihab , mengatakan “Pada dasarnya, pembahasan aspek hukum Islam yang bukan termasuk kategori aspek ibadah seperti solat, puasa dan haji, boleh disebut sebagai aspek muamalat. Ekonomi dan ikhtisas (muamalat) adalah suatu materi yang diurus (siyasah) oleh para pemimpin untuk kesejahteraan rakyat dan negara. Dalam Islam sejahtera bermaksud menjurus juga penundukan kepada Allah.”

PAS berpakat dengan komponen lain Pakatan Rakyat seperti DAP dan PKR adalah disebabkan sikap optimis parti-parti berkenaan terhadap ekonomi yang adil untuk kesejahteraan rakyat, sejajar dengan matlamat PAS dan Islam.


Lihat, dalam beberapa bulan sahaja (bermula Mac 2008 hingga Disember 2008), terbukti Pulau Pinang berjaya dianjak ke satu tahap selamat ekonominya melalui kesepaduan integriti dan akauntabiliti pemimpin Pakatan Rakyat yang memerintah.

YAB Lim Guan Eng Ketua Menteri berkata, terdapat dua perkara yang membolehkan peningkatan kepada jumlah pendapatan negeri iaitu serta usaha amalan bersih, cekap dan amanahpenjimatan wang di bawah kepimpinannya sehingga mendapat kepujian bukan sahaja daripada Badan Transparensi Antarabangsa Malaysia malah termaktub juga dalam laporan Ketua Audit Negara 2008.

Di samping Pulau Pinang, Laporan Ketua Audit Negara juga meletakkan tahap pengurusan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat juga berada pada tahap yang amat memuaskan. Rentetan laporan ini, YAB Khalid Ibrahim (Menteri Besar) berkata Pakatan Rakyat telah meletakkan prinsip ketelusan, integriti dan ketanggungjawaban sebagai pemandu urustadbir kerajaan.

Mari kita teliti sendiri Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2008 (mukasurat 7 bermula bab Analisis Kewangan Kerajaan Negeri) yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara.

Pada tahun 2008, perbelanjaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara keseluruhannya berkurangan sejumlah RM35.41 juta atau 11.1% daripada anggaran diluluskan. Pengurangan perbelanjaan ini berpunca daripada dasar penjimatan Kerajaan Negeri dan keutamaan kepada perbelanjaan untuk rakyat atau dasar people centric (perkara ini dinyatakan secara jelas dalam laporan berkenaan).

Baki Kumpulan wang Amanah Kerajaan pada akhir tahun 2008 adalah berjumlah RM302.29 juta dengan peningkatan sejumlah RM94.24 juta berbanding pada akhir tahun 2007 yang berjumlah RM208.05 juta.

Kumpulan wang Pembangunan pula diwujudkan mengikut Akta Kumpulanwang Pembangunan 1966 (Akta 70). Punca kewangan bagi Kumpulanwang ini terdiri daripada caruman Akaun Hasil, Terimaan Pemberian dan Pinjaman Dari Kerajaan Persekutuan dan juga Terimaan Bayaran Balik Pinjaman dari Agensi Kerajaan Negeri. Wang dalam Kumpulan wang ini hanya boleh dibelanjakan untuk maksud seperti yang ditentukan dalam Akta tersebut. Pada akhir tahun 2008, Kumpulanwang Pembangunan telah mencatat lebihan sejumlah RM87.43 juta berbanding lebihan sejumlah RM22.89 juta pada tahun 2007. Lebihan ini berpunca daripada penerimaan berjumlah RM239.37 juta berbanding perbelanjaan berjumlah RM151.94 juta. Dengan lebihan ini, baki terkumpul Kumpulanwang Pembangunan pada akhir tahun 2008 meningkat menjadi RM189.76 juta berbanding RM102.33 juta pada tahun 2007.

Pada keseluruhannya, analisis Audit mendapati kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada akhir tahun 2008 adalah baik. Baki Akaun Hasil Disatukan pada 31 Disember 2008 telah bertambah dengan lebihan sejumlah RM88.02 juta atau 23.6% menjadikan lebihan terkumpul berjumlah RM461.61 juta. Hasil yang dikutip pada tahun 2008 telah meningkat sejumlah RM75.28 juta atau 25.4% berbanding tahun 2007 iaitu daripada sejumlah RM295.86 juta menjadi RM371.14 juta. Kedudukan aset yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan juga telah meningkat sejumlah RM178.45 juta atau 21.1% menjadi RM1,025.90 juta pada tahun 2008 berbanding RM847.45 juta pada tahun 2007. Dengan kedudukan kewangan yang baik, Kerajaan Negeri berupaya untuk memberikan perkhidmatan dan sumbangan kepada rakyat dengan lebih berkesan.

Lihat satu contoh negeri di bawah tadbiran UMNO-BN.

Menurut Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Johor 2008 (mukasurat 7) pula, Analisis Audit mendapati kedudukan Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri Johor telah mengalami penurunan sejumlah RM59.03 juta atau 22.7% iaitu daripada RM260.56 juta pada tahun 2007 menjadi RM201.53 juta pada tahun 2008. Penurunan ini antara lain disebabkan oleh baki defisit Akaun Hasil Disatukan pada 31 Disember 2008 telah bertambah sejumlah RM70.35 juta atau 21% menjadi RM405.37 juta berbanding baki defisit berjumlah RM335.02 juta pada tahun 2007.

Pada akhir tahun 2008, baki Akaun Pinjaman Disatukan telah meningkat sejumlah RM1.32 juta atau 25.6% menjadi RM6.47 juta berbanding baki pada akhir tahun 2007 yang berjumlah RM5.15 juta. Peningkatan ini disebabkan pada tahun 2008 Kerajaan Negeri Johor telah menerima pinjaman baru daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM182.11 juta. Selepas membiayai bayaran projek Perumahan Awam Kos Rendah dan enam projek baru berjumlah RM180.79 juta, akaun ini mempunyai baki berjumlah RM6.47 juta.

Pada tahun 2008 walaupun Johor berjaya mencatat peningkatan sejumlah RM 32.76 juta, Johor masih menanggung defesit Akaun hasil Disatukan sejumlah RM70.35 juta (21%) menjadikan defesit terkumpul sebanyak RM405.37 juta berbanding RM335.02 juta pada tahun 2007. Jabatan Audit Negara juga menyarankan Johor memperkukuh prestasi kewangannya supaya pendapatannya cukup menampung keperluan pengurusan negeri dan rakyat. Johor juga dinasihatkan berhemat dan berjimat dalam berbelanja tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan.

Bagaimana pula Johor menjayakan RMK ke-9 sebelum ini? Analisis Audit menunjukkan prestasi perbelanjaan pembangunan RMKe-9 adalah antara 17.3% hingga 70.4%. Secara keseluruhannya, prestasi perbelanjaan pembangunan RMKe-9 adalah pada tahap 42.3% di mana sejumlah RM581.12 juta daripada RM1,372.69 juta telah dibelanjakan pada akhir tahun 2008.

Pulau Pinang pula menunjukkan pencapaian pada tahun 2008 daripada RM162.53 juta yang telah diperuntukkan bagi sembilan Jabatan, sejumlah RM151.94 juta atau 93.5% telah dibelanjakan. Kebanyakan jabatan kerajaan negeri berjaya mencapai target 80% ke atas untuk merealisasikan peruntukan wang Rancangan Malaysia ke-9 berbanding Johor yang hanya sekitar 50% sahaja.

Sebenarnya pengurusan ekonomi berhemah bukan hanya dicetuskan oleh PR di Pulau Pinang, malah telah lama dilaksanakan oleh PAS di Kelantan sejak tahun 1990 lagi. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berjaya mengurangkan hutang negeri terhadap kerajaan persekutuan sebanyak RM204 juta hutang kepada kerajaan pusat sejak 1990. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa pernah berkata, hutang Kelantan pada 1990 adalah sebanyak RM718 juta (warisan UMNO).

Semua negeri yang dikuasai BN mempunyai tunggakan hutang yang lebih banyak daripada Kelantan. Menurut data Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Mengikut Negeri Sehingga 31 Disember 2006, Kelantan mempunyai tunggakan RM11.6 juta berbanding Selangor sebanyak RM587.45 juta, Kedah (RM385.23 juta), Johor (RM365.8 juta) dan Pahang (RM309.13 juta). Terengganu, yang berjaya dirampas BN pada pilihanraya umum ke-11, mempunyai tunggakan RM300.34 juta.

Saya pernah menulis artikel berkenaan rancangan ekonomi kerajaan BN yang tidak menyebelahi rakyat. Terdapat beberapa kritikan terhadap tulisan berkenaan terutama dari sudut ‘bukti’ bagaimana PR sendiri berjaya mengurus kewangan. Sekarang jelas, Jabatan Audit Negara yang bukannya ‘orang PR’ telah mengadili keadaan dan mengiktiraf usaha PR mengurus perbelanjaan negeri secara berhemat.

Saya juga ingin berkongsi rekod kejayaan ekonomi kerajaan PR di Perak walaupun kerajaan adil ini diguling secara biadab oleh BN.

Menurut Sumber Konvensyen Pakatan Rakyat Perak 31 Oktober 2009, Perak di bawah 10 bulan pemerintahan pakatan Rakyat berkaya membekalkan subsidi air sebanyak 20 meter padu kepada rakyat di mana tiada subsidi oleh BN sebelumnya. Tabung Khas Kebajikan ditubuhkan untuk OKU, ibu tunggal dan pesakit kronik di Perak. Bantuan kebajikan masyarakat dinaikkan kepada RM 400 daripada kadar asal pemberian BN iaitu RM 200 sahaja. Skim Takaful Kifalah juga diwujudkan untuk menyumbang RM 1000 kepada warga emas berusia 65 tahun.

Kutipan cukai Perak selama 10 bulan tersebut meningkat sebanyak 17.8%, manakala kutipan zakat meningkat sebanyak 39.7%. Perlaburan asing juga meningkat sebanyak 53.4%, hasil hutan meningkat 150% !!

Pengurusan kewangan berhemat ditonjol oleh YAB Ir Nizar dan pimpinan PR melalui pengurangan hampir 50% bagi bajet Sambutan Majlis Keraian. Jamuan rasmi makan pula hanya memperuntuk RM 15 seorang berbanding amalan BN sebanyak RM 45 seorang. Kerajaan Perak juga mengeluarkan Pekeliling Kewangan Negeri iaitu garis panduan bagi perbelanjaan secara berhemah dan langkah mengurangkan perbelanjaan awam yang perlu dipatuhi oleh setiap jabatan berkenaan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata (Bernama 11 November 2008) antara kandungan pekeliling itu ialah kawalan elaun lebih masa bagi kakitangan kerajaan negeri, penjimatan ulitili seperti arahan menutup lampu ketika rehat, waktu pemasangan pendingin hawa dan penggunaan bekalan pejabat seperti kertas dan pembelian surat khabar. Cadangan pengubah suaian pejabat atau penyewaan bangunan pejabat baru dan lawatan sambil belajar atau lawatan keluar negara yang berkaitan dengan pelaksanaan sesuatu kontrak dan projek perlu mendapat kelulusan pegawai kewangan negeri.

Bandingkan dengan Perak semasa berada di bawah BN. Menurut Laporan Penyata Kewangan Perak, Jabatan Audit Negara 2006, Kerajaan Negeri tidak stabil pada tahun 2006. Akaun Hasil telah mengalami defisit sejumlah RM23.58 juta yang mengakibatkan baki terkumpul Akaun Hasil Disatukan berkurangan kepada sejumlah RM535.08 juta atau 4.4% pada akhir tahun 2006. Kerajaan Negeri digesa untuk mengamalkan perbelanjaan berhemat dan berusaha menambahkan sumber pendapatan serta memungut tunggakan hasil berjumlah RM193.62 juta dan menuntut tunggakan pinjaman daripada Yayasan Perak, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan Majlis Daerah Perak Tengah berjumlah RM26.67 juta.

Bagi negeri Terengganu yang bernaung di bawah BN pula, walaupun mendapat sumbangan Dana Khas sebanyak RM2.613 bilion dari kerajaan Pusat bagi tahun 2007 dan 2008, kedudukan akaun hasil disatukan kerajaan negeri masih defisit (kurangan). Pada tahun 2007, jumlah perbelanjaan mengurus adalah RM1,546.52 juta berbanding hasil yang diperolehi sebanyak RM1,262.13 (defisit RM284.39 juta). Manakala pada tahun lalu, perbelanjaan mengurus sebanyak RM1,790.10 melampaui hasil sebanyak RM146.54 juta (defisit) dengan penerimaan hasil adalah sebanyak RM1,643.56 juta. Oleh kerana mengalami defisit dua tahun berturut-turut, kerajaan negeri Terengganu telah mendapat teguran dari Ketua Audit Negara, Tan Sri Dato’ Setia Haji Ambrin Buang. Ini bermakna Kerajaan Negeri masih menggunakan sumber daripada Akaun Amanah Disatukan bagi menampung defisit tersebut. Justeru, Jabatan Audit menyarankan , kerajaan Terengganu mesti mengambil tindakan sewajarnya, dengan mengamalkan berhemat supaya keadaan ini tidak berlaku kerana tidak semua wang amanah itu merupakan aset Kerajaan Negeri.

Suatu ketika dahulu (sekitar tahun 1980an dan awal 90an), PAS dan Parti Pembangkang diperlekeh serta dianggap retorik apabila bercakap soal pemerintahan dan pengurusan ekonomi. Malah, pembangkang langsung tidak diletakkan sebagai satu ‘kasta’ dengan BN dalam hal kemahiran mentadbir seolah-olah ditakdirkan pembangkang di Malaysia dibarisi oleh manusia bodoh. Tidak seperti Parlimen Britain di mana pembangkang dianggap berpotensi bila-bila masa sahaja untuk menggantikan kerajaan serta diyakini oleh rakyat sebagai mahir mentadbir. Tiada istilah ‘hanya kerajaan mampu mengurus ekonomi’ atau ‘hanya kerajaan mampu menstabilkan keharmonian’.

Bagi negara demokrasi, sesiapa yang mampu merealisasikan hasrat rakyat, mengurus harta rakyat dengan baik, merekalah yang paling layak memegang Parlimen negara.


Muhammad Nuruddin Bashah


http://landskapsiasah.blogspot.com


Muhammad Nuruddin Bashah

Metallurgist
Prima Metal Group
Ipoh Perak
nuruddin@primametals.com
017-6291368
http://primametals.com/

Read More...

25 November 2009

Tulang Besi Tetap Mempertahankan Apa Yang Beliau Tulis

Satu blog pro-PAS, yang mendakwa seorang bekas calon parti itu "berkonspirasi" menjatuhkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mempunyai saksi-saksi berwibawa untuk mempertahankan artikelnya.

Penulis blog Malaysia Waves Abdul Rahman Abdul Talib - yang sering membongkar pergolakan dalaman PAS - berkata, saksi-saksi yang memberikan maklumat kepadanya mempunyai akses langsung kepada "minit-minit mesyuarat PAS Selangor".

"Saya ada saksi-saksi. Dan saksi-sakti itu memberitahu perkara-perkara yang diminitkan dalam mesyuarat PAS negeri," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, beliau akan membuat pendedahan susulan pembabitan bekas calon itu Suwardi Yaacob dalam konspirasi itu apabila saman Abdul Khalid terhadap Pengerusi Gerak Malaysia, Mohd Nazree Mohd Yunus, mula dibicarakan di mahkamah.


"Kita tunggu saman menteri besar (Selangor) kepada Gerak dulu. Perkara ini saling berkaitan (dengan dakwaan saya)," kata Abdul Rahman lagi.

Pada 24 Mac lalu, Abdul Khalid memfailkan saman terhadap Mohd Nazree yang mendakwanya menggunakan wang awam bagi membiayai kos penyelenggaraan kereta peribadinya.

Satu lagi saman pemimpin PKR itu berhubung kenyataan Mohd Nazree yang mendakwa beliau menggunakan wang kerajaan bagi membeli 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400 pada tahun lepas untuk diagihkan di kawasan parlimennya Bandar Tun Razak.

Abdul Rahman diminta mengulas tindakan undang-undang Suwardi - seorang peguam yang didakwa dekat exco kerajaan negeri Datuk Dr Hasan Ali - yang dituduh mengumpulkan maklumat kerajaan sehingga Abdul Khalid disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Selain bertegas dengan tuduhan tersebut, penulis blog itu sebaliknya berkata beliau akan terus membuat lebih banyak pendedahan.

"Merujuk kepada surat (peguam) tuan dengan nombor rujukan: ZE(E)/L/1185/09/bob, saya ingin memberitahu pihak tuan bahawa saya tidak akan membawa turun artikel saya kerana saya mempunyai bukti kukuh terhadap pendedahan saya," katanya, Jumaat lalu.

Abdul Rahman, atau lebih popular dengan nama samarannya Tulang Besi, menjawab ugutan saman Suwardi bertarikh 19 November lalu.

Surat itu antaranya menuntut blog itu menarik balik siaran artikel 'Suwardi Yaakob di Belakang Konspirasi Menjatuhkan MB Selangor' yang diterbitkan Khamis lepas dalam masa 48 jam dari tarikh penerimaan notis.

Selepas enam hari notis tuntutan itu, semakan Malaysiakini hari ini mendapati artikel masih dimuatkan di blog berkenaan.

Usaha mendapatkan ulasan lanjut Suwardi setakat ini belum berhasil. Manakala peguamnya pula difahamkan sedang bercuti dan tidak dapat dihubungi buat masa ini.

Tulisan kontroversi yang sama turut diterbitkan dalam blog Perisik Rakyat - milik penulis blog Topeng Perak Unmasked - pada tarikh yang sama.

Abdul Rahman termasuk seorang penyumbang artikel di blog tersebut.

Suwardi turut menuntut Abdul Rahman mengeluarkan surat permohonan maaf yang dihantar kepadanya beserta ganti rugi am dan teladan.

Pada 14 Ogos lalu, Abdul Rahman yang mendakwa pernah berkhidmat sebagai pegawai khas kepada Dr Hasan pernah menghadapi tindakan undang-undang serupa daripada Suwardi berhubung artikel 'Konspirasi Membuang YB Saari Sungib dan Yang Menentang Idea Persepakatan PAS-Umno di Selangor'.

Pendedahan panas itu, yang didakwa dikirim kepada blog tersebut, mendakwa Dr Hasan terlibat menjatuhkan beberapa ADUN dan ahli parlimen PAS di Selangor yang pro-Pakatan Rakyat.

Abdul Rahman yang mendakwa tidak menerima notis tuntutan Suwardi tersebut bagaimanapun menarik kembali artikel itu atas alasan "permintaan tuan punya surat" dan "isu itu terlalu panas".

Read More...

24 November 2009

Usah berdalih Ariffahmi, Kita Jumpa Di Mahkamah Bila-Bila Masa

Esok Ariffahmi akan memanggil mesyuarat dengan kakitangan PMBK. Esok juga khabarnya Ariffahmi akan dipanggil oleh SPRM. Saya berharap Ariffahmi akan menyerahkan surat perletakkan jawatannya segera esok dan mesyuarat itu adalah yang terakhir. Ini akan memudahkan kakitangan PMBK memberi kerjasama di dalam siasatan SPRM.

Sewaktu sidang medianya bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz tadi, Ariffahmi sekali lagi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan-dakwaan yang terdapat didalam blog ini dan mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang. Ini adalah kali ke tiga ugutan dibuatnya bermula dari sidang medianya di rumahnya pada 11 November 2009. Nasihat saya pada Ariff, selesaikan dahulu masalah anda dengan SPRM. Selepas tamat siasatan SPRM dan sekiranya nama anda telah dibersihkan oleh SPRM, kita boleh bertemu di mahkamah pada bila-bila masa.

Tetapi sebelum itu, ada baiknya Ariffahmi memohon khidmat nasihat daripada pihak Parti dan Kerajaan Negeri Kelantan. Sebab kalau-kalau akibat saman ini banyak pula yang menjadi berita-berita panas.

Sementara itu, ada baiknya blogger-blogger upahan termasuk Ustaz Pil Kuda yang pernah dibuang kerja kerana terlibat dengan penyalahgunaan dadah agar pulangkan segera lap top milik perbadanan yang digunakan untuk kepentingan dakyah peribadi orang-orang tertentu. PMBK juga harus menyiasat pembayaran yang dibuat keatas mereka ini termasuk pembayaran pejabat sekali.

Rangkaian blogger ini diwujudkan oleh Ariffahmi untuk menyembelih mereka yang dirasakannya adalah penghalang cita-citanya. Antara yang telah menjadi mangsa blogger Ustaz Pil Kuda ini ialah Tuan Haji Anual Bakhri, Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.

Kakitangan wanita PMBK yang sering berlagak seperti orang hilang akal dibelakang CEO dan bersikap pijak semut tak mati di depannya bolehlah turut berundur secara terhormat.

Sementara itu saya amat berharap Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan meminta nasihat dari Lembaga Penasihat PMBK didalam membawa CEO baru ke dalam PMBk dengan kadar segera. Biarlah CEO ini seorang yang amat luas pengalamannya dan seorang yang terkenal dengan integritinya. Ini kerana terlalu dalam lurah yang telah digali kambus oleh Ariffahmi dan terlalu banyak baik pulih harus dilakukan.

Akhirnya saya berharap episod ini dapat ditutup sepenuhnya.- kickdefella

Read More...

21 November 2009

Mertua Belanja Nasi Kukus Menantu Pulak Bagi Apa?

Walaupun pendapat aku bertentangan dengan pemilik blog SAYNOTOMUNAFIQEEN tapi aku hormati pendapat peribadinya biarpun dia membela Tok Guru dan Menantu Tok Guru pada paras melampau. Kalau sukatannya 10, dia dapat full 10. Biasalah penyokong PAS salah sorang jenis "sokong yang membawa rebah". Wala' membabi buta.

Tapi apabila aku baca blognya dengan tajuk PIMPINAN PAS YANG PALING DIPERCAYAI DI KELANTAN, persepsi aku padanya jadi paling negatif dan langsung tak mempercayainya

Dia tulis:-

Ramai yang menuduh aku mereka reka cerita. Ramai juga yang menuduh aku memandai mandai sendiri. Paling ramai yang menuduh aku munafiq. Takperlah. Itu hak kalian. Allah Maha Mengetahui.

Hari nih, hari last aku di Kelantan. Malam kang dah nak balik KL. Misi sudah selesai.


Tadi, lepas solat Jumaat, sempat bersama Tok Guru ke HUSM untuk ziarah seorang penghulu masyarakat Siam. Mengikut maklumat daripada anak anak penghulu tersebut, penghulu sangat rapat dan kasih dengan Tok Guru.


Lihat foto dan caption di bawah


Tok Guru serious bercakap soal royalti minyak yang cuba dirompak oleh
kerajaan Pusat. Yang baju biru yang hanya nampak tangan dan kening tu
aku.

Lihat pulak dalam blog ALHUSSEYN posting bertajuk Sebab Ke-6 Dia Terlupa Nyatakan.

Semua tu menunjukkan bahawa pemilik blog SAYNOTOMUNAFIQEEN adalah blogger upahan Menantu Tok Guru atau sesiapa saja yang ada kepentingan mempertahankan Menantu Tok Guru. Ini bukan Pemburu Syahid tapi Pemburu Duit. Baca postingnya, apa yang tak dimakinya pada Presiden PAS Hj Haji....

Apa maksud "MISI SUDAH SELESAI"? Apa maksud PIMPINAN YANG PALING DIPERCAYAI DI KELANTAN?

Maksudnya "kerja dah buat apa tunggu lagi huloq la......".

Piraaaaaah!!!!

Read More...

20 November 2009

"Sindrom Bisu " Adun BN Kedah atau "Sindrom Bisu " media perdana di Kedah?


(Sumber Utusan Malaysia 20/9/2009)
Wakil rakyat BN sentiasa bersuara

ALOR SETAR 19 Nov. - Semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) bukan sahaja bersuara malah malah lantang mengkritik kerajaan negeri setiap kali Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah bersidang.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Ir. Nawawi Ahmad berkata, perkara dibangkitkan meliputi kepincangan dalam kerajaan negeri seperti isu sampah, bekalan air, zakat, Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) dan sebagainya.
Minggu lepas MR berkesempatan singgah bermalam di Kedah dalam perjalanan ke Langkawi untuk temujanji perkembangan LIMA2009.

MR sempat bertemu dengan beberapa Exco Negeri Kedah dan beberapa ADUN BN. Di antara nya ialah YB S.Manikumar ADUN PKR merangkap Exco Pelancongan negeri.

Sepanjang satu jam perbualan dengan beliau yang berkisarkan daripada pembangunan industri pelancongan sehingga kepada situasi politik Kedah terserlah ketokohan beliau yang begitu teruja-ruja untuk membangunkan sektor pelancongan negeri Kedah.

Yang nyata beliau ingin mengambil pendekatan mesra dengan Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan peruntukan demi pembangunan rakyat dalam negeri Kedah khasnya sektor pelancongan, tetapi yang menjadi kekangngan kepada beliau ialah untuk mendapatkan kerjasama dari Kedah Civil Servis (KCS).

Berbalik kepada pertemuan dengan beberapa ADUN BN, banyak juga usaha-usaha yang telah mereka lakukan dan bangkitkan tetapi sukar untuk mendapat kerjasama media-media perdana kerana mereka lebih gemar untuk membuat liputan hanya jika program-program tersebut yang kehadirannya ialah Menteri atau sekurang-kurangnya Timbalan Menteri ke Negeri Kedah.

Media-media elektronik khasnya RTM Kedah seperti longlai tidak ada ”news angle” kerana wartawan-wartawan mereka sudah berakar umbi lebih berorientasikan Kerajaan.

Sikap mereka tidak seperti bekerja di bawah Datuk Seri Kadir Sheikh Fadzil, Menteri dari Kedah yang menjadi Menteri Penerangan dahulu. Begitu jugalah dengan TV3 yang lebih tertumpu kepada nilai-nilai komersial dan ”play safe”.

Janganlah ”Sindrom bisu” hanya dilabelkan kepada ADUN-ADUN Kedah sahaja tetapi peranan media-media arus perdana juga harus diambil kira. Tumpuan harus diberi dengan meletakkan wartawan-wartawan yang bermuscle dan strategis.

Bagi rakyat negeri Kedah ”No news is a good news..”.Hakikatnya rakyat Kedah tidak merasa banyak perbezaan di antara pemerintahan BN dan PAS. Ustaz Azizan juga bijak berpolitik dan berkawan dengan semua orang.


Read More...

07 November 2009

Makin terserlah ke'UMNO'an Pengarah JAIS!

Rujuk isu disini - AJK masjid pertahan tindakan jemput Dr Xavier berucap

Teman memang tak berapa cerdik hal agama tapi takkan bukan Islam masuk dewan masjid pun jadi hal? Habis tuh? yang kontraktor-kontraktor Cina repair air-cond,bumbung malahan buat wiring dalam masjid tu macam mana?

Teman dulu pernah lihat sendiri bagaimana pekerja-pekerja kontrak cina yang teman pasti bukan muslim dok bergelak ketawa sambil mengecat bahagian dalam kubah masjid jame' Tanjung Malim, jadi kenapa Pengerusi JAIPk tak ambil tindakan undang-undang ke atas AJK masjid? kenapa??

Sebabnya satu je.. sebab AJK masjid waktu tu adalah UMNO.. tak kira la Perak ke, Selangor ke.. Uganda ke.. as long as yang tadbir tu UMNO, bawak la Mariah Carey masuk masjid pun tetap dikira betul untuk tujuan dakwah barangkali!!

Ikut logik otak teman ni, takde apa masalahnya nak jemput bukan muslim ke dalam masjid, lagipun majlis yang bersih dan rasmi, bukan saja-saja dia masuk! dia pun tak berani nak masuk kalau sekadar untuk suka-suka!

Kalau dikenangkan, bagaimana agaknya YB Tian Chua hendak melawat Masjid Batu didalam kawasannya kalau ada laporan kubah belah dalam masjid tu rosak? adakah sekadar melihat gambar? tak prihatin pulak kata orang UMNO bahagian Batu.. Itulah realiti sebenar manusia-manusia yang totok UMNO termasuk la 'Boss' JAIS ni.

Makin lama makin jelas ke'UMNO'an nya.. Setiap tindakannya PASTI bermotifkan politik dan PASTI berunsur ke'UMNO'an. Amat-amat memalukan Islam keseluruhannya.

Disaat Paderi-paderi Kristian membuka pintu gereja sebesar-besarnya untuk dimasuki oleh orang muslim terutama anak-anak melayu, Pengarah JAIS ini secara tegas 'menutup' pintu-pintu masjid untuk dimasuki oleh bukan Islam! apa agaknya dalil yang ada dalam otak 'karat biru' hamba Allah ini.

Teringat teman kisah benar yang dialami oleh Ustaz Muhammad Fitri (bekas sami masuk Islam di tangan Harun Din). Bagaimana beliau membawa seorang sahabatnya orang Belanda melawat Kuala Lumpur, singgah sebentar di Masjid Wilayah, Jalan Duta untuk solat jemaah. Sahabatnya tadi meminta izin beliau untuk melihat bagaimana muslim bersolat. Dia minta sahabatnya tadi duduk di belakang sekali(bahagian dinding).

Sebaik sahaja beliau habis solat, didapatinya sahabatnya tadi telah tiada di dinding belakang tadi. Akhirnya beliau menemui kembali sahabatnya itu di pintu pagar luar masjid!!!
Apabila ditanya mengapa dia bangun? dijawab oleh lelaki Belanda tadi bahawa sebaik sahaja jemaah mula bersolat, ada seorang lelaki mengherdik dan menghalau dia keluar dari masjid berkenaan kerana bukan muslim!! Subhanallah!! Betapa cetek dan dangkalnya pemikiran lelaki itu!!!

Mungkin lelaki yang bangang itu adalah Pengarah JAIS tu kot???

sunsnake 6.11.2009
http://budakbalun.blogspot.com/

mungkin boleh rujuk disini
-Kelas Peradaban nawawi

Dihantar melalui e-mail

Read More...

09 October 2009

Hang orang PAS? Pegi mampoih la hang!

Katakan anda menampal gambar di sebelah di seluruh negara, adakah anda fikir tindakan akan diambil ke atas orang bertanggungjawab melakukan perkara itu? Adakah orang bertanggungjawab membelasah dan mencederakan pemuda tersebut akan ditangkap, dibicarakan dan dihukum? Keep on dreaming!

Anda fikir perkara itu tidak akan berulang? Jangan harap!

Anda fikir orang yang bertanggungjawab, jika dia menaiki tangga hirarki partinya, tidak akan menjadi pemimpin besar, menerima pelbagai gelaran atau mungkin menjadi Perdana Menteri satu hari nanti? Suka hati hang!

Anda tahu peristiwa Lubok Merbau? Kalau tak tahu, ada sedikit mengenai maklumatnya di sini. Ketua Pemuda Umno pada masa itu, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menjadi dalang yang berucap mengapi-apikan kegilaan sehingga berlakunya pembunuhan di lubok berdarah itu?

Siapa Perdana Menteri Malaysia hari ini?

Anda mesti menerima hakikat bahawa anda kini berada di land of the blind. Mat Salon kata, "In the kingdom of the blind, the one-eyed man is king".

Anda berada dalam negara orang-orang buta (Tun Dr Mahathir Mohamad pernah kata, membuat pilihan secara membabi buta hanya akan memberi mandat kepada pemerintah untuk melakukan apa sahaja secara membabi buta).

Nampaknya, untuk memenangkan parti perasuah, mestilah dengan cara menumpahkan darah.

Negara ini diperintah orang sengaja membutakan sebelah matanya kepada keadilan. Keadilan hanya boleh berlaku apabila ia memanfaatkan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Kalau anda orang PAS, pegi mampoih la hang!

bakaq a.k.a. ~penarik beca

Read More...

12 September 2009

Umno/Bn Bermasalah Di Bagan Pinang

NAMPAKNYA UBN tidak dapat merasa selesa dengan kelebihan undi di kalangan tentera. Khabarnya jumlah undi tentera dan undi pos di DUN Bagan Pinang ini tinggi mencecah kira-kira 5,000. Kehadiran undi tentera ini dari kem tentera yang bermukim di situ. Biasanya undi tentera secara automatik berpihak kepada UBN. Walaupun tentera ada yang tidak setuju dengan UBN, namun selalunya undi mereka dikhianti.

Proses pengundian dalam kem, memangkah hanya dilakukan oleh seorang atau dua orang ketua sahaja. Banyak tempat yang berkeadaan seperti ini di mana calon-calon UBN di selamatkan oleh undi tentera. Misalnya di parlimen Setiawangsa, di Lumut Perak dan juga Kok Lanas Kelantan. Nescaya kalau tiada ‘kemudahan’ undi tentera atau undi pos berpeluh calon UBN untuk menanginya.

Sekiranya undi-undi ini dilaksanakan seperti biasa diberikan kebebasan dan tangan tentera sendiri mengundinya mungkin suasannya berubah.

Kenapa dikatakan undi tentera yang menjadi undi bonus itu tidak menjadikan UBN Bagan Pinang selesa? Sebabnya UBN menghadapi masalah besar dalam proses meletakkan calon di situ. Belum apa-apa UBN sudah pun bertelagah sesama sendiri dalam soal mencari calon.

Pada masa ini wujud beberapa kumpulan yang ingin menjadikan pilihan raya itu sebagai gelanggang menunjukkan kuasa kekuatan mereka. Pertelagahan paling jelas ialah antara bekas MB, Mohd Isa Samad, dengan Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin. Kenyataan Muhyiddin semalam menjelaskan beliau tidak senang kalau Mohd Isa jadi pilih jadi calon.

Umno bahagian Teluk Kemang telah menamakan Mohd Isa sebagai calon tunggal. Tetapi ianya tidak dipersetujui oleh Muyiddin. Dalam kenyataan semalam beliau mahu Umno NS menghantar banyak nama dan bukannya satu nama saja. Apakah makna dan erti kata-kata Muhyiddin itu. Sekiranya beliau tidak ada masalah tentu nama itu diterima dengan baik.

Umno Telok Kemang katanya hanya menghantar satu nama saja iaitu nama Mohd Isa.
Bagi Muhyiddin ada sebab kenapa beliau tidak mahu kepada Mat Isa. Mungkin mengenangkan diri Mohd Isa tidak berapa bersih. Mohd Isa pernah digantung sebagai Naib Presiden kerana rasuah. Tetapi itu bukan alasan sebenar bagi Muhyiddin.

Apa yang dapat dilihat di sini keengganan Muhyddin itu kerana Mohd Isa akan menjadi ancaman kepada politiknya.

Dalam politik serba serbi boleh berlaku. Mungkin pada perkiraan Muhyiddin kalau Mohd Isa dipilih jadi calon dan menang menyebabkan akan ada pula cadangan supaya Mohd Isa memimpin semula Umno Negeri Sembilan. Kemungkinan ini ada memandangkan keupayaan pengerusi Umno Negeri Sembilan kini Mohamad Hassan sering dipertikaikan. Mohamad dikatakan gagal menyatupadukan Umno Negeri Sembilan yang kini terbahagi kepada ‘sembilan’ puak?

Mohd Isa tidak begitu menonjol kepimpinannya di luar. Tetapi ia sangat dikagumi di Negeri Sembilan. Sekiranya beliau diberi peluang semula menerusi pilihan raya kecil ini memberi kesempatan untuk beliau come back. Inilah yang paling ditakuti oleh Muhyiddin. Makanya bagi Muhyiddin beliau ada sebab yang tersirat dan tersurat kalau beliau mahukan beberapa nama lain lagi untuk menjadi calon Bagan Pinang dan bukan nama Mohd Isa sebagai calon tunggal.

Bermasaman muka antara kedua mereka ini – Muhyiddin dan Mohd Isa sudah lama berlaku. Ia bermula semasa pemilihan pucuk pimpinan Umno tahun 2004. Mohd Isa diketahui bahawa antara pengerusi perhubungan Umno negeri yang tidak menyokong Muhyiddin semasa pertandingan Umno tahun 2004 dulu. Apabila Mohd Isa tiba-tiba dikenakan hukuman jantung ia pula dilihat ada kena mengena dengan Muhyiddin.

Permasaman muka ini tidak dapat lari membawa kepada dendam politik. Dan dendam ini pula akan terus hidup antara mereka berdua.

Pertelingkahan antara kedua tokoh inilah yang boleh menyebabkan UBN tidak selesa dalam pilihan raya kecil ini. Sudah tentu kalau Mohd Isa tidak akan dipilih menjadi calon akan berlaku protes dari kalangan Umno Telok Kemang. Penolakan Isa sebagai calon bermakna Umno tidak menghormati suara akar umbi Umno Telok Kemang.

Undi protes inilah bakal menguntungkan Pas. Sekiranya undi protes ini banyak sampai separuh undi tentera itu sudah pasti ia memberi sinar kepada Pas untuk menang pilihan raya berkenaan. Protes itu bukan diharap pengundi Umno akan mengundi Pas tetapi cukup kalau mereka tidak keluar mengundi.

Kalau ini berlaku bererti pilihan raya kecil Bagan Pinang bakal mencatat kemenangan ke lapan buah Pakatan dan sekaligus membuktikan Pakatan benar-benar kuat. Kemenangan di Bagan Pinang ini juga akan meruntuhkan zon selatan yang dianggap sebagai kubu kuat UBN yang berpengkalan di Johor.

Bagaimana pun bagi Pas dan Pakatan tidak hanya boleh mengharap kepada berlakunya protes demikian, sebaliknya mereka kena melipat gandakan usaha bagaimana untuk memenangi pilihan raya itu. Satu kebimbangan kepada Pas mungkin jentera pilihan raya di negeri itu tidak seberapa mantak seperti di Kelantan, Kedah dan Terengganu. Justeru sokongan padu dari Pas seluruh negara harus ditumpukan ke Bagan Pinang.

Sejauh mana ini berjaya ia bergantung atas kebijaksanaan pengarah pilihan raya kecil itu, Sallahudin Ayub. Mungkin hubungan baik beliau dengan beberapa pemimpin Pas yang mempunyai sumber kewangan banyak di Kelantan boleh dimanfaatkan. Wang Kelantan tidak mudah mengalir ke kawasan lain jika tidak kena caranya. Pas perlu meletakkan usaha ini kepada Sallahudin Ayub - mso

Read More...

11 September 2009

Umno Merayu Kerjasama Pas Lagi

HARI ini melalui Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi cuba menjalin kerjasama dengan PAS kononnya atas semangat untuk memajukan umat Islam di negara ini.

Persoalannya selama 52 tahun UMNO menerajui kepimpinan politik negara ini apa yang telah UMNO buat dalam usaha menjaga kepentingan umat Islam di negara ini? Bantuan perkapita untuk sekolah-sekolah pondok siapa yang memberhentikannya? Adakah ini caranya UMNO hendak menjaga kepentingan imat Islam di Negara ini?

Siapa pemimpin UMNO yang ada hari ini berani menyanggah bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang mempermainkan hukum agama dan sunah baginda Rasullullah sautu ketika dulu. Adakah pemimpin macam ini hendak kita harapkan untuk membantu menjaga kepentingan umat Islam dan memertabatkan agama di negara ini?

Kenapa baru sekarang para pemimpin UMNO mula menyuarakan hasrat untuk bekerjasama dengan PAS? Ketika UMNO semakin lemah dan menghadapi krisis keyakinan rakyat termasuk orang melayu baru kedengaran suara-suara untuk bekerjasama. Kenapa ketika UMNO gah dipersada kekuasaan usul ini tidak pernah disuarakan?

Kini UMNO memang menghadapi masalah untuk menarik sokongan orang melayu dan ditambah dengan kemelut yang melanda MCA, MIC dan PPP menambah parah kedudukan mereka. Lantaran itu mereka mengatur strategi dengan memujuk PAS untuk bekerjasama. UMNO hari ini bagaikan sedang ditelan gelombang besar ditengah lautan dan apa saja yang mampu dicapai akan dicapai walaupun kayu buruk demi survival politik mereka, inilah keadaan UMNO hari ini.

Mahukah kepimpinan PAS menyambut usul itu? Adakah kepimpinan PAS lupa apa yang berlaku di Kelantan sewaktu PAS menyertai BN di sekitar tahun 70an dulu. Selepas bekerjasama UMNO memainkan jarum dan menubuhkan BERJASA sehingga PAS terlepas menguasai Kelantan.

Mahukah PAS menerima nasib yang sama sekali lagi? Lupakah kepimpinan PAS bagaimana royalti minyak di Terengganu ditarik balik selepas PAS berjaya menguasai negeri tersebut? Royalti minyak itu diganti dengan Wang Ihsan yang disalurkan dibawah kekuasaan kepimpinan UMNO Terengganu? Apa yang mereka tak kata kepada Tok Guru Nik Aziz dalam usaha mereka menawan negeri Kelantan?

Kepimpinan PAS yang ada hari ini perlu sedar apa yang pemimpin UMNO lakukan hari ini semata-mata untuk membina kembali keyakinan rakyat yang telah lama hilang keyakinan terhadap kepimpinan UMNO. Mereka cuba untuk menumpang kekuatan dan keyakinan rakyat terhadap PAS.

Jesteru itu kepimpinan PAS disaran jangan terpengaruh malah jangan pedulikan saranan kepimpinan UMNO dalam usaha menjalin kerjasama dengan PAS. Malah kepimpinan PAS juga disaran jangan mengulas atau mempedulikan seruan kepimpinan UMNO. Biarkan mereka jadi macam orang gila talak.

Memang UMNO gila talak dan ingin merujuk kembali kepangkuan PAS selepas lebih 30 tahun bercerai. Yakinlah UMNO kini menuju zaman kehancuran mereka selepas 52 tahun rakyat memberikan kepercayaan kepada mereka tapi mereka langsung tidak menjaga kebajikan rakyat yang menyokong mereka. Dan yakinlah Datuk Seri Najib Tun Razak adalah PerdanaMenteri BN/UMNO yang terakhir sesuai dengan berakhirnya teori RAHMAN. Sayonara UMNO.

nurazman

Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas