Assalamualaikum Abdullah Sa'amah,
Ingin saya dengan ikhlasnya menasihati anda supaya anda banyak-banyak memuhasabah diri. Anda fikir andakah pihak yang benar berbanding dengan TG Nik Aziz? Huh! Jauh panggang dari api! Hisab-hisablah diri anda mengapa anda membenci sangat akan TG Nik Aziz. Anda dengki terhadapnya? Anda hanya mencari dosa kering memusuhi TG Nik Aziz. Apa yang anda mahu, sebenarnya?Wahai Abdullah Sa'amah! Sedarkah anda bahawa 'fatwa' anda boleh menjadikan anda tok guru sesat. Seorang tok guru sesat boleh pula menyesatkan murid dan pengikutnya. Maka menjadilah anda tok guru sesat yang menyesatkan.
Terbaru, anda ada mengeluarkan satu 'fatwa' bahawa politik kepartian seperti yang diamalkan ketika ini tidak ada sedikit pun hubung kait dengan agama.(Utusan Online, 8 Mei 2010). 'Fatwa' anda ini jelas membuktikan bahawa anda memisah dan mengasingkan aspek politik daripada Islam. Bagi anda, agaknya, oleh sebab politik kepartian tidak ada sedikit pun hubung kait dengan agama (Islam), maka pemain politik kepartian bebas melakukan apa saja kejahatan; dia tidak berdosa dan dia tidak akan menerima hukuman, kerana dia tiada hubung kait dengan agama. Begitu?
Atau adakah 'fatwa' anda ini sekadar hendak dijadikan hujah untuk merasionalkan pendapat anda bahawa PAS juga parti sekular seperti UMNO?
Alangkan silapnya anda, wahai Abdullah Sa'amah, pengasas Pondok Geting. Mustahil anda tidak tahu bahawa setiap perbuatan, gerak-geri, tingkah laku, tutur kata dan bahkan diam seseorang itu pun dikira dosa pahalanya oleh Allah SWT. Tidak ada 'apa' pun dalam dunia ini yang 'terkeluar' atau 'terkecuali' daripada Islam, sedangkan politik pemerintahan negara merupakan aspek terbesar dalam amanah Allah SWT yang dipertanggungjawabkan kepada manusia sebagai khalifah-Nya di muka bumi-Nya ini.
Bagaimana mungkin anda hendak memisah dan mengasingkan politik kepartian daripada Islam, sedangkan politik kepartian itu merupakan sebahagian daripada sistem politik yang diamalkan sekarang. Kita sedia maklum bahawa Allah SWT mencipta manusia dengan dua tujuan. Pertama, untuk menjadi hamba yang senantiasa beribadat kepada-Nya. Kedua, untuk menjadi khalifah atau pemimpin demi memakmurkan bumi-Nya.
Dengan kata lain, khalifah sebagai pemimpin politik pada zaman ini dalam konteks negara Malaysia kita wajib mematuhi Titah Perintah Allah SWT dengan menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai Perlembagaan Negara, sebagaimana yang dihasratkan oleh PAS.
Sekian, wassalam. Tolong maafkan saya. Saya ikhlas.
-- Yangretibase --
Kelantan: Pengedar dadah menyamar jadi pegawai risik tentera
20 minutes ago
1 Komen :
"ni napak tukat, lama ke aku te dgn tukat ni atah pala nik ....." aku terkedu mendengar ceramah abdullah sampah. Diserangnya wahabi berapi, kononnya wahabi itu Pas atau wahabi itu TGNA.
Aku yakin 100% abdulah sampah mabuk pil kuda semasa beliau berceramah. Kalau kenyataan aku ini karut tolong pergi dengar sendiri, dan pertimbanglah dgn ilmu.
Hujahnya, terlalu bodoh, yg menjelaskan bahawa dia seorang bukan mempunyai pelajaran dan ilmu. Gelaran tok guru hanya digelar oleh UMNO, atau orang-orang kampung yg bodoh sepertinya (termasuk Hamid Derani). Kalau ceramah seperti ini didengar oleh sahidan kasim, necaya beliau kata org ini dah gila.
Tok guru pondok? Dikelantan sesiapa pun boleh membuat pondok, pondok adalah tempat belajar, atau rumah orang RTM (rehat tunggu mati). Kalau tempat belajar, siapa pelajarnya?. budak tak lulus periksa, atau budak dibuang sekolah kerana onar dan buruk akhlak. Pondok abdullah sampah adalah pondok orang tua RTM. Tak percaya tanya penduduk geting sendiri.
Dakwa belajar lama di Mekah!, dimana tempat beliau belajar di mekah? atas masjid, universiti, tepi longkang atau dalam terowong?. Jelas sekali di masjid al-Haram tidak terdapat pengajian seperti dakwaan beliau. Di Universiti Makkah! beliau tak pernah masuk!, aku rasa beliau belajar dalam trowong atau kedai jahit. Memang ada pengajian di masjid milik orang kelantan dan petani, tetapi bukan tempat belajar secara serius, hanya tempat melepaskan batuk ditangga.
Aku rasa abdullah sampah ini adalah terompah kayu, sekali ceramah dapat rm100/ rm200 sudah cukup kenyang.
Post a Comment