Aduka Taruna (AT) memang berani - seberani gaya penulisannya. Dan dengan langkah berani itulah yang membawa kaki AT untuk menyerah diri di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Kota Bharu pada jam 4.40 petang tadi. Dia tidak seperti sebahagian mereka sama ada dari BN atau PR yang akan bersembunyi di dalam lubang cacing atau lari keluar negara bila sudah masuk dalam senarai wanted polis. Dia betul-betul bertindak seperti anak jantan.
Malaysiakini melaporkan seorang anggota balai polis Kota Bharu mengesahkan kesnya dikendalikan oleh Bukit Aman. Ketika menyerah diri hari ini Aduka Taruna dikatakan ditemani beberapa rakan penulis blog daripada negeri Kelantan.
Setakat jam 6.45 petang tadi, masih belum pasti sama ada polis akan memohon perintah reman terhadap penulis berkenaan. Butiran lain penahanan, termasuk di bawah seksyen mana dia disiasat juga belum jelas.
Apapun, tahniah kepada AT yang menyerah diri seperti anak jantan. Ketelanjurannya yang menghina al-marhum Sultan, biarlah undang-undang yang mengadilinya. Semoga kes ini diselesaikan dengan cara baik.
Walaupun sekali-kali tidak menyokong gaya penulisan AT, tapi perlu disedari dalam dunia yang penuh dengan manusia munafik yang gila kuasa dan kejam ini, kita memerlukan seseorang yang segila dan secelupar AT bagi menghadapi kecelaruan hidup ini.
~ pendikar gunung kriang
25 January 2010
Aduka Taruna Serah Diri Sebagai Anak Jantan
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
aduka taruna
,
tamu
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
2 Komen :
tapi kata2 ko tu macam nak menyebelah si aduka taruna, jangan jadi macam lalang! nak kena sound beramai-ramai jugak ker!!! konon2 anak jantan hahaha dia buat macam tu agaknye boleh dapat hukuman yang ringan, jangan harap....aku ni anak jati johor! hidup sultan!
tol tu.ni bkn ank jantan..pehal nk tulis cmtu..kalu diri sendiri perfect sgt xpe la.ape pe pon bia dia merasa ISA lak..amin
Post a Comment