BlogList Malaysia
Showing posts with label reezal naina merican. Show all posts
Showing posts with label reezal naina merican. Show all posts

29 November 2012

Umno Pilihan Allah..

Seorang perwakilan mempertahankan Umno daripada usaha PAS yang menganjurkan doa bagi kehancuran parti berkenaan dengan alasan bahawa Allah memilih Umno untuk diberi amanah dan kuasa bagi melakukan kerja Islah di negara ini.

Perwakilan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam ucapannya juga berkata, soal menentukan kuasa pentadbiran sesebuah negara adalah hak Allah.

"Dalam soal kuasa, sepanjang 55 tahun, Dia memilih Umno yang memerdekakan tanah air.


"Umno dah diberi amanah, diberi kuasa... Apa yang dilakukan? Umno buat pelbagai Islah, keluarkan daripada penjajahan kepada kemerdekaan yang lebih mulia, memuliakan Melayu, memberi identiti dan meletakkan Islam di sisi Melayu," katanya.

Dalam ucapannya, Reezal turut mempersoalkan gelaran "Musyidul am" yang diberikan PAS kepada pemimpinnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Gelaran "mursyid" itu bermaksud "petunjuk", tetapi Nik Aziz sebelum ini didakwa memberi gambaran bahawa Umno merupakan parti murtad, kata Reezal.

"(Sebaliknya) ini 'Mudhilul 'Am, penyesat nombor satu," katanya sambil mambaca sepotong ayat Al-Quran yang menceritakan tentang kisah nabi Musa dan Fir'aun.

Turut menjadi sasarannya ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai "pengkhianat" atas beberapa kenyataan ketua umum PKR itu yang didakwanya menyokong keselamatan Israel.

"Barack Obama, David Cameron tidak (pernah) mengeluarkan (kenyataan)... Tidak ada keluar melainkan ketua pembangkang. Bukankah itu (dikatakan) pengkhianat?," kata Reezal.


Read More...

30 November 2011

Keluarga Shahrizat Kenyang Makan Ratus Juta, Ahli Umno Pula Disuruh Pertahan Dan Bela.. Bodoh Punya Pemuda Umno..

Skandal NFC: Pemuda Umno wajar pertahan Shahrizat

KUALA LUMPUR, 30 Nov — Ahli-ahli Umno perlu tampil mempertahankan Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam apa jua cara daripada serangan Pakatan Rakyat dalam isu projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), kata seorang pemimpin Pemuda Umno hari ini.

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, yang merupakan Ketua Penerangan Pemuda Umno berkata, parti utama Barisan Nasional itu telah tiba di paras kritikal menjelang pilihan raya umum ke-13 dan oleh itu ahli-ahli parti mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk mempertahamkan “keluarga” mereka.

“Shahrizat tiada apa-apa kaitan dengan apa yang berlaku dengan NFC. Biar siasatan dan undang-undang menentukan.


“Bagi parti, kita mesti mempertahankan keluarga kita, bukan apabila orang kita cedera, kita mengecam mereka,” kata Reezal pada persidangan pergerakan itu di sini hari ini.

Katanya, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin adalah satu contoh pemimpin parti yang mempertahankan Shahrizat sejak isu NFC muncul bulan lalu.

“Khairy Jamaluddin berkata beliau mempertahankan Shahrizat sebab beliau adalah kakak kita, Ketua Wanita yang berada di depan dalam mempertahankan Umno!” kata Reezal lagi.

Dengan merujuk kepada pendirian Pakatan Rakyat, Reezal berkata pemimpin-pemimpin perikatan itu mempertahankan rakan-rakan mereka yang terlibat dalam pelbagai skandal.

“Lihat pada (Exco Kerajaan Negeri) Elizabeth Wong dan kes melibatkan video seorang pemimpin, parti mereka mempertahankan mereka,” katanya lagi.

Kini isu NFC, yang melibatkan keluarga Shahrizat dan suaminya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail sedang disiasat oleh polis.

Read More...

10 January 2011

Balik India - Reezal Merican Dicabar Buktikan

Adun Komtar cabar Kimma buktikan, sedia letak jawatan

Setiausaha politik Lim Guan Eng, Ng Wei Aik, yang didakwa berkata “tutup kedai, balik India” terhadap seorang pengusaha restoran nasi kandar di sini, bersedia untuk meletakkan jawatan jika ada bukti beliau mengeluarkan kenyataan berbaur rasis itu.

Minggu lalu, Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) mendesak Ng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar agar memohon maaf berhubung dakwaan beliau mengeluarkan ungkapan seumpama itu 2 Januari lalu.

Pengerusi Badan Perhubungan Kimma Pulau Pinang, Faruk Raja Mohamed berkata, pihaknya memberi tempoh seminggu kepada Ng, setiausaha politik kepada Ketua Menteri berbuat demikian dan menarik balik kata-kata unsur perkauman itu.


Laporan media sebelum ini menyebut, Ng mengeluarkan ungkapan itu kepada Syed Kasali Mohamed Aliyar, 42, ketika pasukan penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang menjalankan operasi menyita barang-barang kedai.

Ng telah menafikan mengeluarkan kenyataan sedemikian dan menunjukkan rakaman video bagi mempertahankan pendirian beliau.

“Ini jelas satu pembohongan... fitnah dan dakwaan liar yang saya tidak boleh terima,” kata beliau pada sidang media hari ini.

“Jika ada bukti bahawa saya mengatakan kata-kata itu, saya dengan segera akan meletakkan jawatan saya sebagai setiausaha politik,” kata beliau.

Ng juga berkata, beliau akan menghantar surat kepada Kimma meminta mereka memohon maaf dalam seminggu atau berhadapan dengan tindakan susulan. - MI

Read More...

09 January 2011

Reezal Merican Kecik Hati Bila Disuruh Balik India


Pemuda Umno Desak Guan Eng Ambil Tindakan Terhadap Wei Aik

Pemuda UMNO mendesak kerajaan negeri mengambil tindakan tegas terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsurkan perkauman terhadap peniaga nasi kandar Syed Kassali Mohamad Aliyar.

Ketua Penerangannya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata tindakan Ng secara kasar terhadap pemilik restoran dengan menyita serta merampas barangan di premis itu tanpa sebarang perbincangan juga adalah tidak wajar.


"Beliau tunjuk sikap rakus... datang dengan gaya mafia dan mengarahkan penguatkuasa mengambil tindakan terhadap restoran terbabit," katanya kepada pemberita di sini.

Ng, yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, didakwa mengeluarkan ungkapan "tutup kedai, balik India" terhadap pemilik restoran berkenaan pada Ahad lepas.

Akhbar sebelum ini melaporkan Ng mengeluarkan ungkapan itu kepada Syed Kassali, 42, ketika pasukan penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang menjalankan operasi menyita barang-barang di kedai itu yang didakwa mengganggu lalu lintas.

-- BERNAMA

Read More...

11 October 2010

Padan Muka.. Umno Dah Kencing Hampa.

Sehingga kini tidak ada satu sen pun wang yang dikatakan diserahkan oleh warga emas di negeri itu kepada Umno diserahkan kepada kerajaan negeri, kata Adun Permatang Pasir, Pulau Pinang Ustaz Salleh Man.

Langkah ini, bagi beliau menunjukkan Umno cuba menipu warga emas di negeri itu dengan membuat provokasi kepada mereka kononnya wang itu haram lalu di serahkan kepada Umno.

"Seperti yang diakui oleh Ketua Menteri, sehingga hari ini satu sen pun wang tersebut belum diserahkan oleh Umno kepada kerajaan negeri. Kalau wang itu haram, serahlah kepada kerajaan negeri," kata beliau dalam ceramahnya dekat Kuala Nerus malam semalam.

Salleh mendakwa, UMNO tidak sudah-sudah memainkan sentimen perkauman dan agama di Pulau Pinang agar orang Melayu bangkit menentang Kerajaan Pakatan Rakyat.


Padahal selama ini, apa yang dilakukan oleh Umno Pulau Pinang ketika bersama-sama Barisan Nasional yang dipimpin Gerakan memerintah negeri itu, soal Salleh.

"Adakah kerana menerima laba dan kemewahan mereka lupa nasib orang Melayu dan Islam, tapi bila Pakatan Rakyat memerintah mereka baru tersedar selama ini orang Melayu telah dipinggirkan," tanya beliau lagi.

Akhirnya, kata beliau, kerajaan Pakatan Rakyat dipersalahkan akibat kesilapan UMNO
selama ini.

Menurut Salleh yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, di bawah kepimpinan PR nasib orang Melayu mula terbela di negeri itu.

"Peruntukan sekolah agama rakyat telah disalurkan oleh kerajaan negeri, wang ehsan untuk wargamas diberikan, tabung khairat kematian dan pelbagai kemudahan lagi diberikan kerajaan Pakatan kepada rakyat," katanya.

Kejayaan Kerajaan PR ini sebenarnya melahirkan rasa cemburu dan khianat Umno, katanya.

"Mereka telah dan akan melakukan pelbagai helah dan kerja jahat untuk memburukan imej Ketua Menteri dan kerajaan PR," cerita Salleh dalam ceramahnya itu.

Sharpshooter - 1. Wang yang diterima oleh warga emas dan orang yang berkelayakan tidak haram kerana sifat wang itu sendiri yang tidak haram. Yang diterima oleh mereka adalah duit bukan tiket loteri atau duit RM100 untuk mereka buat modal berjudi.

2. Orang yang berjudi tetap berdosa walaupun tujuan baik mungkin untuk menolong orang susah kerana perbuatan judi itu sendiri merupakan satu dosa besar.

Kita andaikan A adalah penerima wang derma dan B adalah orang yang menderma dari hasil judi. Hasil judi tersebut adalah haram untuk B sebab dia mendapat duit dari perbuatan judi tapi bila B dermakan duit tersebut kepada A maka yang diterima oleh A adalah duit dan duit bukan haram sifatnya.

Duit yang diterima oleh B dari judi tetapi duit yang diterima oleh A adalah derma. Judi tetap haramnya walau untuk apa tujuan sekalipun sedangkan derma tidak haram.

Sharpshooter masih menunggu warga emas di Pejabat Adun Bukit Tengah YB Ong Chin Wen, tetapi hingga kini tidak ada seorang pun lagi yang datang untk serahkan kembali wang RM100.

Ada juga Warga Emas yang datang tetapi untuk mendaftar sebab mereka belum lagi mendaftar. Bila sharpshooter bertanya "Pak Chik dan Mak Chik mahukah ambil RM100 dari duit judi?"

Mereka menjawab.."UMNO ni kalau tak tipu Melayu bukan umno namanya"... kata mereka dengan ketawa.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Read More...

05 October 2010

Warga Emas P.Pinang Kena Tipu Hidup-Hidup

Mengikut laporan berita online Malaysiainsider hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mengumumkan pada sidang media, Umno setakat ini belum lagi memulangkan satu sen pun dari duit ehsan yang dikutipnya dari warga tua.

Pemimpin Umno, Reezal Merican telah mendakwa duit ehsan yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada warga tua Pulau Pinang adalah haram kerana duit itu adalah dari sumbangan dari kelab lumba kuda di Pulau Pinang.

Namun, kerajaan negeri Pulau Pinang telah menafikan dengan sekeras-kerasnya bahawa duit yang diberikan kepada warga tua adalah dari duit sumbangan judi tetapi dari duit kerajaan yang berjaya dijimatkannya.

Umno mula menganjurkan ‘program mengembalikan duit haram’ dari penerima-penerima wang ehsan tersebut. Dalam setiap program yang yang dianjurkan Umno, kelihatan warga tua sedang mengembalikan duit yang dikatakan haram itu.


Menurut TV3/4, Umno akan mengembalikan semua wang yang dikutip oleh mereka kepada kerajaan negeri. Tetapi, KM, Lim Guan Eng menafikan setakat ini ada menerima apa-apa wang dari Umno Pulau Pinang.

“Jangan berikan kepada Umno, bimbang mereka mempergunakan wang itu untuk tujuan yang tidak munasabah kerana sejarah telah membuktikan parti itu sering tidak amanah terutamanya peruntukan menjelang pilihan raya kepada para petugas,” kata Lim. – harakahdaily

Setakat ini dikatakan lebih dari 100 orang telah mengembalikan duit ehsan itu. Ini bermakna kutipan mereka sudah mencecah lebih dari RM 10,000. Siapakah yang sedang memegang duit ini? Reezal Merican Naina Merican?

Apakah duit ini akhirnya akan dikembalikan ke khazanah kerajaan negeri? Kita tidak tahu sebenarnya berapa ramaikah warga tua yang sudah mengembalikan duit mereka. Akaun berkaitan wang yang dikembalikan oleh warga tua yang disimpan oleh Umno tidak boleh dipercayai kerana Umno kita percaya tidak beramanah. Siapakah akhirnya yang akan menikmati semua kutipan dari warga tua ini?

Wang yang dikutip dari sumbangan orang ramai kepada tabung Tsunami suatu masa dulu, juga dikatakan tidak diagihkan dengan betul kepada mangsa bencana alam tersebut oleh Umno/BN. Ada mangsa yang mendakwa mereka tidak menerima apa-apa bantuan dari tabung Tsunami! Wang untuk mangsa bencana alam pun mereka ‘gasak’.

Jadi, apakah duit ehsan yang dikembalikan oleh warga tua akan selamat kembali kepangkuan khazanah negeri Pulau Pinang?

Lebih dari 100,000 warga tua telah menerima duit ehsan dari kerajaan negeri, namun 100 orang lebih sahaja yang telah mengembalikan duit tersebut.

oleh decapucino

Read More...

04 October 2010

Aku Paling Benci Dengan Muka Ini

Ramai yang mungkin terhibur dengan posting Dato' Mohd Ariff Sabri Hj Abdul Aziz bertajuk "Masa depan orang Umno". Tambahan pula bila bekas Adun Pulau Manis dalam kawasan Parlimen Pekan tu kata, "Jenama Umno sudah jadi jenama yang jijik". Beberapa blogger yang tak suka Umno saya lihat dah macam tergedik-gedik seronok sangat dengan apa yang ditulis oleh Ariff.

Dari satu segi, memang benar. Saya sendiri merasa sangat jijik dengan parti Umno. Tambah-tambah pulak kalau keluar muka macam di sebelah dalam media. Kalau akhbar, saya terus selak halaman lain. Kalau TV, saya tukar channel lain. Bila melihat dia, perasaan saya sama dengan perasaan yang saya alami bila melihat Datin Seri Rosmah Mansor.

Meskipun begitu, sama seperti saya tak terhibur dengan hasil kajian bahawa edaran Utusan Malaysia merosot, saya juga tak terhibur dengan dendangan Ariff itu.


Bagi saya, Ariff tidak mendendangkan apa-apa kepada kita yang tak nak Umno. Apa yang beliau lakukan hakikatnya adalah proses muhasabah untuk menguatkan lagi Umno bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Saya tidak yakin Umno kini lemah. Angka tunjuk saya ialah undi orang-orang Melayu yang diperolehi oleh Umno dalam pilihan raya Bukit Gantang, Manek Urai, Bagan Pinang dan Hulu Selangor.

Memang saya tak mahu sama sekali mempercayakan kepada Umno masa depan anak cucu saya yang saya yakin akan tetap tinggal dalam negara ini. Tetapi, pada masa yang sama, parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak pula kelihatan bersungguh-sungguh untuk meraih kepercayaan saya sebagai rakyat.

Hari ini, ramai pula yang bercakap tentang third force. Bagi saya, ia tak ubah seperti a far-fetched dream. Kalaupun third force boleh diwujudkan, ia hanya mampu berjalan seperti siput sebelum mampu meyakinkan rakyat dan menggondol kepercayaan mereka - saya sengaja pilih perkataan menggondol, ikut sukalah nak tafsir lagu mana pun.

Bermimpi memang sedap dan lazat. Tetapi, dalam jangka waktu terdekat, saya nampak third force hanya boleh jadi tukang buat bising. Bertanding pilihan raya silap-silap hilang deposit.

Di pihak PAS, tanggungjawab terbesar untuk meyakinkan rakyat saya lihat terletak kepada anak-anak muda dan orang-orang lama parti itu yang dilihat bersih dari pelbagai buruk kelaku seperti gila nak menggatal dengan Umno, melantak balak, makan duit tauke balak dan lain-lain buruk kelaku. Rakyat bukan sahaja nak orang yang bersih dan dilihat bersih, rakyat juga nak orang yang cerdik dan dilihat cerdik.

Pemuda PAS mempunyai tanggungjawab besar untuk membebaskan diri mereka dari imej bodoh. Mungkin mereka tak bodoh, tetapi imej bodoh itu seolah-olah seperti tak boleh tertanggal lagi dari Pemuda PAS kini. Ia juga dilihat "ada serupa tiada". Nasib baik orang-orang Umno sendiri memusuhi Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. Jika tidak, Pemuda PAS mungkin lebih buruk dari keadaan "ada serupa tiada" yang dialaminya sekarang.

Penarik Beca

Read More...

03 October 2010

Surat Terbuka Buat Reezal Merican Yang Dungu

Surat Terbuka Anthony Loke Buat Reezal Merican

Encik Reezal Merican,

Saya merujuk kepada kenyataan En Reezal (Utusan Malaysia, m/s 7, 27 September 2010) yang terus melakukan fitnah dan tohmahan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung dakwaan kononnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggunakan dana sumber perjudian untuk program pembasmian kemiskinan orang-orang Islam di negeri tersebut.

Walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menafikan dakwaan tersebut dan memberikan penjelasan mengenai sumber dana yang digunakan untuk program membantu rakyat miskin, namun En Reezal nampaknya tidak berminat untuk mendengar fakta dan terus menggunakan taktik kotor untuk memfitnah Kerajaan Pakatan Rakyat.

Saya tidak berasa hairan mengapa En Reezal berbuat sedemikian kerana sememangnya anda dan parti anda telah bankrap idea politik dan ketandusan isu di Pulau Pinang dan terpaksa bergantung kepada senjata fitnah untuk kekal relevan di negeri tersebut.

Namun, yang menjadi bahan ketawa kepada rakyat umum ialah cara En Reezal mempermainkan isu ini yang menunjukkan tahap hipokrasi anda pada tahap yang paling tinggi.


Apakah En Reezal yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan yang terdahulu tidak mengetahui bahawa semua bentuk hasil cukai perjudian dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan di bawah Kerajaan Persekutuan?

Sekiranya En Reezal dan rakan-rakan anda dalam Pemuda Umno begitu cetek pengetahuannya, biar saya menyalurkan sedikit maklumat kepada anda dan rakan-rakan anda.

Soalan saya di Sidang Dewan Rakyat pada 9 Jun 2010 yang lalu berbunyi:

Tuan Loke Siew Fook (Rasah) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada hasil cukai perjudian diasingkan daripada Akaun Hasil Disatukan, mekanisme untuk menguruskan hasil judi, kegunaan hasil ini dan berapa peratuskah hasil ini disalurkan untuk menangani masalah sosial akibat daripada masalah perjudian.

JAWAPAN:

1. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada Kerajaan. Berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Perkara 97 dan Akta Tatacara Kewangan 1957 (semakan) 1972 semua hasil atau terimaan yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan adalah terdiri dari tiga akaun utama iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil Kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara.

2. Pada masa ini Kerajaan tidak ada memperuntukkan sejumlah peruntukan yang khusus bagi menangani masalah sosial akibat ketagihan judi. Namun Kerajaan pada setiap tahun menyediakan peruntukan dalam bajet tahunan kepada Kementerian-kementerian berkaitan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti social.

3. Selain dari itu Kerajaan juga sedang dalam peringkat kajian untuk mewujudkan satu kod yang khusus dalam Akaun Hasil Disatukan bagi mengakaunkan semua kutipan daripada aktiviti perjudian dan ia akan disalurkan kepada perbelanjaan yang dibenarkan oleh syariat Islam.

Saya yakin En Reezal fasih dalam Bahasa Malaysia dan boleh memahami maksud jawapan yang diberikan oleh Menteri Kewangan Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Presiden parti yang diwakili oleh En Reezal.

Untuk maklumat En Reezal juga, hasil cukai perjudian yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional adalah berjumlah RM2.3 billion sepanjang tahun 2009. Ini termasuklah cukai daripada kasino di Genting, cukai pertaruhan dari nombor ramalan seperti Magnum, Sports Toto dan sebagainya.

Angka ini juga bukan direka oleh saya tetapi telah dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Senator Awang Adek di Dewan Rakyat pada tempoh hari. Untuk rekod, Senator Awang Adek juga merupakan pemimpin daripada parti yang sama dengan En Reezal.

Jadi, untuk pengetahuan En Reezal, sebahagian perbelanjaan mengurus negara dan perbelanjaan pembangunan adalah dari sumber hasil perjudian yang dikatakan haram oleh En Reezal. Ini termasuklah elaun dan gaji Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kabinet yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin parti kesayangan En Reezal!

Sama ada ini merupakan satu penghinaan kepada umat Islam dan pemimpin-pemimpin parti Umno, terpulanglah kepada kebijaksanaan En Reezal untuk membuat kesimpulan!

Sekian dimaklumkan, terima kasih. “MALAYSIAN FIRST”. Berkhidmat untuk rakyat.


* Loke Siew Fook adalah Ketua Pemuda Sosialis DAP dan Ahli Parlimen Rasah.

Read More...

01 October 2010

Reezal Naina Merican Buta Maklumat

Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan Ketua Pemuda Sosialis DAP Loke Siew Foo tidak mempunyai hak untuk bersuara dan campur tangan dalam isu wang ihsan kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipersoalkan pihaknya.

“Beliau (Loke) tiada hak untuk bercakap soal ini (wang ihsan), beliau orang luar bukan rakyat Pulau Pinang.

“Lagipun ini hal rumah tangga rakyat Pulau Pinang, jadi biar rakyat dan Ketua Menteri (Lim Guang Eng) sahaja yang terlibat,” kata Reezal kepada The Malaysian Insider.

Isu ini dilihat sebagai serangan terbaru Umno-BN terhadap pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Tambahnya, sebagai anak kelahiran Pulau Pinang beliau mempunyai hak untuk membawa rintihan rakyat di negeri itu.

“Saya bercakap sebagai seorang rakyat Pulau Pinang dan apa yang saya cuba bawa ini adalah rintihan rakyat,” katanya lagi.

Reezal berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Loke (gambar) yang mengatakan bahawa beliau buta maklumat dan hipokrit apabila mempersoalkan skim wang ihsan dengan mendakwa ia bersumberkan hasil judi.


Loke berkata buat masa ini sebahagian hasil kerajaan persekutuan juga adalah hasil judi dan ia bukan perkara baru.

Kata beliau, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada kerajaan.

Beliau memberitahu berdasarkan pada Perlembagaan Persekutuan Perkara 97 dan Akta Tatacara Kewangan 1957 (semakan) 1972 semua hasil atau terimaan yang diterima oleh kerajaan persekutuan hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan adalah terdiri dari tiga akaun utama iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan.

Menurut Loke, bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam Akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara.

Sebelum ini Pemuda Umno negeri mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan sumbangan sebuah syarikat perjudian sebagai wang ihsan kepada warga emas negeri itu.

Dakwaan itu berdasarkan sepucuk surat yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program tersebut.

Dalam kenyataannya selepas itu, Lim yang mengakui menerima sumbangan tersebut berkata ia digunakan bagi program membasmi kemiskinan tegar dengan menerimanya adalah bukan Islam, bukan untuk penghargaan warga emas.

Tambah Reezal, tindakan Lim yang berdolak-dalik dalam memberikan jawapan telus mengenai isu ini seolah-olah membuktikan dakwaan tersebut adalah benar.

“Sebelum ini saya minta supaya Ketua Menteri jelaskan mengenai isu wang ihsan ini tapi apa yang saya terima adalah satu penafian yang begitu sombong dibuat Ketua Menteri.

“Ketua Menteri cakap wang ihsan ini bukan hasil wang judi tapi bila disiasat kita dapati beliau berbohong.

“Jadi saya minta supaya beliau jawab dengan telus perkara ini dan jangan nak cuba tukar topik lain pula,” katanya.

Kelmarin, seramai 40 warga emas memulangkan semula wang bantuan daripada kerajaan negeri itu kerana wang itu dikatakan daripada sumber judi lumba kuda.

Kumpulan itu menyerahkan wang berkenaan kepada Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Azhar Ibrahim untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri.

Read More...

28 September 2010

Siapa Reezal Merican Naina Merican?

Who is Reezal Merican Naina Merican? Read here for more

Reezal Merican Naina Merican is an Indian Muslim from Penang ( i.e. MAMAK) who had managed to bring himself to the attention of Abdullah Badawi three years before Khairy ever showed his face in the Jalan Bellamy house.

Reezal Merican (often called ‘Ustaz Reezal’) is an IIUM graduate with a penchant for high politics and beautiful women artistes. He was sued for divorce by his second wife, actress Sharifah Norhaslinda.

Reezal Merican is a member of the Kepala Batas Umno division in Penang headed by Abdullah. Read here for more

When Abdullah Badawi ascended that high office, Reezal Merican thought that his time had come. His years of being the ‘lightning rod’ in IIUM -- attracting the ire of his fellow students who were mostly supporters of Anwar Ibrahim -- would finally pay off when Abdullah recognises his loyalty and perseverance in defending his image.

Reezal had hoped that Abdullah would reward him with a suitably high post in government. In November 2003, Reezal was made Political Secretary to the First Finance Minister. It was not as important as being Political Secretary to the Prime Minister himself, but as the two posts were conjoined in the same person, Reezal did not complain too much.


Khairy did not take this lying down though. He shot off another official memo to Abdullah, informing him that the IIUM graduate did not deserve the post as he added no value to the effort to show Abdullah’s administration as being a professional team of bright young things.

Khairy also accused Reezal of involvement with several young recording artists and newsreaders. The letter found itself on Abdullah’s desk, but not before chief private secretary Dato’ Thajudeen Abdul Wahab (no friend of Khairy’s) had made a copy and given it to Reezal.

Seething with anger, Reezal swore to eliminate Khairy from the Abdullah circle.
That promise was made in the white heat of anger.

Eventually, Reezal realised that it was better to be seen to support Khairy, at least for the time being. He took a step back and allowed Khairy to go for the UMNO Youth Vice-Chief post while he himself contested as an ordinary EXCO member, though he had a longer relationship with the UMNO Youth delegates.

On 15 June 2006, Reezal Merican Naina Merican wrote a letter to Datuk Zamani Abdul Ghani, the Deputy Governor of Bank Negara Malaysia about an amount of USD50 billion required by Malaysia to fund its national development.

Now, what authority does Reezal Merican Naina Merican have in instructing the Deputy Governor of Bank Negara? Reezal Merican is one of the ‘Tingkat Empat’ boys and the Political Secretary to the Finance Minister, who by chance also happens to be Malaysia’s Prime Minister.

Reezal Merican is not there because of his abilities but because Khairy Jamaluddin, the Prime Minister’s son-in-law, wants to keep an eye on things and Reezal Merican plays the role of Khairy’s eyes and ears.

The Two Powerful UMNO-Mamaks and Khairy Jamaluddin

Reezal Merican’s job is not only to report everything to Khairy and to be the minder for the Finance Minister II and keep him under control, but also to ensure that Khairy gets to read all reports and letters before it falls onto the desk of the Finance Minister II.

By the time any documents reach the table of the Finance Minister II, it would already have instructions etched on them about which project and which contract is to be awarded to which company. In short, the jobs are apportioned out even before the Finance Minister II gets to see the papers. Read here for more

Identity Crisis of Indian Muslims like Reezal Merican Naina Merican

Something is very wrong when we have traitors in the (Malaysian Indian) community. Read here for more.

The Indian community consists of various ethnic groups with their roots going back to India. People from South India are the Tamils, Telugus, Malayalees, and those from North India are the Sikhs, Gujarathis, Bengalis and others.

In this group there also religious groups like Indian Muslims both from South and North India.

Religion can NEVER change your roots.

Indians in Malaysia do not have an identity problem. (But) this identity problem is evident with the Indian Muslims.

These Indian Muslims are bent on CHANGING THEIR RACE.

This is impossible. I may imitate a white man in his talk, mannerism, food, clothing and many others but I cannot be a white man, not even a “celup” white man.

A reader in Malaysiakini categorised Indian Muslims into three groups consisting of:

* Indian Muslim converts
* Malays with Indian ancestry
* Indian-Muslim descendants of immigrants

It is evident that the bulk of the Indian Muslims in this country come from the Indian-Muslim descendents of immigrants.

Generally, this group is referred to in Tamil as “thulukar” or “thulukan”. This is a misnomer, the origin being “thrukkan” or a mussalman from Turkey. Mamak is the Malay version.

They include:

1.President of the Federation of Peninsular Malay Students, Datuk Reezal Merican Naina Merican

2. President of the Indian Muslim Congress Malaysia (KIMA) Syed Ibrahim Kadir

The names Merican, Naina and Kader are very clear that these two chaps refer to the “thrukkans” .


Other prominent Indian Muslims/"mamaks" who became "Malays" and gained political influence in UMNO are:

* Information Minister Zainuddin Maidin
* Minister for Women, Family and Community Development, Shahrizat Abdul Jalil
* Second Finance Minister Nor Yakcop
* Subahan Kamal
* Datuk Abdul Azeez Rahim
* Dr. Zamri

Sumber di sini

Read More...

GEMPAR - Reezal Merican Punyai Kekayaan Luar Biasa

Dari mana kekayaan luarbiasa ahli keluarga Reezal Merican ?

Reezal Merican Naina Merican Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas perlu mendedahkan kepada umum dari mana sumber kekayaan ahli keluarganya secara tiba-tiba.

Bapanya cuma seorang kakitangan awam biasa di Jabatan Pengangkutan Jalan manakala ibunya seorang jururawat desa.

Semasa hayatnya bapanya memiliki sebuah lori kecil empat tayar bagi menjalankan perniagaan 'gas masak'.

Reezal sendiri selepas tamatkan pengajian di IPTA, bekerja dengan Shahrizat Abdul Jalil.

Secara tiba-tiba apabila mendampingi Abdullah Badawi keluarga ini sudah mempunyai rumah harga berjuta-juta di Shah Alam, projek di sana-sini dan begitu juga memiliki banyak kereta mewah.

Orang Penang terkejut dengan kemewahan luar biasa keluarga Naina Merican ini dan berharap Reezal dapat memberitahu sumber kekayaan ahli keluarganya.

Orang ramai berpendapat jika ianya dari sumber halal - tidak mengapa. Jika dari sumber haram, orang Islam lebih rela menjauhi harta dan keluarga seumpama itu.

Itulah sebabnya UMNO dan Barisan Nasional bermati-matian enggan mengistiharkan harta yang mereka kira "harta emak bapa" mereka.

AFRAR YUNUS

Read More...

27 September 2010

Duit Judi - Yang Reezal Merican (K) Tak Mahu Menyalak Ker??



PERTAMA Zaman MADER


KEDUA ZAMAN PAKLAH



KETIGA ZAMAN NAJIB


SPORT TOTO dan STAFF derma pada anak yatim
klik kasik besar berite di atas dari the STAR




Sumber - Greenboc

Read More...

Reezal Merican (K) Kena Baca Nie.. Tak La Nampak Bodoh Sangat.

Dr Asri: Rakyat terima bantuan kerajaan guna hasil judi tidak haram

KUALA LUMPUR, 27 Sept — Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, rakyat yang menerima bantuan kerajaan sebenarnya tidak haram walaupun dana yang diperoleh pihak berkuasa adalah daripada pelbagai sumber termasuk judi — yang menjadi amalan kerajaan pusat dan sesetengah kerajaan negeri.

“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram, sebabnya mereka bukan berjudi... mereka (hanya) mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.

“Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Oleh itu, Asri menjelaskan kesalahan akibat penjaan wang hasil perjuadian ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.

“Sama dengan mereka yang mendapat gaji daripada kerajaan, atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi.

“Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi yang berniaga makanan,” kata beliau mengulas kontroversi terbaru terbabitkan kerajaan negeri Pulau Pinang yang berhadapan dengan serangan Umno bahawa pentadbiran negeri Pakatan Rakyat menggunakan sumber judi untuk membayar wang ihsan RM100 kepada warga emas.


Dalam kenyataann Jumaat lalu, Pemuda Umno mendakwa bahawa dana dari kelab lumba kuda digunakan sebagai sumber wang ihsan RM100 bagi warga emas negeri itu.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan mendakwaan kenyataan yang dibuat Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sehari sebelum itu sebagai “satu pembohongan.”

Lim berkata, wang ihsan adalah hasil penjimatan manakala sumbangan kelab kuda digunakan untuk membantu rakyat miskin tegar bukan Islam.

Menurut Reezal, pihaknya mempunyai sepucuk surat, didakwa sebagai bukti bahawa kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Surat tersebut yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri di Komtar, ditujukan kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program berkenaan.

Kira-kira seminggu itu beliau mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog bahawa dana bagi pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas di negeri ini adalah dari sumber hasil perjudian.

Dalam kenyaatan itu, Asri juga berkata, hakikatnya di Malaysia, wang judi digunakan oleh kerajaan Pulau Pinang dan juga kerajaan pusat.

“Berapa banyak cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain yang dipungut oleh kerajaan.

“Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat.

“Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga dari pelbagai sumber,” kata beliau sambil menegaskan judi adalah haram dan merosakkan masyarakat.

“Segala aktiviti yang menggalakkan judi hendaklah dicegah oleh semua kerajaan,” kata beliau lagi. - TMI

Read More...

26 September 2010

Ke Mana Agaknya Pergi Hasil Judi, Arak Dan Babi..

AJK Pemuda Umno yang juga ahli Umno dalam bahagian Kepala Batas, Pulau Pinang , Reezal Merican Naina Merican, nampaknya bersungguh-sungguh 'memperjuangkan' untung nasib Melayu Pulau Pinang. Keghairahannya semakin menjadi-jadi setelah BN/Umno tewas dalam pilihan raya lepas di Pulau Pinang.

Ada saja yang tak kena dengan pentadbiran negeri pimpinan Lim Guan Eng.

Reezal Merican, elok juga kita rujuk kepadanya sebagai 'cek', iaitu rujukan mesra orang Tanjong kepada orang yang lebih muda sama seperti mereka merujuk kepada orang yang lebih tua sebagai mamak, mamu, mami, atta ataupun nana dan aci.

Reezal, cek tentu tau dan pandai cari modai nak tegork dan nana, saya bahasakan diri saya sebagai abang walaupun boleh jadi bapa kepadanya, suka tengok cara cek keluark 'press statement'. Cek memang tera.


Cuma satu yang nana nak tanya kat cek bab duit judi yang cek kata kerajaan negeri Pulau Pinang guna dok bantu orang miskin. Nana nak tau kalu-kalu benda yang sama dibuat oleh kerajaan-kerajaan negeri yang lain dan kerajaan persekutuan. Mana la tau kot-kot cek boleh jawab.

Nana nak tanya pasai duit atau cukai yang dikutip hasil daripada pengimportan arak, pengeluaran lesen judi, cukai yang dikutip atas keuntungan kasino di Genting Highlands, cukai-cukai yang dikutip hasil keuntungan loteri, Sports Toto dan Magnum.

Duit tu semua pi mana kalau tak masuk dalam hasil kerajaan persekutuan dan ada yang masuk dalam kutipan hasil kerajaan negeri.

Dengan itu, segala cukai dan kutipan hasil penjualan arak, hasil judi dan hasil keuntungan ladang-ladang ternakan babi dan hasil eksport babi ke Singapura disatukan dalam hasil atau perolehan negara. Duit tu juga diguna atau dibelanja untuk pembangunan negara termasuk membina rumah-rumah ibadat, sekolah, hospital dan kemudahan awam lain.

Hasil itu juga diguna untuk membantu orang miskin di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat termasuk mereka yang beragama Islam.

Tak kan kerajaan asingkan hasil daripada sumber haram itu daripada jumlah hasil keseluruhan yang dikutip sama ada melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Pejabat-pejabat Tanah, Pihak-pihak Berkuasa Tempatan dan sebagainya, daripada hasil atau cukai yang bukan haram. Tentu tidak.

Oleh itu, pasai apa cek Reezal Merican bangkitkan sumbangan yang dikatakan dibuat oleh Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang kepada kerajaan negeri untuk bantu orang miskin di negeri cek sendiri.

Dah tentu tak dak beza dengan apa yang dibuat oleh kerajaan-kerjaan Negeri dan kerajaan Persekutuan. Jadi pasai apa nak jadikan satu isu ..... jangan lah jadi macam si periuk yang dok kata si belanga hitam sedangkan diapun hitam macam tu juga.

Cek Reezal kena pi belajar main politik lagi dengan tok guru Abdullah, la ni Tun Abdullah, cucu Pak Hassan Kontong atau Kwantung, pasai mungkin ada benda yang dia tak peturunkan kat cek.

http://kudaranggi.blogspot.com

Read More...

25 September 2010

Reezal Merican Si Pembohong Yang Bodoh

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menafikan dakwaan Pemuda Umno bahawa dana dari kelab lumba kuda digunakan sebagai sumber wang ihsan RM100 bagi warga emas negeri itu.

Sehubungan itu tegas beliau, kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semalam sebagai “satu pembohongan.”

Lim menjelaskan, dana daripada kelab tersebut hanya digunakan untuk membantu bukan Islam yang jumlahnya 10 peratus di kalangan miskin tegar negeri itu.

“Dakwaan Reezal adalah usaha Umno mahu mensabotaj program warga emas,” kata Lim selepas merasmikan program pembersihan pantai antarabangsa di sini hari ini.

Menurut Reezal, pihaknya mempunyai sepucuk surat, didakwa sebagai bukti bahawa kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Read More...

19 September 2010

Jawapan Guan Eng Untuk Pemuda Umno Yang Bodoh

Ketua Menteri Pulau Pinang menafikan sekeras-kerasnya tuduhan pihak tertentu dan Pemuda Umno yang mendakwa sumbangan Kerajaan Negeri kepada warga emas dan waris mereka adalah dari hasil judi. Lim Guan Eng menyifatkan tuduhan yang dilemparkan itu adalah amat tidak bertanggungjawab dan tidak berasas sama-sekali.

Beliau menggesa Umno, yang menyokong kuat perlaksanaan lesen judi sukan supaya insaf dan memperbetulkan kegelinciran moral dalam parti mereka sendiri.

Dari laman Twitter-nya, Guan Eng menyifatkan tuduhan dari Pemuda Umno itu adalah perbuataan munafik.

" Hanya umno jahil sahaja cakap kerajaan Pulau Pinang guna duit judi bila lesen judi dibagi kerajaan BN. Mana kerajaan Pulau Pinang dapat wang judi? Ini kerja jahat munafik! tulis beliau dalam Twitternya malam tadi.

Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang meminta kerajaan negeri menjelaskan dakwaan satu laman blog yang menuduh warga emas Pulau Pinang menerima sumbangan hasil judi sebanyak RM100 setahun manakala waris keluarga warga emas yang meninggal dunia menerima RM1,000.


Kerajaan negeri menganggap dakwaan itu muslihat Umno menyerang kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng selepas gagal dalam isu khutbah bulan lalu.

" Kerajaan Pulau Pinang memberikan wang kepada rakyat ia dikatakan wang haram tetapi wang yang diberikan kepada kroni mereka bagaimana? Saham Bumiputera RM52 bilion halal sejak ia dirampas kroni BN!" ujar Guan Eng.

Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang Ng Wei Aik berkata sumbangan itu adalah hasil dari pendekatan jimat cermat yang diamal kerajaan negeri sejak Mac 2008.

“Pada 2008 perbelanjaan yang berhemah dan sikap jimat cermat oleh kerajaan negeri, daripada peruntukkan sebanyak RM318.56 juta yang dibelanjakan hanya RM283.15 juta. Penjimatan sebanyak RM35.41 juta atau 11 peratus telah digunakan untuk manfaat warga emas dan waris mereka yang kehilangan ibu dan bapa,” kata Ng.

Read More...

Pemuda Umno Tak Mahu Komen Ke Perangai Loklaq AJK Umno Nie?

Kalau taraf AJK UMNO bahagian perangai macam ni, agakya macam mana pula perangai Ketua Bahagian UMNO, perangai Ketua Perhubungan UMNO , Perangai Presiden UMNO ?

Berzina sana sini. Kaki liwat isteri. Memang haram jadah punya UMNO.

Tak kan nak sokong UMNO ni lagi, pemimpin atasan perangai macam syoiton nirrajim, puak bawahan di kampong-kampong pula jadi barua, diperbodohkan macam lembu. Insaflah. BAcalah sendiri perangai UMNO ini. Ini bukan fitnah, tapi keterangan di mahkamah Syariah. Yang perlu seseorang bersumpah dengan nama Allah sebelum berikan keterangan.

AJK UMNO Dakwa Suami Pernah Tiduri Lebih 10 Wanita

Mastura ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini.


KUALA LUMPUR: Bekas madu kepada penyanyi etnik kreatif Noraniza Idris hari ini mendakwa suaminya, Datuk Muhamad Mustafa Idrus, 54, pernah meniduri lebih 10 wanita sepanjang perkahwinan mereka.

Mastura Bakar, 24, ketika memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini berkata, suaminya itu tidak adil dalam berpoligami selain banyak berfoya-foya.

"Dalam berpoligami memang dia tidak adil dan banyak berfoya-foya dengan lebih 10 wanita di hotel kerana saya mengenali dan menghubungi setiap wanita yang pernah tidur dengannya," katanya hari ini ketika menjawab soalan peguam syarie Roslizam Rahim yang mewakilinya dalam semasa prosiding tuntutan cerai fasakh.

Dalam pada itu, Mastura mendakwa Muhamad Mustafa yang juga ahli jawatan kuasa Umno Tasek Gelugor itu pernah meliwatnya setelah dia enggan tidur bersama.

"Dia (suami) suka paksa saya untuk tidur dengannya dan apabila saya enggan berbuat demikian, dia mengasari saya termasuk pernah meliwat saya.


"Jadi, sebab itu saya tertekan dan ingin memohon cerai fasakh dengannya. Bukan itu sahaja, dia juga pernah memukul, menampar dan menendang saya sebanyak tujuh hingga lapan kali apabila mempunyai masalah dan apabila saya bertanya tentang hubungannya dengan wanita lain.

"Apabila saya melarikan diri dari rumah, dia akan pecahkan barang-barang dan pernah melanggar saya dengan kereta sekali," katanya pada perbicaraan kes tuntutan cerai fasakh terhadap suaminya itu.

Mastura juga memberitahu Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin bahawa dia merupakan isteri keempat ketika mereka bernikah pada 3 Jun 2006.

Namun, dia hanya mengetahui tentang statusnya itu semasa mahu melahirkan anak sulung mereka.

"Ketika bernikah dengannya, saya langsung tidak mengetahui yang saya merupakan isterinya yang keempat. Saya hanya mengetahui yang dia pernah berkahwin dan mempunyai anak-anak.

"Apabila saya nak bersalin anak pertama, baru saya tahu yang saya merupakan isteri keempat," ujarnya.

Beliau berkata, selepas itu suaminya berkahwin dengan tiga wanita termasuk Noraniza.

"Dia sendiri mengaku telah berkahwin dengan ketiga-tiga wanita itu kepada saya setelah saya mengemukakan bukti-buktinya.

Selepas dua tahun berkahwin, tambahnya, Muhamad Mustafa mula jarang pulang ke rumah apabila selepas dia mengetahui suaminya mempunyai isteri lain.

"Kadangkala, seminggu dia tidak pulang ke rumah. Sekitar Mei 2008, dia hanya pulang sekejap dan tidak bermalam di rumah. Saya rasa seperti tempat persinggahannya.

Menurut Mastura, dia bukan sahaja tertekan sehingga trauma untuk tinggal bersama malah lelaki itu juga didakwa tidak memberikan nafkah kepadanya dan anak-anak sejak Disember 2008.

"Sejak Disember 2008, semuanya (pakaian, makanan dan rumah sewa) saya tanggung sendiri dan mendapat bantuan keluarga," ujarnya lagi yang kini menganggur.

Sebelum ini, Mastura menanggung keperluannya dan anak-anak menerusi pendapatannya bekerja sebagai pembantu jualan di kedai barang kemas My Diamond di The Curve, Damansara termasuk berkerja di pusat rawatan spa Mustika Ratu.

Mastura dan Muhamad Mustaffa bernikah pada 3 Jun 2006 di Masjid Pengkalan Hulu, Perak dan dikurniakan tiga anak berusia dua hingga lima tahun.

Muhamad Mustafa tidak hadir ke mahkamah dan diwakili oleh peguam syarie Zaidi Ibrahim.

sumber : Justice For All / Mstar

Read More...

18 September 2010

Publisiti Murahan Paling Bodoh Pemuda Umno Bodoh


Pergerakan Pemuda Umno mahu kerajaan negeri Pulau Pinang memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog kononnya pemberian wang ehsan iaitu RM100 setahun kepada warga emas dan RM1,000 kepada waris keluarga warga emas meninggal dunia menerusi program penghargaan warga emas adalah menggunakan wang daripada sumber judi. Ketua Penerangannya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng perlu segera memberi penjelasan kerana dakwaan dalam blog "Pisau.Net" itu telah menimbulkan kegelisahan dan rasa kurang senang segelintir penerima wang ehsan itu, terutama yang beragama Islam.

"Saya terima banyak panggilan daripada warga emas yang bertanyakan mengenai perkara itu dan mereka bimbang serta gelisah kerana sudah menerima wang RM100 dan RM1,000 terbabit sejak kerajaan negeri melaksanakan program penghargaan warga emas.


"Mereka sangat bimbang dengan dakwaan wang berkenaan dari sumber duit judi yang haram bagi umat Islam...penjelasan berkenaan bagi menghilangkan keraguan orang ramai di mana sehingga kini masih belum ada sebarang penjelasan walaupun sudah beberapa hari blog berkenaan membuat dakwaan terbabit," katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Aidilfitri bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di sini, Sabtu.

Juragan : Jangan umpama meludah ke langit la broo..Baru sekarang
lu orang nak pertikai Wang judi (Haram)..Hasil Judi Genting Highland
sapa yang bagi rakyat muntah kedarah selama ini..??Guan Eng lebih
tahu tentang hukum islam drp luorang umnongok..Hampehh


Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas