BlogList Malaysia

15 January 2010

Terima kasih Polis sebab menemani saya di Lokap!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, saya baru dilepaskan dari tahanan Polis di IPD Putrajaya, setelah lebih tiga jam disiasat.

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah, kerana memilih saya untuk ditangkap polis.

Dengan penangkapan ini, membuka peluang saya menjelaskan tentang ‘Hikmah Membenarkan Orang Bukan Islam Menggunakan Nama Allah’ sepanjang menunggu siasatan selesai.

Beberapa pegawai penyiasat (IO) yang mendengar perkongsian saya terus memberikan nombor telefon mereka kepada saya. Saya yakin, itu ukhwah…

Terima kasih kepada abang-abang Polis yang simpati atas tangkapan saya. Saya sama sekali tidak berkecil hati dengan keterpaksaan abang-abang Polis yang terpaksa menurut perintah pihak atasan.

Seingat saya, tidak ada mana-mana abang Polis yang mengkasari saya. Mereka begitu profesional dan hormati hak-hak asasi saya.

Yang lebih penting, mereka berminat dengan kepemimpinan Islam yang ada pada Pas – toleransi dengan rakyat, khususnya para pegawai Polis sendiri.

Ada dalam kalangan mereka begitu berminat Khalid Samad kerana Ahli Parlimen Shah Alam itu berani memperkatakan ‘keadilan hak’ menurut Islam.

Ada juga dalam kalangan mereka yang berasa segan dengan 2 Naib Presiden Pas – Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub kerana kedua-dua MP itu tidak pernah putus asa memperjuangkan elaun dan bonus untuk Polis di Parlimen.


Kata seorang dari kalangan mereka, dalam Polis ramai yang tidak setuju apabila mendengar berita ‘belantan FRU’ hinggap di tubuh para pemimpin PAS.

Saya yakin, Polis di Putrajaya banyak yang berminat dengan Islam. Saya yakin, jauh dalam hati mereka tidak mahu bermusuh dengan keikhlasan perjuangan Pas.

Melihat pada diri polis sendiri mengingatkan saya pada sunnatuLlah yang terjadi ke atas Mathitah di dalam istana Firaun; dan Rasulullah s.a.w sendiri di rumah Abu Talib.

Tunjukkanlah akhlak yang baik kepada orang-orang yang lemah seperti saya, kerana itu juga adalah dakwah atas nama Islam.

Saya berdoa mereka yang sudi duduk dan mendengar penjelasan isu kalimah ‘Allah’ yang saya jelaskan tadi, semakin berjinak-jinak bersama Pas.

Semoga Allah merahmati kehidupanku dan abang-abang Polis sekalian. Wasalam!

KEFAHAMAN ASAS PERUBAHAN

Zainulfaqar Yaacob
IPD Putrajaya | 7.01 malam

3 Komen :

Generasi Pejuang Bangsa January 16, 2010 at 12:08 AM  

nak tergelak bila baca cerita ini ..

itu pun PAS dok kutuk polis cakap anjing kerajaan ..

Anonymous ,  January 16, 2010 at 12:42 AM  

yg setan poli yg kat atas2 nu

anjing umno

yg kat bawah ni takleh watpe
terpaksa la ikut

azman kamarul January 16, 2010 at 9:55 AM  

Encik polis peringkat bawahan ini bukan baru sekalarang suka kat PAS dah lama dah.....

Yang kami dok kutuk la ni tuu hak yang duduk sengeta bah dengan besi berkilat macam bintang tu......

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas