BlogList Malaysia
Showing posts with label kangkung. Show all posts
Showing posts with label kangkung. Show all posts

23 January 2013

Kami tidak ceroboh pejabat Sharifah Zohra

KUALA LUMPUR - Tiga pertubuhan bukan kerajaan iaitu Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Kumpulan Aktivis Kebebasan Mahasiswa (Kami) dan Independent Student Front (Instef) menyifatkan dakwaan menceroboh pejabat Suara Wanita 1Malaysia sebagai satu fitnah.

Penyelaras Segmentasi Mahasiswa SAMM, Wan Noor Faril Azli Wan Haron berkata, kedatangan mereka ke pejabat SW1M telah disambut baik oleh pekerja pertubuhan itu.

Menurutnya, laporan yang mendakwa wujud penecerobohan hanyalah rekaan dan berbaur fitnah yang mempunyai agenda lain.


"Kami datang ke pejabat dan disambut baik, diberikan air mineral dan coklat serta dijemput duduk di sofa.

"Kehadiran kami bertujuan menyerahkan surat jemputan rasmi untuk presiden SW1M, Sharifah Zohra Jabeen menjadi salah seorang panel," katanya kepada media tamat Forum Kebebasan Akademik dan Hak Asasi yang berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, di sini malam tadi.

Katanya, terdapat bukti kukuh di mana tidak berlaku sebarang perkara tidak baik sekalipun tidak dapat bertemu dengan Sharifah Zohra.

"Kami dimaklumkan beliau tidak ada di pejabat tetapi menurut pembantunya, beliau sudi hadir memandangkan tiada apa yang perlu dirisaukan.

"Semasa di pejabat, kami berbincang dengan salah soerang pekerja di sana mengenai hal ini. Kehadiran kami juga adalah disebabkan surat kami dikatakan tidak diterima (faks dan emel)," katanya.

Katanya, sehingga semalam, pihaknya masih tidak mendapat sebarang kenyataan berhubung ketidakhadiran Sharifah Zohra dan hanya mengetahui hal tersebut menerusi media sahaja.

"Sikap Sharifah Zohra tidak profesionalismenya sebagai anggota masyarakat.

"Kami ada gambar serta bukti surat kami diterima pihaknya walaupun insiden cop rasmi syarikat 'tiada' di pejabat. Di mana yang menunjukkan kami menceroboh?" katanya.

Sementara itu, presiden Instef, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, pihaknya sedia memberi kerjasama kepada polis sekiranya minta tampil memberi penjelasan.

"Kami tidak gentar. Kami tidak melakukan kesalahan seperti yang didakwa. Selain menceroboh, kami dituduh menggunakan alamt e-mel palsu sedangkan tidak kerana kami menggunakan alamat emel yang sah.

"Pun begitu, kami sudah mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam kami untuk mengatur langkah jika beliau (Sharifah Zohra) terus membuat menimbulkan fitnah.

-SinarHarian


Read More...

21 January 2013

Sharifah Zohra 'Listen' Dakwa Bawani Dihantar Untuk Cetus Provokasi

'Adakah Bawani menyusup untuk cetus provokasi?'

Presiden NGO Suara Wanita 1Malaysia Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin mempersoalkan sama ada siswi Universiti Utara Malaysia KS Bawani sengaja "menyusup untuk mencetuskan provokasi" dalam forum kontroversi 8 Januari lalu.

Bercakap dalam satu rakaman video yang dimuatkan di Youtube, Sharifah beliau tidak dapat memastikan sama ada Bawani telah "dipergunakan" dalam forum berkenaan.


harifah mempersoalkan sama ada Bawani menunggu isyarat untuk mencelah dalam forum tersebut dan mendakwa kenyataan siswi tersebut cukup provokatif.

Dalam rakaman video sepanjang sembilan minit itu, Sharifah turut mengulangi ungkapan "Dengar (listen)" sebanyak 11 kali, sepertimana yang dilakukannnya dalam forum berkenaan.

Merujuk kepada dirinya sebagai "Kak Shah", Sharifah Zohra mengakui bahawa beliau dipengaruhi "emosi" sewaktu berdepan dengan Bawani.

Beliau juga mendakwa Bawani tidak mengikuti peraturan program kerana sesi soal jawab telah selasai tetapi beliau enggan untuk menghentikan percakapannya.


Read More...

Sharifah Zohra 'Listen' Hanya Berani Depan Mahasiswa UUM Saja..

KUALA LUMPUR, 21 Jan — Wanita “listen, listen, listen”, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin, tidak akan menghadiri untuk berkongsi pentas dengan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), Bawani KS, dalam forum “Kebebasan Akademik dan Hak Asasi” esok.

“Confirm Sharifah Zohra tak akan hadir,” kata Ema Lee Abu Samah, ahli majlis tertinggi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), terhadap forum dianjurkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM.


“Baru-baru ini Cik Yati yang juga penggerak SW1M ada terima panggilan dari wartawan menanyakan berkenaan email yang tersebar mengatakan presiden kami akan turut serta dalam sebuah forum anjuran SAMM tersebut.

“Saya nak tegaskan itu tidak benar, Sharifah Zohra tidak akan datang,” kata Ema Lee apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Apabila ditanya tentang mengapa presiden SW1M tidak mahu hadir ke forum tersebut, Ema Lee mengatakan sebabnya sudah dijelaskan oleh Sharifah Zohra (gambar) didalam klip video yang dimuat naik di laman Facebook SW1M.

Ema Lee turut mengesahkan oraganisasinya membuat laporan polis terhadap beberapa ahli SAMM yang dikatakan menceroboh masuk pejabat mereka.

“Sah memang kita ada buat laporan polis terhadap tiga lelaki yang memecah masuk ke pejabat kita dan buat sesuka hati seperti mengambil gambar dan guna cop pengesahan penerimaan kita,” katanya.

Dalam kenyataan terbukanya semalam, Sharifah Zohra berkata, selain Bawani, beliau sudah memaafkan kenyataan pemimpin-pemimpin politik negara yang mengutuknya dengan pelbagai dakwaan, yang dibuat secara sengaja atau tidak sengaja.

“Saya amat kesal kenyataan-kenyataan yang mengkritik saya secara peribadi dibuat tanpa menyiasat dengan lebih lanjut,” katanya.

“Bagi saya kenyataan-kenyataan seperti ini adalah amat tidak profesional, namun saya maafkan mereka.”

Menurut beliau, penyebaran klip video tersebut adalah percubaan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan dengan memutarbelitkan fakta tanpa mengambil gambaran yang lebih besar.

Persepsi negatif ini juga menurutnya menyebabkan orang ramai tidak melihat video yang mempunyai empat bahagian itu dan hanya bahagian terakhir menjadi “fenomena”.

“Isu ini telah diputar belit bagi mendapatkan sokongan emosi, oleh itu saya tidak mahu lagi memanjangkan isu ini demi masa depan SW1M. Video sensasi yang bermotif politik ini telah menyebabkan saya dan keluarga tertekan, terutamanya anak kecil saya.

“Saya bimbang dengan keselamatan keluarga saya kerana saya telah menerima ancaman SMS tidak bertanggungjawab dari individu, kumpulan dan parti politik,” katanya.

Sharifah Zohra turut mempersoalkan mengapa sumpah pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) seperti di dalam klip video itu tidak menjadi sensasi seperti “listen, listen, listen”.

“Sumpah itu berbunyi: Kami anak anak bangsa peneraju negara, dengan ini berikrar, menentang budaya songsang perosak bangsa, menentang demonstrasi jalanan penghancur keamanan, menentang anasir luar yang menjadi barah perosak anak-anak bangsa, kami menyokong keamanan, keharmonian dan kesejahteraan sesama rakyat Malaysia berbilang bangsa tanpa campur tangan pihak ketiga,” katanya.

Gambar Bawani diambilkan dari klip video.
Klip video “listen,listen,listen” selama 24 minit itu memaparkan seorang Sharifah Zohra menegur Bawani, yang bangun bercakap di forum itu, membangkitkan kepada penganjur forum kerana memberikan informasi yang tidak betul mengenai Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk Ambiga Sreenevasan dan Datuk A Samad Said.

Bawani juga menegaskan negara mampu untuk menawarkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti dan bertanya mengapa Malaysia tidak boleh berbuat demikian, diikuti dengan tepukan penonton.

Ketika Bawani sedang bercakap, Sharifah Zohra turun dari pentas dan berdiri di depannya.

Bawani tidak mempedulikan tindakan Sharifah Zohra itu dan terus bercakap.

Sharifah Zohra kemudian berkata “listen” kira-kira 11 kali sebelum bertindak mengambil mikrofon, sambil menghulurkan tangannya bersalam dengan Bawani dan mengucapkan terima kasih kepadanya.

“Nombor satu, ini adalah program kami dan kami dibenarkan untuk bercakap. Nombor dua, apabila saya bercakap, (anda) dengar,” kata Sharifah Zohra kepada Bawani.

Tindakan Sharifah Zohra telah menerima banyak kritikan daripada rakyat Malaysia yang menonton klip video tersebut sehingga menyebabkan berlaku apa yang digelar fenomena “listen, listen, listen”.


Read More...

16 January 2013

Sharifah Zohra Jabeen Zookeeper..







Read More...

Tragedi ‘listen’ bukti kerajaan menyekat mahasiswa - Prof Madya Datuk Agus Yusof

KUALA LUMPUR 16 Jan: Tragedi ‘listen’ ke atas KS Bawani antara bukti kerajaan menyekat mahasiswa memberi pandangan dan ini sangat malang terhadap sistem pendidikan negara, kata Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Agus Yusof.

Beliau berkata, mahasiswa perlu diberi peluang suarakan pendapat, bukan diaibkan sepertimana tindakan panel Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin kepada pelajar tahun dua jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM) itu.


Jelas Agus, walaupun tidak setuju dengan pandangan Bawani, Sharifah tidak berhak menyekat dan mengaibkan pelajar itu depan khalayak.

“Cara tegur tak betul. Jika beliau (Sharifah) selaku moderator atau panel sekalipun tidak boleh mengaibkan orang, itu prinsipnya. Kalau tidak setuju, beliau kena bertindak matang.

“Malang sekali perkara itu boleh berlaku di universiti negara kita,” katanya kepada Keadilan Daily.

Pensyarah Sains Politik itu berkata, tragedi tersebut cerminan kerajaan untuk melahirkan graduan kelas kedua.

“Listen! Listen! Listen! Itu tragedi kepada kecemerlangan universiti apabila mahasiswi bertanyakan soalan pun diberhentikan,” tegas beliau.

“Bagaimana universiti mahu cemerlang jika mahasiswanya hanya perlu diam, dengar dan ikut sahaja sedangkan universiti sepatutnya menjadi “centers of criticism,” katanya dalam facebook.

Agus berkata, ‘listen’ tidak akan berlaku jika sistem pendidikan negara tidak dikongkong kerajaan yang mahu menyekat suara mahasiswa.

“Universiti tempat kecemerlangan ilmu, pencapaian akademik untuk diraikan. Ia sangat memalukan kerana bertindak tanpa profesional.

“Tragedi ini beri contoh tidak baik kepada pelajar. Bagi peluang untuk melontarkan pendapat, bukan malukan mereka,” ujarnya.

Dalam forum bertajuk ‘Seiringkan Mahasiswa dan Politik’ 8 Disember lalu, Sharifah yang juga Timbalan Ketua Wanita Kimma Kebangsaan, mengaibkan Bawani ketika pelajar itu mengutarakan pendapat dan persoalan.

Sharifah turun dari pentas dan berdiri di depannya. Bawani tidak mempedulikan tindakan Sharifah itu dan meneruskan hujahnya.

Sharifah kemudian berkata ‘listen’ kira-kira 10 kali sebelum berkeras merampas mikrofon.

Klip video 24 minit itu dimuatnaik dalam youtube, Rabu lepas mendapat kritikan pelbagai lapisan masyarakat, yang menghentam tindakan Sharifah ke atas Bawani.


Read More...

UUM kata tiada kena mengena dengan forum SW1M

Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini menjelaskan bahawa ia hanya menyediakan dewan untuk forum kontroversi melibatkan teguran pengerusi NGO Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin kepada pelajar jurusan undang-undang KS Bawani.

Naib canselor UUM Prof Datuk Mohamed Mustafa Ishak dalam kenyataan kepada beberapa akhbar berbahasa Cina semalam berkata, universiti itu tiada kena mengena dengan forum berkenaan selain menyediakan tempat.


“Untuk mengaitkan UUM dengan forum ini amat tidak adil kepada pihak berkuasa universiti," katanya kepada akhbar China Press.

Laporan Oriental Daily News pula menyebut, Mustafa kecewa apabila ramai yang menuding jari kepada UUM selepas menonton konfrontasi di antara Bawani dan Sharifah.

Beliau turut menegaskan bahawa kenyataan Sharifah tidak mewakili pendirian UUM dan turut memuji keberanian Bawani dalam menyatakan pandangan.

“Sebenaranya, sikap kedua-dua mereka amat keras. Bawani bertegas untuk bertanya soalan selepas sesi soal jawab tamat dan berlanjutan. Ini mungkin menyebabkan Sharifah berang.

"Universiti sentiasa memberi kebebasan kepada pelajar untuk menyatakan buah fikiran," tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Malaysiakini menghubungi seorang pengurus program SW1M yang dikenali dengan nama Azhar untuk mendapatkan reaksi pagi ini.

Azhar yang enggan mengulas lanjut berkata NGO berkenaan akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat.


Read More...

Sharifah Zohra Seorang Yang Liar Dan Sukar Dikawal - Kimma

KUALA LUMPUR, 15 Jan — Pembicara kontroversi Sharifah Zohra Jabeen yang menyerang seorang mahasiswi secara terbuka dalam satu forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) bukan lagi ahli Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) kata presidennya Senator Datuk Syed Ibrahim Kader dan mendakwa tingkahlaku bekas timbalan Ketua Wanita KIMMA Kebangsaan tersebut sukar dikawal.

Pembicara tersebut adalah presiden sebuah pertubuhan tidak pernah didengari dikenali sebagai Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) yang dilihat rapat dengan BN, dilihat didalam video mencaci seorang mahasiswi yang bangkit menyatakan pendiriannya mengenai perhimpunan aman anjuran Bersih 2.0 dan pehimpunan menuntut pendidikan percuma - dengan mengeluarkan kenyataan "bila dalam program kami, kami benarkan anda bercakap" dan "apabila saya bercakap, anda dengar."


"Banyak panggilan telefon saya dapat yang bertanyakan perkara sama.

"Jadi, saya ingin tegaskan beliau sudah tidak bersama KIMMA lagi. Segala yang beliau lakukan dan katakan sekarang tidak lagi melibatkan kami dan bukan pendirian kami," tegas Syed Ibrahim yang tidak menyatakan secara terperinci sama ada Sharifah Zohra dibuang daripada parti atau sudah meletak jawatan.

Ekoran kontroversi video tersebut, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan rakannya Khairy Jamaluddin juga mempertahankan mangsa sikap biadap tersebut, Bawani dalam laman Twitter mereka.

Syed Ibrahim mengakui kelantangan dan sikap agresif Sharifah Zohra semasa berada dalam KIMMA dan telah menerima pelbagai laporan negatif mengenai individu tersebut.

"Ya, kami memang tahu tentang sikap liar dan agresif beliau (Sharifah Zohra) ini dan susah nak kawal beliau ini," tambah beliau lagi.
"Namun, beliau kini tidak berada dalam parti lagi."

Forum "Seiringkah mahasiswa dan politik?" diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah pada 8 Disember lepas, akan tetapi hanya heboh selepas video tersebut dimasukkan di Youtube minggu lalu.

Klip selama 24 minit itu memaparkan seorang ahli panelnya Sharifah Zohra Jabeen menegur Bawani, yang bangun bercakap di forum itu, membangkitkan kepada penganjur forum apa yang dia percaya pembentangan mereka yang tidak betul mengenai Bersih dan penerajunya, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said.

Bawani juga menegaskan sejumlah negara mampu menawarkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti dan bertanya mengapa Malaysia tidak boleh berbuat demikian, diikuti dengan tepukan penonton.

Ketika Bawani sedang bercakap, Sharifah turun dari pentas dan berdiri di depannya.
Bawani tidak mempedulikan tindakan Sharifah itu dan terus bercakap.

Sharifah kemudian berkata "dengar" kira-kira 11 kali sebelum bertindak mengambil mikrofon, sambil menghulurkan tangannya bersalam dengan Bawani dan mengucapkan terima kasih kepadanya.

"Nombor satu, ini adalah program kami dan kami dibenarkan untuk bercakap. Nombor dua, apabila saya bercakap, (anda) dengar," kata Sharifah kepada Bawani.
Tindakan Sharifah telah menerima banyak kritikan daripada rakyat Malaysia yang menonton klip video tersebut.


Read More...

15 January 2013

Timbalan Menteri ‘rayu’ Bawani, mahu pulih isu

KUALA LUMPUR 15 Jan: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ‘merayu’ KS Bawani, pelajar kontroversi Universiti Utara Malaysia (UUM) yang lantang dengan pendirian mengenai perhimpunan Bersih dan tuntutan pendidikan percuma supaya menghubunginya, dipercayai untuk meredakan isu.

Datuk Saifuddin Abdullah menulis di twitter semalam, nombor telefon peribadinya dengan mesej meminta pelajar tersebut meghubunginya, selepas seorang pengguna twitter memberitahu Bawani mempunyai akaun twitter.


Menurut beliau, mahasiswa termasuk Bawani berhak menyuarakan pandangan tanpa ada sekatan.

Isu ini tercetus apabila rakaman video forum suara mahasiswa yang dimuat naik ke youtube sejak beberapa hari lalu, menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia apabila salah seorang ahli panel enggan memberi ruang kepada seorang mahasiswa, iaitu Bawani untuk memberi pandangan.

Video selama 24 minit yang dirakam dalam forum untuk pelajar UUM bulan lepas memaparkan ahli panel, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menyekat pelajar itu dari menghabiskan soalannya berhubung pendidikan percuma.

Ekoran kelantangan Bawani memberi pandangan, Sharifah turun dari pentas dan berdiri di hadapan pelajar itu.

Sharifah dengan nada tegas berkata ‘Listen’ sebanyak 10 kali sebelum mengambil pembesar suara dari Bawani, kemudian Bawani berhenti bercakap.

Difahamkan bahawa Syarifah Zohrah adalah Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) dan Timbalan Ketua Wanita KIMMA. Semua tahu Kimma atau singkatan kepada Kongress Indian Muslim Malaysia adalah komponen baru dalam BN.

- keadilandaily.com/


Read More...

04 June 2012

Barisan Nasional Tumbang

ANALISIS: Penganalisis Politik Ramal Barisan Nasional Tumbang?


Dua bulan lalu, Najib Altantuya minta maaf atas kesilapan-kesilapan lalu Barisan Nasional (BN).

Langkah itu tidak pernah diambil oleh mana-mana ketua BN, yang lazimnya bertindak sebagai perdana menteri.

Semalam, timbalannya, Muhyiddin Yassin menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) sebagai penentu hidup atau mati BN.

Mesej Muhyiddin itu ditafsir dari perspektif dan sudut masing-masing.


Ada yang mengatakan BN bimbang, panik dan risau akan masa depannya.

Paling jelas, kenyataan terbuka orang nombor satu dan dua semasa BN itu membawa mesej yang jelas - BN perlu kekal berkuasa dan mahukan mandat untuk terus mentadbir negara ini.

Mengulas kenyataan terbaru semalam, penganalisis melahirkan pandangan yang berbelah bahagi mengenai peluang dan masa depan BN pada PRU13.

Ada yang mengatakan bahawa BN semakin bimbang dengan saingan sengit daripada Pakatan Rakyat (PR) menjelang PRU13.

Ketika PR melaungkan mahu Melangkah Ke Putrajaya, BN memberi kenyataan-kenyataan sebaliknya.

Mesej itu dilihat dari sudut psikologi.

Menurut penganalisis politik Universiti Utara Malaysia, Mohd Azizuddin Mohd Sani, kedudukan BN semakin tergugat dengan saingan yang diberikan oleh komponen PR dan ada kemungkinan akan berhadapan dengan kekalahan.

Beliau juga berkata, kenyataan Muhyiddin, yang juga Timbalan Perdana Menteri, memberi tanggapan PRU13 akan menentukan nasib antara BN dan PR dalam mengemudi kerajaan pada masa akan datang.

"Saya melihat BN akan hilang kuasa jika parti komponen tidak bersatu untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.

"PR memberi saingan yang sangat sengit untuk merampas kerusi di Wilayah Persekutuan dengan mengenal pasti calon terbaik untuk diletakkan di bahagian itu," kata beliau ketika dihubungi lewat semalam.

Azizuddin turut menekankan bahawa BN memerlukan kerjasama antara satu sama lain termasuklah MIC, MCA dan Gerakan, dan bukan hanya Umno yang bekerja keras untuk memenangi PRU13.

"Sekarang saya melihat hanya Umno bertungkus-lumus menjalankan kempen dan giat turun padang untuk meraih sokongan dan undi tapi parti komponen lain seperti lepas tangan serta sangat lemah dan hampir tidak kelihatan mengadakan kempen menghadapi PRU kali ini.

"Selain itu, sabotaj antara ahli perikatan BN-Umno sendiri sedang berlaku dan mereka seharusnya bersatu padu untuk memenangi PRU kali ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan agar BN turut memberi perhatian ke atas Sabah dan Sarawak.

Kedua-dua negeri itu menawarkan 56 kerusi Parlimen.

Ini kerana katanya, jika dua negeri itu dimenangi PR bermakna kuasa pusat akan berada dalam tangan perikatan tidak formal itu - yang dianggotai Pas, DAP dan PKR.

Dalam temu bual dengan Sinar Harian Online minggu lalu, Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali berkata pihaknya kini lebih yakin dan optimis menghadapi PRU13 bersama PR yang tersusun.

"BN tidak boleh terlepas pandang Sabah dan Sarawak yang turut menjadi negeri jaminan kemenangan bagi mereka, PR juga tidak perlu menang semua kerusi di sana untuk rampas Putrajaya.

"PR semakin giat untuk mengaut kerusi di dua negeri tersebut untuk menang dan jika BN tidak mengambil langkah sewajarnya, tidak mustahil BN akan kalah pada PRU kali ini," kata Azizuddin lagi.

Mengupas isu yang sama, Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berpandangan bahawa mesej Muhyiddin menunjukkan bahawa BN sedang bekerja keras untuk memenangi PRU13.

"BN semakin bekerja kuat untuk hadapi pilihan raya ini kerana PRU kali ini tidak semudah dulu.

"Jika BN kalah pada PRU ini, sistem kerajaan juga akan turut berubah di bawah pemerintah baru nanti," kata beliau.

Bagi penganalisis dari Universiti Sains Malaysia, Sivamurugan Pandian, PRU13 memberi ukuran kepada kemampuan BN untuk terus kekal berkuasa ataupun sebaliknya.

Bagaimanapun katanya, mesej Muhyiddin itu bukan menunjukkan kebimbangan BN sama sekali.

Sebaliknya kata beliau, "memberi keazaman kepada parti kompenan BN untuk terus mempertahankan kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri dan Parlimen."

"BN juga perlu membuat persiapan yang rapi untuk pilihan raya musim ini untuk mendapat kedudukan yang lebih baik," katanya lagi.

Sebelum ini, Muhyiddin juga pernah menarik perhatian dengan mengatakan bahawa PRU13 merupakan ibu kepada segala pilihan raya yang diadakan di negara ini.

Ketika ada yang mengatakan BN semakin panik, peluang untuk perikatan yang memerintah negara ini sejak merdeka masih belum berakhir. Kerisauan dan kebimbangan ada pada semua parti yang bertanding - BN dan juga PR di mana satu perikatan mahu kekalkan kuasa manakala yang satu lagi mahu menggantikannya.

Itu matlamat mereka.

Jika tidak apa gunanya bertanding dana arena politik bernama PRU.

http://jalanpulang1978.blogspot.com/2012/06/analisis-penganalisis-politik-ramal.html


Read More...

28 October 2011

Hudud - Profesor Abdul Aziz Bari Bidas Ridhuan Tee Abdullah

Pakar undang-undang Profesor Abdul Aziz Bari hari ini membidas Profesor Madya Ridhuan Tee Abdullah yang berkata bahawa undang-undang hudud harus dilaksanakan oleh "kekerasan".

Menurut Abdul Aziz, yang merupakan seorang pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa, kenyataan Ridhuan tidak disokong dari sudut pandangan undang-undang mahupun agama.

Beliau yang digantung oleh UIA tetapi ditarik balik Isnin lalu, berkata pandangan alim ulama Islam berpendapat hukum hudud hanya boleh dilaksanakan ke atas umat Islam sahaja.


Oleh itu, katanya, pandangan Ridhuan pada Selasa lalu bahawa undang-undang hudud perlu dilaksanakan secara kekerasan bagi mendidik bukan Islam dilihat kurang bersesuaian dengan kedudukan beliau sebagai seorang tokoh akademik.

Walaupun Abdul Aziz mengakui Ridhuan mungkin tidak cekap dalam hujah undang-undang kerana ia bukan bidang pengkhususannya, namun, kata pakar undang-undang itu, hudud tidak boleh dibincangkan tanpa mengambil kira perlembagaan persekutuan.

"Apa-apa yang kita katakan tentang hudud, kita perlu untuk berhujah atas dasar perlembagaan, bukan kerana (perlembagaan itu) adalah suci ... tetapi semata-mata kerana ia adalah undang-undang asas negara ini," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah bahawa Ridhuan, yang mengajar di fakulti kenegaraan dan tamadun di Universiti Pertahanan Nasional, juga harus sedar bahawa era undang-undang yang mengenakan pada orang lebih.

"(Ridhuan) mungkin memikirkan beberapa undang-undang yang menindas - sesuatu yang mahu dipaksakan ke atas rakyat tanpa persetujuan mereka.

"Tetapi tempoh itu susah berakhir dan kini rakyat lebih memahami tentang hak-hak mereka; dan agama Islam itu sendiri adalah mengenai kebebasan dan membuat pilihan bukannya mengenai kekerasan dan paksaan," katanya.

Menurut Abdul Aziz, contoh yang baik mengenai konsep Islam yang menerima tentangan hebat tetapi hari ini diterima meluas di negara ini adalah sistem perbankan Islam.

Read More...

07 October 2011

Kerajaan Umno/BN Telah Melahirkan Kangkung Yang Telah Merosakkan Proses Pendidikan Negara

Universiti terbaik dunia: IPT Malaysia terkeluar senarai 400 terbaik

Saya kira pelbagai pihak wajar lihat kembali, kaji semula pendekatan yang digunapakai sebelum ini kerana pencapaian IPT kita bukan sahaja tidak meningkat, bahkan gagal mengekalkan kedudukan sepertimana tahun lepas, dan tahun ini, tambah merosot.

- Silap strategi? (mengapa tidak kita perbanyakkan jalinan MoU dengan universiti-universiti dan di antara kerajaan untuk menarik staf dan pelajar mereka datang buat postgrad courses di IPT kita. Kaedah MoU memberikan kita lebih kawalan dengan terma-terma yang kita tentukan selain mewujudkan kerjasama jangka panjang di antara kedua pihak)


- Salah pentadbir? (bukan nak kata, tetapi sesetengah pentadbir di IPT bertukar menjadi 'rigid' apabila di kerusi kuasa. Cakap orang lain enggan didengar. Adalah malang bagi institusi yang dibentuk oleh golongan cerdik-pandai tidak memanfaatkan sumber (ramai orang pintar) yang ada. Saya cuma berharap janganlah disebabkan kemerosotan ranking ini staf-staf akan 'diperah' lagi)

Sedihnya juga, bukan sejuta-dua ringgit dibelanjakan untuk tujuan "masuk ranking" ini, mencecah beratus juta RM wang anda (dari cukai yang anda sumbangkan).


Sumber foto dan artikel penuh boleh anda baca di sini: Malaysia terkeluar dari senarai 400 universiti terbaik


Dr. Sepet



Read More...

05 July 2011

Email Daripada Seorang Kangkung

Email berikut merupakan email Naib Canselor kepada staf UITM.

Warga yg DiHormati,

Asalamualaikm,salam sejahtera kakitangan UiTM. Saya ingin ingatkan supaya semua kakitangan UiTM jauhkan dari Perhimpunan Haram Bersih. Beri sokongan pd Kerajaan Sekarang yg sentiasa memberi perlindungan kpd kita. Negara Aman dan Makmur dgn kerajaan pimpinan Dato Sri Najib. Kita perlu beri sokongan Kerajaan supaya kita akan maju lagi. Jangan gadaikan Agama, Bangsa dan Negara. Kita perlu hormat Semua Bangsa dan Agama Negara kita.

Sent from my iPad
Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar
Vice Chancellor/President
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam,40450
Selangor, Malaysia
Tel: 603-55442222

admin - kasian kasian..nie dah boleh buat kat stadium takan tak boleh lagi kot....???

Dipetik dari Kedahlanie



SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Read More...

23 May 2011

Gempar - Paip Air UUM Meletup

Sejak UUM senyap, saya pun senyap! Tup-tup malam Rabu lepas kawan di SADA telefon, paip UUM dan meletup-letup tak dapat tampung kemasukan air seperti yang diminta, 13 juta liter padu sehari. Bila loji Padang Sanai mula beroperasi pada 15hb, kawasan yang ada masalah dulu banyak dah selesai. Oleh kerana orang-orang besar UUM dan lajak cakap sebelum ini bahawa depa tak ada masalah dari segi infra, yang bermasalah ialah SADA, maka bila paip meletup, cepat-cepat depa kata mantainance biasa saja! Meletup tempat lain kot??! Alah bang...semua orang tau... upgrade lah! Jangan malu-malu! Orang kat luar ni nak senyum saja. tak kata apa-apa pun. lain kali jangan pakai baju UMNO untuk tadbir institusi macam UUM.

Haaaa...jangan tak tau pulak! KPT sudah merayu untuk kurangkan cukai tanah UUM...kan ramai dok kata Kerajaan Pusat tak berduit sekarang ni, terpaksa merayu dari Kerajaan Negeri untuk kos serendah RM1.7 juta... kecik laaa kalau nak banding dengan income dan pertumbuhan yang diwar-warkan... nak syarah apa lagi...bajet 300 juta setahun pun tak cukup nak bayaq cukai tanah. Menteri Pengajian Tinggi tentu kena belasah dalam mesyuarat kebinet nanti...tunggu laaaaa!



Baca seterusnya di sini

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Read More...

20 May 2011

Satu Lagi Idea Paling Lawak Dari Bekas VC Kangkung UUM

Umno wajar pelawa DAP sertai BN, kata bekas VC UUM

KUALA LUMPUR, 20 Mei — Seorang kolumnis Utusan Malaysia mengesyorkan agar Umno mempertimbangkan penerimaan DAP, yang selama ini didakwa parti cauvinis Cina, sebagai komponen Barisan Nasional (BN).

Tan Sri Dr Nordin Kardi, bekas naib canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan memberikan latar belakang kelahiran DAP menulis Umno seharusnya menerima parti itu bersama PAS, yang sebelum ini banyak kali dipelawa oleh Umno.

Katanya, jika DAP dan PAS sama-sama menjadi pemilik BN bersama Umno dan parti-parti picisan lain nanti, apakah yang menghalang semua mereka mengubah BN bersama-sama, jika itu yang dimahukan.


“Kesampingkan nostalgia dan sentimen tradisi, saya lihat DAP dan PAS akan amat selesa menyertai BN.

“Jika BN memang benar berhasrat menjadi satu parti tanpa komponen seperti sekarang, ia akan berlaku setelah hal yang saya utarakan ini didahulukan. Mengapa tidak?” kata Nordin.

Katanya, bagi DAP pula, tentulah Umno lebih sesuai dijadikan rakan serumah berbanding dengan PAS.

Kata Nordin, dasar Umno yang secara konsisten sangat pragmatik sewajarnya menyelesakan DAP untuk tinggal bersama BN berbanding di rumah tumpangan pakatan pembangkang.

“DAP yang sangat sekular (kehendak yang terpancar dalam kenyataan pemimpin-pemimpin utamanya) sulit untuknya mengekalkan rumah tangga yang aman bersama PAS yang dilihat sangat teologikal.

“Lainlah jika PAS berada dalam rumah BN yang lebih besar nanti tentulah PAS juga akan pandai bertingkah laku sesuai pengalamannya tersingkir daripada BN pada tahun 1970-an dahulu,” katanya.

Nordin juga menambah, pada asasnya banyak tuntutan DAP sudah tidak bersesuaian lagi kerana semuanya telah ditunaikan oleh BN, misalnya tuntutan kriteria merit ke universiti, tuntutan ‘Malaysian Malaysia’ sudah terangkum dalam ‘1 Malaysia’, dasar semuanya inklusif, mewajarkan DAP untuk tidak perlu silu atau meminta maaf kepada pengikutnya untuk menyertai BN.

“Semua peluang yang diminta telah ada di dalam BN,” katanya sambil menambah, jika semua telah ada dalam BN — “sekularnya ada, teologinya ada, suasana inklusif telah ada”, semua kepentingan pelbagai kaum telah ada, apakah lagi kewajaran mengubah ‘status quo’.

“Jika, misalnya ada alasan lain seperti BN masih tidak bersih maka BN perlu ditolak, hujah itu tidaklah begitu kukuh. Sebaliknya, hujah yang lebih kukuh ialah ‘ubahlah’ BN bukan ‘menggantikan’ BN,” kata beliau.

Kata Nordin, BN tidak harus menunggu sehingga benar-benar lemah dan hampir lemas baharu cuba berenang mencari tebing.

Kata beliau, amat menarik apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini seperti dengan sengaja memilih masa yang agak sama menyerukan PAS meninggalkan pakatan pembangkang sambil memberi amaran kepada kaum Cina supaya tidak mengharapkan perwakilan yang biasa dalam Kabinet sekiranya mereka tidak memilih mana-mana parti Cina yang menjadi komponen BN dalam PRU yang akan datang.

“Seruan itu seperti hanya kurang sedikit daripada secara terang-terangan menjemput PAS menyertai BN dan juga kurang sedikit daripada memberi altimatum kepada MCA dan Gerakan supaya ‘take it or leave it’, sambil pada masa yang sama menghitung sejarah bahawa MCA terutamanya tidak pernah tidak setia kepada ikatan yang telah terjalin semenjak masa merdeka dituntut,” katanya.

Katanya lagi, atas setiakawan demikianlah agaknya mengapa Najib tidak secara serentak ‘menyapa’ PAS dan DAP supaya meninggalkan PKR terkonteng-konteng sendirian.

Nordin menambah, pelbagai medium digunakan oleh pelbagai pihak dari luar bagi mengurangkan kebolehpercayaan orang ramai terutamanya pengundi terhadap kesucian ‘rumah tumpangan’ DAP dan PAS itu tetapi setakat ini mereka masih mampu di situ.

“Sebaliknya, rumah BN sendiri yang seperti bergoyang-goyang dari dalam,” kata beliau.

Nordin menambah, hal ini mendorongnya meneliti semula tentang sentimen BN tidak boleh menerima DAP menjadi pengongsi rumah besar itu.

Mengambil kita latar belakang PAP dan DAP, kata beliau, secara ideologi nampaknya Umno dan DAP boleh duduk bersama dengan selesa.





SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Read More...

20 April 2011

Inilah Akibatnya Bila UUM Ditadbir Oleh Kangkung

Kadar kehilangan air terlalu tinggi di UUM

ALOR SETAR, 20 April 2011 – Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB. Dato’ Ir. Phahrolrazi Zawawi menjelaskan bahawa SADA telah membekalkan sebanyak 15 juta liter air sehari ke Universiti Utara Malaysia (UUM) dan ia sudah mencukupi untuk menampung keperluan air ke kampus tersebut.

Bagaimanapun, katanya, UUM adalah antara kawasan yang mengalami kadar kehilangan air (non revenew water) yang tinggi iaitu sekitar 43 peratus. Antara sebabnya ialah kerosakan saluran paip yang dipasang lebih 20 tahun lalu dan penyelenggaraan yang dilakukan UUM sangat minima.

“Logi air baru di Padang Sanai sudah siap akan akan mula beroperasi, kita mampu membekalkan air ke UUM sehingga 35 juta liter air tapi harus diingat dalam keadaan infrastruktur dalaman yang teruk di UUM, bekalan air sebanyak mana pun tidak akan menyelesaikan masalah,” ujarnya.


Menurutnya, infrastruktur yang direkabentuk adalah untuk keperluan 10 ribu pengguna, sedangkan sekarang penghuninya sudah bertambah tiga kali ganda. Saluran paip dan kapasiti tangki yang ada tidak mampu lagi menampung keperluan yang begitu tinggi.

Dato’ Phahrolrazi menasihatkan UUM atau Kementerian Pengajian Tinggi supaya menyegerakan kerja menaik taraf infrastruktur bekalan air di UUM bagi menyelesaikan masalah berbangkit.

“Itu (kampus UUM) adalah kawasan mereka, hak mereka dan sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk mengatasi masalah yang timbul di UUM. Kerja kita ialah membekalkan bekalan air bersih yang mencukupi dan kita telah menyempurnakan kerja tersebut,” ujar beliau.

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Read More...

15 April 2011

Sekor Lagi Kangkung Yang Rendah Intelek

Ramlah malukan ahli akademik - Idris

KUALA LUMPUR, 15 April: Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad menyifatkan, kenyataan yang dikeluarkan oleh Prof Datuk Dr Ramlah Adam, dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM) menjatuhkan taraf ahli akademik.

Beliau melahirkan kesal dengan kenyataan Ramlah yang memberi amaran kepada belia supaya jangan menukar kerajaan yang sedia ada.

Ramlah (gambar) berpesan supaya tidak terperangkap dengan rancangan pihak tertentu yang bercita-cita untuk menghancurkan sistem pemerintahan yang sudah menabur bakti sejak 54 tahun lalu.

Apple iPod touch 32 GB (4th Generation) NEWEST MODEL
Kenyataan ini dinyatakan ketika beliau berucap di forum Perpaduan Negara Melalui Komunikasi dan Media di UiTM, Shah Alam.

Kenyataan ini, kata Idris yang juga bekas pensyarah UiTM, tidak layak keluar daripada seorang pensyarah Pentadbiran Awam yang mengajar pelajar-pelajar mengenai polisi pentadbiran awam dan sistem demokrasi yang membenarkan rakyat membuat pilihan setiap kali pilihanraya.

"Apakah beliau buta sejarah demokrasi negara maju seperti Jepun dan United Kingdom yang bertukar kerajaan dan pemerintahan tetapi terus maju? Apakah kerajaan selain daripada BN bukan sejenis manusia?

"Apakah beliau tidak mengetahui Parti Demokratik Jepun (DPJ) menumpaskan Parti Demokratik Liberal (LDP) yang memerintah Jepun semenjak penubuhannya pada tahun 1955.

"Apakah Dr Ramlah Adam membayangkan United Kingdom sekarang sudah kembali kepada zaman batu sejak Parti Konservatif mengalahkan Parti Buruh pada 6 Mei 2010?

"Apakah beliau seorang yang buta maklumat mengenai pencapaian negeri-negeri Pakatan Rakyat, walaupun baru berusia tiga tahun berbanding dengan BN memerintah selama 54 tahun.

"Janganlah kerana tebalnya Umno dalam lubuk hatiinya sehingga sudah tidak nampak kebenaran.." kata Idris (gambar) dalam kenyataannya.

PAS juga, katanya, menasihat kepada Dr Ramlah Adam jangan menjatuhkan taraf seorang ahli akademik.

"Jikalau bercakap begitu lebih baik jadi Ketua Wanita Umno Cawangan Seksyen 2 Shah Alam sahaja, bukan seorang ahli akademik. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga," katanya.

Harakahdaily

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Read More...

24 June 2010

MEMAHAMI KANG KONG UUM MELALUI SEMIOTIK


MUSTAFA MAHU UUM DIJULANG - melayau

PROFESOR Dr. Mohamed Mustafa Ishak bukanlah satu nama asing dalam bidang akademik negara ini. Mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam bidang ini menjadikan beliau sangat layak dan tepat untuk dilantik menjadi Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) yang baru bagi menggantikan Nordin Kardi. Menggalas tanggungjawab sebagai orang terpenting dalam sesebuah universiti, beliau berkongsi pandangan dan impian beliau untuk menjadikan UUM sebagai sebuah universiti pengurusan terkemuka di negara ini.


nota ilmu semiotik:
berita telah tersebar bahawa anak anak kecil bermain api
telah padam. anak anak kecil sudah besar sudah
pandai berdemo dan tak main api lagi.

lalu diganti dengan saekor lagi kang kong.
ini kang kong pure hasil terbitan sintok mintok.

mari kita lihat dan kaji dari ilmu semiotik siapa kang kong ini.


perhatikan imej itu betul betul. baju berbelang belang ini
langsung tidak melambangkan keilmuan – baju sedemikian
sering dipakai oleh mat bangla – hendak menunjuk-nunjuk yang dia telah
berjaya - ketika hedak pulang ke dacca atau ketika berhari raya di klcc.
kenapa kang kong ini memilih baju mat bangla ini?
jawapan tidak mungkin kita ketahui. apa yang dapat kita baca
ialah kang kong yang menyupai mat bangla ini tidak memiliki nilai estetika yang
tinggi. pilihan warna baju yang cipu miput. terbukti kang kong
ini tidak terdidik dalam seni untuk melihat apa yang indah
dan apa yang haprak. ( seratus peratus kalau pergi ke rumah kang kong
ini akan di hidangkan dengan kueh karipap potong dua ).

INI PURE ASLI KELUARAN SINTOK MINTOK



aliha kan mata - perhatikan jari manis kiri. kelihatan batu cincin timbul.
ini dinamakan cicin gerombolan. perhatikan dengan rapi
setiap ketua cawangan pasti mereka akan memakai
cicin berbatu besar. ini feshen a la mode gerombolan. justeru
besar kemungkinan kang kong ini juga ketua cawangan.

perhatikan kang kong ini memandang juru kamera.
kelihatan jelas keinginan kang kong ini di potret untuk
diwar war sebagai chif kang kong di sintok. inilah mimpi
si kang kong untuk dapat masuk dalam akhbar untusan melayau.
artikle ini akan di gunting dan akan dimasukkan ke dlam cermin
dan dijadikan hiasan di bilik naib canselor.

sayangnya imej ini telah memperlihatakan ke kang kongan yang
maha jelas. apabila disedari makna dan tanda imej ini maka
si kang kong akan cuba memusnahkan imej ini.

kenapa?

perhatikan meja si kangkong ini – kemas?
adakah ini meja seorang yang berilmu?
jawabnya pasti tidak. langsung tidak kelihatan buku
di atas meja. stau buku pun tidak kelihatan.

alih kan mata dan perhatikan rak buku di belakang.
kosong. satu buku pun tidak nampak. sekali lagi imej ni
betul betul memperlihatkan ke kang kongan malaon ini.

nota:
ilmu kajian dan pemahaman semiotik ini
wajib di perluaskan. dengan mehahami
makna dan tanda imej maka kita tidak akan tertipu.

nota:
kepada pelajar sintok selamat menerima kang kong baru
kang kong yang tak sangkut paut dengan buku
selamat memakai tali leher
kerana inilah sahaja tanda ilmu yang sanggup
di munculkan dari sintok mintok.


NOTA:
lihat slogan yang di war war kan : UUM DIJULANG
kah kah kah... nak julang ke mana?
penerbitan akademik pun tak ada kah kah kah

Tukar Tiub

Read More...

16 June 2010

Calon Bukan Islam - Profesor Kangkung Mula Berhujah

Walaupun PAS optimis untuk memberi hak kepada calon bukan Islam menggunakan simbol parti itu bertanding pilihan raya umum ke-13, namun penganalisis politik melihat langkah itu akan mencetuskan konflik kepada parti tersebut dan juga Pakatan Rakyat (PR).

Pensyarah kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Dr Sivamurugam Pandian berkata tindakan PAS membenarkan calon bukan Islam bertanding pada pilihan raya akan memberi kesan terutamanya di kalangan pengundi tradisional yang masih berpegang kuat kepada idealogi dan dasar parti.

“Ini kerana pengundi tradisional ini masih lagi berpegang kuat kepada idealogi parti jadi tindakan PAS ini kemungkinan besar akan memberikan kesan kurang baik kepada parti.

“Selama ini pengundi tradisional ini yang banyak memberikan sokongan kuat kepada parti dan apabila PAS membuat keputusan membenarkan calon bukan Islam bertanding dibawah nama PAS mereka pasti akan berasa terkejut.


“Jadi, persoalannya sekarang adakah mereka boleh menerima orang bukan Islam bertanding atas nama PAS?,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

PAS telah pun menguji langkah mereka ketika pilihan raya umum 2008 dengan membenarkan bukan Islam bertanding.

Bagaimanapun ketika itu calon kerusi Dewan Undangan Negeri di Johor menggunakan lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata tindakan PAS itu juga boleh mencetuskan kebimbangan kepada parti komponen PR iaitu PKR dan DAP yang selama ini dianggap sebagai “parti pelbagai kaum”.

“PR sudah ada PKR dan DAP yang mana masing-masing merupakan sebuah parti yang terdiri daripada pelbagai kaum, jadi tindakan PAS ini akan menimbulkan kebimbangan dan konflik dalam PR.

“Selain itu, ia secara tidak langsung boleh menimbulkan spekulasi kurang baik kepada PR seolah-olah PAS bersedia untuk menerajui dan mendominasi kepimpinan PR.

“Tindakan PAS ini juga boleh membuatkan hubungan parti komponen dalam PR terjejas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan PAS yang mengumumkan bahawa parti itu akan membenarkan calon bukan Islam yang bertanding atas tiket PAS, menggunakan simbol parti itu pada pilihan raya umum akan datang, tetapi ia bersyarat.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, calon-calon bukan Islam, bakal dipilih daripada kalangan anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS, untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 akan diwajib membuat ikrar bagi mengelakkan budaya melompat parti.

Sambil yakin budaya itu tidak akan menjangkiti PAS, Hadi berkata, Majlis Syura telah memberi kelulusan bagi membenarkan bukan Islam menggunakan lambang parti itu kelak.

“Kita akan adakan perjanjian, ikrar boleh dibuat... saya percaya mereka yang ada moral tidak akan lompat parti,” kata Hadi ketika Muktamar Tahunan PAS Ke-56 baru-baru ini.

Pengarah Eksekutif Merdeka Centre, Ibrahim Suffian berkata langkah PAS itu akan menimbulkan persoalan sama ada pengundi tradisional boleh menerima calon bukan Islam bertanding menggunakan simbol parti itu.

“Selama ini pengundi tradisional yang berpegang kuat kepada PAS mempunyai idealogi bahawa parti itu hanya untuk orang Islam.

“Apabila pucuk kepimpinan PAS membuat keputusan untuk membenarkan orang bukan Islam bertanding menggunakan lambang parti adakah pengundi tradisional ini boleh menerimanya?

“Jika selama ini mereka undi PAS kerana calon orang Islam adakah mereka akan membuat keputusan sama kepada calon bukan Islam?” katanya.

Beliau berkata, PAS perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan perlu terlebih dahulu meyakinkan pengundi tradisional untuk memberikan kepercayaan kepada calon bukan Islam.

“PAS perlu menjelaskan keputusan tersebut kepada pengundi-pengundi tradisional kerana selama ini mereka yang banyak memberikan sokongan kuat kepada parti.

“Jika konflik itu berterusan bimbang kesan yang lebih buruk akan berlaku,” katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, Prof Madya Dr Ghazali Mayhuddin berpendapat, keputusan PAS itu tidak akan memberikan kesan pola pengundian dalam kalangan pengundi tradisional kerana mereka percaya tindakan pucuk kepimpinan parti itu pasti ada sebabnya.

“Saya percaya pengundi tradisional akan tetap bersama PAS kerana mereka tahu keputusan yang dibuat itu pasti mempunyai sebab-sebab tertentu.

“Walaupun PAS meletakkan calon bukan Islam mereka pasti akan memberikan sokongan yang kuat kepada parti.

“Selain itu, saya yakin mereka juga percaya keputusan yang dibuat parti dan pasti ia merupakan strategi yang dibuat untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya nanti,” katanya.

Menurutnya, keputusan PAS itu besar kemungkinan dibuat berdasarkan perpecahan pengundian dalam kalangan orang Melayu dan menyedari bahawa undi orang bukan Melayu boleh menentukan kemenangan dalam pilihan raya.

“Undi orang Melayu terpecah kepada dua iaitu Barisan Nasional dan PR, jadi keputusan PAS ini menunjukkan bahawa mereka mahu mendapatkan undi daripada orang bukan Melayu.

“Ini kerana undi daripada orang bukan Melayu penting kepada mana-mana parti,” katanya

Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas