BlogList Malaysia

04 October 2010

Aku Paling Benci Dengan Muka Ini

Ramai yang mungkin terhibur dengan posting Dato' Mohd Ariff Sabri Hj Abdul Aziz bertajuk "Masa depan orang Umno". Tambahan pula bila bekas Adun Pulau Manis dalam kawasan Parlimen Pekan tu kata, "Jenama Umno sudah jadi jenama yang jijik". Beberapa blogger yang tak suka Umno saya lihat dah macam tergedik-gedik seronok sangat dengan apa yang ditulis oleh Ariff.

Dari satu segi, memang benar. Saya sendiri merasa sangat jijik dengan parti Umno. Tambah-tambah pulak kalau keluar muka macam di sebelah dalam media. Kalau akhbar, saya terus selak halaman lain. Kalau TV, saya tukar channel lain. Bila melihat dia, perasaan saya sama dengan perasaan yang saya alami bila melihat Datin Seri Rosmah Mansor.

Meskipun begitu, sama seperti saya tak terhibur dengan hasil kajian bahawa edaran Utusan Malaysia merosot, saya juga tak terhibur dengan dendangan Ariff itu.


Bagi saya, Ariff tidak mendendangkan apa-apa kepada kita yang tak nak Umno. Apa yang beliau lakukan hakikatnya adalah proses muhasabah untuk menguatkan lagi Umno bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Saya tidak yakin Umno kini lemah. Angka tunjuk saya ialah undi orang-orang Melayu yang diperolehi oleh Umno dalam pilihan raya Bukit Gantang, Manek Urai, Bagan Pinang dan Hulu Selangor.

Memang saya tak mahu sama sekali mempercayakan kepada Umno masa depan anak cucu saya yang saya yakin akan tetap tinggal dalam negara ini. Tetapi, pada masa yang sama, parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak pula kelihatan bersungguh-sungguh untuk meraih kepercayaan saya sebagai rakyat.

Hari ini, ramai pula yang bercakap tentang third force. Bagi saya, ia tak ubah seperti a far-fetched dream. Kalaupun third force boleh diwujudkan, ia hanya mampu berjalan seperti siput sebelum mampu meyakinkan rakyat dan menggondol kepercayaan mereka - saya sengaja pilih perkataan menggondol, ikut sukalah nak tafsir lagu mana pun.

Bermimpi memang sedap dan lazat. Tetapi, dalam jangka waktu terdekat, saya nampak third force hanya boleh jadi tukang buat bising. Bertanding pilihan raya silap-silap hilang deposit.

Di pihak PAS, tanggungjawab terbesar untuk meyakinkan rakyat saya lihat terletak kepada anak-anak muda dan orang-orang lama parti itu yang dilihat bersih dari pelbagai buruk kelaku seperti gila nak menggatal dengan Umno, melantak balak, makan duit tauke balak dan lain-lain buruk kelaku. Rakyat bukan sahaja nak orang yang bersih dan dilihat bersih, rakyat juga nak orang yang cerdik dan dilihat cerdik.

Pemuda PAS mempunyai tanggungjawab besar untuk membebaskan diri mereka dari imej bodoh. Mungkin mereka tak bodoh, tetapi imej bodoh itu seolah-olah seperti tak boleh tertanggal lagi dari Pemuda PAS kini. Ia juga dilihat "ada serupa tiada". Nasib baik orang-orang Umno sendiri memusuhi Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. Jika tidak, Pemuda PAS mungkin lebih buruk dari keadaan "ada serupa tiada" yang dialaminya sekarang.

Penarik Beca

2 Komen :

Anonymous ,  October 4, 2010 at 2:12 PM  

admin,

benarkah cerita yang disampaikan disini?

http://garamanis.blogspot.com/2010/10/prk-galas-edisi-pondan-serang-bn.html

bloglist malaysia October 4, 2010 at 3:12 PM  

Kalau benarlah cerita tu.. dah lama dah media umno mainkan cerita tu.. Setakat melalak kat blog pencacai saja dan hanya pencacai saja yang akan percaya..

Kita pun ada juga cerita tentang anak seorang ketua menteri yang positif hiv tapi tak nak la sebarkan selagi tiada kesahihan..

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas