(Sumber Utusan Malaysia 20/9/2009)
Wakil rakyat BN sentiasa bersuara
ALOR SETAR 19 Nov. - Semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) bukan sahaja bersuara malah malah lantang mengkritik kerajaan negeri setiap kali Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah bersidang. Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Ir. Nawawi Ahmad berkata, perkara dibangkitkan meliputi kepincangan dalam kerajaan negeri seperti isu sampah, bekalan air, zakat, Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) dan sebagainya.
Minggu lepas MR berkesempatan singgah bermalam di Kedah dalam perjalanan ke Langkawi untuk temujanji perkembangan LIMA2009.
MR sempat bertemu dengan beberapa Exco Negeri Kedah dan beberapa ADUN BN. Di antara nya ialah YB S.Manikumar ADUN PKR merangkap Exco Pelancongan negeri.
Sepanjang satu jam perbualan dengan beliau yang berkisarkan daripada pembangunan industri pelancongan sehingga kepada situasi politik Kedah terserlah ketokohan beliau yang begitu teruja-ruja untuk membangunkan sektor pelancongan negeri Kedah.
Yang nyata beliau ingin mengambil pendekatan mesra dengan Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan peruntukan demi pembangunan rakyat dalam negeri Kedah khasnya sektor pelancongan, tetapi yang menjadi kekangngan kepada beliau ialah untuk mendapatkan kerjasama dari Kedah Civil Servis (KCS).
Berbalik kepada pertemuan dengan beberapa ADUN BN, banyak juga usaha-usaha yang telah mereka lakukan dan bangkitkan tetapi sukar untuk mendapat kerjasama media-media perdana kerana mereka lebih gemar untuk membuat liputan hanya jika program-program tersebut yang kehadirannya ialah Menteri atau sekurang-kurangnya Timbalan Menteri ke Negeri Kedah.
Media-media elektronik khasnya RTM Kedah seperti longlai tidak ada ”news angle” kerana wartawan-wartawan mereka sudah berakar umbi lebih berorientasikan Kerajaan.
Sikap mereka tidak seperti bekerja di bawah Datuk Seri Kadir Sheikh Fadzil, Menteri dari Kedah yang menjadi Menteri Penerangan dahulu. Begitu jugalah dengan TV3 yang lebih tertumpu kepada nilai-nilai komersial dan ”play safe”.
Janganlah ”Sindrom bisu” hanya dilabelkan kepada ADUN-ADUN Kedah sahaja tetapi peranan media-media arus perdana juga harus diambil kira. Tumpuan harus diberi dengan meletakkan wartawan-wartawan yang bermuscle dan strategis.
Bagi rakyat negeri Kedah ”No news is a good news..”.Hakikatnya rakyat Kedah tidak merasa banyak perbezaan di antara pemerintahan BN dan PAS. Ustaz Azizan juga bijak berpolitik dan berkawan dengan semua orang.
0 Komen :
Post a Comment