BlogList Malaysia
Showing posts with label e-mail. Show all posts
Showing posts with label e-mail. Show all posts

18 March 2012

SUARAPAKATANRAKYAT.COM - BUKTI KEJAYAAN UNIT SARAF SIBER UMNO

Pelaburan yang dilakukan oleh UMNO melalui Unit Media Baru yang dipimpin oleh Tun Faisal Ismail Aziz didapati meningkat dengan berganda sejak 2 tahun lalu. Pada awalnya penubuhan UMB ini disokong oleh otai-otai blogger UMNO tetapi disebabkan UMB ini dilihat sebagai kerja fisabilillah atau kurang ‘masyuk’ berbanding berkhidmat kepada tuan tertentu, ramai otai blogger yang telah meninggalkan UMB.

Blogger otai UMNO pula terdiri daripada blogger berkhidmat dengan ikhlas da nada yang berkhidmat kerana kertas berkepala Agong (ringgit Malaysia). Yang pasti majoriti blogger elitis ini menolak Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda UMNO yang masih lagi kekal di persada politik UMNO walaupun blogger elitis ini telah mendakwa merekalah yang berjaya menyingkirkan Pak Lah dengan mengkritik keras pentadbiran Pak Lah, mengkritik tindak tanduk ‘budak tingkat empat’ dan berkempen untuk menjatuhkan KJ semasa pemilihan Agung UMNO sebelum ini tetapi gagal.

Blogger elitis ini lebih mudah berkerja dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) atau secara terus dengan tokoh-tokoh politik tertentu.

Sumber-sumber kewangan blogger UMNO mengikut keutamaan:


1) Individu - Antara tokoh UMNO paling terkenal kerana kemurahan hati adalah Datuk Ahmad Maslan yang mempunyai akses terhadap kewangan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rais Yatim menggunakan peruntukan Kementerian Komunikasi & Kebudayaan, Datuk Shafie Afdal, Dato Seri Nazri Aziz dan Datuk Saifuddin Abdullah. Selain tokoh UMNO, tokoh-tokoh korporat juga menggunakan perkhidmatan blogger bagi perkhidmatan ‘pengurusan persepsi’ dan menjatuhkan pihak lawan.

2) Jabatan Perdana Menteri - Melalui peruntukan khas yang diuruskan oleh Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO serta peranan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri dan lain-lain pegawai. Peruntukan ini semakin bertambah setiap masa dan membimbangkan Dato Seri Ahmad Farid Ridzuan yang mengetahui bahawa blogger-blogger meminta peruntukan ini makan kiri kanan atas bawah dan dari segi audit, sukar untuk mengira keberkesanan dan ‘value for money’ setiap artikel dan post dikeluarkan

3) GLC / Yayasan / NGO - Terdapat juga GLC di atas nasihat konsultan dan pengamal media melaburkan sejumlah wang yang amat besar untuk mengupah blogger. Tender ini kebiasaannya dilakukan secara tertutup. Sebagai contoh, pada bulan Januari Felda Global Ventures telah menjemput blogger-blogger untuk memberikan sebutharga dan profil masing-masing bagi tujuan memerangi persepsi bahawa penyenaraian Felda akan merugikan peneroka. Blogger Big Dog dan rakan-rakan di dalam gabungan The Mole dan MyKMU telah berjaya dipilih di dalam tender bernilai ratusan ribu ringgit tersebut. Pembayaran pula diuruskan melalui Yayasan Felda dan Komunikasi Korporat Felda Global Ventures

4) Unit Media Baru UMNO - Kelemahan Tun Faisal sebagai Pengerusi UMB mendapatkan peruntukan daripada parti disebabkan nama Tun Faisal sendiri telah diburukkan di kalangan Blogger Elitis yang menganggap Tun Faisal sebagai exco pilihan KJ. Selain itu, blogger menyokong Tun Faisal dianggap blogger ‘nyamuk’ dan ‘tiada kelas’ dan turut dihentam oleh Blogger Elitis ini seperti dialami oleh blogger umno-reform dan pirates of putrajaya.

Dijangkakan walaupun bertukar pengerusi, UMB akan terus lemah kerana Blogger Elitis lebih suka berurusan dengan individu dan masing-masing mempunyai blogger baru dibawahnya dan sedia berkhidmat untuk sekeping dua not RM50. Blogger-blogger UMB lebih dihormati lawan di dalam PR kerana cuba mengelak daripada menggunakan kata-kata kesat dan Tun Faisal sendiri sanggup duduk semeja dengan Hishammudin Rais (Tukar Tiub) bagi membincangkan peranan dan etika blogger.

Sepertimana tuan-tuannya di dalam UMNO, majority blogger UMNO gemar memainkan isu peribadi seperti seks, perkauman dan agama. Sebelum itu, kita kenali dahulu sedikit sebanyak blogger Elitis UMNO dan kecenderungan mereka:

Blogger Elitis Penyerang Individu:

1. Berpendapatan melebihi RM25,000 sebulan dengan sekurang-kurangnya 4 individu penaja dengan setiap individu memberikan tidak kurang RM2,000 sebulan.

2. Berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri dan mempunyai akses sulit kepada laporan JASA, SB dan perisikan tentera yang dipermudahkan oleh individu berprofil tinggi yang menaja

3. Berkecenderungan memilih subjek Anwar Ibrahim dan serangan peribadi menggunakan isu perkauman dan Islam.

4. Jarang mengambil assignment melibatkan korporat kecuali melalui rujukan rakan dan wang tersebut telah tersedia

5. Antara blogger ini adalah Papagomo, Parpukari dan Gelombang Wangsa Maju.


Blogger Elitis Penyerang Berkumpulan:

1. Berpendapatan melebihi RM25,000 sebulan secara individu dengan sekurang-kurangnya 2 individu penaja menyumbang RM3,000 sebulan dan mengambil sekurang-kurangnya 2 assignment korporat/politik berkumpulan sebanyak RM250,000 setiap satu

2. Berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri dan mempunyai akses kepada korporat dan pemain media utama seperti Utusan, New Strait Times, TV3 dan Malay Mail

3. Lebih gemar mengambil tugasan berkaitan korporat dan politik yang menguntungkan individu atau kumpulan tertentu dalam UMNO. Kumpulan ini juga demi keuntungan sanggup menghadap musuh untuk mengadakan kerjasama atau menjual software. Sebagai contoh, blogger big dog pernah bekerjasama dengan blogger Jeff Ooi dari DAP untuk menjual software kepada Kerajaan P. Pinang Lim Guan Eng dan blogger Rockybru/Datuk Ahiruddin Atan bekerjasama dengan Malaysiakini untuk berkongsi contents

4. Antara kumpulan ini dikenalpasti adalah pakatan blogger BlogHouse Malaysia, pakatan The Mole, pakatan MyKMU, pakatan IsuPolitikSemasa dan pakatan Gelombang Wangsa Maju. Di antara pakatan ini, yang paling kaya adalah pakatan BlogHouse Malaysia dan The Mole yang berjaya mendapatkan jutaan ringgit assignment setiap bulan.

Adakalanya Blogger Elitis Individu berasa bengang dengan kumpulan ini yang sanggup menyerang mana-mana individu UMNO atau tokoh korporat kerana upah yang lumayan. Selain itu, teknik mereka adalah untuk menyerang terlebih dahulu individu atau korporat tertentu dan kemudian datang kepada individu meminta wang jika tidak mahu dibongkarkan atau mahu memperbetulkan persepsi orang ramai. Kumpulan ini juga menganggap diri mereka terlalu otai, suka berada dikalangan individu berpengaruh sahaja, tidak turun padang dan tidak gemar bergaul dengan blogger ‘nyamuk’.

Begitulah sedikit sebanyak cerita tentang warna-warni blogger UMNO elitis yang siang malam bertungkus lumus menyembah Ringgit Malaysia. Sedikit peringatan kepada blog-blog PR, suarapakatanrakyat.com adalah ciptaan blogger UMNO Elitis yang diselenggarakan oleh anak-anak buahnya. Taktiknya mudah, menyiarkan berita ala portal news berkaitan Pakatan Rakyat dan akhirnya akan memberikan pandangan yang melaga-lagakan individu dalam PR khasnya PKR dan Anwar Ibrahim.

Melihat gambar Anwar Ibrahim yang diberikan tulisan “Manusia Paling Suci” oleh blog ini sudah menggambarkan betapa antinya pemilik blog ini kepada Anwar Ibrahim. Selama ini blog SuaraPakatanRakyat.com cuma digunakan oleh blogger UMNO Elitis untuk menunjukkan blog PR juga membelasah PKR tetapi penulis terkejut apabila portal Tranungkite menyiarkan berita dipetik daripada SuaraPakatanRakyat.com berkenaan Rafizi Ramli kurang ajar dengan Anwar Ibrahim. Setahu penulis, portal Tranungkite dipunyai oleh Pas Kawasan Dungun dan turut mempunya ribuan link dengan blogger PR lain. Semoga blog-blog PR lebih berhati-hati dengan blog seperti ini dan mengambil iktibar daripada kejadian ini.

p/s: Tahniah kepada Kickdefella yang telah bernaung dengan pakatan The Mole. Tak adakah YB PR nak kemukakan soalan berapa jumlah peruntukan Jabatan Perdana Menteri atau Felda Global Venture kepada blogger bagi menerangkan isu Felda dan lain-lain?

OLEH: EX-BLOGGER UMNO

Diterima melalui email - Puterikarimun Indo


Read More...

05 October 2011

Email 1 Malaysia - Kos RM50 Juta, Pengguna Hanya 3000 Orang Sahaja..

Sistem pembayaran dalam talian dan perkhidmatan Myemail – yang membabitkan kos RM50 juta – telah mengumpulkan 3,000 pelanggan sejak dilancarkan pada 14 September lalu, kata penyedia perkhidmatan tersebut – Tricubes Berhad.Dalam taklimat media di Kuala Lumpur hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes, Khairun Zainal Mokhtar berkata, angka itu jauh daripada sasaran 5.4 juta pelanggan yang ditetapkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).

“Kami mensasarkan seramai mungkin pelanggan, dan kami yakin dengan sasaran kami itu walaupun PEMANDU telah menetapkan sasaran 5.4 juta pelanggan menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Apabila ditekan lanjut, Khairun berkata, ramalan dalaman telah disemak semula kepada 2 juta pelanggan pada tahun 2012.


Sebelum ini dikenali sebagai perkhidmatan ‘e-mel 1 Malaysia’, Myemail dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 19 April, dan terus menjadi sasaran kritikan orang ramai.

Terdapat kebimbangan mengenai aspek privasi dan sama ada jumlah wang yang dibelanjakan itu wajar, memandangkan kebanyakan perkhidmatan emel, adalah percuma. Terdapat juga persoalan mengenai status GN3 Tricubes.

Sebelum ini adanya satu gesaan supaya rakyat negara ini tidak mengguna atau melanggan khidmat Emel 1Malaysia kerana ia tidak menjamin keselamatan dan maklumat peribadi diceroboh pihak berkuasa. Sebuah blog menyatakan, rakyat Malaysia perlu menolak perkhidmatan emel berkenaan meski ia diberi secara percuma oleh kerajaan.

“Ia tidak menjamin keselamatan dan hak keperibadian anda. Rakyat mempunyai ruang untuk memilih penggunaan email percuma seperti Yahoo, Hotmail dan Gmail. Kenapa diri anda perlu menanggung risiko yang tinggi akibat penggunaan email 1Malaysia?,” soal penulis blog tersebut, Pian Kia Liao.

Beliau memberi sebab bahawa kemungkinan maklumat menerusi emel yang dihantar akan mudah diakses Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Tricubes Berhad mengaku khidmat e-mel 1 Malaysia yang bakal disediakannya adalah hayat kewangan bagi syarikat itu, yang sebelum ini berhadapan dengan risiko dibatalkan penyenaraian di Bursa Malaysia.

Sasaran Tricubes adalah mendapatkan purata 900,000 pengguna setiap bulan dan mendapatkan semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun menyertainya menjelang tahun 2015.

Perkhidmatan myemail.my dipercayai akan mengancam perkhidmatan Pos Malaysia Berhad yang digunakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

KWSP mempunyai 12.72 juta anggota sehingga 31 Disember 2010 tetapi ahli yang aktif dianggarkan 6.04 juta.

RAKYAT MARHAEN



Read More...

17 May 2011

Syarikat Tawar Caj Emel 1 Malaysia Serendah 5 Sen

Jika syarikat Tricubes Berhad mengenakan caj 50 sen terhadap agensi kerajaan bagi setiap emel 1Malaysia yang dihantar kepada pengguna, caj perkhidmatan menggunakan wang rakyat mungkin boleh dikurangkan jika kerajaan membuka tender projek ini kepada syarikat lain.

Ini kerana ada syarikat swasta lain yang lebih berpotensi sanggup menawarkan servis perkhidmatan yang sama seperti Tricubes namun dengan harga serendah 5 sen dan dalam masa yang sama perlindungan keselamatan data maklumat peribadi terjamin.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modular Synergy Sdn Bhd Nazar Yakin berkata, tindakan kerajaan yang enggan membuka tender projek tersebut dipersoalkan walaupun banyak pakar teknologi maklumat (IT) tempatan berkemahiran ada.


Nazar berkata, tidak ada sebab kerajaan enggan mempertimbangkan sebuah syarikat yang hendak menawarkan harga 10 kali ganda lebih rendah daripada Tricubes dan pihaknya akan mengemukakan kertas cadangan secepat mungkin.

“Secara asasnya kita boleh letak apa saja jumlah yang kita mahu keranaini adalah urusan bisnes. Kita tak kenal mereka (kerajaan) jadi kita caj 5 sen,” katanya yang turut menawarkan caj secara percuma jika kerajaan mengenakan bidaan terhadap projek itu.

Katanya, keuntungan syarikat masih boleh tetap diperoleh walaupun caj serendah 5 sen dikenakan tanpa mengambil keuntungan yang besar daripada kerajaan.

“Jika Google boleh menawarkan khidmat emel secara percuma (kecuali pakej premium dengan harga USD5 setahun) kenapa tidak emel yang lain,” soal beliau dalam sidang media di ibu pejabat PKR Kelana Jaya di sini hari ini.

Selain itu, Nazar yang juga bekas CEO Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan pengasas Amanah Saham Nasional (ASN) berkata, pihaknya juga turut menawarkan pembinaan servis perkhidmatan jaringan sosial ala ‘Facebook’ yang dikenali ‘Govtbook’ bagi memudahkan orang ramai berinteraksi dengan perkhidmatan kerajaan.

Katanya, melalui ‘Govtbook’ orang ramai lebih mudah berurusan dengan pegawai kerajaan dan dalam masa yang sama menjamin tahap sistem keselamatan data peribadi.

“Kalau Facebook boleh dibina secara percuma kenapa tidak kami,” katanya yakin.

Sementara itu, Ahli Parlimen PKR Log Gwo-Burne berkata projek ini mungkin boleh dilaksanakan tanpa berbelanjan tinggi jika kerajaan tidak terlalu mementingkan kronisme untuk memperoleh keuntungan berlipat ganda dalam perniagaan walaupun ada banyak syarikat lain yang lebih berpotensi dan berminat menyertainya.

Projek Emel 1Malaysia bernilai RM50 juta, inisiatif kewangan persendirian, diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai satu antara tujuh projek baharu di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang akan dilancarkan Julai ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes Berhad Khairun Zainal Mokhtar, mengesahkan agensi kerajaan akan dikenakan bayaran 50 sen bagi setiap emel yang dihantar kepada pengguna tetapi orang ramai tidak akan dikenakan sebarang bayaran.

Menurut Khairun, pengguna jugaa akan dikenakan bayaran tambahan jika mereka mahu perkhidmatan tambah nilai lain seperti email lebih ‘selamat’ dengan kemudahan ‘encryption’.

Sasaran Tricubes adalah mendapatkan purata 900,000 pengguna setiap bulan dan mendapatkan semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun menyertainya menjelang tahun 2015.

Namun syarikat Tricubes dikenal pasti sebagai syarikat bermasalah apabila tersenarai dalam Bursa Malaysia sebagai antara 12 buah syarikat berstatus ‘GN3′ kerana keadaan kewangannya dalam keadaan “lemah” atau “buruk.”

Menurut garis panduan yang ditetapkan Bursa Malaysia, pengkelasan status GN3 itu akan membolehkan syarikat berkenaan mendapatkan bantuan daripada satu jawatankuasa untuk menstruktur semula hutangnya.

Penyenaraian Tricubes di Bursa Saham mungkin ditarik balik sekiranya syarikat itu gagal meyakinkan bursa berhubung pelan untuk melunaskan kesemua hutangnya, namun dengan penganugerahan kontrak selama 10 tahun itu mungkin memberi nafas baru kepada Tricubes.-Free Malaysia Today

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Read More...

26 April 2011

Lagi Cerita Syarikat E-Mail Bodoh

SYARIKAT E-MAIL BODOH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit…INI SYARIKAT E-MAIL BODOH…. kah kah kah…

kah kah kah…EMAIL DARI SYARIKAT KAPIR YANG MAKAN BABI DIBERI PERCUMA…. kah kah kah..

kah kah kah…SYARIKAT MELAYU BUMIPUTERA ISLAM YG TUNGGANG TUNGGIT KENA BAYAR 50 SEN…. kah kah kah…

kah kah kah… SYARIKAT MELAYU ISALAM BUMIPUTERA INI DAH NAK BANGKRAP…. kah kah kah…

kah kah kah…MINTA PROJEK DARI KERAJAAAN…. kah kah kah..

n portal Sarawak Report mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggantung


woit.. JANGAN LAH BUAT KERJA TIPU MELAYU…. kah kah kah…

woit… BUAT LAAA KERJA HALAL…. kah kah ka

kah kah kah… CARI ROTAN DALAM HUTAN PUN KERJA HALAL…. kah kah kah

kah kah kah…JUAL BAJU KEDAI BUNDLE PUN KERJA HAHAL….kah kah kah..

woit…. TAK PAYAH LAAA PERGI UMRAH SEDEKAH SEDEKIH BULAN PUASA… kah kah kah…

kah kah kah...TAK PAYAH LAA NAK BERI MAKAN ANAK YATIM...KERJA MENIPU... kah kah kah..

kah kah kah…LETIH DENGAN MELAYU PEMALAS LAGI PENIPU INI…. kah kah kah

woit… BILA CHINA MARAH KATA CHINA TAK PATRIOTIK…. kah kah kah..

kah kah kah…BILA CHINA MARAH KATA CHINA TAK BERSYUKUR…. kah kah kah..

kah kah kah…TAPI KERJA MENIPU…CARI KONTREK KERAJAAN…kah kah kah..

woit…CUKUP… HENTIKAN PROJEK TIPU MELAYU INI… kah kah kah

Dicilok dari Tukar Tiub

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Read More...

RM 0.50 Sen Setiap Email 1 Malaysia.. Siapa Cerdik Dan Siapa Yang Bodoh?

Projek email 1Malaysia akan diteruskan dengan sasaran 5.4 juta pengguna menjelang akhir tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes Berhad, Khairun Zainal Mokhtar, di sebalik kontroversi yang dihadapi projek itu, ia akan tetap dilancarkan pada Julai ini.

"Kami akan lakukan yang terbaik dan mendapatkan sasaran demografi tersebut,” katanya.

Pada taklimat media di Kuala Lumpur hari ini, Khairun juga mengesahkan agensi kerajaan akan dikenakan bayaran RM0.50 bagi setiap email yang dihantar kepada pengguna tetapi orang ramai tidak akan dikenakan sebarang bayaran.


Sasaran Tricubes adalah mendapatkan purata 900,000 pengguna setiap bulan dan mendapatkan semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun menyertainya menjelang tahun 2015.

Menurut Khairun, pengguna dijangka akan dikenakan bayaran tambahan jika mereka mahu perkhidmatan tambah nilai lain seperti email lebih 'selamat' dengan kemudahan 'encryption'.

"Namun setting asas adalah 'Secure Sockets Layer' (SSL) yang agak selamat.

"Malah dengan email seharian dan tanpa dikenakan bayaran semuanya adalah melalui SSL. Pengguna juga boleh menghantar email peribadi kepada rakan-rakan dan ia adalah percuma,” katanya.

Khairun juga berkata untuk menggunakan email itu seseorang perlu ke mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara bagi mendaftar.

Katanya, pengguna juga boleh melakukannya sendiri dengan menggunakan alat biometrik-USB yang perlu dibeli mereka.

**Beli alat biometrik-USB dari mereka? Kahkahkah.. Duit lagi tuh..

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Read More...

25 April 2011

Email 1 Malaysia Lebih Selamat - Kata Pengampu

KUALA LUMPUR: Penyediaan e-mel percuma di bawah konsep 1Malaysia (1MY) kepada setiap rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan memberi pelbagai manfaat kepada rakyat, menurut pakar teknologi maklumat komunikasi maklumat (ICT).

Azli Paat, yang juga Pengarah Adavista Sdn Bhd, berkata e-mel rasmi yang penyertaannya secara sukarela itu dapat memudahkan semua pihak berurusan dengan semua sektor dan agensi kerajaan.

"Sepatutnya tidak harus timbul isu yang mengatakan usaha ini akan memudahkan kerajaan memantau e-mel rakyat atau memudahkan kerajaan menghantar e-mel terus ke akaun e-mel 1MY," katanya.

Kindle Wireless Reading Device, Wi-Fi, Graphite, 6" Display with New E Ink Pearl Technology
Beliau diminta mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lalu mengenai projek itu yang adalah inisiatif sektor swasta dan tidak membabitkan wang awam.

Inisiatif e-mel 1MY itu akan membolehkan komunikasi secara langsung dan selamat antara rakyat Malaysia dan kerajaan dan meningkatkan perkhidmatan penyampaian kerajaan kepada pengguna dan ahli perniagaan.

Azli berkata, dengan pelbagai penyedia perkhidmatan e-mel percuma seperti Yahoo!, Gmail, Hotmail dan lain-lain, rakyat kini boleh memilih e-mel 1MY untuk berurusan dengan sektor kerajaan.

"Apabila menggunakan e-mel 1MY, seperti dalam urusan cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pihak terbabit akan lebih senang untuk memberi maklum balas yang dikehendaki," katanya dengan mencadangkan e-mel itu tidak digunakan untuk kegunaan peribadi.

Tricubes Bhd akan mempelopori pelaburan RM50 juta itu yang juga termasuk pembangunan sebuah laman portal, sebuah pusat sehenti bagi perkhidmatan kerajaan, penyediaan khidmat tambah nilai seperti rangkaian sosial, semakan bil dalam talian dan pembayaran, sebagai tambahan kepada set peralatan pembangunan web untuk warga negara dan entiti perniagaan bagi membangunkan aplikasi secara kreatif.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, berkata projek e-mel 1MY amat berguna dalam usaha memastikan rakyat tidak tercicir daripada mendapatkan maklumat yang mutakhir di sekeliling mereka.

“E-mel 1MY memang sangat bagus, dalam masa yang sama mereka boleh memberi maklum balas terus kepada kerajaan mengenai sesuatu isu atau dasar. Ini namanya ‘engagement’ dan keterbukaan," katanya.

Mohamed Maliki menyifatkan tindakan pembangkang yang membantah projek itu kerana mereka merasa terancam dan takut kerajaan dikuasai oleh golongan muda berikutan golongan itu yang selalu menggunakan khidmat e-mel dalam kehidupan seharian mereka.

Presiden Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC), Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, berkata e-mel itu menjadi ‘pelengkap’ kepada usaha lain kerajaan dalam meningkatkan pengetahuan teknologi maklumat di kalangan golongan muda termasuk pengagihan 'Notebook 1Malaysia'.

Akhramsyah Muamar Ubaidah, yang juga Naib Presiden Bloghouse Malaysia, berkata pembangkang khususnya tidak berhak mempertikaikan inisiatif pihak tempatan yang mengeluarkan e-mel sendiri yang dapat digunakan untuk pelbagai tujuan seperti pemasaran dan promosi dalam memperkenalkan sesebuah syarikat.

Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM), Datuk Shaheen Mirza Habib, berpandangan ia salah satu inisiatif swasta dalam memainkan peranannya membantu kerajaan demi kebaikan rakyat. – BERNAMA

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Read More...

24 April 2011

Dari Email 1Malaysia, baik bagi wi-fi percuma

Kerajaan Malaysia patut meniru langkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberikan Wi-Fi percuma kepada keseluruhan rakyat bukannya memperkenalkan Email 1 Malaysia yang mempunyai motif tersendiri untuk menyelamatkan kedudukan syarikat Tricubes Berhad yang terumbang ambing.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yussof menegaskan, perbelanjaan RM50 juta wang rakyat demi kroni tidak boleh diterima lagi bahkan patut dihukum dengan memilih Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang kerana lebih cerdik menggunakan wang kerajaan untuk sesuatu projek.

Beliau mengulas pengumuman kerajaan untuk memperkenalkan email 1 Malaysia. Ia berubah-ubah dari projek kerajaan kepada inisiatif swasta. Media pula mendedahkan syarikat Tricubes Berhad adalah syarikat yang hampir bankrap dan dikaitkan dengan adik perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak melalui Kumpulan CIMB.

Agensi kerajaan yang menggunakan email ini pula akan dikenakan caj 50 sen satu email yang akan diperolehi oleh Tricube sedangkan sebelum ini ia hanya percuma dan tidak akan menggunakan wang rakyat.

Kindle 3G Wireless Reading Device, Free 3G + Wi-Fi, 3G Works Globally, Graphite, 6" Display with New E Ink Pearl Technology
Sejak pengumuman ini, saham Tricubes telah naik mencanak di Bursa Malaysia kepada angka yang tidak pernah dicapainya sebelum ini.

"Jika nak sangat bagi jalur lebar untuk meningkatkan prestasi negara lebih baik bagi Wi-Fi percuma pada rakyat bukanya email 1 Malaysia. Lagipun ramai rakyat dah ada email sendiri termasuk remaja atau pelajar sekolah. Kita rasa Wi-Fi amat penting kerana ia dapat mengurangkan kos penggunaan internet sepertimana sekarang ia menjadikan syarikat telekomunikasi bertambah kaya buat keuntungan, " terang Yusmadi (gambar) ketika ditemui di majlis Hi-Tea di Nans Food Court, Taman Serdang, Kepala Batas baru-baru ini.

Lagipun katanya, cadangan berkenaan bertujuan mengongkong rakyat terutamanya golongan pemuda agar memberikan sokongan kepada kerajaan sedia ada untuk meneruskan tranformasi yang dibentangkan oleh Perdana Menteri beberapa minggu sebelum menjelangnya tarikh piliharanraya Sarawak.

Selain mempunyai motif yang tersirat barangkali cara itu merupakan taktik Barisan Nasional (BN) melebarkan proganda dan dakyah kepada sasaran dengan lebih mudah terus ke dalam komputer yang mendaftar dengan email 1 Malaysia.

"Dengan kewujudan email yang dipantau oleh kerajaan lebih mudah untuk mereka menyebarkan propaganda bagi menghalang kemaraan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum ke 13 nanti, " tambahnya.

Program khas sempena perlantikan Adnan sebagai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Pinang Tunggal turut dihadiri oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeAdiLan), Azmin Ali, Ketua Perhubungan KeAdiLan Negeri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan Yang Dipertua PAS Kepala Batas, Rosidi Husain. - hrkh


KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Read More...

23 April 2011

Emel 1Malaysia: Siapa Punya, Siapa Kena Bayar?

APABILA Dr Mahathir Mohamad memperkenalkan “Look East Policy” pada tahun 1981, pengedar tempatan satu jenama kereta Jepun menyiarkan iklan yang bunyi lebih kurang: “Pandang Ke Timur Beli Kereta Jepun”.

Adalah perkara biasa bagi kalangan perniagaan mengambil kesempatan daripada apa saja dasar, rancangan dan slogan kerajaan untuk mencari keuntungan.

Beberapa bulan sebelum Abdullah Ahmad Badawi ditekan untuk meletakkan jawatan pada awal 2009, sebuah syarikat telah membina pintu gerbang raksasa merentangi Jalan Syed Putra untuk mengiklankan Islam Hadhari.

Apabila Abdullah turun, maka iklan itu diturunkan dan kini digantikan dengan iklan mempromosikan 1Malaysia.

Apple iPod touch 32 GB (4th Generation) NEWEST MODEL
Beberapa hari kebelakangan ini, tercetus satu lagi kontroversi. Kali ini mengenai apa yang dijenamakan sebagai “1Malaysia E-mail”.

Sejak Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, memperkenalkan 1Malaysia, banyak papan iklan yang didirikan bagi mempromosi dan meniru slogan itu sehingga ada yang seoleh-oleh mempersendakannya.

Dengan menggunakan angka satu (1) sebagai logo, ada yang mendakwa merekalah cat nombor satu di Malaysia. Kalau tidak di Malaysia, di Jepun. Atau teh nombor satu di Negeri China dan syarikat telekomunikasi nombor 1 di merata dunia.

Dalam hal emel 1Malaysi ini, yang menjadi pertikaian adalah penjelasan yang bercanggah daripada pihak-pihak yang terbabit.

Mohd Najib menulis dalam akaun Twitternya: "Let me clarify that the 1Malaysia Email is a private sector project. No public money is involved, and it's entirely voluntary."

(Biar saya jelaskan yang Emel 1Malaysia adalah projek sektor swasta. Tidak ada wang awam terbabit, dan ia adalah sepenuhnya sukarela.)

Tetapi Pengarah Perkhidmatan NKEA bagi Pengisian dan Infrastruktur Komunikasi, Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, pula berkata kerajaan akan membayar 50 sen bagi setiap emel kepada pemenang konsesi iaitu Tricubes Bhd.

Mohd Najib adalah Perdana Menteri dan Pemandu/NKEA bertanggungjawab kepada beliau. Jadi cakap siapa kita hendak percaya – Perdana Menteri atau budak-budak NKEA?

Kalau ikut cakap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, kita kena percaya cakap Perdana Menteri kerana pada pandangan Khairy, budak Pemandu/NKEA berkenaan adalah “Little Napoleon” yang memandai-mandai.

Jadi, macam kita pegang kerbau pada cucuk hidungnya, kita akan pegang Mohd Najib pada cakapnya iaitu “Emel 1Malaysia adalah projek sektor swasta. Tidak ada wang awam terbabit dan adalah sepenuhnya sukarela”. Wallahualam.

Setiausaha Publisiti DAP yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua pula menyifatkan kenyataan-kenyataan mengenai '1Malaysia E-mail' sebagai amat mengelirukan.

Bukan Kaedah Yang Jadi Masalah

YANG menjadi masalah dalam urusan dengan kerajaan bukan surat, emel atau urusan lisan, tetapi sikap kakitangan awam, termasuklah menteri.

Menukarkan surat dengan emel, walaupun didakwa lebih murah dan cepat, tidak akan menyelesaikan masalah kalau kakitangan awam terus curi tulang dan tidak amanah.

Dalam masa dua tiga bulan ini saya (atau pihak-pihak yang mewakili saya) telah mengutus tiga pucuk surat kepada pihak berkuasa – sepucuk kepada seorang menteri, sepucuk kepada pegawai Jabatan Akauntan Negara dan sepucuk kepada setiausaha akhbar seorang menteri.

Surat kepada menteri langsung tidak dilayan. Surat pengesahan penerimaan pun tidak ada. Bukan minta apa pun, sekadar memberi rujukan watak kepada seorang doktor swasta untuk satu anugerah.

Surat kepada Jabatan Akauntan Negara mengambil masa lebih dua bulan untuk dijawab. Itu pun selepas yang mengancam menulis mengenainya dalam blog.

Saya bertanya kepada Jabatan Akauntan Negara macam mana nama, nombor Mykad, nombor kad pengenalan lama dan alamat rumah saya boleh jatuh ke tangan sebuah agensi swasta yang mendakwa saya ada wang di bawah Akta Wang Tidak Dituntut (Unclaimed Monies Act) yang diuruskan oleh jabatan berkenaan.

Surat kepada Setiausaha Akhbar Menteri pula mengenai keruntuhan tapak pembinaan bangunan 10 tingkat di hadapan pejabat saya di Jalan Klang Lama.

Bila ditanya, pegawai itu kata sudah dipanjangkan kepada pegawai yang bertanggungjawab. Jawapan pihak berkuasa entah bila akan sampai (kalau ada), tetapi saya sudah pun berjaya menghubungi pemaju.

Itu saya. Tak apalah, kira bicara saya agak panjang. Kalau lain tak jalan, saya boleh tulis dalam blog atau mengadu kepada surat khabar. Tetapi apa halnya dengan rakyat biasa?

Sikap dan sifat buruk macam inilah yang menyebabkan slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" menjadi bahan lawak jenaka rakyat jelata.

Takut-takut Emel 1Malaysia juga akan menjadi bahan lawak jenaka. Tetapi yang lebih saya takuti adalah manakala rakyat jelata ketawa terbahak-bahak, pemegang konsesi ketawa berdekah-dekah sepanjang jalan menuju bank dengan duit secekak.

Barang dijauhkan Allah satu lagi musibah.

A KADIR JASIN


KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Read More...

22 April 2011

Saham Syarikat Adik Najib Melonjak Kerana Email 1 Malaysia


Saham Tricubes melonjak 491% kerana email 1 Malaysia


Sebelum ini Syarikat Tricubes Berhad milik Nazir Tun Razak, adik kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak mengalami masaalah kewangan yang teruk sehingga disenaraikan sebagai syarikat bermasaalah di Bursa Malaysia sebagai GN3 Companies [GN3 Companies].

Namun begitu, atas bantuan dan jasa abangnya Najib Tun Razak yang meluluskan projek mengarut dan tak masuk akal iaitu membina email 1 Malaysia dengan kos RM50 Juta, maka Syarikat Nazir Tun Razak telah menunjukkan potensi yang lebih cerah untuk lebih maju lagi.

Hal ini jelas sekali dapat dilihat pada nilai saham syarikat tersebut yang menunjukkan kenaikkan mendadak (exponential) sehingga 491% sejak syarikat itu diumumkan akan mengendalikan projek email satu Malaysia [TheStar].




Baca di sini:  milosuam

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Read More...

20 April 2011

1Malaysia email: Tricubes Berhad dimiliki secara tidak langsung adik Najib

Syarikat Tricubes Berhad yang diberikan kontrak 1Malaysia email bernilai RM50 juta kini berdepan dengan masalah kewangan, dan disenaraikan Bursa Malaysia sebagai status GN3. Seandainya syarikat ini gagal mengetengahkan program menstruktur semula kewangannya pada hujung Oktober 2011, maka ia mungkin berdepan dengan nasib untuk ditarik dari penyenaraian (delist).

Apa yang menarik, pemegang saham kedua terbesar Tricubes Berhad adalah Commerce Technology Ventures Sdn Bhd, iaitu Private Equity Fund yang ditubuhkan Bank Negara bersama Commerce Group (atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group).

Commerce Group atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group kini telah dinamakan sebagai CIMB Group, diterajui oleh adik Perdana Menteri Najib Razak, iaitu Nazir Razak (gambar kanan). Nazir Razak adalah Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group.


Semalam, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan telah memberikan satu projek baru bernilai RM50 juta kepada Tricubes Bhd untuk mendirikan satu laman internet, dan setiap warga negara berumur 18 tahun ke atas akan dibuka satu akaun email - "1Malaysia email" untuk kegunaan rasmi; sementara mendirikan pusat perkhidmatan e-kerajaan, termasuk laman sosial, pembayaran hutang melalui internet dan sebagainya.

Namun demikian, menurut maklumat Bursa Malaysia, Tricubes telah disenaraikan sebagai status BN3 dan perlu mengetengahkan program penstrukturan kewangan, atau berdepan dengan nasib "delist".

Dalam satu kenyataan Tricubes pada 29 Oktober 2010, lantaran daripada kebimbangan oleh juruaudit terhadap laporan kewangan Tricubes sehingga 31 Mac 2010, ditambah pula shareholders' equity yang lebih rendah daripada 50% modal sehingga Jun 2010, maka ia telah melanggar peraturan penyenaraian, lantas dimasukkan ke adalam status GN3.

Selain itu, menurut laporan kewangan 2010 Tricubes, syarikat ini telah mengalami kerugian bersih sebanyak RM3.35 juta (RM3,346,752). Meskipun Tricubes memohon agar Bursa Malaysia mengecualikan dirinya daripada peraturan GN3, namun Bursa Malaysia enggan meluluskan permintaannya.

Menurut peraturan GN3 di Bursa Malaysia, Tricubes perlu mengemukakan satu rancangan penstrukturan semula kewangannya dalam tempoh 12 bulan, bermula 29 Oktober 2010 (tarikh dimasukkan ke status GN3). Malah, rancangan tersebut perlu diluluskan Bursa, malah dilantik penajanya dalam masa tiga bulan, dan menghabiskan program penstrukturan semula dalam masa enam bulan selepas diluluskan Bursa.

Jikalau Tricubes gagal mematuhi mana-mana peraturan, maka Bursa Malaysia boleh menghentikan sementara jual-beli saham syarikatnya, dan kemudian menarik penyenaraiannya (delist).

Menurut kenyataan terbaru Tricubes pada 1 April 2011, tiada perkembangan yang besar dalam rancangan penstrukturan semula kewangan syarikat tersebut. Menurut had tempoh, Tricubes harus menghantar laporan penstrukturan kewangannya sebelum 29 Oktober 2011, dan mendapat kelulusan daripada Bursa Malaysia - untuk mengelakkan dirinya daripada ditarik penyenaraiannya (delist).

Sebagaimana yang diketahui, Tricubes cuba membida 32.2% saham Pos Malaysia daripada Khazanah Nasional Berhad, tetapi gagal.

Pada saat-saat yang genting ini, Najib membawa cahaya harapan kepada penstrukturan semula kewangan Tricubes apabila mengumumkan pemberian projek 1Malaysia email bernilai RM50 juta kepadanya. Berikutan kontrak ini, Tricubes mungkin sempat untuk mengemukakan rancangan penstrukturan kewangannya sebelum hujung Oktober.

Apa yang dipertikaikan, PEMANDU yang mendakwa diri mengutamakan meritokrasi dan ketelusan itu, melantik sebuah syarikat yang berdepan dengan masalah kewangan untuk melaksanakan projek kerajaan ini.

Menurut maklumat rasmi, pemegang saham kedua terbesar Tricubes adalah Commerce Technology Ventures, ditubuhkan pada Julai 2000, dengan fungsi utamanya membekalkan modal untuk pembangunan teknologi. Sehingga hari ini, syarikat ini telah melabur di 22 buah syarikat, termasuk 10 buah syarikat telekomunikasi, enam syarikat advanced manufacturing, lima syarikat life science dan satu lain-lain.

Modal Commerce Technology Ventures dikendalikan CAV Private Equity Management Sdn Bhd, syarikat ini adalah salah satu syarikat di bawah CIMB Group. Menurut laporan kewangan Tricubes 2010, Commerce Technology Ventures merupakan pemegang saham kedua terbesar yang memegang 15.63% saham. Pemegang saham terbesar Tricubes adalah Khairun bin Zainal Mokhtar - selain memiliki 15.72% saham secara langsung, juga memiliki 14.17% saham melalui Ambank.

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview. Disedut, diterjemah dan disunting dari teks asal.

MerdekaReview

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Read More...

BN Beri Projek E-Mail RM50 Juta Kepada Syarikat Bermasalah

Tricubes Berhad, syarikat yang meraih kontrak perkhidmatan emel 1 Malaysia bernilai RM50 juta dilaporkan menghadapi masalah kewangan dan berkemungkinan dilucutkan dari Bursa Malaysia.

Meskipun menghadapi permasalahan sebegitu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan firma berkenaan diberi kontrak lumayan untuk menyediakan khidmat emel rasmi antara rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan kerajaan, lapor Malaysian Insider.

Ramai pihak menyifatkan langkah itu sebagai membazir kerana sebilangan besar masyarakat yang celik komputer sudah pun memiliki e-mail peribadi.

Apple iPod touch 32 GB (4th Generation) NEWEST MODEL
Mereka juga mempersoalkan keselamatan maklumat peribadi dalam sebarang transaksi menerusi e-mail 1Malaysia itu.

Justeru mereka menolak projek e-mail 1Malaysia dan mempertikaikan kenapa ia diberi kepada sebuah syarikat yang dipantau oleh Bursa Kuala Lumpur.

Tricubes sebelum ini diberi amaran dan diletakkan di bawah status Nota Bimbingan Keselamatan 3 oleh Bursa Malaysia (GN3) tahun lalu.

Sebagai Syarikat GN3, Tricubes perlu memberikan laporan kewangan kepada Bursa setiap bulan serta melantik penaja sehingga ia bukan lagi berstatus GN3.

Menurut laporan itu jika syarikat (Tricubes) gagal berbuat demikian, mereka boleh digantung dan disingkirkan dari papan oleh Bursa Malaysia.

Sumber Bursa juga menyatakan, sehingga 1 April lalu, Tricubes masih dalam proses meguruskan aliran kewangannya dan 'tiada sebarang perkembangan besar' yang memungkinkan status GN3 syarikat itu ditarik balik. - tvs


KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Read More...

05 June 2010

Insiden Mavi Marmara : Konflik Palestin - Israel bukan Soal Politik?

Deklarasi Balfour

Surat daripada Arthur James Balfour kepada Lord Rothschild, 2 November 1917:

I have much pleasure in conveyving to you, on behalf of His Majesty's Goverment, the following declaration of sympathy with the Jewish zionist aspirations which has been submitted to and approved bu the cabinet : His Majesty's Goverment view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious rights of the existing non-Jewish communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country. I should be grateful if you would bring this declaration to the knowledge of the Zionist federation.

Yours sincerely,

Arthur Balfour


Arthur Balfour adalah Setiausaha Luar Kerajaan British pada masa surat ini ditulis. Lord Rothschild pula adalah hartawan Yahudi yang juga penaja dan tokoh gerakan Jews Zionist. Surat ini akhirnya dikenali sebagai Deklarasi Balfour. Ia menjadi legitimasi awal kepada usaha penghantaran ratusan ribu pendatang Yahudi ke bumi Palestin.


Jawatankuasa Khas Palestin (UNSCOP) dan Resolusi 181 PBB 1947

UNSCOP ditubuhkan oleh PBB untuk membuat tinjauan dan pandangan dari Agensi Yahudi dan Liga Arab berhubung Palestine.Ia lahir dari inisiatif Britain tetapi ditolak oleh Majlis Tertinggi Palestine. Terdiri dari 11 negara-negara yang dianggap berkecuali.

7 daripada negara ini mencadangkan supaya Palestine dipecahkan kepada negara Arab, negara Yahudi dan Baitul Maqdis pula diletak di bawah pentadbiran antarabangsa. 43% tanah diiktiraf sebagai negara Palestine. Yahudi pula menerima 53% dari keluasan 10 ribu batu persegi. Liga Arab menolak cadangan UNSCOP dan mengancam untuk melancarkan peperangan jika ia diterima oleh PBB.

Selepas pembentangan di Perhimpunan Agung PBB 1947, pindaan dibuat dengan tambahan lagi 2% untuk tanah Palestine menjadi 45% antaranya Jaffa yang terkenal dengan kesuburan tanah dan limau sitrusnya. Kesan resolusi ini antaranya, menamatkan mandat British dibumi Palestin (baca-cuci tangan)dan pembentukan negara Yahudi di bumi Palestin.

Implikasi ini berakhir dengan konflik. Pada awal tahun 1948, Tentera Pembebasan Arab yang mendapat sokongan Syria mula masuk ke Palestin, sebagai respon kepada bantuan dan bekalan senjata yang diterima oleh Haganah, pasukan bersenjata Yahudi. Haifa jatuh kepada Haganah pada April 1948,diikuti Jaffa dan sebahagian Galilee pada bulan berikutnya.

Petang 15 Mei 1948, David Ben Gurion mengisytiharkan kelahiran Israel.

Bumi Palestine bukan lagi 45%. Dan Zionist tetap tidak berpuas hati, dan ini bukan penjajahan terakhir yang mereka lakukan.

Dunia, seluruh umat Islam dan seluruh pecinta keadilan sejagat berterusan ditipu wayang Zionist, Britain, Amerika Syarikat dan PBB.


teratai liar/
nuraffendya@yahoo.com

Read More...

27 January 2010

Jawapan terhadap fitnah JAIS terhadap pemimpin Madrasah Nurul Iman

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, Selawat dan Salam kepada Rasul junjungan Nabi Muhammad S.A.W. dan kepada keluarganya, sahabatnya dan orang-orang yang mengikuti mereka sehingga ke hari pembalasan.

Firman Allah Ta'ala: Di dalam surah Al-Baqarah : Ayat 191:
(وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ )
Ertinya: Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah Ta’ala sekalian, pada hari Rabu, 20 Januari 2010, kita di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya telah gempar dengan satu fitnah yang dibuat oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor; (JAIS), melalui akhbar Sinar Harian dan lain-lain.

Di dalam akhbar tersebut dinyatakan bahawa pemimpin Madrasah Nurul Iman ataupun pendokong Tarikat Ahmadiah Qadiriah, Syeikh Mahmud Al-Majzub mendakwa beliau menerima wahyu daripada Allah. Fitnah ini dibuat ekoran daripada majlis muzakarah di antara Syeikh Mahmud Al-Majzub dengan pihak (JAIS), pada 19 Januari 2010. Dalam pertemuan itu pihak Jabatan Agama Islam Selangor bertanya berdasarkan maklumat yang tertulis di dalam buku Sejarah Hidup Syeikh Mahmud Al-Majzub.

Di dalamnya tertulis bahawa Syeikh Mahmud Al-Majzub berkata, “Saya mendengar (suara ketuhanan)”. Daripada kata-kata inilah pihak Jabatan Agama Islam Selangor cuba putar-belitkan kenyataan dengan berkata bahawa Syeikh Mahmud Al-Majzub mendakwa bahawa beliau menerima wahyu daripada Allah.

Justeru kami sebagai pengikut setia Syeikh Mahmud Al-Majzub terpanggil untuk menjawab segala tuduhan fitnah yang besar ini demi kesejahteraan akidah umat Islam sekalian. Walaupun Jabatan Agama Islam Selangor adalah satu badan kerajaan yang bertanggungjawab memelihara kesucian akidah umat Islam tetapi mereka sendiri yang cuba memutar belitkan kenyataan dan mengelirukan orang ramai.

Dihantar melalui e-mail. Baca seterusnya di sini

Read More...

21 January 2010

MUZAKARAH MAIS BERSAMA MADRASAH NURUL IMAN

PADA 19 JAN 2010
TEMPAT: TING 8, PEJABAT MUFTI ,MENARA UTARA
BANGUNAN MAIS,SHAH ALAM

MASA: 1025H – 1220H

PENGERUSI: DATUK MOHD TAMYES ABDUL WAHID

AHLI PANEL;
DATUK MOHKTAR SHAFIE
DATUK MURTADZA MOHD NOR
DR ABDUL MANAM MOHAMAD (UDM)
DR FAKHRULNAIM
DR UTHMAN EL MUHAMADY

MENJAWAB DAKWAAN MUFTI KERAJAAN NEGERI SELANGOR, DATUK MOHD TAMYES ABDUL WAHID MELALUI SIDANG MEDIA DAN LAPORAN AKHBAR TEMPATAN PADA 20 JAN 2010.( BERITA HARIAN & SINAR HARIAN)

1.TAJUK BERITA “TARIKAT ISMAILIYYAH KELIRUKAN AKIDAH” BH MS:6, RUANG 1
MERUJUK KEPADA TAJUK BERITA INI PIHAK MNI INGIN MENAFIKAN SECARA TEGAS BAHAWA MNI TIDAK MENGAMALKAN DAN TERIKAT DENGAN MANA-MANA TARIKAT, SEBALIKNYA MNI MENGAMAL AURAD ISMAILIYYAH YAKNI MENGASUH UMMAH SUPAYA BERAMAL DAN BERZIKIR MENGIKUT SUSUNAN TOK GURU ISMAIL.

OLEH ITU, PARA PENGIKUT AURAD INI TERDIRI DARI PELBAGAI GOLONGAN YANG MANA MEREKA BEBAS UNTUK BERAMAL DAN BERZIKIR PADA SEBARANG WAKTU DAN TEMPAT.

2. PERENGGAN 1,” MASIH BOLEH MENGELIRUKAN AKIDAH UMAT ISLAM”
MELALUI KENYATAAN INI, MNI INGIN MENEGASKAN BAHAWA UNSUR AKIDAH YANG ASAS ADALAH KALIMAH SYAHADAH, JUSTERU ITU PIHAK MNI TIDAK PERNAH MENGELUARKAN SEBARANG AJARAN UNTUK MENGAJAR UMMAH MENERIMA TUHAN SELAIN ALLAH SWT DAN MENOLAK NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI RASULULLAH .
MAKA KEKELIRUAN YANG DIMAKSUDKAN OLEH PIHAK MAIS ADALAH DISANGGAH DENGAN SEKERASNYA..

3. PERENGGAN 4;” BERKAITAN AMALAN KEBATINAN TARIKAT ITU SEPERTI KUASA GHAIB”
ADALAH AMAT MALANG SEKALI KENYATAAN INI DIKELUARKAN OLEH SEORANG MUFTI KERANA KUASA GHAIB BUKANLAH SATU AMALAN KEBATINAN, SEBALIKNYA ADALAH KARAMAH YANG DIANUGERAHKAN OLEH ALLAH KEPADA HAMBANYA YANG DIPILIH OLEHNYA.

OLEH ITU, APABILA DIKATAKAN AMALAN KEBATINAN MAKA SUDAH TENTU IANYA ADALAH SATU PERBUATAN KERJA YANG DILAKUKAN SECARA BERULANG DAN TETAP, MAKA DISINILAH KEDENGKILAN ILMU YANG DIPAMERKAN OLEH MUFTI DALAM MENGISTILAHKAN AMALAN KEBATINAN DAN KARAMAH ANUGERAH ALLAH SWT.

KITA SEMUA SEDIA MAKLUM, KISAH SAIDINA UMAR AL KHATTAB MEMBERI ARAHAN PERANG KEDADA TENTERA ISLAM YANG DIPIMPIN OLEH SAIDINA KHALID AL WALID, SEDANGKAN KHALIFAH OMAR SEDANG MEMBACA KHUTBAH DI MADINAH.
APAKAH PERISTIWA INI KITA NAK KATAKAN WAHYU/ SUARA KETUHANAN ?


4. PERENGGAN 5; “ ADAB BERBICARA JUGA TIDAK DIBERI KEUTAMAAN”
DALAM KENYATAAN INI JELAS SEKALI LAGI MENAMPAK PIHAK MUFTI DAN AHLI PANEL MAIS BERADA DALAM KEADAAN YANG CUKUP DAIF, SESUNGGUHNYA ADAB BERBICARA YANG DITONJOLKAN OLEH TUAN GURU ADALAH SIKAP TEGAS BELIAU DALAM MENDEPANI PARA ILMUAN ISLAM PENTADBIR AGAMA YANG MENJADI TUKANG JUAK AMPU KEPADA PARA PEMIMPIN NEGARA YANG PENUH DENGAN KEMAKSIATAN AKIDAH DAN GEJALA KESONGSANGAN AKHLAK GENERASI HARI INI.
SESUNGGUHNYA KETEGASAN SUARA DAN SIKAP INI TELAH DIPUTAR BELITKAN OLEH AHLI PANEL.

SEBAGAIMANA DARI AWAL BICARA, TUAN GURU TELAH MENYATAKAN DENGAN TEGAS BAHAWA BELIAU DILATIH UNTUK TIDAK TUNDUK KEPADA KEMAHUAN MAHKLUK MANUSIA SEBALIKNYA HANYA MEMBERI KEUTAMAAN KEPADA PERINTAH ALLAH SWT.

MASYARAKAT HARUS TAHU, SIAPAKAH AHLI PANEL INI?
SEKALI LAGI JIKA KITA MENYINGKAP KARAKTER SAIDINA UMAR AL KHATTAB YANG MEMPUNYAI SIKAP DAN PENDIRIAN YANG TEGAS DIKALANGAN PARA SAHABAT, MAKA APAKAH KITA NAK MELABELKAN KHALIFAH INI KURANG ADAB?

MANAKALA, KISAH DAN PENGALAMAN SHEIKH ABDUL QADIR JAILANI, JUGA JELAS MEMPAMERKAN SIKAP TEGASNYA DALAM BERDEPAN DENGAN PARA PENDUKUNG PEMIMPIN KERAJAAN YANG MENOLAK KEADILAN HUKUM ISLAM.( KISAH BERSAMA 40 ORANG PEMIMPIN)

5. PERENGGAN 6; “ KETUA TARIKAT TIDAK MEMPUNYAI NERACA YANG DIGUNAKAN SEBAGAI KAYU UKUR MENGENAI KEESAHAN BERKAITAN KEROHANIAN”

ADALAH MENJADI KEBODOHAN YANG NYATA BAGI AHLI PANEL YANG MENGUTARA PERSOALAN INI? KERANA JAWAPAN TUAN GURU ADALAH MENCAPAI KETENANGAN SETELAH BERAMAL DENGAN AURAD INI. JIKA DIMINTA PENGESAHANNYA , APAKAH MANUSIA MAMPU MENAFSIRKAN TAHAP KHUSYUKNYA DALAM IBADAH, DAN DAPATKAN PENGESAHAN DARI INDIVIDU LAIN ATAU MAIS TENTUKAN TARAF KHUSYUK ITU?
MAKA, JELASLAH AHLI PANEL TERLALU DAIF, DAN TAK PERLU DILAYAN SOALANNYA.

6. PERENGGAN 8; “ PENGASAS TARIKAT ITU PERNAH MENDAKWA MENERIMA WAHYU DARI LANGIT”

SESUNGGUHNYA KENYATAAN INI AMAT TRAGIS SEKALI, KERANA TUAN GURU TIDAK PERNAH MENDAKWA MENERIMA SEBARANG WAHYU.
MAKA, MNI MENCABAR PIHAK MUFTI DAN AHLI PANEL SEBUTKAN ATAU BUKTIKAN AYAT ATAU SURAH YANG DITERBITKAN, DITAMBAHKAN DALAM AL QURAN UNTUK DIJADIKAN SANDARAN TUDUHAN INI.

MAKA KAMI INGIN MENDAKWA BAHAWA INI ADALAH FITNAH !! ( TINDAKAN MAHKAMAH BOLEH DIPERTIMBANGKAN) MINTA RAKAMAN MUZAKARAH SEBAGAI BUKTI BAHAWA ISU WAHYU LANGSUNG TIDAK DIBINCANGKAN DAN DISEBUT.

7. “MENDAKWA PERNAH MENJADI PENASIHAT AGAMA KEPADA BEBERAPA PEMIMPIN NEGARA DAN LUAR NEGARA TANPA DISANDARKAN KEPADA BUKTI.”

KEBIMBANGAN PIHAK MAIS DAN AHLI PANEL JELAS TERBUKTI, APABILA KENYATAAN INI DIUTARAKAN, IANYA HARUS DI BUKTIKAN MELALUI LANTIKAN WATIKAH BERTULIS.

MAKA SUKACITA MNI INGIN MEMAKLUMKAN BAHAWA SEGALA NASIHAT DAN PANDANGAN DIBERIKAN KEPADA PARA PEMPIMPIN INI ADALAH SECARA MESRA UMMAH DAN PERCUMA TANPA MENERIMA APA-APA BAYARAN ELAUN BULANAN ATAU SAGUHATI. IANYA LEBIH BERSIFAT ATAS KAEDAH DAKWAH IAITU BAHAWA AGAMA ITU ADALAH NASIHAT.

MAKA, BUKTINYA SECARA LANTIKAN INI SEMEMANGNYA TIADA DITERIMA DARI MANA KERAJAAN PUN, NAMUN IANYA DAPAT DILIHAT MELALUI PENGIKTIRAFAN KUNJUNGAN DAN SAMBUTAN HORMAT DARI PARA PEMIMPIN NEGARA DAN AGAMA DARI DALAM DAN LUAR NEGARA.

PETIKAN LAPORAN MELALUI SINAR HARIAN.

8. RUANG 3 PERENGGAN 2; “ MENDAKWA BAHAWA BELIAU TELAH SUDAH BERTAPA DI SEBUAH HUTAN DI KEDAH SELAIN MENDAKWA TURUT BERKAWAN DENGAN ULAR, SINGA DAN HARIMAU KETIKA BERTAPA DI SITU”

INI SATU LAGI KENYATAAN YANG CUKUP DANGKAL DAN MENGELIRUKAN DAN MEMPUNYAI NIAT HASAD UNTUK MEMPERLEKEH USAHA TUAN GURU, SEDARLAH BAHWA USAHA BERUZLAH YANG DILAKUKAN OLEH TUAN GURU ADALAH UNTUK MELATIH DIRI SUPAYA TIDAK TUNDUK DAN TAKUT KEPADA MAHKLUK CIPTAAN ALLAH SWT DAN BUKANNYA SEPERTI DAKWAAN HIDUP BERKAWAN DENGAN BINATANG GANAS DAN BUAS INI. MALAHAN ADALAH TIDAK TEPAT SAMA SEKALI DI HUTAN MALAYSIA INI TERDAPAT SINGA, KERANA HABITAT SINGA BUKANNYA DI HUTAN TROPIKA. SECARA TABII ULAR DAN HARIMAU PUN TAK INGIN HIDUPNYA DIGANGGU OLEH MANUSIA.

INILAH PENDUSTAAN DALAM KENYATAAN MAIS, LATIHAN INI DILAKSANAKAN SECARA ULANG-ALIK DAN DALAM MASA 2 KE 3 HARI SAJA DAN BUKANNYA UNTUK SEPENUH MASA. ADALAH DIMAKLUMKAN USAHA UZLAH INI BERJALAN SELAMA 7 TAHUN LAMANYA.

RUMUSAN

MAJLIS INI TIDAK BERLANGSUNG DENGAN SECARA ADIL KERANA HANYA PIHAK MAIS MELALUI AHLI PANEL SAHAJA YANG BOLEH MENYOAL DAN KAMI DI PIHAK MNI HANYA TUAN GURU SAHAJA YANG BOLEH MENJAWAB.

PIHAK MAIS JUGA GAGAL UNTUK BERTINDAK SECARA BIJAKSANA APABILA KAMI DAPAT MENGESAN SANGGAHANNYA BERHUBUNG CAWANGAN MNI YANG BERADA DI DALAM DAN LUAR NEGARA. MAKA, MEREKA CUBA MENGAITKAN MNI ADALAH SESAT DAN TERLIBAT DENGAN RANGKAIAN KEGANASAN ANTARABANGSA.

MAKA, ADALAH DIDAPATI BAHAWA MAIS TELAH BERPERANAN UNTUK MENGELIRUKAN UMMAH MELALUI KENYATAAN MEDIA INI.

SEKIAN.SEGALA KELEMAHAN MOHON PETUNJUK ILLAHI, SELAWAT DAN SALAM BUAT KEKASIH ALLAH NABI MUHAMMAD SAW.

KESIMPULAN
ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB UNTUK KITA TERUS MELAKUKAN USAHA DAKWAH BAGI MENGAJAK UMMAH AGAR TIDAK MENJADI DUNIA SEBAGAI MATLAMAT SEGALANYA, SEBALIKNYA MENJADIKAN DUNIA ADALAH LADANG UNTUK MELAKUKAN TANAMAN AKHIRAT.

SESUNGGUHNYA BENAR KATA GURU BAHAWA MASYARAKAT KITA MASIH LAGI SEPERTI KATAK DIBAWAH TEMPURUNG.

KEINSAFAN YANG NYATA ADALAH BAGAIMANA HEBATNYA CELAAN , FITNAH DAN HASAD YANG DIPAMERKAN OLEH PIHAK MAIS, SESUNGGUHNYA RASULULLAH SAW MENGHADAPI LEBIH HEBAT DARI INI.

ADALAH MENJADI KEWAJIPAN KITA UNTUK TIDAK MENGHALANG USAHA KEBAJIKAN YANG DILAKUKAN OLEH ORANG LAIN; SEKIRANYA KITA DILUAR KEMAMPUAN UNTUK MELAKSANAKANNYA

Dihantar melelui e-mail

Read More...

04 December 2009

Rekod cemerlang pengurusan kewangan Negeri Pakatan Rakyat diiktiraf.



Benar, wang bukan segala-galanya. Perjuangan Pakatan Rakyat bukan untuk merebut wang, tambahan pula parti seperti PAS yang lebih berhasrat membina masyarakat yang adil, bermoral dan mengutamakan sahsiah berbanding pandangan materialistik semata-mata.

Namun begitu, sejurus sahaja menerima amanat rakyat untuk mentadbir di 5 buah negeri Pakatan Rakyat(PR), parti-parti PR mesti memikul obligasi mengurus kewangan dan ketelusan agensi kerajaan negeri untuk menerbitkan momentum ke arah negeri yang adil, bermoral serta menyenangkan rakyat.

Justeru, ekonomi merupakan nadi kuat untuk memastikan rakyat berada dalam keadaan sejahtera.

Allah mengajar kita,

“ Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu makan harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya) kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka...” ( Surat al-Nisa’, ayat 29)

"Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai-bagai jalan) penghidupan." (al-A'raf: 168)

Kuasa (sultoh) adalah kegunaan untuk mentadbir dan mengurus (as siyasah). Kuasa ini dinyatakan dalam Islam sebagai punca keharmonian hidup. M. Quraish Shihab , mengatakan “Pada dasarnya, pembahasan aspek hukum Islam yang bukan termasuk kategori aspek ibadah seperti solat, puasa dan haji, boleh disebut sebagai aspek muamalat. Ekonomi dan ikhtisas (muamalat) adalah suatu materi yang diurus (siyasah) oleh para pemimpin untuk kesejahteraan rakyat dan negara. Dalam Islam sejahtera bermaksud menjurus juga penundukan kepada Allah.”

PAS berpakat dengan komponen lain Pakatan Rakyat seperti DAP dan PKR adalah disebabkan sikap optimis parti-parti berkenaan terhadap ekonomi yang adil untuk kesejahteraan rakyat, sejajar dengan matlamat PAS dan Islam.


Lihat, dalam beberapa bulan sahaja (bermula Mac 2008 hingga Disember 2008), terbukti Pulau Pinang berjaya dianjak ke satu tahap selamat ekonominya melalui kesepaduan integriti dan akauntabiliti pemimpin Pakatan Rakyat yang memerintah.

YAB Lim Guan Eng Ketua Menteri berkata, terdapat dua perkara yang membolehkan peningkatan kepada jumlah pendapatan negeri iaitu serta usaha amalan bersih, cekap dan amanahpenjimatan wang di bawah kepimpinannya sehingga mendapat kepujian bukan sahaja daripada Badan Transparensi Antarabangsa Malaysia malah termaktub juga dalam laporan Ketua Audit Negara 2008.

Di samping Pulau Pinang, Laporan Ketua Audit Negara juga meletakkan tahap pengurusan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat juga berada pada tahap yang amat memuaskan. Rentetan laporan ini, YAB Khalid Ibrahim (Menteri Besar) berkata Pakatan Rakyat telah meletakkan prinsip ketelusan, integriti dan ketanggungjawaban sebagai pemandu urustadbir kerajaan.

Mari kita teliti sendiri Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2008 (mukasurat 7 bermula bab Analisis Kewangan Kerajaan Negeri) yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara.

Pada tahun 2008, perbelanjaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara keseluruhannya berkurangan sejumlah RM35.41 juta atau 11.1% daripada anggaran diluluskan. Pengurangan perbelanjaan ini berpunca daripada dasar penjimatan Kerajaan Negeri dan keutamaan kepada perbelanjaan untuk rakyat atau dasar people centric (perkara ini dinyatakan secara jelas dalam laporan berkenaan).

Baki Kumpulan wang Amanah Kerajaan pada akhir tahun 2008 adalah berjumlah RM302.29 juta dengan peningkatan sejumlah RM94.24 juta berbanding pada akhir tahun 2007 yang berjumlah RM208.05 juta.

Kumpulan wang Pembangunan pula diwujudkan mengikut Akta Kumpulanwang Pembangunan 1966 (Akta 70). Punca kewangan bagi Kumpulanwang ini terdiri daripada caruman Akaun Hasil, Terimaan Pemberian dan Pinjaman Dari Kerajaan Persekutuan dan juga Terimaan Bayaran Balik Pinjaman dari Agensi Kerajaan Negeri. Wang dalam Kumpulan wang ini hanya boleh dibelanjakan untuk maksud seperti yang ditentukan dalam Akta tersebut. Pada akhir tahun 2008, Kumpulanwang Pembangunan telah mencatat lebihan sejumlah RM87.43 juta berbanding lebihan sejumlah RM22.89 juta pada tahun 2007. Lebihan ini berpunca daripada penerimaan berjumlah RM239.37 juta berbanding perbelanjaan berjumlah RM151.94 juta. Dengan lebihan ini, baki terkumpul Kumpulanwang Pembangunan pada akhir tahun 2008 meningkat menjadi RM189.76 juta berbanding RM102.33 juta pada tahun 2007.

Pada keseluruhannya, analisis Audit mendapati kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada akhir tahun 2008 adalah baik. Baki Akaun Hasil Disatukan pada 31 Disember 2008 telah bertambah dengan lebihan sejumlah RM88.02 juta atau 23.6% menjadikan lebihan terkumpul berjumlah RM461.61 juta. Hasil yang dikutip pada tahun 2008 telah meningkat sejumlah RM75.28 juta atau 25.4% berbanding tahun 2007 iaitu daripada sejumlah RM295.86 juta menjadi RM371.14 juta. Kedudukan aset yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan juga telah meningkat sejumlah RM178.45 juta atau 21.1% menjadi RM1,025.90 juta pada tahun 2008 berbanding RM847.45 juta pada tahun 2007. Dengan kedudukan kewangan yang baik, Kerajaan Negeri berupaya untuk memberikan perkhidmatan dan sumbangan kepada rakyat dengan lebih berkesan.

Lihat satu contoh negeri di bawah tadbiran UMNO-BN.

Menurut Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Johor 2008 (mukasurat 7) pula, Analisis Audit mendapati kedudukan Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri Johor telah mengalami penurunan sejumlah RM59.03 juta atau 22.7% iaitu daripada RM260.56 juta pada tahun 2007 menjadi RM201.53 juta pada tahun 2008. Penurunan ini antara lain disebabkan oleh baki defisit Akaun Hasil Disatukan pada 31 Disember 2008 telah bertambah sejumlah RM70.35 juta atau 21% menjadi RM405.37 juta berbanding baki defisit berjumlah RM335.02 juta pada tahun 2007.

Pada akhir tahun 2008, baki Akaun Pinjaman Disatukan telah meningkat sejumlah RM1.32 juta atau 25.6% menjadi RM6.47 juta berbanding baki pada akhir tahun 2007 yang berjumlah RM5.15 juta. Peningkatan ini disebabkan pada tahun 2008 Kerajaan Negeri Johor telah menerima pinjaman baru daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM182.11 juta. Selepas membiayai bayaran projek Perumahan Awam Kos Rendah dan enam projek baru berjumlah RM180.79 juta, akaun ini mempunyai baki berjumlah RM6.47 juta.

Pada tahun 2008 walaupun Johor berjaya mencatat peningkatan sejumlah RM 32.76 juta, Johor masih menanggung defesit Akaun hasil Disatukan sejumlah RM70.35 juta (21%) menjadikan defesit terkumpul sebanyak RM405.37 juta berbanding RM335.02 juta pada tahun 2007. Jabatan Audit Negara juga menyarankan Johor memperkukuh prestasi kewangannya supaya pendapatannya cukup menampung keperluan pengurusan negeri dan rakyat. Johor juga dinasihatkan berhemat dan berjimat dalam berbelanja tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan.

Bagaimana pula Johor menjayakan RMK ke-9 sebelum ini? Analisis Audit menunjukkan prestasi perbelanjaan pembangunan RMKe-9 adalah antara 17.3% hingga 70.4%. Secara keseluruhannya, prestasi perbelanjaan pembangunan RMKe-9 adalah pada tahap 42.3% di mana sejumlah RM581.12 juta daripada RM1,372.69 juta telah dibelanjakan pada akhir tahun 2008.

Pulau Pinang pula menunjukkan pencapaian pada tahun 2008 daripada RM162.53 juta yang telah diperuntukkan bagi sembilan Jabatan, sejumlah RM151.94 juta atau 93.5% telah dibelanjakan. Kebanyakan jabatan kerajaan negeri berjaya mencapai target 80% ke atas untuk merealisasikan peruntukan wang Rancangan Malaysia ke-9 berbanding Johor yang hanya sekitar 50% sahaja.

Sebenarnya pengurusan ekonomi berhemah bukan hanya dicetuskan oleh PR di Pulau Pinang, malah telah lama dilaksanakan oleh PAS di Kelantan sejak tahun 1990 lagi. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berjaya mengurangkan hutang negeri terhadap kerajaan persekutuan sebanyak RM204 juta hutang kepada kerajaan pusat sejak 1990. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa pernah berkata, hutang Kelantan pada 1990 adalah sebanyak RM718 juta (warisan UMNO).

Semua negeri yang dikuasai BN mempunyai tunggakan hutang yang lebih banyak daripada Kelantan. Menurut data Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Mengikut Negeri Sehingga 31 Disember 2006, Kelantan mempunyai tunggakan RM11.6 juta berbanding Selangor sebanyak RM587.45 juta, Kedah (RM385.23 juta), Johor (RM365.8 juta) dan Pahang (RM309.13 juta). Terengganu, yang berjaya dirampas BN pada pilihanraya umum ke-11, mempunyai tunggakan RM300.34 juta.

Saya pernah menulis artikel berkenaan rancangan ekonomi kerajaan BN yang tidak menyebelahi rakyat. Terdapat beberapa kritikan terhadap tulisan berkenaan terutama dari sudut ‘bukti’ bagaimana PR sendiri berjaya mengurus kewangan. Sekarang jelas, Jabatan Audit Negara yang bukannya ‘orang PR’ telah mengadili keadaan dan mengiktiraf usaha PR mengurus perbelanjaan negeri secara berhemat.

Saya juga ingin berkongsi rekod kejayaan ekonomi kerajaan PR di Perak walaupun kerajaan adil ini diguling secara biadab oleh BN.

Menurut Sumber Konvensyen Pakatan Rakyat Perak 31 Oktober 2009, Perak di bawah 10 bulan pemerintahan pakatan Rakyat berkaya membekalkan subsidi air sebanyak 20 meter padu kepada rakyat di mana tiada subsidi oleh BN sebelumnya. Tabung Khas Kebajikan ditubuhkan untuk OKU, ibu tunggal dan pesakit kronik di Perak. Bantuan kebajikan masyarakat dinaikkan kepada RM 400 daripada kadar asal pemberian BN iaitu RM 200 sahaja. Skim Takaful Kifalah juga diwujudkan untuk menyumbang RM 1000 kepada warga emas berusia 65 tahun.

Kutipan cukai Perak selama 10 bulan tersebut meningkat sebanyak 17.8%, manakala kutipan zakat meningkat sebanyak 39.7%. Perlaburan asing juga meningkat sebanyak 53.4%, hasil hutan meningkat 150% !!

Pengurusan kewangan berhemat ditonjol oleh YAB Ir Nizar dan pimpinan PR melalui pengurangan hampir 50% bagi bajet Sambutan Majlis Keraian. Jamuan rasmi makan pula hanya memperuntuk RM 15 seorang berbanding amalan BN sebanyak RM 45 seorang. Kerajaan Perak juga mengeluarkan Pekeliling Kewangan Negeri iaitu garis panduan bagi perbelanjaan secara berhemah dan langkah mengurangkan perbelanjaan awam yang perlu dipatuhi oleh setiap jabatan berkenaan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata (Bernama 11 November 2008) antara kandungan pekeliling itu ialah kawalan elaun lebih masa bagi kakitangan kerajaan negeri, penjimatan ulitili seperti arahan menutup lampu ketika rehat, waktu pemasangan pendingin hawa dan penggunaan bekalan pejabat seperti kertas dan pembelian surat khabar. Cadangan pengubah suaian pejabat atau penyewaan bangunan pejabat baru dan lawatan sambil belajar atau lawatan keluar negara yang berkaitan dengan pelaksanaan sesuatu kontrak dan projek perlu mendapat kelulusan pegawai kewangan negeri.

Bandingkan dengan Perak semasa berada di bawah BN. Menurut Laporan Penyata Kewangan Perak, Jabatan Audit Negara 2006, Kerajaan Negeri tidak stabil pada tahun 2006. Akaun Hasil telah mengalami defisit sejumlah RM23.58 juta yang mengakibatkan baki terkumpul Akaun Hasil Disatukan berkurangan kepada sejumlah RM535.08 juta atau 4.4% pada akhir tahun 2006. Kerajaan Negeri digesa untuk mengamalkan perbelanjaan berhemat dan berusaha menambahkan sumber pendapatan serta memungut tunggakan hasil berjumlah RM193.62 juta dan menuntut tunggakan pinjaman daripada Yayasan Perak, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan Majlis Daerah Perak Tengah berjumlah RM26.67 juta.

Bagi negeri Terengganu yang bernaung di bawah BN pula, walaupun mendapat sumbangan Dana Khas sebanyak RM2.613 bilion dari kerajaan Pusat bagi tahun 2007 dan 2008, kedudukan akaun hasil disatukan kerajaan negeri masih defisit (kurangan). Pada tahun 2007, jumlah perbelanjaan mengurus adalah RM1,546.52 juta berbanding hasil yang diperolehi sebanyak RM1,262.13 (defisit RM284.39 juta). Manakala pada tahun lalu, perbelanjaan mengurus sebanyak RM1,790.10 melampaui hasil sebanyak RM146.54 juta (defisit) dengan penerimaan hasil adalah sebanyak RM1,643.56 juta. Oleh kerana mengalami defisit dua tahun berturut-turut, kerajaan negeri Terengganu telah mendapat teguran dari Ketua Audit Negara, Tan Sri Dato’ Setia Haji Ambrin Buang. Ini bermakna Kerajaan Negeri masih menggunakan sumber daripada Akaun Amanah Disatukan bagi menampung defisit tersebut. Justeru, Jabatan Audit menyarankan , kerajaan Terengganu mesti mengambil tindakan sewajarnya, dengan mengamalkan berhemat supaya keadaan ini tidak berlaku kerana tidak semua wang amanah itu merupakan aset Kerajaan Negeri.

Suatu ketika dahulu (sekitar tahun 1980an dan awal 90an), PAS dan Parti Pembangkang diperlekeh serta dianggap retorik apabila bercakap soal pemerintahan dan pengurusan ekonomi. Malah, pembangkang langsung tidak diletakkan sebagai satu ‘kasta’ dengan BN dalam hal kemahiran mentadbir seolah-olah ditakdirkan pembangkang di Malaysia dibarisi oleh manusia bodoh. Tidak seperti Parlimen Britain di mana pembangkang dianggap berpotensi bila-bila masa sahaja untuk menggantikan kerajaan serta diyakini oleh rakyat sebagai mahir mentadbir. Tiada istilah ‘hanya kerajaan mampu mengurus ekonomi’ atau ‘hanya kerajaan mampu menstabilkan keharmonian’.

Bagi negara demokrasi, sesiapa yang mampu merealisasikan hasrat rakyat, mengurus harta rakyat dengan baik, merekalah yang paling layak memegang Parlimen negara.


Muhammad Nuruddin Bashah


http://landskapsiasah.blogspot.com


Muhammad Nuruddin Bashah

Metallurgist
Prima Metal Group
Ipoh Perak
nuruddin@primametals.com
017-6291368
http://primametals.com/

Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas