Mahkamah memutuskan penulis blog Khairul Nizam Abd Ghani yang didakwa menghina almarhum Sultan Johor tidak bersalah atas tuduhannya.
Perkara itu diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini, kata peguamnya Mohd Radzlan Jalaluddin melalui SMS kepada Malaysiakini.
Khairul Nizam, 31, atau nama penanya Aduka Taruna dihadapkan ke mahkamah pada 29 Januari dua tahun lalu selepas direman empat hari oleh mahkamah majistret Kota Baharu.
Beliau didakwa menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25 sehingga 9.05 pada 22 Januari 2010.
Khairul Nizam dituduh mengikut Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.
Pemuda itu sebelum ini menyerah diri ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu.
Read More...
Summary only...
Mungkin setakat ini kes pukul aduka taruna di Masjid Rusila hanya berlegar di sekitar peminat-peminat blog sahaja dan belum merebak ke seluruh warga negara yang prihatin dengan hal ehwal politik, agama dan masyarakat di seluruh Malaysia.
Ada dua kemungkinan yang dapat dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab di Masjid Rusila:
1. Pekakkan telinga dan tak payah buat apa-apa kenyataan. Apa nak dilayan dengan orang muda yang mengaku ahli Pas, seorang blogger yang tak diperakui oleh Pas sumbangannya kepada Parti. Apatah lagi blogger tersebut dengan tak ada etika menyerbu seorang Presiden Parti Politik yang meletakkan martabat Ulama di tempat yang tertinggi. Maknanya antara Ulama dan blogger adalah 2 kasta yang amat jauh jaraknya, apa nak ambil kisah.
2. Memberikan penjelasan duduk perkara yang sebenarnya dan menunjukkan Pas parti yang prihatin yang melihat segenap sudut dan tidak mengambil ringan segala kejadian yang boleh mencalar kredibiliti Parti. Mengakui juga kelemahan dan kesukaran mengawal segelintir manusia yang cepat naik darah walaupun telah bertahun-tahun ditarbiah penuh dengan ilmu keagamaan di Masjid Rusila. Kalau dah dikatakan manusia, tetap juga manusia, suka pertumpahan darah.
Semua yang berpolitik perlu ingat bahawa Pas adalah Parti Politik. Ilmu yang ditekankan biasanya berkisar dalam bidang ilmu politik, ilmu perang, ilmu tawan, ilmu menguasai, ilmu kepimpinan, ilmu pemerintahan, ilmu menjatuhkan lawan, ilmu menaikkan kebenaran, ilmu mematahkan hujah lawan, ilmu strategi, ilmu bahas hujah lawan...dan ilmu-ilmu lain yang seumpama dengannya.
Sebagai orang Islam yang ingin menunaikan tanggungjawab dakwah, Pas mengambil pendekatan politik untuk berdakwah maka segala pergerakannya tak dapat lari dari pertimbangan politik yang berkisar sekitar aktiviti yang disebutkan di atas. Ia ilmu siasah yang berorientasikan matlamat dan kadangkala terpaksa berkorban untuk mencapai agenda yang lebih besar. Boleh lihat kembali bagaimana Muawiyah mengambil kuasa dari Sayidina Ali, tak perlulah kita bahaskan siapa benar siapa salah.
Di sini ada ternampak 2 perbezaan pandangan dalam kumpulan Pas, satu yang mendakwa Pas mahu mendaulatkan Islam buka ke Putrajaya. Jadi Pas tak perlu apa-apa perubahan. Kumpulan ini pada teorinya mahu melihat Pas menjadi satu pergerakan yang syumul lebih kepada pergerakan dakwah komprehensif dan tidak terlalu fokus pada politik. bagi kumpulan ini kes Aduka taruna merupakan satu tamparan hebat kepada mereka.
Satu lagi berpendapat macam mana nak tegak dan mendaulatkan Islam kalau dalam masa yang sama tak dapat menguasai pemerintahan dengan menguasai Putrajaya. Kumpulan ini bercakap senada dengan pahaman orang politik. Mereka mahu menguasai Putrajaya melaui politik dan seterusnya menterjemahkan Islam secara lebih menyeluruh.
Bagi mereka yang mahu berdakwah melalui akhlak maka disyorkan mereka mengikuti pergerakan sufi dengan menyertai tarikat-tarikat yang ada banyak di Malaysia ini. Jiwa akan tenang dan ramai yang akan tertarik pada seorang yang lemah lembut tidak marah walaupun orang lain berkurang ajar dengan kita.
Bagi yang suka berdakwah dengan cara bermusafir pula boleh ikut jemaah tabligh, mereka tak perlu ada negara kerana jemaah mereka adalah dunia mereka. Tiada sempadan dari kutub utara hingga kutub selatan mereka lintas dengan penuh tawaduk untuk kerja fikir agama, fikir iman. Mereka tak perlu menguasai mana-mana negara, jadi kenapa perlu berpolitik.
Kembali semula kepada peringatan bahawa Pas adalah Parti Politik, maka segala tindak tanduk hendaklah dilihat dalam konteks kepentingannya terhadap survival dan juga sokongan orang ramai kepada parti. Jika memukul penyokong Pas sendiri yang agak biadab kepada presiden parti dianggap tidak membawa apa-apa kesan kepada Parti maka buat pekak sajalah. Kita lihat bagaimana Yang Mulia Tuan Guru Presiden menyelesaikan masalah ini.
Warta Shubhi
Read More...
Summary only...

"Apakah itu attitude (Sifat) seorang yang bergelar Ulamak...???"
Jika itulah gelagat Haji Hadi sewaktu kejadian siang tadi.... itu bukannya sifat seorang Ulamak... tetapi itu adalah perlakuan dan sifat seorang Kepala Mafia atau Kepala Gangster.
Jika Haji Hadi seorang Ulamak tulen... sepatutnya dia segera meleraikan pergelutan tersebut dan menasihati jemaah beliau..., ini tidak dia hanya memerhati dan berlalu pergi..... Jika betul seperti yang di ceritakan.... ini ayat gua pada Haji Hadi...
"weiiii... Haji Hadi gua dah hilang rasa hormat pada lu laaaaa...."
Read More
Read More...
Summary only...
Aku fikir UMNO sahaja yang ada bela samseng dan suka bertindak ala samseng. Tetapi sungguh tak sangka, sehebat-hebat samseng UMNO, hebat lagi samseng TGHH sebab boleh belasah orang yang tidak disukai di dalam perkarangan rumah Allah. Samada punya lesen dari Allah atau tidak, itu kena tanya TGHH…
Kronologi Ringkas (sepengetahuan saya)
1. Aduka Taruna dijadualkan bertemu dengan TGHH pada pukul 3ptg hari ini(7Jan2011).
2. Kerana Khuatir tidak sempat berjumpa TGHH pada jam 3ptg, Aduka mengambil peluang untuk terus berjumpa TGHH selepas solat Jumaat dan memohon agar diberikan masa untuk bertanyakan beberapa soalan.
3. TGHH dengan tegas tidak mahu meluangkan masa untuk Aduka dan mengelak setiap pertanyaan.
4. Aduka cuba mengikuti jejak TGHH yang ingin pulang ke rumahnya di belakang Masjid. Ketika inilah Aduka mula dikepong, masih lagi dalam perkarangan Masjid.
5. Dikepong oleh lebih kurang 90-100 orang, Aduka diugut untuk memadam segala apa yang dirakam ketika berjumpa TGHH sebentar tadi. Difahamkan ada sedikit pergelutan untuk merampas handphone Aduka.
6. Kumpulan samseng itu mula memukul dari belakang sebanyak 2 kali dan Aduka menerima kecederaan ringan.
7. Satu report polis telah dibuat dan Aduka menerima rawatan untuk satu medical check up(kerana keluar cecair di telinga Aduka).
Lebih memalukan, peristiwa ini berlaku di dalam perkarangan Masjid dan juga berhadapan dengan rumah TGHH. Apakah TGHH tidak mampu mengawal orang-orangnya?
Apakah ini style PAS Terengganu? Adakah ini puncanya mengapa PAS tidak kekal di Terengganu dan tidak berjaya merampas kembali Terengganu walaupun negeri lain BN tumbang? Bertindak ala-samseng ini tidak ubah seperti UMNO, adakah ini untuk membuktikan kasih PAS Terengganu kepada UMNO hingga acap kali mencuba untuk berpadu??
Cuba fikir balik, siapakah kita nak memukul orang nie? Siapa kita untuk mendahului undang-undang?? Apakah Aduka mencabul seseorang sehingga dia dipukul? Adakah Aduka merogol orang ditempat kejadian?? Sepatutnya diperkarangan Masjid tu, orang yang beriman akan cuba mengelak akan kejadian daripada berlaku!
Saya juga baru difahamkan TGHH berada tidak jauh dari tempat kejadian ketika Aduka dikepong. Harap ada penjelasan dari seorang Presiden Parti Islam.
EDYES @ edyesdotcom
……………………………………………………………………..
Memang sah aduka dilayan mcm anjing di perkarangan Rusila selepas solat jumaat hari ini..pekara ini telah disahkan sendiri oleh aduka Taruna sekejap tadi..bukan setakat dia ditendang dan diterajang,HP aduka pun turut dirampas oleh mujahidin Rusila…buka setakat dipukul dari belakang,Dia juga turut diarak diperkarangan Masjid Rusila oleh mujahidin Rusila…selepas diarak dia ditahan di tingkat atas Masjid Rusila oleh pihak mujahidin..
Mengapa tetamu dan hamba Allah ini diperlakukan seperti binatang? dari awal2 lg dia dah ckp ,dia bukan pergi nak berperang dg mujahidin rusila, dia bukan bawa senjata apa pun…dia pergi ke Rusila semata-mata nak bertemu dg Presiden PAS bukannya nak tumbuk Presiden PAS… pukul 10 mlm dia masih lagi berada di balai Polis… dan dia kata sekejap lagi pihak polis akan membawanya semula pergi ke lokasi kejadian di Masjid Rusila untuk siasatan lanjut…
Read More...
Summary only...

Dalam pukul lebih kurang jam 5.30 petang.Wa baru kuar rumah nak ambil wa punya zaujah tibo2 wa punya tepon nokia model 3110c ayam brand berbuyi message dengan ring tone ketawa jkk (kihkihkih).Tengok fon memang wa langsung tak kenal mamat mana pulak message dalam keadaan wa tongah kalut ni.
Dengan keadaan tak puas hati,lalu wa tepon mamat tu,rupo2 nyo memang sahabat wa dari Rusila.eh betul ka aduka kenal pukul dgn jemaah Rusila?perbualan wa dengan mat said (bukan nama sebenar) telah bermula.pertanyan wa bertalu-talu ket dio dengan perasaan ingin tahu lebih mendalam.
perbuala wa dengan mat said:-
mat said: betul la dia kena pukul selepas kuliah TGHH.
wa: cam mana dia kena pukul dgn budak2 rusila?
mat said: citer dia cam ni kang dia dah lama bergaduh dalam blog pasal kerajaan UG.so kononya dia nk berdebat la dengan seorang blogger bernama Batu api firestone.
wa: ooooo....dgn tengkuk panjang lagi ingin tahu...!!!
mat said: so apa lagi memang budak2 sana dah lama benggang kat aduka,duk kutuk tok guru siang malam.main2 dengan budak rusila,sambil ketawa.masa dia kena pukul tepon dia kena rampas dgn budak2 tu,takut dia calling polis atau mana2 pihak yang melaporkan hal tersebut.
wa: so ada sapa2 tolong dia masa kenal pukul tu.teruk ke dia kena pukul?
mat said: ramai juga la yang duk kepung tp sib baik ada sorang jemaah kita tarik dan settle kan hal ni.just kena penampar dgn penumbuk jer.
wa: oooooooo...so pastu cm mana icu ke dia...kehkehkeh
mat said: budak2 sana jadi lebih benggang bila aduka ingin repot polis.so apa lagi kena lagi la dushhhhhhhh penampar yang ke berapa entah.
wa: ok la said wa nk ambil bini,apa2 info calling wa.
Sumber di sini
Read More...
Summary only...
Perbicaraan hari kedua kes penulis blog yang didakwa menghina institusi kesultanan Johor, Mahkamah Sesyen semalam, memanggil dua lagi saksi pendakwaan.
Saksi ketiga, Inspektor Siasatan Unit Keselamatan Siber, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Inspektor Mohd Faizal Zainal, 28, dan Ketua Siasatan, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Asistan Suprintendan Mazlan Nordin, 36, sebagai saksi keempat.
Kedua-dua saksi diminta mengecam bahan bukti yang dirampas ketika serbuan pihak polis ke lokasi perbuatan menghina kesultanan Johor dilakukan.
Semua bahan bukti yang dirampas adalah peralatan komputer riba dan perisian jalur lebar yang digunakan tertuduh ketika melakukan perbuatan terbabit.
Khairulizam Abdul Ghani, 29, yang juga juruteknik komputer didakwa memuat naik secara sedar beberapa ayat menghina institusi kesultanan Johor dalam blognya.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara jam 7.25 dan 9.05 malam, pada 22 Januari lalu di Rumah Rakyat Panchor, Paroi, dekat sini.
Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Mahmud Abdullah dan Khairulizam diwakili peguam bela Mohd Radzlan Jalaludin.
Hakim Amran Jantan menetapkan mahkamah bersidang semula 30 November dan 1 hingga 2 Disember ini. - Greenboc
Read More...
Summary only...
Seorang penulis blog dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas tuduhan menghina Almarhum Sultan Johor.
Khairul Nizam Abd Ghani, 29, yang dikenali dengan nama penanya Aduka Taruna, sebelum ini diperintahkan ditahan reman empat hari oleh mahkamah majistret Kota Baharu.
Perintah tahanan reman itu berakhir hari ini.
Beliau mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25 sehingga 9.05 pada 22 Jan.
Khairul Nizam dituduh mengikut Seksyen 233(1)(A)Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.
Mahkamah membenarkannya diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.
Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Masri Mohd Daud mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000.
Bagaimanapun, hakim Zamri Bakar mengurangkannya sebanyak RM5,000 dengan mempertimbangkan rayuan Khairul Nizam yang akan mengadakan majlis persandingan esok.
Pengantin yang baru sebulan mendirikan rumah tangga itu diwakili peguam Mohd Razlan Jalaludin.
Khairul Nizam kelihatan tenang sepanjang prosiding tersebut. Isterinya turut hadir di mahkamah.
Pemuda itu sebelum ini menyerah diri ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu.
Read More...
Summary only...
Salam 1 Bukit Aman...
Hahaha... aku baru dapat call dari Bukit Aman dan dapat bercakap dengan AT. buat masa ni AT sedang memberi keterangan berkaitan dengan kesnya kepada pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).
Semuanya berjalan dengan lancar dan dalam keadaan yang baik. makan, minum sedap, nak solat pun tak de masalah sebab kemudahan untuk beribadat juga disediakan.
Aku pun dah hubungi peguam AT di Kuala Lumpur dan minta beliau berhubung dengan AT disana. AT kirim salam pada semua dan mohon maaf atas kesilapan dia. so tak payah risau... sama-sama kita berdoa untuk kebaikan AT.
* Yang Benar Tetap Benar, Yang Salah Tetap Salah..!"
* Menterjemah Keadilan, Menjunjung Undang-Undang...
Topeng Perak® Unmasked
Read More...
Summary only...
Pagi tadi ketika sedang membeli sarapan di sebuah warung, tiba-tiba terdengar brek kecemasan kereta ditekan dengan bunyi yang kuat tidak sampai 10 meter dari tempat saya berdiri. Rupanya pemandu kereta - seorang wanita - cuba mengelak seorang pemuda bermotorsikal yang membuat pusingan U di tempat yang tidak dibenarkan.
"Nak mampoih betoi budak tu. Nasib baik tak kena langgaq!," kata mak cik penjual nasi lemak.
"Eei...mak cik, jangan sebut perkataan mampoih, nanti polis tangkap!" tiba-tiba pemuda di belakang saya berkata.
"Awat pula sebut 'mampoih' tak boleh? Dia memang lapaq mampoih!" kata mak cik separuh tercengang.
"Mak cik tak tau ka ada orang dah kena tangkap polis sebab sebut perkataan mampoih (mampus)? Tapi kalau nak sebut Raja tu menatang (binatang) tak pa, makcik, tak salah..."
Mak cik penjual nasi lemak itu cuma tersenyum. Entah dia faham atau tidak dengan apa yang cuba dikatakan oleh pemuda di belakang saya itu, entahlah. Tapi bagi mereka yang faham, apa yang cuba diperkatakan pemuda itu kini sedang hangat diperbualkan oleh ramai orang. Ia mengenai blogger Aduka Taruna yang ditahan polis kerana menyebut perkataan 'mampus' bagi merujuk kepada kemangkatan al-marhum Sultan Johor.
Tapi itu cerita Aduka dan al-marhum Sultan Johor. Di Terengganu pula lain ceritanya: Sultan pernah dipanggil natang (binatang) oleh puak Umno pada Mac 2008, tetapi hingga kini tiada siapa pernah dituduh di mahkamah kerana menghina Sultan walaupun laporan polis pernah dibuat mengenainya.


Apa bezanya 'mampus' dan 'binatang', bukankah kedua-duanya membawa maksud menghina? Tapi jika diteliti perkataan 'binatang' itu lebih teruk dan lebih biadab maksudnya berbanding 'mampus'. Sekurang-kurangnya mangkat, mati dan mampus membawa maksud yang sama. Jika tak percaya, cuba selak kamus, ketiga-tiganya diterjemahkan sebagai dead dan pass away dalam Bahasa Inggeris. Cuma tempat ia digunakan saja berbeza mengikut kehalusan budaya Melayu.
Tapi perkataan 'binatang' dan 'Tuanku' tidak membawa maksud yang sama dalam Bahasa Inggeris. Bezanya bagai langit denga bumi. Jika tidak percaya, bukalah kamus!
Tapi mengapa menyebut perkataan yang lebih berat penghinaannya itu tidak dihukum? Adakah kerana yang menyebut perkataan yang tersangat biadab itu ialah pengikut Umno, maka ia tidak dikenakan hukuman? Tak kan di negara 1Malaysia ni ada dua set undang-undang untuk pengikut Umno dan bukan pengikut Umno?
Catatan terkini: Aduka Taruna diperintah tahanan reman sehingga 29hb. Januari, 2010.
Pendikar Gunung Keriang
Read More...
Summary only...
Sebenarnya saya tak tahu nak ulas macam mana mengenai isu ini. Ia berlaku terlalu pantas, di saat isu kalimah Allah hangat diperdebatkan dan juga tindakan Zulkifli Noordin yang membuat laporan polis. Semua ini telah menenggelamkan perkara yang lebih penting iaitu skandal PKFZ, harga gula, enjit jet, dan lain-lain (tolong jangan lupa semua itu).
Bagi yang tidak faham dan hanya tahu membaca dari segi luaran, pasti tidak bersetuju dengan tulisan Aduka Taruna yang dianggap "biadap". Saya macam itulah dahulu. Sangat marah dengan Aduka Taruna yang agak biadap dengan beberapa pimpinan PAS, beberapa bulan dahulu. Tapi apabila diamati tulisannya dengan baik-baik, ia mengandungi mesej-mesej yang tersirat, Aduka Taruna ini sebenarnya kaya dengan idea-idea dan pendapat yang bernas, jarang terdapat pada orang lain.
Tulisan Aduka Taruna mula menjadi "biadap" semenjak berakhirnya Muktamar PAS ke-55, ekoran tindakan beberapa pemimpin PAS yang bengong. Tapi walaupun begitu, tulisannya mempunyai mesej yang tersendiri. Daripada benci, saya mula mengikuti tulisannya dan minat saya semakin bertambah. Ada benarnya dengan beberapa tulisannya yang dianggap kontroversi seperti Peperangan Jamal & Siffin, 4 mazhab - cuma ditulis dengan tulisan yang lain daripada yang lain, yang rata-rata orang Melayu sukar menerimanya.
Melalui tulisannya, ternyata dia seorang penyokong (bukan ahli) PAS yang tegar dan teringin melihat negara ini ditadbir dengan nilai-nilai Islam. Tapi beliau melihat ada beberapa kecacatan dan kelompangan yang serius yang menjangkiti PAS, menyebabkan tertubuhnya PAS Reform (bersama beberapa rakan blogger) dan idea Projek Langgar Hadi di Rusila, Terengganu.
Sekarang, Aduka Taruna melalui detik-detik yang sukar. Saya walaupun tidak mengenalinya dan tidak pernah berhadapan dengannya, tapi sebagai rakan blogger saya memberi sokongan moral kepadanya. Bagi saya, Aduka Taruna hanya membuat sedikit kesilapan teknikal pada tulisannya. Tulisannya yang kontroversi itu dia tak nyatakan pun ditujukan kepada siapa. Adakah tulisan tersebut menghina? Bukankah mayat seorang Muslim tidak elok dibiarkan lama-lama? Kenapa tidak membacanya secara tersirat? Tapi itulah, last-last dia keluarkan kenyataan memohon maaf.
Saya pun malas nak ulas berkenaan soal institusi beraja ini. Rasa-rasanya bagi sesiapa yang rajin membaca tulisan saya, tahu apa pendirian dan pendapat saya mengenai depa ini. Satu lagi, ada pihak yang bodoh daripada PAS pergi menyiarkan gambar seorang lelaki yang kononnya Aduka Taruna. Saya lihat sangat berbeza, dan yakin gambar tersebut bukan Aduka Taruna. Lain dari apa yang saya lihat walaupun gambar AT dari belakang. Dan juga ada dikalangan mereka baru timbulkan isu posting Aduka yang lalu, berkenaan dengan 4 mazhab dan juga Aisyah dan Muawiyah. Sepatutnya mereka bangkitkan isu tersebut sejak dahulu. Kenapa sekarang?
Kebanyakan pembenci-pembenci Aduka Taruna ini adalah orang/blogger PAS yang "sayang" sangat dengan jemaah. Terlalu sayang sehinggakan rela diri menjadi lembu dicucuk hidung. Lebih-lebih lagi yang dari Terengganu itu. Apa-apapun, berita terbaru yang diterima mengatakan Aduka Taruna tidak akan didakwa memandangkan beliau sudah membuat permohonan maaf. Rais Yatim yang kata kot.
Kita sama-sama berdoa dan berharap supaya urusan Aduka Taruna dan pihak polis berjalan lancar dan tidak mempunyai masalah, kemudian selesai kesemuanya. Back to normal.- Reformis Jalanan
Read More...
Summary only...
Kerajaan tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap penulis blog yang memohon maaf secara terbuka kerana menyedari kesilapan dalam penulisan blog mereka, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Bagaimanapun, katanya, penulis blog yang terbabit dengan sesuatu kesalahan haruslah membuat permohonan maaf secara formal kepada pihak yang berkaitan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas penulis blog Anduka Taruna yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat Jumaat lalu.
Penulis blog berusia 29 tahun itu dilaporkan telah menyerah diri di Ibu
Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, Kelantan, semalam setelah polis menerima lebih dari 20 laporan mengenai tulisan dalam blognya.
Susulan daripada kecaman pelbagai pihak, penulis blog itu kemudian
menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjuran dirinya dalam blog itu dan menarik balik artikelnya itu.
Rais sebelum ini berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman penjara tiga hingga tujuh tahun.
- Bernama


Read More...
Summary only...
Aduka Taruna (AT) memang berani - seberani gaya penulisannya. Dan dengan langkah berani itulah yang membawa kaki AT untuk menyerah diri di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Kota Bharu pada jam 4.40 petang tadi. Dia tidak seperti sebahagian mereka sama ada dari BN atau PR yang akan bersembunyi di dalam lubang cacing atau lari keluar negara bila sudah masuk dalam senarai wanted polis. Dia betul-betul bertindak seperti anak jantan.
Malaysiakini melaporkan seorang anggota balai polis Kota Bharu mengesahkan kesnya dikendalikan oleh Bukit Aman. Ketika menyerah diri hari ini Aduka Taruna dikatakan ditemani beberapa rakan penulis blog daripada negeri Kelantan.
Setakat jam 6.45 petang tadi, masih belum pasti sama ada polis akan memohon perintah reman terhadap penulis berkenaan. Butiran lain penahanan, termasuk di bawah seksyen mana dia disiasat juga belum jelas.
Apapun, tahniah kepada AT yang menyerah diri seperti anak jantan. Ketelanjurannya yang menghina al-marhum Sultan, biarlah undang-undang yang mengadilinya. Semoga kes ini diselesaikan dengan cara baik.
Walaupun sekali-kali tidak menyokong gaya penulisan AT, tapi perlu disedari dalam dunia yang penuh dengan manusia munafik yang gila kuasa dan kejam ini, kita memerlukan seseorang yang segila dan secelupar AT bagi menghadapi kecelaruan hidup ini.
~ pendikar gunung kriang
Read More...
Summary only...
Kes penulis blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail kini disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, kata sumber polis.Difahamkan penulis berkenaan - dikenali sebagai Aduka Taruna - menyerah diri kira-kira pada jam 4.40 petang tadi di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu.
Ketika dihubungi Malaysiakini, seorang anggota balai polis Kota Bharu mengesahkan kes tersebut dikendalikan Bukit Aman.
Selepas kemangkatan Sultan Johor Jumaat lalu, Aduka Taruna didakwa menyiarkan artikel di blognya adukataruna.blogspot.com yang didakwa menghina Almarhum. Tulisan tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai.
Sekurang-kurangan 25 laporan polis dibuat terhadap penulis blog berkenaan.Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dilaporkan berkata, pihaknya menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat perkara itu dan seterusnya "mengheret penulis berkenaan ke mahkamah".
Susulan kemarahan itu, Aduka Taruna kelmarin menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjurannya.Beliau juga menarik balik artikelnya itu sebagai tanda mengaku salah dan berjanji akan memperbaiki tingkah laku dari masa ke semasa.
Ketika menyerah diri hari ini, Malaysiakini juga difahamkam, Aduka Taruna ditemani beberapa rakan penulis blog daripada negeri itu.Setakat jam 6.45 petang tadi, masih belum pasti sama ada polis akan memohon perintah reman terhadap penulis berkenaan..
Butiran lain penahanan, termasuk seksyen beliau disiasat setakat ini, juga masih belum jelas. - Malaysiakini
.... lagi blog hina Almarhum DYMM Sultan Johor di sini
Read More...
Summary only...
Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang dikatakan menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, yang mangkat Jumaat lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata sebanyak 25 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak di seluruh negeri ini yang dukacita terhadap penulisan blog http://adukataruna.blogspot.com itu.
“Kita akan cari dan heret mereka ke mahkamah,” katanya sambil menegaskan kesalahan itu adalah sangat serius dan tidak dapat dimaafkan.
Mohd Mokhtar berkata kes itu disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Hasutan 1948.
– BERNAMA
Salah Satu Salinan Report Polis Terhada Aduka

Read More...
Summary only...
Memula, terima kasih atas nasihat kepada gua. Stendet. Dalam dunia matang camni, gua belasah lu, lu belasah gua. Tapi kalau kat luar pun lu nak majuk2, memang gua kahak jer muka lu. Haha..
1. AdukaTaruna tuduh Husam nak gulingkan TGNA.
Hanya reader gua jer tahu ke mana haluan gua. Gua tak perlu control persepsi pengundi akibat tuduhan lu sebab gua bukan ahli politik. Malah sepatutnya gua buat tak port sahaja tuduhan lu sebagaimana tuduhan wak Albajari. Dan gua jawab atas prinsip readers gua yang sedikit sebanyak. Bukan atas prinsip persepsi pengundi secara nasional.
Tulang Besi...
Lu tunjuk gua artikel gua yang mana tuduh Husam nak gulingkan TGNA. Pergi mampos sama Husam atau TGNA. Pedulik hape gua. Matlamat gua ialah Islamic State. Gua ikut laluan gua sendiri. Gua tak berbaiah dalam mana2 kumpulan.
Lu tunjuk artikel mana dan fikrah mana yang membuktikan gua tuduh Husam nak gulingkan TGNA; dalam blog gua. Gua maki Husam sebab dia bangang. Bawak kickdefella masuk PMBK, tak payah datang opis, laporan kepada exco padahal gaji PMBK bayar. Bodoh piang tetap bodoh piang. Aishah salah tetap gua kata salah, inikan pula Husam. Pergi mampos sama dia.
2. TGNA tidak maksum.
TGNA tidak maksum. Hadi pun tidak maksum. TGNA silap kenapa gua tak maki macam gua maki Hadi?
Memang benar, TGNA banyak kali dia silap. Tapi banyak kali dia kembali ke landasan tepat dengan kadar segera. Tu pasal gua double stendet dalam kaedah memaki. Sebab kompom TGNA akan kembali semula punya. Tak lama. Gua memang tabik.
1. TGNA tuduh Mahathir tidak pandai membaca Al-Quran. Tak lama. Dia mohon maaf balik. Nak dengar Hadi, Haron Din, Harun Taib, Hasan Al, Nasha mohon maaf? Macam gampang.
2. TGNA silap benarkan keluarganya terima tajaan. Selamba tolak kembali. Sedih memang sedih la. Tapi dia kembali kepada situasi yang tepat.
Dan gua tak nak damagekan satu-satunya perigi sokongan secara universal melalui undi atau segala bentuk sokongan, duit, simati, respek, etc kepada cita-cita Islamic State. TGNA adalah perigi atau lubuk atau aset Islamic State. Kalau gua damagekan dengan maki, maka, banganglah gua.
Tugas gua ialah damagekan perigi2 palsu dan beracun terhadap Islamic State. Hadi dan team ulamanya adalah perigi2 bodoh yang menghalang Islamic State, walau dia mendakwa dialah pejuang sebenar Islamic State.
So, di akhir tajuk ini, gua tegaskan pergi mampos sama Husam atau Nik Aziz. Gua bergerak ikut laluan gua sendiri, secara termampu gua, untuk Islamic State. Kalau TGNA tidak memiliki 'perigi sokongan universal' dalam dirinya, di mana berguna untuk imej / fomat / model satu pemerintahan Islamic State, maka, stendet teguran gua kepada TGNA akan selevel teguran gua kepada Hadi.
Ni tengok level teguran gua kepada Hadi masa mula2 dulu. Level pertama. Readers gua jangan gelak plak. Skang level tu untuk Hadi dah tak berguna. Dia terlalu bodoh, degil, dan ego untuk teguran level itu.
TGNA orang cerdik dan orang yang sedar diri dan satu aset Islamic State yang perlu dipelihara. Maka tegurannya harus dengan cara lembut dan sopan, dengan cara membeli masa kerana dia pasti akan kembali mebetulkan keadaan.
Hadi adalah ulama celaka yang tak sedar diri. Satu ulama yang berakhlak baik tetapi tenggelam tanpa sedar dalam kebodohan secara keturunan, ego, gopoh, tidak berani, lari ke luar negara, sombong-bodoh, etc.
So, tahun 2009, level teguran untuk dia tidak sama dengan tahun 2006-2007.
Tulang Besi.
Gua adalah persendirian.
1. Pergi mampos sama nama berdaftar JPN Husam.
2. Pergi mampos sama nama berdaftar JPN Nik Aziz.
3. Tunjukkan bukti2 tuduhan lu kepada reader lu. Lu orang politik, ahli PAS di mana pengundi memerlukan persepsi yang baik untuk undi PAS.
4. Gua telah kemukakan hujah gua untuk readers gua. Gua tak perlukan pengundi.
Gua tunggu respon lu. Choww...
Aduka Taruna
Read More...
Summary only...