BlogList Malaysia
Showing posts with label prk n9. Show all posts
Showing posts with label prk n9. Show all posts

15 October 2009

Hassan Ali Perlu Letak Jawatan Untuk Kerja Bodoh Yang Dilakukannya

PJ PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar kalah dalam PRK Bagan Pinang. Kesian kat dia. Lagi kesian kat ahli dan penyokong yang susah payah bekerja di sana. Sebenaqnya kalau dok perati di Bagan Pinang, PAS memang tak boleh menang di sana. Tapi bukan kalah teruk. Majoriti dua kali ganda undi yang PAS dapat. Ambik masa perhati keputusan PRK tersebut di bawah:-

KEPUTUSAN RASMI PRK DUN N31 BAGAN PINANG
ZULKEFLY MOHAMAD OMAR : 2578
MOHD ISA ABD SAMAD : 8013
MAJORITI : 5435

JUMLAH UNDI ROSAK : 222

Malu besaq. Bukan saja PAS, DAP dan PKR sekali tak tau nak letak muka di mana. Ni semua kerja jahat yang dibuat oleh Hassan Ali, PJ PAS Selangor. Kalau bukan kerja jahat Hassan Ali nak kata apa? Kerja bodoh Hassan Ali ka?

Kalau dah tau Hassan Ali tu jahat bagi standard penyokong dan ahli PAS, pasai apa Hj Hadi dok biaq dia jadi PJ Selangor? Apakah Hj Hadi takut Hassan Ali keluaq parti kalau pecat dia dari jawatan PJ. Mampuih pi kat dia. Kalau ada ADUN lain nak ikut langkah dia pun sorang dua saja. Mampuih pi kat depa. Kerajaan PR Selangor tak tumbang lah.....!!!!

Lee Copper

Read More...

14 October 2009

Gula-Gula BN Untuk Bagan Pinang



Antara Janji-janji yang dibayangkan di bawah akan terus dinantikan untuk menjadi kenyataan.......berterimakasihlah kepada pembangkang... kerana mereka lah Pemimpin BN terpaksa menabur janji manis bersalutkan gula-gula yang banyak dan mewah....

Saya kutip fakta ini dari laporan Malaysiakini versi Bahasa Inggeris.( saya suka tajuknya...LO AND BEHOLD THE 'GOODIES')

1. 27 Sept: Menteri Pelancongan berjanji akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan untuk menarik sejumlah 6 juta pelancong yang transit di KLIA untuk melawat ke Negeri Sembilan.
2. 28 Sept: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan akan membina sebuah sekolah Menengah yang bernialai RM20 juta dalam tempoh masa 2 tahun. RM 3.8 juta pula telah diluluskan untuk kos memperbaiki 21 buah sekolah termasuk sekolah Cina dan Tamil.

3. 29 Sept: Majlis Perbandaran Port Dickson telah menyerahkan 3 buah rumah teres di Taman Desa Pinang untuk dijadikan Pusat Permata Negara Bagan Pinang yang dipelopori oleh isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. RM400,000 akan dibelanjakan untuk proses menaiktaraf rumah-rumah tersebut.

4. 4 Okt: Biro Penerangan UMNO akan menjadikan Persatuan Kebajikan Nelayan Bagan Pinang sebagai 'anak angkat' mereka dan Isa berjanji akan memberi tumpuan utama kepada Bandar Tentera Darat jika menang di PRK.

5. 5 Okt: Kementerian Sumber Manusia mengumumkan akan mengadakan program kursus dan peluang pekerjaan kepada golongan muda di Bagan Pinang.

6. 6 Okt: Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Maximus Ongkili mengumumkan bahawa Sirim Bhd akan membantu memberi bantuan teknikal dan khidmat nasihat kepada penduduk Kampong Baru Si Rusa untuk menjalankan perusahan ceramic menggunakan 'hydrostone'.

7. 7 Okt. MB Mohamad Hassan mengumumkan peruntukan sebanyak RM25 juta untuk pembinaan 150 unit rumah awam di Ladang Siliau.

8. 8 Okt: Zahid Hamidi mengumumkan perkara seperti di bawah:

a. Peruntukan RM3000 setahun untuk sebuah keluarga bagi anak-anak yang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dan RM2,000 setahun kepada keluarga yang anak mereka melanjutkan pengajian di peringkat diploma dan seterusnya.

b. 'Veterans Act' jika diluluskan akan dimasukkan faedah kesihatan.

c. Rumah Kelab untuk bekas-bekas perajurit di sebelah Kelab Golf PD dan MRSM untuk anak-anak bekas Perajurit. ( MB Mohamad Hassan telahpun bersetuju untuk menyediakan tanah)

d. Perpustakaan dan Kemudahan Wi-Fi untuk kemudahan anak-anak tentera.

e. RM100,000 untuk menaiktaraf surau di kawasan kem tentera. (cek sumbangan telah pun diserahkan).

Muhyiddin Yassin mengumumkan SRJK Tamil Sungai Salak yang beroperasi dari rumah kedai 2 tingkat akan menerima 1 hektar tanah untuk pembinaan Sekolah yang dijangka siap dalam masa setahun-12 bulan.

TPM juga mengarahkan semua PBT di negeri tersebut untuk memudahkan pemberian lesen perniagaan untuk tidak melemahkan semangat mereka untuk berniaga.

TPM juga mengumumkan peruntukan RM480,000 kepada 3 buah sekolah ' Chinese Vernacular School' dan pemberian angpow sebanyak RM100 kepada 233 orang warga tua.

Rais Yatim menyerahkan sumbangan Mikro-komputer kepada 6 buah sekolah di Bagan Pinang.

Menteri Sumber Manusia S Subramaniam berjanji akan memberikan jalan bertar, dewan komuniti, sebuah dewan untuk kuil dan sistem perparitan untuk kawasan perkuburan Cina dan India akan diperbaiki.

Gelanggang Badminton dan mesin fotokopi akan disediakan kepada Sekolah Tamil, Tabung Kemudahan Pembiayaan Perumahan untuk pekerja Estet juga akan ditubuhkan.

(letih menaip...banyakya gula-gula....seronoknya....cuba anda di luar sana kira dan jumlahkan keseluruhan peruntukan yang berlaku hanya dalam tempoh 28 September hingga 10 Oktober 2009.)

Bergembiralah wahai penduduk Bagan Pinang...semoga impian yang dijanjikan menjadi kenyataan.

Oleh UMMU ASIAH [http://baganutama.blogspot.com]

Read More...

13 October 2009

Pas Akur Pilihan Pengundi Bagan Pinang

Selepas lapan kali menafikan kemenangan menjadi milik parti lawan, 11 Oktober lepas PAS terpaksa akur pada kekalahan selepas pilihan raya kecil (PRK) Dun Bagan Pinang tidak berpihak kepadanya. Dan PAS sesungguhnya sudahpun menerima realiti itu dengan dada lapang.

Walaubagaimanapun ia menolak pelbagai dakwaan serta spekulasi kononnya kekalahan itu adalah gambaran awal kerapuhan Pakatan Rakyat (PR) menghadapi pilihan umum ke 13 akan datang.

Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat, semasa memberi responnya berhubung perkara itu menyifatkan kalah atau menang adalah adat di dalam sebuah perjuangan, seraya mengakui bahawa PAS menghadapi tentangan kuat daripada Umno pada PRK kali ini.

“Kita terima kekalahan ini. Tak apa. PAS tidak pernah lupa pada falsafah, menang tidak bererti selama-lamanya akan terus menang. Begitu juga kalah. Kelantan pun sebelum ini pernah kalah tetapi akhirnya mampu bangkit semula” katanya ketika diminta mengulas kekalahan PAS pada PRK Dun Bagan Pinang.

Pada PRK tersebut PAS melalui calonnya, Zulkefly Mohamad Omar, gagal mengulangi momentum PRK Kuala Terengganu dalam usaha menawan Dun Bagan Pinang apabila tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Isa Samad, dengan majoriti 5,435 undi.

Mohd Isa yang mendapat 8,013 undi berbanding Zulkefly, 2,578 sekaligus berjaya menambah majoriti yang diperolehi pada pilihan raya umum 2008 sebanyak 2,333.

Sehubungan itu Nik Aziz memberitahu PAS dicengkam hebat oleh Umno apabila sistem informasi dimiliki PR agak terbatas. Justeru, penyebaran maklumat secara meluas gagal dilaksanakan dengan tersusun.

Semasa mengulas PRK Dun Bagan Pinang yang dianggap sebagai PRK terburuk berbanding beberapa PRK di adakan sebelum ini berikutan dicemari beberapa insiden beliau rasa amat dukacita dan berharap sikap buruk yang tidak bermoral seperti itu dapat dibendung dengan lebih berkesan pada masa-masa akan datang.

Proses pengundian Dun Bagan Pinang dicemari beberapa insiden buruk seperti membaling batu dan botol menimbulkan kekecohan melampau menyebabkan berlakunya pergaduhan antara penyokong parti bertanding sehingga mencederakan orang awam telah secara tidak langsung mengganggu ketenteraman dan keselamatan awam.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, mengulas kemenangan BN pada PRK tersebut adalah bukti undi pos masih dimanipulasi oleh BN demi kemenangannya.

Beliau berhujah melalui justifikasinya di mana seorang pemimpin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang pernah ditemuinya dulu mengakui telah membawa usul agar undi pos dihapuskan, namun ia ditolak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kerana baginya undi pos adalah survival bagi BN.

“Dan undi pos di Bagan Pinang peratusnya adalah sangat tinggi. Maka tidak mustahil senario itu terus dipraktikkan oleh BN bila dikaitkan dengan kenyataan tersebut” ujarnya.

Terdahulu, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yasin, menyifatkan kemenangan besar Isa sebagai tanda permulaan perubahan sokongan rakyat kepada BN setelah mengalami kekalahan hampir ke semua PRK diadakan sebelum ini kecuali satu iaitu di Batang Ai.

Kemenangan Isa yang menyapu bersih kawasan pengundi bukan Melayu turut meyakinkan beliau bahawa sokongan masyarakat India, Cina dan lain-lain bangsa menunjukkan kepercayaan mereka terhadap kepimpinan kerajaan BN.

Walau apapun, rasionalnya Umno belum layak mendabik dada menyatakan kemenangan besar di Bagan Pinang, kerana nisbah kekuatannya itu belum mampu memberi kesan perubahan kepada kerusi di parlimen mahupun negeri.

Dan PAS seharusnya tidak alpa untuk mengingatkan bahawa Bagan Pinang hampir merobek personaliti partinya.

Oleh Mohd Zuharman

Read More...

12 October 2009

Bagan Pinang - Pilihanraya Paling Ganas Dalam Sejarah


Pilihanraya kecil N31 DUN Bagan Pinang merupakan pilihanraya paling ganas sejak pilihanraya umum mac tahun lalu. Begitulah disimpulkan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Keadaan ini cukup berbeza dengan pilihanraya kecil DUN Penanti Mei lalu yang disifatkan paling aman oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Ini berikutan UMNO Barisan Nasional tidak mengambil bahagian dalam pilihanraya berkenaan. Keputusan tidak bertanding itu merupakan pertama kali dalam sejarah parti itu.

"Kita ucap terima kasih pada pengundi di Bangan Pinang. Kita hormati keputusan itu dan kita akan ambil ikhtibar serta baiki strategi dan gerak kerja. Istimewanya pilihanraya kali ini ialah undi pos. Kita secara konsisten mendesak hapuskan undi pos."

"Undi pos telah memberikan kelebihan kepada UMNO Barisan Nasional. Seperti yang kita lihat peningkatan sangat ketara pada undi pos. Strategi yang dimainkan ialah menakut- nakutkan pengundi. Inilah pilihanraya paling ganas," ujar shamsul.

Pakatan Rakyat sebelum ini menggesa Suruhanjaya Pilihanraya SPR merombak proses pengundian pos bagi memastikan pengiraan yang telus dan bersih. Undi tentera DUN ini sahaja mencecah 5 ribu undi dan semestinya mempengaruhi corak undian pengundi pilihanraya kecil kali ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali sebelum ini mengadakan pertemuan dengan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan ahli- ahli SPR yang lain di ibu pejabat SPR, Putrajaya berikutan hasil siasatan menyeluruh PAS yang mendapati wujudnya pengundi bertindih melibatkan orang awam dan juga dikalangan tentera.

Namun, Timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar memilih untuk menafikan tuduhan berkenaan, walaupun segala butir- butir siasatan dalam gengaman mereka.

Shamsul berkata, pihaknya tidak akan berdiam diri dan akan membawa perkara ini ke muka pengadilan.

"Saya dan rakan- rakan akan berbincang untuk membawa isu ini ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Terutama dalam konsep 1 orang 1 undi. Kita akan minta SUHAKAM siasat isu keganasan kepada pengundi semasa pilihanraya ini. Pilihanraya kali ini juga menyaksikan UMNO Barisan Nasional tidak komited dalam memerangi rasuah apabila mengemukakan calon yang terpalit dengan jenayah rasuah."

Read More...

Pas Hilang sokongan India Kerana Hassan Ali?

PAS Hilang Undi India Kerana Sikap PAS Serupa Dengan UMNO Dalam Isu Kuil S23 dan Kepala Lembu



Satu kejutan berlaku. Majoriti pengundi-pengundi India di Bagan Pinang telah mengundi UMNO/BN walaupun isu “kepala lembu” dan isu “kuil s23” telah berlaku.
Di dalam kedua2 isu, kepala lembu dan kuil S23, kepimpinan tertinggi PAS (Presiden dan Timbalan Presiden) mengambil sikap berdiam diri dan membiarkan UMNO bermaharaja-lela mengutuk serta menzalimi hak penduduk Hindu S23.
Pengempen2 MIC dari rumah ke rumah menggunakan isu bahawa PAS dan UMNO adalah SAMA. Ini kerana dalam isu Kuil S23 dan Kepala Lembu, sikap yang mereka tunjukkan adalah sama, yakni tidak menentang tindakan sekumpulan orang-orang UMNO itu.

Dan pengempen2 MIC/IPF ini memulakan jarum sejurus selepas kematian arwah ADUN Bagan Pinang yang lepas. Itu maklumat yang saya dapat sebelum penamaan calon lagi dari beberapa pengkaji yang berada di lapagan. Saya sendiri tidak percaya tapi keputusan Bagan Pinang ini membuktikannya.

PAS Tidak Dilihat Membantu Kaum India Di Dalam Mempertahan Hak Mereka

Presiden PAS terutamanya (serta Pesuruhjaya PAS Selangor) mengambil sikap berdiam diri dalam isu ini. MP PAS Shah Alam, dibiarkan berseorangan diri di dalam menghadapi isu ini tanpa apa-apa bantuan serta sokongan dari Presiden ataupun Timbalan Presiden PAS.

Oleh kerana kita semua telah tahu bahawa Presiden PAS terikat dengan kehendak “geng Terengganu” maka kita boleh membuat kesimpulan bahawa sikap PAS dalam isu Kuil dan Kepala Lembu ini adalah sikap “geng Terengganu”(yang sekarang ini sudah terkenal dengan sikap “assabiyyah” dan kebangsaan melayu mereka).

Pokoknya, Bagan Pinang adalah peluang keemasan bagi PAS bagi menguatkan lagi tahap sokongan pengundi berbangsa India kepada PAS. Isu “Kepala Lembu” dan “Kuil Seksyen 23” adalah isu keemasan yang disia-siakan oleh PAS hasil kerana kepimpinan PAS Pusat dikuasai oleh mereka2 yang pro kepada kerjasama dengan UMNO.

Presiden PAS sendiri secara pribadi telah turun ke Shah Alam dan memberitahu bahawa Islam tidak mengharamkan rumah ibadat bukan Islam hampir dengan Masjid dan Surau. Ini kerana, Presiden telah mengambil pendapat dari madzhab Maliki yang lebih sesuai dalam waqi’ Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.

Namun, Presiden PAS tidak langsung mengeluarkan kenyataan umum kepada media dalam isu ini hatta selepas MP PAS Khalid Samad diberikan ancaman bunuh sekalipun. Perkara ini menjadi isu di Bagan Pinang kerana pengundi India merasakan PAS tidak ikhlas apabila kepimpinan tertinggi mereka mengambil sikap berdiam diri.

Malahan, mereka sudah maklum betapa Dato Hasan Ali sendiri sebenarnya lebih cenderung kepada geng2 UMNO S23 berbanding dengan hak orang-orang India di sana. Maklumat saya dapat, Dato Hasan dalam mesyuarat Exco memberitahu yang beliau memperjuangkan Titah Baginda Sultan Selangor yang tidak mahu rumah ibadat bukan Islam dalam penempatan majoriti orang Islam.

Sokongan senyap Dato Hasan kepada sikap UMNO dalam isu kuil S23 ini sudah menjadi rahsia umum. Dan, pengempen2 MIC lah yang mendedahkannya kepada pengundi2 India di Bagan Pinang. Ia menjadikan PAS dilihat sebagai hipokrit dan tidak dipercayai oleh pengundi2 India di Bagan Pinang. Hasilnya, PAS gagal menuai hasil dari kedua-dua isu sensitif ini.

Kalaupun PAS Selangor mahu mengambil sikap yang serupa dengan UMNO Selangor, kenapa PAS Selangor tidak boleh pergi berunding dengan Hindu Sanggam dan mencadangkan lokasi baru untuk kuil tersebut?

Apabila PAS Mengambil Sikap Ke”Melayuan”, UMNO yang Untung

PAS Selangor dan PAS Pusat dilihat semakin rapat kepada UMNO dari segi isu dan sikap UMNO dalam beberapa isu sejak kebelakangan ini.
Hakikatnya, kumpulan yang bertanggungjawab kepada polisi seperti “PAS for All” ( yang digelar sebagai kumpulan Erdogan) telah disisihkan. Presiden PAS sudah tidak lagi mendengar nasihat dan rintihan dari mereka2 yang bertanggungjawab ke atas kemenangan PAS 2008.

Malahan Presiden PAS sekarang dikuasai pemikiran dan pergerakan beliau oleh geng2 Terengganu dan mereka yang pro kepada kerjasama dengan UMNO. Tidak hairanlah dalam isu Kuil Seksyen 23 dan Kepala Lembu Presiden PAS berdiam diri dan tidak membantu Khalid Samad.

Saya amat yakin kalau Khalid Samad menjadi calon PAS di Bagan Pinang, PAS sudah tentu mendapat 70-80% undi kaum India kerana Khalid Samad terbukti tidak bercakap seperti seorang yang munafik dan menipu kaum India.

Calon yang diketengahkan oleh PAS pula menjadi mangsa sikap “assabiyyah” kepimpinan PAS dan kasihan kepada beliau. Beliau seorang yang jelas komited kepada konsep “PAS For All” dan menjadi mangsa. Lagi pula, beliau tidak dikenali oleh pengundi India di situ menjadikan beliau susah untuk disokong pengundi India.

Secara mudah, buat apa pengundi India mengambil risiko mengundi PAS sedangkan sikap PAS dan UMNO adalah serupa?

Slogan “PAS for ALL” PAS Sudah Mula Dicurigai Pengundi Bukan Melayu

Sudah tentu. Maklumat “kumpulan Erdogan” telah disisihkan oleh Presiden sudah sampai ke pengetahuan ramai orang. Pengempen2 MIC terutamanya menggunakan hujjah ini dan ianya berjaya.

Dan yang lebih mengewakan kita, ADUN BANGI, Dr Syafiee telah menaikkan isu ini sejak tahun lepas lagi, yakni mengapa program “PAS for All” sudah tidak ada lagi pengisian yang bersifat berterusan sekarang ini.

Malahan tokoh seperti Hasan Ali, dengan terus terang mengatakan yang PAS akan memperjuangkan hak Melayu sedangkan pada waktu yang sama PAS sudah ada slogan “PAS for All”. Bukankah Islam memperjuangkan nasib semua manusia TIDAK KIRA AGAMA dan BANGSA? Malahan, bukan setakat manusia, Islam juga memperjuangkan keadilan untuk binatang dan tumbuhan dan melindungi mereka dari kezaliman.

Ada riwayat yang muttawateer yang mengatakan bahawa seorang wanita dimasukkan ke neraka kerana menyiksa kucingnya dan seorang pemuda dimasukkan syurga kerana memberi air kepada seekor anjing yang haus.

Puak2 Fraksi UMNO ini jelas menampakkan akidah mereka yang telah rosak dan hancur. Apabila diuji mereka membuang Islam dan mengambil akidah assabiyyah/kebangsaan melayu.

Tulang Besi

Read More...

Tajuk Karangan Ramalan STPM 2009 : Rasuah

  • Rasuah merupakan perbuatan penyalahgunaan kuasa bagi mencapai lebihan pendapatan daripada orang awam.
  • Rasuah merupakan perbuatan memberi atau menawarkan sebarang bentuk ganjaran bagi mempengaruhi tindakan dan keputusan seseorang.
  • Sememangnya rasuah mendatangkan kesan buruk kepada sesebuah negara.

1. Rasuah akan menggoyah struktur pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Politik tak stabil….tunjuk perasaan, rusuhan, pembunuhan

  • Sesebuah karajaan akan jatuh akibat rasuah.
  • Sebagai contohnya Empayar Rom, Uthamniah dan Dinasti Ching jatuh kerana gejala ini. (yang salah dibebaskan, yang benar dihukum…) Thailand, Taiwan, Malaysia(Isa Samad, Razak Baginda dan lain-lain contoh yang difikirkan sesuai)
  • Negara-negara itu hancur kerana menteri dan pegawai awam mengamalkan rasuah.
  • Akibat rasuah, pentadbirannya tidak terurus. (Filipina:Fidel Marcos)
  • Masyarakat hilang keyakinan terhadap pemimpin negara.
  • Rakyat akan memberontak dan mencetuskan reformasi.
  • Keadaan huru-hara berlaku dan akhirnya kerajaan digulingkan.

2. Rasuah juga mengancam ketegaan ekonomi negara.

  • Rasuah merupakan kos tidak langsung kepada semua aktiviti ekonomi.
  • Sekiranya sesuatu projek berharga RM100 juta, mungkin RM 20 juta hangus akibat rasuah. (rasuah diberi untuk mendapatkan tender/lesen projek)
  • Jadi, kosnya ialah RM 20 juta lebih tinggi.
  • Ini pasti menyekat para pelabur asing ke negara kita.
  • Pelabur aka lebih suka melabur di negara yang bersih dan cekap.
  • Secara tidak langsung ini akan melumpuhkan ekonomi negara.

3. Rasuah akan menyebabkan yang kaya bertambah kaya dan yang miskin papa kedana.

  • Di India/Indonesia/Malaysia, orang kaya mampu memberi rasuah.
  • Maka mereka mendapat lesen dan peluang perniagaan.
  • Bertambah kayalah golongan ini.
  • Golongan yang miskin dinafikan peluang ekonomi kerana tidak mampu memberi rasuah.
  • Sebagai kesanya, jurang ekonomi yang begitu ketara berlaku.
  • Maka integrasi negara akan terjejas.
  • Prasangka dalam kalangan kaum akan terus menebal.

4. Rasuah juga mengancam keselamatan negara.

  • Golongan yang tamak hanya akan bekerja jika ada rasuah.
  • Perkara yang akhir didahulukan dan yang awal dinafikan kedudukannya.
  • Pihak yang terlibat dalam rasuah akan mengetepikan etika dan mutu kerja.
  • Kontraktor binaan misalnya, sanggup menggunakan bahan yang kurang bermutu demi mengaut keuntungan. (demi menebus rasuah yang dikeluarkan)
  • (2008 Bukit Antarabangsa: runtuh, 2009 Stadium dan kolam renang Trengganu roboh)
  • Bangunan dibina tidak mengikut standard dan piawaian keselamatan.
  • Pegawai kerajaan akan meluluskan projek kerana diberi rasuah.
  • Akibatnya projek itu akan mudah rosak dan runtuh. (Taiwan: gempa bumi….
  • Bangunan dan lebuh raya runtuh mengorbankan banyak nyawa.
  • Tegasnya rasuah dapat meragut nyawa.

5. Rasuah mencemar maruah, agama, bangsa dan negara. (imej negara)

  • Karis Kraus, sarjana Jerman menyatakan “Rasuah lebih hina dan keji daripada pelacuran.
  • Seorang pelacur hanya mencemarkan maruah dirinya sahaja tetapi pengamal rasuah mencemarkan maruah keseluruhan negara.
  • Agama mengajar kita menjadi manusia yang beriman.
  • Jadi, melakukan rasuah merupakan pengkhianatan kepada agama.
  • Jika rasuah di Malaysia berleluasa, bangsa kita juga tidak dihormati.
  • Kerajaan kita akan dikatakan tidak cekap. Tak efisien, tak berupaya, mundur, prinsip
  • Negara kita akan diketawakan.

  • Pada kesimpulannya, rasuah sememangnya mendatangkan kesan buruk kepada sesebuah negara.
  • Jadi, pelbagai langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah ini.
  • Jauhkanlah diri kamu daripada menerima pemberian yang lain, maka kedudukanmu akan setaraf dengannya”. Hadith riwayat Ali ibni Abi Talib.

Read More...

Budaya Samseng Takutkan Pengundi Bagan Pinang

Memang benar peritistiwa provokasi itu dirancang. Ianya disahkan rakan gua yang bertugas anggota polis Teluk Kemang. Cuma apakah plan itu?

Mereka menyekat unit ronda dan polis bawahan dari bertindak cepat. Mereka mengepung dan menyerbu Markaz Induk pada malam itu. Abang Dayat sendiri masuk longkang dibelasah. Mereka memang bersenjata pedang, kayu dan besi, tetapi hanya mempamerkan dan tidak diguna.


Calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar menerima keputusan pengundi Bagan Pinang dan melihat faktor ketakutan yang ditimbulkan UMNO-Barisan Nasional sebagai faktor kekalahan pilihanraya kali ini.

" Kita terima keputusan yang dibuat pengundi dan kita akan cuba memperbaiki undi pos".

" Kita lihat faktor ketakutan seperti pergaduhan dan menakut-nakutkan orang" katanya.

Sementara itu, naib presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata tindakan ekstrem penyokong UMNO-BN yang membawa budaya samseng menggugat kredibiliti pilihanraya kali ini sehinga menyukarkan pihak PAS untuk berinteraksi dengan pengundi di Bagan pinang.

" Undi pos bukan isu kita dapat banyak atau sikit tapi ia satu perjuangan PAS yang bermula sebelum, semasa dan selepas pilihanraya kecil ini untuk memastikan penambahbaikan dilakukan secara drastik".

" Wujudnya dengan ketara budaya samseng yang menimbulkan keadaan yang tidak kondusif dan tidak selesa. Akibatnya lahir faktor ketakutan sehingga kita tidak dapat berinteraksi sebaik mungkin dengan pengundi" ujarnya.

Read More...

11 October 2009

'Kemenangan Kaki Rasuah' Gagalkan Misi Integriti Nasional

TELUK KEMANG - Kemenangan Tan Sri Isa Samad dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang adalah merupakan suatu kegagalan kepada misi integriti nasional.

Walaupun begitu, PAS menghormati keputusan rakyat atas prinsip demokratik, namun malu dengan sikap Umno yang tidak akan membawa rakyat kepada kehidupan yang lebih baik kerana gagal memerangi rasuah.

"Umno memang menang dalam pilihanraya, tapi ternyata kalah dalam memerangi rasuah,"kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam sidang media yang diadakan selepas Pas di isytiharkan tewas dalam pilihanraya kecil DUN bagan Pinang.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, dengan kemenangan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang sebelum ini telahpun ditolak oleh Umno; mengakibatkan Umno akan terus angkuh mengamalkan rasuah.

Ujarnya lagi, kemenagan Isa ini sebenarnya tidak sedikit pun memulihkan kepercayaan palabur terhadap integriti kerajaan.

Sebaliknya, ia bakal menjadi satu lagi titik gelita dalam sejarah integriti negara.

Mengulas perkembangan yang sama, Pengarah pilihanraya PAS bagi Bagan Pinang, Salehuddin Ayub, konsisten dengan kenyataannya bahawa PRK N31 Bagan Pinang akan menjadi pemangkin gelombang ketiga Rasuah Musuh No.1 Negara.

"Ia akan mempercepat gelombang itu,"kata Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS serta ahli Parlimen Kubang Kerian.

Tegasnya lagi, N31 juga bakal dijadikan dijadikan medan permulaan Pakatan memperjuangkan senarai undi pos bersih.

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamul Iskandar M Akin dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkifli -buletin online

Read More...

Isa Samad Penebus Maruah Umno/BN

Akhirnya, UMNO-BN berjaya menebus maruah dengan seorang calon yang tercalit imejnya, Mohd Isa Abdul Samad apabila menamatkan kekalahan dalam pilihan raya kecil di Semenanjung Malaysia selepas 8 Mac 2008. Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan ini kembali semula ke gelanggang politik dengan kemenangan majoriti 5,435 undi di PRK Bagan Pinang.



Pakatan Rakyat bukan sahaja gagal menembusi kubu UMNO-BN ini, malah gagal untuk mengurangkan undi majoriti yang diperolehi calon UMNO-BN dalam PRU ke-12. Calon PAS-PR, Zulkefly Mohamad hanya memperolehi 2,578 undi, berbanding Isa Samad yang mengaut 8,013 undi. PRK Bagan Pinang mencatat peratus pengundian setinggi 81.65%, dengan 233 undi rosak.



PRU ke-12 menyaksikan kemenangan calon UMNO-BN, Allahyarham Azman Mohd. Noor dengan 6,430 undi, sementara calon PAS, Ramli Ismail memperolehi 4,097 undi. Peratus pengundian adalah 81.59%, dengan 384 undi rosak pada ketika itu. Dengan kata lain, undi majoriti yang diperolehi UMNO-BN bertambah sebanyak 3,102 undi.



Malah, PRK Bagan Pinang ini memperlihatkan sokongan melangkaui kaum terhadap calon yang pernah disabitkan kesalahan kerana terlibat dalam politik wang ini. Keputusan ini diterjemahkan oleh Isa Samad sebagai sokongan rakyat terhadap konsep "1Malaysia" yang diuar-uarkan oleh PM Najib Razak.



UMNO: Kemelut atau harapan baru?



Keputusan PRK ini biarpun memacu momentum baru kepada UMNO-BN, bahkan mewujudkan suasana yang cukup mengghairahkan menjelang Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung dalam minggu ini. Kemenangan yang didahagakan selama 19 bulan selepas "tsunami politik" ini, semestinya disambut dengan pujian yang melimpah dalam perhimpunan UMNO.



Persoalannya, apa yang akan berlaku seandainya Isa Samad dinobatkan sebagai wira yang menebus maruah UMNO? Perebutan kuasa yang bakal tercetus sememangnya tidak dapat dielakkan. Kedudukan Mohamad Hassan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan mungkin terguling, malah kedudukan Timbalan Presiden Muhyiddin Yassin juga mungkin tergugat.



Muhyiddin Yassin, memikul tugas sebagai Pengarah Pilihan Raya BN setelah mengambil alih jawatan Timbalan Presiden UMNO. Bermula dengan PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai dan berakhir di Permatang Pasir, hanya satu kemenangan dikecapi, itu pun di luar Semenanjung Malaysia.



Maka, jasa kemenangan kali ini akan dikalungkan pada leher Isa Samad, terutamanya oleh penyokong setianya dalam UMNO.



Apa yang lebih penting daripada itu, pencalonan dan kemenangan besar Isa Samad semestinya diterjemahkan sebagai penerimaan rakyat terhadap pemimpin yang tercalit dengan rasuah. Maka, pemimpin seperti Ali Rustam, Muhd Muhd Taib dan pemimpin-pemimpin yang pernah tercalar imej itu, mempunyai alasan yang cukup munasabah untuk bangkit semula dalam parti.



Lebih-lebih lagi, penolakan rakyat dalam pilihan raya kecil sebelum ini akan dibaca sebagai "terpukau dengan janji dan pembohongan pembangkang", dan bukannya tuntutan untuk perubahan. Oleh itu, "rakyat yang kini sedar dari mimpi dan khayalan " telah kembali menyokong UMNO-BN.



Pengajaran untuk PR



Walaupun kekalahan sememangnya dijangkakan dari awal, namun kekalahan dengan majoriti yang besar tetap merupakan tamparan sengit kepada PAS-PR. PR didodoikan dengan suasana yang memberangsangkan selepas tsunami politik PRU ke-12.



Kekalahan PRK Bagan Pinang pasti memberi pengajaran kepada PR dalam beberapa aspek. Pertamanya, usaha menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bersih sebelum ini terbantut, setelah kemenangan dalam PRU ke-12. Kawasan seperti Bagan Pinang menyedarkan PR bahawa isu ketidakadilan dalam sistem pilihan raya masih belum selesai.



Keduanya, PR melihat bahawa rakyat tetap akan memberi sokongan kepada PR, berdasarkan betapa buruknya BN, dan tidak mengambil kira sejauh manakah prestasi dan mutu PR. Perbalahan sesama sendiri dalam PR dianggap akan mendapat toleransi daripada rakyat kerana "ia sekadar mainan media, atau diperbesarkan oleh media".



Pengundi Bagan Pinang memberi jawapan yang sememangnya di luar jangkaan PR. Persoalan kini yang wajib direnungi PR ialah, berapa lagi Bagan Pinang yang ada di Malaysia?



*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.

Read More...

Akhirnya Bagan Pinang Memilih Perasuah Sebagai Pemimpin

Read More...

Keputusan Tidak Rasmi - BN Menang Besar Di Bagan Pinang

7.15pm Tidak rasmi, BN mendahului PAS dengan 5,435 undi. Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 8,013 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 2,578 undi. Undi rosak 222.

Kira-kira 300 lagi undi daripada 11,157 undi belum dihitung.

7pm Rasmi, BN mendahului PAS dengan 3,436 undi. Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 4,377 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 941 undi.

6.59pm Rasmi, BN juga mendahului PAS dengan jumlah yang besar bagi undi pos. Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 3,521 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 601 undi.

Pada pilihan raya umum lalu, BN memperolehi 1,891 undi, sementara PAS pula 1,189 undi pos.

6.52pm Tidak rasmi, BN mendahului PAS dengan majoriti 5,331 undi. Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 7,821 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 2,490 undi. Undi rosak 218.

Setakat ini, 10,395 daripada 11,157 undi atau 93.2 peratus undi telah dihitung.

6.40pm Tidak rasmi, BN mendahului PAS dengan majoriti 4,702 undi. Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 6,705 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 2,003 undi.

Setakat ini, 8,708 daripada 11,157 undi atau 78 peratus undi telah dihitung. Jika trend ini berterusan, BN akan menang dengan majoriti undi lebih besar.

Read More...

Keputusan Terkini N31 Bagan Pinang

7.15 Ptg

1.
PAS . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
2578
2.
BN . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
8013
3.
MAJORITI . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
5435
4.
UNDI ROSAK . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
222



6.55 Ptg

1.
PAS . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
2490
2.
BN . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
7821
3.
MAJORITI . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
5331
4.
UNDI ROSAK . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
84



6.43 Ptg


1.

PAS . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

2003
2.
BN . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
6705
3.
MAJORITI . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
4702
4.
UNDI ROSAK . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
62


6.36 Ptg

1.
PAS . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
1847
4.
Pengundi . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
13,644
2.
BN . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
6358
5.
% Keluar . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
81.6%
3.
MAJORITI . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
4511
6.
UNDI ROSAK . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
62

Read More...

Samseng Umno Bagan Pinang Sudah Dikenal Pasti

yang pakai topi biru lambang dacing berat sebelah tu namanye Engku Mohd salleh ketua Pemuda Umno bahagian Serdang. dia jugalah yang cuba serang YB Karpal Sing di parlimen dulu....


Rujuk Berita Terdahulu Di sini -

Wajah-Wajah Samseng Bagan Pinang.. Sape Kenal?

Read More...

Ejen Provokasi Umno Dihalau

Walaupun Pemuda Pakatan sejak malam semalam sedaya upaya mengelak pergaduhan dengan Umno, namun ia tetap berlaku dan pihak lawan kali ini terpaksa berdepan polis pula.

Segelintir pemuda yang dipercayai penyokong ekstrem Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bergelutan dengan Polis di Unit Peti Undi (UPU) Sekolah Menengan Telok Kemang, Batu 8; sekitar jam 1.15 petang tadi, di sini.

(Hasnol)

Saksi harakahdaily, Hasnul Baharin bin Hassan (gambar), 43, membuat dakwaan demikian, berdasarkan logo Umno dan gambar Isa (calon Umno) yang terdapat pada baju T beberapa pemuda provokator tersebut.

"Saya nampak wajah mereka�saya nampak logo (Umno) pada baju merah mereka�saya nampak wajah Isa pada baju mereka. Takkan penyokong PKR atau PAS pula (yang melakukan provokasi) tersebut."

Jelasnya lagi, Polis terpaksa berkawal antara penyokong Umno dan Pakatan Rakyat di sini, ekoran aksi cabar-mencabar yang dimulakan oleh beberapa pemuda terbabit.

Beberapa anggota FRU yang datang kemudian terus melemparkan tubuh pemuda-pemuda provokatir itu ke dalam kereta merah, yang dipercayai milik salah seorang daripada mereka yang terbabit.


Mereka kemudiannya diminta meninggalkan kawasan panas tersebut oleh FRU, sebelum perkara yang lebih tegang berlaku antara penyokong Isa dan Pakatan kelak.

Berdasarkan bahan gambar yang diperoleh dari Unit Media Khas bagi Parlimen Telok Kemang; kereta tersebut jenis Iswara Eroback 1.5, berwarna merah dan No.pendaftarannya adalah WGN3160. Sejak petang semalam, lebih lapan laporan Polis dibuat atas lima kes provokasi yang berbeza-beza.

Pengarah Jentera Induk PAS N31 Salahuddin Ayub beberapa kali mendesak Polis menyiasat kesemua kes berunsur provokatif tersebut.

Namun, SPR sehingga kini masih belum memberi penjelasan jujur; termasuk isu kewujudan komando Umno untuk membelasah sukarelawan Pakatan Rakyat sejak hari pertama kempen lagi.

Dalam pada itu, media arus perdana melaporkan secara tidak langsung, kononnya Salahuddin cuba meraih publisiti dengan mereka beberapa isu; untuk memburukkan nama Umno.

Dengan berlakunya kes provokasi terbaru ini, pihak tertentu perlu membuat perhitungan � sama ada mahu terus menutup pekung Umno yang ekstrem atau jujur memelihara keselamatan rakyat. _

Read More...

Terkini Bagan Pinang - 5.00 Petang

5.00pm Semua lapan pusat pembuangan undi untuk pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang ditutup.

Proses pengiraan di semua saluran di pusat-pusat tersebut bermula tidak lama lagi.

Seramai 11,157 atau 81.65 peratus pemilih, termasuk pengundi pos, keluar mengundi dalam pilihanraya kecil ini.



4.55pm Persaingan BN dan PAS dijangka sengit - majoriti calon yang menang dijangka tipis.

"Kalau (PAS) menang, tidak menang banyak. Kalau kalah, tidak kalah banyak," kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, yang menyifatkan kedua-dua parti saling "kejar-mengejar."

Bagaimanapun BN yakin menang dan mempertahankan kerusi DUN tersebut.

"Pada jangkaan awal kita, 70 peratus daripada jumlah undi memihak kepada kita," kata Ketua Pemuda Umno Telok Kemang, Mohd Faizal Ramli.

4.45pm Masa untuk membuang undi bagi menentukan ADUN baru Bagan Pinang tinggal lagi 15 minit sebelum ditutup rasmi.

4.23pm Seramai 6,301 pemilih, atau 69.5 peratus, di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga pukul 4 petang - sejam lagi sebelum tempoh membuang undi bagi pilihan raya kecil DUN tersebut ditutup.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mensasarkan peratus keluar mengundi mencecah 80 peratus.

3.30pm Seramai 5,892 atau 65 peratus pemilih telah keluar mengundi sehingga jam 3 petang ini - dua jam sebelum pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang ditutup pada jam 5 petang.

Read More...

Wajah-Wajah Samseng Bagan Pinang.. Sape Kenal?

Tempat Pengundian Di Sekolah Kebangsaan Panglima adnan kat sini ada sowang budak bn mulut macam longkang




sape kenal mamat nie?mulut macam longkang,tak abis mencarut..abis semua pemimpin pakatan di kutuk nyarasa aku dari selangor kot sebab dia asyik menghina tan sri khalid mb Selangor
nie kawan dia sama jer mulut macam longkang...................sape kenal dia nie?
polis dah bape kali sound kat mamat nie tapi kepala batu betul,polis pun satu,kalau orang pas dah lama kena angkut mesti punya....time mamat tu maki2npolis boleh senyum jer......branset
punya polis.....................
penyokong pas senyum jer tengok gelagat mamat2 di sebelah.....

Read More...

Penyokong UMNO-BN Pamer Budaya Samseng

Salah seorang penyokong PAS tercedera dan berdarah terkena balingan batu oleh penyokong UMNO BN.

Penyokong UMNO-BN bertindak ganas membaling batu kepada penyokong Pakatan Rakyat di Pusat Pembuangan Undi Telok Kemang.

Mereka menimbulkan provokasi dengan memanggil penyokong PAS dengan panggilan "anjing", "babi" dan pelbagai perkataan kesat yang lain.

Seperti sebuah kempen peperangan terancang, sekumpulan lagi penyokong UMNO-BN menghalau penyokong PAS yang baru tiba di pusat pembuangan undi itu.

Sebaik sahaja mereka meletakkan kenderaan untuk menyertai kemeriahan pilihanraya, gerombolan Umno-BN bertindak menyerbu dan menendang-nendang kenderaan-kenderaan terbabit.

Sambil mendakwa kawasan letak kereta UPU Telok Kemang adalah milik mereka, gerombolan itu menendang-nendang dan membaling batu kearah penyokong PAS.

Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini, ahli-ahli Pakatan Rakyat mengalihkan kenderaan masing-masing ke tempat yang lebih selamat - jauh dari amukan UMNO-BN.

Gerombolan samseng-samseng jalanan ini tampak seperti dianggotai oleh pemuda bermotorsikal, ahli-ahli pencak silat dan remaja-remaja sekolah.

Polis dan Unit Simpanan Persekutuan di tempat kejadian tekun berdiri menjaga garisan putih jalanraya tanpa mencelah memulihkan keamanan.

Read More...

Lagi Keputusan Saat Akhir Dan Mengejut SPR

2.53pm Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat keputusan mengejut berhubung pemakaian lambang-lambang parti di badan para penyokong di luar lapan pusat pembuangan undi.

Atas arahan suruhanjaya itu, polis mengarahkan semua petugas dan penyokong PAS serta BN menanggalkan sebarang simbol - termasuk pada pakaian seperti topi atau jaket.

Penggunaan kipas tangan dan payung yang bersimbolkan parti bertanding juga dilarang.

2.24pm Seramai 5,371 pemilih, atau 59.2 peratus, di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga pukul 2 petang - tiga jam sebelum tempoh membuang undi bagi pilihan raya kecil DUN tersebut ditutup.

2.15pm Wakil calon PAS, Ramli Ismail, membuat aduan polis tengah malam tadi, mendakwa 70 kertas undi untuk pemilih pos yang tidak membuang undi diserahkan pihak tentera.

Jumlah kertas ini - yang dicurigai oleh PAS - sepatutnya disimpan di pejabat pegawai pengurus pilihan raya DUN Bagan Pinang, katanya kepada Malaysiakini.

Read More...

Terkini Bagan Pinang - Petang



TAHAN... Ekoran pergaduhan penyokong BN ditahan berhampiran dengan pusat mengundi di SK Telok Kemang.Kejadian berlaku apabila kedua-dua pihak membaling botol dan kayu kepada pihak lawan.

BERIKUT adalah perkembangan hari mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang:



2 petang: Sehingga pukul 2 petang seramai 5,371 atau 59.2 peratus telah keluar mengundi.



1.45 tengah hari: Pasukan FRU ditempatkan untuk mengawal ketegangan yang berlaku di kawasan peti undi SK Telok Kemang.



1.15 tengah hari: Sehingga pukul 1 tengah hari seramai 4,905 atau 54.1 peratus telah keluar mengundi.



12.57 tengah hari: Keadaan di kawasan peti undi Telok Kemang terus tegang. Penyokong-penyokong masih berbalah sorakan.



12.10 tengah hari: Sehingga pukul 12 tengah hari, seramai 4,220 atau 46.5 peratus telah keluar mengundi bagi melaksanakan tanggungjawab masing-masing.



11.25 pagi: Sehingga pukul 11 pagi, seramai 3,239 atau 35.7 peratus telah keluar mengundi.



11.20 pagi: Pergaduhan antara penyokong BN dan PAS berhampiran dengan pusat mengundi di SK Telok Kemang. Kejadian berlaku apabila kedua-dua pihak membaling botol dan kayu kepada pihak lawan. 2 orang penyokong yang dipercayai masing-masing daripada PAS dan BN ditahan oleh pihak polis.



11.05 pagi: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata hasil tinjaun di beberapa buah pusat mengundi, beliau berpuas hati dengan proses pengundian walaupun keadaan cuaca hujan di sebelah pagi tadi.



11 pagi: Calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad yakin akan mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil kali ini."Hingga saat ini saya yakin dengan sokongan yang diberikan, insya-Allah pengundi di Bagan Pinang akan memberi kepercayaan kepada BN," katanya ketika meninjau pusat mengundi di Si Rusa.

Read More...

Bagan Pinang - Undi Pos Menyebelahi Pas

Suruhanjaya Pilihan Raya (Malaysia) mengira undi pos di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) mulai kira-kira jam 10.30 pagi ini.

Bendahari PAS Negeri Sembilan, Md Nor Rahman ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya tidak dapat menjangkakan sokongan yang bakal diterima dari anggota pasukan keselematan yang mula membuang undi pada 8 Oktober lalu.

Bagaimanapun, tambahnya, "ia (undi pos) lebih kepada kita" dan "nampak memberangsangkan".

Sementara itu, mengulas perjalanan pilihan raya kecil DUN itu, Md Nor berkata, setakat ini peratusan keluar mengundi agak perlahan ekoran keadaan cuaca yang kurang baik.

"Hujan pun baru berhenti. Lepas ini kita jangkan akan lebih ramai keluar. Mungkin lebih ramai daripada peratusan yang lalu," tambahnya.

Terdapat 13,994 pemilih, termasuk 4,604 pemilih pos, yang layak mengundi dalam pilihanraya kecil kali ini.

Apabila pengundian pos di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) berakhir Kelmarin, seramai 1,807 daripada 1,877 anggota tentera yang layak mengundi, telah mengundi.

Selebihnya, termasuk 2,694 lagi merupakan pengundi pos yang tinggal di luar kem, serta 31 anggota polis dan dua pengundi yang berada di luar negara.

Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas