BlogList Malaysia

24 November 2009

Usah berdalih Ariffahmi, Kita Jumpa Di Mahkamah Bila-Bila Masa

Esok Ariffahmi akan memanggil mesyuarat dengan kakitangan PMBK. Esok juga khabarnya Ariffahmi akan dipanggil oleh SPRM. Saya berharap Ariffahmi akan menyerahkan surat perletakkan jawatannya segera esok dan mesyuarat itu adalah yang terakhir. Ini akan memudahkan kakitangan PMBK memberi kerjasama di dalam siasatan SPRM.

Sewaktu sidang medianya bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz tadi, Ariffahmi sekali lagi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan-dakwaan yang terdapat didalam blog ini dan mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang. Ini adalah kali ke tiga ugutan dibuatnya bermula dari sidang medianya di rumahnya pada 11 November 2009. Nasihat saya pada Ariff, selesaikan dahulu masalah anda dengan SPRM. Selepas tamat siasatan SPRM dan sekiranya nama anda telah dibersihkan oleh SPRM, kita boleh bertemu di mahkamah pada bila-bila masa.

Tetapi sebelum itu, ada baiknya Ariffahmi memohon khidmat nasihat daripada pihak Parti dan Kerajaan Negeri Kelantan. Sebab kalau-kalau akibat saman ini banyak pula yang menjadi berita-berita panas.

Sementara itu, ada baiknya blogger-blogger upahan termasuk Ustaz Pil Kuda yang pernah dibuang kerja kerana terlibat dengan penyalahgunaan dadah agar pulangkan segera lap top milik perbadanan yang digunakan untuk kepentingan dakyah peribadi orang-orang tertentu. PMBK juga harus menyiasat pembayaran yang dibuat keatas mereka ini termasuk pembayaran pejabat sekali.

Rangkaian blogger ini diwujudkan oleh Ariffahmi untuk menyembelih mereka yang dirasakannya adalah penghalang cita-citanya. Antara yang telah menjadi mangsa blogger Ustaz Pil Kuda ini ialah Tuan Haji Anual Bakhri, Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.

Kakitangan wanita PMBK yang sering berlagak seperti orang hilang akal dibelakang CEO dan bersikap pijak semut tak mati di depannya bolehlah turut berundur secara terhormat.

Sementara itu saya amat berharap Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan meminta nasihat dari Lembaga Penasihat PMBK didalam membawa CEO baru ke dalam PMBk dengan kadar segera. Biarlah CEO ini seorang yang amat luas pengalamannya dan seorang yang terkenal dengan integritinya. Ini kerana terlalu dalam lurah yang telah digali kambus oleh Ariffahmi dan terlalu banyak baik pulih harus dilakukan.

Akhirnya saya berharap episod ini dapat ditutup sepenuhnya.- kickdefella

1 Komen :

Anonymous ,  November 24, 2009 at 1:49 PM  

Saya musykil satu perkara, selalunya ikut prosedur biasa jika nak letak jawatan, notis perlu dihantar sekurang-kurangnya sebulan lebih awal untuk jawatan biasa; jika jawatan CEO sudah pastinya memerlukan masa yang lebih lama. Melainkan jika Ariffahmi sedia untuk menyediakan gantirugi nilai gaji yang diterima per bulan. Untuk mempercepatkan proses ini, apa kata apa kata 'Quraisy Malaysia' yang bertanggungjawab untuk perletakkan jawatan dia ni, mengumpul wang supaya dia agar boleh cepat-cepat keluar dari PMBK.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas