BlogList Malaysia
Showing posts with label menantu. Show all posts
Showing posts with label menantu. Show all posts

02 October 2012

Bekas Menantu Dedah Bapa Mentua Orang Terkaya Di Malaysia

Bekas menantu Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan ketua menteri Sarawak itu sebagai orang paling kaya di Malaysia, atau mungkin paling kaya di Asia Tenggara.Shahnaz Abdul Majid, 49, berkata demikian semasa memberi keterangan berhubung aset bekas suaminya, Datuk Mahmud Abu Bekir Taib hari ini.Dakwanya, Mahmud memiliki sebanyak 111 akaun di seluruh dunia, dengan jumlah deposit dianggarkan berjumlah RM700 juta.

Shahnaz mendakwa, Mahmud Abu Bekir memiliki akaun peribadi di Kanada, Amerika Syarikat, kepulauan Caribbean, Perancis, Monaco, Switzerland, Luxembourg, Malaysia dan Hong Kong.



Katanya, tuntutan mutaahnya sebanyak RM100 juta adalah kecil berbanding nilai aset bekas suaminya yang didakwa berjumlah RM1 bilion.

Dakwanya lagi, Mahmud memegang dua akaun peribadi di Edmond de Rothschild di Luxembourg dengan deposit berjumlah US$25 juta.

Beliau juga mendedahkan, bahawa bekas suaminya mempunyai dua akaun di bank sama di Switzerland dengan deposit berjumlah US$31 juta.



Read More...

08 July 2012

PRU13 - Najib Akan Letak Menantu Di Rembau

Penyanyi Fazley bakal tanding di Rembau?

Kerusi Khairy Jamaluddin 'Parlimen Rembau' menjadi kerusi panas apabila ada ura-ura mengatakan beliau akan berpindah ke DUN untuk menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan apabila banyak konflik yang mengaitkan tidak serasian MB sekarang dengan Istana menyebabkan Datuk Seri Mohammad Hassan bakal digugurkan.


Ada juga orang mengatakan Rais akan kembali untuk memenuhi kerusi MB tetapi khabarnya Datuk Seri Najib tidak menyetujui kerana ini sudah bukan zaman Rais katanya, ada juga mengatakan Shaziman yang dilihat sangat berjaya dalam menguruskan Kementeri Kerjaraya, tetapi nama Khairy masih diutamakan.

Kerusi Khairy dikatakan bakal diberikan kepada Dato Fazley Yaakob, seorang pakar motivasi dan juga ahli perniagaan dan juga bekas penyanyi. Beliau juga adalah menantu kepada Datin Seri Rosmah Mansor, Fazley yang pernah dikaitkan dengan kontroversi penipuan ijazah kedoktorannya tidak membuat ulasan panjang, tetapi khabarnya beliau sangat disenangi rakyat dan mungkin ini adalah suatu pilihan bijak buat BN.

Dipetik dari - Blog Politikus



Read More...

18 June 2012

'Bakal besan PM tiada dalam senarai Interpol'

Maira Nazarbayev daripada Kazakhstan, melalui jurucakap, menafikan dakwaan beliau termasuk dalam senarai dikehendali Polis Antarabangsa (Interpol).

Dalam kenyataan, Ronn Torossian melampirkan gambar Maira di Dubai bagi membuktikannya memulakan lawatan ke Eropah tanpa ditahan oleh pihak polis.


"Media telah salah melaporkan khabar angin Interpol - jelas daripada gambar dia bebas melancong di Eropah, keluarga Nazarbayev merancang menghabiskan masa dengan anggota keluarga dan orang tersayang," menurut kenyataan itu.

Anak Maira, Daniyar Nazarbayev, bertunang dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa.

http://www.malaysiakini.com/news/201169


Read More...

29 January 2010

Ariffahmi Letak Jawatan 31 Januari 2010

su membabitkan Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) akhirnya berpenghujung apabila kedudukannya di agensi itu berakhir 31 Januari ini.

Petang semalam, berlangsung majlis perpisahan dan serah tugas yang disaksikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tempat Ariffahmi diganti bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Ir Mustafa Salleh.

Sebelum ini, menantu menteri besar itu menghantar notis meletak jawatan yang akan berakhir pada 23 Mac hadapan.

Bagaimanapun, ia dipercepatkan lagi bagi membolehkan pengurusan baru mengambil alih tanggungjawab.

Isu membabitkan Ariffahmi timbul ekoran wujud dakwaan berlaku penyelewengan sehingga Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malayasia (SPRM) membuka fail siasatan.

Kesnya tersebar kepada umum ekoran sebuah blog milik bekas pegawai PMBK yang mendedahkan pelbagai isu membabitkan Ariffahmi.

Ketika ditemui beliau memberitahu telah menerajui agensi korporat milik kerajaan negeri itu sebagai Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) selama lima tahun dua bulan.-Harakahdaily

Read More...

16 January 2010

TGNA Akui Kesilapan Ariffahmi

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengesahkan kerajaan negeri terpaksa membeli kompleks perniagaan Bazar Tok guru bernilai RM23 juta yang sedang dalam pembinaan daripada pemaju Sensa Timur kerana masalah teknikal.

Bagaimanapun, katanya harga bagi pembelian itu yang dibuat menerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) masih dalam peringkat rundingan dengan pihak pemaju.

“Saya hanya boleh mengesahkan bahawa kerajaan negeri terpaksa membeli semula kompleks bazar yang sedang dalam pembinaan itu kerana masalah teknikal... untuk menjaga kepentingan peniaga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Bubur Asyura di Kampung Sri Kemunting, Beah, dekat sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan penulis blog Kickdefella dalam blognya yang mendakwa kerajaan negeri terpaksa menanggung kerugian kerana membeli projek kompleks Bazar Tok Guru ekoran berlaku penyelewengan oleh PMBK di bawah pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang juga menantu Nik Abdul Aziz.

“Saya juga memberi jaminan peniaga yang dipindahkan dari Arkib Uda dan Pasar Lama MPKB akan diberi keutamaan memiliki tingkat bawah bazar berkenaan, sebagaimana yang dipersetujui sebelum ini,” katanya.


Tulisan blogger itu mendakwa akibat langsung daripada tindakan Ariffahmi, mesyuarat Exco Kerajaan Negeri dalam mesyuaratnya yang lalu telah memutuskan untuk membayar sejumlah RM23 juta ringgit dari wang hasil pendapatan kerajaan negeri kepada sebuah syarikat swasta.

“Pembayaran yang telah dipersetujukan itu adalah bagi menyelamatkan beberapa titik air muka YAB Menteri Besar Kelantan daripada tertumpah akibat dituduh cakap tak serupa bikin,” kata penulis itu.

Ia menambah pada 6 Mac 2008 iaitu dua hari sebelum pilihan raya umum ke-12, Nik Aziz telah menandatangani satu perjanjian persefahaman bagi pihak PMBK dengan dua buah persatuan perniaga dan penjaja di sekitar Kota Baru.

Antara lain, kandungan MOU itu menjanjikan bahawa Projek Bazaar Tok Guru yang akan dimajukan oleh PMBK adalah sebuah projek tidak berorientasikan keuntungan.

Ia lebih kepada hasrat murni Menteri Besar untuk melihat para penjaja dari pasar lambak arked UDA dan peniaga pasar lama Majlis Perbandaran Kota Baru mendapat tempat baru yang lebih selesa untuk meniaga.

Bagaimanapun menantu Nik Aziz telah ‘memperhambakan’ harta kerajaan kepada pemaju swasta bernama Sensa Timur Sdn Bhd.

Dalam pada itu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata tidak salah jika orang Islam mengucapkan ungkapan “assalamualaikum” terhadap orang bukan Islam.

Nik Aziz mendedahkan perkara tersebut untuk menyangkal sesetengah golongan yang masih mengamalkan fahaman adalah haram seseorang Islam memberi ucapan salam kepada orang yang bukan Islam.

“Ada orang pernah tanya bolehkah orang Islam beri salam bila jumpa dengan orang Cina, India kemudian beri salam. Sesetengah ulama kata boleh, sesetengah ulama pula kata tak boleh.

“Jadi bagi ambo (saya), boleh... sebab ia perkara khilaf.

“Bila ia cuma satu khilaf kenapa kita nak ambil yang tak boleh? Mana baik kita beri salam dengan tak beri salam?

“Tambah-tambah dunia sekarang dunia orang tengah balah (bertelagah), kita beri salam maknanya selamat untuk kamu, di mana tak baiknya beri salam, Assalamualaikum? Kita ambil yang mana manfaat,” Nik Aziz terus menyelar tindakan sesetengah golongan yang bertindak menyerang gereja ekoran kontroversi penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh akhbar mingguan Herald.

“Gereja-gereja ni barang (harta). Nak boleh sudahkan (siap) sesebuah gereja itu habis duit beratus-ratus ribu, kita pergi bakar. Pergi bakar semata-mata nak khianat pada harta, berdosa.

“Tambahan pula tempat itu tempat orang menyembah Tuhan (rumah ibadat). Tindakan begitu bukan caranya walau tak puas hati dengan sesuatu perkara yang timbul.

“Cuba mereka bakar masjid kita, atau pun balaisah (surau) kita sudahlah... apa yang kita rasa,” jelasnya.

Tegas beliau Nabi Muhammad SWT sendiri bahkan selalu pesan pada tenteranya jangan berperang dengan musuh sebelum dakwah mereka terlebih dahulu di samping melarang sama sekali daripada membunuh budak kecil, orang perempuan termasuk sami dalam gereja semasa bertempur di medan peperangan.

“Sampai begitu sekali kehalusan dan kesenian Islam,” ujarnya.

Sementara itu beliau turut memaklumkan bahawa satu majlis jamuan makan bersama paderi dan sami akan diadakan pada hujung bulan depan bagi merapatkan semangat keharmonian yang terjalin sekian lama.

Bagaimanapun Nik Aziz tidak menyatakan tempat dan tarikh akan diadakan.

“Ini adalah usaha kerajaan Kelantan untuk membuktikan kepada umum bahawa pemerintahan kerajaan PAS sentiasa mengamalkan prinsip terbuka tidak kira perbezaaan agama, kaum atau sebagainya.

“PAS tidak nak bergaduh dengan sesiapa sebaliknya ingin selalu merapatkan keharmonian... kerana itu adalah ajaran dalam Islam malah agama-agama lain pun,” ujarnya.

Read More...

14 January 2010

Rakyat Kelantan Kehilangan RM50 Juta Angkara Ariffahmi

Akibat langsung daripada kepandaian terlampau Almenantunya Nik Abdul Aziz, mesyuarat exco Kerajaan Negeri dalam mesyuaratnya yang lalu telah memutuskan untuk membayar sejumlah RM23 juta ringgit dari wang hasil pendapatan Kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat swasta.

Pembayaran yang telah dipersetujukan itu adalah bagi menyelamatkan beberapa titik air muka YAB Menteri Besar Kelantan daripada tertumpah akibat dituduh cakap tak serupa bikin.

Pada 6hb Mac 2008, iaitu dua hari sebelum pilihanraya umum ke 12, YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan telah menandatangani satu perjanjian persefahaman (MOU) bagi pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan dengan 2 buah persatuan perniaga dan penjaja di sekitar Kota Bharu. Di antara lain, kandungan MOU itu menjanjikan bahawa Projek Bazaar Tok Guru yang akan dimajukan oleh PMBK adalah sebuah projek tidak berorientasikan keuntungan. Ia lebih kepada hasrat murni MB untuk melihat para penjaja dari pasar lambak arked UDA dan peniaga pasar lama MPKB mendapat tempat baru yang lebih selesa untuk meniaga.

Tetapi, seperti yang didedahkan didalam blog ini sebelum ini, Almenantunya Nik Abdul Aziz yang bernama Abdul Ariffahmi Ab Rahman telah dengan penuh rendah diri memperhambakan harta kerajaan kepada pemaju swasta bernama Sensa Timur Sdn Bhd.

Ariffahmi yang memakai gelaran Ir. tanpa ditauliahkan untuk menurunkan tandatangan sebagai seorang jurutera profesional telah masuk ke dalam rundingan dengan Sensa Timur Sdn Bhd bagi memajukan sebidang tanah Kerajaan Negeri di Jalan Sultan Ibrahim iaitu tapak lama Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu. Tanah seluas 5.9 ekar itu pada asalnya dirancang untuk dimajukan sendiri oleh PMBK bagi pembinaan Hotel dan Servis Apartmen Madinatul Raudhah.


Di dalam perjanjian yang amat bijaksana oleh Almenantunya Nik Abdul Aziz, seluas 1.5 ekar diperuntukan untuk pembinaan Bazaar Tok Guru. Baki 4.4 ekar yang bernilai hampir RM30 juta pula dipindah milik selama 99 tahun kepada Sensa Timur Sdn Bhd sebaik sahaja Bazar Tok Guru disiapkan oleh Sensa Timur. Apa yang PMBK dapat daripada perjanjian itu, hanyalah tingkat 2 dan 3 bangunan Bazar Tok Guru itupun selepas PMBK membayar balik sepenuhnya pinjaman RM5.5 juta yang Almenantunya yang bijaksana pinjam bagi PMBK dari pemaju Sensa Timur itu. PMBK dan Kerajaan Negeri tidak akan mendapat apa-apa keuntungan daripada sebarang aktiviti pembangunan di tanah seluas 4.4 ekar tersebut selama hampir satu abad.
Apabila dipersoalkan oleh seorang exco kewarasan untuk masuk perjanjian dengan Sensa Timur, Almenantunya berkata ia adalah kerana Sensa Timur telah bersetuju untuk menderma bagi sekolah Tok Guru di Pulau Melaka. Sekolah tersebut diuruskan oleh anak-anak lelaki Nik Aziz.

Antara punca kecurigaan di dalam pemberian kontrak kepada Sensa Timur ialah kerana sebelum ini Sensa Timur telah membina Bazar Tengku Anis yang menghadapi banyak rungutan daripada peniaga. Diantara alasan mengapa peniaga tidak mahu berpindah ke situ ialah kerana ruang niaga yang amat sempit. Akibatnya, Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam terpaksa mengambil tindakan ‘Islamik’ dengan satu aksi ‘bail out’ berjumlah lebih kurang RM18 juta kepada Sensa Timur berserta pemberian tapak dan bangunan Pasar Lama MPKB di tengah-tengah bandar kepada Sensa Timur dengan hanya berharga RM3.8 juta sahaja.

Urusan ‘Islamik’ MPKB Bandar Raya Islam kepada Sensa Timur ini menimbulkan seribu satu pertanyaan, kebetulan pula di dalam proses Membangun Bersama Islam, seorang mak Datin dari pihak Sensa Timur mempunyai hubungan amat intim dengan Datin Sabariah, isteri Tuan Guru Nik Aziz dan ibu mertua kepada Almenantunya. Apatah lagi abang ipar Almenantunya yang menjolok dirinya sebagai Al Fadhil Nik Abduh Bin Dato’ Nik Abdul Aziz duduk sebagai Ahli Majlis MPKB Bandar Raya Keluarga Islam Pulau Melaka.

Di dalam waktu yang sama, Al Fadhil abang ipar ini yang juga ahli lembaga pengarah sebuah lagi agensi milik Kerajaan Negeri telah memindah nombor pendaftaran PAS 17 miliknya dari SUV CRV ke sebuah MPV bernilai lebih kurang RM240,000. Al Fadhil juga dilaporkan baru membeli rumah kedai bernilai RM500,000 di Rantau Panjang.

Sebelum Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah bersetuju untuk memberikan tingkat 1 (tingkat bawah) Bazar Tok Guru sebagai tempat penempatan semula para penjaja dan peniaga yang akan berpindah ke situ dari tapak lama mereka di Arked UDA dan Pasar Lama MPKB. Apabila Almenantunya membuat perjanjian yang bijaksana yang berorientasikan keuntungan maha besar sebagai hantaran kasih sayang kepada Bapa Mertuanya, para peniaga ini telah diarahkan membeli ruang niaga di tingkat 2 dan 3 sahaja. Tingkat bawah telah Almenantunya berikan kepada Sensa Timur dan termaktub di dalam perjanjian.

Membangun Bersama Islam mesti cakap serupa bikin. Jadi para exco terpaksa bertungkus lumus mencari penyelesaian terbaik bagi menyelamatkan air muka Tok Guru yang masih beranggapan Almenantunya adalah lelaki muda terhebat di Kelantan. Kemelut ini akhirnya terhumban ke atas bahu YB Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yacob.

MB berhadapan dengan tindakan saman oleh Sensa Timur jika ianya bertindak dengan tidak menghormati perjanjian PMBK dengan Sensa Timur. Almenantunya pula sudah mengambil deposit dari pihak-pihak yang diberi diskaun membeli ruang niaga di tingkat 2 dan 3 Bazar Tok Guru. Akhirnya Kerajaan PAS Kelantan yang dilantik oleh rakyat untuk membela rakyat terpaksalah mengambil RM23 juta dari kantung kecil Perbendaharaan Negeri untuk membayar pampasan kepada Sensa Timur Sdn Bhd.

Maka akan larilah bajet sebanyak RM23 yang sepatutnya digunakan untuk faedah rakyat yang mengundi dalam Pilihanraya Umum ke 12 lalu.

Kerajaan Negeri akan kehilangan hampir RM50 juta. Hampir RM30 juta ialah kehilangan dari hasil pemberian tanah Kerajaan Negeri kepada Sensa Timur dan RM23 juta kerana menebus maruah Tok Guru dengan mengambil balik tingkat bawah Bazar Tok Guru. Ini adalah jasa besar Almenantunya Nik Aziz yang bernama Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.

Siakap Senohong
Gelama Ikan Duri
Menantu kaki bohong
Namanya Ariffahmi.

kickdefella

Read More...

11 January 2010

Ganas!! Kickdefella Diugut Dengan Kapak Besi..!




Jam 10:50 malam tadi sebuah kenderaan berhenti dihadapan rumah saya dan melemparkan kapak besi ke arah kereta saya.

Kapak berukuran hampir 12 inci itu mengenai cermin belakang kereta saya dan terpelanting lebih 2 meter.

Ketua Polis Kota Bharu, Ketua Siasatan Jenayah Kota Bharu serta pihak media hadir untuk melihat tempat kejadian.

Tengahari tadi saya diberitahu oleh seorang ahli sebuah parti politik berhubung ada pihak mencari saya dan mengugut untuk memukul saya kerana posting saya yang negatif terhadap keluarga Menteri Besar Kelantan dan sebuah syarikat swasta.

Saya sudah membuat laporan polis dan terserah kepada pihak polis untuk membuat siasatan.


Read More...

05 January 2010

Pasangan Sehati Berdansa: Kopi Dangdut Sungguh!

Bertempat di JKR 10, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan, Dewan Muslimat PAS telah menjemput Pasangan Sehati Berdansa Ariffahmi dan Amalina untuk memberi penjelasan berhubung isu-isu yang melanda dengan alasan mahu mendengar terus dari mereka berdua.

Begitu hebat kedua-dua mempelai itu membelasah Dato’ Husam di dalam sessi tersebut.

Apabila ditanya sama ada mereka bersedia berhadapan dengan Dato’ Husam bagi mendengar pihak sebelah Husam pula, mereka dilaporkan sebagai berkata bersedia.

Kemudian mereka dimaklumkan bahawa Dato’ Husam turut berada di JKR 10 dan akan dijemput masuk supaya Pasangan Sehati Berdansa boleh mengulangi tuduhan mereka itu dihadapan Dato’ Husam sendiri. Mereka cepat-cepat berkata, tidak bersedia melakukannya sekarang dan memberi alasan, YAB MB sudah merancang satu pertemuan lain untuk mereka jadi biarkan pertemuan antara Husam dan mereka dibuat mengikut perancangan MB.

Apabila Husam dan beberapa orang ADUN PAS yang juga merupakan penjawat jawatan parti masuk, Ariffahmi hanya menyambut ADUN PAS itu tetapi tidak Husam. Husam terpaksa pergi kepada Ariffahmi dan menghulurkan salam. Selepas itu, Ariffahmi dan Amalina terus keluar meninggalkan majlis tersebut.

Nampaknya ternyata Ariffahmi dan Amalina hanya berani dibelakang sahaja. Apabila berdepan, mereka hanya berani jika Tuan Guru Nik Aziz turut serta. Kalau didalam ruang yang neutral, mereka rupanya takut untuk berdepan dengan Husam.

Kopi Dangdut untuk Pasangan Sehati Berdansa semoga mereka kuat semangat untuk berdepan dengan orang yang mereka kecam sehebat-hebatnya selama ini.

Baca seterusnya di sini

Read More...

28 December 2009

Kerana Menantukah TGNA Gugurkan Dua Setiausaha?

Menteri besar Kelantan bercadang menukar dua orang pegawainya sehingga mencetuskan spekulasi baru di negeri itu, demikian menurut dua penulis blog.

Satu sumber penulis blog memberitahu Malaysiakini hari ini, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengumumkan pengunduran setiausaha politiknya Anual Bakhri Haron dan juga setiausaha akhbarnya Mohd Saiba Yaakob.

Tarikh pengumuman itu bagaimanapun tidak dinyatakan, katanya dengan mendakwa mendapat mesej SMS daripada salah seorang setiausaha tersebut.

Usaha mendapatkan ulasan Anual Bakhri, bekas pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) itu yang telah berkhidmat genap sedekad dengan Nik Abdul Aziz, setakat ini belum berjaya.

Blog yang sering mengulas isu parti itu Penarik Beca pula menyebut khidmat pegawai Nik Abdul Aziz itu bakal berakhir pada 1 Januari ini - alasannya Anual Bakhri dekat dengan Datuk Husam Musa.

Exco kewangan dan perancangan ekonomi itu sering didakwa terlibat dalam kontroversi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui oleh Abdul Ariffahmi Ab Rahman, menantu Nik Abdul Aziz.

Husam sendiri, bekas setiausaha menteri besar itu, bagaimanapun tidak pernah mengulas isu tersebut dan hanya menafikan beliau renggang dengan mentornya.

Menurut penulis blog itu lagi Abu Bakar Mohd Rashid, kontrak Mohd Saiba akan ditamatkan pada 3 Februari tahun depan.

Bagaimanapun setakat ini tidak jelas rombakan pegawai menteri besar dibuat berkaitan dengan kontroversi yang kini melingkari Nik Abdul Aziz atau sebab-sebab lain.

Selain isu menantunya, tokoh PAS itu juga berdepan dengan isu tajaan haji kepada dirinya dan anggota keluarganya sehingga mencecah ratusan ribu ringgit tetapi ia tidak diterima selepas media mendedahkannya.

Ketika dihubungi petang ini, setiausaha perhubungan PAS Kelantan berkata desas-desus itu turut kedengaran tetapi "tidak rasmi" kerana tiada hitam-putih.

"Perkara itu sekadar cakap-cakap sahaja," kata Mohd Zaki Ibrahim apabila diminta penjelasan berhubung ura-ura tersebut.

Dewan Harian PAS negeri akan bertemu esok tetapi isu tersebut belum pasti akan dibincangkan, tambahnya.

"Saya tidak tahu, terserah kepada menteri besar," kata Mohd Zaki lagi.

Read More...

25 December 2009

Kenali Siapa 'Pekung' Tu Dulu..

Tiada siapa tuduh dia buka ‘Pekung Parti’ tetapi apa yang orang perkatakan dan apa yang sebenarnya beliau sedang lakukan adalah umpama membuka ‘Pekong Sendiri’ – bukan ‘Pekong Parti sebagaimana dakwaan beliau :

Anak perempuan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta tiada mana-mana pihak khususnya pemimpin PAS sendiri menganggap beliau “membuka pekung” atau membuat kenyataan “menyerang” apabila mempertahankan pendiriannya secara terbuka menerusi tulisan blog.

Nik Amalina, anak perempuan keempat Nik Aziz berkata, beliau sama sekali tidak pernah terfikir untuk menjadi terkenal dengan menulis menerusi media baru blog.

“Saya yang dikatakan membuka pekung parti agak menerima asakan terbuka daripada pelbagai pihak.

“Sejauh mana sebenarnya saya membuka pekung parti? Itulah yang saya cuba nilaikan. Berpadanankah dengan asakan yang saya terima?” kata anak kesembilan daripada 10 adik-beradik ini. [klik disini]

Tulisan pertamanya mempertahankan suaminya yang kini masih di tengah kontroversi, menyiarkan tulisannya di sini telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai yang kebanyakannya menghentam beliau.Bacalah pandangan pengunjung diruang komen di blog tadi dan juga di sini .Itu sekadar sebagai tinjauan kita. Jangan mudah percaya bulat-bulat kerana mungkin orang yang sama menghantar beratus-ratus komen...nilailah sendiri.


Ariffahmi dulunya telah menggunakan beberapa bloggers untuk menegakan benang basahnya.Ust Man Pinkturtle telah menyalurkan maklumat ke blogger Ahmed - Pemburu Syahid @ Saynotomunafiqeen dan juga kepada blogger Manjung Mari.Tetapi kini mereka semua sudah senyap menyepi kerana sudah tidak sanggup lagi melayan kerenah Ariffahmi yang kaki b***ng. Ahmed Pemburu Syahid terus terbungkam - tiada entri hingga ke hari ini.

Ahmed tidak berani hendak berhujjah balik terhadap hujah saya keatasnya dan saya masih terus menunggu kalau ada.Tetapi saya sudah beri kata dua kepada Ahmed : samada tukar nama blognya kepada 'Sayestomunafiqeen' atau gi buat blog baru dan remain sebagai penulis blog annonymous sebab namanya kini sudah tercemar gara-gara mahu mempertahankan Ariffahmi. Saya tidak tahu kenapa Ahmed perlu mengambil masa yang begitu lama untuk berfikir dan membuat keputusan.Eloklah Ahmed berfikir dan berfikir dari dulu, kini dan selamanya terus berfikir.....

Ariffahmi inilah sebenarnya 'pekong'. Apabila geng bloggers diatas atau dikenali Geng Ustaz Pill Kuda sudah tidak layan Ariffahmi, dia pun cuba pula untuk membeli 4 orang bloggers di Restoran Taqwa dekat Gombak tetapi misi dan cubaannya itu hampa dan gagal. ( mission unaccomplished !)

Kini jelasnya, tiada lagi bloggers yang sanggup melindungi Ariffahmi yang pernah mendayu-dayu dengan berkali-kali merayu : "Sheih, kesihanilan ana, tolonglah ana..."

Ariffahmi dilihat sekarang ini cuba berlindung dibelakang Bapa Mertua dan Isterinya, anak Tuan Guru.

Bloggers jadi serba salah sebab bila mereka cuba belasah atau menghentam Ariffahmi, (dedah pekong) mereka dilihat seolah-olah menghentam TGNA.Dan apabila mereka menyatakan sokongan kepada TGNA, mereka pula dilihat seolah-olah menyokong Ariffahmi!

Sebab itulah,ramai bloggers (penyokong PAS) yang lebih suka menyepi diri tidak mahu mengulas isu Kelantan.Mungkin itu juga merupakan sebab ramai pemimpin PAS sendiri mengambil sikap yang sama.

Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut perihal anak seorang Tuan Guru ini; tetapi dalam sudut sebegini, saya lebih menghormati kedua-dua orang isteri mantan dua PM Malaysia,Pn Dr Siti Hasmah dan Pn Jeanne Abdullah yang tidak tersampuk histeria bila mana suami mereka dikecam hebat oleh sebilangan besar rakyat dengan lemparan pelbagai macam tuduhan.

Oleh alhusseyn

Read More...

Keluarga MB Kelantan mencetuskan malu pada PAS

Waktu Ariffahmi mahu dilantik menjadi orang besar Perbadanan Menteri Besar Kelantan, tidak ada sesiapa yang menasihati Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besarnya supaya tidak berbuat demikian.

Ini termasuklah Penasihat Undang-Undang Negeri yang ada pengetahuan tentang undang-undang.

Itu seperti yang didakwa oleh Menteri Besar Kelantan. Bermakna MB itu tidak sedar kemungkinan boleh berlakunya conflict of interest.

Namun sejak isu ini tercetus, bukan seorang malah terlalu ramai yang menasihatkan MB Kelantan itu termasuk menasihati menantu kesayangannya Ariffahmi agar segera meletakkan jawatannya di perbadanan yang diketuai oleh mertuanya.

Perbadanan tersebut bukan milik individu mertua Ariffahmi tetapi adalah milik rakyat.

Siapalah Hj Mahfuz Omar, Pemuda PAS dan penasihat-penasihat lain dihadapan Ariffahmi dan Nik Amalina.

Masuk angin keluar asap. Masuk telinga kiri keluar ikut telinga kanan. Mencurahkan air didaun keladi. Bikin tak serupa cakap. Dua kali lima dengan UMNO dan BN - sesuai agaknya ?

Nampaknya, sesudah dinasihati oleh orang dalam dan di luar parti, kasih sayang Nik Aziz kepada Ariffahmi suami kepada Nik Amalina Nik Abd Aziz mengatasi prinsip perjuangan demokrasi apatah lagi prinsip yang kononnya PAS perjuangkan.

Sudah pasti 2010 akan membuka tirai dengan bahan jenaka Ariffahmi, Nik Aziz, Nik Amalina, demokrasi dan Islam ala PAS.

alkerohi.blogspot.com

Read More...

Seri Suri Hanyalah Blog Sampah

Nik Amalina diminta berhenti menulis blog

Blog Nik Amalina Nik Abdul Aziz yang menyentuh tentang kepimpinan Pas negeri dan kerajaan Kelantan akan dianggap sebagai blog sampah di dalam Internet sekiranya dia bukan anak Menteri Besar Kelantan.

Setiausaha Pas negeri, Mohd. Zaki Ibrahim berkata, oleh kerana Nik Amalina adalah anak Menteri Besar Kelantan, maka tulisannya di dalam blog sememangnya dipandang serius oleh parti.

Sambil menyatakan rasa tidak senang dengan tulisan Nik Amalina itu, beliau berharap ia dapat dihentikan segera kerana dakwaan yang dibuat adalah tidak berasas dan boleh memberi imej tidak baik terhadap Pas.

''Jika beliau tidak mempunyai apa-apa hubungan, tulisannya tentu tidak akan dipedulikan malah dianggap sebahagian daripada blog sampah yang bertaburan di Internet.

''Kita harap tulisan sebegitu merupakan yang terakhir sekiranya beliau benar-benar sayangkan parti dan kerajaan kerana mungkin itu sebaik cara untuk membantu pada masa ini," katanya di sini hari ini.

Mohd. Zaki berkata, tulisan Nik Amalina yang dilihat mula merendahkan kewibawaan kepimpinan parti dan memperkecilkan peranan mereka berkaitan isu menyentuh suaminya, sebagai tidak berasas.

Katanya, tulisan seumpama itu yang dibuat tanpa kesedaran dan kefahaman perkembangan dalam parti dan kerajaan ternyata memberi gambaran tidak menyenangkan kepada umum.-(sumber)

Read More...

24 December 2009

Nik Amalina Tidak Faham Etika Berjemaah

Anak perempuan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disifatkan "tidak tahu etika berjemaah" apabila terus tampil mempersoalkan peranan pemimpin PAS dalam menangani kontroversi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Setiausaha PAS Kelantan, Mohamad Zaki Ibrahim berkata, kenyataan Nik Amalina semalam - yang menuduh pemimpin PAS lain membisu dan membiarkan Nik Aziz, sebagai menteri besar, keseorangan menjawab isu tersebut - juga "tidak betul".

"Kekusutan ini berilah pada Tok Guru (Nik Abdul Aziz) untuk selesaikannya. Bukan berlumba-lumba membuat kenyatan di akhbar," kata Mohamad Zaki kepada Malaysiakini.

"Nik Amalina ini tidak tahu etika berjemaah. Kita sudah 19 tahun memerintah Kelantan. Kalau kita tidak (bertindak secara) kolektif, sudah lama dah jatuh," tambahnya.

Anak Nik Abdul Aziz itu adalah isteri Abdul Ariffahmi Ab Rahman, ketua pegawai eksekutif PMBK, yang dipaksa meletakkan jawatan susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Oktober lalu.

Abdul Ariffahmi menyerahkan notis peletakan jawatannya, yang berkuatkuasa 23 Mac tahun lalu, semalam.


Nik Amalina, anak kesembilan daripada 10 adik-beradik, sebelum ini pernah ditegur oleh ketua penerangan PAS Idris Ahmad dengan alasan tulisan di blognya "membuka pekung di dada".

Sebelum membuka Seri Suri pada 11 Disember lalu, wanita itu pernah meluahkan rasa hatinya berhubung kontroversi suaminya itu melalui blog ahli parlimen PAS Dr Siti Mariah Mahmud, hujung bulan lalu.

Mohamad Zaki berkata, PAS Kelantan di pelbagai peringkat tidak pernah membiarkan Nik Aziz keseorangan, sebaliknya berusaha menyelesaikannya melalui saluran dalaman.

"PAS negeri ada Dewan Harian. Kita bincang isu parti ini setiap Selasa dalam Dewan Harian. Tidak semestinya semua keputusan itu kita hebahkan kepada media," katanya, yang juga ADUN Kelaboran.

Ditanya sama ada tindakan berdiam diri pemimpin-pemimpin PAS menimbulkan tanggapan negatif, antaranya seolah-olah memberi gambaran Nik Abdul Aziz bersalah, Mohamad Zaki berkata:

"Bagi kita, isu ini melibatkan menantu Tok Guru. Kalau bukan keluarga Tok Guru, suasana mungkin berbeza. Sebab menantu, kita minta diselesaikan cara baik."

Sejak meletus isu PMBK, Nik Abdul Aziz dilihat keseorangan membela diri dan menantunya - hanya beliau, Abdul Ariffahmi, Nik Amalina dan seorang anak lelakinya Nik Abduh berhempas-pulas mempertahankan anggota keluarga mereka.

Keadaan ini berbeza sekali sebelum ini apabila isu yang dihadapi Kelantan atau Nik Abdul Aziz dipertahankan dan diperjelaskan oleh beberapa pemimpin lain, misalnya keengganan kerajaan pusat membayar wang royalti petroleum dan juga doa bala terhadap pemimpin Umno.

Kelantangan Nik Abdul Aziz menentang idea kerajaan perpaduan PAS-Umno yang disuarakan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat sokongan beberapa lagi pemimpin PAS.

Dalam isu PMBK, beberapa pemimpin kanan parti antaranya Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar terus mempersoalkan keengganan Abdul Ariffahmi berundur awal. Idris pula menempelak Nik Amalina.

Manakala exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa, sebagai anak didik Nik Abdul Aziz, pula tidak menyentuh langsung kemelut PMBK.

Mahfuz dan Husam, dalam isu kerajaan perpaduan PAS-Umno, berada sebarisan dengan menteri besar itu, yang juga mursyidul am parti.

Sumber yang rapat dengan Abdul Ariffahmi memberitahu Malaysiakini, Husam malah didakwa dalang di sebalik kontroversi berterusan terhadap anggota keluarga tokoh besar PAS itu.

Husam dituduh menggunakan penulis blog Kickdefella Syed Azidi Syed Abdul Aziz - pegawai perhubungan korporat PMBK yang dipecat Abdul Ariffahmi - untuk membuat serangan di internet.

Difahamkan mereka yang dekat dengan Husam menyatakan bahawa exco negeri itu tidak mahu campur tangan dalam isu di syarikat berkaitan kerajaan itu.

Dr Rosli Allani Abd Kader – ketua penerangan PAS Kelantan yang meletakkan jawatan kelmarin – yang pernah berkhidmat sebagai pegawai Husam, juga lantang mendesak pengunduran peneraju PMBK itu.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Dr Rosli bagaimanapun menafikan tanggapan kenyataannya didalangi Husam.

"Saya bukan proksi sesiapa. Saya ada prinsip dan pendirian saya sendiri," katanya yang juga bekas exco pusat Pemuda PAS.

Sumber lain pula berkata, Husam enggan terbabit kerana penglibatannya tidak membawa keuntungan politik kepadanya.

"Tindakan Syed Azidi dan Dr Rosli lebih kepada pertembungan peribadi (dengan Abdul Ariffahmi)," kata sumber.

Read More...

23 December 2009

Demi Suami Nik Amalina Bersuara Lagi

Anak menteri besar Kelantan Nik Amalina Nik Abdul Aziz mempersoalkan kenapa hanya bapanya sahaja yang bangun mempertahankan PAS sedangkan pemimpin yang lain didakwa bersikap membisu.

"Kenapa harus Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) saja yang bangun mempertahankan setiap apa yang berlaku. Bangunlah juga wahai pimpinan. Tunjukkanlah juga bahawa anda bersatu.

"Buktikan dengan tindakan. Jangan hanya (dengan) suara dari belakang yang anda juga menyanyangi Tok Guru, dan sudah tentu kerajaan Islam hari ini," tulis Nik Amalina dalam blognya hari ini.

Anak kesembilan mursyidul am PAS itu kini terheret sama dalam kontroversi kedudukan suaminya Abdul Ariffahmi Ab Rahman sebagai ketua pegawai eskekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) setelah mengulas perkara itu di blognya sebelum ini.

Sesetengah pihak beranggapan beberapa tulisan Nik Amalina itu, antaranya dengan mencabar seorang exco kerajaan negeri - dipercayai Datuk Husam Musa - meletakkan jawatan, telah memburukkan lagi kemelut dalam pentadbiran bapanya.

Kelmarin, ketua penerangan PAS Idris Ahmad dilaporkan berkata, Nik Amalina tidak seharusnya "membuka pekung di dada" dengan mendedahkan isu-isu melibatkan kepentingan parti di blog.


Menurutnya, banyak perkara yang melibatkan hal dalaman tidak bolehlah diceritakan kepada semua orang.

Menulis dalam blognya Seri Suri hari ini, Nik Amalina mempersoalkan sikap sesetengah pemimpin PAS yang tidak dinamakan, yang disifatkannya cepat melatah dan mahukan publisiti murahan ekoran kontroversi kes suaminya itu.

'Publisiti murahan'

"Kalau ada yang melatah, boleh kiranya saya berkata, semuanya mahukan publisiti murahan, sebagaimana yang saya dapat!

"Waktu sepatutnya buka mulut, semuanya bisu. Waktu sepatutnya bisu, apa yang anda semua telah buat?

"Jangan hanya pandai bercakap, 'sepatutnya begitu, sepatutnya begini,' tetapi bertindaklah," tulisnya dalam artikel terbaru berjudul "Kerana saya anak Nik Aziz" pagi tadi.

Berhubung isu "membuka pekung di dada", beliau dilihat cuba mempertahankan diri dengan mempersoalkan sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut.

"Saya yang dikatakan 'membuka pekung' parti agak menerima asakan terbuka daripada pelbagai pihak. Sejauh mana sebenarnya saya membuka pekung parti? Itulah yang saya cuba nilaikan.

"Berpadanankah dengan asakan yang saya terima? Adakah ia adil bagi saya? Apa pula pendirian pimpinan terhadap fitnah yang tersebar meluas? " soalnya.

Walaupun terdapat desakan berundur segera, Abdul Ariffahmi tetap dengan keputusannya untuk melepaskan jawatannya Mac depan.

Beliau memberitahu Malaysiakini, notis peletakan jawatannya telah diserahkan kepada Nik Aziz selaku pengerusi PMBK pagi tadi.

Read More...

Ini Tidak Adil..

Menantu menteri besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Ab Rahman mendakwa beliau dilayan secara tidak adil berhubung isu peletakan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

"Saya diarah tutup mulut tapi dalam masa yang sama banyak orang yang terus mengulas perkara itu," katanya ketika menghubungi Malaysiakini semalam.

Beliau merujuk kepada laporan sebuah akhbar arus perdana Ahad lalu, yang memetik ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Allani Abd Kader yang mendesak Ariffahmi melepaskan segera jawatan tersebut.

Semalam, Dr Rosli mengumumkan peletakan jawatannya dalam parti, termasuk sebagai ahli jawatankuasa PAS Kelanta, berkuatkuasa serta merta.

Beliau memberitahu satu sidang akhbar semalam bahawa keputusannya itu untuk memastikan imej parti tidak terjejas ekoran perintah Mahkamah Syariah Kota Bharu supaya dia tinggal berasingan dengan isternya keduanya.


Sebelum ini pucuk pimpinan PAS telah meminta menantu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu melepaskan jawatannya dalam PMBK bagi mengalak tanggapan wujudkan kronisme dalam pentadbiran PAS di Kelantan.

Ekoran itu, Ariffahmi mengumumkan yang beliau akan menghantar notis esok dan peletakan jawatannya secara rasmi berkuatkuasa Mac depan.

Beliau dilaporkan berkata, ia selaras dengan terma dan syarat pelantikannya ke jawatan tersebut serta untuk memberi masa kepada kerajaan negeri mencari penggantinya.

Ariffahmi memberitahu Malaysiakini bahawa kenyataan-kenyataan yang berterusan dari pelbagai pihak, khususnya di dalam PAS, telah mengeruhkan keadaan.

Ditanya sama ada beliau mencadangkan pihak berkenaan dikenakan tindakan disiplin, Ariffahmi berkata, perkara itu terserahlah kepada kebijaksanaan kepimpinan PAS.

"Perkara itu PAS pusat kena fikirlah," katanya yang juga exco pemuda PAS Kelantan.

Ariffahmi berkata, keputusannya meletakkan jawatannya sebagai CEO PMBK, dilakukan menurut arahan kepimpinan PAS.

Sementara itu, notis peletakannya yang sepatutnya dihantar esok telah diserahkan kepada Nik Aziz sebagai pengerusi perbadanan itu pagi tadi.

Ariffahmi berkata, kandungannya adalah sama seperti dimaklumkan sebelum ini.

Read More...

22 December 2009

Jiwa Besar Dr. Rosli Berbanding Ariffahmi

Tahniah Dr. Rosli Allani. Kepentingan parti lebih utama berbanding kepentingan diri dan keluarga. Demi nama baik Pas dan kepimpinannya Dr. Rosli sanggup mengambil langkah meletakkan semua jawatan yang dipegangnya. Inilah contoh seorang pemimpin masa hadapan yang mempunyai jiwa yang besar. Sifat sebegini sepatutnya ada dalam diri setiap barisan kepimpinan pelapis Pas. Walau bagaimanapun dalam kes ini, Ariffahmi adalah dikecualikan. Hehehe..

Ketua penerangan Pemuda PAS Kelantan - yang tegas mendesak pengunduran segera menantu Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai peneraju Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) - meletakkan semua jawatannya dalam parti hari ini.

Dr Rosli Allani Abd Kader bagaimanapun berundur bukan kerana kegagalan Pemuda PAS negeri mengadakan mesyuarat berhubung peletakan jawatan ketua pegawai eksekutif PMBK, Abdul Ariffahmi Ab Rahman.

Sebaliknya, kata beliau, ia berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu - yang memerintahkannya tinggal berasingan dengan isteri keduanya - bagi mengelakkan masalah peribadinya menjejaskan imej PAS.

Dr Rosli mengumumkan peletakannya itu dalam sidang akhbar di sebuah hotel di Kota Bharu tengah hari ini.

Jawatan lain yang disandang bekas exco pusat Pemuda PAS itu termasuk anggota badan perhubungan PAS Kelantan dan ketua penerangan Pemuda PAS Kota Bharu.

Read More...

20 December 2009

Dewan Pemuda Pas Kelantan Desak Ariffahmi Letak Jawatan Segera

Dewan Pemuda Pas Kelantan akan mengadakan mesyuarat Isnin ini bagi membincangkan cadangan mendesak Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) lebih awal tanpa menunggu Mac depan.

Ketua Penerangannya, Dr. Rosli Allani Abd. Kader berkata, dewan itu mungkin akan membincangkan isu itu lebih mendalam termasuk mengadakan undian di kalangan ahli jawatankuasanya untuk membuat desakan tersebut.

Sebelum itu jelasnya, pihaknya akan memanggil menantu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu untuk kali kedua dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan penjelasan berhubung peletakan jawatannya itu.

Menurutnya, keputusan memanggil Abdul Ariffahmi yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas negeri itu dibuat pada mesyuarat harian dewan itu kelmarin walaupun sebelum ini beliau telah dipanggil.

Katanya, ia bagi memastikan isu tersebut tidak berlarutan kerana akan menjejaskan tumpuan parti dan kerajaan dalam membangunkan negeri ini.

“Isu ini perlu diselesaikan dengan cepat kerana ia menjejaskan parti. Apa yang kita buat ini adalah bersandarkan kepada konsep parti menguasai kerajaan bukannya kerajaan menguasai parti.

‘‘Lagi pun Abdul Ariffahmi ialah Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas negeri,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.- utusan

Read More...

16 December 2009

Anda (Bloggers) Ada Masalah Kewangan.., Hubungi Ariffahmi

Khabarnya, Si Menantu itu telah pergi ke Restoran Taqwa (Baru) di Gombak untuk menemui beberapa orang blogger - Waktu pertemuan lebih kurang dari jam 1:20pagi hingga 4:00pagi.

Tetapi mengapa menantu itu menafikan pertemuan tersebut?

Apa motif menantu menemui mereka ? Adakah untuk menjadikan mereka kaldai tunggangan dengan memberikan pill kuda? Kita bolehlah mengagak sendiri melalui frasa-frasa berikut :

“ana dengar kata, ramai blogger-blogger ini tidak berduit, betul ke?” soal (menantu).

“kalau ada masalah kewangan, bagitau la.. ana akan cuba bantu sekadar yang boleh” (menantu itu) memaklumkan.

Sebelum ini Kickdefella ada menceritakan :

Sementara itu, ada baiknya blogger-blogger upahan termasuk Ustaz Pil Kuda yang pernah dibuang kerja kerana terlibat dengan penyalahgunaan dadah agar pulangkan segera lap top milik perbadanan yang digunakan untuk kepentingan dakyah peribadi orang-orang tertentu. PMBK juga harus menyiasat pembayaran yang dibuat keatas mereka ini termasuk pembayaran pejabat sekali.

Rangkaian blogger ini diwujudkan oleh (menantu) untuk menyembelih mereka yang dirasakannya adalah penghalang cita-citanya. Antara yang telah menjadi mangsa blogger Ustaz Pil Kuda ini ialah Tuan Haji Anual Bakhri, Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan. [klik di sini]

Yang sangat menghairankan apasal pada perjumpaan tersebut, Ust Pil Kuda tidak ada bersama? Mungkin sudah bertaubatkah? / end

alhusseyn

Read More...

Ariffahmi Persoal Sikap Membisu Husam

Sebalik tekanan agar melepaskan jawatannya segera, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan Abdul Ariffahmi Abdul Rahman pula menyerang dengan mempersoalkan sikap membisu Datuk Husam Musa berhubung isu yang menyelubungi agensi itu.

“Sikap membisunya menimbulkan banyak persoalan,” kata menantu Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada The Malaysian Insider.

Perbadanan Menteri Besar Kelantan dilanda krisis ekoran pemecatan Pegawai Perhubungan Korporatnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang juga blogger dikenali sebagai Kickdefella.

Beliau dipecat kerana dituduh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah laku pengurusan di Perbadanan Menteri Besar Kelantan melibatkan Ariffahmi sendiri.

Krisis tersebut sekali gus menuntut banyak pihak mendesak Ariffahmi supaya melepaskan jawatannya.

Ia kembali hangat minggu lalu apabila Ariffahmi mengumumkan yang beliau hanya akan meletakkan jawatannya Mac depan.


Menurut Ariffahmi, Husam sebagai Exco Kerajaan Negeri tidak seharusnya mengambil sikap demikian jika benar-benar niatnya adalah untuk memperjuangkan kebenaran sebagaimana beliau memperjuangkan isu tuntutan royalti minyak.

Husam juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan.

“Husam mesti tunjukkan juga pendiriannya dalam isu Kickdefella (Syed Azidi),” katanya.

Syed Azidi dikatakan individu sangat rapat dengan Husam sebelum ini pernah membuat kenyataan secara terbuka bahawa walaupun secara rasminya kerja dengan Perbadanan Menteri Besar Kelantan tetapi bosnya yang sebenar ialah Husam.

Di samping itu beliau juga tidak teragak-agak untuk bekerjasama dengan SPRM sekiranya diperlukan.

Sebelum ini Ariffahmi mengatakan beliau tidak faham niat cadangan tiba-tiba Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar agar perkhidmatannya ditamatkan segera.

Sehubungan itu beliau meminta Mahfuz menjelaskan motifnya yang sebenar memandangkan sebelum ini ketika beliau diasak, dihentam bersama bapa mentuanya dalam isu tersebut Mahfuz hanya mengambil sikap berdiam diri. (sumber)

Read More...

Isteri Ariffahmi Di jemput Sertai Politik

Nik Amalina Jangan Emosinal - Fatah

Nik Amalina, anak kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diminta menyertai parti politik supaya beliau mengetahui asam garam yang ada dalam bidang tersebut.

Gesaan itu dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun ketika mengulas kenyataan terbaru Nik Amalina dalam blognya yang menyiarkan kenyataan supaya salah seorang Exco Kerajaan Negeri meletakkan jawatan berhubung dengan masalah politik dalaman yang berlaku di negeri ini.

Abdul Fatah berkata, Nik Amalina seharusnya bersikap rasional dan tidak terlalu emosional dalam menyelesaikan isu yang dibangkitkan terhadap diri dan keluarganya.

“Politik ini sedap kita tengok dari luar, tetapi siapa yang berada di dalam mereka akan tahu, kita boleh komen tanpa batasan dari luar, tetapi implikasinya sangat besar,

“Oleh itu, saya berpesan kepada adik-adik saya ni supaya berfikir lanjut sebelum melontarkan pandangan,” katanya yang juga Pengarah Pilihan raya Pas Negeri.

Sebelum ini, Nik Amalina yang juga Isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Abdul Ariffahmi Abd Rahman mencabar salah seorang Exco Kerajaan Negeri meletak jawatan.

Melalui tulisan blognya, Nik Amalina berkata “Kalau ditanya saya, tentu saya jawab, kalau adapun Exco yang patut letak jawatan, saya wajibkan seorang Exco itu saja yang letak jawatan. Ada berani Exco yang seorang itu menyahut cabaran?”

Nik Amalina menjadi tumpuan ramai apabila blog Ahli Parlimen Pas, Dr Siti Mariah Mahmud menyiarkan suratnya, yang meluahkan perasaan berhubung isu peletakan jawatan suaminya itu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK.

Abdul Ariffahmi, yang bergelut dengan kontroversi pelantikannya sebagai peneraju utama PMBK, bercadang menyerahkan notis pada 24 Disember ini sebelum peletakan jawatannya berkuat kuasa 23 Mac depan. -SH

greenbox

Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas