BlogList Malaysia
Showing posts with label lim kit siang. Show all posts
Showing posts with label lim kit siang. Show all posts

27 October 2012

MCA sebagai ‘Malaysian Charlatans (Pendusta) Party’ – Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR 27 OKTOBER: Serangan terhadap Islam dan hudud oleh MCA, sekutu kuat UMNO terbukti hanya mainan wayang politik apabila mereka mendiamkan diri setelah mendapat jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Parlimen Selasa.

Menurut Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, adakah jawapan Parlimen Jamil yang menyebut “jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia, ia tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas bukan Islam” itu mewakili pendirian MCA?

“Justeru adakah MCA akan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertindak terhadap Jamil memandangkan jawapan parlimennya bercanggah dengan pendirian empat Menteri Kabinet MCA dan pemimpin peringkat nasional mereka dalam BN?”


“Atau adakah MCA akan memutuskan perikatannya dengan UMNO?” soal beliau.

Menyifatkan MCA sebagai ‘Malaysian Charlatans (Pendusta) Party’, Lim Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor itu menjelaskan bahawa situasi ini telah membongkar kepura-puraan kempen MCA mengenai hudud sejak dua tahun lalu.

Katanya, pendirian DAP terhadap hudud sangat jelas dan konsisten sejak dahulu lagi kerana ia tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak sesuai bagi masyarakat Malaysia yang majmuk malah bukan sebahagian daripada dasar bersama Pakatan Rakyat.

Baru-baru ini bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir berkata, “pendirian tidak bertolak ansur”
MCA terhadap hukum hudud pada Perhimpunan Agung MCA minggu lepas hanyalah bertujuan “menakut-nakutkan” komuniti Cina dan bukan ditujukan kepada kaum Melayu atau umat Islam.

“Tujuan MCA nak takutkan orang Cina supaya tak sokong DAP.” tambah Mahathir.

Kit Siang menyeru agar pembohongan dan penipuan “Perjanjian Syaitan” UMNO dan MCA ini diberi perhatian serius dan dikutuk sekeras-kerasnya oleh semua rakyat Malaysia.

“Jelas, tindakan mereka adalah untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan Melayu bagi mendapatkan undi kaum Cina dan Melayu kepada BN.” ujar beliau.-roketkini.com


Read More...

01 October 2012

Ucapan Belanjawan Najib Menggambarkan 'Ketakutan'

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, ucapan Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2013 lalu yang bertukar kepada ucapan pilihan raya membayangkan ketakutan perdana menteri.

"Ia jelas bahawa pembentangan Bajet 2013 menunjukkan Najib sangat tidak yakin dan dibayangi rasa fobia kerana merasakan ucapan belanjawan keempat ini merupakan ucapan belanjawan terakhir Umno dan BN di Parlimen.

"Najib menumpukan lebih daripada 10 peratus daripada ucapan belanjawan beliau yang secara terang-terangan seperti rayuan untuk pilihan raya bagi meraih sokongan berterusan kepada Umno dan BN dan menyerang Pakatan Rakyat," katranya.



Lim juga mempersoalkan sama ada Najib menunjukkan "kelas" dan "standard" sebagai perdana menteri dengan mendedikasikan 14 perenggan terakhir dalam ucapan pembentangan belanjawannya untuk mengagungkan BN dan mengutuk Pakatan Rakyat.

Katanya, ucapan Najib yang memetik kata-kata Plato - "ukuran manusia itu adalah apa yang dia lakukan dengan kuasa" – itu jelas bertujuan memujuk rakyat untuk menyokong BN.

"Najib dengan bangga diri dan kesombongan yang tinggi yakin bahawa Malaysia akan menyaksikan enam lagi belanjawan yang akan dibentangkan oleh kerajaan Umno dan BN," katanya.



Read More...

02 September 2012

'Pakatan tak pernah bangkitkan tukar bendera'

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan, Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan atau membangkitkan isu untuk menukar bendera Jalur Gemilang dalam mana-mana mesyuaratnya.

Lim Kit Siang juga berkata, membuat perubahan pada Jalur Gemilang juga bukan agenda Pakatan.

"Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak bersama tiga menteri kanan Umno menyerang dengan mengatakan bahawa ada desas-desus Pakatan mahu menggantikan Jalur Gemilang, ia mencerminkan diri mereka yang terdesak.


''Saya tidak percaya, dengan semua anggota polis dan sumber perisikan mereka, perdana menteri dan menteri dalam negeri tidak sedar bahawa tidak ada kebenaran pun mengenai desas desus itu,'' katanya dalam satu kenyataan media.

Semalam Najib mendakwa Pakatan ingin mengubah Jalur Gemilang.

Beliau berkata, bagaimanapun, hasrat itu tidak dapat dilaksanakan kerana Putrajaya masih lagi di bawah pimpinan BN.


Read More...

11 August 2012

Pakatan Rakyat: RCI ‘sudah terlambat’ untuk Sabah

KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Pihak pembangkang Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengecam Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) yang ditubuhkan untuk menyiasat isu pendatang tanpa izin di Sabah, dan mengatakan bahawa RCI itu tidak berkuasa dan "terlalu lambat".

Petang ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah memberi RCI enam bulan untuk menyiasat dakwaan bahawa orang asing telah diberikan kad pengenalan untuk mengundi.

Lim Kit Siang dari DAP hari ini memberitahu The Malaysian Insider bahawa terdapat "satu lautan keraguan bahawa kerajaan ikhlas dengan RCI untuk menyelesaikan masalah ini yang sudah lama berlanjutan" selama empat dekad


"Apakah bidang yang boleh disiasat oleh RCI?" beliau bertanya. "Apakah bidang yang ia tidak boleh siasat?"

"Bolehkah RCI fokus pada Project M dan panggil Dr M untuk menjadi saksi utama?" beliau bertanya dan mendakwa ia merupakan satu "punca yang diakui (ramai)".

Pihak pembangkang telah mendakwa bahawa kerajaan, terutamanya bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, telah memberi kad pengenalan Malaysia kepada orang asing dan mendaftarkan mereka sebagai pengundi untuk membantu BN kekal berkuasa.

Lim juga bertanya kenapa BN perlu mengambilkan masa enam bulan untuk memuktamadkan terma RCI itu dan berkata ini menunjukkan kekurangan "ilitizam politik yang nyata".

"Ada keraguan kalau RCI itu berupaya menangani (kes pendatang tanpa izin) 1.5 hingga 2 juta kes dalam enam bulan," beliau berkata dalam komen beliau tentang enam bulan yang dibagi untuk penyiasatan itu.
Ketua PKR Johor Datuk Chua Jui Meng juga seperti rakan sekutunya kurang yakin dengan tindakan BN itu.

Beliau berkata RCI itu merupakan tindakn oleh perdana menteri untuk "mengaburkan isu itu dan mengurangkan impaknya ke atas corak mengundi di Sabah."

"Kami tidak mengharapkan banyak dari RCI ini. RCI yang lalu telah dibuktikan tidak berkesan (toothless)," kata bekas menteri Kabinet itu melalui telefon.

"Ia tidak mempunyai terma-terma untuk mencadangkan tindakan untuk diambil terhadap mereka yang terlibat dalam pengeluaran IC biru atau kewarganegaraan."

Beliau berkata ini merupakan "omission yang kejam dan zalim" dan merupakan "ketidakadilan kepada orang Sabah".

Berdasarkan lapan perkara terma RCI yang diumumkan oleh Najib di Sabah petang ini, panel RCI tidak akan menyiasat dakwaan tentang siapa yang memberi kewarganegaraan kepada pendatang tanpa izin atau sebab-sebab pemberian kewarganegaraan itu.

Chua mengkritik pelantikan orang yang "pro-establishment (pro-kerajaan)" untuk menjadi ahli panel RCI itu, tetapi tidak mengutuk pengerusi RCI itu.

Panel yang mempunyai lima ahli itu akan diketuai oleh bekas hakim Sabah and Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.

Empat ahli suruhjaya itu adalah bekas naib canselor Universiti Malaysia Sabah, Datuk Seri Prof Dr Kamaruzaman Ampon; bekas peguam negeri Sabah, Tan Sri Herman J. Luping; bekas timbalan pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan bekas ketua polis Kuala Lumpur, Datuk Henry Poy-Wu; dan bekas setiausaha negeri Sabah, Datuk Kee Mustafa.

Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga dari PKR berkata bahawa terma-terma itu “tidak berkata apa-apa tentang membersihkan senarai pengundi dari pendatang tanpa izin”.

"Kalau pilihan raya dipanggil sebelum RCI itu (menghabiskan siasatannya), ia (RCI) itu akan tidak bermakna," kata beliau, merujuk kepada pilihan raya umum ke-13 yang mesti dipanggil pada April tahun depan. - TMI


Read More...

27 July 2012

‘Janji Ditepati’: Adakah Najib PM untuk Umno BN?

Menteri Penerangan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim sedang mempertahankan pihak yang tidak dapat dipertahankan apabila menjawab pertanyaan di Twitter berhubung dengan sebab mengapa tema Hari Kemerdekaan/Hari Malaysia “Janji Ditepati” tidak patut digunakan bagi sambutan tahun ini.

Pertamanya, dakwaan Rais bahawa “Malaysia sudah mencapai status ‘achieving nation’ selepas 55 tahun merdeka” merupakan satu komen yang menimbulkan kontroversi dan boleh dipertikaikan, kerana sekiranya ianya benar, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan mendapat nama yang buruk sebagai Perdana Menteri yang paling bercelaru dalam sejarah negara ini yang masih menangguh pelan beliau untuk mengadakan pilihanraya umum untuk meraih mandat untuk diri sendiri kerana takut kisahnya akan berakhir dengan pihak beliau sebagai pihak pembangkang atau digulingkan dalam UMNO seperti yang dilakukan kepada Tun Abdullah.


Bahkan, boleh dipahat kisah slogan “Janji Ditepati” yang telah gagal daripada menjadi kisah yang membanggakan selepas 55 tahun Merdeka dan 49 tahun selepas pembentukan Persekutuan Malaysia – sama ada ianya untuk membina negara Malaysia yang bersatu padu, harmoni, berdemokrasi, progresif dan berdaya saing; atau untuk menunaikan janji tiga tahun Najib Program Transformasi Kerajaan 1Malaysia (1Malaysia Government Transformation Programme (GTP) sama ada dalam mengurangkan kadar jenayah, membasmi rasuah, atau melaksanakan tanggungjawab sebagai kerajaan yang beramanah yang merangkumi transformasi kerajaan, ekonomi dan politik supaya negara Malaysia diiktiraf oleh masyarakat dunia dan muncul sebagai negara dengan status negara dengan sistem demokrasi yang normal.

Mengimbas kembali lawatan saya di Sabah pada tahun 1978, di mana saya telah memberi amaran bahawa negeri Sabah sedang menghadapi tiga masalah besar – masalah pendatang asing tanpa izin dalam 140,000 yang telah saya sebut, senario jenayah, dan masalah rasuah yang serius.

Kesemua masalah ini kian membarah dan semakin lama semakin mereput dalam tempoh 4 dekad ini, dengan isu pendatang asing tanpa izin yang telah ‘membiak’ kepada 1.5 juta dan 1.9 juta yang menjadikan anak kelahiran Sabah kelihatan sebagai warga asing dibumi mereka sendiri, sementara kadar jenayah dan rasuah bermaharajalela dan merebak berleluasa.

Dan rakyat Sabah masih menunggu untuk langkah baru dalam penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung dengan isu pendatang asing tanpa izin walaupun beranggap yang isu yang sudah berpanjangan ini boleh diselesaikan ataupun tidak.

Adakah ini maksud sebenar “Janji Ditepati”?

Walau bagaimanapun, tentangan hebat penggunaan slogan “Janji Ditepati” sebagai tema Hari Kemerdekaan/Hari Malaysia bukanlah berdasarkan kesahihannya tetapi disebabkan dua unsur yang kukuh: pertamanya, adalah salah dan tidak wajar untuk menggunakan slogan UMNO/Barisan Nasional sebagai tema Hari Kemerdekaan/Hari Malaysia dan kedunya, ianya berunsur anti-nasional dan memecahbelah daripada menyatukan rakyat, dengan menggambarkan Najib sebagai Perdana Menteri hanya untuk UMNO/BN dan bukanlah untuk semua rakyat Malaysia.

Sambutan Hari Kemerdekaan/Hari Malaysia merupakan sambutan kebangsaan bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, negeri atau pendirian politik untuk bersatu sebagai satu entiti bangsa Malaysia, dan mana-mana golongan tidak boleh dipinggirkan atau disisihkan kerana UMNO/BN telah merampas identiti dan simbol sebenar sambutan ini dan telah memonopolikan sambutan ini untuk kepentingan UMNO/BN sahaja.

Jika UMNO/BN dibenarkan untuk merampas identiti dan simbol sambutan yang penting ini, adakah Rais mengaku bahawa Najib hanyalah Perdana Menteri bagi UMNO/BN dan bukan untuk semua rakyat Malaysia?

Tidak hairan lagi jika Pakatan Rakyat meraih lebih banyak sokongan dari rakyat apabila mencadangkan bahawa tema Hari Kemerdekaan /Hari Malaysia (serta logo Hari Merdeka yang rojak-hodoh), yang digambarkan dalam tinjauan selidik di laman sesawang Sinar Harian dalam tempoh 48 jam, di mana seramai 2,359 atau 84% daripada 2,811 responden yang menyokong untuk tema ini ditukar dengan hanya 452 atau 16% yang menentangnya.

Ini merupakan satu perbezaan yang ketara yang anak musrid sekolah pun akan faham. Saya masih bingung dan keliru, dan saya pasti semua rakyat Malaysia yang patriotik dan berfikiran matang, mengapa Rais serta Menteri dan pemimpin UMNO/BN masih dalam penafian serta tidak berupaya untuk memahami isu yang begitu mudah ini dan membezakan di antara salah dan betul, nasional dan anti-nasional?

Patutlah Malaysia yang dicengkam oleh jajahan UMNO/BN nampaknya amat bercelaru, tidak kiralah dalam pembangunan negara, politik, ekonomi, pendidikan dan sosial.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11994-janji-ditepati-adakah-najib-pm-untuk-umno-bn


Read More...

21 July 2012

Pakatan Diresapi JI Dan Komunis - Tangkap Segera Polis Jahat Itu..

Kit Siang bidas Najib dan Hishammuddin, persoal mengapa SB dibenar sebar berita karut

KUALA LUMPUR, 20 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mesti memberi penjelasan mengapa polis Cawangan Khas (Special Branch) diberi imuniti dan kebenaran untuk menyebarkan berita ‘karut’ bahawa pengganas Jemaah Islamiyah (JI) dan bekas anggota komunis telah meresap masuk ke dalam parti Pakatan Rakyat (PR) dan akan menjadi calon dalam pilihanraya yang akan datang, kata ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang.

Semalam laporan Bernama melaporkan Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin dalam Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen, telah mendakwa elemen JI sedang meresap kedalam PAS sementara elemen komunis sedang cuba untuk meresap kedalam DAP.


“Ini dapat dilihat sebagai satu lawak politik yang sememangnya jijik kalau bukan keseriusan idea-idea seperti ini yang berputik daripada akal yang tidak berakhlak yang menentukan polisi yang diimplementasikan oleh kerajaan dan bagi tujuan keselamatan dinegara ini.

“Apakah isu kebangkitan semula pengganas Islam dan momok komunis yang sedang meresap kedalam parti-parti Pakatan Rakyat, akan dijadikan satu alasan yang baru untuk melaksanakan satu operasi khas terhadap parti-parti PR untuk mengeluarkan anasir-anasir yang kononnya tidak berdemokrasi dan menggugat keselamatan awam oleh Pakatan Rakyat supaya UMNO/Barisan Nasional akan kekal berkuasa dalam pilihanraya umum ke-13?” soal Kit Siang.

Menurut timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, JI dan komunis dikaitkan dengan PR agar rakyat takut untuk memilih pakatan pembangkang itu dalam pilihan raya akan datang.

“SB bekerja untuk Umno, kalau ada unsur komunis atau JI yang memilih perjuangan bersenjata, mereka tak akan pilih ‘election’ (pilihan raya) sebagai wadah.

“Kerja SB hanya ‘create fear’ (wujudkan ketakutan) di kalangan rakyat supaya Umno - BN terus menang election,” kata Mohamad dalam kiriman mesej kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.

Pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, kenyataan SB yang menuduh PR mempunyai kaitan dengan JI dan komunis adalah taktik lama dan kenyataan seperti ini adalah kenyataan kitar semula yang telah digunakan secara berulang-ulang.

Dakwa Adun Seri Setia itu lagi, jika benar dakwaan SB - JI dan komunis menyusup dalam PR dan akan bertanding pilihan raya, mereka perlu membuktikannya.

“Saya cabar Hishammuddin Hussein dan polis untuk menamakan pemimpin PR yang dikaitkan dengan JI dan komunis dan akan bertanding dalam pilihan raya akan datang.

“Pemuda Umno lebih komunis kerana mempunyai hubungan langsung dengan sayap pemuda Parti Komunis China,” kata Nik Nazmi.

Menjelang perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai 2011, momok komunis dimainkan apabila pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) di tahan di bawah undang-undang Darurat (EO) kerana dikatakan menyebarkan dakyah komunis ke dalam perhimpunan Bersih. -TMI

JI-Komunis: Hishammuddin belum terima maklumat

SHAH ALAM - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata setakat ini beliau tidak menerima maklumat wujudnya pengaruh pengganas dan bekas komunis meresapi mana-mana parti politik di negara ini.


Bagaimanapun, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memantau dan melakukan risikan bagi mengesan sekiranya wujud perkara seperti itu.


"Setakat ini saya tiada terima maklumat hubungkait dengannya...jadi saya tidak boleh menyatakan ia benar," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.


Sebarang maklumat mengenai ancaman itu tidak boleh didedahkan kepada umum sehingga siasatan selesai, katanya.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan polis bahawa terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti pembangkang selain cuba menjadi calon pada Pilihan Raya Umum akan datang.


Dalam syarahannya di Parlimen semalam, Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin dilaporkan berkata Polis Cawangan Khas mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi Pas selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP.


Hishammuddin berkata maklumat seperti itu cukup sensitif kerana ia mungkin datang daripada badan dan agensi keselamatan antarabangsa yang tidak boleh didedahkan kepada orang awam sehingga ia disiasat dan diselesaikan.


Dalam perkembangan lain, beliau meminta polis Selangor mengadakan sidang media mingguan bagi menyebarkan sebarang isu berbangkit termasuk kadar jenayah semasa di negeri itu.


Katanya, perkara itu perlu bagi memastikan masyarakat menerima maklumat yang tepat dan mengetahui keadaan tahap jenayah sebenar yang berlaku di negeri itu. - Bernama


http://greenboc.blogspot.com/2012/07/kalau-menteri-kdn-sendiri-tak-tahu.html


Read More...

20 July 2012

Kerja Gila Dan Tak Masuk Akal Kaitkan PR Dengan JI Dan Komunis

DAP menyelar kerajaan BN yang didakwa tiada idea dengan mendakwa Pakatan Rakyat diresapi bekas komunis dan pengganas, kata pemimpin popular DAP Lim Kit Siang.

Lim sehubungan itu mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan kewajaran mereka membenarkan polis Cawangan Khas mengumumkan perkara itu kepada orang ramai.

"Najib dan Hishammuddin patut menjelaskan kenapa mereka memberikan lampu hijau kepada Cawangan Khas mengumumkan cerita yang sukar dipercayai ini," katanya.


Lim berkata, laporan itu hanya menjadi bahan ketawa dan lawak politik paling buruk sepanjang tahun ini dan cuba menentukan penggubalan dasar tertinggi kerajaan dan tahap keselamatan dalam negara.

Bernama malam tadi melaporkan risikan Cawangan Khas polis mendedahkan, terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti pembangkang selain cuba menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin dilaporkan berkata Cawangan Khas mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP.

Malah, katanya, beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan PKR juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand, dipercayai mengadakan pertemuan sulit dengan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM). - mk


Read More...

06 July 2012

Mahathir Buat Lawak Bila Bertanya Kenapa Dia Amat Bencikan Saya..?

Bukan hanya Lim Kit Siang bencikan Madey.. hampir seluruh rakyat Malaysia bencikan ko.. Tok sah dok buat lawak bodoh laa.. hehehe...

'Saya tak tahu kenapa dia benci sangat pada saya'

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak kewujudan 'Mahathirisme', dan mengingatkan pemimpin veteran pembangkang, Lim Kit Siang bahawa serangan berterusan terhadapnya akan memakan diri sendiri.

"Tidak ada 'Mahathirisme'. Saya berkhidmat kepada negara, itu sahaja. Sebagai rakyat Malaysia, saya ada hak untuk menyokong negara saya dan memastikan ianya baik," kata Dr Mahathir kepada Malaysiakini semalam.


Beliau diminta mengulas komen Lim yang mendakwa Dr Mahathir cuba menyuntik politik memecah-belahkan kaum menjelang pilihan raya umum ke-13 untuk memastikan kemenangan BN.

Lim juga menuduh Dr Mahathir menyemai kebimbangan di kalangan orang Melayu dengan menulis dalam blognya baru-baru ini bahawa pengundi Cina merupaka "kingmakers" dalam pilihan raya akan datang.

"Saya tak tahu kenapa dia benci sangat pada saya," kata mantan perdana menteri itu.


Dr Mahathir berkata serangan DAP itu hanya akan memperkasakan
BN dan mendakwa bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ditolak pengundi kerana memberi layanan tidak baik terhadapnya.

Katanya, apabila Abdullah tidak baik kepadanya, rakyat tidak sokong BN, "jadi masih ada orang yang bersimpati dengan saya".

Dr Mahathir juga menafikan dakwaan bahawa beliau mempunyai pengaruh ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, serta menegaskan beliau tidak mempunyai niat untuk kembali berkuasa.

"Jika saya mengawal Najib, maka keadaan akan menjadi agak berbeza," kataya sambil menafikan beliau bekerja di belakang tabir menjelang pilihan raya umum yang penting kali ini.

Ditanya sama ada BN akan kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dalam pilihan raya umum 2008 jika beliau masih berkuasa, Dr Mahathir menjawab beliau tidak pasti.

"Saya berkuasa selama 22 tahun, jadi saya mempunyai lebih banyak pengalaman. Mungkin ia akan berbeza.

"Bagaimanapun, kesilapan ini terletak dengan Abdullah. Dia memusnahkan semua institusi yang kita dibina, memusnahkan parti kita dan parti-parti komponen kami," katanya.

Beliau juga menyalahkan pengganti pilihannya itu kerana menghakis keyakinan kakitangan kerajaan terhadap BN.

Mahathir berkata demikian sejurus selepas pembukaan cawangan 'The Loaf" di Paradigm Mall di Kelana Jaya.


Read More...

25 January 2012

PAC Sudah Jadi Lembu NFC

Isu NFC: Kit Siang gesa pengerusi PAC letak jawatan

Penasihat DAP Lim Kit Siang mahu pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid meletak jawatan kerana didakwa melambatkan "penyiasatan penuh" terhadap dakwaan salah urus projek Fidlot Kebangsaan.

pac meeting on rmaf engine missing 200110 azmi khalidAhli parlimen Ipoh Barat itu menggesa Azmi (kiri) supaya "jangan
menjadi halangan" kepada siasatan segera PAC terhadap tuduhan itu agar jawatankuasa berkenaan boleh membentangkan penemuannya di Parlimen apabila ia bersidang semula Mac ini.


Lim membuat gesaan itu ekoran Azmi, yang juga ahli parlimen Padang Besar, menghentikan siasatan PAC terhadap pengurusan projek lembu itu, sehingga polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyelesaikan siasatan mereka.

"Keputusan PAC menghenti atau menggantung siasatannya terhadap pendedahan Ketua Audit Negara berhubung skandal itu hanyalah kecenderungan peribadi Azmi dan bukan keputusan kolektif PAC, kerana PAC tidak mengadakan mesyuarat selepas bermulanya siasatan polis dan SPRM terhadap NFC," katanya.

"Azmi tidak seharusnya mengenakan kehendak peribadi ke atas PAC apabila kepentingan negara menuntut PAC melaksanakan kewajipannya menjalankan siasatan penyiasatan segera dan serta-merta terhadap skandal tersebut."



Read More...

16 January 2012

Beku aset NFC sia-sia kecuali gaji keluarga Shahrizat dipotong

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Ahli Parlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang hari ini menegaskan, tindakan kerajaan membekukan aset Pusat Fidlot Nasional (NFC) adalah satu tindakan sia-sia kecuali jika gaji bulanan keluarga Shahrizat dipotong kepada dua pertiga daripada RM215,000 kepada RM71,000.

Lim dalam kenyataannya hari ini berkata, pengumuman Pengarah Eksekutif NFC, Wan Shahinur Izmir Salleh bahawa pembekuan aset syarikat berkenaan tidak mengganggu perjalanan syarikat adalah satu tindakan yang mengecewakan kerana menunjukkan tindakan pembekuan tersebut adalah seperti satu tindakan yang sia-sia.


“Perkara itu mengecewakan rakyat Malaysia, dan mereka tertanya-tanya sama ada “pembekuan sementara” aset-aset NFC hanyalah satu kepura-puraan kerajaan untuk meredakan ketegangan penduduk Malaysia yang ingin tahu berkenaan projek tersebut.

“Siapa bekukan aset NFC? Bila aset berkenaan dibekukan? dan siapa yang berkuasa untuk membebaskan aset berkenaan?” soal Kit Siang dalam kenyataan tersebut.

Menurutnya, perkara pokok adalah berapa nilai sebenar aset NFC yang telah dibekukan, kerana rakyat Malaysia tidak akan terkejut sekiranya NFC tidak lagi mempunyai sumber kewangan ekoran penyelewengan yang berlaku dalam projek tersebut yang bermatlamat untuk menghasilkan projek ternakan lembu berimpak tinggi itu.

“Boleh Najib jelaskan dengan teliti berapa lama tempoh pembekuan aset tersebut-oleh siapa, bila, bagaimana, dan aset apa yang telah dibekukan beserta jumlahnya?” tambahnya.

“Bila Izmir mengumumkan bahawa “perniagaan berjalan seperti biasa” walaupun aset NFC mengalami “pembekuan sementara”, apa yang mengejutkan rakyat Malaysia adalah penyalahgunaan dana masih lagi berlaku tanpa sekatan, yang mana menyaksikan keluarga Shahrizat menggunakan dana dalam projek NFC tersebut sebagai sumber pendapatan mereka,” tambahnya.

Menurut Lim (gambar), suami Shahrizat Dr. Mohammad Salleh Ismail selaku Pengerusi Eksekutif NFCorp mendapat pendapatan sejumlah RM100,000 gaji bulanan, anak lelaki mereka yang berumur 31 tahun, Izmir selaku Pengarah Eksekutif berpendapatan RM45,000 sebulan, manakala, seorang lagi anak lelaki mereka, Wan Shahinur Izran berumur 27 selaku CEO berpendapatan RM35,000 sebulan, manakala Wan Izzanah Fatimah, 25 tahun, berpendapatan RM35,000 atas jawatan sebagai pengarah. - satu jumlah keseluruhan bernilai RM215,000 gaji bulanan untuk suami dan tiga anak Shahrizat.

“Selepas hampir enam bulansejak pemdedahan Laporan Ketua Audit Negara, berkenaan terdapatnya kecelaruan dalam NFC, tiada sebarang tindakan yang dilakukan kabinet untuk membetulkan keadaan.

“Lebih malang lagi, apabila Shahrizat tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah mahupun menyesal terhadap tindakannya itu,” kata Kit Siang.

Tambah Lim, sekurang-kurangnya, rakyat Malaysia menjangkakan aset NFC yang dibekukan adalah termasuk potongan sebanyak dua pertiga daripada gaji keseluruhan Pengerusi. Pengarah Eksekutif, CEO dan pengarah lain daripada pendapatan bernilai RM215,000 hanya kepada RM71,000.

Adakah ini akan dibincangkan di Kabinet esok? Menteri mana yang bernai untuk mengutarakan perkara ini,” soal Kit Siang.


Read More...

21 August 2011

Bersih 2.0 : Kerajaan Patut Akui Kesilapan

KUALA LUMPUR 21 OGOS : Ketua Parlimen Nasional DAP Lim Kit Siang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghentikan permainan wayang dan dolak-dalih mereka selama dua bulan dengan mengaku bahawa Kerajaan Barisan Nasional silap dalam menangani himpunan aman Bersih 2.0 9 Julai lalu.

Kit Siang, dalam kenyataan medianya semalam sempena ulangtahun 'Yellow Saturday' ke enam menyatakan, pengharaman kerajaan terhadap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 patut dihentikan selain semua tuduhan terhadap lebih 1,600 demonstran digugurkan serta-merta.

"Tindakan keras kerajaan dan polis pada Himpunan Bersih 2.0 benar-benar membawa publisiti dan imej buruk kepada Malaysia dalam tempoh singkat Najib sebagai Perdana Menteri.


"Malah, Perdana Menteri perlu menunjukkan penghargaan kerana Himpunan Aman Bersih 2.0 mengumpulkan kira-kira 50 ribu rakyat Malaysia tidak kira bangsa, agama, umur dan jantina merupakan pertunjukan terbaik dan paling menonjol dalam konsep 1 Malaysia," kata Kit Siang yang juga ahli parlimen Ipoh Timur.

9 Julai lalu, puluhan ribu rakyat Malaysia hadir berhimpun untuk menyokong tuntutan reformasi pilihan raya tersebut di ibu negara.

Bagaimanapun, kerajaan pusat dan polis telah bertindak ganas dalam menyuraikan perhimpunan itu dan seolah-olah cuba 'melenyapkan' perkara tersebut pada paparan media arus perdana.

Malah seorang peserta turut terbunuh pada hari tersebut dan beberapa yang lain cedera akibat tindakan Polis.

Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah pembersihan senarai undi, reformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah pilihan raya dan menghentikan politik kotor.

Oleh yang demikian, Kit Siang tidak mahu BN terus berselindung dengan hujah pilihan raya negara ini adil dan kemenangan di lima buah negeri Pakatan Rakyat merupakan buktinya.

Menurut Kit Siang, kenyataannya ialah perkara itu bukan jawapan kepada aspirasi rakyat Malaysia yang berdiri teguh di belakang tuntutan Bersih 2.0.

"Respon mudah dan benar terhadap hujah itu ialah jika tidak kerana sistem pilihan raya yang tidak telus, lebih lima negeri telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan di peringkat Nasional, mungkin hampir menggantikan kerajaan BN di Putrajaya," tegas beliau.


Read More...

05 July 2011

BERSIH 2.0 - Mesyuarat Tergempar Pakatan Esok

KUALA LUMPUR, 5 Julai — Pakatan Rakyat akan mengadakan satu mesyuarat tergempar esok untuk membincangkan isu Himpunan Bersih 2.0 Sabtu ini.

Menurut Penasihat DAP Lim Kit Siang (gambar), dijangka akan membincangkan tentang nasihat Yang di-Pertuan Agong berhubung perhimpunan itu.

“Saya paling tertarik dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong apabila Baginda berkata pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan ‘yang pentingnya’, saya sebagai Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun,” katanya dalam satu kenyataan.


Beliau berkata Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) merancang untuk mengadakan satu perhimpunan aman Sabtu ini untuk menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya yang mendapat sokongan rakyat negara ini.

“Sokongan rakyat mengatasi agama, kelas, jantina dan umur... ia akan menjadi satu sambutan dalam semangat demokratik di Malaysia serta menjadi ilustrasi slogan 1 Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Himpunan Bersih 2.0 bukan untuk menjadi ancaman kepada mana-mana kaum, agama, kelas, jantina atau umur dan hanya kerajaan yang ‘bijak’ tidak akan membenarkan ia berlaku dengan Menteri Dalam Negeri dan polis berada dalam khayalan dengan mengeluarkan kenyataan yang berkaitan dengan komunisme serta subversif oleh kuasa-kuasa asing,” katanya.

Kelmarin Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.

Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan “yang pentingnya.”

“Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik,” titah baginda dalam satu kenyataan.

Malah Tuanku Mizan bertitah rakyat harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang.

Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan, pihaknya berhasrat untuk menghadap baginda sebelum Sabtu ini dan bersedia membatalkan perhimpunan jika diminta berbuat demikian.

Ambiga berkata keputusan itu dibuat pada satu mesyuarat yang diadakan ekoran titah Yang di-Pertuan Agong.

“Bersih 2.0 menjunjung penghargaan yang tinggi ke atas Yang di-Pertuan Agong atas sokongan baginda berhubung aspirasi melakukan pembaharuan sistem pilihan raya.

“Bersih 2.0 akan akur dengan nasihat baginda agar diadakan perundingan, ke arah mencapai konsensus berhubung pembaharuan sistem pilihan raya dan pembangunan demokrasi di Malaysia,” kata beliau dengan membacakan kenyataannya.

Ambiga menambah Bersih 2.0 akan menulis kepada Istana Negara untuk meminta perkenan diadakan satu pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong.

Dipetik dari TMI

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Read More...

22 June 2011

Kit Siang tawar buktikan mesej Ibrahim Ali ugut kaum Cina

Penasihat DAP Lim Kit Siang tampil menawarkan salinan ucapan Datuk Ibrahim Ali, Ahad lalu kepada Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri untuk membuktikan presiden Perkasa ada mengugut komuniti Cina menjelang perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai.

Sambil menggambarkannya melakukan kesalahan teruk, Lim berkata beliau sudah menonton ucapan Ibrahim dan mengesahkan bahawa pemimpun kumpulan hak Meyau itu ada memberi amaran kepada kaum Cina agar tinggal di rumah dan menyimpan makanan kerana apa sahaja boleh terjadi.

Katanya, apa yang diucapkan oleh pemimpin itu boleh dilihat sebagai satu bentuk ugutan kepada komuniti Cina.


Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Lim menambah, Ibrahim tidak seharusnya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas kenyataannya itu tetapi seharusnya dicaj di mahkamah.

“Jika Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar belum lagi melihat rakaman video, saya boleh hantar mereka satu salinan,” katanya.

Awal hari ini, Hishammuddin berkata polis akan memanggil pemimpin Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa berhubung perhimpunan mereka 9 Julai ini.
Kata Hishammuddin, polis tidak akan mengeluarkan permit kepada mereka.

Beberapa organisasi media melaporkan Ibrahim sebagai berkata orang Cina perlu tinggal di rumah ketika protes Bersih dan simpan bekalan makanan.

Kenyataannya telah disalah tafsir oleh ramai sebagai satu ugutan kepada komuniti Cina, menyebabkan Ibrahim berhadapan dengan kritikan ramai.

Semalam, Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata beliau hanya menasihatkan komuniti Cina supaya duduk di rumah pada hari tersebut.

Beliau juga mengecam media kerana salah tafsir kenyataannya sambil mendakwa The Malaysian Insider memutarbelitkan kata-katanya di luar konteks.
Lim mempersoalkan mengapa kerajaan terus enggan menghukum Ibrahim atas kenyataannya.

“Adakah ini kerana wajah brahim Ali semakin menjadi penting untuk mewakili kuasa sebenar dalam politik Umno - menggantikan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Lim berkata jika Hishammuddin atau Ketua Polis Negara gagal untuk bertindak sewajarnya ekoran kenyataan Ibrahim, maka kedua-dua mereka seharusnya meletakkan jawatan mereka.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Read More...

01 April 2011

DAP mahu Bung Moktar dan pegawai SPRM dipecat

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa Barisan Nasional (BN) memecat Datuk Bung Moktar Radin berhubung komen ‘tidak senonoh’ dengan menuduh Ahli Parlimen Kinabatangan itu melihat wanita hanya sebagai objek seks.

Lim juga berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memecat pegawainya Mohd Ashraf Mohd Yunus yang menonton bahan lucah selepas menyiasat Teoh Beng Hock pada malam sebelum pembantu setiausaha DAP itu ditemui mati dua tahun lalu.

“Bagaimana Malaysia boleh maju ke hadapan dalam soal kesamaan jantina jika individu seperti Bung Moktar secara berterusan mengatakan menyukai wanita dengan berulang kali? Ini adalah kelakuan seorang lelaki yang melihat wanita sebagai objek seks,” kata Lim.


Ahli Parlimen Bagan itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu buktikan beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Bung Moktar di Parlimen Isnin lalu apabila mengatakan pemanduan golongan wanita kebanyakannya amat berbahaya dan sekali gus boleh mengundang kemalangan.

Beliau juga menggesa Najib memecat Bung Moktar yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno.

“Masa sudah tiba untuk ahli Parlimen seperti Bung Moktar dipecat dari BN untuk membuktikan konsep 1 Malaysia Najib termasuk menghormati wanita,” kata Lim.

Ketua Menteri Pulang Pinang itu berkata Bung Moktar telah membuat satu kenyataan berbaur lucah sebelum 2007 apabila mengatakan Ahli Parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan “bocor” setiap bulan.

Bung Moktar bagaimanapun memohon maaf kepada wakil rakyat DAP itu.

Lim juga berkata bahawa “penagih seks” seperti Mohd Ashraf harus dipecat kerana gagal dalam tugas asasnya untuk memerhatikan Teoh.

“SPRM perlu pecat Ashraf bukan kerana Ashraf menonton pornografi menerusi komputernya di pejabat SPRM pada 16 Julai 2009 tetapi kerana gagal menjalankan tugas asasnya iaitu memerhatikan Teoh Beng Hock,” katanya.

Beliau berkata, menonton pornografi bukan satu alasan untuk memecat Ashraf tetapi penolong pegawai SPRM Selangor itu harus dipecat kerana tidak memerhatikan Teoh, yang ditemui mati beberapa jam kemudian.

Semalam Suruhanjaya Diraja Siasatan (RCI) kematian Teoh berkata, pegawai SPRM itu menonton pornografi selepas mengambil kenyataan bekas setiausaha politik Exco Selangor Ean Yong Hian Wah.

Mayat Teoh beberapa jam selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Read More...

17 February 2011

Karpal Dan Lim Kit Siang Ingin Ditahan Dibawah ISA

HATI HATI DENGAN LAKONAN PEMBANGKANG

Kerajaan perlu berhati-hati dengan 'lakonan' serta tindakan dua pemimpin DAP iaitu Lim Kit Siang dan Karpal Singh 'menyerang' Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu Ops Lalang yang dilaksanakan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri itu.

Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia, Nordin Ahmad berkata, ini kerana, ia hanya helah supaya kerajaan mengenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mereka.

Menurut beliau, jika perkara itu berlaku, Kit Siang dan Karpal serta pemimpin pembangkang lain akan menggunakan isu penahanan ISA sebagai umpan meminta simpati rakyat.


"Ia amalan biasa pembangkang. Mereka akan cuba mencari peluang untuk menjolok kerajaan dengan isu-isu sensitif.

"Kalau dikenakan tindakan ISA atas kenyataan yang dikeluarkan, inilah peluang mereka untuk menghentam kerajaan bagi mencari simpati rakyat dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

"Oleh itu, kerajaan perlu berhati-hati dalam berhadapan dengan keadaan sebegini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai serangan Kit Siang dan Karpal terhadap Dr. Mahathir bahawa terdapat beberapa pemimpin pembangkang yang menemuinya sebelum Ops Lalang dilaksanakan pada 1988.

Kenyataan dua pemimpin DAP itu mendapat reaksi beberapa pihak termasuk Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang menyifatkan serangan berkenaan sebagai tindakan desperado'bagi menutup kelemahan pembangkang.

Beliau turut mencabar kedua-dua pemimpin pembangkang tersebut supaya bertanyakan mengenai isu Ops Lalang kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim juga tidak ketinggalan menghentam Karpal sebagai orang yang tidak layak menuduh Dr. Mahathir sebagai pembohong kerana Pengerusi DAP itu sendiri pembohong dalam kes liwat Anwar.

Mengulas lanjut, Nordin yang juga bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda PKR berkata, pembangkang terutama Kit Siang dan Karpal sebenarnya sudah ketandusan isu untuk diketengahkan dalam melemahkan kerajaan dan perkara yang dilakukan itu hanya untuk publisiti murah.

"Sudah tiada isu, mereka akan bangkitkan pula isu-isu lama. Inilah kerja mereka," katanya.

Beliau menyokong cabaran Zulkifli agar Kit Siang dan Karpal merujuk kepada Anwar berhubung Ops Lalang.

Mengulas isu sama, Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor, Abdullah Mansor berkata, Kit Siang dan Karpal perlu 'mencermin' diri sebelum menuduh Dr. Mahathir sebagai pembohong.

Menurutnya, Dr. Mahathir bukan 'kaki pembohong' dan tidak akan mereka-reka cerita seperti yang didakwa dua pemimpin pembangkang itu.

"Perkasa memandang serius tuduhan Kit Siang dan Karpal. Kita tuntut mereka ini mohon maaf kepada Dr. Mahathir.

"Karpal sendiri pun boleh dipertikaikan terutama dalam isu liwat membabitkan Anwar. Dulu dia pernah dedahkan perlakuan liwat Anwar, kini membela Anwar pula," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar memberitahu, apa yang dilakukan oleh Kit Siang dan Karpal hanya sekadar mahu menunjuk-nunjuk kononnya mereka handal dalam semua perkara.

"Apa yang penting, mereka asyik hendak mencari jalan untuk bergaduh. Itu sahaja matlamat mereka. Sudah tidak ada modal, mereka cari apa jua isu yang boleh dibuat bergaduh.

"Kalau hendak tunjuk handal pun, kenalah profesional. Jangan bersikap seperti budak-budak atau orang sudah nyanyuk

kamal

Read More...

09 February 2011

Ops Lalang: Kit Siang cabar Mahathir namakan pembangkang, jangan salahkan polis

Lim Kit Siang hari ini mencabar bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan nama pemimpin-pemimpin pembangkang yang beliau bertemu dan memberi jaminan bahawa mereka tidak akan ditahan di bawah Operasi Lalang 1987.

Menjawab dakwaan Dr Mahathir bahawa polis yang mahu pemimpin-pemimpin pembangkang dan yang lain ditahan, Lim berkata:

“Biar Mahathir menamakan pemimpin-pemimpin pembangkang yang beliau telah bertemu dan memberikan jaminan bahawa mereka tidak akan ditahan, tetapi ia telah diatasi oleh polis menerusi Operasi Lalang.”

Dr Mahathir mengatakan demikian dalam buku terbaru “Doctor M: Operation Malaysia – Conversations with Mahathir Mohamad” tulisan Tom Plate.


Penasihat DAP itu berkata, Dr Mahathir bukan sahaja berhadapan dengan masalah memori selektif dan fikiran tidak betul tetapi turut memutarbelitkan perkara tidak benar mengenai ketidakdilan yang dilakukannya selama 22 tahun menjadi perdana menteri.

Operasi Lalang atau Ops Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh polis, agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik ketika itu.

Dalam Operasi Lalang ini, seramai 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan pembatalan dua akhabar harian dan dua akhbar mingguan.

Selain Lim, turut ditahankan ialah Chandra Muzaffar, Karpal Singh, Kua Kia Soong, Ibrahim Ali dan Mohamed Fahmi Ibrahim.

“Saya tidak pernah berjumpa dengan Mahathir dan beliau tidak pernah memberikan saya jaminan bahawa saya tidak akan ditahan sebelum Operasi Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 meskipun sehari sebelum itu saya bercakap di Parlimen ketika perbahasan bajet mengenai peningkatan ketegangan kami dan saya meminta kesemua parti bersetuju dengan (syor) moratorium selama setahun di mana tiada isu perkauman, bahasa atau agama dicetuskan atau dibangkitkan bagi setiap rakyat Malaysia memberi tumpuan ke atas keutamaan negara mencapai pemulihan ekonomi dan pertumbuhan,” katanya lagi.

Kata Lim, tidak patut Dr Mahatahir mempersalahkan polis sebagai bertanggungjawab atas Operasi Lalang memandangkan beliau bukan sahaja tidak mempertahankan penahanan 106 orang di bawah Seksyen 73 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), malah beliau menggunakan kuasanya selaku Menteri Dalam Negeri di bawah Seksyen 8 akta itu untuk mengeluarkan perintah menahan selama dua tahun membabitkan 49 orang termasuk tujuh ahli Parlimen DAP. - MI

Read More...

05 February 2011

Krisis Mesir: Najib Digesa Tunjuk Bukti, Tidak Dakwa ADUN Sri Muda

Datuk Seri Najib Razak digesa tidak mengenakan tuduhan hasutan ke atas ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafie jika pentadbirannya benar-benar mengutamakan kepentingan rakyat dan belajar daripada krisis Mesir, kata penasihat DAP Lim Kit Siang dalam satu kenyataan medianya hari ini.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib memberikan rakyat Malaysia jaminan bahawa pentadbirannya akan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat terlebih dahulu, dengan merujuk kepada perkembangan di Mesir sebagai pengajaran.

"Beliau berkata dalam sistem demokrasi kita harus memberi keutamaan kepada rakyat, yang diperkayakan menerusi proses globalisasi dan ICT," katanya.


Katanya, Najib yang juga presiden Umno dan Menteri Kewangan seharusnya membuktikan pentadbirannya cukup berupaya untuk belajar daripada krisis Mesir dengan mengetepikan penindasan politik di negara ini.

"... ini boleh dilakukan dengan menarik balik tuduhan hasutan ke atas Shuhaimi, yang akan dikenakan dakwaan Isnin ini," kata beliau lagi.

Lim berkata satu pengajaran penting Najib harus belajar daripada krisis Mesir ialah memberi keutamaaan ke atas usaha memulihkan keyakinan rakyat terhadap keberkesanan, bebas, berkecuali dan profesionalisme institusi-institusi utama negara ini.

Katanya, tindakan ke atas Shuhaimi adalah gambaran terbaru Jabatan Peguam Negara terus bertindak sebagai alat politik Putrajaya, bukannya demi kepentingan jangka panjang rakyat Malaysia.

"Peguam Negara terbukti bertindak cepat dalam aduan polis yang dibuat terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat seperti dalam kes Karpal Singh yang dibebaskan Jun lalu tetapi masih berhadapan dengan rayuan Jabatan Peguam Negara tetapi tidak mempedulikan laporan ke atas personaliti-personaliti BN," kata Lim.

Oleh itu kata beliau, jika pentadbiran Najib mahu belajar daripada krisis Mesir ada banyak perkara yang perlu dilakukan oleh pihaknya.

"Tetapi biar ia bermula dengan menarik balik tuduhan hasutan ke atas Shuhaimi bagi membuktikan pentadbirannya mahu belajar daripada krisis Mesir," katanya. - tvs

Read More...

11 October 2010

Kerajaan Beli Senjata Untuk Pemuda Umno?? Biar Betul?

Parlimen Tolak Soalan Berhubung Pembelian Puluhan Ribu Senjata Untuk Pemuda Umno

SHAH ALAM - Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata soalan beliau kepada Perdana Menteri pada sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini telah ditolak berhubung tindakan kerajaan membeli jumlah peralatan senjata dalam jumlah yang amat banyak daripada sumber pasaran haram di luar negara dan hubungannya dengan latihan separa tentera Pergerakan Pemuda Umno.

Kata Kit Siang, Parlimen juga menolak soalan beliau mengenai sikap Menteri Kabinet dan pegawai kanan kerajaan yang masih menolak konsep 1Malaysia walaupun setelah 18 bulan gagasan itu diperkenalkan.

Bagaimanapun soalan beliau berkaitan pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya diletakkan pada kedudukan nombor empat soalan lisan.

Ia berbunyi," Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan tarikh/jenis laporan-laporan polis yang dibuat terhadap adik-beradik peguam yang disyaki terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai Datuk Sosilawati di Banting, serta tindakan terkini terhadap laporan-laporan polis berkenaan."

"Saya tetap akan menanyakan dia soalan yang ditolak itu sepanjang sidang Parlimen kelak," kata beliau.

ELBI RISALAH

Read More...

03 September 2010

Lim Kit Siang Gila

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, kenyataan tokoh popular DAP Lim Kit Siang yang mempertahankan penyanyi rap Namewee, sekaligus menyalahkannya kembali sebagai gila dan tidak masuk akal.

"Saya tergaman seketika (dengar kenyataannya). Kesimpulannya, apa yang Kit Siang cakap, kamu (Khairy) juga rasis, jadi jangan cakap pasal Namewee. Lebih kurang macam itulah.

"Jadi, sekiranya seorang itu rasis sebelum ini, orang lain juga OK menjadi rasis? Dua kali buat salah tidak menjadikan salah satunya benar," kata Khairy sambil menafikannya pernah membuat kenyataan rasis.

Semalam, Lim menyoal sama ada Khairy - yang mengkritik Namewee (nama sebenar Wee Meng Chee) kerana menghasilkan video kontroversinya Nah! - akan menyerah diri kepada polis kerana didakwa turut pernah mengeluarkan kenyataan rasis.


Dalam kenyataanya, Lim merujuk kepada ucapan Khairy dalam perhimpunan agung Umno pada 2007 dan ucapannya didakwa berkata orang Melayu dipinggirkan di Pulau Pinang.

Menurut Lim, tafsiran Khairy berhubung ayat "You tak baca? Siapa buat Malaysia kaya?" dalam video itu adalah ofensif kepada orang Melayu, sebenarnya terbuka kepada pelbagai tafsiran.

Menurut Lim yang juga ahli parlimen Ipoh Timur berkata, ia tidak semestinya bermaksud orang Melayu memainkan peranan kecil dalam pembangunan ekonomi negara.

Mengakui bahawa video itu boleh jadi ada kesalahan dan lucah, Lim dilaporkan berkata, tiada isu kandungannya yang bersifat menghasut.

Read More...

13 August 2010

Tiada Seorangpun Polis Layak Jadi Ketua Polis Negara

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengadakan pungutan suara bagi menentukan sama ada kontrak Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan perlu disambung lagi.

Ini katanya, perlu kerana hanya pungutan suara boleh menentukan sama ada rakyat ataupun pegawai kanan anggota polis masih menaruh keyakinan terhadapnya.

“Adakan pungutan suara di kalangan rakyat Malaysia atau di kalangan 2,000 pegawai kanan polis yang berpangkat bermula dari Assisten Superintenden ke atas - sebahagian besar pasti akan mengundi seorang IGP yang baru,” katanya dalam satu kenyataan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein setakat ini masih tidak mahu mengulas, walaupun khabar angin tersebar bahawa kontrak Musa yang berakhir bulan depan akan disambung buat kali kedua.


Kerja tak selesai-selesai?

“Apabila perkhidmatan Musa dilanjutkan...diumumkan pada 3 September tahun lalu, bekas Ketua Polis Selangor, Datuk Yahya Udin dilaporkan oleh media sebagai berkata tempoh setahun memadai bagi Musa melengkapkan “kerja-kerjanya yang belum selesai”.

“Namun, nampaknya, sekarang ini Musa masih ada 'kerja-kerjanya yang belum selesai” dan beliau mengintai perlanjutan lagi kontrak perkhidmatannya,” kata Lim.

Ahli parlimen Ipoh Timur itu yang lantang membantah perlanjutan kontrak Musa tahun lalu berkata ketua polis negara yang baru diperlukan bagi menyuntik pasukan itu dengan dinamisme dan tenaga baru serta tahu hala tujunya.

Jika tidak, katannya pasukan itu sukar melaksanakan tiga fungsi asasnya - iaitu memastikan kadar jenayah yang rendah, menghapuskan rasuah dan melindung hak asasi manusia.

Lim berkata melanjutkan kontrak Musa adalah satu penghinaan kepada pasukan polis kerana ia menggambarkan seolah-olah mereka kekurangan pemimpin yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berkenaan.

“Malaysia mempunyai 100,000 anggota polis dan sukar dipercayai dari kelompok berkenaan tidak ada seorangpun yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan sehingga Perdana Menteri tidak dapat memilih seorang daripada 100 pegawai teratas...untuk layak dijadikan sebagai IGP baru,” katanya lagi.

Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas