BlogList Malaysia
Showing posts with label perkauman. Show all posts
Showing posts with label perkauman. Show all posts

25 January 2013

Isu ganas Perkasa membunuh harapan BN

Saya mempunyai pendapat yang akhirnya Dr Mahathir dan Perkasa lah menjadi penyebab lunturnya sokongan rakyat terhadap BN khususnya UMNO. Saya ingin mengambil kesempatan untuk menjawab persoalan yang dikemukakan kepada saya kenapa saya tidak pernah memberikan komen terhadap Perkasa sedangkan Perkasa itu bukannya NGO yang sejati tetapi ia merupakan cabang UMNO pada hakikatnya. Ia sesungguhnya badan politik yang aktif.

Sekarang ini ternyata yang Perkasa itu sedang memainkan isu keagamaan pula dengan seruan untuk membakar kitab Bible yang berbahasa Melayu yang menggunakan nama Allah. Perkasa membuat tuduhan yang pihak Kristian telah mengedarkan kitab Bible kepada murid-murid sekolah dan ini merupakan tuduhan yang bersifat jauh dari kebenarannya. Tetapi permainan politik pertubuhan itu menyebabkan Perkasa telah begitu dibenci oleh orang ramai dan ia sekali gus meruntuhkan saki-baki kuasa dan sokongan rakyat terhadap UMNO itu.


Penaung Perkasa, Dr Mahathir juga akhir-akhir ini tidak lagi bersifat sebagai seorang negarawan dan masih bermain api dalam politik negara. Tindakan beliau memalitkan nama baik Tunku Abdul Rahman yang sudah lama meninggalkan kita merupakan satu tindakan Mahathir yang agak keterlaluan dan tidak dapat di terima oleh rakyat yang berterima kasih di atas pengorbanan beliau menyudahkan usaha tuntutan kemerdekaan negara kita dahulu.

Mahathir telah menyamakan beliau seperti Tunku yang juga telah memberikan kerakyatan kepada sejuta orang bukan Melayu semasa mencapai kemerdekaan dahulu. Tidak payah diulangi isu ini kerana saya telah menulis tentangnya dalam posting saya yang lalu. Hanya kalau saya hendak sebut hanyalah perbezaan di antara Mahathir dan Tunku itu ibarat langit dengan bumi jauhnya.

Tunku semasa akhir hayatnya telah terbukti tidak mengambil kesempatan terhadap kekayaan negara dan beliau tidak meninggalkan apa-apa. Begitu jugalah ahli-ahli keluarga beliau yang tidak mempunyai harta bergunung-gunung tingginya. Sebaliknya Mahathir telah menggunakan kuasa dan pengaruh membina ‘empire’ perniagaan anak-anak beliau dan mengambil kesempatan dengan tiada batasnya terhadap peluang perniagaan.

Sebagai seorang yang hidup dalam keluarga istana dan keluarga 'aristocrat' Tunku merupakan seorang yang paling ‘magnanimous’ dan tidak mengambil kesempatan di atas kuasa yang ada ditangan beliau selama 15 tahun beiau menerajui kepimpinan negara. Saya selalu menyebut perbezaan di antara dua manusia itu adalah dari cara seseorang itu dibesar dan dididik oleh keluarga masing-masing. Orang tua-tua dahulu selalu mengingatkan kita untuk memilih latar belakang keluarga dan darah yang mengalir di dalam naluri orang pilihan kita itu.

Walaupun UMNO telah berusaha untuk mengembalikan sokongan ramai terhadapnya tetapi sikap ‘panjang muncung’ Dr Mahathir dan Presiden Perkasa itu sendiri telah menjatuhkan imej UMNO dan BN dengan begitu teruk sekali. Akhirnya Perkasa telah menjadi penyebab UMNO sehari dua ini begitu buruk persepsi rakyat terhadapnya. Kata-kata Dr Mahathir menambahkan lagi kesakitan yang dihadapi oleh UMNO yang sedang terkial-kial untuk mendapatkan sokongan rakyat sekarang ini.

Sepatutnya UMNO menganggap Dr Mahathir ini sebagai garam sahaja. Garam ini penting, tetapi tidak boleh digunakan dengan banyak. Jika dibubuh garam terlalu banyak ia akan merosakan masakan kita. Garam ini hanya perlu di gunakan setakat secukup rasa sahaja tidak boleh banyak-banyak. Tetapi Dr Mahathir bercakap terlalu banyak sehinggakan segala usaha yang dibuat oleh UMNO untuk memulihkan imejnya telah jatuh dengan teruknya di mata rakyat.

Tetapi apakan daya. UMNO tidak boleh menguasai Dr Mahathir kerana Dr Mahathir yang sedang berusaha untuk menguasai UMNO. Dr Mahathir tidak akan sihat tubuhnya kalau tidak bercakap. Semua kata-katanya menyebabkan UMNO jatuh kredibilitinya dan membawa musibah kepada parti yang telah uzur itu.

Sesungguhnya sifat celupar yang berlebihan oleh Dr Mahathir dan Ibrahim ini memberikan faedah yang besar kepada Pakatan Rakyat. Dalam keadaan pilihanraya sudah begitu hampir ia terlalu suntuk untuk BN memperbetulkan segala kesalahan Dr Mahathir dan Ibrahim Ali terhadap UMNO.

Masalah yang ditimbulkan oleh Perkasa dan kata-kata Mahathir akhir-akhir ini mendapat tentangan dari komponen Barisan Nasional sendiri. MIC begitu lantang membidas Ibrahim Ali dan Dr Mahathir.

Pemuda MIC telah mendesak agar Ibrahim Ali di tahan untuk dibicarakan di atas berbagai-bagai isu yang merbahayakan keselamatan negara yang disebabkan oleh Ibrahim Ali. Gerakkan dan berbagai-bagai lagi pertubuhan NGO yang mengeluarkan kenyataan meminta tindakan undang-undang terhadap Presiden Perkasa ini.

Hakikatnya BN akan diselubungi oleh masalah dalamannya sendiri serta masalah-masalah yang di timbulkan oleh pertubuhan-pertubuhan dan individu-individu yang berpihak kepada BN itu sendiri. Selama ini BN telah memasang terlalu banyak jerat untuk memerangkap Pakatan Rakyat tetapi oleh kerana terlalu banyak jerat-jerat itu dipasang maka mereka (BN) terjerumus ke dalam jerat-jerat itu sendiri.

Pendeknya apa yang parti-parti dalam Pakatan Rakyat perlu lakukan hanyalah membuat persediaan rapi bagaimana hendak mentadbir negara dengan baik dan tidak mengulangi kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh UMNO dan BN sekian lama itu. Berikanlah persekitaran politik yang baik dan nyaman untuk rakyat yang sudah terlalu lama menghadapi kecelaruan yang dilakukan oleh BN selama ini.

Pakatan rakyat khususnya kepada kepimpinan tertingginya mesti sedar yang BN sedang melakukan apa sahaja untuk memecahkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat khususnya di antara PAS dan DAP.

Bagi BN apabila pecah sahaja perhubungan di antara PAS dan DAP maka BN akan mendapat kemenangan walaupun kemenangan yang tipis. Jagalah perhubungan di antara PAS dan DAP dengan baik kerana perpecahan di antara dua parti ini merupakan resepi yang paling baik untuk BN dalam menghadapi pilihanraya ini.

Jauhi diri dari membuat kenyataan yang mudah dimainkan oleh UMNO terutamanya. Insyaallah UMNO tidak akan berjaya untuk menyempurnakan niat buruknya terhadap Pakatan Rakyat itu dan Pakatan akan menjadi kerajaan buat kali pertamanya dalam sejarah kemerdekaan negara kita.

- http://aspanaliasnet.blogspot.com/


Read More...

16 January 2013

PANAS - Wanita Umno Hina Bawani.. Suruh Balik India..




Read More...

14 February 2012

Isu Perkauman Sudah Tidak Laku Lagi Di Johor

SKUDAI,14 Februari 2012 – Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub menegaskan bahawa pengamal politik berunsurkan perkauman kian berada dipenghujung.

Malah ujarnya lagi, Johor yang terkenal dengan kubu kuat UMNO dipercayai bakal menerima tempias yang sama setelah keyakinan itu diterjemahkan melalui sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini.

”Saya lihat politik perkauman tiada tempat dalam negara, mahupun di Johor ini. BN tidak boleh berbangga Johor akan jadi kubu kuat mereka kerana kita akan meruntuhkan kubu kuat ini,” ujar anak kelahiran Tanjung Piai itu yang dipetik Sinar Harian.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina PKR Johor di sebuah pusat membeli belah dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang, Datuk Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor.


Read More...

03 January 2012

Kempen anti-Gardenia bukti ketegangan kaum meningkat apabila dihimpit masalah ekonomi

KUALA LUMPUR, 3 Jan — Kenaikan harga barang telah membawa kepada perubahan sikap, di mana rakyat Malaysia kini lebih cenderung untuk menyalahkan antara satu sama lain dan membangkitkan pertikaian yang bersifat perkauman.

Penganalisis memberitahu The Malaysian Insider, baru-baru ini kempen memboikot roti Gardenia ekoran tuduhan ia bersifat perkauman dan “syarikat kroni” yang mencerminkan realiti dalam negara di mana hampir ke semua aspek kehidupan dilihat berpegang kepada perkauman.

Gardenia Bakeries terpaksa mengeluarkan kenyataan minggu lalu untuk menafikan syarikat itu diarahkan oleh Padiberas Nasional Bhd (Bernas) untuk menghentikan pembelian tepung dari Federal Flour Mills Bhd (FFM) atas sebab-sebab yang dikatakan bersifat perkauman.


Keputusan itu dibuat ekoran jualan popular roti Gardenia apabila ramai rakyat berbangsa Cina memilih produk baru sebagaI satu tindak balas dalam satu kempen di laman sosial Facebook dan emel selain turut dihebahkan melalui khidmas pesanan ringkas.

Bernas dimiliki Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhary sementara FFM diketuai hartawan Malaysia Tan Sri Robert Kuok.

“Di Malaysia, ia akan berlaku (apabila keadaan buruk) dan rakyat mula menyalahkan bangsa lain. Sama ada aspek pendidikan, perniagaan atau hiburan. Kebanyakan orang berfikir di atas garis perkauman,” kata Ibrahim Suffian, yang mengetuai Merdeka Center.

Kempen anti-Gardenia yang diadakan di Internet terutamanya di China, bermula bulan lalu dengan meminta memboikot syarikat pengeluar roti itu kerana mendiskriminasi FFM milik Kuok atas sebab bersifat perkauman.

Kempen itu juga menggesa pengguna menyokong produk yang dihasilkan FFM, Massimo yang memasuki pasaran baru-baru ini.

Satu emel yang dihantar menyebut: “Mari menyokong roti baru Massimo oleh Robert Kuok dan boikot roti Gardenia yang dimiliki kroni Umno Syed Mokhtar Albukhary, kumpulan Tradewind.”

Rakyat Malaysia telah berdepan inflasi tinggi secara berterusan yang mencecah kadar tinggi iaitu tiga peratus pada Mac dan terus melambung kepad 3.3 peratus bulan lalu.

Ibrahim dan penganalisis politik Khoo Kay Peng menyalahkan dasar-dasar yang mana diteruskan untuk “berdasarkan kepada hak kaum daripada kewarganegaraan.”

“Ia tidak selaras untuk kami mendapatkan hak pendidikan dan ekonomi berdasarkan Akta Hubungan Kaum. Ia tidak seiring,” kata Khoo yang turut menambah ia mudah bagi pengguna untuk menjatuhkan pasaran Gardenia, yang telah menaikkan harga produk banyak kali sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Agus Yusoff, seorang pensyarah politik dan sejarah berkata faktor utama bagi pengguna ialah kemampuan dan harga berpatutan, dalam kes ini seolah-olah wujud satu agenda untuk “memasukkan sentiman perkauman ke dalam isu itu.”

Massimo kini menawarkan roti bersaiz kecil dan panjang berharga RM2.50 dan RM3.40 manakala Gardenia berharga RM3.20 dan RM3.35.

Putrajaya akan membentangkan Rang undang-undang Hubungan Kaum pada Mac untuk menentang perkara-perkara bersifat perkauman, mengawal interaksi antara kaum dan menggalakkan untuk saling hormat-menghormati.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz minggu lalu berkata undang-undang baru itu diperkenalkan untuk mencontohi Akta Hubungan Kaum yang diamalkan di Britain.

Tetapi wakil rakyat pembangkang mengatakan ia tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya kerajaan akan mengawal daripada memudahkan interaksi.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kempen-anti-gardenia-bukti-ketegangan-kaum-meningkat-apabila-dihimpit-masalah-ekonomi/


Read More...

06 December 2011

Guan Eng - Buktikan DAP Cuba Pinda Perlembagaan

KUALA LUMPUR, 6 Dis — Datuk Seri Najib Razak perlu menunjukkan bukti bahawa orang bukan Melayu cuba mahu meminda Perlembagaan Persekutuan dan jika tidak, harus menguburkan sahaja gagasan 1 Malaysia, kata Lim Guan Eng hari ini.

Setiausaha Agung DAP berkata, Najib selaku perdana menteri dan presiden Umno telah mengejutkan seluruh negara apabila semalam memainkan sentimen perkauman terhadap orang bukan Melayu dalam ucapannya pada majlis Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida).

Katanya, Najib harus menyelamatkan konsep 1 Malaysia dengan membuat lima komitmen penting iaitu mendahulukan Malaysia sebelum kaum, rakyat Malaysia berhak untuk menikmati hak asasi dan masyarakat sivil, peluang saksama harus diberi kepada semua, keluhuran undang-undang di mana yang dipentingkan adalah apa yang diketahui dan bukan siapa yang dikenali dan harus membina masyarakat yang berintegriti dan cerdik untuk mencapai ekonomi pendapatan tinggi dan berasaskan pengetahuan.


Semalam Najib berkata, orang Melayu tidak pernah menjadi bangsa yang mengamalkan sikap perkauman malah sanggup berkongsi kuasa dan adil kepada bangsa lain di negara ini.

Perdana Menteri berkata orang Melayu sentiasa mengamalkan konsep wasatiyyah atau kesederhanaan dan sanggup menghulurkan tangan kepada orang bukan Melayu untuk membina sebuah negara yang aman, bersatupadu dan lebih makmur.

“Oleh itu jangan sekali-kali mereka (orang bukan Melayu) mencuit perasaan orang-orang Melayu dengan hendak ubah apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan dan apa yang sudah pun kita rundingkan waktu Merdeka dahulu.

“Perkara-perkara ini kita akan pertahankan,” katanya.

“Adakah dengan memainkan sentimen perkauman terhadap orang Melayu dan melaungkan diri sebagai pembela bangsa itu memberi hak kepada Umno untuk melibatkan diri dalam skandal RM250 juta ‘lembu dan kondo’ melalui syarikat keluarga seorang menteri persekutuan Umno?” kata beliau dalam satu kenyataan.

Lim juga berkata, adakah dengan memberi amaran kepada orang bukan Melayu supaya tidak mencuit perasaan orang Melayu itu membolehkan skandal RM13 bilion Zon Bebas Pelabuhan Klang atau pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2010 tentang jabatan-jabatan kerajaan yang telah terlebih belanja sebanyak RM3.7 bilion?

“Masa sudah tiba untuk berjuang untuk aspirasi semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa atau agama. DAP menolak politik diskriminasi Umno yang berkeras dengan konsep Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian.

“DAP juga mengecam Umno dan sekutunya kerana melayan sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan ideologi perkaumannya sebagai pengkhianat dan musuh orang Melayu,” katanya lagi.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, rakyat tidak boleh membenarkan UMNO merampas Perlembagaan Persekutuan untuk memecahbelahkan rakyat dengan perasaan permusuhan dan kebencian, dan juga untuk menjadikan perjuangan untuk semua rakyat Malaysia sebagai satu tindakan yang salah.

“Umno selalu memetik Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan untuk mewajarkan agenda perkauman mereka. Namun demikian, Umno selalunya gagal menyebut bahawa Artikel 153 juga mempertahankan kepentingan-kepentingan sah komuniti-komuniti lain,” katanya lagi.

Mengenai Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan juga, kata Lim, menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan artikel itu.

“Dalam erti kata lain, Perlembagaan Malaysia adalah berdasarkan konsep ‘Malaysia dahulu’ dan bukan kemudian!” katanya.

Read More...

04 December 2011

Guan Eng Jawab Fatwa Bodoh Umno

Lim: Macam mana DAP boleh pimpin Pakatan?

Umno didakwa terus meniupkan sentimen perkauman dengan tujuan menakutkan rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu bahawa parti itu bercadang menuntut kerusi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya pada pilihan raya akan datang.

Menurut setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, perkara itu adalah mustahil kerana di anatara komponen Pakatan, DAP bertanding bilangan kerusi parlimen yang paling kurang.

“Dalam pilihanraya umum 2008, DAP bertanding 47 kerusi Parlimen, PAS 66 dan PKR 97.


“Macam mana sebuah parti yang hanya bertanding 47 kerusi boleh memimpin Pakatan?

“Jelas ini adalah permainan perkauman bahaya untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan ke atas DAP dan bukan Melayu,” kata Lim semasa perasmian kongres Wanita DAP Pulau Pinang.

Katanya, Umno sebenarnya kini dalam keadaan terdesak kerana kerajaan persekutuan bukan sahaja diselubungi gejala rasuah berleluasa, malah dicemari dengan agenda serta retorik ketuanan dan perkauman.


“Kepimpinan yang lemah oleh Perdana Menteri Najib Razak menyebabkan agenda transformasi yang dilaung-laungkan oleh kerajaan persekutuan gagal sama sekali.

“Laporan Indeks Persepsi Rasuah terbaru menunjukkan Malaysia merundum lagi, kali ini di tangga ke-60 daripada tangga ke-56 tahun lepas. Ini merupakan prestasi paling teruk dalam tempoh sepuluh tahun,” katanya.

Menurut Lim yang juga adalah ketua menteri Pulau Pinang, Najib dan konco-konconya semakin tertekan apabila DAP dan Pakatan Rakyat menawarkan harapan baru kepada rakyat.

“Walaupun pada awalnya DAP dan Pakatan Rakyat dilihat sebagai tidak berpengalaman untuk mentadbir kerajaan, namun kejayaan kita di Pulau Pinang, serta di negeri Kedah, Selangor dan Kelantan telah menunjukkan bahawa, kita tidak berpengalaman tentang rasuah dan kronisme yang dibudayakan dalam parti pemerintah di peringkat kerajaan pusat,” kata Lim.

Beliau seterusnya membandingkan pentadbiran Pakatan dengan BN yang dikritik oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 kerana terlebih belanja RM3.7 bilion dan juga mengenai skandal RM250 juta “lembu dan kondo” yang membabitkan keluarga seorang menteri kabinet.

“Demi menutupkan kelemahan penyelewenban kewangan dalam BN, Umno menggunakan senjata terakhir iaitu memainkan isu perkauman dan agama terhadap DAP, penganut Kristian, masyarakat Cina dan pengundi DAP.

“Itulah sebabnya kita mesti Bersihkan Malaysia demi menghalang BN menang balik Pulau Pinang dan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13, di mana rakyat akan dipimpin oleh puak rasis yang anggap bukan Melayu warganegara kelas ketiga dan Melayu mudah ditipu supaya rasuah boleh bermaharajalela”

Lim juga menghuraikan kejayaan-kejayaan Pulau Pinang yang diterajuinya. Antaranya:

negeri yang meraih perlaburan yang terbesar pada 2010, - RM12.2 billion, iaitu paling tinggi dalam sejarah negeri.

dipuji sebagai negeri yang terbaik dalam pengurusan kewangan oleh Laporan Ketua Audit Negara dengan lebihan bajet RM1.13 bilion.

pengurangan hutang yang paling besar - 95 peratus atau RM600 juta daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir Oktober 2011.

berjaya mengurangkan kadar jenayah sebanyak 27 peratus - penurunan yang paling tinggi di Malaysia.

negeri pertama dalam usaha pemuliharaan alam sekitar dan kempen hijau, termasuk menjadi negeri pertama melarang penggunaan beg plastik yang mencemar alam.

negeri tunggal dipuji oleh Transparency International atas usaha lawan rasuah dengan memperkenalkan tender terbuka.

negeri pertama di Malaysia yang membasmi miskin tegar dan membolehkan setiap keluarga memperolehi sekurang-kurangnya RM600 sebulan.

negeri pertama melaksanakan dasar pro kebajikan rakyat dengan memberi sumbangan RM100 setiap tahun kepada warga emas, ibu tunggal, OKU, pelajar Darjah 1 dan 4 serta Tingkatan 1 dan 4, serta bayaran one-off sebanyak RM200 kepada bayi kelahiran baru, RM1,000 kepada pelajar IPTA dan RM1000 kepada waris-waris.

mencatat peningkatan bilangan penumpang udara yang tertinggi pada tahun 2010.

menyumbang lebih 60 peratus daripada penerimaan pelancongan perubatan di Malaysia.

Read More...

02 December 2011

Orang Paling Bodoh Dalam Umno Bercakap

Umno: DAP pasti lantik bukan Melayu PM atau ‘boneka’ jika Pakatan perintah

KUALA LUMPUR, 2 Dis — DAP akan meletakkan bukan Melayu sebagai perdana menteri jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, demikian ramalan seorang ahli Majlis Tertinggi Umno yang turut menekankan keresahan orang Melayu akan hilang kuasa dan hak.

Jika DAP yang didominasi kaum Cina gagal maka mereka tidak akan teragak-agak untuk melantik “perdana menteri boneka” sebagaimana pernah disaksikan dengan pelantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak pada Mac 2008, kata Ketua Umno Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Kerajaan negeri Pakatan Rakyat jatuh pada awal 2009 selepas tiga wakil rakyat masing-masing dua dari PKR dan seorang dari DAP keluar parti.


“Mereka cuba dengan keras di Perak. Jadi, jika jawatan MB (menteri besar) pun mereka berminat, mengapa tidak jawatan PM (perdana menter)?

“Saya pasti itu yang mereka mahukan. Jadi, jika tidak boleh, mereka akan berkompromi dan meletakkan seseorang menjadi boneka seperti Nizar,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di sisi Perhimpunan Agung Tahunan Umno 2011 di sini.

Tajuddin menjelaskan bahawa ini boleh berlaku di bawah sebuah kerajaan Pakatan Rakyat.

DAP kata Tajudin, akan muncul sebagai sebuah parti yang dominan manakala PAS pula tidak akan ada sebarang kedudukan atau kuasa.

“Berapa kerusi yang PAS bertanding? Kurang daripada 60. Untuk membentuk kerajaan, mereka memerlukan lebih banyak kerusi daripada DAP dan PKR.

“Anda tahu bahawa secara semula jadi rakan yang dominan akan memegang lebih banyak kerusi,” katanya.

Pendirian Tajudin ini selari dengan keresahan kebanyakan ahli Umno bahawa parti itu akan hilang kuasa di tangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Pemimpin yang lantang bersuara ini juga mempersoalkan keupayaan Pakatan Rakyat jika menjadi kerajaan alternatif kepada Barisan Nasional (BN) sambil berkata ia kekurangan pemimpin-pemimpin berpengalaman, ekonomi negara akan tergugat dan mengakibatkan ketidakstabilan.

Beliau juga memberi amaran khususnya kepada komuniti Cina bahawa perniagaan dan kehidupan mereka akan paling terjejas di bawah sebuah kerajaan Pakatan Rakyat.

“Malah masyarakat Cina, saya mahu memberitahu anda, anda tidak akan mendapat apa-apa manfaat. Di bawah situasi sedemikian, tidak akan ada apa-apa bisnes. Pasaran saham akan jatuh 70 hingga 80 peratus. (Nilai) pasaran RM5 akan jatuh sehingga 50 sen dan akan menjadi kertas tandas,” kata beliau.

“Siapa yang akan menderita? Anda fikir (Presiden PAS Datuk Seri) Haji Hadi (Awang) atau (Mursyidul Am PAS Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) boleh menguruskan ekonomi negara? Sesiapa sahaja di PAS? Anda boleh lihat kelayakan mereka,” katanya.

Selain PAS, Tajuddin juga menyerang keupayaan personaliti-personaliti lain seperti Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan pemimpin-pemimpin DAP iaitu Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng, penasihat Lim Kit Siang, Pengerusi mereka Karpal Singh dan Setiausaha Publisiti Tony Pua.

“Anwar Ibrahim? Tidak. Beliau tidak tahu apa-apa tentang ekonomi. Anda jangan ketawa sebab saya pernah bersama dengan beliau di universiti. Beliau belajar sastera, pengajian Islam. Sudah pasti beliau seorang pemidato yang baik,” kata Tajuddin beliau pernah bersama dengan Anwar ketika zaman politik pelajarnya, malah pernah berkempen baginya ketika bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno pada 1982.

Read More...

Kalau sudah lemah, apa sahaja digunakan untuk menang

Kalau kita sudah lemah atau kurang sehat, kita akan bercakap seperti orang yang meroyan. Ia memang begitu. kepada orang yang sedang demam panas selalunya dia akan meroyan dan bercakap tidak tentu buah butirnya. Begitu jugalah apa yang kita sedang lihat dalam Perhimpunan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO dan Perhimpunan UMNO sekarang ini.

Muhyiddin memulakan ucapan keras untuk membentuk bibit kebencian di antara rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Buat masa ini rakyat berbilang kaum di bawah-bawah ini bersatu dan tidak bermusuhan di antara satu dengan lain. Yang menaikkan semangat benci membenci di kalangan rakyat dan di antara kaum ini ialah pemimpin sendiri dan ini boleh kita lihat dari intipati dalam teks ucapan Timbalan Presiden UMNO itu. Kerja dan usaha memecah belahkan rakyat berbilang kaum itu diperkuatkan dengan beberapa cebisan ayat-ayat suci al Quran dalam beberapa surah di dalam kitab suci itu.

Katanya DAP itu rasis, PKR itu parti yang memperjuangkan tubuh badan individu dan PAS itu sudah jadi baruah DAP. Kita memahami kenapa Muhyiddin bercakap begitu. Ia adalah satu usaha untuk menyatukan orang Melayu di belakang UMNO. Bagi Muhyiddin saya yakin beliau tidak lagi menaruh harapan kepada bangsa lain kerana bangsa lain terutamanya, mempunyai pendirian yang tetap dan payah untuk di goyahkan.


Bagi Muhyiddin oleh kerana kegelabahan dan kegelisahan beliau, Timbalan Presiden UMNO ini terlupa dengan apa yang dia kata semalam dan hari ini misalnya. Hari ini bercakap lain, besok dia akan bercakap perkara yang sama tetapi dalam mood yang bertentangan dengan apa yang beliau perkatakan pada hari sebelumnya.

Selalunya kalau kita kaji dari psikolojinya Muhyiddin sudah mula hilang keyakinan terhadap sokongan rakyat khususnya orang Melayu. Bagi Muhyiddin beliau boleh berkata apa sekali pun terhadap bukan Melayu kerana beliau merasakan beliau tidak boleh mengharapkan bangsa cina untuk bersama beliau dan UMNO. Kata-kata beliau begitu rasis, malahan lebih rasis dari Perkasa semasa berucap di Perhimpunan 3 sayap parti, Wanita, Puteri dan Pemuda.

Maka kita lihat apa yang di suarakan oleh Najib melalui slogan 1Malaysia itu dilanggar secara ‘head-on’ oleh Muhyiddin. Muhyiddin sudah kesuntukan akal. Sebagai Timbalan Perdana Menteri beliau merupakan pengganti kepada Najib jika ada apa-apa yang berlaku kepada kepimpinan Najib. Belum pun beliau mengambil alih beliau telah menunjukkan sikap tidak boleh ‘co-exist’ dengan bangsa-bangsa lain di negara ini, bagaimana kah beliau boleh diterima oleh rakyat secara menyeluruh nanti?

Bagi saya sikap Muhyiddin itu merupakan sikap ‘mengecilkan padang’ beliau sendiri. Beliau hanya mahukan orang Melayu untuk bersatu dan seolah-olah menolak kewujudan bangsa lain terutamanya bangsa cina yang sudah berada empat keturunan di negara ini.

Bagaimana kah Muhyiddin boleh di terima sebagai pemimpin jika beliau hanya mahu menjadi pemimpin kepada bangsanya sendiri sahaja. Pada Muhyiddin bangsa lain semuanya anti Islam, komunis, jahat, dan semuanya yang tak elok. Hendak juga saya melihat jika Muhyiddin jadi PM dengan hanya menjaga orang Melayu. Bila bercakap seperti orang yang tidak berfikir langsung semata-mata kerana hendak menjaga ‘hard liners’ dalam UMNO.

Apa kah agaknya sebab-sebab Muhyiddin menuduh DAP hendak jadikan negara ini sebagai sebuah Republik? Saya percaya Muhyiddin menyebut ini kerana rasa terdesak di atas keruncingan sokongan orang ramai terhadap UMNO dan BN pada hari ini. Kadang-kadang kita tidak boleh menyalahkan MCA dan Gerakkan menuduh yang kedua parti itu tersungkur kerana sikap pemimpin reputasi UMNO yang menerajui BN itu. UMNO kini tidak mempunyai ‘magnanimity’ yang tinggi. Muhyiddin sepatutnya membaca dan menghayati isi kandungan perlembagaan parti itu betul-betul.

Sesungguhnya saya sudah percaya apa yang di katakan oleh Gerakkan dan MCA beberapa lama selepas kekalahan teruk dalam PRU 2008 yang UMNOlah menyebabkan kedua parti itu jatuh merudum. Kaum-kaum khususnya kaum cina beranggapan yang Gerakkan dan MCA itu hanya sebagai parti-parti yang telah di pariahkan oleh UMNO sendiri. Maka tindakan bangsa cina tidak menyokong MCA dan Gerakkan itu adalah tepat bagi mereka kerana MCA dan Gerakkan itu sentiasa mengikuti kerenah buruk UMNO sebagai parti tunjang kepada BN itu.

Dengan ucapan pedas Muhyiddin di Perhimpunan 3 sayap UMNO yang baru lalu ini bangsa cina nampaknya lebih takut jika BN khususnya UMNO, masih diberikan mandat kali ini. Apa yang di perlukan pada hari ini ialah seorang pemimpin Melayu yang di hormati oleh semua bangsa kerana pimpinan utama negara ini adalah moralnya hak orang Melayu.

Tetapi kalaulah pemimpin seperti Muhyiddin yang bakal mengambil alih kepimpinan Najib yang sedang di usahakan oleh setengah kumpulan dalam UMNO sekarang ini sudah dibuai dengan sentimen rasisnya maka menjadikan Muhyddin sebagai pemimpin yang bakal menerajui pimpinan BN yang akan hanya mengambil tanggungjawab terhadap orang Melayu sahaja.

Itu cerita Muhyiddin. Bagaimana pula kalau kita belek-belek sedikit cerita Shahrizat, Ketua Wanita UMNO, yang masuk parlimen melalui pintu belakang itu? Dalam Perhimpunan Wanita Sharizat secara jelas juga seorang yang tidak begitu ‘center’ sebagai seorang nombor satu dalam Wanita UMNO. Menyingsing lengan bajunya di hadapan perwakilan dengan nada garang tidak bertempat. Ada di antara yang ada di dalam dewan persidangan memberi komen, ‘kenapa tidak sensing kainnya sekali?’

Kenapa memberikan reaksi marah hanya kepada Zuraida PKR sahaja kerana desakan Zuraida yang meminta beliau meletakkan jawatan? Kenapa tidak marah kepada Bung Mokhtar dan gengnya sekali kerana mereka dalam UMNO sendiri meminta beliau meletakkan jawatan?

Saya di sini tidak berkeyakinan yang UMNO mampu mengenepikan Shahrizat dalam PRU nanti kerana beliau adalah Ketua Wanita UMNO. Jika beliau masih di calonkan maka ianya akan memberikan ‘effect’ yang ‘negatif’ kepada BN di seluruh negara. Yang boleh mengenepikan beliau hanyalah beliau sendiri dengan berhenti secara sukarela dan tidak lagi menjadi calon dalam PRU nanti. Lagi pun UMNO boleh melantik beliau sekali lagi melalui pintu belakang. Itu pun dengan syarat BN menang pilihanraya nanti.

Yang tidak akan dapat dinafikan oleh sesiapa ialah pendekatan Najib dan Muhyiddin sangat berbeza dan sentiasa bersalah-salahan. Najib dengan 1Malaysia nya. Muhyiddin dengan rasis Melayunya. Muhyiddin yang rasis Melayu cuba hendak menuduh DAP sebagai rasis cina yang hanya di anggotai oleh kaum cina. Tetapi apabila DAP hendak membawa orang Melayu untuk mengimbangi kaum-kaum yang berbilang dalam negara ini Muhyiddin kata cina DAP melakukannya untuk mengumpan dan mengudakan orang Melayu dan orang Melayu yang menyertai parti itu di anggap sebagai pengkhianat bangsa dan negara pula.

Siapa yang pengkhianat? Jika menyertai DAP itu pengkhianat dan memberi ancaman kepada keselamatan negara kenapa tidak haramkan sahaja DAP itu? Tuduhan Muhyiddin ini begitu serius dan kepada siapa yang mahu hidup bersama secara aman mesti menolak Muhyiddin kerana jika beliau menerajui kepimpinan negara kehidupan kita di antara kaum akan porak peranda.

Sebagaimana yang saya tekankan sebelum ini pengkhianat ini ialah seseorang yang menjahanamkan negara dan keselamatan rakyatnya. Pengkhianat yang sebenarnya ialah perasuah kerana budaya rasuah akan menjahanamkan sistem pentadbiran negara dan membawa perpecahan kepada rakyat yang menghuninya. Rasuah lebih dahsyat akibatnya dari ancaman komunis dan dadah.

Mereka yang rasuah ini merupakan benar-benar pengkhianat terhadap negara kerana tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara jujur seperti yang di amanahkan oleh rakyat. Stigma rasuah ini merupakan stigma yang tidak dapat ditanggalkan dari UMNO dan BN. Seperti yang saya sebutkan dalam posting yang lalu, UMNO dan rasuah itu ibarat aur dengan tebing, saling menyandar di antara satu dengan yang lain, malahan keselamatan negara akan terancam jika rakyat tidak mahu menyingkirkan perasuah dari barisan kepimpinan negara.

Kritikan tentang rasuah ini sudah lebih satu dekad di persoalkan oleh rakyat tetapi nyata rasuah ini tidak dapat ditanggalkan dari UMNO. Maka pimpinan UMNO wajar berfikir, jangan tuduh seteru politik sembarangan kerana UMNO sendiri itu tidak berkemampuan untuk membuat perubahan minda dengan mengaku rasuah itu adalah musuh nombor satu negara dan rakyat.

Pemimpin UMNO boleh berucap bertempik-tempik di Dewan Merdeka dengan retorik dan janji-janji menggunung, tetapi rakyat tidak dapat melupakan isu rasuah yang terlalu menebal dengan UMNO. Cubalah berusaha untuk bersatu tetapi rasuah tadi tidak akan membolehkan mereka bersatu di antara satu dengan lain dalam UMNO dan BN.

Kalau UMNO boleh bersatu, rakyat juga boleh bersatu untuk menolaknya. Sebenarnya rakyatlah yang sudah penat menangani isu perpaduan ini. Sudah nampak jelas rakyat mahu bersatu dalam erti kata yang sebenarnya tetapi nampaknya mereka lebih cenderung untuk bersatu di luar UMNO dan BN. Sangat susah untuk bersatu dibawah UMNO jika pemimpin-pemimpin mempunyai sikap seperti Muhyiddin Yassin. Beliau hanya inginkan orang Melayu sahaja bersatu sedangkan rakyat mahu bersatu bagi semua kaum yang hidup dalam negara ini.

Inilah bibit-bibit yang menyebabkan rakyat berbilang kaum sekarang menerima parti-parti berbilang kaum dan secara deras menolak parti-parti yang di anggotai oleh hanya satu kaum seperti UMNO, MCA dan MIC. Perbezaan wadah dan keterampilan Najib dengan Muhyiddin ini akan memberi lebih sebab kenapa rakyat patut menyertai parti-parti berbilang kaum di negara ini.

Setiap parti yang terdaftar dengan pendaftar pertubuhan menerima kandungan perlembagaan negara. Oleh kerana tuduhan pemimpin UMNO yang parti-parti ini tidak menghormati perlembagaan negara inilah yang menyebabkan rakyat berpecah belah.Semua parti menghormati perlembagaan dan tuduhan Muhyiddin yang ada pihak tertentu hendak jadikan negara ini negara republik itu amat menyentuh perasaan rakyat kerana ianya adalah tuduhan yang amat jahat dan memalukan bangsa Melayu kita sendiri.

Itulah sebabnya pemimpin-pemimpin terdahulu pernah berkata yang kita mesti jauhkan pemimpin yang mempunyai sikap rendah diri dan mempunyai tahap ‘confidence’ yang rendah untuk memimpin. Ugut mengugut, gertak menggertak dan memulas tangan rakyat adalah senjata akhir untuk terus berkuasa. Memaki hamun, mencarut dan menyinsing lengan macam Sharizat menjadi perkara biasa. Jangan menyinsing kain cukuplah.

Pemimpin seperti ini akan bertindak mengikut rasa hati mereka sahaja dan tidak bertindak mengikut keperluan bangsa-bangsa yang dipimpinnya.

Aspan Alias

Read More...

01 December 2011

Akhirnya Muhyiddin Mengaku Umno Rasis Tapi Kurang Sikit La..

Muhyiddin: Ada pihak 100 kali lebih rasis dari Umno

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menolak dakwaan bahawa ucapannya ketika merasmikan ketiga-tiga sayap parti - Wanita, Pemuda dan Puteri - kelmarin adalah bersifat rasis.

Katanya, apa yang diucapkannya "bukan suatu yang berbeza sebaliknya memperkukuhkan kesedaran baru" di kalangan orang Melayu tentang perjuangan parti itu.

"Tidak ada perbezaan, apa yang disebutkan dengan sejarah yang telah dinyatakan.


"Cuma orang yang bersikap terlalu rasis sahaja, sepanjang masa, apabila satu pihak bercakap tentang satu kaum, dia kata dia (ini) rasis.

"Mereka tidak sedar, dia lebih seratus kali lebih rasis daripada kita," katanya menjawab soalan pemberita berhubung dakwaan tersebut.

Bagaimanapun, Muhyiddin tidak menyatakan dengan jelas identiti yang dimaksudkan sebaliknya menyifatkan mereka itu "tak ada bukti bahawa dia sanggup bekerjasama dan sanggup berkongsi pengalaman dan kuasa".

Bercakap pada sidang media selepas mendengar ucapan dasar Presiden Datuk Seri Najib Razak, Muhyiddin berkata amanat itu yang menyentuh sejarah parti membuktikan bahawa Umno tidak bersikap rasis.

Ini kerana, kata Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri, Umno sedia berkongsi kuasa dan memperjuangkan prinsip bukan untuk satu kaum.

"Walaupun sejarah dahulu, kita dalam satu peringkat boleh menubuhkan kerajaan Umno sendiri dalam pilihan raya pertama lalu, tetapi kita tidak buat begitu. Kita berkongsi kuasa.

"Dalam fasal-fasal pilihan raya selepas itu, Umno menang kerusi 51 peratus dalam parlimen (tapi) kita berkongsi kuasa. Dan ini kita tidak buat dalam pilihan raya sekali sekala, kita buat sepanjang masa selama 54 tahun.

"Jadi saya, sebagai timbalan presiden, sewaktu berucap, saya menyuarakan perkara yang serupa. Bukan luar biasa," katanya.

Katanya, parti itu mementingkan memberi kesedaran kepada orang Melayu kerana Melayu "faham dan bersama-sama mempertahankan perpaduan antara kaum".

Pada sidang media itu, juga beliau mengucapkan terima kepada presiden parti yang memujinya sebagai timbalan presiden yang "setia".

Muhyiddin menganggap ia satu pengiktirafan dan penghargaan sambil menegaskan beliau "sentiasa setia" untuk membantu Najib dalam segala urusan.

Beliau juga menganggap ucapan Najib yang menggariskan sejarah perjuangan parti, sebagai "ucapan terbaik" dalam mana-mana perhimpunan parti itu.

Read More...

Rasis: Terima Kasih Umno

Jika diikutkan apa yang diucapkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Ahmad Maslan, jelas UMNO/BN sudah tidak 'ketahuan' lagi. Sejak kebelakangan ini, UMNO sudah menunjukkan betapa parti yang kononnya perjuangkan nasib bangsa melayu ini sudah berada diambang 'sakaratul maut'.

Umum mengetahui bahawa UMNO selama ini menang di dalam pilihanraya bukanlah bergantung sepenuhnya kepada kekuatan undi melayu namun memerlukan 'tongkat' kaum lain terutamanya kaum Cina untuk menampung hayat mereka. Mengimbau kembali sejarah pilihanraya umum 1999 ketika mana bangsa melayu bangkit menolak UMNO/BN akibat 'buah tangan' isu Dato' Seri Anwar Ibrahim, parti melayu ini di'selamat'kan oleh undi kaum lain selain daripada memanupulasi undi pos. Jadi apakah Mahyuddin dan Ahmad Maslan tidak belajar daripada peristiwa tersebut?


Ucapan Muhyiddin ketika merasmikan persidangan tiga sayap UMNO di Kuala Lumpur adalah dengan berniat jahat kononnya DAP parti yang paling 'rasis', mahu mewujudkan negara republik dengan mengenepikan nilai, sejarah dan jati diri negara bangsa berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam adalah tidak benar sama sekali. Bagaimana seorang yang bergelar Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran boleh mengeluarkan kenyataan yang sedemikian rupa. Jadi amat malanglah bagi para guru mempunyai menteri yang bersikap sebegini.

Begitu juga dengan Datuk Ahmad Maslan yang berkata bahawa Bahasa Melayu akan hilang (kedudukan), ucapkan 'selamat tinggal' kepada Kesultanan Melayu, malah pembangkang DAP tidak akan hormati institusi diraja. Seterusnya beliau menambah lagi dengan mengatakan juga 'Selamat tinggal' kepada Islam sebab mereka (DAP) adalah ejen Kristian (merujuk kepada usahasama PAS di dalam Pakatan Rakyat). Bukankah ucapan-ucapan ini boleh mencetuskan rasa kurang senang dan tidak puas hati dikalangan orang melayu yang boleh membawa kepada rusuhan kaum? Apakah mereka lupa apa yang terjadi kepada tulisan jawi? DAP yang yang mengharamkannya? Bagaimana pula nasib yang menimpa Dewan Bahasa Dan Pustaka? Kemana perginya Saham Bumiputera yang bernilai puluhan bilion ringgit? Bukankah PPSMI diluluskan oleh UMNO/BN yang menyebabkan ramai pelajar melayu terutamanya di yang tinggal dipendalaman ketinggalan? Mengapa Undang-undang Murtad tidak digubal sedangkan sebelum ini berapa ramai melayu UMNO yang mengaku perjuangkan bangsa dan agama menjadi ahli parlimen?

Atas dasar inilah, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyeru kepada kaum lain terutama Kaum Cina agar bertindak 'mengajar' UMNO/BN di dalam pilihanraya yang akan datang kerana sudah jelas dan nyata punca kepada perpecahan kaum yang berlaku adalah kerana selagi wujudnya parti yang berteraskan bangsa ini. Mereka bukannya menghentam DAP secara khusus akan tetapi yang tersiratnya adalah menghina Kaum Cina keseluruhannya setelah mereka menemui jalan buntu untuk mendapatkan kembali sokongan dan undi kaum tersebut. DAP yang bertindak memperjuangkan keadilan sehingga sanggup memecat mana-mana ahlinya yang didapati menyalahguna kuasa dituduh dengan bermacam-macam tuduhan dan tohmahan. Tidak sepertimana UMNO/BN yang bertindak membela Shahrizat yang dituduh menyelewengkan RM250juta tanpa dibawa kemuka pengadilan. Rekod pemerintahan DAP di Pulau Pinang yang dipuji oleh Audit Negara tidak diendahkan. Begitu juga nasib rakyat Pulau Pinang lebih terbela tanpa mengira bangsa dan parti berbanding di zaman pemerintahan BN dahulu juga di'gelap'kan oleh mereka.

Ayuhlah bersama di dalam Pakatan Rakyat demi untuk menjamin kesejahteraan antara kaum dan agama supaya hidup akan lebih harmoni dan tenteram daripada pemikiran politik sempit UMNO/BN. Terima kasih diucapkan kepada UMNO kerana dengan ucapan-ucapan sebegini akan menyebabkan rakyat semakin muak dengan perangai dan tingkahlaku mereka. Sudah sampai masanya mereka di'didik' dengan 'bahasa' undi kerana hanya itu sahaja 'jalan' yang paling sesuai dan mudah difahami oleh UMNO/BN.

**Mohd. Firdaus Jaafar adalah Ahli Parlimen Jerai merangkap Exco Dewan Pemuda PAS Pusat

MOHD FIRDAUS JAAFAR


Read More...

22 July 2011

Siapa Cakap Melayu Rasis??

Orang Melayu dan juga kaum-kaum lain di negara ini - "tidak rasis dan tidak pernah rasis" tetapi mereka bersikap perkauman kerana dimanipulasi oleh pihak-pihak berkepentingan supaya berkelakuan, berfikir dan bertindak sebagai ʻkomunalisʼ, yakni kaum yang bersikap perkauman, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

“Bagi orang Melayu sikap seperti itu sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam dan apabila orang Melayu bersifat kurang Ê»Islamikʼ mereka cenderung ke arah bersikap perkauman atau rasis, berbalik ke zaman jahiliah sebelum Nabi Muhammad SAW berdakwa menentang kepercayaan dan fikiran jahiliah,” katanya ketika melancarkan NGO baru, Angkatan Amanah Merdeka, hari ini.

“Kita berkumpul di sini... pada hari ini bukan untuk melancarkan gerakan membantah atau protes dan tidak juga untuk bermain politik.


“Kita berkumpul di sini kerana kebanyakan daripada kita, secara tulus berasa amat prihatin dan risau, gundah dan sedih melihat apa yang sedang berlaku di negara kita yang tercinta ini,” katanya.

Sehubungan itu, bekas pemimpin Umno dan ahli parlimen Gua Musang itu berkata warga Malaysia yang berfikiran benar dan saksama tidak harus berpeluk tubuh, menyerah dan menerima secara pasif dan berlembut hati terhadap buruk laku dan keadaan yang dahsyat seperti rasuah, kronisme dan krisis perkauman di negara ini.

“Kita mesti bertindak segera sebelum keadaan ini sampai ke tahap yang tidak dapat dipulihkan lagi sehingga akhirnya seluruh asas peraturan hidup sosial, moral, budaya, undang-undang dan perlembagaan yang menjadi wadah ketahanan negara kita selama ini akan hancur dan musnah.

“Kita jangan menunggu lama lagi sebelum kita terlambat untuk melakukan perubahan.

Sekitar 300 orang menghadiri pelancaran Amanah di Memorial Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur hari ini.

Antara mereka termasuk presiden KITA Datuk Zaid Ibrahim, naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan bekas presiden and bekas Transparency International Malaysia Tan Sri Ramon Navaratnam.

Dipetik dari Malaysiakini

Read More...

22 June 2011

Kit Siang tawar buktikan mesej Ibrahim Ali ugut kaum Cina

Penasihat DAP Lim Kit Siang tampil menawarkan salinan ucapan Datuk Ibrahim Ali, Ahad lalu kepada Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri untuk membuktikan presiden Perkasa ada mengugut komuniti Cina menjelang perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai.

Sambil menggambarkannya melakukan kesalahan teruk, Lim berkata beliau sudah menonton ucapan Ibrahim dan mengesahkan bahawa pemimpun kumpulan hak Meyau itu ada memberi amaran kepada kaum Cina agar tinggal di rumah dan menyimpan makanan kerana apa sahaja boleh terjadi.

Katanya, apa yang diucapkan oleh pemimpin itu boleh dilihat sebagai satu bentuk ugutan kepada komuniti Cina.


Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Lim menambah, Ibrahim tidak seharusnya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas kenyataannya itu tetapi seharusnya dicaj di mahkamah.

“Jika Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar belum lagi melihat rakaman video, saya boleh hantar mereka satu salinan,” katanya.

Awal hari ini, Hishammuddin berkata polis akan memanggil pemimpin Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa berhubung perhimpunan mereka 9 Julai ini.
Kata Hishammuddin, polis tidak akan mengeluarkan permit kepada mereka.

Beberapa organisasi media melaporkan Ibrahim sebagai berkata orang Cina perlu tinggal di rumah ketika protes Bersih dan simpan bekalan makanan.

Kenyataannya telah disalah tafsir oleh ramai sebagai satu ugutan kepada komuniti Cina, menyebabkan Ibrahim berhadapan dengan kritikan ramai.

Semalam, Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata beliau hanya menasihatkan komuniti Cina supaya duduk di rumah pada hari tersebut.

Beliau juga mengecam media kerana salah tafsir kenyataannya sambil mendakwa The Malaysian Insider memutarbelitkan kata-katanya di luar konteks.
Lim mempersoalkan mengapa kerajaan terus enggan menghukum Ibrahim atas kenyataannya.

“Adakah ini kerana wajah brahim Ali semakin menjadi penting untuk mewakili kuasa sebenar dalam politik Umno - menggantikan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Lim berkata jika Hishammuddin atau Ketua Polis Negara gagal untuk bertindak sewajarnya ekoran kenyataan Ibrahim, maka kedua-dua mereka seharusnya meletakkan jawatan mereka.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Read More...

20 June 2011

Ibrahim Ali Pengecut Ugut Kaum Cina - Nurul Izzah

Nurul Izzah Anwar menyifatkan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sebagai pengecut kerana mengugut kaum Cina menjelang Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini.

“Ugutan-ugutan macam ini hanya dibuat oleh seorang pengecut,” kata beliau sambil berkata pihak berkuasa telah gagal untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas wakil rakyat itu sebelum ini.

“Sementara saya percaya bahawa kita harus menghormati hak setiap rakyat Malaysia untuk bercakap dengan bebas, kebebasan bukan sesuatu yang boleh disalahgunakan atau boleh digunakan tanpa rasa tanggungjawab.


“Oleh itu, saya sangat kecewa dengan kata-kata bersifat menghasut dan bahasa kesat digunakan oleh Datuk Ibrahim Ali (gambar), berkaitan dengan Himpunan Bersih 2.0,” kata Naib Presiden PKR ini kepada The Malaysian Insider.

Sehubungan itu, Nurul Izzah berkata, rakyat Malaysia tidak harus takut dengan ugutan Ibrahim yang dibuat semalam.

“Jangan kita takut untuk berdiri tegas atas apa yang kita percaya. Jangan kita tidak terhalang demi kebaikan Malaysia,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai ini.

Seorang lagi Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang melahirkan respons berbaur menyindir berhubung ugutan Ibrahim yang menyasarkan kaum Cina.

“Terima kasih atas keprihatinan beliau ke atas orang Cina. Jika sesuatu berlaku, semua akan menerima kesan, betul? Tetapi Datuk Ibrahim Ali hanya risau mengenai keselamatan orang Cina, sangat mengambil berat (mengenai orang Cina),” katanya lagi.

Semalam, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan “perang” terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Datuk Ambiga Sreenevasan dan memberi amaran kepada kaum Cina agar jangan keluar pada 9 Julai ini atas alasan “apa sahaja boleh berlaku.”

Ibrahim menegaskan, perhimpunan anti-Bersih 2.0 yang bakal diadakan serentak akan diteruskan dan beliau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden tidak diingini.

“Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara… jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan.

“Ya, apa sahaja boleh berlaku. Dan, saya minta agar polis mengambil apa sahaja tindakan dan gunakan kuasa mereka untuk bertindak,” katanya semasa melancarkan Gerak Aman semalam.

Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.

PAS telah berjanji akan menggerakkan 300,000 peserta untuk menyokong perhimpunan itu untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya adil dan bebas pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi. - The Malaysian Insider




SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Read More...

27 April 2011

Khir Toyo Dakwa Cina Nak Hapuskan Hak Orang Melayu

SHAH ALAM 27 APRIL : Bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo mendakwa kempen 1 Melayu 1 Bumi adalah jawapan orang Melayu kepada usaha kaum Cina memperkasakan DAP untuk menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu.

Khir merujuk kepada kemenangan besar DAP menawan 12 daripada 15 kerusi yang dipertandingkan pada pilihanraya negeri Sarawak 16 April lalu.

"Ramai orang bukan Cina, terutamanya bumiputera, melihat sokongan kaum Cina kepada Pakatan lebih merupakan sokongan kepada pemerkasaan kuasa politik orang Cina melalui DAP bagi menghakis dan seterusnya menghapuskan apa-apa sahaja keistimewaan bumiputera seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia," kata beliau dalam blognya hari ini.


DAP menegaskan bahawa corak pengundian menunjukkan kemenangan besarnya di Sarawak tidak berpaksi kepada undi Cina sahaja.

Sebalikny parti itu juga mendapat peratusan sokongan membanggakan daripada kaum Bumiputera di negeri itu.

Susulan pilihanraya negeri itu, Utusan Malaysia mencadangkan Umno melancarkan gerakan 1Melayu 1Bumi untuk menyatupadukan orang Melayu dalam memperjuangkan agenda kaum itu.

Bagaimanapun cadangan itu tidak diangkat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mencanang slogan 1Malaysia.

Bagaimanapun beberapa pemimpin Umno seperti Naib Presiden Zahid Hamidi menyokong cadangan Utusan itu.

Khir hari ini turut memberi sokongan kepada gerakan 1Melayu untuk menyatu padukan orang Melayu.

Beliau turut mempertahankan Perkasa yang akan melancarkan kempen 1 Melayu 1 Bumi Sabtu ini di Alor Setar.

"Mengapa apabila ditubuhkan Perkasa maka ia dianggap pertubuhan perkauman, namum ratusan pertubuhan lain yang bersandar dan bertunggakkan kepentingan kaum Cina tidak dianggap perkauman oleh akhbar-akhbar yang dikuasai oleh kaum Cina?" tanya Khir.

Menurut Khir, soal slogan 1 Melayu 1 Bumi itu boleh dianggap perkauman atau tidak, bergantung kepada pelaksanaan, tuntutan dan kehendak gerakan tersebut.

Jika konsep itu bertujuan menyatukan kaum bumiputera bagi tujuan menindas dan menghancurkan kaum Cina maka konsep ini harus dianggap perkauman dan ditentang sehabisnya.

"Jika gerakan ini bertujuan menyatupadukan orang kaum Bumiputera demi menjaga kepentingan bumiputera dan Islam, maka ia tidak harus dianggap agenda perkauman. Ia harus dianggap sebagai satu perjuangan yang sah dan mulia," tambah beliau.- TVS

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Read More...

23 April 2011

Komponen BN Sendiri Tak Percaya Umno

MCA gesa rakyat pulaukan Utusan Malaysia

MCA menggesa rakyat Malaysia supaya memulaukan akhbar Utusan Malaysia kerana mecadangkan gerakan '1Melayu, 1Bumi' diutamakan. Parti itu mendakwa cadangan itu adalah untuk menghalalkan diskriminasi kaum.

Timbalan ketua publisiti MCA, Loh Seng Kok berkata konsep 1Melayu, 1Bumi yang diilhamkan oleh akhbar milik Umno itu bertujuan menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi mereka membuat pilihan semasa pilihan raya.

Dalam kenyataan medianya dalam bahasa Mandarin, lewat petang semalam, Loh berkata semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras perlu memulaukan alhbar berkenaan dan mempercepatkan lagi edaran Utusan Malaysia yang terus menjunam.

Kindle Wireless Reading Device, Wi-Fi, Graphite, 6" Display with New E Ink Pearl Technology
"Pendirian akhbar itu mempersendakan konsep pentadbiran Najib berhubung 1Malaysia dan cuba menyemai benih jahat di minda orang ramai. Konsep lapuk itu pasti dibidas oleh masyarakat antarabangsa.

"Adakah Utusan Malaysia mahu meneladani Afrika Selatan dan Amerika Syarikat (yang satu ketika dulu) mengamalkan dasar apartheid dan pengasingan kaum?” soalnya.

Loh berkata Utusan Malaysia wajar diingatkan bahawa BN terdiri daripada 13 parti komponen yang mewakili pelbagai masyarakat berbilang kaum, justeru '1Melayu, 1Bumi' tidak baik bagi perikatan itu.

Paling penting katanya jika akhbar Melayu itu mahu dihormati setiap rakyat, ia harus komited terhadap konsep 1Malaysia dan membantu membina jambatan di kalangan rakyat pelbagai bangsa.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mencabar presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya mengenakan tekanan ke atas Umno supaya 'menegur' Utusan Malaysia berhubung artikel itu.

"Lakukannya Chua! Bagi tahu Umno supaya arahkan akhbarnya untuk menarik balik cadangan penubuhan '1Melayu, 1Bumi' ataupun MCA sepatutnya berundur dari BN,” kata Lim (kiri) dalam satu kenyataan.

Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hassan dalam ruangan Cuit tiga hari lalu, berkata DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina.

Zaini berkata pada pandangannya Umno harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi".

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Read More...

22 April 2011

Manusia Bangang Saja Yang Mampu Lahirkan Idea Bangang Sebegini

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, idea gerakan "1Melayu, 1Bumi" yang dicadangkan oleh Utusan Malaysia dan disokong Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan adalah tidak baik untuk negara.

"Saya harap ia tidak berlaku....Jika kita laksanakan juga, akan terdapat sistem dua parti dalam politik...jika satu dikuasai oleh Melayu dan satu lagi oleh Cina, ia akan membawa mala petaka kepada negara," katanya dipetik Bernama selepas melancarkan Perdana Global Peace Foundation dan Jelajah Keamanan 2011 di Kuala Lumpur hari ini.

Utusan Malaysia Rabu lalu menerusi Timbalan Ketua Pengarangnya, Datuk Zaini Hassan mencabar kerajaan supaya melancarkan gagasan 1Melayu 1Bumi untuk menyelamatkan masyarakat Melayu daripada ditindas masyarakat Cina.


“Apa yang Umno harus lakukan sekarang, di masa yang amat terdesak sekarang, ialah melancarkan gelombang perpaduan bangsa – 1 Melayu, 1 Bumi.

“Tiada makna adanya 1 Malaysia, jika orang Melayu sendiri pun berpecah,” tulis Zaini.

Kemelut itu bertambah kusut apabila PERKASA semalam mengumumkan gerakan "1Melayu, 1Bumi" akan menjadi sebahagian daripada "Perhimpunan Melayu" yang akan diadakan pada 30 April ini di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar.

PERKASA cawangan Sarawak juga pada Rabu lalu mendesak kerajaan BN supaya jangan keterlaluan melayan tuntutan kaum Cina yang didakwanya sanggup “membalas susu dengan tuba”.

Dr Mahathir turut menasihatkan rakyat untuk memikirkannya secara mendalam mengenai sistem politik perkauman dan menegaskan bahawa ia akan menjadi mala petaka kepada negara jika berlaku.

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Read More...

20 October 2010

Rasis Mengikut Kamus Muhyiddin

Muhyiddin: Politik berasas kaum Umno bukan rasis



Politik berasaskan kaum yang diamalkan oleh Umno bukanlah satu bentuk politik perkauman atau politik rasis, kata timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut timbalan perdana menteri, ini kerana ia dilaksanakan dalam konteks kesepakatan untuk membentuk formula politik kerjasama kaum yang inklusif di mana semua kaum mendapat jaminan hak dan layanan yang adil.

"Politik rasis bermaksud kita hanya mengutamakan kepentingan kaum sendiri dan menzalimi kaum-kaum lain. Parti yang mendakwa tidak berasaskan kaum boleh jadi amat rasis jika ianya zalim kepada kaum lain.

"Hakikatnya, sepanjang sejarah perjuangan Umno, parti keramat orang Melayu ini tidak pernah menjadi parti yang rasis," kata Muhyiddin.

Ketika berucap bagi merasmikan perhimpunan agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno sebentar tadi, Muhyiddin berkata, Umno sentiasa istiqamah memperjuangkan hak Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan pada masa yang sama menghormati hak dan kepentingan kaum-kaum lain.

"Umno tidak pernah membolot kekuasaan politik dan nikmat ekonomi untuk kaum Melayu sahaja," katanya dalam ucapan bertemakan 'Menjulang Perjuangan, Mengisi Harapan'.

Read More...

29 September 2010

YB Hamidah Menghina Kaum Cina

Blog Adun UMNO Sg Rapat, YB Hamidah Osman Kata Orang Cina Celaka, Kurang Ajar

Komen: memang kaum cina sudah kurang ajar dua orang guru melayu dicemoh sedangkan Namewee disanjung ,kata nak 1 Malaysia konon boleh jalanlah........orang melayu bukannya bodoh cuma PKR dan PAS sahaja yang masih bengap

Nah..memang YB ni peniup api perkauman. Apa lagi pengundi dun Sungai Rapat terutamanya pengundi Cina yang berjumlah 7966 orang (atau 27.63% daripada 28,830 pengundi), tolaklah pemimpin perkauman ini. Jangan biarkan pemimpin yang suka mainkan isu perkauman, hidup di muka bumi Malaysia ini. Dahla sokong 2 ekor pengetua yang rasis, pastu kata cina kurang ajar. Kalau marah sangat kat Namewee, dakwalah dibawah Akta Hasutan, bukannya seperti orang bodoh, kokok sana sini kononnya cina nak pijak melayu UMNO.

Si Hamidah ni dulu menang pun dengan majoriti 636 undi. Jadi jangan biarkan pemimpin ini hidup lama lagi. Orang cina, melayu dan lain-lain perlu kuburkan dia dalam pru akan datang. Kalau biarkan si Hamidah ni hidup lama-lama dalam politik, bermakna kita menternak virus perkauman yang boleh hancurkan negara ini kelak. - atsixty

Read More...

23 August 2010

"Keluar Malaysia, Balik Ke Negara Asal...."

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyertai senarai pihak yang menggesa agar mereka yang menyentuh soal kepentingan Bumiputera dan kontrak sosial supaya balik ke negara asal mereka.

Dalam kenyataan dikeluarkan pagi ini, Ibrahim berkata "siapa yang tidak menghormati kontrak sosial iaitu Perkara 153 boleh keluar Malaysia, balik negara asal nenek moyang."

"Jangan hipokrit," kata Ibrahim yang lazimnnya lantang dalam kenyataan dikirim menerusi khidmat pesanan ringkas.

Pendirian yang sama ditulis oleh kolumnis Mingguan Malaysia Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah Ahad lalu.

Ia disusuli dengan pendedahan kenyataan seorang pengetua sekolah menengah di Kulai Jaya, Johor dan baru-baru ini didakwa dikeluarkan oleh pengetua sekolah rendah di Kedah.

Pendirian Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas dikeluarkan ekoran kenyataan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon semalam.


Koh berkata, rakyat perlu berhenti daripada terlalu memikirkan isu perkauman termasuk mengenai kuota serta ekuiti Bumiputera dan berhenti daripada bergaduh berhubung perkara itu.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata pertengkaran secara terbuka tidak membawa apa-apa kebaikan dan beliau sebaliknya meminta setiap individu untuk memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi negara.

"Saya merayu kepada semua agar jangan memperbesarkan isu perkauman dan kritikan.

"Jangan terlalu memikirkan tentang sudut perkauman. Jika perkara ini berterusan, kita akan semakin kurang berkongsi dan lebih banyak bertengkar," katanya.

Koh berkata beliau menasihatkan Ibrahim agar lebih memberi tumpuan tentang bagaimana memperkasakan pengetahuan, pengalaman dan daya saing di kalangan Bumiputera daripada melukakan perasaan kaum lain dengan "berkata itu dan ini."

"Komen saya terhadap Koh Tsu Koon yang tegur saya, suruh ambil tindakan positif memperbaiki nasib Bumiputera bukan dengan hanya bercakap dan melukai hati kaum lain.

"Tapi kaum lain tak luka hati kaum Bumiputera ke? Isunya, sebagai Menteri Perpaduan, kenapa dia tak tegur Cina, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan dia dan ICU kena bertanggungjawab membuat Melayu Pulau Pinang merempat," katanya.

Ibrahim berkata Koh perlu menyatakan pendiriannya dalam soal ekuiti 30 peratus sedangkan Bumiputera 67 peratus.

"Nyatakan pendirian. Koh juga adalah dalam satu kumpulan anti-Melayu secara halus," katanya lagi.

(Malaysia insider)

Read More...

21 August 2010

Perkauman: Rakyat perlu berpayung di bawah PR

Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli yakin, Umno sedang cuba mencetuskan huru hara apabila cuba membangkitkan isu perkauman pada waktu ini.

Menurutnya, tindakan itu dibuat supaya Umno dapat mengambil kesempatan selepas kerajaan BN semakin lemah.

"Kita yakin Umno sekarang dalam keadaan tersepit dan cuba cetuskan kemarahan kaum.

"Mereka perlu satu keadaan di mana mereka boleh mengambil kesempatan untuk menarik kembali sokongan rakyat.

"Yang kita risau, mereka nampaknya cuba bangkitkan isu perkauman," katanya.

Menurutnya, tindakan paling selamat bagi rakyat sekarang ini adalah berlindung di bawah payung Pakatan Rakyat yang sentiasa menghormati hak semua kaum.


Umno melalui medianya Utusan Malaysia didakwa memainkan sentimen itu apabila menyiarkan tajuk muka depan berbunyi 'Bangkitlah Melayu'.

Sebelum ini, pelbagai berita provokasi termasuk mendakwa nama Lim Guan Eng diguna menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat di Pulau Pinang baru baru ini.

Padahal ia dinafikan sama sekali oleh kerajaan Pulau Pinang.

Kerajaan negeri juga melihat terdapat percubaan secara agresif memburukkan pemerintahan Pakatan Rakyat negeri itu dengan memainkan isu perkauman.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam juga turut menyeru rakyat negara agar bertenang dan menilai dengan adil akan tiupan api perkauman yang saban hari semakin menebal oleh pimpinan Umno BN.

Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas