BlogList Malaysia
Showing posts with label jalur gemilang. Show all posts
Showing posts with label jalur gemilang. Show all posts

25 September 2012

Menteri Hina Lagu Negaraku - Perkasa Wajib Buat Laporan Polis

"Gangnam dan Kolaveri ini lebih popular dari lagu Negaraku."


Kerajaan perlu menggunakan elemen budaya popular seperti tarian 'Gangnam Style' dan lagu 'Kolaveri' untuk mendekati orang muda, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri SK Devamany.

"Gangnam dan Kolaveri ini lebih popular dari lagu Negaraku.

"Itu sebabnya lagu 1M4U mempunyai rentak yang tersendiri," kata Devamany.

Rentak yang unik itu diharapkan membantu kerajaan mendekati orang muda yang didakwa jauh daripada perhatian masyarakat.

Gangnam Style merupakan lagu nyanyian penyanyi pop Korea Selatan PSY yang mencetuskan fenomena di seluruh dunia.

http://www.malaysiakini.com/news/209829

Read More...

04 September 2012

Prof. Kangkung DiRaja - 'Sang Saka Malaya' bukan bendera asal Tanah Melayu


Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang diguba pakai dari 1896 hingga 1950




SHAH ALAM – Dakwaan kumpulan yang mengibarkan bendera ‘Sang Saka Malaya’ pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka, Khamis lalu, bagi menggantikan Jalur Gemilang kononnya ia bendera asal Tanah Melayu disanggah pakar sejarah.

Bukan itu sahaja, pakar sejarah turut menggelar kumpulan tersebut sebagai pelupa dan jahil sejarah tanah air.

Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, Tanah Melayu tidak pernah menggunakan bendera tersebut sebagai bendera rasmi walaupun ketika dijajah.
Menurutnya, warna merah putih yang dinamakan Sang Saka itu adalah bendera yang digunakan kumpulan yang menyokong pembentukan Indonesia Raya dan sentimennya dibawa pertama kali ke Tanah Melayu oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938 pimpinan Ibrahim Yaakob.

“Perkara yang diperjuangkan kumpulan KMM ini adalah memerdekakan Tanah Melayu, tetapi dengan cara bergabung dengan Republik Indonesia Raya atau Melayu Raya.

“Namun majoriti orang Melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju perjuangan mereka kerana orang Melayu mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam, kerana itu majoriti memilih perjuangan Umno,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, selepas KMM diharamkan, ideologi itu dibawa pula Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Mokhtaruddin Lasso, Dr Burhanuddin Helmi dan Ahmad Boestamam.

“Mereka menggunakan bendera Sang Saka ini dalam ceramah mereka, namun perjuangan mereka ini ditolak majoriti rakyat Tanah Melayu, tetapi saki baki pendukung ideologi itu hari ini cuba menghidupkannya semula,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan blogger 'Singa Selatan' mengakui membawa bendera baru pada sambutan kemerdekaan tanah air kerana Sang Saka Malaya bendera itu adalah simbolik panji perjuangan dalam menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu.

Sementara itu, Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, bendera Sang Saka itu memang sering digunakan oleh negeri-negeri Nusantara sejak dahulu lagi, namun ia bukanlah bendera asal Tanah Melayu.

Katanya, dakwaan bahawa bendera itu sebagai bendera asal adalah sesuatu yang amat bodoh dan cubaan mempersoalkan kedaulatan negara.

“Parti yang mendukung pembentukan Indonesia Raya telah diharamkan, tetapi penyokongnya masih ada, jadi mereka cuba membuat pembohongan besar dengan cuba menukar sejarah kononnya itu adalah bendera asal,” katanya.

http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/09/skomen-hebat-dari-2-kangkung-terkenal.html


Read More...

03 September 2012

Anwar - Apa Salahnya Kibar Sang Saka Malaya?

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan tindakan sekumpulan pemuda mengibarkan bendera Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang merdeka pada 30 Ogos lalu.

Katanya, tiada salahnya dengan tindakan itu kerana bendera itu asalnya dicadangkan menjelang kemerdekaan Tanah Melayu.


"Episod ini ada dalam sejarah negara ini, dan inilah bendera yang digunakan. Saya tidak rasa anak muda berhasrat menukar bendera Jalur Gemilang tetapi ia semata-mata untuk mengetengahkan suatu perkara dalam sejarah negara," katanya.

Anwar turut mengumpamakan dengan bendera lama PAS yang menggunakan lambang bulan sabit dan bintang.

Bagaimanapun, ekoran bantahan kerana hampir menyamai bendera kebangsaan, PAS menukarnya kepada bulan penuh.


Read More...

02 September 2012

Polis 'buru' individu mahu tukar bendera

Polis menggesa individu ya ng terlibat membawa bendera alternatif "Sang Saka Malaya" dan pihak yang dalam perhimpunan "Janji Demokrasi" pada malam merdeka tampil membantu siasatan.

Menurut kenyataan dalam Facebook, Bukit Aman berkata, ketua polis negara memandang serius perbuatan itu kerana ia bercanggah dengan perlembagaan dan proses demokrasi.

Pasukan keselamatan juga meminta pihak dan saksi kejadian memijak gambar perdana menteri dan isteri turut tampil.


Menurut kenyataan itu lagi, siasatan kini sedang dijalankan di bawah seksyen 4 (1)(a) Akta Hasutan, seksyen 504 dan 509 Kanun Keseksaan.

Semalam seorang pemblog pro-Umno telah menyalahkan perbuatan tersebut kepada penganjur Janji Demokrasi dengan menuduh bahawa mereka turut mahu menukar bendera kebangsaan, Jalur Gemilang.

Menjawab dakwaan itu, juga di blog, penulis yang memperkenalkan diri sebagai "Serigala Selatan" semalam mengaku bertanggungjawab mengibarkan Sang Saka Malaya tetapi tidak berniat menggantikan dengan Jalur Gemilang.

Katanya, beliau membawa bendera itu sebagai mahu memperingatkan orang ramai tentang sumbangan tokoh sejarah ke arah kemerdekaan.


Read More...

'Pakatan tak pernah bangkitkan tukar bendera'

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan, Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan atau membangkitkan isu untuk menukar bendera Jalur Gemilang dalam mana-mana mesyuaratnya.

Lim Kit Siang juga berkata, membuat perubahan pada Jalur Gemilang juga bukan agenda Pakatan.

"Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak bersama tiga menteri kanan Umno menyerang dengan mengatakan bahawa ada desas-desus Pakatan mahu menggantikan Jalur Gemilang, ia mencerminkan diri mereka yang terdesak.


''Saya tidak percaya, dengan semua anggota polis dan sumber perisikan mereka, perdana menteri dan menteri dalam negeri tidak sedar bahawa tidak ada kebenaran pun mengenai desas desus itu,'' katanya dalam satu kenyataan media.

Semalam Najib mendakwa Pakatan ingin mengubah Jalur Gemilang.

Beliau berkata, bagaimanapun, hasrat itu tidak dapat dilaksanakan kerana Putrajaya masih lagi di bawah pimpinan BN.


Read More...

01 September 2012

Mengapa kami kibarkan sang saka Malaya?


Saya dan saudara Zairi shafai adalah individu yang bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dimalam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka. Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada jalur gemilang hari ini.


Saya ingatkan penulisan ini bukanlah untuk mencari publisiti diri dan Rakan-rakan tetapi penulisan ini adalah bertujuan memberi pencerahan umum kepada masyarakat akan tujuan asal kami mengibarkan panji keramat itu.

Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan kesatuan terawal yang terlibat dalam menentang penjajah. Kesatuan Melayu Malaya (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 adalah gerakan terawal menentang British. Di sinilah bibit-bibit penentangan penjajah berlaku. Ditunjangi oleh Ibrahim Yaakob bertujuan untuk melindungi Hak-Hak orang Melayu dan menentang penjajah British.

Pada tahun 1945, wujud pula Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama tertubuh di Tanah Melayu ketika itu. Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris. Parti ini dipelopori oleh Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. PKMM mempunyai dua saya iatu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang di ketuai oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita sedar (AWAS) yang diketuai oleh Ustazah Shamsiah Fakeh.
Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua. Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme.



Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM. Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

Apabila UMNO ditubuhkan, PKMM telah menyertainya bersama badan-badan Melayu yang lain, tetapi selepas itu telah keluar darinya apabila tidak setuju dengan pemasukan simbol keris dalam bendera UMNO dan tidak puas hati dengan sistem satu badan (tidak mengira saiz) satu undi dalamnya. Akhirnya, badan-badan yang 'berhaluan kiri' (menentang Inggeris) meninggalkan UMNO dan UMNO tinggal 'berhaluan kanan', yang lebih mesra Inggeris. PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

Perjuangan PKMM dilabel oleh Inggeris sebagai 'berbau' komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan. Akhirnya pada 18 Jun 1948, PKMM (dan beberapa parti anti-penjajah lain) telah diharamkan dan darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua UMNO, Dato' Onn Jaafar.

Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan ditanah Melayu. Panji ini juga pernah berkibar megah digunung semanggol, Perak yang menjadi kubu Hizbul Muslimin yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Baqir yang diasaskan pada 17 Mac 1948.

Oleh yang demikian, saya bersama saudara Zairi merasakan bendera ini layak dikibar pada malam kemerdekaan selain dari Jalur Gemilang. Penuh dengan pelbagai cerita pahit maung perjuangan disebalik sang saka Malaya ini.



Dipetik dari - http://singaselatan.blogspot.com/


Read More...

03 October 2011

Hahaha... Lu Pikir Laa Sendiri..


Dipetik dari sini



Read More...

23 September 2011

DAP Gantung Manoharan 6 Bulan. Satu Tindakan Terpuji..

Isu bendera: DAP gantung ADUN 6 bulan

Anggota parlimen Kota Alam Shah M Manoharan digantung enam bulan oleh jawatankuasa disiplin DAP ekoran kenyataan kontroversi berhubung bendera Malaysia.

Pengerusi jawatankuasa itu Tan Kok Wai berkata mengumumkan keputusan itu selepas sidang panjang badan itu di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini.

[Berita penuh menyusul]




Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas