KUALA LUMPUR, 1 Feb — Datuk Ibrahim Ali boleh jadi menyokong Umno akan tetapi beliau bukanlah jurucakap parti tersebut, kata penaung Perkasa Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha untuk meredakan ketegangan agama menjelang Pilihan Raya 2013.
Ibrahim yang lantang itu adalah pengasas Perkasa dan presiden yang tercetus akibat ancaman pembakaran bible, terbaru dalam kontroversi “Allah”.
Ibrahim, ahli parlimen sayap kanan Melayu itu, mencetuskan kekecohan minggu lalu apabila beliau dilaporkan menggesa umat Islam agar membakar kitab suci penganut Kristian dalam bahasa Melayu jika menggunakan “Allah” sebagai tujukan kepada tuhan mereka.
“Allah” itu perkataan Arab yang ramai orang Islam di sini percaya hanya eksklusif kepada komuniti mereka.
“Adalah malang Ibrahim Ali perlu mencadangkan membakar bible yang baru dicetak,” tulis Dr Mahathir dalam blog chedet.cc malam tadi. “Itu boleh menjadi cara kita menjauhkan diri dari penerbitan yang tidak diingini. Ia tidak boleh dilakukan kepada Bible sepertimana ia tidak boleh dilakukan kepada Al-Quran.
“Tetapi apa yang Ibrahim katakan tidak mencerminkan pandangan Umno. Malangnya, beberapa ahli politik ingin menjadikannya begitu dalam usaha untuk mendapat keuntungan politik,” bekas perdana menteri itu menambah.
Dr Mahathir, yang masih mempunyai pengaruh besar dalam Umno, dengan cepat menegaskan parti tunjang pemerintah Barisan Nasional (BN) itu percaya “Allah” adalah eksklusif kepada Islam tetapi “ia tidak menyokong pembakaran bible berbahasa Melayu yang menggunakan perkataan ini”.
“Saya menganggap cubaan untuk mengaitkan sokongan Ibrahim kepada Umno bersamaan dengan apa yang beliau katakan adalah pendirian Umno sebagai nakal,” kata bekas presiden parti itu.
“Ibrahim bukan ahli Umno. Beliau boleh menyokong Umno tetapi beliau bukan seorang jurucakap Umno.”
Dr Mahathir di acara sebagai penaung Perkasa. Mahathir yang pada 2011 menasihatkan Umno supaya tidak bermusuh dengan Perkasa jika mahu memenangi kembali undi Melayu yang hilang pada Pilihan Raya 2008, dilihat menjauhkan diri dengan pendirian keras kumpulan tersebut.
“Walaupun kita boleh mempunyai perbezaan politik, kita tidak perlu mengambil jalan keluar dengan menggunakan perbezaan agama untuk memenangi pilihan raya. Ia adalah pedang bermata dua dan orang-orang yang hidup dengan pedang akan mati oleh pedang.
“Biarkan kontroversi ini diselesaikan secara tertutup oleh orang-orang yang bertanggungjawab. Jangan benarkan pelampau mengambil alih dan mengeksploitasi isu-isu agama,” katanya dan merayu kepada semua pihak untuk menghentikan “penyalahgunaan” mereka dalam isu sensitif ini.
Perdana menteri paling lama berkhidmat selama 22 tahun itu mengingatkan bahawa kontroversi “Allah” telah telah diselesaikan tahun lalu “melalui penerimaan bahawa Kristian Sabah dan Sarawak boleh terus untuk menggunakan perkataan Allah dalam bible bahasa Melayu mereka dan dalam pengajaran tetapi tidak boleh digunakan di seluruh negara”.
Pemimpin berumur 87 tahun itu memainkan peranan penting dalam potensi krisis keimanan daripada meletus apabila pertikaian kalimah “Allah” mula-mula timbul pada awal 1980an — sejurus selepas beliau mengambil alih jawatan perdana menteri.
Umat Islam dan pemimpin Kristian telah bertelagah dalam isu penggunaan kalimah “Allah” walaupun penghakiman Mahkamah Tinggi 2009 memutuskan umat Islam tidak mempunyai hak eksklusif kepada perkataan Arab itu.
Umat Islam adalah kumpulan agama terbesar di Malaysia sebanyak 60 peratus, manakala minoriti Kristian hanya di bawah 10 peratus daripada 28 juta rakyat Malaysia.
Perdebatan timbul semula bulan lalu selepas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang dalam perutusannya sempena Hari Natal mendesak kerajaan persekutuan agar menarik semula pengharaman terhadap penggunaan kalimah Allah dalam bible berbahasa Melayu.
Kumpulan gereja Sabah juga telah mendakwa kebebasan beragama Bumiputera Kristian diserang sambil menegaskan kebanyakan penganutnya datang daripada Malaysia Timur dan menggunakan bahasa Melayu.
Kumpulan penganut agama Buddha telah menggesa Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk campur tangan menyelesaikan pertikaian tentang penggunaan kalimah “Allah” daripada terus berlarutan.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga mengecewakan pemimpin gereja dengan khutbah Jumaat lepas, di mana ia memberi amaran kepada umat Islam di seluruh negara “musuh-musuh Islam” akan cuba untuk mengelirukan mereka supaya mempercayai semua agama berkongsi tuhan yang sama.
Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib telah mendesak kerajaan agar tidak berlengah-lengah mengambil tindakan terhadap Ibrahim diatas gesaannya agar bible dibakar, dengan mengatakan jika tindakan terus ditangguh terhadap ahli politik veteran itu, memberikan kesan kepada imej kerajaan menjelang Pilihan Raya 2013.
- the malaysian insider
Read More...
Summary only...
Ketua polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung seruannya untuk membakar Bible dalam bahasa Melayu dan tulisan Jawi yang menggunakan kalimah Allah.
Katanya, MP Pasir Mas itu akan disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
Peruntukan itu adalah berhubung kesalahan menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.
Ia memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun.
Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Abdul Rahim juga berkata polis menerima tujuh laporna polis berhubung kenyataan Ibrahim.
Read More...
Summary only...
Gerakan: Ibrahim 'anarkis' kerana seru bakar Injil BM
Timbalan presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn menuntut polis mengambil tindakan ke atas presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali yang digelarnya sebagai seorang "anarkis" kerana menyeru supaya membakar kitab Injil menggunakan kalimah Allah dalam bahasa Melayu.
Katanya, seruan MP Pasir Mas itu akan menyebabkan "ketegangan" akan berlanjutan kepada "huru-hara di jalanan".
gerakan agm 151011 chang ko youn"Cadangan ekstrem ini pasti akan memprovokasi kemarahan masyarakat Kristian kerana mereka melihat ia sebagai penghinaan besar kepada agama mereka.
"Saya percaya tiada agama di dunia yang menggalakkan pengkhutbah mereka untuk menghina agama lain," kata Chang dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, beliau juga mahu polis bertindak ke atas kumpulan yang didakwa menyebarkan risalah bagi mempromosi satu acara mambakar Injil pada 27 Januari di Pulau Pinang.
"Kami masih tidak pasti mengenai ketulenan rancangan tersebut sama ada benar atau hanya rekaan. Walau apapun, kami menggesa polis mengambil langkah sewajarnya untuk menghalang tindakan berkenaan sekiranya benar (acara itu diadakan)," katanya.
Buat masa ini masih belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab mengedarkan risalah berkenaan.
PERKASA Pulau Pinang turut menafikan akan menganjurkan acara membakar kitab Injil tersebut.
Laporan Utusan Malaysia hari ini memetik kenyataan yang dipertua PERKASA negeri, Yusof Suhaimi Mohd Yatim yang berkata pertubuhan itu menghormati undang-undang dan memperjuangkan keamanan negara.
Yusof mendakwa penyebaran risalah untuk acara tersebut dilakukan pihak tertentu untuk "menangguk di air keruh".
Beliau turut mempertahankan kenyataan presidennya, Datuk Ibrahim Ali yang menyeru supaya Injil berbahasa Melayu dengan kalimah Allah dibakar.
"Saya juga faham niat beliau adalah untuk mencegah umat Islam yang marah daripada mencederakan pihak mengedarkan Bible berbahasa Melayu," katanya.
Read More...
Summary only...
Biskop kata kenyataan Ibrahim Ali 'berapi-api'
Biskop Katolik Dr Paul Tan Chee Ing berkata seruan presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali supaya orang Islam membakar kitab Injil yang menggunakan kalimah Allah adalah "kenyataan berapi-api yang melampaui batas wacana sivil di Malaysia."
Ketua gereja Katolik Melaka-Johor itu berkata beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan memandangkan kenyataan itu kini diketahui khalayak umum.
Katanya, ini juga merupakan waktu terbaik untuk melihat sama ada slogan 1Malaysia yang dicanangkan kerajaan mengandungi apa-apa makna atau hanya slogan untuk meraih undi.
Beliau mengulas kenyataan MP Pasir Mas itu, seperti dipetik dalam satu laporan portal Free Malaysia Today, yang menggesa orang Islam supaya membakar naskhah bible dalam bahasa Inggeris – Al-Kitab – untuk menghentikan tindakan mengina sensitiviti orang Islam.
Laporan itu menyebut, Ibrahim menyatakan demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dalam satu konvensyen PERKASA di Pulau Pinang.
Ucaptama program tersebut disampaikan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
http://www.malaysiakini.com/news/219440
Read More...
Summary only...
PETALING JAYA: Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali boleh dilabel sebagai seorang yang suka membangga diri serta gemar mencanang kehebatan sendiri.
Ahli parlimen Pasir Mas itu memperakui dirinya hebat semasa berucap di perhimpunan Perkasa di Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur semalam.
“Dalam tempoh empat tahun (Perkasa ditubuhkan) ahli Perkasa sudah 300, 000 orang.
“ Saya tidak dapat satu benda dari (Najib) Datuk Seri Najib Tun Razak. Kalau saya dapat geran saya boleh kumpulkan orang Melayu seramai 500, 000 atau sejuta umat Melayu,” katanya.
Beliau merujuk kepada kepada kehadiran program perhimpunan Perkasa di Tasik Titiwangsa semalam yang munurutnya 10, 000 orang.
“Ini tidak kira lagi berpuluh-puluh bas yang belum sampai kerana tersekat di tengah jalan kerana mereka bertolak lewat,” tambah presiden Perkasa itu.
Ibrahim juga mengatakan beliau seorang yang setia kepada parti tetapi menjadi mangsa cemburu kepada orang PAS dan Umno kerana kehebatannya.
Read More...
Summary only...
KUALA LUMPUR 15 Dis. - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali akan mempertahankan kerusi itu dalam pilihan raya umum akan datang namun belum menentukan untuk bertanding di bawah lambang parti politik tertentu.
Menurutnya, beliau bersedia bertanding sama ada di bawah Pas seperti dalam Pilihan Raya Umum 2008 atau di bawah lambang parti lain seperti UMNO.
Sehubungan itu, katanya, beliau masih mengharapkan sokongan semua pihak sama ada daripada UMNO serta Barisan Nasional (BN) atau Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membantunya memenangi semula kerusi itu.
"Saya bersedia berbincang dengan mana-mana parti politik yang sedia menawarkan saya bertanding di bawah lambang parti mereka dalam pilihan raya umum nanti. - Utuseks
Read More...
Summary only...
KUALA LUMPUR - Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau tidak akan memohon masuk Umno, sebaliknya sedia kembali ke pangkuan parti itu jika dipelawa.
Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata, bagi beliau untuk menawarkan diri masuk Umno mungkin tidak akan berlaku kerana beliau pernah dipecat, melainkan menerima tawaran menyertai semula parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.
"Saya pernah menjadi ketua bahagian selama 11 tahun dan anggota Majlis Teringgi Umno selama enam tahun, saya akui jiwa dan hati masih pada Umno tetapi nisbah nak masuk balik itu bergantung kepada pucuk pimpinan tertinggi.
"Saya tidak akan mohon kerana pernah dipecat, tetapi jika ditawarkan oleh Umno, saya akan menerimanya secara terbuka. Saya tak mahu dikatakan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong," katanya ketika diminta mengulas tindakan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim yang menyertai semula Umno bersama 347 yang lain semalam.
Walaupun Ibrahim seorang Ahli Parlimen Bebas, tetapi beliau dilihat sebagai wakil rakyat mesra BN.
Pada Pilihan Raya Umum 2008, beliau bertanding di Pasir Mas atas tiket Pas, tetapi mengisytiharkan dirinya wakil rakyat Bebas.
Dalam pada itu, Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin pula berkata, langkah Zahrain itu adalah keputusan beliau sendiri.
"Itu adalah keputusan beliau sendiri dan bukannya keputusan Konsensus Bebas.
"Bagi saya, jika hendak membantu Umno, tidak semestinya kita perlu ada dalam Umno, di luar pun boleh," katanya.
Kedua-dua, bekas wakil rakyat PKR dan keluar parti pada awal 2010, merupakan anggota Konsensus Bebas.
Beliau menambah, selalunya bantuan dari luar mempunyai peranan yang cukup besar diibaratkan seperti "penyerang import."
Read More...
Summary only...
KUALA LUMPUR - Jangkaan Barisan Nasional (BN) boleh memperoleh minimum 120 kerusi jika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan sekarang, sebagaimana dinyatakan oleh Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, tidak akan memberi keselesaan kepada perikatan itu, kata Perkasa hari ini.
Bagaimanapun menurut Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, beliau yakin BN akan menang dan wakil rakyat Bebas akan memberi sokongan kepada perikatan itu.
Sehubungan itu kata beliau, era kononnya BN sudah berakhir telah lama berlalu dan dengan adanya penyokong tegar parti itu yang akan terus mengundinya, BN diyakini akan terus mempertahankan kuasa.
"Ya, memang 120 kerusi itu tidak memberi keselesaan kepada BN, tapi kalau ikutkan Bebas, BN telah menang penuh.
"Lagipun BN hanya memerlukan lapan lagi kerusi untuk menang dalam pilihan raya ini, pembangkang sekarang ada 83 kerusi tambah tiga kerusi, belum tentu mereka menang.
"Saya yakin, penyokong BN sebelum ini akan terus bersama mereka," katanya kepada Sinar Harian Online selepas selesainya Himpunan Barisan 1 Malaysia di sini, hari ini.
Shamsul yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara berkata, BN yang kehilangan majoriti dua pertiga empat tahun lalu dijangka memperoleh dalam lingkungan 120 kerusi jika PRU13 diadakan hari ini, manakala 24 kerusi masih dalam keadaan "kelabu".
Beliau juga mengakui bahawa walaupun keputusan kali ini akan memperlihatkan majoriti mengecil tetapi kemenangan masih akan memihak kepada BN.
“... mereka akan dapat minimum 120 kerusi. Sekarang 140 kerusi, 24 kerusi kelabu, baki 70 kerusi Pakatan Rakyat... (pada keseluruhan) majoriti tipis,” katanya dalam satu temu bual menjelang Perhimpunan Agung Umno 2012, di pejabatnya di Bandar Baru Bangi.
Mengulas lanjut, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, kajian dibuat Shamsul juga belum pasti mempunyai kebenaran sambil menegaskan, BN akan tetap "menang penuh" tetapi dengan syarat.
Katanya, syarat yang perlu ada oleh BN ialah kekuatan, kekemasan dan kelancaran jentera parti dalam menghadapi PRU selain mempunyai calon yang berkelayakan.
"Penyelidikan yang dibuat itu... belum pasti kebenarannya, saya yakin BN akan menang.
"Namun syaratnya jentera BN kuat, ada kelancaran dan kekemasan selain soal calon," katanya.
Read More...
Summary only...
Siapa akan menjadi PM selepas PRU ini sedang sibuk diperbincangkan selepas muktamar PAS di Kelantan hujung minggu lepas. Kedua-dua belah pihak membahaskan siapa yang paling layak menjadi PM: TGHA atau Anwar Ibrahim? Isu ini masih diperbualkan termasuk oleh pemimpin-pemimpin UMNO sendiri. Syed Hamid Albar berkata Anuar lebih layak dari TGHA walaupun perwakilan muktamar mencadangkan Presiden partinya untuk menjadi PM. Ramai di kalangan pemimpin UMNO telah berbelah bagi, samada TGHA atau Anwar yang lebih layak untuk memikul beban tersebut.
Tetapi yang sangat jelas ialah pemimpin-pemimpin UMNO sendiri seolah-olah telah menerima hakikat yang PR akan memenangi PRU ini. Kalau tidak masakan di antara pimpinan UMNO sendiri berbincang siapa yang lebih layak di antara Anwar dan TGHA. Rupa-rupanya bukanlah saya seorang yang berfikir yang UMNO akan menerima kekalahan malahan mereka yang masih kekal dalam parti itu sendiri berbincang tentang pilihan di antara Anwar dan TGHA.
Ini merupakan kali pertama rakyat bercakap tentang PM dari pihak pembangkang sekarang ini selepas rakyat menukar mandat mereka dalam PRU yang akan datang. Isu ini pastinya satu isu yang akan menjadi hangat dan tidak akan berhenti senyap dalam masa terdekat ini. Bagi saya kedua-dua nya layak, tetapi biarlah kita selesaikan PRU ini dahulu. Kadang-kadang ada pihak yang tidak berjaya niat dan tujuan mereka kerana sebelum pun pergi ke hutan sudah membilang buah kerayung.
Tetapi keadaannya ialah PR masih mendahului BN jika PRU diadakan pada minggu ini. Isu siapa Perdana Menteri elok kita ketepikan jauh-jauh dahulu kerana yang penting permaharajalelaan UMNO wajib kita hentikan serta merta selepas PRU ini. Kita mempunyai perlembagaan jelas yang seorang PM itu sepatutnya di pilih di antara ahli-ahli Legislatif yang mendapat sokongan dari ahli-ahli Parlimen walaupun dengan satu undi.
Walau bagaimana pun pihak PR telah bersetuju untuk memberikan kerusi PM kepada Anwar jika PR memenangi pilihanraya yang akan datang ini. Di dalam perlembagaan sesiapa yang mendapat sokongan yang terbanyak di dalam Dewan Legislatif Parlimen maka dia lah yang menjadi Perdana Menteri negara ini selepas pilihanraya yang akan datang ini.
Selama ini Presiden UMNO menjadi Perdana Menteri itu hanyalah melalui ‘convention’ dan bukannya melalui cara dan kaedah yang tertulis di dalam perlembagaan negara. Pada dasarnya sesiapa sahaja boleh menjadi Perdana Menteri dari mana-mana parti sekali pun asalkan ia mendapat sokongan dari ahli-ahli Dewan Parlimen walaupun dengan kelebihan ‘simple majority’.
Di atas dasar itu maka Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin, Zaharin Hashim, Bung Mokhtar, Mohamad Aziz mempunyai peluang yang sama untuk menjadi Perdana Menteri jika mereka menang dalam pilihanraya parlimen mewakili apa-apa parti atau sebagai calon bebas dalam pilihanraya yang akan datang. Yang perlu mereka mendapat sokongan majoriti dalam Parlimen.
Jika Hasan Ali 'akidah' dicalonkan menjadi ahli parlimen dia juga mempunyai peluang untuk menjadi PM untuk mewakili pertubuhannya yang kalau tidak silap saya namanya JATI. Lagi satu syarat dia tidak bercakap seorang diri selalu kerana mereka yang bercakap seorang diri itu adalah orang gila dan tidak layak menjadi ahli Parlimen.
Oleh itu semua pihak tidak perlu menentukan siapa Perdana Menteri sekarang ini tetapi menumpukan usaha masing-masing untuk memenangi pilihanraya dan meletakkan UMNO di pihak pembangkang. Saya secara peribadi pun hendak sangat mendengar ucapan-ucapan Muhyiddin Yaasin sebagai ahli pembangkang jika beliau memenangi kerusi pilihanraya Pagoh dalam pilihanraya yang akan datang ini.
Untuk menjadi pemimpin yang baik seseorang itu elok melalui pengalaman menjadi pembangkang untuk melengkapkan pengalaman sebagai seorang pemimpin. Di negara-negara maju ramai pemimpin-pemimpin beralih tempat setiap pilihanraya. Penggal ini mereka menjadi Menteri kerana parti nya menang dalam pilihanray tetapi penggal yang berikutya mereka menjadi pembangkang kerana partinya kalah dalam pilihanraya yang berikutnya.
Keadaan itu adalah keadaan yang lazim berlaku dan itu bukannya tidak boleh berlaku di negara ini.
-harakahdaily
Read More...
Summary only...
SHAH ALAM: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali mempertahankan tindakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang secara terbuka mengkritik pelaksanaan hukum hudud.
Ibrahim menyifatkan kritikan itu hanya satu sisi pandangan Chua dan menganggapnya sebagai ‘perbezaan pendapat’.
“Walaupun terguris tapi itu bukan soalan pokok. MCA terpaksa bercakap sebegitu.
“Beliau hanya memberi pandangan tapi tak bererti kita perlu bermusuh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Khas Tahunan Selangor 2012 di Dewan Agong Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini semalam.
Sebaliknya Ahli Parlimen Pasir Mas itu mendakwa DAP adalah punca kepada tercetusnya polemik sama ada hukum itu wajar dilaksanakan di negara ini.
Beliau berkata masalah tidak timbul dan orang ramai tidak perlu bimbang dengan kenyataan Chua kerana hukum itu masih belum dibuat, malah tidak pernah dibincangkan sama sekali.
“MCA lebih banyak bawa kebaikan daripada DAP,” katanya.
Chua kebelakangan ini lantang mengkritik apabila meramalkan peluang pekerjaan 1.2 juta rakyat akan terjejas terutamanya di sektor perkhidmatan dan pelancongan sekiranya hukum hudud dilaksanakan.
Malah dalam Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) MCA ke-59 hujung minggu lalu, beliau turut mendakwa lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara tidak stabil, paling korup, dan tak selamat.
Selain itu, Chua juga melancarkan kempen anti hudud dengan membuat tafsiran secara sinikal bagi slogan DAP, Ubah ( Untuk(U) Bentuk (B) Agama(A) Hudud (H) serta Change (Choose (C) Hudud (H) At (A) Next (N) General (G) Election (E)).
Cadangan hukum hudud ditimbulkan PAS yang mahu ia dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya, namun menegaskan undang-undang itu hanya terpakai kepada masyarakat beragama Islam sahaja.
Read More...
Summary only...
Yahya Lampong hanya 'barang antik', kata Ibrahim Ali
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata tindakan media yang memperbesar-besarkan isu kemasukan bekas naib presiden penajanya, Datuk Yahya Lampong ke dalam PKR menunjukkan NGO tersebut masih dipandang tinggi.
"Saya tak tahu pula dengan letak nama PERKASA, beliau kini jadi produk yang penting," katanya sinis ketika diminta mengulas mengenai laporan tersebut.
Laporan lidah parti PKR, Keadilan Daily pada15 September lalu menyebut, Yahya juga menadi yang dipertua PERKASA Sabah yang pertama.
Bercakap dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Ibrahim juga sekadar menyifatkan Yahya sebagai "barang antik" yang tidak lagi dapat berkhidmat.
Malah, bekas ketua bahagian Umno Tanjung Aru itu juga tidak menjalankan tugas semasa di dalam PERKASA, kata Ibrahim lagi.
Jelasnya, Yahya sebelum ini hanya dijemput menyertai PERKASA sewaktu pertubuhan itu masih pada peringkat jawatankuasa penaja.
Bagaimanapun, Yahya langsung tidak pernah menyertai sebarang mesyuarat PERKASA nasional mahupun peringkat Sabah, katanya lagi.
Read More...
Summary only...
BAPA segala katak pisang, si Ibrahim Ali tampil dengan dokumen bukti kononnya Anwar Ibrahim terlibat dengan gerakan organisasi Yahudi dunia, Freemason.
Ibrahim Ali kononnya nak bawa isu paling menggemparkan beserta bukti kukuh kononnya Anwar Ibrahim terlibat dengan gerakan organisasi Yahudi Freemason.
Tapi nampaknya beliau tidak menyiasat maklumat yang diperolehinya. Isu ini adalah isu lapuk yang ditimbulkan oleh blogger Umno tahun 2008, dan telah memberikan malu besar kepada blogger tersebut.
Laman sesawang yang dirujuk oleh Ibrahim Ali itu sendiri sebenarnya telah mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim yang dimaksudkan bukanlah Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang parlimen Malaysia.
Di bawah ini Anwar Ibrahim (lelaki paling kanan dalam gambar) yang dimaksudkan, seorang lelaki Arab berperut buncit gemuk pendek seperti Ibrahim Ali.
MiloSuam
Read More...
Summary only...
Siapa tak kenal dengan beliau yang merupakan Ahli Politik yang paling banyak menyertai Parti Politik sepanjang karier politik beliau... namun yang akan didakap dan di jilatnya kembali adalah Umporno yang memang bersesuai dengan Perangai dan Tingkah laku beliau...
Beliau ialah Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasam) Datuk Ibrahim Ali Al-Kataki... merangkap Ahli majlis Musyuarah Tibai serta rakan seperjuangan Pertubuhan Jalur Tiga (JATI) yang Presiden nya Datuk Hasan Ali Jati seorang Perjuang Islam, Melayu dan Raja (IMR)...
Mungkin dalam keadaan cuaca yang panas sekarang ni membuat beliau menjadi meroyan dan mengeluarkan kenyataan bodoh bin bahlul... konon nya beliau yakin dalam masa 10 tahun akan datang, Kelantan akan kehilangan anak muda sebaliknya dipenuhi oleh warga emas...
Keadaan ini berlaku kerana kurangnya usaha Kerajaan Pas, membangunkan Kelantan seperti mana negeri lain di Malaysia... agak-agak lu orang boleh pakai ke apa yang diramalkan oleh Tok Him ni... atau pun hanya satu lawak bodoh yang banyak dilakukan oleh pelawak-pelawak yang menyertai Umno kebelakangan ini...
Mungkin betul meroyan beliau dalam masa 10 tahun Negeri Kelantan akan sunyi tapi sunyinya Negeri Kelantan pada masa itu bukan kerana anak muda tiada tinggal di Negeri Kelantan tapi kerana kurang spesis beliau dengan terkubur Umno/Bn dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang tiba dalam masa terdekat ini...
Oleh sebab itu aktiviti beliau pun lebih banyak tertumpu di Negeri Selangor dan Kuala Lumpur kerana beliau mengetahui yang Umno/Bn tiada tempat dihati Majoriti Rakyat Negeri Kelantan... sebab itu harapan beliau Umno/Bn masih dapat menjadi Kerajaan Pusat selepas PRU13 nanti bagi meyambung sisa-sisa politik beliau... kah kah kah !.
Menurutnya "Ramai belia di sini terpaksa mencari pekerjaan di luar dan tidak dapat pulang kerana kurangnya penawaran bidang pekerjaan kepada mereka di sini... tidak mustahil 10 tahun akan datang kampung-kampung sunyi sebaliknya akan dipenuhi warga emas... kerana terlalu mementingkan politik sehingga mengabaikan keperluan belia...
Kelantan boleh menjadi negeri tersohor di Malaysia malah popular hingga ke peringkat antarabangsa".sepatutnya membangunkan Kelantan dengan menarik pelabur, seperti membina hotel lima bintang di pusat peranginan".
SIAP PAKAI BAJU KUNING TU BEB...KAHKAHKAH
"Sepatutnya Kerajaan Pas mengubah suasana negeri dengan pembinaan tambatan banjir, lapangan terbang dan banyak lagi... Saya menyokong usaha Pas untuk membina lebuh raya, namun memohon derma daripada rakyat adalah tidak adil, kerana ia adalah tanggungjawab pemerintahan Kerajaan Negeri... belia perlu sedar, kerana jika keadaan ini berterusan, saya risau keadaan ini akan membawa Kelantan ke arah negeri mundur menjelang 2020" katanya ketika berucap di Perhimpunan Pemuda 1Malaysia, di Pertubuhan Peladang Kangkong.
Mungkin sebelum ni Lu orang dah panggil beliau dengan Al-Kataki... dan dengan Meramalkan yang Negeri Kelantan akan Sunyi dalam masa 10 tahun lagi menampakan beliau boleh menjadi seorang Nujum Pak Belalang dizaman maklumat dihujung jari...
Kemudian nya beliau boleh kata pulak bersetuju dengan Pembinaan Lebuh Raya oleh Kerajaan Kelantan tapi tak bersetuju ianya dikutik dari hasil Memohon Derma Rakyat... yang Lu sebok apasal Tok Him oiiii... Kerajaan Kelantan bukan nya ugut atau paksa orang untuk derma...
Adalah Lu takut Lebuh Raya tu boleh terbina dan siap dengan hasil derma Rakyat yang Lu tak mahu mendermanya.... nampak sangat lah te##q lu dah kecut Tok Him oiii... hari tu Lu kata pembinaan Lebuh Raya tersebut hanya wayang Kerajaan Negeri...
Bila Lu dah lihat ada Manusia yang sanggup menderma sehinnga RM 1 juta dan mungkin maklumat yang Lu terima tu benar itu yang buat Lu kecut Te##q... ... sudah lah Lu sendiri tak nak derma... lepas tu Lu hasut pulak orang lain jangan derma... apa jenis manusia Lu ni Tok Him oiii... bawa-bawa lah bertaubat.... [sumber klik sini]
Dipetik dari - Mat Indera Sipejuang
Read More...
Summary only...
Ibrahim Ali dakwa umat Melayu pecah kerana Anwar
Dengan penubuhan gerakan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) diharapkan mereka dapat bergerak ke seluruh negara dengan memberi penjelasan kepada seluruh rakyat siapa sebenarnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.
"Kerana dia (Anwar) umat Melayu berpecah-belah, DAP dapat untung, Pas hancur, tindak tanduk dia mempecah-belahkan kuasa politik orang Melayu inilah yang saya tidak boleh terima.
"Tibai ini ibarat anak kandung Perkasa sebab saudara Zahid (Bekas Naib Angkatan Muda Keadilan (AMK) Muhammad Zahid Md Arip) sendiri adalah ahli tertinggi Perkasa.
"Kita harap Anwar tidak diberi kebenaran untuk memimpin negara," katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Pelancaran Tibai di Kelab Sultan Sulaiman di sini malam tadi.
Sementara itu, Muhammad Zahid berkata beliau sanggup bertanding menentang Anggota Parlimen Permatang Pauh itu (Anwar) pada Pilihan Raya Umum akan datang sekiranya diberi kebenaran oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dianggarkan lebih 3,000 orang yang hadir pada majlis pelancaran itu.
Read More...
Summary only...
Ibrahim Ali: Mansuh PTPTN negara muflis
Tindakan penuntut institut pengajian tinggi mendesak kerajaan menghapuskan pinjaman di bawah skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak masuk akal dan merupakan agenda politik parti pembangkang untuk meraih sokongan menjelang pilihan raya umum Ke-13 (PRU-13).
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali berkata walaupun pembangkang berjanji untuk menghapuskan PTPTN, namun ia tidak mungkin dapat dilaksanakan di negara ini.
Ini kerana, ia mengundang kepada banyak masalah, terutama menjejaskan sistem pendidikan negara dan boleh menyebabkan negara menjadi muflis.
"Isu itu sengaja ditimbulkan oleh parti pembangkang sebagai agenda politik menjelang pilihan raya umum ke-13)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Datuk Abdul Hamid (I) di Pasir Mas, hari ini.
Sempena majlis itu, Ibrahim yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas turut menyampaikan sumbangan buku akaun Lembaga Tabung Haji kepada murid sekolah itu.
Beliau mengulas mengenai cadangan penuntut institusi pendidikan tinggi untuk mengadakan tunjuk perasaan di Dataran Merdeka bagi menghapuskan PTPTN pada 14 April ini.
Ibrahim berkata usaha kerajaan melaksanakan skim PTPTN dapat mewujudkan suasana persaingan pelajar di institusi pendidikan tinggi awam dan swasta dan sekali gus meningkatkan mutu pendidikan negara ke arah melahirkan modal insan berpengetahuan tinggi.
- Bernama
Read More...
Summary only...
Majlis perasmian pusat komuniti PKR di Jalan Putra di sini, yang disempurnakan oleh Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, dicemari insiden provokasi dan perang mulut membabitkan lebih 100 ahli Perkasa.
Ahli-ahli Perkasa yang berarak dari Masjid Zahir tiba di hadapan Plaza Sentosa, bersebelahan dengan pusat itu pada 5.30 petang walaupun Ketua Pembangkang belum kelihatan ketika itu.
Kekecohan tercetus apabila berlaku adegan tolak-menolak antara dua pihak dan kedengaran kata-kata 'Anwar Yahudi', yang disambut dengan laungan reformasi oleh lebih 200 penyokong PKR.
Penyokong-penyokong Perkasa beredar kira-kira 15 minit kemudian sebelum ketibaan anggota FRU.
Anwar pula tiba sekitar 6 petang selepas keadaan reda.
Ini kejadian pertama membabitkan Anwar dengan kumpulan Perkasa di negeri jelapang padi itu tahun ini.
jalan pulang
Read More...
Summary only...
PASIR MAS - Umno bahagian sedia memberi laluan kepada Datuk Ibrahim Ali bertanding atas parti itu dalam pilihan raya umum ke 13, kata seorang AJKnya. “Kalau Datuk Seri Najib (Tun Razak) setuju, kita akan terima. Asal calon boleh menang, kita boleh terima. “Jika Najib pilih Tok Him (Ibrahim) bertanding atas tiket Umno, kita terima,” katanya.
Perdana Menteri akan mengadakan program bersama rakyat di Pasir Mas, petang esok.
Beliau berkata, ahli parlimen bebas Pasir Mas itu lebih sesuai bertanding di atas tiket Umno kerana presiden NGO Perkasa itu pernah menjadi ahli Parlimen Umno sebelum ini.
Pada tahun 1990, Ibrahim memenangi parlimen Pasir Mas atas tiket parti Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah.
Dipecat
Pada tahun 2006, beliau ketika itu ketua Umno Pasir Mas dipecat dari parti ekoran tindakannya bertanding atas tiket pilihan raya kecil negeri Pengkalan Pasir.
Pada pilihan umum lalu, PAS memberi beliau peluang atas tiket parti dan mengalahkan calon BN, Datuk Abdul Rahim Rahman.
Beliau, bagaimanapun mengisytiharkan sebagai ahli parlimen bebas selepas itu atas alasan tidak sesuai dengan dasar PAS.
Kata AJK Umno itu, jika Ibrahim sayang orang Pasir Mas, beliau perlu bertanding atas tiket Umno.
Bagaimanapun, usaha menghubungi Ibrahim gagal kerana panggilan telefonnya tidak berjawab.
- freemalaysiatoday
Read More...
Summary only...
PERKASA: Thaipusam, Najib bawa obor perpaduan
Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA hari ini beranggapan kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Batu Caves di ibu negara, minggu lalu adalah dengan niat bagi memberi perhatian kepada semua kaum dengan membawa obor perpaduan.
“Mungkin beliau memberi observation (pemantauan)... Saya bukan mufti. Hal berkaitan dengan hal ehwal Islam, saya tak mahu komen kerana tidak mahu disalah petik,” kata presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali.
Beliau pada sidang akhbrnya di Kuala Lumpur diminta mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang meluahkan rasa terkilan dengan tindakan lawatan Najib itu yang didakwa "menggadai akidah" walaupun sudah ditegur setiap tahun.
Menurut Ibrahim yang juga ahli parlimen Bebas, Pasir Mas, jika Harussani membuat kenyataan seumpama itu, wartawan perlu merujuk kepadanya sama ada benar atau tidak.
“Saya bukan mufti. Hal (ini) berkaitan dengan hal ehwal Islam. Kena tanya orang yang berpengalaman, saya serah kepada alim ulama,” katanya.
Najib pada 7 Februari lalu hadir ke sambutan Thaipusam lengkap berpakaian kurta kuning muda dan dipakaikan kalungan bunga yang amat besar. Gambarnya juga didirikan setinggi patung berhala di Batu Caves sehingga mencuri tumpuan.
Tindakan itu mencetuskan kemarahan NGO dan PAS serta umat Islam yang membidas tindakannya itu.
Sebelum ini, perdana menteri terdahulu, termasuk Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad masing-masing menghantar wakil ke sambutan Thaipusam itu.
Ibrahim bagaimanapun berkata Najib mungkin tidak sempat merujuk kepada pandangan agama sebelum menghadiri acara itu kerana jika tidak beliau pasti jelas dengan apa yang dilakukannya.
Namun, menurut beliau, terdapat juga pemimpin Islam lain termasuk dari pembangkang yang menghadiri upacara keagamaan bukan Islam.
“Macam Nik Aziz (Nik Mat) menghadiri kegiatan agama lain di Kelantan. (Menteri Besar Kelantan itu) masuk wat Budha.
“Kenapa masuk wat yang orang kata Nik Aziz tak salah, Najib salah?
“Mungkin (Najib) dengan niat untuk membawa obor perpaduan rakyat Malaysia...” kata Ibrahim lagi.
http://malaysiakini.com/news/189117
Read More...
Summary only...