BlogList Malaysia

31 December 2009

Senarai RM270 Billion Yang Dihabiskan Pak Lah

Senarai ringkas di bawah sedikit sebanyak boleh memberikan gambaran bagaimana wang itu dibazirkan sesuka hati;

a. Pembatalan kontrak Landasan Berkembar Rawang-Ipoh.
Bayaran ganti rugi kepada DRB-Hicom - RM425 jutal

b. Pembatalan kontrak Jambatan Kedua Malaysia-Singapura
Bayaran ganti rugi kepada Gerbang Perdana - anggaran awal RM360 jutal

c. Bayaran ganti rugi kepada operator lebuhraya RM380 juta

Compensation to be paid to nine highway concessionaires are as follows

1. Ampang-Ulu Kelang Elevated Highway RM28 million,

2. North South Expressway (Central Link) RM18 million,

3. Seremban-Port Dickson Highway RM178 million,
4. Kulim-Butterworth Highway RM10 million,

5. Malaysia-Singapore Second Link RM6 million,

6. Sprint Highway RM34 million,

7. North Klang Valley Expressway RM9 million, and
8. Penang Bridge RM22 million.

d. RM 500 juta - pembelian bas baru untuk Rapid KL milik Khazanah. 1,000 bas sedia ada terpaksa disadai

e. Kompleks CIQ berharga RM 1 bilion menjadi gajah putih hasil pembatalan pembinaan Jambatan Kedua.

"The result is that more than RM1 billion has been wasted building the Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) complex (left), foundation works for a new railway station, pilings and preliminary works on the road linking the CIQ to the bridge plus compensation to the contractors because of the cancellation of the projects."

f. Kos pembinaan Landasan Berkembar Rawang- Ipoh, mengikut PAC, meningkat RM 1.43 billion dari harga asal. Mengikut laporan lain, ia meningkat dari RM 2.7 pada Julai 2007 kepada RM4.8 billion pada Mei 2008. Peningkatan 77% dalam tempoh 10 bulan!

g. Pembatalan insinerator Broga - dianggarkan di antara RM 500 juta hingga RM 700 juta untuk bayaran pampasan dan berkaitan.

Angka di atas sahaja dah mencecah RM 5.5 billion!

Sebahagian kos ini berlaku kerana sistem runding terus. Sebahagian, untuk menyediakan peluang perniagaan kepada pihak tertentu semata-mata. Sebahagian kerana bayaran ganti rugi semata-mata.

Husam Musa

Read More...

Hadiah Tahun Baru 2010

Berita Buruk: Jom Serbu Kedai Sekarang Juga!!!


Nampaknya ini antara hadiah Tahun Baru PM paling manis untuk rakyat 1Malaysia: harga runcit gula bakal dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini! Kononnya kenaikan harga gula ini tidak dapat dielakkan berikutan kenaikan harga gula mentah dunia. Ladang gula dekat Chuping pula entah apa jadi, tidak dapat membeklkan gula secukupnya, kononnyalah....

Satu segi kenaikan harga gula ada hikmahnya. Ia dapat mengurangkan penggunaan gula yang membawa pelbagai penyakit itu. Yang tidak seronoknya, ia membei kesan berganda kepada kenikan harga barangan lain lepas ini, kerana peniaga akan berkata semua barangan menggunakan gula. Lalu bukan saja teh tarik yang naik harga, tapi semua jenis kuih juga naik harga, nasi lemak naik harga, lauk pauk di kedai makan naik harga, nasi dan mi goreng naik harga, semuanya naik harga atas alasan perlu menggunakan gula, walau cuma secubit kecil yang digunakan.

Apapun, tahniah kepada Kerajaan Malaysia. Ia hadiah tahun baru 2010 yang paling manis untuk sekilo gula yang memang manis untuk rakyat 1Malaysia.

Kepada pengguna, jom kita serbu ke kedai sekarang juga untuk mendapatkan gula sebelum harganya naik tengah malam ini!


~ pendikar gunung kriang

Read More...

Akhbar Herald Dibenar Guna Perkataan Allah

Penerbit akhbar mingguan The Herald dibenarkan untuk menggunakaan perkataan “Allah”, demikian diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi.

Keputusan itu membatalkan larangan yang dikenakan oleh Kementerian Dalam Negeri ke atas akhbar berkuat kuasa sejak awal tahun ini.

Penghakiman penting ini dilihat bakal menggembirakan kira-kira 850,000 masyarakat Kristian Katolik negara ini.

Read More...

Zaman Joli Katak Sudah Berakhir - Ku Li

Zaman 'joli katak' sudah berakhir dan wang 'loteri minyak' makin berkurangan, khususnya akibatkan kelemahan pengurusan kerajaan, kata pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Menurut pengasas Petronas itu, rancangan asal gergasi petroleum itu tidak termasuk mengeluarkan minyak berlebihan untuk membayar kos projek kerajaan bernilai berbilion ringgit.

"Ia bermula dengan perjanjian (pembelian peralatan ketenteraan) dengan (perdana menteri Britain pada masa itu) Margaret Thatcher.

"Kemudian, pengeluaran minyak tiba-tiba berganda daripada 650,000 tong sehari kepada lebih satu juta tong sehari (untuk menampung pembelian senjata). Itu sudah terlalu banyak untuk kita," katanya.

Sebagai seorang perancang utama kepada rancangan minyak Malaysia, bekas menteri kewangan itu kini cuba untuk membetulkan keadaan, lebih-lebih lagi untuk negeri asalnya sendiri yang beliau percaya mempunyai "hak berdaulat" untuk menerima bayaran royalti minyak bagi sumber yang ditemui di perairannya.


"Ianya bukan isu yang sukar sebab selagi minyak itu ditemui di perairan Kelantan, sama ada ianya kawasan usaha sama atau sama ada ia di luar pantai dalam zon ekonomi eksklusif negara, Petronas tetap perlu membayarnya," katanya.

Seperkara lagi yang perlu dijelaskan ialah rundingan di antara negeri dan pusat, yang disifatkan Tengku Razaleigh sebagai lapuk dan tidak mampu menyediakan pulangan yang diperlukan bagi pembangunan di setiap negeri.

Bekas menteri kewangan itu, dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, juga tidak kisah dengan peringatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya jangan menerima jemputan pembangkang untuk mengetuai satu kaukus parlimen berkenaan royalti minyak.

"Saya tidak peduli siapa yang beri amaran. Saya lakukan ini demi negara. Saya tidak terhutang budi dengan sesiapa.

"Saya tidak peduli. Saya mahu lihat hak daulat rakyat ini terjaga," katanya lagi.

Read More...

PAS Tolak Cadangan Bangang SPR

Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya memanjangkan proses penamaan calon dari satu hari kepada tiga hari disifatkan sebagai tidak munasabah dan membuang masa.

Naib Presiden Pas Salehuddin Ayob menggesa SPR untuk tidak menghabiskan sumber meminda Penjalanan Pilihanraya 1981 bagi tujuan tersebut, sebaliknya merencana usaha memastikan keamanan sepanjang proses pilihanraya.

Jelasnya, Pakatan Rakyat menggesa satu peraturan khusus dirangka berhubung penyediaan tempat perhimpunan para penyokong calon pada hari penamaan.

“Mengarut dan tidak masuk akal kerana tidak pernah berlaku sebelum ini kejadian-kejadian hingga menyebabkan ketegangan di antara kedua-dua parti. Tetapi yang berlaku hanyalah perlu ada satu peraturan untuk memberikan tempat yang sesuai untuk penyokong-penyokong parti politik berhimpun pada hari penamaan calon. Bukan sampai tiga hari kerana ini hanya akan membuang masa, mengarut dan tidak masuk akal," katanya.

Pemimpin Pas itu mendesak SPR supaya melihat semula tuntutan Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih supaya undi pos dihapuskan, memperkenalkan dakwat khas, ketelusan perbelanjaan pilihanraya, kebebasan bersuara dan penyalahgunaan jentera kerajaan.

“Sebenarnya tidak ada perkara yang kecoh di Malaysia. Yang penting adalah tempat yang sesuai untuk berhimpun, demokrasi disuburkan, berikan hak yang sama, kemudian kawalan di peringkat keselamatan ditingkatkan. Itu akan dapat membendung kejadian-kejadian yang tidak diingini," katanya. - FANSURINA ABDULLAH

Read More...

30 December 2009

Pemikiran TGNA Melangkaui Sempadan Bangsa

Tumbukan terbaru Nik Aziz Buat UMNO tersandar penjuru gelanggang

Kerana Melayu perjuangan Umno makin luput

Biar pun kajian mendapati perjuangan berteras bangsa dalam masyarakat majmuk tidak lagi relevan, namun Umno enggan keluar dari belenggu perkauman.

Ramai percaya perjuangan berteraskan bangsa akhirnya akan pupus. Keadaan yang sama bakal menimpa Umno sekiranya dogma itu terus dipertahankan.

Ini dapat dilihat kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang menganggap kenyataan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu melantik Cina Muslim warak sebagai Menteri Besar sebagai gimik politik.

Seorang pensyarah, Nadzir Awang Ahmad pula menganggap kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengejutkan orang Melayu.

Pensyarah berkenaan menulis di sebuah akhbar tempatan sekiranya dasar itu diamalkan kerajaan Pakatan Rakyat, lebih ramai lagi orang bukan Melayu akan menjadi Menteri Besar.

Sebelum ini Menteri Besar Kelantan menyatakan kesediaan kerajaan PAS meminta perlembagaan negeri bagi melantik Cina Muslim sebagai pemimpin kerajaan negeri.


Mengulas itu tersebut anggota parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir berkata, amalan melantik pemimpin Islam yang berwibawa tanpa memilih bulu adalah amalan Islam sebenar.

“Saya amat bersetuju dengan cadangan tersebut kerana ia memperlihatkan perjuangan Islam tidak sempit dan melangkui sempadan bangsa.

“Sedangkan pemimpin Umno sebelum ini mendakwa Malaysia sebagai negara Islam, namun mengapa pula pemimpin yang patuh kepada ajaran agama tidak mahu dicontohi,” katanya.

Beliau percaya perjuangan Umno semakin luput kerana ideologi yang dipertahankan sejak 1946 sudah tidak sesuai lagi dalam situasi masyarakat pelbagai agama dan bangsa di Malaysia.

Oleh itu katanya beliau menyokong penuh cadangan Tuan Guru Nik Abdul bagi memberi peluang pemimpin Cina Muslim yang warak menjadi ketua kerajaan.

Adun Guchil, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria berkata, pemikiran Menteri Besar Kelantan melangkau sempadan bangsa sehingga menyebabkan Umno semakin gelisah.

Kata beliau Umno tetap mahu mempertahankan perjuangan berteraskan bangsa bukan bagi kepentingan rakyat, sebaliknya bagi mendapat faedah peribadi mereka.

Adun Dabong, Ariffabillah Ibrahim berkata, cadangan Menteri Besar itu tidak mustahil dilaksanakan kerana Islam tidak meletakkan bangsa sebagai fokus perjuangan.

“Cadangan tersebut amat ditakuti Umno kerana tanpa perjuangan Melayu Umno sudah tidak bermakna lagi,” tambahnya.(sumber)

Read More...

Umno Selangor Akan Terus Kempunan Selagi Ada Khir Dan Noh Omar

Dalam akhbar Sinar Harian hari ini, penganalisis politik Prof Datuk Zainal Kling mengakui bahawa hasrat Umno Selangor untuk merampas kembali negeri Selangor dalam PRU ke 13 nanti tidak akan tercapai oleh kerana beberapa faktor termasuklah kerana tiada pemimpin yang berwibawa untuk memegang teraju di negeri ini.

Ini bermakna selagi Khir Toyo dan Noh Omar diharapkan, maka selagi itulah kelam dan suram harapan parti berkenaan.

Selain itu pimpinannya juga berterusan bertelagah sesama sendiri dan masih belum kebah-kebah dari kekalahan ngeri mereka pada PRU ke 12 lalu.

Yang ketaranya, Prof Zainal tidak pula menyebut berkenaan MIC, MCA dan Gerakan iaitu rakan komponan BN di Selangor. Apakah Umno Selangor sahaja memegang tugas untuk merampas kembali Selangor? Seolah MCA, MIC dan Gerakan sudah pupus tiada berperanan lagi di negeri ini!


Sebagai seorang penganalisis yang cenderung pada Umno dan BN ternyata kenyataan Prof Zainal ini suatu petanda buruk buat Umno Selangor. Namun PR janganlah pula bersabesar kepala dan tidak bekerja kuat. Berilah tumpuan pada memperkasakan jentera masing-masing. PAS contohnya mesti memperteguhkan safnya, memperkasakan jentera parti dan terus bekerjasama dan melangsungkan hubungan erat dalam PR.

Dalam keadaan Umno tenat, PAS mesti bingkas bangun segar dan bertenaga. Setiap EXCO, ADUN, ahli-ahli majlis, ketua-ketua kampung PAS dan begitu juga rakan-rakan PKR dan DAP mestilah mempamirkan corak kepimpinan yang baik, telus dan berwibawa supaya rakyat terus selesa dan yakin dengan kita.

Kerajaan PR Selangor perlu buktikan yang ia berbeza dan jauh lebih baik dari kerajaan BN dahulu. Jika ini dapat dicapai dan dikekalkan suram muramlah Umno Selangor sampai bila-bila (ikutlah jejak Dato Kapten Zahar, tinggalkan Umno jom masuk PAS dan sokong PR).

Roslan SMS

Read More...

Husam Sedia Bersemuka Dengan Keluarga TGNA

Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa berkata beliau bersedia untuk bersemuka dengan keluarga Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ekoran dakwaan beliau cuba melaga-lagakan pemimpin-pemimpin PAS.

Husam (gambar) juga dituduh sebagai antara mereka yang memberikan nasihat yang salah kepada Nik Aziz sehingga menyebabkan tercetusnya masalah dalaman parti itu dan kerajaan negeri Kelantan sejak kebelakangan ini.

"Saya sedia bersemuka dengan keluarga Tok Guru,” kata beliau ketika ditemui selepas mesyuarat mingguan kerajaan negeri hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita berhubung tulisan Nik Amalina Nik Abdul Aziz dalam blognya bahawa seorang Exco Kerajaan Negeri wajar meletakkan jawatan.

Nik Amalina merupakan isteri Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK) yang telah dinasihatkan oleh Nik Aziz agar berundur dan akan berbuat demikian Mac ini.

Difahamkan tulisan Nik Amalina tersebut merujuk kepada Husam.


Sebelum tulisan Nik Amalina, Husam juga dikatakan menjadi 'kritikan' tulisan seorang lagi anak Nik Aziz, Nik Abduh.

Kedua-dua mereka mendakwa Nik Aziz kini terpaksa berhadapan dengan isu semasa seorang diri tanpa pembelaan pemimpin PAS negeri dan pusat.

Husam berkata, dalam konteks Islam yang pertama "kita boleh bersemuka dengan mana-mana anggota, ahli termasuk keluarga bagi mencari titik pertemuan daripada segala permasalahan yang timbul."

“Saya kira anggota keluarga Tok Guru bersedia. Jadi, tak payahlah surat khabar atau orang luar nak campur atau api-apikan pula,” kata ahli jawatankuasa pusat PAS ini.

Menjawab dakwaan kononnya akan meletakkan jawatan, Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan memberitahu, itu hanya khabar angin semata-mata.

“Hari itu surat khabar dah sebut saya nak letak jawatan. Saya dah hantar surat tuntutan saman terhadap akhbar terbabit. Sekarang ni timbul lagi?

“Sekarang ini kita sedang focus kepada perundingan petroleum, jadi tidak ada sebab saya hendak berhenti,” jelasnya.

Husam diamanahkan untuk mengetuai jawatankuasa berkaitan isu pertikaian royalti minyak untuk negeri itu.

Beliau menyifatkan kadang-kadang media suka mengeksploitasi satu-satu kenyataan dengan menokok tambah atau mengurangkan kenyataan sebenar.

“Kita tak buat pun tanda soal, dia (akhbar) cuba masukkan... kita tak masuk pun tanda seruan... ia pula tolong buatkan,” kata beliau dengan nada sinis memberitahu, selepas selesai isu tuntutan royalti nanti akhbar boleh membuat khabar angin "Husam nak berhenti" lagi.

Malah semalam Nik Aziz menamatkan spekulasi kononnya Husam akan meletakkan jawatannya ekoran rombakan dalam pentadbiran Pejabat Menteri Besar.

Sebaliknya Nik Aziz memberitahu, Husam yang merupakan bekas setiausaha politiknya sebenarnya pemimpin kesayangan semua orang.

"Mana boleh dia (Husam) letak jawatan... kita semua sayang pada dia, dia punya kebijaksanaan," kata beliau selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan.

Read More...

F5E riuh tapi Skyhawks membisu di padang pasir Arizona

Perbualan saya dengan seorang bekas General TUDM yang telah pencen mengenai kes kehilangan injin jet pejuang F5E baru baru ini cukup menarik, apatah lagi dengan kata nya “tak perlu apa apa untuk rasa terkejut” mengenai hal ini. Pengalaman sudah dilalui beberapa tahun yang lalu, apabila negara kita turut memansuhkan penggunaan pesawat pejuang 80 buah A4 Skyhawks.

Kerajaan kita telah membeli squadron pesawat ini dari USAF (United State Army Force) sebanyak 80 buah ketika awal 1984 lalu. Hanya sebanyak 35 buah saja yang di bawa ke Malaysia manakala baki nya 45 buah itu masih tersimpan di padang pasir Arizona Amerika. Difahamkan sebuah telah hilang dilaut China Selatan.

Yang menjadi lebih ‘kontraversi’ nya mengapa yang baki sebanyak 45 buah itu tidak dibawa pulang ke Malaysia? apa tujuan ianya dibeli? Kalau setakat beli untuk disimpan di padang pasir itu, rasanya ini menjadi kes lain pula. Walau pun simpanan pesawat pesawat itu di uruskan oleh sebuah syarikat disana, tetepi kerugian tetap berpihak kepada kita.

Pembayaran tempat simpanan tetap dibayar yg sudah menjangkau puluhan tahun, kes kes kecurian componentnya terus berlaku silih berganti. Kalau ianya dibawa pulang ke Malaysia boleh juga disimpan disebelah kilang besi Perwaja Kemaman, ada juga faedahnya. Pekara ini tidak ramai yang mengetahui nya, kalau boleh ianya ditutup kemas.


Di awal tahun 2001 dahulu pekara ini pernah diberi perhatian dan dicadangkan untuk menjual nya, tetapi hingga kini langsung tiada kata dan senyap begitu saja. Sehinggalah 2003 rasanya kita bertukar dan membeli pula jet pejuang dari Rusia pula, iaitu MIG-29. Maka kes skyhawks ini senyap begitu saja hampir dilupakan.

Difahamkan juga status kes pesawat ini semakin kusut dan pihak bertanggung jawab agak sukar malah pemilikan skyhawks ini masih menjadi ‘tandatanya’. Pernah beberapa kali hal ini di bangkitkan di parlimen, tetapi keputusannya tidak jelas. Pernah juga dikatakan yang ‘besi buruk’ itu telah dijual kepada sebuah syarikat di Amerika dengan harga yg rendah, tetapi dimana kepastian nya.

Sahabat ini turut menceritakan yang 45 pesawat ini hilang daripada inventori RMAF dan rekodnya entah kemana, hakikat sebenarnya tiada rekod dalam inventori RMAF dan bagaimana ini boleh berlaku. Kemana menghilangnya jet jet ini?

Begitu juga dengan kes terbaru ini, kehilangan injin F5E yg bernilai 50 juta ringgit untuk sebuah. Dikatakan 40 orang dinasihatkan berhenti dari menjalankan tugas nya diTUDM ekoran dari kes ini, mereka tidak didakwa dan bunyi nya pun 40 orang yg terlibat, semacam dalam filem P.Ramlee pulak “Ali Baba dan 40 orang penyamun”.

Sementara itu, orang ramai telah terlupa tentang 45 pesawat yang Kerajaan Malaysia membayar tetapi tidak mengambil nya dan rekod nya tak tentu hala di inventori RMAF (Royal Malaysian Army Force).

Sekarang sebuk pula untuk menjual jet pejuang MiG-29 yg pernah di pertikaikan oleh bekas PM Mahathir dan bab helikopter NURI dan pengganti nya Eurocopter EC-725 pun masih lagi tidak selesai dan kini timbul pula pemasaalahan lain pula.

-bumirel ref:drrafick/sk (sumber)

Read More...

Ini Dia Blog Celaka Yang Nak Sangat Husam Letak Jawatan

Namun saya tersenyum sumbing apabila ada yang menyatakan bahawa artikel saya itu mampu menyinggung perasaan, mahupun peranan barisan Exco Negeri Kelantan yang tercinta ini. Cepatnya mereka latahkan sehingga semua Exco ini patut letak jawatan? Alahai…hanya kerana artikel itu semua Exco patut letak jawatan? Kalau ditanya saya, tentunya saya jawab, kalau adapun Exco yang patut letak jawatan, saya WAJIBKAN seorang Exco itu saja yang letak jawatan. Ada berani Exco yang seorang itu menyahut cabaran?

Posted on 13/12/2009 by serisuri

Nik Aziz juga menolak spekulasi kononnya Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa akan meletakkan jawatannya ekoran rombakan dalam pentadbiran pejabat menteri besar.

Sebaliknya Nik Aziz memberitahu, Husam yang merupakan bekas setiausaha politiknya sebenarnya pemimpin kesayangan beliau.

Mana boleh dia (Husam) letak jawatan...Datuk Husam ini antara yang saya sayang, dia punya kebijaksanaan,” kata beliau selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di sini petang ini.

Ketika ditanya mengenai desas-desus bahawa Husam akan meninggalkan Kabinet kerajaan negeri dan kerusi Dewan Undangan Negeri, Nik Aziz berkata, “siapa kata dia (Husam) nak letak jawatan? Karut semua itu.”

Dimaklumkan perkara itu dilaporkan oleh blog sejak beberapa hari lalu, Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan menegaskan, “celaka blog itu. Tak ada kerja lain... tau nak laga-lagakan orang.”

“Suka buat dosa. Berdosa menulis perkara bukan-bukan tanpa bukti dan fakta jelas,” tambah beliau.

Read More...

Memalukan Bila Zambry Kadir Disyaki Pengganas Antarabangsa

Amerika Syarikat menghalang Menteri Besar Barisan Nasional Perak, Zambry Abd Kadir daripada memasuki Amerika negara itu kerana namanya tercatat dalam senarai pengganas yang dikenalpasti oleh negara tersebut.

Memetik laporan akhbar rasmi PKR, Suara Keadilan, Zamry berlepas ke San Francisco 9 Disember lalu atas misi perdagangan dan pelaburan anjuran Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

Menurut sumber yang rapat dengan pejabat Menteri Besar Perak, sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pihak imigresen menahan Zambry dari memasuki negara itu apabila nama beliau tersenarai dalam pangkalan data pengganas.

Sumber tersebut memberitahu Suara Keadilan keadaan itu menimbulkan kecurigaan pada pihak keselamatan dan Zambry gagal meleraikan syak wasangka pegawai AS berkenaan.
Zambry tidak ada pilihan kecuali menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia.

"Beliau sepatutnya mengetuai delegasi Perak untuk mempromosi peluang pelaburan dan perdagangan tetapi diarah pulang dan tidak ada perwakilan Perak untuk misi itu," kata sumber.

Misi perdagangan dan pelaburan ke Amerika Syarikat anjuran MIDA berlangsung dari 7 hingga 12 Disember di San Francisco dan Los Angeles.

Ketika dihubungi Penolong Pengarah Kanan MIDA (FDI Amerika), Norhizam Ibrahim berkata pihaknya hanya diberitahu Zambry ada komitmen lain dan tidak dapat menghadiri misi berkenaan.

Greenboc

Read More...

29 December 2009

Blog Mana Yang Celaka Tu..

Dalam berita bertajuk "Nik Aziz nafi: Husam letak jawatan dan dua pegawainya dipecat", Harakah Daily hari ini melaporkan:

Nik Aziz juga menolak spekulasi kononnya Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa akan meletakkan jawatannya ekoran rombakan dalam pentadbiran pejabat menteri besar.

Sebaliknya Nik Aziz memberitahu, Husam yang merupakan bekas setiausaha politiknya sebenarnya pemimpin kesayangan beliau.

"Mana boleh dia (Husam) letak jawatan...Datuk Husam ini antara yang saya sayang, dia punya kebijaksanaan," kata beliau selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di sini petang ini.

Ketika ditanya mengenai desas-desus bahawa Husam akan meninggalkan Kabinet kerajaan negeri dan kerusi Dewan Undangan Negeri, Nik Aziz berkata, "siapa kata dia (Husam) nak letak jawatan? Karut semua itu."

Dimaklumkan perkara itu dilaporkan oleh blog sejak beberapa hari lalu, Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan menegaskan, "celaka blog itu. Tak ada kerja lain... tau nak laga-lagakan orang."

"Suka buat dosa. Berdosa menulis perkara bukan-bukan tanpa bukti dan fakta jelas," tambah beliau.

Dalam posting bertajuk "Husam mencari nahas", saya melaporkan:

Husam dilaporkan tidak akan menghadiri mesyuarat Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Kelantan hari ini. Beliau juga dilaporkan bersedia meletakkan semua jawatan termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor.
"Celaka blog itu!"

Sumber di sini

Read More...

Kita Semua Sayang Husam- TGNA

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menamatkan spekulasi kononnya Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa akan meletakkan jawatannya ekoran rombakan dalam pentadbiran pejabat menteri besar.

Sebaliknya Nik Aziz memberitahu, Husam yang merupakan bekas setiausaha politiknya sebenarnya pemimpin kesayangan semua orang.

“Mana boleh dia (Husam) letak jawatan… kita semua sayang pada dia, dia punya kebijaksanaan,” kata beliau selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di sini petang ini.

Ketika ditanya mengenai desas-desus bahawa Husam akan meninggalkan Kabinet kerajaan negeri dan kerusi Dewan Undangan Negeri, Nik Aziz berkata, “siapa kata dia (Husam) nak letak jawatan? Karut semua itu.”

Dimaklumkan perkara itu dilaporkan oleh blog sejak beberapa hari lalu, Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan menegaskan, “celaka blog itu. Tak ada kerja lain… tau nak laga-lagakan orang.”

“Suka buat dosa. Berdosa menulis perkara bukan-bukan tanpa bukti dan fakta jelas,” tambah beliau.

Husam juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan. Malah juga diamanahkan untuk mengetuai jawatankuasa berkaitan isu pertikaian royalti minyak untuk negeri itu.

Read More...

SU TGNA Letak Jawatan Kerana Tamat Tempoh Kontrak

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengesahkan setiausaha politiknya, Annual Bakhri Haron dan setiausaha akhbar beliau, Mohd Saiba Yaakub, telah meletakkan jawatan kerana masing-masing tamat tempoh kontrak dan bukannya kerana diberhentikanatas sebab tertentu ekoran kemelut politik dalaman Pas sejak kebelakangan ini.

Menurutnya kedua-dua jawatan itu adalah jawatan politik dan boleh diganti bila-bila masa dengan orang lain apabila sampai tempohnya.

"Saya boleh mengesahkan Annual Bakhri sudahpun menyerahkan surat peletakan jawatannya dan saya baru menerima pagi ini, begitu juga dengan Saiba," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz juga berkata Pas Kelantan akan meneruskan amalan mengambil calon luar Kelantan untuk bertanding pada pilihan akan datang.

"Pas Kelantan masih memerlukan khidmat calon luar Kelantan bagi mengisi keperluan di negeri di samping mereka yang tiada tempat di negeri mereka," katanya.

Nik Aziz berkata kenyataannya sebelum ini bahawa Pas Kelantan akan mengkaji keperluan mengambil calon luar untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang adalah sebagai mengambil "jalan tengah" untuk menghormati kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud Iraqi.

Dalam sidang akhbar yang sama, Mohamad Daud menafikan beliau pernah menyarankan supaya calon Pas bagi pilihan kecil akan datang terdiri daripada anak tempatan.

"Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan itu kepada mana-mana wartawan, sama ada secara telefon atau menemui saya," katanya. -BERNAMA

Read More...

Husam Musa Letak Semua Jawatan

Husam mencari nahas


Update 9.53 pagi

Husam dilaporkan tidak akan menghadiri mesyuarat Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Kelantan hari ini. Beliau juga dilaporkan bersedia meletakkan semua jawatan termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor.

Jika Husam berundur, siapa agaknya yang bertuah untuk menjadi calon PAS di Salor dan, jika menang, menjadi Adun Salor seterusnya mungkin menjadi Exco Kerajaan Negeri Kelantan jika disenanngi oleh 'Usrah Taliban'?

Posting asal

Ketika orang sibuk membicarakan tentang dakwaan wujudnya "kitchen cabinet" di Kelantan, Haji Husam Musa yang semakin dipinggirkan di dalam PAS negeri itu akhirnya tidak sanggup lagi mengunci mulutnya. Dia mula mencari nahas. Antara lain dengan berani beliau berkata:

Dihimpit antara kritikalnya kedudukan negara dan sedikit sebanyak gangguan dalaman yang wujud, peliharalah integriti pemimpin-pemimpin kita dengan anggota keluarga tidak merasa diri mereka adalah stake holder yang lebih penting dari pihak yang dipilih oleh rakyat secara yang sah.

Adakah Husam menggali kubur politiknya di Kelantan? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang akan berlaku meskipun pengamatan pemerhati cikai seperti saya menjangkakan "habislah Husam"! Baca seterusnya dalam posting terbaru beliau di sini.

Penarik Beca

Read More...

Laporan Kedua Pakar Sahkan Teoh Dibunuh

Teka-teki kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock akhirnya terjawab apabila laporan kedua pakar patologi terkemuka, Pornthip Rojanasunand dari Thailand membuktikan kesasihan ujian forensik itu yang mensabitkan mendiang mati dibunuh Julai lalu.

Menurut sumber-sumber kementerian kesihatan Pornthip membuat rumusan itu setelah hadir sama pada bedah siasatan kedua mendiang Teoh pada 22 Novermber lalu di Hospital Sungai Buloh.

Memetik laporan akhbar rasmi PKR, Suara Keaadilan, sumber berkenaan juga mendakwa, Pornthip sudah menyerahkan laporan kepada pihak-pihak berkenaan, termasuk keluarga Teoh dan kerajaan negeri Selangor yang meminta bantuan kepakarannya selepas terdapat keraguan yang melampau terhadap kesan yang ada pada mayat mendiang.

Inkues kematian Teoh ini akan disambung pada 7 Januari 2010 selepas dua kali ditangguh.

Difahamkan, Pornthip mengguna pakai beberapa teknik dan proses baru yang meyakinkan beliau sepenuhnya bahawa Teoh mati dibunuh dan bukan membunuh diri atau pun menjadi mangsa kemalangan.

Teoh, 30, ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, di mana pejabat SPRM Selangor terletak, pada 16 Julai lalu selepas disoalsiasat sepanjang malam hingga ke Subuh oleh SPRM.


Mendiang disiasat berkenaan tuntutan RM3,000 kerana pembelian bendera sempena menyambut kemerdekaan negara

Memetik laporan-laporan terdahulu, tindakan SPRM itu adalah sebahagian daripada komplot atau konspirasi Umno-BN yang mahu menjatuhkan kerajaan PR di Selangor dengan membabitkan pemimpin-pemimpin PR di negeri itu.Tujuh lagi kes membabitkan exco dan pegawai mereka, kebanyakannya dari DAP juga sedang disiasat SPRM.

Namun pelbagai laporan yang dibuat kepada suruhanjaya itu, yang membabitkan pemimpin Umno-BN, termasuk mantan Menteri Besar Khir Toyo yang didakwa memiliki rumah ala-Bali bernilai lebih RM20 juta, menjadi ’sunyi’ dan ’sepi’ dalam peti simpanan SPRM.

Teoh mati pada hari yang sama beliau sepatutnya berkahwin dengan tunangnya yang mengandung tiga bulan.

Dalam keterangan pertama Pornthip di hadapan koroner, Azmil Muntapha Abas Oktober lalu, pakar forensik Thailand itu yakin 80 peratus kematian Teoh kerana dibunuh.

Beliau membuat rumusan itu berdasarkan gambar menunjukkan tanda bulatan merah pada tengkuk mendiang yang menjadi petunjuk Teoh dicekik. Kesan jari juga dilihat pada tengkuk mangsa.

Pornthip juga menyatakan dengan tegas, Teoh juga didera kerana ada kesan luka pada dubur mangsa akibat tusukan objek keras.

Di samping itu, tegas Pornthip tiada tanda-tanda akibat jatuh pada tengkorak kepala Teoh, sebaliknya lebih mirip kepada dipukul dengan kuat.

Selain Pornthip, autopsi kedua itu juga disaksikan oleh pakar patologi, Prof Dr Peter Vanezis dari Pusat Sains Forensik Cameron, United Kingdom bagi pihak SPRM, serta Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar.

Autopsi dilakukan oleh Ketua Jabatan Patologi dan Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor.(sumber)

Read More...

TGNA Desak Umno Keluar Dari BN

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin meminta Umno keluar dari BN dan bersama-sama PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya jujur dan benar-benar mahu memperjuangkan hak rakyat.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas aksi sekumpulan pemuda mendesak PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat negeri Ahad lalu.

Jelasnya, mereka yang terbabit dipercayai sebagai ahli atau penyokong Umno.

"Kalau Umno boleh minta PAS keluar daripada Pakatan (Rakyat), maka saya minta daripada Umno (supaya) keluar dari BN untuk bersama dengan PAS," jelas Nik Aziz seperti yang dilaporkan suatu akhbar tempatan.

Beliau berkta, teknik menjadi dalang mengganggu PAS tersebut merupakan amalan kebiasaan Umno sejak PAS mula memerintah Kelantan dua dekad lalu lagi.

"Didalangi itu, perkara biasa bagi golongan sekular ini (Umno)," jelasnya.

"Sebenarnya orang PAS ini dah masuk dah (menjadi dalang Umno)...sejak tahun 1991 lagi, macam-macam perkara dibuat."

Ujarnya, Umno diminta menggugurkan dasar kebangsaan dan bersedia menerima Islam sebagai dasar parti, sekiranya jujur mahu bersama-sama perjuangan Islam yang dibawa PAS.

Tambahnya lagi, Umno juga seharusnya bersedia menerima parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang lain kerana PAS sekarang komited bersama-sama Pakatan Rakyat demi menumbangkan kerajaan yang zalim secara demokratik.

Beliau yang sebelum ini disebut-sebut sebagai 'Pemimpin Spiritual' dalam Pakatan Rakyat turut berpandangan Pakatan Rakyat lebih memenuhi semangat 1Malaysia, berbanding BN.

"Ia (Pakatan Rakyat) lebih bersemangat 1Malaysia daripada apa yang ada (BN) sekarang ini," sinisnya.-hrkh

Read More...

Sila Saman Kembali Saya - Dr Asri

Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini berkata, beliau mempersilakan Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin, mengemukakan notis saman balas RM100 juta terhadapnya.

"Persilakan saman....tapi sebelum itu eloklah pastikan sumber yang didengar itu sahih dan quote secara betul. Selepas itu, biar mahkamah tentukan," kata Dr Asri ketika menghubungi mStar Online berhubung isu saman balas Zamihan seperti yang dilaporkan sebuah tabloid hari ini.

Tambah Dr Asri lagi, "Itu cerita lekeh dari seorang yang tidak ada agenda dalam negara tapi memunculkan diri dengan dakwaan palsu kononnya sijil saya palsu."

Bagi pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) ini, rakyat sendiri boleh menilai siapa Zamihan.

"Sebenarnya saya tidak ada masa nak fikirkan orang seperti beliau. Saya serahkan perkara ini kepada peguam saya," kata Dr Asri.

Menurut sebuah laporan akhbar tabloid hari ini, Zamihan mengambil tindakan saman balas ekoran beliau menerima notis saman RM10 juta daripada bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin, baru-baru ini.

Zamihan sebelum ini dikatakan menerima notis saman daripada Dr Asri melalui firma Mohamed Abdullah & Co yang memberikannya tempoh 48 jam untuk menjawab balik notis berkenaan.

Saman yang dikemukakan Dr Asri berikutan kenyataan Zamihan dalam laporan sebuah akhbar arus perdana bulan lalu yang bertajuk Jakim: Asri Palsukan Kelulusan Syariah.

Melalui notis saman dikemukakan itu, Zamihan dituntut supaya menarik balik tuduhan terhadap Dr Asri dan memohon maaf atas kenyataan dalam laporan akhbar terbabit, yang mengaitkan Dr Asri dengan pemalsuan kelayakan di bidang syariah dari Universiti Jordan dan banyak menggunakan metodologi fahaman Wahabi iaitu sayap dalam Islam yang memahami ajaran agama secara ekstrem.

Disebabkan laporan yang tersiar dalam akhbar perdana itu, Zamihan dituntut ganti rugi, termasuk ganti rugi teladan dan khas, yang berjumlah RM10 juta.

Zamihan mendakwa beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan pemalsuan ijazah seperti disiarkan akhbar terbabit, sebaliknya ia akibat salah faham penulis berkenaan.

Berikutan itu Zamihan turut dipanggil pihak atasan Jakim untuk memberikan penjelasan dan menasihatkannya supaya menarik balik kenyataan terbabit.


Namun Zamihan menjelaskan ia adalah kenyataan peribadi dan bukannya mewakili jabatan.

Untuk rekod, Zamihan pernah disaman oleh pensyarah UKM, Dr Azwira Abdul Aziz kerana membuat dakwaan berunsur fitnah dan kes itu masih dalam perbicaraan.

Berhubung saman balas terhadap Dr Asri, Zamihan menuntut bekas Mufti Perlis itu memberi penjelasan kenapa beliau didakwa berfahaman Syiah serta mengkafirkan ulama Arab Saudi dan penduduk Makkah sebelum ini.

“Saman balas itu dibuat pada bulan ini juga (Disember) dan saya bagi tempoh untuk beliau jawab dalam masa tujuh hari, tapi selepas habis tempoh dia tidak jawab,” Zamihan, dipetik sebagai berkata.

Berikutan itu, beliau kini dalam pertimbangan untuk mengambil tindakan susulan memfailkan kes terbabit di Mahkamah Tinggi Shah Alam dalam beberapa hari lagi.

Kes ini akan difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam beberapa hari lagi,” katanya, yang melantik firma guaman Abdul Kadir & Co untuk mewakilinya.

Zamihan mendakwa, kes saman menyaman ini berlarutan rentetan daripada kisah lama sejak 2001 iaitu selepas penerbitan dua buku tulisannya bertajuk 'Salafi Satu Penilaian' dan Menjawab Kritikan Fahaman Wahabi di Malaysia.

Read More...

Umno Bukan Dalang, Tetapi Penganjur Demo Tersebut

Khir: Umno tak dalangi demo tapi mahu tumbang Pakatan di PRU-13


Umno Selangor lebih berminat untuk mengambil alih kerajaan negeri menerusi pilihan raya umum akan datang, bukannya dengan mendalangi demonstrasi dan tunjuk perasaan yang didakwa PAS.

Sehubungan itu Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo menyangkal dakwaan bahawa Umno negeri itu telah mendalangi demonstrasi sekumpulan pemuda yang mendesak PAS agar keluar Pakatan Rakyat (PR).

“Tiada sebab untuk Umno bertindak sedemikian.

“Pakatan sudah pun berada dalam keadaan kemusnahan, Umno tiada kepentingan dalam perhimpunan itu (pagi Ahad),” kata bekas menteri besar Selangor ini kepada The Malaysian Insider.

Sehubungan itu kata beliau, PAS perlu memeriksa sama ada mereka yang terlibat dalam demonstrasi itu ahli parti berkenaan atau tidak.

Khir mendakwa demonstrasi pagi kelmarin itu sebenarnya satu bentuk publisiti kendalian PAS untuk mengingatkan anggota PR memandangkan ia tidak berupaya untuk mengutarakan pendiriannya berhubung isu-isu semasa.

PR kini mempunyai 35 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri yang terdiri daripada 56 kerusi.


Barisan Nasional (BN) pula mempunyai 20 kerusi manakala Badrul Hisham Abdullah, bekas wakil rakyat dari PKR, bertindak sebagai anggota Bebas.

Tambah Khir, kerajaan negeri pimpinan PR sudah pun memperlihatkan pelbagai masalah dan kelemahan sepanjang 22 bulan pentadbirannya.

“Rakyat sudah boleh saksikan perbezaan antara dua pentadbiran, adalah lebih mudah bagi kami menunggu sehingga pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Jelas beliau sebagaimana pernah disaksikan di Terengganu, selepas satu penggal memerintah PAS hampir dibersihkan kerana rakyat dapat merasakan kelainan di bawah kerajaan yang berbeza.

Semalam Dewan Pemuda PAS Selangor membuat aduan polis berhubung tindakan sekumpulan pemuda yang mendakwa mereka sebagai ahli dan penyokong PAS mendesak ia keluar PR.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Selangor Khairul Fahmi Matsom berkata kumpulan itu, yang dianggarkan kira-kira 20 orang telah menyamar sebagai ahli dan penyokong PAS sehingga mencalar imej parti tersebut.

Sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor mendesak parti itu keluar daripada PR negeri dengan segera.

Mereka mahu PAS bertindak demikian ekoran rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya.

Ketua kumpulan itu Wan Hilman Abdul Rahim yang mengaku dirinya ahli PAS dari Bahagian Gombak menafikan dakwaan kononnya kumpulannya didalangi Umno Selangor dan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Read More...

Kemalangan Sani Express - Umno Kota Raja Ambil Kesempatan

Kelaku buruk Umno KR

Kes kemalangan maut yang melibat SANI Express di Jelapang pada Sabtu yang lalu telah digunakan sepenuhnya oleh Umno Cawangan Taman Setia dan Bahagian Kota Raja serta Puteri Umnonya untuk mempromosi diri dan parti bahawa merekalah konon nya parti yang mengambil berat dan memberi pertolongan kepada mangsa dan keluarga mangsa.

Dilapurkan bahawa mereka mahu menjadikan anak-anak magsa sebagai anak angkat dan menjanjikan pelbagai bantuan segera kepada anak-anak mangsa tersebut.

Pada hari kejadian semua sedia makluam bahawa di Taman Setia tempat kedua mangsa Allahyarhamah Puan Supiah Adam serta suaminya, semua pengurusan Jenazah dilaksanakan oleh Khairat Kematian Surau Al Ikhwan Taman Setia yang ditunjangi oleh hampir semuanya dari pemimpin/ahli PAS Cawangan.

Sementara Ketua Cawangan Umno yang menyibuk ini sendiri tidak menjadi ahli Kahirat dan masih berhutang dengan Khairat Kematian semasa menguruskan salah seorang ahli keluarganya dua tahun yang lalu. Jenis muka tak tahu malu, tapi dialah yang paling menyibuk pada ketika itu untuk diwawancara oleh TV3suku. Orang sibuk uruskan jenazah dia sibuk cari publisiti. ini lah kelaku buruk Umno.

Jika diperhatikan dari gambar-gambar yang dipaparkan oleh semua TV dan akhbar memperlihat hampir seluruh orang yang berada bersama mangsa di Hospital Ipoh dan pengurusan Jenazah di Taman Setia adalah ahli dan kepimpinan Khairat Kematian dan AJK Surau Al Ikhwan (kedua-dua ni mana ada orang Umno nak dekat).

Hari ini mereka keluarkan lagi lapuran dalam akhbar SINAR tentang lawatan Puteri Umno melawat anak keluarga mangsa. Kita tunggu janji-janji palsu dari meraka kerana 'umno adalah juara menipu rakyat'

Baca seterusnya disini

Read More...

Husam Musa Sudah Mula Bersuara

Husam Musa , Exco Kerajaan Negeri Kelantan tidak banyak bercakap mengenai isu menantu Tok Guru Nik Aziz yang juga MB Kelantan iaitu Ariffahmi yang dipertikaikan kedudukkannya sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Berikut petikan tulisan terbaru beliau dalam Blognya yang berbunyi seperti berikut;

Konsep berkerajaan yang baik ialah pengasingan antara family matters dan Bukan sahaja lstate matters.egally, tetapi juga morally.

PAS - satu masa dulu pernah digelar Parti Asri Sekeluarga - kerana pemegang beberapa jawatan tinggi ada kaitan keluarga dengan Presiden PAS waktu itu, Datuk Asri. Serangan sedemikian ketika PAS berdepan dengan krisis politik pada waktu itu, merugikan PAS dan menjadi modal lawan yang berkesan sekali.

Kata Husam lagi;


Dihimpit antara kritikalnya kedudukan negara dan sedikit sebanyak gangguan dalaman yang wujud, peliharalah integriti pemimpin-pemimpin kita dengan anggota keluarga tidak merasa diri mereka adalah stake holder yang lebih penting dari pihak yang dipilih oleh rakyat secara yang sah.

Dilihat dari sirah Rasulullah, ada keadaan-keadaan di mana anggota keluarga memberikan pandangan atau diminta pandangan dalam pelbagai isu. Namun, keputusan akhir adalah di tangan Rasulullah s.a.w dan isu-isu itu pula bukan berbentuk monetary gain atau percaturan politik keluarga tetapi lebih kepada public interest. Baca lanjut di sini

Nampaknya Husam dah tak mampu berdiam diri satu-satu persatu orang yang boleh bekerja dalam pentadbiran dan politik Kelantan akan disingkirkan. Daripada berdiam diri yang membawa diri jadi tertekan lebih baik bersuara walaupun dirasakan akan ada geruh akan berlaku.Alang-alang mandi biar basah. Seluk ikan pekasam biar sampai kepangkal bahu.

Misai Merah

Read More...

28 December 2009

Penamatan Perkhidmatan MIG-29 Untungkan Kroni?

Benarkah tindakan kerajaan menamatkan perkhidmatan pesawat pejuang MiG-29 yang bernilai ratusan juta ringgit tahun depan dipengaruhi 'orang tengah' yang bakal mengaut keuntungan hasil jual beli pesawat berkenaan

Itu persoalan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang turut mempertikaikan pelupusan jet-jet yang berusia tidak sampai 20 tahun terbabit sedangkan India dan Rusia masih menggunakannya dalam tempoh lebih lama.

Bekas Perdana Menteri itu hairan bagaimana kerajaan mahu menggantikan pesawat pejuang pemintas itu dengan yang baru dalam keadaan ekonomi negara masih tidak menentu sekarang.

"Penjualan dan pembelian pesawat oleh kerajaan mampu memberi keuntungan besar (berjuta-juta ringgit) kepada orang tengah. Apakah ada kepentingan orang tengah yang mempengaruhi keputusan kondem MiG-29 untuk beli yang baru," tegas beliau dalam blog popularnya, Che Det di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan kerajaan yang diumumkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika menghadiri sidang Dewan Rakyat baru-baru ini yang berkata perkhidmatan MiG-29 akan diberhentikan pada tahun depan.

Ahmad Zahid memberitahu, penamatan perkhidmatan pesawat selama 10 tahun itu kerana peningkatan ketara kos penyelenggaraan dan operasi jet-jet MiG-29N sebanyak 16 pesawat itu.


Antara pesawat yang menjadi pertimbangan untuk menggantikan skuadron itu ialah SU-35, FA-18 E/F Super Hornet, JAS Gripen, Eurofighter Typhoon, Dassault Aviation Rafael, F-16 C/D Block 52 dan mungkin juga F-15 Eagle.

Dr. Mahathir berkata, kerajaan sepatutnya membaik pulih pesawat-pesawat berkenaan dengan menggunakan kepakaran Rusia dan India yang turut menggunakan pesawat pejuang yang sama jika tentera Udara Diaraja Malaysia (TUDM) tidak mempunyai kepakaran.

"Tak bolehkah kita baik pulih MiG-29 ini? Kalau kita tak boleh, orang Rusia mungkin boleh. Mungkin India juga boleh. Jika pesawat pejuang yang berharga ratusan juta hanya tahan 20 tahun, lebih baik kita tidak ada pesawat pejuang," tegasnya.

Kata beliau, banyak yang telah dibelanjakan untuk membeli dan menyelenggara jet-jet berkenaan, malah perbelanjaan akan bertambah jika kerajaan berhasrat membeli pesawat baru

"Walaupun pesawat tentera Rusia lebih murah daripada buatan Amerika, tetapi wang yang banyak terpaksa dibelanja juga. Kalau lupuskan ratusan juta ringgit akan hilang," jelas beliau.

Beliau berkata, walaupun pesawat pejuang buatan Amerika Syarikat (AS) kononnya tahan lebih lama seperti pembelian FA-18 tetapi sebaliknya pembelian dengan negara itu tidak menguntungkan pertahanan Malaysia.

AS, kata Dr. Mahathir, mengenakan syarat yang sangat ketat sehinggakan pesawat FA-18 itu hanya boleh digunakan untuk pameran semata-mata.

"Mereka tidak beri source code yang mana ini mengehadkan kegunaan FA-18 untuk pameran sahaja," ujar beliau.

Read More...

Kerana Menantukah TGNA Gugurkan Dua Setiausaha?

Menteri besar Kelantan bercadang menukar dua orang pegawainya sehingga mencetuskan spekulasi baru di negeri itu, demikian menurut dua penulis blog.

Satu sumber penulis blog memberitahu Malaysiakini hari ini, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengumumkan pengunduran setiausaha politiknya Anual Bakhri Haron dan juga setiausaha akhbarnya Mohd Saiba Yaakob.

Tarikh pengumuman itu bagaimanapun tidak dinyatakan, katanya dengan mendakwa mendapat mesej SMS daripada salah seorang setiausaha tersebut.

Usaha mendapatkan ulasan Anual Bakhri, bekas pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) itu yang telah berkhidmat genap sedekad dengan Nik Abdul Aziz, setakat ini belum berjaya.

Blog yang sering mengulas isu parti itu Penarik Beca pula menyebut khidmat pegawai Nik Abdul Aziz itu bakal berakhir pada 1 Januari ini - alasannya Anual Bakhri dekat dengan Datuk Husam Musa.

Exco kewangan dan perancangan ekonomi itu sering didakwa terlibat dalam kontroversi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui oleh Abdul Ariffahmi Ab Rahman, menantu Nik Abdul Aziz.

Husam sendiri, bekas setiausaha menteri besar itu, bagaimanapun tidak pernah mengulas isu tersebut dan hanya menafikan beliau renggang dengan mentornya.

Menurut penulis blog itu lagi Abu Bakar Mohd Rashid, kontrak Mohd Saiba akan ditamatkan pada 3 Februari tahun depan.

Bagaimanapun setakat ini tidak jelas rombakan pegawai menteri besar dibuat berkaitan dengan kontroversi yang kini melingkari Nik Abdul Aziz atau sebab-sebab lain.

Selain isu menantunya, tokoh PAS itu juga berdepan dengan isu tajaan haji kepada dirinya dan anggota keluarganya sehingga mencecah ratusan ribu ringgit tetapi ia tidak diterima selepas media mendedahkannya.

Ketika dihubungi petang ini, setiausaha perhubungan PAS Kelantan berkata desas-desus itu turut kedengaran tetapi "tidak rasmi" kerana tiada hitam-putih.

"Perkara itu sekadar cakap-cakap sahaja," kata Mohd Zaki Ibrahim apabila diminta penjelasan berhubung ura-ura tersebut.

Dewan Harian PAS negeri akan bertemu esok tetapi isu tersebut belum pasti akan dibincangkan, tambahnya.

"Saya tidak tahu, terserah kepada menteri besar," kata Mohd Zaki lagi.

Read More...

Angin Perubahan Kedah Darul Aman

Kedatangan saya ke bandaraya Alor Setar semalam disambut oleh Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abd Razak dengan hadis. Sebaik saja melintasi plaza tol Alor Setar utara, saya lihat senyuman Azizan yang memakai baju Melayu hitam dan bersongkok hitam. Besar papan tersebut. Sebelum ini, saya melihat gambar beliau memakai tengkolok dan baju istiadat. Kedua-dua gambar ini berbeza dengan gambar beberapa bulan pertama menjadi Menteri Besar iaitu baju Melayu putih dan songkok putih. Orang Kedah kata, "kepiah lebai."

Saya menginap di Holiday Villa Alor Setar, yang berkembar dengan City Plaza. Bosan duduk dalam bilik, saya keluar berjalan-jalan di Star Walk. Ala-ala Bintang Walk gitu! Malam tadi ada pertandingan karaoke sempena enam tahun Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS). Ia dianjurkan oleh MBAS dengan kerjasama Digi Communications. Selepas mendengar satu lagu oleh seorang anak gadis, saya terus berjalan.

Berhampiran Star Walk juga, segerombolan anak-anak muda membariskan kereta MyVi. Ada sekitar 20 buah. Cantik dan tersusun. Mereka membuka pintu belakang bagi mempamerkan sound system yang cukup canggih dan mahal. Berdentum-dentum lagu-lagu Inggeris memecahkan kesunyian bandar Alor Setar.

Sewaktu bersekolah dulu, tak ada semua ini. Hiburan saya tatkala itu hanyalah panggung wayang Empire. Sekarang, panggung wayang itu tidak ada lagi.

Dulu Pemuda PAS pernah bercadang untuk menyediakan garis panduan kawalan jualan arak. Azizan cepat-cepat kata, pentadbiran negeri ialah urusan kerajaan. Pemuda PAS jangan masuk campur. Khabarnya ada beberapa orang pemimpin PAS yang ingin melihat Azizan lebih "cenge" dalam soal kawalan isu-isu sosial. Azizan memilih sebaliknya. Ada yang tak puas hati. Bukan rahsia lagi.

Begitu juga dalam soal latihan Biro Tatanegara. Selangor lantang membantah. Pulau Pinang tumpang tui. Azizan kata, kerajaan negeri tidak akan memboikot kursus BTN. Saya teringat kata-kata seorang sahabat lama melalui telefon beberapa minggu lalu -- "Kalau macam tu, "A" la Menteri Besar kita!"


Saya berjalan lagi. Di Bangunan Ukir, tergantung kain rentang "Kedah Sejahtera" -- slogan kerajaan negeri yang baru -- dengan logo 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Berhampiran bulatan Teluk Wanjah, saya melihat papan iklan (billboard) yang besar. Ucapan Hari Kemerdekaan. Berbaris gambar semua Menteri Besar Kedah. Ada gambar Osman Arof, Tan Sri Sanusi Junid, Dato' Seri Syed Razak Syed Zain dan Dato' Seri Mahdzir Khalid. Di kanan sekali, gambar Azizan.

Kedah Sejahtera dan 1Malaysia, cukup sinonim. Osman, Sanusi, Syed Razak, Mahdzir dan Azizan, duduk sebaris. Semua nampak handsome dan bergaya. Hebat, Menteri Besar Kedah!

Sewaktu makan tengah hari tadi, seorang sahabat bercakap mengenai politik Kedah. Saya hanya mendengar. Panjang betul dia bercakap. Saya pun dah mula mengantuk. Kalau nak bersyarah, carilah tempat lain. Tak larat nak dengar orang cakap berjela-jela.

Dia bercerita mengenai Menteri Besar yang boleh bercakap "orang putih dan bahasa Arab." Mungkin sebelum ni, tak ada Menteri Besar Kedah yang boleh bercakap tiga bahasa. Saya tak tahu sama ada Azizan boleh bercakap bahasa Siam atau tidak.

Tiba-tiba mata saya segar apabila dia bercakap mengenai pilihanraya kecil DUN Kota Siputeh.

Dia sebutkan nama dua orang yang sedang melobi menjadi calon PAS. Dia juga sebutkan empat atau lima nama yang bersungguh-sungguh nak jadi calon Barisan Nasional, kalaulah ditakdirkan jadi pilihanraya kecil tu. Malam-malam mereka berkumpul di Jitra. Satu Kedah sudah tahu tempat mereka berhimpun.

Sebaik saja dia berhenti bercakap, saya terus bertanya kepadanya: "Apakah projek pembangunan yang telah kerajaan negeri laksanakan di DUN Kota Siputeh sejak menang pilihanraya dulu?"

Dia terus menjawab, "Kawasan tu ialah kawasan Barisan Nasional. Ahli Parlimen ialah Dato' Mukhriz Mahathir. Ahli DUN ialah Dato' Abu Hassan Sharif."

"Oh, kerajaan PAS juga diskriminasi kawasan Barisan Nasional?" tanya saya.

Cepat-cepat dia menjawab, "Dah aih, bukan macam tu..."

Saya tanya, "Di DUN Ayer Hitam, apa projek yang depa dah buat?"

Kota Siputeh dan Ayer Hitam ialah dua DUN yang terletak dalam Parlimen Jerlun. DUN Ayer Hitam diwakili oleh Ustaz Abd Ghani Ahmad yang juga Timbalan Speaker DUN Kedah.

Dia jawab, "Tak dak apa lagi la. Baru dua tahun. Tak dan nak buat lagi."

Saya tak bertanya apa-apa lagi. Saya tak pasti adakah maklumat itu betul atau tidak. Sekiranya tak betul, silalah betulkan. Saya akan buat pembetulan di sini. Saya sekadar mencatat apa yang saya dengar tengah hari tadi.

Saya ingin bertanya:

(1). 1Malaysia dan Kedah Sejahtera. Osman, Sanusi, Syed Razak, Mahdzir dan Azizan. Adakah politik Azizan bersifat "politik muafakat" (bukannya "politik pertentangan" yang kerap kita lihat di Selangor) seperti yang kita semua impikan?

(2). Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfudz Omar pernah berkata mereka ingin Kedah menjadi "preview" kepada bagaimana parti itu berhasrat mentadbir kerajaan persekutuan -- sekiranya menang pilihanraya. Setelah hampir dua tahun menjadi kerajaan, tidak ada perubahan ketara yang dilakukan. Adakah ini bermaksud kepimpinan PAS menerima apa yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional di Kedah selama ini?

Memang tepat dinamakan Kedah Darulaman. Ya, aman!

NOBISHA

Read More...

DAP Sedia Terima Penubuhan Negara Islam

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa DAP kini sudah dapat menerima rancangan penubuhan sebuah negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.

Nik Aziz berkata kesediaan pemimpin DAP membawa lambang PAS dalam Pakatan Rakyat ketika ini membuktikan mereka semakin memahami dan dapat menerima dasar perjuangan PAS.

"Saya rasa bangga dan terharu dengan perubahan yang ditunjukkan kepimpinan DAP kini, yang selama ini dengan jelas membantah dasar Islam yang akan dilaksanakan oleh PAS dalam usaha melaksanakan sebuah negara Islam sekiranya berkuasa kelak.

"Lo ini (sekarang) alhamdulillah semua tuduhan yang dilemparkan (DAP) terhadap hasrat PAS untuk melaksanakan dasar negara Islam itu sudah diterima oleh mereka," kata beliau dipetik Berita Harian hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dilaporkan berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Perhimpunan Kesedaran Wanita Kelantan dekat Temangan, Machang.

Beliau mengakui turut memakai lambang parti DAP, Parti Keadilan Rakyat dan PAS untuk membuktikan kesetiaan dan hubungan baik yang dijalin antara mereka dalam Pakatan Rakyat ketika konvensyen sulung mereka di Shah Alam, Selangor 19 Dis lalu.

Kata beliau semua pemimpin memakai baju yang memaparkan lambang tiga parti termasuklah Pengerusi DAP Karpal Singh dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis itu tanpa dirancang.


"Apa salahnya menggunakan lambang roket? Dulu DAP menentang PAS pasal hukum hudud, namun sekarang mereka sudah faham mengenai hukum hudud," katanya.

Nik Aziz berkata pemimpin DAP sepatutnya sudah lama menyedari yang penubuhan sebuah negara Islam yang dicadangkan PAS dikuatkuasakan terhadap orang Islam sahaja.

Katanya selain membantah cadangan itu DAP juga pernah menuduh kerajaan PAS Kelantan di bawah pimpinannya menzalimi orang bukan Islam tetapi gagal membuktikan dakwaan itu sehingga kini.

Ketika berucap pada konvensyen itu, Nik Aziz berkata "di dada Karpal ada bulan" merujuk kepada lambang PAS bulan.

Kedua-dua Nik Aziz dan Karpal buat pertama kali bertemu di satu pentas.

Karpal dalam ucapannya pula berkata beliau bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz hari ini tetapi di antara Nik Aziz dan Hadi.

Read More...

Larangan Keluar Kenyataan Media Bukan Pekara Baru

Ketetapan yang membenarkan hanya pemimpin tertentu dalam Pas mengeluarkan kenyataan media bukannya perkara baru tetapi ia telah diamalkan secara meluas oleh parti itu sebelum ini.

Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad berkata, perkara itu tidak wajar dipolitikkan oleh pihak tertentu dengan mendakwa ia merupakan mekanisme baru parti bagi mengawal media daripada melaporkan berita yang boleh membawa imej buruk kepada Pas.

Menurut beliau, ketetapan itu telah diputuskan oleh mesyuarat Majlis Syura Ulama sebelum ini bertujuan mengelak berlaku percanggahan kenyataan kepimpinan Pas terutama membabitkan dasar penting parti.

"Mekanisme itu sudah ada. Ia bertujuan mengelak percanggahan. Mesyuarat itu menetapkan hanya kepimpinan tertinggi sahaja yang boleh mengeluarkan kenyataan berkaitan dasar bermula daripada presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden, setiausaha agung dan ketua penerangan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.


Idris diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa bahawa parti itu akan menggunakan mekanisme khas yang menetapkan hanya pemimpin tertentu dibenar mengeluarkan kenyataan media.

Nasharudin dilaporkan berkata demikian oleh sebuah portal berita Internet ketika sesi soal jawab pada program Munaqasyah Ucapan Dasar Muktamar Tahunan Pas ke-55 bagi Pas Pengkalan Chepa, Kelantan, malam tadi.

Dalam pada itu, Idris turut mengingatkan pemimpin dan ahli Pas agar jangan terlalu ghairah menggunakan blog untuk menyuarakan pendapat yang dilihat bercanggah dengan sesetengah dasar parti dan pakatan pembangkang.

"Bagaimanapun mereka bebas memberi pendapat dan pandangan, tetapi kita beri nasihat dan peringatan supaya setiap bahan yang ditulis itu perlu selari dengan dasar parti," katanya.

Mengulas tindakan anak Mursyidul Am Pas, Nik Amalina Nik Abdul Aziz yang menggunakan blog untuk mengkritik kepimpinan Pas Kelantan dan kerajaan negeri, Idris berkata, media perlu bertanggungjawab untuk tidak memetik kandungan blog tersebut.

Ini kerana jelasnya, blog berkenaan tidak mempunyai autoriti kerana Nik Amalina bukan pemimpin tertinggi parti tetapi sekadar penyokong sahaja.

Read More...

Hassan Ali Dukacita Spekulasi Tinggalkan PR

Persuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali melahirkan dukacita dengan spekulasi pihak tertentu yang mendakwa beliau akan meninggalkan Pakatan Rakyat.

Menyifatkan dakwaan itu sebahagian dari kempen fitnah, pensyarah itu berkata beliau dan gerakan Islam terbesar negara itu komited kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Jawatankuasa Displin Pas sedang menyiasat Dr Hasan dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad ekoran kenyataan dari dua pemimpin itu yang dikatakan menjejaskan imej Pakatan Rakyat.

Pas telah menetapkan tarikh 7 Januari dan 9 Januari untuk menyoalsiasat Khalid manakala satu tarikh baru akan ditetapkan buat Hasan.

Pengerusi Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata jawatankuasa mempunyai kes yang kuat terhadap mereka.

Meskipun begitu Adun Gombak Setia ini menegaskan beliau mahu kekal dalam Pakatan Rakyat kerana gagasan kerajaan alternatif ini memerlukan wakil rakyat yang bukan dari spesis katak melompat.

Dr Hassan Ali turut mencurigai kewujudan geng pemisah yang dikatakan mahu menyerahkan memorandum kepadanya esok.

Read More...

27 December 2009

Umno Silap.. Cara Berpakaian Orang Pas Bukan Macam Nie..



























Anak Sungai Derhaka

Read More...

Dalang Demo Desak Pas Keluar PR Bukan Ahli Pas

PAS hari ini menafikan bahawa kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor adalah anggota parti itu.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata kumpulan berkenaan tidak wujud dalam parti, sebalik ditubuhkan bertujuan untuk memfitnah parti tersebut.

"Saya tidak kenal pun mereka. Kumpulan itu bukan di bawah kita (PAS) dan ini semua fitnah," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Kubang Kerian berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kewujudan kumpulan itu yang mendesak PAS Selangor keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan kerajaan negeri dalam memperjuangkan isu Islam dan bangsa Melayu.

Ditanya sama ada PAS bercadang mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas mereka, Salahuddin berkata buat masa ini PAS mengambil pendirian untuk meneliti perkara tersebut.

"Itu kita tengok kemudian (ambil tindakan undang-undang). Sekarang ini biarlah dahulu," katanya.

Beliau juga enggan mengulas lanjut mengenai kumpulan terbabit dan tindakan seterusnya parti itu.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk penjelasan lanjut. -hrkh

Read More...

PANAS!! Anual Bakhri Dipecat?

Khabarnya, Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Anual Bakhri Haron akan diberhentikan mulai 1 Januari ini. Ada pula orang kata dia sebenarnya dipecat. Ada juga yang mendakwa, persahabatannya dengan Haji Husam Musa menjadi punca beliau dipecat.

Beliau dilaporkan akan diganti oleh sama ada Pengarah Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan yang juga bekas Ahli Parlimen Bachok, Wan Nik Yusof Ngah atau bekas Bendahari PAS Kelantan, Dr Izani Hussin.

Saya hanya melaporkan sahaja. Entah kenapa saya teringat sangat posting Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz bertajuk "Kerja-kerha bodoh dalam PAS".

Penarik Beca

Read More...

Cabar Mencabar Dalam Umno

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berpendapat adalah tidak adil Ketua Whip Barisan Nasional (BN) dipersalahkan atas kegagalan wakil rakyat parti itu hadir pada sidang Dewan Rakyat bagi meluluskan Bajet 2010 baru-baru ini.

Ini kerana, tegas beliau, kehadiran pada sidang Dewan Rakyat menjadi tanggungjawab setiap Ahli Parlimen.

Beliau turut menjelaskan, jawatan Ketua Whip BN kini disandang Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bukannya beliau seperti didakwa Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim.

"Kita tidak boleh salahkan Ketua Whip sebaliknya kesalahan ini harus diletakkan di atas bahu semua wakil rakyat yang tidak hadir pada malam tersebut kerana gagal menjalankan tugas dengan baik.

"Justeru, bukannya Timbalan Perdana Menteri yang perlu meletakkan jawatan sebagai Ketua Whip tetapi semua wakil rakyat yang tidak hadir sepatutnya meletakkan jawatan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Di Kuala Kangsar semalam, Kamilia mencabar Mohamed Nazri meletak jawatan sebagai Ketua Whip BN kerana gagal memastikan wakil kerajaan hadir pengundian bagi meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Kamilia berkata, tugas serta tanggungjawab itu penting dan perlu dipandang serius oleh semua wakil rakyat BN.


Dalam pada itu, menurut Mohamed Nazri, beliau tidak pernah mengabaikan tugasnya sebagai menteri bertanggungjawab terhadap hal ehwal Parlimen.

"Malah pada malam tersebut saya telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada wakil rakyat BN yang tidak hadir supaya segera datang ke Dewan Rakyat bagi menyokong meluluskan Bajet 2010," katanya.

Beliau bertindak demikian setelah sedar ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.

"Semasa itu pukul 8 malam. Saya berusaha sedaya upaya untuk memastikan kedatangan wakil rakyat BN dengan menghantar seberapa banyak SMS," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, setiap wakil rakyat harus faham mengenai bidang tugas mereka khususnya ketika sidang Parlimen sedang berjalan.

"Saya sebenarnya tiada kuasa meminta mereka datang. Apa yang boleh saya buat adalah memberitahu situasi yang berlaku dan terpulang kepada mereka untuk datang atau sebaliknya.

"Apa yang pasti saya telah melakukan yang terbaik untuk memastikan kedatangan wakil rakyat BN," katanya.

Mengenai cabaran Kamilia itu, beliau mahu Naib Ketua Wanita UMNO itu menghalakan cabaran tersebut kepada Muhyiddin.

"Saya tidak pasti sama ada Kamilia sedar atau tidak dengan kenyataannya itu. Jawatan Ketua Whip BN bukan menteri yang pegang sebaliknya jawatan tersebut dipegang oleh Timbalan Perdana Menteri.

"Kenyataan ini perlu diperbetulkan bagi mengelakkan timbulnya sebarang kekeliruan di kalangan masyarakat dan dalam masa sama memperbetulkan fakta yang saya bukannya Ketua Whip," tambahnya.

Read More...

Enjin F-5E - Tidak munasabah tiada pegawai atasan terlibat

Kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bahawa tiada pegawai atasan tentera terlibat dalam kes kehilangan dua enjin jet tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak masuk akal.

Penulis politik, Mohd Sayuti Omar berkata, kenyataan itu tidak munasabah kerana pegawai pangkat rendah tidak akan mampu melarikan enjin seperti itu tanpa bantuan pihak atasan.

Menurutnya, Ahmad Zahid mungkin cuba menjaga maruah dan kewibawaan pihak tentera, tetapi caranya tidak kena pada tempatnya.

“Walaupun kes ini cuba dirahsiakan kepada umum, akhirnya akan terbongkar. Persoalannya apakah benar hanya pegawai lain-lain pangkat yang terlibat dengan kes itu atau ada dalang di sebaliknya?

“Baru-baru ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menjelaskan, pihaknya perlu menyiasat pegawai tertinggi, termasuk jeneral, berhubung kes itu dan ini membuktikan bukan saja pegawai LLP terlibat, tetapi juga pegawai atasan,” katanya.


Beliau berkata, sikap Ahmad Zahid yang cuba meletakkan kesalahan kepada pegawai rendah, seolah-olah cuba menyembunyikan kesalahan pegawai atasan.

Mohd Sayuti berharap tidak ada tindakan untuk ‘melindungi jerung dan membiarkan bilis menjadi mangsa’.

“Kenyataan Ahmad Zahid tidak munasabah kerana jika tiada pegawai tertinggi yang terlibat kes itu tidak akan berlaku kerana pegawai bawahan hanya mengikut arahan pegawai atasan,” katanya.

Kelmarin, akhbar melaporkan kenyataan Ahmad Zahid bahawa pegawai atasan tentera tidak terlibat secara langsung atau tidak dalam kes kehilangan dua enjin jet tempur F-5E itu.

biaqpila

Read More...

26 December 2009

SMS ‘perhimpunan’ buat PAS, Umno Selangor pening

Meskipun dinafikan oleh pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali pagi tadi kekeliruan terus berlarutan sehingga lewat petang tadi berhubung khabar angin SMS akan ada perhimpunan khas penyerahan memorandum kepada beliau di Shah Alam, esok.

SMS itu menyebut memorandum akan diserahkan untuk mendesak PAS keluar Pakatan Rakyat Selangor.

“Esok pejabat PAS Selangor tutup, tiada siapa yang akan berada di pejabat PAS Selangor... jadi tiada perhimpunan yang dimaksudkan,” kata setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman ketika dihubungi The Malaysian Insider malam ini.

Kekeliruan itu berterusan dengan Dewan Pemuda salah satu bahagian PAS di negeri itu mengaturkan sidang media bagi menyatakan bantahan penerimaan memorandum yang dimaksudkan, malam ini.

Bagaimanapun sidang media itu yang dijadual untuk diadakan 9 malam tadi dibatalkan minit-minit terakhir atas alasan masalah teknikal.

Wakil Pemuda PAS bahagian itu yang namanya tidak mahu disiarkan berkata, pihaknya akan membuat kenyataan esok jika Hasan menerima memorandum sebagaimana didakwa oleh SMS yang disebarkan sejak semalam.

Jurucakap Badan Perhubungan Umno Selangor ketika dihubungi pula mendakwa pihaknya tidak merancang majlis sedemikian.

“Ini kerja (penyebaran SMS) orang PAS sendiri, yang mahu menyerahkan memorandum kepada Datuk Hasan... ini bukan kerja kami, ini kerja orang yang tidak suka Datuk Hasan,” kata beliau yang enggan memberikan maklumat lanjut.


Laporan Harakah Daily hari ini yang memetik kiriman SMS berkata perhimpunan itu akan diadakan di pekarangan pejabat Perhubungan PAS Selangor, Shah Alam esok.

Sempena perhimpunan itu, menurut SMS tersebut, satu memorandum akan diserahkan, yang bakal diterima sendiri oleh Hasan.

“Perhimpunan mendesak PAS Selangor keluar Pakatan Rakyat. Datanglah beramai-ramai demi kepentingan Melayu...,” tulis SMS itu dipetik portal tersebut.

Harakah Daily mendakwa Umno mahu mengambil peluang dari masalah dalaman yang berlaku di Selangor sekarang untuk memecahkan PAS.

Sambil ketawa besar, Khairuddin yang mengulas lanjut memberitahu beliau dimaklumkan mengenai SMS yang disebarkan itu oleh ketua penerangannya Roslan Shahir pagi tadi.

Sehubungan itu, kata beliau PAS Selangor tidak membuat apa-apa persediaan berhubung perhimpunan yang dimaksudkan itu.

Khairuddin percaya SMS seumpama itu disebarkan oleh pihak luar PAS untuk memburuk-burukkan nama Hasan yang berhadapan dengan siasatan jawatankuasa disiplin.

“Ini kerja orang luar PAS yang mahu memberi gambaran buruk tentang Datuk Hasan,” katanya.

“Kalau kerja orang dalam parti, kami tahu... kami mesti tahu,” tambah Khairuddin.

Dalam reaksi kepada The Malaysian Insider, Hasan juga menafikan satu perhimpunan akan diadakan di pekarangan Pejabat PAS Selangor, Shah Alam untuk menyerahkan memorandum menjalin kerjasama dengan Umno negeri itu.

“Tidak, tidak ada sebarang majlis seumpama itu di PAS Selangor esok. Saya sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor, jika ada majlis sedemikian sudah pasti saya tahu... tidak ada majlis macam itu,” katanya.

Roslan pula berkata PAS Selangor tidak sama sekali terlibat dalam kononnya himpunan seumpama itu.

“Saya yakin tidak ada seorang ahli PAS di Selangor pun, jika benar ada himpunan itu, akan terlibat atau hadir.

“Ternyata ia kerja bodoh. PAS Selangor komited menjayakan Pakatan Rakyat dan insya-Allah akan mempertahankan kerajaan ini,” kata beliau dalam blognya hari ini.

Read More...

DAP Membantu Menyelesaikan Masalah Murtad dan Sosial di Selangor

Sebelum ini masalaah social dan masaalah murtad di Selangor sukar untuk diselesaikan kerana dakwah ditekan dan tidak digalakkan oleh UMNO. Mereka mengadakan sistem tauliah untuk memastikan dakwah islamiyyah dihalang dan dihadkan kebebasan.

Namun, sekarang ini, di bawah pemerintahan DAP di Selangor, dakwah Islamiyyah sudah tidak dihadkan lagi. Pendakwah-pendakwah dari seluruh Malaysia turun ke Selangor dan Kuala Lumpur untuk menyampaikan dakwah Islamiyyah secara bebas tanpa halangan.

Kalau kita terus duduk bawah UMNO alamat semakin ramailah bohsia, anak kena buang, arak, judi, pelacuran dan sebagainya. Sudahlah benda buruk UMNO tak cegah. Bila ada orang mahu menyampai dakwah Islamiyyah, orang itu ditangkap dan ditindas. Masjid-masjid ditukar dirampas dengan kejam serta pendakwah difitnah sewenang-wenangnya.
Sepatutnya PAS Selangor memikirkan bagaimana hendak menggunakan ruang yang luas untuk dakwah ini bagi mengembalikan umat Islam Selangor kepada Islam yang sebenar.

Gunakan segala ruang yang ada demi menyelamatkan umat Islam Selangor dari kesesatan UMNO.

Tapi apa sangat dakwah yang dilakukan oleh PAS Selangor sepanjang pemerintahan DAP ini? Dakwah yang berlaku sekarang ni ertinya adalah hasil dari sikap DAP yang terbuka kepada dakwah Islamiyyah. Hasilnya seluruh pendakwah dari seluruh negara berkampung di Selangor dan membetulkan masyarakat Selangor.


Kita nak tau apa program yang dilakukan Pemuda PAS Selangor untuk berdakwah kepada belia Selangor, apa usaha Dewan Muslimat Selangor untuk berdakwah kepada kaum Ibu di Selangor, apa usaha Nisa Selangor bagi berdakwah kepada belia wanita di Selangor.

Sudah dua tahun DAP memerintah, tiada satu pun program yang jelas dari semua Dewan2 PAS di Selangor ini. Yang kita dengar hanya serangan membabi buta kepada DAP oleh kepimpinan PAS Negeri. Sehingga ada kepimpinan negeri yang menyuruh PAS keluar Pakatan Rakyat.

Dakwah Islamiyyah sedang marak dan subur di Selangor sekarang ini hasil dari polisi DAP yang terbuka terhadap dakwah Islamiyyah. Kalau islam gagal disampaikan kepada masyarakat Selangor, ia adalah kegagalan PAS sendiri menyampaikan dakwah Islamiyyah walaupun peluang sedang terbuka luas untuk PAS melakukannya.

DESAKAN UMNO MAHU PAS SELANGOR KELUAR PAKATAN RAKYAT

UMNO membuat desakan sebegitu kerana mereka melihat terdapa ramai “kawan” mereka dalam Perhubungan PAS Selangor.(Seperti dilaporkan oleh Harakahdaily di sini)

Jadi, mereka merasakan PAS Selangor lebih layak duduk dengan UMNO Selangor berbanding dengan duduk dalam Pakatan Rakyat.

Saya rasa biarlah Hasan Ali dan kuncu-kuncunya menyertai UMNO kembali. Duduk dalam PAS pun hanya sebagai duri dalam daging buat apa.

Tulang Besi

Read More...

Khalid Berharap Dibebaskan..

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang kini disiasat jawatankuasa disiplin mengharapkan keputusan positif sambil menyatakan kesediaannya untuk memberi kerjasama terbaik agar kesnya diselesaikan segera.

“Saya mengharapkan keputusan yang baik... saya sedia terima apa juga keputusan,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Yang Dipertua PAS Shah Alam itu menambah beliau mengharapkan suasana yang jernih bagi membolehkan parti itu memberi tumpuan menghadapi cabaran pilihan raya umum ke-13.

“Saya tidak mahu situasi bergaduh, saya inginkan suasana tanpa masalah untuk mengharungi cabaran masa depan,” katanya.

Jawatankuasa disiplin PAS yang bermesyuarat malam Rabu lalu mengesahkan pihaknya sudah mengenal pasti adanya kes kukuh terhadap Khalid dan juga pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Justeru, Hasan dan bekas timbalannya itu akan dipanggil untuk memberi penjelasan lanjut kepada jawatankuasa itu minggu pertama bulan depan.

Pengerusi jawatankuasa disiplin PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu The Malaysian Insider semalam, walaupun mereka berpuas hati dengan laporan bertulis kedua-dua Hasan dan Khalid tetapi memerlukan penjelasan lanjut.


Tanggal 7 dan 9 Jan telah ditetapkan untuk memanggil mereka menghadap anggota jawatankuasa disiplin, kata Tuan Ibrahim yang juga salah seorang naib presiden PAS.

Mengenai pertemuan itu, Khalid memberitahu beliau belum lagi dimaklumkan tentang tarikh tepat untuknya menghadap jawatankuasa disiplin.

“Sebelum ini saya sudah memaklumkan jawatankuasa disiplin bahawa saya bersedia untuk memberikan penjelasan lanjut jika diperlukan.

“Saya memaklumkan bahawa saya akan berada di Sarawak dari 8 hingga 12 Jan dan 23 Jan hingga 12 Feb di luar negara.

“Oleh itu saya memang dari awal saya sudah bersedia untuk memberikan penjelasan lanjut jika jawatankuasa disiplin memerlukan saya hadir berbuat demikian,” katanya.

Kedua-dua mereka sedang disiasat kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang didakwa menjejaskan imej parti. Antara bukti yang diserahkan ialah rakaman audio seorang pemimpin PAS yang didakwa memperlekeh kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat.

Jawatankuasa disiplin mempunyai tiga pilihan hukuman iaitu memberi amaran bertulis, menggantung jawatan yang disandang ataupun memecat dari parti, bergantung pada tahap serius kesalahan dilakukan.

Read More...

Dari Kacamata Blogger Umno - Siapa Sponsor Raja Petra


Untuk meleraikan kekusutan dalam rumahtangga RPK dan memberinya nafas baru untuk terus menyerang Kerajaan, ‘sponsor’ RPK telah 'memindahkannya' ke United Kingdom.

Menurut laporan akhbar baru-baru ini, RPK dipercayai sekarang menyewa sebuah apartmen mewah di Trinity Court Apartment di Gloucester Terrace, Bayswater di London.

Petikan akhbar berikut:

PETALING JAYA: Those who sponsored fugitive blogger Raja Petra Kamaruddin’s stay in London should be exposed, said Umno supreme council member Dr Mohd Puad Zarkashi.

It was more important to identify those supporting the blogger than to extradite him, he said.

It has been reported that Raja Petra, a bankrupt, was living at the six-storey Trinity Court Apartments in Gloucester Terrace, Bayswater, in the heart of London.

“It is of national interest to ascertain the motives of the people who are sponsoring Raja Petra as he makes claims that could undermine national security”.


Siapakah ‘sponsor’ yang sanggup menyara kehidupan mewah RPK di London?


Sumber lain The Unspinners memberitahu bahawa antara ‘sponsor’ RPK adalah Kaleemullah Maseerul Hassan. Kaleemullah adalah bekas Ketua Pengarang New Straits Times semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan Perdana Menteri.

Kaleemullah dipercayai mempunyai dana bernilai ratusan juta ringgit duit yang dikumpul sebagai ‘commission agent’ sepanjang pentadbiran Tun Abdullah. Anak keluarganya pun sudah lama menetap di London di mana dia mempunyai rumah besar dan apartmen mewah.

Suatu rahsia yang diketahui umum adalah Kaleemullah pernah dilucutkan jawatan sebagai Setiausaha Akhbar kepada Tun Ghafar Baba kerana tidak mendapat clearance Cawangan Khas Polis dan Jabatan Perisikan Jabatan Perdana Menteri. Dia telah dikenalpasti sebagai agen kuasa asing yang berpusat di Singapura.

Mengikut satu senario, perancangan mereka sekarang ialah untuk menjatuhkan Kerajaan BN dan membebaskan Anwar Ibrahim daripada segala tuduhan liwat dan salahlaku seks. Selepas itu Anwar akan dilantik menjadi Perdana Menteri dan akan kembali “bergabung” dengan UMNO. Seorang anak muda telah dikenalpasti dan dilatih untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Rancangan ini dikatakan mendapat sokongan besar daripada Amerika Syarikat, British dan juga Singapura. (sumber)

Read More...

Husam Pandai Cari Duit Untuk Negeri Kelantan

Dalam senyap-senyap dapat RM10 juta

Dalam senyap-senyap dapat RM10 juta, Terima kasih kepada Pengerusi Felcra dan Felcra itu sendiri. Tahniah Dato’ Husam yang sabar (kulu kilir) menjalankan usaha untuk mendapatkan pendapatan tambahan kepada Negeri dan rakyat.

Felcra Berhad semalam menyerahkan sebanyak RM10 juta kepada kerajaan negeri Kelantan sebagai bayaran lebihan pendapatan melalui projek perladangan getah dan kelapa sawit yang menjadi milik negeri.

Ia diserahkan oleh Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abdul Rahman kepada Menteri Besar, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di pejabatnya di sini semalam.


Harap-harap! jangan bagi kat menantu sudahlah, pendapatan tambahan untuk Negeri. Pesanan kami! Dato’ kena buat kerja untuk rakyat dan negeri. Jangan hirau apa kata anak menantu (sebab dalam blog mereka banyak cercaannya). Cercaan mereka tidak memberi kebaikanpun. Kami tetap bersama mu.

Selain itu, dokumen bagi ladang bernilai RM200 juta melibatkan kawasan tanaman seluas 6,065 hektar tanpa peserta yang dimajukan Felcra juga diserahkan kembali kepada kerajaan negeri.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian itu, Tajuddin memberitahu, Felcra memajukan 10,802 hektar tanah dengan tanaman getah dan kelapa sawit di negeri ini sejak lebih 20 tahun lalu.

Kawasan terlibat yang telah dimajukan ialah di jajahan Gua Musang Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli dan Pasir Mas.

Daripada kawasan yang dimajukan itu katanya, terdapat 31 projek dengan keluasan 6,065 hektar yang belum dipilih pesertanya oleh kerajaan negeri.

Berikutan itu katanya, kerajaan Kelantan mahu supaya kawasan berkenaan dibahagikan secara fizikal 70:30 iaitu 70 peratus menjadi bahagian Kelantan melibatkan 20 projek dengan keluasan 4,247 hektar.

”Sebanyak 30 peratus melibatkan 11 projek dengan keluasan 1,818 hektar menjadi milik Felcra,” katanya.

Dengan persetujuan itu juga katanya, kerajaan negeri mengeluarkan 25 lot hak milik tanah bagi 11 projek berkenaan dan Felcra telah membayar premium ke atas tanah berkenaan.

”Dalam masa yang sama, Felcra membayar sejumlah RM10 juta kepada pihak berkuasa negeri sebagai bayaran lebihan pendapatan bahagian 70 peratus projek yang dibahagikan kepada kerajaan negeri,” ujar beliau.

Persetujuan itu katanya, dapat membantu Felcra menampung kos pengurusan yang kemudiannya berupaya meningkatkan kecekapan pengurusan syarikat demi kesejahteraan warga peserta. – sumber Utusan dan jiwokelate

Read More...

Peluang Terbaik Hassan Ali Untuk Jadi MB Selangor

Himpunan desak PAS Selangor keluar PR


Jam 9.18 malam tadi saya menerima sms berikut (saya siar tanpa edit):
Satu perhimpunan mendesak PAS Selangor keluar dari Pakatan rakyat akan diadakan pada 27 Dis 09 jam 1100 di Pej PERHUBUNGAN PAS Sel. No. 13C, Ting. 3 BLOK 1, WORLDWIDE BUSINESS CENTRE, SEK. 13, S/ALAM. Penyerahan memorandum juga akan dilakukan dan di terima sendiri oleh Dato Hassan Ali. Hadir beramai2 demi
Takat tu sahaja. Kecuali gambar hiasan yang saya bubuh sendiri, isi kandungan sms itu saya tak edit sikit pun. Demi apa, mana aku tau. Saya juga tak tau sama ada sms itu saja orang nak main-main atau memang betul. Tetapi saya menerimanya dari orang yang dipercayai. Kawan saya itu pula memberitahu saya bahawa beliau juga menerimanya dari orang yang beliau percayai.

Penarik Beca

Berita lanjut di sini

Read More...

25 December 2009

Mungkin Empat Enjin Jet Yang Hilang

Jumlah enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang setakat ini hanya dua ataupun lebih daripada itu?

Kekhuatiran ini ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan mengambil kira beberapa perkembangan semasa.

"Mula-mula kata satu, kemudian dua... jadi apakah benar apa yang saya dengar kemungkinan yang hilang sebenarnya empat enjin?" kata beliau.

Azan mendakwa maklumat awal yang diterima menunjukkan kemungkinan jumlah enjin yang hilang, yang bilangannya hanya dua setakat ini, kemungkinan sudah sampai empat.

"Saya difahamkan kemungkinan empat enjin yang hilang, bukannya dua. Tetapi saya belum menerima bukti yang kukuh... berdasarkan maklumt diterima oleh saya, mungkin empat enjin sudah hilang.


"Saya berharap pihak berkuasa dapat memberikan laporan lengkap kepada umum mengenai isu ini... menjelaskan kepada umum keadaan sebenar," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Selain pendirian Jabatan Peguam Negara yang meminta agar polis menjalankan siasatan rapi, kata Azan, beliau mengesyaki perkara itu kerana Laporan Audit 2008 tidak menyertakan bahagian yang membabitkan Kementerian Pertahanan.

"Jadi timbul persoalan, sama ada Jabatan Audit Negara adalah membuat audit berkaitan dengan pengurusan Kementerian Pertahanan buat tahun 2008 dan jika ada, apakah ia ada mengenal pasti masalah besar sehingga bahagian berkaitan Kementerian Pertahanan tidak dimasukkan.

"Ataupun sememangnya Jabatan Audit Negara tidak membuat audit langsung mengenai Kementerian Pertahanan. Laporan 2007 ada memasukan Kementerian Pertahanan, yang antara lain menyentuh soal program latihan khidmat negara tetapi tahun 2008 tiada," kata Azan yang juga Timbalan Pengerusi PKR Pahang.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata siasatan polis berhubung kes kehilangan dua enjin pesawat pemintas F-5E milik TUDM kini tertumpu kepada bagaimana ia dibawa keluar merentasi sempadan negara.

Kata beliau pihaknya dalam proses mengumpul dokumen-dokumen penting bagi menyiasat perkara tersebut.

"Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail) yang minta kita membuat siasatan ini (bagaimana enjin itu boleh ke luar negara). Jadi kita dalam proses untuk mendapatkan dokumen-dokumen penting," katanya.

Salah sebuah enjin jet pesawat supersonik yang dicuri dua tahun lalu itu didakwa 'ditemui' di Argentina.

Menurut laporan akhbar, enjin turbo jet General Electric J85-21A tersebut untuk kegunaan pesawat F-5E Tiger 11 satu tempat duduk dan RF-5E Tigereye telah dibawa keluar menerusi Pelabuhan Klang ke sebuah negara ketiga sebelum ia tiba ke destinasi akhir iaitu di Argentina.

Awal minggu ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata selain dua buah enjin pesawat tempur F-5E yang dilaporkan hilang, peralatan lain yang berkaitan turut lesap.-(sumber)

Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas