Dalam berita bertajuk "Nik Aziz nafi: Husam letak jawatan dan dua pegawainya dipecat", Harakah Daily hari ini melaporkan:
Nik Aziz juga menolak spekulasi kononnya Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa akan meletakkan jawatannya ekoran rombakan dalam pentadbiran pejabat menteri besar.
Sebaliknya Nik Aziz memberitahu, Husam yang merupakan bekas setiausaha politiknya sebenarnya pemimpin kesayangan beliau.
"Mana boleh dia (Husam) letak jawatan...Datuk Husam ini antara yang saya sayang, dia punya kebijaksanaan," kata beliau selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di sini petang ini.
Ketika ditanya mengenai desas-desus bahawa Husam akan meninggalkan Kabinet kerajaan negeri dan kerusi Dewan Undangan Negeri, Nik Aziz berkata, "siapa kata dia (Husam) nak letak jawatan? Karut semua itu."
Dimaklumkan perkara itu dilaporkan oleh blog sejak beberapa hari lalu, Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan menegaskan, "celaka blog itu. Tak ada kerja lain... tau nak laga-lagakan orang."
"Suka buat dosa. Berdosa menulis perkara bukan-bukan tanpa bukti dan fakta jelas," tambah beliau.
Dalam posting bertajuk "Husam mencari nahas", saya melaporkan:
Husam dilaporkan tidak akan menghadiri mesyuarat Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Kelantan hari ini. Beliau juga dilaporkan bersedia meletakkan semua jawatan termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor."Celaka blog itu!"
Sumber di sini
2 Komen :
Yang kita nak dengar letak jawatannya adalah si menantu. Last-last su pulak letak jawatan. Apa hal ni.
Cilaka blog itu
Post a Comment