PAS Perak mendakwa mereka mendapat maklumat dalaman bahawa Menteri Besar, Zambry Abdul Kadir akan digugurkan dalam pilihan raya umum ke 13 ini.
Koordinator Jawatankuasa Isu dan Strategik PAS negeri, Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, pengguguran Zambry bukan lagi rahsia dan cerita dongeng, malah ianya ‘hangat’ diperkatakan oleh banyak pihak.
Naib Ketua Pemuda PAS Pusat itu juga mendakwa, majlis perasmian serentak Umno cawangan seluruh Perak pada 8 Mei 2010 oleh Datuk Seri DAhmad Zahid Hamidi apabila beliau meninggalkan majlis selepas merasmikan tanpa menunggu ucapan Dr Zambry.
Beliau juga mendakwa, terdapat gerakan atas nama ‘Gerakan Anti Zambry’ (GAZ) yang yang diwujudkan oleh pihak tertentu pada Jun 2010 yang ingin menyingkirkan Zambry.
Katanya, ada seorang menteri yang menjadi ketua Umno bahagian yang tidak pernah hadir mesyuarat Umno Perak.
Rungutan
“Ini tidak termasuk beberapa rungutan berikutan kepimpinan Umno bahagian tidak diberikan tempat-tempat penting sebaliknya diberikan kepada ‘orang-orang kanan’ Dr Zambry yang masih muda.
“Dengan menjelangnya pula pilihanraya umum (PRU) ke 13, Zambry masih gagal menyelesaikan isu pembahagian kerusi antara komponen BN.
“Tanda-tanda ini juga kelihatan berikutan kekerapan ‘turun padang’ oleh Perdana Menteri, Najib Altantuya dan timbalannya, Muhyiddin Yassin ke Perak,” tambahnya.
Raja Ahmad Iskandar berkata, beberapa pendedahan salahguna kuasa Zambry juga baru-baru ini juga mendorong ‘kehangatan’ pengganti beliau ‘disebut-sebut’ kembali.
“Siapakah yang bakal menggantikan Zambry? Adakah di kalangan menteri atau ‘orang baru’ yang bakal menggantikannya?
“Walaupun media pro Umno sekarang sedang ‘hangat’ memperomosikan Zambry, sudah ada beberapa ketua Umno bahagian bertemu dengan kepimpinan pusat untuk memastikan Zambry ‘bakal’ disingkirkan,” kata Raja Ahmad Iskandar lagi.
http://jalanpulang1978.blogspot.com/2013/02/panas-pengguguran-zambry-sudah-muktamad.html
20 February 2013
PRU13 - Zambry Kadir Ditendang Keluar
23 January 2013
19 December 2012
Pegawai Zambry dapat projek
IPOH: Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pemberian projek kepada pegawai khas Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Kadir.
Ini berhubung pendedahan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di Persidangan DUN Perak semalam tentang satu perjanjian diantara pemilik tanah Rumah Perak di Batu Feringgi, Pulau Pinang iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) dan Syarikat Al Creative Developers Sdn Bhd yang dimiliki oleh pegawai khasnya, Asmadi Teh.
Koordinatornya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-hiss berkata, Asmadi adalah pegawai khas Dr Zambry di DUN Pangkor yang juga merupakan AJK Umno Bahagian Lumut.
Menurutnya, Perjanjian tersebut berdasarkan BOT (Build-Operate-Transfer) dimana pemaju akan diberikan konsesi selama 30 tahun untuk mengurus projek itu.
“Pemberian tersebut dilihat telah melanggari etika serta melibatkan unsur salah guna kuasa yang dianggap berat,” katanya ketika membuat sidang media selepas membuat laporan di Pejabat SPRM Perak, Ipoh.
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=1861
29 November 2012
Umno Perak Mimpi Disiang Hari
KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) yakin dapat mempertahankan Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan kejayaan strategi yang dilaksanakan oleh BN sepanjang lebih tiga tahun memerintah negeri itu.
"Insya-Allah, apabila diberi amanah untuk mengepalai negeri ini, tentu kita mempunyai strategi taktikal, peralatan perang dan sebagainya, dan BN yakin dapat
mempertahankan kedudukannya di Perak," katanya kepada pemberita di luar Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini hari ini.
Zambry berkata, Umno dan BN Perak kini berada di peringkat persiapan akhir menghadapi PRU yang bakal diadakan bila-bila masa.
"Kalau Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak umum pilihan raya akan diadakan esokpun, kita sudah bersedia menghadapinya," tegasnya.
Mengulas lanjut, Zambry berkata kemenangan BN di Perak akan ditentukan oleh undi daripada semua kaum, bukan kaum tertentu sahaja.
Mengenai undi kaum Cina, beliau menjelaskan: "Keadaan di Perak berbeza dengan negeri lain. Kita tidak boleh buat tahap pengundian masyarakat Cina secara umum, ada yang tinggal di bandar dan ada yang tinggal di desa."
Zambry berkata, beliau melihat sokongan masyarakat Cina terhadap BN ketika ini adalah baik.
Menyentuh soal calon BN yang akan bertanding pada pilihan raya umum, beliau berkata, penyediaan senarai calon kini berada di peringkat akhir, dan penilaian
secara berterusan akan dilakukan sehingga waktu pilihan raya.
Ditanya mengenai muka baru, beliau berkata BN Perak akan mengetengahkan kira-kira 40 hingga 50 peratus muka baru pada PRU kali ini.
Mengenai sama ada beliau akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Pangkor atau berpindah ke Parlimen, Zambry berkata segala-galanya bergantung kepada keputusan Najib.
Setakat ini, arahan yang diterimanya daripada Najib adalah untuk mengepalai jentera pilihan raya Perak bagi menghadapi PRU, katanya.
BN Perak kini mempunyai 28 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, pakatan pembangkang 27 manakala wakil Bebas pula empat kerusi.
- Bernama
08 August 2012
Zambry Kadir Beli 3 Buah ‘Nissan Fuga Hybrid’ Berharga RM350.000 Sebuah
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak memohon penjelasan Kerajaan Negeri Perak yang dikatakan telah membeli tiga buah kereta ‘Nissan Fuga Hybrid’ untuk kegunaan rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri baru-baru ini.
Persoalan juga timbul, adakah Kerajaan Negeri pimpinan Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir tidak ‘patriotik’?
Jika isu pembelian kereta rasmi kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dahulu dikatakan tidak ‘patriotik’ kerana telah membeli 16 buah ‘Toyota Camry’ dengan kos sebanyak RM 167,000 sebuah ketika itu. Adakah perkara yang sama juga kini berlaku kepada Datuk Seri Zambry?
Adakah juga Datuk Seri Zambry menepati janji mahu berbelanja secara berhemah yang pernah dilontarkan juga kepada Datuk Seri Nizar ketika itu?
Jika dengan model Nissan tersebut, iaitu Infiniti M25 – 2.5-litre V6 / 7-speed automatic yang mencecah RM 350,000 sebuah, adakah kerajaan negeri berhemat di dalam kos pembelian?
Kami mendesak ketelusan dan keterbukaan Datuk Seri Zambry di dalam perkara ini kerana ianya melibatkan kewangan rakyat dan keyakinan rakyat.
Dan penting juga adakah ianya dibuat secara terus pembelian tersebut atau sebaliknya?
DR RAJA AHMAD AL-HISS
Koordinator,
Jawatankuasa Isu dan Strategik,
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.
17 February 2012
27 November 2011
22 October 2011
Komplot pastikan Zambry bukan MB
PETALING JAYA: Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir tidak akan menjadi Menteri Besar sekalipun Barisan Nasional (BN) berjaya menawan Perak dalam Pilihan Raya Umum ke 13.
“Saya mendengar dari sumber dalaman Umno bahawa wujudnya komplot untuk memastikan Zambry tidak menduduki kerusi Menteri Besar.
“Ini kerana ramai di dalam Umno tidak gembira dengan tindakan beliau memberikan tanah seluas 60,000 ekar kepada kroni pada harga RM375 se ekar,” dakwa ketua DAP Perak, Ngeh Koo Ham sambil menambah, beliau sepatutnya mendedahkan siapa yang menerima tanah tersebut.
Ngeh berkata demikian ketika diminta komen berkenaan kenyataan Zambry awal bulan ini bahawa tiada kawasan hitam wujud untuk BN.
Justeru, menurut beliau, Zambry mesti mendedahkan senarai penerima tanah yang bernilai RM1.26 bilion itu namun sehingga kini beliau enggan berbuat demikian.
Ngeh yang juga ahli Parlimen Beruas dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sitiawan berkata kenyataan tiada kawasan hitam untuk BN oleh Zambry hanya merupakan satu sandiwara semata-mata.
“Sebelum PRU 2008 bekas MB Tajol Rozli (Mohd Ghazali) pernah berkata Perak akan mempunyai pembangkang sifar tetapi sebaliknya mereka yang kalah,” tambah Ngeh.
21 October 2011
80 Ribu Rakyat Sertai Solat Dhuha Bersama MB Zambry Kadir
Sumber intanhijau
15 October 2011
Kerusi Zambry Kadir Sebagai MB Perak Hampir Pasti Akan Bertukar Tangan
FreeMalaysiaToday melaporkan:
PETALING JAYA: Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir tidak akan menjadi Menteri Besar sekalipun Barisan Nasional (BN) berjaya menawan Perak dalam Pilihan Raya Umum ke 13.
“Saya mendengar dari sumber dalaman Umno bahawa wujudnya komplot untuk memastikan Zambry tidak menduduki kerusi Menteri Besar.
“Ini kerana ramai di dalam Umno tidak gembira dengan tindakan beliau memberikan tanah seluas 60,000 ekar kepada kroni pada harga RM375,” dakwa ketua DAP Perak, Ngeh Koo Ham sambil menambah, beliau sepatutnya mendedahkan siapa yang menerima tanah tersebut
Ngeh berkata demikian ketika diminta komen berkenaan kenyataan Zambry awal bulan ini bahawa tiada kawasan hitam wujud untuk BN.
Justeru, menurut beliau, Zambry mesti mendedahkan senarai penerima tanah yang bernilai RM1.26 bilion itu namun sehingga kini beliau enggan berbuat demikian. - FMT.
Blog PASPB menyebut:
Antara nama-nama yang disebut adalah Hamidah Osman, Zainol Fadzi Paharuddin, Raja Ahmad Zainuddin dan Ramly Zahari.
Keempat-empat nama tersebut dikatakan rapat dengan Najib terutamanya Hamidah, ADUN Sungai Rapat. - PASPB
Antara 4 orang tu, yang paling ke depan adalah Hamidah Osman, Adun Sungai Rapat. Sebagai Exco kanan, memang sepatutnya pun dia dipilih kalau Zambry 'eee' Kadir perlu diganti. Kalau betul Hamidah berjaya jadi MB lepas PRU13 maknanya dia jadi MB wanita yang pertama.
Kalau temgok gambar kat atas tu, memang hebat Makcik Midah ni, ular pun selamba ja dia pegang. Silap-silap Zambry 'eee' Kadir pun tak berani macam dia.
Kalau betul Makcik Midah jadi MB, menarik jugak. Tentu keadaan politik akan jadi lebih meriah dengan pengalaman baru politik Perak bermenteri besarkan seorang wanita. Orang macam Makcik Midah pulak tu, tentu punya lagi banyak kontroversi yang akan timbul.
Apa pun, depa jangan lupa. Ada seorang lagi calon Menteri Besar yang tak kurang hebatnya. Kalau dia tak hebat takkan pemimpin tertinggi pi jumpa dia dan tawarkan dia jadi MB.
Kalau tak percaya, hangpa tengok video kat bawah ni. Takkan Ustaz pun nak tipu kot.
cenangau.blogspot.com/
05 October 2011
BN Perak tak kisah pemimpin korup moral?
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak terkejut dengan kenyataan Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat yang berkata beliau tidak kisah jika potretnya diturunkan daripada ibu pejabat parti itu di Wisma MCA, Kuala Lumpur.
Dan beliau juga tidak mahu potretnya digantung bersebelahan orang yang korup dari segi moral, iaitu Presiden MCA kini, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang juga pengerusi badan perhubungan MCA negeri Perak.
Kami hairan dengan sikap Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang menjadi pengerusi BN Perak terhadap pandangannya dalam isu pemimpin yang korup dari segi moral pimpinan BN negeri.
Apa pendirian Zambry terhadap Chua dalam isu ini? Bukankah Chua adalah liabiliti kepada BN Perak? Mungkinkah sokongan rakyat terhadap BN Perak akan jatuh dengan adanya Chua?
Bagi kami, orang dalam MCA sendiri menyuarakan isi hatinya terhadap penyandang kerusi presiden MCA itu sendiri dan beliau juga pernah menduduki kerusi pertama MCA tersebut.
Mungkin BN Perak langsung tidak mempunyai perasaan atau tidak kisah terhadap pemimpin yang korup dari segi moral ini?
Penulis merupakan timbalan ketua Pemuda PAS Perak.
03 October 2011
Zambry Kadir Akan Menangis Tak Berlagu..
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak melihat setiap kali sidang media Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir sering disebut tentang kedudukan kerusi dan juga calon untuk mewakili Barisan Nasional (BN) Negeri Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti. Adakah kali ini Datuk Seri Zambry turut akan menangis sepertimana Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Mohammad Ghazali ketika menjadi Pengerusi BN Perak ketika menjelangnya PRU 12 tahun 2008 dahulu kerana terpaksa menggadai kerusi Parlimen Gerik kepada Gerakan.
Walaupun Datuk Seri Zambry yakin kerusi Parlimen Gerik akan dikembalikan kepada Umno, apa pula jaminan tiada gantian kerusi Parlimen lain yang kini menjadi milik Umno? Ini tidak termasuk mengambil kira kenyataan Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz yang mendesak agar 6 kerusi yang ditandingi oleh MIC diserahkan kepada Umno. Pelbagai kemungkinan akan berlaku walaupun Datuk Seri Zambry cuba memberikan keyakinan bahawa pertukaran kerusi yang ada tidak akan menjejaskan peruntukan kerusi setiap Parti Komponen BN yang lain.
Dalam bab calon pula Datuk Seri Zambry menjadikan modal kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang mengambilkira aspek 'likeable' dan 'winnable' sebagai garis panduannya dalam membuat pilihan. Namun ianya dilihat masih masih gagal untuk mengenepikan penyandang sekarang seperti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat, Manong, Lintang, Pengkalan Baru termasuk di dua DUN di Parit Buntar yang pernah kalah. Kini Datuk Seri Zambry dilihat cuba mempertahankan faktor senioriti pula dalam penentuan setiap calon-calon BN, seolah-olah beliau masih lagi belum menyenaraikan calon-calon pilihannya PRU 13 kali ini.
Satu lagi ungkapan Datuk Seri Zambry tentang calon adalah 'calon helikopter' yang pernah berlaku di Parlimen Bukit Gantang iaitu bekas Bendahari BN, Dato' Seri Abdul Azim Zabidi yang tewas ketika itu. Persoalannya, mampukah Datuk Seri Zambry menghalang kemasukan 'calon helikopter' seperti ini lagi pada pilihanraya akan datang? Yang paling sukar tentunya tentang kedudukan Tan Sri Tajol Rosli pada PRU 13 nanti sama ada dia akan masih dicalonkan atau sebaliknya. Ini termasuk percubaan untuk menaikkan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar ke kerusi Parlimen yang mengundang persoalan siapakah pula yang bakal tertendang nanti?
AHMAD NURI AL-AMIN
Ketua Penerangan,
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.
25 September 2011
PM Jelajah Perak - Ini Dalam Bas Ke Dalam Kapal Terbang?
Pukul canang segala ceruk dunia dari Tiewnama (Bernama) yang mengatakan perdana menteri yang bakal disingkirkan, Najib Altantuya menaiki bas menjelajah negeri Perak dari Ipoh ke Sungai Siput hingga ke Tanjung Tualang dan Mambang Diawan, Kampar.
Rupa-rupanya inilah bas baru berhawa dingin umpama istana bergerak lengkap dengan kemudahan internet yang digunakan hanya untuk beberapa jam Najib Altantuya di Perak bagi mengaburi mata rakyat dan seluruh dunia.
Baca seterusnya disini
16 August 2011
Zambry Memang Menteri Besar Haram-Jadah
Ketakutan pemimpin Umno Barisan Nasional (BN) berbahas terserlah apabila parti pemerintah itu memendekkan tempoh sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dari dua hari kepada tiga jam, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang.
“Sidang ini patut menjadi tempat menilai prestasi kerajaan negeri tetapi apa yang boleh dibuat dalam tiga jam?
Ini helah Speaker dan Menteri Besar yang takut untuk berbahas dengan Adun Pakatan Rakyat.
“Ia sepatutnya berlangsung dua hari tetapi dipendekkan kepada satu hari, dan dalam satu hari hanya berlangsung selama tiga jam,” katanya kepada KeadilanDaily, hari ini.
Sidang DUN itu dijadualkan berlangsung dua hari tetapi ditamatkan kira-kira jam 2 petang hari ini.
Malah, Lih Kang berkata, sidang DUN itu menyaksikan Speaker, R Ganesan bersikap tidak demokratik apabila memadamkan mikrofon Adun Pakatan Rakyat sepanjang perbahasan dan menggantung Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim.
“Ini tidak adil kepada rakyat negeri Perak.
Wakil rakyat dipilih untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab tapi dinafi untuk berbuat demikian,” katanya.
Adun Kuala Kurau, Yunus Jamhari pula menyifatkan sidang DUN kali ini semata-mata untuk memenuhi syarat minimum sidang DUN.
“Menurut amalan DUN Perak, satu sidang Dewan Undangan Negeri perlu diadakan tidak lebih dari 6 bulan.
Kali terakhir ialah pada April 2011 dan akan datang pada November 2011.
Terdahulu, Adun Pakatan Rakyat keluar dewan membantah pengendalian sidang DUN yang banyak kepincangan dan pelanggaran undang-undang.
Antara isu yang dibangkitkan Adun Pakatan Rakyat ialah penyelewengan projek Teluk Rubiah dekat Manjung berikutan sebuah syarikat bermodal RM100 diberi konsensi menjalankan projek bernilai RM5.2 billion.
Hanya selepas laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat, modal syarikat baru itu ditambah kepada RM5 juta.
Justeru, Pakatan Rakyat Perak membuat laporan polis mengenainya.
Dipetik dari sini
16 July 2011
Zambry tidak layak bercakap tentang revolusi
KUALA LUMPUR, 16 Julai: Dewan Pemuda PAS negeri Perak mahu Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sedar bahawa BN lah yang telah melakukan "revolusi" merampas kerajaan negeri itu dari Pakatan Rakyat.
Sambil mendakwa Zambry tidak layak bercakap tentang revolusi, timbalan ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss mahu menteri besar BN itu mengingat kembali bagaimana kerajaan BN mendapatkan mandat di negeri itu.
"Adakah Zambry lupa cara Umno BN mendapat semula mentadbir kerajaan negeri, adakah dengan cara terhormat," soalnya.
Beliau berkata demikian sebagai membidas kenyataan Zambry bahawa himpunan Bersih (2.0) 9 Julai lalu adalah mahu melakukan revolusi menggulingkan kerajaan dengan demonstrasi jalanan.
Beliau mendakwa himpunan Bersih 2.0 sama dengan revolusi yang berlaku di beberapa buah negara luar seperti di Tunisa, Syria dan Mesir.
Mengulas lanjut, Raja Ahmad berkata jika himpunan Bersih 2.0 dianggap revolusi menjatuhkan kerajaan, bermakna rampasan kuasa oleh BN terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Perak adalah revolusi yang lebih kotor dan jahat.
"Dalam proses demokrasi yang ada, siapakah yang menggunakan pendekatan jahat dalam negara kita?
"Bukankah dalam sejarah politik tanah air, BN seringkali melakukan kaedah kotor yang boleh disifatkan dengan cara revolusi...adakah BN telah melakukan revolusi di Perak?", soalnya lagi.
Revolusi BN dalam kes rampasan kuasa di Perak katanya secara jelas melanggar prinsip demokrasi dan undang-undang dengan menafikan hak rakyat yang memilih pemimpin mereka di dalam sistem pilihan raya.
Sehubungan itu, beliau mahu Zambry tutup mulut jika tidak mahu mendedahkan pekung sendiri.
Harakahdaily
28 October 2010
13 August 2010
Zambry Rampas Tanah Untuk Kroni

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang sekali lagi membuat laporan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang pemimpin Umno peringkat bahagian.
Lih Kang mendedahkan bahawa sebidang tanah yang sedang diusahakan oleh para penternak ikan hiasan dan petani telah diluluskan kepada sebuah syarikat milik seorang pemimpin Umno berkenaan.
Menurut beliau, jawapan bertulis Dewan Undangan Negeri telah mengatakan bahawa sebidang tanah seluas 50 ekar yang terletak di Kampung Sungai Itek, Gopeng, telah diberikan kepada sebuah syarikat yang bernama Safura House of Diamond Sdn Bhd.
Tujuan kelulusan tanah tersebut adalah untuk Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT).
“Setelah meneliti laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kami dapati satu fakta yang amat mengejutkan, iaitu salah seorang pemegang saham merupakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Gopeng,” ujarnya.
Katanya, pengusaha-pengusaha di tanah tersebut telah membuat banyak kali cubaan untuk memohon tanah, namun semua permohonan mereka ditolak tanpa diberi sebab.
Kerajaan negeri di bawah Datuk Seri Zambry Abd Kadir, ujarnya tidak memberikan tanah kepada para petani tetapi memberi kepada pemaju adalah suatu tindakan yang tidak berperikemanusiaan.
“Apatah lagi, kerajaan negeri memberikan tanah tersebut kepada kroninya. Ini adalah satu kes rasuah (salahguna kuasa) yang jelas,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau yang juga Naib Pengerusi Majlis Pimpanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri mengecam sekeras-kerasnya kerakusan kerajaan itu.
Beliau berkata, sekiranya perbuatan itu tidak dihentikan, ramai lagi rakyat akan menderita kerana mereka akan diusir keluar dari tanah yang sedang mereka usahakan sekarang.
Lih Kang juga menyeru SPRM agar mengambil tindakan yang tegas terhadap orang yang bertanggungjawab atas kes itu.
“Ini adalah kes salah kuasa yang kedua selepas berlakunya skandal penyelewengan tanah di Kampung Sungai Itek juga, di mana Ketua Umno Bahagian Umno Gopeng telah diberikan kuota 10 lot tanah kampung tersusun,” katanya lagi.
Ini, ujarnya menunjukkan bahawa Umno Barisan Nasional telah mereput hingga ke terasnya, sehingga pimpinan-pimpinan peringkat bahagian pun sudah rakus dan rasuah.
Untuk mencegah kejadian itu daripada berlaku lagi, beliau menggesa agar Zambry dibekukan jawatannya selaku Pengerusi Jawatankuasa Tanah sepanjang siasatan kes itu dijalankan di samping membatalkan kelulusan Safura House dan memberikan tanah kepada para petani.
Di samping itu, katanya wakil rakyat Pakatan Rakyat dibenarkan untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa tanah supaya satu sistem check and balance akan wujud.
Selain itu, Datuk Dr. Mah Hang Soon yang merupakan satu-satunya Exco bukan Umno perlu menjelaskan kenapa beliau tidak menghalang kes itu daripada berlaku. - Harakah Daily
03 August 2010
Sidang Dun Kartun Perak
Pasal Kamera Pun Zamry Kecoh, Macam Budak-Budak
Dewan sekarang dalam keadaan kecoh apabila Zambry mengingatkan kepada Ganesan bahawa ADUN Pantai Remis menggunakan kamerea. Lalu Ganesan terus mengarahkan bentara merampas kamera itu. Tindakan itu dibantah oleh ADUN Stiawan, Pasir Pinji dan Teja serta oleh pantai remis sendiri.
ADUN PR mempersoalkan tindakan ganesan melarang Pantai Remis dengan amaran pertama sekira menggunakan sekali lagi baru dirampas, namun arahan segera diarah untuk merampas kamera itu. -
05 May 2010
Negeri Perak Mak Bapak Aku Yang Punya - Zambry
RM50,000: Satu penyelewengan, harta negeri dibahagi-bahagikan!
Tahniah Zamry,buat harta kerajaan Perak macam harta mak bapak Barisan Nasional. Demi meraih sokongan Cina, Zamry yang dulu menuduh DS Nizar sebagai alat Cina menjelaskan sebenarnya dialah yang menjadi kuda tunggangan MCA.
Kenyataan Presiden MCA bahawa kerajaan Perak telah meperuntukan RM 50 ribu untuk setiap bahagian MCA adalah suatu pendedahan tindakan korup kerajaan Haram Zamry.
Saya yakin selepas ini MIC pun mahu peruntukan seperti itu. PPP yang dipimpin oleh Kaveyas tentunya lebih mahu lagi. Apakah ini budaya baru Barisan Nasional dalam membahagikan harta kerajaan Perak macam harta mak bapak mereka. Sudahlah kerajaan pun dirampas, kini harta pulak nak dirampas.
Kenyataan ini jelas satu penyelewengan harta kerajaan untuk kegunaan parti. Jika begitu, maka wajar penyokong Pakatan Rakyat tidak membayar cukai termasuk zakat kepada kerajaan negeri. Isu penyalahgunaan harta zakat pernah timbul semasa BN memerintah Perak dulu. Kini harta kerajaan Perak diselewengkan dengan terbuka tanpa berselindung lagi.
Tindakan berani kerajaan haram Zamry ini mungkin hasil keyakinan bahawa tiada siapa dapat mengatasi kuasa mereka termasuk undang undang. Mereka merampas kerajaan secara di luar undang- undang , maka apa perlu ditakut lagi pada undang-undang!
Inilah kesan bahaya dari rampasan kuasa di Perak. Institusi kehakiman perlu mengambil kira apa yang terjadi ini sebagai satu penilaian semula terhadap rentetan krisis undang undang di Perak.
Apakah selepas ini ada kuasa yang mampu menyekat kerakusan kuasa kerajaan Haram Zamri dalam melaksanakan apa sahaja cita cita rakus politik mereka? Rakyat sedang menanti dan memerhati tindakan rakus mereka.
Kesabaran rakyat terpaksa ditingkatkan kerana telah hilang kepercayaan terhadap semua institusi yang dirasakan boleh bernaung selama ini. Namun pilihan raya ke-13 tentunya akan menjadi detik ngeri pengajaran berpanjangan buat kerakusan kerajaan Haram Zamry dan semua yang bersekongkol dengan mereka,biar siapa dan apa pun kedudukan mereka.
Dalam negara demokrasi rakyatlah raja segala raja, sekalipun ternyata pincangnya proses demokrasi pilihanraya yang diuruskan oleh SPR! - anak sengat
21 April 2010
Zambry Tertekan Dengan Kerenah 3 Ekor Katak Celaka
Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kini berada dalam dilema dan tertekan dengan sikap tiga calon bebas di negeri itu yang sedang menunggu peluang untuk mengaut pelbagai keuntungan dari tindakan mereka keluar dari Pakatan Rakyat.
Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin ketika mendedahkan perkara itu menegaskan, perkara itu diketahuinya melalui sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Menurut beliau, perkara itu juga bukanlah sesuatu yang mustahil kerana beliau sendiri cukup kenal dengan tiga wakil rakyat terbabit yang sebelum ini bertanding atas tiket PKR dan DAP yang bergabung dalam Pakatan Rakyat, tetapi sanggup meninggalkan Pakatan Rakyat demi kepentingan diri.
Tiga wakil rakyat bebas yang dimaksudkan oleh beliau itu terdiri daripada Kapten (B) Mohd Osman Jailu (Cangkat Jering), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Hee Yit Fong (Jelapang).
“Tindakan 3 katak itu keluar dari Pakatan Rakyat melambangkan mereka manusia yang tidak bertanggungjawab, mengkhianati pengundi-pengundi yang menyokong mereka, sehingga menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak mengalami kesusahan dan dirampas oleh Umno-BN.
“Setelah menyusahkan Kerajaan Pakatan Rakyat, kini 3 katak itu sedang mengugut Zambry pula untuk mendapatkan apa saja. Zambry pula terpaksa beri atau ikut apa sahaja kehendak mereka supaya mereka tidak melompat pula kepada parti lain.
“Tindakan mereka itu ternyata menyusahkan rakyat Perak kerana ia akan melibatkan hak atau harta benda rakyat Perak. Tetapi mereka tetap tidak menghiraukan semua itu bagi menjaga kepentingan mereka sendiri.
“Perkara itu samalah juga dengan apa yang dilakukan oleh Umno terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, sehingga mereka sanggup merampas hak rakyat Perak yang telah memilih Pakatan Rakyat untuk memerintah negeri Perak.
“Demi kepentingan mereka, para pemimpin Umno-BN sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengkianati rakyat, merampas hak rakyat Perak. Semua itu perlu disedari oleh orang ramai demi kepentingan mereka sendiri,” katanya ketika menyampaikan ceramah di persekitaran Pejabat PAS Bukit Sentosa 2 di Hulu Selangor, malam semalam.
Baru-baru ini, Hi Yit Fong yang juga timbalan Speaker Dun Perak diberikan gelaran 'datuk' oleh Sultan Perak. Tidak diketahui apakah ia ada kaitan dengan dakwaan Nizar ini.
Ketika merampas Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, kata Nizar, Umno mengatakan kepada beliau dengan berbagai-bagai dakwaan yang bukan-bukan termasuk memberi tanah kepada kaum Cina, sehingga dikatakan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak sebagai ‘kerajaan Cina’.
“Pada hal apa yang kita lakukan itu amat kita fahami kerana ia sebenarnya bertolak dari prinsip-prinsip Islam dan keadilan. Rakyat Perak sendiri faham perkara itu. Sebab itulah rakyat Perak tetap tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Umno-BN ke atas Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak,” katanya yang juga Adun Pasir Panjang.
Sehubungan itu, beliau berharap agar para pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor tidak akan tertipu dengan permainan politik kotor Umno-BN agar mereka tidak tersalah memilih pemimpin.




