SUNGAI PETANI - Pelbagai kejutan dilakukan ketika menyambut ketibaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) ke sini malam tadi.
Sebaik tiba, penari yang meniru gaya bintang popular dan bekas Ketua Menteri Tamil Nadhu, mendiang M G Ramachandran (MGR) menari dengan gaya dan lenggok ala selebriti itu.
Anwar secara spontan dilihat terus menggoyangkan badan mengikut alunan muzik, sama seperti penari yang meniru gaya dan perwatakan MGR.
Beliau kemudian terus diiringi ke pentas utama mengikut langkah tarian itu sehingga muzik itu berakhir.
Tiga wanita yang mewakili kaum ibu dari bangsa Melayu, Cina dan India kemudian diberi penghormatan menyatakan sokongan kepada Anwar dengan memakaikannya kalungan bunga.
Bagaimanapun, sebaik sahaja Anwar memulakan ucapan di pentas utama, kedengaran bunyi mercun yang dilepaskan bertubi-tubi ke udara, menimbulkan suasana riuh dan bising.
Gangguan itu berlaku dalam jarak kurang 100 meter dari pentas utama itu menyebabkan pengunjung yang hadir untuk mendengar ucapan pemimpin berkenaan tidak senang duduk dan naik marah.
Tiada pihak yang mengaku terlibat dalam insiden berkenaan sebelum berlaku pergaduhan kecil, yang berjaya dileraikan.
Anwar yang meneruskan ucapan walaupun diganggu berkata, beliau mahu menang dengan bersih dalam pilihan raya akan datang tanpa melibatkan politik kotor sama ada rasuah, zalim dan tindas-menindas antara satu sama lain.
Beliau turut menegaskanbahawA jika rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat (PR) memerintah dalam pilihan raya umum akan datang, wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dimansuhkan.
“Ini bukan mainan politik tetapi hasrat yang akan diusahakan jika kita menang,” katanya dalam Siri Jelajah DSAI ke Kedah di Taman Ria Jaya di sini.
Dalam pada itu, belum sempat Anwar melangkah turun untuk pulang, seorang lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol terus meluru naik ke pentas dan menari bersama Anwar yang ketika itu dilihat mengikut alunan muzik MGR bersama pemimpin lain.
Bagaimanapun, tindakan pantas penganjur berjaya menghalang lelaki itu dari terus mendekati Anwar yang sedang bersalaman dengan penyokong sebelum bersurai.
Read More...
Summary only...
SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap anaknya, Datin Paduka Marina Mahathir tidak meletakkan diri terlalu rapat dengan Bersih 2.0 atau gerakan lain yang antikerajaan kerana ia tidak baik untuk dirinya.
Dalam satu wawancara khas bersama The Malaysian Observer (MobTV), Dr Mahathir berkata, beliau tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang dilakukan anaknya itu sejak akhir-akhir ini dan berharap Marina sedar akan kesilapannya.
Pada Bersih 2.0 tahun lalu dan perhimpunan Bersih 3.0 April lalu, Marina dilihat bersama dengan puluhan ribu demonstran lain menuntut lapan tuntutan yang mahukan pilihan raya umum yang bersih dan adil.
“Bersih telah dirampas oleh pemimpin pembangkang, saya tidak suka beliau meletakkan dirinya dekat dengan gerakan itu.
“Beliau tidak pernah katakan ini, tapi Bersih dan beberapa gerakan lain didakwa ada kaitan dengan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Dia tidak pernah kata sokong lelaki kahwin lelaki, perempuan kahwin perempuan dan saya harap dia maksudkannya,” katanya.
Katanya lagi, Marina perlu mewujudkan sempadan berkenaan isu LGBT iaitu sejauh mana beliau memberi sokongan kepada golongan itu dalam sebuah negara seperti Malaysia.
“Memang beliau seorang aktivis yang menolong ramai orang termasuklah golongan ini, tapi dia perlu jelaskan pendiriannya,” katanya.
Selain itu, Dr Mahathir turut berharap Marina menyedari apa yang dilakukannya sekarang boleh menjejaskan peluang abangnya, Datuk Mukhriz Mahathir memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.
“Saya rasa beliau bukan ahli, tetapi beliau perlu lebih sensitif mengenai nasib abangnya,” katanya.
Ditanya mengenai khabar angin yang mendakwa Mukhriz bakal dicalonkan menjadi Menteri Besar Kedah sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula negeri tersebut, Dr Mahathir menegaskan ia terpulang kepada keputusan parti.
Katanya, isyarat bahawa Mukhriz mungkin menjadi calon Menteri Besar apabila parti memilihnya untuk menjadi calon Dewan Undangan Negeri (Dun) dan bukannya calon Parlimen.
“Saya akan tolong dan menyokong apa yang dilakukan Mukhriz, tetapi segalanya terpulang pada parti. Walaupun beliau tidak dipilih jadi Menteri Besar, saya akan tetap sokong,” katanya. -SH
Read More...
Summary only...
Jawapan perdana menteri bahawa projek sambungan LRT Ampang mengikut peraturan, tanpa menafikan pemberian tender kepada Konsortium George Kent, mengukuhkan spekulasi beliau melanggar keputusan penilaian bidaan, kata PKR.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, kenyataan Datuk Seri Najib Razak itu mengesahkan kontrak itu telah dianugerahkan kepada konsortium itu seperti disyaki banyak pihak.
"Oleh itu, saya sekali lagi mengulangi desakan bahawa Najib wajarlah menyatakan secara terbuka sama ada kontrak itu telah pun dianugerahkan kepada Konsortium George Kent, kerana itu bakal menjawab pelbagai persoalan mengenai campur tangan beliau dalam proses pemilihan kontraktor," katanya.
Najib malam tadi ketika ditanya pemberita berkata, tiada apa-apa yang luar biasa dalam penganugerahan projek kerja-kerja sambungan projek bernilai lebih RM1 bilion itu kerana semuanya menurut aturan.
Dalam kenyataannya hari ini, Rafizi juga berkata, beliau dimaklumkan sumber dalaman bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil pelbagai dokumen rasmi berhubung kontrak itu dari pejabat Prasarana semalam.
Kesimpulan itu juga dibuatnya ekoran Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana Datuk Shahril Mokhtar didakwa tidak menafikan perkara itu melalui komunikasi dengannya di laman blog mikro Twitter berhubung isu itu.
Twitter yang dirujuk itu menyebut Shahril sebagai menulis: "Fizi (Rafizi), there was no such thing as 'rampas'. Just let them do their job.
(Fizi, tiada sama sekali apa yang dikatakan 'rampas'. Biar mereka buat kerja mereka.)
Malaysiakini semalam melaporkan SPRM datang ke pejabat syarikat pengangkutan nasional Syarikat Prasarana Negara Bhd sekoran dakwaan Rafizi terhadap campur tangan Najib dalam projek itu.
Menurut sumber, mereka tiba selepas jam 4 petang. Pegawai Prasarana bagaimanapun menafikan ia satu serbuan.
Sementara itu, Rafizi terus mendakwa, salah satu dokumen yang diambil adalah kertas rasmi yang membuktikan Prasarana memulangkan kembali bon tender kepada George Kent kerana kumpulan itu dikeluarkan dari senarai pembida berpotensi sejak awal.
Justeru, katanya, sebarang keputusan menganugerahkan kontrak itu kepada George Kent sudah tentu bertentangan dengan keputusan penilaian bidaan dan tatacara tender yang diterimapakai.
Rafizi juga menyeru Shahril mengesahkan dakwaan bahawa bon tender Konsortium George Kent benar-benar telah dipulangkan untuk mengelakkan pelbagai spekulasi baru.
Rafizi sebelum ini mendakwa projek itu sepatutnya diberikan kepada Balfour Beatty-Invensys Consortium (Balfour) tetapi atas campur tangan Najib, ia jatuh ke tangan George Kent.
http://www.malaysiakini.com/news/202367
Read More...
Summary only...
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno Johor mengambil langkah berani apabila mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia.
Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat membangkitkan cadangan itu 20 Jun lalu pada mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12.
Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Ayub berkata beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud "sebenar" -- yang menurutnya berbeza dengan hudud PAS.
Perbezaan paling ketara, kata Ayub, hukum hudud sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud PAS yang hanya tertakluk kepada orang Islam.
"Kanun Jenayah Syariah II (1993) (Hudud Kelantan) tidak menggambarkan kehendak Islam yang sebenar. Ia akan menimbulkan diskriminasi dari segi pelaksanaan (di antara orang Islam dan bukan Islam)," katanya.
Walaupun demikian, Ayub maklum bahawa perlaksanaan hudud di peringkat nasional hanya akan berlaku dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan.
'Sokong Umno kalau ikhlas'
Justeru katanya, perkara terpenting sekarang, Johor perlu memulakan langkah memahamkan golongan bukan Islam akan pelaksanaan hudud - satu perkara yang selama ini didakwa gagal dilaksanakan PAS.
Kefahaman yang betul, katanya, adalah kunci utama hudud diterima semua kaum merentasi kefahaman agama pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW.
"Kalau tidak masakan di zaman pemerintahan Nabi ia diterima semua (kaum dan agama)," katanya.
Menurut Ayub lagi, cadangan itu pernah dibangkitkan pada sidang DUN pada Disember tahun lalu namun ia tidak dilaporkan mana-mana akhbar.
Justeru, beliau mencabar PAS menyokong cadangan hukum hudud walaupun ia datang dari Umno jika mereka benar-benar ikhlas mahu memartabatkan Islam
"Apabila Umno sebut tentang hudud, PAS kena sokong jugalah," katanya.
Negeri Kelantan meluluskan pelaksanaannya hukum hudud di bawah Kanun Jenayah Syariah II (1993) pada tahun 1993. Namun pelaksanaannya tidak menjadi kenyataan apabila melibatkan pertikaian berhubung isu-isu perlembagaan.
http://www.malaysiakini.com/news/202369
Read More...
Summary only...
PKR Gerik - Kahkahkah...satu lagi banner fitnah....adoi....tertinggal satu partilah...PKR tak masuk sekali ker....asal nak fitnah je kantoi...asal nak fitnah jer kantoi....
He he he..... kalau nak buat black operation tu biarlah real sikit...kehkehkeh...sendiri buat banner sendiri kata masuk neraka...hu hu hu...sedar pun tgh buat dosa fitnah...
http://keadilangerik.blogspot.com/2012/06/asal-nak-fitnah-je-kantoi.html
Read More...
Summary only...
Kecoh Mat Isa dengan saham FGVHnya. Satu-satu saham berIPO naik 18%. Harga beli IPO RM4.55, terus naik di Bursa RM5.39. Kemudian naik lagi pada harga RM5.43. Siapa yang beli pada harga itu, saya tidak tahu. Yang tahu, Khamis lepas, FGVH tutup pada harga RM5.30.
Jumaat semalam, saham ini masih lagi aktif, dengan harga berpusar dari RM5.25 hingga RM5.35. Tutup pada RM5.32. Sesiapa yang berani sangat beli pada RM5.39 awal pagi Khamis lepas, itu mereka punya pasal. Yang main kontra, rasanya korang akan disembelih. Tetapi yang hendak pegang sebulan dua, agaknya boleh buat duit ke?
Saya masih tidak wahi untuk bermain dengan saham Felda ini. Bukan kerana pendirian saya yang tidak bersetuju dengan penyenaraian ini. Bukan. Tetapi, saya lihat seperti ada jerung yang sedang mengkontrol saham ini supaya ianya nampak akan naik dan naik dan naik. Spekulasi le katakan. Apabila ada jerung mengkontrol, saya yang ikan bilis pasti akan kecundang dek kerana dibaham jerung itu.
Tidak.. saya tidak akan dimakan jerung kali ke tiga..... Lesap RM80k kawan.....
Apa-apa pun, yang sedihnya ada;ah kepada puak-puak yang dijudikan untuk di apung kan aset mereka di Bursa Saham. Para peneroka Felda. Mula-mula, saya ingat, para peneroka dapatlah sekurang-kurangnya 20-30 lot saham FGVH nih. Tetapi, diberitahu, mereka dapat 800 je. 800 unit saham! Bukan 800 lot. 800 unit saham, samalah dengan 0.8 lot! Adoila, ciputnya.
Jerung-jerung.
Kemudian, dapat cerita pula, Mat Isa dapat 180. Bukan 180 unit, tetapi 180 lot. 180,000 unit saham! Kah! kah! Para peneroka kena kelentong lagi.
Jika Mat Isa semalam jual semua sahamnya pada kadar RM5.30, dia dapat habuan sebanyak RM954,000. Dan jika seorang pakcik peneroka menjual semua sahamnya pada harga yang sama, dapatlah pakcik peneroka itu RM4240.
Adoila peneroka, kamu disembelih lagi dengan puak-puak umno nih.....
Apa-apa pun yang saya nampak dengan senario saham FGVH ini, yang mendapat untung dari penyenaraian saham Felda ini adalah jerung-jerung besar. Bukannya para peneroka. Para peneroka hanya dapat titisan air yang pecah dari tempias yang terpercik dari air terjun Nicaragua. Diulangi, dapat dari titsan air yang pecah dari tempias. Bukan dari tempias ya.
Peneroka tidak dapat apa pun. Hanya dapat duit seciput yang akan habis tidak sampai sebulan berbelanja. Namun, apa yang penting hendak diperkatakan oleh saya ini ialah, padan muka peneroka Felda, undilah lagi umno, biar padan dengan kamu kena kelentong dengan juak-juak kapitalis Melayu ini. Padan muka.
Dicatat oleh Mazwandi Mustaffa
Read More...
Summary only...
Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kabin Malaysia (Nufam) menuntut kerajaan memberi peluang kepada anak kapal kabin Malaysia Airlines, AirAsia dan Fire Fly untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pos atau pengundi awal dalam pilihan raya umum ke-13.
Presiden kesatuan itu, Ismail Nasaruddin Abd Wahab mendakwa terdapat 5,000 anak kapal kabin penerbangan yang tidak dapat mengundi disebabkan terpaksa menjalankan tugas atau berada di luar negara pada hari mengundi dalam pilihan raya lepas.
Katanya kerajaan wajar mempertimbangkan permohonan mereka dengan memasukkan kumpulan itu dalam kategori pengundi pos atau pengundi awal, bagi memastikan mereka turut menunaikan tanggungjawab mengundi dalam memilih kerajaan.
Beliau berkata demikian ketika sesi dialog bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan di sini pada Khamis.
Sesi dialog bertemakan 'Menuju Hak dan Kemajuan Anak-anak Kapal Kabin Penerbangan di Bawah Gagasan 1Malaysia' turut mengetengahkan beberapa masalah yang dihadapi pekerja dalam industri penerbangan.
Ia termasuk peningkatan gaji, hak dan masa depan anak kapal kabin penerbangan, isu persaraan, hak pekerja wanita dan bantuan keluarga untuk pekerja ibu tunggal yang bekerja sebagai anak kapal kabin penerbangan.
- Bernama
Read More...
Summary only...
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau akan menyokong jika anaknya, Datuk Mukhris Mahathir dicalonkan untuk menjadi Menteri Besar Kedah.
Dalam wawancaranya dengan sebuah stesen TV internet, Mahathir berkata, beliau juga akan menolong anaknya itu.
Mahathir juga berkata, dia tahu anaknya itu berminat dalam politik dan akan menolong beliau.
"Tetapi untuk jawatan apa, terserahlah kepada parti membuat keputusan. Jika dia dicalonkan untuk jadi MB, saya akan sokong," kata Mahathir.
Desas-desus bertiup kencang di Kedah kononnya Mukhris, anak ketiga Mahathir itu akan bertanding peringkat DUN dalam pilihan raya umum akan datang ini.
"Katanya dia akan bertanding di DUN Kota Seputeh," kata anggota Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria kepada Harakahdaily.
Adun Kota Seputeh sekarang, Datuk Abu Hassan Sarif (Umno - BN) sebelum ini didapati tidak layak menjadi Adun kerana gagal menghadiri sidang yang diadakan.
Menurut sumber lain pula, anggota Parlimen Jerlun itu tidak berapa berminat untuk bertanding peringkat DUN kerana takut kehilangan jawatannya yang ada sekarang.
Mukhris, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu tahu bukan mudah untuk beliau menjadi MB kerana terpaksa bersaing dengan lain-lain pemimpin Umno Kedah yang lebih senior.
"Dia boleh menang kerusi DUN Kota Seputeh itu tetapi adakah BN akan menang Kedah? Jika BN menang pun, adakah Mahathir Khalid akan setuju dia jadi MB. Di mana pula kedudukan Datuk Ahmad Bashah, Pengerusi Umno Kedah sekarang," kata seorang pengkaji politik antarabangsa kepada Harakahdaily baru-baru ini.
Menurut beliau, skala pertembungan dalaman Umno Kedah cukup tinggi iaitu 3.5 dari 5 markah penuh.
"Sebab itu, bagi saya, kalau Mukhris bertanding DUN pun bukan kerana dia yakin menang dan mahu sangat tetapi kerana tekanan ayahnya yang mahu legasi beliau diteruskan," kata pengkaji yang berasal dari Amerika itu
Read More...
Summary only...
PETALING JAYA 29 Jun: Tuduhan ke atas Datuk Shamsulbahrin Ismail adalah taktik konsisten Umno bagi melindungi suami Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC), kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
Katanya, Umno mencari helah dengan menjadikan ahli perniagaan itu ‘kambing hitam’ dalam skandal ini.
“Shamsulbahrin tidak bersalah kerana dari awal lagi kita lihat ada cubaan sistematik oleh pihak berkuasa untuk melindungi suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail yang terlibat dalam skandal NFC.
“Dari awalnya mereka cari kambing hitam dan Shamsulbahrin adalah kambing hitam dalam kes ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, Pengarah Guaman, Latheefa Koya dan Shamsulbahrin.
Mohamad Salleh selaku Pengerusi Eksekutif NFC didakwa cuba merasuah pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis.
Beliau merupakan individu penting yang bertanggungjawab dalam isu penyelewengan dana NFC berjumlah RM250 juta.
Pada 30 Disember lalu, pihak berkuasa mendakwa Shamsubahrin, atas tuduhan menipu Mohamad Salleh sebanyak RM1.755 juta.
“Apa yang berlaku baru-baru ini adalah salahguna kuasa pihak peguam negara yang membawa tuduhan tidak berasas ke atas Shamsulbahrin manakala Datuk Salleh diberikan imuniti VIP.
“Malah Shamsulbahrin direman dan diarah melaporkan kepada pihak berkuasa kerana beliau mendedahkan skandal yang melibatkan Umno BN.
“Tindakan ini sesuatu yang mengejutkan. Pada mulanya, tuduhan ke atas beliau adalah menipu Datuk Salleh mengenai RM1.755 juta, kemudian pada 12 Jun lalu, dia dikenakan pula empat tuduhan baru,” katanya.
Sementara itu, Zuraida menyifatkan tuduhan ke atas Shamsulbahrin adalah helah untuk memutar belitkan fakta sebenar.
“Bagaimana kerajaan BN sanggup melindungi mereka yang bersalah sehingga memutar belitkan dakwaan ini ke peringkat yang tidak masuk akal yang pernah terjadi di negara kita.
“PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) baru-baru ini menyalahkan kakitangan kerajaan dalam siasatan skandal NFC. Ini menunjukkan dengan jelas ada orang-orang tertentu yang BN ingin lindungi dan sebaliknya cuba menganiayai Shamsulbahrin dan pegawai-pegawai yang mengendalikan projek NFC,” kata Ahli Parlimen Ampang itu lagi.
Read More...
Summary only...
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS WP (DPPWP) berasa kesal dan kecewa dengan tindakan kerajaan yang ingin merobohkan bangunan Bukit Bintang Plaza (BB Plaza) bagi memberi laluan kepada projek pembinaan stesen MRT.
Ketuanya, Kamaruzaman Mohamad berkata, BB Plaza merupakan aset kepada UDA Holding yang rata-ratanya mempunyai 60 peratus penyewa di kalangan orang Melayu.
Apatah lagi, ujarnya UDA itu sendiri bertujuan untuk membantu golongan usahawan bumiputera.
Menruutnya, BB Plaza yang telah berusia 33 tahun ini juga bukan sahaja sebagai pusat beli belah yang berkedudukan strategik malahan menjadi tumpuan pelancong samada tempatan mahupun antarabangsa.
“DPPWP melihat dengan perobohan bangunan BB Plaza ini, bagaikan menabur pasir ke dalam periuk nasi para peniaga Melayu/Bumiputera di sini.
“Bagaimanakah nasib para peniaga ini nanti?,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, tempoh pembinaan Stesen MRT di tapak BB Plaza itu pula memakan masa selama 5 tahun.
Katanya, walaupun terdapat cadangan usaha beberapa pihak untuk membangunkan semula BB Plaza, persoalannya ialah mampukah para peniaga Melayu menampung kos sewa yang mahal.
Sebelum ini, ujar beliau UDA telahpun menjual 2 asetnya paling bernilai iaitu Plaza Warisan dan UO Superstore.
Aset-aset itu, tambah Kamaruzaman telah memberikan keuntungan kepada UDA yang menjaga golongan usahawan Melayu.
Kini, katanya BB Plaza pula ingin dilupuskan.
“Di manakah peranan kerajaan UMNO BN yang kononnya ingin menjaga hak dan keistimewaan orang Melayu?” tanya beliau.
DPPWP, katanya difahamkan bahawa laluan pembinaan stesen MRT yang asal tidak melibatkan bangunan BB Plaza.
Hanya apabila tidak mampu membayar pampasan, maka aset orang Melayu ini dikambinghitamkan, ujarnya.
Justeru, kata beliau DPPWP mendesak agar kerajaan mengkaji semula dan menarik balik cadangan merobohkan bangunan BB Plaza demi survival pengusaha-pengusaha Melayu di Kuala Lumpur.
“Kita tidak menolak sebarang usaha untuk membangunkan dan memajukan bandar Kuala Lumpur ini tetapi janganlah sehingga menindas sesetengah pihak terutama peniaga-peniaga bumiputera yang masih memerlukan bantuan untuk terus bersaing dengan peniaga-peniaga lain,” katanya.
Harakahdaily
Read More...
Summary only...
TNB dituntut penjelasan ekoran bil elektrik melompat naik
KUALA LUMPUR: Kerajaan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) diminta memberikan penjelasan segera ke atas aduan kenaikan bil elektrik ekoran sistem bil dua bulan sekali.
Ini kerana, sistem ini menyebabkan bil elektrik pengguna menjadi berlipat kali ganda.
Seorang pengguna elektrik menghantar satu surat aduan dan disiarkan oleh banyak blog termasuk dalam ruangan surat pembaca Harakahdaily sebelum ini.
Namun sehingga kini, TNB belum membuat sebarang penjelasan mengenainya sekurang-kurangnya tidak ada dalam pengetahuan pembaca Harakahdaily.
Berikut disiarkan sekali lagi surat yang ditulis oleh Mohd Fazli Hassan dari Meru, Klang itu:
Tidak lama dulu DS Najib mengumumkan kenaikan tarif elektrik baru. Seingat saya, beliau menyatakan bacaan bil bulanan di bawah 400 unit atau kurang dari RM90 tidak menerima kesan (tolong betulkan jika salah).
Oleh itu pengguna yang bil bulanan di bawah bacaan 400 unit atau kurang dari RM90 (jika tidak silap) tidak akan dikenakan kadar tarif elektrik baru. Mendengar pengumuman tersebut saya antara orang yang merasa lega kerana bil elektrik saya setiap bulan adalah kurang daripada RM90.
Perasaan lega itu hanya untuk sementara waktu sahaja atau beberapa bulan sahaja. Ada perancangan lain yang telah dilakukan bagi merealisasikan kadar tarif baru elektrik ini.
Beberapa bulan ini, pihak TNB (pembaca meter TNB) hanya melakukan bacaan meter dua bulan sekali sahaja ke rumah saya dan rumah-rumah jiran. Oleh itu bacaan meter elektrik yang dibuat dua bulan sekali, diselangi dengan bil anggaran yang dihantar melalui pos. Melalui cara ini, secara tidak langsung kadar tarif baru dapat dilaksanakan kepada pengguna, tanpa disedari.
Sebagai contoh bagi mereka yang menggunakan tarif elektrik sebanyak 350 unit sebulan, bayaran bil adalah sebanyak RM76.30. Melalui sistem bacaan meter DUA BULAN berserta BIL ANGGARAN (secara POS), penggunaan elektrik naik sekali ganda menjadi 700 unit (dua bulan).
Oleh itu, bayaran bil menjadi RM194.20, kiraan seperti berikut:
Penggunaan dua bulan 700 unit.
1. 400 unit X RM0.218 = RM87.20
2. 200 unit X RM0.334 = RM66.80
3. 100 unit X RM0.400 = RM40.00
JUMLAH = RM194.20
Bil bagi dua bulan menghampiri RM200. Berbanding jika bil dikenakan tiap-tiap bulan hanya antara RM70 ke RM80 sahaja. Jika dua bulan pun hanya RM140 ke RM160 sahaja jika pengguna membuat tunggakan bayaran.
Bagi bil anggaran yang dihantar melalui pos pula, jumlah yang dinyatakan hanya pada nilai RINGGIT MALAYSIA tetapi bukan pada jumlah UNIT elektrik yang digunakan. Maka bil dua bulan dalam jumlah ringgit ditolak dengan jumlah bil anggaran dalam nilai ringgit.
Kesimpulannya, TNB telah berjaya melaksanakan kadar tarif baru elektrik kepada pengguna yang pada asalnya bacaan tarif elektrik kurang dari 400 unit.
Sehubungan itu, saya meminta pembaca atau pengguna elektrik, renungkanlah....
Mohd Fazli Hasan
Taman Meru Damai, Kapar Klang.
Harakah Daily
Read More...
Summary only...
Mungkin tidak ada intelektual Melayu yang lebih keras sikapnya terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Dr Kassim Ahmad.
Di mata Dr Kassim, Anwar seorang ahli politik "lidah cabang", "pengkhianat negara" yang didakwa suka memfitnah dan terus terpalit pelbagai isu, antaranya dakwaan menerima dana asing.
Sebut sahaja nama Anwar, nada sarjana kontroversi itu terus bertukar keras. Beliau malah beberapa kali mengulangi hasrat untuk "meludah", "menggantung", "memancung" dan "menempeleng" ketua umum PKR itu.
"Macam saya kata, Anwar ini saya sanggup gantung sampai mati. Saya sanggup tembak dia sampai sekarang. Jahat punya manusia," kata Dr Kassim ketika mempertahankan Datuk Seri Najib Razak dalam isu Altantuya Shaariibuu.
Beliau melihat isu hubungan perdana menteri dengan wanita Mongolia itu sebagai "fitnah" Anwar semata-mata.
Dr Kassim juga menambah, pihak berkuasa tidak perlu takut bertindak terhadap Anwar walaupun bekas aktivis mahasiswa itu pandai bercakap kerana dia didakwa sering berbohong.
Belum sempat Malaysiakini menemubualnya di Kulim baru-baru ini, Dr Kassim mengambil kesempatan membacakan surat dalam TheStar yang mengkritik Anwar berhubung kumpulan pemantau asing sewaktu BERSIH 3.0.
Kasta 'ulama' dan pendewaan pada Nik Aziz
Surat itu antaranya mendakwa kumpulan pengumpul fakta asing berhubung sistem pilihan raya di negara ini sebenarnya terdiri daripada kawan-kawan Anwar sendiri.
Dr Kassim turut mengkritik keras Mursidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat. Walaupun tidak jelas apakah maksud sebenarnya, beliau menyebut tentang budaya "feudal ulama" dalam parti Islam itu.
Ahli akademik yang kritis terhadap "kasta" ulama dalam Islam itu juga merasakan Nik Aziz terlalu didewa-dewakan di kalangan pengikutnya.
Terus mengulas kepemimpinan bekas menteri kewangan itu, Dr Kassim berkata, perasaan tidak senang terhadap Anwar dalam Pakatan Rakyat juga boleh dilihat melalui isyarat pengerusi DAP Karpal Singh yang didakwa sengaja "tersilap lidah" dalam isu perdana menteri bukan Melayu bulan lalu.
Sementara itu, mengulas tindakan rakan seperjuangannya Senator Dr Syed Husin Ali bersama Pakatan, Dr Kassim berkata bekas timbalan presiden PKR itu "cuma terpengaruh".
"Bila Anwar kena buang (daripada Umno dan kerajaan pada 1998), dia bercakap, ribuan datang dengar dia. Lebih kurang dia kata, inilah kebangkitan rakyat. Saya kata masya-Allah, (Adolf) Hitler pun dia kumpul berjuta orang," kata bekas presiden Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) itu.
'Satu lambat, kedua bodoh'
Dr Kassim sebelum ini pernah bersama-sama Dr Syed Husin dalam PSRM. Beliau mengepalai parti kiri itu antara 1966 hingga 1984 sebelum digantikan Kampo Radjo dan seterusnya Syed Husin.
Bagaimanapun, 'perang dingin' Dr Kassim itu mungkin bermula lama dahulu, pada tahun 1986 apabila beliau percaya Anwar merupakan pihak di belakang pengharaman buku kontroversinya Hadis: Satu Penilaian Semua.
Beliau percaya Anwar berpakat dengan "ulama" bagi menekannya walaupun bersetuju "secara prinsip" di peringkat awal.
Dr Kassim juga mendakwa, sekitar 1990-an, cadangan dialognya dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berhubung kandungan bukunya tergendala apabila dihalang oleh Anwar walaupun Dr Mahathir didakwa sudah bersetuju.
Malah, dedahnya, pertemuan pertama kalinya dengan Anwar semasa beliau seorang menteri tidak memberangsangkan apabila bekas pemimpin Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM) itu didakwa lewat 45 minit.
"Bila saya masuk, saya cakap. Dia dengar sepatah pun tak cakap. Itu Anwar. Dia takutlah. Dia memang takut. Takut nanti saya catit, (atau) tanya dia apa-apa. Ini saya punya pengalaman dengan Anwar, satu lambat, satu dia macam bodoh," katanya.
http://www.malaysiakini.com/news/202210
Read More...
Summary only...
Ketua Umno Bahagian Pandan diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam terhadap 10 pertuduhan rasuah membabitkan RM193,512, antara Mei 2006 dan Mac 2007.
Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Abd Ghani Ismail, 46, di akhir kes pendakwaan.
Mahkamah menetapkan 13 September untuk mendengar kes pembelaan.
Bagi pertuduhan pertama, Abd Ghani, yang ketika kejadian merupakan seorang Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merangkap Ahli Jawatankuasa Tender MPAJ, didakwa secara rasuah memperoleh satu suapan daripada seorang kontraktor Abdul Rahman Yaacob (sudah meninggal dunia) sebanyak RM24,189.
Ia sebagai balasan menolong Abdul Rahman mendapatkan Tender Zon SP 23 iaitu kerja perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Maju dan Taman Kencana serta Tender Zon PB 16 iaitu kerja pembersihan kawasan di Pandan Cahaya daripada MPAJ.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Islah Tomyam, Jalan 5/76B, Desa Pandan di sini pada 9 malam 4 Ogos 2006.
Bagi lapan lagi pertuduhan, Abd Ghani didakwa secara rasuah menerima antara RM10,189 hingga RM24,189 yang kesemuanya melibatkan RM169,323 daripada Abdul Rahman di hadapan Blok E 15, Jalan 4/76B, Desa Pandan di sini, antara 20 Oktober 2006 hingga 31 Mac 2007.
Sementara itu bagi pertuduhan ke-10 pula dia didakwa memperoleh suapan bagi dirinya iaitu pelantikan Syarikat Lembah Rimbun sebagai sub kontraktor kepada Syarikat Dwisakti Mewah Sdn Bhd yang mana dia mempunyai kepentingan dalam Syarikat Lembah Rimbun, di No. 27, Jalan Pandan 7, Pandan Jaya pada 1 Mei 2006.
Ia sebagai upah menolong Syarikat Dwisakti Mewah Sdn Bhd mendapatkan Tender Zon SP 21 iaitu kerja pelupusan sisa pepejal di kawasan Bandar Pandan Indah daripada MPAJ.
Bagi kesemua pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 11 (a) dan Seksyen 10 (a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Roziza Sidek manakala Abd Ghani diwakili Peguam Md Yunos Shariff.
- Bernama
Read More...
Summary only...
Admin mendapat maklumat daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai bahawa telah diadakan suatu mesyuarat Pemuda UMNO Johor di Vistana Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu malam Khamis 27hb Jun 2012. Seramai 16 Ketua Pemuda UMNO bahagian di Johor telah menolak kepimpinan Ketua Pemuda UMNO Johor Sdr Mohd Fadil Muskon. Mereka telah mendesak Ketua Pemuda UMNO Johor meletakkan Jawatan dalam kadar segera. Mesyuarat ini dimaklumkan berlanjutan sehingga jam 1.30 pagi.
Antara Ketua-ketua Pemuda UMNO yang terlibat dalam usaha untuk menjatuhkan Ketua Pemuda UMNO sekarang adalah Ketua Pemuda UMNO bahagian Pontian, Batu Pahat, Pagoh, Tebrau, Johor Bahru dan lain-lain lagi.
Negeri Johor terdapat 26 bahagian UMNO diseluruh negeri. Bermakna 61% Ketua-ketua Pemuda UMNO bahagian menolak kepimpinan Pemuda UMNO Negeri sekarang. Terdapat juga Ketua-ketua Pemuda UMNO Bahagian yang tidak hadir dalam mesyuarat tersebut kerana tidak mahu terlibat dalam masalah yang sedang dihadapi. Mereka yang tidak hadir juga berkemungkinan besar menolak kepimpinan pemuda UMNO Johor. Ini bermakna lebih daripada 61% pemuda UMNO Bahagian menolak kepimpinan sekarang.
Antara alasan penolakkan Sdr Mohd Fadil Muskon adalah kerana beliau adalah daripada kem YB Khairy Jamaluddin . Kumpulan 16 Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang terbabit dipercayai daripada kumpulan YB Dato Razali Hj Ibrahim. Selain daripada itu terdapat juga pandangan menyatakan bahawa Sdr Mohd Fadil Muskon yang disifatkan sebagai ‘budak baik’ kurang senang dengan Pemuda-pemuda UMNO Bahagian yang mengambil kesempatan daripada projek-projek kerajaan untuk kepentingan peribadi pemimpin tertentu. Sifat ini telah mengurangkan peluang-peluang pemimpin-pemimpin tertentu mendapat habuan mereka. Keadaan ini telah digunakan oleh seteru politiknya untuk membangkitkan isu bahawa Sdr Mohd Fadil Muskon tidak menjaga kebajikan pemuda-pemuda UMNO bahagian.
Terdapat juga bebarapa Ketua Bahagian UMNO di Johor yang tidak berpuas hati dengan perkembangan yang berlaku kerana pilihanraya sudah terlalu hampir. Perpecahan bakal mengundang kejatuhan UMNO di Johor. Sebahagian Ketua Bahagian UMNO telah menegur Ketua Pemuda UMNO bahagian masing-masing sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan mereka. Ini telah membuktikan bahawaUMNO Johor sudah berada dalam keadaan tenat. Ini telah menjadi sebab mengapa Dato Seri Mohd Najib telah berani membubarkan parlimen sehingga hari ini.
Kelemahan Pemuda UMN O Johor ini dapat dilihat dengan jelas di Negeri Johor. Aktiviti mereka sangat kurang sehingga disetengan kawasan, Pemuda PAS lebih menampil daripada pemuda UMNO bahagian.
Admin manasihatkan mana-mana Pemuda UMNO Johor untuk bersama dengan Pemuda PAS. UMNOk ini adalah parti yang menanti hari untuk diletakkan dalam Muzium UMNO di Melaka. Keenakkan berjuang sebagai parti politik seperti peringkat awal penubuhan UMNO dahulu sudah hilang daripada UMNO.
Dipetik dari - http://omakkau.blogspot.com/2012/06/pemuda-umno-johor-bergolakdesak-ketua.html
Read More...
Summary only...
Ahli Parlimen Sri Gading, Mohamad Aziz hari ini menarik balik kenyataan yang dibuat pada hari Selasa lalu di mana beliau bertanya sama Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga perlu digantung kerana menderhaka.
Beliau memberitahu Dewan Rakyat bahawa sebagai seorang yang berdisiplin dan dari parti yang berdisiplin, beliau - atas semangat setiakawan dalam BN - menarik balik kenyataannya itu jika ia menyinggung perasaan pemimpin rakan-rakannya dari MIC atau PPP.
Mohamad telah diarahkan menarik balik kenyataannya itu oleh Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidy Jaafar.
Ianya selepas Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng bangun meminta satu keputusan berhubung kenyataan Mohamad yang menurutnya telah "keterlaluan".
Read More...
Summary only...
KUALA LUMPUR- Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin membuat laporan polis terhadap Utusan Malaysia dan TV3 berhubung isu plat kenderaan WWW 1, hari ini.
Laporan polis tersebut dibuat di IPD Dang Wangi, bersama-sama barisan peguam Pemuda PAS Perak.
Menurut beliau, laporan itu dibuat kerana kedua-dua media pro Umno itu telah menyiarkan berita yang disifatkannya sebagai fitnah ke atas kredibiliti beliau.
"Mereka telah memfitnah saya dengan memutarbelitkan kenyataan saya di twitter dengan mengatakan saya menuduh Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk bidaan WWW1. Sedangkan, saya tidak menyatakan sedemikian," tegas beliau yang ditemui Harakahdaily.
Dalam pada itu, kata beliau peguamnya turut menghantar notis kepada TV3 dan Utusan Malaysia untuk menarik balik dan meminta maaf secara terbuka berkaitan penyiaran berita tersebut.
Sekiranya, TV3 dan Utusan Malaysia tidak berbuat demikian, tambah Nizar pihaknya akan mengemukakan saman malu terhadap kedua-dua media tersebut.
Ditanya tentang tempoh yang diberi pihaknya kepada TV3 dan Utusan Malaysia itu, Nizar berkata pihaknya memberi tempoh sehingga tujuh hari bermula hari ini untuk berbuat demikian (tarik balik dan mohon maaf).
Nizar, sebelum ini dalam twitnya mempersoalkan bidaan nombor pendaftaran yang dimenangi Sultan Ibrahim itu dengan bayaran RM520,000 dengan kesusahan rakyat Johor.
Ekoran kenyataannya itu, pelbagai reaksi positif dan negatif dibangkitkan, dan turut disiasat di bawah Akta Hasutan, malah pejabatnya turut digeledah pihak polis bagi membantu siasatan.
Nizar bagaimanapun bertindak memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Ibrahim beberapa hari selepas itu.
-harakahdaily
Read More...
Summary only...
Kira-kira 200 peniaga Kompleks Bukit Bintang Plaza (BB Plaza) di ibu negara hari ini berdemonstrasi bagi membantah perobohan pusat membeli belah itu yang dijangka akan dilakukan awal tahun hadapan.
Perobohan kompleks itu bertujuan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembangunan projek stesen Transit Pantas Massa (MRT).
Pengerusi Jawatankuasa Persatuan Penyewa-penyewa BB Plaza Hassan Saad yang mewakili 167 peniaga berkata, pihaknya kecewa dan menuntut pembelaan serta campur tangan daripada perdana menteri berhubung perkara tersebut.
Katanya, mereka sedih dan kecewa apabila mendapat tahun agensi kerajaan Uda Holding Berhad mahu merobohkan tempat itu, seperti dilaporkan akhbar semalam.
"Mengikut perancangan asal pelan pembinaan stesen MRT itu, bangunan BB Plaza tidak terlibat.
"Tetapi semalam UDA secara mendadak setuju pengambilan tanah BB Plaza kepada MRT dengan tidak mengkaji kedudukan masa depan kami," katanya.
Hassan juga berkata, terhadap peniaga yang sudah berniaga hampir 30 tahun di bangunan itu.
Semalam, Timbalan Presiden Kanan UDA Holdings Berhad Syed Ahmad Nazri Syed Kamaruzaman berkata kompleks BB Plaza dijangka dirobohkan bagi memberi laluan pembinaan stesen MRT oleh MRT Corp Sdn. Bhd (MRT Corp).
'Sokong PM, UDA pembohong'
Menurut Syed Ahmad, perkara itu diumumkan oleh MRT Corp yang bertindak sebagai koordinator projek berkenaan. MRT Corp juga dilapor memberi masa sehingga akhir tahun kepada peniaga, termasuk kakitangan UDA untuk mengosongkan bangunan itu.
Turut hadir Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) Mohd Ridzuan Abdullah yang terkenal dengan penganjuran 'protes burger' depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga pada 10 Mei lalu.
Demonstrasi kira-itu diwarnai dengan sepanduk "BB Plaza periuk nasi kami, harap YAB PM bantu kami", "Kami sokong pembangunan, kami menentang penindasan", dan "UDA bantu ekonomi bumiputera bukan menjahanamkan ekonomi bumiputera"
Mereka juga melaungkan slogan "sokong PM'' dan ''UDA pembohong''.
Kumpulan itu juga bercadang menghantar memorandum kepada perdana menteri petang ini bagi memohon campur tangannya, kata Hassan pada sidang media selepas mengadakan demonstrasi di hadapan BB Plaza.
"(Seramai) 167 penyewa dengan 60 peratus bangsa Melayu ingin memohon ehsan dan pertimbangan berteraskan budi bicara dan kebijaksanaan datuk seri untuk bantu kami kerana kami sebulat suara tidak mahu BB Plaza di robohkan.
"Kami tidak tolak pembangunan dan pembinaan MRT tapi kami minta kaji semula di tempat lain dan tidak di BB Plaza. Kami sentiasa sokong kepimpinan datuk seri (Najib)," katanya.
http://www.malaysiakini.com/news/202141
Read More...
Summary only...
Mahathir: Anwar saman untuk tutup mulut
PUTRAJAYA - Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang "begitu galak" memfailkan saman sekarang sebenarnya merupakan pendekatan kegemaran Ketua Pembangkang itu untuk menutup mulut orang lain.
Kata beliau, ini kerana, apabila sesuatu perkara dirujuk kepada mahkamah, ia tidak lagi boleh dibincang secara umum untuk mengelak berlaku subjudis.
"Seperti yang anda tahu, beliau telah menyaman saya dan selama empat tahun saya tak boleh membuka mulut. Itulah cara beliau berkempen, menyekat orang daripada bercakap, sedangkan beliau percaya kepada kebebasan bersuara dan perkara seumpamanya.
"Tapi, apabila orang bersuara, beliau hendak tutup mulut mereka dengan menyaman semua orang," katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata demikian apabila diminta mengulas laporan akhbar yang menyebut bahawa bekas rakan Anwar, Senator Datuk S. Nallakarupan, menuduh Ketua Pembangkang itu menggunakan saman untuk menyekat perbuatan buruknya didedah kepada umum.
Terdahulu, Dr Mahathir menerima kunjungan hormat Presiden Guinea Alpha Conde, yang melakukan lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia.
Mengenai pertemuan mereka yang berlangsung selama lebih kurang setengah jam, Dr Mahathir berkata Conde ingin mengetahui lebih mendalam tentang negara ini dan mempelajari cara kerajaan membangunkan Malaysia untuk beliau contohi dalam membangunkan Guinea.
Sebelum itu, Conde mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kedua-dua pemimpin bersetuju mengkaji bidang baru hubungan dua hala antara Malaysia dan Guinea.
Najib dan Conde juga menyaksikan upacara menandatangani memorandum persefahaman mengenai kerjasama dalam bidang pengajian tinggi oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin dan Menteri Kerjasama Antarabangsa Guinea Prof Datuk Koutoub Moustapha Sano.
Najib juga meraikan presiden itu pada majlis jamuan tengah hari di kediaman rasmi beliau di Seri Perdana di sini. - Bernama
Read More...
Summary only...
SHAH ALAM - Setiausaha DAP, Lim Guan Eng melahirkan pendirian partinya membantah dengan sekeras-kerasnya jika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan pada musim haji kerana ia tidak adil bagi umat Islam dalam menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
Guan Eng berkata, beliau berasa tidak senang hati jika PRU diadakan semasa umat Islam mengerjakan rukun Islam kelima itu kerana ia akan melibatkan kira-kira 30,000 orang.
"Jika PRU diadakan semasa musim haji, ini jelas menunjukkan taktik kerajaan kita cuba memecahbelahkan rakyat sendiri," tegas beliau dalam Wacana II: Adakah Dasar DAP Mengancam Islam? di sini, malam tadi.
Sehubungan itu, beliau meminta Kerajaan Pusat jangan cuba menguji rakyat dengan cara ini kerana kerajaan seharusnya faham situasi rakyat bagi mengelakkan mereka berasa dilema.
"Saya menolak PRU diadakan pada musim haji. Ini juga sama jika PRU diadakan semasa rakyat bukan Islam menyambut perayaan masing-masing.
"Tidak adil jika PRU diadakan semasa rakyat menyambut Tahun Baru Cina dan perayaan Deepavali," tambah beliau.
Pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini turut sebulat suara menentang PRU diadakan semasa musim haji tahun ini.
Isnin lalu, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan pendirian menentang usaha mengadakan PRU13 masa musim haji, yang jatuh selepas sambutan Aidilfitri.
Pendirian yang sama dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin Pas termasuk yang terbaru Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam.
Read More...
Summary only...
SPRM Siasat Rafizi Isu PM Campur Tangan Tender
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat pengarah strategi PKR Rafizi Ramli malam ini susulan pendedahannya berhubung dakwaan campur tangan perdana menteri dalam projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1 bilion.
Menurut peguamnya N Surendran, empat pegawai suruhanjaya itu mengambil keterangan Rafizi selama 15 minit di ibu pejabat PKR di Tropicana kira-kira jam 8 malam.
Peguam itu berkata, siasatan berkenaan bertujuan memastikan satu laporan Malaysiakini yang mengutip kenyataan Rafizi di sidang medianya pagi ini. Rafizi mendakwa Datuk Seri Najib Abdul Razak mengutamakan sebuah syarikat yang membida dengan harga lebih tinggi.
Rafizi dalam pendedahannya mendakwa, pada mulanya Kementerian Kewangan menganugerahkan kontrak itu kepada Konsortium Balfour Beatty-Invensys, berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK).
Sedangkan, dakwa Rafizi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lepas melahirkan hasrat menganugerahkannya kepada Konsortium George Kent, seperti dilaporkan media.Keputusan itu didakwa bertentangan dengan keputusan JPMK - jawatankuasa tertinggi Kementerian Kewangan dan dipengerusikan sendiri oleh Najib - yang bersidang pada 25 Januari 2012. ~mkini
Read More...
Summary only...
Umno dibelakang Uncleseekers?
Oleh: MSK
Sejak dua minggu lalu, aku memerhatikan perjalanan blog-blog politik tempatan. Secara keseluruhannya, jumlah pengunjung ke blog-blog politik sedang menurun, mungkin disebabkan tidak ada isu-isu menarik sepanjang dua minggu lalu.
Tapi, ada satu blog yang semakin sensasi hari iaitu blog Uncleseekers. Setiap hari, blog Uncleseekers menyiarkan siri pendedahan tentang skandal-skandal Sultan dan Tengku Mahkota Johor. Setakat ini, sudah 47 siri disiarkan oleh Uncleseekers yang bukan sahaja menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya digunakan kepada Raja, malah turut menelanjangkan kisah-kisah peribadi Raja.
Berapa ramaikah yang membaca tulisan-tulisan Uncleseeekers?
Printscreen dibawah dibuat pada 18 Jun dimana blog Uncleseekers berada ditangga ke 762 di Malaysia.
Untuk mencapai tangga ke 762, sesuatu blog itu perlu mendapat kunjungan tidak kurang dari 10,000 pengunjung setiap hari.
Semalam ini, aku buat satu lagi printscreen dan blog Uncleseekers sudah melonjak ketangga 507.
Aku tak tau jumlah sebenar yang mengunjungi blog Uncleseekers. Tapi yang pasti, blog Uncleseekers sudah jauh lebih popular dari blog Anwar Ibrahim, blog Najib, malah sudah lebih popular dari blog Tukar Tiub.
Aku berani kata, blog Uncleseekers akan meningkat lebih tinggi dari blog Anak Sungai Derhaka atau blog Parpukari dalam masa beberapa hari ini.
Apa yang istimewa dengan blog Uncleseeekers?
Apabila Nizar membuat tweet mengenai WWW1, maka dengan secepat kilat Pemuda Umno membuat laporan polis. Dengan secepat kilat pula polis menubuhkan skuad khas untuk menyiasat Nizar.
Uncleseekers sudah mula menulis tentang skandal-skandal di Istana Johor sejak 3 March, tetapi tidak ada seorang pun dari Pemuda Umno yang membuat laporan polis!. Sedangkan apa yang ditulis oleh Uncleseekers jauh lebih teruk dari tweet Nizar. Mengapa Pemuda Umno Johor tidak membuat laporan polis kalau betul-betul mempertahankan Raja?
Dimanakah Zulkifli Nordin?
Polis memulakan siasatan terhadap Nizar berdasarkan tweet yang dibuat, tetapi polis tidak mengambil tindakan terhadap laporan polis yang dibuat oleh Pemuda Pas Perak terhadap Kosmo. Malah polis juga tidak mengambil tindakan terhadap blog Uncleseekers. Bukan polis saja yang takut terhadap Uncleseekers, malah hampir keseluruhan pemimpin Umno takut bersuara atau mengambil tindakan terhadap Uncleseekers yag menelanjangkan Sultan Johor.
Dimana Hasan Ali?
Hei!! Uncleseekers bukan saja memalukan keluarga Sultan Johor, malah menelanjangkan dan mengaibkan sama sekali. Mengapakah tidak ada seorang pun yang mahu mempertahankan Sultan Johor dari keaiban yang dilakukan oleh Uncleseekers? Bukan setakat cara hidup yang terlalu mewah dengan deretan kereta-kereta mewah, malah kehidupan peribadi Tengku Mahkota Johor juga ditelanjangkan.
Dimana Perkasa dan Ibrahim Ali?
Minggu lepas, pejabat Nizar di Bukit Gantang digeledah. Pusat Khidmat di Pasir Panjang diselongkar dan sebuah laptop diambil oleh polis. Rumah Nizar juga diserbu dan sebuah lagi laptop diambil dan dibawa pergi. Tak cukup dengan itu, Nizar sendiri diserbu polis di hotelnya di Kuala Lumpur dan handphonenya pulak diambil.
Apakah polis tak tau tentang blog Uncleseekers sedangkan ratusan ribu rakyat Malaysia membaca blognya setiap hari? Uncleseekers bukan blogger yang menyorok identiti ataupun macam cybertroopers Umno yang takut menunjuk muka. Uncleseekers mendedahkan identitinya secara terang-terangan.
Kalau polis boleh menubuhkan skuad khas yang terdiri dari pakar komputer untuk menyiasat laptop dan telefon bimbit Nizar, apakah tidak ada seorang pun polis yang membaca blog Uncleseekers?
Ganjil.
Apabila sekumpulan manusia membuat demo didepan rumah Ambiga, Umno mendiamkan diri. Kita tahu, semua mereka yang berdemo itu adalah penyokong-penyokong Umno. Sebab itu mereka tidak diambil sebarang tindakan kerana Umno merestui tindakan mereka.
Apa yang dibuat oleh Uncleseekers jauh lebih hebat dari tayangan punggung terhadap Ambiga. Mengapa tidak ada sebarang tindakan terhadap Uncleseekers sedangkan Umno lah yang selama ini menyalak bahawa merekalah pembela Raja-Raja Melayu?
Adakah Umno merestui tindakan Uncleseekers ini?
***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/06/27/umno-dibelakang-uncleseekers/
Read More...
Summary only...
KUALA LUMPUR, 27 Jun: DAP mengarahkan wakil rakyatnya membuat laporan polis beramai-ramai terhadap Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz berhubung kenyataannya yang bersifat ekstrimis.
Aziz, wakil BN dalam ucapannya di Dewan Rakyat semalam meminta Pengerusi Bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan digantung sampai mati kerana didakwa mahu menggulingkan negara.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya tidak mahu membuang masa meminta Aziz menarik balik kenyataan tersebut tetapi mahu semua wakilnya membuat laporan polis agar Aziz dapat disiasat sewajarnya.
Katanya, laporan polis akan dibuat esok namun belum dinyatakan di balai polis mana.
"Semalam kita amat terkejut dengan kenyataan Sri Gading yang mengatakan bahawa kita harus gantung ambiga kerana menganjurkan Bersih.
"Ini adalah kenyataan yang menghasut dan bersifat ekstrimis dan mengancam nyawa Ambiga dan bersifat perkauman kerana ditujukan kepada seorang wanita berbangsa India dan beragama Hindu," kata Ahli Parlimen Bagan itu pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Guan Eng juga berkata, kenyataan Aziz itu sangat tidak relevan kerana penganjuran Bersih bukan satu kesalahan.
"Ini adalah saranan yang serius untuk minta gantung sampai mati. Tak pernah ada ahli parlimen di dunia minta seorang dibunuh.
"Apakah kesalahan Ambiga? Beliau hanya salah seorang penganjur Bersih yang merupakan perhimpunan aman.
"Kenapa hanya Ambiga? Kami yakin sebab Ambiga seorang India dan wanita. Sasaran yang mudah. Sikap ini harus dibantah," katanya.
sumber - harakahdaily
Read More...
Summary only...
MP Seri Gading Perlu Dikutuk
Cadangan atau saranan ahli parlimen Seri Ganding Johor, Mohamad Aziz agar S Ambiga digantung adalah keterlaluan dan satu cadangan tidak mencerminkan semangat 1 Malaysia dan sekaligus menunjukkan rakusnya perangai ahli MP Umno.
Walaupun cadangan itu dibuat di parlimen di mana beliau mempunyai imuniti dari undang-undang, semua pihak perlu mengutuk cadangan melampau Aziz itu. Sekiranya Umno ingin diterima sebagai parti semua rakyat Malaysia parti itu harus berusaha membawa Aziz ke meja badan disiplin parti.
Samada ia bercakap di parlimen atas hak individunya sebagai ahli parlimen tetapi dunia tahu yang beliau adalah ahli parti Umno.
Walaupun beliau sebagai orang Melayu merasa marah, geram dan benci kepada Ambiga yang menggerakkan Bersih tetapi tidak wajar kata-kata itu dilafazkan dalam apa juga keadaan. Mungkin ia boleh dimaafkan kalau cadangan itu dibuat di meja makan bersama anak-anak dan isterinya. Pun begitu ia tidak elok kerana cadangan seperti itu memberi gambaran ahli parlimen itu seorang jahat, kejam dan zalim serta hilang pertimbangan sebagai manusia.
Ambiga atau mereka yang merasa senak dengan kenyataan ahli parlimen yang dikenali dengan mulut celupar atau mulut berus persis Inchek Ibrahim itu tidak perlu mendesak dia minta maaf. Aziz tidak akan berbuat demikian walaupun dicincang 18. Tindakan paling berkesan ialah dengan mengutuk ahli parlimen itu dari segenap jerung dan sudut. Kalau boleh siarkan (suara) beliau membuat cadangan itu di parlimen biar semua orang India dan Hindu dengar.
Semakin jelas cadangan itu menunjukkan Umno semakin hari semakin tertekan dan akan melakukan apa saja tindakan yang diluar kotak pemikiran umum. Belum ada cadangan mana-mana wakil rakyat seperti itu sebelum ini. Apakah ini menandakan maruah dan sikap wakil rakyat Umno khususnya sudah semakin tidak menentu apabila mereka menyedari kuasa sudah di hujung senja.
Diharap cabaran seperti itu tidak melemahkan semangat Ambiga dan orang-orang pejuang sepertinya. Sudah menjadi sunatullah orang pejuang akan sering menghadapi apa jua ujian dan cabaran termasuk yang lebih kejam dari itu. [wm.kl.7:20 pm 27/06/12]
http://msomelayu.blogspot.com/2012/06/mp-ser-gading-perlu-dikutuk.html
Read More...
Summary only...
Isu RM3 bilion ditimbulkan Dato Murad sebenarnya harta beliau sendiri
Ekoran dari permainan Umno/Barisan Nasional menimbulkan kembali dakwaan Dato' Seri Anwar Ibrahim mempunyai banyak akaun untuk menyimpan saham dan hartanah, saya telah mengambil inisiatif sendiri meneliti semua fakta dan dakwaan yang dibuat terhadap beliau.
Atas nama kebenaran dan keinginan untuk membongkar perkara sebenar, saya telah menyelidik perkara ini secara peribadi.
Dakwaan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim mempunyai banyak akaun saham dan hartanah sehingga mencecah nilai RM3 bilion ini timbul dari perakuan bersumpah (statutory declaration) yang dibuat oleh Dato' Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara di antara tahun 1994 dan 1994.
Perakuan bersumpah beliau tidak memberikan fakta dan senarai semua harta yang didakwanya dimiliki oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sebaliknya, ia hanyalah dakwaan dengan menyebut beberapa nama yang kemudiannya dikaitkan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Oleh yang demikian, saya berpendapat untuk mengesahkan sama ada dakwaan beliau benar atau tidak, saya tidak ada pilihan lain kecuali menyiasat latar belakang Dato' Murad Khalid sendiri.
Jika rekod beliau sendiri pun tercalar dengan dakwaan rasuah dan salahguna kuasa, ini menimbulkan keraguan bahawa perakuan bersumpah yang dibuat beliau adalah tidak benar, terutamanya apabila beliau tidak menyenaraikan pun harta atau saham yang kononnya dimiliki oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Hasil siasatan saya mengenai latar belakang Dato' Murad Khalid menimbulkan dakwaan-dakwaan berikut:
1. Bahawa ketika beliau menjadi pegawai tinggi Bank Negara Malaysia, seawal tahun 1991 beliau menerima habuan dalam bentuk pembayaran keahlian kelab golf dan yuran bulanan dari pihak ketiga yang melanggar etika dan peraturan Bank Negara Malaysia;
2. Bahawa ketika beliau menjadi pegawai tinggi Bank Negara Malaysia, insuran kediaman beliau bagi perlindungan berjumlah RM3.1 juta dibayar oleh pihak ketiga yang melanggar etika dan peraturan Bank Negara;
3. Bahawa melalui satu syarikat bernama Kenworth Sendirian Berhad yang berhubung kait dengan beliau, Dato' Murad Khalid mempunyai kepentingan dan mendapat manfaat dari 15 unit kondominium di Pelangi Indah Condo; dan
4. Pelbagai salah laku lain yang akan dibongkarkan dari satu masa ke satu masa kelak.
Saya mengajukan pendapat bahawa dakwaan Dato' Murad Khalid mengenai kewujudan "master account" yang memegang hartanah dan saham sebenarnya merujuk kepada pegangan beliau sendiri.
Siasatan saya menunjukkan beliau mempunyai hubungan dengan banyak syarikat yang mempunyai kepentingan dengan Bank Negara dan industri perbankan di Malaysia.
Ini menimbulkan tanda tanya sama ada beliau terlibat dalam pelbagai salah laku dan penyelewengan serta menggunakan kedudukan beliau untuk mengumpul harta, sehinggakan kelemahan ini dimanipulasi oleh musuh-musuh Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk membuat perakuan bersumpah palsu terhadap beliau.
Saya menasihatkan Dato' Murad Khalid supaya kembali ke pangkal jalan dan memperbetulkan keadaan dengan berterus terang. Saya juga perlu memaklumkan kepada Dato' Murad Khalid bahawa saya mempunyai salinan surat asal beliau kepada Tun Mahathir Mohamad yang membawa pelbagai implikasi buruk kepada beliau dan beberapa pimpinan tertinggi Umno.
Sebelum perkara ini berlarutan, saya imenasihatkan Dato' Murad Khalid tampil ke hadapan meminta maaf seperti mana yang pernah beliau lakukan secara peribadi kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Sudah sampai masanya fitnah selama 13 tahun ini dihentikan supaya rakyat Malaysia boleh maju menumpukan isu-isu negara dan rakyat yang membina.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
27 JUN 2012
Read More...
Summary only...
PKR hari ini mendedahkan salinan dokumen rasmi kerajaan berhubung penganugerahan kontrak mengenai projek kerja-kerja sambungan LRT Ampang yang bernilai lebih RM1 bilion.
Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli mendakwa, pada mulanya Kementerian Kewangan menganugerahkan kontrak tersebut kepada Konsortium Balfour Beatty-Invensys, berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK).
Sedangkan, dakwa Rafizi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu lepas melahirkan hasrat untuk menganugerahkan kontrak tersebut kepada Konsortium George Kent seperti yang dilaporkan media.
"Ini bertentangan dengan keputusan Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) yang bersidang pada 25 Januari 2012. JPMK adalah jawatankuasa tertinggi Kementerian Kewangan dan dipengerusikan sendiri oleh Datuk Seri Najib sebagai menteri kewangan.
"Keputusan mesyuarat JPMK dengan rujukan T/1/M/1/2012 dengan secara jelas menolak cadangan Prasarana Negara untuk melantik PDA Consortium sebagai kontraktor projek ini.
"Sebaliknya JPMK mengarahkan supaya pakej kontrak itu dianugerahkan kepada Korsortium Balfour Beatty-Invesys pada harga RM1,012,910,000," kata Rafizi.
Rafizi berkata keputusan tersebut ditandatangani oleh Najib, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Ketua Setiausaha Perbandaharaan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.
Rafizi juga turut mengedarkan minit mesyuarat tersebut kepada media.
Sehubungan itu, Rafizi mempersoalkan Najib, faktor apa yang menyebabkan menteri kewangan itu mengubah fikiran sehingga didakwanya campurtangan untuk "menolak keputusan" awal penganugerahan projek berkenaan yang beliau sendiri bersetuju.
"Kenapa Konsortium George Kent begitu yakin akan memenangi kontrak ini seperti yang dilaporkan oleh media kebelakangan ini, walaupun keputusan anugerah kontrak telah dibuat seawal 25 Januari 2012?" soal Rafizi.
Read More...
Summary only...
Saya merasa hairan sekiranya Umno yang memimpin kerajaan BN tidak mengizinkan pilihanraya diadakan di musim haji, kalau berlaku sebaliknya memang menghairankan.
Umno pernah menggunakan kuasanya mengadakan pilihanraya umum di musim haji, kerana dasar dan konsep perjuangannya terus berpegang teguh dengan nasihat Suruhanjaya Reid yang meletakkan agama sebahagian sahaja daripada aspek politik dan urusan negara sebagaimana Umno melaksanakan tugasnya menghapuskan tulisan jawi dan meletakkan kedudukan agama yang ada di bawah kuasa raja-raja sekarang tanpa perubahan walaupun kemerdekaan sudah berlalu lebih lima puluh tahun.
Maka mengadakan pilihanraya di musim haji terlalu kecil bagi Umno, kerana pilihanraya dianggap tidak ada hubungan dengan dosa dan pahala boleh menipu, rasuah dan sebagainya. Kalau berdosa pun boleh ditampung dengan haji dan umrah subsidi.
Kepada Umno ibadat haji boleh dipolitikkan, bukan sahaja mengadakan pilihanraya di musim haji dengan menafikan hak mengundi kepada kalangan umat Islam yang berada di Makkah atau Madinah. Pilihanraya boleh diadakan di musim haji sekiranya mengurangkan sedikit undi yang boleh memberi kemenangan kepada BN walaupun dengan majoriti kecil khususnya di negeri-negeri utara dan Pantai Timur Semenanjung. Bahkan Umno boleh mempolitikkan haji dengan mengeluarkan wang peruntukan kerajaan bagi memberi subsidi haji kepada imam-imam, JKKK dan sebagainya. Walaupun rukun haji diwajibkan kepada seseorang yang mampu secara individu bagi dirinya dan berbuat kebajikan sunat kepada kalangan keluarga dan sahabat. Maka memberi subsidi haji dan umrah oleh kerajaan tidak wajib dan menerimanya juga tidak wajib, bahkan haram sekiranya menjejaskan peruntukan rakyat miskin yang pendapatannya tidak mencukupi sara hidup, begitu juga pelajar-pelajar miskin yang menuntut ilmu fardu kifayah. Memang ternyata masih ramai yang tercicir dan ada yang dinafi dan dibatalkan haknya kerana tidak menyokong Umno.
PAS tetap menegaskan bahawa memilih musim haji bagi tarikh pilihanraya adalah bercanggah dengan Islam, kerana politik adalah sebahagian penting bagi agama Islam dan menjadi syarat kepada melaksanakan hukum-hukum Islam yang banyak, termasuklah membuktikan Islam itu adil kepada seluruh manusia dan seluruh alam serta melaksanakan kewajipan amar makruf dan nahi munkar dengan kuasa pemerintahan negara.
Saya telah menjelaskan hujah syarei dalam tulisan sebelum ini, walaupun ramai yang tidak boleh menerimanya kerana asas ilmu feqah politik yang tidak ada sedikit pun. Allah pernah menempelak para pemimpin Makkah yang berbangga dengan khidmat hajinya dan memakmurkan Al Masjid Al Haram, di mana pahalanya seratus ribu kali ganda daripada beramal di masjid yang lain daripada Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.
Firman Allah:
أجعلتم سقاية الحاج وعمارة المسجد الحرام كمن آمن بالله واليوم الآخر وجاهد في سبيل الله , لا يستوون عند الله والله لا يهدي القوم الظالمين . التوبة 19
(Adakah kamu jadikan amalan memberi layanan minuman air kepada para jamaah haji dan mengimarahkan Al Masjid Al Haram itu, sama seperti kalangan yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, serta berjihad pada jalan Allah (menegakkan agamanya )? Sebenarnya mereka tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim ).
Mengundi adalah hak yang ditunaikan bagi memilih pemimpin dan kerajaan. Kewajiban ini mengikut ajaran Islam adalah satu amanah yang sangat besar dibebankan kepada umat Islam.
Firman Allah:
إن الله يأمركم أن تؤدوا الآمانات إلى إهلها وإذا حكمتم بين الناس أن تحكموا بالعدل إن الله نعما يعظكم به إن الله كان سميعا بصيرا . (النساء ).
Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menunaikan amanah dengan menyerahkan kepada orang yang mampu menunaikannya. Dan apabila kamu melaksanakan hukuman di kalangan manusia hendaklah berlaku adil, sesungguhnya Allah menyuruh kamu melakukan ajaran yang terbaik, sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Melihat.)
Maka pilihanraya memilih pemimpin dan kerajaan adalah kewajipan besar dalam ajaran Islam, bagi menunaikan amanah, menyerahkan amanah yang menentukan baik dan buruk, adil dan zalim yang menjadi kepentingan umum dan masa depan dunia sehingga akhirat. Rasulullah S..A.W. meletakkan hilangnya amanah memberi tugas memimpin umat kepada orang yang tidak melaksanakan Syariat Allah menjadi punca kemusnahan yang membawa berlakunya ajal dunia. Memilih pemimpin bukan kerana kelayakan agama, akhlak dan ilmunya tetapi kerana wang, pangkat dan sebagainya adalah mengkhianati Allah dan Rasul.
Sebahagian besar para sahabat R.A. hanya bersembahyang jenazah Rasulullah S.A.W. kemudian berundur meninggalkan upacara mengebumikan jenazahnya yang mulia kerana menghadirkan diri dalam perhimpunan di Thaqifah Bani Saidah, melaksanakan amanah yang lebih besar daripada mengebumikan jenazah Rasulullah S.A.W. iaitu amanah pemilihan Khalifah pertama, yang membuat keputusan majoriti memilih Abu Bakar R.A.
PAS hanya mampu mengerahkan segelintir ahlinya sahaja dengan penyebaran ajaran politik Islam, supaya menangguhkan haji wajib kalau berlaku pilihanraya, kerana memilih wajib menunaikan amanah besar yang tidak boleh ditangguh kerana dipaksa. PAS tidak mampu menyebarkan kefahaman ini kepada masyarakat Islam seluruhnya, kerana khutbah Jumaat di masjid-masjid, ustaz-ustaz upahan dan media digunakan oleh BN bagi menyempitkan fahaman umat Islam terhadap ajaran Islam dan menyebarkan fitnah terhadap PAS melalui segala medan, termasuk media yang berlagak Islam, mencampurkan dosa dan pahala, benar dan bohong, laksana lembu yang mengibas ekor di belakang terhadap sesiapa sahaja dan hanya melihat ke hadapan ke arah rumput yang boleh diisi ke dalam perut
Warga Turki yang bekerja di Australia yang peka dengan amanah ini, pulang ke negaranya dengan tambang berlipat kali ganda daripada menunaikan haji. Mereka pulang untuk mengundi parti Islam sehingga mengalahkan kaum Kamal Atarturk yang memaksa umat Islam Turki dengan pemerintahan sekularisme yang melemahkan Turki dan merosakkannya. Warga Mesir dan Tunisia di luar negara berjaya memenangkan parti Islam setelah berlakunya kesedaran politik sehingga mengalahkan parti ala Umno di negara masing-masing.
Harapan PAS kepada umat Islam di negara ini supaya bersedia menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 walaupun Umno BN melaksanakannya tanpa mengira musim haji. Tema politik itu kotor (politic is dirty), adalah penipuan penjajah terhadap umat Islam supaya meninggalkan politik dan memberi ruang dan peluang kepada mereka dan pengikut mereka menjajah selama-lamanya dan menghalang Islam berdaulat. Sebenarnya merekalah yang mengotorkan politik yang menjadi amanah Allah yang termasuk dalam perkara kerasulan yang membawa rahmat Allah kepada seluruh alam dengan melaksanakan Islam yang adil kepada semua dan matlamat kejadian manusia yang dihisab pada Hari Akhirat nanti. Akhirnya Rasulullah S.A.W. memberi jaminan daripada Allah, bahawa sesiapa yang melaksanakannya dengan sempurna menjadi kalangan pertama daripada tujuh jenis manusia yang bernaung di bawah naungan Allah di padang Mahsyar.
Presiden PAS
Read More...
Summary only...

Kementerian Luar sedih dengan artikel dalam akhbar Kanada yang mengkategorikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai "demokrat palsu", dengan meletakkannya sebaris dengan autokrat lain dunia.
Tulisan itu, bertajuk "A 21st-century checklist of the new autocrats" disiarkan pada 8 Jun oleh The Globe and Mail.
Ia ditulis oleh ketua biro Beijing Mark Mackinnon, pemenang anugerah kewartawanan yang sudah mewawancara sebahagian pemimpin paling kontroversi dan terkemuka di seluruh dunia.
Antara mereka, ketua pembangkang Burma Aung San Suu Kyi, bekas pimimpin Soviet Mikhail Gorbachev, bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra, Presiden Israel Shimon Peres dan Raja Abdullah daripada Jordan.
Dalam artikelnya, Mackinnon mengelaskan autokrat dalam empat kategori - demokrat palsu, egois gila, populis ganas dan kapitalis tanpa perasaan.
Najib dimasukkan dalam kategori pertama bersama Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika, perdana Menteri Ethiopia eles Zenawi dan Perdana Menteri Kambodia Hun Sen.
Bekas pemimpin yang pernah dikelaskan dalam kategori itu bekas presiden Yugoslavia Slobodan Milosevic dan bekas presiden Mesir Hosni Mubarak.
Mackinnon menulis, pemimpin ini "mengadakan pilihan raya tetapi tiada hasrat memberikan kuasa" dan "penentang politik seriusnya dipenjara dan parti mereka diharamkan atas alasan teknikal".
Dipetik dari - Malaysiakini
Laporan tersebut sila baca di ( SINI )
Read More...
Summary only...
SHAH ALAM: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu pihak berkuasa boleh menyiasat bila-bila masa isu dakwaan penyelewengan dalam pertadbiran Kelantan Golden Trade Centre Sdn Bhd (KGT).
Beliau yang ditemui di Auditorium Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz di sini turut menyatakan siasatan tersebut boleh dilakukan 25 jam.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali.
"Kita sedia disiasat dan saya berikan 25 jam ruang waktu untuk mereka siasat walaupun kita ada 24 jam tapi 25 jam saya bagi.
"Siasatan boleh dilakukan bila-bila masa dan kita tidak takut," jelasnya.
Beliau yang sebelum itu berucap pada majlis Wacana Ilmu 'Buku Rasuah' menjelaskan amalan rasuah tidak dapat dibendungi kerana undang-undang yang ada sekarang adalah ciptaan manusia.
"Kalau kita ingin mengatasi masalah rasuah sepenuhnya, kita perlu kembali kepada ajaran Islam dan Allah Taala.
"Jika ini tidak dapat dilaksanakan terlalu sukar untuk kita mengatasinya kerana kita adalah manusia yang mempunyai banyak kelemahan," ucapnya.
Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz turut memberitahu amalan memberi habuan terutama dalam memancing undi pada pilihan raya adalah rasuah dan haram dilakukan.
"Pemberian habuan pada pilihan raya juga merupakan rasuah dan haram tetapi itu tidak dipedulikan kepada mereka yang mengamalkan prinsip sekular dan demokrasi.
"Selagi pemimpin-pemimpin sekular tidak mengikuti ajaran Islam selama itulah rasuah akan terus menjadi raja di negara ini," sambung beliau lagi.
Sebelum itu, Kementerian Kewangan memberi tempoh tiga minggu mulai Ahad kepada kerajaan negeri Kelantan untuk membuat siasatan terperinci berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam pertadbiran Kelantan Golden Trade Centre Sdn Bhd (KGT).
Timbalan Menterinya, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata hasil siasatan terhadap syarikat yang mengeluarkan mata wang dinar dan dirham milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), hendaklah didedahkan kepada rakyat.
Awang Adek berkata demikian ketika diminta mengulas tiga laporan polis yang dibuat terhadap apa yang didakwa berlaku salah laku membabitkan seorang daripada pegawai kanan KGT, oleh bekas Pengarah Eksekutif KGT Nik Mahani Mohamad pada 31 Januari lepas, seorang pelabur Jepun Takao Kono pada 28 Mei dan seorang rakyat Perancis Mohamed Esfih pada 1 Jun.
Read More...
Summary only...

Bekas Timbalan Pengarah JAKIM yang juga bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Haji Yusof Hassan (gambar) menyertai PAS dengan menyerah borang keahlian PAS kepada Tuan Guru Presiden PAS sebentar tadi di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.
Read More...
Summary only...
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa SMS yang dihantar isterinya kepada Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom, berhubung perhimpunan yang dirancang pertubuhan itu bukanlah satu ugutan.
Sebaliknya, ia lebih kepada satu nasihat, kata menteri itu ketika diminta mengulas 16 SMS kiriman isterinya itu, seperti yang didakwa Mohd Ali.
Beliau juga mengakui bahawa Mohd Ali dan isterinya mengenali antara satu sama lain dan berasal dari kampung yang sama.
"Jadi isteri saya nasihatkanlah kepada Ali, tetapi Ali hanya ambil satu ayat sahaja, yang saya baca balik, itu bukan satu ugutan. Mengapa dia rasa ugutan? Sebab Ali, dia biasa ugut orang, jadi bila dia kena lagu tu, dia rasa terugutlah.
"Pada hal, saya tidak fikir, mengapa isteri saya nak ugut Ali, seorang presiden sebuah persatuan yang besar yang didokong termasuk balu-balu tentera," katanya sinis.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di bangunan parlimen pagi ini.
Ahmad Zahid juga menafikan dakwaan Mohd Ali bahawa beliau akan bercuti ke sebuah kem di Mersing pada 29 Jun.
"Dalam jadual saya, saya tidak pergi ke Mersing. Janganlah tipu kepada media, jangan tipu rakyat. Dalam hal ini kalau nak berkhidmat kepada tentera, berkhidmatlah dengan jujur.
"Saya tidak mahu gaduh dengan orang-orang yang kurang betul, nanti saya jadi tidak betul jugak," katanya.
Sambil menegaskan PVTM berhak untuk mengadakan demonstari, Ahmad Zahid bagaimanapun berkata: "Kalau dia (hendak) mengadakan demonstasi, itu hak dia untuk mengadakan demonstrasi cara aman. Itu saya serahkan (kepadanya)."
Mohd Ali pada Jumaat lalu mendakwa, demonstrasi PVTM yang dirancang untuk diadakan pada 29 Jun itu dibatalkan kerana Ahmad Zahid akan bercuti di sebuah kem di Mersing pada tarikh tersebut.
Terdahulu ketika ditanya dalam sidang media di bangunan Kementerian Pertahanan, Ahmad Zahid berkata beliau tidak mengenali PVTM mahupun Mohd Ali yang juga popular dengan nama Ali Tinju.
"Siapa mereka itu?" soalnya kembali ketika ditanya mengenai tuntutan persatuan berkenaan - antaranya untuk mendapatkan elaun sehingga RM1,000 kepada bekas tentera berusia lebih 60 tahun.
"Saya tidak pernah kenal dia," katanya lagi.
Read More...
Summary only...
KOTA BHARU: Ketika Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti), Nazri Deraman menyerahkan memorandum sokongan terhadap tuntutan royalti kepada Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa pada jam 10.45 pagi di hadapan pagar pejabat SUK, ada pihak yang membaling kayu.
Pihak polis sempat merampas kayu berkenaan.
Semasa pihak kumpulan Royalti (R) membacakan doa yang dipimpin oleh Ustaz Ikhwan, kumpulan MTRK memasang muzik.
Ramai yang duduk dan mengaminkan doa tersebut sementara kumpulan satu lagi hanya asyik menyebut 'air' dan 'rakyat'.
Begitupun, suasana terkawal dan himpunan menyokong tuntutan royalti berakhir kira-kira jam 11.00 pagi.
Ada pihak melepaskan asap kuning di tepi jalan sebelum itu.
Pada sebelah pagi tadi, suasana tegang di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini apabila kumpulan menyokong royalti bertembung dengan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK).
Kumpulan menyokong tuntutan royalti berpuluh kali ganda daripada MTRK yang diketuai adik Ibrahim Ali.
Seorang penyokong menuntut royalti dicedera di muka dipercayai ditumbuk oleh penyokong Umno.
Ketika pemimpin tuntutan royalti berucap, kumpulan satu lagi memasang kaset dikir barat.
Ramai anggota polis berkawal di situ dan memberitahu kedua-dua pihak mendapat keizinan polis.
Ssementara itu, jalan raya sesak kerana kehadiran orang ramai semakin bertambah.
Semalam, aktivis Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti), Jeming Hassan berkata, perhimpunan pihak tertentu dikatakan didalangi Tukar dan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan.
“Perhimpunan dianjurkan Royalti (R) mendapat kelulusan polis bagi menyokong titah baginda Sultan mendaratkan gas di Kelantan.
“Sedangkan satu lagi didalangi Tukar dan MTRK yang cuba menyaingi perhimpunan anjuran Royalti. Jadi saya mahu Ulama Muda Umno, Ustaz Fathul Bari menjelaskan perhimpunan yang mana haram,” katanya.
Read More...
Summary only...