BlogList Malaysia
Showing posts with label kroni. Show all posts
Showing posts with label kroni. Show all posts

07 November 2012

"Saya aset bukan liabiliti," - Nazri Aziz

Itulah yang diungkapkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ketika diminta mengulas kenyataan berhubung dakwaan yang beliau adalah benar-benar liabiliti ataupun tidak kepada Barisan Nasional (BN), lapor Sinar Harian.

Sabtu lalu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah mendakwa isu dibawa Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli mengenai hubung kait antara Nazri dengan ahli perniagaan balak, Michael Chia mampu menjadi isu kepada kerajaan.

Nazri bagaimanapun memberi gambaran tindakan Rafizi itu menjadikan dia sebenarnya adalah ‘aset’ kepada Barisan Nasional memandangkan pembangkang cuba membuat serangan terhadapannya.


“Saya rasa saya aset kepada BN, kalau tak, takkan mereka(pembangkang dan Azwanddin) nak serang saya.

"Yang buat serangan pula adalah Pengarah Strategi PKR. Jelas itu strategi dari PR dan bimbang dengan kedudukan saya. Tapi kita tengok nanti samada saya ni aset atau liability kepada BN,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Azwanddin turut menyifatkan tindakan Rafizi itu sebagai langkah pemulaan PKR menyerang kerajaan.

Pengerusi JMM itu berpendapat, Nazri sebagai menteri yang menjaga kes-kes rasuah perlu memiliki imej bersih dan disegani.

"Beliau perlu menerima hakikat sebenar keadaan dan dilema politik beliau ketika ini," katanya.

Mengulas lanjut, Nazri berkata, beliau sama sekali tidak mengenali Azwanddin dan menyifatkannya sebagai ahli politik jalanan dan layak disamakan dengan katak yang sering melompat.

“Saya tak tidak hairan dengan kenyataan dia, malah saya tak pandang serius kepada ahli politik jalanan seperti dia. Kalau saya ini liabiliti kepada kerajaan, saya cabar dia bertanding di Padang Rengas dan kita tengok nanti macam mana, rakyat pilih siapa.

“Sebelum ini beliau anggota PKR? Kemudian dia keluar ... jadi dia adalah ‘katak’. Jadi saya anggap kenyataannya sebagai tidak relevan,” kata Nazri


Read More...

Kontrak Petronas - Mahathir Naik Sawan Bila Diasak Wartawan


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad jengkel dengan soalan pemberita hari ini mengenai potensi berlaku konflik kepentingan berhubung satu kontrak baru-baru ini yang melibatkan Petronas, di mana beliau menjadi penasihat syarikat minyak negara itu.

Minggu lepas, Petronas Carigali Sdn Bhd dilaporkan menganugerahkan kontrak RM700 juta kepada anak syarikat milik penuh SapuraKencana Petroleum Bhd. Anak Mahathir - Datuk Mokhzani - adalah naib pengerusi SapuraKencana.


Ketika ditanya semasa sidang akhbar hari ini sama ada terdapat percanggahan kepentingan dalam urusan tersebut, dengan nada penuh menyindir, Dr Mahathir berkata:

"Ya sudah tentu, dia (Mokhzani) mendapatnya kerana saya arahkan Petronas. Masukkan itu dalam akhbar awak.

"Saya mempengerusikan segala-galanya. Saya memberitahu mereka, sila berikan kepada anak saya dan bukan orang lain. Itulah apa yang saya buat selama ini.

"Apabila saya jadi perdana menteri, segala-galanya dapat pada anak-anak saya.

"Tetapi apabila semuanya dapat pada anak-anak perdana menteri-perdana menteri lain, awak tak mahu menyebut kerana dia seorang yang baik."


Kencana dilaporkan membuat dua pemakluman kepada bursa
saham pada 1 November - satu mengenai anak syarikat milik penuhnya, Allied Marine & Equipment Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak perkhidmatan dalam laut selama tiga setengah tahun.

Satu lagi pemakluman yang difailkan pada hari yang sama, mengatakan bahawa satu lagi anak syarikat milik penuhnya, Kencana HL Sdn Bhd memperoleh kontrak RM135.8 juta daripada HESS Exploration and Production Malaysia BV untuk projek gas di medan Kamelia, yang dikatakan 150 kilometer timur laut di luar pantai Kota Bharu.

Berikutan ini, sebuah kumpulan pendesak royalti minyak meletakkan bersama satu poster yang memaparkan peta yang menunjukkan lokasi medan gas, 'screenshot' lamanweb menunjukkan Mokhzani sebagai salah seorang daripada pengarah SapuraKencana, dan keratan berita mengenai dua kontrak yang berjumlah RM836 juta.


Read More...

06 November 2012

Kemewahan Melampau Anak Jantan Nazri Aziz

Siapa yang tak kenal menteri mulut celupar (mulut limbah) Nazri Aziz. Menteri yang terkenal mempertahankan setiap undang-undang dan peraturan yang menekan dan menzalimi rakyat. Memang dah sinonim dengan Nazri.

Inilah menteri yang tidak pernah menunjukkan rasa simpati ke atas penderitaan rakyat. Segala undang-undang dan peraturan perlu mengikut telunjuk si mulut celupar ini.

Dan undang-undang serta peraturan, tidak pula diguna-pakai untuk kaum kerabat dan kroni. Sebab itu, anaknya bebas memukul rakyat, menzalimi rakyat namun terlepas begitu saja. Jika mengikut standard Najib, Nazri ini layak diberikan gelaran Menteri Undang-undang Haramjadah.


Kini telah terdedah kepada umum betapa menteri ini mampu mengumpul harta dan kemewahan secara yang tidak bermoral. Malah Micheal Chia, seorang yang didakwa sebagai penggubal wang haram pun dengan mudah 'dibersihkan' oleh Nazri kerana Chia berkawan baik dengan anaknya, si Nadim.


Salah satu penemuan yang amat memeranjatkan kita sebagai rakyat (yang rata-rata terpaksa mengikat dan mengalas perut) ialah gambar sebuah kediaman laksana mahligai di bandaraya Kuala Lumpur yang dimiliki oleh anak si menteri mulut jamban ini.

Gambar di bawah menunjukkan sebuah kolam renang di unit 'mahligai atas angin' yang dimiliki oleh anak si menteri yang bernama Nedim. Patutlah beriya-iya sangat si Nazri cuba mengelak desakan agar semua menteri umno dan Barisan Nasional mengisytiharkan harta mereka.

Di kala rakyat di Padang Rengas hidup dikelilingi longkang dan parit yang kotor dan tersumbat, anak si menteri hidup mega-mewah di kediaman yang dikelilingi kolam renang. Mudah-mudahan ianya bukan daripada hasil 'menjual Gunung Pondok' kepada kilang simen YTL (sebelumnya, Perak Hanjoong). Maklumlah, orang jual tanah, kamu jual gunung.... harap-harap, tidaklah..

Mampukah kamu pikul mahligai dan kolam renang anak kamu ketika berhadapan dengan Allah Azza Wajaalla di sana nanti? Itu baru mahligai dan kolam renang. Dan itu baru di Kuala Lumpur....




Lebih banyak pendedahan mengenai hubungan anak Nazri dengan penggubal wang haram, Michael Chia, di sini. (SUV Hummer tanda kaitan Nazri-Chia, dakwa PKR).

Anak Nazri...


(Lebih banyak foto anak Haji Mohamad Nazri Aziz di sini..)

- Weblog M@RHAEN. (sumber: King Jason & Malaysia Kini)
blog.marhaen.info


Read More...

30 October 2012

Pendedahan Salahguna Kuasa SUK Kedah Melibatkan RM46 Juta

Bukankah syarikat putar alam ini milik rakan Mahdzir Khalid?


Pembinaan Sintok Sdn. Bhd. (PSSB) adalah anak syarikat Permodalan Kedah Berhad. Antara Ahli Lembaga Pengarah PSSB ialah Dato’ Ahmad Sudin, Dato’ Bakri Hj Ali Mahamad dan Dato’ Halim Said. Syarikat itu diberi projek membina kompleks baru Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP), auditorium dan Dewan Kenangan Sungai Petani berjumlah RM40 juta. Harga siling yang telah diputuskan dalam mesyuarat Exco. Tetapi Pegawai kewangan Negeri pada waktu itu Dato' Rasli telah menaikkan harga kepada RM46 juta tanpa dibawa masuk dalam mesyuarat Exco.


Kes ini telah dilaporkan kepada SPRM dan Rasli telah disoal-siasat oleh SPRM berhubung isu tersebut. Jawapan yang diberikan oleh Rasli kepada SPRM ialah selaku Pegawai Kewangan beliau berhak berbuat demikian berdasarkan pekeliling tertentu (mungkin dari JPA). Malangnya selepas beberapa bulan berlaku Rasli masih belum dapat mengemukakan dokumen atau pekeliling itu kepada SPRM.

Cara kedua untuk 'menyelamatkan' Rasli ialah mengemukakan permohonan dalam Mesyuarat Exco untuk menaikkan harga kontrak berasaskan keperluan semasa, kenaikan harga barang dan sebagainya. Soalnya semasa Rasli menambah harga sebanyak RM6 juta itu projek belum berjalan, tidak mungkin berlaku tuntutan yang melebihi kos asal... tiang pun tak pacak lagi masa tu.

Projek bina kompleks MPSP belum dimulakan, tetapi MPSP telah membayar PSSB sebanyak RM10 juta. PSSB mensubkan kerja tersebut kepada Najwa Bina sebuah syarikat ‘silap mata’ yang dilaporkan tidak tersenarai sebagai kontraktor berdaftar (PKK) untuk melakukan projek itu. Khabarnya syarikat putar alam bernama Najwa Bina itu ialah milik rakan baik Mahdzir Khalid iaitu Fakhrulrazi. Orang kampung dah tahu itu.

PSSB membayar Najwa Bina sebanyak RM9.3 juta sebagai bayaran pendahuluan. Sekali lagi berlaku kepelikan kerana bayaran pula dibuat atas nama FBS Bina Sdn Bhd. Mahdzir Khalid kena beri beri penjelasan bagaimana hal ini boleh berlaku. Jangan beri alasan 'saya tak tahu' nanti mendapat gelaran Bekas MB Serba Tak Tahu pulak! Yang paling bertanggungjawab untuk memberi penjelasan tentulah pembuat bayaran sendiri iaitu Rasli. Macam mana yang buat projek ialah Najwa Bina dapi bayaran dibuat atas nama FBS Bina? Jawab Rasli jawab

Khabarnya syarikat yang didakwa milik sahabat Mahdzir ini hanya mampu melakukan kerja permulaan, pasang cerucuk saja kot. Akhirnya syarikat kena terminate... kerajaan negeri jugak yang rugi. Kerajaan mana yang memerintah masa tu?? Jawab kuat kuat... BE ENDDDDD!!!

Cerita bayaran RM10 juta kepada Najwa Bina tu belum selesai. Banyak lagi jalan cerita dan konanya. Pi mana duit tu? Sapa yang usung cash duit tu? Depa beli apa?

Nak dengag cerita rajin-rajinlah melawat blog ini...

Oleh: Pak Dee Jantan - http://kedahla.blogspot.com/2012/10/bukankah-syarikat-putar-alam-ini-milik.html


Read More...

28 October 2012

Azizan Razak Dah Kena Guna-Guna Ke Nasi Kangkang?

MB Kedah pertahan tindakan SUK Kedah

SUK Datuk Rasli Basir

ALOR SETAR - Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Rasli Basir tidak mengamalkan nepotisme berkaitan projek di Pulau Bumbun Besar, Langkawi.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, ia bukan bermaksud mempertahan Rasli, sebaliknya maklumat yang tidak tepat disebarkan hingga menjadi bualan panas dalam blog tempatan kebelakangan ini.

“Tak betul, saya bukan nak bela dia dalam perkara ini, tetapi ramai yang mendapat maklumat salah. Tambahan pula, Rasli tiada kuasa untuk luluskan perkara itu kerana ia perlu dibuat melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen),” katanya.


Beliau berkata, permohonan kelulusan tanah dan membangunkan projek di pulau itu dibuat oleh sebuah syarikat milik penuh Bumiputera beribu pejabat di Kuala Lumpur.

“Setiap pelabur di Kedah yang ingin membuat pelaburan hendaklah membuat permohonan melalui Upen, yang seterusnya membawa cadangan itu ke State Planning Comittee (SPC), di mana saya adalah pengerusinya,” katanya.

Menurutnya, secara kebetulan salah seorang anak saudara Rasli bekerja di syarikat terbabit menyebabkan tuduhan dilemparkan kononnya dia mengamalkan nepotisme.

“Jika begitu susahlah, ada sahaja pertalian saudara, dianggap amal nepotisme. Contohnya saya dengan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Puat Mohd Ali, dia adik sepupu saya, takkan dia perlu berhenti kerja kerana dia naik pangkat sebelum saya jadi Menteri Besar lagi. Itu tanggapan yang tidak adil,” katanya.

Azizan berkata, semua pihak perlu bersikap adil dalam perkara ini dan beliau sudah pun membuat penjelasan kepada Ahli Majlis (Pas) berhubung perkara itu.

Isu mengenai Pulau Bumbun Besar mula diperkatakan apabila blogger tempatan mendedahkan penglibatan saudara Rasli dalam cadangan projek pembangunan Pusat Peranginan dan Rekreasi Antarabangsa terkemuka di Asia.

Berdasarkan dakwaan itu, Rasli berhasrat memiliki pulau itu bagi membangunkan projek mega bernilai RM1.2 bilion, melibatkan pengambilan tanah (syarat pertanian) milik Kerajaan Negeri berkeluasan 64 hektar.

Bagaimana pun, difahamkan projek itu tidak menjadi kenyataan apabila permohonan ditolak Kerajaan Negeri. Ini menyebabkan pihak berkepentingan kecewa dan marah, khususnya terhadap Azizan sehingga timbul isu mengaitkan Rasli dan kroninya membuat onar dalam pentadbiran sebagai membalas dendam.

Laporan dari Pejabat Tanah Langkawi mendapati, sebelum permohonan syarikat terbabit, sudah ada pihak lain berminat ke atas tanah di pulau itu sejak 1991.

Pihak terbabit turut membuat permohonan rasmi untuk mendapat kelulusan Pejabat Tanah Langkawi namun tidak diproses kecuali diluluskan sebidang tanah (geran individu) berkeluasan antara 6.7-6.8 hektar di tengah-tengah pulau itu.

Mengulas kemungkinan satu lagi demonstrasi aman diadakan dalam masa terdekat bagi mendesak Rasli meletak jawatan, Azizan berkata, itu hak masing-masing untuk menyatakan pandangan mereka.

“Itu hak mereka, saya tak boleh halang. Masing-masing ada hujah tersendiri, saya bukan mahu pertahan Rasli tapi kedua-dua pihak ada alasan masing-masing kenapa mereka bertindak begitu,” katanya.


Read More...

26 October 2012

Bukti anak Jamaluddin Jarjis kuasai Malindo Airways terdedah!!

Dalam diam dan tanpa kita sedari, selain dari projek MRT yang dianugerahkan kepada kroninya oleh Najib, ada lagi projek yang dianugerahkannya kepada kroninya yang lain.
Ini pula berkenaan projek yang dianugerahkan kepada penasihat utamanya Jamaluddin Jarjis melalui anak-anaknya..

Ianya melibatkan penguasaan 3,000,000 Juta saham dalam DZJJ Sdn. Bhd. (Rantai Wawasan) yang turut bergabung bagi membentuk syarikat penerbangan tambang murah terbaru, Malindo Airways.

Pemegang saham majoriti, National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (Nadi), terdiri daripada empat syarikat atau pihak.





Kementerian Kewangan menguasai 13,016,394 saham, PJB Industries 177,962,541 saham, PAB Nominee 12,034,831 saham dan DZJJ Sdn. Bhd. pula 23,885,190 saham.

DJZZ mempunyai kepentingan 10.5 peratus di Nadi, yang dikawal oleh ahli perniagaan Ahmad Johan, yang juga menguasai Airod Sdn Bhd, Syarikat baik pulih pesawat yang beroperasi di Lapangan Terbang Subang.



Perlu diketahui bahawa nama Syarikat DZJJ Sdn. Bhd. telah ditukarkan kepada Rantai Wawasan Sdn. Bhd. pada 19 April 2004.




Nur Anis memegang 2,100,000 saham dalam Nadi manakala Ikhwan pula memegang genap 900,000 saham dalam syarikat yang sama...

Kedua-dua mereka adalah anak Jamaluddin Jarjis.. untung mereka ya.. muda-muda lagi dah kaya...

Pencacai-pencacai UMNO yang bermati matian mempertahankan pemimpin mereka ini sudah tentulah lebih kaya agaknya..

Jadi persoalannya di sini ialah adakah Malindo telah diberi lesen untuk terbang disebabkan kepakaran atau kerana Jamaluddin Jarjis yang juga Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat mempunyai hubungan rapat dengan Najib ?


Sebelum ini, Ahli Parlimen PJ Utara, Tony Pua pernah mendedahkan bahawa salah satu rakan kongsi Malindo Airways iaitu PT Lion Group dari Indonesia, yang juga mengendalikan Mentari Air, telah diharamkan di Eropah selepas ia didapati melanggar peraturan-peraturan keselamatan Kesatuan Eropah (EU) sila baca di ( SINI ).

Yang peliknya Syarikat yang diharamkan di Eropah itu dibenarkan terlibat.. mengapa agaknya??

Kalau nak baca kisah Jamaluddin Jarjis raba punggung pelayan pula sila baca di ( SINI )

Dipetik dari - Anak Sungai Derhaka: Bukti anak Jamaluddin Jarjis kuasai Malindo Airways terdedah!!

Read More...

21 October 2012

Tiga syarikat kroni dapat kontrak minyak RM2.45 bilion – Anwar

PULAU PINANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan pemberian kontrak bernilai RM2.45 bilion bagi membina pelantar minyak kepada tiga syarikat dipercayai milik kroni Umno Barisan Nasional (BN).

Ketua Umum KEADILAN itu tidak menolak kemungkinan tiga syarikat itu dikhuatiri berperanan menyalur sebahagian keuntungan kepada Umno BN menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Saya mahukan wang itu dikembalikan kepada rakyat. Barulah kita mengangkat martabat serta taraf hidup rakyat. Saya nak jadikan Malaysia negara model, negara contoh apabila kita memerintah,” katanya.



Kira-kira 10,000 penduduk setempat mengikuti ceramah Anwar di Padang Awam, Taman Semilang, Seberang Jaya, malam tadi.

Beliau memberi penerangan berkenaan beberapa isu semasa dalam negara kepada penduduk di Pulau Pinang diselang-seli ‘usikan’ kepada pemimpin Umno Barisan Nasional (BN).

Awal Februari ini, Petronas mengumumkan pemberian kontrak Perkhidmatan Risiko (RSC) kepada Petrofac Energy Developments Sdn Bhd (Petrofac), Kencana Energy Sdn Bhd (Kencana Energy) dan Sapura Energy Ventures Sdn Bhd (Sapura Energy).

Sapura Energy, anak syarikat SapuraCrest Petroleum Bhd (SapuraCrest) dianugerah kontrak untuk membangunkan pelantar minyak dan gas berantai yang dianggar bernilai AS$800 juta (RM2.45 bilion) di persisiran pantai Semenanjung.

Kontrak itu ialah yang pertama dianugerah Petronas mengikut perjanjian minyak baru di Malaysia.

Mengikut perjanjian RSC, Petrofac yang memiliki 50 peratus pegangan ekuiti RSC akan mengendalikan operasi membangunkan pelantar terbabit manakala dua syarikat lain iaitu Kencana Energy dan Sapura Energy, masing-masing memegang 25 peratus kepentingan ekuiti.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kencana adalah Datuk Mokhzani Mahathir, anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang baru-baru ini dinamakan sebagai antara individu terkaya di Malaysia dengan harta peribadi bernilai RM1.075 bilion.

Turut tersenarai dalam 40 individu terkaya di Malaysia yang dikeluarkan majalah Malaysian Business itu, adalah Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak, adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam ceramah itu, Ketua Pembangkang itu mengulangi komitmen Pakatan Rakyat untuk menunaikan janji Buku Jingga kepada rakyat termasuk mengurangkan harga minyak serta merta apabila mentadbir Putrajaya.

Beliau juga memberi jaminan terhadap Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN Umno pula, tidak akan ditindas mahupun dipenjarakan seperti amalan parti pemerintah itu terhadap pimpinan pembangkang.

“Saya mahu hantar Najib jadi duta besar Malaysia ke Mongolia,” kata Anwar disambut sorakan meriah dan tepukan gemuruh daripada hadirin.

Anwar juga mendedahkan gelagat Datuk Seri S Samy Vellu ketika beliau masih Timbalan Perdana Menteri, betapa Menteri Kerja Raya itu sentiasa mendesaknya menaik tol.

“September 1998, saya dipenjarakan, Oktober tol naik. Tak lama lagi, mungkin menteri berkenaan dianugerah Tun, Tun Tol,” kata Anwar disambut sorakan hadirin.

Kecelaruan Fitnah II

Anwar turut menyentuh kecelaruan pihak pendakwa raya dalam perbicaraan kes Fitnah II yang sedang berlangsung antara 14 Februari lalu hingga 25 Mac depan.

“Pendakwa sekarang bercelaru dengan bukti mereka sendiri. Pertama, muka surat laporan lain. Yang dia bagi saya dengan yang ada pada mereka, tak sama.

“Kedua, bukti tambahan. Mula-mula dalam laporan, bukti ditanda sampai B11. Tiba-tiba hari bicara, jadi B12 pula,” kata Anwar.

Beliau yakin kecelaruan itu adalah berkat doa rakyat yang menolak fitnah jahat pemimpin Umno BN kepadanya.

‘Ahli Parlimen BN tak perlu pandai’

Dalam nada seloroh, Anwar mengulas pertemuan Najib dengan Ahli Parlimen BN baru-baru ini.

Katanya, Najib memperuntuk masa tiga minit setiap seorang untuk sekadar memastikan mereka menyebut ‘setuju’ atau ‘tidak’ sahaja atas hal diusul Perdana Menteri itu.

“Kerja Ahli Parlimen BN tak payah pandai sangat, cuma kena pandai cakap ‘setuju’.

“Sebab itu bincang dengan Ahli Parlimen tiga minit, cuma kena tengok pandai sebut setuju atau tidak sahaja,” kata Anwar disambut hilai tawa daripada hadirin.

Ceramah Anwar berlangsung selama lebih sejam tamat menjelang pukul 12 malam. Sebaik tamat ceramah itu, hadirin berpusu-pusu berebut bersalaman dengan Anwar.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=7209



Read More...

17 October 2012

Negeri Yang Dikuasai PR Akan Tolak Pemasangan Sistem Saman AES

KOTA BHARU: Kelantan mungkin mengikut jejak langkah Pulai Pinang menggantung sementara pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi kesalahan trafik kerana ia dianggap menguntungkan syarikat kroni.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, Kelantan mungkin boleh mengikut jejak langkah serupa kerana projek berkenaan dilihat memberi keuntungan kepada kroni.

“Sebelum ini Pulau Pinang mengumumkan tidak akan meneruskan pemasangan AES sementara menunggu kajian berhubung pelaksanaan projek tersebut,” katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2013 pada persidangan Dun hari ini.



Baru-baru ini Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilaporkan berkata, Pulau Pinang akan mengkaji pemasangan kamera AES dan membincangkan dengan semua pihak yang berkepentingan.

Menurutnya kamera AES dianggap sebagai “kamera 1Malaysia” akan dikaji secara terperinci untuk memastikan ia memenuhi tujuannya dan bukannya berkhidmat sebagai “sumber kewangan untuk kroni”.

Bermula 23 September lalu sebanyak 14 kamera AES dipasang di kawasan hitam di Lembah Klang dan Perak.

Difahamkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mensasarkan pemasangan 831 kamera AES secara berperingkat dalam masa 18 bulan di seluruh negara.

Mengikut satu laporan pada lapan hari pertama pelancaran sebanyak 63,558 kesalahan trafik dicatatkan dan sebanyak 170 juta saman akan dikeluarkan.

Dua syarikat pengendali AES iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd, yang mana kedua-dua syarikat itu dikatakan mensasarkan 10 juta saman dikeluarkan setahun.

Husam berkata, biar pun rakyat diberi BR1M sebanyak RM500 bagi kali kedua, namun saman tersebut dikenakan kadar kompaun sehingga RM2,000.

“Kerajaan memberi bantuan BR1M sebanyak RM500 namun syarikat kroni mendapat keuntungan berlipat kali ganda melalui projek AES,” ujarnya.

harakahdaily.net



Read More...

14 October 2012

Kroni Umno Bakal Untung RM700 Juta Setahun

KUALA LUMPUR, 14 Okt — DAP hari ini menyeru agar Kementerian Pengangkutan menggantung sementara pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kerana ia hanya akan memberikan keuntungan kepada pemegang konsesi, dan bakal membebankan rakyat negara ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata melalui pemasangan 831 kamera di seluruh negara, syarikat konsesi berkenaan - ATES Sdn Bhd dan Betap Tega Sdn Bhd – mampu mendapatkan balik modal mereka melalui pengagihan keuntungan daripada saman yang dibayar sehingga RM700 juta.

"Sekiranya RM5 bilion dikutip setiap tahun, kedua-dua pemegang konsesi akan beroleh keuntungan RM80 juta di bawah peringkat pertama, RM270 juta di bawah peringkat kedua dan RM350 juta di bawah peringkat ketiga – jumlah lumayan sebanyak RM700 juta untuk kerja setahun," kata Lim ketika Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan di Ibu Pejabat DAP di sini.



Jelas Ahli Parlimen Bagan ini lagi, daripada skim pembayaran yang diberikan kepada pemegang konsesi tersebut menunjukkan terdapatnya tiga peringkat kaedah bayaran dengan peringkat pertama, untuk setiap lima juta saman pertama, RM16 setiap saman akan dikutip oleh konsesi dengan kadar RM80 juta.

Bagi peringkat kedua pembayaran, sejumlah RM540 juta kutipan seterusnya dikongsi 50 peratus, iaitu berjumlah RM270 juta, dan kerajaan bakal mendapat jumlah yang sama.

Peringkat ketiga pula, sejumlah 7.5 peratus akan dikutip daripada keuntungan seterusnya, dengan kerajaan akan mengutip jumlah yang berlebihan.

Media sebelum ini melaporkan sejumlah 63,558 kesalahan trafik telah dicatatkan bagi lapan hari pertama sejak pelancaran AES pada 23 September lalu, dengan 14 kamera dipasang di kawasan-kawasan kerap berlakunya kemalangan.

"Selain daripada keuntungan RM700 setahun, terdapat juga tanda tanya tentang kos besar yang didakwa oleh kedua-dua pemegang konsesi untuk pemasangan 831 kamera.

"Adakah ia bernilai RM600 - RM800 juta seperti yang didakwa oleh kedua-dua syarikat tersebut untuk pemasangan 831 kamera yang bersamaan dengan RM722,000 - RM962,000 setiap kamera?" soal Lim lagi.

Justeru, beliau mengharapkan agar Kementerian Pengangkutan harus menunaikan kebertanggungjawaban umum dengan menjelaskan soalan-soalan ini dan sama ada ia dilakukan melalui tender terbuka.

"Jika isu-isu ini tidak dijelaskan, pemandu-pemandu Malaysia berhak marah kerana sekali lagi kroni-kroni Barisan Nasional (BN) untung sementara rakyat rugi.

"DAP menyeru agar pelaksanaan AES digantung dengan serta merta sehingga isu-isu ini dapat diperjelaskan dengan penuh demi kepentingan umum," katanya lagi. ?~TMI



Read More...

Bangkrap Juga Sekinchan Ikan Bakar Akhirnya..

LOKASI: JALAN DUTAMAS 1, TAMAN DUTAMAS, 43200, BALAKONG, SELANGOR DARUL EHSAN.



Read More...

11 October 2012

Lagi Cerita Kotor SUK Kedah

Datuk Rasli Basir patut jadi Menteri Luar bukan SUK...

Oleh: ENGGANG QADHA

Tempoh hayat Datuk Rasli Basir sebagai penjawat awam ialah pada Jun 2011 (bersara wajib) namun kelicikan beliau berjaya minta Tuanku buat lantikan kontrak terhadapnya sehingga Jun 2012 dengan alasan Rasli perlu selesaikan segala program yang berkaitan pertabalan Tuanku menaiki takhta sebagai Yang DiPertuan Agong. Alasan itu cuma rekaan dan karut semata-mata kerana tanpa Rasli pun semua kerja boleh berjalan dan dilaksanakan oleh SUK baru.

Ramai yang kecewa dengan lantikan kontrak Rasli sebagai SUK, terutamanya KCS yang kanan. Bila hampir berakhir tarikh Jun 2012, Rasli minta Tuanku sambung lagi kontraknya. Kali ini entah apa pula alasannya... maka bersambunglah kontrak sampai Jun 2013.



ika tahun lalu cuma beberapa orang yang marahkan Rasli kerana 'sangkutkan' kenaikan pangkat mereka, kini ini jumlah KCS yang marahkan Rasli bertambah-tambah, dianggarkan 80 peratus!

Hebat sangatkah Rasli sehingga orang lain tidak layak jadi SUK? Sejak sign kontrak Jun 2012 sehingga kini (kira-kira 4 bulan) beliau asyik menghabiskan masa ke luar negara antaranya Timur Tengah, Helsinki, Acheh dan terbaru Korea. Kalau dia menteri kerajaan Pusat munasabah untuk keluar negara atas urusan kerajaan tapi kalau setakat SUK sebuah negeri mana ada urusan kerajaan yang berlambak-lambak kat luar negeri.

Kegemarannya untuk melancong keluar negara menghabiskan duit rakyat Kedah bukan baru. Sampai masa nanti EQ akan dedahkan senarai perjalanannya keluar negara... fuhh mengalahkan Menteri Luar. Kerja sendiri terbengkalai, asyik makan angin. Macam ni punya perangai kat Pekan Rabu pun berlunggok (pepatah orang Kedah).

Catatan ini masih panjang... kita mulakan dengan isu remeh temeh dulu, lepas tu barulah nanti kita masuk isu yang berat-berat. Antaranya isu yang boleh menyebabkan Rasli 'masuk dalam'. Nak tau cerita??? Rajin-rajinlah menziarahi blog ini....

(Nota: Catatan Rasli akan dihentikan serta-merta jika Rasli letak jawatan sebagai SUK)

http://kedahla.blogspot.com/2012/10/oleh-enggang-qadha-tempoh-hayat-datuk.html



Read More...

16 September 2012

Pendedahan Penyelewengan Jutaan Ringgit Oleh Noh Omar

Oleh Warga MOA

(Melibatkan– Noh Omar Menteri MOA, Dato’ Hashim KSU MOA dan Datin Naimah Pengarah IPB (Industri Padi Beras)

Menteri Pertanian, Noh Omar telah menyalahgunakan kuasa bagi tender benih padi sah kepada petani tahun 2013/2014. Lihat surat dari Kementerian Kewangan bertarikh 20 Julai 2012 mengenai perkara ini.

Telah disahkan pihak MOF oleh Dato Fauziah Yaacob, Bahagian Perolehan Kerajaan (para 2) bahawa proses penilaian teknikal dan perakuan tender tidak mematuhi kriteria yang ditetapkan dalam dokumen tender dan tidak selaras dengan prinsip-prinsip tender (terdapat 3 kriteria yang dinyatakan).


MOF pada para 3 menyatakan disebabkan keperluan benih yang mendesak serta faktor kesegeraan bagi musim penanaman semasa, maka MOF bersetuju dengan anggaran kos RM164.8juta. MOF pun kena tipu dengan Noh Omar. Tidak ada keperluan mendesak kerana tender yang tamat boleh dilanjutkan secara bulanan (Amalan biasa MOA selama ini). Tiada masalah keperluan benih padi yang mendesak kerana benih padi yang sedia ada mampu memenuhi permintaan sehingga Mac 2013 dan musim penanaman padi antara negeri-negeri tidak serentak.

Noh Omar takut mengenai kedudukannya sebagai menteri MOA jika berlaku pilihanraya awal, sebab itu beliau dengan tergesa-gesa mengarahkan agar tender ini dibuat dengan kadar segera. Tender telah dikeluarkan pada 29 Mac 2012, walaupun kontrak tamat pada 31 Disember 2012. Tidak pernah berlaku dalam sejarah MOA, benih padi dibuat secara tender tergesa-gesa.

Tender dibuat dalam 2 kategori, iaitu 20,000 tan dan 8,000 tan. Untuk 20,000tan, telah diatur awal khas untuk Syarikat Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd dan Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid (M) Sdn. Bhd. (Semua pengusaha-pengusaha benih padi tahu hal ini).

Walaubagaimanapun, Syarikat Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd. mendapat tambahan 2,000tan lagi daripada kuota 8,000tan, menjadikan jumlah keseluruhan 22,000tan.

Noh Omar mengarahkan kontrak ini dibuat untuk tempoh 3 tahun yang tidak pernah dibuat oleh MOA sebelum ini (rujuk keratan akhbar mengenai tender), walaubagaimanapun MOF hanya meluluskan untuk 2 tahun sahaja (amalan biasa).

Syarikat Seri Merbok, dipengerusikan oleh Dato Rais (kroni Noh Omar), bekas EXCO Negeri Sembilan, yang digugurkan daripada menjadi wakil rakyat kerana isu rasuah. Sri Merbok juga mempunyai rekod yang buruk. Petani sering mengadu syarikat ini membekalkan benih padi yang tidak berkualiti, antaranya adalah penyakit padi (seed borne disease - penyakit berpunca daripada benih padi) , penyakit karah, padi angin dan padi tidak tumbuh. Sewaktu lawatan YAB Perdana Menteri ke Perlis pada awal tahun 2012, YAB Perdana Menteri terpaksa meluluskan RM4juta tambahan kepada petani di Kedah dan Perlis untuk menyelesaikan masalah padi angin.

Pada Tahun 2011, pertama kali dalam sejarah padi negeri Kedah berlaku kekurangan benih padi yang amat mendesak berpunca daripada kuota yang terlalu besar diberi kepada Syarikat Seri Merbok.

Satu lagi syarikat kroni Noh Omar adalah Syarikat Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid yang tidak melepasi syarat yang ditetapkan dalam tender. Syarikat ini hanya mempunyai loji benih berkapasiti 8,000tan sahaja (tidak memenuhi syarat tender 20,000 tan). Walaubagaimanapun dengan kuasa Noh Omar, syarikat ini berjaya menyewa loji MADA di Sungai Burung yang mempunyai kapasiti 4,000tan. Secara teknikal ia masih gagal memenuhi syarat 20,000 tan.

Loji MADA di Sungai Burung disewa dengan kadar RM5,000 sebulan sahaja berbanding dengan loji MADA di Ajil, Terengganu berkapasiti 1,250 tan juga disewa dengan RM5,000 sebulan (syarikat lain yang bukan kroni). Noh Omar telah menggunakan kuasa bagi mengarah MADA menetapkan kadar kepada Syarikat Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid hanya RM5,000 sebulan.

Agensi Kerajaan seperti BERNAS dan KADA yang terlibat secara langsung dengan industri padi dan masing-masing mempunyai loji berkapasiti 10,000 tan dan 6,000 tan serta memenuhi semua syarat-syarat tender tidak berjaya untuk mendapatkan tender ini. Noh Omar telah memberikan kuota kedua-dua agensi ini pada musim lepas kepada Syarikat Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid dan Syarikat Padi Pukal Parit 7 (Sekincan) Sdn. Bhd. (kroni Noh Omar)

TKSU MOA, Dato Baharum Jani sebelum ini ialah Pengarah IPB (Industri Padi Beras) telah diganti secara mengejut oleh Datin Naimah yang dibawa khas dari MECD bersama-sama datuk Hashim KSU MOA. Dato Baharum Jani tidak mahu bersetongkol dengan Noh Omar berhubung perkara ini. Datin Naimah adalah orang suruhan Noh Omar di MECD. Selepas Noh Omar keluar dari MECD, MARA (dibawah MECD) menghadapi krisis kewangan serius berpunca salahgunakuasa Noh Omar, ketika menjadi Menteri di MECD.

Kuota keseluruhan benih padi negara adalah 80,000tan. Noh Omar dan konco-konconya menguasai 45,000 tan daripada keseluruhan kuota tersebut (Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd - 22.000tan, Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid (M) Sdn. Bhd. - 20,000tan dan Padi Pukal Parit 7 (Sekincan) Sdn. Bhd. - 3,000tan). Jika berlaku apa-apa kepada syarikat-syarikat ini, maka akan berlaku krisis makanan yang serius kepada negara. Noh Omar dijangka mendapat habuan RM30juta daripada skandal ini.

KEKAYAAN LUAR BIASA NOH OMAR


Noh Omar hidup mewah, kaya raya, membeli rumah banglo terbaru berharga RM6juta di Sunway (tidak termasuk kos renovation dan peralatan dalam rumah), jam-jam mewah, kereta-kereta mewah. Pegawai-pegawai beliau seperti Dato' Saiful, Dato' Safie juga hidup mewah kaya raya. Dato' Saiful mampu berbulan madu di London dan tour mengelilingi Eropah (tiket MAS first class). Pegawai Khas beliau, Datuk Bibah mempunyai kereta mewah (Toyota Alphard) beserta pemandu. Tidak ketinggalan juga Bodyguard dan pemandu Noh Omar yang juga hidup mewah dan kaya raya. Begitu juga 10 pegawai-pegawai khas beliau yang lain.

Adalah menjadi harapan kami, warga MOA agar MOF menubuhkan pasukan khas bagi meneliti semula kontrak ini.

Kami pegawai-pegawai MOA, merayu agar YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan MEMBATALKAN segera kontrak ini demi untuk menyelamatkan petani dan industri padi negara. Kami juga merayu agar SPRM segera membuat siasatan mengenai skandal terbesar ini.

Ini adalah satu skandal yang amat serius. Yang menjadi mangsa adalah petani yang miskin. Yang menjadi kaya raya hidup mewah sombong dan bongkak adalah Noh Omar. Noh Omar adalah Menteri Pertanian yang paling korup dalam sejarah Kementerian Pertanian. Beliau umpama lintah darat. Hidup mewah atas keringat dan titik peluh petani yang miskin. Cakap tak serupa bikin. Menuduh orang lain korup, tetapi dialah BAPA KORUP !!!!

Kami warga MOA sekali lagi amat mengharap YAB Perdana Menteri mengambil tindakan tegas kepada Menteri kami yang amat korup ini.

Dipetik Dari - http://kedahla.blogspot.com/2012/09/skandal-panas-abad-ini-benih-siapakah.html


Read More...

13 September 2012

Foto Rumah Zahida Rafik Berharga Lebih RM3 Juta..

Rumah Zahida Rafik yang diperkatakan bernilai lebih RM3.0 juta

Baca di sini


Read More...

10 August 2012

PANAS - Syarikat Judi Genting Dianugerahkan 12% Saham Felda

KUALA LUMPUR: PAS memohon penjelasan kerajaan berhubung maklumat yang mengatakan syarikat Genting Bhd pernah menguasai 12 peratus saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) dengan pegangan sebanyak 407, 005,000 unit melalui peruntukan khas.

AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata apa yang lebih memeranjatkan laporan Bloomberg Peers menyebut bahawa, urusniaga FGVH antara 16 Julai hingga 9 Ogos, Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAM) telah membeli saham Genting tersebut.


"Menjadi tandatanya, kenapa Genting jual sahamnya? Adakah ia menjadi proksi kepada tokoh tertentu? Kenapa Dana awam diguna untuk membelinya," soal Mazlan yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Sebelum ini, Mazlan melalui NGO nya itu pernah mendedahkan pembabitan syarikat yahudi, Louis Dreyfus dan Bonge Limited dalam FGVH.

Mereka juga mendakwa antara syarikat lain yang memiliki saham FGVH ialah Schroder Invest Management Ltd sebanyak 3,002,700 unit, Vanguard Group (9,369,894), Fidelity Inter (3,813,140) dan Rcm Capital (2,786,285).

"Tidak dapat dipastikan adakah FGVH mempunyai Unit Syariah yang memantau pelaburannya agar selari dengan kehendak syara'.

"Sempena bulan Ramadhan, kepada peneroka dan pembeli saham FGVH, sila semak pelaburan anda. Itupun kalau sensitif pada halal haram," katanya.

http://pkrl.blogspot.com/2012/08/panas-saham-fgvh-mengapa-syarikat-judi.html


Read More...

08 August 2012

Rozali minta kerajaan Selangor hentikan fitnah terhadapnya..

PETALING JAYA - Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Tan Sri Rozali Ismail hari ini meminta kerajaan negeri Selangor menghentikan fitnah dan menuding jari kepada pihak lain termasuk dirinya, dalam isu air di negeri ini.

Katanya, kerajaan Selangor sepatutnya duduk semeja dengan kerajaan Persekutuan atau mana-mana pihak bagi menyelesaikan isu air di negeri ini demi kepentingan rakyat.


Syabas sedia duduk semeja dengan kerajaan negeri Selangor, kerajaan Persekutuan atau mana-mana pihak bagi memastikan isu air dapat diselesaikan.

"Syabas sentiasa mengambil berat terhadap rakyat Selangor dan sentiasa berusaha memastikan rakyat mendapat bekalan air secukupnya dengan menghantar air kepada penduduk yang terjejas, kita harap masalah ini dapat diselesaikan segera," katanya.

Rozali yang juga Presiden Majlis Perundingan Ekonomi Melayu (Mapem) dan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Selangor (DPMMS) berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Mapem dan DPMMS di sini, malam ini.

Rozali juga berharap orang ramai tidak terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan pihak yang tidak bertanggungjawab terhadapnya tanpa menyiasat dengan terperinci terlebih dahulu mengenai isu yang dibangkitkan.

"Saya harap semua pihak tidak 'menangguk di air keruh' tentang gaji saya yang dibayar Syabas kerana mahkamah sendiri telah tentukan Jun lepas bahawa itu semua fitnah kepada saya, juga Syabas.

"Pada bulan Ramadan ini, hentikanlah kata buruk. Penting bagi kesemua pihak tepikan sentimen politik mereka dan memikirkan tentang rakyat yang sedang terbeban dengan krisis air yang semakin meruncing," katanya.

Pada 6 Jun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee membayar RM200,000 kepada Syabas berhubung kenyataan memfitnah.- Bernama


Read More...

06 August 2012

Shahrizat: 'Saya dizalimkan, dianiaya, diaibkan'

Bekas menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Makamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjelaskan secara terperinci penghinaan yang dialaminya apabila digelar "menteri lembu" oleh ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.

Tiada sesiapapun yang patut digelar sedemikian, kata bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu kepada Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera.

Shahrizat memberi keterangan hari ini berhubung saman fitnah RM100 juta yang difailkannya pada 19 Januari lalu.


"Saya rasa saya dizalimkan, dianiaya dan diaibkan dengan tohmahan dan fitnah yang tak berasas," kata Shahrizat.

Katanya lagi, tiada sesiapa yang patut diaibkan sedemikian rupa dan kenyataan itu melampau batas "gurauan politik".

Nyata sekali Zuraida menyedari bahawa gelaran "lembu" itu merupakan kenyataan yang menghina dan bermaksud bodoh dalam percakapan bahasa Melayu, kata Shahrizat.

Shahrizat menjelaskan bahawa kata-kata berkenaan bermaksud untuk memalukannya dan mencemarkan reputasinya sebagai seorang wanita dan melampaui batas, walau dalam arena politik.

Zuraida didakwa mengeluarkan kata-kata demikian semasa persidangan perwakilan PKR pada tahun lalu, kata Shahrizat dalam saman yang difailkan ke atas MP tersebut dan juga pengarah strategi PKR Rafizi Ramli kerana mengaitkannya dengan isu National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd.

Rafizi dan Zuraida masing-masing telah mengemukakan saman balas ke atas bekas menteri terbabit.


Read More...

Shahrizat Tak Tahu Menahu Tentang Projek NFC

Ketika memberi keterangan dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailnya terhadap dua pemimpin PKR, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata beliau tidak tahu yang suaminya membida untuk projek Pusat Fidlot Nasional.

Beliau menyaman Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berhubung pelbagai komen yang didakwa mengaitkannya dalam kemelut National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd.

Shahrizat memfailkan saman tersebut pada 19 Januari berhubung pendedahan Rafizi dan Zuraida mengenai NFC yang telah mengaitkan suaminya Datuk Seri Mohd Salleh Ismail.


Beliau memberitahu Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memegang apa-apa jawatan dalam NFC atau di Agroscience Industries Sdn Bhd.

Shahrizat mendakwa Rafizi dan Zuraida telah menggunakan isu itu sebagai sasaran utama dalam usaha untuk memburuk-burukkan dan memfitnahnya sebagai seorang menteri persekutuan.


Read More...

31 July 2012

George Kent-Lion Pacific menang tender LRT Ampang

KUALA LUMPUR, 31 Julai — Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) hari ini mengumumkan George Kent-Lion Pacific JV sebagai pemenang bidaan kontrak untuk projek tambahan LRT Ampang, petang tadi.

Projek yang bernilai RM7 billion itu merangkumi laluan baru dari laluan Kelana Jaya dan laluan Ampang yang akan bersambung di stesen baru di Putra Heights.

Projek tambahan LRT Ampang ini akan merangkumi sepanjang 17.7 kilometer dari Stesen Sri Petaling dan akan mempunyai 11 stesen baru dengan dua stesen tambahan untuk masa hadapan.


Sebelum ini, pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli berulang kali mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak campurtangan dalam proses bidaan projek ini untuk memberi kepada George Kent yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan beliau.

Projek tambahan LRT Ampang ini juga tersenarai dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk membangunkan perkhidmatan pengangkutan awam di tengah bandar raya Kuala Lumpur.

Projek ini dijangka akan menjadi pemangkin kepada kemajuan ekonomi di kawasan yang terlibat dalam laluan ini dandijangka akan siap pada 2014 dan menambah kapasiti penumpang LRT sebanyak 300,000 orang setiap hari.

Sebelum ini Rafizi pernah mendakwa, laporan dari Halcrow, sebuah perunding kejuruteraan terkemuka dunia membuktikan bahawa George Kent JV tidak mempunyai kemampuan dalam teknikal dan kewangan.

Jawatankuasa Peroleh Menteri Kewangan (JPMK) sebelum ini memilih syarikat Balfour-Beatty dalam bidaan sebelum ini, tetapi Najib telah memilih George Kent JV untuk projek tambahan LRT Ampang yang bernilai RM1 billion itu, kata Rafizi lagi.

“Dalam projek NKRA ini, kesan dari projek tambahan ini akan dapat menyenangkan orang ramai untuk bergerak di Lembah Kelang, bahkan meningkatkan produktiviti dan peluang pekerjaan,” kata Masnizam Hisham, ketua komunikasi Prasarana dalam sebuah kenyataan media yang dikirimkan kepada The Malaysian Insider petang ini.

http://penburukonline.blogspot.com/2012/07/apabila-timbalan-menteri-kewangan.html


Read More...

Muhyiddin gadai keselamatan pelajar demi syarikat kroni

Gambar Hiasan
PASIR SALAK 31 Julai: Sekumpulan 335 penduduk Taman Pelangi, Langkap menandatangani petisyen bantahan pembinaan menara pemancar telekomunikasi dalam kawasan Sekolah Menengah Dato’ Sagor, Langkap.

Bantahan itu dibuat berikutan kebimbangan ibu bapa berhubung kesihatan anak-anak mereka yang bakal terjejas akibat kesan radiasi daripada alat pemancar tersebut.


Pembinaan pemancar ini bagi menjayakan program 4G Bestari Net yang melibatkan 10,000 sekolah seluruh negara.

Ketua Cabang KEADILAN Pasir Salak, Abdul Razak Ismail menuntut penjelasan Menteri Pelajaran kerana memperjudikan keselamatan pelajar demi syarikat kroni.

“Ingin penjelasan daripada Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin sama ada menjadi polisi kementerian untuk mengadakan ‘joint venture’ dengan syarikat korporat swasta iaitu pihak YTL Corporation, pemilik menara tersebut dengan membenarkan syarikat berkenaan menggunakan kawasan sekolah untuk mendirikan menara-menara tersebut.

“Kita juga difahamkan menara tersebut akan berfungsi ‘dua guna’ iaitu selain dari ekses kepada internet untuk kegunaan sekolah ia turut digunakan sebagai pemancar komersial untuk telefon bimbit,” katanya pada kenyataan.

Abdul Razak berkata, Cabang Pasir Salak sedia untuk mengaturkan dialog antara Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Manik dengan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) bagi menyelesaikan masalah ini.

“KEADILAN Cabang Pasir Salak bersedia mengaturkan perjumpaan tersebut bagi membolehkan Datuk Zainol Fadzi Paharuddin dan pihak PIBG untuk memberikan penerangan lanjut kepada penduduk setempat berhubung pembinaan menara tersebut.

“Sebagai Adun setempat, selain berbincang bagi mendapatkan persetujuan dari pengerusi PIBG sekolah berkenaan, beliau sepatutnya mengadakan satu sesi pertemuan melibatkan juga penduduk-penduduk terlibat,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=33686


Read More...

27 July 2012

Anak Jadi Towkey Arak Sebab Bapaknya Towkey Judi..

Mahathir Ada Kepentingan 20% Dalam Berjaya Group?

Mahathir Mohamd bekas PM selama 22 tahun yang ditaati dan dianggap tokoh 'syahdu' serta dianggap sebagai mujadid oleh setengah glongan dalam Umno menganggap bekas PM itu sebagai terbaik apabila tidak mengumpul harta untuk dirinya sepanjang berkhidmat sebagai perdana menteri, terdedah akan kemunafikannya apabila seorang ahli korporat memberitahu Mahathir dikatakan mempunyai banyak kepentingan dalam beberapa syarikat tertentu di negara ini.

Kata ahli korport itu Mahathir mengaut keuntungan menerusi komisyen yang diberikan oleh syarikat-syarikat di mana mendapat projek bernilaian billion ringgit yang dianugerahkan olehnya. Mahathir juga mendapat komisyen (saguhati) dari setiap projek mega yang diluluskan bernilai ratusan juta ringgit.


Beliau yang mengakui menjadi senang kerana Mahathir, mendedahkan Mahathir dikatakan mempunyai kepentiungan 20% dalam syarikat Berjaya Group yang turut terlibat dalam perjudian seperti Sport Toto, Magnum dan sebagainya.

"Mungkin ramai orang tidak tahu akan kepentingan Mahathir kerana kebijaksanaan beliau dalam menyembunyikan kepentingan itu," kata ahli korporat itu yang menjadi nomines kepada tokoh perniagaan terkenal dari Umno di zaman Mahathir berkuasa.

Akui beliau yang kini masih menjadi beberapa lembaga pengarah syarikat ada kepentingan dengan Umno, pandangan dan sokongannya kepada Mahathir berubah apabila mengetahui hal itu.

Jelasnya lagi selain Berjaya Group, Mahathir juga mempunyai kepentingan dalam beberapa syarikat gergasi lain. Misalnya syarikat pembinaan (kontrektor) telah menganugerahkan beberap unit banglo untuk Mahathir yang kini hasilnya dikutip dengan menyewakan dengan pendapat RM800,000.00 sebulan.

Paling mengejutkan Mahathir juga dikatakan, mempunyai kepentingan bukan dari syarikat-syarikat besar tetapi syarikat kecil juga beliau mendapat manfaatnya. Di Langkawi katanya Mahathir memiliki beberapa gerai yang disewakan kepada peniaga tempatan dengan kutipan hasil kurang RM1,000 untuk satu unit.

Pendedahan ini menafikan tanggapan seorang wakil rakyat yang menjual kepada orang kampung Mahathir kononnya perdana menteri yang tidak kaya dan paling bersih. Wakil rakyat yang pernah menyatakan kesanggupan untuk mencium punggung Mahathir pernah mendapat imbuhan RM1 juta tunai dari bekas PM itu, bertegas mempertahankan Mahathir paling bersih di antara pemimpin yang lain di negara ini.

Ketidakpercayaan Mahathir adalah PM Malaysia terkaya juga timbul apabila setiap kali ditimbulkan isu pembolotan harta, Mahathir berjaya meragui keyakinan orang ramai dengan jawaban yang bersifat menyinis.Apa-apa sesuatu yang benar mengenai dirinya akan diakui secara sinis menyebabkan orang tidak percaya kepada dakwaan buruk ke atasnya.

Misalnya kalau ada tuduhan mengatakan dia seorang diktator atau tidak amanah akan dijawab; iya saya memang diktator dan tidak amanah. Secara tidak langsung dengan jawaban menyinis itu Mahathir boleh mengelirukan pandangan orang terhadapnya.

Sebenarnya banyak bukti jelas menunjukkan Mahathir banyak membolot harta negara. Contohnya macam mana salah seorang anak lelakinya boleh muncul menjadi orang yang disenaraikan 10 terkaya di negara ini. Apakah perniagaan anak lelaki beliau itu? Tidak pernah terdedah apa-apa perniagaan anak lelakinya itu seperti mana dilakukan Syed Mukhtar Al Bukhari atau orang-rang kaya lain khasnya dari kalangan Cina.

Kekayaan anak Mahathir itu pasti akan menjadi tanda tanya. Kegagalan mencari sumbernya akan menyerlahkan bahawa kekayaan anaknya itu adalah hasil pemberian Mahathir untuk anak-anaknya. Dari mana wang itu diperolehi? Jawablah sendiri. Kata Abdullah Badawi setelah jadi PM baru dia mengetahui bahawa seorang PM mempunyai kuasa besar boleh melakukan apa saja, dan mungkin mengumpulkan harta kekayaan kemudian dicampak kepada anak beranak sendiri. Cis... kepada wakil rakyat yang menjual kononnya Mahathir PM terbersih! [wm.kl.3:48 pm 27/07/12]

http://msomelayu.blogspot.com/2012/07/mahathir-ada-kepentingan-20-dalam.html


Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas