BlogList Malaysia
Showing posts with label ulama umno. Show all posts
Showing posts with label ulama umno. Show all posts

03 February 2013

Fathul Bari Disaran Potong Lan###... Kesian..





Baca seterusnya di sini


Read More...

19 January 2013

Fathul Bari Cakap Tak Serupa Bikin..



Read More...

17 January 2013

Surat Nikah Fathul Bari Kahwin Di Thailand Tersebar



Harap sangat ulama muda Umno yang lantang dan berani serta sesekali melahirkan pandangan kontroversi mengenai Islam ini menjelaskan berhubung penyebaran surat pengesahan perkahwinan beliau dengan gadis Filipina bernama Maria Joy Erlado.

Menurut fotostat surat pengesahan itu yang dikirimkan kepada saya malam ini oleh seorang penjenguk, perkahwinan Fathul Bari dengan Maria Joy Erlado itu berlangsung di pejabat The Islamic Committe of Songkhla Thailand pada 29 Mei 2012.

Surat pengesahan itu tertuju kepada Konsul Jeneral Malaysia sebagai pemakluman rasmi berhubungan pernikahan itu.

Menurut surat pemakluman itu yang menjadi jurunikah ialah Naib Kadhi Syarie Wilayah Songkhla Abdul Wahab Senawan.

Pernikahan itu kemudian disahkan oleh Mahkamah Syariah Terengganu. Turut diemilkan kepada saya salinan fotostat bahagian pertama satu writ mahkamah - permohonan perkahwinan orang bernama Fathul Bari bin Mat Jahya (pemohon) dengan Maria Joy Erlado (responden).

Permohonan saman itu didengar di hadapan hakim Ismail Yahya yang bersidang sebagai Hakim.

Tiada apa yang perlu disembunyikan perkara yang baik ini. Dan Fathul Bari yang dilihat seorang ulama muda yang berani, berterus terang perlu tampil ke hadapan menjelaskan perkara ini. Adalah cantik kalau beliau mengadakan majlis walimatus urus secara terbuka, kalau boleh di PWTC.

Kalau perkara ini benar saya bagi pihak penjengok blog Merah Tinta mengucapkan selamat pangantin baru kepada kedua pasangan tersebut. - mso [wm.kl.1:41 am 17/01/2013]


Read More...

PANAS - Fathu Bari Berkahwin Gadis Filipina Di Thailand?

Harap sangat ulama muda Umno yang lantang dan berani serta sesekali melahirkan pandangan kontroversi mengenai Islam menjelaskan berhubung penyebaran surat pengesahan perkahwinan beliau dengan gadis Filipina bernama Maria Joy Erlando.

Menurut fotostat surat pengesahan itu yang dikirimkan kepada saya malam ini oleh seorang penjenguk, perkahwinan Fathu Bari dengan Maria Joy Erlando itu berlangsung di pejabat The Islamic Committe of Songkhla Thailand pada 29 Mei 2012.

Surat pengesahan itu tertuju kepada Konsul Jeneral Malaysia sebagai pemakluman rasmi berhubungan pernikah itu.


Menurut surat pemakluman itu yang menjadi jurunikah ialah Naib Kadhi Syarie Wilayah Songkhla Abdul Wahab Senawan.

Pernikahan itu kemudian disahkan oleh Mahkamah Syariah Terengganu. Turut diemilkan kepada saya salinan fotostat bahagian pertama satu writ mahkamah - permohonan perkahwinan orang bernama Fathu Bari (pemohon) dengan Maria Joy Erlando (responden).

Permohonan saman itu didengar di hadapan hakim Ismail Yahya yang bersidang sebagai Hakim.

Tiada apa yang perlu disembunyikan perkara yang baik ini. Dan Fathu Bari yang dilihat seorang ulama muda yang berani, berterus terang perlu tampil ke hadapan menjelaskan perkara ini. Adalah cantik kalau beliau mengadakan majlis walimatus urus secara terbuka, kalau boleh di PWTC.

Kalau perkara ini benar saya bagi pihak penjengok blog Merah Tinta mengucapkan selamat pangantin baru kepada kedua pasangan tersebut. [wm.kl.1:41 am 17/01/2013]

Sumber - http://msomelayu.blogspot.com/2013/01/fathubari-berkahwin-muda.html



Read More...

05 January 2013

Ulama Bangang Dan Ulama Cari Makan..



Read More...

21 December 2012

Bekas Ulama Umno Bidas Tok Guru Nik Aziz

KUALA LUMPUR 21 Dis - Bekas Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO Melayu, Datuk Shamsul Najmi Shamsuddin membidas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang mengeluarkan kenyataan bahawa orang-orang UMNO adalah mungkar.

Menurutnya, tuduhan yang dilemparkan oleh Nik Aziz adalah satu tuduhan yang besar kerana tuduhan itu langsung tidak berasas kepada parti UMNO.


"Kalau Nik Aziz kata orang UMNO mungkar, sedangkan mereka tidak melakukan kemungkaran, dia seolah-olah memutarkan kenyataan itu kepada dirinya sendiri yang melakukan kemungkaran.

"Tuduhan berkenaan adalah sangat berat dan Nik Aziz tidak boleh sewenang-wenangnya menghukum orang", katanya kepada wartawan KLPos ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) disini, hari ini.

Beliau turut menasihati Nik Aziz supaya jangan menuduh dengan melulu terhadap parti tersebut dan tidak menjadi sebahagian daripada orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan.

Selain itu, beliau pernah melihat Nik Aziz mengeluarkan kenyataan di laman sosial Youtube bahawa Allah S.W.T tidak mempunyai hak keatas syurga dan neraka sedangkan syurga dan neraka itu adalah hak mutlak Allah S.W.T.

"Syurga dan neraka itu milik Allah S.W.T bukan itu sahaja malah seluruh alam sekitar adalah miliknya.

"Ketika hampir pilihan raya yang bakal tiba nanti, adakah Nik Aziz sudah memindah milik pemilikan mutlak Allah S.W.T?," katanya.

Bukan itu sahaja, bahkan menurutnya, Nik Aziz turut memberi kenyataan bahawa Allah S.W.T duduk bersila lendik di atas Arash ketika mentafsir surah Al-Rahman.

"Nik Aziz menggambarkan Allah S.W.T sebagai patung di tokong yang duduk bersila dan ini merupakan kesalahan besar Nik Aziz.

"Maksud sebenah surah itu adalah mengambarkan Allah S.W.T itu menguasai Arash dimana seluruh alam adalah miliknya," katanya.

Katanya, Nik Aziz telah melakukan kemungkaran yang besar sekiranya maksud Nik Aziz itu adalah menyamakan Allah S.W.T dengan makhluknya - klpos.com


Read More...

20 December 2012

Ulama Belaan Umno Melalak Kembali..

Amanat Hadi untuk guling kerajaan

Bekas ahli Dewan Ulama PAS Ulama Belaan Umno, Prof Madya Mohd Noor Deris mendakwa peristiwa berdarah Memali tercetus akibat amanat itu kerana kumpulan yang berkumpul di kampung itu berjuang menentang kerajaan yang dianggap tidak Islam.

“Malah, beberapa gerakan berhaluan kiri dan militan juga mula digerakkan ketika itu. Bahkan, saya pernah terbabit dengan usrah di dalam hutan di Janda Baik membabitkan pelajar IPT dan kakitangan kerajaan. Kita lakukan untuk menentang kerajaan.


“Saya sudah bertaubat dan berharap Hadi juga segera bertaubat dan menarik balik amanatnya demi kepentingan Islam. Saya menyesal kerana sudah menyesatkan ramai orang dengan amanat itu.

“Bagi saya amanat itu ajaran sesat dengan kita menggerakkan semangat jihad menentang kerajaan,” katanya mendakwa terpengaruh dengan Hadi. - Berita Harian


Read More...

18 December 2012

Fahtul Bari ni bodoh ker apa?-Bhg ii

Fathul bari melalut lagi, menempelkan kebodohannya lagi, kali ni lebih dasyat kerana merapu mengenai amanat Hadi 31 tahun lalu.Katanya TGHA perlu minta maaf secara terbuka kepada UMNO dan seluruh rakyat Malaysia kerana mengkafirkan UMNO yang ternyata meleset.Apa yang meleset dan apa yang tidak meleset tak tahu lah pulak.Sebaliknya pula Fathul Bari menyamakan perbuatan mengkafirkan orang Islam lain dengan Khawarij, atau dengan kata kata lain, Fathul Bari mengatakan TGHA adalah khawarij.

Mudahnya berhukum dengan perkara yang berkaitan ideologi tanpa sedikitpun mahu merujuk dengan pelawaan TGHA untuk bermuzakarah berkaitan dengan amanat itu.Ini terus menghukum, cuma yang peliknya hukumannya ialah minta maaf!kenapa minta maaf?kerana THGA mengkafirkan seluruh ahli UMNO? Istimewa sangat ker UMNO?atau seluruh ahli UMNO itu pengamal Islam yang patut?Atau UMNO adalah satu satunya parti yang teguh pendiriannya tentang Hudud?


Bercakap pasal hudud, apa kata Fathul Bari tentang pemimpin pemimpinnya yang pernah memperlekehkan hudud, bukan sahaja 31 tahun dulu, malah ada yang 50 tahun yang lampau, bukan seorang malah ramai sehingga pemimpin yang sakarangpun turut perlekehkan hudud!tak perlukan mereka ini minta maaf.Minta maaf pada ALLAH?

Inilah perkara yang menjadikan Fathul Bari ini kelihatan bodoh walaupun banyak ilmu.Kitab Mastika hadis keluaran jabatan perdana menteripun memasukan huraian lengkap mengenai kata kata pemimpin UMNO dulu dan sekarang serta keperluan untuk mereka bersahadah kembali di mana kalau mereka enggan menjadi kewajiban pemerintah melaksanakan hukum bunuh.Apa Fathul Bari mahu mengatakan kitab ini salah, atau mungkin kitab khawarij juga?

Memutarkan belit kenyataan memang sudah menjadi kerja UMNO tetapi agak malang seorang yang berimejkan "anak Pak Wahab" yang fokus kepada sunnah nabi tidak sepatutnya memberi bai'ah kepada ketua yang carahidupnya jauh dari sunnah.Apatah lagi anak Pak Wahab ini turut menimba ilmu putar alam dari ketuanya dan terus menerus memutarkannya demi untuk membenarkan setiap perbuatan ketuanya.

Bodohnya Fathul Bari kerana tidak sedar pembohongan itu bukan sahaja ketinggalan zaman tetapi secara jelas menyembunyikan fakta yang lebih penting dalam kehidupan umat Islam berbanding kehidupan orang orang UMNO yang semakin pupus.

Fathul Bari cuba menyembunyikan pelawaan muzakarah dan penjelasan tentang amanat Hadi yang dibuat bertahun tahun dulu sebaliknya turut sama dalam tindakan memutarkan semula amanat ini sebagai satu isu politik UMNO.Apakah Fathul Bari tidak menyedari bahawa hari ini ramai rakyat yang sudah mengetahui taktik dan teknik UMNO dalam persada politik negara dan Fathul Bari yang sepatutnya menjadi ulamak tempat rujukan UMNO turut sama bergelombang dengan tahi UMNO.

Memang bodohlah Fathul Bari ni.Semakin bercakap, semakin terserlah kebodohannya.

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=print&sid=1834


Read More...

PANAS - Fathul Bari Rupanya Bersaudara Dengan Papa Gomo





Read More...

11 December 2012

Umno Berjaya Lahirkan Ulama Yang Bebal..



Read More...

09 December 2012

Tiada Jihad Di Palestin - Ulama Umno Memang Bebal..





Read More...

04 December 2012

Perbahasan Twitter Dengan Fathul Bari

Sejarah Latarbelakang Kenyataan Karpal “Langkah Mayat Saya Dulu”

Setelah dibentangkan hujjah berhubung 2 isu utama perbahasan saya dengan Fathul Bari, saya dapati dia masih belum mampu memberi jawapan balas. Walaubagaimanapun, saya difahamkan ini bukanlah sesuatu yang menghairankan bagi dirinya. Oleh itu saya akan teruskan dengan hujjah saya untuk menangkis tuduhan-tuduhannya sebelum ini. Isu ketiga yang ingin saya jelaskan ialah latar belakang kenyataan Karpal.

Dalam kita menilai sejauh mana seriusnya kenyataan Karpal dewasa ini, perlu kita mengambil kira keadaan dan suasana apabila Karpal mengeluarkan kata-kata “over my dead body” tersebut. Ianya berlaku pada tahun 1990 sebelum adanya sebarang interaksi serius di antara DAP dan PAS.


Sepertimana yang diketahui, PAS telah bersama Keadilan dan DAP dalam Barisan Alternatif (BA) sebelum adanya PR hanya pada tahun 1998. Dalam PRU 1999, undi DAP jauh merosot dan ini, mengikut analisa mereka, adalah disebabkan hubungan DAP dengan PAS melalui BA. Oleh itu DAP pada tahun 2002 menuntut supaya PAS menggugurkan agenda Islamnya atau DAP akan keluar dari BA. PAS menolak permintaan tersebut dan DAP keluar.

Pada tahun 2008, PAS bersama PKR sebagai BA telah membuat ‘election pact’ atau persetujuan semasa pilihan raya bersama DAP. Persetujuannya adalah untuk mengelak berlakunya pertandingan 3 penjuru. Dalam ertikata yang lain, di mana ada calon PR menentang calon BN, DAP tidak bertanding dan begitu juga sebaliknya.

Setelah mengetahui keputusan PRU ke 12, didapati BA bersama DAP boleh membentuk kerajaan di beberapa Negeri. Pada masa itu baru PR dibentuk. Dalam PR ianya dipersetujui, setiap parti berhak berpegang dan mengusahakan agenda parti sendiri di atas nama parti masing-masing tetapi apa yang diterima sebagai agenda PR mesti dipersetujui ketiga-tiga parti.

Ini bermakna PAS bebas mengusahakan agenda PAS di atas platform PAS tapi bukan atas platform PR. Begitu juga dengan DAP dan PKR. Dalam keadaan ini diamalkan dasar ‘agree to disagree’ atau ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ yang pada hakikatnya merupakan sebahagian dari prinsip demokrasi yang diamalkan dalam politik gabungan atau ‘coalition politics’. Dalam keadaan ini, PAS tidak lagi dituntut untuk menggugurkan agenda Islamnya sebelum DAP turut bersama dalam PR.

Maka, walaupun pendirian Karpal secara peribadi tidak banyak berubah, namun dia tidak lagi mengeluarkan pendirian yang sekeras itu terhadap apa yang diusahakan PAS. Ketidak-setujuan beliau dijelaskan melalui hujjah dan saya pun telah memberi respon saya sebelum ini di dalam tulisan saya; Hudud: Di Antara Karpal dan UMNO. Yang penting, walaupun beliau tidak setuju dengan agenda yang ingin dibawa PAS, beliau mengakui hak PAS untuk memperjuangkan dasar dan keyakinan PAS sendiri.

Sikap ‘demokratik’ yang sebegini tidak ditunjukkan sama sekali oleh MCA dan CSL. Dimana secara jelas MCA dan CSL telah memberi kata dua kepada UMNO bahawa sekiranya UMNO ingin membawa agenda Islam, khususnya perundangan hudud, maka MCA akan keluar dari BN.

Bersambung...

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD


Read More...

03 December 2012

Kebodohan Fathul Bari..

Assalamualaikum,, Dalam banyak banyak pembohong di PAU, nampaknya ulamak muda UMNO yang bernama Fathul Bari telah menunjukkan satu imej yang mengelirukan samaada dia benar benar seorang ulamak atau ular "mak" atau ular dalam semak(dalam bahasa urdu mak bermaksudnya air).Ucapan pembahasan usul agama dan pendidikan, Fathul Bari yang menonjolkan imej seorang ulamak kepada perwakilan UMNO mengulas doa kehancuran dan dakwaan(kononya) UMNO murtad oleh TGNA.

Pertamanya, apakah bahasan Fathul Bari ini boleh dikelaskan sebagai usul agama dan pendidikan?Kalau benar ianya usul agama dan pendidikan kenapa nak tunjukkan kesilapan pihak pembangkag sedangkan isu utama ugama dan pendidikan ialah isu hudud dan hukum ALLAH serta kemungkaran yang berleluasan sekarang ini.Keduanya, Fathul Bari ni bodoh ke apa?


Kelihatan bodoh bagi seorang yang berilmu seperti Fathul Bari kerana mengolah semula panduan ugama bagi menunjukkan doa kehancuran oleh adik TGNA itu tidak ikut cara Islam.Bodoh kerana doa yang menjadi hak ALLAH bagi memutuskan samaada dimakbulkan atau ditolak sedangkan peraturan hidup berkerajaan yang diamalkan UMNO hampir semuanya menyimpang dari cara ISLAM.Memang bodoh bagi seorang yang berilmu seperti Fathul Bari menuding jari kepada seorang yang juga berilmu seperti Nik Razi sabagai salah sewenang wenangnya dan di hadapan perwakilan yang bersorak mendengarnya.Bodoh kerana hujah yang diberi terlalu loose dan jauh menyimpang dari panduan berdoa yang diajar oleh baginda Nabi tetapi Fahtul Bari menggunakan Nabi untuk mengatakan doa itu tidak ikut cara Islam.Walaupun Fathul Bari cuba membawa kisah kezaliman yang pernah dialami baginda Nabi tetapi Fathul Bari tidak membawa dalil secara seluruhnya.

Fathul Bari kelihatan bodoh kerana mendakwa mendoakan UMNO adalah secara umum sedangkan doa orang yang dizalim itu mestilah khusus dengan menyebut nama namanya.Sedangkan secara logiknya sahaja sudah difahami bahawa UMNO itu bukan umum tetapi khusus untuk orang orang yang berada dalam jemaahnya.Kalau begitulah jadahnya, tak perlu berdoalan untuk kehancuran yahudi kerana yahudi itu juga umum.Bukankah ada doa khusus yang diajar oleh Nabi dan sering dibaca dalam khutbah jumaat mengenai perkara ini?Tidakkah ianya sama dengan doa kehancuran UMNO?

Tetapi Fathul Bari enggan mengakui UMNO itu zalim, di mana dakwanya kesediaan Najib meminta maaf dengan rakyat sudah menunjukkan keikhlasannya.Sekali lagi Fathtul Bari kelihatan bodoh dan mahu seluruh rakyat jadi bodoh macam dia.Apakah dengan maaf itu sudah mencukupi untuk memilih Najib dan UMNO semula untuk memerintah negara sedangkan tidak kedengaran satu perkataanpun dari mulut Najib dan Fathul Bari sendiri bahawa UMNO berjanji akan melaksanakan hukum ALLAH dan menghapuskan segala kemungkaran selepas Najib meminta maaf.Orang kampungpun faham bahawa permohonan maaf Najib itu perlu diikuti oleh sikap gentlemannya untuk berundur dan memberi laluan kepada pihak yang bersedia memikul amanah ALLAH untuk mentadbir negara.

Fathul Bari terlalu memuji Najib sedangkan sudah sah dari sudut definasinya sahaja Najib itu zalim.Tidak meletakkan sesuatu di tempatnya itu zalim, jadi bila Najib kata hudud tidak akan dilaksanakan, sudah sah dia zalim.Oleh itu Fathul Bari kelihatan bodoh bagi orang berilmu tarafnya untuk membela Najib.

Fathul Bari juga semakin menyerlahkan sikap bodohnya apabila mencadangkan lima perkara untuk berdepan fitnah pembangkang ia itu menyemarakkan budaya ilmu, mengamalkan politik kasih sayang, mengambil perkara baik yang diucapkan seseorang, mentaati pemimpin dan sepakat menolak budaya fitnah.Bodohnya Fathul Bari kerana tidak melihat yang menabur fitnah itu UMNO bukan pembangkang yang setiap kali mengemukakan dakwaan lengkap dengan fakta dan hujah sedangkan UMNO hanya memainkan perkataan fitnah pembangkang sahaja.Budaya UMNO ini nampaknya turut dikongsi oleh Fathul Bari yang bertaraf ulamak,ulamak bodoh!

Cadangan Fathul Bari itu langsung tidak ada dalam panduan yang ditinggalkan oleh Nabi yang awalnya cuba diikuti oleh Fathul Bari dalam soal doa kehancuran, atau ditulis oleh para ulamak besar silam atau dari mana mana ayat quran.Yang ada hanyalah seruan supaya menjauhi orang orang yang zalim, malah imam Ghazali turut mengingatkan kita supaya tidak bertemu dengan pemimpin yang zalim apatah lagi mahu bersubahat dan membela mereka.

Inilah kebodohan Fathul Bari aka salafiah yang tidak salaf

-tranungkite-


Read More...

22 November 2012

Ulama Umno Pakai Baju Lambang Salib..

Ada Lambang SALIB pun buat laporan polis isu murtad.. UMNO UMNO!!!

KOTA BAHARU, 20 Nov -- Kira-kira 15 anggota Biro Agama dan Ulama Veteran UMNO Kelantan tampil ke Ibupejabat Polis Daerah Kota Baharu bagi membuat laporan polis berhubung kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu murtad pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58 di sini, hari ini.

Kumpulan itu diketuai oleh pengerusinya, Mohd Noor Deris (empat kiri).

Konon nak cari publisiti dalam isu yang mereka sendiri putar belitkan,susah payah cai-cai UMNO buat report polis isu murtad konon-nya. Semua mereka ni konon-nya 15 orang dari Biro Agama dan Ulama Veteran UMNO Kelantan...tapi salah sorang dari mereka pakai baju ada tertera logo salib...


Adakah yang memakai baju tersebut bukan Islam...??

Inilah berkat doa " Ko BN ", segala tindak tanduk puak UMNO semakin menuju kahancuran...!!!!

Haram Memakai pakaian ada Lambang Salib, Syaitan dan jenama arak

 
KUALA LUMPUR – Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik.







azmieyusoff.blogspot.com/


Read More...

09 November 2012

Ulama jadi jurucakap Chua Soi Lek

SEKUMPULAN ulama yang makan gaji dengan Barisan Nasional telah datang kepada Dr. Chua Soi Lek bagi menyampaikan dakwah khsusnya mengenai hudud.

Ia satu pendekatan yang baik. Kalau gunung tidak datang kepada Muhammad, maka Muhammad mesti pergi ke gunung. Dan itulah yang Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s. yang diperintah Allah, pergilah kepada Firaun, sampaikan dakwah kepadanya dan seru dia supaya menyembah Allah.

Rombongan ulama itu wajar dipuji dan teruskan dan ia boleh dicontohi. Mungkin inilah kelayakan untuk menjadi calon Pengarah Yadim.


Tetapi jangan terhenti setakat mendatangi Soi Lek saja justeru adanya serangan berani Soi Lek terhadap hudud.

Saya tidak suruh rombongan ulama itu mendatangi Karpal Singh kerana jadi momokan bagi UMNO kerana Karpal pernah berkata, langkah mayatnya sebelum perkara seperiti hudud itu hendak dilaksanakan. Itulah UMNO tidak pernah lupa. Ketika isu Karpal itu mulai reda, Soi Lek pula menghidupkannya semula. Dan serangan Soi Lek tidaklah lebih lunak dari Karpal.

Sayugialah pergi jumpa Karpal menerangkan apa yang diterang kepada Soi Lek, moga-moga Karpal dapat memahami seperti Soi Lek dikatakan sudah memahaminya.

Bahkan mereka patut jumpa siapa saja yang keliru tentang hudud. Jika boleh datangi Dr. Mahathir supaya dia juga akan faham seperti Soi Lek.

Orang lain tidak tahu reaksi Soi Lek sebenarnya. Semua tahu Soi Lek dikatakan tidak menghina Islam dari ulama yang menemuinya.

Berdakwah kepada si Soi Lek itu satu kerja mulia, menjadi jurucakap Soi Lek bukanlah kerja ulama.

Bila Soi Lek melantik mereka jadi jurucakapnya? Dan jangan sampai orang melihat ulama jadi jurucakap kepada Soi Lek dan MCA. Sudah cukuplah jadi jurucakap tidak rasmi kepada PWTC, janganlah sampai dilihat jadi satu dari cabang lidah Soi Lek. Itu bukan kerja ulama.

Mengikut apa yang ulama itu kata, Soi Lek tidak menentang hudud sebagai satu hukum Islam setelah mendengar penjelasan. Yang ditentangnya sekarang tinggal apa yang dikatakan ‘hudud PAS.’

Atau apa yang ketua MCA itu tentang sebelum didatangi oleh ulama itu adalah hudud PAS juga. Cuma orang Islam kebanyakannya mengira mana ada hudud PAS dan hudud UMNO. Yang kata hudud yang Kelantan dan Terengganu lulus itu hudud PAS adalah Dr. Mahathir dan sekalian pencarum kepada fikirannya.

Selepas pertemuan Soi Lek itu, seperti yang rombongan ulama itu faham, Soi Lek sudah bersih dari menghina Islam kerana yang mereka tolak adalah hudud PAS. Soi Lekdengan ini sudah sama dengan pendirian UMNO dan kumpulan ulama itu juga setuju dengan Soi Lek yang ditolak dan mesti ditolak ia hudud PAS.

Yang belum jelas pada ulama itu betulkah yang Soi Lek tentang itu hudud PAS saja?

Jika kita teliti ucapan ADUN BN Johor yang mencadangkan kepada DUN Johor supaya tiba masanya kerajaan melaksanakan hudud, ADUN itu juga telah menyebutkan tentang beza hudud sebenar dengan hudud PAS. ADUN itu jelaskan yang dicadangkan supaya dilaksanakan ialah hudud yang disarankan oleh al-Quran.

Apa kata Soi Lek tentang ADUN yanag mencadangkan pelaksaan hudud ialah ia satu cadangan yang sudah hilang akal. Jika BN bersetuju melaksanakannya ia bereti BN sudah hillang akal.

Serangan Soi Lek yang awal bukan sekadar hudud PAS tetapi adalah hudud yang Allah dan NabiNya syariatkan. Ia dikira hilang akal.

Sebagai jurucakap Soi Lek hal ini belum dijelaskan. Soi Lek sendiri mesti menjelaskannya. Bukan jurucakapnya.

-harakahdaily


Read More...

06 November 2012

Kalau Nurul Izzah rujuk fatwa Sheikhul-Azhar, Chua Soi Lek rujuk fatwa siapa?

Utusan Malaysia semalam melaporkan berita bertajuk "Melayu perlu bebas pilih agama?"

Antara lain, akhbar itu melaporkan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menegaskan, rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.

Beliau seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang, Malaysiakini berkata : ''Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Dalam berita FMT 3/11/12 bertajuk "Nurul Izzah backs religious freedom for all", antara lain dilaporkan:


Earlier in her speech, Nurul Izzah quoted a decree made by Egypt’s University Al-Azhar president Ahmad el Tayeb and said freedom of belief should be a fundamental right for all.

Izzah dilaporkan memetik fatwa Sheikhul-Azhar, Ahmad el Tayeb, yang menyatakan kebebasan dalam soal kepercayaan seharusnya menjadi hak asasi semua orang.

Saya tidak bercadang hendak membela Ahli Parlimen yang saya undi itu. Dia lagi pandai membela dirinya. Yang saya nak habaq satu ja - Izzah memetik fatwa Sheikhul-Azhar.

(Nota: Secara peribadi, saya lebih bersetuju dengan pandangan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang disiarkan dalam laporan FMT bertajuk "Aziz Bari explains ‘No compulsion’ verse":
Aziz, an expert on constitutional law, said the verse in question (لاَ إِكْرَاهَ فِى الدِّينِ - Verse 256 of Surah al-Baqarah) did not mean that a Muslim could renounce his faith. “If this is the case, then what is the point of the ruling that says renouncing Islam is a big sin?” he said.)

Bagaimana pula dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek? Dengan berdalihkan istilah 'hudud versi PAS', sesuka hati dan dengan bebas musuh Islam itu menghina Islam serta menyebarkan ideologi Islamofobia. Tentulah dia bebas berbuat demikian kerana Umno merestui dan berhempas-pulas mewali keramatkan syaitan itu.

Kalau Izzah merujuk fatwa Sheikhul-Azhar, Chua merujuk fatwa siapa?

Di bawah berita Sinar Harian semalam bertajuk "Fathul Bari: 'Soi Lek persoal hudud versi Pas'", rujukan Chua itu saya tulis sebagai "Budak kurang ajar ini (dia hanya talabah bukan ulama) sudah naik tahap jahat dia punya bodoh".

- http://penarikbeca.blogspot.com


Read More...

05 November 2012

Fathul Bari kata 'Soi Lek persoal hudud versi Pas'

SHAH ALAM – Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebelum ini yang mengecam pelaksanaan hudud adalah berdasarkan kajian dan analisis ke atas enakmen hudud yang mahu dilaksanakan Pas di Kelantan dan Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sebagai bukan Islam, rujukan Soi Lek adalah berbeza kerana beliau merujuk kepada ekonomi, keamanan dan pendapatan negara jika hudud dilaksanakan.

Menurutnya, oleh sebab maklumat yang tidak tepat itu, Soi Lek sering mengeluarkan kenyataan yang keras mengenai hudud.


Menurutnya, atas inisiatif sendiri, Ilmu mengadakan pertemuan dengan Soi Lek dan beberapa pemimpin MCA lain bagi menerangkan isu ini.

“Beliau (Soi Lek) faham dan menghormati bahawa hudud adalah undang-undang Islam dan seluruh umat Islam patut menerima hudud. Beliau juga faham Islam adalah agama Persekutuan.

“Apa yang beliau tentang adalah hudud versi Pas yang dilihat berat sebelah, beliau risau berlaku diskriminasi contohnya jika berlaku kecurian. Pencurinya seorang Islam dan bukan Islam. Jika cukup bukti, seorang dipotong tangan dan seorang lagi tidak, ini memberi implikasi besar kepada rakyat dan negara,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ditanya sama ada Soi Lek menerima hudud dilaksanakan ke atas semua rakyat, Fathul menjelaskan Soi Lek mendukung prinsip demokrasi.

“Jika majoriti rakyat mahukan hudud untuk semua, maka beliau terima, jika majoriti mahu hudud versi Pas juga beliau terima, negara kita negara demokrasi,” katanya.

Selain itu, Fathul turut menegaskan bahawa tidak adil untuk menyatakan keseluruhan enakmen hudud di Kelantan dan Terengganu tidak tepat kerana banyak perkara yang menepati syarat dan al-Quran.

“Undang-undang yang dibuat manusia terdedah kepada kelemahan dan tidak maksum, apa yang maksum adalah undang-undang ALLAH sahaja. Maka pembetulan perlu dilakukan,” katanya.

Fathul turut mengucapkan terima kasih kepada MCA yang menyambut baik kedatangan rombongannya dan sudi berbincang mengenai hudud.

“Perbincangan ini berjalan dengan amat baik sekali, semua pihak menerima pandangan masing-masing. Walaupun isu hudud ini sensitif, tetapi mereka mendengar dengan baik,” katanya.

Kelmarin, Soi Lek menegaskan beliau tidak pernah menghina undang-undang Islam, hanya mempersoalkan hudud versi Pas.


Read More...

20 October 2012

Komen Bangang Fathul Bari Tentang MCA Hina Hudud

"Walaupun ia ditujukan kepada Pas, namun ia tetap bersifat agama kerana mempersoalkan isu hudud secara terang-terangan. Jangan mempersendakan hukum Islam."

“Analisa ringkas mengenai hukum hudud ini boleh menimbulkan pelbagai reaksi negatif daripada umat Islam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kalau DAP tolak Islam, kenapa Pas masih bersama mereka dan berjuang atas dasar negara kebajikan?,” katanya.

** Pelik sungguh kerana MCA yang hina hudud.., Pi mai pi mai akhirnya Pas dan Dap juga yang kena..? Memang cari makan sungguh ulamak ular*** Umno ni.. hehehe..






Read More...

19 September 2012

Pendedahan Panas - Ulama Muda Umno Bukan Latar Belakang Agama..




Jika benar apa yang didakwa oleh Mantan Mufti Perlis dilaman twitter milik beliau ini, ianya membuktikan kepada kita semua bahawa adalah mudah untuk memperbodohkan seorang yang bodoh.

Kali ini Mantan Mufti Perlis itu kelihatan telah mendedahkan sesuatu yang kita tidak mengetahui mengenainya.. iaitu mengenai sekumpulan manusia yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Ulama Muda'.

Kumpulan yang ujud dalam parti perkauman dinegara ini, iaitu UMNO..

Dalam hal ini Najib kelihatan diperbodohkan lagi kali ini oleh sekumpulan manusia yang mendakwa diri mereka adalah Ulama, padahal mereka yang mendakwa sebagai Ulama itu bukannya datang dari kalangan yang punya latar belakang agama.- ASD



Read More...

07 September 2012

Akhirnya Tembelang Ulama Muda Umno Pecah

PENGERUSI ULAMA MUDA UMNO AKUI DIA TAK MAMPU NAK TEGUR KEPINCANGAN DALAM UMNO

KUALA LUMPUR, 7 Sept ― Ulama Muda Umno hari ini menerima nasihat yang diberikan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin agar segera menyuarakan pendirian berhubung insiden budaya politik samseng dengan hati terbuka, namun mengharapkan beliau agar dapat mendahulukan melaksanakan perkara itu memandangkan beliau mempunyai hubungan akrab dengan pemimpin tertinggi Umno.

Jelas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Seketariat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahya, tugas ilmuan adalah untuk saling menasihati dan melengkapi antara satu sama lain, dan bukannya mencari kesalahan masing-masing.

“Kami terima dengan hati yang terbuka nasihat beliau (Dr Asri), namun mengharapkan agar beliau yang rapat dengan pemimpin tertinggi parti untuk mendahulukan perkara itu.


Kami mempunyai ruang yang terhad, jarang bertemu pemimpin untuk menyuarakan pendapat dan nasihat kami,” katanya.

Tambah beliau, “kami bagaimanapun ada menyuarakannya melalui penulisan kami di akhbar, laman sosial seperti blog dan sebagainya.”


“Kami hanya melaksanakan mengikut kemampuan kami,” katanya lagi kepada The Malaysian Insider.


Menurut Fathul Bari, pihaknya juga mengutuk budaya politik samseng seperti yang berlaku akhir-akhir ini, seperti insiden serangan ke atas bas Pakatan Rakyat (PR), serangan kasut di masjid di Kedah, dan juga menunjukkan pungung kepada gambar pemimpin negara.

“Kami mengutuk insiden sedemikian ... kalau ia perbuatan salah dan melanggar perintah agama, memang kami tentang.

“Saya sendiri tidak bersetuju dengan perkara itu,” katanya lagi.

Asri sebelum ini menyelar ulama muda Umno yang mengambil sikap membisu terhadap budaya politik samseng yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Beliau juga berkata budaya politik samseng ini adalah bukti masyarakat kini semakin kehilangan adab sopan dan berakhlak buruk.

“Perbezaan politik bukan lagi membawa pertarungan minda dan tawaran khidmat pengurusan yang lebih baik, tetapi sebaliknya yang berlaku,” kata Asri dalam kenyataannya di laman rasminya www.drmaza.com.

Ekoran beberapa insiden yang berlaku, Dr Asri menasihati ulama-ulama muda yang berada dalam parti politik untuk menyuarakan pendirian mereka dengan adil dan bukannya mengikut kehendak parti semata-mata.

“Semalam jumpa beberapa tokoh Umno, mereka kata tolong beritahu ustaz-ustaz muda yang masuk Umno tu jangan terlalu mengampu. Kami pun tak suka,” tulis Dr Asri dalam laman sosial Twitter.

Dr Asri juga memberi contoh dalam isu demonstrasi yang mencerminkan kedangkalan ulama dalam Umno yang sibuk mengharamkan dengan segala fatwa tetapi berdiam diri apabila penyokong sendiri menganjurkan demonstrasi sambil menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya adalah seperti anjing.

“Dalil-dalil agama dan nama ‘salafussoleh’ dikhianati atas kedangkalan pengetahuan, ataupun kepentingan politik ‘orang muda agama’.

“Maka tidak pelik jika Allah menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya seperti anjing,” katanya lagi.



Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas