BlogList Malaysia
Showing posts with label johor. Show all posts
Showing posts with label johor. Show all posts

28 January 2013

VIDEO PANAS - Penyokong Kelantan Dihalau Dari Stadium Larkin

DIHALAU Hanya Gara-Gara Memakai JERSEY KELANTAN (Jersey Red Warriors) Di Stadium | Beliau ni DIHALAU keluar dari STADIUM hanya kerana memakai Jersey KELANTAN (Jersey Red Warriors). Menurut maklumat, kejadian ni berlaku di STADIUM LARKIN, JOHOR. Betul ke berita yang Abe dapat ni? Macam ni pun ada ke? Macam xley terima dek akal la rasanya... Grrrrrrr...

Kalau kena HALAU sebab takda tiket ke, bolehlah jugak AKAL ni terima... Kalau mcam ni, lepas ni baik takyah adakan acara sukan kalau semuanya nak TIMBULKAN PERBALAHAN. Huhuhhuhu...



Insiden memalukan di Malaysia apabila penyokong Johor mengherdik, menghina & mencaci seorang rakyat Kelantan yang juga membayar tiket untuk menyaksikan perlawanan bolasepak. Beliau diherdik hanya kerana memakai jersi keramat , The Red Warrior.


Tiada tatasusila warga Johor yang sebelum ini taksub menghentam rakyat Kelantan ketika bertandang ke Kota Bharu. Namun kali ini , sudah boleh beza siapa yang lebih zalim dalam menghormati tetapi. Beliau bukan setakat dimaki, tetapi di halau keluar dari Stadium Larkin.

Jika inilah anda melayan tetamu bolasepak, insyallah bolasepak jugalah yang akan menghancurkan apa saja yang kamu banggakan.

queachmad


Read More...

26 January 2013

Ribuan Rakyat Johor Banjiri Jalanraya Mendengar Ucapan Anwar Ibrahim

Jelajah Merdeka Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jalan Sagu, Taman Daya, Johor Baharu, malam tadi membuktikan yang Johor sudah tidak boleh lagi dinobatkan sebagai negeri UMNO paling kuat gagah perkasa didalam dunia.






Read More...

18 January 2013

Sultan Johor Nak Tengok Bola, Sebab Itulah Pasukan Komando Kena Jaga..

Mereka bukan JMF tapi anggota Rejimen 21 Grup Gerak Khas [Komando] - TMJ


Gambar Askar Timbalan Setia Negeri Johor di Perlawanan Johor VS Kelantan.

Perlawanan Bola Sepak @ Perang? JOHOR BAHRU - Anggota tentera yang kelihatan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu ketika perlawanan bola sepak antara Johor Darul Takzim dan Kelantan dua hari lepas merupakan anggota komando Rejimen 21 Grup Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan mereka yang lengkap bersenjata itu merupakan anggota tentera daripada pasukan Timbalan Setia Negeri Johor (TSN).


"Mereka (anggota Gerak Khas) berada di stadium kerana menerima arahan yang menyatakan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan mencemar duli menyaksikan perlawanan itu," titah baginda pada sidang media di kediaman baginda di sini hari ini.

Baginda bertitah kehadiran anggota Gerak Khas itu merupakan persediaan keselamatan sekiranya Sultan Johor, yang juga Kolonel Komandan GGK menyaksikan perlawanan terbabit.

Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor bertitah kehadiran anggota Gerak Khas itu merupakan prosedur biasa yang telah ditetapkan dan tidak perlu dijadikan isu oleh mana-mana pihak.

"Kita boleh tanya kepada para pegawai mereka (Grup Gerak Khas), mereka ditugaskan bersedia untuk kehadiran Sultan Johor," titah baginda.

Media hari ini melaporkan ketidakpuasan hati penyokong pasukan Kelantan berikutan kehadiran anggota tentera lengkap bersenjata yang disangka daripada TSN pada perlawanan antara kedua-dua pasukan dua hari lepas.

Sementara itu, Tunku Ismail juga melahirkan kekecewaan terhadap Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang tidak melakukan persediaan bagi mengawal keselamatan penyokong Johor yang hadir di stadium semasa perlawanan itu.

Tindakan Kafa tidak meletakkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bagi mengawal keselamatan penyokong Johor sepanjang mereka berada di stadium adalah amat dikesali, titah baginda.

Tunku Ismail bertitah pihak baginda menerima banyak aduan penyokong Johor dibaling batu dan botol oleh penyokong fanatik Kelantan.

"Selain itu para pemain dan penyokong Johor terpaksa menyelinap keluar melalui pintu lain selepas lampu limpah dipadamkan dan diiringi Polis Diraja Malaysia sejauh 20 kilometer meninggalkan stadium," titah Tunku Ismail. - Bernama


Read More...

17 January 2013

Kenapa perlu senjata? - Kelantan dakwa 'adegan tentera' tidak wajar

ANTARA enam askar ditempatkan di stadium kawal skuad Johor DT, malam kelmarin. - Foto Fathil Asri

Kota Bharu: Perlukah anggota tentera yang lengkap bersenjata diminta berkawal di pintu masuk padang ketika perlawanan Liga Super antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT) di Stadium Sultan Muhammad ke IV, malam kelmarin?


Itulah persoalan diajukan penyokong Kelantan terhadap Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) yang menempatkan sekurang-kurangnya enam Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) lengkap bersenjata M-16 untuk menjaga keselamatan pegawai dan pemainnya di stadium berkenaan.

"Ini hanyalah bola sepak bukan medan peperangan. Penyokong Kelantan sudah banyak berubah dan sistem kawalan keselamatan yang dikendalikan KAFA dan polis sebelum ini adalah baik serta tidak pernah mengundang masalah," Mohd Yahya Jamada Ali, Pengerusi Kelab Penyokong Rasmi Bola Sepak Kelantan."


Anggota tentera terbabit berkawal di pintu masuk padang berhampiran bilik persalinan dari awal hingga perlawanan tamat.

Mat Yo turut dikawal

Pegawai dan pemain Johor DT termasuk Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo turut dikawal beberapa pengawal keselamatan ketika mereka keluar dari bas untuk memasuki bilik persalinan di stadium terbabit.

Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net), Mahizi Mahmood, berkata kehadiran anggota tentera lengkap bersenjata berkawal di pintu masuk padang malam kelmarin mempengaruhi tindakan penyokong Kelantan yang membuat kecoh selepas perlawanan tamat.

Gambaran penyokong ganas

“Kehadiran anggota tentera terbabit yang kononnya untuk mengawal keselamatan pegawai dan pemain Johor DT seperti menidakkan kemampuan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan polis Kelantan menjaga keselamatan di stadium berkenaan.

“Ia juga menggambarkan penyokong Kelantan adalah ganas dan tidak bertanggungjawab. Mereka berasa terhina kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) wajar mengambil tindakan tegas terhadap PBNJ,” katanya semalam.

Pengerusi Kelab Penyokong Rasmi Bola Sepak Kelantan, Mohd Yahya Jamada Ali, berkata kehadiran anggota tentera mengawal keselamatan pegawai dan pemain Johor DT dalam perlawanan malam kelmarin tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh merosakkan imej bola sepak negara.

Beliau berkata, kehadiran anggota tentera terbabit lebih kepada provokasi yang cuba dilakukan Johor DT sekali gus mencabar keegoan penyokong Kelantan sehingga berlaku kekecohan kecil selepas tamat perlawanan.

"Ini hanyalah bola sepak bukan medan peperangan. Penyokong Kelantan sudah banyak berubah dan sistem kawalan keselamatan yang dikendalikan KAFA dan polis sebelum ini adalah baik serta tidak pernah mengundang masalah,” katanya.

Sementara itu, Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa, berkata beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim, yang mereka diarah oleh pihak atasan untuk membawa anggota tentera bersenjata pada perlawanan itu.

“Bagi saya kehadiran anggota tentera lengkap bersenjata api dalam perlawanan bola sepak adalah tidak perlu.

“Ia adalah salah dari segi peraturan. Saya berharap perkara ini tidak berulang dan ia sama sekali tidak patut berlaku,” katanya.

Dalam aksi yang berkesudahan Kelantan dan Johor DT seri 1-1, malam kelmarin, anggota polis terpaksa mengiringi kira-kira 200 penyokong Johor DT masuk ke padang selepas penyokong Kelantan bertindak membaling botol minuman ke arah mereka sebaik perlawanan tamat. - BeritaHarian


Read More...

01 January 2013

Kubur Digali Hanya Sedalam 15 Inci Sahaja..

KUALA LUMPUR 1 Jan : Badan Bertindak Pengambilan Tanah Pengerang (Mantap) mendedahkan, kontraktor yang terlibat memindahkan kubur di Pengerang ‘menanam’ mayat dalam liang lahad sedalam 15 inci sahaja.

Malah, pihak berkuasa agama Johor, Jabatan Kesihatan, Polis, ketua dan imam kampung tidak memantau kerja pemindahan, kata Timbalan Pengerusi Mantap, Mazlan Aliman dalam facebooknya semalam.


Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sungai Rengit dan aduan kepada pihak berkuasa agama Johor agar kerja mengorek kubur dan memindah mayat dihentikan serta merta.

“Realiti sebenarnya sangat menyedihkan. Tapak baru di Plot PTD 54492 dekat Punggai dalam keadaan becak, bergenang air dan tanah lembik. Mayat yang ditanam pula hanya kedalaman 15 inci sahaja!

“Ia diukur sendiri oleh Skuad Pemantau NGO Pengerang diketuai Zaaba (Abdul Samad),” kata Mazlan.

Jelasnya, lesen menggali semula mayat di bawah Seksyen 10(B) Enakmen Perkuburan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dikeluarkan kepada PIJ Holdings Sdn Bhd.

“Kita akan dedah pembohongan kontraktor dan menggesa hentikan sama sekali kerja gila mengorek dan memindah semua tanah perkuburan,” kata Mazlan yang kesal dengan kejadian tersebut.

“Skuad pemantau telah menegur secara baik kontraktor terbabit, namun jawapan balas sangat menyedihkan. Langsung tiada sensitiviti agama!

http://kerajaanrakyat-news.blogspot.com/2013/01/sultan-johor-kalau-free-pergilah-pantau.html


Read More...

02 December 2012

Hak tanah rakyat dikembalikan sebaik Johor ditawan – Anwar

BATU PAHAT 3 NOV: Pakatan Rakyat akan mengembalikan hak rakyat Johor ke atas tanah mereka yang dirampas sewenang-wenang sebaik negeri ini ditawan dalam Pilihan Raya Umum ke-13, kata Datuk Seri Anar Ibrahim.

“Insya-Allah sebaik tawan Johor, kita sambut dengan kembalikan hak milik. Mandat diberi untuk pertahan hak rakyat. (Kalau) diambil, pampasan (kena) betul. Memang sukar tapi kita kena buat.

“Yang diambil tanah orang kampung. Tak boleh ikut suka. Kena hormat proses. Satu kesilapan oleh pemerintah akan memudaratkan satu generasi,” katanya.


Ketua Umum KEADILAN itu berucap demikian depan 15,000 hadirin di Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Johor, di Parit Saleh Ros, Batu Pahat, malam tadi.

Anwar antara lain merujuk isu bantahan penduduk Batu 5, Kampung Md Noor, dekat Seri Gading yang membantah kawasan perkampungan mereka dijadikan pusat pelupusan sampah.

Kampung itu menggemparkan negara berikutan pendedahan Suara Keadilan apabila majorit penduduknya keluar Umno kerana tertipu dengan janji wakil rakyat yang mahu kononnya mahu menyelesaikan masalah itu.

Isu tanah di Johor kritikal sehingga Pakatan pada 5 Mei lalu menuntut kerajaan negeri menyelesaikan segera tuntutan, permohonan dan pampasan pengambilan melibatkan puluhan kes.

Antaranya isu pengambilan tanah di Pengerang, Felda Cahaya Baru Masai, Kampung Plentong Tengah, Sungai Balang, Bekok, Kampung Skudai Kiri dan puluhan lagi.

“Dulu, orang Umno Johor kuat sokong saya. Tapi, adakah sokong untuk curi tanah? Sekarang siapa dapat? Syed Mokhtar yang banyak dapat. Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pasir Gudang dan lain-lain. Tidak ada orang lainkah?” kata Anwar.

Beliau juga kagum dengan kebangkitan rakyat di Johor berikutan sokongan sedemikian dulunya hanya berlaku di Kedah dan Kelantan yang sinonim dengan parti pembangkang.

“Kalau di Kedah, di Kelantan, ramai sebegini tak pelik. Tapi puluh ribu hadir di Johor. Johor apa dah jadi ni?

“Sebab apa? Sebab rakyat ada minat (terhadap Pakatan). Mereka menyatakan kegelisahan, kekecewaan dan harapan. Inilah yang dikatakan kebangkitan rakyat,” katanya.

http://www.keadilandaily.com/?p=40451


Read More...

27 November 2012

Johor: Pakatan diramal rampas 7 kerusi parlimen

PAS meramalkan Pakatan Rakyat mampu merampas tidak kurang daripada tujuh kerusi Parlimen di Johor dalam pilihan raya umum akan datang, berdasarkan dakwaan peralihan sokongan pengundi muda, kumpulan kelas pertengahan dan perubahan sokongan pengundi Cina di negeri itu.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Zuhdi Marzuki mendakwa penemuan tersebut "hampir selari" dengan penemuan kajian Majlis Profesor Negara (MPN) yang menyatakan sembilan kerusi parlimen di Johor dikategorikan sebagai kawasan hitam bagi BN.


"Sepertimana yang disebut oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh sebuah kumpulan kajian politik dari sebuah universiti awam, sokongan pengundi Melayu di Johor meningkat antara tiga hingga lima peratus.

"Berdasarkan analisis PPP pula, sokongan pengundi Melayu di Johor meningkat dua hingga tiga peratus, yang kebanyakannya pengundi muda dan golongan kelas pertengahan.

"Peningkatan sokongan pengundi Melayu ini, ditambah pula dengan perubahan besar sokongan pengundi Cina, akan menjana peralihan undi yang amat signifikan, sehingga dijangka tidak kurang tujuh lagi kerusi Parlimen boleh jatuh kepada Pakatan di samping kerusi Pakatan yang sedia ada," katanya.

Dalam kenyataannya semalam, Dr Zuhdi mendakwa berdasarkan analisis pusat itu, sokongan akar umbi BN di 13 kerusi parlimen di Johor berada bawah 50 peratus iaitu di Segamat, Labis, Ledang, Bakri, Muar, Batu Pahat, Kluang, Gelang Patah, Tebrau, Pasir Gudang, Johor Baharu, Pulai dan Kulai.

Katanya lagi, kemenangan sesuatu parti di kawasan tersebut bergantung kepada pengundi atas pagar termasuklah mereka yang membuat keputusan pada saat akhir.

Daripada kawasan-kawasan tersebut, beliau mendakwa, lapan kawasan pula memperlihatkan sokongan akar umbi BN berada di bawah 44 peratus yang biasanya dikategorikan sebagai kawasan kelabu hitam bagi BN.

"Kebanyakannya adalah kawasan campuran, iaitu perbezaan antara komposisi pengundi Melayu dan bukan Melayu tidak besar," katanya sambil menambah pola sokongan di parlimen "turut mempengaruhi" sokongan di peringkat DUN.

Berdasarkan analisis pusat itu, Dr Zuhdi mendakwa, hanya 26 kerusi DUN di negeri itu dikategorikan sebagai kawasan putih bagi BN, manakala selebihnya kelabu dan hitam. Johor mempunyai 55 kerusi DUN.

Beliau juga berkata tindakan Pakatan menamakan calon Melayu sebagai menteri besar Johor, turut memberi impak "positif" peralihan sokongan pengundi terutama golongan muda dan kelas pertengahan.

Dr Zuhdi mendakwa, berdasarkan kajian MPN mengenai "tingkah laku pengundi" tentang pemilihan calon jawatan itu, Salahudin berada di kedudukan tertinggi dengan 74 peratus, ahli jawatankuasa PAS Pusat Mazlan Aliman (71 peratus) dan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman yang didakwa "tertinggal di belakang".

"Sebenarnya pelantikan menteri besar Johor di kalangan kaum Melayu bukanlah isu kerana sememangnya Undang-undang Tubuh Negeri Johor perkara 31 dan perkara 34 telah menetapkan sedemikian.

"Bagaimanapun, ramai pengundi Melayu yang tidak menyedari perkara ini, menyebabkan mereka bimbang kalau Pakatan menawan Johor. Tindakan menamakan calon Melayu sebagai menteri besar oleh Pakatan sememangnya memberikan kesan positif," katanya.

Sehubungan itu, Dr Zuhdi berkata hasil analisis terhadap kajian yang dilakukan, Pakatan Rakyat berpeluang menawan Johor didakwa "seimbang dan cerah" dengan peningkatan pengundi Melayu susulan beberapa isu termasuk RAPID, Felda, Projek Wilayah Iskandar dan kepemimpinan bersih.


Read More...

26 November 2012

Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor 1 Disember

JOHOR BAHRU: Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Johor akan diadakan pada 1 Disember 2012 di Dataran Rakyat, Parit Salleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat.

Menurut Pengarah Himpunan, Tuan Haji Aminulhuda Hassan, program berkenaan akan bermula pada pukul 8 pagi dengan acara konvoi Jelajah Johor daripada Senggarang menuju ke Parit Sulong dan seterusnya ke tapak himpunan.


"Pada sebelah petang, program yang dianjurkan sempena himpunan ini adalah santai anak muda bersama Ali XPDC. Antara acara menarik yang terdapat dalam program santai anak muda ini adalah pertandingan motosikal cantik, jamuan nasi lemak kopi 'O' dan cabutan bertuah"

"Pada sebelah malamnya pula, himpunan ini akan dimulakan dengan solat maghrib dan solat hajat di tapak program. Selepas solat isyak, himpunan akan diteruskan dengan ceramah daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang dijemput sebelum diakhiri dengan ucapan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat", ujar beliau ketika sidang media di Pejabat PAS Kempas sebentar tadi.

Difahamkan, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Kebangsaan Tuan Haji Mohammad Sabu akan hadir ke himpunan peringkat negeri Johor kali ini.

"Kita mensasarkan kehadiran rakyat ke himpunan ini adalah sekitar 30,000 hingga 40,000 orang. Kehadiran pelbagai kaum ke himpunan ini mengambarkan perpaduan rakyat untuk bangkit menentang kezaliman yang berlaku di dalam negara kita ini"

"Antara isu yang menjadi fokus dalam himpunan ini adalah isu tanah yang dialami oleh pelbagai kaum di negeri Johor ini. Selain itu, isu pendidikan dan isu jenayah juga akan menjadi fokus untuk diterangkan kepada rakyat yang hadir ", ujar beliau lagi yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Johor, Dato' Dr. Mahfodz Mohamed dan Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor, Hassan Karim turut mengesa seluruh ahli, penyokong dan rakyat hadir ke himpunan kebangkitan rakyat ini sebagai tanda soladiriti rakyat untuk bangkit menentang kezaliman yang dilakukan oleh UMNO/BN di negeri Johor ini.

Difahamkan juga bahawa beberapa orang bekas wakil rakyat atau orang kenamaan daripada UMNO akan menyerahkan borang keahlian menyertai Pakatan Rakyat. Beberapa bekas pegawai tertinggi kerajaan juga difahamkan akan turut menyertai Pakatan Rakyat pada himpunan itu nanti.





Read More...

21 November 2012

Panas - Penduduk kampung bergaduh dengan kontraktor di Tampoi

(Penduduk kampung dan kontraktor bergaduh di Kampung Semangat - foto facebook Suhaizan Kaiat)

TAMPOI: Para penduduk Kampung Semangat dekat sini bergaduh dengan kontraktor yang mewakili pemaju Danga Bay Sdn Bhg hari ini.

Ia berlaku kira-kira jam 11.15 pagi tadi antara pekerja kontraktor dan penduduk Kampung Semangat, Tampoi.


Menurut Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan kaiyat, kontraktor mendakwa mereka diberi upah untuk membersihkan kawasan Kampung Semangat oleh pihak tertentu.

Pembersihan ini telah menyebabkan tanaman penduduk dan sistem paip penduduk terjejas.


Penduduk kampung mendakwa, kontraktor yang hadir dalam kumpulan yang besar lebih daripada 25 orang adalah untuk mengusir mereka daripada kampung tersebut.

Sebelum ini, penduduk melahirkan rasa tidak puashati mereka kerana kontraktor sering membuat provokasi terhadap penduduk.

Pergaduhan mula berlaku apabila kontraktor meneruskan kerja-kerja pembersihan dan penduduk tidak berpuas hati.

Mereka telah dibaling dengan batu dan kayu oleh petugas kontraktor berkenaan.

Penduduk Kampung Semangat yang tercedera adalah Goh Wee Chooi, Ang Bee Wah, Ang Ah Chai, Cheng Chong, Goh Wai Kong dan Chee Tet Onn.

Polis telah datang di kawasan terbabit dan telah menangkap sembilan orang kontraktor dan enam orang penduduk.

Mereka telah direman di Balai Polis Kempas.

Penduduk adalah terdiri daripada pemilik rumah, penyewa rumah, pemilik bengkel dan pekebun. Kampung Semangat, Tampoi terletak di Batu 7.5 Jalan Skudai, Simpang Kempas Lama, Tampoi, Johor.

Menurut sejarahnya, tanah berkeluasan 63.2573 hektar ini telah dianugerahkan kepada Dato’ Toh Ah Boon pada tahun 1930 oleh Sultan Ibrahim.

Dato’ Toh Ah Boon telah meninggal dunia pada 1 April 1932 dan tanah tersebut telah diserahkan kepada pewarisnya Toh Gim Cheng.

Pada tahun 1975 Toh Gim Cheng telah melantik Low Sue Heng sebagai wakil.

Pada 14 Februari 2011 tanah tersebut(Lot 153, Mukim Tebrau) telah dijual oleh Low Sue Heng @ Low Sui Heng kepada Danga Bay Sdn. Bhd.

Pada awalnya terdapat 400 keluarga tinggal di kampung ini. Pelbagai kemudahan terdapat dikampung ini termasuk surau, kuil, dewan orang ramai, gelangang bola keranjang dan lain-lain. Terdapat juga penempatan orang tua dan orang cacat di sini.

Pada 8 September 2011 penduduk menerima satu notis guaman dari Tea, Kelvin Kang & Company yang meminta penduduk mengosongkan tanah tersebut sebelum 31 Oktober 2011.

Notis ini tidak menyatakan dengan jelas nama pelanggan (tuan tanah).

Pada 9 Oktober 2011 suatu pertemuan penduduk kampung dengan Adun Datuk Haji Osman Sapian telah diadakan.

Ketua Masyarakat Kampung Semangat yang juga Ketua MIC Cawangan Kg Semangat, En. K.K.Krisnan telah menyerahkan suatu tuntutan kepada Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor melalui Datuk Haji Osman Sapian.

Sehingga kini tiada sebarang jawapan diterima daripada pihak kerajaan.

Jawatankuasa Bertindak yang telah ditubuhkan telah menghantar satu permohonan tuntutan Ikhsan dan Saguhati kepada Danga Bay Sdn Bhd pada 8hb Oktober 2012.

Wakil Danga Bay Sdn Bhd adalah En. Chai Yee Man. Setakat ini tiada sebarang jawapan daripada Danga Bay Sdn. Bhd.

Pada 18 Oktober 2012, para penduduk menerima Notis Kedua dari Tetuan Tea, Kelvin Kang & Company yang menyatakan site clearing akan bermula mulai 19 Oktober 2012 , dan meminta penduduk-penduduk mengosongkan rumah mereka sebelum tarikh tersebut.

Penduduk-penduduk di sini diugut oleh kontraktor yang datang dari luar. Beberapa keluarga yang takut, telah berpindah dari tempat ini.

Sebahagiannya menerima wang pampasan berpindah sementara sebahagian lagi tidak menerima sebarang pampasan. Keluarga yang masih tinggal di kampung ini hanyalah 180 keluarga sahaja.

Pada 1 November 2012, lebih kurang 30 orang yang berlagak gangster dibawa masuk untuk merobohkan rumah-rumah kosong.

Kumpulan itu membawa masuk 1 bulldozer dan 2 JCB dengan tujuan membersihkan kawasan itu.

"Pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Johor mendesak pihak polis membuat kawalan keselamatan yang lebih ketat bagi mengelakkan pergaduhan berlaku semula.

"Ini kerana, tempat kejadian hanyalah 1 KM daripada Balai Polis Kempas," kata Suhaizan (gambar atas) dalam kenyataannya.

Bagi beliau, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman sudah sewajarnya menjadi orang tengah menyelesaikan masalah antara penduduk Kampung Semangat dan Syarikat Danga Bay Sdn. Bhd.


Read More...

08 November 2012

Ahmad mengaku tak bersalah tuduhan hina Sultan Johor

Seorang juruukur bahan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas dua pertuduhan menghina Sultan Johor Sultan Ibrahim menerusi laman sosial Facebook, bulan lepas.

Ahmad Abd Jalil, 27, yang berasal dari Klang, Selangor, membuat pengakuan itu di depan Hakim Zamri Bakar selepas pertuduhan terhadapnya dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Umar Saifuddin Jaafar.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 28 Nov depan untuk menyebut semula kes.


Ahmad didakwa memuat naik satu status menghina Sultan Johor di akaun laman Facebook yang didaftarkan atas nama 'Zul Yahya' di Dewan Tan Sri Mohamad Rahmat, Kampung Pasir, Tampoi pada kira-kira 3 petang, 21 Okt lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun dan denda RM50,000 dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas disabitkan.

Ahmad juga didakwa melakukan perbuatan yang sama di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini pada kira-kira 6 petang, 10 Oktober lepas.

Terdahulu, Umar Saifuddin menawarkan jumlah jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, peguam Mohd Radzlan Jalaludin dan Mohd Haijan Omar meminta mahkamah mengurangkan jumlah itu kerana tertuduh baru mendirikan rumah tangga dan sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur.

Kedua-dua peguam juga berkata mereka akan memfailkan notis bantahan awal bagi menggugurkan semua pertuduhan terhadap Ahmad kerana ada beberapa fakta dalam kertas pertuduhan yang tidak berkaitan dengan tertuduh.

Anggota keluarga Ahmad kemudian membayar wang ikat jamin yang ditetapkan mahkamah.

- Bernama


Read More...

04 November 2012

Facebook hina Sultan Johor - lebih ramai akan ditahan?

Selain juruukur kuantiti berusia 27 tahun, Ahmad Abd Jalil yang ditahan polis pada malam Jumaat kerana didakwa menghina Sultan Johor dalam Facebook, mungkin ramai lagi akan ditahan dalam masa beberapa hari ini.

Difahamkan polis sedang memburu lebih ramai individu yang dikaitkan dengan pos di facebook itu.

"Bagaimanapun, kita tidak tahu berapa ramai akan ditahan dalam
beberapa hari ini," kata peguam Ahmad - Mohd Zakwan Adenan kepada Malaysiakini ketika dihubungi semalam.


Mohd Zakwan berkata Ahmad (kiri) akan ditahan di lokap di Johor Bahru sehingga esok.

Beliau berkata, polis pada mulanya memohon tahanan reman selama tujuh hari, tetapi majistret mengurangkannya kepada tiga hari.

"Ia bagi polis untuk mengumpul saksi dan bukti dan menjalankan siasatan yang perlu," kata Mohd Zakwan.

Mohd Zakwan berkata Ahmad akan dibawa ke mahkamah esok, tetapi sehingga itu, beliau tidak tahu tuduhan terhadapnya dan kenyataan mana yang didakwa menghina sultan.

Ahmad ditahan di Kuala Lumpur dan dipindahkan ke Johor pada malam yang sama selepas ditahan oleh sekurang-kurangnya 10 anggota polis yang datang ke pejabatnya di Cheras di sekitar jam 10 malam.

Anggota polis tersebut, yang menaiki tiga kenderaan yang berbeza, dan dari tiga balai polis yang berlainan di Johor, kemudian membawa Ahmad ke balai polis Wangsa Maju untuk disoal siasat, kata Mohd Zakwan.


Read More...

16 September 2012

Bakal Menantu Sultan Johor Tak Izinkan PR Kuasai Johor

Sumber : . http://www.facebook.com/photo.php

Dipetik dari - http://manjongmari.blogspot.com/2012/09/siapa-lelaki-yang-berani-sila-hubungi.html




Read More...

10 September 2012

Sultan Johor Perli Zahid Hamidi Ke?

Perbezaan harga Rapid Intervention Vehicle (RIV) yang diutarakan Sultan Johor Sultan Ibrahim dalam titah baginda Sabtu lepas akan disiasat, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi.

Beliau berkata kementeriannya mengambil secara positif komen tersebut dengan menganggapnya sebagai satu keprihatinan yang ditunjukkan Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas.


"Kementerian Pertahanan mengambil maklum terhadap komen baginda dengan cara positif di mana saya sendiri akan lakukan penyiasatan terhadap perbezaan di antara harga RIV yang dianugerahkan oleh Tuanku Sultan Johor berharga RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal.

"Mungkin terdapat spesifikasi yang berbeda yang akan saya teliti," katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai titah Sultan Johor pada majlis ulang tahun Rejimen Gerak Khas ke-47 di Kem Iskandar, Mersing, Johor Sabtu lepas.

Ahmad Zahid yang ditemui selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Ketua Staf Angkatan Tentera Republik China, Jeneral Ma Xiaotian di Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur, berkata beliau menghargai pandangan tersebut dan sekali gus menunjukkan keprihatinan baginda terhadap peralatan yang sedang dan terus digunakan oleh Rejimen Gerak Khas.

"Keprihatinan ini adalah suatu yang perlu dihargai oleh kementerian (pertahanan) dan tentunya akan diambil kira sebagai panduan terutamanya dalam pembelian aset-aset dan peralatan di bawah naungan baginda," katanya.

Sultan Johor Sultan Ibrahim pada Sabtu lepas melahirkan rasa dukacita kerana kelengkapan ketenteraan yang dibekalkan kepada Kor Gerak Khas bukan sahaja tidak mencukupi tetapi juga tidak bermutu dan tidak menepati spesifikasi.

Baginda bertitah dalam usaha kerajaan mengawal belanjawan dan perbelanjaan, pihak Kementerian Pertahanan hendaklah meneliti satu persatu pembelian yang dibuat dan memastikan peralatan yang diperolehi bertepatan dengan keperluan dan mempunyai kualiti yang tinggi.

Di samping itu Sultan Johor juga mengingatkan pihak yang berkenaan agar tidak mengambil kesempatan dalam usaha pihak tentera melengkapkan kor itu dengan peralatan terkini.

"...janganlah bekalkan peralatan yang kurang berkualiti tetapi meletakkan harga yang berlipat kali ganda," titah Sultan Ibrahim.

- Bernama


Read More...

PKR adakan makan malam TERBESAR di Johor: Samseng tidak patahkan semangat kami- Jui Meng

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agak cemas akan peristiwa keganasan yang dilakukan oleh samseng politik yang juga penyokong BN dengan peristiwa menyimbah cat ke atas bas yang dinaiki beliau, mereka juga memberhentikan konvoi beliau dan juga memaksa polis menangkap pengawal peribadi Anwar kerana cuba melindunginya.

Namun, Anwar tidak akan membiarkan ugutan ini mematahkan usaha jelajah ke serata Malaysia untuk menemui pengundi sebelum pilihanraya umum ke 13, yang mungkin akan diadakan pada November ini.


Semua tertumpu kepada destinasi Anwar yang seterusnya- Johor, tempat lahirnya Umno yang juga merupakan kubu kuat BN.

Tidak percuma TETAPI sudah habis dijual

Memandangkan reaksi yang agak ganas dari penyokong Umno-BN di Melaka, yang cuba menyekat konvoi bas pada hujung minggu untuk masuk, suatu pertemuan yang mendebarkan akan dijangka apabila Anwar mula menjelajahi Johor pada Jumaat, 14 September ini (Jelajah Bas Anwar Ibrahim).


"Tiada perubahan dalam rancangan langsung. Kami tidak akan takut pada samseng politik yang cuba bermain kasar kerana dengki. Rakyat Johor sedang memerhati dan mereka adalah penentu apa jenis politik yang mereka mahu bertapak di negeri mereka," ketua PKR Johor Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.

"Anwar akan melawat beberapa bandar bersama-sama pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lain dan pada waktu malam, kami akan mengadakan makan malam terbesar yang belum pernah disaksikan oleh rakyat Johor. Ini adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada rakyat di negeri ini kerana sokongan dan semangat yang diberikan kepada kita semasa ceramah sejak setahun yang lalu. Memang ia bukanlah percuma, tetapi ianya bertujuan untuk mengutip dana, tetapi rakyat Johor akan berpeluang untuk berkumpul dan bertemu serta mendengar sendiri amanat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. "

Sudah, 800 meja telah dijual sepenuhnya. Makan malam yang dianjurkan oleh bahagian Jui Meng ini akan diadakan di tempat letak kereta Sutera Mall di Skudai. Jadual lawatan Anwar belum ditetapkan lagi tetapi lawatan mungkin akan bermula di Ledang pada pukul 11 pagi.

Terancam


Johor, dan juga Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak disifatkan sebagai 4 negeri dalam senarai paling terancam BN. Pakatan dijangka membuat kejutan besar di empat negeri ini semasa PRU ke-13 nanti.

Johor mempunyai 26 kerusi Parlimen dan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri. Dalam pilihan raya umum 2008, BN Johor kehilangan hanya satu kerusi parlimen dan 6 kerusi Dewan Undangan Negeri. Ia telah banyak menyumbang dalam mengekalkan kekuasaan BN, sebab itulah ia dikenali dengan nama "kubu" Umno-BN.

Tetapi langit tidak kekal cerah bagi BN selepas itu. Bukan sahaja Umno kehilangan sokongan orang Melayu, tetapi parti komponen BN iaitu MCA, Gerakan dan MIC mungkin akan lenyap selepas PRU ke-13 kerana pengundi sudah muak dan melarikan diri dari parti-parti ini.

"Untuk mendapatkan gambaran bagaimana Johor berada dalam keadaan yang mencemaskan bagi BN, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk meneliti bilangan kerusi yang dipegang oleh MCA, MIC dan Gerakan di sini. Selebihnya dipegang oleh Umno dan jika anda telah menghadiri ceramah Pakatan dan memerhatikan kadar peratusan Melayu yang besar, maka anda akan memahami kenapa Umno mula panik," kata Jui Meng.

"Ia juga begitu ketara bahawa PAS cukup yakin untuk menggunakan Naib Presidennya Salahuddin Ayub untuk bertanding kerusi DUN di sini supaya jika Pakatan menang di Johor, Salahuddin akan menjadi ketua menteri dan begitulah yang ditetapkan oleh Pakatan."

7 daripada 15 kerusi Parlimen dan 12 daripada 35 kerusi Dewan Undangan Negeri bagi MCA adalah di Johor. Bagi Gerakan, salah satu daripada dua kerusi parlimen dan 2 daripada empat kerusi Dewan Undangan Negeri mereka berada di Johor. Begitu juga MIC, satu daripada tiga kerusi Parlimen dan empat daripada tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri berada di Johor. Selebihnya dipegang oleh UMNO.

Malaysia Chronicle


Read More...

31 July 2012

"Sebuah negeri yang kaya-raya, pesat membangun rupa-rupanya indah khabar dari rupa,”

JOHOR BAHRU - “Saya tak sangka negeri yang terkenal sebagai sebuah negeri yang kaya-raya, pesat membangun rupa-rupanya indah khabar dari rupa,” ujar artis Dayangku Intan kepada Harakah.

Dayangku Intan kini berada di Johor sejak tiga minggu lalu bersama PKR negeri itu untuk turun ke bawah termasuk menyampaikan sumbangan kepada golongan miskin di negeri itu.

Katanya, rakyat negeri itu walaupun kawasan bandar hidup mereka begitu dhaif, lebih miskin dari masyarakat Kelantan.


“Saya heran media dan pemimpin BN dok kutuk Kelantan kononnya negeri itu dikatakan miskin, rakyat susah, tetapi sepanjang tiga minggu Intan di beberapa kawasan di negeri ini, sebenarnya indah khabar dari rupa.

“Negeri kaya, kaya dengan rasuah nak buat apa, tentu tak berkat,”ujarnya.

Menurutnya, dengan pendapatan RM150 sebulan sumbangan kerajaan negeri, mana mencukupi untuk mereka menyara hidup sebulan, apa lagi dengan harga barangan keperluan semakin tinggi.

Sambungnya, berlainan Kelantan negeri miskin tetapi rakyatnya kaya raya kerana keberkatan pemimpinnya yang berlandaskan Islam disamping menjaga harta rakyat.

katanya, beberapa tempat telah beliau turun bersama pimpinan PKR negeri termasuk PAS untuk menyumbang pada mereka yang memerlukan.

Beliau memberitahu, hasil sumbangan dari rakan-rakan termasuk sumbangan zakat, beliau kumpul untuk diagihkan pada masyarakat di negeri itu.

Pada masa yang sama beliau turun untuk berkempen bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU 13) akan datang di negeri itu.

Selain menyampaikan ceramah, beliau turut menyampaikan risalah-risalah berkenaan Pakatan Rakyat dan mendedahkan korupsi yang telah dilakukan oleh kerajaan BN.

Jelasnya, dalam soal ini ada yang memberi respon yang baik ada yang sebaliknya.

“Tetapi tak apalah, kita doakan saja semoga yang tidak boleh menerima akhirnya dapat bersama kita, insyaallah perbanyakkan doa di bulan Ramadan,”ujarnya.

Sehubungan itu, Intan turut mengingatkan penceramah Pakatan Rakyat khususnya PAS dan PKR supaya menjaga perilaku serta menggunakan bahasa yang lunak sepanjang Ramadan sewaktu berceramah.

Semoga kebaikan bulan Ramadan yang diamalkan dapat diteruskan sebaiknya selepas itu, katanya.

http://mimpi-senja.blogspot.com/2012/07/sebuah-negeri-yang-kaya-raya-pesat.html


Read More...

09 July 2012

Uncle Seeker bakal ke tali gantung disebabkan sekilo dadah..

ESOK lusa, Uncle Seekers dikenal pasti sebagai mafia dadah atau dijumpai banyak dadah di rumah selebriti itu.

Dengan hal demikian, membolehkan "Hang Jebat" itu ke tali gantung.

Bahana lawan Raja...

Air kencing Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas hari ini disahkan positif dadad selepas direman semalaman oleh polis Johor.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Asisten Komisioner, Mohd Akhir Ishak berkata, Syed Abdullah yang direman bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya didakwa memfitnah Sultan Johor itu positif mengambil dadah jenis morfin.

"Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," kata kenyataan jabatan itu.

Ujian air kencing dijalankan pada jam 1.25 tengah hari tadi. Beliau kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.

Laporan dibuat dan kes disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya dibawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Sesiapa yang ada pengalaman bangkang polis time road block, mula-mula minta lesen. Selepas itu, minta roadtax. Kalau mereka tak puas hati, minta test air kencing (urinalysis). Tak dan apa-apa, terus diberitahu 'positif dadah', lepak di lokap sampai seminggu dan dinafikan hak untuk hubungi waris atau majikan. Last-last, kena buang kerja. Polis yang pernah buat kerja ini, memang HARAM JADAAAH!!!" Tak tumbuh tak melata..tak sungguh org tak kata..

Dipetik dari - Sharpshooter


Read More...

06 July 2012

Polis Kata Uncle Seekers Positif Dadah Morfin

Polis Johor mengesahkan hasil ujian air kecing terhadap pengendali blog Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas, yang ditahan reman sejak semalam, positif dadah.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Asisten Komisioner, Mohd Akhir Ishak berkata, Syed Abdullah yang direman bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya didakwa memfitnah Sultan Johor itu positif mengambil dadah jenis morfin.


"Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," kata kenyataan jabatan itu.

Ujian air kencing dijalankan pada jam 1.25 tengah hari tadi. Beliau kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.

Laporan dibuat dan kes disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya dibawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Uncle Seekers yang didakwa memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melalui laman blognya, ditahan reman empat hari.

Beliau ditahan polis di Senawang kelmarin, Perintah tahanan reman ke atas beliau bersama seorang wanita dipercayai teman wanitanya, Siti Nadhirah Mohd Zain, 26, dikeluarkan oleh Majistret Md Isa Mohamed di Mahkamah Majistret Johor Bahru .

Kedua-dua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.


Read More...

Video - Uncle Seekers gembira ditahan Polis


Read More...

05 July 2012

PANAS - Akhirnya Uncleseekers Ditahan Polis

Sekitar jam 10 malam tadi, blogger Uncleseekers, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas telah ditahan olih pihak polis. Seekers kemudiannya dibawa ke balai polis Senawang, Negeri Sembilan.

Update - Blogger Uncleseekers yang telah ditahan polis Senawang sekitar jam 10 malam tadi, sekarang ini dalam perjalanan balik kampong. Bedanya, selalunya beliau berkereta sendiri ke Johor Bahru tetapi malam ini Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas ke Johor Bahru dibawa olih kereta polis.

Diyakini Uncleseekers akan dihantar untuk ditahan di Balai Polis Nusajaya, Johor Bahru sementara "adik" masih ditahan di balai polis Senawang.

kerajaanrakyat

Read More...

03 July 2012

Biarkan Anjing Tu Menyalak Semahunya..

Tunku mahkota enggan ulas dakwaan Uncle Seeker

Gambar yang dipaparkan
di blog uncleseekers.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim enggan menjawab dakwaan oleh penulis blog Syed Abdullah Hussein Al-Attas yang didakwa mengaibkan ayahandanya Sultan Iskandar.

"Biarlah anjing itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu kebenarannya," katanya dalam satu tulisan di Twitter hari ini.

"Mengapa saya harus beri reaksi kepada (dakwaan) karut," katanya lagi apabila ditanya mengenai dakwaan Syed Abdullah yang juga dikenali dengan nama Uncle Seeker.


Beliau berkata demikian apabila menjawab soalan seorang lagi pengguna Twitter berhubung tindakan yang akan diambil ke atas Syed Abdullah.

"Apabila orang ingin menjatuhkan anda, ia hanya bermakna anda berada dia atas mereka, maka jangan sedih," katanya lagi.

Laporan Bernama pada Ahad lalu menyebut, tiga puluh individu membuat laporan polis ke atas Syed Abdullah berhubung penyiaran tulisan di blog uncleseekers.blogspot.com itu.

Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa supaya menutup blog yang didakwa menyiarkan "dokumen sulit" itu.

Laporan berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan dakwaan yang ditimbulkan Syed Abdullah. - Mkini



Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas