Campur tangan Umno BN yang keterlaluan dan meluas dalam Kementerian Pertahanan merosakkan sistem dan tugas profesionalisme tentera, kata Briged Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad.
Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) itu, berkata masalah itu bukan baru, sebaliknya sudah membuak dari dulu lagi berikutan kerakusan pemimpin Umno.
“Campur tangan melampau hinggakan pegawai kerajaan susah untuk menjalankan tugas masing-masing. Ini pencabulan terhadap golongan profesional.
“Ia berlaku secara berleluasa dan perlu diperbetulkan supaya mereka bebas berfikir, buat secara berilmu. Mereka ada pengalaman.
“Tapi orang politik yang duduk di kerusi menteri tak hargai kebolehan pegawai kerajaan,” katanya yang bimbang kerosakan itu menjahanamkan negara.
Beliau berkata demikian ketika berucap depan lebih 3,000 rakyat dalam program Siri Jelajah Merdeka Rakyat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Rekreasi, Keramat Wangsa, 16 Februari lalu.
Turut berucap, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (Darat); Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab (Udara).
Menyedari ia serius dan tidak diatasi, beliau menyertai perjuangan Pakatan Rakyat demi membaiki kerosakan itu dengan melalui perubahan politik.
Memberi contoh, beliau dipanggil pihak atasan kerana membenarkan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyampaikan khutbah di Kem Tentera Desa Pahlawan, Bukit Cina, Kelantan.
“Anggota Kagat yang pernah ikuti kuliah Tok Guru di Madhad al-Muhammadi minta baca khutbah sebagai tanda hormat. Lagipun beliau Menteri Besar.
“Sebaliknya, orang atasan jadikan isu dan mempersoal tindakan Kagat benarkan Nik Aziz baca khutbah dan bersolat di kem tentera.
“Inilah cara berfikir yang rosak. Mereka fikir gunakan akal ketua bahagian Umno. Kita perlu keluar dari kepompong, buat perubahan,” katanya.-Keadilandaily
19 February 2013
Umno campur tangan dalam pentadbiran tentera – Brig Jen (B) Najmi
18 February 2013
Video Panas Pengumuman Dr Haron Din Keluar Pas
Sila Dengar Sampai Habis..
Video di rakam pada jumaat 15 febuari 2013... Di Masjid Kg Banggol Peradung Kuala Terengganu... Menjadi saksi kebenaran bahawa ustat haron din keluar dari pas... Saksikan... tengok video nih dari awal sampai abis.. Pasang speaker kuat2 sikit... dan kenali watak sebenar ustat haron din...
Kredit - AstanaKandis
17 February 2013
Kerana Sokong Pakatan Jeneral Difitnah Dalang Enjin Jet Hilang
HULU KELANG 17 FEB: Seorang bekas jeneral angkatan tentera udara yang sekarang aktif di dalam PKR difitnah sebagai dalang di dalam kes kecurian enjin jet lima tahun dahulu.
Dipercayai fitnah terhadap Briged Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Al- Khatab dilakukan bagi menakutkan dan mencalar reputasinya supaya beliau berhenti daripada mendedahkan penyelewangan yang berlaku di dalam institusi ketenteraan.
Fitnah tersebut disebarkan melalui risalah pada siri ceramah Jelajah Merdeka Rakyat bersama bekas pegawai tinggi tentera yang lain dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Rekreasi, AU3 Keramat, malam tadi.
Risalah tersebut cuba mengaitkan Abdul Hadi dalam skandal dua enjin F-SE jet Northrop yang dicuri dari sebuah pengkalan udara tentera pada tahun 2007.
Kedua-dua enjin tersebut didakwa dijual di pasaran gelap untuk sebuah syarikat di negara Uruguay.
“Masa nak datang sini, saya dapat satu risalah fitnah mengenai ketenteraan yang disebar, jangan cuba cabar kesabaran saya, saya tidak gentar dan takut.”
Abdul Hadi mencabar Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya mendedahkan dalang sebenar dalam skandal kehilangan enjin jet F-SE pada tahun 2007 lalu.
Beliau juga menuntut penjelasan daripada Panglima Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengenai skandal itu.
“Saya nak beritahu Zahid Hamidi, saya nak tanya kepimpinan angkatan tentera yang ada sekarang, saya nak tanya bekas Panglima Angkatan Tentera yang dah bersara.
“Dia bertanggungjawab, saya nak cabar dia, kalau dia berani, jangan permainkan orang, kalau saya takut saya tidak berani berdiri dihadapan ini, cabar saya dimana-mana,” tegasnya.
Sehingga kini mahkamah tidak dapat memberi apa-apa keputusan mengenai kehilangan enjin jet tersebut, kata Abdul Hadi yang merupakan Pengerusi Majlis Rundingan Keselamatan PKR.
“Kes seperti Scorpene, pembelian helikopter dan banyak lagi sehingga hari ini tidak ada jawapannya, masa depan negara dan generasi akan datang bergantung pada PRU-13,” katanya dihadapan hampir 4,000 hadirin.
Ceramah itu turut disertai mantan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, mantan Pengarah KAGAT, Briged Jeneral (B) Datuk Najmi Abdul Hamid, dan Laksamana Pertama (B) TLDM, Imran Abdul Hamid.
Ceramah 4 Jeneral ATM Bersama Pakatan Malam Tadi..
KUALA LUMPUR 17 FEB: Hanya perubahan di peringkat kerajaan Persekutuan dapat mendedahkan pelbagai penyelewengan berkaitan pembelian kelengkapan ketenteraan, kata Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab.Pengerusi Majlis Perundingan Keselamatan Tentera KEADILAN itu mengajak semua anggota tentera termasuk pesara supaya melakukan perubahan politik demi kebaikan negara.“Ada 250,000 bekas pesara tentera di negara ini.
Semuanya harus bersama melakukan perubahan. Hanya melalui perubahan politik, segala salah laku Umno BN melibatkan ketenteraan, dapat didedah.“Kes seperti Scorpene, pembelian helikopter dan banyak lagi sehingga hari ini tidak ada jawapannya. Masa depan negara dan generasi akan datang bergantung pada PRU 13.
“Kalau mahukan jawapan, ayuh bersama-sama menyumbangkan undi kepada Pakatan Rakyat kerana kita boleh membongkar segala penyelewengan selama ini,” katanya.Beliau berkata demikian depan lebih 3,000 rakyat dalam program Siri Jelajah Merdeka Rakyat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Rekreasi, Keramat Wangsa, malam tadi.
Ia turut disertai tiga lagi bekas pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (Darat); Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat).Dalam pada itu, Hadi turut mencabar Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya mendedahkan dalang sebenar dalam skandal kehilangan enjin jet F-SE pada 2007.“Sebelum tiba, saya dapati banyak risalah fitnah mengenai ketenteraan disebar.
Jangan cuba cabar kesabaran saya. Saya tidak gentar dan takut. Jangan cuba bermain fitnah.“Saya cabar Zahid Hamidi dan Panglima Tentera Udara (Diraja Malaysia) beritahu, siapa hilangkan enjin jet itu? Saya mahu menteri jawab, saya cabar jawab,” katanya. ~keadilandaily
16 February 2013
Dr. Harun Din - UMNO/BN Akan Tersungkur Dengan Izin Allah
Laman Pro Kerajaan banyak membicarakan pasal Dr Harun Din akan keluar PAS. Dakyah yang dimainkan supaya orang merasakan PAS telah tergelincir daripada landasan asal. Gambar Dr Harun Din dengan Dr Hassan Ali dijadikan sandaran kononnya wujud pertemuan.
Laman Mummy Rokiah dalam nada sama juga menulis agar Dr Harun kekal. Semuanya adalah mainan politik bagi mereka yang buntul idea dan isu.
Semalam Dr Harun di Banggul Paradung, Terengganu dalam ceramah PGU 7.0 adalah PGU terakhur di Terengganu.
Antara lain Dr Harun Din menyebut UMNO/BN akan jatuh tersungkur dengan izin Allah dalam PRU 13 nanti kerana 50 tahun UMNO/BN telah diberikan amanah tapi dia mengkhianati Islam dan amanah ALlah.
Dr Harun Din ibaratkan UMNO ini buah yang sudah masak, kalau tak dijolok pun dia boleh jatuh sendiri.
Insya ALlah PAS akan akan metadbir dengan baik, adil jika diberikan peluang untuk memerintah selepas PRU13 nanti kata Dr Harun Din.
Walaupun hujan begitu lebat pada petang sebelum itu menyebabkan semua kawasan PGU 7.0 menjadi becak dan berselut/lumpur tapi kehadiran ceramah semalam cukup ramai.
4 Jeneral Tentera Sertai Pakatan Rakyat
Lt. Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (Darat), Brig. Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab (Udara), Laksamana Pertama (B) Haji Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig. Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat) semuanya secara terbuka menyokong Pakatan Rakyat.
Kesemua mereka akan berceramah bersama Dato Seri Anwar Ibrahim di Taman Rekreasi Jalan 1/56, AU 3, Keramat Wangsa, jam 8 malam hingga 12 tengah malam pada 16 Februari ini.
Kalau Jeneral-jeneral sudah sokong PR takkan Prebet dan bekas-bekas tentera pangkat bawah masih menyokong BN.
HARON DIN KELUAR DARI PAS!!!...Fitnah Terbaru Blogger UMNO
Timbalan Mursyidul Am Pas iaitu Tuan Guru Dato' Dr Haron Din dikhabarkan telah keluar dari Pas.
Beliau dikatakan meninggalkan Pas kerana tak berpuas hati dengan campurtangan DAP khususnya Karpal Singh terhadap keputusan Isu Kalimah Allah yang dibuat oleh Majlis Syura Pas. - Blogger Pencacai Umno
Baca FB Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
KANGAR – Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din disahkan akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang di negeri ini.
Mengesahkan perkara itu, Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin berkata, pihaknya sudah mengemukakan tawaran bertanding kepada Haron dan mendapat maklum balas positif.
“Kita beri tawaran ini sejak 2011 lagi dan terbaru, tahun lalu. Beliau jawab secara positif menyatakan kesediaan untuk bertanding kali ketiga walaupun sudah tewas dua kali sebelum ini,” katanya.
Dato Dr Haron Din Masih Bersama PAS Dan Akan Bertanding Di PRU 13 Nanti....InShaAllah.... Ini Sekligus Menolak Fitnah Yang Dilemparkan Oleh Media2 Lidah Biawak Tajaan UMNO/BN Yang Mengatakan Dato Dr Haron Din Akan Meninggalkan PAS...
Baca lagi - harian-metro-online
14 February 2013
PANAS - Brigadier General, Leftenan Jeneral, Laksamana Pertama angkatan tentera Darat, Laut, Udara sertai Pakatan Rakyat
Sekalipun mereka telah bersara, pengaruh, ilmu serta pengalaman mereka pastinya dapat sama membantu Pakatan Rakyat dalam usaha menentang kezaliman regim zalim Umno BN demi menyelamatkan negara Malaysia tercinta daripada terus dirakusi dan rakyat dikhianati.
PERAK 14 FEB: Belum pernah berlaku dalam sejarah negara, pegawai tertinggi tentera termasuk berpangkat jeneral bersama pembangkang bagi memastikan Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya dari Umno BN, secara aman.
Antaranya, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (Darat), Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab (Udara), Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat).
Berucap pada Siri Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Gapis, Padang Rengas di sini, Anwar berkata mereka akan hadir program Pakatan pada 16 Februari depan di Kuala Lumpur.
“Mereka bukan sahaja menyokong bahkan memberi jaminan bahawa peralihan kuasa akan berlaku secara aman dan tenteram.
“Penampilan mereka bertujuan menarik sokongan tentera dan bekas tentera bersama-sama menyokong Pakatan demi memastikan nasib dan masa depan lebih cerah untuk semua anggota,” katanya.
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2013/02/brigadier-general-leftenan-jeneral.html
29 January 2013
Keluar Umno Setelah Dengar Ceramah Abdullah Saamah
TANAH MERAH: Di Pasir Gudang sembilan bilik gerakan Umno ditutup, di Pengkalan Chepa ahli di peringkat cawangan mendesak ketua bahagian meletak jawatan.
Manakala di Bendang Nyiur Dun Kemahang malam tadi 111 ahli dan penyokong Umno menyertai PAS.
Kumpulan ahli dan penyokong Umno itu diketuai Ketua Pemuda Umno Cawangan Bendang Nyiur A, Ali Lizon Isa, 45. Turut menyertai PAS 11 lagi adik beradik dan emaknya Che Som Mamat.
Ali yakin lebih ramai lagi akan mengikut jejak langkahnya menjelang pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan bila-bila masa dari sekarang.
Beliau mengetuai sayap pemuda Umno di cawangan berkenaan sejak dua penggal lalu, sebelum itu memegang jawatan timbalan ketua pemuda Umno cawangan.
“Segalanya bermula selepas saya mendengar ceramah penceramah Umno Abdullah Saamah (gambar) dari Geting, Tumpat tidak jauh dari rumah tahun lepas.
“Ketika itu penceramah yang disebut sebagai ustaz itu mencerca Menteri Besar Kelantan sehingga bagi saya langsung tidak masuk akal.
“Bermula dari situlah jiwa saya mulai pudar untuk terus berjuang bersama Umno kerana penceramahnya menabur fitnah tanpa berlapik langsung,” katanya ditemui di program berkenaan.
Pada majlis itu beliau menyerah borang menyertai PAS kepada Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud. Hadir sama Adun Kemahang, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman, Adun Bukit Panau, Datuk Abdul Fattah Mahmood.
Selain itu Penyelaras NGO Jingga 13, Fariz Musa dan bekas Setiausaha Gerakan Kelantan, Lau Chin Chua.
Bendang Nyiur sebelum ini dianggap kubu Umno. Malam tadi menyaksikan kehadiran begitu ramai penduduk tempatan sehingga memenuhi ruang padang.
Ali yang bekerja sendiri kini sudah berpatah arang berkerat rotan dengan Umno.
Ketika ucapan ringkasnya sebelum itu Ali berkata, Umno sudah terlalu penat bagi menghadapi pelbagai kerenah ahli dan penyokong.
Sebelum ini pada 15 Januari lalu seramai 43 ahli dan penyokong Umno di Kampung Gobek, Dun Gual Ipoh meninggalkan parti lama dan menyerah borang menyertai PAS.
Mereka diketuai Sudin Nuh, 37 menyerahkan borang kepada Nasuruddin, yang juga Adun Meranti.
19 January 2013
Harun Taib: Saya tidak akan tinggalkan Pas
KUALA TERENGGANU – "Saya tidak akan tinggalkan Pas. Tidak ada sebab untuk saya tinggalkan parti ini!"
Demikian tegas Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib ketika menafikan dakwaan dalam sebuah blog bahawa beliau dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din akan meninggalkan Pas.
Beliau berkata, dakwaan itu sama sekali tidak benar kerana Pas adalah platform beliau untuk memperjuangkan agama Islam sejak dulu lagi.
“Mana boleh tinggal Pas. Pas perjuangan saya, wadah perjuangan saya," kata Adun manir itu.
Artikel yang diterbitkan 10 Januari lalu dalam blog terbabit menyebut, kedua-dua pemimpin Pas itu akan mengumumkan tindakan keluar parti sedikit masa lagi kerana membantah sokongan Pas terhadap permintaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng agar Bible berbahasa Melayu dibenarkan menggantikan perkataan tuhan kepada ALLAH.
Memetik blog terbabit, Haron Din dilaporkan telah bercakap kepada beberapa orang rakan rapat beliau, bahawa beliau secara serius mempertimbangkan untuk keluar dari Pas dan menumpukan sepenuhnya kerja-kerja dakwah beliau.
Sementara Harun Taib telah dinasihatkan rakan-rakan rapat beliau agar kekal dalam Pas, walaupun tidak sependapat dengan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mereka juga berharap Harun Taib harus kekal dalam Pas bagi mengimbangi sokongan ahli Pas yang masih mempercayai perjuangan menegakkan Islam parti tersebut.
Artikel bertajuk ‘Dua Harun bakal tinggalkan Pas?’ itu dipercayai diterbitkan semasa kontroversi isu kalimah ALLAH, sebelum ia diputuskan Majlis Syura Pas yang tidak membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam kitab Injil pada 13 Januari lepas dan mendapat lebih 150 komen daripada pelawat blog.
Mengulas isu kalimah ALLAH, Harun berkata, kenyataan yang dibuat beliau sebelum keputusan Majlis Syura dikeluarkan langsung tidak bercanggah dengan pendirian Abdul Hadi dan juga Nik Aziz.
18 January 2013
Mantan Ketua Daerah Kinabatangan sertai PAS
KINABATANGAN: PAS Sabah sekali lagi mencatat kejayaan besar sebelum bertempur di ‘medan perang’ Pilihanraya Umum ke-13 akan datang apabila mantan Ketua Daerah Kinabatangan menyerahkan borang menyertai PAS dalam satu Himpunan Selamat Tinggal BN di Kg. Batu Putih dekat sini, petang tadi.
Ahdah Sulaiman yang juga bekas calon Bebas dalam PRU 2008 turut mewakili 360 orang lagi menyerahkan borang menyertai PAS kepada Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Dalam ucapan ringkasnya, beliau memberikan kata semangat dengan mengajak seluruh rakyat Kinabatangan bersama meninggalkan Barisan Nasional yang sudah lama bertapak di Sabah.
“Kita menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran selama 18 tahun Umno BN di Sabah ini.
“Umno BN telah gagal membawa pembangunan ekonomi kepada rakyat Sabah terutama di kawasan ini,” ujar beliau.
Dalam PRU12, Ahdah bersama lapan calon lain termasuk seorang calon PAS, Imran Ibrahim dan Datuk Saddi Abdul Rahman (BN) merebut kerusi DUN Sukau. Beliau memperoleh undi tertinggi dengan mendapat 1,171 undi berbanding calon PAS, hanya sebanyak 76 undi sahaja. Manakala calon BN pula mendapat 3,278 undi dengan kemenangan majoriti sebanyak 2,107 undi.
Himpunan ini turut dihadiri Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin, Dr. Mohd Hatta Ramli, Aminuddin Aling (Pesuruhjaya PAS Sabah), Lahirul Latigu (Ketua Pemuda PAS Sabah), ahli jawatankuasa PAS Sabah dan rakan-rakan Pakatan Rakyat Sabah yang terdiri Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) dan masyarakat setempat.
15 January 2013
Adun Pulau Tikus nafi keluar DAP
GEORGETOWN - Adun Pulau Tikus, Koay Teng Hai yang digantung keahliannya dalam DAP mengumumkan menjadi ‘Adun bebas’ buat sementara waktu sehingga tempoh hukuman tamat.
Beliau yang dikenakan tindakan penggantungan itu selepas tidak menghadiri persidangan Dun pada 1 November lalu bagaimanapun menafikan keluar daripada DAP.
Teng Hai berkata, beliau akur dengan keputusan parti yang menggantung keahliannya selama enam bulan namun beliau akan mengemukakan rayuan kepada jawatankuasa disiplin parti itu.
“Berdasarkan peraturan parti, mana-mana ahli parti yang digantung keahlian tidak boleh mewakili DAP sehingga tempoh penggantungan tamat.
“Sebagai Adun saya akan tetap berkhidmat untuk rakyat sehingga Dun dibubarkan,” katanya pada sidang media yang diadakan di sini semalam.
Minggu lalu, Jawatankuasa Disiplin Kebangsaan DAP membuat keputusan menggantung keahlian parti ke atas Teng Hai selama enam bulan kerana tidak akur kepada arahan parti supaya menghadiri sidang Dun.
Ini kerana, tindakan Teng Hai itu menyebabkan kerajaan negeri hampir kehilangan majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk meminda Perlembagaan Negeri Pulau Pinang bertujuan menyekat Adun melompat parti.
Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Tan Kok Wai dipetik berkata, Teng Hai dikenakan tindakan itu kerana gagal mematuhi arahan menghadiri sidang Dun untuk menyokong pindaan Perlembagaan Negeri meluluskan rang Undang-Undang Anti Lompat Parti yang memerlukan sekurang-kurangnya 27 undi.
Mengulas mengenai perkara itu, Teng Hai berkata, beliau tidak menyangka ketidakhadirannya dalam sidang Dun lalu mendatangkan kesan kepada usaha kerajaan negeri meminda Perlembagaan Negeri.
“Saya tidak tahu pun kehadiran saya amat diperlukan ketika proses pengundian bagi meminda perlembagaan dan saya akui ia adalah satu kesilapan. Saya sudah pun meminta maaf kepada jawatankuasa disiplin parti,” katanya.
Sementara itu, Speaker Dun, Datuk Abdul Halim Hussain ketika dihubungi Sinar Harian berkata, beliau tidak menerima sebarang laporan daripada DAP mengenai penggantungan keahlian Adun Pulau Tikus itu.
Menurutnya, sebarang keputusan mengenai status Teng Hai hanya akan dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada DAP.
“Saya hanya mengetahui perkara ini melalui media sahaja namun sehingga hari ini belum menerima laporan dari DAP.
“Difahamkan dia (Teng Hai) juga diberikan tempoh untuk membuat rayuan mengenai keputusan jawatankuasa disiplin partinya itu, jadi kita tunggu laporan dari DAP,” katanya. - SinarHarian
01 January 2013
Bekas Ketua Umno Di Pentas Pas..
Bekas Ketua Pemuda UMNO Kelantan Dr Zaiyadi Awang Noh akan berceramah di pentas PAS pada hari Khamis, 10hb Januari 2013 Jam 9.00 malam di Kg Beris Lalang.
Dr.Zaiyadi Awang Noh adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan dan pernah bertanding di Parlimen Bachok atas tiket BN tapi kalah kepada calon PAS, Ustaz Nasharuddin Isa, mantan Timbalan Presiden PAS.
Kini dilantik oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengerusi AMANAH Negeri Kelantan, dalam satu majlis anjuran UTTV Cakna UT di Kelantan Trade Center KTC pada tahun 10 April 2012 lalu.
31 December 2012
TERKINI - 400 ahli UMNO sertai PKR
KETUA Umum Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata terdapat beberapa sebab mengapa sejak kebelakangan ini ramai di kalangan ahli-ahli parti komponen BN/UMNO meninggalkan parti masing-masing kemudian mereka menyertai parti pakatan rakyat khususnya Parti KeAdilan Rakyat (PKR) kerana mereka sudah hilang keperpayaan langsung dan muak terhadap pucuk pimpinan BN/UMNO untuk terus menjadi tampuk pemerintahan di negara ini khususnya di Sabah.
Ini jelas kata Anwar kemasukan beramai-ramai ahli-ahli parti komponen BN khususnya PBS kawasan Sekong yang membabitkan 15 cawangan dan melibatkan seramai 400 orang termasuk 200 ahli-ahli UMNO cawangan Kampung Tinosa kawasan Libaran menunjukkan mereka telah menolak perjuangan UMNO/BN yang tidak jelas banyak janji-janji dilafazkan oleh wakil-wakil rakyat tetapi tidak pernah ditetapi.
Katanya lagi, beberapa cawangan PBS dan UMNO yang keluar dan menyertai parti Pakatan Rakyat ialah iaitu PBS cawangan Shing Kee di ketuai Dalius Lusius Lobinting; cawangan Bangsawan Osman Jambu; Pemuda Bahagian Karamunting Suhardi Awang; Wanita bahagian PBS Faridah Selamat; PBS Karamunting Baru Atang Usop; PBS Cawangan Kg Segaliud Kalana Hj Basah; PBS Cawangan Kg Gas, Imam Abdul Rahman Asan; PBS Cawangan Kg Gas Tengah Nasib Jaapar dan Cawangan UMNO Kampung Tinosa II Manguna Hamzah.
Anwar berkata demikian sejurus selepas merasmikan Konvensyen KeAdilan Rakyat Gabungan Cabatan Parlimen Libaran dan Batu Sapi dan majlis Penyerahan Borang-Borang Keahlian kemasukan ke PKR yang dilangsungkan di Dewan SM Yu Yuan Sandakan petang kelmarin.
Katanya, rakyat sudah bosan dengan janji-janji manis para pemimpin BN/UMNO yang banyak menabur janji tetapi yang ditunaikan tidak sampai 40 peratus itupun hanya kroni-kroni mereka sahaja yang mendapat keistimewaan, yang selebihnya telah dianak tirikan.
“Seperkara lagi saya ingin tegaskan, sesiapa saja diletakan calon; sama ada di kawasan luar Bandar dan kawasan Bandar; sama ada daripada PKR, DAP, PAS dan SAPP yang bertanding pada PRU 13 nanti; semua anggota parti PR, wajib saling bantu membantu untuk mempastikan calon-calon daripada pembangkang memperoleh kejayaan dan merampas semua kerusi milik BN/UMNO,” tegasnya.
Program yang dimulakan dari jam 1.30 dan berakhir jam 5.40 petang telah dihadiri seramai 4,000 orang yang terdiri daripada ahli-ahli Pakatan Rakyat yang membabitkan PKR, DAP, PAS dan SAPP.
Turut Hadir ialah Tan Seri Ibrahim Ninuddin, Zuraidah Kamaruddin Ketua Wanita KeAdilan Malaysia dan Ketua Sri Kandi Cabang Semporna Nazmahwati Walli.
11 December 2012
Umno seleweng punca Tengku Azlan sokong Pakatan
KUALA LUMPUR 11 Dis: Pengerusi KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman tidak menolak kemungkinan punca Ahli Parlimen Jerantut, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar menyokong Pakatan Rakyat walaupun masih bersama Umno kerana sedar parti itu menyeleweng.
“Sikap terbuka Tengku Azlan yang menyenangi perjuangan Pakatan Rakyat disebabkan beliau sedar Umno sekarang tersasar daripada landasan sebenar.
“Saya percaya apa yang dinyatakan itu ikhlas dari hatinya. Sudah pasti beliau menyertai politik tanpa ada kepentingan kerana pangkat, harta semuanya beliau miliki,” katanya kepada Keadilan Daily.
Fauzi berkata, Tengku Azlan juga mungkin menyedari penubuhan Umno atas kepentingan rakyat kini medan untuk mencari kemewahan.
“Umno sekarang adalah ciptaan Tun Mahathir (Mohamad) kerana parti itu pernah diharamkan suatu masa dahulu.
“Pemimpin Umno dulu berjuang memartabatkan Islam dan kemerdekaan negara. Inilah bezanya dengan pemimpin Umno sekarang,” kata Fauzi.
“Saya pasti beliau boleh lihat apa yang berlaku dalam Umno sekarang,” ujarnya.
Semalam, Tengku Azlan yang juga Ketua Umno Bahagian Jerantut, mengakui menyokong perjuangan Pakatan.
Adik kepada Sultan Pahang itu yakin dengan hala tuju Pakatan yang disifatkannya lebih berani bertemu rakyat bagi menerangkan dasar mereka untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Katanya, tindakan mesra rakyat itu bukan sahaja berjaya meraih undi untuk Pakatan, malah lebih senang mendekati pengundi dengan tawaran menarik.
http://www.keadilandaily.com/?p=41020
10 December 2012
PANAS - Ahli Parlimen Jerantut Keluar Umno
Ahli parlimen Jerantut, Pahang yang juga merupakan bekas timbalan menteri pengangkutan di era pemerintahan rejim bekas perdana menteri kelima, Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar mengisytiharkan dirinya keluar Umno berkuat kuasa semalam.
Dalam satu laporan yang dipetik melalui akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai, Tengku Azlan yang merupakan adinda kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pernah mengisyaratkan bahawa dirinya tidak akan bertanding semula mempertahankan kerusi parlimennya kira-kira dua bulan lalu menerusi satu temubual bersama sebuah akhbar berbahasa Melayu ketika itu.
Ahli parlimen Jerantut, Pahang yang juga merupakan bekas timbalan menteri pengangkutan di era pemerintahan rejim bekas perdana menteri kelima, Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar mengisytiharkan dirinya keluar Umno berkuat kuasa semalam.
Dalam satu laporan yang dipetik melalui akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai, Tengku Azlan yang merupakan adinda kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pernah mengisyaratkan bahawa dirinya tidak akan bertanding semula mempertahankan kerusi parlimennya kira-kira dua bulan lalu menerusi satu temubual bersama sebuah akhbar berbahasa Melayu ketika itu.
Sumber - JalanPulang
08 December 2012
Zahrain kembali ke pangkuan Umno
Bekas pemimpin PKR, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim hari ini menyerahkan surat sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan niatnya untuk menyertai semula Umno, lapor TheStar online.
Beliau dilaporkan membawa bersama 346 ahli yang dikatakan dari Cabang PKR Bayan Baru, Jelutong dan Bukit Gelugor.
Menurut TheStar Online lagi, Surat hasrat telah diserahkan kepada Najib selepas majlis makan tengah hari awam di pejabat Umno Bayan Baru.
Bekas pemimpin PKR keluar dari PKR pada Februari 2010, dan menjadi MP bebas.
Ahli Parlimen Bayan Baru itu turut disertai oleh bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah yang meletak jawatan dari parti itu pada tahun 2007, lapor TheStar Online.
Selepas acara itu, Zahrain dilaporkan berkata orang Melayu tidak mempunyai pilihan selain menyokong Umno kerana parti adalah satu-satunya kumpulan yang melindungi kepentingan mereka.
Di majlis yang sama, bekas pemimpin Pemuda PAS negeri Hafiz Nordin telah menyerahkan memorandum kepada Najib menggesa beliau supaya melindungi prinsip-prinsip Islam di negara ini.
Bekas SB Ini Kembali Ke Rahmatullah Pagi Tadi.. Al-Fatihah..
Bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Slim River Haji Abdullah Haji Omar telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi...
Dalam Muktamar PAS di Kelantan yang lepas beliau berucap monyokong usul PAS Pusat dalam isu pengkhianatan UMNO kepada negara. Pengalaman beliau dalam pasukan polis termasuk 25 tahun menjawat jawatan polis cawangan khas (SB) menginsafkan beliau dalam perjuangan PAS yang sebenar.
Beliau katanya sudah bertaubat dan telahpun meminta maaf pada seluruh ahli PAS di atas apa yang beliau lakukan selama ini.
PAS dan rakyat merasakan permergian beliau satu kehilangan besar buat PAS dan negara dan berdoa semoga Allah ampunkan dosa dan rahmatkan beliau dan di tempatkan rohnya bersama-sama para nabi dan syuhada di akhirat sana...ALFATIHAH..
05 December 2012
PANAS - Orang Kuat Ibu Pejabat Umno Akan Sertai Pakatan Rakyat?
Jangan percaya dulu! Seorang kuat di ibu pejabat Umno di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur diberitakan sedang menimbang untuk meninggalkan Umno dan menyertai salah satu parti komponen Pakatan Rakyat. Tokoh berkenaan yang pernah 'menguasai' ibu pejabat Umno kini tidak lagi berkhidmat di situ beberapa tahun lepas.
Menurut empunya cerita sekiranya tokoh berkenaan sudah memuktamadkan keputusan itu dia akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Tidak dipastikan apakah tokoh bergelar Datuk itu sudah menghubungi penasihat PKR atau belum? Bagaimana pun dari sumber lain oppotiment untuk tujuan itu sudah diatur seseorang hanya menanti masa senggang Anwar saja.
"Ini saya bagi tahu kepada saudara saja, yang lain tunggu dulu," tutur yang menyampaikan maklumat sulit ini lewat tengah hari ini.
Menurutnya keputusan akan dibuat sebaik saja tokoh itu menyelesaikan beberapa masalah peribadinya yang kini sudah diperingkat akhir.
Tokoh berkenaan juga akan turut membawa beberapa orang kenamaan lain di dalam Umno terutamanya yang rapat dengan untuk berhijrah kepada Pakatan Rakyat.
Penbutur maklumat ini tidak menyebut panjang lebar kenapa tokoh itu mengubah haluan perjuangan. Tetapi umum sudah tahu bekas orang kuat itu tidak lagi disenangi oleh rejim Umno yang memerintah hari ini. Suspen! [wm.kl.6:58 pm 05/12/12]
http://msomelayu.blogspot.com/2012/12/orang-kuat-ibu-pejabat-umno-akan-sertai.html
02 December 2012
Empat Tokoh Besar Sertai PAS Malam Tadi
| (Rahman menyerahkan borang PAS kepada Ustaz Hadi malam tadi) |
BATU PAHAT: Bekas Pengerusi konglomerat media negara, MRCB, Datuk Abdul Rahman Maidin mengumumkan pernyertaannya ke dalam PAS malam tadi.
Beliau yang juga bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mengumumkan penyertaan itu bersama tiga lagi bekas pegawai kanan kerajaan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam tadi.
Turut serta adalah bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation Haji Mohd Sais Joned.
(Haji Mohd Sais menyerahkan borang kepada Ustaz Hadi dengan diperhatikan Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz)
Dua lagi adalah masing-masing bekas Pengarah Pelajaran Johor Hj Ramlan Sariman dan Timbalan Pengarah institur Perguruan Batu Pahat Haji Nasir Abdullah.
Kesemua mereka menyerahkan borang meyertai PAS kepada presiden parti itu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan disaksikan hampir 30,000 hadirin.
Penyertaan mereka ini yang semuanya pegawai-pegawai tinggi kerajaan, dilihat satu lagi tamparan hebat kepada Umno yang baru sahaja selesai bersidang hari ini.
Tekanan juga pastinya dirasai Felda yang diterajui Tan Sri Isa Samad, yang kini sedang terpalit dengan pelbagai masalah khususnya isu penyenaraian Felda Global Venture Holding Bhd (FGVH).
Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman ketika mengulas kemasukan Mohd Sais ke dalam PAS berkata, ianya satu kekuatan baru kepada NGO itu untuk terus mendedahkan segala kepincangan yang sedang berlaku dalam Felda ketika ini.
"Penyertaan bekas pegawai kanan Felda ini akan lebih menguatkan perjuangan kita untuk terus membetulkan kepincangan dan salah urus Felda pada waktu ini," katanya.
Turut hadir dalam himpunan di Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, di sini malam ini termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw.
Selain mereka, turut hadir Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr. Mahfodz Mohamed dan pemimpin PKR, DAP di peringkat negeri.







