BlogList Malaysia

26 September 2010

Ke Mana Agaknya Pergi Hasil Judi, Arak Dan Babi..

AJK Pemuda Umno yang juga ahli Umno dalam bahagian Kepala Batas, Pulau Pinang , Reezal Merican Naina Merican, nampaknya bersungguh-sungguh 'memperjuangkan' untung nasib Melayu Pulau Pinang. Keghairahannya semakin menjadi-jadi setelah BN/Umno tewas dalam pilihan raya lepas di Pulau Pinang.

Ada saja yang tak kena dengan pentadbiran negeri pimpinan Lim Guan Eng.

Reezal Merican, elok juga kita rujuk kepadanya sebagai 'cek', iaitu rujukan mesra orang Tanjong kepada orang yang lebih muda sama seperti mereka merujuk kepada orang yang lebih tua sebagai mamak, mamu, mami, atta ataupun nana dan aci.

Reezal, cek tentu tau dan pandai cari modai nak tegork dan nana, saya bahasakan diri saya sebagai abang walaupun boleh jadi bapa kepadanya, suka tengok cara cek keluark 'press statement'. Cek memang tera.


Cuma satu yang nana nak tanya kat cek bab duit judi yang cek kata kerajaan negeri Pulau Pinang guna dok bantu orang miskin. Nana nak tau kalu-kalu benda yang sama dibuat oleh kerajaan-kerajaan negeri yang lain dan kerajaan persekutuan. Mana la tau kot-kot cek boleh jawab.

Nana nak tanya pasai duit atau cukai yang dikutip hasil daripada pengimportan arak, pengeluaran lesen judi, cukai yang dikutip atas keuntungan kasino di Genting Highlands, cukai-cukai yang dikutip hasil keuntungan loteri, Sports Toto dan Magnum.

Duit tu semua pi mana kalau tak masuk dalam hasil kerajaan persekutuan dan ada yang masuk dalam kutipan hasil kerajaan negeri.

Dengan itu, segala cukai dan kutipan hasil penjualan arak, hasil judi dan hasil keuntungan ladang-ladang ternakan babi dan hasil eksport babi ke Singapura disatukan dalam hasil atau perolehan negara. Duit tu juga diguna atau dibelanja untuk pembangunan negara termasuk membina rumah-rumah ibadat, sekolah, hospital dan kemudahan awam lain.

Hasil itu juga diguna untuk membantu orang miskin di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat termasuk mereka yang beragama Islam.

Tak kan kerajaan asingkan hasil daripada sumber haram itu daripada jumlah hasil keseluruhan yang dikutip sama ada melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Pejabat-pejabat Tanah, Pihak-pihak Berkuasa Tempatan dan sebagainya, daripada hasil atau cukai yang bukan haram. Tentu tidak.

Oleh itu, pasai apa cek Reezal Merican bangkitkan sumbangan yang dikatakan dibuat oleh Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang kepada kerajaan negeri untuk bantu orang miskin di negeri cek sendiri.

Dah tentu tak dak beza dengan apa yang dibuat oleh kerajaan-kerjaan Negeri dan kerajaan Persekutuan. Jadi pasai apa nak jadikan satu isu ..... jangan lah jadi macam si periuk yang dok kata si belanga hitam sedangkan diapun hitam macam tu juga.

Cek Reezal kena pi belajar main politik lagi dengan tok guru Abdullah, la ni Tun Abdullah, cucu Pak Hassan Kontong atau Kwantung, pasai mungkin ada benda yang dia tak peturunkan kat cek.

http://kudaranggi.blogspot.com

6 Komen :

dlines September 26, 2010 at 10:37 PM  

pada umno /BN itu semua biasalah sejak PM1 hingga sekarang itu hasil halal bagi mereka.tapi bila LGE telah mengubah cara yang betul jadi si lahabau ini cari kerja.bagi tiket untuk najib pilih beliau untuk PRU13,

joecharlie September 26, 2010 at 11:24 PM  

Guan Eng menuduh orang lain munafik,walhal beliaulah munafik yang sebenarnya.Ciri ciri munafik jelas terserlah dalam setiap tingkah laku beliau.


Pisau kata "bohong banyak bohong sikit ,bohong jugak maa.. "

(7) Comments Comments:
7 Responses to “Guan Eng: Pembohong Besar Tetap Belit”
Anonymous on 26/9/10 8:17 PM #
Sumbangan tu adalah Wang pengeras sebab kelab lumba kuda Pulau Pinang nak buat race course baru!

Anonymous on 26/9/10 8:53 PM #
Syabas Pisau, teruskan merodok tembolok pembohongan LGE ultrachauvinist kiasu..Harapan kami , suatu hari nanti , dengan "ketajaman" mata Pisau anda mampu memutuskan lidah berbelit sesumpah paling celaka di Pulau Pening ini..Bravo!

_Anti DAP dan PKR_

Anonymous on 26/9/10 8:53 PM #
Bohong sikit - sunat
Bohong banyak - haram

he he he

siakap senohong
gelama ikan duri
cakap bohong
lama-lama jadi pencuri.

mari siasat.

woodball10 on 26/9/10 9:48 PM #
dalam berita tv3, lgm kata dia tak tau lumba kuda tu judi, hehehe tentu dia dah rujuk dengan ulama pas, zaman nabi pun naik kuda

Melanau Blogger on 26/9/10 10:10 PM #
bohong sunat, bersunat dulu baru boleh berbohong hahaha
senaman lidah agaknya, biar putar belit bertambah lancar.

Anonymous on 26/9/10 10:28 PM #
apa kata pas dlm hal nie...?

Anonymous on 26/9/10 10:38 PM #
orang kafir yang munafik? Amende ni......????????????

Anonymous ,  September 26, 2010 at 11:36 PM  

Tak apa Guan Eng dah asingkan duit judi dengan duit halal. tapi masuk satu tabung, macam masak babi dan ayam yang halal dalam satu kawah, ayam untuk orang Islam dan babi untuk orang kapir. Orang PAS yang selalu mendoakan Guan Eng , pasti telah beri nasihat tentang hal ini.

SUARA RAKYAT KUNAK September 27, 2010 at 12:22 AM  

Salam Semua Pengomen, Saya dari Cabang PKR P-188 Silam Sabah menyokong penuh dengan pengarang tulisan di atas, yang berjudul, kemana hasil wang haram yang di perolehi oleh kerajaan Persekutuan, di saya nak komen sikit pasal komen komen orang yang terlalu Taksub dengan Parti UMNO/BN, mereka mereka ini dah di besarkan dengan wang RASUAH, jadi mereka tak tahu yang mana HARAM dan yang mana HALAL, mereka yang terlalu Taksub ini hanya tahu mencari keburukan Pemimpin Pakatan, tetapi mereka dah lupa, mereka di besarkan dengan Wang Rasuah dan Wang Haram.

Melayu Penang ,  September 27, 2010 at 2:02 AM  

Jangan lari dari isu sebenar ... iaitu Guan Eng telah bohong kepada semua rakyat Malaysia termasuk tok2 lebaik PAS bahawa negeri PP tak terima langsung duit judi ..

nah sekarang lihat judi Kuda Lumba PP bagi duit ... mengapa Guan Eng bohong sebelum ni bahawa tak terima duit judi ???

memang pembohong dan penipu Guan ENg celaka ini !!

Anonymous ,  September 27, 2010 at 7:12 AM  

Apa pulak LGE yang menipu? Merican tulah yang dok putar belit.

Mula dia kata duit judi digunakan untuk RM100 untuk WARGA EMAS, sedangkan di dalam surat yang ditunjukkan tajuk surat tu dengan sendirinya menunjukkan bahawa wang tersebut untuk 'PORVERTY' iaitu berkenaan golongan miskin, jadi round pertama Merican muda ni dah start putar belit surat.

Bila Merican muda ni yang tak faham bahasa Inggeris ni dijawab oleh LGE bahawa wang itu untuk basmi kemiskinan tegar, dah pulak Merican muda ni putar bahawa duit judi digunakan untuk basmi kemiskinan orang Islam... so round 2 Merican masih berbohong sedangkan mulanya dikata duit itu untuk Warga Emas.

Kemudian bila LGE kata duit dari lumba kuda tu hanya digunakan untuk membantu orang bukan Islam yang miskin, Merican muda ni kata LGE tak faham duit judi. Persoalannya LGE perlu faham secara detail ke wang judi tu sebagaimana orang Islam, sedangkan LGE bukannya beriman dengan Islam? Tu pun bukannya dia campur duit tu dalam satu akaun?

Jadi lani aku nak tanya Merican muda, UMNO dulu pernah anjurkan Loteri Kebajikan untuk mengutip dana untuk UMNO, dan pada masa yang sama UMNO pernah menerima sumbangan derma dari ahli UMNO melalui bentangan kain. Persoalannya, tunjukkan saya sekarang ni harta UMNO yang mana halal dan harta UMNO yang mana haram, supaya ahli UMNO boleh mengelak dari berteduh di dalam harta UMNO yang dibuat dari wang yang haram.

Mana Merican muda ni masa Gedebe dari Kelantan nak lulus judi bola? Hang pi mana? Awat Merican muda tak belarak di KL hantar memo kat Agung.

Dei... bushu-bushu-bushu, dush-dush-dush... err...errr.... ammaaaaaaaaaaaaaa (Bunyi bergaduh dalam filem tamil daaa).

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas