PULAU PINANG- Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menuntut bukti daripada pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow yang mendakwa ada ancaman nyawa terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan terhadap penyanyi Korea Selatan, Psy ketika sambutan Tahun Baru Cina di negeri tersebut Isnin lalu.
“Keselamatan Perdana Menteri adalah sangat penting. Siapa yang mengancam beliau? Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, saya tidak dimaklumkan mengenai perkara tersebut,” kata Lim yang dipetik Malaysiakini.
“Bahkan ketua polis Pulau Pinang Abdul Rahim Hanafi juga tidak memaklumkan perkara ini pada saya. Jelasnya, Teng cakap tak berakal, dan tidak berkata benar semasa berkata nyawa pemimpin BN dalam bahaya,” tambahnya lagi.
Dalam menghadapi dua malu besar terhadap Najib ketika sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang iaitu peristiwa ‘No’ dan dibiarkan menunggu Psy yang tidak muncul-muncul untuk menggaul ‘Yee Sang’, semalam Teng menggemparkan semua pihak apabila mendakwa terdapat ancaman nyawa terhadap Psy.
“Terdapat ancaman terhadap nyawa Psy, jadi polis terpaksa bertindak untuk memastikan kawasan tersebut selamat kerana khemahnya jauh sedikit daripada pentas, itu sebabnya kita suruh Perdana Menteri untuk turun dari pentas,” kata Teng yang dipetik The Malaysian Insider.
Teng menjelaskan demikian selepas kemunculan klip video yang menunjukkan Najib dan para pembesar BN dibiarkan tunggu untuk kemunculan Psy untuk menggaul Yee Sang walaupun dijemput berkali-kali oleh pengacara majlis.
Namun, Psy tidak muncul menyebabkan semua yang ada di pentas terkial-kial.
Selepas itu, Najib pula menjadi pengacara majlis untuk menjemput Psy untuk melakukan persembahannya.
Ketika itulah, Najib dimalukan sekali lagi apabila rakyat Pulau Pinang berkata ‘No’ kepada soalannya ‘Are you ready for BN?’ yang ditanya tiga kali berturut-turut.
Jika betul ada ancaman nyawa terhadap Najib dan Psy, mengapa Teng tidak menjelaskan mengapa Psy dibenarkan untuk mempersembahkan dua kali lagu popularnya Oppa Gangnam Style selepas ancaman di terima dan Najib pula dibiarkan menjadi pengacara majlis selepas acara menggaul yee sang.
Manakala jawapan polis pula berterabur.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah SAC Mazlan Kesah semalam berkata beliau tidak mendapat maklumat mengenai ancaman terhadap Psy atau sesiapa, manakala Ketua Polis Pulau Pinang Abdul Rahim mengesahkan ada ancaman terhadap Psy.
Bagaimanapun, tiada yang menjelaskan bagaimana Psy boleh pergi makan malam di sebuah restoran Korea di Tanjung Bungah sebelum meninggalkan negara pada 2 pagi hari Selasa.
“Dalam klip video tersebut, semua – termasuk Perdana Menteri tidak kelihatan seperti diancam. Juga tiada polis kelihatan sekitar pentas. Psy dibenarkan buat persembahan dan kemudian makan malam. Ini berita besar, nyawa Perdana Menteri dan Psy diancam. Mengapa tidak disebut sehingga sekarang?” tanya Lim Guan Eng.
-Harakahdaily
15 February 2013
Hahahaha...Nyawa PM dan Psy diancam?
18 October 2012
Kenyataan Media Guan Eng Kepada Semua Akhbar Kecuali Utusan.. Kesian Utusan
Guan Eng hantar kenyataan media kepada seluruh media kecuali Utusan..
Ini adalah kenyataan Medianya...
UMNO dan Utusan Malaysia terperangkap dengan fitnah jahat dan permainan perkauman
Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyatakan bahawa Akaun Amanah tersebut naik 58% kepada RM33.6 juta.
Sebelum ini kerajaan negeri PR dituduh bahawa tidak menubuhkan akaun amanah sedemikian untuk membantu membina rumah untuk orang Melayu/bumi.
Sekarang bila fitnah ini dibuktikan, tidak pula minta maaf sebaliknya pusing mendakwa Kerajaan negeri Pulau Pinang menganiayai orang Bumi dan Melayu dengan tidak menggunakan wang tersebut untuk membina rumah mampu milik.
Fitnah jahat ini mempermainkan ideologi perkauman untuk menanam kebencian di kalangan rakyat dan mengancan pemimpin kerajaan negeri, khususnya saya sebagai Ketua Menteri.
Sungguhpun adalah tanggungjawab kerajaan pusat untuk membina rumah mampu milik, kerajaan negeri PR Pulau Pinang telah mencatatkan rekod yang tidak pernah dilakukan dengan memperuntukkan RM 500 juta untuk membina rumah mampu milik di seluruh negeri Pulau Pinang, termasuk di kawasan pulau.
Usaha mengumpulkan wang RM500 juta bukanlah mudah dan perlu 4 tahun untuk mencapainya. RM500 juta hanya cukup untuk membina 18,000 yunit rumah mampu milik kepada semua rakyat pada 5 tahun yang akan datang.
Sejak 2008, kerajaan negeri melalui Penang Development Corporation(PDC) telah berjaya membina 4,000 yunit rumah kos rendah dan kos sederhana rendah dengan 8,000 yunit lagi disumbangkan oleh pihak swasta menjadikan keseluruhan 12,000 yunit.
Sekiranya kerajaan negeri menggunakan wang Akaun Amanah terdahulu, akan datang pula tuduhan jahat Utusan dan UMNO bahawa kerajaan negeri tidak mahu menggunakan wang sendiri untuk membina rumah mampu milik sebaliknya guna wang bumi.
Maka untuk mengelakkan tuduhan sedemikian, wang kerajaan negeri digunakan dahulu. Lagipun wang akaun amanah tidak mencukupi kerana untuk membina 350 yunit rumah kos sederhana rendah, kos pembinaan tanpa kira kos tanah menjangkau RM35 juta.
Fitnah jahat Utusan dan UMNO terserlah dengan kenyataan Ketua Pembangkang Pulau Pinang dan Pengerusi PERDA Dato Azhar Ibrahim menyelar kerajaan negeri tidak mahu menggunakan wang akaun RM33.6 juta untuk membina 10,000 yunit rumah kos rendah dan mampu milik.
Kenyataan Azhar ini adalah tidak masuk akal kerana ini bermakna hanya perlu RM 3,360 untuk membina sebuah yunit!
Saya ingin melihat PERDA bina rumah kos rendah dan mampu milik dengan kos RM 3,360 seyunit –mustahil dilakukan.
Kerajaan negeri Pulau Pinang memberikan jaminan akan menggunakan wang akaun amanah perumahan bumiputera untuk membina rumah mampu milik.
Ia akan dibukti dengan rumah pangsa dan bukan dengan kata.
Kerajaan negeri akan menepati janji bukan macam BN yang masih belum menepati janji yang dibuat 28 tahun dahulu untuk membina rumah kelamin bagi anggota Tentera Udara Di Raja Malaysia(TUDM) di Bertam, Kepala Batas.
330 ekar tanah TUDM di Bertam, Kepala Batas tidak dibina rumah kelamin TUDM sejak 1984 tetapi disewa dengan harga hanya RM 7,000 sebulan.
Saya difahamkan 330 ekar tanah tersebut diambil alih oleh kerajaan negeri pada 1982 bagi tujuan tapak rumah kelamin TUDM dengan pampasan RM 5,148,000 ataupun harga RM 15,600 seekar.
Selepas proses pengambilan tanah siap, Geran tanah telahpun dipindahmilik dan dikeluarkan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan pada 23.2 1984.
Akan tetapi sehingga sekarang selepas 28 tahun, tiada rumah kelamin TUDM dibina di atas 330 ekar tanah.
Sebaliknya tanah tersebut yang terdiri daripada pokok kelapa sawit kini disewa dengan harga RM7,000 sebulan.
Tempoh sewaan adalah 3 tahun setiap penggal dan akan tamat pada Jun 2013.
Mengapakah UMNO, Utusan dan Azhar tidak mempersoalkan apakah faedah kepada angkatan tentera dan negara kalau 330 tanah yang diambil alih tidak digunakan untuk membina rumah kelamin tetapi disewa hanya dengan harga RM7,000 sebulan?
Lim Guan Eng
*Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 18.10.2012.*
01 July 2012
Polis Tak Bersikap Profesional Hadapi Tindakan Ganas Perkasa
GERORGE TOWN: Polis harus menimbang semula sikap tidak peduli terhadap Perkasa untuk mengelak persepsi awam bahawa mereka membenarkan taktik ganas Perkasa untuk mengugut pemimpin PR.
Justeru, Lim Guan Eng berkata kegagalan pihak polis untuk segera menahan ahli-ahli Perkasa yang terlibat dalam keganasan bukan sahaja terhadap orang awam dan wartawan tetapi juga terhadap keselamatan peribadi beliau hanya mengesahkan kebimbangan bahawa tingkah laku Perkasa mendapat sokongan Umno dan BN.
Katanya, kejadian semalam di pasar Teluk Bahang, di mana sekumpulan ahli Perkasa telah dibenarkan untuk berdemo dan melempar poster-poster anti-Lim Guan Eng berdekatan dengannya, membuktikan bahawa pihak polis tidak akan mengambil tindakan walaupun kejadian berlaku di depan mata mereka.
“Sikap tidak peduli ini mungkin telah memberanikan seorang ahli Perkasa yang tiba-tiba menyerang saya dari belakang dan berjaya menolak saya.
“Walaupun ahli Perkasa itu sempat menolak saya, saya tidak dicederakan hasil usaha seorang pemimin PR tempatan yang telah mengheret keluar ahli Perkasa itu,” ujarnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Tambahnya, tugas untuk mengheret ahli Perkasa itu sepatutnya tanggungjawab polis dan bukan pemimpin PR.Katanya, kegagalan polis untuk memberi perlindungan yang sewajarnya telah diikuti pula dengan kegagalan polis untuk segera menahan ahli Perkasa yang terbabit.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, sekiranya serangan itu telah berlaku ke atas Perdana Menteri dan bukan seorang Ketua Menteri PR, bayangkan sahaja bagaimana reaksi polis.
“Insiden yang malang ini telah berlaku walaupun Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain sudah pun memaklumkan pihak polis mengenai demonstrasi Perkasa dan telah meminta perlindungan yang sewajarnya serta tindakan yang tegas,” ujarnya.
Pun begitu, ujar beliau walaupun Perkasa mempunyai rekod keganasan bersiri terhadap orang awam, wartawan dan pemimpin PR, mereka masih lagi dibenarkan untuk bertindak ganas tanpa dihukum.
Menurutnya, sungguhpun mencatatkan pengurangan dalam indeks jenayah yang kedua paling ketara setakat Mei 2012 (pengurangan 23%), pihak polis sedang diteliti dengan rapi di Pulau Pinang akibat beberapa insiden jenayah di kawasan-kawasan warisan, pelancongan dan perumahan.
“Kegagalan untuk melindungi Ketua Menteri hari ini tidak akan meyakinkan pihak awam tentang keupayaan pihak polis untuk memastikan keselamatan awam apabila mereka tidak bertindak dengan segera terhadap mereka yang mengancam keselamatan Ketua Menteri,” katanya.
Lim Guan Eng
11 June 2012
Mahkamah tolak saman Umno P Pinang terhadap Guan Eng
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah RM30 juta yang difailkan oleh Pengerusi Umno negeri itu, Datuk Zainal Abidin Osman terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan tiga yang lain.
Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah membuat keputusan itu dalam kamar pagi ini.
Peguam Jardeep Singh, yang mewakili Lim, memberitahu pemberita bahawa hakim bersetuju dengan bantahan awal yang difailkan oleh peguam utama Karpal Singh, yang berhujah bahawa Zainal (kiri) tidak mempunyai locus standi untuk berbuat demikian.
Dalam berhujah Karpal Singh berkata Zainal Abidin tidak mempunyai locus standi (kepentingan mencukupi) untuk memulakan saman terhadap defendan dan perbicaraan harus dihentikan kerana sepatutnya pegawai awam atau ahli, didaftarkan sebagai pihak yang boleh menyaman dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Zainal Abidin memfail saman itu pada 24 Oktober 2011, dengan menamakan Lim yang juga Setiausaha DAP, PKR selaku pemilik laman berita elektronik Keadilan Daily, dan akhbar Suara Keadilan, Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang merupakan syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan, serta ketua penyuntingnya, Fazallah Pit sebagai defendan.
Mereka didakwa mengaitkan Umno dengan itu demonstrasi di Komtar dan pada Jambatan Pulau Pinang, serta cubaan membakar ibu pejabat negeri DAP tahun lepas.
http://www.malaysiakini.com/news/200497
12 May 2012
Pulau Panel Yang Diketuai Hanif Omar
DAP hari ini mengisytiharkan pemulauan penuh terhadap panel bebas bagi menyiasat dakwaan kekerasan dalam perhimpunan BERSIH 28 April lalu selagi ia diterajui oleh bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, walaupun Hanif mempertahankan diri dengan rekod prestasinya dalam suruhanjaya lain sebelum ini, tuduhannya terhadap perhimpunan BERSIH adalah kesilapan besarnya.
Hanif sebelum ini dilaporkan mendakwa BERSIH diresapi golongan komunis dan menyokong pandangan bahawa perhimpunan itu cubaan menggulingkan kerajaan.
"Sebaliknya, dengan membuat tuduhan liar seperti itu, beliau berpotensi untuk menjadi saksi dan bukan ahli panel," katanya sambil menyifatkan ia konflik kepentingan yang jelas.
Semalam, Majlis Peguam juga membuat pendirian tidak akan mengambil bahagian dalam panel bebas itu dengan alasan yang sama.
Dalam kenyataannya hari ini, Lim juga menyokong cadangan BERSIH supaya panel itu diketuai pelapor Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Frank La Rue, rakan sekerjanya Maina Kiai, serta penglibatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
Hanif dilantik mengetuai enam anggota panel itu yang melibatkan bekas hakim, pengamal media dan ahli akademik di universiti.
09 May 2012
Padah Bodek Tak Kena Tempat
Difahamkan bahawa Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mungkin digugurkan daripada jawatan senator, dan tempohnya yang berakhir pada 30 Mei depan, tidak akan diperbaharui.
Tunku Abdul Aziz dijangka berdepan dengan tindakan daripada DAP selepas kenyataannya menolak perhimpunan duduk bantah BERSIH 3.0 pada 28 April lalu di Kuala Lumpur.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng secara terbuka membidas Tunku Aziz, dengan berkata bahawa kenyataan naib presiden DAP itu telah meletakkan parti itu dalam "kedudukan yang memalukan" sedang parti itu menyokong BERSIH yang menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.
Difahamkan bahawa tempoh jawatan senator bekas setiausaha PKR negeri dan pengarah pilihan raya negeri, Mustafa Kamal Mohd Yusoff, juga tidak akan diperbaharui.
Hari ini, Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, dijangka mengumumkan pelantikan ahli akademik Ariffin Omar dan bekas presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud sebagai senator baru yang dicalonkan oleh negeri ini.
22 April 2012
Warga emas terima RM1,100 setiap tahun jika Pakatan ke Putrajaya
PAKATAN Rakyat berjanji menymbang RM1,000 setiap tahun kepada kira-kira 2.1 juta warga emas di negara ini sekiranya mendapat mandat menubuhkan kerajaan pusat pada pilihan raya umum ke-13 nanti, kata Lim Guan Eng.
Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, "Tawaran Jingga" itu adalah komitmen bersama DAP, PKR dan PAS sebagaimana yang diumumkan oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau mengulangi iltizam politik itu pada Majlis Sumbangan RM100 Kepada Warga Emas Peringkat Seberang Perai Utara (SPU) anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
"Dengan lebihan kewangan sungguhpun sumber kita (Kerajaan Negeri Pulau Pinang) terhad, kita menyumbang RM100 (kepada warga emas) tiap-tiap tahun.
"Sekiranya berlaku perubahan di Putrajaya, 2.1 warga emas di tanah air ini tiap-tiap tahun akan terima RM1,000 daripada Kerajaan Pusat seperti yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"RM100 tetap diterima oleh Kerajaan Negeri 'berjiwa rakyat' (Pulau Pinang) ini, tambah RM1,000 lagi hasil sumbangan kerajaan pusat," ujar beliau tengah hari tadi di depan hampir 500 hadirin di Dewan Besar Sungai Dua dekat Parlimen Tasek Gelugor.
Hadir bersama pada majlis itu, Lim Hock Seng (Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan), A Tanasegaran (Adun Bagan Dalam) dan Jusni Ismail (Pegawai Daerah SPU).
PenangInsight.com difahamkan, warga emas, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU) di negeri berkenaan yang mendaftar dengan Kerajaan Negeri menerima sumbangan RM100 tiap-tiap tahun
Itu, tidak termasuk sumbangan "one-off" anak baru lahir RM200 bermula sejak tahun lepas berbanding tahun sebelumnya yang berjumlah RM100 sahaja.
Sehingga Mac lepas, kira-kira 7,079 ibu tunggal telahpun mendaftar dengan Kerajaan Negeri untuk menerima sumbangan.
Guan Eng berkata, 6740 ibu tunggal sekitar SPU, Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS) akan menerima sumbangan pada hari ini dan esok.
Dalam perkembangan yang sama, beliau yang juga Setiausaha Agung DAP mengecap tindakan Menteri Muda Pertanian Sarawak, Datuk Mong Dagang yang didakwa menyekat bantuan kerajaan kepada Frusis Lebih dari Entualang Entawa dekat Seri Aman kerana OKU itu tidak dikesan tidak menyokong aspirasi Barisan Nasional.
"Apabila kita buat pembayaran, kita tak kira bangsa, kita tak kira agama dan yang paling penting kita tak kira latar politik asalkan mereka ini tinggal di negeri ini.
"Perbuatan (Menteri Sarawak) itu zalim, tak patut OKU (Frusis) itu dilayan demikian.
"Sebagai kerajaan Pulau Pinang berjiwa rakyat, kita akan tolong (sumbang) tiap-tiap tahun, bukan pada musim pilihan raya sahaja," ujarnya.
13 April 2012
Fitnah MCA terhadap Lim Guan Eng makin tak masuk akal
GEORGE TOWN, 13 APRIL: Tindakan MCA memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, sebagai opotunis politik dan rasis kerana menyokong Sinar Harian berbanding Utusan Malaysia adalah tidak bertanggungjawab dan tidak masuk akal.
Dalam sebuah artikel dalam The Star bertarikh 11 April 2012, Setiausaha MCA Penang Lau Chiek Tuan menggesa Guan Eng untuk tidak mempolitikan pendidikan kerana kononnya ingin menahan peruntukan kepada sekolah Cina yang melanggan Utusan Malaysia dan Berita Harian.
Pegawai Khas Ketua Menteri, Zairil Khir Johari, menjelaskan:
“Pertamanya bagaimanakah Ketua Menteri boleh dituduh mempolitikan pendidikan apabila beliau tidak merujuk kepada mana-mana akhbar politik seperti Harakah, Suara Keadilan mahu pun The Rocket? Dengan menyatakan sokongan terhadap Sinar Harian, Ketua Menteri hanya merujuk kepada laporan dan beritanya yang lebih objektif.”
“Keduanya, kenyataan Lau yang berniat jahat bahawa kenyataan Ketua Menteri bertentangan dengan semangat perpaduan kaum. Mungkin Lau tidak tahu, tetapi bukankah Sinar Harian itu akhbar berbahasa Melayu?”
Menurutnya, kenyataan Guan Eng menyokong Sinar Harian itu hanyalah sebagai gurauan dan tidak berbaur ugutan sama sekali.
Katanya, hanya MCA yang mempolitikannya dengan memutarbelitkan kenyataan asal untuk menggambarkan Ketua Menteri sebagai oportunis dan rasis.
“Apa yang paling tidak masuk akal adalah MCA sendiri menyokong Berita Harian dan Utusan Malaysia yang mana jelas mengambil pendirian perkauman dan berniat jahat dalam laporan mereka.
“Utusan Malaysia hanyalah media cetak milik UMNO yang mana bertujuan memecahbelahkan masyarakat, dan lebih teruk menakutkan orang Melayu dengan meletakkan orang Cina sebagai momok.
“Jangan kita lupa, Utusan Malaysialah yang mengajak peristiwa tragis 13 Mei diraikan sebagai hari yang agung. Adakah ini pemikiran yang mahu ditanam MCA kepada anak-anak kita yang masoh bersekolah?” tambah beliau.
– Roketkini.com
09 April 2012
Lim Guan Eng Pemimpin Yang Tidak Boleh Dikritik
"Saya lihat Ketua Menteri ini tidak sensitif kerana tak dapat menahan kemarahan apabila dikritik. Padahal setiap isu yang UMNO bangkitkan kepada kerajaan negeri berdasarkan fakta dan Guan Eng perlu menjawabnya kerana rakyat hendak tahu jawapannya,
UMNO Pulau Pinang hari ini menyifatkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai seorang pemimpin yang tidak boleh dikritik.
Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, sesiapa sahaja yang mengkritik Guan Eng akan menghadapi tindakan termasuk dibawa ke mahkamah.
Katanya, sebagai Ketua Menteri yang diberi mandat, Guan Eng harus tenang serta bersikap rasional apabila diajukan soalan.
"Saya lihat Ketua Menteri ini tidak sensitif kerana tak dapat menahan kemarahan apabila dikritik. Padahal setiap isu yang UMNO bangkitkan kepada kerajaan negeri berdasarkan fakta dan Guan Eng perlu menjawabnya kerana rakyat hendak tahu jawapannya," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Serentak Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Nibong Tebal serta Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parlimen Nibong Tebal di Institut Latihan Perindustrian, di sini.
27 March 2012
Jual Tapak Masjid - Guan Eng Perlu Jelaskan Kepada Rakyat P. Pinang
Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) mahu Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi penjelasan segera berhubung dakwaan kerajaan negeri menjual tapak masjid yang diluluskan dalam pelan pembangunan asal Bayan Mutiara kepada pemaju.
Presidennya, Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff berkata, beliau telah menghantar surat rasmi kepada Guan Eng pada Jumaat lepas bagaimanapun pihaknya belum menerima sebarang jawapan.
"Salinan surat itu turut dihantar kepada Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman dan Pengerusi Jawatankuasa Agama, Abdul Malek tetapi hingga hari ini tiada sesiapapun daripada mereka menjawab surat berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Isu tanah Bayan Mutiara timbul apabila tanah tebus guna seluas 41.6 hektar itu tidak dimajukan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang merupakan pemilik tanah berkenaan.
Tanah berkenaan kemudiannya dijual kepada pemaju swasta untuk dibangunkan sedangkan PDC mempunyai kepakaran serta pengalaman dan telah menjalankan banyak projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.
Mohd Yussuff yang juga Yang Dipertua Persatuan Kariah-kariah Masjid Pulau Pinang berkata, pihaknya hanya mahukan jawapan dan penjelasan daripada kerajaan negeri bagi memastikan dakwaan itu sama ada benar atau sebaliknya.
"Rakyat negeri ini nak tahu adakah dakwaan itu benar dan jika hanya tuduhan, mereka (kerajaan negeri) perlu tampil beri penjelasan,” katanya. - BERNAMA
26 March 2012
24 March 2012
Pakatan hanya perlu 100 kerusi untuk ambil alih Parlimen
Lim Guan Eng percaya Pakatan Rakyat (PR) hanya perlu menang 100 kerusi dalam Pilihan Raya Umum yang harus dilaksanakan sebelum Mei depan untuk menawan Putrajaya dan "Umno akan musnah".
Setiausaha Agung DAP itu berkata PR "mungkin tidak mampu" untuk menawan keseluruhan 112 kerusi untuk majoriti di Parlimen dalam pilihan raya umum pertama mereka tapi Barisan Nasional (BN) akan tumbang sekiranya pembangkang menguasai majoriti di Semenanjung.
"Pilihan raya kali ini agak sukar. Kami mungkin tidak mampu, dan kami tidak perlukan 112 kerusi untuk memegang kuasa. Cukup hanya 100.
"Sekiranya kami adalah parti majoriti di Semenanjung Malaysia, adakah akan ada lagi kesetiaan daripada parti Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak?" soal Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam satu temuramah khas dengan The Malaysian Insider minggu ini.
Beliau turut menjangkakan "jika kami memperolehi 90 kerusi di Semenanjung dan 10 di Sabah dan Sarawak", Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjatuhkan Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Lim menjelaskan bagaimana Najib sendiri mengambil kuasa daripada kedua-dua jawatan berkenaan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi hanya lepas setahun menguasai kerajaan selepas pilihan raya terburuk BN pada Mac 2008.
"Kamu yakin Muhyiddin tidak akan cabar Najib? Itu sudah pasti. Umno kemudian akan musnah. Itu merupakan permainan yang sangat berbeza," jelas Ahli Parlimen Bagan ini lagi.
DAP telah menyertai pakatan tidak rasmi antara PKR dan PAS dalam pilihan raya 2008 yang menyaksikan rekod kemenangan 28 kerusi kerajaan dan menafikan dua per tiga majoriti Parlimen dan lima kerajaan BN.
Ketiga-tiga parti pembangkang berkenaan menerima sokongan lebih daripada separuh undi popular di kawasan semenanjung, dengan memenangi 80 daripada 166 kerusi.
Parti-parti tersebut kemudiannya menubuhkan Pakatan Rakyat dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan 30 ahli Parlimen akan berpaling tadah kepada PR pada 16 September, 2008 dan menamatkan penguasaan selama 50 tahun parti pemerintah sejak kemerdekaan.
Pemimpin pembangkang dipercayai telah mensasarkan Sabah dan Sarawak terutamanya setelah Parti Progressif Sabah, yang mempunya dua Ahli Parlimen keluar BN.
Bagaimanapun, janji bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak pernah tertunai dan peningkatan Najib menyaksikan BN kembali bertenaga dengan kemenangan pilihan raya kecil.
Namun begitu, Najib yang menggantikan Abdullah kononnya dilihat akan meningkatkan kemenangan kepada 140 kerusi sejak empat tahun lalu dan pemerhati melihat, hanya melalui kemenangan dua per tiga majoriti akan menjamin masa depan Najib.
Kajian bulan lalu yang dibuat oleh Merdeka Centre menunjukkan rating Najib melonjak 10 peratus kepada 69 peratus dengan peningkatan ekonomi dan pemberian wang tunai RM500 kepada kumpulan berpendapatan rendah di bawah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) telah melonjakkan nama beliau.
Lim sebelumnya berkata pembangkang harus menambahbaik kedudukan mereka di Sabah dan Sarawak daripada dua kepada sekurang-kurangnya satu pertiga kerusi daripada keseluruhan 56 kerusi untuk berpeluang memiliki kuasa memerintah.
Namun demikian, ketika temuramah tersebut beliau berkata "kita harus realistik, perkara itu bukan mudah, tapi bukan juga mustahil."
19 March 2012
Permainan Kotor Dan Busuk Media Umno
Adalah amat mendukacitakan bahawa media kawalan BN telah memanipulasi dan memutar belit kenyataan-kenyataan media mereka sendiri untuk memberi gambaran palsu bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah melakukan serangan peribadi terhadap Presiden CAP SM Mohamed Idris.
Ketua Menteri telah dituduh melakukan serangan peribadi terhadap Mohamed Idris dengan memanggilnya “orang tua”.
Kenyataan ini adalah kurang tepat dan mengelirukan, kerana mengikut laporan The Star pada 8 Mac 2012, Ketua Menteri telah dipetik berkata, “SM Mohamed Idris adalah seorang yang tua dan dihormati”. Dalam konteks yang penuh dan betul, adalah jelas bahawa Ketua Menteri telah memberi penghormatan kepada seorang warga tua
Malangnya, pemimpin-pemimpin BN sudah mula menyerang Ketua Menteri atas sebab beliau telah memanggil Mohamed Idris “orang tua”, tanpa mengambil kira kenyataan lanjutannya bahawa beliau adalah seorang yang “dihormati”.
Yang lebih mengejutkan pula, The Star enggan melaporkan dengan penuh kenyataan Ketua Menteri yang terbaru dalam suratkhabarnya pada 14 Mac 2012 hari ini.
Bagi BN untuk membuat kenyataan separuh benar atau fitnah adalah sudah dijangka. Tetapi, tindakan The Star yang sengaja tidak menyiarkan kenyataan penuh Ketua Menteri bahawa SM Mohamed Idris adalah seorang yang “dihormati” dan kemudiannya menyindir bahawa Ketua Menteri telah menggunakan ayat yang tidak pernah beliau gunakan, seperti “orang yang hilang ingatan”, bukan sahaja bercanggah dengan laporan-laporan sebelumnya tetapi adalah tidak beretika langsung.
Adalah sangat dikesali bahawa The Star telah memilih hanya untuk melaporkan secara ringkas kenyataan akhbar Ketua Menteri semalam berkenaan dengan proses rundingan umum yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri dalam cadangan 4 projek infrastruktur untuk mengurangkan kesesakan lalulintas di bahagian pulau.
Projek-projek berkenaan adalah pembinaan terowong bawah laut 6.5km dari Gurney Drive ke Bagan Ajam (berdekatan dengan Butterworth), jalan 15km yang akan menghubungkan Tanjung Bungah dengan Teluk Bahang, jalan pintas 5km dari Gurney Drive ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong eu serta jalan pintas 5km dari Bandar Baru Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.
Ketua Menteri telah menjelaskan secara terperinci bagaimana 4 projek infrastruktur ini akan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi Pulau Pinang, serta bagaimana beliau telah meminta pandangan umum dan berunding dengan NGO-NGO seperti CAP, yang telah diwakili oleh Rudhrapathy Vijayala (Ravi).
CAP bukanlah satu-satunya organisasi yang membantah 4 projek infrastruktur tersebut. Malah, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pun telah menentang pembinaan terowong bawah laut dari Gurney Drive ke Bagan Ajam pada 17 November 2011. Namun begitu, maklum balas daripada orang ramai di Pulau Pinang, khususnya mereka di Gurney Drive dan SPU, telah menunjukkan bahawa majoriti menyokong dan menghendaki supaya projek-projek infrastruktur ini diteruskan.
Walaupun NGO-NGO seperti CAP mempunyai hak untuk berbeza pendapat dengan proses rundingan umum yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri, Ketua Menteri percaya bahawa perbezaan pendapat ini harus disuarakan secara sopan.
Oleh itu, Ketua Menteri telah memberi jaminan bahawa beliau masih akan menjemput NGO-NGO seperti CAP untuk pusingan kedua rundingan umum apabila reka bentuk, pemilihan laluan dan kajian kesan alam sekitar untuk projek terowong bawah laut dijalankan pada tahun ini.
Dalam proses pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang, Kerajaan BN tidak pernah melakukan rundingan umum seperti ini. Pun begitu, Kerajaan PR Pulau Pinang telah dikutuk dengan teruk kerana menjalankan proses yang lebih telus dan bertanggungjawab berbanding dengan Kerajaan Negeri BN sebelum ini.-HD
24 February 2012
Terjemahan Penuh Debat Lim Guan Eng Dan Chua Soi Lek
Adakah Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berani mendedahkan sepenuhnya teks ucapan perbahasannya dengan saya pada 18 Februari 2012 dalam Bahasa Malaysia agar rakyat Malaysia dapat baca sama ada MCA bersikap perkauman serta melancarkan serangan peribadi bukan sahaja terhadap saya dan mantan Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat?
Hari ini, saya telah mengumumkan teks ucapan dan transkrip perbahasan saya dengan Chua yang bertajuk, “Adakah Sistem 2 Parti Akan Menjadi Sistem Dua kaum?”. Ini adalah untuk menjawab usaha media massa yang dikuasai BN, yang putar belit ucapan saya dengan fitnah. Pada 21 Februari 2012 suratkhabar milikan MCA, The Star telah meminta maaf kerana fitnah dalam artikel Baradan Kuppusamy di bawah tajuk All hype but no climax? yang cuba mengindahkan Chua.
Teks ucapan ini adalah penting untuk menangkis tuduhan puak rasis dan ekstremis yang cuba menggambarkan parti berbilang kaum seperti DAP sebagai parti perkauman sedangkan sebenarnya parti MCA adalah parti perkauman sama seperti UMNO dan MIC. Teks ucapan penuh adalah seperti berikut:-
Pendahuluan, Lim Guan Eng:
Pertama sekali saya ingin mengucap terima kasih kepada penganjur kerana melangsungkan debat televisyen ini. Debat televisyen mencipta satu bab yang baru dalam politik demokrasi Malaysia kerana ia merupakan satu sifat penting dalam kemajuan demokrasi. Saya berharap mulai hari ini, debat televisyen akan menjadi satu fenomena umum yang lumrah dalam sistem demokrasi Malaysia seperti di Eropah dan Amerika Syarikat.
Oleh itu saya berpendapat bahawa, apa yang warga Malaysia benar-benar ingin saksikan, adalah debat antara Perdana Menteri Najib dengan Anwar, untuk melihat siapa yang sebenarnya lebih layak menjadi Perdana Menteri. Siapa tidak berani berdebat, jangan harap nak jadi Perdana Menteri!
Chua ada menimbulkan dakwaan bahawa DAP diperalatkan oleh PAS, tetapi jikalau tuan-tuan dan puan-puan perhatikan, di kalangan orang Melayu, UMNO mengatakan bahawa PAS diperalatkan oleh DAP. Oleh itu, hujah yang bercanggah sesama sendiri ini saya percaya merupakan taktik kotor BN. Saya ingin tekankan di sini, parti komponen dalam Pakatan Rakyat, biarpun PAS, PKR atau DAP, kami tidak memperalatkan sesama sendiri, kami hanya bersiap sedia untuk ‘diperalatkan’ oleh rakyat! Pada masa yang sama, kami bukan anti-Melayu, ataupun anti-bukan Melayu, kami cuma anti-kerajaan yang bergelumang dengan rasuah!
Tema hari ini ‘Adakah Sistem Dua Parti akan menjadi Sistem Dua Kaum’, sebenarnya saya berasa pelik. Kerana, sekarang sudah wujud Sistem Dua Kaum, kami nak menjadikannya Sistem Dua Parti. Sistem Dua Kaum ini sememangnya ideologi BN selama ini, sejak kemerdekaan sehingga kini, BN telah membezakan rakyat sebagai Melayu dan Bukan Melayu, ini adalah taktik pecah dan perintah. Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pernah berkata, saya utamakan Melayu dahulu, barulah rakyat Malaysia. Adakah ini Satu Malaysia? Ataupun ini Tipu Malaysia? Inilah Sistem Dua Kaum!
Sebaliknya, Sistem Dua Parti itu berasaskan ideologi, idealisma dan prinsip, tanpa membezakan kaum kerana kita semua adalah rakyat Malaysia.
Dalam BN, UMNO hanya menjaga orang Melayu, MCA hanya menjaga orang Cina, MIC hanya menjaga orang India, Gerakan itu… tak tahulah dia menjaga siapa.. Itulah BN yang ‘kamu jaga kaum kamu, saya jaga kaum saya’, ini adalah sistem Dua Kaum!
Sebaliknya, di dalam Sistem Dua Parti, kita semua sanak saudara perjuangan, kita menjaga kebaikan antara satu sama lain; setiap warga Malaysia adalah seperti ahli sekeluarga!
UMNO selalu melaung-laungkan ‘Ketuanan Melayu’. Adakah MCA tidak terlihat, tidak terdengar dan tidak terasa, sebab itulah tidak berani untuk menghalangnya? Justeru itu, kita masih mendengar bahawa orang Cina adalah pendatang, tidak berhak menuntut hak yang saksama di Malaysia.
PR berlainan dengan BN. Apa yang kita mahu bukan ‘Ketuanan Melayu’, apa yang kita mahu ialah ‘Ketuanan Rakyat’! Anwar bukan sahaja bercakap tentang ‘Ketuanan Rakyat’ di depan orang bukan melayu, tetapi dengan orang Melayu juga beliau cakap yang sama. Saya tidak pasti sama ada pemimpin UMNO berani berhenti melaungkan ‘Ketuanan Melayu’ tetapi menyokong ‘Ketuanan Rakyat’.
Apabila rakyat ataupun pemimpin PR membongkar penyalahgunaan kuasa atau rasuah dan menyoalkan integriti Polis atau Suruhanjaya Pencegah Rasuah, kami dituduh mencabar institusi Melayu – ini adalah sistem Dua Kaum! Rasuah itu tidak mengenali perbezaan warna kulit. Allayarhan Ahmad Sarbaini, pegawai kastam yang terkorban, bukankan beliau seorang manusia?
Pakatan Rakyat mahu hapuskan rasuah, BN mahukan rasuah! PR akan memastikan pemimpin yang jujur dan kerajaan yang bersih, termasuk mengisytiharkan aset, tender terbuka, ini barulah sistem dua parti! Yang paling penting sekali, menangkap pegawai yang benar-benar rasuah, bukan memfitnah Teoh Beng Hock yang tidak bersalah.
Pihak lawan saya selalu berkata: ‘Kaum lain menjadi kerajaan, Kaum Cina menjadi pembangkang’. Ini salah sama sekali. Sebenarnya, ‘BN MCA menjadi pembangkang, PR DAP menjadi kerajaan’ barulah yang resahkan MCA. Bukan sahaja orang Cina yang menyokong PR untuk berubah, orang Melayu pun sama, jika kami tidak dapat sokongan 40% orang Melayu, tsunami politik tidak mungkin akan berlaku. Saya percaya, saya pun tidak akan berpeluang berdiri di sini sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Chua pun mungkin tidak berpeluang menjadi Presiden MCA.
Dalam sistem yang demokratik, sistem Dua Parti perlu peralihan parti pemerintah secara alternatif. Biar BN tumbang jadi pembangkang, biar PR bangkit jadi kerajaan! Jikalau PR tidak memerintah dengan baik, rakyat berhak bertukar lagi selepas lima tahun. Ini barulah sistem Dua Parti, peralihan parti pemerintah secara alternatif, barulah rakyat akan ada kehidupan yang baik.
Soalan daripada moderator:
Moderator: Masyarakat Cina sudah mulai mengalu-alukan sistem dua parti sejak 1980. Jikalau kita menggunakan keputusan 2008 sebagai satu rujukan, undi yang diberi kepada BN dan PR adalah lebih kurang separuh masing-masing. Ini menunjukkan separuh rakyat berpuas hati dengan pemerintahan BN, separuh rakyat mempunyai harapan kepada PR. Adakah ini bermaksud sekarang kedua-dua pihak telah mencapai tahap perjuangan dua parti? Macam manakah parti anda memenangi undi yang separuh lagi?
Jawapan daripada LGE:
Kalau PR berpeluang menjadi kerajaan, dasar kami adalah untuk memberi manfaat kepada rakyat. Sekarang semua harga barang naik, duit tak cukup menampung hidup rakyat, kami hendak meringankan beban rakyat. Kalau jadi kerajaan, kami akan memansuhkan toll Utara-Selatan dan Jambatan Pulau Pinang. Kami juga akan meningkatkan royalti minyak daripada 5% kepada 20% bagi Sabah dan Sarawak. Lagi, warga emas. Saya tahu, sejak Pulau Pinang memberi warga emas RM100 setiap tahun, BN ciplak, bukan sahaja BN yang ciplak, MCA pun meniru. Jadi, selain daripada berterima kasih kepada Chua, mereka (ahli MCA) harus berterima kasih kepada kerajaan Pulau Pinang jugalah. Jika kami boleh mengambil kuasa di peringkat pusat, kami ingin maklumkan warga emas seramai 2.1 juta di seluruh negara bahawa kami janji akan memberi RM1,000 setiap tahun. Ini adalah kebaikan peralihan kerajaan secara alternatif. Kebaikannya adalah bahawa parti dinilai berdasarkan dasar atau polisi mereka, kami hendak jadi 'negeri polisi' dan bukan negeri polis. Sekian.
Jawapan bagi sesi soal jawab:
LGE: Tadi itu Exco Perak Mah Hang Soon kan? Saya rasa kita semua tahu waktu PR menjadi kerajaan di Perak, PR lah yang mulakan inisiatif memberi tanah kepada sekolah, dan juga memberi pajakan tanah kekal kepada penduduk kampung baru dan penduduk miskin. Tetapi sejak BN menjadi kerajaan, ini sudah dimansuhkan. Sebab itu, saya berasa anda tidak layak untuk mempersoalkan sesiapa.
Tentang soalan bahawa kerajaan Pulau Pinang memberi janji kosong, saya nak menekankan bahawa kami sudah menunaikan semua janji pilihan raya. Tentang kenapa tol Sungai Nyior tidak dimansuhkan, para hadirin harus ingat bahawa itu di bawah bidang kuasa kerajaan pusat. Kami belum mengambil kuasa kerajaan pusat, jadi sabarlah… Bila kami mengambil kuasa kerajaan pusat, sudah tentu kami akan memansuhkannya, termasuk Lebuhraya Utara-Selatan dan Jambatan Pulau Pinang. Tetapi, walaupun belum dimansuh, kami sudah membina satu jalan untuk memintas tol Sungai Nyior itu, jadi samalah, tidak perlu membayar tol tak munasabah ini.
Kejayaan Pulau Pinang, saya percaya ia boleh dibuktikan. Selepas Mac 2008, semua orang boleh lihat, sentuh dan rasa perubahan yang berlaku. Di Semenanjung Malaysia, papan tanda dwibahasa dengan Bahasa Cina yang pertama didirikan. Papan tanda berbahasa Tamil yang pertama di Malaysia juga terletak di Pulau Pinang. Pulau Pinang pertama kali mendirikan papan tanda berbahasa Arab, juga kerana kejayaan kerajaan PR. Kejayaan Pulau Pinang dalam membanteras rasuah pun yang paling terserlah, sehingga kami dapat pujian Transparency International. Kalau ada orang yang bersalah, kami tidak akan melepaskannya sebegitu sahaja, tetapi Pulau Pinang yang mempunyai rasuah sifar adalah satu hakikat yang diakui oleh organisasi dunia. Kami tidak makan duit itu memang tidak makan duit. Terima kasih.
Soal jawab sesama lain:
CSL: Kita dengar polisi yang populis, beri RM100, mansuh ini mansuh itu, adakan anda boleh memberitahu atas persada ini apakah model pembangunan masyarakat dan ekonomi Pakatan Rakyat supaya Malaysia boleh keluar daripada situasi berpendapatan rendah dan mencapai pendapatan tinggi, termasuk menunaikan janji-janji dalam Buku Jingga?
LGE: Saya rasa ini perbezaan antara saya dengan Presiden Chua. Beliau tidak risau kepada isu rasuah, saya pula risau sangat tentang isu rasuah. Kita perlu ada satu kerangka untuk mengurus hal ehwal negara. Apakah rancangan untuk membawa pembangunan ekonomi? Saya ingin mengambil model Pulau Pinang sebagai contoh. Ini semua adalah hasil daripada amalan sistem pemerintahan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang mempraktikkan sistem 'wang gandakan wang'. Sistem ini menekankan 4 aspek utama iaitu yang pertama, wang kumpulkan wang melalui inisiatif kerjasama antara pihak awam dan swasta dalam menjalankan projek pembangunan. Kedua ialah wang untungkan wang. Melalui amalan sistem tender terbuka, Kerajaan Negeri berjaya mengurangkan kos pembiayaan. Ketiga ialah wang hasilkan wang menerusi pendekatan kreatif dan inovatif. Dan yang terakhir ialah wang jimatkan wang. Sekiranya kita tidak makan wang, sudah tentu wang akan sentiasa ada.
Oleh itu, dalam 4 tahun berturut-turut ini, Kerajaan Pulau Pinang mendapat keuntungan tiap-tiap tahun dan mampu beri balik duit kepada rakyat melalui Program Warga Emas RM100 setiap tahun, pewaris kepada warga emas yang meninggal dunia akan menerima RM1000 sekali sahaja, malah lahir bayi pun dapat RM200 di bawah Program Anak Emas. Semasa Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang, satu sen pun tidak beri, tetapi dengan prinsip ‘wang gandakan wang’ ini, kami memberi manfaat kepada rakyat Pulau Pinang, dan ini sebenarnya dividen anti-rasuah!
Di samping itu, di Malaysia, saya percaya jika kita boleh membanteras rasuah, dan bukan makin banteras makin rasuah, kita boleh menjimatkan banyak wang dan memberi balik kepada rakyat jelata. Inilah janji kami, Pulau Pinang adalah bukti yang terbaik! Jikalau kita berani membanteras rasuah, kita tentu akan perolehi wang. Terima kasih.
Jawapan bagi sesi soal jawab & penutup, LGE:
Pertama sekali saya ingin membalas sesetengah tuduhan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak memberi tanah kepada sekolah Cina, saya rasa ini bukan sahaja hendak menipu diri sendiri tetapi juga hendak menipu orang lain. Ini kerana kami mempunyai bukti, sekolah pun boleh mengesahkan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat telah memberi tanah. Jangan lupa, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sekarang memberi peruntukan yang diinstitusikan kepada semua aliran sekolah, selain daripada sekolah Cina, ada lagi sekolah Tamil, sekolah agama rakyat dan sekolah swasta cina. Dulu tidak ada langsung, kini tiap-tiap tahun dapat peruntukan.
Di sini, saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia, beranilah untuk berubah, kita tidak harus serah diri kepada nasib. Kita berhak menikmati peluang yang saksama. Kita tidak harus melutut untuk minta, kita harus bangkit dengan berani dan bermaruah untuk berubah! Kita tidak mahu ditipu lagi, berubah sekarang juga! Tengok, presiden MCA juga sudah berubah, pertama kali berdebat dengan Roket. Tetapi berdebat itu tidak penting, yang penting itu, beranikah MCA cakap ‘Tak Nak’ kepada UMNO?
Kenapa harus cakap ‘Tak Nak’ kepada UMNO? Kerana UMNO menggunakan sentimen perkauman dan agama, termasuk menyokong PERKASA untuk menghasut dan memecah-belahkan rakyat! Kedua, UMNO menyalahgunakan undang-undang yang menyalahi hak asasi manusia. UMNO rasuah, isu Kak Shahrizat dengan Lembu itu hanya ‘tip of the iceberg’. Yang lagi serius itu, dalam 10 tahun yang lalu, sejumlah RM1 trillion wang haram (rasuah) telah dibawa keluar dari negara ini secara curi-curi. Yang ini (RM1 trillion) macam mana kira?
Seperti apa yang diakui oleh mantan presiden MCA Ong Tee Keat tentang MCA bekerjasama dengan UMNO, dulu MCA sekurang-kurangnya boleh makan semeja baki hidangan UMNO. Sekarang paling baik pun dapat cebis dan sisa roti sahaja.
Ramai Melayu tidak dapat menikmati pembangunan negara, tidak ada RM250 juta untuk menternak lembu, kerana terlalu banyak “buah-buah yang baik dimakan oleh kroni BN”, rakyat hanya boleh tertunggu-tunggu, makan sisa buah!
Masalah yang dihadapi masyarakat Cina, saya percaya para hadirin pun tahu, berlonggok-longgok, kita semua tahu apa masalahnya. Selain daripada masalah sijil sekolah swasta (UEC) tidak diakui, sekolah Cina tidak mendapat peruntukan yang mencukupi, guru-guru yang tidak arif berbahasa Cina dihantar ke sekolah Cina, ada juga masalah guru sandaran yang belum diselesaikan. Oleh itu kesemua isu peluang yang tak saksama dalam ekonomi dan pekerjaan ini, saya percaya bukan sahaja orang Cina tetapi kaum lain juga menghadapinya. Oleh sebab itu kita harus mengambil peluang ini untuk berusaha dengan kaum lain untuk membawa perubahan.
Apa yang kita menitikberat sekarang adalah masa hadapan anak-anak kita. Masa depan generasi saya sudah dirompak BN selama 50 tahun ini, jangan biar masa depan anak-anak kita dirompak juga. Oleh itu, kita sedang menunggu peluang untuk berubah.
Pagi ini sebelum saya datang, saya beritahu anak perempuan saya, kalau ada peluang, saya hendak menjadi suara generasi muda kamu. Saya harap kita ada polisi yang terbuka untuk membolehkan kamu tinggal di sini, jangan berhijrah keluar lagi. Kita hendak menitikberatkan bakat. Ingat, hanya dengan menitikberat, menghargai dan memilih bakat, barulah masa depan Malaysia akan cerah dan makmur.
Kita lihat Korea Selatan, pada tahun 1970, pendapatan purata mereka hanya USD260 seorang, pada tahun 1970 Malaysia lebih baik, ada USD380. Tetapi sekarang Korea Selatan sudah melangkaui Malaysia, sekarang Malaysia mempunyai pendapatan purata USD7760, manakala Korea Selatan sudah mengecapi USD20,000!
Kenapa Korea Selatan boleh menjadi negara berpendapatan tinggi, tetapi Malaysia masih terkandas? Faktor terutama ialah Korea Selatan adalah negara demokrasi, ada sistem Dua Parti, ada peralihan parti pemerintah secara alternatif. Oleh itu, sekiranya kita mahu berubah, kita mahu Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi, kita perlu ada keberanian untuk bangkit dan berubah, ada keberanian untuk merealisasikan sistem dua parti. Jalan ini sememangnya tidak mudah, tetapi saya mahu mengingati semua, kerjasama kami dengan PAS, PKR adalah satu manifesto deklarasi yang bertulis, Ini sudah diumumkan kepada semua, PAS ada ideologi PAS, DAP ada ideologi DAP, tetapi jangan lupa, PAS tidak pernah membunuh walau seorang pun orang Cina. Ini realiti, biarlah kita bertabah hati, bertekad untuk berubah, walaupun susah, tetapi demi generasi muda, kita harus sempurnakan jalan perubahan ini! Sekian.
Oleh Lim Guan Eng
sumber : tinta hijau
21 February 2012
Bayan Mutiara: Bukti telah diberikan, beranikah pemimpin UMNO letak jawatan?
GEORGE TOWN, 21 FEB: Tidak ada sebarang keraguan bahawa penjualan tanah 102.3 ekar di Bayan Mutiara telah dilakukan secara tender terbuka, telus dan mematuhi semua aspek undang-undang.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, penjualan tanah itu melalui “Request For Proposal” dilaukan secara:
Tender terbuka yang berdaya saing Dipaparkan dengan jelas di laman-laman web dan suratkhabar; dan Diperhatikan oleh Juruukur Bertauliah dan Penilai Berdaftar bebas dan terkemuka iaitu Raine & Horne International semasa sesi taklimat yang telah diadakan di Pulau Pinang, KL dan Singapura.
“Tawaran yang tertinggi dalam tender terbuka telah dipilih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, apabila tender dipanggil pada tahun 2010, seramai 37 pihak telah membeli dokumen-dokumen tender pada harga RM3,000 setiap satu.
Namun demikian, jelasnya, apabila tender ditutup pada 31 Dis 2010, hanya 4 tawaran tender telah diterima, iaitu daripada:
Tawaran-tawaran tunai yang diterima:
“Oleh kerana Ivory telah memberi tawaran yang paling tinggi iaitu RM240skp atau jumlah besar RM1.072 bilion, mereka telah dipilih.
“Kemudian, kerajaan negeri telah membuat permintaan lanjutan supaya Ivory mengurangkan tempoh bayaran RM240skp daripada 8 tahun kepada 5 tahun. Ini telah diterima oleh Ivory,” jelasnya.
Justeru, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP mencabar Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dan Ahli Parlimen Kota Belud (Sabah) Datuk Abdul Rahman Dahlan – yang mempertikaikan penjualan tanah itu dengan maklumat palsu – agar berani meletakkan jawatan mereka.
Memandangkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa penjualan tanah 102.3 ekar di Bayan Mutiara telah dilakukan dengan tender terbuka yang berdaya saing, beliau mencadangkan kedua-dua ahli politik UMNO itu bersara dari politik serta-merta. –
Roketkini.com
19 February 2012
18 February 2012
Debat - Soi Lek Akui Guan Eng Pemimpin Yang Hebat
KUALA LUMPUR: Debat di antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bukanlah satu pertembungan untuk menentukan menang atau kalah tetapi pentas untuk menyatakan pandangan masing-masing secara ikhlas dan jujur.
Bercakap pada sidang akhbar selepas debat selama sejam itu berlangsung, Dr Chua, 65, menegaskan yang menang sebenarnya adalah rakyat jelata yang akan dapat membuat pertimbangan yang lebih seimbang dan jelas selepas mengikutinya.
Beliau turut memuji Guan Eng sebagai seorang pemidato yang hebat dan berpengalaman.
"Beliau (Guan Eng) adalah seorang ahli politik yang muda, penuh bertenaga dan berpengetahuan luas," katanya mengenai ketua menteri Pulau Pinang yang berusia 52 tahun itu.
Berhubung cadangan Guan Eng agar debat yang sama diadakan di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Chua berkata beliau tidak ada sebarang masalah untuk menyampaikan mesej itu kepada perdana menteri.
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/2/18/mstar_berita/20120218201852&sec=mstar_berita
Debat Guan Eng Lawan Soi Lek
4.55PM: Dewan gamat apabila penyokong kedua belah pihak melaungkan nama pedebat masing-masing ketika mereka mengambil tempat di pentas.
5.00pm: Moderator Tan Ah Chai, ketua pegawai eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur -Selangor, memulakan sesi debat dengan menjelaskan peraturannya.
Bagi ucapan pembukaan, pedebat masing-masing dibenarkan bercakap
selama lapan minit.
5.02pm: Kedua-dua pedebat menghampiri podium moderator untuk memilih pedebat pertama berucap. Chua akan berucap dahulu.
5.05pm: Selepas 8 Mac, 2008. DAP mengamalkan politik kebencian, kata Chua.
Beliau menambah DAP telah berubah dan kini bekerjasama dengan PAS, yang mahu melaksanakan sebuah negara teokratik. Beliau berkata, DAP tidak boleh menghalang PAS.
"DAP hanya bercakap besar," kata Chua, disambut tepukan gemuruh hadirin dari pihak MCA.
Dia menyokong hujahnya dengan menyatakan bahawa Kedah mengamalkan pengasingan gender manakala PAS membantah pawagam di Bangi, Selangor.
5.07pm: DAP suka memberitahu orang Cina bahawa mengundi pembangkang akan meningkatkan taraf hidup, sambil menunjuk bagaimana seorang calon DAP boleh menjadi ketua menteri Pulau Pinang, kata Chua.
Chua berkata DAP telah memberi harapan palsu kepada orang Cina bahawa keadaan sedemikian boleh berlaku di negeri-negeri lain juga.
5:10pm: Chua mengatakan bahawa dalam negara berbilang budaya, rakyat Malaysia tidak boleh menyokong PAS kerana agenda negara Islamnya.
"Siapakah sekutu terbesar PAS?" tanya Chua, dan penyokong MCA menjerit serentak "DAP!".
5.12pm: kini tiba giliran Guan Eng.
Beliau berterima kasih kepada pihak penganjur debat tersebut tetapi berkata apa yang orang ramai mahu lihat ialah debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
5.14pm: "Kami dalam Pakatan Rakyat tidak mempergunakan satu sama lain. Yang penting bagi kami ialah bagaimana orang ramai menggunakan kami.
"Kami tidak menentang orang Melayu. Kami tidak menentang orang Cina. Kami menentang rasuah," kata Lim, disambut tepukan gemuruh penyokong Pakatan.
5:16pm: "DAP tidak mengiktiraf ketuanan Melayu. Kami mengiktiraf ketuanan rakyat," kata Lim.
Lim menambah bahawa Pakatan bersedia untuk melakukan apa yang BN enggan laku, seperti mengisytiharkan aset mereka dan memerangi rasuah.
"Ini adalah apa yang kita panggil sistem dua parti," kata Lim, diikuti tepukan penyokongnya.
5.20pm: Debat masuk pusingan kedua, dengan moderator mengemukakan soalan: Keputusan pilihan raya lalu menunjukkan bahawa masyarakat berpecah kepada dua pemikiran. Bagaimana anda mengatasi masalah ini?
Chua pertama menjawab dengan berkata DAP tidak akan memberi perkhidmatan di kawasan pilihan raya yang tidak dimenanginya.
Malah, pejabat mereka juga akan hilang, kata Chua, dan para penyokongnya enyahut "ya" secara serentak.
Chua menyimpulkan bahawa sistem dua parti adalah slogan politik semata-mata.
5.25pm: Moderator Tan Ah Chai menerima soalan dari hadirin. Kebanyakan soalan dilihat datang dari kalangan penyokong MCA tetapi Lim melontarkan senyuman.
05:28pm: kontroversi kecil meletus ketika penyokong Pakatan beratur di mikrofon di sebelah tepi dewan mengadu kepada moderator kerana tidak mengambil soalan dari pihak mereka.
Moderator meminta Chua menjawab soalan awal yang ditanya oleh penyokong MCA.
5:36pm: Moderator mengumum membenarkan 10 minit lagi untuk menerima soalan dari hadirin.
Sesi seterusnya melibatkan penceramah mengemukakan soalan kepada satu sama lain. Lim bertanya apa yang pandangan MCA apabila pemimpinnya ditangkap berhubung skandal PKFZ (Zon Bebas Pelabuhan Klang) dan bukannya pemimpin Umno.
Chua menjawab bahawa Lim mengambil laluan perkauman.
"Dia bertanya mengapa orang Cina ditangkap tetapi tidak orang Melayu?" kata Chua.
Chua berkata berbeza dari yang lain, MCA tidak akan menggunakan demonstrasi jalanan untuk membela seseorang kerana ia percaya bahawa sistem kehakiman adalah adil.
5.40pm: Giliran Chua mengemukakan soalan. Dia ingin tahu sama ada
dasar ekonomi Pakatan boleh membantu Malaysia menjadi sebuah masyarakat yang berpendapatan tinggi.
Lim berkata, dengan mengambil Pulau Pinang sebagai contoh, ia memastikan bahawa kerajaan negeri buat duit.
Antara lain, Lim berkata, ialah urus tadbir berhemah dan ia mengamalkan sistem tender terbuka.
"Ini telah membolehkan kita buat duit setiap tahun, yang diagihkan kembali kepada rakyat," kata Lim.
Beliau berkata, jika Malaysia benar-benar boleh menangani rasuah, maka lebih banyak wang boleh disimpan, dan Pulau Pinang merupakan contoh utamanya.
5.45pm: Pusingan kedua hadirian mengemukakan soalan, termasuk beberapa soalan dari penyokong Pakatan.
Penyokong Pakatan Rakyat masih tidak berpuas hati kerana kebanyakan soalan datang dari penyokong MCA yang menyerang Lim dengan pelbagai soalan, berhubung dasar PAS dan prestasi Pulau Pinang.
11 February 2012
Apa yang dilakukan oleh pentadbiran negeri Pulau Pinang untuk Islam
Saya menghabiskan lapan hari di Pulau Pinang dan dalam tempoh tersebut dapat melihat dan meneliti beberapa perkara yang sering dijadikan 'berita sensasi' mengenai untung nasib Melayu/Islam. Jika mempercayai sepenuhnya laporan-laporan yang dimuat dalam akhbar dan media elektronik 'arus perdana', kita pasti akan marah dan melemparkan 1001 tuduhan kepada pentadbiran negeri.
Sebagai anak jati Pulau Pinang, saya sedar dan tahu akan kedudukan sebenar atau apa yang berlaku dan dilakukan sebelum pilihan raya 2008. Banyak masalah berkaitan orang Melayu/Islam bermula sebelum 2008 dan berterusan hingga ke hari ini.
Banyak perkampungan Melayu dalam kawasan bandar raya dan pinggirnya wujud atas tanah milik bukan Melayu termasuk golongan pemberi hutang yang digelar 'Ceti' dan apabila tuan tanah jual harta mereka itu, maka orang Melayu yang 'menumpang' di situ terpaksa berpindah. Akibat daripada perpindahan itu, berkuranglah jumlah atau bilangan orang Melayu dalam kawasan bandar raya atau pinggir bandar.
Dalam kawasan bandar raya, kampung Melayu/Islam yang masih kekal adalah atas tanah wakaf seperti di Lebuh Aceh (Acheen Street - wakaf Syed Hussein Idid) walaupun hanya tinggal beberapa buah rumah sahaja, Kampung Makam di Jalan Dato' Keramat (wakaf Sheikh Kassim) dan Kampung Syed di Jalan Burma (wakaf Kupima Ku Zainal Abidin/Syed Mohamad Alhabshee).
Ketiga-tiga buah kampung itu kini bernilai tinggi dan dilihat sebagai 'lombong emas' yang mengundang banyak pihak menaruh minat tetapi oleh kerana tarafnya sebagai harta wakaf, maka pihak tertentu tidak boleh menyentuhnya. Bayangkan apa akan berlaku jika ketiga-tiga kawasan atau hartanah itu bukan harta wakaf?
Sekitar tahun 1970-an ada pihak yang ingin membangunkan Kampung Makam selaras dengan kehendak dan wasiat pewakif untuk memastikan ia selari dengan kemajuan dan pembangunan sekitarnya. Malangnya, usaha tersebut dibantah oleh segelintir penduduk dan akibatnya Kampung Makam kekal seperti sedia kala hingga sekarang.
Kebelakangan ini, pentadbiran negeri sering dijadikan sasaran dan kecaman oleh pihak-pihak tertentu yang antara lain menuduhnya menganaktiri dan menzalimi orang Melayu dan orang Islam. Mereka melempar tuduhan dengan merujuk kepada pentadbiran negeri sebagai "kerajaan DAP" sedangkan ia adalah sebuah kerajaan campuran tiga buah parti politik yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Mungkin dengan merujuk kepada pentadbiran negeri sebagai "kerajaan DAP" pihak berkenaan berharap ia dapat membakar semangat marah di kalangan orang Melayu dan Islam.
Banyak masalah yang dibangkitkan oleh mereka sebenarnya bukan perkara baru. Ia mula berlaku semasa pentadbiran Barisan Nasional/Perikatan dan diwarisi oleh pentadbiran Pakatan Rakyat. Kebanyakan daripada masalah yang bersangkut-paut dengan isu tanah dan perumahan membabitkan soal undang-undang dan pentadbiran yang mengambil alih selepas pilihan raya umum 2008 tidak seharusnya dipersalahkan.
Pentadbiran Pakatan Rakyat yang berkuasa di Pulau Pinang, walaupun dicemuh oleh pihak tertentu, telah membuktikan kecemerlangan khususnya dalam aspek pentadbiran kewangan dan memelihara kebajikan rakyat.
Belanjawan atau Bajet 2012 Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjaya mengukuhkan kesihatan dana negeri dengan mengurangkan hutang yang ditinggalkan kerajaan terdahulu daripada RM630.13 juta kepada RM29.66 juta dalam tempoh tiga setengah tahun sahaja.
Pengurangan hutang sebanyak RM600.47 juta atau 95.29 peratus adalah kadar yang paling cemerlang di antara semua negeri di Malaysia. Hasil daripada pengukuhan kewangan, penjimatan dan perbelanjaan berhemah yang diperolehi melalui prinsip tadbir Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) telah disalurkan untuk keperluan pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
Antara program yang dilancarkan atau diperkenalkan sejak 2008 - Program Membasmi Kemiskinan Tegar, Program Penghargaan Warga Emas, bantuan kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan ibu tunggal serta Penghargaan Anak Emas yang bermul pada 2011.
Mulai tahun ini, kerajaan negeri bertekad untuk membantu 743 Ketua Isi Rumah (KIR) yang majoritinya orang Melayu, memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM600 sebulan yang membabitkan bantuan sebanyak RM4.0 juta setahun. Kerajaan negeri mensasarkan sebelum 2015, Pulau Pinang menjadi negeri pertama di Malaysia yang berjaya menghapuskan miskin tegar sepenuhnya.
Sudah tentu ada pihak yang kurang senang dengan apa yang saya nyatakan tetapi itulah hakikatnya dan itulah kenyataan. Saya tidak memihak kepada sesiapa tetapi sebagai anak Pulau Pinang, saya kena akui dan terima kenyataan tanpa mengira siapa atau parti politik mana yang berkuasa.
Saya perturunkan fakta kewangan berkaitan Hal Ehwal Agama Islam yang dilaksana oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sejak ia mentadbir negeri pada 2008. Ia adalah fakta, bukan sesuatu yang direka-reka untuk menyedap hati atau sebagai hiasan jendela. BN merujuk kepada pentadbiran Barisan Nasional pimpinan Parti Gerakan dan PR merujuk kepada pentadbiran Pakatan Rakyat pimpinan DAP.
1. PERUNTUKAN BERKAITAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
Tahun 2008 (BN) ..............RM25.7 juta
Tahun 2009 (PR)...............RM33.2 juta
Tahun 2010 (PR)...............RM38.9 juta
Tahun 2011 (PR)...............RM45.7 juta
Tahun 2012 (PR)...............RM64.03 juta
2. SAGUHATI TAHUNAN GURU KAFA
Tahun 2008 (BN)..............RM659,000.00
Tahun 2009 (PR)...............RM879,000.00
Tahun 2010 (PR)...............RM913,200.00
Tahun 2011 (PR)...............RM900,000.00
Tahun 2012 (PR)...............RM900,000.00
3. PERUNTUKAN TAMBAHAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)
Tahun 2008 (BN).............TIADA
Tahun 2009 (PR)..............RM1.50 juta
Tahun 2010 (PR)..............RM1.75 juta
Tahun 2011 (PR)..............RM1.75 juta
4. SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN AL-HUFFAZ
Tahun 2008 (BN)............TIADA
Tahun 2009 (PR).............RM75,000.00
Tahun 2010 (PR).............RM100,000.00
Tahun 2011 (PR).............RM130,000.00
5. SUMBANGAN EKYA' RAMADAN (KEPADA SELURUH MASJID)
Tahun 2008 (BN)............TIADA
Tahun 2009 (PR).............RM213,000.00 setahun bermula tahun 2008 selepas ambil alih pentadbiran negeri
6. PROGRAM BULANAN AL-QURAN
Tahun 2008 (BN)..........TIADA
Tahun 2009 (PR)...........RM100,000.00 setahun
*FAKTA ADALAH DARIPADA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG
Saya tidak pasti sama ada berita ini mendapat tempat dalam media arus perdana tetapi percaya ianya tidak dilaporkan. Apa yang dilaporkan lebih merupakan laporan negatif yang mencemuh dan memberi gambaran buruk terhadap pentadbiran negeri semata-mata kerana ia diterajui oleh DAP.
http://kudaranggi.blogspot.com/2012/02/apa-yang-dilakukan-oleh-pentadbiran.html?
09 February 2012
Papagomo Disaman Lagi..
Pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari hari ini membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap laman web rasmi Umno, Umno Online dan blog pro-Umno Pisau.net dan Papa Gomo.
Laporan ini dibuat ekoran serangan berterusan laman web dan blog tersebut terhadap anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang difitnah sebagai pencabul kehormatan seorang pelajar perempuan.
“Saya telah diarahkan untuk membuat aduan kepada SKMM atas perkara ini kerana penerbitan dan penyiaran artikel-artikel palsu dan fitnah oleh Pisau.net, Umno-Online dan juga Papa Gomo merupakan suatu kesalahan di bawah, antara lainnya, Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Beliau turut menjelaskan contoh artikel yang berunsur fitnah dan sindiran tersebut.
“Sebagai contoh terbaru, saya memetik daripada artikel Papa Gomo pada 7 Februari 2012 yang bertajuk “Lim Guan Eng Nenen Memang SIAL – Ibrahim Ali”, di mana Papa Gomo telah membuat sindiran berikut:
“Psssttt.. Guan Eng Kaki Nenen, patut anak pun suka Raba Tetek… Memang SIAL”.
Motif jelik dan keji
“Adalah jelas di sini bahawa laman-laman web seperti Papa Gomo mempunyai motif jelik dan keji serta sanggup melakukan apa-apa termasuk memainkan sindiran yang bukan sahaja memfitnahkan Ketua Menteri tetapi juga memangsakan seorang kanak-kanak dalam usia persekolahan yang tidak bersalah,” kata Zairil di dalam satu kenyataan media.
Pada bulan Oktober tahun lepas, terdapat desas desus bahawa anak Guan Eng telah ditukarkan sekolah gara-gara mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan di sekolah lamanya.
Laman-laman web tersebut, termasuk laman web rasmi Umno iaitu Umno-Online, telah mendakwa bahawa Ketua Menteri telah membayar RM200,000 kepada pelajar perempuan tersebut sebagai sogokan untuk berdiam.
Bagaimanapun, tuduhan tersebut telah disangkal oleh ‘pelajar perempuan’ tersebut yang dikenal pasti sebagai jaguh catur Hong Kong yang kini berada di Britain.
“Anya Corke, telah menegaskan bahawa beliau tidak pernah sesekali pun bertemu dengan Ketua Menteri atau anaknya,” jelas Zairil.
Ini diikuti oleh pengesahan Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Ahmad Tarmizi Kamaruddin bahawa tidak ada sebarang bukti untuk mengaitkan anak Ketua Menteri dengan apa-apa kejadian sedemikian.
Pengetua SMJK Heng Ee, iaitu sekolah lama anak Ketua Menteri, juga telah menafikan kejadian itu.
Meskipun demikian laman web dan blog yang dinyatakan di atas tetap meneruskan serangan dengan memaparkan laporan berunsur fitnah dan palsu di laman mereka.










