Pergerakan Pemuda Umno mahu kerajaan negeri Pulau Pinang memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog kononnya pemberian wang ehsan iaitu RM100 setahun kepada warga emas dan RM1,000 kepada waris keluarga warga emas meninggal dunia menerusi program penghargaan warga emas adalah menggunakan wang daripada sumber judi. Ketua Penerangannya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng perlu segera memberi penjelasan kerana dakwaan dalam blog "Pisau.Net" itu telah menimbulkan kegelisahan dan rasa kurang senang segelintir penerima wang ehsan itu, terutama yang beragama Islam.
"Saya terima banyak panggilan daripada warga emas yang bertanyakan mengenai perkara itu dan mereka bimbang serta gelisah kerana sudah menerima wang RM100 dan RM1,000 terbabit sejak kerajaan negeri melaksanakan program penghargaan warga emas.
"Mereka sangat bimbang dengan dakwaan wang berkenaan dari sumber duit judi yang haram bagi umat Islam...penjelasan berkenaan bagi menghilangkan keraguan orang ramai di mana sehingga kini masih belum ada sebarang penjelasan walaupun sudah beberapa hari blog berkenaan membuat dakwaan terbabit," katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Aidilfitri bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di sini, Sabtu.
lu orang nak pertikai Wang judi (Haram)..Hasil Judi Genting Highland
sapa yang bagi rakyat muntah kedarah selama ini..??Guan Eng lebih
tahu tentang hukum islam drp luorang umnongok..Hampehh
Hipokrit?: Alahai cantiknya politik
1 hour ago
3 Komen :
PP UMNO Penang itu MELAYU KAH?????
atau INDIA MUSLIM??? Keliru lah kami warga Malaysia.
Apakah definasi MELAYU dan BUMIPUTRA? Adakah sama maksudnya dan clon atau kembar Siam?
KALAU LAH BENAR, ITU PUN LGE BELUM BERI PENJELASAN DARI MANA WANG ITU DIPEROLEHI, ITU DIKATAKAN HASIL JUDI DAN HARAM.
WAHALI PP UMNO PENANG, KENAPA TAK SURUH DS PM beri penjelasan adakah wang hasil kutipan cukai daripada JUDI HGENTING HIGHLANG, MAGNUM, TOTO, PERLUMBAAN KUDA dll banyak lagi, ADAKAH ITU HALAL ATAU HARAM.
Sebelum anda suruh LGE jelas, suruh DS PM jelas kerana judi judi itu lebih lama ujud.
SAYA CABAR PP UMNO PENANG ARAH DS PM BERI PENJELASAN TERSEBUT!!!!!
Kalau mamak tu nak tau lebih lanjut biarlah dia sendiri tanya 'pisau net' apasal nak tanya LGE.
Minta maaf lah nak cakap kasar nampaknya.
Apa ke jadah nye si mamat kitol ni nak cakap pasal haram duit judi pulak dah.Kenapa mamat ni buta hati sangat...duit cukai judi yang umno kutip dari Bukit Gneting tu HALAL KE?.Cukai TOTO TU HALAL KE?.
Jangan buta perut sangat mamat bengong oiiii......
Post a Comment