BlogList Malaysia

19 September 2010

Jawapan Guan Eng Untuk Pemuda Umno Yang Bodoh

Ketua Menteri Pulau Pinang menafikan sekeras-kerasnya tuduhan pihak tertentu dan Pemuda Umno yang mendakwa sumbangan Kerajaan Negeri kepada warga emas dan waris mereka adalah dari hasil judi. Lim Guan Eng menyifatkan tuduhan yang dilemparkan itu adalah amat tidak bertanggungjawab dan tidak berasas sama-sekali.

Beliau menggesa Umno, yang menyokong kuat perlaksanaan lesen judi sukan supaya insaf dan memperbetulkan kegelinciran moral dalam parti mereka sendiri.

Dari laman Twitter-nya, Guan Eng menyifatkan tuduhan dari Pemuda Umno itu adalah perbuataan munafik.

" Hanya umno jahil sahaja cakap kerajaan Pulau Pinang guna duit judi bila lesen judi dibagi kerajaan BN. Mana kerajaan Pulau Pinang dapat wang judi? Ini kerja jahat munafik! tulis beliau dalam Twitternya malam tadi.

Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang meminta kerajaan negeri menjelaskan dakwaan satu laman blog yang menuduh warga emas Pulau Pinang menerima sumbangan hasil judi sebanyak RM100 setahun manakala waris keluarga warga emas yang meninggal dunia menerima RM1,000.


Kerajaan negeri menganggap dakwaan itu muslihat Umno menyerang kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng selepas gagal dalam isu khutbah bulan lalu.

" Kerajaan Pulau Pinang memberikan wang kepada rakyat ia dikatakan wang haram tetapi wang yang diberikan kepada kroni mereka bagaimana? Saham Bumiputera RM52 bilion halal sejak ia dirampas kroni BN!" ujar Guan Eng.

Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang Ng Wei Aik berkata sumbangan itu adalah hasil dari pendekatan jimat cermat yang diamal kerajaan negeri sejak Mac 2008.

“Pada 2008 perbelanjaan yang berhemah dan sikap jimat cermat oleh kerajaan negeri, daripada peruntukkan sebanyak RM318.56 juta yang dibelanjakan hanya RM283.15 juta. Penjimatan sebanyak RM35.41 juta atau 11 peratus telah digunakan untuk manfaat warga emas dan waris mereka yang kehilangan ibu dan bapa,” kata Ng.

2 Komen :

azman kamarul September 19, 2010 at 11:15 PM  

APA RASA KAMU SEKELIAN WAHAI PEMIMPIN UMNO DAN PENCACAI UMNO APABILA SEORANG YANG BUKAN ISLAM MEMANGGIL KAMU SEMUA SEBAGAI "MUNAFIK".

JANGAN MELENTING WAHAI UMNO SEKELIAN..TETAPI MUHASABHALAH DIRI SENDRI..wakakakaka

Anonymous ,  September 21, 2010 at 9:56 PM  

LGE,
BUAT BAIK BERPADA PADA, BUAT JAHAT JANGAN SEKALI.
BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH.
ITU YANG KITA ORANG MAHU SEORANG PEMIMPIN YANG BERANI DAN BERJIWA LURUS. SAYA DAH TAHU LGE MESTI TEPIS DAKWAAN PALSU PEMUDA UMNO YANG B.... DAN B.......
SAYA NASIHATKAN PEMUDA UMNO ITU SUPAYA BERTAUBAT DAN INSAF, DOSA BESAR KALAU FITNAH.JANGAN MAIN MAIN.
ITU LAH BILA KAU BUKA MULUT, SEPERTI LUDAH KE LANGIT, JATUH BALIK KEBATANG HIDUNG SENDIRI. KENAPA TAK MINTA PM BERI PENJELASAN TENTANG KUTIPAN CUKAI DARI MAGNUM, TOTO, CATAT TARUH PERLUMBAAN KUDA, GENTING DLL. SAYA CABAR PEMUDA UMNO PENANG ITU DESAK PM KELUAR KENYATAAN SEPERTI MANA YANG DIA SURUH LGE.
KALAU PEMUDA UMNO PP ITU TAK BUAT, LAIN KALI TAK USAH LAH NAK SEMBOK MEMBUTA TULI. BAHAYA - MAKAN DIRI SENDIRI.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas