KUALA LUMPUR 22 NOVEMBER: Seorang Ketua Pemuda Umno cawangan di Negeri Sembilan ditahan polis dalam satu serbuan minggu lalu.
“Dia ditahan di sebuah hotel dalam keadaan dikelilingi dadah dan arak,” kata Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shahrin kepada Keadilan Daily.
Mendedahkan hal itu, beliau berkata, bapa kepada individu itu seorang pemimpin Umno bergelar Datuk yang juga bekas senator.
Badrul Hisham yang dikenali sebagai Chegubard berharap pendedahan awal itu bertujuan mengelak kes kecurangan pemimpin disorok atas arahan politik.
“Kita harap pendakwaan dapat dilakukan dengan adil. Polis dapat bertindak tegas tanpa mempeduli tekanan politik Umno,” kata Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu.
Sebelum ini, beliau berkata, banyak kes salah laku pemimpin Umno disenyapkan tanpa diambil tindakan ekoran tekanan kepada pihak berkuasa.
“Pernah kes seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) salah guna senjata, lepaskan tembakan kerana berbalah dengan orang, laporan dibuat tetapi kes ditutup,” katanya.
- www.keadilandaily.com/
Read More...
Summary only...
Tatkala rakyat negeri Selangor sedang menadah tangan meng'amin'kan doa untuk Raja Muda Selangor pada setiap hari Jumaat, mungkin pada masa itu baginda sedang bergembira di disko dan membasah tekak dengan minuman champagne Moët & Chandon.
Mungkin juga tatkala khutbah Jumaat dibacakan untuk mengingati rakyat jelata untuk mentaati Raja-raja Melayu kerana mereka itulah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri di bumi Malaysia ini, mungkin pada masa itu baginda sedang sibuk melakukan maksiat dan salah-laku yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.
Baca ceritanya
di sini
Read More...
Summary only...
Atas apa juga alasan samaada pengurus pusat membeli belah yang mempamerkan replika botol bersama-sama 400 botol kosong arak itu bukan beragama Islam dan tidak memahami Islam atau apa sahaja, ini bukanlah alasan untuk tidak mengatakan bahawa ini adalah satu tindakan paling kurang ajar dan amat bodoh.. Tak perlulah membela dengan cuba mengaitkan dengan sejarah siapa yang merasmikan kilang arak di Malaysia. Biarlah itu menjadi sejarah. Apa yang pasti Kerajaan Pulau Pinang terutamanya exco agama yang baru patut peka dengan masalah ini.

GEORGE TOWN, 31 Julai -- Replika susunan botol arak gergasi yang dipamerkan ditempat awam bersebelahan dengan perhiasan mempromosikan bulan Syawal di sini, hari ini.
Orang ramai terutama umat Islam yang melalui kawasan pusat membeli-belah di Pusat Bandar George Town akan terkejut melihat replika susunan botol arak gergasi yang dipamerkan ditempat awam bersebelahan dengan perhiasan mempromosikan bulan Syawal.
Lebih 400 botol-botol arak kosong disusun di dalam sebuah ruang pameran di kawasan awam yang dikunjungi oleh orang-ramai.-Bernama
Read More...
Summary only...
KUALA LUMPUR 7 Julai: Esso Malaysia yang ditukar nama sebagai Petron, dibeli anak Dr Mahathir Mohamad menggunakan sumber kewangan San Miguel Corporation – sebuah syarikat arak terkemuka.
“Jadi, kalau pergi stesen Petron, samalah pergi ke syarikat anak Mahathir, Mokhzani,” kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata demikian depan lebih 2,000 orang di Padang Kampung Selayang Indah, Selayang baru, malam tadi.
Anwar juga menyifatkan Datuk Seri Najib Razak tunduk kepada telunjuk Mahathir apabila meluluskan kontrak enam bulan untuk MAS membeli minyak dari Petron.
“MAS tak boleh beli minyak syarikat lain selama enam bulan, daripada syarikat anak Mahathir, Petron – boleh,” katanya, sinis.
Ketua Umum KEADILAN yang pernah memegang jawatan Menteri Kewangan selama lapan tahun itu, mempersoal integriti Najib selaku Perdana Menteri.
“Dasar ekonomi apa ini. Kamu ini Najib, Perdana Menteri ke, ketua kampung? Ini Perdana Menteri takut kepada Mahathir, dengan Perkasa takut, dengan Obama takut, balik rumah takut.
Anwar juga mengimbas kembali desakan Mahathir yang mahu RM2 bilion untuk menyelamatkan anaknya tetapi tidak diendahkan beliau hingga membawa kepada pemecatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Ini membuktikan, katanya, walaupun berulang kali Umno ‘berikrar’ mahu membanteras rasuah dan penyelewengan, katanya, janji itu sekadar janji kerana mereka mendahulukan kroni.
“Bukan tiada orang Melayu, India atau Cina, tapi serah kepada orang korup. Tapi bercakap, mesti tentang rasuah. Tapi pelahap bukan main banyak.
“Semua tak betul tapi pemimpin Umno beli syarikat arak tok imam diam sahaja, boleh,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32408
Read More...
Summary only...
PETALING JAYA - Langkah sebuah pasaraya di Sri Petaling membuat promosi arak Carlsberg dengan meletakkannya ‘Ramadhan Sale’ menyemarakkan darah umat Islam menjelang Ramadhan ini.
Iklan itu yang kemudiannya dimasukkan dalam facebook sekejap sahaja sudah menerima puluhan komen dari pengguna laman sosial itu. Posting gambar iklan ini dibuat melalui facebok milik Lajnah Penerangan Dppsa (Dewan Pemuda PAS Shah Alam) dan beberapa pemilik lagi telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.
Ramai yang marah-marah namun ada juga yang agak rasional dengan berkata, mungkin ianya dibuat oleh orang Bukan Islam yang tidak faham.
Oleh itu, mereka yang terjumpa iklan sebegini sepatutnya terus membuat bantahan kepada pihak pengurusan pasaraya ini.
Iklan ini seumpama promosi daging babi panggang yang dibuat oleh akhbar MCA, The Star dalam bulan Ramadhan yang lalu.
The Star telah menerima amaran ekoran penyiaran itu.
Namun pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus juga memberi amaran apabila The Star membuat satu lagi kesilapan apabila menyiarkan tulisan dan gambar penyanyi Amerika, Erika Badu yang bertatu nama Allah di dadanya yang telanjang. ~harakahdaily
Read More...
Summary only...
dari kajian para saintis
sebotok san miguel sebelum
berurut akan meluntur kan urat
sesudah berurut
sebotol san miguel akan
mententeram kan urata
san miguel baik untuk anda!
Baca
disini
Read More...
Summary only...
YB yang di tangkap sebagai pelanggan KELAB MALAM 1Malaysia ialah seorang YB dari BN iaitu Adun RIM dalam parlimen Jasin, Biodata beliau akan kami sertakan, dan kami yakin anda jugak agak terkejut dengan pertemuan-pertemuan baru ini..
Tahukah anda YB ini juga saekor TIMBALAN PENGERUSI HAL EHWAL ISLAM MELAKA.. Inikah pemimpin yang di ketengahkan oleh PM NAJIB dan KM MELAKA? kahkahkah
Antara Jawatan yang di sandang sekor nih ialah,
1: Pengerusi Belia 4B cawangan Kemendor
2: Pengerusi Bola Sepak Liga Perdana Melaka
3: Nazir PLKN Negeri Melaka
4: JAWATAN KUASA PERHUBUNGAN NEGERI MELAKA
5: KETUA PERGERAKA PEMUDA UMNO BAH JASIN
6: KETUA PEMUDA CAWANGAN KEMENDOR
Jawapannya DI SINI
Read More...
Summary only...
BANDARAYA MELAKA - Seorang wakil rakyat antara 27 yang diperiksa dalam serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di sini, awal pagi semalam.
Wakil rakyat terbabit yang juga pelanggan di premis berkenaan diperiksa ketika serbuan Ops Tapis Pusat Hiburan oleh 14 anggota termasuk dua pegawai, diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Inspektor Mohd Hisham A Rahman, bermula jam 2.40 pagi.
Dalam serbuan itu, seorang ketua pelayan juga dilihat cuba meloloskan diri dengan berlari keluar menuju ke pusat hiburan bersebelahan sebelum dapat dikesan anggota polis, lalu menahannya di tangga premis terbabit.
Tanda tanya kenapa lelaki berusia 24 tahun itu melarikan diri terjawab apabila ujian saringan urin didapati positif dadah jenis methaphetamin dan amphetamine (AMP).
Menurut sumber, enam wanita tempatan, dua wanita warga China dan seorang dari Indonesia turut diperiksa, sementara seorang lelaki ditahan di hadapan premis berkenaan selepas serbuan dilakukan.
“Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan di hadapan pintu premis tersebut selepas serbuan dilakukan dan hasil ujian urin, lelaki itu, tiga wanita dan lapan lelaki di dalam premis berkenaan didapati positif dadah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Md Azmi Othman berkata, seramai 12 orang didapati positif dadah ketika pemeriksaan.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1983) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama (pindaan 2003).
Read More...
Summary only...
“Dear all: Bangkung Christmas Bazaar 10th Dec,5-9pm happenin @ Bangkung Row. Over 20 stalls, wine masterclass at 6pm, carollers n more”, tulis Nurul Izzah Anwar dalam twitternya.
Twitter Nurul Izzah turut diretweet oleh rakannya, @chrisraj23 milik Christopher Raj, CEO of Shekhinah PR, Asia’s leading Sports PR & Branding Agency.
Apa maksud di sebalik twitter ini…
badutrakyat
Read More...
Summary only...
KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran meningkatkan pendapatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebanyak RM30 juta setahun menggunakan kutipan cukai rokok dan arak bagi meningkatkan mutu bola sepak Malaysia agar setanding dengan negara maju.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim berkata, kerajaan perlu memandang serius isu bola sepak jika ingin memperbaiki mutu permainan kerana ia membabitkan soal kewangan.
"Sukan bola sepak pada hari ini memerlukan dana kewangan yang kukuh. Kita tidak boleh lari daripada elemen itu.
"Jika dibandingkan dengan pendapatan bola sepak Jepun iaitu kira-kira AS150 juta setahun, jumlah yang diterima FAM tidak mencukupi," katanya pada sidang media di lobi Parlimen pada Rabu.
Sehubungan itu, Zahrain yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) berharap agar kerajaan mempertimbangkan saranan tersebut selepas penajaan dan pengiklanan rokok serta arak sebelum ini diharamkan.
"Bola sepak adalah sukan rakyat...adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan ia terbela dan mempunyai dana yang mencukupi,” katanya.mstar
Read More...
Summary only...
Gambar ini dijumpai di Library Ohio University. Pada muka surat 2 buku program KGMMB’s (Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat) AGM 1968. Sebelah pada iklan ini kenyataan daripada Tun Abdul Razak Hussein, Pendana Menteri ketika itu.
Dipetik dari
sini
Read More...
Summary only...
Ini ada satu ceritera yang panas pasala seorang kaki botol yang bernama Parpu Basi yang baru mendapat anak tetapi malu mengakui bahawa anak dia adalah seorang India! Maka untuk cover line si Parpu ni pun mintak JPN letakkan bangsa anaknya sebagai 'BANGSA MALAYSIA'
Parpu Basi ni seorang kaki botol aka pencacai yang memang dikenali sebagai kaki fitnah dan kaki botol tegar di Selangor. Beliau telah berkahwin dengan seorang jalang dari Siam dan baru-baru ini telah melahirkan seorang anak. Dari segi logik yang biasa kita ketahui, taraf bangsa akan mengikut suami. Oleh itu sebutan bangsa atau keturunan mestilah bertulis India. tentang agama terpulanglah kepada laki bini ini, nak tulis Buddha, Siam atau Hindu terpulang kepada mereka kerana ia sudah termaktub dalam perlembagaan persekutuan negara.
Parpu mahukan anaknya didaftarkan sebagai bangsa Malaysia. Bangsa Malaysia adalah istilah yang menunjukkan negara kita mempunyai pelbagai kaum dan warna kulit seperti Melayu, Cina , India, dan lain-lain etnik masyarakat seperti di Sabah dan Sarawak.
Apa nak dimalukan jika anaknya berstatus bangsa India kerana ayahnya ialah India. Bagaimana pula dengan pandangan Datuk Ambiga yang sering mempertikaikan taraf bumiputra . tunggu kenyataan beliau pula dalam isu anak Parpu Basi.
Satu je soalan yang aku nak tanya kat Kaki Botol ni, kalau lu tarak suka mau taruk India, apasal lu kasi itu India punya orang 'taruk' sama mak lu samapai dapat lu wei? Lu bodoh ka apa ni? Memang hamka chan la lu ni Parpu!
Wei pukimak punya Kaki Botol, sebalum lu nak kasi sama rata semua bangsa kasi lu punya perut sama rata dulu, sekarang ni lu punya perut 100% tarak ballance dan penuh cacing, kalau ada babi lalu depan pun, kasi open la, biar semua babi lintas baru lu boleh cerita satu bangsa maaa...
Lagi satu hal, kalau lu orang pukimak betul-betul mau 'bangsa malaysia' kasi jangan tutup itu tempat gua selalu yamseng la, ada berani? Lepas tu baru kita cerita pasal bangsa Malaysia. Lu orang sekarang ni mau sama rata la, itu la ini la, tapi bila suruh pergi yamseng pun lu orang bising macam anjing!
So, toksah wayang la pukimak punya Parpu! Kasi bikin malu sama lu punya kaum India saja! Khaaiikkk Ptuuiiihhh
Ceritera ini disesuaikan dari blog pencacai di sini.. Kahkahkah...
Read More...
Summary only...
Januari 2011 lalu kecoh tentang isu penjualan arak di Selangor dan ekoran itu, kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim berjanji akan menyelesaikan isu ini dengan cara yang baik.
Kini, penyelesaian yang dikatakan secara baik itu mula memberikan hasil apabila kedai-kedai serbanika khasnya 7-Eleven di kawasan Melayu tidak lagi menjual minuman keras di kedai mereka.
Tinjauan Harakhdaily di Seksyen 8 Shah Alah, minuman keras tidak lagi dijual di kedai 7-Eleven kawasan itu. Begitu juga di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Kedai 7-Eleven kawasan ini juga tidak lagi menjual minuman keras.
Ketiadaan minuman keras di kedai ini mula dirasai sejak awal tahun ini iaitu tidak beberapa lama selepas kerajaan negeri memaklumkan pihaknya akan berbincang dengan rangkaian kedai serbanika tentang hal ini.
Namun di Jalan Pahang Barat, kedai 7-Eleven yang bersebelahan dengan pejabat Harakah sendiri, minuman keras masih dijual di situ. Ini kerana kawasan ini bukan dikira kawasan penduduk Islam. Pada tahun 2000, berlaku satu demonstrasi di Bandar Baru Bangi.
Demonstrasi itu membantah penjualan arak secara yang berleluasa di kedai serbanika khasnya 7-Eleven di kawasan penduduk Islam itu. Pada tahun 2006, Penduduk Taman Melati, Gombak juga membuat bantahan yang sama apabila mereka membantah jualan arak di kedai rangkaian 7-Eleven itu. (gambar bawah)
Bagi mereka, kedai serbanika yang beroperasi 24 jam itu telah menjadi punca ketagihan arak di kalangan remaja apabila mereka membeli arak di situ selepas tengah malam, ketika tidak ada ramai orang. "Kita tidak mahu gunakan kekerasan atau undang-undang dalam hal ini," kata Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor selepas mengadakan pertemuan dengan para pengusaha kedai serbanika ekoran isu peraturan jualan arak di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MBSJ) berbangkit Januari lalu.
Usaha ugar jualan arak dikawal telah dibangkitkan oleh PAS sejak tahun 1990 apabila parti Islam itu mula memenangi Kelantan. Ketika umat Islam tidak mahu didedahkan dengan minuman keras, hak penduduk bukan Islam dijaga untuk terus mempunyai hak itu. PAS Pusat sendiri pada 2009 menggesa Kerajaan Selangor menguatkuasakan larangan penjualan arak secara terbuka sepertimana dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu kerana melibatkan sensitiviti orang Islam.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, mengikut garis panduan penjualan minuman keras di Kelantan dan Terengganu, ia tidak boleh dibuat secara terbuka di kawasan berpenduduk majoriti Islam. “Setakat ini, kedua-dua negeri itu melaksanakan enakmen melarang penjualan minuman keras secara terbuka di kawasan yang majoriti penduduk Islam dan kaedah ini berjaya,” katanya pada satu sidang media.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan berpandangan, situasi tiada penjualan arak di kawasan majoriti Islam ini hasil rundingan dan persefahaman kerajaan negeri dengan pengeluar dan penjual minuman keras.
"Setakat yang kita tengok memang di 7-Eleven kawasan majoriti Islam tak jual arak.
"Pemuda melihat ada persefahaman di antara kerajaan negeri dan pihak yang terlibat dengan pengeluaran arak ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Menurutnya, Umno BN di bawah Dr. Khir Toyo dahulu tidak prihatin terhadap sensitiviti umat Islam apabila membiarkan arak dijual secara terbuka di kawasan majoriti Islam.
"Pemuda melihat kerajaan BN dahulu tidak mengambil perhatian soal sensitiviti masyarakat setempat tapi Pakatan sekarang mengambil berat soal itu dan melarang penjualan arak secara terbuka.
"Kerajaan negeri hanya membuat pengawalan kepda orang Islam sahaja, orang bukan Islam tak ada masalah," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut bersetuju dengan langkah kerajaan negeri yang menitik beratkan soal pencegahan dan kesedaran mengenai bahaya arak.
"Pemuda menyokong segala program kesedaran mengenai keburukan arak dan semua pun tahu dalam keadaaan masyarakat kita, banyak keburukan berpunca daripada minum arak," katanya.
Dalam pada itu kerajaan negeri pada Januari lalu juga mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi membantu umat Islam yang terbabit dengan urusan arak mencari pekerjaan alternatif.
“Menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, wang tersebut akan digunakan untuk menawarkan mereka latihan keusahawanan dan bantuan modal bagi memulakan perniagaan.
“Antara sektor perniagaan yang ditawarkan bantuan modal adalah kecantikan, jahitan, masakan, membaiki telefon bimbit dan lain-lain,” kata exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari.
Langkah ini sebagai satu cara membantu orang Islam mengelakkan diri daripada terus bekerja di premis pembuatan arak secara berperingkat-peringkat.
Read More...
Summary only...
Salah seorang penyumbang kepada peningkatan jumlah peminum arak negara
KUALA LUMPUR, 23 Mei: Kemunculan Malaysia sebagai negara yang menduduki tangga ke-10 peminum arak paling ramai di dunia, jelas meletakkan Malaysia sebagai negara lebih teruk dari negara-negara bukan Islam di seluruh dunia.
Dengan kedudukan itu juga, jelas melambangkan kegagalan Kerajaan BN yang ditunjangi Umno dalam mendidik rakyatnya tentang bahaya arak agar menjauhinya.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Taib Azamuddin Md Taib berkata, kejadian itu turut menjadi satu tamparan hebat kepada umat Islam di negara ini, memandangkan negara ini adalah negara umat Islam dengan Islam sebagai agama rasminya.
Menurut beliau, dalam masa yang sama, ia turut melibatkan maruah para mufti sendiri di tanah air kerana Malaysia turut memiliki mufti yang ramai yang berjumlah 14 orang di seluruh negara.
Katanya, selain itu, ia turut memberikan tamparan hebat kepada menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam yang berada di JPM yang walaupun tidak mempunyai kementerian khusus, tetapi berfungsi sebagai menteri yang bertanggungjawab penuh terhadap hal ehwal Islam di negara ini.
"Memang amat mengaibkan. Dah lebih 50 tahun Kerajaan BN yang ditunjangi Umno memerintah negara ini, tetapi masih gagal mengatasi masalah ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Akhbar milik MCA, The Star semalam menyiarkan statistik tahun ini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bahawa Malaysia menduduki "ranking Top 10" peminum arak paling ramai di dunia.
WHO turut menjelaskan, Malaysia membelanjakan US$500 juta (RM1.5 bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter, manakala penggunaan beer di Malaysia pula mencecah 11 liter per kapita.
Menurut Ustaz Taib, para pemimpin Umno sepatutnya berasa malu dengan statistik itu, memandangkan sebelum ini mereka begitu bangga apabila Amerika Syarikat mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam contoh.
Antara pemimpin Umno yang jelas menyuarakan kebanggaannya dengan pengiktirafan Amerika itu termasuklah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin sendiri.
"Jadi sekarang apakah sudahnya? Patutlah Amerika mahu Malaysia jadi negara Islam contoh. Tidakkah para pemimpin Umno malu dengan apa yang berlaku itu?" katanya sinis.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Baling berkata, walaupun secara dasarnya statistik itu melibatkan orang bukan Islam, tetapi kejadian itu tidak akan berlaku sekiranya Kerajaan BN tahu melaksanakan tanggungjawabnya terhadap rakyat.
"Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, Kerajaan BN tidak sepatutnya membiarkan rakyatnya begitu bebas dengan minuman arak, tetapi mestilah ada dasar tertentu yang perlu dilaksanakan bagi kawalan dan pemantauannya.
"Selain itu, kerajaan juga perlu melaksanakan dasar-dasar tertentu ke arah mendidik rakyatnya agar faham dengan bahaya minuman keras. Tetapi tanggungjawab itu ternyata gagal dilaksanakan oleh Kerajaan BN," katanya.
Beliau turut bimbang jika statistik itu juga turut membabitkan umat Islam sendiri, memandangkan di negara kita sememangnya terdapat anak pemimpin sendiri yang menjadi taukeh syarikat arak terbesar di Filipina, San Miguel, manakala bapanya pula asyik menghentam ulama kononnya dialah yang lebih pandai mengenai hukum-hakam.
Lebih jauh dari itu, katanya, walaupun umat Islam sendiri tidak meminumnya, tetapi kegitan itu juga pasti turut melibatkan umat Islam kerana persoalan arak itu sendiri melibatkan 10 perkara atau 10 pihak.
"Antaranya termasuklah pihak yang mengeluarkan lesen penjualan arak, orang yang menyediakan pembuatannya, orang yang menghidangnya dan orang yang mengangkutnya.
"Walaupun saya hanya menyebut beberapa perkara dari 10 perkara itu, tetapi dari yang saya sebutkan itu, tidakkah ia juga turut terbabit dengan umat Islam?" tegasnya.
Dengan kedudukan Malaysia di tangga ke-10 peminum arak tertinggi di dunia, jelas beliau, ternyata menunjukkan Kerajaan BN yang ditunjangi Umno tidak mengambil berat tentang perkara itu, walaupun ia akan mendatangkan kesan amat buruk kepada negara.
"Arak adalah ibu maksiat. Jika ia tidak ditangani dengan baik, ia pasti akan mendatangkan masalah besar kepada peminumnya sendiri, keluarga, masyarakat dan negara, termasuk mempertingkatkan lagi kes-kes gejala sosial," katanya.
Menurut beliau lagi, tokoh gerakan Islam, Al-Syahid Syed Qutb di dalam bukunya "Fi Zilli Quran" menjelaskan, kelebihan kepimpinan Islam antara lain akan menjaga dan mendokong kedaulatan agama, dakwah dan akhlak rakyatnya.
"Dalam Umno BN ternyata tidak ada landasan itu. Ia amat berbeza dengan PAS. Inilah yang perlu disedari oleh seluruh rakyat negara ini dengan memberikan sokongan padu kepada PAS dan Pakatan Rakyat, bagi membolehkan negara muncul sebagai negara yang diberkati Allah," ujar beliau.
Read More...
Summary only...

Petang semalam pukul 7:02 PM siap bersumpah bagai dengan nama Allah, siap nak bersumpah cara Saiful Bukhari, tiba-tiba cabar orang buktikan bahawa dia di dalam gambar tu kah kah kah. Mungkin masa dia bersumpah ni masih dalam keadaan mabuk kot?
source: http://milosuam.blogspot.com/2011/03/blogger-kaki-botol-minta-buktikan-dia.html#ixzz1I2lWSfPp
Read More...
Summary only...
Wajah blogger UMNO kaki togok arak

Setelah berteka-teki sejak semalam, kali ini kita bongkarkan wajah blogger gerombolan songkok tinggi yang selama ini tak henti-henti bercakap soal moral, bercerita tentang Islam, memaki hamun ulama, menggelarkan Tuan Guru Nik Aziz dengan gelaran-gelaran yang hina. Tapi sebenarnya dia hanyalah seorang kaki botol.
Blogger inilah yang selama ini bermati-matian mahu anda percaya bahawa Parti Islam se-Malaysia, PAS adalah Parti Ajaran Sesat, manakala UMNO adalah parti yang benar-benar memperjuangkan Islam. Blogger inilah yang diupah oleh UMNO untuk mempertahankan perjuangan Islam UMNO.
Baca juga ulasan Topeng Perak di sini [TopengPerak]
Nantikan pendedahan Blogger UMNO yang seterusnya.
ReJaM© "Seperti biasa, penyokong gerombolan songkok tinggi akan terus mempertahankan blogger kaki botol ini..."
source: http://milosuam.blogspot.com/2011/03/wajah-blogger-umno-kaki-togok-arak.html#ixzz1HzBaiE73
Read More...
Summary only...



Sila refer entry saya yang pertama di sini , yang bertajuk "Mahukah Anda Percaya Kata-Kata Blogger Yang Minum Arak?? "
Apatah lagi kalau blogger tersebut kerap kali menyebut kalimah ALLAH HUAKHBAR!! dalam blognya, rupanya di kala senja menogak arak! Sila refer ke blog MiloSuam di sini untuk melihat gambar keratan pertama.
Seorang blogger pro-UMNO yang selalu mempersoalkan akhlak pimpinan kita termasuklah pimpinan utama dari PAS yang kita sedia maklum akan bertaqwanya pemimpin kita. Tetapi di sebalik mereka menghina, Allah telah memberi laluan untuk satu pendedahan yang tersangat jijik lagi hina untuk blogger tersebut.
Ada lagi dua keping keratan gambar yang akan dipaparkan menjadikan ianya lengkap menunjukkan seorang blogger umno harapan bangsa, telah didapati menjadi teman arak. Ini bukti bukan fitnah sepertimana yang sering mereka lakukan iaitu hanya menabur fitnah tanpa buktinya. Mereka menabur fitnah disamping perut yang bergelumang dosa !
Sekiranya puzzle ini telah penuh dan telah diketahui siapakah blogger umno tersebut, mohonlah supaya dirinya insaf selagi diberi peluang untuk masih bernafas. Sudah-sudahlah membuat fitnah jahat, seraya di dunia ini Allah membalas!!
Jadi ingin saya bertanya kepada para pembaca budiman, mahukah anda mempercayai kata-kata seorang peminum arak yang berugama Islam?
Terima kasih kepada Poji Topeng Perak Unmask (TPU) yang memperolehi sumber menyekat kejahatan blogger UMNO ini.
Sumber - milosuam & edyesdotcom
Read More...
Summary only...