BlogList Malaysia
Showing posts with label pm. Show all posts
Showing posts with label pm. Show all posts

21 December 2012

Hadi diserang kerana dicadang jadi PM

SERANGAN ke atas Presiden Pas khususnya berhubung Amanat Haji Hadi dilakukan semata-mata kerana ada ura-ura nama beliau disenaraikan sebagai calon PM.

Sedangkan sebelumnya beliau jarang diserang sebegini hebat. Di Malaysia, jawatan Perdana Menteri seolah-olah hak Umno. Sesiapa sahaja yang disebut-sebut akan mengambil alih jawatan ini akan diserang habis-habisan.


Mungkin ramai yang masih ingat bagaimana Pertubuhan Al-Arqam mengeluarkan sebuah buku yang menggambarkan Ashaari Mohammad sebagai bakal Perdana Menteri. Selepas itu, Al-Arqam terus diserang habis-habisan sehingga segala perniagaan, program dan perkumpulannya dipantau; bahkan galakan poligami turut diserang.

Sedangkan asal bantahan hanya kepada amalan Aurad Muhammadiah. Begitulah nasib sesiapa yang disenarai sebagai Perdana Menteri. Walaupun kita mengakui ada beberapa amalan dan keyakinan bertentangan dengan syarak, tetapi antara sebab hebatnya serangan adalah kerana ada cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.

Sudah tentu, rakyat masih ingat bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang kerana namanya disenarai sebagai Perdana Menteri. Kini Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula diserang sedangkan namanya hanya disebut oleh perwakilan dalam Muktamar Pas bagi menolak tohmahan Umno bahawa kalau Pakatan Rakyat menang, DAP akan jadi Perdana Menteri.

Itulah yang diwar-war di kalangan pengundi Melayu di kampung-kampung. Kini terbukti apa yang dicanang bahawa DAP akan menjadi Perdana Menteri itu berjaya ditolak dengan munculnya cadangan ini.

Hasilnya, kini muncung senapang Umno mula dihalakan kepada Presiden Pas pula. Kita yakin selepas ini pelbagai tohmahan, tuduhan, fitnah akan dibuat ke atas beliau kerana di Malaysia sesiapa yang dicadangkan sebagai Perdana Menteri akan menjadi sasaran serangan media BN.

Rakyat mempunyai satu peluang cerah untuk menyedarkan Umno supaya jangan lagi berfikiran bahawa seolah-olah jawatan Perdana Menteri itu hak eksklusif Umno sahaja di PRU13 dengan menyokong Pakatan Rakyat sebagai kerajaan persekutuan yang baru.

* Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan Pas Pusat


Read More...

21 November 2012

Ibrahim Ali atau Hasan Ali pun boleh menjadi Perdana Menteri

Siapa akan menjadi PM selepas PRU ini sedang sibuk diperbincangkan selepas muktamar PAS di Kelantan hujung minggu lepas. Kedua-dua belah pihak membahaskan siapa yang paling layak menjadi PM: TGHA atau Anwar Ibrahim? Isu ini masih diperbualkan termasuk oleh pemimpin-pemimpin UMNO sendiri. Syed Hamid Albar berkata Anuar lebih layak dari TGHA walaupun perwakilan muktamar mencadangkan Presiden partinya untuk menjadi PM. Ramai di kalangan pemimpin UMNO telah berbelah bagi, samada TGHA atau Anwar yang lebih layak untuk memikul beban tersebut.

Tetapi yang sangat jelas ialah pemimpin-pemimpin UMNO sendiri seolah-olah telah menerima hakikat yang PR akan memenangi PRU ini. Kalau tidak masakan di antara pimpinan UMNO sendiri berbincang siapa yang lebih layak di antara Anwar dan TGHA. Rupa-rupanya bukanlah saya seorang yang berfikir yang UMNO akan menerima kekalahan malahan mereka yang masih kekal dalam parti itu sendiri berbincang tentang pilihan di antara Anwar dan TGHA.


Ini merupakan kali pertama rakyat bercakap tentang PM dari pihak pembangkang sekarang ini selepas rakyat menukar mandat mereka dalam PRU yang akan datang. Isu ini pastinya satu isu yang akan menjadi hangat dan tidak akan berhenti senyap dalam masa terdekat ini. Bagi saya kedua-dua nya layak, tetapi biarlah kita selesaikan PRU ini dahulu. Kadang-kadang ada pihak yang tidak berjaya niat dan tujuan mereka kerana sebelum pun pergi ke hutan sudah membilang buah kerayung.

Tetapi keadaannya ialah PR masih mendahului BN jika PRU diadakan pada minggu ini. Isu siapa Perdana Menteri elok kita ketepikan jauh-jauh dahulu kerana yang penting permaharajalelaan UMNO wajib kita hentikan serta merta selepas PRU ini. Kita mempunyai perlembagaan jelas yang seorang PM itu sepatutnya di pilih di antara ahli-ahli Legislatif yang mendapat sokongan dari ahli-ahli Parlimen walaupun dengan satu undi.

Walau bagaimana pun pihak PR telah bersetuju untuk memberikan kerusi PM kepada Anwar jika PR memenangi pilihanraya yang akan datang ini. Di dalam perlembagaan sesiapa yang mendapat sokongan yang terbanyak di dalam Dewan Legislatif Parlimen maka dia lah yang menjadi Perdana Menteri negara ini selepas pilihanraya yang akan datang ini.

Selama ini Presiden UMNO menjadi Perdana Menteri itu hanyalah melalui ‘convention’ dan bukannya melalui cara dan kaedah yang tertulis di dalam perlembagaan negara. Pada dasarnya sesiapa sahaja boleh menjadi Perdana Menteri dari mana-mana parti sekali pun asalkan ia mendapat sokongan dari ahli-ahli Dewan Parlimen walaupun dengan kelebihan ‘simple majority’.

Di atas dasar itu maka Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin, Zaharin Hashim, Bung Mokhtar, Mohamad Aziz mempunyai peluang yang sama untuk menjadi Perdana Menteri jika mereka menang dalam pilihanraya parlimen mewakili apa-apa parti atau sebagai calon bebas dalam pilihanraya yang akan datang. Yang perlu mereka mendapat sokongan majoriti dalam Parlimen.

Jika Hasan Ali 'akidah' dicalonkan menjadi ahli parlimen dia juga mempunyai peluang untuk menjadi PM untuk mewakili pertubuhannya yang kalau tidak silap saya namanya JATI. Lagi satu syarat dia tidak bercakap seorang diri selalu kerana mereka yang bercakap seorang diri itu adalah orang gila dan tidak layak menjadi ahli Parlimen.

Oleh itu semua pihak tidak perlu menentukan siapa Perdana Menteri sekarang ini tetapi menumpukan usaha masing-masing untuk memenangi pilihanraya dan meletakkan UMNO di pihak pembangkang. Saya secara peribadi pun hendak sangat mendengar ucapan-ucapan Muhyiddin Yaasin sebagai ahli pembangkang jika beliau memenangi kerusi pilihanraya Pagoh dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Untuk menjadi pemimpin yang baik seseorang itu elok melalui pengalaman menjadi pembangkang untuk melengkapkan pengalaman sebagai seorang pemimpin. Di negara-negara maju ramai pemimpin-pemimpin beralih tempat setiap pilihanraya. Penggal ini mereka menjadi Menteri kerana parti nya menang dalam pilihanray tetapi penggal yang berikutya mereka menjadi pembangkang kerana partinya kalah dalam pilihanraya yang berikutnya.

Keadaan itu adalah keadaan yang lazim berlaku dan itu bukannya tidak boleh berlaku di negara ini.

-harakahdaily


Read More...

17 November 2012

Dewan Ulama PAS syor Hadi jadi PM

Wakil Dewan Ulama PAS Pusat Asri Daud hari ini menyatakan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah calon terbaik untuk menjadi perdana menteri.

"Siapa orang paling terbaik, (kalau) bukan Tok Guru Presiden (Abdul Hadi)?

"Sepatutnya Datuk Seri Abdul Hadi adalah orang paling mengetahui hukum Allah dalam membentuk kerajaan orang Islam," katanya.


Sebelum itu, Asri melahirkan rasa bimbang apabila PAS mahu mendapat kuasa politik tetapi akhirnya menggadaikan peranan dakwah.

Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, Abdul Hadi berkata seorang pemimpin diajar dalam Islam, bahawa tidak boleh minta untuk menjadi pemimpin.

"Kita anggap (jawatan itu) satu amanah berat dan besar. (Ia) satu tanggungjawab. Apa yang penting kita ambil alih Putrajaya dulu.

"Siapa jadi PM, diterima oleh rakyat. Yang menyatukan rakyat. Tegakkan keadilan untuk rakyat, kita terima... Saya sanggup jadi nelayan balik," katanya.



Read More...

04 September 2012

Siapa cuba lagakan Muhyiddin dengan Najib

JOHOR BHARU: Benarkah orang-orang di sekeliling Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu beliau menjadi Perdana Menteri menjelang PRU 13 ini?

(Poster yang ditemui di Johor Bahru dan dihantar kepada Harakahdaily)

Inilah yang menjadi tanda tanya apabila poster yang mengaitkan beliau dengan cita-cita itu tersebar di sekitar bandar ini.


Ia di dijumpai di banyak tempat di sekitar Johor Bharu dan ada yang tertampal di pokok-pokok di bandar ini.

Salah satu darinya diemailkan kepada Harakahdaily.

Perselisihan antara Muhyiddin dengan Datuk Seri Najib sejak akhir-akhir ini semakin ketara.

Yang terbaru, mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Muhyidin memutuskan agar pihak dalam kerajaan yang mempertikaikan pindaan Akta Penerangan 114 (a) dipanggil memberikan keterangan.

Walaupun tidak menyebut nama Perdana Menteri tetapi fakta bahawa beliau turut meminta agar akta itu dikaji semula menarik perhatian banyak pihak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui Twitter berkata beliau telah meminta Kabinet membincangkan kontroversi terhadap pindaan Akta Keterangan 1950 berikutan bantahan 'Hari Tanpa Internet' pada Selasa.

"Apa yang kita lakukan kita harus meletakkan kepentingan rakyat sebagai yang pertama," katanya dalam satu mesej Twitter.

Malaysiakini melaporkan, sekurang-kurangnya tiga pemimpin BN dalam kerajaan dipanggil memberikan keterangan ekoran kenyataan mereka yang turut mempertikaikan akta itu.

Mereka termasuk Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifudin Abdullah dan Ketua Pemuda, Khairy Jamaludin Abu Bakar.

Walaupun nama Najib tidak disebut, tindakan ke atas mereka secara tidak langsung mempertikaikan kenyataan Najib yang turut meminta agar ianya dikaji.

"Sekurang-kurangnya, Kabinet yang dipengerusi Muhyidin tidak bersetuju dengan pandangan Najib," kata seorang pengulas politik.

Sementara itu, seorang rakan media memberitahu, perselisihan antara Muhyidin dengan Najib sudah diketahui oleh kebanyakan wartawan termasuk di kumpulan NST.

"Ia sudah menjadi rahsia umum," kata seorang wartawan kanan kepada Harakahdaily.


Read More...

02 September 2012

Gerakan Untuk Jatuhkan Najib Sudah Bermula Di Johor



Poster diatas telah ditemui dinaikkan dibeberapa pusat membeli belah di negeri Johor negeri asal Muhyiddin beberapa hari lalu.

Poster dengan "Selamatkan Barisan Nasional" di bahagian atas manakala di bahagian bawahnya tertera "Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM Sebelum PRU13" dipercayai diterbitkan oleh Barisan Nasional Negeri Johor.

Menurut salah seorang pengunjung yang ditemui, orang UMNO percaya Muhyiddin lebih layak untuk memimpin Malaysia berdasarkan perkembangan semasa yang tidak memihak Najib dipercayai akibat campurtangan isterinya sendiri, Rosmah Mansor dalam hal pentadbiran negara.

Poster seperti di atas juga telah ditemui diedar kan di Pulau Pinang oleh beberapa orang ahli UMNO yang dipercayai penyokong Muhyiddin.

Dan lebih menarik lagi kempen oleh para penyokong Muhyiddin ini juga telah mewujudkan dua laman Face Book iaitu 'Kami sokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri'dan 100,000 sokong Perdana Menteri baru Tan Sri Muhyiddin Yassin..






Sumber - ASD


Read More...

12 July 2012

Mahathir Kini Berada Dalam Keadaan Takut Yang Teramat Sangat

Sakit kepala Mahathir memikirkan jika Anwar jadi PM.
KUALA LUMPUR 12 Julai: Tun Dr Mahathir Mohamad adalah individu yang paling takut bila Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

“Sebab apa Mahathir takut kalau saya jadi Perdana Menteri? Sebabnya, beliau takut segala keuntungan berpuluh-puluh bilion yang diperolehi keluarganya selama ini akan terhapus.

“Buktinya kita dapat lihat dengan jelas, kontrak Petronas telah dibolot oleh Kencana Petroleum milik anak beliau, Mokhzani.


“Mirzan pula membeli syarikat arak dari Filipina, San Miguel dengan harga RM2.9 bilion dan setelah mengaut keuntungan berlipat ganda dari syarikat arak tersebut, beliau beli pula Esso Malaysia dengan harga RM1.7 bilion, lalu ditukar namanya kepada Petron,” kata Ketua Pembangkang itu lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam di Dewan SJKC San Yuk, Kampung Kenanga, Rawang, baru-baru ini.

Ketua Umum KEADILAN itu menambah, Mahathir adalah penggerak utama dan pencetus kepada kronisme yang semakin membiak dan telah menjadi darah daging Umno Barisan Nasional.

“Sebab utama Mahathir takut saya akan menjadi Perdana Menteri kerana saya akan membasmi dan menghapuskan segala bentuk kronisme, mengaut keuntungan untuk kepentingan anak-beranaknya…,” kata Anwar.

Beliau turut membidas tindakan Najib Razak kerana meluluskan kontrak pembelian minyak dengan Petron.

“MAS di bawah telunjuk penasihat mereka, Mahathir Mohamad dengan bantuan Datuk Seri Najib telah meluluskan kontrak enam bulan untuk MAS membeli minyak dari syarikat anak Mahathir sendiri iaitu Petron.

“MAS dipaksa untuk tidak membeli minyak lain selama enam bulan selain minyak dari syarikat Mirzan dan tindakan ini telah menyebabkan kerugian berkali ganda untuk MAS sendiri.

“Apa puncanya mereka rugi? Puncanya adalah perangai pemimpin Umno yang dibawa oleh Mahathir yang mengalakkan pemberian keuntungan untuk kroni dan anak-beranak,” tegas beliau.

Anwar turut mengulas mengenai Tol Lebuh Raya Utara Selatan yang masih belum dihapuskan untuk BN terus meraih keuntungan.

“Tol Lebuh Raya Utara Selatan adalah milik syarikat Umno iaitu syarikat Hati Budi dan duit keuntungan daripada tol itu dikaut bersama oleh Mahathir dan Tun Daim Zainuddin. Selepas mengaut keuntungan lebih 30 tahun, tol tersebut masih tetap ada.

“Ia sangat berbeza sekali dengan Washington, setelah cukup mendapatkan keuntungan selama 20 tahun, mereka tutup terus tol tersebut untuk tidak mahu terus memberi beban kepada rakyat,” kata Anwar.

“Sekarang, Najib pula meneruskan prinsip kronisme ini dengan mengaut keuntungan dari kroninya, Syed Mokhtar (Bukhary). Inilah dia (perangai) Umno kaut untung dan biarkan rakyat menderita,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32684


Read More...

23 June 2012

Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat Selepas Menang PRU13

Baru-baru ini, ramai yang telah banyak bercakap mengenai kabinet bayangan Pakatan Rakyat sebagai pengganti Barisan Nasional (BN).

Tetapi BN telah mengejek Pakatan Rakyat kerana tidak dapat menamakan nama dan jawatan sewajarnya kununnya bermakna bahawa Pakatan Rakyat adalah jauh dari bersedia untuk mentadbir.

Apa yang berlaku, kolumnis ini telah berbincang dengan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang Tidak ingin nama disebut yang telah mengemukakan beberapa nama untuk beberapa kementerian utama manakala beberapa kementerian dihapuskan dalam melalui pemerhatian dari persembahan-ahli parlimen dari kenyataan mereka telah dibuat atau semasa perbahasan mereka di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dan juga melalui perbualan peribadi dengan mereka, rakan-rakan mereka atau kenalan mereka.


Walaupun senarai ini cuba untuk menunjukkan perwakilan yang adil, tidak dapat tidak, akan ada kementerian di mana perwakilan pihak-pihak tertentu akan lebih daripada yang lain.

Dilampirkan di bawah adalah senarai semua yang penting (kemaskini):

Perdana Menteri:

Anwar Ibrahim (PKR, Permatang Pauh)

1. Timbalan Perdana Menteri:

a. Abdul Hadi Awang (PAS, Marang)
b. Lim Kit Siang (DAP, Ipoh Timur)
c. Satu kerusi sama ada dari Sabah atau Sarawak yang akan menjaga hal ehwal Malaysia Timur. (Terdapat nama-nama calon-calon tetapi kolumnis ini telah diarahkan untuk tidak mendedahkan.)

2. Kementerian Kewangan:

a. Tony Pua (DAP, Petaling Jaya Utara)
b. Rafizi Ramli (PKR, kini bukan MP, akan bertanding pada pemilihan akan datang)
c. Nizar Jamaluddin (PAS, Bukit Gantang)

3. Kementerian Pendidikan:

a. Dzulkefly Ahmad (PAS, Kuala Selangor)
b. Saifuddin Nasution Ismail (PKR, Machang)
c. M Kulasegaran (DAP, Ipoh Barat)
d. Chong Eng (DAP, Bukit Mertajam)

4. Kementerian Dalam Negeri:

a. Azmin Ali (PKR, Gombak)
b. Mahfuz Omar (PAS, Pokok Sena)
c. M Manogaran (DAP, Teluk Intan)
(Pengetahuan dan kepakaran juga boleh diperolehi oleh kepakaran ahli PAS, Fauzi Shaari, yang bersara dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.)

5. Kementerian Pertahanan:

a. Dr Hatta Ramli (PAS, Kuala Krai)
b. Liew Chin Tong (DAP, Bukit Bendera)
c. Tian Chua (PKR, Batu)
(Pengetahuan teknikal dan pengalaman boleh diperolehi dari ahli PAS, Laksamana Pertama (bersara) Mohamad Imran Abd Hamid.)

6. Kementerian Perundangan:

a. Karpal Singh (DAP Bukit Gelugor)
b. Gobind Singh (DAP, Puchong)
c. William Leong (PKR, Selayang)
d. R Sivarasa (PKR, Subang)
e. Hanipa Maidin (PAS, bukan MP yang bertindak bagi PAS di dalam pelbagai hal undang-undang)

7. Kementerian Kesihatan:

a. Dr Lee Boon Chye (PKR, Gopeng)
b. Dr Tan Seng Giaw (DAP, Kepong)
c. Dr Siti Mariah Mahmud (PAS, Kota Raja)
d. Dr Michael Jeyakumar (PSM, Sg Siput)

8. Kementerian Pengangkutan:

a. Khalid Samad (PAS, Shah Alam)
b. Tan Kok Wai (DAP, Cheras)
c. Baru Bian (PKR, Dewan Undangan Negeri Ba'Kelalan, Sarawak)
(Baru Bian boleh membantu dalam meningkatkan pengangkutan air dan udara ke kawasan pedalaman Sarawak.)

9. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri:

a. Khalid Ibrahim (PKR, Bandar Tun Razak, Ahli Dewan Undangan Ijok, Menteri Besar Selangor)
b. Teresa Kok Suh Sim (DAP, Seputeh)
c. Husam Musa (PAS, Dewan Undangan Negeri Salor, Kelantan)

10. Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani:

a. Salahuddin Ayub (PAS, Kubang Kerian, tetapi kali ini akan meninggalkan Kelantan untuk bertanding di Johor)
b. Ng Suee Lim (DAP, Dewan Undangan Negeri bagi Sekinchan, Selangor, beliau menjuarai nasib penanam padi)
(Untuk isu-isu Felda, Mazlan Aliman (PAS) di barisan hadapan dalam memperjuangkan hak peneroka dan mengetengahkan isu-isu Felda.)

11. Kementerian Luar:

a. Kamarudin Jaffar (PAS, Tumpat)
b. Lim Guan Eng (DAP, Bagan, ADUN Ayer Puteh, Ketua Menteri Pulau Pinang)
c. Elizabeth Wong (PKR, ADUN Bukit Lanjan, Selangor)

12. Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar:

a. Lim Lip Eng (DAP, Segambut)
b. Nurul Izzah Anwar (PKR, Lembah Pantai)
c. Calon PAS Titiwangsa (pengganti Allahyarham Dr Lo' Lo' Ghazali - akan diberitahu kelak)

13. Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar:

a. Mohamad Sabu (PAS, bukan MP, tetapi akan bertanding dalam pilihanraya akan datang)
b. Fuziah Salleh (PKR, Kuantan)
c. Nga Kor Ming (DAP, Taiping)

14. Kementerian Pembangunan Wanita:

a. Zuraida Kamaruddin (PKR, Ampang)
b. Siti Zailah Mohd Yusof (PAS, Rantau Panjang)
c. Fong Po Kuan (DAP, Batu Gajah)

Pada masa ini, Perdana Menteri Najib Altantuya adalah bertanggungjawab ke atas kementerian ini.

Adakah tiada wanita berkebolehan dalam BN yang boleh mengambil alih jawatan ini daripada Shahrizat Jalil yang meletak jawatan pada 8 April?

15. Kementerian Perhubungan Bangsa Dan Dialog Antara Agama:

a. Nik Aziz Nik Mat (PAS, ADUN Chempaka, Menteri Besar Kelantan)
b. Mujahid Yusof Rawa (PAS, Parit Buntar)
c. Mohd Nur Manuty, (PKR, pada masa ini bukan MP)
d. Ngeh Koo Ham (DAP, Beruas)
e. V Sivakumar (DAP, ADUN Tronoh, Perak)

Kementerian Perhubungan Kaum dan Dialog Antara Agama akan menjadi tempat untuk perbincangan mengenai isu-isu berduri supaya penyelesaian boleh dicari yang memuaskan hati semua pihak.

Hapus amalan rasuah BN

Pucuk pimpinan BN yang sentiasa mengungkit pada hakikat bahawa BN mempunyai rekod yang hebat dalam mentadbir selama lebih setengah abad telah menggesa dan memaksa pengundi untuk melekat pada BN, menekankan bahawa negara akan berada dalam bahaya besar untuk terjun ke dalam jurang kemusnahan jika rakyat memilih Pakatan Rakyat.

"Ia adalah benar bahawa Pakatan Rakyat tidak mempunyai pengalaman dalam pentadbiran di peringkat persekutuan manakala BN mempunyai banyak pengalaman. Tetapi kemudian ianya juga benar bahawa pengalaman luas BN dalam mentadbir di peringkat persekutuan adalah hanya sebagai kemahiran mereka dalam seni memperuntukkan dana untuk diri dan kroni-kroni mereka: dalam kata mudah, seni amalan rasuah di mana mereka menyalurkan dana kepada poket mereka sendiri, "komen MP PAS Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad.

Sebaliknya, Pulau Pinang dan Selangor diuruskan dengan kewangan dan ekonomi yang baik.

Hutang Pulau Pinang kepada kerajaan persekutuan telah dikurangkan daripada RM630 juta kepada hanya RM30 juta manakala Selangor telah mencatatkan jumlah tertinggi dalam rizab, berjumlah RM1.9 bilion bagi tahun lepas.

Kedah masih diuruskan dengan lebih baik berbanding pada tahun-tahun di bawah BN manakala Kelantan terus bertahan, memandangkan hakikat bahawa ia telah dinafikan pembayaran royalti minyak oleh kerajaan persekutuan sejak PAS mengambil alih negeri itu pada tahun 1990.

Kelantan mempunyai wang di dalam poket mereka dan di pasar raya besar ada melakukan perniagaan yang berkembang walaupun pemimpin BN mempunyai kesukaan untuk menggambarkan Kelantan sebagai melempem malar.

Malah kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang berkuasa selama 10 bulan di Perak telah berjaya untuk menjimatkan wang dan telah diberi tajuk pegangan bebas banyak kepada rakyat Perak sepanjang tempoh yang sangat pendek.

Apabila BN merampas Perak melalui cara tidak sah di sisi undang-undang dan tidak demokratik, ia meneruskan dasar-dasar Pakatan Rakyat dan idea-idea yang baik dengan tanpa rasa malu mendakwa idea dan dasar-dasar Pakatan itu sebagai kepunyaannya.

Jika Pakatan menang pilihan raya umum ke-13, ia telah mendapat tugasnya memotong untuk membersihkan lebih daripada setengah abad kotoran dan najis dalam semua sektor.

Masa yang pendek dan tugas berat mesti dilakukan sebelum Malaysia mengalami satu tragedi Yunani.

Kita perlu bermula mendidik ahli keluarga kita, saudara mara dan kawan kepada keadaan Malaysia yang mengerikan jika BN terus berkuasa lima tahun lagi!

Jalan Pulang

Read More...

13 December 2011

Muhyiddin tak layak jadi PM

KUALA LUMPUR-Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pertanian yang menganugerahkan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) kepada keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Komuniti Datuk Seri Shahrizat Jalil adalah lebih bersalah daripada segi pentadbiran kerajaan dan etika kebertanggungjawaban seorang menteri.

“Ya, keluarga Shahrizat menerima dan tidak mengendalikan projek tersebut dengan baik, bahkan terdapat unsur-unsur penyalahgunaan dana wang rakyat, akan tetapi siapa yang meluluskan projek sebesar RM250 juta kepada orang yang tidak berpengalaman dan tidak layak mengendalikannya sepatutnya mendapat hukuman yang lebih berat,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.


Oleh itu, Pesuruhjaya PAS Pahang itu juga berkata adalah tidak adil untuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersifat pilih kasih dalam menyerang Shahrizat, dengan menyuruhnya ‘untuk berundur sebelum beliau diundurkan’ tapi tidak pada Muhyiddin.

“Dr Mahathir tidak sepatutnya pilih kasih dalam menegur Shahrizat dan tidak kepada Muhyiddin yang meluluskan projek ini. Sekiranya sikap Muhyiddin ini dibiarkan berterusan semasa beliau menjadi timbalan perdana menteri dan seterusnya perdana menteri, berapakah lagi wang rakyat yang bakal terkorban?” soal Tuan Ibrahim.

Tuan Ibrahim turut mempersoalkan tindakan Muhyiddin yang tidak lagi insaf dengan kesilapannya apabila menyatakan bahawa ‘NFC hanyalah isu politik yang dicetuskan Pakatan Rakyat’ dan terus mempertahankan projek tersebut walaupun kewujudan penyalahgunaan dana awam yang susah dipertikaikan.

“Bayangkan sekarang, Muhyiddin ialah bakal perdana menteri sekiranya apa-apa terjadi pada Datuk Seri Najib Razak, berapakah banyak projek di bawah kelolaan kementerian dan kuasa beliau yang akan berakhir seperti tragedi NFC. Bolehkah rakyat Malaysia menerima seorang bakal PM yang sedemikian?” soal beliau.

Selaku mentor Umno, Tuan Ibrahim berkata Dr Mahathir sepatutnya membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tidak berani menegur timbalannya, untuk menegur Muhyiddin atas dasar membantu Najib membetulkan pentadbirannya.

Apa yang pelik, kata beliau ialah bila mana hanya Shahrizat sahaja yang diminta berundur, sedangkan Muhyiddin tidak diarahkan berbuat demikian.

“Begitu juga dengan beberapa orang yang lantang mempertahankan penyelewengan ini, juga sepatutnya merasa malu kerana ia nyata bertentangan dengan norma biasa.

“Sekiranya Shahrizat disuruh berundur, Muhyiddin pun harus menerima nasib yang sama. Jika Shahrizat saja berundur, tapi tidak Muhyiddin dan lain-lain, percayalah rakyat akan terus mencengkam isu NFC sehingga semua yang terlibat berundur,” tambah beliau.

-Harakahdaily

Read More...

30 November 2011

Dakwaan Umno tak masuk akal, Pakatan jamin kuasa Melayu

KUALA LUMPUR, 30 Nov — Presiden PAS memberi jaminan parti Islam itu bahawa orang Melayu akan kekal berkuasa dan terus menikmati segala hak di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, sekali gus mengetepikan dakwaan pemimpin Umno yang terus menakut-nakutkan kaum itu dengan ‘sentimen perkauman’.

“Ia bukan sahaja satu jaminan, tetapi juga realiti,” kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan tegas kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di bangunan Parlimen semalam.

Hadi (gambar) menegaskan, isu itu tidak harus timbul kerana kerusi yang ditandingi pemimpin-pemimpin bukan Melayu dalam Pakatan Rakyat hanya sekitar 60 berbanding 222 bahagian yang dipertandingkan.


Hadi (gambar) menegaskan, isu itu tidak harus timbul kerana kerusi yang ditandingi pemimpin-pemimpin bukan Melayu dalam Pakatan Rakyat hanya sekitar 60 berbanding 222 bahagian yang dipertandingkan.

“Dalam geografi politik Malaysia, bilangan kerusi ditandingi DAP pada masa sekarang hanya 40 berbanding 222 kerusi. (Jadi) bagaimana DAP, jika pun ia menang kesemua kerusi, akan mengambil alih? Ia tidak betul.

“Campur dengan PKR, kerusi (bukan Melayu) hanya 60 daripada 222 dan yang baki kerusi Melayu... jadi ia sesuatu yang tidak masuk akal,” kata beliau.

Dalam kenyataan pagi semalam, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dipetik berkata orang Melayu akan hilang segala hak dan kuasa mereka sekiranya Pakatan Rakyat memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang.

Senada dengan pendirian itu, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika merasmikan persidangan tiga syap parti itu malam tadi turut mengecam sambil mendakwa PAS tidak boleh menggantikan Umno.

Ahmad dipetik berkata, senario paling buruk berkenaan masa depan orang Melayu negara ini ialah apabila wujud “Parlimen tergantung” seperti di Australia, di mana Barisan Nasional tidak mampu melaksanakan agenda polisi-polisi ekoran hanya majoriti mudah.

“Jika wujud Parlimen tergantung macam di Australia, katakan 112 kerusi bagi kerajaan berbanding 110 bagi pembangkang, keadaan paling buruk akan berlaku.

“Bahasa Melayu akan hilang (kedudukan), kata selamat tinggal kepada Kesultanan Melayu, malah pembangkang DAP tidak akan hormati institusi diraja... mereka tidak pernah terima gelaran diraja meskipun mereka ditawarkan,” kata beliau pada satu forum parti sempena perhimpunan agung tahunan 2011.

“Kata selamat tinggal kepada Islam sebab mereka (DAP) adalah ejen Kristian... dalam bercakap mengenai agenda Melayu, kita tidak boleh lari daripada ini,” kata Ahmad.

Bagaimanapun Hadi mengetepikan kenyataan Ahmad sebagai satu “ancaman kosong” kerana timbalan menteri itu mahu menggunakan isu perkauman untuk menyatukan Melayu di bawah Umno.

“Pihak yang kalah jika Pakatan mencapai kejayaan ialah Umno. Yang akan menggantikan mereka ialah kami di PAS dan Pakatan,” kata Hadi lagi.

“(Jadi) ini ancaman kosong... (ia hanya) mahu mempromosikan sentimen rasis, satu kenyataan yang tidak tepat dengan mengambil kira geografi politik Malaysia,” kata beliau lagi.

Read More...

28 November 2011

Muhyiddin Jangan Mimpi Nak Jadi PM

JOHOR BAHRU 27 Nov: Sejarah membuktikan hanya seorang sahaja Perdana Menteri dari Johor meskipun Umno di negeri ini dianggap sebagai yang terkuat, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution.

Katanya, sejarah persaingan di peringkat kepimpinan tertinggi negara membuktikan pemimpin Umno dari negeri itu dipinggirkan seperti yang berlaku kepada Allahyarham Tun Hussein Onn dan Tun Musa Hitam.

“Jadi belum tentu Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh menjadi Perdana Menteri. Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri kerana kebetulan Tun Razak meninggal dunia dan lihat bagaimana dia kemudiannya disingkir Dr Mahathir kerana dikatakan kesihatan tidak baik,” katanya ketika berucap di Kongres Nasional KEADILAN di Pulai, Johor.


Saifuddin merujuk perkembangan KEADILAN di Johor yang dianggap lebih baik berbanding pengalamannya ketika mengadakan ceramah lima tahun dahulu.
“Sekarang sambutan lebih baik. Ribuan yang hadir,” kata beliau.

Beliau memberi contoh ceramah yang dihadirinya di sebuah rumah di kampung Bendahara, semalam apabila tuan rumah berkenaan tidak gentar meskipun berdepan dengan ugutan pihak polis.

“Nampaknya sekarang ketakutan rakyat Johor sudah hilang,” katanya optimis.
Sementara itu, Saifuddin mengucapkan tahniah kepada perwakilan yang sanggup hadir sejauh dari Kelantan dan Kedah.

Malah katanya, ada perwakilan yang terpaksa bersesak dalam kereta dan mengambil cuti untuk hadir ke Kongres bagi mendengar amanat pimpinan parti.
“Mana lagi tempat kita nak muhasabah diri kalau bukan sewaktu Kongres. Kalau nak ubah kepada budaya kena mula dari sekarang. Ambil pengajaran dan bawa balik resipi perjuangan,” kata Saifuddin.


Read More...

DAP: Tiada bukan Melayu bercita-cita jadi PM

Tidak pernah ada seorang pun pemimpin bukan Melayu yang bercita-cita menjadi perdana menteri kerana rakyat Malaysia menerima realiti politik di mana jawatan itu harus disandang oleh pemimpin berbangsa Melayu, kata setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.

Justeru, katanya, ura-ura untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membenarkan orang Melayu sahaja untuk menjadi perdana menteri bukan sahaja tidak diperlukan, malah bersifat perkauman kerana menganggap rakyat bukan Melayu sebagai rakyat kelas kedua.

“Selama ini Umno telah menggunakan taktik kejam untuk menipu dan menanam perasaan takut di kalangan orang Melayu, kononnya DAP menjadi pengancam kepada hak dan kepentingan mereka,” katanya dalam satu kenyataan media.


Katanya lagi, ini langsung tidak berasas kerana perkhidmatan awam, polis dan tentera semuanya dikawal Melayu manakala sektor-sektor kritikal dalam ekonomi seperti insuran, perbankan, industri automobil, pelabuhan dan lebuh raya semuanya juga dikawal oleh usahawan-usahawan atau syarikat-syarikat Melayu.

Dalam politik pula, kata Lim, jawatan perdana menteri dan timbalan perdana menteri disandang oleh orang Melayu. Begitu juga dengan jawatan semua menteri besar dan ketua menteri kecuali di Pulau Pinang sahaja.

Oleh itu, kata Lim, tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) untuk mempertahankan agenda perkauman Umno dan pengakuannya bahawa beliau adalah Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian merupakan bukti bahawa 1Malaysia adalah slogan kosong.

Justeru, menurut beliau yang juga adalah ketua menteri Pulau Pinang, slogan berkenaan hanya bertujuan untuk mengaut undi dan akan dibuang selepas pilihan raya umum yang akan datang.

“Malah, Muhyiddin menggunakan logik yang tidak masuk akal bahawa pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan saya merupakan cauvinis Cina walaupun DAP telah berjuang untuk semua rakyat Malaysia dan keahlian parti kita terbuka kepada semua termasuk Melayu, India, Iban dan Kadazan.

“Muhyiddin dengan mudah juga telah lupa bahawa saya telah dipenjarakan dan kehilangan kerusi parlimen kerana memperjuangkan nasib seorang gadis Melayu bawah umur yang menjadi mangsa rogol,” katanya.

Malah, lebih mengejutkan, menurut Lim, Muhyiddin tidak merasa bahawa tindakannya untuk memperjuangkan agenda perkauman Melayu adalah bercanggah atau tidak konsisten dengan agenda rakyat Malaysia bukan Melayu.

Tegasnya, ancaman kepada orang Melayu sebenarnya bukan DAP adalah Umno kerana sikap parti itu yang menggunakan serta mempertahankan pelanggaran hak asasi manusia, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Dengan menanam rasa takut serta menggunakan ugutan, Umno mengaburkan mata rakyat daripada skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah mengakibatkan kehilangan beratus-ratus bilion ringgit seperti pendedahan terkini Laporan Ketua Audit Negara 2010 tentang jabatan-jabatan kerajaan yang telah terlebih belanja sebanyak RM3.7 bilion tanpa apa-apa hukuman dikenakan.

“Selain itu, berlaku juga kontroversi di mana dana awam yang telah diberikan kepada sebuah syarikat yang berkaitan dengan seorang menteri telah digunakan bukan untuk tujuan yang sepatutnya, iaitu untuk penternakan lembu, tetapi sebaliknya telah digunakan untuk pembelian dua kondominium mewah,” katanya.

Read More...

21 September 2011

Dolah Badawi Menyesal Kerana Tidur Semasa Jadi PM

Pak Lah: Saya patut lebih tegas laksana pembaharuan

KUALA LUMPUR, 21 Sept — Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau sebenarnya amat jelas dengan pembaharuan yang hendak dibawa semasa menjadi perdana menteri antara 2003 dan 2009 dan sepatutnya lebih tegas dalam melaksanakan rancangan-rancangan yang dibawanya.

“Mungkin semasa saya memegang jawatan itu saya sepatutnya lebih bertegas mengenai pembaharuan itu, berdasarkan kepada tentangan yang saya hadapi,” kata beliau dalam satu kenyataan malam tadi.

Abdullah (gambar) mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz semalam bahawa beberapa tentangan terhadap rancangan pembaharuan yang dibawa beliau muncul kerana Abdullah tidak menyatakan dengan jelas mengenai apa yang hendak dilakukannya.


Nazri berkata berbanding Abdullah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sangat jelas mengenai agenda pembaharuan yang hendak dibawa termasuk kajian semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang bakal dimansuhkan.

Sehubungan itu, Abdullah yang juga bekas presiden Umno berkata beliau berharap penggantinya akan lebih bertegas dengan rancangan-rancangan pembaharuannya sekiranya beliau jelas dengan apa yang dimahukannya.

“Sudah tentu apabila seseorang pemimpin berhasrat membawa pembaharuan, pasti ada kumpulan yang menyokong dan ada juga kumpulan yang menentang.

“Bagaimanapun sekiranya pemimpin itu jelas, bahawa apa yang hendak dilakukannya adalah sesuatu yang betul, beliau perlu berusaha melaksanakannya,” katanya.

Di Kota Baru kelmarin, Abdullah berkata beliau berharap tidak akan ada pihak dalaman yang akan menentang secara “senyap seperti gunting dalam lipatan” usaha Najib yang mahu memansuhkan ISA dan beberapa undang-undang lain.

“Saya harap barisan pimpinan di belakang Datuk Seri Najib, parti-parti politik baik dalam Barisan Nasional atau pun di luar akan memberi sokongan penuh kepada beliau untuk merealisasikan perjuangan untuk membawa perubahan.

“Saya harap tidak akan ada mereka yang menentang dalam senyap seperti gunting dalam lipatan kerana dasar yang beliau ingin wujudkan dengan pemansuhan ISA akan membawa manfaat kepada rakyat dan negara dalam jangka masa panjang,” kata beliau.

Najib menggantikan Abdullah sebagai Perdana Menteri pada April 2009.

Abdullah juga berkata beliau berharap mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menggubal akta dan undang-undang baru keselamatan akan berfikiran progresif dan tidak cuba menggubal undang-undang yang dapat disalahgunakan untuk menyekat perkembangan minda rakyat yang waras, intelek dan berintegriti.

“Saya yakin dan percaya bahawa Perdana Menteri dan barisan pimpinan di bawah beliau telah berfikir dengan dalam dan rasional sebelum mengumumkan pemansuhan ISA dan enakmen darurat, dan saya juga yakin bahawa beliau akan melakukan apa yang telah dijanjikan,” kata Abdullah ketika berucap menerima ijazah kehormat doktor keusahawanan dalam pembangunan modal insan sempena Majlis Konvokesyen Pertama Universiti Malaysia Kelantan.

Najib mengumumkan pemansuhan ISA dan tiga deklarasi darurat serta langkah mengkaji semula beberapa undang-undang yang lain ketika menyampaikan perutusan khas sempena Hari Malaysia Khamis lalu.



Read More...

15 September 2011

Lawak Mahathir - Hanya Orang Yang Bermoral Sahaja Boleh Jadi Perdana Menteri..

Mahathir: Sudah pasti saya pecat Anwar jikapun Mufti Perak kata jangan

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan sudah pasti beliau akan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria ada menasihatkan beliau supaya tidak berbuat demikian.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata kemungkinan mufti terbabit boleh menerima seorang yang tidak bermoral sebagai pemimpin, tetapi bukan beliau.

“Meskipun jika mufti menasihati saya, dan saya menafikan beliau ada berbuat demikian, saya tidak dapat menerima nasihat seperti itu,” kata bekas perdana menteri (gambar) sambil menambah, beliau akan didapati menutup cerita jika tidak mengambil sebarang tindakan.


“Biar mahkamah yang memutuskannya,” kata beliau lagi dengan merujuk kepada keputusan mahkamah ke atas bekas timbalannya.

Dr Mahathir memecat Anwar daripada jawatan timbalan perdana menteri pada September 1998. Kemudian beliau dipecat daripada jawatan timbalan presiden Umno.

Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno berkata, mufti itu mungkin boleh menerima seorang yang tidak bermoral untuk menjadi perdana menteri enagar ini.

“Maafkan saya, saya memegang tanggungjawab sebagai satu amanah, kepercayaan dan saya tidak bersedia untuk menerima seorang yang tidak bermoral sebagai Perdana Menteri.

Akhir bulan lalu, Harussani mendedahkan beliau pernah cuba untuk bertemu dengan Dr Mahathir agar tidak memecat dan juga tidak mengenakan tuduhan liwat ke atas Anwar.

Namun jelas Mufti Perak. bekas perdana menteri itu enggan menemui beliau.

“Saya, banyak perkara suruh Dr Mahathir berhenti (tidak lakukan), tapi ada tiga perkara beliau tidak mahu berhenti, yang pertama bila nak pecat, Anwar saya ditahan daripada jumpa perdana menteri.

“Saya kata kepada pembantu (Dr Mahathir) pecat Anwar pengaruh bukan sikit boleh pecah Melayu... bila nak buat tuduhan liwat, saya kata kalau nak pecat Anwar (dari timbalan perdana menteri) buat rombakan Kabinet, letak di kementerian lain... tapi saya tidak dibenarkan jumpa perdana menteri,” katanya.

Tegas Harussani, tindakan Dr Mahathir memecat Anwar telah menyebabkan perpecahan orang Melayu.

Selepas dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno, Anwar berhadapan dengan kes salah guna kuasa dan liwat.

Anwar, kini Ketua Umum PKR, menghadapi tuduhan liwat kali pertama pada 1998 yang dikaitkan dengan beberapa individu yang rapat dengannya seperti Azizan Abu Bakar dan Sukma Darmawan.

Kes itu telah mencetuskan kegemparan di seluruh negara dan dunia terutamanya masyarakat Melayu kerana tokoh itu dijatuhkan dengan tuduhan yang terlalu serius.

Anwar kini berdepan dengan satu lagi tuduhan liwat yang melibatkan pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan - kes masih dalam perbicaraan.

Dr Mahathir juga berkata beliau tidak dapat ingat sama ada Harussani ada memberikan nasihat sedemikian sama ada secara peribadi ataupun ketika ditemui pada mana-mana majlis awam.

Bekas perdana menteri itu berkata kes mahkamah ke atas Anwar diambil oleh pegawai-pegawai yang bertanggungjawab.

“Tetapi katakan tiada kes mahkamah diambil, bagaimana saya boleh menjelaskan bahawa Anwar perlu dipecat sebab beliau tidak sesuai untuk menggantikannya sebagai perdana menteri?

“Jika saya menggugurkan beliau dan saya tiada pilihan tetapi untuk menggugurkannya disebabkan sikap tidak bermoralnya, bagaimana saya boleh menjelaskan kepada rakyat?” kata beliau dan menambah, orang akan menuduh tindakan itu diambil disebabkan faktor politik.



Read More...

11 September 2011

Jika Pakatan Kuasai Putrajaya, PM Tetap Seorang Islam

KUALA LUMPUR, 11 Sept - Datuk Mustafa Ali memberi akar umbi PAS jaminan bahawa dua jawatan tertinggi kerajaan pusat - perdana menteri dan timbalan perdana menteri - akan diketuai oleh komuniti Islam jika Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat dalam pilihan raya umum ke-13.

Parti itu dilihat memberi jaminan bagi mengekalkan sokongan kalangan orang Melayu khususnya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar sementara spekulasi menyebut pilihan raya umum akan diadakan bila-bila masa dari sekarang.

Setiausaha agung (gambar) itu mengatakan demikian ketika menjawab kebimbangan majoriti ahli parti Melayu Islam pada konvensyen di sini di sebalik kerjasama PAS-PKR-DAP dalam Pakatan Rakyat yang wujud sejak lebih tiga tahun lalu.


Pakatan Rakyat dibentuk secara formal selepas pilihan raya umum 2008, tetapi pendaftarannya belum mendapat kelulusan pihak berkuasa.

"Saya boleh memberi anda jaminan bahawa perdana menteri semestinya seorang yang beragama Islam dan semoga timbalan perdana menteri juga seorang beragama Islam," kata beliau.

"Imam (perdana menteri), Insya-Allah, selamat," kata Mustafa pada Konvensyen Negara Berkebajikan di Taman Melewar, Gombak dekat sini semalam. Input mengenai konsep itu akan dijadikan kandungan manifesto pilihan raya umum ke-13.

Seorang perwakilan yang menghadiri konvensyen sehari itu mengemukakan persoalan, "dalam Pakatan Rakyat, siapa imam? Macam di BN, imamnya ialah dari Umno... Kalau tak tentu imam, plan B pula macam mana?

Perwakilan itu merujuk imam sebagai perdana menteri."

Sejak merdeka, jawatan perdana menteri disandang oleh seorang wakil Umno beragama Islam. Begitu juga jawatan timbalan perdana menteri.

Setakat ini negara sudah memiliki enam perdana menteri.

Mustafa memberitahu perwakilan bahawa konsep Negara Berkebajikan telah dibincangkan dan diterima oleh rakan komponen PKR dan DAP pada sesi pemukiman mereka dua bulan lalu.

Bagaimanapun katanya, isu siapa yang akan memegang jawatan mana dalam kerajaan alternatif tidak dibincangkan secara khusus.

"Kami tidak membincangkan secara terperinci sebab orang yang akan memegang jawatan perdana menteri mesti menang pilihan raya umum," katanya lagi sambil menambah, perikatan itu akan berhadapan dengan masalah jika calon perdana menteri kalah pilihan raya.

Tambah beliau, kesemua dalam Pakatan Rakyat telah bersetuju bahawa pengundi Melayu dominan seharusnya seorang beragama Islam.

Sementara Perlembagaan Persekutuan mengatakan seorang Melayu seharusnya Muslim, ia tidak menyebut apa-apa mengenai latar belakang agama dan etnik dalam soal pemilihan calon perdana menteri dan menyerahkan kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Kebimbangan mengenai kemungkinan seorang perdana menteri bukan Muslim muncul ekoran laporan muka depan Utusan Malaysia Mei lalu di bawah tajuk "Kristian agama rasmi?"

Akhbar milik Umno itu mendakwa wujud komplot antara DAP dan beberapa pastor untuk meletakkan seorang Muslim sebagai perdana menteri. DAP telah menafikan dakwaan sedemikian.


Read More...

15 August 2011

PM umum JK reformasi sistem pilihan raya

Kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa khas parlimen bagi mengkaji cadangan-cadangan bagi mengadakan reformasi dalam sistem pilihan raya negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, jawatankuasa itu bakal dianggotai wakil daripada parti kerajaan dan pembangkang.

"Ia akan ditubuhkan dalam masa terdekat. Kita akan bincang segala reformasi pilihan raya supaya tidak ada pihak lagi syak wasangka terdapat manipulasi kerajaan.



Read More...

21 May 2011

UMNO Dan Matematiknya

Saya sangat “lemah” dalam matematik bila saya katakan daripada 10 orang, 11 orang tak akan percaya. Saya sendiri hampir percaya tentang kelemahan saya dalam matematik sehinggalah akhbar arus perdana melalak mengenai DAP mahukan Perdana Menteri beragama Kristian dan Kristian patut dijadikan agama rasmi Malaysia.

Saya sedar, lingkaran kuasa boleh menjadikan sesetengah orang lembik. Apa yang sepatutnya saya sedar lebih awal tapi tidak pula tersedar ialah lingkaran kuasa itu juga telah melembikkan otak sesetengah orang.

Kita mempunyai 222 kerusi Parlimen untuk direbut. DAP bertanding 40 kerusi. Kalau mereka menang semua 40 kerusi itu pun, mungkin ahli matematik UMNO boleh jelaskan kepada saya, bagaimana dengan 40 kerusi, DAP atau mana-mana parti mampu membentuk kerajaan? Anda ada 82 kerusi dan itu pun tak cukup untuk bentuk kerajaan.


Bilangan orang Melayu lebih kurang 17-18 juta. Mereka membentuk 60 peratus penduduk negara. Kalau pun DAP dapat sokongan kesemua orang Cina, mampukah 20 peratus mereka mengatasi kumpulan yang jumlahnya melebihi 60 peratus? Mungkin ahli matematik UMNO boleh mencerahkan saya tentang ini.

Kemudian kita ada pelaung hidup Melayu. Kami tak akan benarkan DAP mengambil alih negara. Kalau suka, launglah lagi. Memang tak boleh kita nak hujah emosi dan hal tak logik sebegini.

Tetapi, PAS juga Melayu. Jadi, hidup Melayu boleh juga membawa makna hidup PAS seperti juga ia boleh beri maksud yang sama kepada UMNO. Orang UMNO telah tipu diri sendiri dengan keangkuhan bahawa UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO.

Helo kawan, kamu tak boleh dapat 1.5 juta ahli UMNO untuk sokong kamu dan calon-calon UMNO pula hanya dapat sekitar 2 juta undi dari jumlah 5.7 juta pengundi pada pilihan raya 2008 lalu.

Jadi Melayu terus hidup, tetapi mereka hidup tanpa perlukan UMNO. Saya harap ramai akan sedar yang setiap Melayu mahu kekal hidup dengan slogan hidup Melayu tetapi Melayu sekarang boleh buat begitu dengan banyak lagi pilihan. Itulah perihalnya demokrasi.

Tolong jelaskan, macam manalah sebuah parti yang bertanding 40 kerusi dan belum tentu menang kesemuanya boleh membentuk kerajaan? Apa lagi untuk memerintah Malaysia seperti PAP memerintah Singapura?

Kristian dan isu-isu lain

Seorang menteri kerajaan bertanya, apa salahnya dengan Perdana Menteri Kristian? Soalan beliau tidak ada salahnya. Tidak ada salahnya jika ada Perdana Menteri Kristian dalam negara majoriti Kristian. Juga tiada salahnya jika Perdana Menteri Kristian diterima walau pun dalam sebuah negara Islam.

Dalam konteks Malaysia, mungkin menteri itu berkata demikian kerana dia beragama Kristian dan jika dia menjadi Perdana Menteri, dia rasa mampu menjaga semua rakyat. Jadi apa salahnya seorang Kristian berfikiran begitu bagi dirinya dan impiannya mahu menjadi Perdana Menteri?

Yang kedua, dia mungkin berfikir begitu kerana dia tahu cadangan sedemikian tak akan diterima di Malaysia. Melayu-Islam menguasai kerusi parlimen dan jumlah mereka memang banyak di parlimen.

Kecualilah kalau semua ahli parlimen Melayu boleh dibeli dengan harta dan wanita. Atau semua orang Melayu boleh menerima penganut Kristian sebagai Perdana Menteri.

Katakanlah ramai Melayu selesa dengan idea di mana seorang penganut Kristian menjadi Perdana Menteri. Jadi, apa maksudnya ini? Ia menunjukkan bahawa orang Melayu kecewa dengan seorang Melayu yang juga seorang Islam yang menjadi Perdana Menteri. Cuba fikir tentang perkara itu.

Yang ketiga, majoriti penduduk adalah Melayu beragama Islam yang berkemungkinan besar TIDAK akan menyokong cadangan sebegitu.

Jadi apa yang menteri Kristian itu katakan tidak salah kerana dia tahu perkara itu adalah satu angan-angan Mat Jenin.

Tetapi, ada baiknya juga menteri itu berkata demikian kerana ia akan menjadikan orang UMNO haru-biru dan penuh kegilaan.

Kristian sebagai agama rasmi menggantikan Islam?

Islam adalah agama rasmi, atau jika tak rasmi pun, ia memang dianggap rasmi. Lagipun, ianya agama rasmi sebab majoriti rakyat Malaysia adalah orang Islam.

Orang Melayu adalah majoriti penduduk Malaysia. Jumlahnya saja akan menghalang golongan minoriti untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.

Tetapi mari kita teliti cadangan itu. Tentang agama rasmi, apa maksud mereka? Adakah mereka mahukan Kristian diterima sebagai agama yang dijamin dalam perlembagaan supaya boleh diamalkan oleh sekelompok rakyat Malaysia? Kerana mereka juga tahu, dengan membuat demikian, agama yang dijamin perlembagaan berhak untuk mendapat pembiayaan, sumbangan dan sebagainya.

Malah jika itulah yang mereka maksudkan, ia adalah satu cadangan sah bagi Kristian mengamalkan agama mereka secara sahih di Malaysia. Penganut Kristian mempunyai hak untuk takut bahawa agama mereka itu akan dihapuskan. Mereka mahukan pengiktirafan dan saya rasa itu adalah tuntutan yang tidak ada salahnya. Dalam hal pembiayaan atau sumbangan, saya tak rasa mereka mahukan apa-apa dari kerajaan.

Saya rasa tak masuk akal bahawa majoriti yang tak boleh dijatuhkan dari tampuk kuasa akan menjadi tak keruan tentang laporan tak berasas mengenai jihad salib Kristian ini.

Secara serius, kerajaan patut bertindak terhadap mereka yang menyemarakkan hasutan-hasutan itu.
Jika ternyata pelakuan mereka berniat jahat, bubuh saja mereka di bawah ISA. Mungkin dengan berehat seketika sebagai tetamu kerajaan, ia boleh membantu sesetengah orang mengurangkan berat badan dan orang lain pula boleh belajar seni dan sains mengawal kemarahan.


*Rencana ini diterjemahkan oleh Roketkini dari blog Sakmongkol AK47. Penulis ialah Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz yang merupakan wakil rakyat Pulau Manis (2004-2008).

* Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Roketkini


Betah berjalan sana-sini -oleh Sakmongkol AK47
by Roketkini



SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Read More...

18 May 2011

DAP sokong Anwar kekal ketua pembangkang

DAP hari ini mengesahkan bahawa ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap kekal sebagai ketua pembangkang meskipun telah diarahkan untuk membela dirinya dalam perbicaraan liwat II.

“Kami tidak akan menggantikan ketua pembangkang selagi beliau tetap adalah MP,” kata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, selepas merasmikan Festival Georgetown di Kuala Lumpur hari ini.

Lim berkata demikian ketika ditanya wartawan sama ada keputusan mahkamah yang mendapati kes prima facie ke atas Anwar yang didakwa meliwat pembantunya, Saiful Bukhari Azlan akan menjejaskan Pakatan Rakyat.


"Kita masih kuat dan akan meneruskan agenda pembaharuan,” katanya.

Anwar dan PKR dikatakan mengalami tamparan pada Isnin lalu apabila hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamed Zabidin Mohamed Diah memerintahkannya membela diri kerana berpendapat Mohd Saiful adalah saksi yang “berkata benar dan berwibawa”.

Perbicaraan hampir pasti menjejaskan Anwar, yang partinya kini pada tahap terendah sejak kejayaan cemerlang pada pilihan raya umum Mac 2008.

Selepas beberapa siri paling tadah, PKR kini hanya mempunyai 23 kerusi di Dewan Rakyat, - jumlah yang sama dengan PAS manakala DAP memiliki 29 kerusi.

Bagaimanapun Lim enggan mendedahkan sama ada Pakatan mempunyai “Rancangan B” sekiranya Anwar didapati bersalah.

"Kami akan membuat pengumuman apabila perkara itu berlaku,” kata Lim sambil tersenyum dan menambah beliau perlu berhati-hati membuat kenyataan berhubung Anwar kerana ia mungkin diputar belit oleh pertubuhan media milik Umno.

Lim juga cuba mengelakkan diri daripada menjawap soalan sama ada kes prima facie ke atas Anwar telah menyebabkan kesan negatif kepada pembangkang.

"Kami masih tidak tahu bahawa ia impak positif atau negatif. Lagi ditindas, lagi tinggi menukar sesuatu krisis kepada peluang. Ia tidak semestinya negatif.”

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Read More...

10 May 2011

Bukan Islam boleh jadi PM, Perlembagaan tak halang

KUALA LUMPUR, 10 Mei — Naib Presiden PAS Mahfuz Omar berkata partinya tidak akan membantah bukan Islam menjadi perdana menteri memandangkan perkara tersebut dibolehkan oleh Perlembagaan.

Bagaimanapun kata beliau, adalah mustahil bukan Muslim boleh menerajui kerajaan memandangkan umat Islam masih merupakan majoriti negara ini.

“Perlembagaan tidak menghalang bukan Islam dari menjadi perdana menteri. Ini bukan soal PAS. PAS tidak boleh menghalang Perlembagaan, tetapi ia tidak akan berlaku kerana majoriti semasa kami miliki,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Read More...

11 February 2010

Boleh Singkir PM Tanpa Undi Tidak Percaya

Profesor Dr. Abdul Aziz Bari menyifatkan keputusan mahkamah persekutuan mengenai isu siapa Menteri Besar yang berpihak kepada UMNO Barisan Nasional, membangkitkan persoalan mengenai kedudukan kerajaan dalam sistem demokrasi dari sisi perundangan.

Professor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa itu berkata perkara ini serius kerana Menteri Besar sepatutnya hanya boleh disingkir melalui Dewan Undangan Negeri.

“Pada hakikatnya kalau di negeri Perak itu Sultan boleh menyingkirkan Menteri Besar tanpa melalui undi tidak percaya dalam dewan secara formal, maka di peringkat pusat juga peringkat persekutuan boleh menyingkirkan perdana menteri tanpa melalui undi tidak percaya,"katanya.

Aziz berkata demikian ketika ditemubual TVSelangor.com


Beliau percaya kepada amalan yang dipraktik selama ini iaitu melalui undi tidak percaya secara formal di Dewan Undangan Negeri bagi menentukan siapa Menteri Besar.

“Jadi, itu yang menyebabkan timbulnya perspepsi ataupun tanggapan bahawa apa yang berlaku itu boleh memberi kesan kepada perlembagaan dan ini semakin boleh mengkompromikan sistem Raja itu sendiri,”katanya.

Kes ini akan menjadi rujukan tetapi malangnya ia perkembangan yang tidak sihat kerana undang-undang pada masa ini boleh menyingkirkan pemimpin dengan mudah, tanpa mematuhi prosedur yang betul.

“Dengan keputusan yang terbaru itu, mengatakan bahawa Menteri Besar ataupun Perdana Menteri boleh disingkir tanpa melalui undi tidak percaya, ini merupakan kesan langsung, dengan kata lain undang-undang yang dihuraikan yang diputuskan mahkamah semalam adalah perkembangan yang tidak sihat pada kes-kes akan datang,”katanya.-tvs

Read More...

29 November 2009

Perdana Menteri Pun Boleh Hilang Jawatan Apatah Lagi ADUN

PM Vanuatu Hilang Jawatan Kerana Tidak Hadir Sidang Parlimen

Di luar negara, PM pun hilang jawatan kerana langgar undang-undang parlimen.
Parlimen sesebuah negara itu begitu tinggi martabatnya...
Di Malaysia undang-undang macam sampah...
Parlimen macam pondok-pondok..
Kalau melibatkan kerajaan BN undang-undang dan dewan sendiri tidak dihormati...
Speaker tiada kuasa...
Hinggakan di Kota Siputeh sendiri pun boleh dipertikaikan kekosongan kerusi?!.
Inilah masalah bila Undang-undang 1Malaysia yang digunakan double standard
Undang-undang haprak!! :Author Faethal



Bekas Perdana Menteri Vanuatu, Edward Natapei

Perdana Menteri sebuah negara di salah satu kepulauan Pasifik yang kecil, Vanuatu telah menanggung aib dan kehilangan pekerjaannya, selepas dia kehilangan kerusinya di parlimen kerana tidak menyerahkan surat tidak hadir kepada dewan.

Perdana Menteri Edward Natapei telah melanggar satu peraturan sebagai ahli parlimen di Vanuatu, dimana seorang ahli parlimen akan kehilangan kerusi jika mereka tidak hadir tiga kali berturut-turut di persidangan parlimen tanpa memberitahu speaker sebab ketiadaan mereka.

Apa yang perlu dilakukannya kerana urusan rasmi hanyalah dengan menyerahkan satu nota pemberitahuan yang bertandatangan untuk memaklumkan mengapa beliau tidak dapat hadir. Tetapi, kerana satu kesilapan yang disebut seorang penganalisis sebagai 'flabbergasting', pejabat Perdana Menteri terlepas pandang undang-undang ini - dan ini menyebabkan Natapei telah kehilangan kerusinya, dan negara Vanuatu berada di dalam krisis politik.

Kabinet Natapei dengan segera mengadakan persidangan tergempar, manakala Natapei yang sedang menghadiri sidang kemuncak Komanwel di Trinad dan Tobago segera pulang ke Vanuatu.

Vanuatu kini dipimpin oleh kerajaan sementara sehingga parlimen itu memilih seorang perdana menteri yang baru pada minggu depan.

Sumber : www.metro.co.uk

Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas