BlogList Malaysia
Showing posts with label harussani. Show all posts
Showing posts with label harussani. Show all posts

31 December 2012

Harussani Bidas Syarat Hadi..

Kuala Lumpur: Tokoh UMNO agama menempelak sikap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meletakkan syarat jika mahu beliau memberi penjelasan berhubung amanatnya mengkafirkan UMNO yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.

Malah ada yang tidak bersetuju Hadi diberi peluang membuat penjelasan menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan kerana boleh mengundang polemik berterusan dan memberi kesan lebih buruk terhadap perpaduan umat Islam.


Mufti UMNO Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata tidak perlu ada syarat, yang salah tetap salah, benda sudah terang dan jelas, mengharamkan sembelihan orang yang mengucap dua kalimah syahadah adalah salah.

Malah orang Islam yang sudah mengucap dua kalimah syahadah tetapi tidak membaca Bismillah pun sembelihannya sah, kenapa nak kata yang halal itu haram... mengharamkan yang halal boleh menjadi kafir, katanya kepada BH.

Harussani berkata, sifat utama seorang ulama ialah tawaduk dan tidak takbur dengan ilmu dimiliki serta tidak mengeluarkan hukum kerana sesuatu yang lain selain Allah.


Read More...

19 December 2012

HARUSANI TERTIDUR PANJANG

Saya bukan sedih membaca laporan mengenai saranan Mufti Perak Harussani Zakaria yang menyuruh presiden Pas Abdul Hadi Awang menarik balik kata-kata yang dibuat Abdul Hadi 31 tahun yang dikategorikan sebagai Amanat Haji Hadi tetapi nak tergelak dan nampak sangat mufti itu tidak ada modal bagi mengekalkan populariti beliau dalam Umno.

Kenapa Saya bukan sedih tetapi hendak tergelak dan merasa amat lucu sekali dengan telatah "sekor" Mufti ini (meminjam istilah Najib membahasakan ketiga-tiga naib presiden Umno) dalam usaha mempertahankan Umno dan dalam masa sama menyerang Pas kerana terpaksa mengambil masa 31 tahun untuk membuat gesaan yang dianggap boleh menyedarkan orang Melayu agar menjauhi Pas.

31 tahun atau tiga dekad bukan satu masa yang pendek, tetapi lama.


Kenapa begitu lama sekali Harussani untuk menyarankan perkara itu? Apakah selama ini, beliau sedang membuat kajian dan menelaahkan berbagai jenis kitab (termasuk kulit merah dan hijau) terhadap kata-kata Abdul Hadi itu sehingga hari ini baru terkeluar saranan itu. Apakah sebelum ini, 31 tahun lalu beliau masih belum khatam dan belum cukup ilmu untuk menyanggah Abdul Hadi Awang?

Abdul Hadi mengeluarkan kata-kata disifatkan sebagai amanat itu pada tahun 1981 dalam majlis ceramah di Teluk Peradong, Terengganu. Ia telah terlalu lama dan isu ini pun tenggelam timbul. Yang nyatanya setiap kali kali ada pilihan raya maka Abdul Hadi dikaitan dengan amanah itu kononnya Pas mengkafirkan orang-orang Umno.

Jelas bahawa kenyataan atau amanah politik Haji Hadi itu juga dipolitikan oleh Umno dan ia bukan sesuatu mutlak menyentuh soal akidah. Kalau ia sesuatu yang serius kenapa dibiarkan begitu lama sampai 31 tahun tanpa diambil apa-apa tindakan? Seingat saya tidak ada mana-mana pihak membincang amanat politik Abdul Hadi itu secara tuntas. Ini bermakna amanat itu adalah amanat politik yang tidak menyangkut soal akidah dan maruah seseorang dan tidak perlu diperbesarkan.

Sekiranya ia membabitkan soal akidah dan maruah Umno dan umat Islam lain, sudah tentu Majlis Agama Islam Terengganu khasnya akan mengambil tindakan. Abdul Hadi akan didakwa di bawah undang-undang syariat negeri itu. Atau pun pihak pendakwa raya sendiri akan mendakwa Hadi dibawah Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kata-kata yang boleh menghuharakan keadaan.

Begitu juga Majlis Fatwa Kebangsaan akan bersidang dan membuat keputusan terhadap kata-kata Hadi itu. Tetapi kenapa tidak ada? Sudah berapa banyak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat keputusan difatwa didalam hal-hal lain tetapi kenapa tidak kepada kata-kata Abdul Hadi?

Pembisuan ini mengesahkan bahawa kata-kata Hadi itu tidak mudarat. Institusi agama dan ulama lain memahami bahawa kata-kata amanat itu bersifat politik bukan yang teguh. Malahan Abdul Hadi sendiri tidak pernah dipukul ataupun darahnya setitik pun tidak mengalir ke bumi kerana dipukul oleh orang Umno dengan kata-kata itu. Apakah orang Umno semua pengecut, tidak... tetapi mereka sendiri memahami bahawa kata-kata Hadi itu adalah amanat politik yang tidak menjejaskan akidah dan kedudukan mereka sebagai seorang Islam.

Bukan itu saja orang-orang Pas juga akan bertindak ke atas Abdul Hadi Awang. Bukan sedikit di dalam Pas mereka yang mempunyai ilmu seluas Harusaani. Misalnya Dr Haron Din, dan beberapa ulama lain yang telah menjadi aruah tidak pun mempertikaikan kata-kata Abdul Hadi itu. Bahkan beliau terus mendapat dokongan untuk memimpin Pas, hari ini pula sampai diidolakan sebagai perdana menteri?

Jadi apa hal pula dengan Harussani tiba-tiba menyuruh Abdul Hadi menarik balik amanat yang berusia 31 tahun itu? Jawabnya mudah saja, Harussani yang kini telah menjadikan diri sebagai terompah kayu Umno redha ke mana saja terempoh itu dibawa bukan saja ke laman surau tetapi ada kalanya ke dalam jambtan tahi. Dan ada kalanya terompoh itu terjerlus ke dalam tandas.

Sikap Harussani itu sekali lagi menyebabkan wibawanya sebagai ulama yang sudah lama dipertikaikan terus dipertikaikan akan kredibilitinya. Orang akan beranggapan apakah beliau baru sedar perkara itu selepas hari ini atau semalam baru diberikan risalah mengenai ucapan Abdul Hadi itu oleh ketua penerangan Umno Ahmad Maslan.

Kalau Ahmad Maslan baru mengetahui hal amanat itu hari ini tidak mengapa, kerana dia baru berusia setahun jagung dan darah setampuk pinang sewaktu amanat itu dihebuhkan. Bahkan saya percaya Ahmad Maslan ketika ucapan itu dilapazkan Abdul Hadi beliau baru sembuh dari berkhatam beramai-ramai di Pontian, Johor.

Tetapi Harussani sudah sampai ke takah tujuh (bongkok tujuh) masakah tidak pernah mendengarnya. Malangaya kalau begitulah sikap dan perwatakan seorang mufti. Dia diharap menjadi petunjuk (hudan) kepada umat Islam sebaliknya semacam menjadi pesubahat dengan agenda-agenda politik yang busuk dan kohong.

Sebenarnya tindakan Harussani menggunakan statusnya sebagai mufti mengeluar pendapat dan pandangan-pandangan ajaib dan anih kontras dengan martabatnya sebagai mufti yang semuanya cenderong kepada politik Umno secara tidak langsung merosakkan perpaduan umat Islam negara ini. Kenyataan dan ulasan beliau juga mengelirukan pegangan umat Islam negara ini. Secara tidak langsung sikap sebegitu juga menjejaskan kredibiliti beberapa ulama atau mufti lain.

Apa yang dilakukan oleh Harussani itu, setelah amanat itu berlalu 31 tahun baru hendak 'menjatuhkan hukuman', ia satu kelewatan melampau. Tindakan itu orang akan suluh ianya ada udang di sebalik batu. Kalau kes itu semisalnya bahan buktinya sudah ditimbus seperti mayat manusia, nescaya ianya sudah mereput dan segala bukti tidak diperolehi lagi. Kelewatan itu juga menunjukkan apakah kerja mufti negara ini khasnya Harussaani sendiri.. apakah selama ini dia sendiri merasakan amanat itu hanya sampah saja?

Dalam tempoh itu sudah enam kali pilihan raya umum berlangsung, dan sudah tiga perdana menteri bertukar ganti. Ertinya sudah enam kali isu itu diangkat ke muka umum secara besar-besaran. Masakan beliau tidak mengetahui akan kisah amanat itu? Apakah waktu itu beliau merasakan kedudukan Umno tidak tercabar dan bakal hilang kuasa seperti kini, maka beliau mendiamkan saja? Kalau begitu cara berfikir dan Harussani melaksanakan tugas sebagai mufti maka jelas beliau seorang yang munafik dan pengkhianat kepada umat Islam.

Sekiranya amanat Hadi itu ternyata salah, bertentangan beliau tidak perlu tunggu 31 tahun. Atau paling lebih masuk tahun ke lima beliau sudah membuat saranan itu kepada Abdul Hadi secara jujur dan iklas atas sifat maslah bersama. Antara tugas besar mufti ialah menegur dan membimbing manusia ke jalan haq. Tetapi apabila dibiarkan 31 tahun dan menjelang pilihan raya ke 13, baru dia bersunggut maka nampak sangat saranan Harussani itu bukan dari atas kebenaran ajaran Islam tetapi ia didorong kerana sentimen politik melalu dan keterdesakan parti Umno yang akan tewas.

Ingin dijelaskan kerpada Harusanai kalau nawaitu dia membuat saranan tersebut untuk merendah-rendahkan dan membusuk-busukkan Abdul Hadi itu kerana mengharapkan umat Islam akan meninggalkan Pas dan kembali kepada Umno ia adalah sia-sia saja kerja itu persis menanam angin akan menuai asap saja. Orang Melayu dan Islam negara ini tidak mudah mabuk dan 'semabur' dalam fatwa-fatwa komersial seperti apa dilakukan Harussani itu.

Sebaliknya atas perbuatan Harusaani itu menampakkan yang beliau tidak siuman lagi dalam membuat fatwa atau pandangan yang adil dan saksama sesuai dengan kedudukan sebagai mufti. Pandangan dan teguran Harussani itu lebih merit membela Umno. Saya nak sebut juga disini takut Harussani sudah alpa bahawa Umno bukan agama jauh sekali ia adalah al-deen dinul hayat. Manakala tahu takut ke belakangan ini Harussani sudah menganggap Umno itu adalah sebuah agama bernama Islam maka ia perlu dipertahankan atas keyakinan mati dalam membela Umno mati syahid.


Read More...

18 December 2012

Umno Arah Harussani Main Isu Kafir Tanda PRU Makin Hampir

Hari ini satu alamat besar telah muncul tentang berlaku pembubaran parlimen.Jika dalam agama islam selalu kita belajar tentang alamat kecil atau alamat besar bila akan berlakunya kiamat .Maka hari ini tanda tanda besar berlakunya pembubaran parlimen telah muncul.

Hari ini saya terkejut bila tiba tiba dua mufti membuka balik cerita lapuk dimana dua orang mufti iaitu Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh telah menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.


Pelik saya memikirkan kenapa isu amanat Haji Hadi tiba tiba boleh muncul tak kala semua orang sudah melupakan tentang amanat ini. Kedatangan dua mufti berjumpa dengan Ketua Penerangan Umno Dato Ahmad Maslan di PWTC pun menjadi tanda tanya dan misteri? seperti ada sesuatu agenda yang tersembunyi.

Cukup menghairankan apa pasai amanat Haji Hadi yang berusia 31 tahun ini dihidupkan kembali ? Saya yakin semua orang terutama generasi baru telah melupakan amanat ini dan tak mengambil kisah pun tentang amanat ini .Tetapi hari ini isu ini sengaja ditimbulkan kembali melalui Mufti seolah olah ada satu agenda yang tersembunyi yang cuba di bangkitkan oleh Umno dengan memperkudakan kedua dua mufti.

Terus terang dengan tanpa berselindung saya mengatakan Mufti Perak ini cakap tak serupa bikin. Baru semalam ada terbaca satu didalam satu akhbar[gambar] konun beliau tidak cenderung dengan mana mana parti politik atau badan NGO.

Tetapi hari ini beliau dengan egonya melangkah ke PWTC berjumpa dengan ketua Penerangan Umno untuk bercakap pasai Amanat yang sudah basi isunya .Kenapa dia menjadi jurucakap Umno sedang mulutnya berkata tidak mahu bersekongkol dengan mana mana parti politik. Pelik pelik !! saya memikirkan bila mana mufti ini duduk semeja bersama Ketua penerangan Umno di PWTC bercakap dan menyerang Haji Hadi atau Pas.

"Selagi seseorang Islam itu mengucap dua kalimah syahadah, melaksanakan amalan, bagaimana boleh dikatakan kafir. "Itu hanya pendapat melulu dan tidak berasas," kata Mufti Perak.

Sebagai seorang yang berilmu adakah dia lupa tentang perkara perkara yang boleh membatalkan syahadah? Saya tak kata Umno ...tapi untuk semua yang bergama islam kena tau apakah perbuatan atau tingkah laku yang boleh membawa tergelincirnya akidah manusia.

Sebenarnya, dalam ucapan Haji Hadi di Banggol Peradong, Kuala Terenggan pada 1981 yang dimomokkan sebagai amanat oleh UMNO, Haji Hadi hanya tolong menyampaikan maksud beberapa Ayat al-Quran, antaranya Ayat 44 - 49 daripada Surah al-Maidah yang membawa maksud bahawa "Barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu kafir (44), zalim (45), fasiq (47).

Oleh sebab kerajaan UMNO tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, tetapi berhukum dengan hukum yang direka cipta oleh manusia [sekular], maka UMNO yang terasa pedasnya akibat sindiran dari ayat itu.

Kesimpulannya, bukan Haji Hadi yang mengkafirkan UMNO, tetapi Haji Hadi hanya menyampaikan mesej al-Quran.Dengan kata lain, Ayat ayat Allah SWT yang mengecap manusia itu sama ada kafir atau zalim atau paling minimum, fasiq.

Maka isunya disini kenapa Umno terdesak memangggil kedua orang mufti ini ke PWTC hanya untuk bercakap dan menghidupkan kembali tentang AMANAT HAJI HADI ?tak lain tak bukan hanya untuk menjadi senjata pilihan raya untuk Umno.

Saya jamin media talibarut Umno akan memainkan isu AMANAT HAJI Hadi yang telah di lontak oleh dua mufti ini semaksimun yang boleh mulai dari hari ini sehingga ke tarikh mengundi.

Umno sebenarnya ketandusan isu untuk menyerang Pas maka Amanat ini di hidupkan kembali untuk dimomokkan kepada pengundi melayu - batuvskayu


Read More...

Mufti jangan mengada-ada..

SHAH ALAM - Semua mufti diingat untuk tidak masuk campur dalam hal berkaitan politik tanah air jika tidak tahu sejarah perkembangan sesebuah parti politik itu, kata Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang pernah dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.


Menurut Harun, Abdul Hadi tidak perlu menarik balik kenyataan yang pernah dibuat itu kerana apa yang dikatakan itu berpunca daripada kepimpinan Umno terdahulu.

“Kita (Pas) akui ucapan itu pernah dibuat dan beliau (Abdul Hadi) tidak perlu tarik balik. Harussani perlu ingat sejarah. Perlu ingat isu debat yang dibatalkan Umno semasa kepimpinan Mahathir ( Tun Dr Mahathir Mohamad).

“Kalau mufti tidak tahu sejarah politik, jangan campur tangan. Mufti perlu tutup mulut,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurut Harussani, tidak mudah untuk meletakkan orang itu kafir dan, perkara itu sudah pun dijelaskan yang mana ia bukan masalah parti.

Manakala, Wan Zahidi berkata, amanat tersebut tidak berbahaya kepada Umno sebaliknya kepada diri Hadi sendiri.

Amanat Abdul Hadi merujuk kepada suatu sedutan ceramah umum yang disampaikan oleh beliau di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

Ucapan Abdul Hadi telah dicetak dalam bentuk poster dan ditampal di dinding markas Pas sekitar tahun itu.


Read More...

16 December 2012

Harussani Kutuk Pas Lagi..

KUALA LUMPUR 15 Dis. - Perpaduan antara UMNO dan Pas dapat memperkembang serta memartabatkan perjuangan Islam di negara ini seterusnya memperkuatkan wadah politik masyarakat Melayu.

Sehubungan itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, masyarakat Melayu terutama daripada kedua-dua parti tersebut tidak boleh terlalu taksub dengan ideologi politik masing-masing sehingga merugikan Islam.

Lebih menyedihkan, kata beliau, terdapat kecenderungan parti terbabit menuduh pemimpin serta ahli parti berlawanan sebagai kafir hanya kerana berbeza ideologi politik.


"Pernah dalam majlis kenduri yang saya hadiri, mereka membuang dua besen ayam atas alasan haram kerana disembelih ahli UMNO, sedangkan sembelihan Kristian dan Yahudi (ahli kitab) pun halal, apatah lagi ahli UMNO yang mengucap dua kalimah syahadah.

"Pas dan UMNO, kedua-duanya cakap mempertahankan Islam, masing-masing bertelagah, saya seronok kalau dua kumpulan itu bergerak mengembangkan Islam kerana usaha itu pasti berjaya," katanya.

Beliau berucap merasmikan Persidangan Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Ketiga di sini hari ini.

Menurut Harussani, perpecahan kedua-dua parti itu disebabkan pemimpin dan ahli masing-masing terlalu taksub dalam memperjuangkan ideologi mereka.

Menurut beliau, perbezaan ideologi seharusnya membawa kepada kemajuan serta perkembangan Islam dan bukannya kehancuran.

"Melayu jangan taksub dengan parti, biarlah dua parti, namun percanggahan fikiran (seharusnya) akan membawa kemajuan dan jangan sesekali lupa matlamat kita adalah Islam," tegasnya.

Harussani sebelum itu menerima Anugerah Bintang Perkasa daripada Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali atas sumbangan serta ketokohan dalam memperjuangkan Islam selama ini.


Read More...

15 December 2012

Harussani Terima Anugerah 'Bintang Tertinggi Perkasa'

KUALA LUMPUR 15 Dis - Kira-kira 7000 orang membanjiri Taman Tasik Titiwangsa di ibu negara pagi tadi bagi menghadiri Majlis Perasmian Perhimpunan Tahunan Pribumi (PERKASA) Negara bagi kali ke-3.

Presiden Perkasa, Datuk Paduka Ibrahim Ali dalam ucapannya melahirkan rasa terharunya dengan kehadiran dan sokongan daripada para perwakilan seluruh negara.

"Semangat daya juang yang begitu tinggi. Saya terharu dengan hadirin," katanya lantas melakukan 'tunduk hormat' sebanyak 3 kali.



Perhimpunan PERKASA tahun ini membawakan tema, 'Hapuskan Petualang Negara'.

Menurut Ibrahim, ada pihak yang terus mempertikaikan agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini. Malah, institusi Raja-Raja Melayu turut diperlekehkan.

Oleh yang demikian, beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas menyeru kepada seluruh ahli Perkasa agar memandang serius perkara-perkara yang melibatkan Agama, Bangsa dan Negara.

"Perkasa pertahan secara inklusif fasa 153 perlembagaan. Hak kerakyatan jika ada yang mempersoalkannya, Perkasa turut tentang.Ada pihak yang mahu cuba menyamakan Islam dengan agama lain. Ditambah dengan isu LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, Transeksual),

Ini berlaku kerana Melayu berpecah-belah. Melayu sudah 'layu' dan lemah.Tetapi masih ada Melayu yang berani, semangat juang yang tinggi iaitu pejuang-pejuang
Perkasa seluruh negara,"tegas beliau.

Turut hadir, bekas Ketua Polis Negara yang juga merupakan pemegang tokoh Pahlawan Perkasa tahun lalu, Tan Sri Rahim Noor, bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali serta Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) Senator Datuk Solaimalai Nallakaruppan

Dalam majlis yang sama, Perkasa turut menganugerahkan 'Bintang Tertinggi Perkasa' kepada Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria, iaitu bintang paling atas dalam perlembagaan pertubuhan tersebut berdasarkan ketokohan dalam bidang agama dan menjadi individu keempat menerima anugerah itu.

Sebelum ini, Perkasa telah menganugerahkan beberapa lagi tokoh negara antaranya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor dan Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Arshad Ayub.

Perhimpunan Tahunan Perkasa kali ini turut membawa usul dalam kerangka satu resolusi iaitu, Perpaduan Bangsa, Kebebasan Beragama, Pluralisme, LGBT/ Liberalisme dan Faham Serba-Boleh, Pelan Tindakan Pendidikan Negara, Ekonomi, Isu Gaza dan Jenayah Perang, Campurtangan Kuasa Asing, Perkara 153 dan 87 Perlembagaan Negara serta termasuk Kestabilan Politik, Keselamatan dan Kesejahteraan Rakyat.


Read More...

09 June 2012

Nik Aziz kecam Harussani

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan parti itu mahu mendapat kemenangan dalam pilihan raya sebagai matlamat untuk menguasai kerajaan sekali gus membina kerajaan Islam.

Sambil mengecam kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Nik Aziz berkata, tiada jalan lain bagi sesebuah kumpulan untuk mendapat kuasa melainkan kemenangan dalam pilihan raya.

"Kepada yang kata Pas nak kerusi, saya kata ya, saya nak kerusi, bahkan meja pun saya nak juga kerana jika tidak ada kerusi tidak boleh buat kerajaan, kalau tidak ada kerajaan, maka Islam tidak boleh berjalan, demokrasi pun tidak boleh,” katanya, semalam.


Sebelum ini, Harussani mendakwa Pas sebuah parti yang hanya mahu merebut ‘kerusi’ dalam pilihan raya dan tidak menghiraukan masa depan agama Islam dan bangsa Melayu kecuali kedudukan dan kepentingan politik semata-mata.

Dalam pada itu, Nik Aziz turut mempersoalkan kenyataan Harussani yang mendakwanya seorang yang keras hati kerana menolak muzakarah antara Umno dengan Pas.

"Apa yang saya lakukan itu adalah istiqamah, bukannya keras hati,” katanya.

Dalam pada itu, Nik Aziz turut nafi pernah ‘menjanjikan’ syurga kepada pengundi yang memilih Pas, sebaliknya beliau menjelaskan mereka yang undi Pas mendapat pahala.

- Sinar Harian


Read More...

06 June 2012

Video - Harussani Larang Takbir.. Takbir Untuk Raya Sahaja..


Read More...

01 June 2012

Harussani Yang Miang Dan Gatal Mulut

Saya nak perbetul fahaman Harussani’

KOTA BHARU: “Saya nak perbetul fahaman Mufti. Orang tua itu (Harussani), miang (gatal mulut) selalu serang saya tak pasal-pasal,” kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang berang terhadap kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, apabila menyifatkan beliau sebagai keras hati dengan mengenakan pelbagai syarat untuk mengadakan muzakarah antara Umno dan Pas.

Nik Aziz yang ‘naik angin’ dengan perkara itu menjelaskan bahawa beliau hanya bersifat istiqamah atau berpegang teguh kepada akidah Islam dengan mempertahan tindakannya dalam isu muzakarah, baru-baru ini.


“Saya nak beritahu bahawa keras hati lain, istiqamah lain. Apa yang kami (Pas) buat ini ialah istiqamah dan keras hati maknanya degil.

“Yang kedua, semakin ramai orang dalam Pas berpelajaran dan alim daripada Mufti Perak itu sendiri. Kami bukan ada doktor fizikal saja, kita ada doktor falsafah yang buat kajian dan bincang,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat exco negeri, di sini, semalam.

Kelmarin, Harussani dalam kenyataannya berkata, beliau bersedia menjadi orang tengah demi memastikan muzakarah Umno dan Pas untuk perpaduan Melayu dan Islam menjadi kenyataan.

Beliau menyebut jika Nik Aziz bersikap keras hati, perkara itu sukar dilakukan dan hakikatnya sekarang, Pas tidak boleh dibawa berunding. -hm

Nik Aziz: Mufti boleh jadi perantara, tapi bukan serang

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya bijak menangani isu perpaduan serta pandai menjaga sempadan dengan tidak mencerobohi urusan orang lain.


Beliau berkata, mufti boleh menjadi orang tengah dalam sebarang usaha perpaduan asalkan tidak menyerang sebelah pihak sahaja.


“Mana mungkin menjadi orang tengah jika sekilas percakapan yang terungkap, orang dah tahu kita di sebelah mana. Islam memang mengajar umatnya hidup bersatu padu tapi mesti ingat, tiada asas kekuatan untuk bersatu kalau semata-mata atas nama bangsa Melayu.


"Pas amat menyokong sebarang usaha perpaduan umat, namun ia semestinya berlaku atas landasan Islam.


“Mana-mana pihak khususnya orang agama seumpama mufti bolehlah beritahu kepada pemimpin Umno agar menukar dasar partinya dan pentadbiran kerajaannya kepada Islam," kata beliau.


Selain itu kata Nik Aziz: "Begitu juga harus dipersoalkan kenapa Umno boleh menerima kebangsaan dan menolak perjuangan politik Islam?"


"Ada baiknya persoalan ini juga ditanyakan kepada mana-mana ahli Majlis Fatwa Mesir. Jangan sekadar menanyakan isu mengundi parti masuk syurga,” kata beliau.


Beliau berkata demikian ketika memberi respons kepada kenyataan Harussani kelmarin.


Katanya, membuat ulasan lalu membenarkan pihak media massa mengaitkan nama individu sepertinya, bukanlah satu akhlak terpuji dan amat malang apabila akhlak itu menjadi 'pakaian' seorang mufti. -SH



Read More...

30 May 2012

Antara Kecewa Harussani Dengan Kecewa Anak Muda


Kalau Mufti nak tahu, kami lagi kecewa dgn Tok Mufti yg hanya sibuk nak selamatkan UMNO tapi membisu bila hal kemungkaran dan maksiat melibatkan UMNO berlaku depan mata...

Hingga hari ini pun Tok Mufti tak komen Himpunan Belia UMNO yang jelas banyak "kemungkaran" depan mata.

Macam mana PAS nak bersatu dengan UMNO kalau UMNO itu sendiri "Menghalalkan Yang Haram"....

Berjuanglah Demi ISLAM dan bukannya demi UMNO... Alahai....

Kredit photo kpd: https://www.facebook.com/boikotutusan

Read More...

19 May 2012

Inilah Sebabnya Harussani Benci Sangat Dengan Pas

“Tuduhan tok guru Nik Aziz bahawa saya campur politik . . .ia tidak betul, saya selama ini tidak mencampuri mana-mana parti poliltik”.

“Bahkan dari awal sejarahnya bapa saya semua ahli UMNO. Tapi apabila tertubuh PAS dan PAS kemudian keluar daripada UMNO, semua masuk Pas.. tapi PAS waktu itu lebih bertujuan kepada dakwah.

“Yang kedua yang paling menyayat hati saya ialah abang ipar saya seorang ahli PAS dan dia seorang peniaga kedai runcit di tempatnya tu di Kedah jugak..yang datang membeli banyak orang PAS dan orang UMNO pun ada.


“Kebetulan satu ketika seorang ketua UMNO di kampong itu meninggal dunia,.jadi abang ipar saya datang menziarah dan kerana itu saja dia dipecat daripada parti dan dipecat dari ahli khairat kematian,” katanya.

Kerana insiden tadi Harussani menjelaskan abang iparnya diboikot sehingga tutup kedai dan kembali memotong getah semula “..sampai begitu mereka buat dia..jadi dia datang jumpa saya . . .tapi saya kata sabarlah orang begini tak boleh buat apa.

Dipetik dari blog pencacai



Read More...

15 May 2012

Memang Tebal Dan Karat Umno Dalam Diri Harussani

SHAH ALAM – Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya bersedia bermuzakarah dengan Pas berhubung isu kepentingan Islam dan Melayu.

Bagaimanapun, beliau meletakkan garis panduan supaya sesi muzakarah itu mencapai objektif dalam usaha menegakkan syiar Islam.

“Topik yang hendak dibincangkan perlu jelas dan ada hala tuju, moderator kena adil dan tidak ada kecenderungan untuk dipengaruhi mana-mana pihak, tempat untuk muzakarah yang dipilih hendaklah dipersetujui bersama serta mesti menjaga adab dan etika,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Beliau menegaskan perbincangan mesti dilaksanakan dengan ilmiah, bukan secara emosi dan sanggup menerima kebenaran yang berasaskan kepada al-Quran dan Sunnah, selari dengan petunjuk Nabi Muhammad SAW dan sahabat baginda.

“Perbincangan dilakukan adalah untuk menegakkan Islam, bukan untuk agenda parti atau tokoh tertentu dan kita tidak mahu perbincangan itu tidak memberi manfaat,” katanya.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman pula menyifatkan perbincangan sesama Islam satu perkara baik bagi kekuatan dan kepentingan ummah.

Sehubungan itu, beliau menyarankan muzakarah itu wajar diadakan bersama Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kerana ia lebih telus, memandangkan ia tidak cenderung kepada mana-mana pihak.

“Saya dapat tahu muzakarah ini cadangan daripada Pas sendiri dan mereka ada suarakan hasrat bagi berjumpa dengan saya berhubung muzakarah ini. Saya sambut baik perkara ini, tetapi perlu tengok kepada keadaan dan tarikh yang sesuai,” katanya.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pula berkata, beliau rasa tidak perlu beliau bermuzakarah dengan Pas kerana kini jelas tindakan Pas telah lari daripada perjuangan asal.

“Cuba kita tengok, Himpunan Sejuta Umat untuk selamatkan akidah umat Islam, Pas halang orang-orang mereka untuk terlibat sama.

“Saya rasa, saya tidak payah bermuzakarah dengan mereka, terpulang kalau ada orang Umno atau sesiapa sahaja mahu bermuzakarah dengan mereka,” katanya.

Sinar Harian


Read More...

14 May 2012

Dendam Harussani Pada Pas Tak Pernah Padam

Tuan Guru Nik Aziz gesa Harussani tidak campurtangan urusan politik

KUALA LUMPUR, 14 Mei — Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nuk Mat menggesa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria agar tidak mencampuri urusan politik jika mengambil pendekatan serong terhadap pendirian dan matlamat perjuangan parti Islam yang diterajuinya.

Menteri Besar Kelantan itu juga menegaskan Harussani perlu berfikir secara rasional dan waras dan melihat kepada kebenaran.

Dalam laman sosial Facebook miliknya, Nik Aziz (gambar) berkata, “mufti sebaiknya tak payah masuk campur soal parti politik lah kalau begitu serong terhadap PAS. Bila nak nilai dasar dan perjuangan parti Islam seperti PAS, kena baca sejarahnya.


Kerana asal tertubuhnya PAS adalah terlibat sama ‘orang Umno’ yang melihat Umno tak mampu berjuang Islam.”

Harussani sebelum ini berkata perjuangan PAS kini sudah menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakan agama Islam demi kuasa dan kerusi politik.

Dipetik Berita Harian Online, beliau bersedia mencadangkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan supaya mempertimbangkan saranan diadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran parti itu menggunakan perkataan Islam dalam nama parti.

“Perjuangan parti itu semakin jauh menyeleweng daripada matlamat asal untuk menegakkan Islam yang direncanakan sejak lebih enam dekad lalu,” katanya yang juga ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.

Menurut Nik Aziz lagi, Harussani tidak memahami matlamat penubuhan dan perjuanagan PAS.

“Nampak sangat mufti tu tak baca sejarah,” katanya lagi.

Status dari Facebook milik Nik Aziz itu telah mendapat respon dan komen balasan dari 236 individu dengan 2,918 individu “suka” terhadap status tersebut.

Tambah pemimpin veteran PAS ini lagi, mufti Perlis itu juga perlu memahami kitab karya Ketua Majlis Ulama Sedunia, Dr Yusof Al-Qaradawi yang menyokong demonstrasi di Dataran Tahrir, Mesir walaupun mufti negara tersebut menentang penganjuran demonstrasi tersebut.

“Kemudian baca jugalah kitab Dr Yusof Al-Qaradawi, Ketua Majlis Ulamak Sedunia yang sering memberi pandangan menguntungkan perjuangan Islam.

“Sebagaimana perhimpunan rakyat Mesir di Medan Tahrir, Dr. Yusof Qaradawi menyokongnya bagi memerangi kemungkaran kerajaan walaupun ia ditentang oleh mufti Mesir sendiri,” tegasnya.

Justeru, beliau menuntut agar Harussani “berfikirlah dengan kebenaran bukan kewarasan tanpa kebenaran.”

Harussani dilihat mengeluarkan kenyataan tersebut ketika mengulas saranan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan muzakarah untuk membincangkan kewajaran PAS menggunakan perkataan Islam pada nama parti itu.

Beliau turut menggesa ahli dan penyokong fanatik dan taksub PAS agar segera kembali kepada ajaran Islam sebenar dan berfikiran waras.

“Gunakan akal yang dianugerahkan Allah untuk berfikir... sama-sama memahami isi kandungan al-Quran, jangan hanya tahu mengutuk. Banyak sangat PAS menyalahgunakan Islam untuk kepentingan politik demi mendapatkan kuasa, pengaruh, kedudukan dan kerusi,” katanya.

Beliau juga melahirkan kebimbangan dengan perpecahan umat Islam kerana sifat dengki, tamak, mengejar pangkat dan kedudukan di kalangan pemimpin parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam.

Mengulas keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan umat Islam menyertai perhimpunan Bersih 3.0, Harussani berkata, ia tidak dibuat sebelah mata seperti yang didakwa pemimpin pembangkang, termasuk Nik Aziz.

Sebaliknya, keputusan itu dicapai selepas perhimpunan Bersih 3.0 tidak lagi bersih kerana menceroboh kawasan larangan, selain mendatangkan kekacauan dan kecederaan kepada pihak berkuasa dan orang awam./~TMI



Read More...

12 April 2012

Panas - Anak Harussani Bersama Di Ceramah Pas



Peribahasa Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi,yang bermaksud..macam mana bapa macam itulah anak,tidak boleh digunakan dalam perjuangan menegakkan agama Allah apabila Anak kepada Mufti Umno Perak (Dato' Harussani) berbaju coklat dan berketayap putih turut bersama YB Salehudin Ayub semasa ceramah Pas di Taman Soon Choon Ipoh...Peribahasa yang masih kekal sampai bila-bila ialah "Melayu Bangang Umno Menangggg.."dan "Dimana Umno Kuat disitu Banyak Maksiat"

Sumber - http://karatijau.blogspot.com/2012/04/siapa-anak-mufti-umno-bersama-ceramah.html


Read More...

24 February 2012

Bila pula Sultan jadi bayangan Allah?

Minggu ini saya kembali ke Oxford, United Kingdom setelah beberapa minggu berada di Malaysia. Di samping menyambut kedatangan ‘puteri baru’, banyak juga aktiviti yang sempat saya sertai.

Bahang pilihan raya semakin kuat sehingga segala perkara berbau politik. Semasa seminar Islam dan Eropah di Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS), baru-baru ini, pengarahnya Dr Farhan Nizami bersembang dengan kami. Beliau memberi pandangannya tentang Malaysia.

Katanya, betapa beliau tidak menyangka bahawa bangsa Melayu yang kelihatan sopan santun itu apabila tiba kepada bab politik, mereka berpolitik habis-habisan. Saya senyum sahaja mendengar ulasannya.




Seterusnya di sini

Read More...

22 February 2012

Betul ke Nabi saw suruh pertahankan bangsa, kaum dan raja?

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini menyokong usaha untuk memperjuangkan Islam seperti yang dipromosikan pertubuhan pro-Melayu JATI yang disifatkannya sebagai satu jihad kepada orang Islam.


Katanya jihad itu diwajibkan ke atas orang Islam, apatah lagi apabila serangan ke atas Islam kini "begitu hebat sehingga ramai di kalangan orang Islam menjadi murtad."


"Wajib kita pertahankan akidah kita daripada serangan ejekan atau diperhina. Namun hari ini kita lihat agama kita tidak diambil berat oleh orang Islam sendiri, malah ada yang mempertahankan perbuatan itu," katanya lagi.

Tambahnya, orang Islam juga wajib mempertahankan Raja-raja Melayu memandangkan golongan itulah yang mula-mula sekali menerima Islam di negara ini.
"Maka raja tidak boleh terpisah dengan kita," katanya lagi dalam ucapannya di majlis perasmian penubuhan NGO tersebut di Shah Alam hari ini.

Tambahnya, perjuangan untuk mempertahankan raja juga dianjurkan oleh Nabi Muhammad melalui sabda baginda bahawa "raja itu adalah bayang Allah di bumi ini."

"Jadi kita pertahankan kerana itu disebut oleh Rasulullah. Bukan dalam satu riwayat saja tapi banyak riwayat," tambahnya. -MKINI-

Sekali lagi nama Nabi saw dipetik dan dipermain2kan dalam isu neh. Senang nya berhujah. Sikit2 guna nama Nabi saw. Sikit2 guna Nabi saw. Langsung tak rasa kasih ka malu ka takut ka apa.. main petik jek tak fikir akibat dan kesan negatifnya di kemudian hari.

Lihat atas neh ;

Mufti kata ;

1. Perjuangan jati = satu jihad. Sebenarnya aku cenderung tidak percaya syaitan ada logo. Malahan aku tak percaya langsung pun. Aku tahu logo tue ciptaan orang dan sengaja di promosikan sebagai satu bentuk logo yang membawa imej syaitan dan sebagainya. Lebih kurang satu simbol geng2 yang mengiktirafkan syaitan and the geng lah. Ia bukan logo syaitan tetapi ia logo kumpulan pro syaitan. Lebih kurang gitu.

So sepatutnya jati, peka lah sikit. Nak cipta logo pun.. biarlah realistik dan takde kena mengena dengan pertubuhan2 macam neh. Usah kata kreatif, inovatif pun failed. Kalau tak reti reka logo kot ye pun check dulu sumber logo tue apa.

Ia ada kaitan dengan pertubuhan apa2 ka dan etc. Jangan main cedok dan balon kemudian jadikan ia logo sendiri. Nanti dipertikaikan reti pula marah. Aku tak pertikaikan logo tue logo syaitan. Jangan salah faham sebab aku tak percaya seme benda neh. Aku cuma nak bagitau betapa takde daya saing nya pereka cipta logo jati tue ajek. Copy paste sangat.

2. Wajib pertahankan akidah daripada di ejek? Aku taktahu macam mana tapi kenyataan neh agak kurang tepat. Akidah sekarang neh di ejek bukan kerana orang suka2 datang dan ejek booo akidah umat islam booo sama dia. Tak betul tue. Akidah umat islam diperlekehkan sebab kata pemuda umno buku seks kanak2 harus diharamkan namun dalam masa yang sama mangga playboy melayu terbitan utusan milik umno dibiarkan berleluasa. Seks kanak2 dalam bentuk kartun. Tapi dalam majalah mangga ia gambar realiti, betul2 punya. Seme terjojol keluar. Yang duduk dalam kolam mandi ada, yang pakai nampak tut ada, yang lelaki tayang badan pun ada. Itu bukan akidah umat islam kah?

Bagi menanggani permasalahan macam neh adalah amat wajar untuk umat islam belajar cermin diri sendiri terlebih dahulu. Kita jangan jadi hipokrit. Salah orang kita nampak tapi salah diri sendiri kita buat2 buta. Ini tidak betul. Seseorang yang murtad ia bukan semudah abc. Hari neh ko penganut islam esok ko murtad. Tidak.

Ia perlukan proses. Antara penyumbang kepada proses2 itu ialah bilamana dakwah islam disukarkan dan dakyah agama lain di longgarkan. Proses untuk mengenali Allah swt dan islam dilakukan dalam keadaan yang terpilih dan tidak menyeluruh sebab perlu menjaga ahti pemimpin dan kerajaan manakala proses untuk melakukan dosa diberikan ruang dan peluang yang melimpah ruah. Kena faham masalah sebenar baru boleh tahu punca. Bila dah tahu punca baru boleh overcome.

3. Bab raja. Bab neh bab yang sangat sensitif. Salah cakap ke dalam lah ko tak pasal2. Bagi aku dalam isu neh mudah sahaja. Seseorang yang menerima islam bukan takat kena terima je, sebaliknya kena amal sekali. Kalau setakat terima kawan2 aku yang bukan beragama islam pun terima islam neh. Terima islam atas dasar hormat kepelbagaian agama di malaysia neh.

Lagi satu kita neh manusia biasa jek. Bukan lah tanggungjawab untuk melindungi raja2. Aku tak naik kereta mewah or tinggal di rumah mewah pun. Aku tak pun takde dapat elaun2 khas tiap2 bulan. Siapa aku yang pertahankan raja? Aku tak mampu. Aku orang biasa yang nak pertahankan diri sendiri pun kadang2 tak lalu. Sekarang siapa yang kena pertahankan siapa? Aku minta maaf banyak2 jika ia datang ke soal neh aku adalah insan biasa. Aku tak mampu nak pertahankan raja. Orang2 macam aku neh bergelut untuk hidup. Aku takde masa nak fikir pertahankan orang2 kaya sedangkan aku sendiri sesak hidup dalam kesusahan.

Jadi berhentilah gunakan nama Nabi saw bagi memaksa orang2 macam aku neh pertahankan sesuatu yang aku tak layak pun nak pertahankan. Aku hidup dalam suasana yang sangat2 biasa.. orang macam aku diharapkan untuk menjadi benteng org2 yang hidup mewah? Logik lah sket Nabi saw suruh buat macam neh der.

Jangan gunakan nama Nabi saw. Jangan heret Nabi saw dalam isu macam neh. Jangan sesekali babitkan Nabi saw. Nabi saw tue Nabi saw aku dan kita seluruh umat islam. Baginda bawa utusan untuk seluruh manusia tanpa kira bangsa, anutan, status, dan warna kulit serta negara sekalipun.

Jika mahu berhujah, hujahlah. Jangan lah berhujah sampai heretkan nama Nabi saw dalam isu2 macam neh. Bukan orang islam tak kenal siapa Nabi saw tue. Umat islam kenal. Kenal sangat. Sebab tue umat islam faham sangat raja yang Nabi saw maksudkan tue raja yang bagaimana. Jadi.. tolong ber ahti2 atas tiap sesuatu yang kita sampaikan apatah lagi peranan kita neh mufti. Bukan orang yang biasa2 pun yang mana kalau melalut.. takde sapa yang nak heran. Bai.

Nota : Antara twitter dari drmaza ==> ‎@realDrMAZA: Jngn salahguna hadis; jk sultan @ raja itu kaki judi atau arak, apakah dia pun byangan Allah?

Ameno : Takde hujah Nabi saw pulak jadi mangsa.

amenoworld.blogspot.com/2012/02/betul-ke-nabi-saw-suruh-pertahankan.html#ixzz1n6t8NPRE



Read More...

21 February 2012

Harussani: Nabi anjur pertahan Raja, kaum

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini menyokong usaha untuk memperjuangkan Islam seperti yang dipromosikan pertubuhan pro-Melayu JATI yang disifatkannya sebagai satu jihad kepada orang Islam.

Katanya jihad itu diwajibkan ke atas orang Islam, apatah lagi apabila serangan ke atas Islam kini "begitu hebat sehingga ramai di kalangan orang Islam menjadi murtad."

"Wajib kita pertahankan akidah kita daripada serangan ejekan atau diperhina... Namun hari ini kita lihat agama kita tidak diambil berat oleh orang Islam sendiri, malah ada yang mempertahankan perbuatan itu," katanya lagi.


Tambahnya, orang Islam juga wajib mempertahankan Raja-raja Melayu memandangkan golongan itulah yang mula-mula sekali menerima Islam di negara ini.

"Maka Raja tidak boleh terpisah dengan kita," katanya lagi dalam ucapannya di majlis perasmian penubuhan NGO tersebut di Shah Alam hari ini.

Tambahnya, perjuangan untuk mempertahankan Raja juga dianjurkan oleh Nabi Muhammad.

Katanya, satu riwayat tersebut menyebut Nabi bersabda bahawa "raja itu adalah bayang Allah di bumi ini... Bukan dalam satu riwayat saja tapi banyak riwayat," tambahnya.

Mengulas mengenai pandangan sesetengah pihak bahawa perjuangan kaum merupakan satu sifat berpuak-puak (assabiyah), Harussani berkata Nabi Muhammad sendiri telah menyeru kepada kaum Quraisy pada waktu itu supaya mempertahankan bangsa mereka.

"Kita pertahankan bangsa kita, bukan taksub... Wajib kita pertahankan (bangsa Melayu) sebab negara ini milik orang Melayu," katanya.

Beliau turut menyebut mengenai Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - dokumen yang sering didakwa sebagai asas perjanjian kepada Raja-raja Melayu dalam pembentukan Persekutuan Malaysia.


Read More...

16 February 2012

Kopiah Harussani Ternyata Amat Lembek

Mufti Pun Bercakap Berliku-liku

Pengubahan kata-kata Mutfi Perak Harussani Zakaria berhubung kunjungan Perdan Menteri Malaysia Najib Razak ke Batu Cave tidak sangat memeningkan kepala Murai. Murai cukup faham bagaimana warna kitab-kitab yang dibaca oleh mufti itu. Mungkin rakyat di bawah sana bingung dan merasa pelik kenapa seorang Mufti booleh bercakap dua cara dan berliku-liku macam sungai Perak,- mula-mula haram kemudian halal.

Sebelum ini Harussani berkata kunjungan Najib ke batu Cave dengan memakaian baju Kurta itu sebagai mengadai akidah dan kurafat. Dia juga kesal dengan tindakan Najib itu kerana sebelum ini sudah diberi nasihat tetapi tetap juga menghadiri perayaan Thaipusam.


Alasan Harussani kerana perayaan itu membabitkan agama. Tetapi alih-alih hari ini Murai rasa nak terberak pula bila mana Tok Peti itu kata kunjungan Najib itu tidak menyalahi akidah. Alasannya kerana Najib hanya terlibat dalam sudut-sudut budaya dan bukan agama.

Justifikasi Harussani dengan pengubahsuaian kata-kata itu kononnya beliau mendapat maklumat salah tentang kunjungan Najib itu. Tetapi apabila Najib menjelaskan, ia pergi untuk merayakan buaya dan tidak terlibat dengan memikul Kavadi, barang kali, maka dihalalkan dengan tiba-tiba.

Murai tidak hendak persoal dan kesal dengan cara Najib itu. Najib memang jahil bab-bab agama berbanding dengan Harussani. Najib boleh laku lebih dari itu pun. Lagipun Najib sangat mengharapkan sokongan India setelah Cina kini sudah lebih 90 peratus tolak Umno.

Dalam agama juga orang jahil melakukan sesuatu kesalahan boleh dimaaftkan kerana kejahilannya. Tetapi kalau tok alim, apa lagi tok peti bila ikut sama menjadi pandir dan jahil sesuatu yang sangat dikesali.

Yang celakanya di sini kenapa Harussani tidak menyiasat dulu pemergian Najib itu untuk apa dan tujuan apa sebelum memberi komen. Sepatut Harussani mendapat maklumat detail sebelum memberi komen. Kalau dia mengambil sikap berhati-hati sebelum memberi kenyataan dan mengulas ia tidak akan mengelirukan. Sepatutnya Harussani menelefon dan bertanya menteri agama terlebih dahulu sebelum komen kerana dalam konteks kunjungan itu Menteri Agama lebih tinggi darjatnya dari beliau.

Apabila beliau membuat kenyataan mendahului maklumat maka itulah jadinya. Bercelaru. Kesannya ialah kepada kredibiliti beliau sebagai Mufti. Seorang Mufti perlu konsisten atau istiqamah dalam berkata-kata dan memberi hukum. Jangan sekejap begini sekejap begitu. Itu namanya Mufti kluk klik. Sebagai orang arif dan warak tidak boleh mengulum lidah dalam mulut?

Kini Murai mulai faham kenapa sesetengah orang politik marah dan berbulu hati dengan Mufti seorang ini. Dia cuba hendak menjadi guru kepada orang politik tetapi ternyata gagal. Dia nampak ikhlas hendak mempertahankan sesuatu tetapi di sebaik apa yang dipertahankan itu nampak dia juga seperti berbelit dengan tali lembu Shariuzat - politilah maksudnya.

Yang Murai hendak tanya juga apakah kunjungan Najib ke Batu Cave sebelum ini berbeza dengan kunjungannya pada hari Thaipusam dua tiga tahun lepas? Apakah bezanya. Kalau kunjungan itu atas nawatitu dan tujuan sama maka jelas kunjungan Najib itu tetap bertentangan dengan syariat Islam dan berdosa. Alasannya kalau dulu Harussani kata tidak boleh takkan dalam tahun 2012 menjelang tiba pilihan raya boleh pula?

Kalau begitu fatwa dan hukum Harussani ini bermusim dan bukan sesuatu yang rigid?

Murai berharap benar Harussani perlu waspada dengans setiap kata-katanya sebab dia Mufti. Kalaupun dia nak sokong Umno tak kisah tetapi sokongan itu biarlah sejajar dengan kedudukannya. Murai bimbang kerana terlebih kitab nanti orang akan hilang kepercayaan kepadanya. Di sini bukan bermakna Harussani kena menyokong Pas atau Pakatan tetapi berdiri lah atas jalan benar dan memahami maslahat politik.

Kalaulah Harussani berniat hendak jadi macam Nik Aziz, Murai fikir tidak salah. Umno boleh saja calonkan dia dalam pilihan raya akan datang dan lantik jadi Menteri Besar. Murai tenguk ada beberapa orang ulamak berpotensi untuk jadi MB selain, Harussani, Uthman Muhamamdy si janggut merah itu.

Elok kalau dalam pilihan raya nanti Uthman dicalonkan bertanding di mana-mana kerusi Dun di Kelantan untuk persediaan jadi MB Kelantan. Murai rasa Uthman jauh lebih alim dan warak dari Awang Adek Hussein, si bakal MB Kelantan yang tidak jadi itu. Begitu juga daripada UBN memberi laluan kepada Salentia di Pasir Mas lebih baik ambil Uthman Muhammady.

Murai: Nak jamah kopiah Harussani mana lembik berbanding kopiah Nik Aziz atau Haji Hadi.

http://msomelayu.blogspot.com/2012/02/celoteh-murai-0512.html


Read More...

Haramsani Buat U-Turn Mengejut..

Thaipusam: Najib tak langgar hukum syarak, kata Harussani

BANGI - Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini tidak menyalahi hukum syarak, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau berkata sebagai seorang pemimpin tidak salah untuk Perdana Menteri bersama-sama dengan bangsa lain dalam perkara yang berkaitan dengan adat.

"Sekiranya tiada niat untuk merayakan atau redha dengan perbuatan agama lain tidak mengapa tetapi kalau sama-sama merayakan baru tidak boleh," katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Profesionalisme Penceramah Agama Umno Bahagian Pekan 2012 oleh Perdana Menteri di sini hari ini.


Dipetik Bernama hari ini, Harussani yang hadir pada seminar itu berkata, Perdana Menteri memaklumkan kepadanya bahawa beliau hanya berada di dewan untuk menerangkan polisi kerajaan dan tidak terbabit dengan perarakan keagamaan dan tidak masuk ke dalam kuil atau dalam gua Batu Caves.

Mufti Perak itu sebelum ini dipetik sebagai berkata orang Islam yang merestui dan turut serta dalam upacara keagamaan lain melakukan perbuatan syirik.

Mengenai Najib yang memakai Kurta iaitu pakaian tradisional kaum India pada sambutan itu, beliau berkata, ia hanya budaya sahaja kerana orang Islam di India pun memakai pakaian yang sama.

Oleh yang demikian, Mufti Perak itu menasihatkan pihak yang cuba memutarbelitkan isu kehadiran Najib pada sambutan Thaipusam itu supaya menghentikannya kerana mereka membuat tuduhan tanpa usul periksa sehingga boleh menjadi fitnah.

"Masalahnya dalam keadaan sekarang orang Melayu berpecah, masing-masing mencari peluang untuk menghentam orang lain terutamanya menghentam sesama bangsa, pantang silap sikit.

"Saya harap semua orang kita (Melayu) balik pada asal, balik pada musyawarah... soal politik berbeza itu bukan menjadi masalah," katanya.

Sebaliknya, Harussani lebih kecewa dengan tindakan Pas di Perak semasa majlis sambutan Thaipusam dengan mengadakan gerai dan khemah serta mengibarkan bendera Pas seolah-olah menyokong dan redha dengan orang yang melakukan kufur. -SH

LAPORAN KENYATAAN MUFTI PERAK, HARUSSANI ZAKARIA SEBELUM INI


Najib ‘gadai akidah’ hadir upacara Thaipusam di Batu Caves, tegas Harussani

KUALA LUMPUR, 10 Feb — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.

“Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.

“Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan,” katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.

Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.

Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.

“Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan kufur yang boleh merosakkan akidah.

“Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang,” kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan. -TMI


Read More...

09 October 2011

PAS cadang lantik Harussani 'pemerhati' hudud

PAS Perak mencadangkan mufti negeri itu Tan Sri Harussani Zakaria sebagai "pemerhati" bagi pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Timbalan Ketua Pemudanya Dr Raja Ahmad Al-Hiss (kanan) berkata, cadangan itu dibuat kerana mereka amat bersetuju dengan nasihat Harussani kepada perdana menteri supaya membenarkan undang-undang itu dilaksanakan.

"Kami juga mencadangkan agar kerajaan negeri Kelantan melantik Tan Sri Harussani sebagai pemerhati bagi pelaksanaan hukum hudud tersebut.


"Malah kami yakin pandangan Tan Sri Harussani terhadap hukum hudud di Kelantan sudah tentunya ia sepertimana yang dijelaskan dalam Al-Quran itu sendiri," kata Dr Raja Ahmad yang juga naib ketua Pemuda PAS di peringkat pusat.

Harussani (bawah) pada 6 Oktober lalu dilapor menasihatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak membenarkan hudud dilaksanakan di Kelantan sebagai “percubaan” dan memberi peluang pada undang-undang yang digubal pada tahun 1993 itu.

Katanya, oleh kerana Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri sudah mengaku bersedia, beliau menyokongnya dan menasihatkan prosedur pelaksanaannya supaya lengkap.

Lagi pun, tindakan pusat melarangnya juga akan menyebabkan kemarahan orang ramai, katanya kepada sebuah portal berita.

Dalam kenyataannya hari ini, Dr Raja Ahmad berkata, pihaknya bersedia mengadakan pertemuan Harussani demi menjayakan perlaksanaan hudud.

"Malah kami tekankan sekali lagi bahawa kami sanggup bekerjasama dengan siapa sahaja asalkan untuk menjayakan perlaksanan Islam dan bukan seperti Umno yang bertarik tali dengan MCA di dalam isu Hukum Hudud ini," katanya.

Harussani sebelum ini mencetuskan kemarahan penyokong Pakatan Rakyat ekoran berusaha mewujudkan kerajaan perpaduan PAS-Umno di Perak selepas pilihan raya umum ke-12 tiga tahun lalu.



Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas