06 January 2013
Ikon 'We Love PM'.. Hehehe...
06 September 2012
Pelajar Tunjuk Punggung Dibuang Kolej
KUALA LUMPUR - Pelajar yang ditahan polis bagi membantu siasatan insiden menunjukkan punggungnya kepada gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dikenakan tindakan buang kolej.
Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics, Prof. Dr. Nazaruddin Mohamed berkata, tindakan tegas itu diambil sebaik sahaja pelajar berkenaan, Muhammad Ammar A. Rahman, 19, ditahan polis semalam.
Menurut beliau, pihak kolej memandang serius perkara itu dan tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pelajar yang terbukti terlibat dalam insiden berkenaan.
"Tindakan ini diambil berdasarkan pengakuan bertulis pelajar berkenaan dan peraturan tatatertib serta disiplin dan pihak kolej telah mengambil keputusan membuang pelajar ini daripada pengajiannya.
"Malah, keputusan ini adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak boleh dikemukakan," katanya seperti yang disiarkan menerusi Buletin Utama, TV3 malam ini.
Dalam kejadian 30 Ogos lalu, Muhammad Ammar serta beberapa individu dipercayai peserta Himpunan Janji Bersih mencemar sambutan ambang kemerdekaan dengan menghina gambar Najib dan Rosmah selain mengibar bendera selain Jalur Gemilang.
Menurut Nazaruddin, pihaknya tidak menolak kemungkinan pelajar semester tiga jurusan Diploma Multimedia Kreatif itu terpengaruh dengan pihak-pihak tidak bertanggungjawab.
"Kita dapati pelajar ini tiada sebarang masalah disiplin, akademik dan terbabit dengan aktiviti kokurikulum.
"Bagaimanapun tindakan yang dilakukan itu sedikit sebanyak mencemarkan nama baik kolej. Justeru, kita berharap kejadian ini dapat dijadikan pengajaran oleh pelajar lain," ujarnya.
13 August 2012
Profesional Muda Pas Siap Sedia Ke Putrajaya
SHAH ALAM: Sejumlah RM50,000 berjaya disumbangkan oleh para profesional muda PAS yang berhimpun dan mengikuti program ‘Xpresi Profesional Muda Ke Putrajaya’ Sabtu lepas.
Program yang bertempat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, Seksyen 7, Shah Alam itu berjaya menghimpunkan 600 orang profesional muda.
Di samping lebih 500 peserta di kalangan muslimin dan muslimat yang hadir berhimpun di Shah Alam, program penuh bersejarah ini turut diikuti oleh hampir 100 peserta di luar negara, Sabah dan Sarawak secara ‘live video-conferencing’.
Antaranya dari Dublin, Manchester, Lancaster, Dubai, Miri, Bintulu, dan Kota Kinabalu, di samping saluran ‘live audio- streaming’ yang diikuti secara langsung di lebih 50 lokasi serata dunia.
Bertemakan agenda “Maknakan Kemenangan”, program ini dilihat amat bertepatan dengan iklim politik negara semasa yang menatijahkan kesedaran dan kebangkitan rakyat, khususnya kelompok anak muda, yang mengharapkan bentuk bernegara dan bermasyarakat yang lebih baik di Malaysia.
Pemuda PAS melihat PRU-13 bakal menyaksikan pertembungan pilihanraya paling sengit dalam sejarah Malaysia, tatkala BN mahu merampas kembali majoriti 2/3 di parlimen.
Di samping lanskap politik semasa yang tidak menentu, khususnya peranan pihak media yang rancak memainkan sentimen perkauman di kalangan masyarakat, pertambahan komposisi pengundi muda yang dianggarkan mencecah 52% jika parlimen dibubarkan pada suku pertama 2013 juga memberikan makna yang besar.
Di dalam ucapan perasmian, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi menyeru seluruh profesional muda membina kepakaran demi agenda mengisi kemenangan pasca PRU-13.
Beliau merujuk kejayaan teman-teman profesional muda di kalangan Ikhwanul Muslimin berjaya memastikan peralihan kuasa di bumi Mesir pasca regim Hosni Mubarak berjalan dengan baik mengikut acuan Islam.
Ustaz Nasrudin Hassan turut mengingatkan profesional muda yang hadir bahawa PRU-13 ini bakal menjadi medan pertembungan polisi oleh setiap parti politik yang bertanding untuk mengemukakan gagasan dasar dan program yang mampu menarik sokongan pengundi.
Ia memberikan fokus kepada memperbaiki masalah sosio-ekonomi rakyat bawahan di samping kebimbangan terhadap dayatahan ekonomi negara yang menanggung beban hutang yang kian meningkat, hasil daripada pemborosan dan salah urus tadbir kewangan oleh pemimpin negara.
Justeru, golongan profesional muda perlu mempersiapkan diri dalam menggalas agenda penting ini, kata Nasrudin.
Beliau menambah, agenda pembaharuan ini, yang boleh dibahagikan kepada aspek penambahbaikan (corrective) dan penyusunan-semula (restructuring), sudah pasti menuntut kepada komitmen dan kepakaran dari semua peringkat penggubal dasar dan pelaksana polisi, khususnya di kalangan profesional muda.
Beliau turut melahirkan rasa bangga di atas penganjuran program ini, dan dengan penuh yakin menzahirkan bahawa Pemuda PAS dan Ameerah bersedia melahirkan generasi muda yang terbaik.
Berdasarkan sambutan yang di luar jangka, Pemuda PAS sudah mengatur tindakan selanjutnya hasil daripada Xpresi ini, antaranya mengemaskini kumpulan pakar (expert group) di kalangan profesional muda.
Ia bakal dibuat secara lebih sistematik, penyaluran kepakaran profesional muda untuk Pimpinan dan Ahli Parlimen PAS, serta penganjuran diskusi serta wacana polisi dalam agenda mempersiapkan anak muda mengisi dan memakna kemenangan di Putrajaya, insyaAllah.
Ekoran kejayaan mereka menyumbangkan RM500,000 untuk PAS, ia dilihat sebagai manifestasi kebersamaan profesional muda dalam menjayakan misi PAS dan Pakatan Rakyat menuju Putrajaya, seterusnya sebagai simbol kebersamaan profesional muda dalam agenda Membangun Negara Berkebajikan kelak.
Rata-rata peserta yang ditemui teruja dan berpuasa hati dengan mutu penganjuran dan pengisian Xpresi Profesional Muda ini.
Saudara Ir Nazim Khir yang merupakan jurutera bertauliah berkata, “Walaupun pendirian politik kami tidak dapat dizahirkan atas faktor amalan demokrasi yang tidak sihat di Malaysia, namun ia tidak pernah melunturkan semangat dan tekad kami untuk memberi sumbangan berdasarkan kepakaran masing-masing dalam agenda membina masyarakat dan negara yang lebih sejahtera.”
Pandangan beliau turut disokong Dr Ghazali Abdullah yang merupakan seorang pakar perubatan yang menyebut, “Program ini berjaya memberi peluang kepada profesional muda yang berjiwa besar berinteraksi secara ‘menegak’ (vertikal ) untuk meluahkan pandangan, idea dan kritikan terhadap pimpinan pemuda dan pusat, di samping ruang interaksi ‘mendatar’ (horizontal) untuk kami profesional muda ini, saling berkenalan membina jaringan (networking) dari profesion yang pelbagai.”
Di akhir Xpresi tersebut, para profesional muda melafazkan ikrar sokongan demi menjayakan misi kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU13, seterusnya berjanji untuk berperanan aktif dalam usaha mengisi dan memakna kemenangan, selaras dengan agenda membangun Negara Berkebajikan.
Tokoh-tokoh
Bersempena program ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia berbesar hati mengiktiraf sumbangan dan jasa tokoh-tokoh profesional tanahair di atas kepakaran dalam profesion yang diceburi di samping menghargai jasa dan bakti besar yang ditabur terhadap agama dan negara.
Majlis penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Tn Hj Mohamad Sabu. Anugerah – anugerah tersebut adalah:
Anugerah Tokoh Profesional Muda - dianugerahkan kepada Dr Sufyan Hassan bagi menghargai kepakaran dan jasa beliau dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan gagasan polisi negara;
Anugerah Tokoh Profesional Harapan - dianugerahkan kepada Dr Syed Khalid yang telah menempa nama dalam bidang perubatan dan sukarelawan, dalam dan luar negara.
Anugerah Tokoh Profesional Antarabangsa - dianugerahkan kepada Ir Jufri Bade di atas kejayaan beliau menempa kepakaran di bumi Eropah dan peranan beliau dalam membina komuniti rakyat Malaysia di Eropah.
Anugerah Tokoh Profesional Terbilang – dianugerahkan kepada Almarhum Tan Sri Professor Ameritus Ahmad Ibrahim di atas sumbangan besar beliau yang terpahat dalam sejarah perundangan dan dasar pentadbiran negara, di samping jasa beliau dalam bidang pendidikan dan kemasyarakatan yang tiada tandingan.
Anugerah Tokoh Profesional Tarbiah – dianugerahkan kepada Almarhum Tuan Guru Datuk Yahya Othman di atas usaha gigih dan jasa beliau yang amat besar dalam mendidik, mengasuh dan mentarbiah generasi dai’e yang bertebaran di Malaysia dan seluruh dunia
Di dalam ucapan penutup, Haji Mohamad Sabu menyeru para profesional muda, mempersiapkan diri dengan ilmu dan kepakaran dalam menjayakan misi mencapai kemenangan dalam PRU13 dan seterusnya memainkan peranan yang lebih besar dalam usaha mengisi kemenangan mengikut acuan Negara Berkebajikan.
Beliau turut memuji Pemuda PAS di atas penganjuran program yang sangat baik ini, dan melahirkan keyakinan beliau bahwa PAS mempunyai masa depan yang sangat cerah, hasil dokongan generasi muda yang punyai idealism, kepakaran dan tekad untuk membangun Negara Berkebajikan.
harakahdaily.net
01 July 2012
Himpunan Hijau Terengganu - Terbukti Anak Muda Telah Tolak Pas
Jelas sekali anak-anak muda tolak PAS dan dakap perjuangan UMNO/BN
Himpunan Hijau Peringkat Negeri Terengganu langsung tidak mendapat sambutan dikalangan anak-anak muda tempatan.
Himpunan itu gagal untuk memikat dan menambat hati dan jiwa anak-anak muda.
Program tersebut ternyata gagal.. lengang, hambar dan sunyi sepi kena boikot.
Mereka cukup yakin dengan apa yang diperkatakan oleh para pemimpin UMNO Terengganu yang PAS pembawa ajaran sesat.
Ini bukan cerita kosong.. Kalau tak caya sila lihat gambar-gambar yang dirakam semasa Program Xpresi Anak Muda Terengganu.
OOPPPSS...ADMIN DAH TERSALAH LOAD GAMBAR....INGATKAN GAMBAR-GAMBAR INI PROGRAM ANAK MUDA BERSAMA UMNO.. HEHEHE...
http://omakkau.blogspot.com/2012/07/bukti-bergambar-anak-anak-muda-tolak.html
30 May 2012
Komen Ulama Umno Tentang Hari Belia Anjuran Umno
Bertemakan ‘Hari Ini Lebih Baik Berbanding Hari Esok’, 500 aktiviti yang membabitkan 38 segmen dengan 1,000 persembahan diadakan sejak Rabu lalu, memperlihatkan kerajaan lebih ghairah menghidangkan elemen hiburan berbanding kerohanian.
Aktiviti hiburan seperti tarian dan nyanyian juga bertentangan dengan konsep wasatiyyah yang dicanang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Adakah penganjuran seperti ini menjadi kebanggaan kerajaan walaupun Himpunan Jutaan Belia tahun ini ‘tercemar’ apabila satu kemalangan berlaku ketika acara perlumbaan drag di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 pada Sabtu.
Dipetik dari - http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/05/najib-habiskan-rm20juta-untuk-himpunan.html
Panas: Video "Disko Hari Belia Negara" Tersebar
[Apa sudah jadi dengan UMNO agaknya. Ke mana arah dan hala tuju belia yang mahu dibawa oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak?. Ternyata, Himpunan 2 Juta Beliau sempena Hari Beliau Negara 2012 di Bukit Jalil baru-baru ini lebih dasyat daripada apa yang telah kita gambarkan. Video panas berkenaan "disko hari belia" yang tersebar ini membuktikan dengan jelas kepada kita bahawa kerajaan UMNO BN yang ada sekarang sengaja mahu menjauhkan anak-anak muda dari agama. Mereka sengaja mengadakan program maksiat yang menjurus ke arah pergaulan bebas lelaki perempuan yang sungguh membimbangkan. Hiburan dikatakan untuk mendidik rohani para belia, maka program agama bersama Ustaz Azhar Idrus terpaksa dibatalkan untuk digantikan dengan hiburan demi hiburan. Lebih teruk lagi apabila kumpulan K-Pop yang menampilkan gaya seksi itu juga diundang untuk membuat persembahan. Tidak cukup dengan itu turut diadakan Battle Of The Band serta lain-lain acara hiburan yang cukup melalaikan. Dengan terdedahnya video ini, maka terbukti kini UMNO BN memang mahu menjauhkan diri anak-anak muda daripada agama Islam. Justeru, apakah kita rela membenarkan anak-anak kita hidup di dalam dunia khayalan seperti ini?].
Dipetik dari - Pahang Daily
Antara Kecewa Harussani Dengan Kecewa Anak Muda
Kalau Mufti nak tahu, kami lagi kecewa dgn Tok Mufti yg hanya sibuk nak selamatkan UMNO tapi membisu bila hal kemungkaran dan maksiat melibatkan UMNO berlaku depan mata...
Hingga hari ini pun Tok Mufti tak komen Himpunan Belia UMNO yang jelas banyak "kemungkaran" depan mata.
Macam mana PAS nak bersatu dengan UMNO kalau UMNO itu sendiri "Menghalalkan Yang Haram"....
Berjuanglah Demi ISLAM dan bukannya demi UMNO... Alahai....
Kredit photo kpd: https://www.facebook.com/boikotutusan
29 May 2012
Gaji RM300,000 Sebulan ?
JIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000.
Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.
Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.
Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.
"Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.
Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.
Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu.
27 May 2012
14 April 2012
Umno Perak Upah Budak Sekolah RM10 Untuk Program Syok Sendiri
Selepas saya dedahkan arahan PPD Kinta keatas 58 guru sekolah menengah yang dipaksa datang ke majlis Umno/BN di kediaman Menteri Besor Kunta Kinta tu.Rupa-rupanya terdapat 80 buah bas mengangkut murid-murid sekolah ke majlis yang sama.
Apa kena mengena budak-budak sekolah tu dengan projek orang muda Umno/BN itu? Bila ditanyakan kat budak-budak tu, masing-masing kata dapat RM10/-, kami datanglah!
Ya lah! Akal budak! Deme bukan kisah apa ke bendanya.Dapat RM10/ tu banyak bagi mereka; dah boleh beli sekotak rokok! Dah boleh duduk kat cyber-cafe berjam-jam.
Tentu ikut Najib yang pakai rantai tu!
Khairul Azuan.Umno/BN gunakan
kanak-kanak sekolah!
mengangkut budak sekolah
Banyak pakai duit tu...budak-budak yang diangkut dengan 80 bas sahaja sudah 3200 orang.Itu pun kalau ikut muatan biasa - mungkin juga mereka duduk bertiga-tiga dalam bas!
Itu belum lagi dikira yang datang sendiri dengan motor atau kereta.Maklumlah budak bandar. baru bersekolah pun sudah ada yang gi sekolah dengan kereta sendiri.
Jom kita congak-congak setail akauntan kampung - ambil sajalah jumlah kasar 3200 orang budak saja.
Kalau bayar RM10/- sorang dah berapa? Bayar makcik katering untuk makan minum mereka? paling koman Rm15/- satu kepala. Bayar sewa 80 buah bas tu entah berapalah pula.
Jangan lupa kos baju percuma itu .Kurang-kurang RM20/-. Ha! ha! itu semua belum lagi harga yang dimark-up. Biasalah projek Umno/BN - beli laptop harga biasa RM3,845, tapi depa tutoh sampai RM11,845! Semua projek songlap duit rakyat.
Sumber - Al-Husseyn
10 April 2012
PTPTN - Kerajaan BN Bebankan Anak Muda
IPOH, 10 April, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian menyatakan, penegasan Perdana Menteri untuk tidak menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti diumumkan di Batu Pahat Sabtu lalu jelas menunjukkan kerajaan BN tidak memikirkan nasib generasi muda di negara ini.
Beliau berkata, pimpinan Datuk Seri Najib Razak telah menunjukkan sikap tidak ambil peduli suara anak muda berhubung isu PTPTN ini, dan ianya membuktikan kelemahan pemimpin Umno-BN menguruskan sumber ekonomi Negara.
Menurut beliau, Najib terpaksa membohongi rakyat dengan menyebut jumlah keseluruhan pinjaman tersebut sebanyak RM43 bilion, padahal jumlah pinjaman peminjam seramai 1.9 sehingga akhir 2012 hanya berjumlah RM28 bilion sahaja.
Memetik ucapan beliau, " Apabila Pakatan Rakyat memeberikan komitmen untuk menghapuskan hutang PTPTN sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRU-13 ini telah menyebabkan pemimpin Umno-BN bercelaru dan buntu ".
"Kita ingin memberi jalan dan harapan baru kepada anak muda khasnya yang masih belum bekerja dan kebanyakan mereka diburu surat lawyer yang akan mengheret mereka ke mahkamah".
"Hutang PTPTN ini telah mengekang kehidupan anak muda, ia menjadi beban buat lepasan mahasiswa yang baru ingin memulakan kehidupan".
Justeru, jelas Pesuruhjaya PAS Perak itu, Umno-BN kini panik dalam isu PTPTN, mereka sudah tidak tahu bagaimana formula untuk mengatasinya, lantaran itu mereka mudah menghukum negara akan bankrup kalau wang PTPTN itu dilupuskan.
http://perak.pas.org.my
21 March 2012
Kembang potensi diri, Rosmah nasihat generasi muda
KUALA LUMPUR, 21 Mac — Generasi muda perlu mengembangkan potensi untuk menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri dan masyarakat, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor kata Selasa malam.
Beliau berkata generasi muda merupakan kumpulan penting dalam meneraju masa depan negara dan untuk itu mereka perlu menyerlahkan jati diri, dan mengembangkan potensi untuk menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri dan negara.
Melaporkan Bernama Online, beliau berkata demikian dalam kata aluannya yang disiarkan pada awal program akhir “Misi 12”, program realiti Astro di Pusat Penyiaran Asia, Astro di sini.
Rosmah (gambar) pada majlis itu menyampaikan hadiah kepada para peserta termasuk peserta terbaik yang dimenangi oleh Muhammad Subky Halib. Subky, 23, membawa pulang wang tunai RM12,000 berserta trofi.
Rosmah turut berkata program itu mempunyai hasrat murni bagi membantu memperkasakan para remaja serta membina kerjaya mereka demi menjamin masa depan golongan belia.
Menurut laman web Astro, Misi 12 merupakan sebuah program untuk membantu dan merubah masa depan 12 orang remaja terpilih, yang terdiri daripada mereka yang menganggur, bertaraf pendidikan rendah, tiada cita-cita, kurang keyakinan diri serta mempunyai masalah sosial.
Tujuan utama Misi 12 adalah untuk mengukuhkan emosi mereka supaya mereka memperoleh kemahiran hidup secara praktikal, menjalani kehidupan lebih sihat, melaksanakan matlamat pendidikan mereka dan membentuk asas yang diperlukan untuk mencapai objektif berdikari dan peralihan mereka ke dalam hidup mereka sendiri.
Dalam program tersebut, kesemua 12 peserta dipecahkan kepada tiga kumpulan di bawah pengawasan tiga orang ikon yang bertindak sebagai mentor iaitu Pengurus Besar Mercedes Benz Malaysia Datuk Soke Clement Soo, Pengurus Besar Tayangan Unggul Sdn Bhd Gayatri Su-Lin Pillai dan Pengarah Coffee Scene Sdn Bhd (Bangi Kopitiam), Ooi Kim Chong.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kembang-potensi-diri-rosmah-nasihat-generasi-muda/
09 December 2011
Zentrum: Orang muda lebih sokong BN
BN mendahului Pakatan Rakyat sekurang-kurangnnya tiga peratus dalam persaingan untuk mendapatkan sokongan anak muda dalam pilihan raya umum akan datang, demikian menurut institut kajian Zentrum Future Studies.
Pengasas institut kajian itu, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata sebahagian besar sokongan itu diraih dari kalangan anak muda golongan Cina.
"Jumlah kaum muda dalam demografi SPR adalah sehingga 68 peratus, bermakna kaum muda Cina secara total daripada 88 hingga 92 peratus menyokong Pakatan," katanya dalam wacana perdana pilihan raya umum ke-13 di Kota Bharu malam tadi.
Katanya lagi, sokongan di kalangan masyarakat Cina terhadap Pakatan, tanpa mengikut gender dan umur dianggarkan pada kadar 82 hingga 88 peratus.
Bagi pengundi Melayu pula, ia kekal pada kadar 22 hingga 28 peratus, untuk memberi kelebihan sokongan 3 hingga 5 peratus kepada BN.
Bagaimanapun, ia mungkin berubah pada saat-saat terakhir pilihan raya kerana golongan muda itu disifatkannya lebih berhati-hati dan lebih cakna kepada isu.
"Bermaksud, Pakatan mampu memecut dan bentuk keseimbangan akibat sokongan kaum Melayu," katanya lagi.
Menjelaskan bacaannya itu, Abu Hassan (tengah) berkata kaum muda Melayu lebih dekat dengan budaya popular manakala masyarakat Cina lebih dekat dengan isu-su ekonomi.
Oleh itu isu rasuah dan penyelewengan seperti yang dikaitkan dengan National Feedlot Corporation (NFC) juga akan memberi impak yang besar kepada komuniti Melayu, tambahnya.
Ditemui selepas program anjuran kerajaan negeri Kelantan itu berakhir lewat malam tadi, Abu Hassan bagaimanapun enggan mendedahkan butiran kajian berkenaan kerana ia masih belum diterbitkan.
Moderator program berkenaan, Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff turut memberikan pandangannya bahawa 60 peratus daripada kira-kira seramai tujuh juta pengundi muda hanya akan membentuk sikap terhadap kepada isu-isu tersebut dalam undian mereka pada saat terakhir.
Perkara yang ditimbang oleh golongan ini melibatkan isu kebajikan – keadaan ekonomi, kos sara hidup dan peluang pekerjaan.
Sementara itu, wakil BN di wacana berkenaan, Datuk Saifuddin Abdullah pula tetap yakin bahawa parti itu akan meraih sokongan daripada pengundi atas pagar.
Katanya, BN telah berjaya memujuk pengundi yang memberikan undi protes dalam pilihan raya 2008 dan parti itu juga telah menyedari "realiti politik baru" yang perlu diharungi dalam pilihan raya umum akan datang.
Timbalan menteri pengajian tinggi itu turut menyenaraikan usaha-usaha yang dijalankan parti pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menunjukkan bahawa BN telahpun sedar, termasuk kempen 1Malaysia dan juga program transformasi yang dicanang.
Beliau turut mengulangi pandangan bahawa mood pengundi dalam 18 pilihan raya kecil juga telah berubah pada saat akhir.
Mengulas data yang dikemukakan Zentrum, seorang lagi ahli panel, setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution pula berkata parti itu terbuka dalam menerima apa juga kajian dan akan menggunakannya dalam menghadapi pilihan raya.
"Kita tidak amalkan sindrom penafian," katanya yang mengambil data berkenaan sebagai cabaran kepada parti untuk memperbaiki peluangnya.
Beliau juga menerima bacaan daripada pelbagai sumber lain, namun apa yang lebih penting bagi PKR adalah sistem audit dalam parti.
Audit berkenaan akan memberi gambaran sebenar kepada kekuatan parti dan masalah yang dihadapinya, katanya lagi ketika ditemui selepas program di Balai Islam, Lundang itu berakhir lewat malam semalam.
Seorang lagi ahli panel yang turut mengambil bahagian dalam wacana yang disiarkan secara langsung melalui saluran web mykelantan.tv itu ialah pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat.
13 November 2011
Perkasa Ke Budak Sekolah Yang Diperalat Untuk Halang Ceramah Mat Sabu?
PASIR GUDANG – Pakatan Rakyat (PR) kesal dengan sikap provokasi yang dibuat sekumpulan pemuda dalam usaha dan cubaan untuk menggagalkan Ceramah Isu Semasa Bersama Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu di Perjiranan Sembilan Taman Air Biru, di sini, malam kelmarin.
Ahli Jawatankuasa Perhubungan Pas Johor, Syed Othman Syed Abdullah mendakwa, sekumpulan pemuda dipercayai Pemuda Umno yang membuat kekecohan melambangkan sikap pemimpin di Pasir Gudang yang mengamalkan politik kebudak-budakan.
Menurutnya, PR mencabar Pemuda Umno berdebat secara terbuka untuk membuktikan siapa pengkhianat Melayu sebenar sebagai jalan penyelesaian agar insiden kekecohan tidak lagi berulang.
“Kami kesal kerana kekecohan dan tindakan provokasi ini sudah kali keempat dilakukan oleh sekumpulan anak muda yang sama.
“Kita akan membuat satu memorandum untuk diserahkan kepada Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk menghentikan politik kotor seperti ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Syed Othman turut menyifatkan, kehadiran lebih 3,000 orang ke ceramah berkenaan membuktikan gelombang perubahan politik di Pasir Gudang akan berlaku dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Menurutnya, PR yakin Johor akan membuat kejutan besar pada PRU akan datang memandangkan dalam setiap program kebajikan yang diadakan masyarakat tidak lagi segan untuk bersama PR.
“Kita yakin rakyat akan memilih PR daripada jumlah sokongan yang semakin bertambah dan gelombang perubahan akan berlaku selagi tiada taktik kotor yang digunakan dalam PRU.
“Kami berterima kasih kepada pihak berkuasa yang berjaya mengawal keadaan dari terus berlaku perkara yang tidak diingini,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha PKR Negeri, Syukur Ayub berkata, tindakan kumpulan pemuda itu membakar bendera PKR adalah tindakan provokasi luar batasan yang boleh mencetuskan rusuhan antara ahli parti.
Menurutnya, tindakan mencalarkan dan mengetuk kereta Mohamad Sabu sehingga kemik serta merosakkan kenderaan orang ramai yang hadir tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara demokrasi.
“Kami kesal kerana mereka sanggup memanipulasikan remaja sekolah untuk menimbulkan kekecohan setiap kali PR membuat ceramah di Pasir Gudang.
“Kami minta hentikan apa yang berlaku kerana kami mendapat permit yang sah dan kami tidak pernah membuat kacau terhadap ceramah yang diadakan mereka (Umno),” katanya. ...SAYA AKAN DEDAH LAGI GAMBAR GAMBAR PROVOKASI PEMUDA
Syed Othman bin Syed Abdullah
11 November 2011
Kemalangan Maut - Mangsa keluar bas terbabas sebelum dirempuh treler
Kebanyakan pelajar dan guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Air Merah, Kulim, Kedah sedang tidur ketika bas persiaran yang mereka naiki untuk lawatan ke Kuala Lumpur sebelum ke Genting Highlands terbabas dan terbalik di laluan kiri menuju arah selatan di Kilometer 382 Lebuhraya Utara-Selatan awal pagi tadi.
Menurut saksi mereka cuba keluar dari bas terbabit sebelum treler membawa guni muatan pasir merempuh sebahagian belakang bas yang berada di atas jalan laluan lebuh raya itu.
Seorang pelajar yang berada dalam bas terbabit, Farhana Adila Ramli berkata semasa kejadian kebanyakan rakannya sedang tidur.
"Kami tidak sedar sebahagian bas telah terbalik selepas terbabas, suasana bising. Kami keluar dari bas untuk selamatkan diri masing-masing. Pada waktu itu tiba-tiba sebuah treler langgar dari belakang bas, kawan-kawan di bahagian belakang saya tidak tahu nasib. Saya sedar apabila berada di hospital," katanya ketika ditemui di bahagian kecemasan Hospital Slim River.
Pelajar Tingkatan Tiga Mohd Shah Redzuan Samsudin yang patah di bahagian lengan berkata kebanyakan yang berada di dalam bas terbabit hanya cedera ringan apabila bas itu terbabas.
"Apabila treler merempuh bas kami, saya tengok rakan sekolah yang lain tercampak keluar dari bas," katanya.
Guru mata pelajaran Biologi, Azria Hani, 31, berkata rombongannya bertolak dari Kulim pada 11.30 malam tadi untuk lawatan ke Kuala Lumpur dan Genting Highlands. Antara tempat yang ingin dilawati adalah Astro dan Menara Berkembar Petronas.
Sementara itu, Ketua Wanita Umno Bahagian Alor Setar Sharifah Maznah Syed Kassim berkata mangsa yang maut dalam kejadian itu, Basarah Saad, merupakan anggota pergerakan Wanita dan menaiki bas lain yang berhenti untuk membantu pelajar keluar dari bas yang membawa rombongan sekolah berkenaan.
"Ketika bas yang membawa rombongan Pergerakan Wanita Umno Kedah untuk ke Tanjung Karang lalu di kawasan terbabit, pemandu ternampak dan kemudian berhenti di hadapan bas terbabit. Pemandu kami turun untuk bantu pelajar dan pesan kepada kami jangan turun tapi beberapa anggota pergerakan ingin bantu. Mereka sempat keluarkan tiga pelajar dari bas yang terbabas," katanya.
Apabila sedang membantu, sebuah treler merempuh belakang bas terbabit dan kemudian asap keluar berkepul-kepul.
"Pemandu minta semua anggota Wanita yang turun (untuk bantu) naik semula ke dalam bas kami, kerana pemandu kata keadaan bahaya dan risau jika bas terbabit meletup. Apabila bas kami bergerak, baru tersedar Basarah tiada dalam bas, dan cubaan menghubunginya gagal. Kami kemudian berhenti dan berjalan kaki ke kawasan kejadian sebelum dimaklumkan Basarah maut," katanya.
Katanya ketika kejadian, kedengaran pelajar-pelajar terbabit menangis dan meminta tolong dalam keadaan gelap di kawasan berkenaan.
Beliau berkata Basarah merupakan ibu tunggal dan mempunyai tiga anak lelaki.
Abang kepada seorang pelajar yang maut, Zuhairi Azhan, 21, berkata pada mulanya beliau tidak membenarkan adiknya Khairul Anwar menyertai rombongan itu bagaimanapun setelah dirayu beberapa kali akhirnya beliau mengizinkan.
"Saya terkilan tidak dapat menghantar adik kerana bekerja. Sebenarnya ibu saya mengalami trauma kerana sebelum ini adik perempuan saya juga meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya," katanya.
Ibu kepada Farhana Adila, Rozita Idris berkata pada 6.30 pagi tadi beliau cuba menghubungi anaknya bagaimanapun tidak dapat menembusi talian telefon bimbit anaknya itu.
"Saya kemudiaan cuba hubungi kawan kepada anak saya, dan dimaklumkan bas kemalangan dan mereka berada di Hospital Slim River. Saya sedih dan hiba apabila diberitahu ada rakan anak yang meninggal dunia dalam kejadian itu," katanya.
Kesemua jenazah mangsa yang maut telah dituntut oleh waris masing-masing petang tadi di Rumah Mayat Hospital Slim River.
Dalam kejadian itu, empat maut dan lima cedera parah apabila sebuah treler membawa guni berisi pasir melanggar bahagian belakang bas yang berhenti akibat terbabas di sebelah kiri laluan menuju ke selatan di Kilometer 382 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Behrang di sini awal pagi tadi.
- Bernama
4 pelajar maut, 5 parah, 20 cedera dalam kemalangan
Empat pelajar maut, lima cedera parah manakala 20 lagi cedera apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Km382, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Slim River awal pagi ini.
Ketua Polis Trafik Negeri Supt Wan Abdullah Ishak berkata, kejadian berlaku pada kira-kira 4.45 pagi ketika bas membawa pelajar dan guru dari sebuah sekolah menengah di Kulim, Kedah itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.
Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan dan mangsa yang meninggal dunia turut dihantar ke hospital yang sama untuk bedah siasat, katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
08 November 2011
Bajet Kerajaan Selangor - Durian Runtuh Untuk Golongan Ibu Dan Belia
SHAH ALAM, 8 NOV : Belanjawan Selangor 2012 yang dijadualkan akan dibentang esok dijangka membawa kejutan menarik bagi golongan ibu dan belia di Selangor.
Difahamkan sejumlah yang besar akan diperuntukan bagi membantu menampung kos penjagaan anak oleh isteri yang bekerja. Dasar ini dilihat selari dengan bajet alternatif Pakatan Rakyat 2012 yang dibentangkan 3 Oktober lalu.
Didalam bajet alternatif tersebut setiap keluarga yang berpendapatan RM1,000 sebulan akan diberi elaun penjagaan anak berjumlah RM1,000 setahun bagi setiap anak berusia 12 tahun ke bawah.
Kerajaan negeri juga dijangka memperuntukkan sejumlah yang besar bagi penambahbaikan proses demokrasi melalui pilihan raya di Selangor.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika ditemui enggan mendedahkan butiran lanjut berkenaan bajet esok.
"Berita baik memang ada tapi tentang menyaingi (Bajet 2012 Kerajaan Pusat) ataupun apa tu...kena tengok esoklah," katanya dalam sidang media selepas merasmikan seminar Green Development : The Economy Of The Future di sini hari ini.
Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Husin yang dihubungi TV Selangor menjelaskan halatuju Bajet 2012 akan memberikan fokus kepada Laporan Ketua Audit Negara 2010 dalam usaha mengurangkan ketirisan dan melaksanakan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.
"Dan iktibar dari laporan audit 2010 menunjukkan bahawa kerajaan persekutuan, agensi, jabatan, kementerian langsung tidak menjadikan laporan audit 2009 sebagai iktibar bagaimana untuk mengurangkan ketirisan yang berlaku di setiap jabatan dan agensi dan juga kementerian.
"Kita lihat ketirisan yang berlaku pada 30 peratus daripada peruntukan yang diberi, ini bermakna jika peruntukan di Selangor adalah RM1.6 bilion tahun lepas ini bermakna kita berjaya selamatkan RM400 juta,"katanya.







































