18 February 2013
16 February 2013
Panas - Ezam Sesumpah Debat Sorang2 Atas Lori Ikan
"DEBAT" RAKYAT semalam 15hb Februari 2013, di Padang Rekreasi Rakan Muda, Taman Seri Andalas dihebohkan kepada satu dunia adalah antara Penaung Waris Malaya, Ezam Md Nor lawan Presiden JATI Hasan Ali.
Tapi malangnya "pedebat" dari JATI, Hasan Ali tak nampak batang hidung. Maka terpaksalah Ezam Md Nor berdebat seorang diri diatas lori 3 tan bawa ikan.
Kelmarin dulu Ezam dengan Noh Omar "berdebat" atas lori ikan yang sama.


Pengacara "debat" tidak memberitahu alasan dan punca mengapa Hasan Ali enggan datang untuk berdebat dengan Ezam Md Nor.
Adakah dia merasakan pentas "debat" tidak sesuai dengan statusnya sebagai Presiden NGO Tiga Jalur, JATI yang "memperjuangkan" Islam, Melayu dan Raja.. Wallahuakhlam Bissawab.
Kehadiran orang ramai pada amatan dan pandangan mata Omakkau ialah sekitar 150-200 orang kebanyakkannya ialah budak-budak dari Waris Malaya yang berpakaian Baju T warna putih dimana Ezam adalah Penaungnya.
Kalau beginilah cara UMNO berdebat maka istilah debat perlu digubal semula dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dalam kamus UMNO debat maknanya dua orang berhujah tanpa ada bangkangan.
- omakkau
14 February 2013
Faekah Malukan Noh Omar Lagi..
ADEGAN LAWAK -FEKAH MALUKAN NOH OMAR
Kenapa penulis letak lawak dalam isu Fekah Husin S/U Politik MB Selangor ni dengan Menteri Pertanian - DS Noh Omar, nanti anda saksikan sendiri komen yang akhirnya makan DIRI ........
Bernama melaporkan kenyataan DS Noh Omar dan dibalas Twit oleh Fekah yang anda dapat lihat dibawah yang akhirnya menjadikan isu ni semakin panas triba triba isu debat pula yang timbul ...errr...suka lari tajuk ni memang kegemaran mereka kot
Perhatikan apa yang dijawab oleh Fekah pada twit SENAK......kesian si SENAK...terus senak perut tak dapat jawab miahahahahahaha.
Ini pula adegan isu surat dihantar yang dijawab oleh Fekah dan Noh Omar.....
Ok .....nampaknya Noh Omar macam terasa dengan kenyataan Fekah dalam DEBAT sesama sendiri, jadi diulas seperti dibawah ini
Setelah diklik link yang Noh Omar jawab tu yang berada dalam FB BELIAU...inilah yang TERJADI.......
Perang pun bermula....yang peliknya kenapa NOH OMAR diam jeeee
http://www.jomgelakfm.my/2013/02/adegan-lawak-fekah-malukan-noh-omar.html
07 February 2013
Cabaran Debat Buat Ahmad Maslan.. Kalau Anak Jantan La...
01 February 2013
DEBAT NOH OMAR VS HASAN ALI.. KAHKAHKAH..
KAHKAHKAH..
23 January 2013
17 January 2013
SAMM Akan Anjur Forum Libatkan Sharifah Zohra & Bawani
SHAH ALAM, 16 JAN: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah menjemput Presiden Suara Wanita Satu Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen dan mahasiswi Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani ke satu forum bertajuk ‘Kebebasan Akedemik dan Hak Asasi.’
Forum yang akan diadakan pada jam 22 Januari, 8.30 malam itu akan dilangsungkan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur.
Selain itu, turut dijemput sebagai panelis forum tersebut, Pensyarah Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik.
Menurut pengarah segmentasi mahasiswa SAMM Wan Noor Farel Azli Wan Haron jemputan kepada ketiga-tiga panelis terbabit telah pun dihantar.
“Walaupun tidak setuju dengan pemikiran Zohra yang menghalau orang yang tidak setuju dengan regim penguasa BN agar keluar dari negara ini, namun SAMM merasakan perlunya Zohra diberi ruang untuk muncul secara waras dan teratur.
“(Ini) bagi menyatakan apa sebenarnya yang berlaku dan memberi ruang beliau menyatakan pendapat.
“Situasi negatif ini harus diambil kesempatan oleh anak muda untuk menjadikannya pertembungan pendapat yang positif berasaskan fakta dan ilmu,” menurut Wan Noor Farel Azli dalam satu kenyataan hari ini.
Sharifah Zohra dikritik hebat apabila beliau cuba menghalang Bawani daripada bercakap di dalam satu forum UUM bertajuk “Seiringkah Mahasiswa dan Politik?”
Dalam forum itu Sharifah Zohra cuba memaksa Bawani untuk berhenti berhujah apabila Bawani menyebut tentang gerakan BERSIH 2.0 dan isu pendidikan percuma.
Apabila Bawani tidak menendahkannya, Sharifah Zohra mengarahkan Bawani supaya berhenti berhujah dengan berkata “listen.., listen.., listen…” hampir sepuluh kali.
Sharifah Zohra turut mencapai pembesar suara dan menjauhkan dari Bawani yang tidak sempat menghabiskan hujahnya.
Sharifah Zohra juga dikatakan berkata dalam forum sama, bahawa binatang juga sama seperti manusia, turut mempunyai masalah.
Insiden tersebut menarik perhatian pelayar internet dalam dan luar negara dan mengundang pelbagai kecaman terhadap Sharifah Zohra.
Dilaporkan bahawa laman facebook milik Sharifah Zohra dihujani dengan pelbagai kritikan yang mengata beliau tidak berani berdebat secara terbuka dan sihat.
15 January 2013
Sharifah Zohra @ Kangkung UUM Dicabar Debat "Transformasi 1 Malaysia"
Setelah menonton video Forum Mahasiswa UUM dimana pelajar Jurusan Undang-undang di UUM Saudari KS Bawani dimalukan di depan khalayak ramai, dan mengikuti bicara minda khalayak maya di sini dan di sini, saya, Mohd Sofi Yassin mencabar presiden Suara Wanita 1 Malaysia, Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin untuk berbalas hujah dalam isu pendidikan yang terkait dengan dasar "Transformasi 1 Malaysia" yang kerap diuar-uarkan oleh presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Puan Sharifah Zohra bebas untuk memilih venue yang bakal dipersetujui bersama dengan penetapan masa selama 90 minit untuk sessi perdebatan. Selaku anak Melayu campuran Arab, saya merasakan tingkah puan Sharifah Zohra bukan hanya mencemarkan ketertiban bangsa Melayu, malah ia turut mencemarkan adab bicara penganut agama Islam.
Andai Puan Syarifah Zohra mempunyai keberanian berpaksikan keikhlasan, hubungi saya melalui email; kerajaanrakyat@gmail.com
Salaam Persaudaraan Islam
Mohd Sofi Yassin
- Kerajaan Rakyat
03 January 2013
Dr Asri sedia jadi panel forum Amanat Haji Hadi
SHAH ALAM – “Saya bersedia untuk menjadi salah seorang panel membincangkan isu berbangkit ini dalam program siaran langsung di televisyen, walaupun tidak bersetuju dengan Amanat Haji Hadi,” kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Beliau berkata, selain Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kriteria panelis harus dipilih berdasarkan tiga kategori iaitu, wakil pihak pembangkang, pengkritik (kerajaan atau Barisan Nasional) dan seimbang (golongan akademik).
Menurutnya, kesan dari amanat tersebut telah memberikan impak besar kepada rakyat, tetapi ia dikeluarkan 30 tahun lalu dalam situasi tersendiri.
“Ketika itu, amanat tersebut lebih menjurus kepada keadaan semasa yang membawa maksud jelas mengenai mengkafirkan Umno.
“Tetapi, zaman telah berubah, Pas tidak lagi terikut dengan amanat tersebut malah telah bercampur gaul dengan pelbagai pemikiran matang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, amanat tersebut pada dasarnya telah ditarik secara tidak langsung, tanpa menguar-uarkan kepada umum dan persepsi Pas dilihat semakin luas, selari dengan perubahan zaman.
Katanya, amanat tersebut menjadi kontroversi setelah dimanipulasi dan dipolitikkan oleh pihak tertentu, menyebabkan ia menjadi topik perbualan hangat.
“Saya bersetuju untuk turut serta berdiskusi dan memberi pandangan balas mengenai perkara ini,” katanya.
Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, beliau akan menimbang sama ada terlibat dalam program melibatkan ahli politik.
“Tengok keadaan. Saya mungkin akan mempertimbangkannya jemputan tersebut.
“Jika ia berkaitan dengan politik, maaf saya tidak mahu campur. Tetapi, untuk memberi pandangan dalam bidang akademik saya mungkin menyertainya,” katanya.
01 January 2013
Amanat Hadi: Sinar Harian tawar platform perjelas isu
SHAH ALAM - Sinar Harian sedia menawarkan platform kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjelaskan isu amanatnya yang kembali jadi kontroversi sejak beberapa minggu lalu.
Penerbit Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, kesediaan itu adalah demi menyatupadukan rakyat negara ini terutama penyokong Pas dan Umno yang saling tuding menuding sejak 31 tahun lalu.
Menurutnya, akhbar itu yang terkenal dengan prinsip Telus & Tulus sedia memberi ruang sepenuhnya kepada Abdul Hadi.
"Jika beliau mahukan siaran langsung, kita boleh sediakan ruang menerusi siaran Sinar TV di www.sinarharian.com.my. Kesediaan ini adalah untuk memberi ruang kepada semua pihak sama menjernihkan keadaan dan juga membetulkan kekeliruan.
"Demi agama, bangsa dan negara, kita buka peluang seluas-luasnya kepada Datuk Seri Abdul Hadi untuk menjelaskan pendiriannya berhubung isu tersebut," katanya.
Hussamuddin yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf menjelaskan, peluang untuk membuat penjelasan mengenai sesuatu isu yang jadi polemik serta mencetuskan kontroversi menerusi Sinar Harian atau apa sahaja media terbitan syarikat itu, bukan hanya dibuka kepada Abdul Hadi atau pemimpin Pas tetapi juga kepada semua parti politik termasuk pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Matlamat kita adalah untuk menghentikan persengketaan, tuduh menuduh serta membuang segala kekeruhan. Biarlah apa yang kusut kita rungkaikan menerusi penjelasan seperti ini supaya kita semua dapat hidup dalam suasana harmoni di tanah air bertuah ini," katanya.
30 December 2012
Fathul Bari Tak Ada Telor..
Adakah kali ini Fathul Bari berani menyahut cabaran yang di lontarkan oleh Sinar Harian. Debat sinar bertajuk Uli Amri bersama Dr. Asri.
Kali ini jugak Dr. Asri harap Fathul Bari jangan mencari sejuta alasan untuk melarikan diri.
Jikalau Fathul Bari berani mempertahankan pemimpin Umno sebagai Uli Amri sepatutnya beliau berani menyahut cabaran debat Sinar ni.. sama-samalah kita tunggu..
27 December 2012
Debat ‘Amanat Hadi’ cerita lama
KUALA LUMPUR: PAS sama sekali menolak sebarang perbincangan mahu pun debat berkaitan ‘Amanat Haji Hadi’ kerana menganggap ianya satu isu lama sejak 30 tahun lalu yang sengaja ditimbulkan semula Umno.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, isu ini pernah hangat sekitar tahun 80-an apabila PAS dan Umno bersetuju menerima cabaran untuk berdebat secara terbuka mengenai isu kafir-mengkafir.
Bertajuk ‘Umno Kata PAS Kata Umno Kafir’, tempat dan masa sudah pun ditetapkan termasuk barisan pendebat daripada Umno dan PAS.
“PAS pada ketika itu membariskan pendebat ulama’ iaitu (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang yang kini Presiden PAS, Datuk) Harun Taib dan (Datuk) Nakhaei Ahmad (kini menjadi ulama Umno) manakala Umno antaranya diwakili (Datuk) Ibrahim Azmi dan (Datuk) Dasuki Ahmad.
“Malah Umno pada ketika itu pernah buat raptai debat,” katanya.
Namun menurut Mahfuz, debat dibatalkan pada saat akhir apabila wujud campur tangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang pada ketika itu baru sahaja menjadi Perdana Menteri dalam satu keputusan Majlis Raja-Raja (MRR) apabila Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan pembatalannya di kaca televisyen.
“Ini kena tanya Majlis Raja-Raja pasal apa boleh batal…Penyimpan Mohor umum dalam tv debat dibatalkan,” katanya.
Meramalkan tidak akan wujud jalan persefahaman mengenai isu ini, Mahfuz berkata sejarah sudah membuktikan usaha untuk mengadakannya adalah sia-sia.
Sebelum ini beberapa tokoh agama termasuk Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Abdul Hadi menarik balik amanat mengatakan Umno sebagai kafir.
Manakala Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad mencadangkan supaya satu pertemuan antara Hadi dan ulama lain perlu diadakan bagi mengelakkan kekeliruan berterusan dalam kalangan masyarakat di negara ini.
19 November 2012
09 November 2012
Debat dulu, baru cakap soal bertanding kerusi mana
Pemimpin Umno patut mendesak Datuk Seri Najib Razak menyahut cabaran debat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum memandai-mandai menetap kerusi mana bakal ditandingi Ketua Pembangkang itu.
Merujuk cadangan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee untuk meyaksikan Anwar dan Najib bertanding di kawasan sama, Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty, berkata sesi debat lebih utama untuk kebaikan rakyat.
“Debat pun takut, takkan Najib sanggup lawan. Jadi saya sarankan Syed Ali supaya cabar Najib debat dulu, baru fikir untuk bertanding di mana-mana.
“Kita masih tunggu Najib terima atau tidak berdebat dengan Anwar. Itu yang rakyat tunggu-tunggu untuk jadikan negara ini melalui proses demokrasi yang sihat.
“Kita tengok sahaja debat antara Obama dengan Romney. Itu yang kita juga mahukan. Ia akan beri harapan baru kepada negara,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Muhammad Nur juga menyifatkan cadangan Syed Ali Alhabshee itu untuk bertanding kerusi Parlimen Pekan pada pilihan raya akan datang, tidak berasas, malah menganggap tindakan itu hanya memalukan Perdana Menteri yang gagal menyahut cabaran debat walaupun surat pelawaan beberapa kali dihantar tetapi tiada jawapan.
Semalam, Syed Ali mendakwa Anwar tidak berani bertanding di Pekan sedangkan sokongan rakyat terhadap Ketua Umum KEADILAN itu semakin hari, semakin bertambah hinggakan Najib Razak sehingga kini tidak berani membubar Parlimen.
“Isu pokok bukan bertanding di mana-mana tapi berani ke Najib nak bertanding dengan Anwar. Kita dahulukan debat, tengok macam mana, rasanya lebih ‘afdal’ buat apa yang rakyat mahukan,” katanya.
http://www.keadilandaily.com/?p=39165
19 October 2012
PANAS - Bekas Komando Belasah Bekas Ketua Polis
Ahad yg lalu (14 Okt) bekas tentera, polis dan orang awam dijemput menghadiri majlis anjuran Gagasan Melayu Perak di Dewan Carsem, Taman Maju Rapat kononnya atas nama penyatuan Melayu dan Islam. Penceramah utamanya Dato' Seri Hilmi, Datuk Shamsuri Arshad (bekas Ketua Polis Negara) dan seorang pensyarah KISDAR. Datuk Zaman Khan turut hadir tetapi tidak berucap.
Ucapan mereka penuh dengan provokasi dan memburukkan PAS, PKR dan DAP. Pimpinan PR seperti Anwar Ibrahim, Tuan Guru Nik Aziz dan Hadi Awang menjadi cemuhan mereka. Tetapi disambut dingin oleh orang ramai. Tidak ada yg memberi tepukan gemuruh kepada mereka.
Sebaliknya dalam sesi soal jawab, seorang tetamu yang hadir, EN Wahab Osman tampil dengan berani dikhalayak ramai membidas semua hujjah mereka, setiap ucapan yg disertai dengan fakta dan data diberi tepukan bersemangat dan gemuruh oleh para hadirin.
Penganjur dan penceramah tergamam dan terkejut besar dengan suasana ini. Salah seorang yang lain (tidak dipastikan urusetia @ peserta) cuba mengganggu, memberi amaran dan menyuruh En Wahab memberhentikan ucapan dan duduk, sebaliknya En Wahab yang memberi amaran kepadanya dan meminta dia yg duduk, akhirnya dia yg terduduk.
Sebaik En Wahab berhenti berucap, sekali lagi tepukan yg begitu gemuruh diberikan dan menenggelamkan suara pengerusi. Selepas itu, majlis terus ditutup tanpa sebarang ulasan dan jawapan oleh para penceramah.
En Wahab dikerumuni orang ramai dan memberi ucapan tahniah kerana berani menjawab fitnah jahat penceramah. Sebelum itu, ada seorang peserta yang turut berucap dan menyokong hujjah para penceramah dan meminta orang ramai menyokong UMNO BN, tetapi disambut hambar oleh hadirin.
Selesai majlis, Datuk Shamsuri terus balek tanpa menjamah hidangan yg disediakan, En Wahab tetap menunjukkan sikap menghormati tetamu, disapa Datuk Sahmsuri dan bersalaman serta meminta maaf, Datuk Shamsuri menjawab ringkas, ok tak apa.
Siapa En Wahab Osman ?
Beliau bekas komando tentera darat, sekarang berkahidmat sebagai pemandu dan pengiring YB Ahli Parlimen Gopeng. Pengalamannya mengikuti ceramah digunakan untuk membalas balek hujjah dangkal UMNO BN.
Hebat En Wahab, kita tabik dan hormat pada beliau. Berani tampil menegakkan kebenaran di majlis anjuran mereka. Diharap program2 yg seumpama ini, kena ada orang seperti EN Wahab Osman.
Takbir ! Takbir ! Takbir
misabah
13 September 2012
Polis Tahan Samseng Bawa senjata Di Majlis Debat MCA
Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh hari ini berkata empat lelaki ditahan kerana membawa senjata di khalayak umum ketika satu program debat di antara pemimpin Pakatan Rakyat dan MCA malam tadi.
Mohan Singh berkata, kesemua pemuda berkenaan ditahan kerana berkelakuan mencurigakan.
"Kita tak dapat pastikan mereka dari pihak mana tetapi mereka ditahan kerana kelihatan mencurigakan semalam," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Empat lelaki berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357).
Katanya, polis mendapati pemuda berkenaan membawa dua baton boleh laras, pisau dan gelang besi ke program yang diadakan di Bandar Tun Razak itu.
Kesalahan itu tidak boleh dijamin dan jika sabit kesalahan bakal berhadapan hukuman penjara tidak lebih dua tahun dan rotan, tambahnya.
Siasatan masih berjalan dan mereka mungkin didakwa atau ditahan reman esok, katanya lagi.
Buat masa ini tidak dapat dipastikan sama ada suspek berkenaan juga terbabit dengan dakwaan serangan ke atas ADUN PKR, Gan Pei Nei yang mendakwa ditendang di program tersebut.
Pergelutan berlaku di antara penyokong MCA dan Pakatan Rakyat, sebelum debat bermula pada 8.30, apabila wakila menteri besar Selangor beredar daripada dewan berkenaan.
http://www.malaysiakini.com/news/208863
05 September 2012
Debat Anwar-Najib Cara Terbaik Leraikan Politik Ganas
Debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak perlu diteruskan kerana ia merupakan langkah terbaik meleraikan kecelaruan politik semasa, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.
“Dengan cara ini, rakyat dapat dididik dengan budaya politik beraras tinggi, intelektual dan bertamadun.
“Namun demikian, kita amat kecewa kerana Najib bersungguh-sungguh ingin mengelak ia berlaku atas alasan yang begitu dangkal dan remeh,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau mengulas insiden provokasi oleh pendesak Melayu Perkasa di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, Ahad lalu ketika Anwar menyampaikan tazkirah.
“Tindakan agresif dan ganas mereka semasa Anwar sedang menyampaikan tazkirah ringkas adalah di luar batas susila bangsa Melayu dan Islam,” tegasnya.
Pengerusi KEADILAN Perak itu berkata, provokasi tersebut merupakan rentetan dari siri politik ganas samseng Umno, sebagai manifestasi dari tekanan dan kekecewaan apabila menyedari mereka gagal menyekat sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat untuk menghadapi PRU ke 13 akan datang.
“Keputusan PRU-12 yang lalu benar-benar mengejutkan Umno. Lantaran begitu tertekan, mereka hilang kerasionalan dan kematangan politik, hinggakan pemimpin tertingginya pernah melafazkan ikrar akan mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun,” jelasnya.
“Demi mencapai matlamat ini, Perkasa salah satu instrumen yang digunakan,” kata Muhammad Nur.
Beliau berkata, perbezaan pandangan dan pendirian politik adalah suatu yang fitrah.
“Justeru, kita menyeru agar semua aktivis politik tanah air terutama para pendokong Umno dan BN agar bersama meneruskan perjuangan kita membela rakyat secara secara sihat, matang dan bertamadun,” katanya.
KEADILAN juga menyeru agar pihak berkuasa keselamatan negara turut memberi sokongan dalam menjayakan hasrat murni mengukuhkan amalan budaya politik aras tinggi.
“Justeru, kita menuntut agar pihak keselamatan segera bertindak secara tegas dan drastik demi membanteras budaya politik ganas dan samseng yang sedang berleluasa,” kata beliau.
http://www.keadilandaily.com/debat-anwar-najib-cara-terbaik-leraikan-politik-ganas/
25 July 2012
Ustaz Nasarudin Rela Disolek Wanita Ketika Debat Bersama Fathul Bari
09 July 2012
Hasan Ali Terhegeh-hegeh Ajak Pas Bedebat.. Dasar Muka Tak Malu..
PAS Selangor meminta ahli-ahlinya supaya menumpukan kepada usaha menghadapi pilihan raya umum daripada melayani karenah Presiden NGO Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hasan Ali yang menurutnya 'telah terpinggir'.
Dalam satu kenyataan semalam, ia mendakwa Dr Hasan mengadakan cerita kononnya akan ada debat di antara beliau dengan pesuruhjaya PAS Selangor Rabu ini (11 Julai).
PAS Selangor menganggap tindakan Dr Hasan itu "jelas menunjukkan gerakan JATI semakin hilang pedoman dan kini Dr Hasan mahu mencari populariti melalui PAS.
Menurut kenyataan itu, lagi, PAS Selangor telah bersetuju agar pesuruhjaya Selangor serta ahli-ahlinya tidak melayani karenah Dr Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS negeri itu.
Sebaliknya, tegas kenyataan itu lagi, tumpuan parti itu adalah kepada pilihan raya umum akan datang.
"Mengapa Dr Hasan mahu berdebat dengan kita? JATI bukan parti politik.
"Bukankah masalah yang ada di Selangor adalah masalah yang di timbul dan ditinggalkan oleh beliau sendiri sewaktu menjadi pesuruhjaya PAS dulu?" tambah kenyataan itu.
Menurutnya, prestasi PAS Selangor sekarang jauh lebih baik daripada zaman Dr Hasan menjadi pesuruhjaya.
"Kini beliau mahu berdebat. PAS Selangor dan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dalam keputusannya, tidak melayani karenah bekas exco kerajaan negeri itu kerana dia pernah diberi peluang untuk berjuang dalam pasukan kerajaan negeri, tetapi gagal," tambahnya.
Debat Najib-Anwar bila lagi?
PETALING JAYA: Desakan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat dengan ketua Pembangkang Datuk Sri Anwar Ibrahim bergema sekali lagi.
Kali ini isu ini dibangkitkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ketika berdebat dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam debat bertajuk Dasar Siapa Lebih Menguntungkan Negara?” semalam.
“Malangnya Najib menolak tawaran berdebat. Mungkin beliau bimbang rakyat akan memilih Anwar.” tambah Setiausaha Agung DAP itu.
Pemimpin DAP itu turut menambah bahawa adalah tidak berguna untuk beliau berdebat dengan Dr Chua kerana dasar negara ketika ini ditentukan oleh Umno, bukannya MCA.
Dr Chua bagaimanapun menyangkal pandangan Lim berdasarkan kepada dasar transformasi Najib.
“Anwar sepatutnya dengan semua orang kerana kita tidak tahu apa yang beliau hendak buat.
“Pakatan penuh dengan retorik, tiada pengkhususan dan kurang dalam penyampaian,” kata Dr Chua.
Bukan budaya politik
Desakan agar Najib berdebat dengan Anwar sebelum ini kedengaran semasa Ketua Pemuda Umno merangkap Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berdebat dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.
Perantara debat Dr Maszlee Malik dari Universiti Islam Antarabangsa dalam komennya bertanya bila Najib akan bersemuka dengan Anwar semasa penggulungan debat berkenaan isu PTPTPN dalam bulan Mei
Bagaimanapun, Najib secara lembut menolak cadangan untuk berdebat.
“Kita tengok keadaan. Kalau perlu debat antara pemimpin, perlulah ada debat. Tapi ia bukan budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita.
“Yang penting sekali rakyat ada maklumat secukupnya (dalam) membuat pilihan.
“Dan kita beri peluang parti-parti politik untuk menyiarkan manisfesto masing-masing bila sampai pada masanya,” katanya dalam satu sidang media pada 22 Jun.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/07/09/debat-najib-anwar-bila-lagi/















